//Hidangan kecil-kecilan untuk raya ini. selamat menjamu selera & selamat berhari raya~
Kereta
yang baru saja masuk ke halaman rumah dipandang.
“Alhamdulillah.”
Luah Mawar. Sampai juga orang yang ditunggu. Aktiviti menyiram pokok-pokok
bunga neneknya terhenti. Pili paip dipusing bagi menutup saluran air. Dia berjalan ke arah kereta yang sudah terparkir.
“Assalamualaikum.”
Salam dari seorang lelaki yang kacak berbaju melayu yang turun dari pintu
pemandu.
“Waalaikumsalam.
Semangatnya pakai baju melayu. Raya pun tak lagi.” Usik Mawar.
“Ambil
mood raya sayang.”
“Iya
la tu. Ada apa yang nak tolong angkat ke?” tanya Mawar. Malas hendak layan
karenah Ameer.
Ameer
geleng kepala. Barang tak banyak pun.
Satu
deheman dari sebelah. “Assalamualaikum.” Salam dari Asyraf sengaja diperkuatkan
untuk menarik perhatian dua saudara itu.
Ameer
tersenyum. Lupa kewujudan Asyraf dari tadi. “Sorry bro. Jumpa kampung terlupa pula kau. Mawar kenalkan ni kawan
abang, panggil abang Asy. Asy ni adik sepupu aku. Rose Berduri.”
“Rose
Berduri?” tersenyum Asyraf dengan nama adik sepupu Ameer. Unik!
Mawar
berdecit. Tidak suka bila abangnya mempermainkan namanya. “Abang ni…”
“Elleh
budak cengeng ni. Orang gurau saja pun. Mawar Baiduri la Asy. Kau pun satu.
Percaya saja…”
“Mawar
nak naiklah. Layan abang sampai ke esok mulut tu bising aje.” Omel Mawar.
“Eh..
tak suruh pun layan. Mama, papa mana? Jom Asy naik. Beg nantilah angkat.” Ajak
Ameer. Mereka ikut langkah Mawar naik tangga dari belakang.
“Keluar
dengan atuk tadi.”
“Opah,
Mak Lang, Pak Lang? Budak-budak semua mana? Kak Raina dan yang lain?”
“Opah
dan Mak Lang dapur. Budak-budak pergi main. Kak Raina dan Kak Wani pergi ambil
apa entah dengan rumah Cek Ka. Suami-suami diorang entah mana. Yang lain belum
balik. Esok kot.” Jawab Mawar satu persatu.
Ameer
sekadar mengangguk. Sampailah mereka bertiga ke dapur.
“Assalamualaikum
sayang semua…” jerit Ameer.
“Oh
sayang kau tergolek…” tergelak kecil Mawar, Ameer dan Asyraf dengar latah opah.
Ameer terus mendakap tubuh opah yang agak gempal. Mak Lang mereka geleng kepala
saja. Memang Ameer paling nakal dari kecil dulu. Paling kuat loyar buruknya pun
dia juga. Nasib besar jadi lawyer
juga jadinya.
“Ameer!
Hish! Budak ni…” lengan Ameer dipukul guna senduk kayu. Nasib tidak tertumpah
santannya tadi. Nanti satu kerja lagi pergi parut buah.
Tangan
Opah dan Mak Lang disalam dengan penuh hormat. Begitu juga Asyraf yang senyap
saja dari tadi. Turut bersalaman sebagai tanda hormat.
“Opah,
Mak Lang… ni Ameer bawa bakal suami untuk Mawar… lama sangat single nya. Jadi Ameer tolong carikan.”
Gurauan Ameer disambut dengan dengusan dari Mawar, dapat lagi kena siku oleh
Asyraf. Memandai saja budak ni.
“Abang
ni…” cebik Mawar.
“Lawak
je la. buat serius pula dia.”
“Apa
salahnya, opah pun tak sabar nak tengok Mawar naik pelamin. Ni kawan apa
namanya?”
“Ahmad
Asyraf …” jawab Asyraf.
“Kau
orang berdua pergilah rehat. Nak hidang air layan tetamu tengah bulan puasa,
sabar-sabarlah tunggu buka puasa nanti opah hidangkan ya.”
Bahu
opah dipaut. Ameer mengusik lagi. “Haa… janji kena hidang yang sedap-sedap
saja.”
“Iyalah.
Pergilah rehat tu. Jalan jauh mesti penat.” Mak Lang pula yang menjawab bagi
pihak opah. Ameer ni kalau tidak kena ‘sound’
memang kesianlah kawannya si Asyraf tu jadi tunggul di situ.
“Iya…
iya… Mak Lang ni. Orang baru nak bermanja dengan opah. Jom Asy..”
Tiada
yang layan suara rajuk Ameer. Kalau dilayan makin memanjang pula nanti.
“Ayah
Chik dengan mak Chik bila balik?” tanya Ameer yang melangkah ke ruang makan.
Mawar
yang sedang menyusun pinggan berisi lauk atas lantai pangguk kepala. Asyraf dan
Ameer dipandang seketika sebelum dia tunduk semula menyambung tugasnya. “Flight ayah dan ibu esok sampai KLIA.”
Jawab Mawar.
“Habis
tu ambil dekat airport esok?” tanya
Ameer lagi.
“Mak
su dan Pak su ambil terus balik datang sini nanti.”
Ameer
angguk. Setahun sekali saja baru jumpa ibu dan ayah Mawar yang menetap diluar
negara. Itu pun bila balik beraya Aidilfitri saja.
“Ada
kenduri ke?” tanya Asyraf yang terpandang banyak pinggan bersusun atas lantai.
“Hah?”
berkerut dari Mawar berfikir. Tiada rancang apa-apa pun nak kenduri. Atau dia
yang tak tahu.
“Bila
pula ada kenduri?” Ameer yang turut tidak faham menyoal.
Jari
telunjuk ditunjuk pada pinggan lauk yang disusun dari hujung ke hujung. Bukan
ke selalunya kalau kenduri saja pinggan bersusun begitu. “Tu.”
“Ni
untuk buka puasalah awak.” Jawab Mawar.
“Atas
lantai?”
Mawar
angguk. “Macam ni baru feel puasa.
Sahur dan berbuka ramai-ramai dengan keluarga.” Terang Ameer pada Asyraf.
Asyraf
hanya diam, senyum dan berfikir. Selama ini dia tidak pernah mengalami berbuka
seramai ini bersama keluarga. Rasanya ini buat pertama kalinya. Ada pun dulu
bersama jemaah masjid saja.
“Abang-abang
sekalian. Tolong panggilkan budak-budak yang tengah main dekat bawah tu suruh naik. Panggilkan yang lain juga. Tak
lama lagi nak berbuka.” Kak Raina yang baru keluar dari dapur menyapa. Lantas
Ameer dan Asyraf berjalan ke ruang tamu untuk memanggil yang lain.
