“Rehatlah. Aku keluar kejap cari makanan untuk kau.
Kau nak makan apa?” tanya Taufiq. Selimut putih yang menyelubungi badan Fiera
dibetulkan.
“Janji bukan makanan hospital…”
“Sakit-sakit pun demand!”
Fiera mencebik. Saja tayang muka duck face! Tadi tanya orang nak makan
apa? Bila dia cakap dimarah pula. Bagus tu aku tak minta bukan-bukan. Mintanya
aku minta asam pedas Opah. Ada jugak yang memandu balik Pahang minta opah
masakanya. Kan haru! Aceceh! Over
mengalahkan orang mengandung pulak nak lebih-lebih.
“Tayang muka duck
face. Ada jugak yang nak kena cium lepas ni. Tegur sikit nak merajuk.
Cengeng!”
“Mana ada!” balas Fiera.
“Rehatlah. Nanti aku datang kejap lagi.”
“Fiq… ” panggil Fiera manja. Hujung selimut
dipegang. Nak tanya takut kena marah pula. Angin pula mamat seorang ni.
“Erm? Ada
apa?” tanya Taufiq pula. Padahal hatinya sudah cukup berdebar mendengar nada
suara Fiera yang manja itu. Tapi dia perlu berlagak macho!
“Kau… kau tengah kerja ke?”
“A’ah. Kenapa?”
“Kalau macam tu tak payahlah cari makanan. Makanan
kat hospital pun jadilah…”
“Ek elleh…
sentaplah tu. Orang marah sikit dah nak merajuk. Cengeng betul kau ni! Hormon
tak stabil la tu.” ejek Taufiq. Fiera yang terbaring dipandang sekilas. Bukannya
dia tidak tahu. Fiera paling tidak suka makan makanan hospital. Tidak kiralah
makanan dari kafe hospital pun dia tidak sudi. Kononnya bau ubat tetap ada
walaupun bukan khas disediakan untuk pesakit. Pokoknya! Makanan yang made in hospital.
“Mana adalah! Aku tak nak ganggu kau kerja. Tu aje.”
“Tahulah aku macam mana nak cari nanti. Tak ganggu
pun. Kau tidurlah… Panda pun tak sudi tengok mata lebam kau tu.”
“Ye la… padahal menangis-nangis panda tengok muka
aku sebab terlalu comel dari mereka. Hehehe…”
“Cucuk jarum mulut tu baru tau. Sakit-sakit pun nak
loyar buruk!”
“Baiklah doktor Taufiq. Jangan marah aku lagi ye…” Fiera
tayang barisan gigi yang putih melepak. Hanya kepala saja yang nampak. Satu
badannya sudah diselubungi selimut. Salah satu sebab lain dia tidak suka
‘menetap’ di hospital ialah tahap kesejukan yang kronik.
“Tapi janji jangan sakit lagi, nak tercabut jantung
aku tadi waktu kau telefon. Nasib baik Lydia ada. Kalau tak tak tahu la apa nak
jadi… aku keluar dulu.”
Fiera sekadar mengangguk. Tangan diangkat seperti baca
ikrar waktu sekolah menengah dahulu. Muka comel ditayang.
“Ingat comellah tu.” Komen Taufiq. Tapi dalam hati
dia tidak mampu menidakkan wajah Fiera yang comel itu. Dia menghembus nafas
lega. Mujurlah Fiera selamat.
Taufiq menolak lemah pintu. Sebenarnya dia masih
lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Baru beberapa hari saja dia tidak
menghubungi gadis kesayangannya pekara yang tidak diingini sudah berlaku. Dia
sempat bertanyakan pada Lydia apa yang berlaku. Nyata gadis itu tidak pasti
tapi dia ada cerita perihal Fiera terpaksa berjaga di pejabat demi menyiapkan
kerja Adam serti sesi memujuk Adam dengan bantuan Ammar hinggalah cerita
sepatutnya Fiera tengah keluar makan dengan Ammar sebelum Ammar menghantar
Fiera pulang ke rumah.
Persoalan kenapa Fiera boleh dijumpa bersendirian
pula terjawab apabila Lydia mendapat panggilan dari Adam yang ditahan kerana
bergaduh besar dengan Ammar. Lelaki itu meminta pertolongan Lydia untuk
melepaskannya.
Nasib baik Fiera sempat menelefon dia tadi sebelum
pengsan. Kalau tidak sudah tentu gadis itu rebah di tempat awam keseorangan.
