“Nina kalau kau nak
langsaikan hutang engkau buat apa yang aku suruh malam ni jugak!” Amaran keras
dari seseorang dicorong telefon mengetarkan Husnina.
“Benda tu aku dah bagi
dengan kau. Jangan sampai aku buatkan engkau pula yang jadi umpan. Jangan lupa
kalau kau dapat buat kerja ni aku bagi lagi engkau duit berganda-ganda dari jumlah
aku tolong engkau bayar hutang tu.” Sambung wanita tersebut lagi. Walaupun
tidak lagi marah-marah seperti awalnya tapi kata-kata berbaur ugutan itu memang
membuatkan Husnina tidak sedap hati..
Titt.
Panggilan terus
dimatikan.
Husnina mengeluh berat.
Di mana dia hendak cari seorang gadis untuk jadi kambing korban dalam tempoh
kurang dari sejam? Dia tidak mahu jadi mangsa Gina. Memang salahnya meminjam
duit dari wanita tersebut. Hanya kerana wang ringgit dia jadi hamba abdi Gina.
Tapi dia tidak boleh
undur semula. Daripada jadi mangsa Gina baik lagi dia menurut perintah terakhir
dari Gina. Sekurang-kurangnya duit di dalam kocek bertambah bila dia langsaikan
arahan Gina malam ni.
Qaisarah yang masuk ke
ruang tamu di pandang sekilas. Sudah tentu gadis itu baru habis menjemur kain
di luar. Rimas betul Husnina dengan kawan merangkap teman serumahnya ni. Pergi
jemur kain di halaman belakang pun bertudung. Padahal hari pun sudah semakin
gelap. Mana ada orang nampak pun.
Kepala Husnina
memikirkan kisah Qaisarah yang jauh beribu baik dari dia. Anak orang kaya tapi
sayang, gadis itu langsung tidak pernah menggunakan segala kekayaan yang dia
ada. Itu pun masih lagi hendak hidup susah dengan menjadi guru tadika. Padahal
ijazah ada. Minat konon nak jadi guru tadika.
‘Kalaulah aku kaya
macam Qaisarah, hari-hari aku enjoy. Ini tak! Balik kerja terperap saja di
rumah.’ gerutu Husnina. Rumah tempat dia tinggal sekarang ni pun rumah Qaisarah
pemberian ayah gadis itu. Sengaja dia hendak tumpang tuah dengan Qaisarah. Tinggal
situ percuma dan keluarga Qaisarah yang baik tu pun sayangkan dia. Kalau
ikutkan hati.Dia sendiri tidak suka tinggal dengan Qaisarah.Perempuan itu saja
yang kena tipu bulat-bulat.
Otak Husnina tiba-tiba
memikirkan sesuatu. Sesuatu yang tentu menyeronokkan. Tersenyum dia memikirkan
perkara tersebut.
“Sarah!” panggilnya.
Sarah yang berada di
dapur menuju ke ruang tamu apabila namanya dipanggil.
“Sarah! Aku nak keluar sekejap.
Ada hal. Kau dah masak makan malam ke?” soal Husnina. Faham sangat dengan
perangai Qaisarah yang suka menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Qaisarah
memang suka masak.
“Haah. Kau makan dulu
la baru jalan ye.” pujuk Qaisarah.
Husnina memandang jam
dinding seketika.
Dia mengangguk
seketika. “Aku minumlah dulu. Kesian pulak kau sudah sediakan makan malam.”
Qaisarah tersenyum
riang.
“Aku dah masakkan butter crab kegemaran kau. Jom!”
Qaisarah bangun menuju
ke kabinet pinggan. Niatnya hendak memotong buah tembikai sebagai pencuci
mulut.
Lantas, laju tingkah
Husnina meletakkan sesuatu ke dalam cawan Qaisarah. Bukan sedikit malah
ditaburnya semua serbuk tersebut. Biar kesannya lagi kuat.
“Nina… kau ikut aku
balik tak jumaat ni?’ tanya Qaisarah.
“Mestilah aku ikut kau
balik. Kau kan kawan baik aku.” katanya sambil tersenyum. Padahal dalam hati
sudah pun dia merancang untuk pergi dari rumah ni malam ni jugak. Hujung minggu
ni Qaisarah bakal ditunangkan oleh pilihan keluarganya. Biasalah anak orang kaya.
Bakal tunang pun dijodohkan. Bukan calang-calang orang pulak tu tapi anak Datuk
setaraf dengan keluarga Qaisarah.
Cawan yang semakin
rapat di bibir Qaisarah di pandang tajam. Habis sahaja diteguk oleh Qaisarah
beberapa minit kemudian Qaisarah sudah mula pening.
