Friday, May 19, 2017

[CERPEN] : JANNAH


“Adam behave okay. Balik kerja nanti papa belikan kek.” Adam senyum mengangguk.
Promise. But I want chocolate cake. And… and Ice cream too. Can I?” jari kelingking Adam dihala pada papanya.
Khair senyum memangguk. Pandai aje Adam pujuk dia. “Janji.” Jari kelingking sendiri membalas jari si anak kecil. Badan Khair tegak semula.
“Bila jamuan tu ye cikgu? Maaflah. Adam dah hilangkan surat pemberitahuan tu. Tapi dia ada beritahu saya pasal jamuan. Ada apa-apa yang saya perlu bawa?”
“Jumaat minggu depan. Encik tak payah bawa apa-apa. Jamuan tu sebenarnya kenduri doa selamat sebab tiga anak kami dapat tawaran sambung belajar. Umi sendiri yang akan hulurkan tajaan seluruhnya untuk mereka.”
Khair mengangguk. Tahu Umi ialah pengasas rumah anak yatim dan tadika tempat anak dia belajar. Dia sendiri tidak pernah terserempak dengan Umi yang dimaksudkan.
“Waktu?”
“In-sya-Allah doa selamat selepas solat Maghrib berjemaah. Lepas tu boleh makan-makan sekali.”
“Baiklah. Kalau tiada halangan. Saya cuba datang dengan Adam.”
Khair berlalu tinggalkan Adam dengan guru tadika anaknya. Lepas lambaian dihadiahkan pada si kecil, satu keluhan dihela. Walaupun wajah Adam sebiji macam dia tapi mata dan renungan Adam tidak ubah seperti bekas isterinya.
Kerap sangat wajah Jannah singgah ke mimpinya kebelakangan ini. Hari Khair pun jadi liang libu. Tidak sedap hati. Rasa macam sesuatu bakal terjadi pada Jannah. Agak lama dia tidak cari bekas isterinya. Hanya duit saja tidak pernah lupa untuk dimasukkan ke dalam akaun Jannah
Saat kereta Khair berhenti di simpang jalan. Matanya cantik memandang tepat pada wanita yang berjalan di bahu jalan. Dahi Khair berkerut.
“Takkan lah!”
Baru aje fikir. Dah muncul depan mata. Ayu berbaju kurung berjalan keluar simpang perumahan tersebut.
Pin!!
Bunyi kereta dari belakang menarik minat wanita tersebut menoleh keretanya. Ya Allah! Tambah berdetak jantung Khair memandang Jannah yang memandang keretanya seketika sebelum buka langkah semula. Jannah takkan nampak dia sebab cermin kereta tinted. Tapi dia jelas nampak bekas isterinya!
Khair mulakan pemanduan bila kereta belakang tidak henti tekan hon. Tapi dia tetap menoleh arah Jannah yang menuju ke perhentian bas.



Empat hari.
Empat hari Khair buat kerja bodoh.
Empat hari yang memakan diri sendiri.
“Okay?”
Angguk.
“Macam tak okay je…” Fad meneka.
“Aku jumpa Jannah.”
Muka Fad terus berubah. “Maksud kau? Jannah? Mana?”
Khair diam seketika. Soalan Fad dibiar sepi. Kepala masih menerawang ingatkan bekas isterinya. Sungguh! Dia masih terkejut dengan hasil intipannya pada Jannah beberapa hari ni.
“Khair kau jangan takutkan aku. Jannah dia okay ajekan?” tanya Fad lagi. Dia kenal Jannah. Rakan sekelasnya ketika zaman universiti dulu. Terkejut juga bila Khair buka kisah Jannah semula. Mereka dah berbaik ke?
“Aku… aku tak expect kehidupan dia macam tu. Aku entahlah. Aku tak nampak pun lelaki tu…”
Fad mengeluh kecil. “Kau dah ikut dia berapa hari ni?” Tengok gaya macam Khair buat kerja gila intip Jannah. Haih! Apa nak kenang lagi bekas isteri tu? Dah namanya bekas. Dulu dia pernah mengamuk juga pada Khair pasal Jannah. Bercinta bagai nak rak. Dua tahun lebih kahwin dah cerai. Ni lepas lima tahun cerai. Sekarang baru tunjuk muka menyesal.
Eh! Tak faham sungguh dia!
Khair tidak juga menjawab. Iya dia tahu tindakannya salah. Tapi tidak salah kalau dia nak tahu perkembangan Jannah selepas dia ceraikan. Lagipun dia tetap hulurkan duit pada Jannah walaupun bukan tanggungjawabnya lagi. Entahlah! Khair memang tidak pernah lupa hal satu itu. Baginya Jannah berhak dapat duit tersebut. Sekurangnya dia tahu Jannah mampu hidup senang dengan duit pemberiannya.
Tapi bila tengok keadaan Jannah. Langsung tidak sama seperti yang dia harapkan. Ingatkan Jannah masih tinggal di rumah lama mereka. Tapi lagi teruk dari itu. Kehidupan yang langsung dia tidak harapkan pada seorang Jannah!
“Aku nak jumpa dia. Face to face!” Nekad Khair bersuara. Iya! Dengan cara itu saja dia mampu tenangkan hatinya.
Selepas lima tahun…
Agaknya apa ekpresi Jannah berjumpa dengannya semula?



Jannah tercenggang.
Kaku.
Tidak jadi nak naik bas bila Khair berdiri di hadapannya.
“Abang nak jumpa Jannah.” Sengaja Khair pilih waktu Jannah habis kerja. Dia tahu Jannah pasti akan tunggu bas balik ke rumah. Sampai rumah Jannah hanya duk diam dan rutin wanita itu sama saja setiap hari sepanjangan dia ikut Jannah.
Jannah hela nafas. Lepas bertahun-tahun tidak sangka dia jumpa lagi mamat ni. Akhirnya! Khair tunjuk diri depannya. Dan dia harap kali ni biarlah segala persoalan dia selama lima tahun ini terungkai!
Selera Khair memang tinggi. Jannah sempat mengerling hiasan dalaman restoran pilihan Khair ketika masuk tadi. Orang kaya macam dia boleh la nak makan ikut suka.
“Mana lelaki tu?”
“Kenapa hidup macam ni?”
Why?
“Kenapa Jannah seorang diri?”
“Ini bukan yang abang harapkan lepas…”
“Lepas apa? Lepas buang I? Lepas tinggalkan I terkontang-kanting. I bangun dari sedar dan suami I tinggalkan sepucuk surat cerai dan anak yang langsung I tak pernah nampak?!” Jannah tersenyum sinis. Astaghfirullahalzaim! Tidak sangka Khair akan tembak dengan soalan macam tu selepas beberapa tahun.
So that is the reason? Buang I sebab lelaki lain? You fikir I curang? God! After years… ” Tertawa sinis Jannah lepas tahu sebab dia dia diceraikan.
Wajah bekas suaminya dipandang. Jelas muka tidak puas hati Khair yang masih penuh dengan persoalan. Dan Jannah tidak perlu tunggu lama… Dia tegakkan badan.
“I tak sangka semurah itu kepercayaan you… Thank god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan. Stop sending all those money. I don’t need that! I bukan kahwin dengan you sebab duit. But that stupid damn love! Ugh! Stupid me.
Jannah terus berdiri dan tinggalkan meja. Lepas bertahun akhirnya dia jumpa jawapannya. Jawapan yang tambah sakitkan hatinya.
Khair terkedu.
Tiada lagi abang-Jannah.
Tiada lagi kata-kata baik dari Jannah.
Tiada lagi lentok manja isterinya.
Dilihat bekas isteri yang telah lama hilang dari memori.
Tegas dan langsung tidak berpaling.
Sekarang hati mula terdetik.
Salah diakah?
Thank god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan.” Ulangan kata-kata Jannah tadi buat dia raup muka kasar.
What have you done Khair?!



