Tuesday, May 7, 2013

Awak bukan pilihan


“Ku mohon kepadamu… Duhai dewiku. Maafkanlah…oh maafkan aku… Ku tahu kau terluka. Ku tahu kau terseksa… tapi tak berdaya memilih kau dan dia…” suara sumbang abang Ayman tidak pandai penat bernyanyi. Aku sendiri pula yang naik bosan. Tahi telinga ni cukup cair dengar dia bernyanyi tadi. Orang putus cintalah katakan. Karok habis! Hampir tiga jam sudah aku menanti abang yang tidak habis-habis meluah perasaan melalui lagu.
Sudah tu dia seorang saja yang menyanyi. Aku dibiarkan saja terconggok disini temankan dia. Tidak lupa juga si teman baik abang yang tidak bosan-bosan menemani. Tidak bosan apanya? Sudahlah datang lambat. Lepas tu selamba saja layan telefon mahal dia tu dari tadi sampai sekarang. Layan awek dia la tu!
 Tidak kerja ke Farid ni? Kalau abang jangan cakaplah. Gara-gara putus tunang ambil cuti seminggu! Parah betul!
Aku menguap lagi. Entah yang ke berapa kalinya aku sendiri pun tidak pasti. Mengantuk aku dengar lagu-lagu jiwang ‘berlaukkan’ suara sumbang abang aku dari tadi. Kalau suara tu best macam suara Anuar Zain takpe juga. Ni tak ubah macam beruk terlepas dari hutan saja bunyinya. Pitching lari sana sini. Tempo entah dari mana nak ke mana. Ceh! Aku ni terlebih perasan jadi pengkritik la pulak!
“Abang Farid…” panggilku.
“Abang Farid!!” jeritku. Pekak ke apa mamat ni? Sudahlah suara abang aku melalak tahap terkeluar anak tekak.
“Hah? Ya. Ada apa?” soalnya. Earphone dicabut. Patutlah selamba saja dari tadi dengar suara abang melalak. Rupanya dengar lagu dari telefonnya.
“Ainan nak tidur. Nanti bila beruk seorang ni habis layan karok. Kejutkan Ainan tau.” Arahku. Nanti diorang tinggalkan pula aku di sini. Kan kes naya pulak!
“Erm… tidurlah.” Jawab Farid.
Aku tunggu apa lagi. Terus ambil port cantik di sofa panjang. Farid sambung pasang earphone. Rasanya dia sendiri pun tidak sanggup layan suara sumbang abang aku tu! Ajak orang karaoke tapi yang melalak dari tadi dia seorang saja. Tension aku! Ingatkan dapatlah lepas gian bernyanyi sementelah ada orang sponsor tapi hampeh! Lagipun aku ni pergi karaoke dengan abang aje baru dapat green light dari mak. Kalau dengan kawan memang mak tak benarkan! Padahal aku dah besar panjang pun. Sudah selamat bergelar guru pun. Huhu…
Aku tidak tahu macam mana aku boleh terlena tidur dalam bilik karaoke yang bising dengan suara abang. Bila sedar diorang dah nak berambus pun. Nasib baik aku tersedar bila keadaan tiba-tiba sunyi. Apa punya manusialah mereka ni. Lupa aku yang terlelap menunggu dari tadi. Selamba saja nak keluar lepas penat melalak.
Apa tunggu lagi? Mogoklah! Aku langsung enggan senyum pada seorang pun. Tunjuk protes beb!
“Makan je Farid. Tak payah nak layan sangat adik aku tu. Lapar nanti makanlah dia tu.” Selamba saja abang Ayman kata macam tu. Huhu… terguris hati seketika.
“Aku tak kisah pun. Lapar tak lapar bukannya perut aku pun.” Balas Farid dengan selambatnya makan char kueh tiaw yang masih berasap. Aku telan air liur seketika. Sedapnya pulak!
“Bak sini… order yang lain. Ni Ainan nak makan!” aku dengan selamba merembat makanan char kueh tiaw abang Farid..
Ceh! Tipu je… manalah aku berani. Mahunya tujuh keturunan mak bapak aku malu. Aku rembat nasi goreng tom yam abang Ayman je sebenarnya.
“Bertuah punya adik! Abang mandrem tersedak nasi tu baru tahu. Belajar aje tinggi. Tiada kesopanan dan kesusilaan langsung!” Amboi abang sampai mandrem adik comel mu ini. Huhu…
Mak aih! Agaknya berapa kilo lada si chef ni letak. Pedas nak mampus! Aku sos cili pun dah berhingus…
Huk… huk… huk… tersedak! Ni mesti berkat ‘doa’ abang Ayman.
