Hon
yang bertalu-talu mengejutkan Fiera dari tidur. Siapa pula yang buat bising awal pagi ni? Kacau tidur betullah.
Dia baru lelap berapa minit selepas solat subuh tadi. Rasa mengantuk pun masih
lagi bersisa. Bantal peluknya dicari. Laju tangannya menutup telinga dengan
bantal. Dipaksa matanya ditutup serapat yang boleh.
Argh!
Bunyi hon itu lagi. Berdersing telinganya mendengar. Siapalah melaun yang suka
sangat menyusahkan diri di awal pagi ni!!
Fiera
bingkas bangun dan berjalan mendekati tingkapnya yang tepat menghala pagar
rumah. Terbeliak mata Fiera. Segar bugar terus jadinya. Sesekali mata itu
digosok beberapa kali untuk melihat dengan lebih jelas walaupun cahaya matahari
semakin menerangi bumi.
“Taufiq!!!”
jeritnya sekuat hati dalam bilik. Apa angin taufan apa yang masuk dalam kepala
otaknya bila memandang Taufiq sedang berdiri di tepi pintu kereta yang terluak.
Sebelah tangan lelaki itu melambai dan sebelah lagi tidak penat menekan hon.
Fiera
bingkas mencapai tudung ekspress yang diguna semalam. Masih lagi elok terletak
di atas meja solek dari semalam. Gara-gara terlalu malas hendak letak di tempat
yang sepatutnya maka di atas meja solek itulah tempat letaknya tudung ekspress
yang telah diguna beberapa kali dalam minggu ini. Tudung yang ditegur Lydia
pagi tadi! Alah bukannya busuk sangat pun. Sembur minyak wangi, wangilah dia...
Pintu
dikuak. Laju kaki Fiera berjalan ke arah pagar rumah. Langsung tiada hati
hendak membalas senyuman lelaki itu. “Kau nak apa awal pagi ni? Dah takde kerja
sangat ka? Tak tahu istilah ‘Orang pun nak tidur’ ke hah?” Soal Fiera disebalik
pagar.
“Eh.
Kau seorang sahaja yang sambung tidur. Aku tengok rumah jiran-jiran kau dah
terang benderang. Tengok tu siap buka tingkap dah…” kata Taufiq. Pintu jiran
sebelah rumah Fiera ditunjuk. Tertoleh juga gadis itu pada arah yang disebut.
“Ah!
Tak kisahlah. Kau nak apa? Tidak tahu istilah ‘Siang’ baru datang sini?” Fiera
mempertahankan diri. Mana boleh kalah!
“Cik
Nurul Zaffiera sebab sudah sianglah saya datang sini. Kalau saya datang malam
nanti tidak pasal-pasal kita kena kahwin ekspress pula. Hehe…” Taufiq mengerdip
mata. Ingat aku tergoda ke? Huh! Langsung tidak. Marah Fiera dalam hati.
“Alah
chill la beb. Awal pagi sudah monyok.
Senyumlah sikit. Senyumkan sunnah. Aku datang ni nak ajak jogging… cepatlah
bersiap. Kita joging di taman sebelah sana tu.”
Rupa
Fiera yang marah tadi semakin kendur. Dia mengeluh berat sebelum bercakap.
“Taufiq… aku penatlah.”
“Tiada
objection Fiera. Senaman boleh
segarkan badan kau tu. Lemah semacam saja aku tengok. Kalau tak nak keluar
joging aku terus menerus tekan hon sampai kau keluar. Bukan tak pernah
berlakukan?” ugut Taufiq. Teringat kisah
dahulu dia mengajak Fiera pergi bersenam dengan ugutan yang sama. Tapi gadis
itu buat endah tidak endah sahaja. Malah cabar balik. Taufiq pun dengan tanpa
sebarang perasaan pun menekan hon sampai Fiera mengalah. Hehehe…
Fiera
mendengus kasar. Dia terus berpaling meninggalkan Taufiq. “Give me ten.”
“Okay five. ” balas Taufiq. Gila apa nak
bersiap sampai sepuluh minit. Ingat nak pergi shoping ke?
Fiera
terus berpusing menghadap Taufiq. “Yieee….” Mukanya diraup kasar. Sudahlah
kacau pagi aku.
“By the way Fiera, cantik kaki…” ujar
Taufiq sambil meleretkan senyuman. Cepat-cepat Fiera memandang kakinya.
Oh My
kaki… aku pakai seluar pendek paras lutut aje!!
lintang pukang Fiera berlari masih ke dalam rumah. Apa punya fesyen
pakai tudung dengan seluar pendek. Terdengar gelak tawa Taufiq di luar rumah.