Jannah ketuk tingkap kereta Khair. Dia belum buta lagi untuk tipu diri sendiri. Khair memang rajin ‘ikut’ dia dua tiga hari ni. Ugh! Rasanya firasat ada orang ikut dia dari minggu lepas memang benar.
Mata Khair celik. Tersedar dari tidur. Muka cemberut Jannah dipandang sebelum tingkap diturunkan.
“I tak tahu pula you pindah rumah area sini.”
Amboi sinisnya ayat keluar dari mulut Jannah. Khair telan liur. Argh! Macam mana boleh kantoi ni. Tak sangka boleh pula terlelap!
“Jannah… abang…”
Jannah geleng kepala. “Baliklah.” Tuturnya perlahan. Niat nak turun bawah pergi gerai hujung beli makanan untuk malam ni. Tak sangka lain pula yang dia ternampak.
“Abang…” Argh! Khair kelu lagi. Nak cakap tapi ayat dalam kepala berterabur.
“I tak rasa you ada urusan penting di kawasan ni. Baliklah Khair. Macam mana I ikut cakap you selama ni agar jangan jumpa you. Macam tu juga I minta. Jangan cari I lagi.”
“Sayang…”
Satu nafas berat dihela. Khair. Dia baru sedar. Dia baru rasa sakitnya hati menahan rindu selama ni. Salahkan pada yang tidak bersalah. Dia yakin dia yang silap kerana tidak percayakan Jannah suatu masa dulu. Sedar sukar diterima semula. Dia hanya mampu tengok Jannah dari jauh untuk mengubat rindu yang selama ini ditanggung.
Jannah tidak sanggup lagi dengar. Takut hati sakit selama ini tambah perit tengok muka Khair. Ada baiknya dia pergi dari situ. Silap juga patutnya dia biarkan saja Khair dengan tidurnya tadi tu!
Kaki digerakkan semula. Membiarkan Khair terpingga buat ayat sendiri. Jangan dilayan sangat hati tu. Nanti baiklah sendiri. Pesan buat diri sendiri.
Bergegas Khair keluar dari kereta. Langkah Jannah dikejar. “Jannah nak ke mana? Biar abang hantar.” Pelawanya. Nak ke mana maghrib macam ni? Bahaya!
“Baliklah Khair.”
“Jannah please…” Lengan Jannah ditahan. Menghalang wanita itu dari terus melangkah. Waktu tu Khair sedar suhu badan Jannah yang panas. Laju telapak tangan naik ke dahi.
“Jannah demam.”
Sinis senyuman Jannah terukir. Tangan Khair ditolak kasar. “Kaitan?”
“Abang hantar Jannah ke klinik. Jannah mana boleh demam. Nanti susah baik.” Kenyataan. Bertahun kenal Jannah yang susah sakit. Tapi bila sakit susah nak baik.
“Tak perlulah Khair. I sakit atau sihat. Tiada langsung kaitan dengan you.” Menyesal pula malas masak hari ni.
Waktu tu Khair sedar wajah Jannah memang sangat pucat. Tapi haih degil betullah Jannah ni. “Abang hantar ya.”
Jannah mengeluh. “Balik.” Sepatah dan tegas. Lepas tu hilang selera Jannah nak beli lauk untuk makan malam ni. Biarlah dia berlapar. Tengok gaya dan muka Khair tambah demam badannya!
Waktu tu Khair memang tidak mampu buat apa selain senyap mengatur langkah ikut Jannah sampai ke depan pintu rumah. Jannah pun senyap. Masuk saja tanpa pelawa Khair masuk sekali.
Nak halau Khair pun dia tidak mampu. Dia tahu sikap keras kepala Khair tu. Bila dia kata putih maka putihlah. Sebab tu Jannah kena cerai pun tanpa sebarang penjelasan. Sinis lagi pada diri bila ingatkan perkara tu.
Habis solat isyak. Jannah yang mampu termenung depan televisyen. Pintu rumah diketuk dari luar. Mula intai dari tingkap. Lepas tengok Khair yang masih setia mengetuk. Dia ambil keputusan duduk semula di kerusi. Tiada sebab untuk dia buka!
“Abang tahu Jannah dengar. Buka atau abang terus buat bising.” Jerit Khair dari luar. Bukan susah. Rumah flat ni dia jerit depan rumah Jannah, rumah hujung pun masih boleh dengar. Ketukan pada pintu rumah Jannah makin dikuatkan. Bukan dia tidak perasan langsir tingkap tepi pintu diselak. Jelas saja langsir terselak walaupun tak nampak muka bekas isterinya.
“Jannah!!” jerit Khair lagi. Kuat dan semakin kuat.
Jannah mendengus. Pintu rumah dikuak kasar. “You nak apa?!”
Khair tersenyum kecil. “Abang bawa ni.” Termos dan Tupperware bertingkat dihala depan pintu grill yang masih berkunci.
“Balik Khair. Cukuplah tuduhan dari you. I tak sanggup lagi terima tuduhan dari jiran-jiran I pula.”
Dush! Kena setepek muka kacak Khair. Berubah kelat dengar ayat ‘manis’ dari Jannah.
“Abang cuma nak bagi ni.” Ayatnya diutarakan perlahan.
Tadi dia dapat agak mata Jannah pada gerai tepi jalan. Mesti Jannah tidak larat nak masak tapi bila nak beli makanan terbantut pula sebab dia. Bergegas Khair balik rumah sediakan makanan untuk Jannah. Pengasuh dan orang gajinya pun naik pelik bila dia tiba-tiba rajin masuk dapur.
Hanya pesanan saja ditinggalkan untuk jaga Adam malam ni.
“I takde order delivery. You baliklah Khair. Tak perlu tunjuk belas kasihan tu sangat. I tak perlukan. Entahlah. I tak tahu apa yang you dengar dan apa yang you siasat. You dah buang I. Itu I yakin. I minta satu je kali ni. Jangan toleh semula pada benda yang you dah buang.”
Lepas panjang lebar Jannah luah isi hatinya. Pintu terus ditutup rapat. Siap dengan lampu ruang tamu. Dia hanya terus masuk bilik dan baring atas katil single tu dalam keadaan bergelap. Segelap hatinya lepas dibuang oleh Khair.
Bangun pagi tu Jannah kembali datang ke kerja. Hari ni dia sekadar datang kerja setengah hari. Lepas tu ada urusan yang dia perlu selesaikan. Badan tambah panas tapi tidak boleh ikut sangat demam tu. Bukannya tambah baik makin melarat adalah!
“Umi!!” jerit anak-anak kecilnya.
Jannah tersenyum kecil. Terubat sikit hati yang terusik beberapa hari ni.
“Jannah dah sihat?” soal pembantunya.
Anggukan diberi. “Maaflah. Jannah janji nak tolong. Tapi tak sangka boleh demam.” Kononnya nak datang tolong tapi hanya mampu hulur duit saja minta pekerja yang lain beli apa dan buat apa yang patut.
Haslin geleng kepala. Tahu juga sikap degil Jannah tu.
“Kendurinya malam nanti ada yang perlu diselesaikan ke lagi?” tanya Jannah. Takut ada yang kurang. Kalau dia tidak perlu bergegas ke pejabat tadi mungkin dapat tolong lebih awal. Dapat bos hitler macam Puan Kartini tu cuti macam mana pun terpaksa datang kerja bila bos datang menyeru.
“Benda banyak dah selesai Jannah. Bawalah berehat. Nanti malam kena layan tetamu lagi.” Bebelan Haslin hanya dibalas dengan sengihan Jannah.
 “Jannah ke dapurlah dulu. Tengok apa yang boleh buat lagi.” Duduk dan berehat sangatlah tidak sesuai tika hati masih bercelaru. Buat sakit kepala dia aje bila termenung teringatkan kisah lama.




“Astaghfirullah.” Mengucap panjang Jannah. Macam mana boleh jumpa lagi ni? Sakit hati tidak hilang lagi ni. Ingat lepas dia sembur malam tu, Khair senyap juga akhir tapi boleh pula muncul malam ni.
“Jannah ni Khair, papa Adam.”
Mata Jannah jatuh pada Adam. Anak dia?
“Jannah ni…”
“Umi.” Sambung Haslin pada ayat Khair yang tergantung.
Jannah genggam tangan menahan rasa. Bibir dipaksa memberi senyuman. Payah tapi dia paksa diri untuk tenang. “Jemput masuk Encik Khair.”
Khair angguk perlahan. Masih lagi terkejut dengan status Jannah. Umi. Maksudnya Jannah pengasas rumah anak yatim dan taska sekolah Adam.
Serba tak kena jadinya. Walaupun semuanya berjalan dengan lancar. Hati Jannah tidak pernah berhenti berdetak kencang. Matanya sesekali lari pada telatah Adam.
Adam anak dia?
Ya Allah! Selama ni bukan dia tidak pernah berbual dengan Adam. Malah hatinya jatuh sayang pada telatah comel Adam. Sinis senyuman terukir untuk diri sendiri. Anak sendiri yang dikandung pun langsung dia tidak kenal.
“Adam… anak kita.”
Jannah tidak menoleh. Tahu itu suara Khair tapi entah. Hati tambah sakit dengan kenyataan yang dia baru tahu hari ni.
“Jannah…”
Sepi. Jannah sedikit pun tidak terkesan dengan Khair disebelah. Mata masih lagi jatuh pada Adam yang bergelak ketawa dengan budak lain.
“Abang minta maaf…”
Its okay Khair. Benda dah lepas. I tak nak ingat benda lama.”
“Abang tahu abang salah.”
“Salah?” Jannah tersenyum sinis.
“I nak you ambil balik rumah lama tu. I dah lama tinggalkan rumah tu. Dari awal pun bukan milik I. Lagi satu rumah ni dan taska tu I buka guna duit yang you bagi setiap bulan tu. Jadi wajarlah kalau I pulangkan semula.”
Khair geleng kepala. Dia tidak sekejam itu untuk tarik segala hasil titik peluh Jannah. Lagipun duit yang dia hulur setiap bulan tu memang ikhlas.
“I tak nak apa-apa lagi yang berkaitan dengan you.”
“Tapi rumah tu memang nama you dari awal…” Itu hadiah perkahwinannya untuk Jannah ketika baru kahwin dulu.
“Apa guna rumah besar kalau isinya kosong?”
Khair terdiam.
“Hormat permintaan I. Macam mana I hormat permintaan you selama ni. Macam tu juga I minta. Hormat permintaan I. I akan pulangkan segalanya atas nama you. You cuma perlu tandatangan. Selebihnya apa you nak buat terserah.”
Khair hendak menegah Jannah dari berdiri tapi dia sendiri kelu. Kelu dengan permintaan Jannah. Apa dia dah buat?
Menghancurkan hidup seorang Jannah tidak pernah terlintas dalam hatinya.
Dia cintakan Jannah.
Tapi kenapa begini pengakhiran mereka?