Tanganku segera mencapai gelas yang dihulurkan. Abang Ayman bukan reti nak tolong ke apa. Sibuk pulak buat ‘ceramah’ ringkas kat aku. “Padan muka! Itulah padahnya kurang ajar pada orang yang lebih berusia…”
Cis! Ayat tu memang aku dah agak dah! Tagline dia tu memang tak lari punya. Padahal dia tua dua tahun je dari aku. Sajalah tu… dengki.
Aku terpandang pada gelas Neslo yang selamat masuk ke dalam anak tekak aku. Aik? Sejak bila Jus Oren bertukar warna… mak! Ini air yang abang Farid order tadi. Aku terus pandang abang Farid. Dia selamba badak aje pulun char kueh tiaw tu… jeles pulak aku dengan char kueh tiaw tu. Dulu aku pernah juga syok dengan si tunggul seorang ni. Siapa lagi kalau bukan Encik Farid bin Ahmad Haikal yang sedang enak makan char keuh tiaw dia tu…
Biasalah… zaman ‘jahiliah’ sekolah menengah. Ada hati dengan ketua pengawas sekolah. Alah! Abang Farid la!… Abang Ayman aku geng keras dengan Abang Farid. Seorang ketua pengawas sekolah, seorang pula bajet Ketua Pengawas Perpustakaan. Okay tipu! Abang Ayman memang Ketua Pengawas Perpustakaan. Dia ni hantu buku sikit. Sampai sekarang dia menjawat jawatan Cataloger di Perpustakaan Negara. Dia kata biar sentiasa dekat dengan buku…
Eh… dah jauh melencong pulak! Aku kan nak cerita pasal abang Farid tadi. Haiyoo~ nak dipendekkan cerita. Aku tidaklah cinta tahap frust dengan abang Farid. Ala! Cinta gitu-gitu je… cinta monyet! Aku pun sedar diri jugak. Tak kan nak tangkap cinta dengan budak famous. Lebih-lebih lagi si tunggul ni. Lagipun aku tahu abang Farid dah ada awek. Meletops gitu!
Alah! Macam mana aku tak tahu.  Adakah patut si Farid dan si Ayman ni rancang nak nikah hari yang sama… geng keras betul! Tapi nampaknya tidak kesampaianlah niat diorang. Sebab abang Ayman dah putus tunang.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi dengusan yang agak kuat. Kalah dengusan Bos javanicus a.k.a tembadau di hutan. Kalau tak tahu tembadau ataupun dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Banteng silalah menggunakan sepenuhnya alat komunikasi yang semakin canggih untuk google spesis tembadau ni ye…
Kita sambung cerita balik…
Aku mengalihkan pandangan pada si tuan punya badan. Abang Ayman juga turut tertarik pada dengusan abang Farid.
“Kau dah kenapa Farid?” laju je Abang Ayman menyoal. Iyalah… mesti orang rasa pelik! Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba mendengus macam tak cukup nafas!
Abang Farid tidak ambil peduli. Dia terus berdiri ke arah sebuah meja. Membulat mata aku dan abang Ayman melihat satu adegan yang agak panas. Kak  Aina (tunang abang Farid) dan mamat orang putih celop sedang sakan berasmaradana…
Kami adik beradik sibuk jugaklah tengok wayang percuma. Kemain Kak Yana menangis bagai nak rak lagi. Siap melutut-lutut minta ampun.  Mamat celop tu pulak blurr gila. Kesian juga aku tengok. Mungkin memang orang putih, sebab tu tak faham… dah la percuma dapat tumbukan lelaki melayu terakhir aku. Ceh! Perasanlah tu! Sejak bila abang Farid tu aku punya lelaki melayu terakhir. Haha!
Nampaknya bertambah lagi manusia yang mengalami tahap kesedihan melampau lepas ni. Elok sangatlah! Kan rancang nak kahwin tarikh sama. Sekarang dua-dua tak jadi kahwin. Padahal tarikh dah dekat…
Tunang abang aku tiba-tiba tak dapat lupakan bekas ‘tupperware’ dia yang datang menagih kasih. Lepas tu minta putus dengan abang aku. Kononnya cintanya pada si bekas kekasih itu tidak pernah padam. Pigidahhh… abang aku sepuluh kali lagi handsome dari mamat bekas ‘tupperware’ tu. Tunang si abang Farid ni pulak buat onar! Sanggup mencemarkan cinta abang Farid. Tak sedar diri tu dah nak kena sarung cincin nikah!



