Intan membetulkan dress singkat yang tersarung dibadannya.
Kaki disilang. Terangkat sedikit hujung baju yang setakat paras paha itu.
Terserlah paha putih lagi gebu miliknya. Dia tidak kisah, lagi suka bila
berjaya menarik perhatian lelaki yang duduk bertentangan dengannya di meja
sebelah. Dengan gaya penuh mengoda Intan membetulkan rambutnya yang panjang
mengurai. Bahagian hujung rambut yang bergulung dipegang.
Senyuman manis dan mengoda tidak pernah
pada dari bibir yang dicalit dengan gincu warna merah menyala. Intan menopang
dagu. Lagaknya tidak ubah seperti menanti seseorang hadir. Iya. Dia sedang
menanti lelaki yang tidak habis memandangnya dari tadi itu untuk mulakan
langkah mendekatinya. Semua hujung rambutnya ditolak ke bahu kiri. Membiarkan
sebelah bahu kanan yang menghadap lelaki itu lebih terdedah. Amboi Intan tidak
cukup terdedah lagi ke pakaian yang kau pakai malam ni? Akalnya menyoal.
Tidak! Bagi Intan itu tidak cukup
walaupun pakaiannya seolah orang berkemban saja. Dengan bahagian dada yang
cukup terdedah hingga nama garisan yang tidak sepatutnya. Baju warna hitam yang
berkilauan itu pula ketat hingga menampakkan tubuhnya yang langsing. Sesiapa pun
boleh toleh dua kali bila terpandang Intan yang cukup daring pada malam ini. Motifnya hanya satu. Lelaki yang baru saja
habis buat ‘drama’ dengan pasangannya tadi itu harus ditawan!
Intan memandang lelaki itu, penuh
mengoda dia tersenyum. Lelaki itu bukan main lagi cucuk jarum. Siap kenyit mata
lagi. Tidak sedar tangan tengah meraba perempuan yang duduk di sebelah. Amboi
siap kenyit mata lagi! Kau tak tahu aku siapa lagi. Ini Intan bukan sebarang
Intan. Intan cukup pakej segala pakej! Puji dirinya sendiri. Angkat bakul pula
cik intan permata ini.
Bila drama mula masuk konflik. Intan
biarkan saja kedua pasangan itu mula bertengkar. Sebenarnya lebih kepada si
perempuan yang angin tiba-tiba. Dalam hati Intan mula bersorak riang. Dia
berani jamin kerat jari. Pasti tidak lama lagi lelaki itu akan muncul depannya.
Tinggi tahap confident Intan untuk
memiliki lelaki itu.
Mata Intan tertutup rapat. Bibirnya
muncung ke depan. Bermain-main jari runcing dengan bibirnya. Tangan masih lagi
menopang dagu. Menanti dan terus menanti. Dalam pengiraan Intan dalam lima saat
lagi lelaki itu pasti tegur.
Satu... dua... tiga...
“May
I seat here?”
Tingg!! Lagi cepat dari jangkaan Intan.
Dia tidak menjawab. Sekadar memberi isyarat mata untuk memberi kebenaran. Mulut
tu buka main manis lagi tersenyum mengoda.
“So...
you seorang saja ke?” Macho suara si kasanova menyoal. Bagi Intan lelaki ini
bukan tahap kasanova. Buaya darat, buaya tembaga, buaya kaki dua! Segala jenis
buaya dikategorikan untuk lelaki itu. Tapi dia tidak kisah janji berjaya
memiliki mangsanya berjaya malam ini.
“Seorang je. Kenapa you nak temankan I
ke? Girl tadi tak marah ke?” Pang!
Satu tembakan dari Intan mengena. Berubah wajah lelaki itu tapi biasalah diakan
kasanova setakat hal itu perkara kecil saja baginya.
“Bodohlah I kalau lepaskan perempuan
secantik you demi perempuan tadi... oh by
the way, I Adif. Adif Luqman.”
Lain pula jawabnya! Balas hati Intan.
Kalau iya nak mengorat pun yang tangan tu gatal nak raba paha aku ni kenapa?
Berguni-guni makian Intan dalam hati. Haish! Nasiblah kau sasaran aku malam ni.
Dimaniskan muka yang tersedia manis.
Silap besarlah kau kalau aku menyerah
kalah. Ini Intan la! Intan bangun dari
tempatnya. Terserlah riak terkejut diwajah Adif. Baru nak masukkan benang dalam
jarum! Tapi Intan bukannya berlalu pergi. Sebaliknya dia terus duduk atas paha
Adif.
