Sesiapa pernah baca cerpen jubah raya Mawar. Pasti tahu kisah cinta pertama Raiyan sebelum ni... so yg belum baca sila bacalah dulu cerpen jubah raya Mawar kemudian baca yang ni.
Beg sandang dibetulkan. Novel The Fault of Our Stars yang entah berapa puluh kali dibaca diletak atas kerusi hujung bersama Aviator berjenama Ray Ban. Beg laptop dan bagasi bersaiz kecil diletak atas compartment atas bantuan pramugari yang bersedia untuk tutup satu-satunya compartment yang masih terbuka itu. Kemudian Chaya bergegas masuk duduk ke tempatnya sebelah tingkap.
“Haaa… nasib baik sempat!” luahnya. Nafas masih lagi semput. Sikit lagi tertinggal kapal terbang!
Belum sempat Chaya memasang tali pinggang. Seorang lelaki bergegas duduk di kerusi tempat Chaya meletakkan novel serta cermin matanya!!
“Allah!! Cermin mata saya!!” jerit Chaya terkuat.
Kelam kabut lelaki yang baru saja letak punggung atas novel dan cermin mata Chaya. “Huh? Hah? Eh… sorry… sorry…” mohon lelaki itu. Dia berdiri sedikit. Novel dan cermin mata yang pecah itu dihulurkan pada Chaya.
Mata Chaya bercahaya. Hendak menangis melihat cermin mata Ray Ban berwarna hitam itu. Bukan sebab pecah atau bingkainya yang dah bengkok sedikit. Tapi lebih kepada terkenangkan bekas pemilik yang ‘pergi dan takkan kembali’ ke hidup seorang Chaya.
Huluran disambut. Nampak sangat tiada jodoh dengan dia!
Air mata yang ditahan mengalir. Sedikit. Kelamaan semakin deras.
“Awak.. Awak. Maaf. Nanti saya ganti cermin mata tu. Maaf! Janganlah nangis.” Pujuk Raiyan. Air muka wanita itu menunjukkan seperti orang Malaysia. Lagipun memang penerbangan mereka pulang ke Malaysia pun. Jadi boleh tahan ramai juga penumpang dikalangan orang Malaysia.
Ahhh sudah! Orang yang duduk bertentangan dengan barisan kerusi mereka sudah bagi bandangan maut. Raiyan pindah tempat ke sebelah gadis itu. Dompet dikeluarkan. Alamak! Tunai duit dollar dan Ringgit Malaysia beberapa keping saja dalam dompetnya.
Raiyan tiada pilihan. Kad nama berwarna kelabu dengan tulisan keemasan itu dikeluarkan. “Saya tak simpan banyak cash. Tapi ini kad nama saya. Awak claim harga cermin mata awak tu bila kita dekat Malaysia nanti.”
Chaya telan liur. Air matanya yang mengalir tadi dikesat. Comot mukanya. Nafas ditarik dan hembus sebelum bersuara.
“Tak apa. Saya tak akan claim pun. Emosional tadi. Cermin mata aje… lagipun dah tak berharga cermin mata tu pada saya. Saya pun nak minta maaf. Tak pasal-pasal menangis. Buat malu aje.” Serak-serak suara Chaya bersuara.
‘Tahu pun!! Buat malu aku aje. Perempuan… perempuan…’ fikir Raiyan.
“Baguslah kalau macam tu. Pakai tali pinggang tu. Kejap lagi kapal dah nak terbang…”
Penerbangan pulang ke Malaysia satu perjalanan yang paling kekok Raiyan pernah ada. Dengan perempuan sebelahnya yang lebih banyak mengelamun dari tidur buat hatinya tertanya-tanya. Dia curi pandang wajah Chaya. Cantik.
“Nama awak apa?” Raiyan ketap bibir. Tidak sangka pula dia akan tegur wanita itu.
Chaya pusing pandang Raiyan disebelah. “Chaya Syawal.” Jawab Chaya.
“Chaya What?” tanya Raiyan pelik.
