Wednesday, February 27, 2013

Tembok Cinta bab 32


“Lambat!” kata Taufiq sebaik sahaja Fiera dengan selamatnya duduk di kerusi penumpang sebelah. Wajahnya merah menahan geram. Bukan dua tiga mini dia tercongok depan pagar rumah Fiera tapi 85 minit bersamaan satu jam 20 minit! Dari duduk depan kereta, menyandar dengan pagar, kereta sampailah dia duduk semula ke dalam kereta. Kepanasan, kebosanan semua ada! Terpaksa buka kereta dan pasang penghawa dingin dan radio.
Fiera tayang gigi sebaris. Muka comel ditayang. “So sorry…” lengan baju Taufiq ditarik manja. Bukan sengaja dia hendak lambat pun. Sebab excited sangat untuk first date mereka sampai tidak dapat tidur semalam. Bangun pun terlewat. Subuh gajah jadinya. Lepas solat boleh pula dia terlelap atas sejadah. Masih bertelekung pula tu!
Ditambah lagi dengan kebingungan hendak pakai apa? Maklumlah orang pertama kali keluar dating. Berhambur bilik Fiera dikerjakan olehnya. Bersepah sana sini! Dari baju, kasut dan tudung semuanya ada di mana saja. Alat solek atas meja pun bersepah! Tapi natural make up juga dia pakai. Tahu Taufiq tidak suka tengok perempuan pakai alat solek tebal sangat. Plastik katanya…
“Fiq…” panggil Fiera. Encik Doktor ni! Merajuklah pula.
“Lain kali lambat lagi! Aku yang naik atas pakaikan baju!” akhirnya keluar juga suara mahal Taufiq. Siap bagi amaran berbaur aura kegatalan di situ! Tapi Fiera tidak kisah. Bukannya Taufiq betul-betul pun! Auta saja sebab tengah geram.
Fiera tersengih lagi. Tenangkan hati si buah hati yang tengah merajuk ni.
“Sebagai denda pertama sebab lambat. Aku nak dalam sehari ni sila panggil aku abang Fiq…”
“Euww!! Capital NO for that! Only Fiq will be just fine… ” bangkang Fiera serta merta. Geli betul dia dengar.
Fine! Saya-awak. Capital NO REJECTION for that!” Wah! Taufiq siap ajuk perkataan capital no yang Fiera dan Anis selalu guna.
“Fiq…” rayu Fiera. Lemah sendi-sendi tulangnya membahasakan diri guna saya-awak. Terutamanya dengan lelaki bernama Taufiq!
“Fiera… tiada orang cipta rekod dating guna aku kau tau! Pelik je aku dengar. Please… hari ni saja okay!” pujuk Taufiq. Sudah tukar situasi pula. Entah siapa pujuk siapa!
“Okey! Hish…!” kuat dengusan Fiera. Hilang semua rasa teruja untuk first date mereka hanya kerana panggilan.
Tidak mungkin akan batalkan temujanji ni hanya kerana perkara kecil sajakan? Dia masih waras agar tidak buat kerja yang terlampau mengugatkan hubungan meraka. Lagipun betul juga cakap Taufiq. Adakah orang dating panggil pasangan mereka dengan kau? Ada kot! Tekanya.
Good girl…” kata Taufiq sambil tersenyum panjang. Suka bila permintaannya tidak ditolak!
“Sukalah tu!” kata Fiera tidak puas hati.
“Mestilah.”
“Sudahlah! Jom jalan. Sakit mata aku tengok kau tersengih macam kerang busuk!” luah Fiera. Tali pinggang keledar ditarik.
“Aik? Jalanlah!” arah Fiera bila Taufiq tidak bergerak apa-apa.
“Taufiq!!” bergema satu kereta Taufiq bila lelaki itu buat tidak tahu.
