Setelah mendapat terapi percuma
dari Doktor Taufiq. Sedikit sebanyak hati Fiera terubat walaupun tidak
sepenuhnya. Gambar Taufiq yang menjadi penyeri skrin terlefon bimbit itu ditenung.
Atas pujukan Taufiq pergi juga dia bekerja hari ini. Katanya jangan ingat Adam
tapi ingat abah Adam yang mengharapkannya dalam menjayakan syarikat Tan Sri
Fuad.
Fiera ada menyuarakan niatnya untuk
berhenti kerja. Tapi Taufiq lebih bijak mengatur dan bertenang dalam
menghadapi. Rancangnya jika Fiera hendak berhenti kerja, biarlah ada spare part. Cuba mohon dulu kerja jadi
pensyarah. Lagipun apa pula Tan Sri Fuad cakap sekiranya dia berhenti secara
tiba-tiba. Tambah pula macam mana dia hendak makan kalau tiada kerja. Ingat
duit akan turun dari langit? Bukan senang hendak cari kerja tetap sekarang ni!
Hendak merancang, jangan guna hati
nanti mati. Tapi sebagai manusia berakal silalah menggunakan akal yang diberi
sebaik mungkin. Sarkastik. Tapi itulah kata-kata Taufiq yang paling berkesan
buatnya selama ini.
Untuk sekian lamanya Fiera berpijak
ke rumah Tan Sri Fuad. Terlalu sibuk dengan kerja dan tugasan. Ditambah pula
dengan krisis dengan Adam. Memang sah-sah la dia tidak ingin terserempak dengan
lelaki itu. Selama empat hari di
syarikat tanpa melihat langsung kelibatnya. Akhirnya malam ini Fiera memasuki
rumah keluarga lelaki itu.
Niat asal hendak juga tunjuk protes.
Tapi mengenangkan umi sendiri menelefonnya agar menghadiri kenduri arwah abang
sulung Adam terpaksalah dia mengalah.
Fiera tidak dapat membayangkan yang
dia akan bertentang mata dengan Adam malam ini. Sakit di pipi kena tampar sudah
beransur pulih tapi sakit di dada? Susah hendak hilang. Takut pula semakin
parah sakit itu bila terpaksa bertentang mata dengannya. Dikesiankan juga pada
Lydia sebagai orang tengah Adam dan Fiera dalam urusan kerja. Tapi apa boleh
buat? Adam juga yang mulakan dahulu. Memberi arahan pada Lydia sekiranya dia
hendak memberitahu sesuatu pada Fiera biar Lydia menjadi mediumnya.
Dan keadaan ini juga menimbulkan
satu persoalaan di pejabat. Siapa sebenarnya PA Adam? Lydia atau Fiera. Tapi
tiada seorang pun berani mengeluarkan suara. Berangkali masih segar diingatan
semua orang dengan amukan Adam pada Fiera di hadapan bilik mesyuarat. Oleh itu,
semua pun kecut perut bila tengok Fiera ataupun Adam. Sebab Fiera pun boleh
tahan menakutkan juga bila naik darah!
Fiera menaik nafas dalam. Dilihat
wajah lembut Taufiq yang berbaju melayu berwarna merah jambu di sebelah. Mereka
berjalan berseiringan memasuki perkarangan rumah. Taufiq terpaksa parking kereta di luar halaman kerana
halaman rumah sudah dipenuhi dengan kereta tetamu yang hadir terlebih awal.
Sebenarnya mereka yang terlambat!
Selepas salam mereka disambut.
Taufiq mengambil tempat di kawasan lelaki. Kenduri baru sahaja bermula. Imam
pun baru hendak start engine membaca
doa yang sepatutnya. Fiera melangkah masuk ke dapur. Tangan umi dan opah
disalam dengan penuh hormat.
“Umi rindukan Fiera, lama Fiera tak
datang rumah.” Terasa hangat dakapan Puan Ariana membuatkan dia tersentuh.