Mujur Lydia sempat jumpa Fiera sebelum pengsan tadi. Sebaik sahaja Fiera
mematikan telefon. Berkali-kali dia mendail nombor gadis itu. Terkocoh-kocoh
dia berlari keluar dari hospital mencari Fiera. Tidak dapat mendail Fiera.
Nombor Lydia pula di dail. Sempat dia menyuruh Lydia bergerak dahulu mencari
Fiera.
Sebaik sahaja pintu wad yang menempatkan Fiera
dibuka. Jelas anak matanya memandangan Ammar dan Adam berlari ke arahnya.
“Kamu dua
memang bangsat… jangan bagi aku tengok muka kamu dua di sini! Baik kamu keluar
sekarang! Ini tanda cinta kamu dekat dia? Sampai Fiera masuk hospital. Baik
korang pergi dari sini sekarang. Cepat!!” Marah
Taufiq pada Ammar dan Adam yang cuba untuk menolak daun pintu wad. Panas
hati Taufiq memandang mereka berdua, suara Fiera menangis teresak-esak menahan
sakit tergiang-giang.
Tubuh Adam dan Ammar ditolak jauh dari pintu wad.
“Fiq… tolong
bagi aku tengok dia.” Adam cuba masuk ke dalam wad di mana Fiera sedang berehat.
Sekali lagi tubuh Adam ditolak oleh Taufiq.
“Kalau kau tak nak mampus baik blah sekarang.”
“Taufiq sekurang-kurangnya biarlah kami tengok dia
sekejap.” Ammar cuba berkompromi. Wajahnya sudah kusut mengenangkan Fiera yang
sedang terlantar. Semuanya salah dia dan Adam. Kalau mereka tidak bertegang
tadi sudah tentu dia masih lagi bersama Fiera sekarang. Ah fikirannya sudah
buntu.
Taufiq tersenyum sinis. Wajah lebam kedua lelaki
yang bergaduh tadi itu dipandang. Tak padan dengan muka lebam sana sini, ada
hati lagi nak risau anak dara orang yang sakit gara-gara mereka.
“Baliklah Ammar… ” ujar Taufiq.
“Hei Taufiq. Kau siapa nak halang kami jenguk Fiera
hah? ” jerkah Adam. Leher baju Taufiq digengam erat. Geram dan marah apabila
Taufiq asyik menghalang mereka sedangkan mereka berdua tiada sebarang hubungan.
Satu tumbukan melekat di pipi Adam. Dia tersungkur ke lantai. Darah yang pekat mengalir
dari mulut dikesat. Dia memandang tajam ke arah Taufiq. Bersedia hendak memberi
serangan balas. Tapi dia juga sedar. Semua ini disebabkan pergaduhan dia dan
Ammar tadi.
“Abang Adam!” Jerit Anis. Dia berlari menuju wad
Fiera. Terkejut apabila Taufiq menelefonnya memberitahu bahawa Fiera pengsan.
Dia tidak kerja hari ini kerana cuti untuk pulang ke kampung bersama Faizul. Tapi
ketika dalam perjalanan mereka disambut dengan berita mengejut dari Taufiq. Dia
tahu keadaan Fiera yang lemah. Gastrik gadis itu memang tahap kuat. Sesekali
Fiera memang sakit sehingga sukar bernafas manakala dada gadis itu sakit
teramat hanya kerana gastrik.
“Apa yang jadi sekarang ni? Fiq mana Fiera
sekarang?”soal Anis. Pandangannya beralih ke arah abang kembarnya dan Ammar
yang lebam. Pasti ada suatu yang terjadi antara dua orang jejaka ini.
“Anis. Bawa abang kau pergi dari sini sekarang.”
Arah Taufiq. Mukannya merah menahan marah.
Anis mengangguk. Faizul yang bersama dengannya hanya
berdiam diri. Dia membantu Anis untuk memapah Adam berdiri. Lelaki itu menolak
tangannya kasar. Adam merengus kasar lalu pergi meninggalkan mereka
terpinga-pinga.
Telefon Anis tiba-tiba berbunyi. Segera dia
mengangkat telefon apabila nama Adam tertera di skrin telefon.
“Jaga Fiera. Abang Adam balik dulu. Nanti abang
telefon Anis balik.” Ujar Adam. Anis mengiyakan sahaja sebelum talian
dihentikan.
“Fiq apa yang terjadi?” soal Anis. Matanya menjeling
ke arah Ammar yang sudah terduduk di atas bangku.