“Khair okay?”
Khair toleh Lisahani disebelah. Satu anggukkan diberi. Gadis yang masih memegang baju untuk Adam angkat kening. Tahu mood Khair tidak okay. “Kalau ada sesuatu tu. Baik luahkan. Makin dipendam buat tambah susah hati aje.”
Tenang Lisahani meluahkan. Baju untuk Adam disua pada badan si kecil. Meneliti kesesuaian baju dengan si kecil.
Khair geleng kepala. “Saya okay je.”
Bukan sebulan dua dia kenal Khair. Masuk tahun ni tiga tahun mereka berkenalan. Mula dia kerja sebagai setiauasaha Khair. Dan kini tunang lelaki itu. Walaupun dia tahu permintaan tunang itu kerana Adam yang rapat dengannya. Lisahani sangat memahami setiap ekspresi tunangnya tu. Adalah yang tidak kena dengan Khair tu. Dari awal pagi tadi lagi dia perasan!
“Umi!” jeritan Adam menarik perhatian mereka berdua. Si kecil dengan senang hati melambai pada Jannah yang sedang belek baju kanak-kanak.
Jannah angkat kepala. Mata hala pada Khair. Kemudian beralih pada wanita yang cantik bertudung sebelah lelaki itu.
Senyuman paksa diukir. Dan bila Adam berlari padanya. Jannah hanya mampu angkat tangan saat Adam sua tangan untuk salam. Rutin setiap kali anak-anak tadika sekiranya berjumpa dengan Umi mereka.
Muka Khair berubah. Tambah keruh bila Lisahani turut tersenyum berjalan mendekati Jannah.
“Umi ni mama Adam.” Ceria si kecil mengenalkan dia pada ‘mama’ yang dimaksudkan.
Kelat Jannah menerima huluran salam wanita tersebut. “Lisahani. Kak ni Umi tempat tadika Adam?” ramah Lisahani bertanya.
Jannah angguk. Mata kerling pada Khair yang baru datang mendekati.
“Jannah.”
Jannah hanya angguk sebagai tanda salam. Lisahani angkat kening pada tunang disebelah. Lain macam aje bunyinya.
“Jannah free? Rasanya ada benda abang nak cakap.”
Errr…
I take it as yes. Jom ada benda yang abang nak cakap. Lisa bawa Adam. Kita ke restoran depan ni aje.”
Tidak sempat Lisahani bersuara. Dia faham nada suara tegas itu. “Jom Adam ikut mama.” Dibawa Adam bersamanya walaupun hati rasa lain. Terutamanya bila perasan cara tunangnya pandang ‘umi’ Adam.
Jannah mengeluh. Apa lagi kali ni?
Are you coming?” Khair masih setia menunggu Jannah. Lisahani dan Adam sudah pun masuk ke dalam.
“Apa lagi ni?”
“Masuk sendiri atau nak abang bawakan.”
Jannah mendengus. Suara tegas Khair tu. Dia tidak takut tapi dia tahu Khair akan buat benda yang dia maksudkan. Kaki dibawa masuk ke dalam. Dia duduk bertentangan dengan wanita tadi.
Adam duduk ditengah antara dia yang berhadapan dengan Khair dan Lisahani.
“Adam. Ni mama… Umi sebenarnya mama sebenar Adam.”
“Hah?” Serentak Lisahani dan Adam bersuara.
“Umi ni. Mama kandung Adam. Selama ni Adam tanya papa mana mana, kan? Umi sebenarnya mama Adam.” Beritahu Khair lagi. Tegas tanpa pedulikan wajah terkejut tunang dan anaknya.
Jannah pula hela nafas berat. Apa pula rancangan Khair kali ni.
No! Umi bukan mama Adam! Papa tipu!! ” marah si kecil tiba-tiba. Tidak puas hati dengan kenyataan papanya.
“Adam kenapa tinggikan suara macam tu?”
“Tipu. Papa kata mama dah mati! Papa tipu. Umi bukan mama Adam!” bentak Adam. Lima tahun. Lima tahun dia disogok dengan kematian mama kandungnya. Kenapa papa boleh tiba-tiba suarakan benda ni lagi.
Riak muka Jannah makin keruh. Mati?
“Adam!” tegas Khair bersuara. Terkejut dengan bentakan anaknya. Argh! Salah dia juga sogok Adam pasal kononnya mama kandungnya dah mati.
Mata Adam mula berair. “Papa tipu! Papa jahat! Papa marah Adam!!” tangisan Adam mula bersuara. Laju tangan Lisahani mengambil Adam ke dalam pelukannya.
Tambah keruh wajah Jannah. Melihat situasi tersebut. Jantungnya macam nak berhenti berdetak.
 “Mama… papa jahat. Papa marah Adam…”
“Syuuhhh… jangan nangis. Papa tak marah. Nanti mama belikan mainan untuk Adam.” Pujuk Lisahani sambil mengusap belakang si kecil. Pandangannya dikerling pada Khair dan Jannah silih berganti. Dia turut hela nafas kecil.
“I tak tahu apa motif you beritahu Adam. Supaya dia jauh dari I? You memang dah bawa dia jauh dari I lima tahun lepas Khair. Sekarang kenapa you perlu ungkit perkara ni lagi? Kenapa tak biarkan Adam terus anggap I dah mati?”
“You memang nak sangat I jauh dari Adamkan?” soal Jannah lagi. Kecewa, sakit hati, marah. Dia tidak tahu lagi nak ungkap macam mana perasaannya kali ni.
Jannah berdiri. Duduk situ tambahkan lagi sakit hatinya. Takut air mata yang ditahan akan mengalir tanpa dipinta.
“Jaga Adam untuk I.” tuturnya pada wanita yang sedang memeluk anaknya.
“Bukan itu maksud abang. Abang nak…”
“Sudahlah Khair. Macam I cakap sebelum ni. I hormat permintaan you sebelum ni. Sekarang rasanya sudah tiba masa untuk you hormat permintaan I pula.”



Lega bila segalanya terluah.
Lisahani senyap seketika. Masih mencerna luahan dari tunangnya. Dipandang. “Awak masih cintakan dia.”
Khair pandang tunangnya. Serba salah. Tidak pernah sekalipun cintanya hilang. Cerai tidak bermakna dia lupa cintanya pada Jannah. Buanglah segala gambarnya bersama Jannah. Wajah bekas isterinya tidak pernah sekalipun luput dari ingatan. Walaupun marah pada ‘curang’ yang disangkakan sebelum ini. Ingatan dan rindu tidak pernah padam.
Dari pandangan Khair, Lisahani cukup memahami betapa cinta dan rindunya Khair pada bekas isterinya.
I’m sorry.”
Lisahani geleng kepala. Tiada yang salah. Khair awal lagi pernah cakap dengannya. Tunang kerana Adam perlukan mama. Dan cintanya pada Lisahani tidak pernah ada. Macam tu juga dia. Tipu kalau rasa sayang dan suka itu tidak pernah ada tapi selebihnya dia setuju memang kerana Adam.
“Saya cuma minta satu. Awak minta cara baik. Dan awak pulangkan saya cara baik.” Mungkin itulah sebaiknya. Rasa sedih itu ada. Tipulah jika dia terusik tapi untuk kebahagian mereka semua. Dia rela tarik diri. Lagipun baginya Jannah perlukan Adam dan Khair lebih darinya. Jannah juga perlu bahagia lepas apa yang terjadi.
“Saya minta maaf.”
Lisahani tersenyum. “Tiada kata maaf yang perlu awak ungkapkan pada saya. Tapi Jannah. Dia berhak dapat kebahagian dia Khair. Dia layak untuk bahagia. Saya yakin hanya awak dan Adam yang mampu berikan dia kebahagiaan semula. Jangan risau saya tak apa-apa.” Mujur juga pertunangan mereka tidak dihebahkan atas permintaannya sendiri. Ada hikmah ikut syariah islam. Tidaklah dia malu bila pertunangan putus ditengah jalan.
“Sekarang Adam pula. Saya tak sangka macam tu sekali marahnya bila tahu Jannah sebenarnya mama kandung dia.”
“Pasal Adam. Awak janganlah risau. Marah dia tu tak lama. Lagipun satu hari nanti dia mesti akan terima Jannah. Air yang dicincang tidak akan putus Khair. Lagi talian seorang ibu dan anak.”
“Terima kasih Lisa. Saya minta maaf sebab kecewakan awak.”
Lisahani geleng kepala. “Jangan risau pasal saya. Jangan sesekali menyerah kalah dari terus pujuk hati Jannah. Hadaplah marah dia. Tapi jangan biarkan awak menyerah dengan amarah dia. Dia pun berhak untuk marah. Tapi biarlah dia lebih berhak untuk bahagia.”