“You nak ni ke?” lunak suara romantis
Intan membisik di telinga Adif. Tangannya bukan main lagi memegang badan
sasa lelaki itu.
Sekarang bukan Adif yang masuk benang
dulu tapi Intan yang siap dengan benang dan jarum terus masuk ke dalam hati
Adif. Berdebar-debar hati lelakinya. Buat pertama kali wanita seberani Intan
yang mulakan dahulu.
Intan tersenyum kemenangan. Haih! Baru
aku ayat sikit sudah kaku si buaya ni. Nampaknya tidaklah terror mana pun! Dia
pandang wajah Adif. Dalam renungan lelaki itu dibalas.
“Tak payahlah nak buat riak terkejut. I
ni jenis yang terus terang je. Kalau you tak nak... It’s okay. Lagipun I nak balik dah pun. Parti ni boring...” Intan main tarik tali pula.
Bahunya diangkat sedikit. Kononnya hendak berdiri. Cepat tangan Adif menarik
tangan Intan agar duduk semula atas pahanya.
“Orang gila saja yang tak nak perempuan
secantik you ni...” jawab Adif. Tangannya kembali gatal memegang paha dan
pinggang Intan.
Intan pun layan saja lelaki gatal itu.
Tanpa tunggu Adif bertindak, dia terlebih awal mencium leher lelaki itu. Dahi
leher, pipi, hidung sampailah bibir bertemu bibir. Tangannya pun tidak berhenti
memainkan peranan. Lincah salah satu butang kemeja Adif dibuka.
Sekali pandang pun dua kali lima juga
miang Intan dan Adif. Kini mereka berdua pula berdrama. Apa Intan kisah! Parti
malam ini pun lebih kepada kebaratan. Lagi ramai yang buat drama seperti
mereka.
Nasib adalah kacak juga si kasanova ni.
Ada juga selera aku nak layan. Hati Intan sempat memuji. Kalau tak kacak memang
sah sebelah mata pun Intan tidak pandang. Maklumlah Adif tu kacuk cina. Putih
melepak!
Telefon Intan tiba-tiba berdering,
tangannya menolak lembut dada Adif untuk memberi ruang kepada sedikit. Bibir
Intan mencebik. Siapa pula yang kacau daun waktu-waktu genting begini. Kacau feel betul. Telefon dikeluarkan dari tas
tangannya. Intan biarkan saja tingkah lelaki itu pada badannya sambil membaca pesanan yang baru sampai. Tidak kisah langsung. Makin dia
suka! Adif tidak ubah seperti telan sepuluh biji pil khayal saja cium
tidak ingat dunia!
Sudah...
sudahlah tu darling. Cemburu I tengok. Sekarang you balik. I dah on the way ke
kereta. Datang sekarang. I tunggu ni...
Tersenyum senget Intan baca pesanan
ringkas itu. Itulah! Cabar lagi aku...
Tangan Intan menolak lagi badan lelaki
itu. “Sorry handsome. I have to go...I
ada hal mustahak kena buat.” Tipu Intan. Tapi dengan suara mengoda agar lelaki
itu benarkan dia pergi. Cukuplah untuk malam ni.
Mencuka wajah Adif memandang si cantik
manis depannya. “Right now? Penting
sangat ke?”
“Penting sangat. Thanks... Nampaknya tidaklah boring sangat parti ni. Bye sayang.” Intan berpura-pura bergegas
masukkan semula telefonnya ke dalam tas tangan semula. Kononnya penting sangat
hal tu. Padahal dalam hati tidak sabar hendak peluk kekasih hati yang tengah
tunggu dalam kereta. Dia terus berdiri.
“Nak I hantarkan ke?” tahan Adif. Dia
masih belum puas lagi bersama perempuan yang baru saja dikenali itu.
“It’s
okay. Dah ada pun driver I
jemput.” Kesian kau Qimi! Tak pasal-pasal kena cop driver. Tak apalah. Kau juga yang dapat mandat driver paling macho dalam hati aku. Sambung Intan dalam hati. Dia
sekadar tersenyum mengoda pada Adif. Dia bersedia hendak pergi tapi tangan Adif
menahannya lagi.
Kesabaran Intan memuncak. Sabar...
sabar... jangan nak mengamuk pula. Jatuh reputasi kau yang cun Intan. “I kena
pergi sekarang juga. Please...” pujuk
rayu Intan. Dalam sempat merayu itu tangannya bukan main lagi bergerak sana
sini pegang Adif. Hatinya memang tidak sabar lagi hendak bertemu dengan Qimi
yang menanti dalam kereta. Banyak yang hendak dibuat dengan lelaki itu pula.
