Pintu utama dibuka.
Marsarah kerut dahi.
“Harris?”
“Err… Assalamualaikum.”
Kekok Haris hendak beri salam. Rasa macam salah datang ke rumah itu walaupun
rumah keluarga sendiri.
Sudah lama dia tidak datang ke rumah Wan. Dalam dua
bulan lepas yang terakhir agaknya. Itupun sekadar melawat Hannah. Dan tidak
pernah lagi dia datang waktu malam sejak Sarah mula menetap di rumah tersebut.
Kekok tapi saat ini memang ini saja hala tuju yang terlintas di kepala.
“Waalaikumsalam. Masuk. Masuk…” ajak Marsarah yang
masih hairan dengan kewujudan Harris.
“Sarah tak tidur lagi?”
Marsarah geleng kepala. “Tu anak you tak nak tidur
lagi.” Mulut muncung pada si kecil yang masih aktif bermain atas tikar tengah
ruang tamu.
Saat terpandang wajah si kecil. Bibir Harris terus
terlakar senyuman kecil. Penyejuk hatinya yang sedang lara. Kaki dibawa ke arah
Hannah yang masih leka bermain. Marsarah sekadar ikut dari belakang.
“You dah makan?”
Harris geleng kepala.
Dah agak tapi Marsarah sekadar menyoal. Nampak pun
boleh tahu Harris baru balik kerja. Tali leher pun masih lagi tersangkut di
baju. Mana tahu isteri wanita melayu terakhir tu dah siapkan makan malam untuk
Haris.
“I panaskan lauk. You tengokkan Hannah sekejap.”
Walaupun letih Marsarah turutkan juga hati untuk sediakan
makan malam buat Harris. Dibiarkan saja Harris bermain dengan si kecil. Anak
dia juga. Bukan orang lain.
Bukan susah pun. Sekadar buka Tupperware kemudian
panas guna microwave. Setakat sedia yang tu tidak perlulah dia nak panggil
bibik tolong dia sediakan makan malam Harris. Kopi hitam pekat panas disediakan
untuk Harris. Balik kerja memang Harris suka minum panas bagi menghilangkan
lelah.
Siap masak. Kebetulan Harris turut ke dapur bersama
Hannah yang digendong. “Duduklah minum kopi tu dulu. Letak je Hannah tu atas
bangku. I letak lauk ni atas pinggan dulu.”
Harris menurut. Tapi Hannah dibiarkan atas pangkunya.
Kopi air tangan Marsarah disisip ke bibir. Sama macam air tangan arwah mama.
Sifu Marsarah berperang di dapur dulu. Sebelum mama tinggalkan mereka buat
selamanya.
Nasi dikaut atas pinggan bersama lauk yang siap
dipanaskan. “Meh sayang. Daddy nak makan tu.”
“Errmmm….”
Hannah geleng kepala dengan kerutan keningnya.
Ni lagi anak daddy keras kepala macam daddy dia juga.
“Biarlah. Boleh lagi makan macam ni.” Halang Harris.
Agaknya si kecil rindukan dia sampai tak nak lepas. Iyalah jumpa pun sekali
sekala sahaja. Dia sendiri pun rindukan Hannah tapi Balqis sering saja
menghalang. Pelik betullah perangai perempuan ni. Macam-macam. Dengan anak dia
sendiri pun nak cemburu buta. Bukannya Harris datang jumpa Hannah ketika
Marsarah di rumah pun.
“Balqis outstation
ke?” tanya Marsarah perlahan. Kang salah tanya kena sebiji lagi. Tengok rupa
Harris ni macam bad mood aje.
“Hurm…”
Itu saja Harris balas. Geram juga Marsarah. Eleh!
Macam dia heran dengan madu dia
seorang tu. Takut aje Marsarah kecilkan hati si Balqis tu. Nak tanya pun macam
nak tak nak aje jawab.
“You makanlah. I nak tidurkan Hannah.” Tangan masih
lagi cuba mengambil si kecil yang sibuk main dengan pinggan Harris. Kesian juga
tengok Harris yang terkial-kial makan bila dikacau oleh Hannah.
Tapi Hannah masih lagi merengek enggan berlepas dengan
Harris. Allah! Sabar saja dengan tuan puteri seorang ni.
“Dia kan tak nak tu. Biarkan ajelah,” tegas suara
garau Harris menegah. Ceh! Dulu bolehlah dia tangkap leleh bila Harris garang
macam tu. Sekarang dah tak lut langsung!
“Kacau you makan tu. Makan pun terkial-kial,” bebel
Marsarah sendiri. Kang tersedak tulang ikan tu baru padan muka.
Harris tidak melawan. Cukuplah dia dan Balqis bertikam
lidah tadi. Malas nak buat babak kedua bersama Marsarah pula. Marsarah ni kalau
membebel buat sakit telinga aje.
Bila suaminya tidak membalas. Marsarah angkat kaki.
Ada baiknya dia tolong kemas mainan Hannah yang berhambur di ruang tamu tadi
dari menghadap anak beranak tu makan. Hannah pun bila jumpa daddy dia langsung
tidak mahu Marsarah. Dengki kejap! Bertuah punya anak. Bila nak susu baru cari
mommy.
“Nak ke mana tu?”
“Ruang tamu. Kemas mainan Hannah. You makanlah.”
“Duduklah sini. Temankan I makan.”
Tidak jadi Marsarah nak sambung melangkah. Dah kenapa
laki aku ni? Buang tabiat pula malam ni makan nak berteman.
“Duduklah.” Keras lagi suara Harris mengarah.
Dengan tidak puas hati Marsarah sekadar menurut. Tidak
ikut kata naik lagi darah Harris tu yang asyik memanas aje bila dengan dia.
Kerusi tepi suaminya ditarik lalu dia ambil tempat sebelah Harris.
Hannah? Langsung tidak pandang dia. Sibuk main sambil
diacah oleh Harris.
Marsarah mengeluh. Dia dah lah tengah penat. Anak
beranak ni buat perangai pula. Harris ni makan penuh adab. Lambat kemain! Itu
yang dia malas nak bertunggu bagai. Sesekali kepala Marsarah tersenduk
mengantuk. Mulut yang terngangga menguap ditutup.
Mengantuknya!! Dikerling Harris yang tambah nasi.
Oh M Gee! Mata aku nak tercabut dah. Mohon makan cepat sikit!
“Lambat balik ofis tadi?” soal Harris. Kalau tak bawa
berbual. Mahunya Marsarah tertidur dekat situ juga.
“Hurm… shooting
tadi. Penat.” Kalau setakat pergi pejabat tidaklah penat macam nak tercabut
nyawa ni. Tapi petang tadi ada shooting
untuk drama baru.
“Dah suruh berhenti berlakon. Sibuk juga nak
berlakon.” Entah apa yang Marsarah suka dengan berlakon semua tu. Dulu
mula-mula model lepas tu ikut pengacaraan. Sekarang sibuk nak berlakon juga.
Nak cakap rajin cari duit. Duit Marsarah tu tujuh keturunan pun tidak habis.
Tambah lagi duit yang dia masukkan setiap bulan cukup sara Hannah dan Marsarah.
“Minat.”
Iya. Minat yang satu nilah Harris paling tidak
berkenan. Entah apa-apa! Buat penat diri aje. Dulu sebelum ada Hannah lain
ceritalah. Ni mana sibuk nak urus anak lagi. Syarikat tu lain cerita lagi.
“Makanlah cepat. I mengantuk ni. Nak tidurkan anak
dara you tu lagi.” Penatlah. Malam buta ni pula nak buka cerita.
“Tidurlah. Habis makan nanti I kejutkan.”
Eh! Punah harapan Marsarah. Ingatkan suruh dia masuk
tidur tadi. Kalau Harris rajin nak jaga Hannah malam ni sungguhlah dia sangat
bersyukur.
Harris jeling isterinya yang sudah terlelap disebelah.
Kepala digeleng perlahan. Dia mula mengunyah semula sambil mengacah Hannah.
Rindunya pada anak dia seorang ni. Nak jumpa selalu Balqis pula bising. Ada aje
tak kena kalau dia jumpa Hannah.
Perut yang masih lapar diisi dengan makanan
kegemarannya. Ni mesti Wan yang masak. Harapkan Princess Marsarah tu memang tidaklah dia merasa sambal belacan tu.
Marsarah tu selera orang putih. Mana telan sambal belacan ni. Terasa sikit pun dah
muntah macam nak rak.
Mujur juga ketika mengandungkan Hannah dulu. Marsarah
mengidam makan belacan. Dapat juga dia merasa belacan di rumah mereka dulu.
Kalau tak memang tidaklah merasa makan belacan kecuali balik rumah Wan atau
makan luar.
Fikirannya mula mengimbau kenangan menjaga Marsarah
ketika mengandung dulu. Rindu pula kerenah gedik menyakitkan hati isterinya
yang satu ni. Harris tersenyum kecil teringatkan kenangan serumah bersama
Marsarah.
Hati kesiankan
Marsarah tapi dia tidak boleh buat apa. Dia memang tidak mampu mencintai
Marsarah tapi untuk menceraikan Marsarah adalah sesuatu yang mustahil.
“Tidurlah sayang. Mommy mengantuk sangat ni,” rayu
Marsarah semakin mendayu. Jam sudah menunjuk pukul 3 pagi. Esok pagi nak gerak
ke ofis kerja. Hannah langsung tiada tanda-tanda hendak tidur lagi.
“Tidurlah,” arah Harris. Dia saja masih segar layan
Hannah. Tadi sempat juga mandi sekejap. Itupun Hannah dah melalak depan pintu
tandas. Ni nasib tandas ada bilik. Kalau tandas luar dengan Wan dan Tok terbangun
sebab suara nyaring anaknya.
“Mana nak tidur tengoklah anak you ni.” Tiap kali nak
terlelap dikorek mata orang. Lepas tu sibuk nak menyusu. Tapi bila bagi susu
sibuk cari daddy dia nak main. Kalau
bilik ni tak malap percuma aje bagi wayang percuma dekat daddy dia tu.
Harris garu kepala. Dia pun buntu sebenarnya. Nak bawa
Hannah tidur di biliknya. Nanti si anak merengek nak susu satu hal lagi dia
kena masuk bilik Marsarah.
“Pura-pura tidurlah. Dah sayang Hannah. Daddy dan
mommy nak tidur ni. Biar hantu temankan Hannah main.”
“Haip! Hantu-hantu jangan main eh!” Ni bukan Hannah
yang takut. Mommy Hannah yang takut! Ada ke patut budak umur setahun lebih nak
takutkan macam tu. Memang taklah! Aku yang terjaga sebab takut nanti.
Tersenyum Harris. Lupa pula isterinya ni penakut
segala jenis jembalang.
“Baringlah. Baring.” Mana tahu Hannah yang sedang
duduk tengah mereka ni nak tidur bila mereka pura-pura tidur.
“Morning Tok. Morning Wan.”
“Morning Sarah. Awal pagi
ni,” tegur Haji Saiful pada cucu menantunya.
Marsarah angkat lagi
kepala. “Biasalah tahu ajelah cicit tok tu.” Mengantuknya! Kalau bukan sebab
fikirkan pagi ni ada mesyuarat memang tidaklah dia nak ke kerja awal ni. Mata
memang tengah berat.
Bertuah punya anak sampai
ke subuh mereka tidak tidur. Sempat lagi dia dan Harris berjemaah solat subuh.
Lepas subuh baru ketiga-tiga mereka terlentang tidur. Harris pun sempat pesan
dia tidak ke ofis pagi ni. Pertama kali jaga anak sampai ke pagi. Tu yang
terkejut sampai tak pergi ofis.
“Kalau Sarah dah nak ke
kerja. Akak masuk bilik temankan Hannah. Jatuh pula katil puteri seorang tu
dalam bilik seorang diri.”
Pelawaan pengasuh Hannah
dibalas dengan gelengan.
Tok dan Wan pun dah duduk
sekali dengan dia di meja makan. “Harris ada dalam tu tidur. Biarlah kak. Nanti
Sarah pesan dekat dia bagi dekat akak kalau dia nak bersiap.”
Wan yang tengah senduk mi
goreng untuk Tok terhenti dengar penjelasan Marsarah. “Harris ada?” Pelik pula
bunyinya.
Marsarah mengangguk.
“Dalam bilik Marsarah.
Apa mimpi budak tu? Balqis ada?” Tok pula suarakan rasa hairannya.
“Entahlah Tok. Tengah
malam tadi datang. Kata Balqis outstation
tapi perang kut. Bad mood aje
semalam. Malaslah nak ambil peduli pasal hal laki bini dorang berdua.” Nak cakap
dia gembira bila Harris datang situ memang tidaklah. Dia tahu Harris memang
akan datang sekali sekala lawat Hannah.
Harapkan lawat si isteri
pertama ni memang Marsarah rasa si Harris tu dah tersampuk hantu jembalang
agaknya. Tok dan Wan pun faham sangat perangai cucu kandung mereka seorang tu.
Marsarah pun sudah tidak menaruh harapan dengan suaminya tu. Bila Harris sudi
datang jumpa Hannah pun dia dah patut bersyukur.
“Reti pula cari kamu.”
Tidak puas hati nada suara Tok bila tahu tujuan Harris datang bermalam di rumah
mereka.
“Biarlah dia tok. Agaknya
Balqis memang tiada di rumah kut. Tu makan semalam pun macam sepuluh tahun tak
makan.”
“Dah lapar. Baliklah dia
sini.” Wan pula tidak puas hati. Dia pun tahu mesti ada yang tak kena dengan
suami isteri tu. Memang mereka bertiga pasti sangat soal yang satu tu. Mustahil
Harris akan jejak rumah tersebut walaupun Balqis khursus luar negeri. Bukannya
ini kali pertama Balqis outstation.
Sayang sangat dengan isteri nombor dua tu sampai sanggup enggan jumpa Marsarah
dan Hannah.
“Biarlah dia Wan. Tu
padan muka. Merasalah dia kerenah Hannah semalam. Sampai ke subuh tak tidur
melayan anak dara dia tu. Sampai pengsan tak pergi kerja.”
Tok tergelak kecil. “Padanlah.
Dari lahir sampai sekarang kamu yang jaga. Merasalah dia.” Sibuk jaga hati bini
yang satu tu. Sampai satu-satunya anak kandung dia pun tidak pernah jaga. Takut
sangat Balqis kecil hati. Bini yang seorang ni tidak pula dijaga hatinya.
Marsarah angkat bahu.
Menamatkan ulasan pagi pasal si suami.
Bahu Harris digerakkan.
“You. I gerak dulu. Nak bersiap nanti. Panggil Kak Nida tengokkan Hannah.”
“Hurm… jam berapa?” Mata dipisat perlahan. Gilalah! Entah mana
Marsarah dapat tenaga pergi kerja dengan Hannah yang payah tidur malam ni.
Padahal dua-dua tidur lepas solat subuh tadi.
Harris mengangguk.
“Lapan lebih. Tengok
Hannah tau. Nanti jatuh katil pula. Nak bersiap jangan lupa panggil Kak Nida
dulu sebelum ke bilik you.” Sekali lagi pesanan dititip. Risau ni. Harris mana
pernah uruskan Hannah. Tidak sedap hati pula tinggalkan Hannah dengan daddy
kesayanganya pagi ni.
“Hurm…”
Marsarah geleng kepala.
Baru semalaman jaga anak. Itupun baru anak seorang. Kalau sepuluh agaknya
sampai strok jaga budak.
“Sayang mommy nak ke kerja dulu. Behave dengan Tok dan Wan. Jangan nakal.
Kesian Aunty Nida,” bisik Marsarah pada telinga si kecil yang tidur bertiarap.
Sebiji macam daddy dia.
Satu kecupan diberi pada
ubun-ubun si kecil. Penguat semangat dia untuk teruskan hidup tanpa suami.
Berat nafas dihela. Emosi pula pagi ni. Padahal nak pergi pejabat aje pun.
Bukannya outstation ke mana pun.
Marsarah bergerak ke meja
solek. Baju yang sedikit terselak dibetulkan. Sekali rambut perangnya
dirapikan.
“Hati-hati.”
Badan Marsarah ditoleh
pada suara Harris di katil. Anggukan kepada lelaki yang sedang menongkat kepala
memandangnya. Lelaki yang pernah mengoncang jiwanya. Lelaki yang pernah
dicintai dan mungkin masih lagi dicintai.Insya-Allah.
Walaupun Marsarah sedar.
Dia bukan selera lelaki seperti Syed Harris.