“Mawar…
sudahlah tu. Mari duduk sini makan. Nanti lambat pula kamu pergi terawih.”
Panggil Opah pada Mawar yang masih sibuk di dapur. Tadi dia berbuka sekejap
saja. Lepas berbuka dengan kurma dan air
dia kembali ke dapur. Menyambung semula menyiapkan kuih rayanya tadi.
“Kejap
opah. Dah nak habis.” Loyang yang terakhir dikeluarkan dari oven. Siap dibakar,
Mawar letak atas meja bersama loyang yang lain. Kasi sejuk dulu sebelum dimasukkan
ke dalam Tupperware.
“Sudahlah
tu. Mari sini berbuka.” Panggil opah lagi. Tegas suaranya menekankan Mawar
untuk habiskan bukaannya dahulu.
Mawar
tidak membangkang lagi. Lagipun kerjanya sudah siap. Tinggalkan masukkan ke
dalam Tupperware dan kemas apa yang patut saja lagi. Dia berjalan ke ruang
makan. Seisi rumah tengah menikmati juadah berbuka sekali gus makan malam
mereka.
“Alaa…
tiada space kosong.” Cebik Mawar.
“Sini
sebelah mak lang ada kosong.” Panggil Rabiah.
Mawar
hendak mula melangkah tapi bila terpandang lelaki disebelah Mak Lang kakinya
seolah tersekat. Segan bab-bab duduk sebelah orang lelaki ni sebenarnya. Makin
perlahan kaki Mawar melangkah. Akhirnya dia duduk di tengah Asyraf dan Mak Lang.
Tiada pilihan lagi.
“Nak
pinggan?” tanya Asyraf perlahan.
“Aaa..
hah Aah. Boleh jugak.” Fuh!! Mawar tarik nafas dalam-dalam. Tergagap pula
jadinya. Huluran pinggan disambut.
Dalam
kekecohan bercerita itu ini sesama saudara. Papa Ameer bersuara. “Macam padan
aje Pak Long tengok Mawar dan Asyraf. Tak nak bagi jadi ke?”
“Hish
Pak Long ni….” Dengus Mawar. Setiap kali raya ada saja isu ‘kahwin+Mawar’
keluar. Mentang-mentanglah dalam keluarga tinggal dia saja anak dara yang belum
berkahwin. Asyik kena tembak saja setiap kali berkumpul. Ada adik sepupunya yang
lain semua masih kecil.
“Pak
Long tanya je. Kamu tu yang tak bawa-bawa calon lagi. Ameer tinggal tahun ni
membujang.”
“Macam
mana tak membujangnya Long. Ayah tengok si Mawar ni. Pagi ke petang di sekolah.
Habis mengajar terperap saja di rumah. Sabtu Ahad tiada nya nak keluar pergi
mana-mana.” Atuk pula meluahkan pendapat dengan hobi cucunya seorang ni.
“Bawaklah
bergaul sikit War. Kau tu bukan makin muda. Takkan cikgu-cikgu sekolah tu tiada
yang bujang?” soal Mama Ameer pula.
“Tiadalah
Mak Long. Orang masih sibuk. Tiada masa nak bercinta-cinta ni. Nak tunggu
kahwin saja ni” sempat lagi Mawar bergurau di akhir ayatnya.
“Iyalah
tu nak kahwin terus. Bercinta pun tak pernah. Dulu kata sibuk belajar, habis
belajar sibuk kerja. Orang lain pun sibuk juga Mawar. Takdelah macam kau yang
tahap zero sosial ni.” Omel Ameer sambil tuang air bandung cincau pada gelas.
“Opah
dah berbuih mulut tegur dia. Sekali pun tak dengar.”
Mawar
malas hendak menjawab lagi. Memang isu ini juga keluar setiap tahun. Memang dia
tiada calon lagi. Apa nak kata lagi kan?
“Nak
tembikai tak?” tanya Mawar pada orang sebelah yang sudah habis makan
memandangkan buah di hadapannya.. Malas nak masuk topik. Makan lagi bagus.
Asyraf
geleng kepala. Kenyang perut dengan perbagai lauk kampung. Semua hidangan
membuka seleranya. Semua sedap! Licin pinggan Asyraf sampai tiada satu pun lauk
yang dia tidak lupa untuk mencuba.
“Makan…
makan.. Hiraukan perbincangan isu kekeluargaan yang sedang berlaku.” Sapa
Mawar. Bahunya segera dipukul lembut oleh Mak Lang disebelah.
“Budak
ni. Orang tegur. Dia buat main pula.” Bebel Mak Lang. Kena Lagi!
Bergegas
Mawar turun ke keluar dari Masjid An-Nisa. Lambat… lambat… Ahli keluarga yang
lain sudah pun berjalan balik ke rumah selepas solat. Dia disapa oleh anak
muridnya tadi yang bertanyakan tentang perihal jamuan sambutan raya pelajar SPM
yang akan dilangsungkan seminggu selepas raya.
“Alaa…
mana selipar pula ni.” Bising mulutnya mencari selipar jepun merah yang sudah
lepas. Ghaib! Alamatnya balik jalan kaki saja solusi yang tinggal. Mawar betulkan pegangan kain telekungnya.
Dengan berkaki ayam saja dia berjalan keluar ke pagar utama dari pintu muslimah
sebelah belakang.
“Mawar.
Tak balik lagi?” tegur Pak Imam dari pintu bahagian lelaki.
“Eh..
nak baliklah ni tok. Tak jumpa selipar. Entah ke mana pula hilangnya.”
“Adalah
orang terambil tu. Tadi pun ada seorang tu. Hilang juga selipar. Tinggal balik
kaki ayam.”
Mawar
angguk. Perkara standard selipar hilang waktu terawih. Cuma hari ini dia antara
orang ‘bertuah’ yang hilang selipar.
“Tak
apalah tok. Saya balik dulu. Dah lewat.”
“Baiklah.
Hati-hati jalan tu. Assalamualaikum.”
“Iyalah.
Waalaikumsalam.”
Mawar
mempercepatkan langkah. Dia bukannya berani sangat.
Krookk…
krookkk…
“Bunyi
apa tu? Huwaa…” makin laju kaki Mawar melangkah. Sunyi pula rasa malam ni.
Selalunya ada saja bunyi mercun budak-budak main setiap malam. Malam ni buat
pakatan ‘bercuti’ agaknya.
Matanya
ditutup rapat bila melalui jalan sunyi. Kaki dipercepatkan. Mulutnya
terkumat-kamit membaca segala jenis surah dan doa yang terlintas. Doa makan pun
sekali terbunyi dari mulutnya.. Waktu ni juga lampu suluh tiada, telefon tak
bawa, lampu jalan pula lip lap lip lap macam kelip-kelip. Hidup segan mati tak
mahu.
Mawar
gagahkan kaki berjalan ke depan dengan mata tertutup.
Dush.
