Friday, November 28, 2014

Bukan Orang Ketiga SE (Andai Bukan Dia?)



Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini? Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.
Cinta. Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.
Coretan demi coretan di tulis ke dalam novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini. Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari. Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan. “Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama. Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki itu.

“Wardah… Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Bersambung...

P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. saya tahu ramai tak suka Zarul jadi watak utama. saya letak storyline yang pertama sebelum saya ubah Zarul jadi watak utama dalam manuskrip.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Sunday, November 23, 2014

Pesta Buku KLCC & shoot video 3rd language

Assalamualaikum,


Hai salam hujung minggu semua.
hari ni nak post pasal alkisah semalam. Kam berempat sebenarnya. tapi yang tiga tinggalkan faz seorang dalam karnival pesta buku KLCCsemalam. huhu.. yang lain tak minat membaca. so tak apalah. yang mereka dah bawa tu pun syukur & happy sangat-sangat. so faz g pusing-pusing karnival kejap sementara yang lain g klcc jalan-jalan. ni hasil buku-buku yang faz beli. banyak lagi yang dah listed nak beli. tapi tiada. huhu...


Bila Hati Berbicara - Anatasya
Suami Sebelah Rumah- Ana Sofiya
Kalau Memang harus begitu - Acik Lana
Yang Selalu Ada- Pena Kayu & Wawa Taufik
Cinta Ada Di Sini. -Sha Ibrahim
lepas dah beli, faz x tunggu lama. sebab kitorang punya next mission ialah recording utk video assgnment third language : mandarin. jadi lepas dah cekup novel. faz terus balik dari karnival.
kami g Central Market atau bahasa lainnya Pasar seni. shoot video mandarin plus jalan-jalan cuci mata. kih...kih..kih

Gambar dekat Central Market. Cantiknya dalam tu. Ramai pelancong lagi.






Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Monday, November 17, 2014

Secebis Cinta Intan bab 2



Pagi tu tahap tekanan perasaan Intan naik satu angka. Hampir semua orang kena sembur olehnya. Semua kerana kalah dapat perebutan projek di kuala selangor tu. kalah projek bukanlah masalah tahap mega baginya. Tapi bila tahu siapa yang dapat projek tu buat dia angin sampaikan Hakimi pun kena sembur. Lelaki tu pun satu. Dah tahu Intan tengah berangin dia boleh pula buat lawak bodoh depan Intan. Memang saja cari naya!
Intan garu kepala yang tiba-tiba saja gatal. Serabut! Berapa hari tak cukup tidur semata-mata kerana projek itu. mengantuk ditambah lagi dengan rasa marah yang mengebut tidak tentu pasal.
Kuat dengusan Intan sendiri. Dia tak suka serabutkan kepala dengan benda remeh.
Tas tangan dikeluarkan dari dalam laci. Intan turut menarik blazer putih miliknya. Dia perlu keluar tenangkan fikiran. Duduk dalam pejabat pun belum tentu siap kerja. Meja setiausahanya di singgah. Memberi pesanan sedikit kepada Suraya sebelum keluar bangunan syarikat. Dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Termasuklah dari Hakimi. Bukan Intan tak tahu yang Hakimi selalu saja korek rahsia dari setiausahanya ni.
Destinasi seterusnya ialah gerai makan tepi jalan tempat selalu dia lepak bersama Hakimi dan Damia. Sebelum sampai ke gerai makan mak angkatnya, dia sempat singgah tandas awam untuk tukar baju lain. T-Shirt biasa dan seluar slack yang memang tersedia dalam boot kereta pakai mengantikan bajunya yang agak seksi.
Kena bebel oleh emak bila pakai baju seksi ni satu hal. Lagi satu, tak pasal terbeliak mata pak cik-pak cik yang singgah pekena kopi secawan di geram mak cik Faridah tu. Intan parkir kereta dia di tepi jalan. Wanita berusia itu berjalan ke luar gerainya sebaik saja melihat kereta Intan berhenti dekat dengan kedainya.
“Assalamualaikum mak.” Tersengih Intan memberi salam pada mak cik Faridah yang dianggap sebagai emaknya.
Telinga Intan dipulas. Salam anak gadis itu sekadar dijawab dalam hati.  “Dah sebulan lebih tak balik ni dah kenapa? Kalau bukan sebab mak telefon sebab. Tiadanya kau nak balik rumah mak kan!”
“Ahhh.... ahhh... ahh!! Sakit mak! Ampun mak. Ampun!” rengek Intan. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. dia cuba juga lepaskan tangan Faridah yang memulas telinganya.
Intan cebik mulut sambil gosok telinga yang pedih dipulas si emak terseyang.
“Ni dah makan ke belum?” Faridah menyoal sambil mencekak pinggang.
Tersengih lagi Intan dengar soalan cepumas tu. Pelahan-lahan dia geleng kepala. “Lapar mak.” Rengeknya manja sambil peluk lengan wanita itu. Kepala siap dilentok pada bahu Faridah. Teknik nak ambil hati tu!
“Tunggu mak kejap. Nak tutup gerai dah ni.” arah Faridah sambil masuk semula ke bawah bumbung. Kerusi dinaikkan atas meja. Anaknya setia saja ikut dari belakang.
“Awal tutup gerai mak.” Soal Intan sambil membantu Faridah kemas meja dan kerusi.
“Tutuplah. Nasi lemak dah habis. Lauk-lauk tu pun dah tinggal sikit. Tak larat mak nak masak banyak macam dulu lagi.”