Harris yang pernah
menderita serumah bersamanya. Harris yang tidak pernah mencintai dirinya.
Harris yang selalu meluat dengan gaya dan penampilannya.
Dan mencintai tidak
semestinya memiliki. Dia sedar hakikat itu. Cukuplah Harris masih bergelar
suaminya walaupun tidak bersama. Dia tidak minta lebih asalkan Harris bahagia.
Marsarah hela nafas
dalam. Pandangan ditala semula ke cermin. Gaun paras lutut miliknya dikemaskan.
Tas tangan atas meja solek ditarik. Move
on Marsarah. His body might yours but not his love.
Urgh! Bapak kesian! Muka lawa pun orang tak sudi.
Hannah jatuh tangga!
Ya Allah! Patut rasa
tidak sedap hati pergi kerja tadi. Kaki Marsarah laju berlari menuju wad yang
menempatkan anaknya.
“Mana anak Sarah? Wan…
mana Hannah?” Kalut kaki mendekati Wan yang baru keluar dari salah sebuah
bilik.
“Hannah tengah tidur.
Penat menangis tadi.”
“Hannah tak apa-apakan?”
Wan angguk. “Luka sikit
dekat kepala. Kaki Hannah patah. Doktor tak bagi banyak gerak.” Penjelasan Wan
buat air mata Marsarah tambah laju meleleh. Kesian anak mommy!
“Macam mana boleh jatuh
tangga? Selalu Kak Nida tak pernah cuai tengok Hannah. Hannah tu mana pandai
turun tangga sendiri. Jalan pun masih terjatuh-jatuh.” Marsarah masih lagi
dengan sendu yang masih bersisa.
Serba salah Wan nak
beritahu. Mahu mengamuk Marsarah kalau tahu hal sebenar.
“Sudahlah. Sarah masuk
dalam. Baring sebelah Hannah. Nanti bangun tidur dia mesti cari Sarah. Sarah
pun tidur sekali. Rehat. Kalau Hannah bangun bercerewet tiada masa pula kamu
nak rehat.”
Akur. Marsarah pun baru
rasa penat. Dah la tidur pun sejam dua aje. Sekurangnya Hannah terselamat.
Kaki melangkah masuk ke
dalam wad anaknya. Langsung tidak pandang Harris yang berada di sebelah katil
Hannah. Matanya hanya tertala pada si kecil yang tertidur lena. Makin deras air
mata Marsarah melihat kepala dan kaki Hannah yang berbalut.
“Sayang mommy… macam mana boleh jatuh ni.” Ubun-ubun
anaknya diusap lembut. Takut kejutkan Hannah yang masih terlena. Merah muka
Hannah yang baru habis menangis.
Oh! Makin luluh hati
Marsarah. Setahun lebih dia jaga Hannah. Nyamuk gigit pun dia risau bagai nak
rak. Ini pula jatuh tangga rumah sampai cedera teruk macam ni.
“Sarah…”
Suara Harris bergema.
Hati pun pilu melihat wajah sedih Marsarah. Salah dia! Tapi Tok dan Wan dah
pesan jangan beritahu Marsarah pasal kes tadi. Nanti mengamuk Marsarah kalau
tahu.
“Anak I Harris. Anak I.”
Tangisan Marsarah bergema lagi walaupun dia cuba tahan.
Harris kahwin baru pun
dia tidak pernah menangis bagai nak rak macam ni. Masih lagi terkejut dengan
kejadian yang berlaku pada anaknya. Syukur alhamdulillah tiada yang serius
berlaku. Tidak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi pada Hannah.
“Sarah you rehat okay. You look bad. Insya-Allah Hannah tak
apa-apa.”
Kepala Hannah dikucup
beberapa kali. Air mata Marsarah masih lagi enggan berhenti. Macam mana dia nak
rehat tengok permata hatinya yang sedang terlantar. Anggukan pada Wan tadi
sekadar menghilangkan gusar hati tua itu saja.
“Anak mommy. Salah mommy
sayang. Mommy tak patut tinggalkan Hannah. Maafkan mommy sayang…”
Luluh hati Harris
mendengar luahan Marsarah. Argh! Kalau Sarah tahu ini salah dia. Mahu kena
bunuh dia oleh isteri pertamanya ni. Silap hari bulan Marsarah minta cerai!
Buat pertama kalinya
Harris langsung tidak rasa jengkel dengan perangai cerewet gedik Marsarah.
Malah terserlah sifat keibuan Marsarah. Sanggup tidak pergi kerja. Shooting pun sanggup batalkan demi jaga
Hannah.
Personal
assistant Marsarah yang tengah
membebel sebab kena maki oleh pengarah filem langsung tidak diendah. “Kalau dia
nak saman. Saman ajelah. Nanti I bayar.” Dah mula Marsarah keluar ayat kerek
dia tu
Harris sekadar berdiam
diri. Enggan masuk campur.
“Sarah please jangan susahkan aku. Kau janganlah
buat perangai. Kak Nida kan ada jaga Hannah. Harris tolong pujuk wife you ni.”
Harris jongket bahu. Dia
faham sangat keras kepala Marsarah. Pujuklah macam mana sekali pun. Kalau dia
dah buat keputusan memang tiada yang boleh bangkang.
“Huh! Laki bini sama
aje.” Bising Neena. Kalau bukan dah lama jaga Marsarah. Dah la dia angkat kaki.
Buat sakit kepala aje. Mujur kawan baik!
“Nee… you tengok keadaan
Hannah. I mana sanggup nak berlepas. Takkan nak bawa Hannah pergi shooting. Have a sense please…” Marsarah mula berdiplomasi. Kalau tak deal sebaik mungkin. Memang Neena tidak
akan mengalah. Marsarah tidak kisahlah pasal pengarah nak mengamuk ke apa! Yang
penting anak dia.
Neena terdiam.
Hah! Tahu pun. Desus hati
Marsarah. Tak pasal-pasal kecoh nanti!
“You jangan risaulah.
Yang buruk nanti nama I. Bukan nama you. I tak kisah pun pasal tu.” Asalkan dia
dapat bersama Hannah. Sejak sakit ni mana Hannah mahu berlepas dengan dia.
Melekat aje dua puluh empat jam. Nak pun kalau bersama Harris. Tapi Harris mana
tinggal bersama mereka. Masuk kali ni baru tiga kali singgah tengok Hannah.
Balqis jangan haraplah. Datang tengok anak tiri dia pun tidak pernah.
“Mana-mana kau la. Malas
aku nak layan. Bagi susu Hannah tu. Dah merengek nak menyusu. Aku keluar dulu.”
Mengalah juga Neena
dengan keras kepala Marsarah. Tapi dia memang tidak dapat buat apa-apa bila
membabitkan Hannah. Jantung hati Marsarah tu. Biar dia kecundang asal anak dia
tidak jatuh sama.
Marsarah pandang Harris
pula. Ni mamat ni tak nak keluar juga ke?
“Whats wrong?” tanya Harris bila Marsarah tala pandangan tidak puas
hati padanya.
“You tak nak keluar ke?”
Dahi Harris berkerut. Eh!
Suka hati pula Marsarah halau dia keluar. “Kenapa I kena keluar?”
Marsarah buat muka. Sabar
hati! Sabar. “I nak bagi susu anak you ni Encik Syed Harris. Kenapa you pun nak
jugak?” Bum! Sarkastik mulut Marsarah meleser. Itu pun tak faham. Sakit pula
hati Marsarah.
Heh! Harris berdehem
perlahan. Buat lawak lucah pula bininya ni. Malu dia! “Bagi ajelah. I nak main
dengan Hannah.”
Meluat Marsarah dengan
muka selamba Harris. Ingat dia tergedik sangat nak tunjuk. Cukuplah setahun
bersama tu dia tidak tahu malu terkejar-kejar suami sendiri. Itu tidak kira
lagi sebelum kahwin. Ah! Buat malu keturunan aku aje ingatkan perangai buruk
dulu terkinja-kinja kejar cinta Harris.
Tanpa hiraukan Harris.
Marsarah angkat si kecil letak ke pangkunya. Hannah masih lagi merengek minta
susu. Tidak bagi nanti melalak pula tuan puteri seorang ni. Tapak tangan Hannah
masih lagi paut jari telunjuk daddynya. Entah apa best sangat dengan jari daddy dia tu.
“Kesian kaki baby. Nanti
Hannah dah sihat baru main okay. Sekarang rehat aje dulu.” Luluh hati tengok
Hannah yang selalunya aktif bermain hanya mampu duduk saja sepanjang hari.
Langsung tidak merangkak atau gigih berjalan seperti biasa.
“Sarah…” Harris tidak
tahan hati. Ingin saja dia minta maaf pada Marsarah. Tapi! Urgh! Susah pula
jadinya. Tengah elok Marsarah tidak bencikan Balqis. Nanti boleh berperang pula
jadinya.
Marsarah jongket kening.
“What?”
Geleng. Tidak perlu buka
mulutlah. Ditahan hati untuk berdiam. Mungkin ada baiknya dia ikut cakap Wan.
“Kenapa ni? I perasan dah
berapa hari you bingung. Hal rumah tangga you mohon jangan bawa ke sini okay. I
nak hidup tenang dengan Hannah.” Bukan dia tidak perasan setiap kali datang
mesti tayang muka berkerut tu.
Ingat aku ni kauselor
rumah tangga ke apa? Bakat jadi isteri mithali pun ke laut ada hati lagi nak
jadi kaunselor rumah tangga suami dengan isteri lain.
Puih! Tidak sudi
langsung!
“Habis tu you dan Hannah bukan
rumah tangga I?” Sengaja Harris menduga. Bukan dia tidak tahu, Marsarah memang
sudah lama buang dia jauh-jauh. Setakat isteri atas kertas semata-mata sahaja
sejak dia minta kahwin baru dulu. Itupun semata-mata kerana Hannah. Marsarah
enggan Hannah langsung tidak kenal daddy sendiri.
“I dan Hannah ni celah
tangga rumah you pun tidak sampai okay. Tak payah nak drama sangat.”
Urgh! Bukan setakat sakit
telinga. Hati Harris pun bagai dicucuk bertalu-talu. Bertuah punya bini! Mulut
tiada insuran langsung. Fikirkan Marsarah lebih terluka dan lebih bersabar
dengan permintaan dia selama ni, Harris pendam saja rasa geram dengan mulut
laser bininya.
“Marsarah dear… Kalau you bukan rumah tangga I,
takkan ada Hannah ni. Ada faham? You isteri I, Hannah anak I. Itu tidak pernah
berubah dan tidak akan berubah. I tidak pernah buang you dan Hannah dari hidup.
Macam mana I nak buang my Sarah ni huh? Kita berdua pun sudah bertahun
kenal satu sama lain. You’re part of Syed
Harrris.” Lembut tutur Harris memberi amaran. Dia tidak pernah buang Sarah.
Seteruk perangai gedik
Sarah pun dia dah hadap bertahun-tahun. Sejak mereka remaja lagi. Dia sayang
Sarah walaupun cinta itu tiada.
Marsarah jongket bahu.
Isteri lagikah dia? Part of him? Oh!
Dia tidak akan terkinja-kinja lagi dengar ayat semanis gula Harris tu. Dulu
mungkin ya tapi sejak berpijak di bumi nyata ni setakat sipi-sipi aje rasa
terharu tu. Selebihnya geli anak tekak dia dengar!
“Simpan…”
“Sampai hati abang, kan? I thought you love me! Qis dah agak
memang abang tidak dapat lupakan Sarah. Qis tak sangka! Qis ingatkan abang
datang sini setakat lawat Hannah tapi abang bermesra dengan Sarah belakang
Qis!”
Oh
my god! Kan Marsarah dah cakap.
Jangan bawa masalah rumah tangga Balqis dan Harris ni pada dia. Harris yang
baring atas katil depan Sarah terus saja berdiri. Terkejut isteri kesayangannya
datang menjengah!
“Sayang…”
Balqis masih lagi dengan
air mata perempuan melayu terakhirnya. Aduh! Perempuan ni buat drama air mata
pula dekat sini. “Qis tunggu abang balik rumah kita. Qis tak sangka abang
mungkir janji. Abang dah janji tak nak jumpa Sarah lagi. Tapi… Tapi abang tipu
Qis!” luah Balqis lagi sebelum laju tinggalkan bilik Marsarah.
Laju Harris berdiri
mengejar Balqis. Langsung tidak toleh pada Hannah dan Marsarah. Hannah terus
menangis mencari jari daddy yang terlepas sebaik saja Harris tinggalkan mereka
berdua.
“Syuuhhhh… sudahlah sayang. Face
it Hannah. Life is hard my dear… life is hard. ” pujuk Marsarah pada Hannah
yang tengah merengek cari daddynya.
Sedih! Ya Allah! Marsarah
sebenarnya pun tengah mengeluarkan air matanya. Harris langsung tidak dengar
tangisan Hannah. Tidak toleh langsung pun. Melulu saja keluar bilik kejar
langkah Balqis.
Tidak pernah sekali pun
Harris utamakan mereka berdua. Tidak pernah sekali pun Harris pandang mereka
berdua ketika Balqis bersama. Kesian anak mommy.
Belum ada adik beradik tiri pun daddy dah mula tirikan sayang… luah hati Marsarah.
Sakitnya hatinya. Sungguh kali ini dia terluka kerana Hannah.
Marsarah tidak kisahlah
kalau Harris langsung tidak pandang dirinya. Dia sudah lama sedar tentang itu
tapi kenapa Hannah pun kena lalui benda yang sama? Padahal Hannah tu darah
daging Harris sendiri. Ni belum lagi ada anak bersama Balqis. Kalau dah ada agaknya
nama Hannah langsung lenyap dari memori Harris.
Sekarang dia mula
berfikir semula.
Patutkah dia teruskan
perkahwinan ni?
Kerana Hannah dia
bertahan. Tapi mampukah dia teruskan jika begini keadaan Hannah walaupun tetap
bersama Harris?
Tergerak hati Marsarah
mendekati pintu dapur. Tangisan Balqis dan pujukan Harris menyapa telinganya.
“Qis cuma nak lawat Hannah. Qis tahu salah Qis. Qis tak sengaja…”
Dahi Marsarah berkerut.
Terdetik hatinya untuk mendengar lebih lanjut. Bila soal anaknya, Marsarah memang
tidak boleh duduk diam.
“Qis baliklah. Abang
hantar Qis baliklah. Abang bukan tak nak Qis jumpa Hannah. Tapi…” Harris
mengeluh kecil. Tok dan Wan pun larang Balqis jumpa Hannah. Marah betul Wan
pasal tempoh hari. Sampai dilarang Qis dekat dengan Hannah.
“Qis minta ampun bang.
Qis tahu abang marahkan Qis sebab terlepas dukungan Hannah. Tapi percayalah Qis
memang tidak sengaja,” rayu Balqis lagi. Hannah yang terlebih aktif ketika dia
cuba ambil Hannah dari Harris. Langsung tidak terdetik di hatinya hendak cederakan
Hannah sampai seteruk itu.
“Sudahlah. Abang faham.
Tapi Hannah memang tak nak dengan sesiapa kecuali abang dan Sarah. Lain kali
aje ya sayang…” pujuk Harris. Dengan Balqis memang dia tidak mampu hendak
tinggi suara. Hanya sekali saja dia terlepas, pada malam dia balik rumah Marsarah
tempoh hari. Itu pun kerana Balqis cuba cabar egonya sebagai suami minta dia
ceraikan Marsarah.
“Qis tahu tiada lain
kali. Wan memang tidak cakap depan-depan tapi Qis tahu… Wan memang tak nak Qis
dekat dengan Hannah lagi kan? Sarah yang tak bagi ke?”
Harris geleng kepala
perlahan. “Sarah tak tahu lagi. Jangan beritahu Sarah yang Hannah jatuh waktu
Qis cuba gendong Hannah. Abang tak nak dia mengamuk.”
“Tapi Qis memang tak
sengaja. Hannah mengeliat tak nak Qis pegang dia. Qis terlepas pegangan tu.”
Rasa bersalah pada Marsarah dan Hannah. Sungguh Balqis nak minta maaf pada
Marsarah. Tapi dia memang tidak terluah pada Marsarah. Takut dengan amukan
Marsarah.
Marsarah kepal
pegangannya. Oh My! Patutlah dia rasa
lain macam saja setiap kali dia persoalkan kenapa Hannah boleh terjatuh.
Ingatkan Kak Nida yang cuai. Rupanya Balqis!
Kaki melangkah mendekati
Harris yang sedang peluk. “It’s okay.