“Sarah. Aku dah lambat
ni… aku jalan dulu yaa..”
Qaisarah mengangguk.
“Jangan balik lambat
tau. Kuncikan aku pintu.” Qaisarah mengeleng kepalanya. Tiba-tiba pula dia
terasa pening.
Zahin mendengus
memandang gambar-gambar yang dilekat disekeliling bilik. Malah di meja mekap
pun ada gambar sebesar 10R. Gadis yang terbaring di katil hotel itu dipandang
sekilas. Dia langsung tidak ingat apa-apa. Dia sudah pun siap berpakaian.
Sememangnya Zahin benar-benar terkejut apabila tiba-tiba saja dia boleh berada
di hotel ni malah tidur bersama seorang perempuan.
Telefonnya berdering
minta diangkat.
“Morning Darling! Macam mana semalam? Tidur lena dengan gadis
cantik?” tanya Gina.
“Gina sial! Ini semua
kerja kau!” marah Zahin.
“Zahin sayang… tak guna
you nak marahkan I. Benda sudah terjadi. Macam mana semalam? Cantikkan habuan
yang I bagi. I ada softcopy
gambar-gambar you tau. Errm… Cuba you
bayangkan di dada akhbar yang anak Datuk buat maksiat. Hahaha…” Gina puas hati.
Dendam yang selama ini dipendam akhirnya dapat juga dibalas.
Biar padan muka Zahin. Inilah
padahnya tolak cinta Gina mentah-mentah.
“Kau gila Gina!”
“Gila? Hah! you yang
buat I jadi gila Zahin. You mainkan perasaan I kemudian you cakap yang you
sudah nak tunang? What the hell man!”
“I tak pernah
mempermainkan perasaan you Gina! I tak pernah cakap yang kita couple. I anggap you macam adik angkat
je.”
“Adik angkat. Huh! I’m sick with that stupid word! By the way, I dah puas sekarang. Ermm… apa yang akan terjadi kalau
gambar-gambar ni sampai ke tangan tunang you Zahin? Mesti dia suka sangat kan…”
ugut Gina lalu gelak puas.
Gina sengaja mematikan
panggilan tadi bersama Zahin. Joe yang terbaring di sebelahnya hanya memandang
saja kekasih hati dengan rencananya. Janji dapat merasa tubuh Gina sudah cukup
memuaskan. Hanya kerana membantu Gina menjalankan misinya sahaja semalam sudah
mendapat menyentap Gina semalaman.
Zahin menahan geram. Dia
terpandang perempuan suruhan Gina yang masih terlena di atas katil. Dia
mendekati perempuan tersebut.
“Hei perempuan!” Tubuh
perempuan yang tersarung dengan selimut itu digoyangkan. Tidur dengan lenanya
nampak!
Qaisarah yang terkejut
dengan goncangan kuat dari tubuhnya memisat matanya. Kepalanya masih lagi
berpinar-pinar.
Terbuka luas mata
Qaisarah apabila terpandang seorang lelaki yang begitu hampir dengannya. Tubuhnya
terasa sejuk dipandang. Apa yang terjadi? Dia hanya berbalut dengan selimut
tanpa sebarang pakaian.
“Eh! Perempuan jahanam!
Kau begitahu bos kau yang dia menang percaturan ni!” Zahin memegang kasar dagu perempuan tersebut untuk memandangnya.
“Apa encik cakap ni?
Astaghfirullah apa yang jadi ni?” tanya Qaisarah. Dia benar-benar kebingungan.
Zahin tersenyum sinis.
Leher Qaisarah dipegang
kuat. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia bunuh perempuan di hadapannya ni.
Terangkat sedikit tubuh Qaisarah. Selimut yang membalut tubuhnya terjatuh
sedikit. Sempat Qaisarah menarik lalu menutupnya semula.Zahin langsung tidak
hairan. Apa yang hendak dihairankan kalau bangun tadi pagi pun dia sudah
nampak.
“Kau jangan cuba
berlagak suci sekarang ni… Eh! Kalau ikutkan hati aku baik aku bunuh saja
perempuan macam kamu ni. Tiada maruah langsung!”
“En…Ennciikkk…”
Qaisarah sukar untuk bernafas akibat dicekik kuat.
Zahin melepaskan
pegangannya.
“Encik percayalah saya dianiaya… tolonglah
encik saya tak tahu langsung apa yang terjadi sekarang ni. Ya Allah! Apa yang
jadi ni?”
Tahap kesabaran Zahin
sudah cukup terhad mendengar kata-kata perempuan tersebut. Pandai sungguh
berpura-pura. Kalau dia tu suci sangat kenapa pakai baju gaun tidur yang jarang
nak mampus.Teringat gambar-gambar di dinding yang menjadi santapannya pagi
tadi.
