Assalamualaikum & Selamat tengah malam...
currently tengah siapkan Projek CPR : kompilasi 6 cerpen which tak pasti tu cerpen ke tak sebab 40 pages per story. So, kalau 6 cerpen tu dalam 40 muka surat. 6 x 40 = 240 m/s macam tu.
plan asal nak buat 10 buah cerpen or plus. Tapi fikir idea cuma baru takat enam biji tu je. empat lagi masih cuba untuk fikirkan. sebab nak jugak 10 so tak pasti lagi.
Short stories ni will be my next project memandangkan cerita Thia tu dah siapkan. Sekarang dalam tempoh edit beberapa cerpen yang dah siap dan berusaha menambah untuk lengkapkan 10. Insya-Allah. saya ingat nak publish buku cerpen. if berkesempatan la. i'll try.
Projek CPR ni faz ada selitkan as one of Thia punya novel + cerita dalam novel Bukan Orang Ketiga kononnya la! watak Thia kan writer dalam tu.
CPR one of my cerpen yang paling lama bertapa dalam komputer. harap dapat bukukan.
Nama projek CPR faz amik dari my first cerpen dalam kompilasi ni. tajuk dia CPR = Ciuman paling Romantik. salah sebuah term yang faz guna sebab selalu sangat lupa ejaan panjang CPR tu. tapi untuk tajuk kompilasi faz dah tukar as Projek CPR. CPR = Cinta Paling Romantik.
tapi CERPEN Paling Romantik ka atau Cerita Paling Romantik pun macam okay.. hahaha... konfius ai. tapi realiti romantik tak romantik tu tak pasti la pulak. sorryy la awal2 kalau tak capai tahap romantik korang eh. tapi mostly cerpen ringan2 je.
nak sneak peak cerpen CPR?
nah faz bagi eh.... hehehehehhehehe~
CPR
Ciuman Paling
Romantik
“Muaz kau duduklah
dulu. Aku nak pergi dapur ambil air. Kau nak air apa tapi aku buat air kosong
je ni.” pelawa Haidar.
“Dah nak bagi air kosong, lagi mahu
tanya. Tak kisahlah. Janji air sejuk.” Muaz menjawab. Dia pusing-pusing ruang
tamu rumah Haidar. Ada satu sofa panjang yang agak tersorok menghadap dapur.
Dahi Muaz berkerut. Ada benda bergerak disebalik gebar tebal dan panjang yang
menutupi hingga ke hujung sofa.
Kucing agaknya. Teka hati Muaz. Tapi
peliknya dari hujung ke hujung dia bergerak. Pencuri tengah sembunyi dalam ni
ke? Muaz meneka lagi. Dia tunduk lalu menekan-nekan isi dalam gebar tersebut.
“Kau tengok tengok apa tu?” tanya Haidar
yang mendekati.
Muaz terus tunjuk selimut tebal yang
bergerak-gerak atas sofa tiga. “Kau ada pelihara kucing ke atau harimau dalam
tu. Nak cakap kucing besar pula, nak cakap harimau tak logik.”
Haidar sudah geleng kepala. Dia tahu
siapa dalam gebar itu. “Dalam tu kucing peliharan versi harimau bintang tengah
membuta!” Digerak-gerak tubuh yang sedang enak diulit selimut tersebut. Tidak
lemas ke orang dalam tu?
Digerakkan lagi badan yang diselubungi
selimut itu. Mungkin kerana rimas bila tidurnya dikacau, selimut tebal itu
terus dibuka kasar.
“Nak apa!!” jerit Awin kuat terus duduk
tegak. Mata masih tertutup rapat.
“Oh mak kau!!” Seraya itu Muaz dan
Haidar terlatah. Satu kerana jeritan yang kuat. Yang kedua kerana orang yang
serupa puntianak depan mereka. Rambut
panjang mengerbang habis menutupi sebahagian besar muka.
Muaz dan Haidar pandang satu sama lain.