Lagipun I ada cadangan baik untuk kita tiga.” Suara Marsarah memecah kesunyian
dapur.
Harris leraikan pelukan
Balqis. Tapi mata Marsarah dapat tangkat Harris paut tangan Balqis yang ditolak
ke belakang. Oh! Jahat sangat ke aku ni?
“Sarah…”
Hela nafas dalam ditarik.
“I dah dengar…”
Wajah terkejut Balqis
dipandang sekilas sebelum beralih pada Harris. Sungguhlah kali ni teruk hatinya
ditoleh berbanding ketika hari pernikahan Harris dan Balqis.
“Qis tak sengaja Sarah. I
ada di situ…” Dan Harris masih lagi pertahan Balqis pada ketika ini.
“I tahu… sebab tu I rasa
Qis pun setuju dengan apa yang I akan cakap.” Tenang Marsarah memintas. Demi
mereka dan yang penting demi Hannah.
“Kita cerai ajelah. I… I
tak rasa semua akan bahagia kalau terus begini.” Umum Marsarah bila Harris dan
Balqis hanya berdiam diri.
Biarlah Hannah tidak
bersama Harris. Biarlah Hannah tahu mommy daddy sayang bukan lagi suami isteri.
Dia tidak halang Hannah jumpa Harris tapi dia tidak mahu Harris terus terbeban.
“No! I tak akan ceraikan you. You dah lupa ke?” Keras suara Harris
menghalang. Ni lagi seorang gila! Kenapa ungkit lagi soal cerai tu.
Marsarah geleng kepala.
“I takkan pernah lupa. I yakin arwah mama faham.” Memang dia cintakan Harris.
Dulu. Arwah mama Harris amanahkan Harris kahwin dengan dia. Jaga dia sebab dia
anak yatim. Jiran mereka dari kecil.
“Tidak! Sekarang I nak
you faham. Balqis faham. Isteri I dua-duanya. Seorang pun tidak boleh jauh dari
I. Tiada siapa pun yang akan bercerai.” Marah Harris. Dua-duanya tidak pernah
faham! Dia tidak akan ceraikan sesiapa! Biarlah orang tuduh dia tamak tapi dia
memang tidak akan ceraikan Marsarah!
Pautan Balqis pada tangan
Harris terus terlepas. Dia tidak faham kenapa Harris perlu lagi simpan Marsarah
sedangkan dia tidak cintakan wanita tersebut.
Argh! Kali ni dia mesti
berkeras. Dia tidak mahu Marsarah gedik itu terus bersama Harris. Cukuplah rasa
bersalah Harris yang sering menghantuinya. Dia tidak mahu Harris terus terbeban
dan rasa bersalah pada Marsarah.
Marsarah tersenyum sinis.
Perasan riak Balqis yang terus berubah. Harris tak faham lagi ke? “I tak minta
kebenaran you. I tahu talak di tangan you. Walaupun I ni buta agama. Tapi I
tahu fasakh ada. Tapi I nak bagi pilihan dekat you. I public figure. You jangan lupa. Once
I minta fasakh. Tidak mustahil perkahwinan kita heboh satu Malaysia. I tak
kisah orang kutuk I tapi you? Balqis? Sanggup?”
Ugutan Marsarah tambah
mengoyahkan Balqis. Dia tahu Balqis takut nama baik dan keluarganya tercemar.
Budak baik dan alim macam Balqis mesti pentingkan maruah dan nama baik
keluarga.
“You ugut I?” Naik berang
pula Harris bila Marsarah mula pandai mengugut. Macam mana dia nak hadap rakan
syer lain dan kliennya nanti. Tiada yang tahu perkahwinan dia dan Marsarah
kecuali keluarga terdekat. Bila tahu siap ada anak lagi mesti haru biru.
Senyuman Marsarah makin
terlakar. “I tak ugut you. I bagi pilihan. Perkahwinan wedding of the year kau orang. Baik jangan rosakkan. Betul tak?”
Harris ketap bibir. Ya
Allah! Mohon sabarkan hati dia. Kaki mendekati Marsarah yang berani membalas
pandangan matanya. Matanya ditutup rapat. Tangan Harris naik ke pipi Marsarah.
Wanita yang dia kenal dari kecil. Kalau dia berkeras, Marsarah akan dua kali
ganda berkeras. Dia tahu pasal itu.
“You naik dulu. Rehat. I
tahu you penat jaga Hannah. Nanti kita bincang. I hantar Balqis balik.” Pujuk
Harris lembut. Hatinya tidak sampai hati hendak berkasar dengan Marsarah.
Walaupun Harris sedar Marsarah yang dia kahwini jauh berbeza berbanding
Marsarah yang dia kenal dari kecil. Marsarah semakin matang dan tegas sejak
kelahiran bayi sulung mereka.
Harris kembali menarik
tangan Balqis dekat. Bersedia untuk tinggalkan Marsarah. Semakin lama semakin
sesak nafasnya dengan kata-kata kedua orang isterinya.
“Demi Hannah Harris. Dulu
sebab I nak Hannah terus merasa kehidupan bersama daddy. I tak nak Hannah rasa
rendah diri bila besar nanti kalau I seorang saja daddy dan mommy dia. I nak
sekurang-kurangnya dia bangga ada daddy. Daddy yang boleh jaga dan lindungi
dia.”
Marsarah tarik nafas
lagi.
“I ingatkan walaupun you
tak sayangkan I. Sekurangnya you tetap sayangkan Hannah sebab dia darah daging
you sendiri. Tapi lepas apa yang terjadi. I rasa biarlah I besarkan Hannah
sendiri. Even all this while pun you
jarang datang. I tak nak rosakkan keluarga you dan Balqis. Sekarang ni mungkin
you masih boleh datang sekali sekala jumpa Hannah. Tapi sampai bila?”
Air mata Marsarah yang
cuba ditahan sejak tadi akhirnya gugur juga.
“Bila you dah ada anak
dengan Balqis. I tak sanggup tengok you campak anak I ke tepi. I tatang dia. I
sayang dia. I tak nak….”
“I tak nak you buang dia
sebab you lebih sayangkan anak-anak you dengan Balqis. I mohon Harris. Demi
Hannah. Fikir semula hubungan kita. I tak sanggup dah….” Tangis Marsarah mula
keluar. Ya Allah! Tidak pernah dia sekalipun dia kalah demi Hannah. Tapi kali
ni dia betul-betul terasa tindak tanduk Harris yang sanggup rahsiakan kesilapan
Balqis pada anak dia sendiri.
Tangan Balqis ditarik
keluar dapur. Harris tidak sanggup lagi dengar luahan Marsarah. Takut dia tewas
dengan rayuan Marsarah. Kena batang hidung dia sendiri!
Luahan Marsarah sendiri
pun cukup menorah hatinya. Maafkan I Marsarah! Maafkan I sebab tidak mampu jaga
you seperti arwah daddy dan mommy you. Maafkan I sebab tidak dapat melunaskan
janji arwah mama untuk jaga dan bimbing you.
Dan paling buat dia rasa
bersalah selama ini ialah Hannah. Betul kata Marsarah. Dia memang tidak mampu
jadi daddy yang Hannah akan banggakan. Dia tidak mampu lindungi satu-satunya
puterinya.
Maafkan daddy sayang!
“Eh! Tak kerja ke?”
Terkejut Wan nampak kelibat ‘cucu bertuah’ yang datang mencemar duli ke rumah
mereka. Awal pagi pula tu. Sungguhlah! Harris ni boleh buat mereka suami isteri
pendek umur!
“Sarah mana Wan? Harris
tak nampak pun dalam bilik. Hannah pun takde.” Lemah suara Harris menyoal.
Penat lagi ni.
Semalam pun bertekak lagi
dengan Balqis. Ada pula kesinambungan drama di rumah mereka. Datang sini terus
ke bilik Marsarah tapi kelibat isterinya langsung tidak kelihatan. Hannah pun
tiada!
Kerusi meja makan ditarik.
Harris ikut Tok dan Wan bersarapan sekali. “Marsarah outstation. Ada shooting
katanya di Langkawi. Tu yang Hannah dibawanya sekali.”
Harris terus angkat
kepala pandang Tok. “Sarah kata tak nak pergi kan?” Bukan main lagi Neena pujuk
Marsarah semalam. Isterinya langsung tak nak pergi sebab fikirkan pasal
kesihatan Hannah yang belum pulih sepenuhnya.
Argh! Kau bukannya bodoh!
Nampak sangat Marsarah nak lari dari kau. Harris mengeluh kecil.
“Lepas kejadian semalam.
Ingat Sarah nak hadap lagi muka kamu berdua?” Tok pun makin pandai sarkastik
dengan dia. Pedih kejap telinga Harris.
“Sarah bagitahu?”
“Isteri kamu tu nampak
kau dan Balqis aje baik. Dia tu jahat! Perempuan seksi, cetek ilmu agama,
sosial macam dia tu selalu nampak diri buruk berbanding kamu berdua laki bini.
Tiada maknanya dia nak buka mulut bagitahu kami. Kami dua ni. Biar tua kerepot.
Telinga masih jelas lagi dengar kamu bertiga di dapur tu.”
Dush! Macam machine gun Tok tembak Harris. Kena
batang hidung mancung dia.
“Tok….”
“Hah! Macam tulah bagus
perangai. Asal orang buka mulut nasihat sikit mula mengeluh. Bukannya nak ambil
nasihat.” Sebab inilah Tok malas nak tegur cucu sulungnya seorang ni. Ada saja
nak elak! Fikir diri dah besar panjang sampai langsung tak nak ambil peduli
nasihatnya. Nanti sudah tersadung reti pula cari mereka suami isteri.
“Sakit kepala Harris Tok.
Sarah dengan kecil hati dan marahnya. Balqis dengan merajuk cemburu tak
habis-habis.” Kepala yang berdenyut diurut perlahan. Semalaman dia tidak henti
berfikir. Nak datang jumpa Sarah semula pun Balqis ugut balik rumah mertuanya. Bila
dia cuba telefon atau whatapps pula langsung tidak diangkat.
“Sendiri nak.
Tanggunglah.”
Huh! Ayat Tok langsung
tidak membantu. Makin tembak dia adalah.
“Sarah drive atau naik flight?”
“Drive. Entahlah. Tu lagi entah dari mana dapat tenaga. Wan pun tak
faham. Semalam Hannah bercerewet. Agaknya rindu daddy dia rasanya. Semalam Wan
dengar Sarah pujuk dia. Langsung tak tidur. Tu tak termasuklah menangis dalam
bilik tu lepas kamu balik. Wan dah pujuk dia suruh berehat. Tapi berdegil juga
nak drive subuh tadi. Tak sabar nak
lari dari kamu agaknya.” Wan pula mengeluh kecil.
Hati tuanya selalu saja
kesiankan Sarah. Selalu rendah diri dengan kekurangan ilmu agamanya.
Alhamdulillah sejak Sarah tinggal dengan mereka, cucu menantunya mula berubah
sedikit demi sedikit. Sarah sendiri mengaku enggan Hannah jadi macam dia. Kalau
boleh dia nak belajar agama sebelum Hannah membesar.
Sejak Sarah tinggal
bersama mereka, Sarah mula pijak sejadah. Mula mengenal bacaan-bacaan Al-Quran
walaupun masih jauh ketinggalan. Mereka tidak pernah rasa susah mendidik Sarah.
“Sarah ada bagitahu dah
sampai ke belum?”
“Dah. Baru juga. Terus check in. Wan suruh dia rehat. Petang
nanti dia ada shooting katanya. Kamu
pun janganlah kacau dia dulu. Biar dia tenang dulu.” Pesanan Wan macam angin
lalu saja buat Harris.
“Lepas makan nanti.
Harris nak pergi Langkawi.” Isi perut dulu. Semalam makan cukup aje isi perut.
Dia tiada selera nak makan. Ni nak pergi pujuk Marsarah tu. Biarlah sekurangnya
bertenaga dengan perut berisi.
“Eloklah. Kamu pun ikut
juga kerja gila Sarah tu.” Tok dah mengalah nak nasihatkan Harris ni. Kalau dia
cakap pun bukan nak dengar. Tapi buat keputusan bukannya nak fikir panjang! Tu
melulu kata nak ke Langkawi. Habis si Balqis tu takkan biar macam tu saja.
Kalau tahu merajuk lagi isteri kedua tu!
Susah betul nasihat orang
terlebih bijak ni!
“I tahu I bukan pilihan
hati you. I tahu bukan jenis wanita baik-baik. Tapi salahkah perempuan macam
kami jatuh cinta dengan lelaki baik? Salah kami ke jika hati kami jatuh sayang?
Hukum berdosa ke kalau kami inginkan kasih dari orang baik?” Luahan Sarah
memang luahan yang lama tersimpan dari hati. Air matanya tidak berhenti gugur
sedari tadi.
Wajah pucat tidak cukup
tidur langsung dipeduli. Hati pun sudah patah seribu. Tiada hati lagi nak
bercantik seperti selalu. Ada apa dengan cantik? Perempuan yang selalu dipuja
atas kecantikan wajah kacukan macam dia pun tidak laku!
“I tahu mustahil I dapat
balasan cinta dari you. I sedar tentang tu. I tak pernah minta lebih dengan
you. I cuma nak you sayang baby ni. Didik dia. Jaga dan lindungi dia. I berani
sumpah I takkan berani minta lebih-lebih dari you. I cuma nak you berikan sisa
kasih sayang you untuk baby ni… Sekurang-kurangnya bila I mati. I tahu anak I
dapat didikan dari orang baik-baik…”
Ya Allah! Sakit dan pedih
hati Sarah dengan ayat yang terkeluar dari bibirnya. Tangisannya memang
langsung tidak dapat dikawal. Pecah saja berderai.
“Maafkan I…”
Lutut Sarah terus jatuh
menyembah bumi sebaik saja ditinggalkan bersendiri. Kabur matanya dengan air
mata yang tidak henti mengalir memandang kelibat lelaki yang baru saja
tinggalkannya.
“Maafkan mummy sayang..
sebab mummy, sayang tidak pernah merasa kasih sayang daddy,” tuturnya sambil
memandang si kecil yang menangis cuba memanggil daddy yang enggan lagi toleh
belakang memandang mereka berdua.
“Cut!
Good job!” Jeritan padu dari
pengarah filem melegakan semua. Kena di hati pengarah tu! Mana tak kena. Dengan
mereka semua pun tersentuh dengan lakonan Sarah tadi.
Neena berkejar
mendapatkan Sarah yang masih lagi melutut. Bayi kecil yang didukung tadi sudah
pun diambil oleh staff lain.
“Sarah sudahlah… Kau pun
jangan terlebih emosi pula nanti tak pasal orang suspek lain.” Neena sebenarnya
malas nak masuk campur hal keluarga Sarah. Tapi sesekali dia pun sakit hati
juga dengan Harris.
“I sedih Neen… Rasa
sangat dialog tadi. Kena batang hidung I.”
“Sudahlah. Jangan fikir
lebih-lebih. Nanti kau sakit. Siapa nak jaga Hannah.” Hampir seminggu mereka
berkampung di Langkawi. Masalah Hannah bukan main elok tapi makin menjadi-jadi
pula. Neena sendiri pun pening kepala uruskan isu kawan merangkap bosnya ni.
Tapi bila fikir balik,
Marsarah lagi pening! Dengan Harris yang tidak faham bahasa tu lagi!
Tubuh kurus Marsarah
dipaut agar berdiri. Sambung buat drama pula mereka berdua di situ. “Jom. Kita
terus balik hotellah. Aku tak nak wartawan kejar kau lagi.” Mujur juga tiada
wartawan yang buat kecoh ketika pengambaran mereka tadi. Tapi sepanjang
pengambaran berlangsung makin ramai pula wartawan tunggu Marsarah di situ.
Haih! Kalau Harris tidak
berkeras ikut tinggal bersama di suite
mereka. Mustahil benda jadi macam ni! Tidak pasal ada orang tangkap gambar
Harris keluar masuk bilik Hannah dan sebarkan ke internet semalam. Sebabkan
hari ni pengambaran terakhir, Marsarah tebalkan saja muka datang untuk
pengambaran babak terakhir.
“Pegang I sampai masuk
kereta. I tak larat.” Kepala bukan tahap berdenyut. Kalau boleh nak pecah sebab
terlalu sakit. Kalau setakat kerja boleh lagi tapi bila diselit sekali dengan
gangguan emosi dan persekitaran. Marsarah rasa lemah sangat.
“Ni semua kau punya
pasal! Perempuan jalang!”