“Itulah mak. Orang dah cakap balik-balik jangan berjual lagi. Tak nak dengar. Kan bagus kalau mak tinggal saja dengan Intan. Mak dan ayah boleh rehat-rehat selalu... Intan pun boleh makan sedap-sedap selalu...” tersenyum Intan sendiri sambil bayangkan hari-harinya jika dapat tinggal bersama Faridah. Mesti dapat makan sedap-sedap setiap hari.
Belum habis Intan mengelamun segala jenis makanan kegemarannya. Bahunya ditepuk lembut oleh Faridah. “Dah besar panjang malas nak masak! Mak tengok kamu ni dah macam bihun. Putih dan kurus kering.”
“Mak ni... apa pula samakan orang dengan bihun. Tukar topiklah mak ni. Tak best!
Faridah mencebik. “Bukan mak yang tak nak tinggal dengan korang, korang tu yang tak nak tinggal dengan mak. Lagipun sekarang ni tiga-tiga dah tinggal rumah masing-masing. Kalau mak tinggal rumah kamu, sah si Damia dan Hakimi mogok dengan mak.”
“Ala mak ni. Tangkap touching pula. Tinggal sajalah dengan Intan.”
“Bukan mak tak nak Intan. Mak pun rindu nak tinggal dengan kamu bertiga. Tapi kalau mak tinggal dengan kamu. Bosan mak duduk rumah tu. Tiga-tiga selalu sibuk kerja. Terbang sana, terbang sini...”
“Alalala...” tubuh gempal Faridah dipeluk. Intan tidak suka Faridah buat ayat menyentuh perasaan tu.
“Lepas Intan selesai segala urusan. Mak jangan risau. Intan tinggal dengan mak. Intan pun tak larat hari-hari makan nasi bungkus. Nanti Intan kerja je dekat rumah. Boleh?” pujuk Intan. Memang itu rancangan asal Intan, setelah rancangan dia berjaya. Intan akan tinggalkan kehidupannya sekarang. Tinggal bersama Faridah dan Mahmud.
“Mak pun risau Intan. Kamu tu hari-hari makan kedai. Kalau sibuk boleh sampai tak makan. Walaupun mak tak suka rancangan kamu tu, mak harap sangat Intan cepat-cepat selesaikan. Tinggal dengan mak balik.”
Intan sekadar senyum dan mengangguk. Tidak berani nak cakap lebih. Nanti berjela ‘kuliah’ petang dari emak tersayang.
“Tidur rumah mak ke ni?” tanya Faridah.
“Aah. Tapi tidur malam je la. Esok nak kerja.” Semakin rendah suara Intan. Dia paling malas nak ke kerja bila dari rumah emaknya. Automatik badan jadi malas nak ke kerja sebab mak selalu ada untuknya.
“Tak apalah. Nanti bila tak sibuk. Datanglah. Bawa budak dua tu balik sekali. Yang dua tu pun makin jarang balik rumah. Kalau balik pun tak pernah serentak. Haraplah Damia nak balik kalau Hakimi ada. Damia tu jual mahal sangat.”
Tertawa kecil Intan ingatkan kisah Damia dan Hakimi ni. Dari kecil sampai ke besar tak pernah sekufu. Padahal satu rumah tahu perasaan budak dua tu. “Macam ada restu je mak.” Ujar Intan.
“Mak tak kisahlah Intan. Senakal-nakal Kimi tu. Mak yang jaga dia dari kecil sampai ke besar. Mak kenal dia luar dan dalam. Kasih sayang mak pada dia dan Intan pun dah sama dengan kasih sayang yang mak berikan pada Damia.”
Intan setuju dengan Faridah. Kimi nakal dan boleh dicop buaya darat. Tapi dia tahu cinta Kimi hanya pada Damia. Damia saja yang dari dulu sampai sekarang tolak Kimi. Tak tahulah apa yang dia tidak berkenan sangat pada Kimi tu walaupun Kimi tidak pernah berhenti pikat hati Damia. Pada mak dan ayah Damia pun telah diutarakan niat nak memperisterikan anak dara mereka tu. Faridah makin suka bermenantukan Kimi. Lelaki yang dia boleh percaya untuk jaga Damia. Kimi tu cinta mati pada Damia dari kecil lagi.