“Anggap je kau tak dengar.” Kata mereka serentak lagi. Mana tidaknya mereka
yang bajet lelaki melayu terakhir ni boleh pula terlatah sebab terkejut. So, jalan selamat dua-dua simpan rahsia.
“Awin bangunlah. Apa anak dara tidur
tengah hari buta macam ni. Serupa pontianak dah abang tengok. Mak ayah mana?”
soal Haidar.
“Mak ayah keluarlah bang, dating agaknya. Awin nak sambung tidur.
Tak larat mata ni. Dua hari tak cukup tidur.” Rungut Awin dengan mata yang
masih tertutup. Rambut mengerbang dia masih lagi tutup muka serabai. Tak
kisahlah. Mengantuk punya pasal. Lagipun rumah sendiri. Apa nak disegannya.
“Dah seorang diri di rumah. Kenapa tak
kunci pintu aje. Lepas tu terbongkang tidur di ruang tamu Kalau penjahat masuk
macam mana?” Haidar sudah mula membebel. Siapa tak risau, Awin ni kekadang
spesis tidur mati. Ni pun entah sedar ke tidak. Jangan-jangan masih lagi mamai.
Sebab tu mata pun tak buka-buka lagi.
“Orang mengantuk bang. Tak larat nak
naik atas. Baru je balik ni...”
Haidar sudah geleng kepala. Itulah, mak
suruh kerja dalam pejabat saja. Dia sibuk nak jadi doktor. Waktu belajar dulu
bersengkang mata, lepas tu waktu kerja
pun kena bersengkang mata. Alah Aid! Kau tu yang dengki sebab tak dapat jadi
doktor. Dulu kau yang mati-matian mahu jadi doktor tapi bila nampak darah terus
failed! Awal-awal lagi pengsan!
“Naik atas. Kawan abang ada ni.”
Awin terus paut leher Haidar. “Gendong.
Orang tak larat ni...” pinta Awin manja. Dia terus terlena lepas betulkan
kepala pada bahu Haidar.
Haidar bukan setakat tercengang. Siap
ternganga lagi. “Syazwina bangun! Salah orang ni...” memang salah orang pun.
Orang yang Awin paut leher tu bukan Haidar tapi kawannya Muaz Haykal!
Tidak terkutik langsung pun Awin. Malah
siap berdengkur lagi. Ya Allah! Sampai bila-bila pun tidak berlaki adik aku
kalau perangai macam ni. Desis hati Haidar.
“Aid! Macam mana ni?” kalut Muaz
seketika. Iyalah! Mana tidak kalutnya, anak dara orang tu oi!
“Muaz kalau tolak je terus adik aku.
Bagus lagi kalau terus terhantuk. Sedar sikit budak tu.” Haidar mula bagi
cadangan tiga suku.
“Erk? Kau pasti?” soal Muaz. Dia tu on saja. Nak tolak senang. Tapi buatnya
terhantuk sampai hilang akal? Habis naya anak dara orang.
Haidar tersengih. Lucu pula muka innocent Muaz yang menyoal itu. “Aku
tipu jelah. Nanti habis kita kena belasah oleh mak dan ayah aku.”.
Muaz buat muka bosan. Ada jugak aku yang
belasah Haidar sebelum mak ayah dia datang. Memang nak kena mamat seorang ni.
Sudah la adik dia ni boleh tahan berat. Nasib baik cun. “Aku dukung dia masuk
bilik. Kau tunjuk aje bilik dia. ”
Haidar tersengih lagi. “Kau ni anginlah.
Cuba bawa releks sikit. Jom ikut aku.” Mereka berjalan seiringan ke tingkat
atas.
Sabar sajalah hati Muaz. Abang dia suka
hati jalan goyang kaki. Aku pula yang kena dukung tuan puteri ni. Mata
dikalihkan pada Awin yang masih terlena. Ini serupa beruang gua yang tidak
pernah tidur. Nyenyak betul!