“Argh!!” Kuat jeritan
Marsarah menarik perhatian krew pengambaran dan wartawan yang ada.
Tangan Marsarah pegang
pipi yang pijar. Hidungnya pedih tercium bau belacan yang melekat.
“Hei Balqis gila ke?”
jerit Neena. Terkejut bila Balqis simbah muka Marsarah dengan sambal belacan!
Dia pun tidak sempat nak halang!
Perempuan gila laki!
Sambal belacan pula tu! Benda paling Sarah benci.
“Memang Qis dah gila!!
Seminggu Qis sasau cari abang Harris! Qis macam orang gila cari rupanya honeymoon dengan Sarah!!” jerit Balqis.
Buat pertama kalinya Neena nampak wanita selembut Balqis mengamuk macam
perempuan gila. Ni bukan lagi kuasa cinta ni gila meroyan namanya!
“Dah kau bukan reti jaga
laki sendiri. Suka hati tuduh Sarah!” Bengang Neena. Tidak habis-habis nak
cemburu pada Sarah. Sedangkan Harris dah pinggirkan Sarah sebab terlalu
sayangkan Balqis.
“Kalau bukan sebab Sarah
goda abang mustahil abang kembali dengan Sarah! Qis mengandung Sarah. Qis
mengandung tapi abang tinggalkan Qis terkial-kial sebab sibuk cari Sarah! Sibuk
nak pujuk Sarah!” Tangisan Balqis tambah sakitkan lagi kepala Sarah.
Kepala berdenyut-denyut
hidu bau belacan tambah lagi dengan jeritan dan tangisan Balqis. Tambah sakit
kepala dia!
“I tak… I tak…”
“Ya Allah Sarah!!!” Neena
mula kalut bila Sarah yang dipaut mula rasa berat hingga terlepas dari
pegangannya. Sarah pengsan pulak dah! Argh! Balqis pun bukan tidak tahu Sarah
langsung tidak boleh dekat dengan belacan! Saja nak kenakan dia!
“Sarah kau okay?”
Marsarah toleh ke tepi.
Senyuman terukir saat terpandang wajah Hannah yang sedang baring di sebelahnya.
Penyejuk hatinya. Soalan Neena tadi hanya dibiar sepi.
“Sarah tak rasa okay sikit?”
Kini Wan pula menyoal. Marsarah tersenyum kecil. Badan yang lemah diangkat agak
duduk bersandarkan kepala katil.
“Dua hari kau pengsan.
Doktor kata kau tak cukup tidur dan terlalu stress.” Selama dia kenal Marsarah,
inilah kali pertama dia nampak Marsarah tekanan perasan sampai jatuh sakit.
“Macam mana Wan boleh ada
di sini?” Kecil saja nada suara Marsarah tanya pada Wan. Kesian Wan risaukan
dia sampai sanggup datang Langkawi.
“Wan tolong tengokkan
keadaan Sarah. Lagipun boleh bantu Neena dan Nida tengokkan Hannah.”
Marsarah menunduk.
“Maafkan Sarah. Sarah selalu menyusahkan Wan dan Tok.”
Wan cuba tahan air mata
dengan keluhan Sarah. “Ya Allah sayang. Wan dan Tok tidak pernah sekali pun
rasa susah dengan kehadiran Sarah.” Air mata Sarah yang mengalir diusap lembut.
Kali ni Wan yakin Sarah mula kecundang dengan ujian dari-Nya. Dia dan Tok harus
pimpin tangan Sarah agak tidak jauh dari Allah seperti dulu lagi.
“Sarah istighfar. Ingat
Allah sayang. Ingat ini hanya ujian dunia untuk orang yang mula bertaubat.
Sarah kena terus kuat. Demi Hannah, demi Sarah dan penting demi iman Sarah.”
Nasihat Wan disimpan
rapi. Sarah mula beristghfar dalam hati. Dia nak berubah. Ini hanya ujian kecil
untuk dia terus berubah jadi yang lebih baik. Ingat Sarah! Kau tak nak Hannah
jadi macam kau. Kau kena berubah agar Hannah dapat didikan sebaik mungkin.
“Terima kasih Wan… Terima
kasih sebab selalu ada dengan Sarah.” Tanpa Wan dan Tok yang selalu bersama
dengan dia. Sarah yakin pasti dia akan kalah dengan ujian yang diatur untuknya.
Dia bersyukur sangat dengan Wan dan Tok yang tidak pernah lelah mengajar dan
terus mendidik perempuan macam dia.
“Kau rehatlah. Aku
sediakan bubur dan sup panas untuk kau. Nanti kau makan, perut tu kena juga isi
supaya tak pengsan lagi. Kesian Hannah! Dah dua hari tak bercakap dengann kau.”
Akur. Marsarah hanya
mengangguk setuju. Hannah sebelahnya dicium berkali-kali. Mommy janji takkan
jatuh pengsan lagi.
Maafkan mommy sayang…
Marsarah pandang Neena.
“Dia dah balilk. Hari tu
lagi. Balik dengan Balqis.” Faham dengan air muka kawan baiknya. Orang macam
Marsarah memang orang takkan pandang. Orang yang selalu dilabel sombong,
berlagak, gedik, seksi tapi itulah manusia suka label orang sesuka hati. Takut
sangat pakwe kena kebas oleh Marsarah sampai tak sudi nak buat kawan.
Entahlah. Padahal sejak
dia kenal Marsarah dari dulu. Hanya seorang saja yang kawannya ni kejar.
Harris! Itupun bila dah dapat Marsarah sendiri lepaskan Harris dengan perempuan
lain.
Neena tidak pernah nampak
keburukan Marsarah selama dia kenal kawannya ni. Memang dia terhutang budi
dengan Marsarah sebab banyak bantu dia dari soal kewangan tapi dia nampak lebih
dari setakat duit.
Marsarah baik. Hanya
persekitaran yang buat dia nampak jahat.
“Tak payahlah fikir pasal
dia. Kau jaga diri kau dan Hannah pun dah cukup.”
Marsarah mengangguk. Dia
sekadar ingin tahu. Dekat seminggu berkampung pujuk dia. Akhirnya Harris kalah
juga dengan kewujudan Balqis. Mujurlah dia tanam tembok besar China agar tidak
terpujuk dengan rayuan Harris tentang perpisahan mereka.
Balqis mengandung.
Kali ni dia betul-betul
nekad dengan keputusannya.
“Aku nak kau berehat
sementara isu kau dan Harris suami isteri tu masih kecoh. Pengambaran kali ni
pun selesai. Kebetulan aku memang tiada ambil apa-apa job untuk kau lagi. Elok
jugalah tu. Kau rehatlah dulu. Kembalikan semangat kau semula.”
Selama ni Neena buat
kerja ikut memang ikut keadaan Marsarah. Lagipun Marsarah memang hanya ambil
kerja filem sekali dalam satu masa. Marsarah pun buat ikut suka saja. Bukannya
ambil bidang lakonan dan model sebagai profesien pun. Dia ada syarikat keluarga
yang perlu dijaga.
“Neen…” panggil Marsarah
perlahan.
“Urm…”
“Kalau I nak balik kampung
I, you nak ikut tak?”
Dahi Neena berkerut.
Dibalas pandangan Marsarah yang masih duduk atas katil. Balik kampung? Arwah
mommy Marsarah anak tunggal. Asal pun memang Kuala Lumpur. Arwah daddy dia pula
orang UK.
Takkan la!
“Balik UK. Kalau I
bercerai dengan Harris. I mana boleh tinggalkan dengan Wan dan Tok lagi…”
Oh
my! Nak pengsan Neena
dengar!
Kali ni dia kena minta
bantuan Tok dan Wan!
Takkan nak biarkan
Marsarah dan Hannah balik UK. Dah elok nak berubah nanti lain pula jadinya.
Neena tidak sempat lagi
bergosip dengan Wan pasal Marsarah. Wan tidak tahu lagi Marsarah nak keluar
dari rumah tu lepas bercerai dengan Harris. Logiknya memang Marsarah tiada kena
mengena lagi dengan Tok dan Wan jika dah bercerai.
Ah! Kenapa kali ni dia
rasa baik Marsarah dan Harris jangan bercerai! Dia tidak mahu Marsarah kembali
pada kehidupan sosial macam dulu.
“My
dear…”
Neena angkat kepala
sebaik saja terdengar suara lelaki yang menerpa Marsarah. Chris! Aduh petanda
apa pula kali ni?
“Uncle
Chris?” tanya Marsarah tidak
percaya.
“Yeah
darling. I’m giving a visit tu my little princess. But surprisingly I’m the one
who suprises with your hot issues surrounds.”
Muka Marsarah berubah.
Apa maksud pak ciknya?
“Read,
heard and watched about you and Harris and I’m not happy with that!” Mencerlung mata biru Chris memandang satu-satunya
peninggalan dari arwah abangnya.
Tambah pucat muka
Marsarah dengar ayat yang dari pak ciknya. Habislah!
“Why you’re not telling me the truth?!” Marah Chris lepas dengar
cerita Marsarah. Dipandang anak saudaranya yang tunduk bermain dengan jari sendiri.
Kalau dia tahu dari awal
lagi dia halang perkahwinan Marsarah dengan Haris. Biar keluarga dia jaga
Marsarah! Bodoh punya lelaki!
“So
what is your plan?”
Marsarah geleng kepala.
Berhijah ke UK? Kedatangan satu-satu pak ciknya seolah petanda untuk teruskan
rancangannya. Tapi sebenarnya dia takut. Takut dengan godaan dunia. Lagipun dia
masih perlukan Tok dan Wan untuk didik dia jadi muslim sebenar. Cuma dia sudah
tawar hati terus hadap persekitaran yang buat dia tambah tertekan.
“If
you don’t have any. Let me decide it for you. You’re coming with me! We’re going
back to UK!” Cukup! Dia tidak mahu
Marsarah duduk situ lagi. Tiada guna pun duduk di situ hanya kerana Hannah. Apa
yang dia lihat Marsarah mampu didik dan jaga Hannah tanpa lelaki tidak guna
seperti Harris!
Marsarah tidak tahu nak
balas apa lagi. Dia memang terfikir nak balik dan tinggal saja di UK.
Sekurangnya di sana ada pak ciknya dan atuk neneknya lagi. Cuma tidak terfikir
pula secepat ni.
Tapi bila lagi kalau
bukan sekarang?
Laju kaki Harris berlari
menuju pintu pelepasan antarabangsa. Mata melilau mencari kelibat anak dan
isterinya. Mujur dia tergerak hati ingin berjumpa dengan Marsarah dan Hannah
tadi.
Ah! Betul kata Tok tadi!
Dia suami tak guna. Abaikan Marsarah dan Hannah! Lepas seminggu lebih kejadian
Marsarah diserbu Balqis, baru dia munculkan diri.
Itupun tanpa pengetahuan
Balqis!
Risau dan terlalu gembira
dengan berita kandungan Balqis sampai terlupa pada tanggunjawab lagi satu.
Langsung tidak tanya khabar Marsarah dan Hannah.
“Bila Chris janji akan
pastikan kebahagian dan agama Marsarah dan Hannah terjaga. Tok memang tidak
halang keputusan Marsarah ikut Chris pergi. Tok dan Wan sedih tapi kami lagi
sedih kalau Marsarah yang dulunya sentiasa gembira tidak lagi ada kekuatan
untuk senyum kerana kamu! Biarlah dia pergi. Biarlah dia cari diri dia yang
pernah hilang...”
“Bahagialah dengan
Balqis. Jaga anak kamu baik-baik. Sayang dia dan jangan buat dia macam Hannah.
Itu pesan Marsarah sebelum dia pergi.” Wan pula mula hiba ingatkan pesanan
Marsarah sebelum dia naik teksi bersama Chris. Langsung enggan dihantar oleh
mereka berdua. Betapa kecewanya Marsarah sampai tak nak mereka hantar dia ke lapangan
terbang.
Pengumuman penerbangan
buat Harris melutut. Kali ni Marsarah betul-betul nekad tinggalkan dia.
Digengam sepucuk surat Marsarah yang diberikan oleh Wan tadi.
“I’m sorry…” gummannya sendiri.
Dear Harris,
Selepas
you baca surat ni. Mungkin I dah terbang ikut uncle Chris. I minta maaf tapi I
dah tidak tahan nak hadap semua ni. I nak berterima kasih pada you. Terima
kasih kerana sudi kahwin dengan I walaupun you terpaksa. Terima kasih sebab
berikan I keluarga baru. Tok dan Wan banyak bantu I. I sayang mereka. I rindu
arwah mama. Kalau arwah mama ada mesti I ada peneman macam dulu. Anyway,
sekurangnya I bersyukur sebab arwah mama juga you kahwin dengan I. Arwah mama
buat I rasa kasih sayang dari seorang ibu. Lepas mommy I meninggal I hanya ada arwah
mama. Walaupun hanya jiran tapi I masih dapat rasakan kasih sayang seorang ibu.
Thank you Harris. Really apprieciate it!
Dan
yang penting terima kasih sebab you berikan Hannah. Hannah umpama penganti
arwah mama buat I. Seseorang yang buat I terus bertahan dalam kehidupan ni.
Insya-Allah, I akan terus berubah jadi lebih baik untuk Hannah. I know I’m not
a good muslim but at least let me try one… I tak nak Hannah jadi macam I. Doakan
I okay.
Balqis
mengandung. Tahniah! I harap you akan sayang anak you dengan Balqis sepenuhnya.
Mungkin bukan rezeki Hannah untuk merasa kasih sayang dari you, tapi I akan
pastikan Hannah tahu bahawa daddy dia sayangkan dia sepenuh hati.
I
minta maaf sebab gunakan you, tapi ini saja permintaan I. Sekurangnya biar
Hannah fikirkan daddy dia sayangkan dia.
Kalau
you ceraikan I. Just inform me. I’ll be ready. Kalau bukan sebab tu please…
jangan cari I lagi.
Assalamualaikum.
Love,
Marsarah Hudson.
Harris sandarkan kepala.
Mata dipejam seketika. Marsarah yang selama bertahun-tahun bersama dia sejak
kecil akhirnya ambil keputusan untuk melangkah pergi. Masih kedengaran
bait-bait suara Marsarah pada baris kata disurat tadi. Terasa betapa pedihnya
hati Marsarah yang dirobek teruk olehnya.
“I’m
sorry Sarah. Please be happy…”
tuturnya sendiri.
Haris tarik nafas sambil
melangkah masuk ke dalam pejabat isterinya. Jambangan bunga ros dibawa untuk
kejutan hari ni. Dia dan Balqis kembali seperti dulu. Sudah tiga bulan lebih
Marsarah dan Hannah tinggalkan mereka. Dia mungkin tidak dapat bahagiakan
Marsarah tapi dia tidak mampu tipu diri cintanya pada Balqis tidak pernah
berkurang.
Kaki Harris terhenti
melangkah. Hairan bila terlihat Fitri masuk dalam pejabat isterinya. Apa kawan
baiknya buat di pejabat Balqis? Setahunya Fitri yang bekerja sebagai doktor
tersebut tiada kena mengena dengan bidang kerja Balqis sebagai eksekutif sumber
manusia di syarikat guaman.
Rasa cemburu yang mula
tersirat dikawal sebaik mungkin. Dia cuba bersangka baik tapi dia tetap
melangkah perlahan agar keduanya tidak menyedari kehadirannya.
“Qis dah kata baby ni
bukan anak Fit. Ini anak Harris,” beritahu Balqis. Dia duduk kerusinya semula.
Serabut! Kenapa Fitri boleh datang cari dia pula?
“Qis tipu. Fit tahu ni
anak Fit. Malam tu Qis cakap Harris dah lama tak sentuh Fit. You can’t lie to me Qis. I’m a doctor.
Fit kira sejak malam kita bersama dan Fit tahu ini anak Fit.” Lembut pujukan
Fitri buat hati Balqis tambah nanar.
Fitri sebenarnya terkejut
bila Harris beritahu Balqis mengandung. Niat si kawan beritahu berita baik
tersebut menghimpit jiwanya. Konon bila trimester
dah kukuh baru nak umumkan. Terkejut berut Fitri. Dia tahu itu bukan anak
Harris!
Balqis menangis. Sejak
mengandung ni dia tahu dia terlebih sensitif. Bila Fit pegang perutnya. Dia
rasa lain! Anak ni pun tahu siapa ayah sebenarnya. Jika Fitri begitu yakin
apatah lagi dia! Dia yang mengandung. Dia tahu ini bukan anak Harris! Lagipun
Harris memang tidak sentuh dia lepas tahu dia mengandung. Konon tak nak dia
rasa penat atau sakit.