“Hah? Awak cakap dengan saya ke?” Taufiq bagi soalan bodoh! Mendengar kata lelaki itu baru Fiera tersedar dia masih lagi panggil Taufiq ‘kau’. Dia menahan geram. Dengan lemah lembut dia bercakap.
“Taufiq sayang, intan, payung, berlian, darling, maling… AWAK, jom kita jalan. Tak kan nak bertapa dalam kereta ni kot?” sengaja ditekan perkataan awak agar Taufiq dengar sejelas-jelasnya. Bila sudah puas barulah Taufiq dengan selambanya memakai tali pinggang.  Panas pula telinga Fiera dikerjakan.
‘Mengada betul Taufiq ni! Bukannya nak puji aku cantik ke apa? Penat saja aku pilih baju.’ Gumam Fiera dalam hati.
You look so beautiful with that peach pastel dress and skirt.” Akhirnya terdengar juga pujian dari mulut Taufiq. Lembut dan romantik! Senyuman Fiera ditahan. Dia memandang ke luar tingkap. Cuba berlagak cool, konon-kononnya masih terasa hati dengan Taufiq yang hendak guna saya –awak.
“Fiera yang comel, Fiera yang cute, Fiera yang merajuk dan minta dipujuk….” Pujuk Taufiq. Tanganya sebelah mengawal stereng, sebelah lagi mengosok-gosok kepala Fiera.
“Yiee… apa ni? Rosak tudung oranglah!”
“Bersuara pun!” tangan Taufiq kembali mengawal stereng. Dia tersenyum bahagia. Siapa tak bahagia oi! Tengah dating dengan orang tersayanglah katakan.
“Habis rosak tudung!” rungut Fiera. Sebuah cermin kecil dikeluarkan. Dia menilik tudungnya. Dibetulkan semula mana yang terlari.
“Cantik dah…” kata Taufiq. Perempuan! Pantang nampak cermin sikit.
Fiera menjeling manja. Cermin tadi disimpan semula ke dalam tas tangan. “Memang cantik pun!” katanya tidak mahu kalah.
“Yelah! Fiera yang cantik, apa-apa pun thanks sebab pakai baju warna peach pastel.  Love it! Berbaloi juga tunggu depan rumah sampai berjam-jam.”
“Sama-sama. Sebenarnya bingung juga nak pakai apa. Dah lama tak shopping. Baju baru pun tiada…” skirt sifon berwarna peach itu digosok-gosok lembut.
“Lepas ni kita shopping nak?” cadang Taufiq.
Fiera segera mengangguk. Dia pun sudah lupa bila tarikh terakhir dia shopping. Tapi bila shopping dengan Taufiq. Satu saja dia takut! Shopping dengan Taufiq ni boleh kopak poket.  Taufiq dan pusat membeli belah sepatutnya dijauhkan, bahaya lelaki sebab kuat shopping! Dia sendiri pun kalah. Tapi kebaikannya ialah, Taufiq ni high taste tentang pemakaian. Boleh minta tolong.
Fiera mengereng. Dia menongkat bahu memandang Taufiq yang sedang kusyuk memandu. Smart! Itu pujian pertama Fiera pada lelaki ini. Alah! Taufiq memang sentiasa tampak bergaya pun. Dari waktu belajar hingga sekarang! Sibuk macam mana pun atau event apa pun sentiasa nampak smart.
Teringat kata Lydia berkenaan dengan pemakaiannya baru-baru ini. Serabai! Fiera mengaku juga, kebelakangan ni malas hendak bergaya.
Handsome tak?” soal Taufiq.
Fiera tersentak. “Syyssh… tengah kusyuk menghayati keindahan depan mata. Encik Taufiq tidak dibenarkan menyampuk. Sila concentrate memandu.” Dia masih lagi meneliti pemaikan Taufiq. Sampai terlentok-lentok kepalanya.
Taufiq sekadar senyum sambil mengeleng kepala. Dia biarkan saja Fiera menilik wajahnya.