“Maafkan Fiera umi, Fiera sibuk
dengan kerja sampai lupa nak datang sini...” Dengan nada perlahan Fiera berkata-kata.
Takut melukakan hati yang mulia ini.
“Tak apa. Umi faham. Tapi Fiera
jangan stress sangat. Nanti jatuh sakit macam hari tu.”
Fiera senyum mengangguk. Sudah tentu
dia membuatkan hati tua Puan Ariana gusar ketika masuk hospital hari itu. Dia
mengambil tempat disebelah Anis yang sedang menyusun kuih muih ke atas pinggan.
Kecur liur tengok kuih beraneka jenis. Sepotong kuih bingka di ambil. “Siapa
buat kuih Nis? Opah ke?” soalnya dengan nada perlahan.
“A’ah.
Macam kau tak tahu opah tu. Sanggup buat kuih ni semua dari beli. Dari minggu
lalu opah datang sini. Buat kuih dengan umi.” Jelasnya sambil tekun menyusun
kuih.
Fiera
turut membantu. Kekok pula sekadar menjadi tukang tengok. Sebuah pinggan
dicapai. Dia turut buat kerja yang sama. “Kau macam mana? Dah ada isi ke?”
Anis
memandang Fiera sekilas. Kemudian dia tersenyum kambing sambil menyambung kerjanya semula.
“Tersenyum-senyum…”
ejek Fiera. Lengan Anis disiku. Tidakkan mungkinlah tekaannya betul. Tadi tu
sekadar gurau-gurau saja. Tapi kalau betul syukur alhamdulillah, dialah antara
orang yang gembira...
Anis
tersenyum lagi. Makin lebar senyumannya. “Doktor sahkan kandungan aku dah 3
minggu.”
“Betul!!”
Fiera terjerit kecil. Segera Anis menerkup mulut kawanya. Mereka memandang
sekeliling. Beberapa orang mak cik-mak cik memandang mereka tajam termasuklah
opah dan umi.
“Sysshh… kau ni! Aku dan Faizul rancang
nak cakap malam ni. Kau dan Fiq tidur sini malam ni ya? Please…”
“Kami
kerjalah esok Anis. Kau ni…”
“Hish!
Esok kau cuti aje la.” cantas Anis. Dia
berharap sangat agar Fiera bersama dengan mereka malam ni. Dia sudah menganggap
kawan baiknya itu sebagai ahli keluarga walaupun Fiera tidak memilih abangnya.
“Taufiq?
Lagipun aku selalu sangat cuti kebelakangan ni.” Soal Fiera ragu-ragu.
“Taufiq
on. Itupun lepas puas aku pujuk dia
tadi. Bolehlah… Kalau pasal abang aku tu. Kau buat tak nampak saja dia…” pujuk
Anis. Dia sudah tahu isu tampar-menampar antara Adam dan Fiera. Tapi malas nak
ambil port. Dia pun faham sangat
dengan perangai abang kembarnya itu. Suka ikut akal kepala sendiri!
“Erm… iya la. Tak sangka berisi dah kau
eh. Aku pula tidak sabar. Mesti comel macam aku kan?” Fiera mengerdip-gerdip matanya pada Anis.
“Eh!
Anak aku. Cantik macam akulah. Kalau nak comel macam kau. Suruh aje si Taufiq
tu pinang kau awal-awal. Cepat kahwin, cepat tutt… cepatlah kau dapat anak!”
Tergelak kecil Anis dengan ayatnya sendiri.
“Amboi
mak buyung ni… gatal tidak kena tempat!” Lengan Anis dicubit lembut. Fiera turut
tumpang gembira. Alhamdulillah! Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi Anis akan bergelar ibu.
Kekok!