“Qis takut…” Balqis takut
Harris tinggalkan dia bila tahu itu bukan anaknya. Gusar dengan amukan Harris
jika tahu dia curang dengan Haris! Tapi anak itu pengikat dia dan Harris. Sebab
terlalu sayangkan anak tersebut. Harris sanggup abaikan Marsarah dan Hannah
semata-mata untuknya. Dia tidak sanggup jika Harris tinggalkannya. Balqis
terlalu cintakan Harris.
Fitri tutup mata seketika
sebelum celik memandang Balqis. “Fit akan bertanggungjawab. Biar Fit yang
berterus terang pada Harris.”
Laju Balqis geleng
kepala. “He’ll kill you… Tolonglah.
Kita rahsiakan hal ni. Qis tak sanggup jauh dari Harris. Fit tahukan Qis sangat
cintakan Harris. Sekarang Harris dah tak pandang Marsarah lagi… tolonglah Fit.
Harris terlalu sayangkan anak ni.”
Fitri menghela nafas
dalam. Air matanya mengalir dengar permintaan Balqis. “Fit rasa berdosa Qis.
Walaupun kita dalam keadaan rela. Qis isteri kawan baik Fit. Sekarang Qis nak
Fit ikut tipu Harris pasal anak kita?” Tidak cukupkah rasa berdosanya berzina
dengan isteri kawan baik sendiri sekarang Balqis minta dia buat bodoh sahaja?
Balqis tunduk dan hanya
menangis atas kesilapan yang pernah mereka lakukan. Tidak pernah sedetik pun
rasa berdosanya berkurangan. Dulu kerana sedih atas tumpuan Harris yang selalu
ternganggu atas rasa bersalah terhadap Marsarah dan Hannah, Balqis banyak
luahkan pada Fitri.
Pada Fitri juga tempat
dia mengadu nasib dan mengorek isi hati suaminya. Tapi entah mana silapnya dia
terbabas dengan Fitri. Kalah dengan nafsu yang dia dan Fitri relakan. Cukup
sekali lepas tu dia terus elakkan dari Fitri. Tapi tak sangka sekali itu
mengisi perutnya yang telah idamkan anak dia bersama Harris. Tapi kerana anak
itu dia mampu menjauhkan Harris dengan Marsarah yang mengugat hatinya.
“Maafkan Qis… Tapi Qis
cintakan Harris. Tolonglah Qis kali ni…”
Fitri menunduk. Kalah
dengan luahan hati Qis. Air mata lelakinya dikesat. Akur dengan permintaan
Balqis.
Tepukan di pintu
mengejutkan Balqis dan Fitri. Fitri yang melutut sambil pegang perut isterinya
dipandang. “Tahniah! Tahniah!”
Fitri terus berdiri.
Terkejut dengan kemunculan Harris! Lelaki itu tenang saja masuk pejabat Balqis
sambil menutup pintu rapat. Siap kunci lagi!
“Harris… aku boleh
terangkan.”
Sinis senyuman yang
terkukir dibibirnya. “Tak payah nak ulang. Aku dah dengar semuanya. Tergamak
kau kan? Isteri kawan baik sendiri pun kau kebulur nak rasa. Macam mana sedap
tak perempuan bertutup macam dia?”
“Harris!”
“Kau diam perempuan!”
jerit Harris. Ditahan tangannya agar tidak naik ke muka Balqis. Harris mendekati isterinya. Tajam merenung
mata isteri yang selama ini ditatang! Isteri yang selama ini menjadi
kebanggaannya.
Tapak tangan Harris
melekat pada perut Balqis. “Anak ni. Aku nak dengar dari mulut kau. Demi Allah
Balqis. Ini anak siapa?”
Balqis menunduk. Takut
bercampur sedih. Ya Allah! Dia tahu dia berdosa tapi dia tidak sanggup tengok
muka suaminya. Perlukah dia menipu lagi? “Anak… Anak…”
“Tell me!!” jerkah Harris.
“Anak Fit!” Terkejut
punya pasal Balqis terlepas cakap hal sebenar. Dia tutup mulut rapat.
Tersenyum sinis Harris
mendengar jawapan isterinya. Sakitnya hati sampai dia rasa nak tumbuk muka
sendiri.
“Demi kau, aku abaikan
Marsarah dan Hannah. Demi kau, aku sanggup hadap marah Tok dan Wan. Demi kau
Balqis. Semua aku sanggup buat. Ini kau balas? Dengan kawan baik aku pula tu.
Bodoh!” Sinis dia ketawakan perlahan. Sinis pada diri sendiri. Bodohkan diri
sendiri. Terlalu buta dengan cinta!
“Abang… maafkan Qis. Qis
tak sengaja! Qis…”
“Tak sengaja apa kalau
kau sendiri rela!!” Tengkingan Harris mengejutkan Balqis yang sedang merayu.
Tajam mata Harris
memandang Fitri. “Bersaksikan kau Fit…. Aku ceraikan…”
“Abang jangan. Tolong Qis
bang… Qis malu kalau keluarga kita tahu… tolong bang Qis merayu sangat.
Ampunkan Qis. Qis cintakan abang.”
Tergeleng kepala Harris
memandang Balqis yang menangis merayu-rayu padannya. Inilah perempuan yang
dimanja dan dicintai sepenuh hati. Wanita yang dia sangat banggakan kerana
didikan agama dan personaliti yang sangat menenangkan jiwanya. Tapi wanita ini
juga yang toreh hatinya seremuknya.
“Sekarang kau nak aku
jadi dayus pula? Pak sanggup? Malu kau sendiri kau pertahankan. Malu aku?
Maruah aku?! Bodohnya aku. Jaga kau lebih dari nyawa aku tapi langsung tidak
fikirkan maruah aku sebagai suami bila kau berzina dengan kawan baik aku
sendiri!”
Astaghfirullahalazim!
Berkali-kali dia mengucap dalam hati. Menyabarkan diri pada amarahnya dan rasa
takut pada dosa yang berlaku pada Balqis dan Fitri.
“Maafkan aku. Aku pun
tidak tahu apa yang rasuk diri aku sampai sanggup tikam belakang kau. Jujur
selama ni memang Balqis dan aku selalu jumpa. Dia banyak luahkan perasan
risaukan kau. Rasa bersalah kau pada Sarah sedangkan kau tiada silap pun pada
perkahwinan tu.”
“Bukan salah dia
sepenuhnya. Aku pun melayan. Lagi bila dia insecure
sebab penampilan daring dan gaya
gedik Sarah tu. Aku tahu dia rapat semata-mata nak korek rahsia hati kau
melalui aku. Tapi… aku tidak dapat halang hati aku bila tiba-tiba sayangkan
Balqis. Dari kesian kepada cintakan isteri kawan baik sendiri.”
Ya Allah! Bernanah dia
dengar pengakuan Fitri. Ikutkan amarahnya laju saja tangan ni nak bagi sebijik
pada Fitri! Bukannya Fitri tidak tahu hubungan dia dan Sarah macam mana. Fitri
pun membesar bersama dia dan Sarah jugak!
“Sumpah aku tak pernah
terfikir nak rampas Balqis dari kau. Tapi kami terbabas sampai jauh menyimpang.
Aku minta ampun pada kau.” Akhirnya Fitri sendiri pun menitiskan air mata. Rasa
berdosa dan bersalah tidak pernah gagal menghimpit dia sejak kejadian itu.
Harris palingkan wajahnya
dari terus hadap muka Fitri. Dia tidak sanggup hendak tatap wajah yang selama
ini dipercayai sepenuh hati. Orang yang sangat rapat dengan dia sejak kecil.
Tidak sangat seteruk ini Fitri khianat persahabatan mereka.
“Apa rasuk kamu berdua?
Sekarang ni nasib budak ni bakal jadi isu. Apa pandangan orang luar bila tahu
dia anak luar nikah? Waktu kau masih jadi isteri orang pulak tu? Lepas tu boleh
pulak kau hasut Fit supaya rahsiakan hal ni bila dia nak bertanggungjawab.
Kalau dia anak perempuan macam mana? Nak kahwin bukan aku boleh wali.
Astaghfirullah. Fikir tidak reti pakai otak!”
Mengucap lagi Harris. Dia
cuba bertindak matang sejajar dengan umur mereka bertiga. Janganlah syaitan
ikut rasuk dia macam Fitri dan Balqis. Walaupun rasa macam nak tetak saja dua
manusia ni. Bodoh!
Balqis makin kuat
menangis. Ya Allah! Rasa diri sarat dengan dosa. “Qis tak sanggup nak hadap.
Ampunkan Qis…. Qis tak tahu nak buat apa… Lebih baik Qis bunuh diri aje!”
“Bodoh!” Mencanak lagi
marah Harris.
“Bertaubat Balqis! Taubat
nasuha!! Ya Allah! Janganlah cetek akal sangat! Tak cukup dosa zina nak tambah
lagi dosa bunuh diri!” Marah betul dia dengar Balqis sampai nak cabut nyawa
sendiri. Argh! Dirobek-robek hati dia. Balqis. Wanita yang dia sangat cinta
sepenuh hati!
Ya Allah! Kuatkan imanku
pada dugaan ini.
“Jaga dia Fitri. Jaga dia
untuk aku. Didik dia dan cinta dia lebih dari cinta aku. Aku mohon kamu berdua
taubat nasuha. Minta ampun dari Allah. Aku cintakan dia Fit. Cinta
sangat-sangat…” Harris tidak mampu sembunyikan air matanya. Mulut cakap pada
Fitri tapi pandangan masih kekal pada Balqis. Biarlah Balqis nampak. Biarlah
Balqis tahu betapa kecewanya dia pada isterinya.
“Sakit sikit pun aku
tidak sanggup Fit. Sampai macam ni pun aku tidak mampu angkat tangan. Aku kecewa
sangat. Marah tapi aku memang tidak mampu nak pukul dia walaupun aku kecewa
atas apa yang dia buat…”
“Aku cintakan dia Fit.
Cinta sangat-sangat. Tolong jaga dia untukku.” Kali ni dia taut pandangan pada
si kawan baik. Mungkin ini kali terakhir dia dan Fitri bertemu. Dia tidak mahu
lagi tengok wajah-wajah yang telah khianat kepercayaannya.
“Aku ceraikan Nur Balqis
binti Ahmad dengan talak satu.”
“Apa mimpi pula kali ni?”
tanya Wan. Sudah hampir dua minggu Harris berkampung di rumah mereka suami isteri.
Sudah tidak tertahan hatinya ingin menyoal si cucu. Dia bukannya macam si
suami. Sejak kes Marsarah kecewa sampai balik UK. Tok memang sudah enggan ambil
peduli atau nasihatkan Harris.
Mentang-mentang Marsarah
dan Hannah sudah tidak tinggal di situ. Rajin pula datang singgah. Siap
bermalam lagi! Tapi kali ni yang peliknya bermalam tanpa si Balqis. Entah di
mana lagi cucu menantu seorang tu. Ni mesti kes bergaduh bila sampai dua minggu
bermalam di rumah mereka.
“Mimpi apa pula Wan?”
tanya Harris lemah. Ni sah Wan nak dia buka mulut. Bukan dia tidak tahu gaya
Wan yang memang sudah lama tunggu dia beritahu hal sebenar.
“Bila Harris mula rajin
bermalam sini. Wan dah tak heran. Tapi selalu dengan Qis. Ni mana pula cucu
menantu Wan lagi seorang tu? Bergaduh?”
Bukan setakat bergaduh
Wan. Siap bercerai lagi tu. Tapi Harris masih belum bersedia nak buka mulut.
Hal Marsarah dan Hannah pun belum reda lagi marah dua orang tua ni padanya.
“Kalau isteri tu keras
kamu pula jangan ikut sangat kerasnya. Bersabar sikit asal jangan sampai isteri
naik kepala. Tapi kalau dah dua-dua utara dan selatan macam ni sampai bila nak
selesai? Cukuplah seorang yang di UK tu. Ke tak habis lagi cemburu Qis pada
Sarah?”
Argh! Wan ni nasihat pun
sempat lagi tambah rasa bersalahnya pada Marsarah dan Hannah. “Sarah tiada
kaitan pun kali ni…”
Wan geleng kepala. Secara
tak langsung ayat Harris sudah memberi jawapan. Bergaduh dengan bini kesayangan
dialah tu!
“Eloklah. Kalau Sarah
yang dibuang laki tu pun masih lagi dicemburu. Tak tahulah tahap pembawaan
budak si Qis tu.” Harris toleh tepi. Kalau dah ayat pedih ulu hati macam tu
memang tiada lain dari Tok dia la! Tidak sangka Tok pun pasang telinga!
“Tok… Bukan sebab
Sarahlah.”
“Apa-apa sajalah. Kali ni
janganlah nak libatkan Sarah lagi.” Beritahu Tok sambil ikut duduk di ruang
tamu bersama dia dan Harris. Sunyi saja rumah besar tu. Dulu ada Hannah ada
juga penyeri buat mereka berdua. Sekarang suram aje memanjang. Hanya tunggu
anak dari Balqis saja untuk ubat rindu mereka pada Hannah.
“Sebenarnya semalam Sarah
telefon Wan dan Tok…” Wan yang duduk sebelah Harris bersuara. Tangan cucunya
dipegang. Cucu yang mereka suami isteri jaga bersama anak menantunya.
Harris mula tidak sedap
hati. Gaya Wan macam nak cakap sesuatu buruk saja. Badan ditegak memandang Wan.
“Ada sesuatu berlaku pada Sarah dan Hannah ke Wan?” Dia bukannya tahu sangat
pasal Marsarah dan Hannah. Sejak Marsarah tinggalkan mereka, dia tidak pernah
lagi hubungi anak bininya tu.
“Tok…” Harris mula
inginkan jawapan dari Tok pula bila Wan berat hati nak jawab.
“Sarah tanya dia lama
lagi ke proses penceraian kamu berdua. Dia nak tahu status dia. Tok nak tanya bila
kamu berdua plan nak bercerai? Kenapa tak beritahu kami pasal ni?”
Harris terdiam seketika.
Tok dan Wan memang tidak tahu Harris dan Sarah sampai nak bercerai. Tapi
sekarang ni bukan dia dan Sarah tapi dengan Balqis. Siap siap lafaz talak lagi.
“Harris… sebenarnya
ikutkan Wan, Wan memang tak nak Sarah dan Harris sampai bercerai. Kalau
bercerai putuslah hubungan Sarah dengan kita. Sarah dah tidak boleh tinggal
sini kalau dia balik Malaysia. Hannah pun akan semakin jauh dengan kami…
Walaupun Harris tak sayangkan Hannah tapi kami yang tolong jaga Hannah sejak
lahir. Wan sayang cicit Wan seorang tu…”
Harris menunduk.
Terhenyek dengan kata-kata Wan. Teruk betul dia sebagai daddy. Nampak sangat
dia lebihkan Balqis berbanding anak kandung sendiri. Sampai nenek sendiri fikir
dia tidak sayangkan Hannah!
“Harris sayang Hannah.
Darah daging Harris tu…”
“Tiada Balqis bolehlah
Harris cakap begitu. Depan isteri kesayangan kamu tu haram mulut tu terkeluar
cakap sayangkan Hannah. Tidak disuka ibunya sampai anak pun kena tempias
sekali. Ikutkan Tok ni memang Tok tidak harapkan Sarah tu masih nak dekat kamu
ni! Bebal betul!” arah
Ni kalau Tok tahu dia dah
ceraikan Balqis yang berzina belakangnya mahu sakit jantung Tok yang masih
sihat walafiat ni.
“Macam yang Sarah tulis
dalam surat. Harris sendiri yang akan hubungi dia pasal cerai. Harris akan turut
cakap dia. Harris takkan hubungi dia maknanya dia masih isteri Harris. Harris
cuma nak Wan tolong beritahu Sarah. Harris minta masa betulkan semuanya. Harris
nak beri ruang untuk kami semua buat sementara waktu.”
Tok geleng kepala.
Genetik manalah Haris dapat perangai keras kepalanya ni!
Tahu Tok memang tengah
angin dengan keputusannya. Tapi kalau boleh selamatkan hubungan mereka. Dia nak
cuba sekali lagi. Bila dengar kata cerai rasa berat hati nak berpisah selamanya
bersama Sarah. Lagi dengan permatanya hatinya, Hannah!
Tapi mahukah lagi Sarah
padanya?
Marsarah merenung jauh.