Mata Taufiq yang tekun memandu dipandang. Macam mana hendak cakap eh? Seksi! Mata Fiera beralih pada hidung kemudian turun ke mulut Taufiq. Lama bibir itu diteliti. Akhirnya Fiera terpandang senyuman Taufiq yang meleret. Tahulah si Taufiq tu, Fiera tengah tengok bibirnya. Ada lesung pipi terserlah. Kecacatan yang cantik! Puji hatinya. Fiera sendiri pun tiada lesung pipi sedalam Taufiq. Jeles!
“Sudah-sudahlah tilik muka handsome ni Fiera, nanti sampai malam termimpi-mimpi.” Katanya.
“Tiadalah sampai termimpi-mimpi. Perasan!” cebik Fiera. Dia terus memandang muka Taufiq.
“Perasan tak muka awak macam Mario Maurer wahai Encik Taufiq?” Fiera menyoal. Dia perasan dahi Taufiq yang berkerut. Mengingatkan siapakah gerangan Mario Maurer mungkin.
A crazy little thing called love?” tanya Taufiq untuk memastikan. Dia memandang Fiera sekilas. Dilihat Fiera mengangguk.
 “Ye ke? Jambu je tengok mamat tu? Takkan saya jambu kot?” tanya Taufiq lagi. Wajah Mario Maurer cuba diingat. Dia tahu Fiera minat Mario Maurer selain Robert Pattinson tapi takkan sampai samakan dengan mukanya.
“Betul! Tapi for sure muka awak lagi comel...” puji Fiera. Tengok senang sahaja mereka membahasakan diri guna saya-awak.
“Semestinya.” Balas Taufiq sepatah.
Fiera kembali menegakkan badannya. Pantang dipuji betul kekasihnya ni. Bukan dia pun begitu ke tadi waktu Taufiq pujinya cantik. Erm… Taufiq dan Fiera dua kali lima saja sebenarnya. Sepadanlah sangat!
“Sampai!”
Fiera memandang luar tingkap. Dia terkedu. ‘Erk?’ Mereka akan makan di sini? Biar betul?
“Jomlah turun makan.” Tali pinggang Taufiq sudah pun selamat dibuka. Tapi fiera masih lagi tercengang. Dia memandang Taufiq disebelah.
“Kita ni dating ke tidak?”  Fiera menyoal pelik.
Datinglah!”
“Kalau macam ni kita break ajelah!” katanya spontan. Taufiq terus terkedu. Eh! Apa pula masalah Fiera kali ni.
“Kenapa?”
“Sebab saya rasa kalau kita kawan lagi romantik, makan depan Putrajaya, tepi tasik, berkelah atas bukit. Ini makan KFC saja? Adakah orang dating makan KFC saja?” Sempat lagi Fiera menyoal diri sendiri. Dahinya berkerut memikirkan jawapan yang dia sendiri tidak tahu.
“Hish! Mengada! Berkelah lain kali sajalah. Sebab awaklah kita plan terpaksa tukar. Lambat bersiap. Dah! Jom…” Ngomel Taufiq.
“Kita pulak disalahkan.”
“Okay, okay jom! Baby Fiera, nanti Papa Fiq belikan lollipop ye. Jangan merajuk lagi. Nanti papa Fiq bagitahu kenapa kita makan sini... kita masuk dalam dulu.” Kepala Fiera sekali lagi hendak digosok tapi gadis itu lebih pantas menjauhkan kepalanya.
“Aaah… jangan nak mengada gosok pula. Rosak lagi nanti.” Dia memberi amaran. Sementara Fiera membuka tali pinggang kereta, Taufiq sudah pun bangun dan bukakan pintu kereta untuknya.
Fiera tersengih-sengih kemudian tergelak kecil memandang Taufiq yang setia berdiri dan membukakan pintu untuknya.
What?” tanya Taufiq. Ada-ada saja Fiera ni. Macamlah dia seorang saja yang pertama kali dating. Aku pun first time tau! Jerit hatinya.