Aku kaku di muka pintu. Patutlah banyak kereta tersadai depan rumah aku. Rupa-rupanya ada mesyuarat tergempar sedang berlaku di ruang tamu rumah. Usai memberi salam aku pun melangkah masuk terus ke tangga tingkat atas. Malas nak ambil port pasal cerita orang-orang tua ni. Aku tengok keluarga abang Farid sedang kusyuk berbincang dengan abang Ayman dan mak bapak aku. Mesti pasal pernikahan yang kena dibatalkan. Memang kena bincang dengan kedua pihak sebab abang Farid dan abang Ayman ni gatal nak nikah serentak. Majlis pun kena diurus oleh kedua pihak. Jadi kalau ada apa-apa perbincangan mesti dekat rumah kami atau rumah abang Farid. Itulah rutin mereka sejak beberapa minggu lepas.
Pada satu ketika aku tiba-tiba rasa seram sejuk. Seolah mereka sedang perhatikan langkahku. Aku pun kemudiannya mengalihkan pandangan pada mereka yang sedang sibuk berbincang.
“Ya Allah!” nasib baik tidak terlatah. Apa ke jaddahnya semua tenung aku macam setahun tak makan ayam goreng nih?
“Kenapa?” tanyaku.
“Ainan…Mari duduk sebelah mak cik kejap. ” panggil mak abang Farid sambil menepuk sofa disebelahnya.
Seraya itu aku memandang ibu. Ibu turut mengangguk. Ayah pula sekadar berdiam diri buat muka ‘Dunno’. Abang Ayman dan abang Farid pula sedang mengurut kepala. Aku? Bingung seketika. Tapi kaki masih gatal juga hendak duduk sebelah mak abang Farid.
Dan sekarang aku pun sudah terduduk dengan ayu sekali. Ceh!
“Mak cik nak cakap sikit…” itu dia… mukadimah Mak Biah… Jiran sebelah rumah. Eh! Macam kenal je iklan tu. Lantaklah… nama mak abang Farid ni sebenarnya Puan Junaidah. Nama glamor Aunty June. Hah! Ambik kau…
“Mak cik nak tanya sikit… Ainan dah ada kekasih tak?” soal Mak cik Junaidah.
“Mak…” Abang Farid tiba-tiba bersuara. Seolah menghalang mak cik Junaidah bersuara.
“Sudahlah tu…” sambung si teruna itu. Mak cik Junaidah tidak ambil peduli. Dia sekadar memberi jelingan maut pada abang Farid.  Kemudian berpaling lagi pada aku untuk menanti sebarang jawapan.
Dengan muka blurr aku mengangguk. Eh tidak!  Bila masa aku ada kekasih… aku mengeleng pula. Muka Mak cik Junaidah sudah berkerut seribu.
“Ada ke tak ni?” tanya mak cik Junaidah lagi tanda tidak faham.
“Tiada.” Jawabku ringkas.
“Hah! Kan sekarang senang. Ainan pun tiada kekasih... kita teruskan perkahwinan ni jugak!” sambung mak cik Junaidah. Aku mula rasa cuak. Teruskan perkahwinan? Macam mana nak teruskan kalau pengantin perempuan tiada? Kalau abang Ayman tu perempuan boleh jugak kahwin dengan abang Farid. Masalahnya keduanya pun lelaki!
Dan kejap… apa pula kaitannya dengan aku?  Buat apa mak cik Junaidah tanya aku pulak! Jangan-jangan…
“Memang jangan pun! Tak nak!” jeritku tiba-tiba.
“Tolonglah Ainan. Mana aunty nak letak muka lepas ni. Kad jemputan semua dah edar… kalau dibatalkan mana aunty nak letak muka.”
“Tapi aunty…” aku tahu kad jemputan sudah pun diedarkan. Tapi kad jemputan abang Ayman pun dah diedarkan ibu dan ayah aku okey je bila dibatalkan. Rasa kecewa dan terkilan tu memang adalah…
 Ibu cuma kata “Dah tiada jodoh…”
Mak cik Junaidah ni saja tidak dapat terima hakikat.
“Mak sudahlah tu…” rayu abang Farid.
“Bila Ayman dah tidak jadi langsungkan perkahwinan. Mak turut rasa kecewa sebab mak anggap Ayman tu macam anak mak sendiri. Tapi Farid sedar tak? bila keduanya batalkan perkahwinan nanti apa pula orang cakap pasal kamu berdua? Kamu tak terfikir ke? Kamu dua tu rapat dari kecil. Mak tak nak orang cakap pasal anak mak benda yang tidak baik. Perempuan batalkan perkahwinan sebab anak suka kaum sejenis! Mana mak nak letak muka!”
Mak aih! Jauh imaginasi Mak cik Junaidah… sampai ke situ pulak. Tidak terlintas langsung di kepala aku.
“Mak… takkan sampai ke situ pulak…” pujuk abang Farid. Yang lain sekadar berdiam diri. Termasuklah ibu bapa dan abang aku serta ayah abang Farid.
“Mak tak kira. Perkahwinan ini mesti diteruskan jugak!” kata putus sudah dikeluarkan.
“Aku tak nak cakap lebih June. Aku serahkan keputusan semuanya pada Ainan. Bagi aku perkahwinan Ainan terletak ditangannya sendiri. Aku terima segala keputusan dari Ainan. Kalau dia setuju aku pun setuju. Tapi kalau tidak setuju, tolong jangan paksa anak aku.” Wah! Itu dia… suara yang lembut tapi agak tegas kedengaran dari suara ibu tersayang! Muah! Sayang ibu. Tapi kejap…
Keputusan apa yang aku nak bagi? Setuju teruskan perkahwinan ini atau tidak? Mampus aku…
“Tapi Farid tak setuju! Ma… perkahwinan ini seumur hidup! Farid tak nak kahwin dengan perempuan yang bukan pilihan hati Farid sendiri…” luah abang Farid. Agak terguris hati aku mendengarnya. Huhuhu…
“Pilihan hati? Habis si Aina  tu pilihan hati yang terbaik. Curang sedangkan waktu perkahwinan nak dekat? Memalukan! Aina, Ainan… nama pun dekat je. Nanti kita hanya perlu jelaskan dengan tetamu kad jemputan tu sebenarnya salah cetak…!” Mak cik Junaidah sudah naik hantu.
“Mak cik… mak cik pun dengar kata abang Farid kan? Perkahwinan tu seumur hidup… Sebuah perkahwinan tanpa perasaan cinta kedua pihak adalah sesuatu yang mustahil… buat apa kami nak teruskan perkahwinan tanpa dasar cinta?” pujukku pada mak cik Junaidah dan sebenarnya pada hati aku sendiri. Aku tidak faham? Cinta aku pada abang Farid sekadar cinta monyet tapi kenapa hati terasa tersangatlah sakit pada ketika ini. Cinta entahlah…
“Atas dasar kepercayaan, dasar tanggungjawab. Cinta antara kamu berdua boleh dipupuk selepas berkahwin. Tolonglah aunty… Aunty tak tahu nak letak muka kalau perkahwinan ini dibatalkan.” Rayu Mak cik Junaidah.
Inilah susahnya orang berada ni… aku pun tak tahu nak cakap apa sekarang ni.
“Ainan… Ainan… Ainan tak tahu nak beri keputusan.” Jawabku jujur! Gila apa! aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Ya atau tidak. Pertaruhkan hidup dengan abang Farid si tunggul kayu tu? Dia dah terang tang-tang tak nak kat aku.
“Ainan jangan main-main… boleh tak?” tegur abang Ayman. Eh? Aku pulak yang kena. Kali ni tiada maknanya aku nak bermain abang oi!
“Ainan serahkan pada abang Farid… Kalau abang Farid setuju dengan rela hati barulah Ainan setuju. Kalau tak Ainan pun tak setuju. Sekurangnya kita perlukan keputusan kedua pihak. Anggaplah keputusan yang abang Farid buat adalah keputusan yang sama Ainan buat.”
“Eloklah tu. Mak cik anggap Ainan setuju...”
“Tak mak cik. Selagi kita tak dengar setuju dari abang Farid. Ainan sesekali tidak akan setuju. Itu jawapan Ainan yang sebenarnya. Yang hidup berdua selamanya adalah antara kami berdua…” potongku.
Mak cik Junaidah terdiam. Mungkin agak kurang ajar aku berkata sedemikian. Tapi secara logiknya yang hidup berdua antara aku dan abang Farid. Tak ingin aku bergelar janda selepas beberapa bulan berkahwin kerana kami berdua tiada dapat hidup bersama lagi.