Tenang sungguh tempat tinggal datuk dan neneknya ni. Dipandang Uncle Chris yang
bermain dengan Hannah. Hampir tiga tahun mereka tinggal bersama dengan keluarganya.
Walaupun berlainan agama, mereka tetap jaga dia sebaik mungkin.
“Sarah okay” Aisyah
menyoalnya lembut. Dipandang wanita yang lemah lembut saja setiap kali bertutur
dengannya.
Anggukan dan senyuman
manis dibalas pada Aisyah. Tidak okay sebenarnya. Ada sesuatu yang menganggu
fikirannya.
“I know you’re not okay. Tapi ada apa-apa jangan lupa minta
dipermudahkan. Kalau rasa tidak terluah pada manusia. Allah sedia mendengar.”
“Thanks Aisya…”
Banyak Marsarah belajar
dari Aisya. Seseorang yang dibawa oleh Uncle Chris kepadanya untuk belajar
agama di bumi asing tersebut. Uncle Chris memang akur pada Tok untuk jaga
agamanya dan Hannah. Sanggup cari orang bantu dia mencari hala tuju agamanya
mengantikan Tok dan Wan.
You
don’t have to be malay to become a muslim.
Itu pesan uncle Chris
bila dia utarakan suara hati yang dia risau tiada Tok dan Wan didik dia. Dia
tiada siapa-siapa pun yang beragama islam bersama pada awalnya. Neena pun tidak
dapat ikut bersama sebab halangan keluarganya. Tapi satu-satunya pakciknya ni
memang sayangkan dia. Sanggup juga cari orang Malaysia untuk bantu dia.
“Sebenarnya Wan memang
tak nak menyusahkan Sarah. Tapi Sarah tahukan Tok memang sayangkan Sarah dan
Hannah. Cuma itulah. Tok tidak larat jalan jauh.” Sayu hati Sarah dengar. Bila
soal Tok dan Wan memang dia selalu kalah. Mereka banyak bantu dia dan didik dia
sampai dia tidak sanggup nak menolak.
Masalah sekarang soal
hati sendiri. Takut terserempak dengan Harris dan Balqis. Hampir tiga tahun
tidak bersua. Takut kebahagian yang masih dicari akan terus lebur melihat
keluarga bahagia Haris dengan anak-anak bersama Balqis.
“Wan tanya kalau Sarah
boleh balik Malaysia. Tok sakit sekarang. Tok rindu nak jumpa Hannah dan Sarah…
Cuma itulah. Sarah takut. Takut terjumpa Harris dan Balqis. Lagi tidak kuat
tengok layanan Harris pada anak-anak Balqis. Nanti apa pula Hannah akan tanya
Sarah.” Selama ni puas dia sogok daddy Hannah sayangkan dia.
Setakat ni hanya gambar
Harris sebagai peneman dan petunjuk bahawa dia ada daddy. Apa perasaan Hannah
bila tahu daddy tidak pernah sayangkan dia?
Hati Marsarah mula
dipagut sayu. Sedih setiap kali fikirkan soal anaknya.
“Tapi Sarah sayangkan Wan
dan Tok, kan?”
Sarah mengangguk pada
soalan Aisya.
“Demi orang tua yang
banyak pertahankan dan didik Sarah. Aisya rasa biarlah Sarah sabarkan lagi
untuk kali ni. Takut tidak bekesempatan. Nanti Sarah menyesal seumur hidup.
Pasal Harris biarlah Allah yang tentukan. Insya-Allah kalau niat Sarah baik,
Allah akan permudahkan.” Dan Sarah sangat bersyukur pada Allah. Mungkin dia
tidak dapat cinta dari suami tapi dia dapat rasa cinta Allah. Cinta Allah yang
banyak permudahkan dia mendekati islam.
Bila Tok, Wan dan Neena
tidak lagi bersama dengannya. Allah permudahkan urusannya mengaji pasal islam melalui
Aisya. Kali ni dia memang tidak lagi berharapkan cinta Harris. Allah sudah
kurniakan dia ‘cinta’ orang sekelilingnya yang banyak mendekatkan dia pada
cinta ilahi.
“Terima kasih Aisya.
Terima kasih sebab banyak bantu Sarah selama ni. Dah setahun Aisya habis
belajar. Sarah rasa ada baiknya Aisya balik dengan keluarga di Malaysia. Sarah
bukan menghalau tapi Aisya pun ada tanggungjawab dengan ibu bapa selagi mereka
masih hidup.”
Aisya senyum. “Aisya tak
pernah pun rasa susah. Perubahan Sarah atas usaha sendiri. Aisya hanya
mendorong saja. Macam nilah. Kita balik sama-sama nak?”
Lain debaran kali ni.
Tapi Marsarah gagahkan diri melangkah bersama Hannah mendekati pintu rumah.
Pagar rumah yang sememangnya terbuka terus saja dilangkah masuk.
Salam yang diberi kini
dibalas dari dalam. Marsarah tersenyum. Dia dapat cam suara Wan yang membalas
salamnya tadi. Tidak sabar pula dengan kejutan kali ni.
“Allahuakbar!! Sarah…”
Wan tekup mulut. Tidak sangka kemunculan Sarah bertudung depan rumahnya selepas
beberapa tahun.
Rindunya! Ya Allah! Sarah
sendiri tidak mampu halang air matanya. Tangan tua Wan dipaut. Dia tunduk
memberi salam tapi Wan laju mendakap tubuhnya. “Rindunya Sarah pada Wan…”
“Ya Allah. Cucu aku… Terima
kasih Ya Allah…” Pelukan Marsarah dilepaskan. Wan tatap wajah manis Marsarah
sambil memaut pipi wanita tersebut. Rindu dengan telatah manja Marsarah yang
selalu serikan rumah mereka.
“Wan…” Suara kecil dari
tepi menarik perhatian Wan.
Wan tersenyum kecil
sebelum duduk mencangkung depan Hannah. Hannah pun sudah besar. Comel dan
cantik. Tapi lebih kepada rupa paras Harris berbanding Hannah. Dipeluk erat
cicit kesayangannya.
“Wan pun rindu Hannah.”
Hannah pun balas pelukan
Wan. Dia kenal Wan walaupun takut-takut. Selalunya hanya video call saja menghubungkan mereka. Ataupun Wan dan Tok datang
melawat dua tahun sekali. Tapi sejak tahun lepas Wan tidak lagi datang sebab
Tok tidak sihat.
“Wan… Tok mana?” tanya
Marsarah.
“Tok dalam bilik. Baring.
Tidak larat nak jalan sangat. Jom Wan bawa jumpa Tok. Beg tu biar aje situ.
Nanti Wan suruh orang bawa masuk.” Tangan Marsarah dan Hannah dibawa masuk ke
dalam rumah. Wan tidak sabar nak tunjuk cucu menantu dan cicit kesayangan pada
suaminya. Tidak sangka tercapai juga hajat Tok nak jumpa Sarah dan Hannah.
Marsarah pandang
sekeliling bilik lamanya. Tidak banyak yang berubah. Hiasan pun masih lagi
sama. Baju-baju yang ditinggalkan pun masih lagi tersusun cantik dalam almari.
Katil ketika Hannah masih bayi pun masih terletak.
Bingkai gambar
pernikahannya bersama Harris ditarik. Diusap gambar yang menjadi penemannya.
Cantik tersusun bersama gambar bersama Hannah atas meja sebelah katil. Gambar
ketika dia baru saja habis bersalinkan Hannah. Yang tiada gambar bertiga saja.
Sedih! Dah hampir lima tahun usia Hannah tapi satu gambar keluarga pun tidak
pernah ada.
Agaknya macam mana rupa
Harris sekarang ni? Fikirnya.
Gambar kahwin dia dan
Harris ditatap. Tersenyum kecil melihat rupa kelat Harris. Dia pulak yang
tergedik-gedik peluk pinggang suaminya. Waktu tu rambut hitam lagi semata-mata
nak nampak melayu sikit. Jadi dia sanggup hitamkan rambut yang aslinya perang.
Senyuman terukir melihat
wajah kacak suaminya. Suami. Nafkah zahir masih diberi. Dia masih lagi suami
lelaki tersebut. Pesanan yang dititip oleh Wan masih segar. Harris kata kalau
dia masih belum hubungi Marsarah sendiri makna Sarah masih lagi isterinya.
Tapi mungkin ada hikmah
juga kehadirannya ke Malaysia. Mungkin ini langkah untuk pengakhiran mereka
berdua. Dia bukannya terdesak nak cari lelaki lain ataupun tawar hati menanti
cinta Harris. Lebih kepada biarlah dia bebas tanpa pegang status seorang
isteri.
Marsarah turun dari
katil. Tadi lena dia tertidur. Niat sekadar nak lelapkan mata sementara
tidurkan Hannah. Bila bangun, Hannah pun dah kosong disebelah. Mungkin Wan yang
angkut bawa ke bawah.
Melangkah ke tingkat
bawah. Suara Hannah bergelak ketawa menceriakan rumah besar Tok.
“Ya Allah Hannah!” jerit
Marsarah. Terkejut tengok si kecil yang seronok main dalam kolam.
“Mommy! Mommy come!” gamit si kecil. Galak sangat tepuk air kolam.
Dei! Anak dia ni tenaga bateri Energizer
betulllah!
“No!
Haish! Mommy pergi ambil towel.
Hannah naik sekarang.” Mengeluh Marsarah.
Tambah jetleg tengok semangat anaknya terjun kolam ni!
Harris yang turut berada
dalam kolam tersebut hanya dibiarkan. Ni seorang pun bertuah betul bawa anak
dia masuk dalam kolam!
Bila dia turun semula ke
bawah. Kakinya terhenti di pintu gelongsor. Tersentuh melihat permandang depan
mata. Permandangan yang sudah lama dia idamkan. “Terkejut Harris tadi nampak
Hannah dan Sarah dalam bilik. Bila Hannah terbangun. Itu yang bawa main sampai
sekarang.” Wan sebelahnya bersuara.
Marsarah mengeluh kecil.
“Kadang Sarah takut kejadian macam ni berlaku. Takut Hannah tidak dapat terima
bila tahu Harris tidak pernah pedulikan dia...”
Bahu Marsarah ditepuk.
Trauma Sarah ni… Trauma ditinggalkan Harris sampai takut Hannah alami benda
yang sama.
“Berdoa dengan Allah.
Semoga bahagia bersama Hannah dan Sarah.” Itu saja yang mampu Wan titipkan.
Sukar ditembak apa yang berada dalam fikiran Harris. Dulu Balqis dah siap
beranak baru tahu Harris dah ceraikan Balqis sebab curang. Kata nak betulkan
dengan Sarah tapi sampai sekarang dia masih tidak nampak usaha untuk mendekati
Sarah.
“Qis datang sekali?” Marsarah
tukar topik. Tak nak layan perasaan lebih-lebih.
Wan geleng kepala.
“Harris seorang saja.”
Marsarah mengangguk.
“Kebetulan pula datang time dia
singgah rumah Wan.”
Jodoh Marsarah dan Harris
untuk dipertemukan hari ni. Hati tua Wan bersuara. Sarah tidak tahu memang
Harris tinggal di situ bersama mereka.
“Sudahlah. Jangan fikir
sangat. Buat sakit kepala saja.”
Marsarah mengangguk. Dia
pun tidak mahu tapi kerap saja kepalanya terganggu. Dibawa diri mendekati
Harris dan Hannah. Keduanya duduk di tepi kolam. Ketawa sampai langsung tidak
sedar dia sudah lama berada di situ.
“Mari dekat mommy…”
Hannah diamit agar mendekatinya.
“Nak daddy lap…” Tanpa
disuruh, Hannah terus peluk tubuh daddy kesayangannya. Takut sangat Marsarah
jauhkan diri dari Harris.
Bibir Marsarah dikepit.
Menyabarkan diri. Mengada-ngada pula puterinya ni. Lagi sakit hati tengok
senyuman kemenangan Harris.
“Biar I yang buat.”
“Suka hatilah. Ni tuala
dia. Yang ni you punya.” Dua helai tuala dihulur. Tapi Harris sekadar ambil
satu untuk lap badan Hannah. Itu bagi sampai dua mesti nak cabut terus dari
situ. Memang tidaklah dia nak ambil!
“Pegangkan tuala I dulu.”
“I nak tolong Wan. Peganglah
sendiri. Dah siap lap. Bawa Hannah ke bilik. Nanti I pakaikan baju.” Tuala
Harris diletak atas bahu lelaki itu. Ingat dia nak bertunggu tangga situ. Sorry! Ni bukan Marsarah yang suka
mengedik macam dulu lagi!
“Garangnya mommy kan Hannah?” Sempat telinga Marsarah
tangkap soalan Harris pada Hannah. Mujur Hannah hanya ketawa kecil. Kalau dia
pun iyakan memang nak kena dua orang tu!
“Kalau Harris nak
kembali. Sarah nak bagi peluang?”
Marsarah pandang Wan.
Tawa kecil timbul dari bibir kecilnya. “Peluang apa Wan? Harris yang patut Wan
tanya. Bukan Sarah.”
“Ada lagikah peluang
untuk perempuan macam Sarah ni?” Soalan untuk diri sendiri. Marsarah hela
nafas. Enggan dibuai rasa sedih.
Giliran Wan pula terdiam.
Enggan lagi mengulas lebih lanjut. Marsarah yang mengalah. Harris dengan keras
kepala. Elok sangatlah! Dia masuk ke dalam ruang tamu semula bila Tok
memanggil. Tinggal Marsarah saja di dapur seorang diri.
Ikan yang tengah disiang
menjadi tatapan. Dulu waktu zaman kegedikkan. Memang tidaklah Marsarah nak
sentuh ikan hanyir macam ni. Sejak tinggal dengan Tok dan Wan barulah mula
berjinak sikit masuk dapur. Dulu belajar juga dari arwah mama Harris. Tapi
sekejap saja, sekadar masak makanan kegemaran Harris.
Sekarang dapur ini aku
punya. Lagi sejak tinggal dengan atuk nenek dan Chris, memang Chris mampu upah
chef islam. Tapi Sarah lagi suka masak sendiri. Dapat rasa air tangan masakan
melayu arwah mama dan Wan.
“You masak apa?”
Tegak badan Sarah
terdengar suara bisikan Harris ditelinga. Marsarah telan liur. Terasa bahang
badan Harris yang terlalu dekat dengannya.
“Masak apa ni?” bisik
Harris lagi.
“Kari… er… Kari kepala
ikan.” Tergagap suara Marsarah menjawab. Cis! Harris macam saja nak uji dia.
“Resepi arwah mama?”
Angguk.
“Thanks sayang. Dah bertahun tak rasa. You tahukan cuma you seorang
saja tahu resepi tu.” Ikhlas suara Harris memuji. Memang hanya Marsarah seorang
saja yang sempat belajar dengan arwah mama.
“Err… ya. Welcome.” Argh! Marsarah tidak mampu nak telan
ayat belakang tu. Hanya ‘Thanks sayang’
saja berkali-kali bergema dalam telinga. Apa kena dengan orang tua ni?
Senyuman yang ditahan mula
terukir. Lucu dengan telatah Marsarah yang nyata nak jauhkan diri dari dia.
Cukuplah Marsarah. Cukup hampir lima tahun dia bazirkan masa abaikan Marsarah
dan Hannah. Kali ni Harris tidak akan sesekali jauh dari anak isterinya.
“Can you please move aside. I rimaslah nak siang ikan dengan you
sekali melekat dekat sini. Duk sana dengan Hannah. Kacau aje.” Bukan rimas
sebab bau tapi renungan Harris pada mukanya. Ni rosak mana-mana ke muka aku
sampai nak tenung macam tu?
“Mari I tolong supaya
cepat.”
“No! Jangan nak buang tabiat. Masuk dalam.” Sarah mula berpusing.
Lantaklah tubuh mereka yang rapat. Selagi tidak dihalau mahu juga Harris
berdegil.
Harris tersenyum. Mata Marsarah
dipandang. Garang! Dicium pipi Sarah selamba. Geram sangat! Sabarlah hati. Isteri
tengah marah-marah merajuk sayang.
“Biar I tolong.” Lengan
baju melayu disising ke atas. Sebilah pisau ditarik dari sebelah singki. Seekor
ikan diambil dan dia mula siang. Marsarah masih lagi kaku lepas dicium. Tahu
pula senyap bibir merah tu.
Marsarah mengeluh kecil.
“I tak nak isteri you marah Harris. Bagi I peluang untuk bernafas dan bahagia
dengan apa yang I ada.” Perlahan suara Marsarah meluah rasa.
