Pakaian Qaer cukup santai malam itu, hanya seluar
slack pendek warna coklat dipandankan dengan T-shirt putih. Dia datang pun
untuk seketika saja. Sekadar melawat papanya lepas tu dia nak pergi lepak
dengan Raiyan. Mamat seorang tu sejak kahwin liat sangat nk keluar rumah.
“Aku pula yang jeles.” Iyalah. Dalam keluarganya dan
rakannya tinggal dia saja belum kahwin.
Raiyan bagi adiknya sebagai calon suri buat Qaer. Tak nak dia… Aifa tu
dah la manja. Pemalas pula buat kerja. Dia cukup kenal adik bongsu Raiyan tu.
Ketika naik tangga bertemu papa angkatnya, dia
terlihat dua orang konco papanya menarik seorang perempuan. Bukan main lagi perempuan itu memberontak. Berusaha
juga konco papanya sampai terpaksa pegang lengan perempuan itu. Kiri dan kanan
pula tu. “Woww… Woww… Kenapa ni?”
tanya Qaer.
“Bos suruh bawa dia datang. Kakak dia tak dapat
bayarkan hutang. Dia adiknya…” jawab seorang pembantu papanya.
Qaer mengangguk. Dia tunduk sedikit untuk melihat
wajah perempuan tersebut namun sukar kerana rambutnya serabai saja menghalang
seraut wajah itu.
Bahunya diangkat. Malas nak masuk campur sebenarnya
urusan papanya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik yang menempatkan bos besar
mereka. Qaer bagi laluan dahulu untuk biarkan konco-konco papanya masuk barulah
dia ikut dari belakang.
“Hai papa…”
Qaer masuk ke dalam bilik lalu memeluk papanya.
“Makin tough
sekarang. Gym?” tanya papanya bila
pelukan dileraikan. Lengan Qaer yang semakin berotot dipukul perlahan.
Qaer sekadar tersenyum. “Mana ada masa nak pergi gym. Asyik terperap dalam hospital
saja.” Dia duduk di sofa berdekatan.
“Bos… ni budak tu...” kata seorang pengikut gangster
tersebut.
“Lepaslah aku bodoh!!” Suchi yang sudah menahan
geram tangannya asyik dipegang kuat itu mengigit kuat tapak tangan gangster
itu.
“Ah!!” jerit gangster tersebut.
Rambut suchi yang panjang mengurai itu dibetulkan.
Dia angkat kepala. Zapppp!!! Bulat matanya bertembung dengan Qaer.
“Suchi!”
“Doktor!”
Serentak mereka bersuara. Jumpa lagi seteru yang
satu ni. benci Suchi tengok muka doktor yang bertanggungjawab semasa dia di
hospital.
“Qaer kenal budak ni?” tanya Shark kepada anaknya.
Tapi dengan bahasa kantonis agar Suchi tidak faham.
Qaer berusaha mengawal riak wajahnya. “Kenal pa. Patient Qaer yang lari dari hospital.”
Jawab Qaer bernada tegas biarpun perlahan. Dia turut menjawab dalam bahasa
kantonis. Mata Qaer tidak dialihkan dari terus memandang muka Suchi yang lebam
sana sini. Baru saja dua minggu lari dari hospital. Dah macam apa dah rupa
budak ni…
Shark mengangguk. Namun dia perasaan riak wajah anak
arwah abangnya yang tidak henti memandang wajah perempuan itu. Dia dapat
rasanya. Qaer suka pempuan itu!
“Qaer…” panggil Shark.
“Kekasih kamu ka?” soalnya.
Tergelak Qaer dengar soalan dari papanya. Dia geleng
kepala. Mujurlah Suchi tak faham apa yang papanya cakap.
“Papa nampak Qaer cintakan dia.”
“Apa papa mengarut ni…” gelak Qaer lagi.
Shark buat muka sinis. Iyalah Qaer… “Budak tu cantik
apa..” mereka berdua berbual tanpa fikirkan Suchi yang tayang muka tak faham
dari tadi.
Qaer pandang Suchi. Suchi memanglah cantik. Puji
hatinya.
“Jadi bos… kita nak buat apa dengan budak ni?” tanya
salah seorang ahli bila rasa perbualan Qaer dan bosnya sudah berakhir.
“Masukkan ‘tempat’ tu.” Arah Shark.
‘Tempat’ tu. Qaer tahu tempat yang dimaksudkan oleh
Shark. Dia tiba-tiba tidak sedap hati pula jika Suchi dimasukkan ke tempat yang
dimaksudkan. Dia mula tidak sedap hati. Qaer duduk tegak. Seperti biasa jarinya
akan bermain antara satu sama lain setiap kali berfikir.