Terhantuk dengan batang pokok. Pedih dahunya. Tangan mengusap bahagian dahi
yang terhantuk tadi. Padah jalan tak
guna mata. Itulah penakut sangat
“Mawar?”
Mawar
perlahan membuka mata bila dengar namanya disebut. “Eh? Ingatkan terlanggar
pokok tadi.” Spontan Mawar menjawab.
Asyraf
tergelak. Adakah di samakan dia dengan pokok.
“Kenapa
lambat balik ni?” tanya Asyraf.
“Cari
selipar tadi. Hilang. Awak?”
Asyraf
suluh kakinya yang tidak berselipar. “Sama.” Jawabnya.
“La..
awaklah orang yang tok imam cakap tadi. Hilang selipar juga. Abang Ameer mana?
Ditinggalkan pula kawan dia seorang diri balik. Kalau sesat satu hal pula
nanti.” Bebel Mawar.
Asyraf
tergelak kecil dengar bebelan Mawar. Genetik keluarga Ameer ni memang ‘peramah’
semuanya. “Ameer sakit perut tadi. Berlari dah ke depan balik rumah. Saya
bukannya budak kecil nak sesat dalam kampung.”
‘Kerek
pulak mamat ni. Mahunya betul-betul sesat tadi. Padan muka!’ bisik hati Mawar.
Tapi ada tercalit juga rasa syukur sebab tiadalah dia takut sangat.
“Dah.
Dah.. jom balik.” Ajak Mawar. Buka mesyurat tengah jalan pula mereka berdua.
Padahal luas saja ruang tamu rumah tu kalau nak bercerita. Tengah jalan ni juga
mereka buka topik.
Asyraf
perasan Mawar berjalan terhinjut-hinjut. Dia perlahankan langkah agar Mawar
berjalan di hadapannya. Telefon yang digunakan untuk menyuluh tadi diturunkan
sedikit ke bawah. Menyuluh kaki Mawar.
“Kenapa
kaki tu?” tanya Asyraf.
Mawar
berhenti berjalan. Dia pusing belakang. Asyraf berjalan mendekati Mawar yang
berhenti berjalan tadi.
“Tu
kaki. Berdarah.”
“Oh.
Tadi takut sangat jalan seorang diri jadi saya jalan tutup mata. Tak sedar
terpijak apa entah tadi.” Jelas Mawar.
Asyraf
tunduk. Kaki Mawar dipandang. Boleh tahan banyak darah yang mengalir. Kalau
kena bakteria nanti makin teruk pula jadinya. Dia berdiri semula. “Awak pegang
telefon ni.” Iphonenya di berikan kepada Mawar. Asyraf kemudiannya duduk
mencangkung.
“Naik
belakang saya. Nanti luka tu kena kotor tambah teruk.”
“Eh
tak naklah saya. Bukannya teruk sangat pun.” Tolak Mawar. Malunya dia disuruh
naik atas belakang Asyraf. Kalau pelajarnya nampak nanti entah apa lagi fikir.
“Naiklah.
Awak doktor ke saya doktor? Saya tahulah.”
“Tapi…”
“Naik
jela…”
Mawar
perlahan-lahan berpaut pada belakang Asyraf. Pertama kali dalam hidupnya piggyback dengan lelaki selain ayahnya.
Asyraf kemaskan pegangan dan imbangkan diri sebaik saja berdiri.
“Awak
doktor ke? Tak tahu pun.” tanya Mawar. Cuba memecah kesunyian antara mereka.
“Dah
awak tak tanya.”
Mudah
jawapan Asyraf. Mawar mencebik. Tak kuasa aku nak sibuk-sibuk tanya pasal
orang. Nanti dicop syok anak lelaki orang pula. Entah-entah si Asyraf ni pun
dah ada awek. Muka boleh tahan dengan pakaian yang smart saja ni. Mustahil tiada awek.
“Elleh.
Awak pun tak tahu saya kerja apa. Standard
la.”
“Saya
tahulah. Awak cikgu Add Math.”
“Eh…
takda tanya saya pun.”
“Ameer
bagitahu.”
Mawar
rasa nak ketuk muka sendiri. Lupa Ameer tu peramah tahap giga. “Oh… dah lama kenal abang Ameer ke?” tanya Mawar
lagi.
“Housemate dari belajar lagi sampai
sekarang.”
“Oh
okay.”
Senyap.
Kering idea Mawar na bawa bercerita lagi. Akhirnya mereka senyap saja sampai ke
rumah. Riuh kawasan halaman dengan budak-budak yang seronok main bunga api.
“Tok
Mak Chik!!! Mak cik Mawar dah balik.” Jerit Aisha yang main bunga api. Anak kak
Rania.
Setiba
di tangga, Asyraf dudukkan Mawar atas tangga dengan berhati-hati. Silap langkah
mereka berdua terjatuh.
“Ya
Allah. Mawar apa jadi dengan kaki tu. Kenapa korang berdua tak pakai
selipar.” Tegur Pak Long yang duduk di
beranda rumah bersama dengan dengan kerabat lelaki di rumah itu.
“Assalamualaikum…”
“Ayah!!”
jerit Mawar sebaik saja terlihat ayahnya yang sudah berdiri mendekati mereka.
Rindu. Suara Asyraf yang bagi salam tadi pun tengelam dengan suara jeritan Mawar.
“Mawar…
Mawar… salam tak bagi. Terjerit pula dia.”
“Apa
jadi Asyraf. ” tanya Ameer tanpa mempedulikan sesi jejak kasih Mawar dengan
ayahnya..
“Aku
jumpa dia tengah jalan tadi. Kebetulan selipar dia pun hilang tadi. Laju sangat
jalan sambil tutup mata sampai terlanggar aku. Sampai kaki dia luka pun tak
peduli. Takut agaknya jalan seorang diri.” Jelas Asyraf panjang lebar.
“Lupa
pula. Budak Mawar tu memang penakut.”
“Oh
patutlah.”
“Astagfirullah.
Mawar. Kenapa kaki tu.” Ibu Mawar yang keluar turut terkejut tengok kaki Mawar
yang berdarah.
“Luka
sikit bu. Awal balik. Bukan flight
esok ke?” tanya Mawar pula.
“Saja.
Ayah nak bagi kejutan dengan awak tu. Tapi awak pula yang bagi kejutan dengan
ayah. Tak pasal-pasal kaki berdarah. Cuai.” Tegur ayah Mawar.
Mawar
tersengih. “Mawar pergi basuh dulu. Nak letak ubat.”
“Ambilkan
aku first Aid dalam kereta. Bila aku bersihkan luka dia.” Arah Asyraf. Ameer
mengangguk. Nasib ada doktor boleh tolong.
Asyraf
minta diri masuk ke dalam rumah mengikut langkah Mawar sementara Ameer pergi
ambil kunci kereta Asyraf.
“Siapa
tu Meer? Kawan kau atau Mawar?” halang Mak Chik pada Ameer yang naik semula
dengan kotak First Aid.