Tapi... tapi cantik juga adik si Muaz
ni. Muka kemelayuan walaupun mereka sebenarnya kacukan cina. Alis mata dia
cantik. Lebat dan hitam. Dulu kecil-kecil manja, biar sikit aje pun kena sakat
oleh dia dan Haidar. Menangis bagai nak rak budak manja ni. Nak tahu juga
kenapa budak cenggeng ni boleh bertukar garang. Agaknya dia ingat aku lagi tak?
Dah bertahun tak jumpa...
“Woi tak payah tenung lama-lama. Adik
aku tu garang macam harimau. Sekali tersedar terus dia ngap kau.” terjah
Haidar. Nasib tidak terlepas pegangan Muaz, kalau tak! ada juga mereka tengok
harimau tergolek-golek atas lantai.
Muaz menjeling tajam. Mereka masuk ke
dalam bilik warna bercat hijau dan merah jambu milik Awin. Warna kegemaran Awin
sejak kecil. Perlahan-lahan Muaz letak Awin atas katil. Takut tuan puteri ni
sedar pula. Haidar pula berjalan ke dinding untuk tarik langsir dan buka
penghawa dingin.
Gebar tebal Awin ditarik. Muaz tersenyum
sambil membetulkan kepala Awin yang terjatuh dari bantal. Badannya direndahkan
sedikit. Pap! Kepala Awin sedikit terhantuk pula pada kepala katil.
Sakit! Sampai berkerut-kerut dahi Awin
menahan sakit. Perlahan-lahan matanya dicelik. Allahuakbar... matanya direct terpandang pada muka Muaz yang
terlalu dekat.
“Mak.... Perogoll!!!!” jerit Awin kuat.
Kaki pantas diangkat. Menendang perut Muaz. Tangan pula terus lagi menumbuk
muka putih lelaki itu hinggakan Muaz terundur. Tindakan refleks. Segala aksi
judo yang pernah dipelajari terkeluar.
“Hoi!!” Muaz terjerit kuat.
“Awin... Ya Allah. Kawan aku!” Haidar
tercengang melihat aksi depan matanya. Huish!
Garang adik aku. Singa pun kalah. Cepat-cepat Haidar lari menyelamatkan Muaz
yang teruk kena tendang dan merasa penumbuk sulung adiknya.
“Awin. Kawan abang bantu angkat Awin je
tadi. Kau ni...” terang Haidar lagi.
Syazwina terpinga-pinga. Kepala yang
tidak gatal digaru. Blurr.. “Oh.. ye
eh?”
‘Oh ye eh? Itu aje respon dia.’ gerutu
Muaz dalam hati. Muka tunjuk muka kelat. Macam mana tidak kelatnya oi! Lebam
sebelah mata. Awin yang tengah sapu ubat pada lebam mukanya, tundukkan kepala
saja dari tadi.
‘Tahu takut. Belasah lagi aku! Ini
sapu-sapu ubat dekat mata. Jangan sampai termasuk biji mata sudah. Tak
pasal-pasal aku buta.’ Hati Muaz masih lagi berbicara sendiri. Awin yang masih
lagi tunduk dipandang tajam.
“Awin sapu ubat tu betul-betul. Kang
termasuk ubat tu dalam biji mata orang pula. Tak faham mak dengan perangai kau
ni... orang tolong, kau pergi tumbuk...” Puan Hani bersuara lagi. Lain macam
saja cara anak daranya sapu ubat dekat mata kawan Haidar itu. Nak tegur
lebih-lebih, yang doktornya si Awin tu. Tak tahu pula aku doktor di hospital tu
ubat orang tak guna mata tengok.
Tergeleng kepala Puan Hani mengenangkan
rungutan anak sulungnya pasal Awin yang tumbuk si Muaz tu. Sampai lebam mata
anak orang. Apa nak jadilah anak dara aku seorang ni.