Suchi sudah mula berteriak. Kembali meraung dan
berganas bila ditarik oleh orang-orang kongsi gelap itu.
“Errr… pa” ketika Qaer hendak bersuara. Suchi
bertindak untuk melarikan diri. Buntang mata Qaer. Boleh tahan kuat juga Suchi
cuba mempertahankan dirinya tapi malangnya.
“Jangan dekat!” halang Suchi. Namun kongsi gelap
bernama Amir itu pantas mendekati, ketika Suchi berlawan, Amir lempang Suchi
sampai terhantuk ke bucu pintu hingga gadis itu rebah.
“Suchi!!” jerit Qaer yang pantas berlari ke arah
gadis itu. Pekat darah keluar dari dahi Suchi yang sudah terluka itu.
Dahi Suchi yang berbalut dipegang. Berdenyut
rasanya. Perlahan matanya dibuka. Lama dia mengamati bilik itu, dari pandangan
yang kabur hinggalah jelas.
Dia mengeluh. Masuk hospital lagi. Fikir Suchi.
“Dah sedar pun.” Qaer yang setia duduk ditepi
bersuara.
“Kali ni berapa lama pula koma?” soal Suchi
sarkastik.
Wajah Qaer berubah. “Suka sangat koma ke?” tanya
Qaer balik. Geram pula dengan Suchi yang tak pandai menghargai nyawa ni. Dia
bukan main risau lagi bila Suchi pengsan tadi.
Suchi mengeluh sedikit. Malas nak pedulikan soalan
Qaer itu. Dia gagahkan diri untuk duduk. Tanpa dipinta Qaer bantu untuk
tinggikan katil Suchi agar mempermudahkan gadis itu duduk.
“Doktor tak kerja? Kalau kerja takpe. Boleh
tinggalkan saya sendiri” Suchi ‘menghalau’ Qaer dari wadnya.
“Saya off hari. Jadi jangan risau. Saya temankan
awak. Bukan apa… wad awak tidur sekarang ni baru saja ada meninggal pagi tadi.
Manalah tahu ada roh mayat semalam tu masih berkeliaran di sini.” Tak logic
sungguh alasan Qaer. Tapi itu saja alasan yang dia mampu fikir sekarang ni.
Riak wajah Suchi. Hantu punya doktor! Dia pandang
keliling. Mula bayangkan yang bukan-bukan walaupun dia tahu pasti Qaer saja
kenakan dia. Dah la tengah malam buta ni. hish! Kenapalah aku tak sedar saja
esok pagi. Mata ni pun satu. Malam ni juga dia nak celik.
“Doktor boleh tak jangan merepek!”
Qaer tergelak besar. Lebih-lebih tengok muka takut
Suchi tu. Comel.
Meremang bulu Suchi dengar gelak dari Dr. Qaer tu. Menakutkan. Seram okay, tengah
malam buta dalam hospital ni dia gelak jahat macam tu. Tiadanya aku nak tergoda
ke apa. Lelaki tu dah la putih melepak dari aku.
“Doktor boleh senyap tak!” marah Suchi lagi. Dah la paksa aku masuk hospital ni
balik. Geram Suchi dengan ugutan Dr.
Qaer semalam.
Marah Suchi langsung tidak menakutkan Qaer. Makin
dia kuat gelak adalah. “Elleh… Suchi. Suchi… kalau dah penakut tu penakutlah
jugak. I boleh temankan you di sini sampai esok.”.
Suchi mencebik. Geli aku dengar. Dah la papa dia
yang buat aku masuk hospital ni balik. Memang saja nak cari pasal. Kalau ketua
gangster tu Suchi tak takut, inikan pula Dr Qaer ni. Benci Suchi tengok. Muka
pun dah nampak jahatnya sama saja macam papanya tu.
“Pergilah. Hidup tak habis menyusahkan orang.”
Rungut Suchi.
“Sedar sikit. Yang tak habis menyusahkan orang tu
awak. Kakak, ibu bapa, kawan-kawan…” selamba badak Qaer bersuara tanpa fikir
panjang.
“Diam! Saya sedarlah saya hidup tak habis-habis
susahkan keluarga saya. Doktor ingat saya suka?!”
Qaer terdiam. Tersedar ketelanjurannya berkata-kata.
“Suchi saya…”
“Pergi!” pintas Suchi. Air matanya mengalir.
Terimbas kembali ingatan bersama arwah ibu bapa semasa kemalangan ketika dalam
perjalanan menghantarkannya ke kolej, wajah arwah kakaknya juga tidak hilang
dari ingatan Suchi.