Pelbagai jenis aksi dia
dengan wanita ini. Dari menari entah apa-apa sambil pegang botol arak hinggalah
aksi di atas ranjang. Gina memang sudah berjaya mengenakan dia kali ini
sehingga dia khayal dan langsung tidak sedarkan diri semalam. Mungkin satu tong
ubat khayal di sumbat dimulutnya semalam.
Seingat Zahin semalam
dia tiba-tiba diserbu oleh beberapa orang lelaki ketika dalam perjalanan balik
dari kerja kemudiannya dipaksa minum arak dan ubat khayal. Jahanam kau Gina!
“Tolonglah encik… saya
dianiayai…” tangis Qaisarah.Lengan Zahin dipeganngnya.
Zahin sudah naik darah.
Pangg!!
Satu tamparan singgah
di pipi Qaisarah. Bergema bunyi bilik yang sunyi dengan bunyi tersebut. Kalau
boleh sepak terajang lagi di hadiahkan buat perempuan ni.
“Kau jangan sesekali
sentuh aku!” Marah Zahin. Gelas kaca yang masih berisi arak di atas meja sisi
di ambil.
Sekelip mata saja muka
Qaisarah basah dengan arak tersebut .Gelas tersebut kemudiannya dilempar
sehingga pecah berderai.
“Kau lagi jijik dari
binatang!” ujar Zahin.Dia meninggalkan Qaisarah dengan tangisan perempuan
tersebut.
Giliran seterusnya pula
ialah Gina. Dia pasti akan cari perempuan bangsat tersebut hingga ke lubang
cacing sekali pun! Biar masuk ke dalam lubang kubur terus.
Tatkala Qaisarah
melangkah masuk ke dalam rumah. Husnina sudah menanti kawanya dengan bagasi di
atas sofa. Dahi Qaisarah berkerut memandang beg bagasi Husnina.
“Kau nak ke mana Nina?”
soalnya.
Tajam mata Nina
memandang kawanya. Satu senyuman sinis terukir.
“Aku tak sangka begini
perangai kau Sarah! Aku tak sangka selama ni kau berlagak baik. Suci tapi
perangai macam syaitan!”
“Apa maksud kau ni
Nina?” tanya Qaisarah. Suaranya masih lagi serak menangis tadi. Tolonglah
jangan tambah lagi kekusutan di kepalanya.
“Eh! Sarah. Selama ni
aku sangka kau ni baik macam malaikat tapi rupa-rupanya syaitan bertopengkan
manusia!”
“Nina apa kau cakap ni.
Aku langsung tidak faham.”
“Tak faham! Eh
perempuan...” Nina bangun lalu mendekati kawannya.
“Ini apa? Aku balik
semalam nampak kau keluar dengan jantan mana entah dengan pakaian macam ni.”
Sambungnya lagi.
Qaisarah mencapai
telefon Nina.Terbaliak mata Qaisarah memandang gambarnya yang berpelukan dengan
seorang lelaki masuk ke dalam kereta. Cuma gambarnya saja yang jelas. Gambar
lelaki tersebut agak kabur. Dia hanya memakai gaun seksi yang menampakkan
pahanya dan dadanya.
Tadi sewaktu di hotel
nasib baik dia terjumpa sepasang T-shirt putih, seluar track dan selendang
polos di almari hotel tu. Kalau tidak sudah tentu dia balik dengan pakaian
sedemikian atau lebih teruk dengan gaun tidur yang tersadai di lantai tadi.
Selepas mengambil semua
gambar-gambar yang dilekat dia terus keluar dari hotel yang merosakkan dirinya.
“Kau nak cakap apa
sekarang Sarah? Mungkin entah selama ini waktu aku keluar rumah…entah lelaki
mana pulak kau usung masuk dalam rumah ni!”
“Percayalah Nina. Aku tak buat benda ni! Aku
dianiaya…” jelas Qaisarah.
“Sarah! Tolonglah
jangan cuba berlagak baik sini.” Nina menolak tubuh Qaisarah sehingga
terjatuh.Gambar-gambar yang berada di poket Qaisarah terkeluar.
Nina mendekati kawanya.
Gambar yang terkeluar dari poket Qaisarah di ambil.
“Kau cakap tak! Habis
gambar ni semua apa Sarah!!!” jerkah Nina. Merah padam mukanya menahan marah.
“Percayalah Nina… kau
dah lama kenal aku. Gambar ni semua aku jumpa di bilik tu tadi pagi. Aku
sendiri pun tak tahu.Aku bawa balik nak bakar gambar-gambar ni dari orang hotel
jumpa.”
“Kau nak aku percaya
kau sedangkan bukti di depan mata? Berapa kali kau nak kencing aku Sarah!