Kenapa perlu sentuh
hatinya? Bukan senang dia jaga hati yang sudah luka berdarah.
Tangan Harris berhenti
bergerak. Hati tersentuh dengan luahan Marsarah. Dia nak luahkan. Tapi… tapi
takut Sarah fikir lain pula. Sebab tu dia ambil masa bertahun untuk memberi
‘ruang’ pada mereka.
“I masuk dulu. Lepas
siang ikan panggil I. Nanti I masak.”
“Marsarah pun isteri I.
Ibu kepada anak I… Salahkah I bahagiakan you?”
Terhenti langkah Marsarah
dengan soalan Harris. “Bahagia I? Entahlah Harris. Lepas apa yang berlaku…
Adakah lagi bahagia I pada you?”
Marsarah terus berjalan
keluar dapur. Wan yang pandangnya pelik hanya dibiarkan. Biarlah Wan tengok air
matanya. Biarlah Wan tahu apa yang berlaku.
Sekurangnya Wan akan
faham…
Memang tiada lagi peluang
antara Sarah dan Harris.
Awkward! Lepas beberapa tahun boleh pula terjumpa isteri tersayang
Harris ni. Balqis ambil tempat duduk tepat depan restoren. Tidak sempat dia nak
buat u-turn keluar semula. Siap nama penuh Balqis sebut namanya sampai
terteleng pelangan lain tengok dia.
Haih! Tidak pasal mesti ada
seorang dua cam dia bekas pelakon dulu. Balik Malaysia ni puas dia elak diri
dari media.
Marsarah jeling sambal
belacan yg terletak elok atas meja makan. Menyengat bau belacan menyakitkan
hidungnya.
Perasan pandangan mata Marsarah,
Balqis angkat menjauh ke tepi. Tahu Marsarah memang alergik bau belacan. Pedas
tu dia boleh terima tapi bab bau belacan boleh sampai migraine.
Tapi automatik badan Marsarah
menegak. Masih lagi trauma kenangkan Balqis pernah simbah benda yang paling dia
alergik tu ke mukannya. Sumpah sampai sekarang dia benci belacan!
"Its okay. Qis cuma nak jauhkan ni dari Sarah."
Marsarah tersenyum kelat. Obvious sangat agaknya dia tidak suka
benda alah tu.
"Sarah sihat?"
"Alhamdulillah."
"Hannah?"
"Same."
Jeda. Senyap balik pula.
"Err... cantik Sarah
pakai tudung." Puji Balqis ikhlas.
Cantik aku pun. Kau juga
yang laki aku pandang. Balas Marsarah dalam hati.
"Thanks. You buat apa sini? Ni mesti anak you dan Harriskan...
Comel." Puji Sarah pada si kecil yang sibuk bermain dengan makanannya atas
meja.
"Err. Haa... you dah jumpa Harris?"
Marsarah dah agak mesti
Balqis mula tergugat. Anggukan diberi. "You jangan risau. I takkan tuntut
apa-apa dari dia. Jumpa pun kebetulan dekat rumah Wan sekali masa I datang melawat.
Itupun baru sampai Malaysia hari tu."
Balqis tersenyum pahit.
Nampaknya Marsarah belum tahu apa-apa lagi. Sebab apa Harris masih rahsiakan
dari Sarah?
"Hai... Sarah?"
Terkejut Fitri melihat kawannya sejak kecil. Jauh berbeza penampilan Sarah!
Marsarah tersenyum kecil.
"Hai! You guys ada janji temu?" Argh! Kalau Fitri ada haruslah dia
angkat kaki. Sebab maknanya Harris pun datang sekali dengan kawan baiknya ni!
"Lunch sini jugak. Bila you balik Malaysia?" tanya Fitri yang
masih terkejut dengan kemunculan Sarah. Lama tak jumpa kenalan dari kecilnya
ni.
"Baru jugak. Err... I
nak baliklah. Kesian pula Hannah dah mengantuk." Mujur Hannah pun letih
pusing KL dari tadi. Ada juga alasan nak lepaskan diri.
Balqis dan Fitri hanya
mengangguk. Hanya menghantar Sarah dengan pandangan mata mereka.
"Sarah dia..."
Fitri tidak tahu nak cakap macam mana tapi dia rasa macam Sarah tidak tahu
apa-apa lagi yang berlaku.
Balqis geleng kepala.
"Tak tahu. Sarah tak
tahu lagi. Qis rasa Harris tak cakap apa-apa pun dekat Sarah." Sampai
macam tu sekali Harris pilih laluan hidup antara mereka dan Marsarah. Air mata
yang mengalir diseka kecil.
"Syyuhhh sudahlah. Jangan fikir lagi." Faham dengan keaadan Balqis
yang cepat tersentuh ketika mengandung. Dulu arwah anak pertama mereka pun
macam tu. Sikit-sikit lagi menangis kenangkan dosa yang terpalit dan cinta yang
kecundang.
“Okaylah Neena. Buat
sementara waktu ni I masih boleh lagi.” Risau sangat si kawan ni. Entah
apa-apa! Bukannya dia tidak pernah melalui hidup dikejar wartawan ni. Dulu
seolah menjadi rutin Marsarah Hudson yang perangai penuh kontroversi.
“Tapi Hannah sekarang dah
besar. Kau ni Sarah. Nak cakap bodoh belajar sampai luar negara…”
“Sebab Hannah dah
besarlah I pilih duduk rumah aje beberapa hari ni. Insya-Allah esok Wan dan Tok
datang tidur sini tolong tengokkan Hannah.”
“Susah betul cakap dengan
orang yang 24 jam betul ni.” Dia bukan nak kongkong Marsarah. Tapi dia kenal
sangat perangai kawan baiknya tu. Terlalu berani dan yakin dengan keputusan
yang dia buat.
“Aku datang tinggal rumah
kau malam nilah. Nanti aku cakap dekat suami aku.”
Ketawa kuat Sarah dengan
cadangan terlebih munasabah Neena tu. Haih! Kawan terlebih prihatin macam ni
pun boleh. “Boleh pula macam tu!”
“Jangan risaulah. Hannah
dah tidur pun. Lagipun tengah hujan lebat ni. You nak datang redah jalan pergi
rumah ni pun satu hal. Jauh! Kalau ada apa-apa I’ll call you. ASAP!”
Neena mendengus. Kuat!
Geram. Tengah Hannah demam panas macam tu pun masih nak berdegil. Kena pula
waktu dikejar wartawan. Entah siapa bertuah betul tangkap gambar Sarah dan
Balqis. Tak pasal kawannya dikejar media.
Bukan senang nak bagi
reda pasal Balqis dulu. Dia sendiri yang alaminya. Puas dia redakan keadaan
memandangkan Chris dah seret Sarah balik UK. Sekarang ni senang-senang saja
Balqis rosakkan semuannya.
“Ingat. Apa-apa berlaku
cepat-cepat telefon aku. Susah sangat telefon suami kau tu. Sekali sekala bagi
sedar sikit ada anak bini lagi satu yang kena jaga. Jangan nak hadap aje bini
kedua tu.”
Sarah tersenyum kecil.
Dengki betul Neena pada Balqis. Antaranya sebab kes kononnya dia cuba goda
suami orang. Haih! Padahal dia lagi bertahun kenal Harris. Lagi awal nikah
dengan Harris. Tapi lepas diserang dulu semua tuduh dia perampas, perempuan
simpanan dan macam lagi. Itu yang tambah Neena meradang.
Lepas berbual dengan Neena.
Sarah ke dapur. Tengah hujan lebat ni sesuai sangat makan Maggie panas. Baru
rasa lapar bila Hannah mampu tidur. Itupun kesan ubat. Kalau tak sibuk meracau
cari daddy. Macam mana nak cari nak oi! Nombor telefon daddy pun mommy takde. Kalau ada pun sepuluh kali
fikir sebelum telefon. Kenangkan sejarah belacan dan madu tu. Baik tak payah!
Bell rumah berbunyi. Eh!
Tidak mungkin Neena betul datang. Kakinya terhenti depan pagar rumah memandang
gerangan yang tekan loceng pagar.
“Open
the gate!” Jeritan Harris terus
mengejutkan Sarah dari lamunan.
Terkocoh-kocoh dia tekan
alat penggera pagar rumah. Harris yang masuk semula ke dalam kereta memandu
masuk dalam rumah. Semua langkah si suami hanya dipandang dari depan rumah. Ni
apa mimpi pula?
“I try to reach you. Kenapa payah sangat angkat call I?!” Tidak sedar badan dah basah lencun masih ada hati lagi
nak membebel.
“You buat apa datang
sini?”
Satu nafas ditarik. “I
nak tengok Hannah. Heard about her.”
“Dia okay je… baru tidur.
Pintu warna pink bilik Hannah.” Selamba Marsarah beritahu. Nak tengok
Hannahkan. Tunggu apa lagi? Dia kembali pergi dapur. Perut tengah lapar.
Mengidam nak makan mi segera.
“Err…” Harris yang ditinggalkan mula garu kepala. Macam tu je? Tiada
peluk atau salam macam dulu. Sekurangnya bagilah dia tuala lap badan. Sejuk ni.
Lama juga dia kena hujan tekan loceng tadi.
Bila kelibat isterinya terus menghilang.
Harris harus redhakan diri sendiri. Memang tidaklah Marsarah nak layan dia macam
dulu.
“Ambil tuala dalam bilik
I dulu. Keringkan badan lepas tu baru jumpa Hannah.” Marsarah memang tidak
tahan dari terus abaikan dia.
“Okay sayang!” jerit
Harris bagi sahut arahan Marsarah dari dapur.
“Gila!” bebel Marsarah
sendirian dalam dapur. Magie laksa jadi pilihannya. Yummy! Sampai dua pek
dimasak olehnya. Siap masak magie dia lajukan langkah buat kopi panas. Memang
tambah lapar. Berapa hari Hannah sakit ni dengan dia sekali selera kecundang.
Anak sakit mana ada hati nak isi perut.
“Sedapnya bau…” Harris
hanya bertuala turun ke dapur. Baju sehelai pun tiada. Nak pakai baju Marsarah
tapi satu pun tidak muat. Bau magie Marsarah sejak dia datang tadi memang
mengoda perut. Kejap saja dia jenguk Hannah tadi. Terus ke bawah cari Marsarah.
“Untuk I takde?” soal
Harris bila Marsarah hanya tekun menghabiskan mi sendiri. Tambah berbunyi perut
yang memang sedia lapar. Liur pun makin berkumpul dalam mulut tengok asap
berkepul-kepul naik.
“Sarah…”
“Dalam kabinet tu ada. Masaklah.”
Tiada hati dia nak melayan macam biasa. Rasa bukan kerja dia perlu layan Harris
macam raja.
“Takkanlah I masak
sendiri?”
“Masaklah. Macamlah you
tak pernah masak.”
Pek plastik Magie diletak
semula. Harris bukannya lapar sangat pun. Dia ada makan petang tadi. Sekadar
nak cuba nasib sahaja.
“Kenapa?” soal Marsarah
bila suaminya letak semula pek ke dalam kabinet. Takkan la malas sampai tahap
macam tu. Nak isi perut sendiri kut!
Kepala digeleng. Harris
hanya ikut duduk di meja pulau bersama Marsarah. Lagi kenyang tengok muka
Marsarah yang dah lama diidam. Tiga tahun dia mengidam tengok Marsarah. Setiap
kali rindu mendesak. Dia hanya mampu tengok dari jauh. Halangan dari Chris tiga
tahun lepas hampir menjatuhkan semangatnya.
Bukan sekali dua penumbuk
Chris singgah ke mukanya bila dia berkeras mengejar Marsarah. Semuanya kerana
Chris tidak mahu isterinya kembali sedih semula.
Akhir satu perjanjian
termeterai. Bila sudah tiba masanya. Chris tidak akan halang Marsarah pulang
semula ke tanah air. Waktu itu barulah Harris boleh jumpa bertentangan mata
dengan Marsarah. Sebab Chris nak pulihkan semangat dan jiwa anak buahnya yang
sudah lama pudar oleh Harris.
Syaratnya, Harris dibenarkan
tengok Sarah dari jauh saja. Sesali keputusan yang merosakkan kebahagian Marsarah
dulu dan cuba berubah lebih baik. Jangan nak harapkan isteri saja baik tapi
diri tidak pernah tengok silap sendiri.
Mangkuk berisi mi segera
Marsarah diletak depan Hrarris. “Makan.”
Kening Harris
terangkat. Hairan dengan tingkah isternya.
“I tak kejam
sangat nak biarkan suami I kebulur.”
I tahu. Yang kejam
sini I. I abai anak isteri I bertahun-tahun. Sambung Harris dalam hati. Sebak
kesalkan hati yang banyak dikecewakan.
Mangkuk ditarik
dekat. Harris ambil sikit sua ke mulut Marsarah. “I dah lama nak buat macam ni,”
beritahunya bila Marsarah pandang dia dengan muka pelik.
Mahu tidak mahu
saja Marsarah buka mulut. Lagi pelik dengan sikap Harris yang tersenyum lebar
tengok dia makan. Sudah Marsarah mengunyah barulah Harris suap ke mulut
sendiri.
“You dah kenapa?”
Lepas habis makan
Marsarah mula menyoal. Saat ni memang dia tidak sedap hati. Takut Harris jadi
terlebih baik macam ni. Ingat kenangan lampau apabila Harris jadi baik. Buruk
yang akan berlaku!
“I miss you.”
Rambut Marsarah
disisip ke telinga. Tangan Harris ditolak ke tepi. Rimas dengan sikap pelik
suaminya.
“Jangan main-main
Harris.” Dan jangan kacau hati I.
Haris mengeluh
kecil.
“I really do miss you Sarah. Rindu
sangat-sangat…”
Marsarah hela
nafas kecil.
“Is there something wrong between you and Balqis?”
“Kamu bergaduh?”
“Sebab I pulang
semula?”
Mana Harris nak
mula jawab? Banyak sangat soalan Marsarah. “Bukan pasal Balqis. But I really miss you.”
Tersenyum sinis
Marsarah. “There is no missing Marsarah
or what Harris. Tidak pernah ada cerita antara kita berdua. You mesti gaduh
dengan Balqis nikan? Jangan risau. I tak plan nak tinggal lama di sini pun.
Lepas…”
“Lepas apa yang
berlaku… I nak minta maaf. I knew I
messed everything. Maafkan I Sarah. Maafkan I…” Pangkah Harris. Tidak
sanggup lagi dia simpan semuanya. Tidak mahu lagi Marsarah ambil keputusan
berjauhan.
“Apa ni Harris?
Jangan merepek boleh tak? I nak naiklah.”
Tangan Marsarah
terus ditarik. Enggan Marsarah tarik diri awal. Kalau boleh Harris nak luahkan
dari hati ke hati pada isterinya.
Isterinya di bawa
ke ruang tamu. “I minta maaf tapi izinkan I luahkan pada you. Hampir lima tahun
Marsarah. Hampir lima tahun I pendam semua ni. Please…”
Marsarah menunduk.
Teringat pula rayuan Harris dulu agar izinkan dia bahagia. Macam ni juga
keadaannya. Harris bawa dia berbincang. Merayu padanya. Air mata mula mengalir.
“Kali ni apa pula you nak supaya I dapat bahagiakan you?” Terkeluar soalan yang
timbul dihatinya.
Terkedu Harris.
Baru sedar. Dulu dia pernah merayu macam ni dengan Marsarah. Ya Allah kejamnya
dia merayu macam tu. Badan Marsarah ditarik dalam pelukan. “Kali ni izinkan I
pula bahagiakan you Sarah. Izinkan I bahagiakan Hannah. I tahu bukan senang you
akan maafkan I lepas I kecewakan you tapi…
I mohon peluang untuk bahagiakan you semula. Bahagiakan Marsarah I… ”
Marsarah tolak
badan suaminya. “Bahagia I? Macam mana dengan kebahagiaan you? You tak perlu
letak rasa bersalah tu Harris. I dah cukup bahagia dengan apa yang I ada. You
jaga Balqis dan anak you saja cukup.” Air mata yang turut mengalir di pipi
suaminya dikesat. Marsarah yakin Harris tidak lebih dari sekadar rasa bersalah
padanya.
“I dan Balqis…
kami dah lama… dah lama bercerai.”
Marsarah terkedu.