Rasa plastik pun ada. Fiera melemparkan senyuman pada Taufiq. Lelaki itu
membalas senyumannya lembut. Sentiasa tenang! Lelaki itu tidak pernah gugup
dalam apa juga keadaan. Terasa ingin minta sedikit ketenangan Taufiq itu untuk
seketika.
Dikerling
pula pada Adam. Ini seorang lagi plastik! Seperti tiada apa pula yang berlaku
antara mereka berdua. Fiera pula sakit hati tengok! Rasa macam nak cekik-cekik
saja si Adam ni. Boleh pula dia cakap ‘Dah sombong Fiera sekarang…bla…bla…bla… tahu sajalah dah berdua
sekarang ni…’
Rasa
ketika tu juga Fiera menjerit kegeraman. Boleh pula Adam cakap macam tu depan
keluarga dia usai kenduri tadi. Menyampah!
“Fiera!”
panggilan Anis mengambalikan Fiera ke alam nyata. Tercengang seketika Fiera.
Terlupa dia menjadi isu pula sekarang.
“Bukan
tak nak kahwin awal lagi uncle. Tapi kami
nak rancang perlahan-lahan.” Jawab Taufiq bagi pihak Fiera. Sempat dia
mengelengkan kepala pada Fiera. Mengkhayal saja tahu buah hatinya ni.
Fiera
senyum mengangguk. Mengiyakan jawapan Taufiq pada soalan Tan Sri Fuad.
“Apa
pula nak rancang dari awalnya Taufiq. Zaman opah dulu, umur Fiera ni dah
tergolong anak dara tua dah! Kamu tu kategori Antulusia. Anak teruna lanjut
usia!” ujar Opah.
Aduh
opah ni… jatuh saham Taufiq. Hahaha!
“Mak
ni pula… zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu lagi. Kalau nak kahwin main
kahwin aje. Kena rancang betul-betul, ada kerjaya untuk sara anak bini.” Bantah
Tan Sri Fuad pada kata-kata emaknya.
“Mak
tahulah Fuad. Saja gurau. Melantun pula kamu ni.” Balas opah.
Satu
ruang tamu dimeriahkan dengan gelak tawa mendengar jawapan opah. Haih! Sporting juga orang tua ni…
Fiera
memandang pada Anis. kawannya itu menarik nafas. Mencari kekuatan untuk
menyuarakan satu berita gembira.
“Opah,
umi, abah, abang Adam dan semua… Anis dah Faizul ada sesuatu nak beritahu
sebenarnya…” Anis memulakan mukadimah. Dia memandang pada suaminya. Faizul
mengangguk. Kenapa lelaki itu mengangguk Fiera tidak dapat jawapan. Tapi
rasanya sebagai kekuatan pada Anis untuk memberitakan tentang kandungannya.
“Hah!
Kamu pula kenapa? Faizul nak bini baru?” ujar opah selamba.
“Hish
opah ni! Kalau abang Faizul nak bini baru Anis cincang dia buat ulam bini baru
tu! Bukan pasal itulah opah…” Balas Anis cepat.
“Ini
lagi seorang. Sentap aje kerja dia. Dua kali lima aje dengan abah dia… jangan
pula dapat anak nanti manja macam kau sudah. Pening si Faizul ni layan.”
Tersenyum Faizul memandang muncung isterinya mendengar nasihat baik punya dari
opah.
Puan
Ariana sekadar tersenyum lucu. Memang tidak diakui lagi sikap manja Anis itu.
Biasalah anak bongsu. Satu-satunya anak perempuan pula tu. Perangai pun tidak
ubah macam abahnya.
“Cakap
pasal anakkan opah. Err.. sebenarnya kelmarin Anis dan abang Faizul pergi check. Doktor cakap kandungan Anis dah
masuk tiga minggu.”
“Betul?”
tanya Puan Ariana meminta kepastian. Wajah menantunya dipandang. Faizul
mengangguk mengiyakan.
“Syukur
Alhamdulillah.” Ucapan syukur dari umi, opah dan abah Anis kedengaran. Begitu juga Adam dan Taufiq.