Sia-sia kau belajar tinggi-tinggi tapi otak tak guna macam ni. Buat malu mak
bapak kau saja.” Nina melepaskan semuanya lalu menarik begnya dan pergi dari
rumah Qaisarah.
Cukuplah dengan
lakonannya setakat ini. Apa yang penting ialah penerbangannya tengah hari ini.
Duit sudah masuk malah Gina telah mengisytiharkan kerjanya beres dan duit telah
masuk. Bukan sedikit tapi lumayan untuk tampung hidupnya.
Sudah 7 bulan masa
berlalu, Qaisarah mengusap perutnya yang sudah membesar. Satu keluhan keluar
dari mulutnya.
Anaknya bakal
dilahirkan tanpa ayah.Qaisarah tidak menangis. Sudah kering air matanya
menangisi semua ini. Dia membawa diri jauh dari keluarganya. Sudah tentu ibu
dan ayahnya sedih tentang permergiannya. Hanya nota saja sebagai pesanan
tentang pemergiannya. Dia tidak sanggup memalukan keluarganya. Sudahlah dia
bakal bertunang pada ketika itu.
“Sarah…” panggil Kak
Ton. Nasib baik wanita ini sanggup menerimanya di rumah ini.Kak Ton ialah
pemilik sebuah rumah anak yatim. Sarah pernah menjalankan khidmat masyarakat di
rumah ini.
Kak Ton mendekati
Sarah.Dia mengambil tempat di sisi wanita ini.
“Bersabarlah Sarah…
Semua yang berlaku ada hikmahnya. Lagipun Allah berikan kita ujian sebagai
peringatan kepadaNya kepada kita supaya kita tidak lupa untuk mengingati Dia.” Kak
Ton sememangnya rajin meniupkan kata-kata semangat kepada Qaisarah untuk tabah
menghadapi segala ujian yang menimpa wanita tersebut.
“Insya-Allah kak… Sarah
cuma kesiankan bayi yang bakal lagi ni kak. Apa Sarah nak jawab dengan dia
nanti bila dia tanya pasal ayahnya.”
“Berdoalah Sarah…
moga-moga dia faham saja situasi Sarah waktu tu. Allah tidak akan berikan
sesuatu tanpa sebab. Mungkin bukan sekarang tapi masa depan nanti ataupun di
akhirat nanti. Insya-Allah.”
Sarah mengangguk
mengiyakan kata-kata tersebut. Mujurlah dia tidak melakukan perkara bodoh
sewaktu disahkan mengandung dulu.
“Kakak pergi dulu. Tidak
lama lagi ada orang nak datang bincang pasal sempadan kawasan tu. Mereka takut
termasuk kawasan padang bola di belakang tu.”
“Jadi juga ke buka
kawasan perumahan belakang tu kak?” tanya Qaisarah. Dia sudah tahu tentang
projek perumahan yang akan dibuat berdekatan rumah anak yatim ini.
“Jadi Sarah. Sebab tu
mereka datang nak tengok sampai mana kawasan padang bola rumah ni. Kakak pergi
dulu yaa…”
Sarah hanya memerhati
kanak-kanak yatim yang bermain layang-layang di padang tersebut. Dia sukar
untuk bergerak memandangkan perutnya yang semakin membesar. Akhirnya dia yang
sebelum ini bertugas dalam menjaga budak kecil berumur 3 dan 4 tahun bertukar
kepada yang lebih besar sama ada 12 atau 13 tahun yang tidak perlu diberi
perhatian sepenuhnya kerana sudah tahu berfikir sendiri. Dia hanya perlu duduk
di bangku dan memastikan tiada kanak-kanak yang pergi jauh dari kawasan padang.
“Assalammuaikum.”
Seseorang sedang memberi salam kepadanya menarik perhatian Qaisarah.
Taktkala matanya berpaling
melihat manusia tersebut. Dada Qaisarah berdegup kencang. Dia tidak sangka akan
bertemu dengan orang yang paling dia hendak elak selama ini.
“Sarah?” tanya Datuk
Hamidi. Ternyata lelaki itu terkejut dengan kewujudan Qaisarah disitu
“Ayah…” Qaisarah mendekati
ayahnya.
Pangg!! Satu tamparan
kuat melekat di pipi Qaisarah.
“Anak tak guna. Sanggup
kau conteng arang di muka kami.” Marah Datuk Hamidi. Marahnya memuncak melihat
kelibat satu-satunya anaknya. Melihat tubuh Qaisarah yang membonjol ke hadapan
menambahkan lagi marahnya. Hati tuanya mengagak inilah puncanya Qaisarah
menghilangkan diri beberapa hari sebelum hari pertunangannya.