Dahinya berkerut tidak faham. “Habis tu anak you dan Balqis? Astaghfirullah…”
“I tak pernah ada
anak dengan Balqis.” Argh! Pedih kenangkan kisah bersama Balqis. Wanita yang
satu masa dulu ditatang separuh nyawa sanggup curang dibelakangnya. Sebab
Balqis dia rosakkan semuanya.
“Tapi…” Makin
berkerut dahi Marsarah. Seingatnya dulu sebelum dia tinggalkan Malaysia, Balqis
tengah mengandung.
Harris hela nafas
sebelum mula cerita. “Itu bukan anak I…” Dia tahu Marsarah keliru. Dia tahu
Marsarah pelik. Anak itu hanya sempat lahir beberapa bulan saja sebab masalah
jantung.
Memang bukan anak
dia. Bukan dia tidak cuba membantu tapi bila libatkan derma darah. Dia marah
pada Balqis dan Fit tapi dia tidak kejam untuk bantu anak yang tidak bersalah.
Darah dia dan anak tersebut pun tidak sama. Malah Fit sendiri pernah buat ujian
DNA. Sah anak itu anak Fir dan Balqis.
Pegangan Marsarah
ditarik. Marsarah masih lagi terkejut dengan cerita yang baru sampai ke
telinganya. Tak sangka sejauh itu Balqis dan Fit tersasar. Harris dipandang
seketika. “Jadi I ni... I ni you nak kutip lepas Balqis tidak bersama dengan
you lagi?”
“Sampai tahap itu maruah
I ni? Apa I ni memang perempuan simpanan you saja?” soal Marsarah dengan air
mata yang makin laju mengalir. Kali ni memang dia patah seribu berbanding dulu.
“Tak… tak you dah salah faham Sarah.” Harris
geleng kepala. Marsarah sudah salah sangka.
Marsarah tepis
tangan Harris yang cuba capai jarinya. Ya Allah! “I syukur sangat uncle Chris
halang you dari jumpa I. Sebab I pun tak nak tengok muka you lagi! I benci you
Harris. I hate you!!”
Tanpa tunggu lama Marsarah terus tinggalkan
ruang tamu. Sampai dalam bilik dia terus hambur tangisannya. Mulut Marsarah
ditekup. Mengawal tangisan dan rasa sakit hatinya.
Ya Allah! Apa
khilafnya mencintai seorang Harris? Sejauh itu pandangan Harris padanya. Teruk
sangatkah perangai dia di mata Harris?
“Kenapa sayang?”
Marsarah
mendengus. Pura-pura lagi tanya. Haih! Sakit hati dia.
“Makan jom.”
“Bila you nak
balik ni? I tinggal kawasan perumahan. Nanti bising pula jiran-jiran I!” bising
Marsarah sebelum jiran kawasan perumahannya mula bising dengan kewujudan Harris
di rumahnya.
“I balik rumah
isteri I. There is nothing wrong.”
Marsarah geleng
kepala. Sudah dihalau Harris ni keras kepala. Siap curi-curi duplicate kunci rumah dia lagi! “Salah
Harris. Tiada tahu I pernah kahwin. Cukuplah mereka persoalkan kewujudan
Hannah. I tak nak mereka persoalkan maruah I dan anak I pula…”
Harris yang sedang
sediakan makan malam terhenti. “Sarah…” Tidak suka dia dengar Marsarah cakap
macam tu.
“I dah cukup
bertahan Harris. Tolaklah maruah I atau apa. Tapi I tak tahu sampai mana I
mampu bertahan bila Hannah sekali terpalit. Hannah tidak pernah salah. Hannah
anak sah I… dari perkahwinan sah I. Dia bukan anak luar nikah… ” Kalah lagi
Marsarah dengan air mata depan Harris.
Hilang selera dia
nak makan. Lapar tadi terus hilang entah ke mana. Marsarah atur langkah ke
biliknya semula. Tengok Hannah tidur lagi kenyang dari makan depan suaminya!
Langsir diselak
dari dalam. Masih ada lagi wartawan yang berkampung di rumahnya. Sarah mengeluh
kecil. Hannah yang terbaring atas sofa dikerling seketika. Risau panas si anak
yang tidak kebah-kebah lagi.
Semuanya sebab
Harris! Hannah rindunya si daddy yang melekat saja seminggu ni dengan dia. Bila
Harris masuk pejabat pagi tadi, seharian Hannah bercerewet.
Pening kepala
Sarah. Dia nak keluar beli barang dapur pun terpaksa whatsapp Harris suruh
belikan. Susah nak keluar rumah dengan keadaan macam ni. Dia pun turunkan juga
ego minta tolong Harris belikan.
Sejak Harris mula
berkampung, dia mula jadi buah mulut jiran perumahannya. Harris pun muka tembok
betul keluar masuk rumah dia sesuka hati! Tidak pasal-pasal dia jadi tumpuan
media. Muka pun habis viral di internet. Pakai tudung tapi perempuan simpanan
lelaki kaya!
Cis! Aku pun
kayalah! Tak hadap pun dengan harta Harris.
Sakit hati
ingatkan tuduhan yang dilempar padanya. Benarlah kata Tok kuatkan hati untuk
berubah sebab akan banyak langau yang cuba mengotorkan diri semula.
Sarah kembali ke
sofa. Iphone dibuka. Cuba menghilangkan rasa bosan. Nama yang diseru dari
aplikasi Instagram ditekan.
Dari Harris.
Pengakuan Harris.
Untuk semua.
Sarah mengeluh
kecil. Harris masih enggan beralah.
“Assalamualaikum.
I nak luah sesuatu. Untuk semua tahu. I tahu semua nak tahu pasal hubungan I
dan Marsarah. Buat semua tahu. Sarah isteri I. Budak perempuan yang semua
tertanya-tanya itu Hannah. Anak I. Anak yang lahir dari hubungan yang sah.”
Harris terhenti
seketika. Menunduk.
“Sarah dan I
kahwin atas permintaan arwah mama I. I kenal dia dari kecil. Tapi I tak pernah
hargai cinta yang dia hulurkan. Malah I minta dia rahsiakan perkahwinan ni.
Walaupun dia sedih tapi dia sudi asalkan I bahagia. Lepas tu… I minta lagi
kahwin baru dia izinkan lagi… I tahu I kejam. I kecewakan hati isteri I
sendiri. Waktu tu dia mengandungkan Hannah…”
Perlahan suara
Harris yang mula teresak. Sesal ingatkan bertapa tamaknya dia mencari bahagia
pada derita Marsarah.
“I abaikan
Marsarah dan Hannah. I cuba bahagiakan isteri kedua I. Tunjuk perkahwinan kami
sedangkan tiada pernah tahu I suami Sarah. I memang tidak boleh ceraikan
Marsarah sebab itu amanah untuk kami berdua. Dan kami sayangkan Hannah. Seperti
Marsarah, I nak anak I tahu I daddy dia. Daddy yang boleh dia banggakan tapi I messed everything.”
Sarah tekup mulut
mengawal tangisannya. “Bila jodoh I dan Balqis tidak panjang. I mula sedar. Ini
balasan I yang tamakkan bahagia. I cari Sarah dan Hannah. Untuk semua tahu,
Sarah sebelum ni tinggal dengan keluarga dia di UK. Dapat jugalah sebijik dua
dari Uncle Chris dia.” Harris tersenyum kecil.
“I tak dapat
langsung dekat dengan Sarah. She hurt a
lot. Sampai Chris tidak benarkan I dekat dengan dia. I hanya mampu tengok
dari jauh setiap kali I rindukan Sarah dan Hannah. I nampak betapa dia berusaha
berubah. Sedangkan bila saya jadi pemimpin. I tak bimbing isteri sendiri hingga
dia cari jalan sendiri untuk berubah. I menangis. Menangis dengan kebodohan I.
Bodoh. Kenapa buat dia begini? Sarah, kau kenal dia dari kecil. Kau benci
dengan sikap dia tapi kau tidak pernah bimbing dia jadi lebih baik.”
“Kata Chris.
Jangan harapkan isteri baik kalau diri sendiri juga hilang arah. I minta Chris
tengokkan Sarah. I cari diri sendiri. Cari haluan arah lebih baik. Walaupun I
rindukan Hannah dan Sarah tapi I sedar ini hukuman untuk I. Ini juga jalan
untuk bahagiakan anak isteri I pada masa hadapan.”
“Sayang… I tahu. I
banyak kecewakan you. I banyak hancurkan hati you. I tahu I bodoh. I remukkan
hati yang setia untuk I seorang. Sarah… I minta maaf tapi I memang cintakan
you. Tahu I bodoh sebab lambat sedar dengan perasaan sendiri.”
Sarah tekan dada
yang sakit. Telefon yang masih bersuara sudah jatuh ke lantai. Membiarkan suara
video Harris terus bersuara.
“I mohon sayang…
Izinkan I cuba betulkan keluarga kita. I mohon peluang kedua buat kita. Tolong
abang sayang… I tahu I tak layak tapi… I tak sanggup lagi hilang you untuk kali
kedua…” Sedu Harris tidak lagi tertahan. Bila Marsarah masih marah. Masih
mengelak darinya. Dia buntu. Buntu mencari jalan untuk sebuah kemaafan.
Sarah terus
menangis. Kenapa Harris harus buka aib sendiri? Kenapa Harris sanggup jatuhkan
maruah sendiri untuk dia?
Berbaloikah?
Berbaloikah buat semua ni untuk cinta dia?
Layakkah dia
memberi maaf sedangkan dia bukannya orang baik?
“Sarah… Sarah
sayang...” Badan Sarah digerakkan. Panas! Tidak tahu pula Sarah demam ketika
dia keluar rumah pagi tadi.
“Ris..”
“I ni. Bencikan I
sekalipun kenapa tak cakap you demam?” Geram pula Harris dengan isterinya ni.
Marsarah terus
teresak-esak. Kalut Harris. Alah! Salah tune
ke?
“Hei… hei… I tak marah.. sorry. Sorry...”
Kepala isterinya diusap lembut. Marsarah masih lagi menangis. Malah makin kuat
deras air mata Sarah.
“I hate you! I hate you…”
“Kenapa ni? Syushh... Syushhh... Sorry. I cuma
risaukan you. You demam ni.” Tubuh isterinya ditarik dalam pelukan. Kalut bila
Marsarah menangis macam ni. Kalau Marsarah yang dulu retilah dia pujuk. Tapi
Marsarah yang ni makin tegas. Susah nak tebak hati isterinya.
“You suka buat I
nampak jahat! I hate you… why you have to
do that? Why you makes me crying?!”
Makin berkerut
dahi Harris.
Apa ni?
Uh! Balik rumah
tengok bini menangis terus jadi blur.
Akhir dia terpaksa
biarkan Marsarah habis menghamburkan tangisnya.
“You maafkan I?”
Marsarah geleng
kepala menunduk.
Eh? Bahu Harris
jatuh.
“Susah nak
lupakan…” beritahu Marsarah. Setakat video tu hanya mampu buat dia terharu.
Tapi untuk kembali kepada kehidupan yang dulu tidak mungkin.
Harris mengeluh.
Memanglah. Dia sendiri pun sama. Kalau Sarah susah nak lupakan apatah lagi dia.
Sama aje. Dia yang bodoh buat macam t
“Jangan lupakan Sarah. Jangan lupakan salah I
pada you. I sendiri tidak akan sesekali lupakan perkara bodoh yang I pernah
lakukan pada you dan Hannah.”
“Tidak faham…”
“I akan hidup
dalam rasa bersalah supaya I tidak akan pernah lupa untuk teruskan bahagiakan
you dan Hannah. I cuma nak satu peluang. Peluang untuk I tebus silap I dan
bahagia you dan Hannah.”
Marsarah menunduk.
Jari yang bermain ditarik Harris. Memaut menjadi satu. Dia sekadar membiarkan
saja sambil memandang tangan suaminya. Tangan yang pernah sarung cincin ke
jarinya beberapa tahun lepas.
Perhatian Marsarah
jatuh pada cincin di jari suaminya. Cincin kahwin mereka. Tiada lagi cincin
kahwin bersama Balqis. Dulu cincin ni pernah dilucut demi Balqis. Dan sekarang
kerana Balqis juga dia dipasang semula. Satu keluhan berat dilepaskan.
“I’m sorry. I just… can’t.” Memang berat
untuk dia terima. Air mata dibiarkan saja mengalir semula.
Ya Allah! Berat
sangat silap dia sampai sukar untuk mendapatkan keampunan isteri sendiri. Tubuh
Marsarah ditarik dalam pelukan.“Syushhh…
Its okay.” Enggan memaksa Marsarah terima dia semula jika itu hanya buat
Marsarah menangis semula.
Marsarah rasa
bersalah. Berdosa menolak permintaan Harris.
Tapi…
Dia bukan baik sangat nak terima Harris semula
lepas dibuang dulu. Pandangan Harris. Walaupun jauh berbeza dari dulu. Dia
tetap takut satu hari nanti pandangan itu akan berubah. Membuang dia jika jumpa
yang jauh lebih baik.
“Maafkan I…”
tangisnya.
“It’s okay sayang…”
“I’ll let you stay. But… only for Hannah. Is
it okay?” Tidak adil untuk Harris jika dia halang dari bahagiakan Hannah.
Tapi untuk dia. Bukan sekarang. Marsarah masih belum bersedia untuk hidup
semula dengan Harris.
“Boleh I tinggal
dengan you dan Hannah?”
Marsarah menunduk.
Mengangguk. “But it doesn’t mean…”
“It’s okay I know.”
“Sorry...”
“It’s okay. Itupun dah cukup sayang….”
Mungkin ini hukuman untuk dia. Mungkin juga ini langkah untuk mendapatkan cinta
Marsarah semula. Dia tidak boleh tamak. Tidak boleh paksa Marsarah dari terus
terima dia seratus peratus. Doanya. Lama kelamaan hati Marsarah akan terubat
semula untuk mencintainya semula.
Marsarah rebah
menangis dalam pelukan Harris. Ya Allah jika ini jalan untuk kami berilah aku
kekuatan untuk terima maaf untuknya. Jika ni bahagia untuk kami bukakanlah hati
aku untuk menerima cintanya. Tetapkanlah hati ini hanya untuk dia.
Maaf.
Bukan mudah.
Apatah lagi
melupakan.
Tamat.
Best best👍👍👍
ReplyDeletetak pernah tak best.. sedihnya..kesian sarah..tapi bagus juga kasi pengajaran utk haris..
ReplyDeletesambung pleaseee ��
ReplyDeleteA good story.. A bit sad for d ending.. Overall i love it..
ReplyDeletememang ternanti2 cerpen baru dekat blog ni dan macam biasa cerpen yang tak pernah mengecewakan. tapi kesian dekat harris. 5 tahun dah die dpt pengajaran. sambung pleaseeee ��
ReplyDeletextau nk sokong x harris dan sarah bsama,sarah dah tlalu terluka.anyway gud job writer.
ReplyDeleteKesian sarah😭.. Memang patut pon sarah susah maafkan harris..forgive does not mean forget.. Sbb tulah pakaian tak melambangkan sgt keimanan seseorang..
ReplyDeleteBest cerita ni. Good job writer😊
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBest
ReplyDeletemy poor heart��������
ReplyDeletePelik and citer cam tergantung lastnyer
ReplyDeleteJalan cerita yg menarik...bagi saya pengakhiran yang tergantung itu lebih baik dan tidak perlu diubah...banyak pengolahan dan mungkin boleh ditambah pandangan netizen terhadap marsarah selepas mengetahui kisah yang sebenar:)
ReplyDeleteSaye x tahu berapa kali dah saye bace cerpen nie dan setiap kali tulah saye nangis..
ReplyDeletePertama kali baca. Dah memang meluat dngn puan balqis. Yang tahap mengada ngada. Tambah lag dngn encik haris. Yang berat sebelah lg sy menyampah.. sya harap puan sara takkan perna maafkn haris. Dan segera minta cerai. Padan muka. Biarla sara cari kebahagiaannya sendiri.
ReplyDeleteBtw sis baca dari mula sampaila jumpa titik penamatnya. Airmata sentiasa jadi peneman sis.
Buatlah sambungan lag. Tap pastikan sara bercerai dngn haris. Hahaha
Pengakhiran yg tergantunh
ReplyDeleteCasino Vegas - Mapyro
ReplyDeleteMapyro Hotels & Resorts has 통영 출장안마 15 Casino 거제 출장샵 Vegas Hotels & Resorts in Downtown Las Vegas. Find the BEST prices on Mapyro and 보령 출장샵 other Hotels in 파주 출장샵 Downtown Las 속초 출장샵
up738 fake bags online wq222
ReplyDelete