Bibirnya tersenyum.
Jannah tidak pernah berubah. Suka letak kunci bawah pasu yang sama. Dia buka pintu guna kunci tersebut.
 Khair melangkah masuk. Mata melilau ruangan yang ditinggalkan sejak bertahun dulu. Masih lagi seperti dulu. Langsung tiada yang berubah seperti dia tinggalkan.
Rasa sayu dan sepi sungguh terasa.
“Apa guna rumah besar kalau isinya kosong?” Teringat kembali kata-kata bekas isterinya.
Langkah dihala ke arah setiap tempat yang mengimbau memori dia bersama Jannah.
Dia dekati meja solek. Tidak silap lagi. Cincin kahwin Jannah elok terletak bersama hiasan-hiasan yang pernah dihadiahkan untuk wanita itu. Malah telefon dan kad bank turut tersusun cantik.
Khair keluh kecil. Sampai macam tu sekali benci Jannah padanya.
Cincin kahwin isterinya diambil.
JannahtulKhair
Ukiran nama dia dan Jannah dibaca. Ukiran yang ditempah khas untuk cincin perkahwinan mereka. Tapi… Argh! Sesal tiada kesudahan yang tinggal. Semua salah dia sendiri.
“Auch!” jeritan kecil dari bilik sebelah mengejutkan Khair.
Laju kaki melangkah ke bilik sebelah.
Jannah yang kutip kaca dengan tangan berdarah didekati.
“Sayang okay?” tanya Khair gugup. Tangan Jannah ditarik. Berdarah kena kaca!
Jannah tarik tangannya kasar. Terkejut dan geram bila Khair tiba-tiba muncul.
“I okay…”
“Tapi tu darah…”
Its okay. You buat apa sini?”
“I errr…
“Oh okay. You nak ambil balik kunci?” Dia dah cakap dia tak nakkan rumah ni. Tapi cepat sangat pula Khair datang nak ambil. Tak sabar-sabar nak halau dia agaknya.
“Bukan tu…”
It’s okay. I kemas ni dulu. Nanti I bagi…” Sisa kaca pecah kembali dikutip.
Khair tarik kembali tangan Jannah. Tidak suka tengok darah dari tangan tersebut terus mengalir.
Don’t!
Don’t simply touch me!” tegas Jannah bersuara. Tidak lagi bersama menegaskan mereka tiada lagi tiket halal untuk mereka berdua. Khair harus tahu soal itu.
Khair telan liur. Angguk. “Tapi biar abang kutip. Balut luka sayang tu dulu.” Laju dia gerakkan tangan mengutip sebelum Jannah berdegil.
Satu hela nafas diluah. Jannah hanya pandang Khair yang ikut melutut mengutip sisa kaca. Dia ambil kepingan gambar yang terdampar. Gambar dia yang sedang mengandung bersama Khair.
Jannah abang. Syurga Jannah.
In-sya-Allah syurga kita.
#JannatulKhair
“Buang sekali ni…” tuturnya lepas baca bait kata yang tertulis pada belakang gambar.
“Jannah…”
“Benda ni. Tiada makna lagi selain menyakitkan…”
Dada Khair sesak. Kenapa sekarang dia rasa sesal dengan perpisahan yang dia pinta? Lebih-lebih lagi lihat air mata Jannah yang menitik pada gambar tersebut.
“Adam pun tak kenal I. Jadi lebih baik you buang gambar ni sebelum dia nampak.” Tutur Jannah sebak. Lagi sakit ingatkan anak yang tidak mengaku dia ibu. Sedangkan dia yang kandungkan Adam sembilan bulan.
“Maafkan abang…” Argh! Sah silap dia ceraikan Jannah. Bukan dia saja berpisah. Malah perpisahan terbesar ialah pisahkan anak yang baru lahir dari ibu.
Air mata Jannah makin laju menitik. “You bakar semua ni. Buang. It’s okay Adam tak nak I. I boleh terima. I harap mama tiri dia akan sayang dia. She look fine to me. Harap-harap perempuan tu akan jaga anak I.” tuturnya sambil kesat air mata. Biarlah asalkan Adam bahagia. Dia tidak mahu paksa Adam terima dia.
“Lisa bukan isteri I. Adam anak sayang. Adam anak kita Jannah…”
Jannah geleng kepala. Apa guna ada anak kalau anak pun tidak mengaku ibu. Siap panggil orang lain mama lagi. Sakit hati bila panggilan yang diimpikan dari anak sendiri hanya tinggal kenangan pahit buatnya. “Lepas you ambil semua ni semula. I takkan ada di sini.”
“Sayang nak ke mana?”
Jannah tersenyum. Sayang. Bibir Khair masih lagi dengan pangilan tersebut. Sedangkan dia sendiri kekok dengan panggilan yang dah lama ditinggalkan.
“Cari syurga yang you buang Khair. Cari Jannah I…” tuturnya sambil memegang tapak tangan yang masih berdarah. Ditekan kuat. Sakit tapi sakit lagi hati menutur kata yang tidak diingini.



“Jannah.”
Air mata Jannah dikesat. Terduduk di halaman rumah mengenangkan hari terakhir dia pijak rumah itu. Khair yang duduk sebelahnya dibiarkan.
“Abang minta maaf.”
“Abang nak kita bersama semula.” Khair menutur lagi bila Jannah hanya langkah berdiam diri. Perit tengok Jannah menangis. Sanggup biarkan tangan tu terus berdarah.Sampai macam tu benci Jannah padanya. Sakit hati hingga abaikan kecederaan sendiri.
 Kejamnya dia Ya Allah. Dia yang buat Jannah jadi macam ni.
“Hati ni Khair. Sekali you hancurkan. Tiada pengantinya. Cukup sekali Khair. I tak nak lagi.” Hendak bersama semula? Nak tergelak dalam tangis Jannah mendengarnya. Entah apa yang ada dalam kepala Khair.
“Kenapa perlu pandang kisah lama?”
“Lima tahun Khair. Tempoh yang terlalu lama. Cukup buang sisa perasaan I pada you. Berjumpa dengan you bukan satu kehendak I lepas apa yang terjadi. Apatah lagi bersama dengan you…”
“I can’t live without you…”
“You can and you did.”
“Tapi…”
“Sudahlah Khair. You nak makan? I order delivery.” Tukar topik. Jangan layan sangat perasan tu. Sambil tunggu makanan sampai boleh kemas mana yang tinggal.
Khair mengeluh kecil. “Boleh abang minta Jannah masakkan. Abang keluar belikan barang. Please…
“Tapi…” rancangan memang nak berlama di hari terakhir dia di rumah ni. Tapi kemunculan Khair ke situ membantutkan segala niatnya. Balik secepat yang mungkin. Itu saja yang dia harapkan sekarang ni.
“Abang tak tahu bila lagi dapat merasa masakan Jannah.” Rindu. Rindu Jannah. Rindu pada masakan Jannah. Rindu segalanya pasal Jannah.
“Baiklah. Tapi kena beli perencah semua tu sekali. Rumah ni tiada langsung bahan masakan.”
Lebar senyuman Khair. “Can you list it for me?
“Nak masak apa?”
“Asam pedas, kari kepala ikan, kangkung belacan…”
“Macam setahun tak makan.” Dalam terkumat kamit mulut membebel. Senarai bahan yang perlu dibeli tetap disediakan. Tidak masak kempunan pulak nanti. Haih! Ada juga manusia macam Khair ni.
Masak. Sendiri.
Bila Khair tawar diri nak bantu, dia awal lagi menegah. Kalau berkeras juga masaklah sendiri. Dia balik!
Done. Makanlah.” Tangan dilap dengan kain.
Khair angkat kepala. Jannah tegak hadapannya dipandang. “Tak makan sekali?” Walaupun teringin nak makan masakan Jannah. Dia mana mampu habiskan semua ni.
“Temankan.”
“I nak balik. Dah petang ni. Tak elok. Kita bukannya…”
Please… Temankan abang makan. Lepas tu abang janji hantar Jannah balik.”
“Tapi…”
“Abang tak minta lebih Jannah. Makan ni je…”
Anak mata Jannah dipandang. Dalam meresap ke hati sendiri. Ya Allah. Lembutkanlah hatinya untuk sebuah kemaafan dan kebahagiaan.
Akur. Alhamdullah. Tersenyum lebar Khair mengaut nasi untuk Jannah. Walaupun tanpa sebarang patah perkataan.
“Apa rancangan Jannah lepas ni?”
Kepala diangkat. Kekok sebenarnya. Hairan macam mana Khair boleh setenang itu sedangkan hatinya masih lagi sakit dan janggal dengan keadaan mereka.
Bahu diangkat. Sebenarnya ada tapi tiada sebab untuk Khair tahu.
Keaadaan kembali senyap. Hinggalah habis makan. Sampai kawasan perumahan flat Jannah. Satu pesanan dititipkan oleh Khair yang buat dia ingat sampai sekarang.
“Abang tahu. Tiada ampun untuk suami kejam macam abang ni. Abang minta satu je dari Jannah. Jangan buang cinta. Benci abang, marah abang tapi jangan buang cinta abang. Sebab abang tidak pernah sekalipun buang cinta abang pada Jannah.”
Jangan buang cinta.
Marah.
Benci.
Sakit hati.
Iya cinta itu memang sukar dibuang Khair. Tapi entahlah. Untuk kembali kepada keadaan itu sangat sukar baginya. Lima tahun. Banyak yang dia lalui. Tempias yang dilemparkan. Kata hina, kutukan dan macam-macam lagi yang terpaksa dia dan keluarganya terima.
Sejak malam tu, tiada lagi bayang Khair ikut dia. Mengalahkah lelaki itu?
Jannah tersenyum. Sinis pada diri.
Apa lagi yang kau harapkan Jannah?