“Fiera pengsan sebab sakit dia datang lagi. Sebelum
dia pengsan dia sempat telefon aku. Katanya dadanya sakit lagi. Aku dengar pun
suara dia sudah tersekat-sekat. Sekarang dia dah stabil, tengah rehat..” Jelas
Taufiq.
“Aku masuk
tengok dia kejap.” sempat Anis memandang suaminya untuk meminta kebenaran.
Faizul yang memahami perasaan isterinya mengangguk. Dia ingin memberi ruang
kepada isterinya untuk menjenguk Fiera.
Sempat Anis memandang wajah sugul Ammar yang
bersandar pada dinding hospital. Masalah betul jejaka-jejaka idaman Malaya tiga
orang ni. Serabut aje aku tengok!
“Mak cik…” panggil Anis sambil melangkah masuk ke
dalam wad.
“Eh! Assalamualaikum mak cik!” Wajah pucat Fiera
terus ceria memandang kawannya baiknya. Tanpa menunggu lama dia terus duduk
bersandarkan dinding.
“Waalaikumsalam. Pucatnya muka.” Tempat disisi Fiera
diambil.
Lantas Fiera menyembamkan kepalanya di bahu Anis.
Saja mood nak bermanja. “Penat.” Jawabnya ringkas.
“Apa cerita
ni? Di luar tu macam nak bukak gelanggang wrestling
dah aku tengok. Muka abang Adam dan Ammar tu lebam-lebam mengalahkan orang baru
habis berperang je aku tengok.”
“Mereka berdua ada kat luar ke?”
“Erm… tapi
Taufiq tak benarkan masuk. Apa jadi ni? Dia orang yang bergaduh besar. Kau
pulak yang terlentang dihospital. Taufiq ada cerita kat aku. Tapi sekerat-kerat
aje.” Tanya Anis sekali lagi. Tidak puas hati selagi tidak tahu kejadian
sebenar.
“Aku pun tak tahu nak start dari mana. Panjang sangat
cerita ni…”
“Pendekkan.” Pintas Anis. Asal tahu synopsis cerita
pun sudah mencukupi.
Fiera duduk tegak. Selimut ditarik sekali lagi.
Sejuk! “Nanti-nantilah kau tanya sesiapa ceritakan. Aku malas nak ingat balik.
Tanya abang sayang kau la nanti. Taufiq ke? Kau tak kerja hari ni?”
Penampilan Anis yang simple itu dipandang. Tiada gaya orang sedang bekerja pun.
“Erm… ya
la. Aku off hari ni.” Tidak ingin
memaksa Fiera untuk mencerita selebihnya. Lagipun dia tahu Fiera tidak akan
menceritakan pasal kejadian tadi. Kawan baiknya ini tidak suka ingat benda yang
menyesakkan fikirannya lama-lama. Sebelum dengar ayat klise Fiera ‘Aku ni bukan
Astro asyik ulang siaran, TV3 tau. Tiada siaran ulangan!’.
Hatta benda sekecil hama pun kalau tidak berkenan
dihati memang dia tidak mahu ulang tayang. Lain ceritalah kalau Hatta Dolmat,
biar berkali-kali pun Fiera sanggup cerita perihal pereka fesyen kegemarannya
itu.
“Anis, bila aku boleh keluar?” tanya Fiera.
“Air tu pun masih lagi banyak. Ada hati nak keluar
awal.” Ejek Anis. Muncung mulutnya menunjuk tiub air yang bersambung dengan
tangan Fiera.
“Aku bosanlah. Nak balik mandi. Semalaman tak balik
rumah lagi ni. Melekit badan aku.” Rungut Fiera. Gam gajah pun kalah dengan
lekit di badannya.
“Tak balik rumah? Habis tu kau stay kat mana?” tanya Anis. Rungutan Fiera yang selebihnya langsung
tidak diendah.
“Ofis la. Banyak kerja. Aku tolong cover kerja abang kau. It’s part of the story la…” Antara mahu
atau tidak. Fiera terpaksa juga cerita setiap inci apa yang terjadi. Susah juga
dengan orang yang tertinggal keretapi ni!
“Kalau macam tu. Nanti bagi aku kunci rumah. Aku
tolong sediakan baju kau. Rasanya Taufiq tak benarkan kau keluar hari ni atau
esok. Macam kau tak kenal dia tu.” Cadang Anis sebaik saja mendengar cerita Fiera.
Bukan dia hendak komen lebih-lebih. Tapi malas! Entah siapa yang salah pun
susah digambarkan.
“Kau tak boleh buat apa-apa ke?”
“Sorry my dear!