Fiera sekadar mengucap dalam hati. Semua tumpang gembira dengan berita yang
disampaikan.
“Tak
lama lagi opah dapatlah cicit. Alhamdulillah… hah lepas ni korang bertiga pula.
Jangan nak tunggu lama-lama. Nanti dah beruban baru nak gendong anak.” Pesan
Opah pada Fiera, Taufiq dan Adam.
“Indah
malam dengan kerlipan bintang ditemani dengan bulan mengembang sedang memerhati
satu ciptaan indah dari Allah.” Kata Adam sambil berjalan mendekati Fiera yang
sedang merenung bintang di langit.
“Sedang
memerhati satu ciptaan indah dari Allah?” soal Fiera sambil memandang wajah
Adam. Lelaki itu sudah berdiri disebelahnya. Tidak mempedulikan pandangan Fiera
pada wajahnya, dia terus sahaja memandang awan malam.
“Satu
ciptaan indah yang sedang berdiri disebelah saya.” Katanya selamba. Tangan
disilangkan. Terasa kedinginan malam.
“Thanks…” jawab Fiera sepatah. Kelu!
Keadaan agak kekok. Mereka senyap seribu suara. Masing-masing menghayati
keindahan malam. Suara Fatin Nur Affifah mendendangkan lagu tema wayang Tentang
Bulan seolah sedang bergema dihati masing-masing. Menjadi latar suara bagi
suasana malam yang cantik dengan terang bulan.
“Sebenarnya…
saya nak minta maaf. Pasal hari tu. Adam betul-betul ikutkan perasaan sampai
terlepas tangan.” Ujar Adam perlahan.
“It’s okay. Benda dah berlalu pun.”
“Saya
serba salah. Nak jumpa awak pun tak tahu macam mana. Sebab tu Lydia jadi orang
tengah. I’m not ready to meet you…
Saya tahu awak marahkan saya. Saya sendiri terkejut sebab sangup jatuhkan
tangan ke muka awak. Mesti sakitkan?” soalnya. Kini barulah dia menatap wajah
disebelahnya.
“Marah
tu memanglah ada. Bukan saja marah. Malu, geram, sakit hati pun ada. Tapi
entahlah, malas! Malas hendak marah, malas hendak geram, malas hendak sakit
hati semua tu.”
“Saya
minta maaf…” ujar Adam. Kedengaran nada kesal pada suara itu.
“Saya
maafkan awak. Kawan?” tanya Fiera sejurus meleraikan pergaduhan mereka. Fiera
sendiri pun tidak sanggup lagi bertikam lidah, bergaduh tanpa sebab dengan
lelaki ini.
Berterangkan
cahaya bulan Fiera dapat melihat senyuman yang terlukir pada bibir Adam.
“Kawan.” Katanya sepatah.
Fiera
membalas senyuman itu. Hanya satu perasan sahaja yang dapat digambarkan tentang
perasaannya kini. Tenang! Seolah keadaan seperti kali pertama dia berjumpa
dengan Adam di sekolah dulu, kali pertama mereka berbual rapat dan kali pertama
mereka menjadi kawan dahulu.
Keadaan
senyap kembali. Hilang dari tajuk dan jalan cerita. Keadaan agak terkawal lagi.
Kelu dari sebarang bicara, hilang semua kata-kata.
“You make a great couple with Taufiq.
Congrats.” Ujar Adam ikhlas.
“Thanks.”
“Lepas
ni tiada dah Fiera yang single but not
available…” kata Adam lagi. Fiera tidak dapat menangkap maksud kata-kata
Adam itu. Terlalu tersirat! Dia sekadar senyum sahaja.
“Taufiq
akan jaga awak sebaiknya. He’s a great
imam for you.” Puji Adam pada Taufiq.
“Kembung
hidung Taufiq kalau dengar awak puji dia.”