“Jannah pulang ni. Pusat jagaan tu macam mana?” Ibu menyoal. Pelik bila anaknya kembali tinggal bersama.
“Khair jaga bu.”
“Khair…”
Ibu belum tahu. Hampir dua bulan dia pulang ke kampung. Sekalipun tidak pernah dia luahkan pasal Khair dan Adam. Wajarlah ibu tayang muka pelik bila dia sebut nama bekas suaminya.
“Jannah buat tu semua pakai duit Khair. Sekarang Jannah pulangkan semuanya semula.”
“Bila Jannah jumpa Khair?” Tidak pernah keluar persoalan pasal Khair. Tiba-tiba saja muncul nama itu semula di bibir anaknya.
“Adalah dalam dua bulan lepas.”
Pelik si ibu tengok Jannah. Rileks macam tiada apa yang berlaku. Khair tu! Bekas suami yang diceraikan dia tanpa sebab. Telatah Jannah dipandang. Buat selamba saja sejak pulang tempoh hari. Kalau Jannah tidak buka mulut, agaknya sampai ke sudah dia tidak tahu Jannah sudah bertemu semula dengan Khair.
“Khair ada rancang nak bersatu semula?”
Tergelak kecil Jannah dengar soalan nada selamat ibunya. “Ibu, kalau Jannah nak bersatu semula dengan Khair. Buat apalah Jannah balik kampung tinggal dengan ibu?”
“Ibu tanya je. Muka kau ni buat ibu risau. Selamba aje macam tiada apa yang berlaku. Betul ke Khair tak nak sambung semula?”
“Niat tu ada bu. Siap suarakan lagi. Tapi dah  lima tahun. Buat apa lagi Jannah nak masuk cerita lama? Adam pun tak nak mengaku langsung Jannah ni mama. Biarlah. Sekarang pun Jannah bahagia jaga ibu…”
“Bahagia ke kalau asyik dengar kutukan orang kampung?” provok si ibu. Walaupun dia suka si anak ambil keputusan tinggal dengannya. Kata-kata busuk orang kampung selalu mengusarkan hati tuanya. Ada saja cerita busuk pasal anaknya yang berstatus janda. Takut sangat laki kena kebas.
“Kalau Jannah fikir pasal orang kampung. Dari dulu lagi Jannah dah kecundang bu. Baik buat bodoh aje. Tak luak pun setakat kena kutuk.”
“Hati tu pula macam mana? Dah tak kecundang dari Khair. Jangan luaran saja nampak pulih sedangkan dalam tu merana.”
Faham kata perli si ibu. Jannah hanya meneruskan kerja yang berbaki. Pura-pura sibuk. Senyap mengatur lipatan daun pisang untuk nasi lemak. Balik kampung bantu ibu jual nasi lemak di sekolah bukanlah cita-cita dia. Lagi-lagi keluaran luar negara macam dia.
Balik belajar kerja dengan syarikat Khair. Kenal dari zaman belajar buat dia terima lamaran lelaki itu ketika mereka bekerja bersama. Kahwin terus berhenti kerja, layan Khair macam raja di rumah. Lagipun waktu tu dia memang dilimpahi dengan kemewahan. Khair memang tidak lokek soal duit. Tapi entah macam mana. Hidup jadi terumbang ambing lepas tu.
Kena cerai tanpa sebab yang dia sendiri tidak tahu.
Lima tahun.
Waktu yang cukup lama untuk dia hidup berdikari. Bukan satu dua kutukan dia terima. Lagi lepas beranak. Balik kampung tinggal dengan ibu dan arwah ayah waktu tu. Hati dia turut luluh bila ibu dan arwah ayah terpaksa terima cemuhan orang kampung padanya.
Sampai sekarang dia tidak akan lupa.
Lagi bila arwah ayah meninggal dunia. Waktu tu kelam lagi hidup seorang Jannah. Hilang kasih seorang ayah yang tidak pernah luntur untuk dia. Tanpa suami, tanpa anak. Dia teruskan hidup, urusan jenazah hinggalah kenduri arwah. Semua dia bimbing guna bahu sendiri. Ibu bukannya kuat jadi waktu tu dia sedar kuatnya seorang Jannah harus dilipat ganda.
Sekarang Khair senang-senang minta maaf.
Melupakan kisah dulu. Tidak.
Melupakan cinta lama. Pun tidak.
Sebab cinta yang dibuang itu buat dia sedar. Dia mampu teruskan hidup walaupun tanpa hadirnya cinta Khair.
Bila hati terpaut. Bukan senang untuk Jannah lupa. Tapi untuk terima semula. Dia tidak mampu untuk kembali.
Jannah hela nafas kecil.
“Jangan dikelu pada keputusan sendiri.” Ibu bersuara bila dengan dia mengeluh.
“Kadang rasa hidup ni tidak adil bu. Bila kita dihukum tanpa salah yang kita tahu. Perit. Bila kebenaran depan mata. Situasi memaksa kita untuk terima maaf orang. Jannah bukan baik untuk terima bulat-bulat kata maaf tu bu… lima tahun bukan tempoh yang singkat. Anak yang dalam kandungan pun mampu berlari dan barcakap. Dan cukup mampu terima atau tidak seorang ibu yang tidak pernah dodoi dia…” Air mata terus gugur. Soal anak, tidak pernah sekali pun dia gagal untuk rasa tewas.
“Jannah…”
“Jannah tidak mahu ulang benda yang sama bu. Adam bukan alasan untuk Jannah bersama Khair semula. Adam sudah terima orang lain sebagai mama. Cukup untuk Jannah berpuas hati asalkan anak Jannah gembira bu.”
Kasih seorang ibu. Faham bila Jannah begitu. Tapi sampai bila Jannah nak terus hidup dalam keadaan begini. Dia sendiri tidak mahu tengok Jannah terus berkeras macam ni. Jannah juga layak bahagia. Dan andai maaf Khair diterima.
Dia yakin.
Jannah pasti bahagia.
Sebab kemaafan itu bahagia.



“Jannah…”
“Huh?”
“I… I minta maaf…”
Pandangan Jannah kosong. Sekarang mula tanya diri sendiri. Betulkah keputusan dia datang ke sini?
“Jannah…”
Nama dia diseru lagi. Mata pejam serapat yang boleh.
“Kenapa Fir? Kenapa mesti kau?”
Giliran Fir pula menunduk. Sesal dengan perbuatan dia dulu. Tahu pasti Jannah sukar terima hakikatnya.
Lepas Jannah dan Khair bercerai. Dia memang tidak lepas peluang depan mata. Tapi nyata cinta Khair memang untuk Jannah. Bercerai bukan bermaksud Khair lupakan cintanya.
Mengalah. Dan rahsia disimpan sampai sekarang. Dah kahwin pun dia. Alhamdulillah suami dia pilih dia yang berdosa ni sebagai isteri. Dia bahagia. Tapi lepas terjumpa dengan Khair semula. Perasaan dosa lama mula mengejar. Memaksa dia untuk cari Jannah bagi membetulkan keadaan.
“Kau tahu selama ni aku sayang kau macam adik beradik aku sendiri. Walaupun kau kawan dengan Khair dari kecil. Sayang aku pada kau tidak pernah berubah. Percaya aku… kepercayaan aku pada kau tidak pernah sikit pun luak Fir…”
Ketenangan Jannah melumatkan lagi hati Fir. Tenang tapi dia tahu hati Jannah pasti berombak. Lagi rahsia yang dia simpan bertahun akhirnya terluah pada si kawan.
“Maafkan aku Jannah… maafkan aku…”
“Bukan salah kau seratus peratus Fir. Kalau pun cerita tu dari kau. Khair tiada hak untuk hukum aku tanpa sebarang siasatan. Dia hukum aku tanpa sebarang penjelasan Fir…” Betul Fir mulakan fitnah. Tapi selaku suaminya, kenapa Fir percaya tuduhan itu sebulatnya.
Fir geleng kepala. “Dia tidak percaya Jannah. Langsung tidak percaya. Dia minta bantuan aku siasat…”
Terpana Jannah dengar kenyaataan baru dari Fir.
Fir siasat?
Dia tertawa kecil.
Ya Allah!



Benda tu sejak dia awal mengandungkan Adam. Pandai sungguh Khair simpan rahsia. Siasat dibelakang tanpa pengetahuannya. Langsung Jannah tidak terdetik rasa curiga.
Fir dah kembali untuk terima rawatan. Suami dia sendiri tolong pimpinkan. Kacak suami Fir. Nampak sangat penyayang. Bahagia walaupun tengah bertarung dengan nyawa. Kanser rahim. Ujian untuk Fir. Katanya ini hukuman dunia sebab pisahkan anak dan ibu. Sampai sekarang seorang zuriat pun dia tidak mampu kurnia untuk suaminya.
Bertahanlah Fir. In sya Allah. Jannah doakan kebahagian Fir. Minta ampun dari Allah. Sebab dia akan ampunkan dosa fitnah Fir padanya.
“Kak Jannah…”
Jannah angkat kepala.
Lisahani.
Seorang lagi wanita. Bakal suri Khair. Tadi bakal tidak jadi datang meminta satu pertemuan. Sekarang bakal isteri Khair mewujudkan satu pertemuan.
Jannah paksa diri senyum. Tapi diri tidak mampu untuk berdiri dan menyambut Lisahani.
Rasa lembik kaki dengan kebenaran yang baru dia terima tadi.
“Kak Jannah datang nak tengok Khair dan Adam?”
Persoalan Lisahani hanya disambut dengan kerutan dahi. Lisahani turut tayang muka pelik. “Bukan?” soalnya lagi tidak puas hati.
Kepala geleng perlahan. “Kenapa? What happened?” Mohon janganlah ada sesuatu yang buruk terjadi.
Accident. Khair masih dalam bilik perbedahan. Adam pula kekurangan darah. Both on their way to your kampung awal tadi. Baru je… Lisa pun baru datang…”
Tercenggang. Jannah ukir senyum sinis. “You’re kidding right?
Lagi tidak puas hati Jannah bila Lisahani geleng kepala. Kali ni betullah lutut dia rasa betul-betul lembik. Teruknya dia! Ya Allah! Khair dan Adam sedang bertarung nyawa pun dia masih tidak tahu apa-apa yang berlaku.
Air mata Jannah mula jatuh lagi.
O negative.
Itu jenis darah dia. “Tolong akak Lisa. Tolong bawa akak jumpa mereka…”
Laju Lisa paut lengan Jannah masuk ke dalam hospital. Hati turut tertanya kemunculan Jannah di situ tapi siapa dia untuk meneka percaturan Allah. Dipermudahkan Jannah bertemu saat Khair dan Adam sedang bertarung nyawa.
‘Ambil buah pinggang saya doktor.’
Itu ayat terakhir selepas mengesahkan pinggang Jannah sesuai dengan buah pinggang Khair. Keputusan pun keluar selepas Jannah selesai derma darah untuk Adam. Besarnya hati wanita itu. Dan sekarang Jannah tengah bertarung untuk permindahan tersebut.
Dicerai tanpa sebab kuku.
Dipisahkan tanpa mengetahui status anak.
Jannah masih sudi membantu Khair. Organ penting diberikan kepada lelaki yang meletakkan kebahagiannya ditempat paling hina. Luhurnya cinta Jannah tidak dapat Lisahani bayangkan.
Ingat lagi pesanan dan kata tegas Jannah tadi. ‘Kalau sesuatu terjadi. Janji dengan akak. Jaga Khair dan Adam.’
‘Tapi.’
Khair cintakan Jannah. Itu Lisahani pasti.
‘Tidak ada yang kedua jika cinta dia pasti.’
Seolah faham isi hati Lisahani. Tenang Jannah memintas dan terus mengarah doktor tolak dia ke bilik rawatan.
Ada perkara lain Jannah tidak tahu.
Keputusan Khair untuk bertunang dan ingin mengahwini Lisahani bukan sebab cinta.
Tapi kerana Adam.