“Maafkan Sarah ayah…
Sarah tiada niat langsung hendak tinggalkan ayah dan ibu dulu. Sarah terpaksa
ayah…”
“Baik kau cakap jantan
yang buat sampai kau sorong perut ni? Cakap!!”
“Sarah tak tahu ayah…
maafkan Sarah ayah… ampunkan Sarah…”
“Ampunkan kan? Sampai
kiamat pun aku tidak mengaku kau anak. Cukuplah arwah ibu kau menderita sebab
risaukan engkau sekarang kau minta ampun dengan aku. Kau jatuhkan maruah kami
sampai terpaksa batalkan pertunangan kau kemudian kau nak minta ampun!!” Datuk
Hamidi melempiaskan semua amarah yang dia tanggung selama ini kerana kehilangan
Qaisarah.
“Ayah…tolonglah ayah…”
Sarah sudah melutut memeluk kaki ayahnya.
Datuk Hamidi tidak
mempedulikan rayuan anaknya sebaliknya menolak kasar Qaisarah lalu pergi
meninggalkan Qaisarah. Kanak-kanak yang melihat Qaisarah yang sudah menangis di
tanah segera mendekati penjaga mereka.
Zahin yang terpandang Datuk
Hamidi yang memarahi seorang wanita mengandung membuatkan dahinya berkerut. Hendak
mendekati kawan bapanya tu pun dia tidak berani hendak masuk campur. Dia dan
Datuk Hamidi berkerjasama dalam projek perumahan yang bakal ditubuhkan di
kawasan berdekatan.
Wajah wanita yang
meraung-raung menangis sambil memanggil ayah tersebut dipandang. Dia
seolah-olah kenal wanita tersebut.
“Mari Zahin. Tinggalkan
saja perempuan tu.” ujar Datuk Hamidi.
“Tapi uncle…” Dia tidak sampai hati melihat
wanita yang mengandung tersebut menangis bagai nak rak.
“Makin uncle lama di sini makin bengkak hati
uncle.Jom!”
Zahin tidak
membantah.Dia menurut saja uncle Hamidi pergi. Dalam kepala cuba mengingat
seraut wajah itu.
Kepalanya masih lagi
memikirkan wajah tersebut.Sukar betul seraut wajah itu hilang dari ingatannya. Menurut
uncle Hamidi, itulah Qaisarah.Satu-satunya anak kesayangan Datuk Hamidi dan
juga bakal tunangnya dahulu yang hilang secara tiba-tiba sebelum hari
pertunangan.
Bercakap pasal
pertunangannya dahulu. Zahin teringatkan Gina. Padan muka gadis itu. Belum
sempat lagi dia bertemu dengan Gina, gadis itu telah dijumpai kemalangan
bersama seorang lelaki dan disahkan mati di tempat kejadian pada petang hari
itu jugak.
Hati Zahin masih lagi
tidak puas hati. Dia masih lagi merasakan dia kenal wanita tersebut. Tiba-tiba
Zahin teringatkan seseorang. Terduduk tegak dia yang tadinya berbaring di atas
katil empuknya. Macam mana dia boleh lupa!
Aduh! Keluhnya. Rasa
macam hendak ambil saja otaknya bawa pergi car
wash! Biar cuci sampai licin.
Zahin merancangkan
sesuatu untuk berjumpa dengan wanita tersebut. Dia perlu memastikan kebenarannya sebelum memastikan
jika itu benar-benar wanita yang berada di ingatannya.
“Assalamualaikum.”
Qaisarah yang baru sahaja mendapat panggilan oleh Kak Ton untuk ke ruang
menunggu wanita itu memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk.
“Waalaikumsalam.” jawab
Kak Ton dan juga seorang lelaki.
“Encik… inilah
Qaisarah. Sarah akak keluar sekejap. Nampaknya kamu kena berbual panjang.” jelas
Kak Ton lantas meninggalkan Sarah dan lelaki tadi. Dia memberi arahan kepada
Sarah untuk duduk di sofa.
Sarah hanya mengangguk.
Dengan langkah perlahan lalu mengambil tempat di sofa bertentangan dengan
lelaki tersebut.
“Cik Qaisarah...”
“Sarah will be fine.” tukas Qaisarah.
Lelaki itu mengangguk.
“Beginilah Sarah. Sebenarnya saya ialah…”
Wanita yang terbaring
lesu di atas katil di pandang. Kalau orang-orang yang memandang wanita ini
mungkin tidak menyedari bahawa dia ialah Husnina yang sentiada ceria dahulu.
Qaisarah berishtifar
dalam hati. Tadi pagi dia cukup terkilan, sedih dan juga sakit hati bila
mengetahui yang Husnina yang merancang semua ini.