Chaya tersenyum kecil. Cantik lagi pada pandangan Raiyan. Diperhati gadis itu sedang mengeluarkan buku nota kecil dan pen dari tas tangan. Chaya tulis sesuatu.
“Awak boleh panggil saya Chaya.” Tertulis perkataan nama Chaya pada buku tersebut. Tahu orang akan mempersoalkan tahap pelik namanya.
Chaya Syawal binti Ibrahim. Baca Raiyan dalam hati. Patutlah dia tulis. Nama perempuan ni memang pelik.
“Business card?” tanya Raiyan kalau wanita itu ada.
Chaya terketawa kecil. Buat apalah dia tulis. Business cardkan ada. Aiyoo… dia keluarkan card holder. Sekeping kad dikeluarkan.
“This is my card… Tapi saya dah berhenti kerjalah bulan lepas. So kad ni tak berapa nak realible sangat.”
“Sayangnya. Ni company besar.”
“Saya nak balik Malaysia for good. Lama sangat tinggal di sana.” Jelas Chaya.
“For good? Nak kahwinlah ni…”
Chaya ketawa kecil lagi. Langsung tersasar. Dia geleng kepala. “Saya nak cari keluarga kandung. Kalau jumpalah.”
Raiyan terdiam. Checkmate. Patut tidak sentuh isu sensitif. Nanti menangis lagi Chaya macam tadi. “Sorry.”
“Sampai ni… awak nak ke mana? I mean… your house.”
Chaya geleng kepala lagi. “Saya tiada rumah. Mungkin balik rumah anak yatim yang saya pernah tinggal dulu.”
“Oh I see… Dekat mana tu?” tanya Raiyan lagi. Mudah masuk juga perempuan sebelahnya ini.
“Rumah yatim Suria. Dekat Selangor juga. Alamat spesifiknya saya pun tak berapa ingat. Tapi saya ada tulislah...” Chaya keluarkan buku nota tadi.
“Dekat kawasan Shah Alam.” Bacanya.
Raiyan tersenyum. “Okay then… Harap awak jumpa keluarga awak suatu hari nanti. Insya-Allah. In case nak cari kerja. Cari saya. Kalau ada kosong. I’ll link it to you…”
Terbatuk-batuk Raiyan dengan kepulan asap yang banyak dalam tempat yang sesak macam ni. “Bertuah punya adik! Menyusahkan hidup aku aje..”
Tidak sangka Luth tahu dia ikut adiknya dari belakang. Siap kenakan lagi!
Raiyan dibawa masuk ke kawasan bilik-bilik. Beberapa orang pelacur bertonggek tepi pintu. Yiee.. sakit hati! Kalau dia dapat Luth sekarang ni. Dia kerat 18! Nak lawan dua orang gangster depan ni itu memang kerja bodoh. Badannya bukannya kuat sangat pun jika dibandingkan dua ‘gajah’ ni. Badan satu hal, tapi pistol ditangan tu sekali tekan boleh terus masuk kubur.
“Sini.” Salah seorang kongsi gelap itu tunjuk pintu bernombor 44.
Terlopong mulut Raiyan. Senakal dia dulu. Tidak pernahlah sampai nak lacur perempuan. Bertuah punya adik. “Kau bertuah dapat perempuan ni. Baru lagi. Daging segar. Hahaha…” kata lelaki berbadan besar itu sambil tergelak kuat.
“Pandai-pandailah kau makan. Lelaki tu bayarkan 5 ribu untuk kau.” Gelak gangster seorang lagi.
Badan Raiyan ditolak masuk ke dalam bilik. Sebelum mereka pergi tinggalkan bilik tersebut. Ternganga lagi mulut Raiyan. Dua bulan juga dia potong elaun bulanan adiknya. Bazirkan 5 ribu semata-mata hendak kenakan dia.
Dia masuk ke dalam bilik yang agak malap itu. Seorang perempuan sedang berusaha mengigit tali untuk lepaskan ikatan ditangannya dengan gigi.