Okay. It’s awkward. Hahaha…” gelak Fiera. Hilang segala jenis ayunya. Dia betul-betul rasa pelik dengan sikap Taufiq yang terlebih ‘kami sebenarnya pasangan bahagia’. Walaupuya pada hakikat pertama kali keluar dating sebagai kekasih padahal sudah berapa kali keluar lepak sebagai kawan baik.
Belakang leher Taufiq digosok. Dia sendiri pun rasa pelik juga sebenarnya. Maklumlah selama tengok dari wayang saja macam mana orang keluar dating, tiada pengalaman beb! Teruk betul rasanya.
“Okay macam nilah. Apa kata just be my Taufiq only.Cuma Taufiq yang saya kenal. Romantic comes naturally right?” Fiera memberi cadangan.
“Baiklah...” akur Taufiq. Dia tersenyum. Betul juga cakap Fiera. Bukankah romantik datang secara natural?
Great! Inilah Taufiq saya.” Puji Fiera ikhlas. Dia akhirnya keluar dari perut kereta. Sementara menanti Taufiq membeli makanan, dia mencari meja kosong.
“Satu pinggan je? kongsi?” soal Fiera. Bila memandang hanya satu pinggan saja yang ada.
“Pandai!” puji Taufiq. Dia bangun cuci tangan kemudian duduk semula. Fiera yang masih tercengang dipandang. Naik geram pula dia bila Fiera masih lagi tidak berkutik.
“Auch!” Fiera terjerit kecil. Sakit! Taufiq jahat!! Dahi yang sakit digosok. Apa punya teman lelakilah! Sakit dahinya dilastik.
“Itulah. Mengkhayal lagi. Dah cuci tangan ke belum?”
Fiera mencebik. “Dah. Bukan mengkhayal tapi berfikir. Betul ke kita nak kongsi ni?” soalnya.
“Macam tak pernah.” Giliran Taufiq pula mencebik. Selalunya biasa saja Fiera kebas air atau makannya.
“Iya tak iya jugakan. Hehe…” Tersengih-sengih Fiera memandang Taufiq. Dia mengosok tangan. Tangan mereka diangkat untuk membaca doa makan. Selepas mengaminkan selamba saja Taufiq mencubit  paha ayam kemudian menyuap ke mulut Fiera yang tenganga.
Fiera mengunyah ayam dimulutnya. “Erm… sedap!”
“Sedap sebab ada doctor hansem tengah suapkan.” Automatik mata Fiera menjeling manja. Puji diri sendiri pula encik doktor ni! Smash potato diambil. Selamba saja dia menyuap ke mulutnya sendiri. Erm… sedap! Pujinya lagi dalam hati.
“Suap?” Taufiq mengangga mulutnya.
“Eh! Ingatkan encik doktor ni makan sayur je tahu. Jaga kesihatanlah konon!” ejek Fiera. Teringat kisah bila dia ditahan dalam hospital tempoh hari. Dipaksa makan sayur oleh Taufiq! Kalau tidak makan, mulalah ceramah percuma terpaksa ditadah.
“Gurau sajalah! Buka mulut, aaaaa…” sambungnya lagi.  Sudu berisi smash potato disua, berapa jarak lagi masuk ke dalam mulut Taufiq sudu tadi dipusing. Selamat masuk ke dalam mulut Fiera.
Dia tersengih-sengih memandang muka cemberut Taufiq.  Tanpa pedulikan lelaki itu Fiera dengan selambanya makan ayam goreng. “Marahlah… tak kisah pun. Lagi suka adalah. Taufiq marah comel!” katanya sambil mengunyah ayam.
Senyum Taufiq tidak dapat dikawal ketika itu. Terlakar juga sehingga nampak jelas lesung pipinya. Sukalah tu kena puji! Tergeleng kepala Fiera.
“Jadi apa rancangan untuk hari ni?”
“Shopping, jalan-jalan dan…”
“Dan…?” ajuk Fiera. Taufiq sengaja mendera perasaan betul!
“Dan… adalah! Rahsia.”
“Cakap sajalah…” Fiera memaksa.