“Terima kasih.”
Ucapan Khair menyesakkan hati Lisahani. Tapi kebenaran masih juga disimpan rapi. Pesanan dari Jannah tetap dipegang.
Satu anggukan dibalas.
Bukan dia yang patut Khair berterima kasih.
Bukan dia yang patut terima ‘kasih’ Khair.
“Kenapa ni?” Sedikit timbul rasa ragu bila air muka Lisahani nyata tidak setenang asalnya.
Berat mulut Lisahani nak meluahkan kisah sebenar.
Dari perbedahan hingga Khair dan Adam sihat sepenuh. Dia masih utuh dengan janji Jannah. Simpan rahsia. Jangan biar Khair tahu kemunculannya tempoh hari.
“Lisa…” Tahu ada benda Lisahani cuba sembunyikan. Ataupun salahnya dia pernah tolak Lisahani kerana mengejar Jannah menjadi sebabnya?
“Lisa masih marahkan saya?”
Lisahani laju mengeleng kepala. Mana mungkin dia marahkan Khair. Malah tidak terkesan pun bila Khair minta putus tunang kerana ingin mengejar semula cintanya pada Jannah. Kecewa itu mungkin ada tapi tidaklah meninggalkan kesan.
“Kak Jannah…”
Air muka Khair berubah. Terkesan dengan sebaris nama bekas isterinya. Sedikit berkecil hati kerana Jannah langsung tidak menjengguknya dan Adam semasa mereka di hospital.
“Tak payahlah sebut pasal dia…”
Nada suara berjauh hati Khair tiba-tiba membangkitkan rasa geram Lisahani. “Takkan awak dah menyerah kalah? Lupa niat awak cari dia?” Ditahan-tahan kancing gigi yang sedang menahan marah.
“Apa guna cari dia kalau dia sendiri menolak?” Bukan Khair tidak cuba. Lepas dia sihat tu. Memang ada dia cuba dail dan cari Jannah. Sekurangnya jika Jannah tak nak jumpa dia pergilah jenguk Adam. Jangankan sambut telefon, nak bertemu dengan Fad yang diwakilkan ke kampung Jannah pun ditolak mentah-mentah.
Geleng kepala Lisahani dengan usaha Khair. Patutlah Jannah pun berkeras tak nak. Kalau macam ni jangan kata Jannah. Dia pun tidak sudi! Cepat sangat menyerah walaupun pada dasarnya dia tidak tahu soal Fad yang diwakilkan jumpa Jannah tu.
“Saya tak sangka sekecil ini usaha awak cuba pikat Kak Jannah… ”
“Jangan pernah persoalkan cinta saya Lisahani. Awak tidak tahu usaha yang saya cuba selama ni untuk pujuk dia…”
Lagi Lisahani tambah kesiankan Jannah berbanding Khair. “Tidak Khair. Awak kalah jika dibandingkan dengan cinta Jannah.”
“Berbulan saya cari dia semula Lisa. Lepas apa yang terjadi dengan saya dan Adam. Saya masih lagi merayu. Dia masih abaikan saya walaupun tahu keadaan saya. Lagi saya marah bila Adam ikut terpalit. Dia langsung tak nak tengok anak sendiri…”
“Apa hak awak untuk judge?!” marah Lisahani.
“Awak tidak tahu apa yang dia lalui. Rajuk dia berbulan ni tidak sama jika dibandingkan marah awak bertahun-tahun hingga menceraikan dia tanpa sebab. Dia ada hak untuk marahkan awak Khair. Beberapa bulan itu tidak cukup untuk ubat hati dia yang parah ditinggalkan bertahun-tahun…”
“Lagipun…” Lisahani mula sebak. Sebak kenangkan keadaan Jannah selepas perbedahakan tersebut.
“Kak Jannah dia tidak sihat…”
Leher Khair terus tegak. Dahi berkerut dengar ayat terakhir Lisahani sebelum dia menangis. “Apa maksud awak?”
“Dia… kesihatan dia tidak seberapa baik selepas perbedahan buah pinggang untuk awak. Dia nekad keluar hospital selepas pebedahan tu sebab tak nak awak tahu dia penderma. Dia… dia baru je lepas derma darah untuk Adam. Lepas tu derma buah pinggang walaupun doktor menegah agar dia pulih sepenuhnya dulu.”
“Jannah dia… langsung tidak fikir dua kali lepas tahu keputusan buah pinggang dia sesuai untuk awak. Dia langsung tidak fikirkan kesihatan sendiri... Jangan berhenti mencintai dia Khair. Jangan berhenti berusaha… sebab saya yakin cinta dia tetap ada untuk awak…”
Khair terdiam. Lama hingga tangisan Lisahani senyap pun dia masih berdiam diri.
Leave me alone…
“Tapi…”
“Tinggalkan saya sendiri.”



Bersendiri. Lama Khair diam diri sampailah dia ambil keputusan memandu terus ke kampung bekas isterinya. Termenung jauh dalam kereta memandang rumah separuh batu dan kayu depan mata.
Situ ada kenangan. Kenangan dia pegang tangan tok kadi. Mengangkat status Jannah menjadi syurga cintanya. Tapi dia ceraikan Jannah tanpa pulangkan dengan cara baik.
Cermin bahagian kereta diketuk. Menyedarkan Khair dari terus termenung jauh. Kalut dia mengatur langkah laju keluar dari kereta. “Assalamualaikum ibu…” Tangan bekas mak mertuanya disalam hormat.
“Waalaikumsalam. Cari Jannah?” Persoalan terus timbul seolah faham niat Khair.
Angguk.
“Naiklah. Dia ada dekat atas.” Dari pagi tadi tengok anaknya macam tidak betul. Jannah tahu ke Khair memang nak datang? Tapi tidak dilayan perasaan si anak. Biarlah. Jannah cukup dewasa untuk kawal dan tanggani perasaan sendiri.
“Adam tidur. Saya angkat dia naik dulu.”
Angguk. Sempat si ibu mengerling pada budak lelaki yang sedang nyenyak tidur di kerusi penumpang hadapan. Dapat terasa getaran Khair ketika bersalaman dengannya tadi. Soal Khair dan Jannah, memang dia tidak mahu masuk campur walaupun hati ibu agak berkecil hati dengan layanan Khair pada Jannah sebelum ni.
“Eh?”
Berkerut kening Jannah pandang Khair yang naik dengan ibunya. Siap gendong Adam bawa masuk ke ruang tamu lagi. “Ibu yang jemput naik. Lama dia dalam kereta tadi.”
“Oh er… err… Jannah masuk pakai tudung dulu.” Dalam rumah sendiri. Mana mungkin dia bertudung. Jadi bila Khair main terjah macam ni. Bingung seketika tak tahu nak buat apa. Untung baju sopan. Kain batik dan baju T. Kalau tak pasal-pasal tunjuk body percuma. Kain pun dia tarik dari lipatan baju yang tersedia. Kain-kain lain pun masih berselerak atas lantai ruang tamu. Sangat tidak bersedia untuk terima tetamu!
“Bawalah Adam tu tidur dalam bilik Jannah. Selesa sikit.” Kening Jannah terangkat dengar pelawaan ibunya.
“Pergilah.” Gesa si ibu lagi.
Dalam keterpaksaan Jannah terpaksa kembali berjalan ke bilik bersama Khair. Usai letak Adam atas katil Jannah. Khair keluar tanpa sebarang pamitan. Sedar kehadirannya mengundang ketidakselesaan pada Jannah.
“Jannah dah masak ni. Khair makan lah dulu. Jannah tolong sediakan makanan untuk Khair. Makanlah sekali temankan Khair.” Keluar bilik bekas ibu mertua pula baik mempelawa. Terkesan juga riak Jannah yang berubah setelah diarah.
“Tak apalah bu.”
Ibu geleng kepala. “Pergi makan. Tak elok biar perut tu kosog. Khair pun mesti belum makan tengahari.”
Serba salah Khair hendak menolak. Lagi bertambah bila Jannah yang sama-sama keluar dengannya mengeluh kecil di sebelah.
“Jom la.” Jannah melintasi Khair dan bersuara kecil. Hati yang masih terkejut mengumpul geram. Tapi perintah ibu dan adat melayan tetamu tidak diketepikan.
Menurut saja dari belakang. Baru cuci tangan dan berniat nak tolong Jannah. Awal lagi bekas isterinya memangkah. “Duduk je. Biar Jannah sediakan.”
Akur. Kaki dibawa ke meja makan. Mata tidak lari dari memandang tingkah Jannah yang menyediakan makan untuknya.
“Jannah. Abang sebenarnya…”
“Makan dulu. Nanti lepas makan baru cakap.” Dari makan hati sambil isi perut. Baik mereka makan nasi dulu.
Akur bila Jannah potong ayatnya. Dia capai pinggan berisi nasi putih. Terharu juga bila Jannah kekalkan tradisi isikan nasi ke pinggannya. Seolah mereka masih lagi suami isteri. Khair senyum sendiri walaupun hati masih berdebar. Berdebar dengan penerimaan Jannah selepas dia utarakan hajatnya.
Ya Allah permudahkan urusan kami untuk bahagia bersama semula.