“Yiee...
orang tak sengajalah mak.” Perlahan mulut Awin membela diri. Mata diangkat
sedikit memandang kawan abangnya itu. Bibir diketap tatkala mata mereka
bertembung. Cepat-cepat Awin tundukkan mata. Apasal aku rasa macam kenal je
mata tu?
“Mak...” suara Haidar memanggil Puan
Hani.
Maknya terus angkat kening ala-ala Ziana
Zain sambil tengok guna hujung mata saja sebagai tanda. ‘Kau pula nak apa?’
“Mak nak tahu. Kawan abang si Muaz ni
anak uncle Bakri. Yang tinggal di kedutaan England dulu tu.” Terang Haidar.
Dahi Puan Hani berkerut tengah berfikir.
“Alaa... mak ni. Tak ingat pula dia. Tu uncle Bakri dan aunty Rita yang kerja di kedutaan tu. Dulu waktu kita tinggal sana
Haidarkan selalu main dengan Muaz...” buli adik. Dua perkatan itu disambung
saja dalam hati. Takut adiknya lempar pula botol ubat tu di kepalanya. Kan kes
naya kali kedua...
Awin yang turut pasang telinga dari tadi
mula telan liur. Aduh! Cakaplah yang abang main-main aje. Dah la! Aku dari tadi
fikir mata lelaki ni sama dengan mata budak lelaki yang selalu main dengan
abang waktu kecil-kecil tu.
“Lah... anak Rita ye?” soal Puan Hani
pada Muaz pula.
“Ya saya mak cik. Baru terjumpa dengan
Haidar dua minggu lepas. Cerita-cerita rupanya kawan lama.” Muaz pula
menerangkan serba sedikit bagaimana dia boleh bertemu dengan Haidar.
Tangan Awin terus terketar-ketar. Rasa
geram tiba-tiba mengebu. Kini dia terus angkat kepala, Muaz dipandang tajam.
Kapas yang dipegang untuk sapu ubat pada mata Muaz terus diangkat lalu yaarrkk!!! Ditekan-tekan kapas tersebut
tempat lebam tadi. Ikutkan hati dia mahu bagi penumbuk mata sebelah pula. Biar
puas!
“Arghhh!”
jerit Muaz kuat.
“Awin!!!” Puan Hani dan Haidar sudah
berdiri.
Kapas tersebut dilempar pada muka Muaz.
“Huh! Orang tak nak tengok muka penyagak ni lagi!” Dia terus saja berdiri lalu
terus naik tingkat atas. Masuk bilik tidur lagi bagus!
Terkocoh-kocoh Haidar berlari
mendapatkan Muaz. “Muaz kau okay tak?” Muka kawannya diangkat sedikit. Habis
parah!
Muaz angguk. Pedih. Tapi masih boleh
tahan lagi.
“Adik kau masih alergi nama aku ke?”
tanya Muaz.
Haidar angkat bahu. “Aku rasa bukan
tahap alergi lagi.... fobia terus.” Sampai macam tu sekali tindak balas Awin
pasal Muaz. Bahaya... bahaya...
Muaz kendurkan badan. Mengeluh. Susahlah
macam ni. Orang punyalah payah nak lupakan dia. Dia punya la payah nak maafkan
aku.
“Habis tu nak buat macam mana ni?” tanya
Muaz pada Haidar.
Habis dahhhh~ eh? saja cari pasal dengan korang. kbye~ tunggu bila ada rezeki yang ni. korang peganglah nanti buku ni pulak eh. Entri novel akan mula naik balik starting minggu depan. Hari? faz tak pasti hari apa. As faz ckp hari tu... faz akan start upload SECEBIS CINTA INTAN dalam blog kan lepas habis bukan orang ketiga tu. tapi Faz maybe akan selang selikan dengan novel Jihan (Bintang pilihan jihan) dan Airis (Satu cinta ai) sebab cerita si Intan ni agak berat dari cerita Thia.
sekian dari saya.
Selamat malam!!
best...nanti nak dptkannya
ReplyDeleteGood luck dik utk projek CPR tu
ReplyDelete