“Nak saya tolong?” baik hati pula Raiyan hendak membantu. Kesian pula tengok perempuan itu terkial-kial melepaskan ikatan. Sah ini mesti kes paksa punya! Nasib apalah dia terjebak dengan perkara macam ini. Penat bekerja seharian di pejabat pun tidak hilang lagi.
“Kau dekat aku bunuh kau!!” Chaya yang sedang marah angkat kepala memberi amaran.
“Chaya?!” terkejut Raiyan memandang wajah Chaya. Lain benar penampilannya.
“Raiyan?” dahi Chaya berkerut.
Raiyan lepaskan ikatan pada tangan Chaya. “Awak langgan pelacur?” sempat lagi Chaya menyoal.
Tergelak Raiyan dengar. Jatuh saham! “Dan awak sejak bila tukar profession?” tanya Raiyan sarkastik.
Chaya buat muka. Bahu Raiyan ditendang sekuat hati. Sebaik saja tali di kaki pun berjaya dileraikan.
“Thanks. Saya hutang nyawa dan maruah dengan awak. Tak kisahlah awak langgan pelacur ke tak. But I have to go now…” Chaya tunduk. Beg sandang yang disembunyikan bawah katil ditarik keluar. Dia koyak sedikit bahagian tepi bawah gaun ketat yang dipaksa pakai oleh mak ayam.
Chaya betulkan begnya. Dia panjat tingkap untuk keluar. Beberapa hari dalam tu, Chaya sudah tahu laluan untuk keluar. Dia memang rancang untuk lari malam ni. Salah seorang pelacur di situ yang dijual oleh mak ciknya telah beritahu laluan mudah untuk larikan diri. “Eh... nak buat apa tu?”
“Lari.” Chaya memang nak minta bantuan Raiyan. Tapi susah nak percaya orang lagi. Dah la pergi melacur perempuan. Entah-entah bila dia kata nak tolong bagi kerja dalam kapal terbang hari tu. Nak suruh aku lacurkan diri dengan dia la. Euww… harap saja muka kacak. Perangai tak semengah!
“Eh…” jerit Raiyan hendak menghalang Chaya dari melompat. Tapi gadis itu lebih pantas. Dia hanya mampu memandang Chaya yang sudah berlari dari bangunan tersebut.
“Heshhh….” Raiyan berlari keluar dari bilik tersebut. Dia start kereta dan berpusing kawasan banguan tersebut mencari Chaya. Terdengar suara orang menjerit mengejar Chaya.
“Naik cepat… naik.” Arah Raiyan. Pintu kereta di buka agar Chaya terus masuk. Chaya yang tiada pilihan terus masuk ke dalam kereta Raiyan.
Turun naik nafas Chaya. Penat berlari tadi. Tambah pula Raiyan memandu seperti tidak cukup litar. Dia pasang tali pinggang keledar. Takut nyawa melayang tengok Raiyan bawa kereta macam pelisit.
Kereta Raiyan dibawa masuk ke satu kawasan perumahan elit. Kereta dihentikan. Dia pandang Chaya yang mengeras. “Turunlah. Jangan risau. Tiadanya aku nak apa-apakan kau.” Katanya tegas. Panggilan pun berubah. Angin betul malam ni.
Chaya menunduk. Dia hanya mampu ikut Raiyan keluar dari kereta lelaki itu.
“Hish! Malang betul hari ni. Tak pasal-pasal kena tuduh langan pelacur.” Telinga Chaya sempat menangkap rungutan Raiyan. Dia menunduk. Terkena batang hidung sebab dia yang tuduh.
“Masuk dalam cepat!” arah Raiyan tegas.
Bilik tetamu dibuka. Suis lampu dihidupkan. “Kau guna bilik ni. Esok aku tolong selesaikan perkara ni. Dalam ni ada tandas, lengkap sabun semua. Kau pakailah.” Arahnya sambil pandang Chaya. Pandangan Raiyan dialihkan ke tempat lain. Dia telan liur. Seksi anak dara seorang ni.
Chaya mengangguk. Dia pandang keliling bilik tetamu yang agak mewah. Badan Chaya dipaling semula memandang Raiyan yang sudah berjalan tinggalkannya. “Raiyan…” panggilnya.