Siapa sangka antara
orang yang paling dia percaya mengkhianati kawan sendiri. Qaisarah masih lagi
waras. Pagi tadi suami Husnina yang baru sahaja dinikahinya lima bulan lepas
datang dan merayu kepadanya untuk memaafkan Husnina.
Husnina disahkan
menghidap penyakit HIV Aids.Maaf? Perlukah diberi kemaafan kepada sesorang yang
telah membuatkan Qaisarah dibuang keluarga dan terpaksa hidup terseksa akibat
kes dahulu.
Jelas Kamil iaitu suami
Husnina, isterinya sudah tenat. Hampir setiap malam Husnina meraung kesakitan
dan memohon untuk mendapatkan kemaafan dari seseorang. Setelah puas memujuk
Husnina.Dia kemudiannya menceritakan segalanya kepada Kamil kisah Qaisarah yang
dianiayai olehnya. Husnina yang meletakkan ubat khayal di gelas Qaisarah, gadis
itu sebenarnya tidaklah pergi ke mana-mana tetapi hanya menanti setengah jam di
kawasan perumahan meraka.
Setelah setengah jam
dia kemudian kembali ke rumah Qaisarah semua lalu menukar pakaian gadis itu.
Begitu jugalah keadaan dalam hotel. Gambar-gambar tersebut diambil oleh Nina
dan dua orang lain yang dikenali sebagai Joe dan Gina. Menurut Kamil lagi, Gina
dan Joe telah mati dalam kemalangan
jalan raya.
“Sarah…’ panggilan dari
Husnina menarik perhatian Qaisarah. Terlihat air mata Husnina yang mengalir
dari tubir matanya.
Tangan Husnina bergerak
sedikit demi sedikit.
“Jangan banyak bergerak
Nina. Kau tak sihat tu.” ujar Qaisarah.
“Sarah… ampunkan aku
Sarah. Aku buat kau macam ni. Aku yang aniayai kau Sarah. Kemudian pagi tu aku
sengaja caci kau supaya aku ada alasan untuk keluar rumah.maafkan aku Sarah.”
Qaisarah hanya berdiam
diri. Langsung tidak memberi respon.
“Sarah… kau herdiklah aku
Sarah… marahlah… kau pukullah aku… aku rela Sarah. Tolonglah jangan senyap
saja… tolonglah Sarah…” rayu Nina dalam tangisnya.
Qaisarah masih lagi
senyap. Perlukah dia memarahi dan mengherdik Nina sedangkan gadis itu telah
menerima balasannya?
Hanya keluhan saja
dilepaskan.
“Sudahlah Nina… aku pun
malas hendak fikir lagi. Aku anggap semua ni ujian dari Allah. Tidak guna lagi
aku hendak marah. Benda dah lepas…”
“Mungkin pada mulanya
aku marah, sakit hati jugak bila tahu kau yang buatkan aku jadi begini… iyalah..
aku pun manusia biasa. Lebih-lebih lagi aku anggap kau macam adik-beradik aku
sendiri.” sambung Qaisarah lagi. Air mata yang ditahan jatuh juga. Siapa tidak
marah bila orang yang disayang menganiayai kita.
Nina hanya menangis. Qaisarah
membongkok sedikit. Dia mengelap air mata kawannya.
“Sudahlah. Tak baik
menangis tau. Kita ni manusia biasa. Semua orang pun tak lepas dari melakukan
kesilapan. Dah la… senyum sikit… aku pun dah tak marahkan kau lagi.” pujuknya. Dia
mengambil tempat di tepi katil Nina.
“Nina… kau beruntung
tau dapat Kamil sebagai suami. Insya-Allah… Aku berdoa agar dia dapat bimbing
kau.”
“Terima kasiih Sarah
tapi… nyawa aku singkat Sarah.”
“Islam itu mudah
Nina.Allah itu Maha Pengasih dan Pengampun… Insya-Allah kalau kita bersungguh-sungguh
bertaubat. Allah akan terima… ” tukas Sarah.
Hati Zahin
berdebar-debar menanti Qaisarah. Semalam sewaktu dia ke rumah ank yatim
tersebut.Qaisarah dikhabarkan pergi melawat kawannya yang sakit. Sempat juga
dia bercerita serba sedikit fasal Qaisarah dengan tuan punya rumah anak yatim.
Banyak yang wanita itu tahu pasal Qaisarah. Lama kelamaannya Zahin cerita juga
sebab utama dia mencari Qaisarah memandangkan wanita itu sudah lama mengenali
Qaisarah.
“Assalamualaikum
encik.” Sarah memberi salam. Dia mengambil tempat di kerusi hadapan Zahin.