Selepas itu kata putus diberi oleh abang Farid. Memandangkan keputusan terletak ditangan dia. Abang Farid minta tempoh seminggu untuk kami mengenal dan menyesuaikan diri bersama sebelum dia memberi jawapan. Pada mulanya kami semua agak pelik sebab aku kenal abang Farid sejak kecil lagi dan apa lagi yang dia nak tahu? Katanya selama ini dia anggap aku tidak lebih dari seorang adik. Untuk tempoh seminggu ini, dia nak kenal lebih dari itu. anggaplah dalam tempoh seminggu itu aku jadi kekasih dia.
Mak cik Junaidah kata buat apa seminggu sedangkan boleh seumur hidup? Tapi Abang Farid terus kata. Kalau nak dia bagi jawapan sekarang ialah tidak. Biar dibatalkan saja perkahwinan terus… dan akhirnya Mak cik Junaidah pun terdiam dan mengalah.


Maka bermula hari ini aku ialah kekasih abang Farid. Rasa bermimpi pun ada. Roti bakar dikunyah sedikit demi sedikit. Sarapan pagi dengan roti bakar aje biarpun mi goreng dan nasi lemak kegemaran aku terhidang atas meja makan.
“Apa nak jadi dengan anak dara seorang ni. Awal pagi dah mengelamun… dah terfikirkan malam pertama ke?” usik abang Ayman.
Aku menjeling tajam. Gatal betul abang aku ni… “Awal pagi otak dah tak betul!” marahku.
“Eh… angin pulak dia! Ahahaha…” Kuang ajaq! Abang Ayman bantai gelakkan aku.
“Auch… auch… sakit bu. Sakit…” Abang Ayman tiba-tiba mengerang kesakitan. Kena ‘ketam’ ibulah tu. Padan muka! Cari pasal lagi dengan anak kesayangan ibu ni! Muahaha! Gelak jahat dalam hati.
“Tak baik gelakkan orang depan makanan! Hah! Farid dah sampai… duduklah.” Pesanan penaja ibu terhenti ketika terlihat ayah dan abang Farid melangkah masuk ke dalam dapur. Kemudian ibu menolak kerusi untuk mempelawa ayah duduk.
Awal abang Farid menerjah rumah kami hari ini. Aku buat-buat pekak saja. Roti bakar tetap ditelan walaupun payah. Entah apa perasaan aku sekarang ni. Aku pun tak tahu. Yang pasti debaran itu ada. Harap-harap cepatlah masa seminggu ini berlalu.
“Sikit makan…” Tegur abang Farid yang duduk dihadapanku.
“Tiada selera…” Aku menjawab perlahan.
“Eh segan pulak cikgu Ainan kita ni. Bakal suami lambat laun kena selalu hadap jugak.” Usik abang Ayman aku.
“Sudahlah!” tekanku walaupun tidak bernada tinggi. Nak kena cepuk oleh ayah bergaduh depan makanan?
“Korang berdua ni dari tadi tak habis-habis bergaduh. Awal pagi dah bermasam muka. Ayman sudahlah kacau adik tu... Dah PMS agaknya. Awal pagi angin dah tak betul.”  Aku pun kena sebiji oleh ibu. Padahal abang Ayman yang mulakan dulu.
“Ainan dah kenyang. Dah lambat ni. Ainan pergi kerja dulu  bu.” Tangan kedua ibu dan ayah aku salam seperti biasa. Begitu juga abang Ayman. Tapi setelah bersalaman dengannya. Sempat lagi mamat tu mengusik aku.
“Farid belum boleh salam lagi tau! Dia belum pegang tangan tok kadi lagi tu.” Siot punya abang! Buat malu keturunan aje,
“Abang Farid. Ainan pergi dulu…” Tegur aku pada abang Farid seperti biasa jika dia datang bertandang untuk bersarapan di rumah aku.
Abang Farid mengangguk.
“Er… biar abang Farid hantar Ainan pergi kerja. Pak cik, mak cik bolehkan?” Dia minta izin dengan ibu dan ayah aku? Pelik.
“Eh. Takpe. Ainan naik bas saja…” Aku cuba menyangkal perkhidmatan yang dia berikan sebelum ibu dan ayah aku bagi jawapan yang bercanggah dengan jawapan aku. Tahulah aku ni penumpang bas tegar setiap pagi dan petang. Tiada maknanya aku nak memandu kereta sendiri. Pegang stereng pun gabra setengah hati.
“Biar abang Farid je hantar. Memang datang nak hantar Ainan pergi kerja saja pun.” Aku sudah terdiam mendengar sebab abang Farid datang awal pagi ini.
“Orang dah datang tu nak hantar awak tu. Ikut sajalah Farid.” Ibu sudah mengeluarkan arahan berbaur kekejaman di situ. Berdua dengan abang Farid selepas kejadian semalam. Naik segan anak dara ibu ni nak hadap muka abang Farid ni pasal semalam!
“Iyalah. Ainan naik atas ambil barang dulu. Abang Farid pun baru sampai. Minumlah dulu.” Tidak baik juga Abang Farid terus hantar aku pergi kerja sedangkan dia sendiri baru sampai.