“Kawan
saya Mak Chik. Ikut sekali nak rasa bercuti di kampung.”
“Oh.
Mak Chik ingatkan kawan Mawar. Lama betul tunggu dia bawa calon.” Keluh ibu
Mawar. Kakak-kakak dan abang Mawar semua sudah berkahwin. Tunggu anak bongsu
mereka ni saja lagi.
“Insya-Allah.
Mak Chik doakan sajalah si Mawar tu terbuka hati hendak cari jodoh. Saya pergi
bagi ni dulu.” Kata Ameer sambil tunjukkan kotak First Aid pada pegangannya.
“Iyalah.”
“Abang
Ameer. Hantarkan Mawar ke sekolah.” Mawar mengerakkan Ameer yang tidur
bertiarap. Sederet dengan semua budak-budak lelaki yang masih lagi terlena di
ruang tamu. Rumah tak banyak bilik. Terpaksalah budak-budak dan golongan lelaki
tidur di ruang tamu. Bilik hanya untuk kaum hawa dan yang telah berkahwin saja.
“Abang
bangunlah.” Gerak Mawar lagi. Ayahnya dan pak cik-pak cik lain semua keluar
entah ke mana. Nak harapkan bujang-bujang ni saja tolong dia hantar ke sekolah.
Pagi ni pula kereta meragam.
“Abang.
Bangunlah. Tolong hantarkan.” Mawar cuba kejutkan lagi. Nada suara dikuatkan.
Lelaki
yang bertiarap itu digerakkan kan lagi. Makin dahsyat. Bantal ditarik menutup
telinga.
Liat! Liat! Sabar je la hati Mawar…
Ameer
berpusing. Mata dipisat beberapa kali. “Hoi War… aku sini la… nak apa?” Ameer
yang sebelah hujung dekat dinding menjerit.
Mawar
yang tadi mencangkung terus terduduk. Terkejut. Bertuah punya Ameer. Sakit hati
dijerit sedemikian. “Abang… hantar orang pergi sekolah. Kereta rosak.”
“Ye
la… ye la…” Ameer bangun walaupun satu badan malas. Dia duduk lalu pandang
barisan sepupu yang masih terbongkang lena dengan Asyraf sekali. Penat main
meriam buluh dan segala jenis mercun sampai pukul tiga pagi. Dah tu jam 4 kena
bangun sahur. Dapat tidur terus terbongkang.
Mawar
geleng kepala. “Cepat sikit.” Lepas tu pandang lelaki yang tidur nyenyak
depannya. Entah-entah… Asyraf! Mak malunya… cepat-cepat Mawar mencicit keluar
rumah. kau jangan bangun Asyraf! Sah-sah aku malu nanti. Terus tidur… terus
tidur…
Bantal
dilempar dari hujung. Tepat kena badan Asyraf. “Asy bangun…”
Asyraf
balas tembakan. “Malaslah…”
“Jom
la. temankan aku hantar Mawar.”
“Ke
mana?” soal Asyraf walaupun masih bertiarap dengan bantal menutupi kepala.
“Sekolah.
Tak payah mandi. Basuh muka je. Lepas tu round
kampung.”
Dengan
malas Asyraf bangun. Serabai rambut. Mata jangan cakap. Lebam aje. Penangan
jumpa meriam buluh semalam. Sakan bermain tak ingat dunia.
Mawar
sempat intai dari pintu tangga. Dua-dua langsung tiada sifat pencalonan suami
mithali. Liat bangun pagi!
Malasnya
nak turun mengajar hari ni. Lebih-lebih lagi dengan kaki yang tak berapa baik
dan mood raya dah datang. Bukan murid saja nak cuti cepat. Dengan dia sendiri
nak cuti. Oh hati… semangat! Semangat. Esok dah mula cuti. Ikut kalendar isnin
raya. Harap sangat nak isnin walaupun banyak lagi belum siap.
Mawar
keluar dari pintu belakang. Ke depan sikit lalu dia tunduk pada cermin
penumpang hadapan. “Thanks hantar.” Senyumnya pada Asyraf dan Ameer.
“Pukul
berapa balik?” tanya Ameer.
“Dalam
jam 11.30 macam tu.”
Ameer
mengangguk. “Tunggu sajalah. Nanti abang datang ambil. Tu pelajar ke? Yang
tengok dekat sini.”
Mulut
Ameer dimuncungkan ke hadapan. Menunjukkan lelaki yang sedang merenung tajam
mereka.
Asyraf
dan Mawar alihkan pandangan. Memandang tempat yang dimaksudkan Ameer. “Aah..
form 6.” Jawab Mawar lemah.
“Ada
hal kut nak tanya Mawar tu. Pergilah. Rasanya dia tunggu tu.” Arah Ameer.
Mawar
mengeluh. “Iyalah…”
Tahu
sangat si pelajar tu nak apa.
“Aku
ada instinct budak tu syok dekat
sepupu kau.” Asyraf bersuara bila Mawar sudah berjalan meninggalkan mereka
dengan muka kelat.
“Aku
pun.” Kereta dipandu Ameer melintasi Mawar yang berdiri berhadapan dengan budak
sekolah tersebut. Hon kereta ditekan perlahan.
Mata
Asyraf sempat mengerling pada Mawar yang menolak tangan budak tersebut bila
budak itu ingin memaut lengannya dari cermin sisi kereta. Jantung terasa
debaran raya melampau. Melampaunya budak tu! Tak hormat guru ke apa ni?
Abang
Ameerkan saja! Sakit hati Mawar. Tak best keluar dengan Asyraf ni. Mulut rasa
terkunci aje. Tak dapat nak kepoh-kepoh macam biasa. Waktu nak keluar pergi
beli barang ni pula perut dia tiba-tiba meragam. Yang lain pun buat pakatan
bersekutu setuju dia keluar dengan Asyraf.
“Giant?”
tanya Asyraf.
“Hah…
aah.” Angguk Mawar.
Asyraf
tersenyum lucu. “Dah sampai.”
“Sampai?
Eh ya sampai dah.” Aduh. Malu Mawar. Jauh ke timur mengatasi laut China Selatan
mengelamunnya. Laju kaki Mawar keluar kereta tinggalkan Asyraf. Malu punya
pasal. Trolly ditarik keluar.
“Biar
saya tarik. Awak cari.” Pelawa Asyraf.
Mawar
mengangguk. Senarai barang dikeluarkan dari tas tangan. Perang barang dapur
untuk kali terakhir sebelum Syawal tiba bermula.
“Awak.
Saya nak ke sana kejap. Awak tunggu sini tau.” Asyraf tunjuk kawasan barang
kereta. Dia hendak beli pewangi kereta. Trolly di tinggalkan saja bersama
Mawar. Tak lama pun. Dia tahu pewanggi apa yang biasa dia guna. Lepas ambil
datanglah balik. Rasanya lama lagi Mawar hendak pilih ikan tu.