“Saya
puji dia ikhlas. Sebenarnya dia ada jumpa saya. Saya ingatkan waktu tu saya dah
makan penumbuk Taufiq. Atau bagi warning
pada saya sebab tampar kekasihnya. Tapi dia sekadar berjumpa saya sebagai
kawan. Tenang dan langsung tidak tersentap pun. Dia hanya cakap ‘marah itu mudah
tapi sabar itu indah’. Kemudian dia beritahu lagi pasal hadis Rasulullah
tentang marah iaitu ‘marah itu dari
syaitan dan syaitan itu dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan
air.’ Jadi Taufiq pun pesan pada saya agar ambil wudhuk setiap kali tidak
terkawal. Alhamdulillah. Pesanannya satu peringatan buat saya.”
“Saya
tahu sebenarnya disebalik niat dia hendak berjumpa dengan saya ialah pasal saya
tampar awak hari tu…”
Ketika
ayat Adam mencapai titik noktah. Fiera terasa hendak berlari masuk ke dalam
rumah kemudian peluk Taufiq erat-erat. Wah! Tidak sangka Taufiq berkata
sedemikian dan yang paling buat dia terharu ialah Taufiq sanggup berjumpa
dengan Adam semata kerananya. Rasa macam hendak menjerit kuat-kuat “Taufiq my super duper hero! Superman, Batman, Spiderman, Cicakman
dan yang paling penting My Man yang
beriman!!”
Senyuman
manis Fiera tidak dapat dielekkan. Meleret saja sepanjangan Adam memuji
kekasihnya. Tumpang bahagia! “Insyaallah, satu hari nanti awak akan jumpa
seseorang yang tercipta untuk awak.”
Adam
tersenyum. “Amin. Andaikan saya tidak cukup masa untuk semua itu, doakan saya
dapat jumpa gadis yang tercipta di sana...” Walaupun Adam becakap dengan nada
bergurau namun hati Fiera tidak sedap hati mendengar luahan Adam. Senyumannya
mati. Tidak suka ayat disebalik kata-kata itu.
“Saya
doakan awak bahagia dunia dan akhirat
Adam. Jangan cakap yang bukan-bukan. Sepatutnya awak berdoa umi awak sarungkan
cincin pada isteri awak nanti… adakah patut cakap macam tu!”
“Awak
ni kalau membebel, mengalahkan mulut Anis tu hah! Insyaallah, cinta yang abadi
adalah cinta pada yang esa.” Aura ustaz Adam dulu kala kembali. Aura budak
masjid waktu sekolah menengah dahulu…
‘Senyum
sajalah labu…’ kata hati Fiera. Plastik pun plastiklah! Malas hendak bertikam
lidah pasal benda ni. Nanti bagus-bagus sudah berbaik semula. Bergaduh lagi
pula nanti.
“Dating tak ajak-ajak orang ye. Sampai
hati…” tegur Taufiq sambil berjalan mendekati Fiera dan Adam. Dia berdiri di
sebelah Fiera.
Adam
sekadar senyum manis. “Tidak kisahkan aku dating
dengan dia kejap?”
“Eh!
Lama pun tak apa. Dia ni selalu sangat menghilangkan diri sendiri. Kena ada
orang jaga sebab tidak pandai jaga diri sendiri.” Jelas Taufiq selamba. Pinggangnya
dicubit oleh Fiera. Sepakej dengan jelingan pula tu!
‘Suka
sangat kutuk aku. Tidak sedar aku ni girlfriend
dia.’ Berpuluh-puluh bebelan Fiera telan dalam hati. Baru saja sekejap tadi
puji Taufiq. Taufia baiklah, Taufiq segala jenis hero tapi sayangnya satu saja
masalah lelaki ini. Mulut dia Ya Allah! Mengucap saja yang Fiera mampu.