“Apa?”
“Thanks again.”
Raiyan mengangguk. “Rehatlah.”
Segar badan lepas mandi. Thia pandang baju gaun merah yang dikoyak olehnya tadi semata-mata hendak larikan diri tadi. Dia masih lagi berkemban. Tiada baju hendak pakai. Antara mahu atau tidak, dia terpaksa pakai balik baju tersebut. Esok pagilah baru pinjam baju T-shirt Raiyan. Tak sanggup dia pakai baju tu lagi lepas ni. Tudung pun sudah hilang entah ke mana.
Ketukan dipintu mengejutkan Chaya dari lena. Matanya dipisat. “Kejap.”
Pintu dibuka sedikit. Telan liur mata Raiyan memandang Chaya. Semalamam dah la tidak tidur lena sangat gara-gara fikirkan Chaya. Dia alihkan perhatian. Chaya yang terperasan berlindung sedikit disebalik pintu.
“Nah. Pakai ni.” Seluar track dan t-shirt besar miliknya diberikan kepada Chaya.
Chaya mengangguk lantas menyambut. “Err… Raiyan.”
“Apa?”
“Ada telekung tak? Saya dah berapa hari solat.”
Raiyan geleng kepala. Rumah lelaki. Mana nak dapatkan telekung.
“Oh tak apalah.”
“Bersiap cepat. Lepas tu ikut aku keluar.” Arah Raiyan sebelum pergi.
Balqis memang perempuan yang ikut anaknya balik awal pagi ni. Dia yang turun untuk pergi siram bunga terkejut dengan kemunculan anak sulungnya bersama seorang perempuan bersweater di rumahnya.
“Ma… Luth balik tak semalam?” tanya Raiyan.
Balqis angguk. “Subuh tadi balik mabuk-mabuk.” Jawabnya sambil mengerling pada perempuan itu lagi.
“Aifa?” tanya Raiyan pada adik perempuannya pula.
“Masih tidur.”
“Kau ikut mama aku. Ma, ni kawan Ayan, Chaya. Ma kata nak cari pembantu untuk buat kuih raya kan? Chaya kerja dengan mama nanti.”
Chaya yang terkejut dengan kenyataan Raiyan angkat kepala. Eh… suka hati dia nak atur hidup aku. Baru rancang nak hubungi kawannya untuk balik ke US semula lepas ni.
Tidak percaya. Lebih lagi bila tengok respon Chaya yang nyata terkejut dengan kenyataan anak lelakinya. Balqis angkat kening untuk tanya lebih lanjut. Tapi Raiyan buat-buat tidak faham. Dia naik tangga. “Abang pergi kejutkan budak bertuah dua orang tu. Hidup tahu nak menyusahkan hidup aku aje!”
Geleng kepala Balqis dengan rungutan anak sulungnya tu. “Chaya kan?” tanyanya kembali pada gadis itu.
Laju kepala Chaya mengangguk.
“Jom ikut mak cik.” Kata Balqis sebelum ke halaman rumah. Dia tahu lambat laun Raiyan cerita juga nanti siapa gadis yang dia bawa balik pagi buta ni. Dan buat dua orang anaknya yang sedang beradu di kamar masing-masing tu. Bersedialah dengar leteran abang sulung mereka, malas Balqis nak ambil port.
Keadaan di atas huru hara bila tahu Raiyan datang buat spotcheck pagi tu. Memang itulah rutin mereka. Bila abang sulung mereka datang, rumah memang kena sentiasa bersih dan mereka jangan haraplah dapat tidur sampai pukul 1 atau 2 tengah hari. Awal pagi lagi keduanya memang kena kerah cuci kereta atau buat apa saja kerja.
Lepas kejutkan Luth sambil bebel itu ini kenakan dia di kelab malam semalam, Raiyan beralih ke bilik Aifa. Adik bongsu perempuannya yang dah dua tahun lebih habis ijazah di US tapi pergi kerja haraplah! Tiap-tiap hari melepak ataupun terconggok saja di rumah.