“Abang Farid harap Ainan tidak rasa kekok. Seperti yang abang Farid kata semalam. Biarlah kita jadi kekasih buat seminggu ni sebelum buat keputusan untuk jadi kekasih seumur hidup. Jika kita tidak dapat sesuaikan diri dalam seminggu ni sebagai pasangan kekasih. Batalkan sajalah perkahwinan itu. Abang Farid tak nak Ainan menyesal berkahwin dengan abang Farid nanti.”
Aku mengeleng kepala beberapa kali. Mengelamunlah pulak. Nasib baik sekarang ni budak tengah rehat. Aku tidak dapat fokus mengajar dan buat kerja. Abang Farid kata biar dia yang hantar dan ambil aku dari sekolah sepanjang minggu ni. Lepas tu siap suruh aku panggil dia abang je. Perkataan Farid tu buang jauh-jauh. Abang je?
Nasib baik hari ni hari khamis. Maknanya aku cuma jumpa dia esok saja. Sabtu ahad cuti. Isnin, selasa, rabu kemudian hari penentuan sama ada dia setuju atau tak. Dan aku yakin pada jawapan abang Farid ialah TIDAK. Sebab terang tang-tang dia dah reject aku depan ahli keluarga kami. Kononnya aku ni bukan pilihan dia. Huhu… emo buat seketika. Agaknya dia anggap aku ni sekadar teman penganti kak Aina buat sementara waktu sahaja.