“Waalaikumsalam… err…minum?” tanya Zahin.
Qaisarah mengeleng. Dia
sudah tahu agenda pertemuan ini. Kalau ikutkan hati tidak ingin dia datang. Tapi
setelah dipujuk oleh Kak Ton akhirnya dia mengalah juga.
“Kita terus ke topik
utama sajalah encik. Saya rasa awak sudah tahu keseluruhan cerita…” jelas
Qaisarah. Dia tidak pernah lupa raut wajah lelaki yang menghina dirinya suatu
masa dahulu.
“Err… Se…” Zahin tergagap.Hilang kata-kata yang dihafal dari semalam.
Qaisarah melepaskan
keluhan.
“Maaf encik. Saya ada appointment selepas ni… saya nak cepat.
Kalau tiada apa-apa saya pergi dulu.” Qaisarah ingin berdiri namun tangannya
segera ditahan oleh Zahin. Setengah jam lagi dia temu janji dengan doktornya.
“Lepaskan tangan saya!”
tegas kata-kata itu keluar dari mulutnya.
“Maafkan saya. Tolonglah
duduk dulu.”
Qaisarah mengambil
tempatnya semula.
“Saya sebenarnya nak
minta maaf dengan Cik Qaisarah…”
“Sarah will be fine.” Tukas Qaisarah.
“Sarah… er… sebenarnya Sarah sayalah bakal
tunang awak tu… maafkan saya sebab…”
“Sudahlah encik… kalau
pasal tunang tu. Saya minta maaf sebab malukan keluarga encik. Kalau pasal pagi
tu anggap sajalah saya sudah tidak wujud di dunia ni… lagipun saya sudah cukup
hina di mata encik.”
Zahin hendak membalas
tapi dihalang oleh Sarah.
“Saya rasa kita sudah
tiada apa-apa masalah lagi encik. Mohon encik jangan jumpa saya lagi. Biarlah
ini jadi pertemuan kita yang terakhir. Assalamualaikum.” ujar Sarah
segera.Dia tidak sanggup lagi berhadapan
dengan perkara ini. Semuanya berlaku secara pantas. Semalam Husnina. Hari ini
pula lelaki yang memaki dirinya yang juga sebenarnya merangkap bakal tunangnya.
Zahin merentap tangan
Qaisarah ketika dia hendak melintasi lelaki itu.
“Lepaskan tangan saya
encik!” Dia menarik tangannya kasar.
“Sarah.. saya nak tebus
kesalahan saya… tolonglah! Lagipun bayi tu anak saya juga.” rayunya.
“Saya hanya akan
maafkan encik pada hari ayah saya maafkan saya. Assalamualaikum.” Qaisarah
memegang perutnya yang sakit. Dia menahan sahaja kesakitan itu. Sarah sudah
dimaklumkan yang dia tidak boleh mengalami tekanan sebab kandungannya yang
lemah. Dia sering keluar masuk hospital kerana kandungannya yang lemah untuk
mendapatkan rawatan.
Bertemu dengan Zahin
hanya menambah derita mengingatkan kisah lama. Maafkan mama kerana pisahkan
baby dengan papa tapi biarlah mama besarkan baby seorang. Mama tak sanggup
berhadapan dengan peristiwa perit tu lagi.
Qaisarah meninggalkan Zahin namun selepas
beberapa langkah dia terhenti. Sakit perutnya semakin kuat.Qaisarah sedikit
tertunduk akibat menahan sakit.
“Sarah…Sarah… awak tak
apa-apa?” tanya Zahin.
Wajah Qaisarah yang
pucat dipandang sayu. Pandanganya beralih pula kepada Datuk Hamidi yang masih
lagi tidak dapat menerima hakikat setelah di beritahu kisah Qaisarah tadi. Puas
dia menerangkan dari A sampai Z agar lelaki itu memahaminya. Tiada yang perlu
dirahsiakan lagi.Biarlah semuanya terbongkar.
Tentu Qaisarah tidak
dapat menerima kenyataan tentang kegugurannya. Mereka sudah pun menguruskan jenazah
bayi Qaisarah semalam.
“Uncle… uncle baliklah dulu. Biarlah saya jaga Sarah. Nanti kalau
Sarah sudah sedar saya hubungi uncle
je...”
“Tak apalah Zahin…
menyusahkan kamu saja.”
Zahin mendekati kawan
baik bapanya. “Uncle... Uncle perlukan
tenaga. Bila Qaisarah sedar nanti dia perlukan sokongan uncle.” pujuknya.
Akhirnya Datuk Hamidi
mengalah juga. Mujurlah Zahin sanggup bertanggungjawab. Malah bapa Zahin juga
menyokong seratus peratus niat Zahin untuk menikahkan Qaisarah apabila wanita
itu sedar nanti.