Faham sangatlah dengan perangai Taufiq tu. Tambahan pula kau dibawah pengawasan
dia sekarang ni.” Pernah dua kali Fiera jatuh sakit dan terpaksa ditahan di
hospital. Taufiq punyalah membebel macam mak nenek.
“Ya la. Eh! Baru aku perasan. Kau datang sorang aje
ka? Laki kau mana?”
“Tadi ada kat luar. Pandai-pandailah dia bawak diri.
Bukannya tak biasa dengan hospital ni. Hospital ni yang muak tengok muka dia.”
Terkekek Fiera ketawa dengan lawak Anis. “Kaw-kaw
aje kau kutuk laki kau ye. Tak sedar diri dia sendiri pun doktor. Kalau gitu
hospital ni pun muak tengok muka kau tau.” Entah macam mana saja Doktor Faizul
tu larat layan perangai gila-gila si Anis ni.
“Nanti balik aku minta maaf sajalah dengan dia…
kalau terlupa pun nanti raya kau tolong ingatkan aku. Minta maaf banyak-banyak
kat laki aku tu. Pening kepala dia terpaksa layan perangai aku ni. Hahaha….” Tergelak besar Anis
membayangkan hari-harinya bersama Faizul.
“Tau takpa.” Fiera merenggangkan otot-otot yang
kebas. Lenguh satu badan! Kruk… kruk bunyi tulangnya. Kemudian dia menguap
besar!
“Hesy! Tak senonoh betul! Menguap tak ingat! Aku nak
balik dah ni. Kunci rumah mana?” bahu Fiera ditampar. Kalau dia dengan perangai
gila-gila. Fiera pula dengan perangai sporting
tahap gila penghuni Tanjung Rambutan.
“Ada dalam hand
bag aku tu. Pandai-pandailah kau
selongkar.” Tas tangan atas meja ditunjuk.
Selepas beberapa minit barulah Anis berjaya
mengeluarkan kunci kereta dari ‘poket doremon + peti harta karun = tas tangan
Fiera.’ Bak kata pak cik dalam iklan astro itu. “MMA. Macam-macam ada!”
Kunci rumah yang dijumpa itu ditunjukkan pada Fiera.
Melihat gadis itu menggangguk, Anis bersiap untuk keluar.
“Aku balik dulu. Ada apa-apa nanti aku update kat kau. Baju tu nanti aku ready dalam beg, aku kirim dengan Taufiq
siap dengan kunci rumah...”
Fiera sekadar mengangguk.
“Duduk dalam hospital ni ambil masa kau rehat. Off dari kerja. Nanti aku bagitau abang
Adam suruh urus kau punya cuti sakit seminggu. Kalau tak boleh nanti aku suruh
abah pulak. Capital NO REJECTION! Kau
perlukan rehat lebih. Muka tu pucat mengalahkan hantu mak limah pakai bedak
sejuk amoi je aku tengok. Serabut!” sambung Anis lagi. Ah sudah! Kalau Adam
tidak benakan, Anis sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan mandat anak manja
tu. Sekali cakap sudah tentu Tan Sri Fuad tunaikan permintaan anak bongsu
merangkap satu-satunya puteri mereka.
“Tiada surat sokonganlah ni?” tanya Fiera perlahan.
“Nope!
Sebarang surat-menyurat tidak akan dihalang.” Jawab Anis. Tegas saja bunyinya.
Fiera mencebik walaupun tahu itu untuk kebaikannya. Tapi apakan daya? Cuti
seminggu tu nak buat apa selain menjadi penghuni hospital dan rumah sajalah
jawabnya. Sudah tentu keboringan melanda dirinya dalam tempoh seminggu itu.
“Kalau macam tu aku guna talian hayatlah…” gurau
Fiera.
Jelingan tajam Anis langsung tidak menakutkan Fiera.
Dia menjelir lidah pada si kawan. Bluerk!
Ingat aku takut ke cik akak?
“Memain, memain… kang sakit lagi padan muka! Aku
balik dulu. Assalamualaikum.”
Fiera senyum sambil membalas salam Anis dalam hati.
Pemergian gadis itu sekadar dihantar melalui anak mata. Setelah Anis selamat
keluar dari wad yang menempatkan dirinya, selimut yang menyelubungi badan
ditarik hingga paras dada. Tidur lagi baik!
Pesanan : lama dah x letak cerpen kan? insyaallah dalam minggu ni faz letak cerpen baru. tajuknya Encik Donat. Teaser ada sikit kat FB Fan Page Nurfazila Serenity.