Hari kedua jadi kekasih abang Farid. Tidak banyak benda yang memeranjatkan kecuali dua perkara. Yang pertama, awal pagi lagi dia sudah datang jemput aku pergi kerja dengan bunga lily kegemaran aku. Kejutan kedua yang aku dapat pula ialah dia ajak dating esok!!
Lemah lutut aku bila dia kata nak ajak aku dating esok. Pada mulanya aku ingatkan dapatlah elakkan diri dari dia sebab esok aku tak kerja. Aku nak bagi alas an pun tak tahu nak ‘goreng’ apa dengan abang Farid sebab mana ada guru mengajar di hari sabtu kecuali kelas tambahan, Nak buat kelas tambahan mengejut dekat pelajar-pelajar aku pun tak sempat. Sebab Abang Farid ajak ketika dia ambil aku balik dari kerja.  Nak beritahu pelajar-pelajar aku pun tak sempat!
Kalau aku sebarkan malam ni suruh diorang datang sekolah mahunya sakit jantung pelajar-pelajar aku. Selalunya cikgu buat ujian mengejut tapi aku buat kelas tambahan mengejut. Pelik! Hahaha… lagipun malas aku nak jadi rajin pada hari sabtu semata-mata kerana ingin mengelak dating dengan abang Farid.
Dan sekarang aku tengah termenung depan almari sebab tak tahu nak pakai baju apa. gedik juga aku ni. Mulut cakap tak nak tapi hati rasa tak sabar nak tunggu hari esok. Selepas seterika baju  aku kembali termenung mengenang nasib. Termenunglah sangat bila layan Muka Buku!
Aku tengok senarai nama orang yang sedang online Chat. Dalam beratus orang hanya beberapa orang saja aku kenal. Bosan! Perkataan itu lebih sesuai untuk mengambarkan perasaan dan situasi aku sekarang ni.
Pop! Tiba-tiba Chat aku berbunyi.
Farid : Tak tidur lagi?
Terkejut aku baca. Selama abang Farid jadi kawan aku di muka buku. Inilah kali pertama dia layan chat aku kat muka buku ni. Aku renung seketika mesej itu.
Ainan : Tak mengantok lagi. Abang?
Ceh! Gatal juga tangan aku taip perkataan abang itu. hehe…
Farid: Sama. Tak dapat tidur. Ainan…
Ainan: Ye saya. Kenapa?
Farid: Kalau abang tak pilih Ainan jadi isteri. Abang harap Ainan terus jadi adik abang. Boleh?
Aku tiba-tiba rasa sepi membaca mesej itu. Adik? Ayat itu berkali-kali aku baca. Dia memang tidak pernah anggap aku lebih dari seorang adik. Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa dipinta.
Farid: Ainan…?
Ainan: Ya tentulah boleh. Selama ni memang abang anggap Ainan tak lebih dari adik kan? Hee~
Hipokrit! Aku rasa terlalu hipokrit sekarang ini. Nampaknya aku patut menghargai waktu seminggu bergelar kekasih abang Farid. Sebab aku yakin aku bukan pilihan dia.
Farid: Maaf. =( Maafkan abang kalau Ainan rasa abang sekadar mengantikan Ainan dengan kak Aina. Sebenarnya abang tak tahu nak bagi kata putus hari tu. This is the only things that I can do. Takut kerana hal ni keluarga kita pula berpecah belah.
Ainan: Ainan faham. Abang jangan risau. =)
Aku sekadar menjawab secara ringkas saja. Akhirnya aku tahu sebab abang Farid buat keputusan untuk menjadi kekasih aku seminggu. Pada mulanya, aku ingatkan dia betul-betul berusaha nak kami mencapai persafahaman sebelum bernikah. Rupanya semua itu hanya alas an semata-mata.
Maknanya dia hanya berlakon dalam seminggu ni? Berlakon untuk bersama dengan aku. Sedihnya…
Farid: Esok pagi kita buat seperti yang dirancang ya?
Rancang? Seperti yang dirancang? Rancangan apa? rancangan dating esok? Hati aku kosong. Kenapalah aku tidak sedar-sedar lagi… si tunggul kayu ni mana mungkin betul-betul nak dating dengan aku. Entah apa yang akan berlaku esok. Cepatlah masa seminggu ini berlalu dari terus menyakiti hati aku.
Ainan: baiklah. Abang,  Ainan dah mengantuk. Nak tidur dulu…Assalamualaikum.
Farid: Alright. Have a sweet dream. Waalaikumsalam.
Aku terus matikan komputer setelah membaca salamnya. Tidur nyenyak-nyenyak. Aku nak lupakan hal ini buat seketika biarpun hanya dalam tidur.