Balik rumah emak adalah benda yang paling bahagia buat Intan. Semua masakan kegemarannya terhidang. Tutup saja kedai, Intan terus bawa Faridah ke Giant untuk beli barang dapur. Macam-macam permintaannya, semua masakan kegemaran Intan. Faridah pun senang hati masakkan untuk anak manjanya. Tapi bila waktu masak, boleh pula Intan pergi masuk ruang tamu bercerita dengan Mahmud. Bukannya reti nak tolong emaknya masak.  Faridah pun tak kisah. Dia lagi suka sebab bila Intan dalam dapur mulutnya tidak pernah berhenti merengek walaupun benda kecil.
“Mak... orang dah lancar perang sekarang ni.” beritahu Intan. Matanya memandang Faridah yang  selama ini menyayanginya sepenuh hati.
Lemah hembusan nafas Faridah mendengar kata-kata Intan. Dia tidak pernah ajar anak-anaknya untuk berdendam. “Intan...” meleret suara Faridah menyebut nama Intan. Gadis yang sedang baring berbantalkan pahanya dipandang. Rambut Intan dikusap perlahan-lahan.
“Intan tahu mak tak suka... tapi selagi Intan tak buat. Hati Intan masih sakit mak. Intan nak mereka rasa apa yang Intan rasa sebelum ni.” sayu suara Intan. Dia tidak mahu kalah dengan keluarga yang pernah musnahkan kehidupannya sebelum ni. Terlalu lama dia rancang untuk mulakan operasi ini. Banyak yang dia lalui untuk jadi lebih kuat demi melawan keluarga itu nanti.
“Dah tahu mak tak suka, lagi dia nak buat.” geleng kepala Faridah dengan perangai Intan ni. Degilnya kemain!
Intan tersengih. “Mak...” panggilnya lembut.
“Apa sayang?”
“Apa pun jadi dengan Intan nanti. Mak tetap sayang Intan boleh? Mak jangan buang Intan macam lelaki tu buat. Mak jangan pukul Intan macam arwah mama buat dulu boleh?” bergetar suara Intan meminta pada Faridah.
“Ya Allah sayang... Intan tetap anak mak. Mak dan ayah yang jaga Intan, Damia dan Kimi dari kecil sampai ke besar. Sampai bila-bila pun mak tak akan buang anak-anak mak. Jangan cakap macam tu lagi. Mak tak suka dengar.”
Terharu Intan dengar pengakuan Faridah. Baginya Faridah dan Mahmud ialah ibu dan bapanya. Bukan lelaki tu, bukan mamanya. Dia tidak mahu sesiapa mengantikan Faridah dan Mahmud, kasih sayang suami isteri itu melebihi kasih sayang seorang ibu bapa kepadanya.
“Terima kasih mak. Intan sayang mak...”
Faridah tersenyum melihat telatah manja Intan. Rambut panjang mengurai itu diusap lembut.
“Kimi kata isteri papa Intan tu ada dua orang bujang.”
Mencebik Intan dengar. Dia tidak suka dengar gelaran ‘papa’ tu. Sampai sekarang dia tidak pernah sebut hinggakan Damia dan Hakimi pun tidak dibenarkan gelar ‘papa Intan’ depannya. Hanya Faridah dan Mahmud saja yang berani, Intan pun dah jenuh cakap yang dia tidak suka dengar. Suami isteri tu mana pernah ikut cakapnya, tambah lagi Intan memang tak pernah bangkang cakap mak dan ayah angkatnya tu.
Kecualilah bab-bab nak balas dendam tu. Yang tu dia memang berkeras nak buat juga.
“Intan! Mak tanya ni.”
“Iya mak. Ada dua orang hah. Seorang Aneff, seorang lagi Adif. Mak nak pikat yang mana? Nanti Intan tolong pinangkan.” Nak tak nak saja Intan sebut nama dua orang lelaki itu.
Faridah cubit lengan Intan. Nakal! “Untuk mak buat apa. Untuk Intanlah!”
“Hish tak nak Intan. Seorang buaya darat, seorang lagi berlagak. Dah la dua-dua tu anak kesayangan mama mereka tu.” Walaupun dia baru saja jumpa Adif, tapi melalui hasil penyiasatannya  Aneff seperti orang berlagak saja.
“Iyalah tu Intan. Macamlah mak ni tak tahu apa kau nak buat dengan dua beradik tu.”
“Alaa... Nak goda-goda sikit je. Lagipun Intan nak bagi dua beradik tu bergaduh, bukannya nak buat jadi laki pun.”
“Mana-mana kamulah Intan. Mak tegur pun bukannya kamu nak dengar. Dah tidurlah. Esok nak bangun awal pergi pejabat lagi.” Arahnya sambil menepuk lengan Intan agar betulkan cara pembaringannya.
“Mak tidur dengan Intan malam ni? bagilah chance dekat ayah tu jadi bujang sekali sekala.” Pujuk Intan.
Faridah rasa macam nak cubit-cubit je mulut Intan ni. Loyar buruk dengannya memang nombor satu. “Dah tidur. Mak nak tutup lampu dulu.” Nasib dia dah bagitahu suaminya yang Intan pasti akan minta tidur bersama dengannya. Lagipun semua dalam keluar tu memang faham sangat perangai Intan yang nak dia tidur bersama dengan Intan setiap kali anak angkatnya pulang ke rumah mereka. Mahmud pun tahu sangat dengan perangai anak mereka yang paling manja ni. Dari kecil sampai ke besar sama saja perangai manja Intan ni.