“Mana-mana
kamu dualah. Aku malas nak masuk campur. Aku masuk dulu. Assalamualaikum. ”
Kata Adam sama Taufiq dan Fiera sebelum masuk ke dalam rumah. Eh! Dengan lelaki
beraku kau pula si Adam ni. Bicara hati
Fiera. Baru perasan sebenarnya! Agaknya macamlah pertemuan Adam dan Taufiq
tempoh hari? solusi tentang si gadis
cantik. Siapa lagi si gadis itu kalau bukan dirinya. Angkat bakul pula si Fiera
ni!
“Haih!
Apalah nasib. Kita dah depan mata pun dia masih mengelamun. Entah-entah
ingatkan orang yang baru masuk tadi tu. Kesiannya kita ni…” rungutan Taufiq
nyata menyedarkan Fiera dari terus mengelamun jauh. Dia buat tidak tahu.
Sebaliknya berjalan ke buaian. Taufiq mengekori dari belakang. Dia turut duduk
bersebelahan dengan Fiera atas buaian berukiran kayu itu. Tangannya
perlahan-lahan membuai buaian.
“Awak,
awak…” panggil Taufiq.
“Mengada!”
kata Fiera sepatah. Buang tabiat ka apa si Taufiq ni. Dia sendiri berdiri bulu
roma dengar Taufiq cakap macam ni.
“Awak…
marah ke?” tanyanya lagi.
“Berani
sangat bagi girlfriend dia dengan
orang lain jaga. Kalau orang lain boleh
lagi. Ni dengan si Adam tu pula. Macam tak tahu perasaan dia dengan aku.” Fiera
buang pandang ke atas langit. Tengok bulan yang penuh jerawat itu lagi best
dari tengok muka Taufiq walaupun muka Taufiq kacak. Kacak ke? Iyalah kacak.
Jangan puji terang-terang, terbang nanti Encik Doktor ni. Puji dalam hati sudah
cukup.
“Kita
berani sebab kita tahu girlfriend
kita setia dengan kita. Kita tahu girlfriend
kita cintakan kita. Lagipun kita…”
“Chopp!!”
potong Fiera.
“Kau
boleh stop that kita-kita tak? Sakit telinga aku dengar . Mengada!”
sambungnya.
“Boleh
tapi kalau awak janji satu perkara dengan kita.”
“Whatever asalkan aku tidak dengar ayat
mengelikan cuping telinga aku tu. Terutamanya dari mulut kau. Tidak sesuai
betul dengan Taufiq aku.” Rungut Fiera. Dia memang sudah agak ada benda lagi
Taufiq nak. Memang dari universiti dulu lagi, Taufiq suka guna ayat mengada
kita-awak dia tu bila nak sesuai yang kejam dengan keadaan paksa rela Fiera.
Tidak pernah berubah.
Taufiq
sudah tersenyum kambing!
“Samdol
punya teman lelaki! Cakaplah cepat! Tersenyum-senyum. Senget!” marah Fiera.
“Kita
nak dating dengan awak ahad ni. Lepas
tu kita nak awak dengar aje apa kita cakap dalam satu hari tu. Tidak boleh
membantah.” Taufiq berhenti bercakap sekejap.
‘Dengar
aje apa kita cakap dalam satu hari tu. Tidak boleh membantah…’ ajuk Fiera dalam
hati. Mintanya dia minta bukan-bukan habis aku… hish!
“Dan
mengikut pengalam kita di hujung ayat kita tadi otak awak dah fikir benda
kuning. Jangan risau. Kita janji tak buat benda tidak baik kat awak.”
Sambungnya. Sempat lagi mengenakan Fiera.
“Senget
betul otak kau ni! Mana ada aku fikir macam tu… By the way, tadi cakap minta satu perkara saja. Tapi dating satu perkara, masuk dengar cakap
kau dah dua.”
“Sepakej!
Kira satulah tu.” Selamba saja Taufiq cakap sepakej. Susah dijangka betul otak
Taufiq ni.