Aku tak nak cakap lebih pasal ‘dating’ semalam. Takut cerpen ni jadi novel pula. Jika disuruh buat kesimpulan. Satu perkataan saja aku dapat bayangkan. Teruk!
Aku dan abang Farid memang tiada kimia. Alah! Orang putih selalu cakap chemistry tu… Bagi aku dan abang Farid. Memang Zero Chemistry. Pada mulanya, memang agak berjalan dengan lancar. Bila pergi makan. Dia makan pedas-pedas, aku pula mana makan pedas. Cili sos pun dah berair. Lepas tu kami jalan-jalan. Dia bawa pergi shopping complex. Tapi aku ni bukannya kaki window shopping jauh sekali shopaholic. Aku lebih suka masuk keluar hutan. Pergi tengok pantai ke… Tak pun bergila dalam muzium 3D atau jalan-jalan kat i-city pada waktu malam.
Bila berbual pula. Dia lebih suka cerita pasal wayang. Aku pula lagi suka cerita pasal buku. Okay! Yang ni nampak sangat aku nerd. Bila masuk bab minat. Dia kata dia lagi suka benda-benda pergi bersukan. Aku? Aku lagi suka membuta di rumah. Buat tahi mata.
Aku terus terang saja dengan dia. Biarpun minat kami berlainan tapi sekurang-kurangnya aku jujur dengan diri sendiri. Lagipun buat apa nak jadi hipokrit nak tipu konon-kononnya minat kami sama sedangkan sah-sah aku kena reject.
Haih la hati… tak nak aku ingat balik kejadian semalam. Biarlah menjadi sejarah…
“Esok mak abang ajak Ainan makan malam kat rumah…”
Setuju sajalah… bukan aku tak kenal mak cik Junaidah punya perangai tu. Hari ni aku terlebih rajin buat puding karamel. Alah! Sebenarnya abang Ayman nak makan. Sebab tu aku buat. Ibu suruh bawa bagi mak cik Junaidah sebagai pencuci mulut malam ni. Dah alang-alang ibu suruh bagi, jadi aku buatlah lebih sikit…



“Sedap puding mak buat. Jarang mak buat puding.” puji abang Farid.
“Tiada maknya mak nak buatkan puding kegemaran kamu tu. Ainan yang bawa tadi.” Marah mak cik Junaidah. Eh! Abang Farid sukalah puding aku. Hehe…
Tapi apa punya tunggul la abang Farid ni. Tak kan dia tak nampak kontena yang aku bawa tadi. Dia yang jemput aku. Alah… dia mana ada tanya apa isi kandungan plastik aku yang besar gedabak tu. Tunggul betul!
“Oh… sedap. Lain kali buatkan lagi untuk abang ye.” Kata si tunggul Farid. Sedap-sedap je aku gelar dia tunggulkan?
Lain kali tu entah bila lagi. Tunggulah abang ada bini baru minta bini abang buatkan. Tak nak aku…
Aku mengangguk saja. Tak nak cakap lebih. Kang hati sendiri juga merana.


Hari penentuan. Dua hari dia hantar dan ambil aku pergi kerja. Itu saja masa yang kami ada. Biasalah… isnin, selasa bila waktu kerja kenalah kerja. Tak mungkin dia nak cuti semata-mata nak date dengan aku kan? Ada jugalah dia ajak keluar makan malam. Tapi tak larat sangat. Penat! Tambah lagi bila aku tahu dia ini sekadar alasan. Baik aku jauhkan diri buat seketika.
Malam ini semua sekali lagi berkumpul. Berkumpul untuk menanti jawapan dari abang Faris. Teruskan atau tidak. Kami mencari timing yang betul. Bila semua sudah habis makan, tengah rehat-rehat sambil makan buah barulah bawa berbincang.
Mak cik Junaidah mula bertanya. Aku sudah dapat agak jawapan yang diberikan oleh abang Farid. “Maaf Ainan, awak bukan pilihan saya…” aku mengeluh berat. Entah apa yang akan terjadi sekiranya abang Farid berkata demikian. Sama ada mak cik Junaidah pengsan atau mengamuk?
“Farid setuju mak…”
Pap! Aku rasa macam kena tampar dengan malaikat!
Aku terus tegakkan badan. Manusia sekeliling dipandang. Semua tengah memanjat syukur. Termasuklah abang Ayman. Anak mata abang Farid kupandang tajam.
Macam mana dia boleh bertukar fikiran pula ni?
“Ainan nak cakap dengan abang Farid kejap… Personally! ” Aku tiba-tiba bersuara. Bersorak gembira sebab dia terima aku? TIDAK sama sekali! Aku tahu aku cintakan dia tapi untuk menjadi isteri dia adalah sesuatu yang mustahil. Kenapa? Sebab cinta sebelah tangan tiada guna. Buat apa jika aku seorang saja yang cintakan dia sedangkan hati dia langsung tiada perasaan cinta pada aku.