Sebulan kemudian.
Bukan mudah Qaisarah
menghadapi semuanya. Disaat kebenaran muncul menerangkan segalanya. Dia telah
kehilangan sesuatu yang cukup dipertahankan selama ini. Anak yang selama ini
membesar selama tujuh bulan di kandungan meninggalkannya sekelip mata sahaja. Cukup
dia menjaga pantang larang dari doktor walaupun dia tahu kandungannya memang
lemah.
“Sarah… Zahin telefon
tadi. Katanya dia nak datang hari ni.” ujar Datuk Hamidi. Tidak payah telefon
pun Qaisarah sudah memang dapat mengagak kemunculan Zahin di rumahnya setiap
hari.
Zahin tidak pernah
meninggalnya sendirian. Walaupun dia sudah keluar dari hospital, Zahin sangup
datang untuk menjaga dan melawat Qaisarah. Kadang-kadang sampai bermalam di
rumah mereka. Kak Ton yang menyuruh Qaisarah pulang ke sisi ayahnya. Bukannya
dia hendak menghalau.
Tapi keadaan rumah anak
yatim yang tidak selesa menyukarkan Qaisarah yang memerlukan perhatian lebih
dalam berpantang. Kak Ton pun sering datang melawat Qaisarah di rumah keluarga
Qaisarah.
“Ayah… Sarah rasa Zahin
tak perlulah datang ke sini lagi…” ujar Qaisarah perlahan. Dia menunduk
sedikit.
“Sarah masih tidak dapat terima Zahin ke?” tanya
Datuk Hamidi.
“Bukan macam tu… tapi
Sarah tak layak ayah… err… Sarah
minta diri dulu ayah.” Qaisarah berdiri meninggalkan ayahnya di ruang makan. Tidak
sanggup dia untuk bersoal jawab pasal Zahin. Hatinya sudah tertutup.
Pokok bunga arwah
emaknya dibersihkan satu persatu. Semua daun-daun layu di buang. Qaisarah
menghembuskan keluhan berat. Bosan sebenarnya. Rindunya pada kanak-kanak di
rumah anak yatim membuak-buak. Tapi ayahnya tidak membenarkan dia keluar rumah
memandangkan kesihatannya yang masih lemah.
“Rajin Sarah hari ni.” tanya
Zahin dari belakang. Mata Qaisarah menyorot pada lelaki yang menghampirinya.
“Duduklah…”
Mereka mengambil tempat
di meja taman mini yang tersedia.
“Qaisarah tak nak Zahin
datang sini lagi?” soal Zahin.
“Bukan macam tu Zahin…
Sarah rasa Zahin tidak perlulah kerap sangat. Lagipun tak manis Zahin selalu
datang ke sini.” jelas Qaisarah.
“Sarah… Zahin sayangkan
Sarah.Zahin mohon… terimalah Zahin.” Zahin menghulurkan sekotak baldu di
hadapan Qaisarah.
“Tapi…”
“Zahin harap Sarah
terima Zahin seadanya. Pasal perkara dahulu tu. Zahin minta maaf sangat...
Waktu tu Zahin buntu sangat! Kita dah nak bertunang tapi Gina pasang perangkap
supaya bakal tunang Zahin batalkan pertunangan.Zahin minta maaf sangat.” Zahin
memotong ayat Qaisarah.
“Sarah fikirlah
sebaiknya… terus terang Zahin mula cintakan Qaisarah. Zahin minta diri dulu…”
sambungnya lagi.
Qaisarah merenung baldu
cincin di atas meja…
“Zahin!” panggilnya.
Zahin segera berpaling
apabila namanya dipanggil.
“Sarah setuju…” ujarnya
sambil mengangguk menghadap lelaki itu.
Anggukan Qaisarah
melebarkan lagi senyuman Zahin. “Insya-Allah Qaisarah terima Zahin seadanya.
Sarah pun sayangkan Zahin…”
Benar hati ini pernah
menangis. Namun bila hati sudah mengikhlaskan semua tidak perlulah kita
simpannya. Parut mungkin ada. Sakit mungkin pernah dirasa…. Tapi biarlah ia
menjadi peringatan buat kita semua agar tidak mengulanginya lagi.
Salah siapa apabila
hati sudah terpikat walaupun pernah terluka. Qaisarah tidak mampu menolak cinta
Zahin di hatinya. Mungkin dia pernah diuji. Tapi setiap ujian yang datang kita tidak
harus berhenti berdoa agar dapat dipermudahkan oleh Allah. Insya-Allah Allah
itu Maha Pemurah dan Pengasih.
Amin.
TAMAT

“Really?” tanya Zahin.