“At
least bagitahu dulu nama you dan number
phone...” Haish! Puas berdrama tadi langsung Adif tak tahu nama Intan.
Maklumlah mulut tengah sibuk buat body
languange. Merayap sana-sini sampai nama Intan pun dia tidak tahu.
Intan pula rasa nak hempuk diri sendiri
guna kerusi di sebelahnya. Macam mana boleh terlupa benda penting ni pula.
Itulah kalau sudah dunia miliknya dan Adif. Mana hendak ingat benda lain.
Cepat-cepat tangan Intan membuka semula tas tangannya. Sekeping kad dikeluarkan
lalu diserahkan pada Adif.
“I tak sempat nak perkenalkan diri. Just call me Intan. Ini kad I... bye...” Intan yang baru buka beberapa
langkah ke depan undur semula tepat memandang wajah Adif yang baru saja hendak
belek kad namanya.
“Yes?”
pertanyaan Adif tergantung bila Intan terus saja mengucup bibirnya. Terleka
mereka sebentar. Intan ni dalam hendak cepatnya keluar dari tempat itu sempat
lagi miang keladi. Kedua pipi Adif dipegang sambil mengucup bibir lelaki itu.
“It’s
my goodbye kiss. Thanks for tonight.” Katanya sebelum berlalu pergi
tinggalkan Adif.
Tersenyum kecil lelaki itu. Bukan main
lagi tahap berani perempuan itu. Selalunya dia ayat dulu mana-mana perempuan
sebelum cucuk jarum. Ini tak payah mulut berbicara. Terus saja bersentuhan
malah perempuan itu yang akan mulakan semuanya dahulu.
“Zara Intan Tasneem binti Zafril Hasyim.
Hurm... nama bapa dia bukan main sama
lagi dengan nama bapa aku. Macam ada jodoh je.” Bukan jodoh Intan dengan bapanya
tapi jodoh bersama Adif. Tersenyum dia mengenangkan Intan. Rindu pula bertepu
di dada. Rindu belaian manja Intan tadi. Padahal baru beberapa minit saja Intan
tinggalkan dia.
“Boleh tahan juga Intan ni. Bukan
calang-calang company dia miliki. Pengerusi
pulak tu.” Nama syarikat besar itu dibaca dalam hati saja. Kali ini hatinya
kuat ingin bertemu dengan wanita itu lagi.
Rindu pula dengan Intan... besar
penangan cik Intan ni. Dalam hati Adif yang sedang merindui Intan itu matanya
pula gatal mencari pasangannya tadi. Mana pulak perempuan tu pergi? Adif
jongket bahu. Rugi pula tiada sleeping partner
malam ni. Ditolak pasangannya tadi kerana terang-terang terpikat dengan
keseksian Intan.
Dalam Adif melayan perasaan rindunya, Intan
pula tengah bergegas melangkah keluar dari lobi hotel. Fikirannya langsung
tidak fikirkan Adif. Matanya melilau mencari kereta Qimi. Sekelip mata saja
kereta mewah Qimi berhenti depan Intan.
Intan terus masuk ke dalam kereta. “Hai
sayang!” pipi Qimi dicium sebaik saja masuk ke dalam. Tanpa tunggu lama kereta
Qimi meluncur pergi dari tempat itu.
“Macam mana tadi? Hebat tak I?” tanya
Intan. Badannya disandarkan ke dada Qimmi.
“Bukan main hebat lagi I tengok...
Sampai bergaduh besar Adif dengan girl
dia tadi.”
Intan yang perasaan sindiran Qimi itu
langsung tidak berbekas dihatinya. “Tengoklah siapa... ” dia mendabik dada.
“I tetap tak suka cara you ni... nyaris
terbabas je tadi. Senang aje lelaki itu angkat you naik bilik tadi.” tegur
Qimi. Padanya Adif tu langsung tidak boleh percaya. Lebih-lebih lagi tempat
tadi tu hotel. Kalau Intan bagi green
light aje tidak mustahil terus check
in!
“Yela... yela... I je salah. Hari tu
setuju. Malam ni lain pula dia cakap!” Intan kembali ke tempatnya. Tangan
disilangkan ke dada.
Merajuk! Ini yang buat Qimi lemah lutut.
Dia tidak suka Intan merajuk dengannya. Intan dipandang sekilas. “Intan...
sayang... janganlah macam ni. Okey janji I setuju je apa-apa hal.” Tangannya
mencari-cari tangan Intan. Digengam kuat tangan orang yang dia sayang separuh
mati itu.