Mawar
angguk. Kemudian masih lagi memilih ikan dan ayam yang masih elok untuk lauk
malam ini.
“Awa..”
Mawar
toleh kepala. Dia tau siapa panggil dengan nama itu. Raiyan.
“Ayan…”
keluhnya bila terlihatan wajah lelaki itu.
“Awa,
kaki elok lagi tak? Kenapa keluar kalau masih sakit.” Lembut suara Raiyan
menyoal.
Rimas.
Rimas dengan keprihatinan Raiyan yang mengila. “Cikgu elok aje. Awak datang
sini atau ikut cikgu lagi?” soalnya.
Raiyan
tersenyum. Kacak. Tapi pelajar itu langsung tidak mengoyahkan hatinya. Bagi Mawar
cinta Raiyan tidak cukup untuk buat dia hidup berdua. Raiyan mungkin matang
tapi usianya terlalu muda untuk Mawar.
Bakul
yang berisi barang keperluan diangkat. “Nenek pesan beli barang.” Jawabnya mudah.
Pasti Mawar fikir dia ikut dari belakang lagi. Memang awal-awal masuk sekolah
tahun lepas mendaftar untuk sebagai tingkatan enam, Raiyan terpikat dengan
kelembutan Mawar yang disangkakan pelajar yang turut mendaftar sama.
Rupa-rupanya guru sekolah tempat dia akan bersekolah.
Mawar
senyum. “Eloklah.”
“Awa
seorang ke? Kaki tak berapa nak elok kenapa jalan seorang diri? Siapa drive?” Raiyan masih lagi menunjukkan
tahap keprihatinan melampau. Kalau Mawar naik teksi bolehlah dia hantar pulang
naik keretanya.
“Tak
saya datang dengan bakal tunang.”
Raiyan
terketawa kecil. Mustahil. Tahu sangat Awa tiada sebarang teman lelaki pun.
“Please Awa. It’s won’t work.”
“Sudahlah
Ayan. Awak fokuslah belajar. STPM tak lama lagi.” Tolak Mawar secara baik.
Malas nak layan perangai Raiyan.
“Banyak
beli barang. Tahun ni raya ke berapa buat terbuka?” soal Raiyan. Tukar topik.
Dia berlagak kononnya melihat barang yang dibeli oleh Mawar. Kebanyakannya
barang dapur.
“Ayan…
Cikgu malas nak tegur banyak kali. Cukuplah. Awak tu pelajar saya… jangan degil
boleh tak.” Angin Mawar dengan perangai seorang muridnya ini. Jika bukan sebab
hormatkan nenek Raiyan sudah lama dia sekeh budak satu ni. Buat report gangguan
seksual dari pelajar sendiri. Dia tahu Raiyan dulu budak nakal, papanya yang
hantar ke kampung untuk jadi ‘manusia’ sikit. Walaupun Raiyan sudah mula
berubah awal tahun ini. Kata Raiyan semua berkat dari Mawar sendiri.
“Jangan
risau… lepas tahun ni. No more awak
cikgu saya pelajar…”
“Awak… Lamanya pilih ikan.” tegur Asyraf yang berjalan mendekati Mawar
dan Asyraf.
Raiyan
pandang Asyraf tajam. Cuma Asyraf saja berlagak tenang. Elleh! Budak bawah
umur… dia dengar sejelasnya perbualan Raiyan dan Mawar sedari tadi. Seingatnya
Raiyan juga pelajar pagi tadi.
“Dia
siapa?”
“Bakal
tunang cikgu.” Jawab Mawar selamba.
Asyraf
hulur tangan untuk bersalaman. “Insya-Allah. Raya keempat ni majlis pertunangan
kami. Datanglah. Awak pelajar Mawar kan? Dia selalu cakap pasal
pelajar-pelajarnya pada saya.”
Raiyan
balas salaman Asyraf walaupun tak ikhlas. Sebagai tanda hormat sesama muslim
saja.
“Sayang
ada jemput tak students awak datang
majlis nanti?” soal Asyraf pada Mawar.
Laju
kepala Mawar digelang tanda jawapan.
‘Asyraf ni lebih-lebih pula. Buatnya Raiyan jemput sekelas datang raya ke
empat nanti. Aku yang haru menjawab.’ Fikirnya.
“Saya
fikir nak buat keluarga kita-kita aje. Tak payah jemput ramai-ramai.” Jawab
Mawar.
“Tak
apalah. Kebetulan ni. Kita jemput ajelah. Jangan lupa jemput datang rumah
nanti.” Asyraf menjemput lagi.
Telefon
Mawar kebetulan berbunyi. Nama Ameer tertera. “Assalamualaikum.”
“Walaaikumsalam.
Lambat! Dating lama sangat. Balik
hoi. Tak termakan nanti sebab bahan untuk masak berbuka tak sampai-sampai
lagi.” Bebel Ameer.
“Mana
ada dating lama-lamalah. Kejap lagi
kami balik. Tinggal bayar aje ni.”
“Balik
nanti singgah kedai Cik Munah. Belikan kuih sikit untuk berbuka. Ayah awak
pesan. Cari cendol sekali. Rindu nak makan katanya.”
“Baiklah.
Nanti Mawar pesan dekat Asyraf.”
Talian
di matikan. Raiyan dan Asyraf masih lagi setia menanti.
“Siapa
call?”
“Abang
Ameer kata jangan dating lama sangat.
Sekali pesan beli kuih untuk berbuka. Ayah siap pesan nak makan cendol. Suruh
kita cari.” Sengaja Mawar ulang semula pasal dating tu. Biar Raiyan terkesan sikit. Tidaklah kacau dia sampai
lupa siapa cikgu siapa pelajar!
“Kita
cari dekat bazarlah. Awak dah habis beli barang kan? Takut bazaar tu sesak
nanti.” Tanya Asyraf lagi.
Mawar
angguk. “Dah habis. Kita terus bayarlah. Ayan, cikgu balik dulu tau. Kirim
salam dekat nenek.”
Raiyan
hampa. Namun dianggukkan saja kepala. Rasa sedih cuba disembunyikan walaupun
payah.
“Thanks awak.” Ucap Mawar ikhlas.
“Welcome. Dia dah lama minat awak ke?”
“Adalah
setahun lebih. Baru masuk daftar last
year. Sebelum ni budak bandar.” Jelas Mawar serba sedikit.
Asyraf
mengangguk.
“Tapikan
awak… tak melampau ke kata raya ke empat nak bertunang. Buatnya dia panggil
sekelas datang waktu tu? Tak ke haru saya nak jawab.”
Asyraf
tidak terus menjawab. Hanya senyuman terukir dahulu. “Tak akan harunya. Saya
hantarlah rombongan waktu tu. Awak kan kata nak buat kecil aje dengan. Tak
payah ramai. Keluarga saja pun cukup.”