Emak dan ayah angkatnya adalah kaunselor yang terbaik bagi Intan. Moodnya kembali normal. Semangat untuk datang kerja tu kembali berkobar-kobar walaupun sakit juga telinganya dengar kuliah emak sebab kes liat nak bangun pagi dan cara pemakaiannya yang terlalu menjolok mata. Mahmud pun geleng kepala dengan perangai Intan yang tak makan saman.
Interkom berbunyi ketika Intan sedang buat senang ringan di kerusinya. Sakit belakang duduk lama menghadap kerja.
“Cik Intan...” laju suara Suraya memanggil sejurus saja Intan menjawab interkom tersebut.
“Ada apa Sue?”
“Encik Aneff Ayman dari Perkasa Group datang.”
Tegak badan Intan dengar nama lelaki itu. Terkejut! Tidak sangka lelaki itu datang ke pejabatnya. “Sue jangan bagi masuk dulu. Awak kira dalam tiga minit macam tu baru bagi masuk.” Kalut Intan memberi arahan. Dia pun tidak terfikir nak fikir apa dalam tiga minit tu.
Berkerut dahi Suraya dengar arahan pelik dari bosnya namun dia terima saja arahan Intan. Kepada Aneff diminta untuk tunggu sebentar dengan alasan bosnya sedang sibuk.
Intan dalam bilik kalut berjalan sana sini sambil membetulkan keadaan bajunya. Dalam hati menyesal juga sebab tidak pakai seksi hari ini. Gincu merah menyala sempat diyalit pada bibirnya. Tubuh badannya dipandang melalui refleksi diri pada cermin besar yang terlekat di dinding pejabat mempunyai rekaan dalaman bertemakan moden itu.
Baju kemeja putih Intan ditegang agar nampak lebih kemas. Dia pusing badan 180 darjah untuk menanti kedatangan lelaki yang dinanti-nantikan. Kononnya nak bergaya semasa berpusing tapi tidak pasal kakinya tersalah pusing hingga kuat suara Intan teriak ketika jatuh terduduk atas lantai. Kebetulan waktu tu juga si Aneff nak masuk diiringi oleh Suraya.
Bibir merah Intan diketap. Sakit mak oi! Dia memegang kaki yang terseliuh. Suraya dah kalut berlari ke tempat Intan terjatuh tadi. Kalut tengok bosnya terjatuh. Aneff pun ikut berlari anak ke tempatnya.
“Cik okay ke?” soal lelaki prihatin.
Intan yang menahan sakit sekadar mengangguk. Dalam hati bertangki-tangki makian Intan menuduh Aneff sebagai pembawa sial kepadanya. Selalu buat aksi pusing penuh gaya tu tak pernah pula dia terjatuh. Depan lelaki ni jugak nak dia terjatuh. Dimaniskan saja muka pada Aneff walaupun sekadar berpura-pura.
Aneff bantu memapah ke sofa dalam bilik Intan.
“Cik Intan nak ke klinik?” tanya Suraya ketika di sofa.
Intan geleng kepala. Dia tidak mahu nampak sedikit pun kelemahan depan Aneff. Kaki sakit boleh tahan lagi.
“Cik Intan pasti?” Aneff pula menyoal. Gaya macam sakit bagai nak rak sampai payah nak jalan masih lagi tak nak ke klinik.
“I pasti. Jangan risau.” Tegas suara manja Intan beritahu.
“Sue.... you ambilkan planner I atas meja. Kemudian sediakan minuman untuk Encik Aneff.” Arah Intan pada setiausasahnya pula.
Suraya akur. Tahu tahap kedegilan bosnya yang dikenali sejak dua tahun lepas ketika dia mula bekerja dibawah Intan. Kalau Intan kata putih, makan putihlah yang harus mereka hadap. Begitu juga sekarang.
So... I ingatkan patutnya pekerja you yang datang. Tak sangka bos besar sudi cemar duli.” Intan pandang mata lelaki itu sambil membelek setiap inci rupa Aneff. Wajah lelaki ini tak ubah seperti wajah wanita yang paling dia benci.
“Maaf datang tak beritahu you terlebih awal. Orang yang patutnya jumpa you tu kemalangan semalam. Sekarang ditahan di hospital. Dan I yang ganti ambil alih untuk projek ni.”
Oh god! moga dia cepat sihat.” Sedih riak wajah Intan walaupun dalam hati dah melonjak gembira. Gembira kerana dia sendiri akan bekerjasama dengan Aneff. Maknanya selepas ini makin mudah untuk dia dekat dengan lelaki ni. Rancangan nakal mula dilakar dalam kepalanya.
Thanks. Kaki you ni macam mana? Nak teruskan perbincangan ke atau nak I bawakan ke klinik.” Tanya Aneff ramah. Risau juga tengok keadaan Intan. Kalau kaki tu tak dirawat dengan segera , takut makin teruk pula nanti.