“Jannah sihat?” Bagi intro dulu sebab Khair masih tiada idea hendak mulakan ayatnya. Huh! Skill mengayat Jannah dulu memang sudah ke laut. Karat sampai dia tidak tahu hendak mula macam mana.
“Terus terang ajelah. Apa niat datang sini?”
“Abang tak tahu macam mana nak kembalikan cinta Jannah. Tahu abang tidak layak. Tapi… abang tetap ingin merayu… Merayu cinta Jannah. Izinkan abang kembali menjadi syurga Jannah semula. Izinkan abang kembalikan kebahagian sayang…”
Jannah hanya hela nafas. Segar angin kampung tidak mampu menghilangkan sesak dadanya.
“Abang minta maaf. Abang pernah ragui cinta Jannah. Tapi jujur. Abang tidak pernah tuduh melulu. Abang siasat sebelum…”
“Sebelum ceraikan saya? Siasatan awak ada masukkan sekali penjelasan saya? Tiada satu pun peluang untuk saya jelaskan. Saya dibuang macam tu je tanpa tahu sebab saya diceraikan. Lucukan?” Tawa Jannah dihujung ayatnya. Lucu dengan diri sendiri.
Tiada satu pun jawapan Jannah yang mampu dijawab. Sempit dadanya menahan rasa bersalah. Kepala Khair menunduk. “Ya Allah. Maafkan abang sayang. Maafkan abang….”
Tangisan Khair menolak wajah Jannah ke sisi. Tuduhlah dia kejam tapi hatinya cukup sakit dengan perbuatan Khair sebelum ini. Maafkan Khair sudah hilang saat matanya terpandang bekas kekasih hati yang terkulai atas katil tidak sedarkan diri tempoh hari.
Lama tangisan Jannah bergema di bilik rawatan yang menempatkan Khair pada waktu itu. Sempat dia memandang Khair sebelum tidak sedarkan diri untuk permindahan buah pinggang tersebut.
 “Jannah…”
“Kenapa Khair? Kenapa saya? Kenapa awak tak kahwin je dengan Lisahani? Dia tunang awak…”
Kepala toleh membalas pandangan Jannah.
Khair geleng kepala. Sedar dia tidak boleh kesat air mata Jannah. Dibiar air mata mereka berdua terus mengalir. Tidak perlu malu dengan tangisan sendiri. Sebab itu air mata kesilapan yang pernah dia buat pada Jannah. “Abang tak pernah cintakan Lisa. Lisa PA abang. Lisa selalu jaga Adam ketika abang outstation. Kebetulan abang perlukan mama untuk Adam. Abang lamar Lisa agar Adam merasa kasih sayang ibu. Percayalah sayang… abang tidak pernah berhenti cintakan sayang… I love you so much.
“Awak tipu!!” Ingat lagi bila Adam gelar Lisahani mama. Tersiat-siat hati Jannah. Dia yang mengandungkan Adam. Tapi kenapa kehadirannya tidak pernah diiktiraf oleh anak sendiri.
“Awak jahat Khair… Saya benci awak!” marah Jannah lagi. Melepaskan geram yang terkumpul selama ini.
“Jannah…”
“Awak tak tahu apa yang saya alami selama ni. Lima tahun! Lima tahun saya terseksa kerana awak. Sekarang awak muncul semula dan pinta sesuatu yang tidak mungkin saya terima. Baliklah… Antara Jannah dan Khair sudah lama berakhir sejak awak ceraikan saya.” Jannah terus berdiri.
Bila Khair ajak berbincang di titi sungai belakang rumah. Hati Jannah mula mengelegak. Sejak dia bercerai memang dia elak untuk duduk lepak di titi tersebut. Kenangan dia dan Khair ada di situ. Tapi ibu terdengar permintaan Khair, terus saja ibu setuju tanpa fikirkan perasaannya.
“Jannah…”
Ah! Pedulikan mamat tidak sedar diri tu. Dah tiga hari tidur rumah mereka. Siap guna Adam lagi kononnya nak jumpa Jannah. Banyak cantik! Ikut suka dia saja tinggal di situ. Tak sedar lagi yang Jannah sakit hati setiap kali terpandang wajah Khair.
“Biar betul Ti? Mahu juga si Jannah tu dengan bekas laki dia?”
“Tak tahulah. Soal rumah tangga Jannah memang saya biarkan mereka sendiri yang atur.” Itu jawapan ibu Jannah. Tenang dan ringkas. Malas nak layan sangat kerenah orang kampung yang suka sangat bercerita pasal anak perempuannya.
Kaki Jannah terhenti depan pintu belakang rumah. Dia mengeluh kecil. Khair pun terdengar sekali. Perlahan Jannah melangkah pusing pintu depan. Ingat nak masuk aje pintu belakang sebab dekat. Tapi tak sangka ada pula geng jiran datang rumah korek rahsia.
“Jannah.” Serba salah Khair. Malah bertambah bersalah dengar kata-kata jiran yang datang bercerita dengan bekas ibu mertuanya.
“Eh takkan sebab duit kut Ti? Jannah tak ingat ke lagi bekas laki dia tu ceraikan dia lepas beranak. Tak kesiankan arwah bapa dia dulu ke? Merana orang tua tua jaga Jannah dan kamu. Sampai arwah meninggal pun tidak sekali bekas laki dia datang. Semuanya Jannah buat sendiri… Ish! Kalau anak akulah. Dah lama aku halau laki dia tu keluar. Ke kau pun sama macam Jannah? Duit tu bukan boleh bawak masuk kubur pun Ti oi!”
Dan lepas dengar ayat tu. Kaki Khair laju juga ikut ayat Jannah. Tidak sanggup lagi nak dengar ayat seterusnya. Dia sendiri dengar pun sakit hati, apatah lagi Jannah dan keluarganya yang terpaksa tadah telinga bertahun-tahun. Semua kerana silap dia!
Tiada lagi selok belok. Jannah terus masuk dalam bilik sendiri. Tahu itu saja tempat yang Khair tidak boleh masuk selama tinggal di situ. Lama Khair berdiri depan pintu Jannah. Nak panggil tapi takut suaranya sampai ke dapur. Nanti lain lagi cerita yang keluar.
“Dah balik?” tegur si bekas ibu mertua.
Khair angguk.
“Jannah marah?”
Kali ni serba salah Khair hendak buka mulut. Bukan setakat marah bu…
Dengar si bekas ibu mertua mengeluh kecil. “Kamu dua dengar ke tadi?” agaknya sebab mustahil juga Jannah tidak masuk ikut pintu depan sedangkan pintu belakang lebih dekat.
Berat kepala Khair mengangguk.
“Abaikan aje…”
“Salah Khair bu. Maafkan Khair. Khair rosakkan kehidupan anak ibu. Tapi jujur Khair tidak pernah lupakan Jannah. Khair sayang Jannah bu. Khair cintakan Jannah.”
Lembut hati ibu Jannah dengar luahan hati bekas menantunya. Dia nampak. Hati tuanya turut nampak betapa seksanya Khair menanggung silap lama dan rasa cinta pada Jannah.
“Pada ibu dan arwah ayah, ini ujian Allah untuk Jannah. Kami tidak salahkan Khair atas apa yang terjadi. Semua ni ujian nak. Tipulah kalau kami tidak pernah kecil hati. Tapi selebihnya kami risau dengan masa depan Jannah. Sejak apa yang terjadi. Kami hilang keceriaan dan wajah gembira Jannah. Sebagai ibu bapa, kami hanya harapkan kebahagian anak kami aje.”
“Hati Jannah tu terluka. Pesan ibu, sungguh-sungguhlah ubat hati Jannah tu semula. Ibu tidak larang. Jodoh Khair. Ibu percayakan jodoh dan aturan Allah. Kalau ada jodoh takkan ke mana…”