Mawar
berpura-pura gelak walaupun tak rasa lucu langsung. “Hahaha… lawaklah sangat.”
Anak mata dipusing. Geram pula rasa hati!
“Sedia
dah nanti?” ibu Mawar gantung baju melaju suaminya pada paku berdekatan dengan
Mawar yang sedang mengosok. Memang tugas tahunan Mawar setiap kali menjelang
malam Raya untuk gosok baju.
“Sedia
apa bu?”
“Majlis
raya ke empat nanti. Aik? Takkan tak tahu. Asyraf kata dah beritahu. Confirm
setuju?”
“Majlis
raya ke empat?” Otak Mawar berfikir sedalamnya yang mungkin. Macam pernah
dengar pasal majlis raya ke empat.
“Ya
Allah!! Mawar. Baju terbakar tu. Mengelamun pula budak ni!” jerit ibu Mawar.
Segera
Mawar angkat seterika. Suis dimatikan. Habis jubahnya berlubang terbakar kena
seterika panas. Aduhai! Mimpi ngeri di malam raya! Dan pasal raya ke empat tu
baru Mawar teringkatkan pasal kes di Giant hari jumaat hari tu.
“Kenapa
ni Mak Chik?” tanya Ameer dan Asyraf yang bergegas lari dari ruang tamu untuk
tengok keadaan di ruang dapur.
“Baju
jubah raya Mawar terbakar. Mengelamun aje lebih.”
Monyok
mulut Mawar memegang jubah yang sudah berlubang. Besar pula tu. “Sudahlah. Beli
baju raya cukup-cukup untuk raya pertama aje. Sedihnya bu!!”
“Siapa
suruh kalut sangat! Sampai terbakar baju raya tu. Nasib baju raya. Kalau tangan
tu? Kan teruk nanti.” Bebel Ameer.
Mulut
Mawar makin monyok bila dibebel. Terpaksalah pakai baju mana yang ada saja.
Sedih. Mahal jubah tu dia beli.
“Ameer
janganlah marah Mawar tu. Tak apalah War pergi rehat. Masuk tidur awal. Tengok
mata pun dah lebam tu. Biar akak yang gosok baju-baju ni semua.” Rania
mempelawa diri. Kesian juga dia tengok Mawar. Mentanglah dia yang tinggalkan di
kampung. Hampir semua benda dia kena bantu buat. Dari kemas rumah, tukar
langsir, kuih muih sampaikan seterika baju pun Mawar tolong. Nasib masak saja
golongan mak dan mak cik mereka yang buat.
“Tapi
kak…awal lagi.”
“Awal
tak awal. Kakak tak peduli. Tidur awal. Mata dah serupa apa dah. Masuk tidur.”
Arah Rania tegas. Suara veto sebagai sepupu sulung dikeluarkan.
Antara
mahu atau tidak Mawar turutkan jugak. Matapun memang tak tahan sangat sekarang
ni. Sampai terlupa pasal majlis raya ke empat yang hendak ditanya tadi.
Bunyi
jam pengera dari telefon mengejutkan Mawar dari lena. Pengera yang disetkan
untuk menandakan subuh dimatikan. Kiri kanan Mawar kosong, Pasti anak-anak
saudara dan kakak-kakaknya saudaranya sudah bangun. Kedengaran kecoh dari dalam
biliknya.
Mawar
capai tudung ekspress. Riuh rendah golongan emak sedang menyiapkan anak
masing-masing. Jelas keterujaan diwajah kanak-kanak. Semangat bangun awal di
pagi raya.
“War
dah okay?” tanya isteri abang Alif.
Mawar
mengangguk.
“Mawar
pergi ambil wuduk jap kak. Belum solat subuh lagi. ”
“Pergilah.
Tapi tandas penuh. Kolah dekat pintu dapur belakang pun budak-budak lelaki
tengah mandi.”
“Tak
apa kak. Mawar ambil wuduk dekat tepi dapur aje.”
“Iyalah.”
Mawar
menuju ke dapur. Air paip dari singki diisi ke dalam jag. Sampai ke dapur riuh
budak-budak bermain. Tidak kurang hebatnya ibu-ibu melalak menegur anak
masing-masing.
Setelah
jag penuh. Mawar bawa jag ke tempat yang terlindung sedikit untuk berwuduk di
belakang dapur. Berjauhan dengan kolah yang penuh anak-anak saudara lelakinya
sedang pesta mandi.
Selesai
siram kali ke tiga ke kaki kiri. Baru Mawar perasan Asyraf sedang
membelakanginya. Mungkin sedang bertelefon memandangkan telefon dilekapkan pada
telinga lelaki untuk. Cepat-cepat Mawar betulkan kain yang agak terselak
selepas basuhan pada kaki tadi. Selamat Asyraf sedang membelakanginya. Kalau
tak sah-sah buat wayang percuma.
Mawar
menjengket. Cuba mencapai tudung yang digantung tadi sebelum ambil wuduk. Sebab
paku agak tinggi. Sukar Mawar mencapai tudungnya. Gantung tadi senang aje. Nak
ambil susah pula.
Mawar cuba melompat… “Ah!!”
Malang di pagi hari kaki tersadung dengan
lantai yang agak licin. Terduduk Mawar sambil menahan rasa perit. Rasa nak
patah pinggang!
“Mawar?
Okay ke tak?” Asyraf yang terdengar jeritan tadi terus berlari mendekati gadis
itu.
Mawar
tidak mampu bersuara. Angguk saja. Jari ditunjuk pada tudung yang masih
bergantung.
Mudah
saja Asyraf tarik tudung yang digantung. Bukan sebab dia terlebih tinggi, tapi
masalah saiz tubuh Mawar yang kecil.
Berhati-hati
Mawar berdiri. Masih larat lagi. Huluran tudung dari Asyraf cepat-cepat diambil
dan terus disarungkan pada kepala.
“Nak
saya papah ke? Larat tak jalan ni?” tanya Asyraf. Baru saja kaki nak elok
sikit. Tersadung lagi. Clumsy juga
cikgu kecil ni. Fikir Asyraf.
“Tak
apa. Dah wuduk. Terima kasih.” Huwaa! Malu. Entah mana Mawar nak letak muka.
Asyik kantoi dengan Asyraf saja! Mencicit Mawar masuk tanpa tunggu jawapan dari
Asyraf. Awal pagi dah kecoh! Mawar… Mawar…
Solat
sudah… mandi pun sudah. Sebab terlambat mandi. Mawar tidak bergerak ke masjid
untuk solat Aidilfitri. Mana tak lambatnya. Mentang-mentang dia paling lewat
bangun. Dia pula yang dapat turn
mandi paling akhir.
“Kak
Rania? Ada gosok baju kurung Mawar tak? Baju apa-apa ke?” tanya Mawar pada
Rania yang juga tak pergi solat Aidilfitri kerana terpaksa jaga bayinya yang
baru berusia beberapa bulan.