Intan tersenyum. “You jangan risau. Kaki I perkara kecil. Lepas meeting nanti I akan pergi. Bagi I meeting lagi penting sebab I tak suka bazirkan masa orang. I tahu you sibuk dan orang lain pun sibuk. No big deal.’ Sikap profesional Intan semasa bekerja lain dari keadaannya biasa. Dia tahu waktu nak bermanja dan waktu untuk serius. Tapi harap dia dapat bertahan untuk serius, nanti tak pasal keluar miang keladi Intan tu  bila kena kerja dengan Aneff.
Baginya Aneff boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak seperti adik lelaki itu. Cuma mata yang agak sepet tu saja yang dia paling tidak berkenan. Intan tidak pernah spesifikasikan lelaki-lelaki bermata sepet sebagai kacak. Aneff dikategorikan sebagai lelaki pertama!
“Betul ni?”
“I yakin. Fullstop. Tutup topik pasal kaki I. Sebelum kita mukan perbincangan I nak kenalkan diri dulu. Nama penuh I, Zara Intan Tasneem binti Zafril Hasyim tapi you panggil Intan je cukup.” Tangan Intan dihulurkan kepada Aneff untuk bersalam. Kaki yang sakit disilang menindih kaki yang lain. Terselah sedikit keseksian gaya Intan di situ walaupun nampak seperti cara duduk biasa.
“Oh tak sangka nama papa you sama dengan nama papa.”
Sebelah kening Intan saja diangkat sedikit. “Oh really? What a coincidence...” kononnya ala-ala teruja Intan bersuara walaupun dah muak Intan dengar ayat tu. Jumpa Adif buat pertama kali dulu pun. Itu juga ayat yang lelaki tu guna.  
Ingat pasal Adif buat sakit jiwa Intan saja. Bukannya lelaki tu nak telefon dia balik. Sakit hati kena gelak sakan oleh Hakimi. Padahal Intan yakin sangat akan dapat si Adif tu dalam tempoh kurang dari tiga hari. Ni dah dekat tiga minggu sekali telefon pun tidak!
“Aah. Sama sangat. Oh lupa. I Aneff Ayman bin Qusyairi”
Manis senyuman Intan terlakar sambil memandang lelaki itu. “Okay Encik Aneff. I tahu you pun sibuk... Boleh kita mulakan perbincangan sekarang?”
Aneff mengangguk. Persepsi pertama buat wanita yang pertama kali dijumpa ini terlalu menakjubkan bagi Aneff. Kredibiliti Intan sangat berbeza baginya. Intan terlalu fokus dengan kerjanya walaupun sekali sekala dia dapat melihat muka itu berkerut dan agak sukar bergerak kerana kaki yang terseliuh tadi.
Bertahun Intan boleh bersabar. Untuk pikat Aneff dia kena tahu kelemahan lelaki ini dulu. Ingat pesan Hakimi, lelaki mudah tergoda dengan wanita. Tapi mesti kena dengan cara dan citarasa terhadap perempuan yang dia suka.
Manis senyuman Intan membalas pandangan Aneff ketika perasan lelaki itu sedang membelek wajahnya. Dalam hati kembang setaman. Pasti Aneff sedang memuji kecantikan rupa parasnya. Penuh keayuan dan kemanjaan suara Intan semasa perbincangan. Dia tidak akan sesekali melepas peluang untuk mendekati lelaki ini.
Diperhati wajah Intan yang manis
My darts are ready. I’m aiming you Aneff. I want you and you gonna be mine’  bisik hati Intan sambil kelip mata pada Aneff bila lelaki itu sedang mengelamun memandangnya.
Aneff yang tersentak dengan kelipan mata Intan tersenyum kecil. Malu dengan tindakannya memerhati Intan.
Shall we continue?” tanya Intan manja sambil menongkat dagu pada atas lutut.
“I kagum you Cik Intan. Patutlah you digelar Iron Lady dalam area ni.” Selama Aneff menceburi bidang perniagaan. Nama Intan sering saja menjadi topik utama kerana pencapaiannya yang dikatakan terlalu tinggi bagi seorang wanita berumur 28 tahun. Malah dia tahu Intan sangat berpengaruh di luar negara, kerana dia difahamkan selama ini syarikat dalam negara hanya dikawal oleh pekerjanya sahaja sedangkan dia tinggal di luar negara.

“I have my very own personal vision Mr Aneff. Untuk capai visi tu, menjadi Iron Lady ialah perkara wajib bagi I. Its a must.”  Ujar Intan bersirat.

Haodie~  [Faz's Captured Thought] -group FB tempat baru faz tempek teaser. FB page dah tak berapa teaser sana dah.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!