“Hantu
kau Taufiq. Agh! Lanun punya budak! Doktor gila...” Fiera menjerit kegeraman.
“Puas?”
jeling Fiera. Dia sekadar memakai tudung ekspres, T-shirt lengan panjang,
seluar track dan kasut sukan.
“Puas.
Lagipun pandai kau matching baju
kita.” Tersenyum lebar Taufiq melihat baju Fiera yang sedondon dengannya.
“Eh…
nak ke mana pula tu?” Tanya Taufiq bila Fiera masuk ke dalam pagar rumah sekali
lagi.
“Tukar
bajulah. Tak perasan pula aku warna baju kita sama. Sakit mata aku tengok.”
Ujarnya selamba. Geli gelaman cuping telinga Fiera bila perasan baju mereka
sedondon. Macam mana pula dia tidak perasan Taufiq pakai baju berjalur warna turquoise
dan putih. Sesedap hati nurani sahaja dia pakai baju turquoise polos dengan
lengan warna putih.
Lengan
tangan Fiera segera ditarik. “Eh! Jangan nak mengada. Kalau tunggu kau tukar
baju lagi sempat matahari naik. Pakai ni pun dah cukup. Jom…’
Fiera
mengalah. Dia kemudiannya berjalan ke pintu penumpang hadapan. Kereta Toyota
Rush siapa pula si Taufiq kebas ni? Soalnya dalam hati.
“Kau
nak ke mana pula?” Tanya Taufiq.
“Masuk
dalam keretalah. Kau jangan cakap dengan aku kena jalan kaki pergi taman
sebelah sana tu. Gila! Patah kaki aku.”
“Siap
cakap kita jalan kaki?” Taufiq tersenyum lebar.
Kening
Fiera diangkat. Dia berpeluk tubuh. “Habis tu? Naik jet?” tanyanya sarkastik.
“Kita
naik tu…” Taufiq tunjuk dua buah basikal yang terparking elok di belakang kereta Toyota Rush itu. Fiera cuba
menyembunyikan rasa terlebih excitednya
memandang basikal tersebut. Basikal tua! Mak oi… warna merun pula tu. Cantik!
Nama sahaja ‘basikal tua’ tapi sebenarnya masih nampak baru. Basikal ala-ala
zaman dulu kala tu… Fiera terasa seperti hendak nyanyi lagi Basikal Tua
nyanyian arwah Sudirman pula melihat basikal tersebut.
Dengan
selamba dia berjalan mendekati basikal tersebut. Senyuman yang ditahan akhirnya
terlakar sebaik sahaja pegang basikal idamannya. Ah! Taufiq. Tahu-tahu saja
hatinya dalam skala yang tidak baik. Pandai ambil hati aku eh!
Setelah
memastikan kereta Toyota Rush selamat berkunci, mereka mengayuh basikal ke
taman sebelah perumahan Fiera.
“Dari
mana kau cilok basikal ni.” Tanya Fiera. Mereka terduduk di atas rumput. Penat!
Sudah beberapa pusingan dibuat. Itupun merayu-rayu Fiera hendak berhenti. Kalau
tidak Taufiq hendak teruskan sekurang-kurangnya dua pusingan lagi.
“Aku
cilok dari kilang basikal. Semalam aku telefon kau balik-balik. Kenapa tak
angkat?”
“Tidur
awal Fiq. Balik rumah pun sudah magrib. Mandi, solat magrib lepas tu aku
mengaji sampai tunggu Isyak. Habis saja solat isyak terus pengsan sampai pagi
tadi. Makan malam pun tak sempat. Penat sangat.”
“Penat
badan ke? Penat otak? Atau penat hati? ” Tanya Taufiq bertalu-talu. Penuh
dengan isi tersirat dan tersurat pula tu. Sarkastik betul!
Fiera
memandang Taufiq yang duduk di sebelahnya lama. “Semua! Penat badan, penat otak
dan penat hati. Terus terang Fiq… kenapa ni? Sarkastik aje aku dengar kata-kata
kau.”
“Kalau
dah namanya ada campuran cili, sos cili pun boleh terasa pedasnya biarpun
sekadar sos.” Kata lelaki itu.
Fiera
mengeluh. “Please direct to the point
Fiq. Terus terang boleh tak? Jangan jadi
ular sawa terbelit sana, terbelit sini. Tidak faham aku.”
“Semalam
aku telefon kau. Tapi kau tak angkat. Aku dah suspek ada something fishy. Lepas tu aku tanyalah Lydia. Dan dia pun cerita
keseluruhan cerita menarik pada aku. Waktu kau telefon aku tu, time kau lari keluar dari pejabatkan?”