“Eh! Mana boleh. Dah namanya rahsia jadi awak hanya tunggu dan lihat. Sekarang makan! Kita kena bijak mengunakan hari ini. Sebab minggu depan orang tu dah mulai sibuk dengan Hari Keluarga syarikat.”
“Ah! Tolonglah jangan ingatkan apa saja yang berkaitan dengan kerja hari ni… Sakit kepala ingat benda-benda semua  tu.”
Taufiq mengangguk. Faham sangat dengan perangai Fiera. “Uncle Fuad ada ajak ikut serta tapi sorry my dear. Tak dapat cuti. Selalu sangat cuti sekarang ni.”
Monyok mulut Fiera mendengarnya. “Tak dapat ke? Alaa… mesti boring nanti.”
“Tak dapatlah sayang… Tapi update cerita baru dengan Fiq nanti.”
“Dah lah sepanjang minggu depan sibuk, tak dapat jumpa… Rasanya lepas Hari Keluarga tu baru dapat releks sikit.” Rungut Fiera lagi.
“Jangan risau… nanti lepas kahwin 24 boleh jumpa! Hehehe…” Taufiq cuba buat lawak tidak menjadi. Lansung tidak lucu bagi Fiera.
“Alah! Tak mahulah macam ni. Menyesal cakap! Hari ni tak nak cakap pasal benda-benda berkaitan kerja lagi. Just you and me… ” pujuk Taufiq. Menyesal pula dia beritahu awal-awal perkara yang menghilangkan mood mereka.
Fiera akur. Apa boleh buatkan? Benda memang tidak boleh dielak. Tanggungajawab Taufiq sebagar doktor memang besar. Dia cuba untuk senyum.
“Itulah! Dah cakap tak nak dengar pasal benda-benda berkaitan dengan kerja dia cakap juga. Makanlah lepas ni perlukan tenaga yang banyak.” Arah Fiera. Ada bakat jadi lady boss lepas kahwin nanti. Hehehe
“Bila kahwin nanti habislah kalau orang tu tambah kuat merajuk. Tidak lama botak kepala ni hah! Mati kutu nak pujuk dia.” Ejek Taufiq.
Tanpa menunggu lama Fiera terus melempar kentang goreng di muka Taufiq. Terbahak-bahak Taufiq ketawa dengan karenah buah hatinya.
“Makanlah! Ketawa tak ingat dunia!”
Taufiq tidak mengendahkan teguran Fiera. Makin galak dia ketawa. Muka pun sebiji macam udang bakar. Merah! Entah apa yang lucunya pun Fiera tidak tahu.
“Taufiq sudahlah ketawa tu. Tidak lucu okey!” marah Fiera.
“Hahahaha…” ketawa Taufiq masih bersisa.
“Cuba tengok muka tu di cermin? Cantik ekstra mekap awak!” sambung Taufiq lagi. Kemudian dia sambung gelak lagi.
Fiera sudah kelam kabut cari cermin dalam tas tangan. Mukanya dibelek. “Hahahaha… apa dah jadi dengan muka ni?” dia pun turut ikut tertawa sekali.  Sejak bila dia makan comot macam ni.
‘Macam misai kontot dah aku tengok smash potato yang terbentuk atas bibir ni.’ Getusnya dalam hati.
“Hahaha… nah ambil ni! Dah macam suku sakat sarjan misai.” Sempat lagi Taufiq mengejek tatkala menghulurkan tisu kepada Fiera.

#Selamat membaca..

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

  1. lama xupdate n3 kan... rindu fiera n fiq... heheh adam p mana... bahgia ye mereka

    ReplyDelete
  2. hilang rindu kat taufiq n fiera...pasni up lg bleh dek...heeheee

    ReplyDelete
  3. Best.... #^_^
    Kelakar tengok Fiera dan Taufiq dengan gaya dating versi diorang...

    ReplyDelete
  4. cerita ni klua buku kee? lamanyaa tak updateee. sobsobsss

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)