“Kakak
gantung di bilik Mawar. Jubah warna gold+
purple ttu. Mak chik kata tu baju Mawar.”
Mawar
garu kepala. “Eh… Mawar tak ada baju tu. Ibu mana? Orang nak tanya…”
“Mak
Chik pergi solat. Agaknya tu Mak chik beli kat luar negara untuk Mawar la tu…
sebab dia sendiri kata tu jubah raya Mawar.”
Mawar
tersenyum. “Agaknya la. Sebab Mawar ada cakap kat ibu nak jubah warna gold padankan dengan purple raya ni. Tapi tak jumpa-jumpa.”
Memang awal ramadhan lagi Mawar rancang nak warna emas dipadankan dengan warna
purple. Tapi susah nak dapat.
“Mawar
pergi bersiap dulu ye.” Senang hati Mawar masuk semula ke dalam bilik.
Mangkuk
terakhir selesai diletak atas meja makan yang disediakan di ruang tamu. Balik
solat raya nanti, mesti semua kelaparan cari makanan. Tepat bunyi kereta
berhenti dihalaman rumah menandakan solat selesai.
“Assalamulaikum!!!”
suara budak-budak memberi salam sambil berlari naik atas rumah.
“Lapar!
Lapar!! Nak makan…” jerit budak-budak lelaki. Bertuah punya budak-budak. Belum
naik sudah melalak dari bawah macam setahun tak makan.
Mata
Mawar terpandang pada lelaki yang segak berbaju melayu warna emas sedondon
dengannya. Siap samping songket warna emas ungu lagi. Kebetulan atau dirancang?
Yang lain tidak pula pakai warna emas. Hanya Mawar dan Asyraf saja.
“Pewwitt!!
Uuuu…. Cik war dan uncle Asy sedondon…” usik Qashaf. Anak sulung abang Naim.
“Hee…
Aisha pun perasan tadi. Janji ke mak cik?” sepupu Qashaf, anak kak Rania pula
bersuara.
“Mana
adalah! Makan cepat. Bising aje. Tak bagi duit raya baru tahu.” Ugut Mawar.
“Mak
cik Mawar tak bagi. Qashaf minta aje dengan uncle Asy. Kan uncle? Kira dari mak
cik Mawar jugak…” pandai Qashaf mengusik lagi.
Mawar
buntang mata. Amboi-amboi… bertuah punya
budak! “Diamlah!”
Seisi
rumah yang dengar Qashaf usik Mawar gelak kuat. Macam-macam hal!
Mawar
mendekat ibunya. “Ibu! Lawa baju. Thanks
belikan…” tubuh ibunya dipeluk.
“Bukan
ibu la yang beli, Asyraf belikan.” Jawapan dari ibu Mawar buat pelukannya
terlerai. Mawar pandang ibunya minta penjelasan.
“Asyraf?”
“Aah…
untuk baju tunang korang. Tapi memandangkan baju terbakar semalam. Dia suruh
aje pakai baju tu.”
Terkejut
Mawar dengar kenyataan ibu. Riak wajah terkejut dikawal sebaik mungkin. “Asyraf
mana?”
“Pangkin
bawah. Tengah bincang dengan ayah, tok dan pak cik-pakcik Mawar pasal majlis
tu.” Terang ibu Mawar.
“Bincang.
Hahaha…” Mawar gelak kecil. Paksa bukan rela. Asyraf ni melebih pula.
“Mawar
pun nak bincang sikit dengan Asyraf ni…” sambung Mawar.
“Baguslah
tu. Bawa sekali air atas meja tu. Hidangkan bagi mereka.”
Saat
Mawar berjalan menuju ke pangkin. Mulutnya tidak berhenti membebel. Tapi hati
rasa berdebar pula. Aduh jantung! Kau bakal jadi milik Asyraf ke atau dah
terjatuh hak milik? Pegangan pada talam dikuatkan. Takut terlepas.
“Hah
War… hidang air. Elok sangat datang bawa air tu. Haus pak long.. gelak aje dari
tadi.”
Mawar
senyum kelat. “Kau orang ni. Makan pun kat bawah. Ruang tamukan luas.” Jawab
Mawar.
“Luas
pun luas. Bawah ni juga selesa. Dapat angin pagi… atas tu penuh dengan
askar-askar kecil. Pening tok.” jawab Tok.
Angin
kepanasan dapatlah! Jawab Mawar dalam hati. Suka hati merekalah.
“Lepas
makan. Mak Long pesan naik atas. Tangkap gambar raya ramai-ramai.”
Yang
lain angguk. Hanya Ameer menjawab. “Iyalah…”
Mawar
tidak berganjak lagi. Asyraf dijeling. “Err… nak cakap dengan Asyraf kejap
boleh?”
Semua
senyum kambing. Aduh! Merah muka Mawar. Deheman Ameer buat senyuman jadi
ketawa.
“Pergilah…
dating time raya ni lain fiil nya…” Atuk memberi kebenaran.
Makin
galak mereka ketawa. Bencik! Mawar dari kecil ke besar jadi mangsa buli sepupu
sepapat dan pak cik-pacik bertuah ni!
“Err…
saya pergi dulu tuk…” Asyraf meninggalkan keluarga Mawar. Wajah dikekalkan
tenang dan cool walaupun hati
berdebar kuat. Takut ditolak oleh Mawar. Ikut rupa kelat Mawar tu macam dia
sudah tahu pasal majlis pertunangan raya ke empat ni.
Senyap.
Mawar tak tahu nak mula dari mana. Tapi yang penting dia nak habiskan juga
sekarang. Asyraf yang turut senyap dari tadi dipandang dengan hujung mata.
“Awak
ada benda nak cakap dengan saya?” tanya Mawar.
“Baju
jubah tu saya belikan.”
“Lagi?”
“Kuih
awak masak sedap?” jawab Asyraf dengan sengihan. Tak comel okay! Lagi menyampah
di mata Mawar.
“Serius
Asyraf!”
“Err… raya ke empat tunang?” tanya Asyraf
was-was.
“Hah!
Memandai sangat! Siapa nak tunang dengan awak…”
Muka
kelat Mawar langsung tidak menakutkan Asyraf. Tiba-tiba keberanian untuk
menghadap pula. “Mawar Baiduri.” Jawabnya selamba.
“Asyraf!
Kenapa tiba-tiba pula ni? Tak kenal pun saya. Tiba-tiba masuk meminang.”
“Dah
kenal. Bertahun. Jumpa aje baru seminggu.”
Mawar
kerut dahi.
“Dah.
Tak payah kerut dahi macam tu. Saya dah lama tahu kewujudan Mawar Baiduri.
Ameer selalu cerita pasal awak. Setiap kali awak bergayut dengan Ameer. Saya
selalu ada. Saya nak jumpa awak. Nak tahu lebih pasal awak. Sebab tu adanya
Asyraf raya tahun ini di rumah nenek awak.”