Tanya Taufiq.
Terangguk
kepala Fiera mengiyakan.
“Fiera,
kenapa kau tak cerita dengan aku? Apalah guna aku sebagai teman lelaki kalau
biarkan kau tanggung semua ni seorang?” kedengaran suara Taufiq semakin
mengendur. Dia baring di atas langit memandang awan biru. Tangannya disilang
jadi bantal. Taufiq tutup mata. Menghayati keindahan alam semula jadi.
“Bukan
aku tak nak Fiq. Tapi semalam kau kan tengah kerja. Aku tak nak ganggu
konsentrasi kau buat kerja. Jadi aku ingat nak cakap dengan kau hari ni saja.
Lagipun aku mana ada rahsiakan apa-apa dengan kau selama ni kan? Pasal mak
kandung aku pun kau dah tahu.”
“Don’t do that again. Please Fiera… lain kali jangan buat
lagi. Aku lagilah tidak dapat concentrate. Sekurang-kurangnya kalau kau tertidur pun.
Sebelum tidur tu pastikan kau bagitahu aku dulu apa masalah kau. Ataupun
bagitahu aku yang kau akan cakap esok lusa ka? Sekurang-kurangnya aku tahu.
Semalaman aku tidak tidur nyenyak sebab risaukan kau. Janji?” Taufiq sudah pun
duduk di hadapan Fiera. Jari kelingking lelaki itu dibalut dengan hujung tudung
Fiera.
“Sekarang
tak boleh sentuh lagi. Batal air sembayang aku. Kena lapik-lapik. Cepat! Janji
dengan aku.”
Fiera
menahan senyuman walaupun tercalit juga. Hujung tudungnya dijatuhkan dari jari
Taufiq. Kemudian hujung baju lengan panjang ditarik sampai menutupi ke seluruh
jarinya. Jari kelingking yang sudah berbalut di angkat. “Insyaallah. Aku janji.” Dia membalas jari
Taufiq. Satu perjanjian lisan termeterai.
“Nak
buat sesuatu yang best tak?” Tanya
Taufiq tiba-tiba. Jari mereka masih lagi bersatu.
“Hah?”
Tanya Fiera terkebil-kebil. Blurr la
pulak!
Jari
dilepaskan. Lengan tangan baju Fiera terus ditarik. Sedikit terdorong berdiri
mengikut Taufiq berlari. Entah ke mana dia pun tidak tahu. Macam kuch-kuch Hota
Hai pula tapi lagi versi melayu ‘Berlari
berkejaran, seindah bunga di taman, bak gunung nan megah, kanda ku puja…’
Nyanyi Fiera dalam hati walaupun lirik tunggang langgang.
‘Dinda…
kanda… burung pun turut menyanyi.’
Alamak! Tidak mahu berhenti pula otaknya dari terus menyanyi. Hahaha!!
‘Tawa…
riang… dan cinta mula bersemi.’ Okay stop!!!
Tidak lama lagi cuaca indah pagi bertukar mendung pula. Hahaha… fikir Fiera.
Tiba-tiba
adegan aksi antara Yassin dan seorang gadis India bernama Komala dalam cerita
Senario Lagi berlayar di kepalanya. Taufiq sebagaiYassin aku pula Komala. Eh
kejap! Bukan watak Yassin tu ke yang minum air kencing anak Azlee dalam botol
air tu? Tak jadilah nak bagi watak tu dengan Taufiq. Hahaha! Lagipun Taufiq aku
lagi handsome! Haha… Sempat Fiera
membanding.
Rindu
pula dia hendak menonton wayang Senario Lagi. Balik lagi nak download la! Rindu dengan cerita lawak
slapstick yang masih lagi terkawal oleh pelawak
kumpulan Senario itu. Membesar dengan pelawak seperti mereka buatkan minat
Fiera tidak pernah padam. Senario memang terbaik dari ladang! Mereka lagenda
pelawak Malaysia yang pernah mengegarkan industri lakonan tanah air suatu masa
lalu. Andai zaman mak, nenek mereka dulu ialah Bujang Lapok, zamannya pula
ialah Senario. Dan zaman sekarang pula Jozan, Sepah, Jambu dan banyak lagi
pelawak-pelawak yang baru dipersada seni.
“Fiera..!!
Fiera!!!” jeritan suara garau Taufiq mengejutkan Fiera dari lamunannya. Ya
Allah! Jauh dia mengelamun. Dari aksi Hindustan hinggalah ke cerita Senario.