Laju air mata Suchi mengalir. Dia rindu suasana
bersama kakak dan ibu bapanya. Kini dia tinggal keseorangan. Kakaknya meninggal
kerana terlalu penat mencari duit untuk membiayai perubatannya sampai sanggup
pinjam duit dengan along.
Tapi apa guna bergadai nyawa selamatkan dirinya jika
akhirnya Suchi hidup bersendirian. Dia rindu keluarganya. Air mata Suchi tidak
henti-henti mengalir. Ya Allah, perit hati ini menanggungnya…
Bahu Suchi dipegang lembut. Qaer turut merasa
keperitan yang dialami oleh Suchi . “Suchi…”
“Pergi!! Pergi!!” Suchi meraung-raung. Badan Qaer
ditolak sekuat hati tapi lelaki itu tidak juga berganjak. Dia tertunduk. Lemah
badan kerana terlalu penat beremosi.
“Pergilah… tinggalkan saya seorang. Pergi….” Rayu
Suchi lagi. Matanya semakin kabur, suara Suchi tengelam dengan esakan kecil
hingga tidak sedar dia pengsan tidak sedarkan diri.
Qaer tahu. Itu mungkin kesan dari suntikan ubat
tadi. “Rehatlah…” tubuh badan Suchi yang kecil itu dibaringkan. Dia menarik
selimut Suchi untuk menutup badannya hingga paras dada.
Sisa air mata Suchi dikesat. Qaer mengeluh panjang.
Sukar dia lepaskan Suchi bersendirian, nekadnya untuk mengembalikan kebahagian
Suchi seperti mana papa membantunya dulu ketika arwah ibu bapanya meninggal
akibat kemalangan juga dulu. Tapi bagaimana?
Qaer kemudiannya tersenyum. Satu idea terlintas di
fikirannya. Papa mesti tolong punya!
Keluar saja Suchi dari hospital. Dia kena tangkap
lagi oleh konco Shark. Tak guna masuk hospital. “Kau! Aku bagi sebagai hadiah
untuk anak aku.” Shark berkepala botak itu bersuara.
“Roy kau hantar budak perempuan ni pergi rumah
agam... hantar sekali beberapa orang untuk awasi rumah tu. Jangan sampai budak
ni terlepas.” tegas suara Shark mengarah pembantunya yang paling dia percayai.
Laju kepala Roy menganguk. Mendengar arahan Shark
untuk menghantar Suchi ke rumah agam Qaer.
Liur Suchi ditelan. Tidak!! Rumah anak dia? Ingat
aku ni anak patung ke main bagi hadiah-hadiah. Suka hati dia. Anak dia yang
mana pula ni? si doktor Qaer itu saja aku kenal.
Mata Suchi ditutup rapat guna kain warna hitam
sampailah ke rumah agam milik keluarga Qaer yang agak terpencil. Dia mengamati
rumah tersebut. Besar gila macam istana.
“Hah! Sampai pun.” Bergema suara Qaer dari tangga
tingkat atas. Suchi mendongak. Dia buat muka bila mata bertembung dengan Qaer.
“Mak Rita!!” panggil Qaer sambil turun anak tangga.
Rita yang berada di dapur mencicit keluar.
“Ya tuan muda.” Tanya Rita sambil memandang Qaer.
Qaer bagi signal. Dia tidak suka bila ketua pembantu rumah itu memanggilnya
tuan muda. Dari kecil dia pesan. Sampai ke besar juga Rita panggil tuan muda.
“Bawa Suchi masuk bilik yang Qaer suruh sediakan
tu.”
“Kau! Aku punya… jangan sesekali nak terlepas lagi.”
Ujar Qaer pada Suchi pula. Dia tersenyum sinis.
Rita mengangguk. “Mari cik puan.” Rita membawa masuk
Suchi yang tengah makan hati dengan Qaer itu.
Qaer cuba mengawal riak excitednya. Gembira sakan bila papa setuju dengan rancangannya.
Dipandang Suchi dengan muka penuh aura kejahatan. Lebih-lebih Suchi hanya
menurut saja walaupun muka dah hampir nak berubah kepada hulk bila naik angin tu.
Makan hati Suchi selama duduk di rumah Qaer itu.
Lelaki itu buatnya tidak ubah seperti seorang Cinderella. Erk? Tapi Qaer bukan
layan dia seperti puteri okay. Disuruh bersihkan rumah.
Kain lap kotor dilempar. Dia memang tidak tahan
lagi. Kerja gila lap lantai rumah ni. sampai tahun depan pun belum tentu siap. “Mak
cik Rita… Suchi jalan-jalan kejap.”