“Tapi…
raya ke empat tu? Perasaan kita? I mean
saya dan awak…” Mawar tak tahu nak susun ayat. Tapi harap Asyraf faham
maksudnya.
“Raya
ke empat tu kebetulkan sebab student
awak tu. Lagipun kalau saya tak cop awak awal-awal. Nanti ada yang kebas. Awak
sendiri cakap nak bercinta lepas kahwin kan? Ingat lagi waktu berbuka tempoh
hari.”
“Yang
tu gurau sajalah.” Pintas Mawar. Bukan betul-betul pun…
Asyraf
tersenyum. “Saya tetap anggap serius.”
Mawar
terdiam. Cebik sikit.
“Raya
ke empat ni jadilah ye?” tanyanya lagi.
“Maksud?”
tanya Mawar. Bukan tak tahu, saja nak kenakan pula manusia ni. Suka hati pinang
orang tak cakap.
“Raya
ke empat ni. Pakai balik baju ni. Majlis kita… kita jadikan ye sayang…” lembut
suara Asyraf meminta.
Lembut
juga hati Mawar dengar perkataan sayang dari Asyraf.
“Insya-Allah.
Tapi kalau awak sia-siakan peluang ni… siap awak!” ugut Mawar. Mata sengaja
dibesarkan untuk menakutkan Asyraf.
“Insya-Allah
comel…” ujarnya Asyraf sambil memuji kecomelan Mawar. Patutlah budak sekolah
pun minat dengan dia ni. Sudahlah kecil, muka mengalahkan budak kecil saja.
“Oi!!
Cukuplah dating. Lepas kahwin nanti baru
dating lama-lama dalam bilik! Sekarang tangkap gambar ramai-ramai…” jerit
Ameer.
“Yiee…
Buat malu keturunan aje abang Ameer ni!” Marah Mawar.
Asyraf
tergelak.
“Dah…
dah… jom naik.” Ajak lelaki itu.
Mereka
beriringan naik rumah. hati Mawar tiba-tiba berdebar. Dia bukannya tahu sangat
pasal Asyraf.
Petang
itu satu bas tetamu datang bertandang. Pelajar-pelajar dari kelas tingkatan
enam atas. Riuh rumah kampung Mawar dengan kekecohan pelajar bawah seliannya.
Ada juga yang sempat mengusik bila terpandang Asyraf yang sedondon dengannya.
Dengan
berbesar hati Asyraf memperkenalkan diri sebagai bakal tunang Mawar. Lelaki itu
pun layan saja perangai gila-gila pelajarnya. Sempat lagi jemput datang ke majlis
mereka raya ke empat ni.
Hati
Mawar cuba mengira bilangan pelajarnya. Rasa kekurangan. Raiyan! “Ayan mana?”
terus Mawar menyoal tentang lelaki itu. Risau pula. Raiyan selalunya ada saja
bila berkeanan dengannya.
Mawar
perasan Asyraf pandangnya. Tapi dia buat-buat tidak tahu. Cemburu ke? Tak
perlulah Asyraf oi! Mawar risaukan Raiyan sebab anggap budak itu seperti
anak-anaknya sudah.
“Ayan
mana?” tanya Mawar lagi bila pelajarnya hanya senyap saja.
“Er…
Ayan balik KL dengan neneknya pagi tadi cikgu. Semalam ibu bapa Ayan dan
adiknya kemalangan dalam perjalanan balik kampung.” Jawab kawan karib Raiyan.
Mawar
terkup mulut. “Innalillah.” Terkejut dengan berita yang baru disampaikan. Pagi
raya begini mesti hari anak muridnya seorang itu tengah bersedih.
Pelajar
yang lain senyap. Mereka awal lagi tahu pagi tadi bila Raiyan hantar pesanan
raya dan mohon maaf dalam kumpulan whatsapp kerena tidak dapat ikut serta
kawan-kawannya pergi beraya.
“Cikgu,
Raiyan kata arwah bapanya akan dikuburkan di kampung. Nanti kita sama-sama
pergi melawat ya. Ibu dan adik Raiyan terselamat tapi masih ditahan di
hospital.”
“Baiklah.
Bila arwah dihantar ke sini.”
“Mungkin
esok atau lusa.”
Mawar
angguk. Raiyan perlukan sokongan moral mereka.
Pelajar-pelajar
Mawar sudah pun pulang. Mawar dan Asyraf
masih lagi berdiri di hadapan pintu. Melambai pelajarnya hingga hilang
dari pandangan.
Asyraf
yang berdiri disebelah dipandang. “Bolehkan? Pergi kubur arwah bapa Ayan?”
tanyanya perlahan. Meminta kebenaran dari Asyraf. Takut lelaki itu cemburu.
Lain pula jadinya.
Lelaki
itu mengangguk. Memahami isi hati Mawar yang risaukan pelajarnya.
“Pergilah.
Jangan risau… jangan sedih awak. Setiap yang lahir itu pasti menemui ajal
mereka. Cuma keadaan sebelum pergi menemui ilahi itu saja berbeza.” Jawab Asyraf.
Dia faham keadaan Raiyan sekarang ini. Dirinya sendiri anak yatim. Perasaan
kehilangan itu sentiasa ada bila terkenangkan ibu bapa yang telah menemui ajal.
Lebih-lebih selaku seorang doktor. Asyraf sentiasa berdepan dengan pelbagai
jenis kematian.
“Insya-Allah…”
ucap Mawar. Tapi air matanya mengalir juga. Sedih walaupun terubat dengan
kata-kata Asyraf.
“Jangan
sedih sayang. Happy happy sikit…
nanti majlis pertunangan kita, mata awak macam panda pula…” usik Asyraf.
Mawar
jelir lidah.
“Elleh.
Siapa nak tunang dengan awak. Bluerkk!
Tak malu… Budak Bandar! Pasang pelita pun tak reti, kacau dodol macam tak
pernah jumpa periuk belanga… ada hati nak kahwin budak kampung…” jawab Mawar
lalu tergelak besar. Saja nak usik Asyraf Bandar ni… Zero Kampung knowledge… Berapa
hari tinggal dikampung, Mawar memang sudah lama perasan pasal tu. Ini rupa nak
kahwin dengan jaguh kampung? Haish… banyak Mawar nak ‘kuliah’ kan Asyraf ni…
“Berani
kutuk saya… cium kang baru awak tahu budak bandar ni tahu buat apa aje…” jawab
Asyraf.
Mawar
ketawa kuat. Tak takut pun…
Ermm… nampaknya kena basuh lagi jubah raya ni. Nak pakai
raya ke empat nanti!
TAMAT.
sambungan : [sila klik tajuk]
cerpen ke - 2 : Chaya Syawal RaihanCerpen ke 3 : Sesuchi Lebaran Qaer
besttt dah ulang 2 3 kali hehe. bila nak kluar no2 & 3. ^^
ReplyDelete-c
comellllll
ReplyDeleteBest!
ReplyDelete