“Kenapa tiba-tiba ubah fikiran? Kenapa abang setuju? Abang nak gadaikan cinta abang untuk berkahwin dengan orang yang bukan pilihan hati abang? Terus bersama sedangkan abang tak cintakan Ainan? Seumur hidup bang. Seumur hidup…” soalku bertubi-tubi.
Abang Farid sekadar tersenyum. “Habis Ainan? Waktu Ainan serahkan keputusan pada abang ada tak Ainan terfikir semua ini?”
“Ainan setuju sebab Ainan cintakan abangn…!!” aku mula menyirap. Naik angin seketika. Alamak!! Baru aku perasan. Aku luahkan perasaan aku… aku terus tunduk terdiam. Air mata cengeng mula mengalir.
Abang Farid menaikkan daguku ke atas agar aku memandang wajahnya. Wajahnya yang sekadar tersenyum membuatkan hatiku lebih terluka. “Abang tahu jawapan abang mungkin tidak logik. Abang cintakan Ainan… sejak bila abang pun tak pasti. Tapi bila Ainan cuba kembali beku dan mengelak dengan abang dalam dua hari ini, abang mulai risau…Mana Ainan yang selama ini abang kenal? Yang selalu ceria dan suka bercerita walaupun abang bersikap dingin dengan Ainan. Bila abang bawa bercerita sepatah je Ainan jawab.”
Aku terdiam. Terus menanti dia menyambung…
“Mulanya abang fikir Ainan sekadar tiada mood. Tapi bila Ayman datang jumpa abang. Dia ada beritahu abang pasal perasaan Ainan pada abang. Perasaan abang jadi lain. Abang gembira sangat. Dan abang tahu mungkin Ainan mula jauhkan diri dari abang sebab Ainan tak nak terluka kerana abang mesej abang kat facebook hari tukan? Yang abang hanya anggap Ainan macam adik abang sendiri?”
Aku mengangguk perlahan.
“Maafkan abang… maafkan abang sebab tu dan maafkan abang sebab lambat perasan akan perasaan abang pada Ainan… Abang cintakan Ainan.”



“Cinta tidak perlukan bertahun untuk bersama. Cinta datang tanpa diundang. Dalam sekelip mata juga cinta boleh datang untuk mencintai.” Itu kata suamiku. Abang Faridku… hehe…
Aku bahagia. Bahagia yang sukar aku ungkapkan. Aku ada bertanyakan dua soalan pada suamiku. Satu… dari mana abang Ayman tahu perasan aku pada suamiku. Suamiku kata abang Ayman tak cakap lebih. Dia sekadar cakap…“Adik aku. Aku tahu la. Dari air muka dia aku dah tahu dia suka kat kau dari dulu.”
Poyo punya abang Ayman! Jawapan tak boleh blah…
Soalan kedua ialah aku tanya pada suamiku kenapa dia dingin pada perempuan termasuk aku sebelum aku jadi isterinya. Tapi jawapan suamiku pula. “Abang dingin pada perempuan lain sebab abang nak isteri abang rasa istimewa.” Betul! Aku rasa sangat istimewa. Sejak dia berkahwin dengan aku. Dia hanya layan aku seorang saja. Langsung berbeza dengan abang Farid yang tunggul dahulu. 
Alhamdulillah… akhirnya aku pilihan dia.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

8 comments:

  1. best..ase2 ni cerpen pling best bca kat blog ni. sampai brpa kali tgk kat tab, betul ke bukan blog org lain. ke sbb saya yng kurang mengenali karya2 di sini

    >>k<<

    ReplyDelete
  2. bagus..saya sukeee sangat. awak pandai menolah citer..simple tapi menarik. teruskan daya usaha penulisan awak utk jadi penulis yg menarik hati pembaca mcm saya.

    ReplyDelete
  3. bestnya baca novel kat sini..

    439 follow

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. part y last tu sgt sweet keke

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)