“Jalan ke mana Suchi? Kalau tuan muda tahu habis mak
cik kena marah.”
“Nak ke mana lagi mak cik. Dalam rumah ni ajalah.
Keluar memang sah-sah tak boleh.” Rungut Suchi.
Dari satu bilik ke satu bilik Suchi meredah masuk
memandangkan keluar rumah tidak boleh. Sepanjang beberapa minggu di sini. Dia
khatam sangat semua pintu dalam rumah ini kecuali bilik Qaer saja tidak
dibenarkan masuk. Qaer kata bilik itu ada magik. Sekali masuk tak boleh keluar.
ada pintu Narnia katanya.
“Hantu punya doktor! Otak senget.”
Suchi terjumpa sebuah pintu. Dia kerut dahi. Selama
ni tak perasan juga bilik ini. Dia buka pintu tersebut. Tangga yang bersambung
pada bilik tersebut. Suchi melangkah naik satu persatu tangga tersebut. Loteng
rumah!
“Luasnya loteng ni.” Siap ada bantal besar-besar
atas lantai dan rak buku. Beberapa lukisan bertutup kain putih ditarik.
Ternganga mulut Suchi. Eh! Itu aku… dia tarik lagi beberapa kain. Ada lukisan
potret keluarga. Terdapat dua orang lelaki dewasa, tiga budak-budak dan seorang
wanita.
“Tu keluarga saya.”
Suchi pusing belakang dengar suara itu. “Lelaki
botak tu papa. Shark. Adik kepada arwah ayah kandung saya.” Dia sekadar
memandang Qaer yang bersuara sambil mendekatinya.
“Keluarga saya seperti awak. Kemalangan. Semua
meninggal termasuk ibu bapa dan adik beradik saya. Seorang pun tidak
tertinggal... saya seorang saja yang terselamat tapi turut koma beberapa bulan.
Papa cerita dekat saya, arwah ayah sempat berpesan kepadanya jaga saya.
Kekalkan islam saya, didik saya sebaik mungkin.” Qaer terdiam. Dia ingat lagi
betapa sedihnya dia bila sedar dari koma, dia hanya mampu melihat kubur seluruh
ahli keluarganya.
“Tapi Shark cina…”
Qaer mengangguk. “Tapi kami tetap keluargakan. Dia
hormat agama arwah adiknya. Dia didik dan besarkan saya dengan duit arwah ayah.
Papa langsung tak guna sesen pun duit tu sebab dia kata saya saja yang berhak
pakai.”
Suchi terdiam seketika. Baru tahu pasal keluarga
Qaer. “Nak tahu apa lagi perit?” tanya lelaki itu.
“Kami kemalangan pada hari pertama Aidilfitri… sejak
kemalangan itu saya tak sanggup lagi hendak beraya walaupun papa kata itu semua
takdir… Saya cuba tapi masih tidak terdaya. Awak nak tahu… bila saya terlihat
pada awak. Saya nak awak kembali pada kehidupan awak semula. Seperti apa yang
papa buat pada saya.”
“Ini surat arwah kakak awak tinggalkan untuk saya.
Dia kata bila awak sedar dan pulih sepenuhnya bagi surat ini kepada awak. Lepas
baca surat ni… Awak boleh pilih untuk keluar dari rumah ini atau terus tinggal
sini. Suka hatilah.” Selepas menyerahkan surat tersebut. Qaer pusing untuk
meninggalkan Suchi.
“Doktor…” panggil Suchi.
Qaer memandang Suchi.
“Kenapa doktor simpan lukisan potret wajah saya?” tanya
gadis itu.
Satu senyuman manis dihadiahkan buat Suchi.
“Sebab saya harap. Lebaran tahun ini, ada Suchi
untuk saya.”
“Maksud doktor?”
“Saya cintakan awak.” Luah Qaer lalu meninggalkan
gadis itu terpinga-pinga.
Assalamualaikum
adik,
Suchi sayang
kakak, Alhamdulillah. Suci telah sedarkan diri. Tidak sia-sia usaha kakak.
Suchi… Suchi seorang anak yang alim dan pandai. Lepas Suchi sedar. Akak nak
Suchi sambung belajar semula. Jangan tinggalkan pelajaran adik. Adik kebangaaan
keluarga, kami nak adik jadi seorang yang berjaya.
Suchi… jangan
lupa sentiasa titipkan doa untuk ibu bapa dik. Jangan sesekali lupakan kami.
Kami sayang adik.
Dari kakak,
Maryam.