Senyuman Intan tidak dapat ditahan lagi.
Tangannya kuat membalas gengaman Qimi. Lalu dibawa ke bibir. Lama tangan lelaki
itu dikucup.
“Tahu saja dia kelemahan I.” Cebik Qimi.
Tangannya yang masih lagi mengengam tangan Intan dibawa ke pipi mulus wanita
itu. Disapu-sapu pipi Intan. Dia akui Intan manja orangnya. Sebab kemanjaan
itulah ramai yang tergoda dengan Intan. Sesiapa pun tidak sampai hati nak
berkeras dengan dia
“Oh! Nyaris terlupa. Girl tu macam mana? Dapat tak?” soal
Intan. Perempuan yang dimaksudkan ialah pasangan Adif. Wajah Qimi terus
dipandang.
Terserlah lesung pipi Qimi bila senyum.
“Bila mula buat muka poyo tu. Sah dia
dapatlah tu!” cebik Intan. Tak dapat pula tengok free show Qimi.
“Macam mana boleh dapat? Teruk ke dia
menangis tadi lepas ke tolak.” Soal Intan lagi bila Qimi sekadar nak tayang
muka toya dia tu.
“Teruk jugalah. Sampai hancur mekap.
Alah biasalah. Buat yang ringan-ringan. Terpujuklah dia.” Banyaklah ringan kau
Qimi. Rupanya dia pun dua kali lima dengan Intan.
“Banyaklah ringan dia. Yang tutt tu tak
pula malam ni...” sindir Intan. Ikutkan hati mahu saja dia gigit tangan Qimi
yang masih dalam pegangannya.
“Yang tu terpaksa tahan hati saja kena cancel bila baby ni hampir buat jantung I meletop tengok cara dia tadi. Baru first time bawa tempat macam tu dah mula
perangai dia.” kata Qimi sambil menjeling Intan disebelah.
Intan sekadar tersengih namun dalam hati
bukan main lagi mengeluh. Haih! Tak habis lagi bebelan Qimi ni rupanya...
“Alah sayang. Tenang je... Lepas ni kita
tunggu esok. I bet tak sampai tiga
hari Adif mesti call I punya. Kita
tunggu siapa dapat panggilan dulu..” kepala Intan mula melayang ingatkan mamat
kasanova tu. Namun imaginasinya melayang bila Qimi gosok kepalanya sampai kusut
masai rambut Intan.
“Adalah benda kuning dia fikir dengan
mamat tu.” Jelas tidak puas hati dalam nada suara Qimi.
Intan tersenyum lebar. Dia tidak pun
terkutik sedikit pun. Kasut tumit tinggi warna kelabu itu dibuka. Dia terus
berpindah duduk atas paha Qimi yang sedang memandu itu.
Tergeleng kepala Qimi. Intan ni kalau
nak duduk atas paha dia semasa memandu, dia langsung tidak kisah tapi yang
penting bagitahulah dulu. Sekurangnya boleh dia perlahankan kelajuan kereta.
Tapi berbuih mulut Qimi pesan pun Intan
bukannya peduli. Qimi betulkan cara Intan duduk atas pahanya agar mudah dia
memandu. Intan merebahkan badannya ke dada Qimi. Leher lelaki itu dipeluk. Qimi
biarkan saja cara Intan. Dia sudah pun terbiasa memandu sambil memangku Intan.
“Bawa slow lagilah. Tak puas nak rindu Qimi... esok dah kena kerja
lagi...” pujuk Intan. Pelukannya dikemaskan. Intan paling benci hari Isnin
hingga Jumaat. Sejak mula bekerja ni, jarang dapat jumpa Qimi. Dulu tiap-tiap
malam saja dia hadap muka Qimi lepas lelaki itu habis kerja. Sekarang ni
masing-masing sibuk urus syarikat sendiri. Intan pula habis kerja terus balik
rumah. Penat!
“Slow
dah ni sayang...” Kereta sport disuruhnya bawa perlahan-lahan. Lambat mana pun
tetap rasa laju juga bila Qimi tertekan minyak lebih. Dia layan saja permintaan
Intan itu. Habis kereta mahal Qimi bawa seperti kereta kura-kura. Tapi dia
sendiri rindukan Intan yang manja itu. Itulah sebabnya susah nak berlepas bila
bersatu seperti sekarang.
“Ni... nak I hantar ke mana balik?”
“Alah... nak kena balik terus ke?” manja
Intan menyoal. Dia angkat kepala sikit. Qimi dipandang dengan penuh harapan
agar lelaki itu bawa tempat lagi. Tapi memang tiada harapan pun. Esok kerja!