Nasihat dan dorangan dari bekas mertuanya buat Khair bertahan. Ditebalkan saja muka untuk terus tinggal di situ walaupun telah beberapa kali dihalau balik oleh bekas isterinya.
“Rumah siapa tu?” Soalan dari Jannah mengalih perhatian Khair. Rumah kayu dulu kini mula dirobohkan sejak dua minggu lepas. Bertukar kepada rumah kayu tapi dipadankan dengan elemen tradisional kotemporary hingga nampak elegan. Cantik walaupun belum siap sepenuhnya.
“Ibu dengar ada orang beli tanah tu. Qistina hari tu ada juga singgah rumah tanya ibu kalau ada orang nak beli tanah.”
Jannah angguk beberapa kali. Qistina kawan dan juga jirannya sejak kecil. Lepas kedua arwah ibu bapanya meninggal. Qistina sudah jarang pulang ke kampung. Langsung berbeza ketika arwah masih ada. Qistina sanggup berhenti kerja semata-mata jaga arwah ibunya.
Secara tidak langsung Qistina pendorong Jannah untuk terus tinggal di kampung dan jaga ibunya. Pengorbanan Qistina menjadi contoh untuk Jannah membalas budi ibu bapanya.
“Qistina dah tak tinggal sini?”
Ibu geleng kepala. “Dah tiada siapa yang tinggal di sini Jannah. Lagipun biarlah Qistina tu cari bahagianya. Selama ni dia cukup jaga arwah.”
“Qistina tu… antara sebab Jannah terus tinggal di sini dengan ibu. Jannah banyak belajar dari dia. Jannah ni… tidak cukup lagi berbakti dengan ibu dan ayah. Banyak menyusahkan lagi adalah…” ucapnya perlahan. Bila kenangkan ibu dan ayah yang terpaksa menghadap sedihnya dan kutukan orang kampung ketika dia balik lepas bersalin, hati Jannah jadi sakit. Marah pada diri sendiri!
“Apa pula cakap macam tu. Ibu dan arwah ayah tidak pernah sekali pun rasa susah jaga anak kami. Dah la. Ibu tak suka dengar ayat macam tu.” Hati ibu macam yang tidak sayu dengar rintihan anak sendiri. Sedih Jannah, sedihlah juga dia.
Badan tuanya diangkat. Meninggalkan Jannah dan Khair di pangkin. Tidak sanggup hendak dengar ayat Jannah seterusnya. Takut dia sendiri mengalirkan air mata.
“Bila awak nak balik?”
“Huh?”
“Bila awak nak balik KL? Adam tu kena jugak pergi sekolah.”
Khair hanya senyum. Suka bila tengok Jannah dan Adam yang semakin erat. Rapat tapi tanpa dia bersama.Tidak mengapalah. In-Sya-Allah. Satu hari nanti.
“Nanti.” Nasib baik Adam kira bersekolah di tadika papa sendiri memandangkan Khair sudah mengambil alih taska dan tadika Jannah. Senang sikit buat pelepasan dan In-Sya-Allah dia ada rancangan baik untuk Adam dan Jannah.
“Kesian dekat Adam. Dia pun rindu nak jumpa kawan dan pergi sekolah.”
“Abang? Jannah tak rindukan abang?”
“Jangan pentingkan diri Khair. Hidup ni bukan untuk awak semata-mata.”
Urgh tajamnya ayat. Setajam jelingan Jannah padannya. “Hidup abang tidak bermakna tanpa sayang dan Adam. Jannah dan Adamlah kehidupan seorang Khair. Selagi abang tak betulkan silap abang pada Adam dan sayang. Selagi tu abang tidak akan berputus asa.”
Degil! Geleng kepala Jannah dengan kerenah bekas suaminya ni. Banyak alasan!
“Apa ada pada saya ni sedangkan awak boleh cari beratus-ratus perempuan yang sesuai dengan awak.”
“Ada cinta. Ada kasih. Ada hati. Ada memori. Ada Adam. Dan yang penting ada hubungan yang terpisah sebab silap abang. Banyak Jannah. Terlalu banyak.” Nada suara Khair semakin perlahan. Ya Allah! Kuatkanlah hatiku untuk hadapi sakitnya.
“Khair…”
“Satu saja Jannah. Berikan abang satu lagi peluang. Peluang untuk abang bahagiakan Jannah.”
Jannah diam. Hati mula tersentuh. Mula beralih arah pada kata-kata Khair sejak kebelakangan ni. Tapi kenangan lama selalu saja jadi peringatan.
“Umi!!” jeritan Adam dari pintu menarik perhatian mereka berdua.
“Nenek panggil naik. Minum petang. Nenek buat pisang goring sedap!” jerit si kecil riang. Suka dengan suasana kampung yang baru padanya.
“Baiklah. Nanti umi dan papa datang.”
Usai Jannah sahut, Adam terus lari masuk ke dapur semula. Gembira pisang goreng kegemarannya menjadi menu.
Jannah berdiri. Masih lagi posisi yang sama. “Baiklah. Tapi dengan syarat.”
“Huh?”
“Satu peluang dengan beberapa syarat. Kalau awak sanggup saya akan ikut. Tapi sekali awak langgar syarat tu sampai hari nikah. Saya tak nak awak pijak rumah ni lagi.”
“Huh?” Khair jadi blur tiba-tiba. Lepas beberapa saat baru otak dia berfungsi. Laju kepala angguk.
Sempat Jannah buat muka sebelum berjalan tinggalkan bekas suaminya. Annoying pula dengan Khair yang buat-buat blur. Dia dah la berdebar gila tadi. Buat malu aje.
“Abang nak! Apa syarat sayang…”
“Sayang…”
Laju jugak Khair angkat kaki mengejar langkah Jannah.
Stop it Khair… mengada-ngada.” Geli pula telinga dia dengar Khair panggil manja macam tu.
“I love you.”
“Urgh!” Dah tua-tua masih lagi nak bermanja macam tu. Geli telinga dia dengar. Ingat macam zaman muda-muda dulu ke? Buat malu aje kalau ingat balik.
“Syarat?” Si bekas suami ni pun tak reti sabar.
“I’ll tell you later. Sabar sikit boleh tak?”
Tiada syarat pun sebenarnya. Cuma Jannah malu nak terima bulat-bulat. Dia terima kerana Allah. Kerana Adam dan kerana hati sendiri. Ibu nasihat. Buat istikharah sebab itu jawapan dari Allah. Dan bila hati dia menolak kuat jawapan tersebut. Jannah tidak tenang. Dan dia tidak jahil. Tidak terima maksudnya dia tidak redha dengan ketentuan Allah.



“Tak habis lagi Adam dan Maya tu?”
“Macam abang dan sayangkan?”
Kening Jannah terangkat.
Sweet macam abang dan sayanglah.” Tutur Khair sambi labuh tangan ke bahu Jannah. Sebelah lagi bermain dengan cincin di jari Jannah. Faham sangat air muka tidak faham isterinya tu.
“Khair ni sweet ke?”
“Eh! Haruslah. Kalau tak tak adanya adik Adam dalam ni tau.”
“Eleh! Tiada kaitan pun la abang. Merepek aje.” Malu pula dengar ayat Khair. Nasib tiada yang dengar.
“Nak tahu sweet ke tak?”
Laju Jannah cubit peha suaminya. “Hish!”
“Tapi serius abang pun suka cara Adam pujuk Maya mula Maya dihantar ke sini. Maya dah mula bergaul dengan orang lain sekarang ni.”
Bila ingat kisah Maya. Hati Khair pun rasa terkilan. Sejak bantu isterinya di situ, banyak kisah yang dia tahu pasal anak-anak yatim di situ.
“Jannah harap satu hari nanti Maya dapat terima dengan hati terbukakan bang?”
Khair mengangguk. Tahu isterinya sayang Maya. Kisah Maya memang cukup meruntum hati mereka. Apatah lagi hati seorang ibu seperti isterinya. Tengah mengandung pula tu. Mudah tersentuh dengan hal yang berkaitan dengan budak-budak.
“Jannah…”
“Hurm…”
“Abang minta maaf.”
Kening Jannah ternaik sedikit. Tidak faham.
“Walaupun tidak sama. Tapi abang pun pernah buat benda yang hampir sama macam Maya. I left you… abang letak syarat jangan jumpa Adam… abang…”
Syuhhh… tak sukalah. Jangan ungkit please...” Kadang bukan dia seorang terlebih sensitive dengan keadaan sekeliling. Tapi Khair pun dua kali lima. Memang kadang Jannah takut benda berulang semula.
Waktu mula tahu dia mengandung, Jannah menangis semahunya. Takut. Takut kejadian yang sama berulang. Takut kalau Khair tinggalkan dia sekali lagi lepas bersalin. Sampai Khair naik pelik dia menangis depan pintu tandas bilik. Merayu-rayu dia waktu tu minta jangan tinggalkan dia lagi sampailah Khair nampak alat uji kehamilan ditangan Jannah.
Trauma yang Jannah alami memang susah hilang. Khair tahu sebab itulah sampai perut membesar Khair takut emosi isterinya terganggu sebab benda tu. Kata maaf memang tidak lari dari bibir suaminya setiap kali ingatkan benda tersebut.
I love you Jannah.”
“Abang tidak pernah berhenti berdoa untuk terus jadi jannah kepada seorang Jannah.
Amin. Lebar senyuman Jannah. Suka dengar kata cinta suaminya.


TAMAT.




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

  1. Sentiasa menghiburkan...rasa faz patut promote your karya untuk diterbitkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih umi. InsyaAllah. terus sokong dan doakan untuk faz ya.

      Delete
  2. Best..moga terus berkarya. ...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)