Menangis Suchi membaca surat dari kakaknya. Kak…
kenapalah kakak sanggup berkorban untuk Suchi. Suchi rindukan semua kak. Suchi
rindukan keluarga kita… rintih Suchi dalam loteng rumah agam itu.
“Dia pergi juga Raihan… dah dua tahun lebih.” Luah
Qaer pada kawannya. Dia rindukan Suchi. Tapi itulah yang Qaer janjikan. Kalau
Suchi hendak keluar dari rumah itu. Itu pilihannya. Dia tidak akan menghalang.
Raya tahun ini pun sama saja hambarnya. Sedih Qaer
semakin bertambah adalah. Dia terlalu rindukan gadis itu.
“Sabarlah Qaer. Mungkin dia bukan jodoh kau.”
Qaer mengangguk lemah. “Kau tak balik lagi ke? Dah
malam ni…” tanyanya pada Raihan. Malam raya ni mesti Raihan nak bersama
keluarga.
“Nak baliklah ni. Rumah aku pun dekat saja.” Raihan
menjawab. Dia pun kejap lagi nak balik. Rindu isteri dan anak-anaknya. Mereka
beraya pun di rumah keluarga saja setiap tahun. Ada kampung tapi nenek dan
datuknya dah lama meninggal.
“Kau tak payahlah fikir lagi pasal ni. Insya-Allah.
Ada jodoh mesti kau jumpa dengan dia semula. Aku baliklah dulu.” Pesan Raihan
sambil berdiri. Dia datang pun sebab panggilan kecemasan Qaer untuk dengar
rintihan di malam raya kawannya itu.
“Baiklah.” Itu saja Qaer mampu cakap. Dia beraya di
hospital lagi tahun ni.
“Esok kalau habis shift. Kau datanglah rumah aku.
Mama buat open house.” Pesan Raihan lagi. Bila kawannya itu sudah keluar dari
bilik Qaer. Dia sambung termenung. Gambar Suchi yang diambil curi-curi itu
ditenung. Rindu!
“Doktor! Ada pesakit meragam…” seorang jururawat
masuk ke dalam bilik Qaer.
Segera Qaer berdiri. “Wad nombor 23.” Beritahu
jururawat tadi ketika mereka sedang keluar dari bilik Qaer.
Laju kaki Qaer ke arah wad tersebut. Bila dia masuk
saja, bilik tersebut sunyi sepi. Jururawat tadi pun tiba-tiba hilang. Qaer
semakin perlahankan langkah. “Kikkkkk…. Kik kik kik” jelas telinganya mendengar bunyi suara
perempuan mengekek.
Fuh berdiri bulu tengkuk Qaer.
“Doktor!” sergah seseorang dari belakangnya.
Perlahan Qaer berpusing. Kalau tadi jantungnya
berdegup kencang. Sekarang rasa macam nak terkeluar. “Suchi!!” kuat suara Qaer
bila terpandang wajah yang dirindu saban hari.
Suchi tersengih. “Rindu saya? Sebab saya setiap hari
rindukan doktor.” Luah Suchi tanpa segan silu.
“Awak… awak macam mana..” kelu Qaer seketika.
Tergagap.
“Saya minta tolong jururawat tadi. Sebab buat sekian
kalinya saya nak rawat hati doktor.”
Luah Suchi lagi.
Qaer tersenyum. “Hati saya parah ni. Nazak sangat
tanpa awak.”
“Insya-Allah. Lepas ni saya akan cuba sedaya upaya
untuk merawat.”
“Ke mana awak menghilang Suchi. Saya terlalu
rindukan awak.” Sayu suara Qaer menyoal. Wajah Suchi tidak puas lagi dipandang.
“Saya pergi capai cita-cita saya untuk ibu bapa saya
doktor. Alhamdulillah. Lepas dua tahun saya akhirnya pegang segulung ijazah.
Semua berkat atas pertolongan shark juga sebenarnya. Sekarang saya nak kejar
cinta saya pula. Doktor… saya tak pernah lupakan awak. Saya cintakan awak… saya
nak raihkan lebaran tahun ini bersama awak”
Air mata Qaer mengalir. “Alhamdulillah. Lebaran
tahun ini ada awak Suchi. Awak kembali… terima kasih. Terima kasih…”
Sesuchi Sufi binti Elman akhirnya kembali. Kembali untuk
mengembalikan suasana lebaran buat Qaer. Alhamdulillah. Terima kasih Suchi.
Sesuchi buat lebaran Qaer.
Alhamdulillah. siap dah ketiga-tiga cerpen raya 2014. Syawal pun dah habis. jangan lupa komen. thanks baca.
0 tukang komen:
Post a Comment
hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.
Nurfazila Suhaide =)