Qimi tidak mahu Intan kelihatan lesu esok pagi.
“Baliklah... nak balik mana? Kondo you
ke atau balik rumah I?” tanya Qimi lagi.
“Orang gaji you ada di rumah tak?” tanya
Intan pula.
Qimi mengangguk. “Nak balik sana ke?”
Dia sendiri nak Intan balik ke rumah tu kembali. Tinggal sana pun tak apa dari
tinggal seorang diri di kondonya, dulu Qimi benarkan saja pun sebab Asha
tinggal sekali dengan Intan. Tapi sejak Asha kena pindah sebab mula bekerja.
Qimi nak Intan terus saja tinggal bersamanya.
“Kalau balik sana kena terus masuk tidur
ke?” Intan soal lagi manja. Nak sesuatulah tu sebab tu suara Intan terlebih
manja dari kebiasaanya.
Qimi tersenyum sedikit. Dicubit pipi
gebu Intan walaupun tidak tunduk memandang Intan. Sekali tunduk takut lain pula
yang dia nampak. Malam ini memang Intan terlebih kurang baju. Sampaikan bila
dia tunduk sikit pandang Intan. Jelas nampak buah dada gadis itu. Dia sendiri
lelaki. Ada nafsu, kalau Adif yang tadi terus tolak pasangannya gara-gara
terpandang Intan. Silap hari bulan dia pun boleh terleka. Silap-silap Qimi yang
terbabas malam dengan Intan. Intan ni bukannya ahli keluarga dia. Boleh saja
kalau nak.
Tahu ada lagi agenda Intan. Qimi terus
bersuara. “Terus tidurlah. Esok kerja.” Dia sempat lagi mengeratkan pelukan
Intan.
Bibir Intan dijuih ke depan. Nak pujuk
akulah tu. “Balik kondo sajalah kalau macam tu...”
Aduh! Qimi sudah mula terkulai dengan
suara Intan merajuk itu. Nasib baik sayang punya pasal. “Kalau tak terus tidur,
nak buat apa pula?” soalnya. Mengalahlah tu!
“Banyak!”
Ah sudah! Dengar perkataan banyak pun
buat Qimi lemah lutut. Tidak! Malam ni biar dia berkeras sikit. Esok pagi ada
mesyuarat penting. Nanti terlajak tidur pula kalau nak layan perangai Intan.
“Kalau macam tu balik kondo sajalah.”
“Yela... yela... dia ni... membuta saja
kerja. Malam masih awal pun...” Bebel Intan.
Gembira Qimi dengar. Dia tunduk sikit
mengucup dahi Intan. Pujuklah apa lagi. Dia tahu pun Intan merajuk bukannya
lama mana pun. Kejap lagi surutlah tu. Apapun berbaloi juga dari kena layan
Intan main game sepanjang malam ni.
Ikutkan hati mahu saja Qimi bakar permainan Chess, Monopoly, Scrabble termasuklah
Pictionary Intan di rumahnya. Kalau layan Intan main, selamat saja esok pagi
habis semua game dipulun. Sakit kepala nak perah otak bermain dengan budak terlebih umur ni. Tapi bakar
mana pun tetap juga Intan beli nanti. Qimi pernah sembunyikan permainan-permainan tu sebelum ni, Tak sampai 24 dah ada yang baru di ruang tamunya. Intan dan Asha pergi shopping segala jenis permainan tu lagi!
Itupun nasib badanlah kalau Asha tidak join sekaki main. Kalau tak pening
kepalanya nak layan dua-dua. Seorang manja, seorang pula kepala batu! Geram
pula Qimi bila teringatkan Asha kepala batu itu. Selalu saja dia mengalah
dengan Asha dan Intan. Lebih-lebih bila dua orang tu bergabung. Dia yang
meletop melayan keduanya.
Tapi biasalah Qimi. Ayat klise tidak
mahu kalah. Alah bukannya kalah betul-betul saja je nak mengalah sebab sayang
punya pasal. Banyaklah kau punya mengalah Qimi, padahal selalu saja kena
buli...
Contoh terbaik ialah sekarang. Berhenti
saja kereta Qimi terparkir. Intan terus pura-pura tertidur supaya Qimi angkat.
Dan angkatlah juga Qimi sebab sayang punya pasal. Janji Intan bahagia...
Intankan permata hatinya. Dia sanggup buat apa saja demi wanita itu.
Nasib engkaulah Qimi. Dapat perempuan
kaki buli!