Hahaha!
Fiera
yang baru tersedar di alam nyata memandang keadaan sekeliling. Beberapa orang
tua dari berbilang kaum sedang melakukan sesuatu. Tai Chi! Fiera memandang
belakang. Tidak jauh dari tempat mereka duduk tadi tu saja. Basikal mereka pun
masih lagi elok di tempat tadi. Jelas dan dekat. Dekat? Nampaknya jauh lagi
lamunannya berlayar dari kaki mereka melangkah.
“Kita
nak buat apa Fiq?” tanyanya.
“Kau
tengok mereka tengah buat apa?”
“Tai
chi?”
“Clever
girl. Dah jom…” tangan Fiera ditarik. Mereka mendekati seorang lelaki cina yang
agak berusia.
“Hish.
Tak naklah aku. Kau tak nampak ke semua di sini orang tua?”
“Kalau
tua kenapalah? Macam kau tak pandai tua-tua. Eh! Si Edward Cullen kesayangan
kau tu aje yang tidak pandai tua-tua. Sebab vampire!
Itupun dalam movie. Luar movie.
10 tahun akan datang kerepot juga muka dia tu.” Amboi Taufiq. Kalau mengebom
mengalahkan peluru berpandu!
“Pandai
je kau kutuk vampire kesayangan aku
kan? Dengki la tu.” Ejek Fiera.
Taufiq
menjuling ke atas sambil buat muka toya. Vampire
aku konon! cebiknya.
Tanpa
mempedulikan Fiera. Taufiq terus bertanyakan salah seorang di situ untuk
mengajar mereka tentang seni Tai Chi. Beberapa gerakan ditunjukkan kepada
Taufiq dan Fiera. Tersenyum-senyum Taufiq memandang badan Fiera yang keras
belajar Tai Chi berbanding dirinya.
“Fiera.
Smart tak aku? Ada gaya-gaya Jet Li
macam dalam wayang Tai Master tak?” Beberapa gerakan mudah yang dia sudah mahir
ditunjukkan pada Fiera.
“Jet
Li? Huh! Jauh panggang dari api!” Ejek Fiera. Dia juga cuba beberapa gerakan
yang diajar. Apasal susah sangat ni? Gumamnya dari hati. Gayanya tidak ubah
seperti kayu yang cuba digeraknya. Keras!
“Dengkilah
tu. Aku tengok gaya kau tidak ubah macam…”
“Macam
apa!” cantas Fiera. Nak kritik aku lagilah tu! Siapa punya boyfriend la ni. Kesian sungguh perempuan itu… sambungnya dalam
hati.
“Kesian
aku tengok aunty ajar kau. Keras
semacam!”
“Tak
apa. Aunty ajar perlahan-lahan. Fiera
cuba tenangkan fikiran. Kata kunci Tai Chi ialah kosong.” Sampuk mak cik cina
yang mengajar Fiera Tai Chi. Sempat juga mereka berkenalan seketika. Mak cik
Lee kata setiap hari mereka akan ke taman untuk berTai Chi sebab Tai Chi ialah
satu pergerakan yang tenang, setenang air di sungai.
Kata
kunci Tai Chi ialah kosong. Fikiran dan hati kita kenalah kosong dan tenang.
Seperti air di sungai. Gaya pergerakan halus Tai Chi umpama mengikut aliran
arus air di sungai tapi sekiranya ada rintangan. Gaya pergerakan akan cepat
dibalas tapi masih mengekalkan arus aliran yang lembut dan tenang.
Keegoan
diri juga mesti ditepis dan direndahkan. Tai Chi mengamalkan gaya diri yang
rendah. Tidak boleh riak dan ego pada diri untuk menuntut dan mempelajarinya.
Satu
pengalaman pelajaran baru yang dia dapat
hari ini iaitu belajar Tai chi dapat mengurangkan tekanan. Lain kali kalau angin
kus-kus Fiera datang bolehlah dia belajar Tai Chi untuk keluarkan peluh dan
bertenang. Tapi kena ada doktor Taufiq juga temankan baru best! Hehe…
blog akan start lambat update cuz assignment stuff sudah pun bermula...tapi fazcuba at least seminggu satu kali update. =) jangan lupa tinggalkan komen.!
sewiiittt kan diaorg... adam nie entah apa2 la..
ReplyDeleteTaufiq!! so caringlah... i like... hehehe. thanks Faz :)
ReplyDeletemakin best dek...suker lh ngan taufiq yg betul2 care ngan fiera,so sweet sesangat...cepat lh sambung dek...
ReplyDelete