Fiera
mencebik bibir. Keeadaan kembali sepi.
Mereka mendongak ke langit. Menghayati keindahan malam. Kedengaran bunyi
cengkerik sedang berbalas pantun bersama putera katak.
“Fiera…”
panggil Taufiq.
“Ermm…”
“Tahu
tak kenapa aku cakap tak kisah Adam jaga kau?” soal Taufiq. Sudah tahu pun
balik dengan cara pertuturannya yang sebenar. Mereka masih lagi memandang awan.
Seolah awan menjadi cermin mereka untuk menghadap antara satu sama lain.
“Sebab
kau yakin dengan cinta aku pada kau.” Jawab Fiera.
“Itu
salah satunya… sebab lain ialahnya sekurang-kurang aku tahu Adam sayangkan kau.
Bila orang itu sayang kita, dia akan jaga kita sebaik mungkin. Sebab itulah…”
Dahi
Fiera berkerut. Tidak faham!
“Maksud?”
soalnya.
“Aku
tahu kau tetap akan cintakan aku. Dan aku yakin cinta kau setia. Tapi bila Adam
atau Ammar jaga kau, aku tahu kau berada dalam keadaan yang baik. Sebab kenapa?
Sebab mereka sayangkan kau dan akan jaga kau lebih dari nyawa mereka.
Berbanding orang lain yang aku tidak kenal lagi setia hati mereka pada kau, Adam
dan Ammarlah orang yang paling aku percaya… ”
Fiera
terdiam. Kelu sebenarnya. Tidak tahu hendak ungkap apa lagi. Dia memandang
Taufiq disebelah. Lelaki itu masih lagi memandang awan sambil menyambung
kata-katanya.
“Dulu
aku pernah terfikir. Kalau aku tidak dapat memiliki kau, sekurang-kurangnya
biarlah aku yakin orang yang berjaya miliki kau ialah orang yang ikhlas
bahagiakan. Cinta itu tidak semestinya memiliki. Asalkan orang yang kita cintai
itu bahagia, insyallah bahagialah kita. Menderita orang itu, menderitalah hati
kita.”
“I’m touched. Thanks Fiq.”
“Aku
tahu…” katanya tersenyum.
“Tahukan
imam Ghazali pernah cakap kata-kata itu umpama pedang?” Taufiq meminta
kepastian.
Fiera
mengangguk. Dia pernah baca tentang kata-kata imam Ghazali.
“Ini
insyaallah imam Taufiq nak cakap… kata-kata itu juga umpama penawar, peransang,
motivasi dan banyak lagi. Tapi of course,
kata-kata dari Allah itu indah. Penawar buat segalanya, zikirnya penenang jiwa
dan raga…” Taufiq terdiam seketika. Dia menarik nafas dalam. Tersentuh sendiri.
Tenang! Itulah perasaannya ketika mendengar laungan azan Allah, bacaan
ayat-ayat Al-Quran dan alunan zikir. Teringat pengalamannya memijak tanah suci
Makkah dahulu. Mengalir air matanya di hadapan Kaabah apabila laungan azan di
alunkan.
“Dengan
izin Allah, aku nak kata-kata aku pada kau hanya kata-kata yang membahagiakan
kau, mengembirakan kau dan sentiasa membuatkan kau tenang… Dan kata-kata yang
boleh buatkan kau mendekati cinta Allah.”
Hanya
air mata saja mengalir mendengar luahan ikhlas dari Taufiq walaupun lelaki
tidak memandangnya ketika menuturkan kata-kata itu. Taufiq masih lagi setia
memandang awan.
hihihihih... touching jap dgn fiq... terbaek
ReplyDeleteSo touching.... π_π
ReplyDeleteawakkk novel nii bilaa nak abisss? lamanyaaa tunggu nak dekat 3 tahunn haa baca. sampai lupaa abis episoddnyee
ReplyDelete