Raiyan ketuk bilik Aifa sampaikan Balqis dan Chaya yang sedang duduk di halaman luar rumah pun boleh terdengar. “Normal dah tu. Chaya tenang ajelah.” Muka Chaya pula memang tak hilang kerutnya walaupun mama Raiyan kata perkara itu normal. Normal apa ke jaddahnya bila Raiyan terpekik saja dari tadi. Chaya memanglah tidak pernah hidup bekeluarga. Tidak tahu rutin keluarga tapi dia tahu juga cara nak kejut orang secara ‘berhemah’. Waktu duduk rumah anak yatim pun boleh saja budak bangun biarpun dikejutkan perlahan-lahan.
Terkejut beruk Aifa yang masuk berbungkus dengan selimut sambil buka pintu bila terpandangkan abang sulungnya. Dia tersengih. “Morning big bro…”
“Tak nampak ke jam dah pukul 9?! Anak dara apa bangun lewat macam ni? Bangun! Abang tunggu bawah.”
“Alaa bang… mengantuk.” Rungut Aifa. Mata nak tersembul keluar sebab tengah mengantuk sekarng ni.
“Now Aifa!” arah Raiyan lagi.
“Ye la… ye la…” muncung mulut Aifa. Awal pagi lagi nak kena kerah. Nasiblah sekali sekala sejak abangnya pindah rumah sendiri. Kalau dulu setiap hari tau! Setiap hari kena dengar Raiyan membebel.
“Bawak tudung sekali turun.”
“Aifa mana ada tudung.”
Mencerlung mata Raiyan pandang adiknya. “Tiada tudung?!!”
“Ada… ada…” cepat-cepat Aifa memintas ayat abangnya sebelum makin panjang leteran Raiyan. Selendang tu kira tudunglah jugakkan? Tanyanya pada diri sendiri sambil garu kepala gatal. Dia tutup pintu kembali. Sempat juga terdengar bunyi ketukan pintu bilik sebelah. Tak habis bebel abang Luthnya pula la tu.
Haih! Merungut Aifa.
“Semua dah bangun?” tanya Balqis pada Raiyan.
Raiyan mengangguk. Dia ambil tempat bertentangan dengan Chaya yang menunduk. Balqis yang perasan renungan anak sulungnya pada Chaya menyoal. “Ayan tak kerja hari ni?”
“Tak ma.” Garau suara Raiyan. Penat membebel tadi. Suara pun dah hilang. Subuh tadi pun sekadar sahur dengan kurma dan air panas saja bersama Chaya.
Satu persatu adiknya turun. Mula-mula Luth dengan serabainya ada hati lagi nak duduk sebelah Chaya. Raiyan suruh Luth duduk sebelahnya. Lepas tu Aifa pula turun. “Chaya!!” jerit Aifa tanpa fikirkan orang lain di ruang makan bila terpandangkan bekas kekasih kawan baiknya sedang elok duduk di rumah mereka.
Chaya angkat kepala. Dia kenal suara tu. “Aifa?” sahut Chaya dengan nada perlahan.
“Adik. Kalau tak menjerit tak boleh ke? Tudung tu bagi dekat Chaya.” tegur Raiyan. Sakit telinga dengan jeritan Aifa sebut nama Chaya.
Aifa tidak peduli teguran abangnya. Dia tarik kerusi lalu duduk sebelah Chaya. “Beb kau ke mana wei? Tahu tak merata Fadh cari kau!”
“Aifa bagi tudung tu pada Chaya.” Sampuk Raiyan.
Aifa merengus. Selendang ditangannya diletak atas paha Chaya. Dia nak sambung menyoal lagi. Nyata muka Chaya pun bingung nampak dia di situ.
Tapi sekali lagi abangnya menyampuk. “Chaya ke tandas dapur pakai tudung.” Arah Raihan. Dia rimas sebenarnya nampak Chaya asyik bersweater saja dari rumahnya tadi semata-mata nak tutup rambutnya. Mulanya Chaya minta topi, tapi sebiji pun tiada di rumah Raihan. Sweater berhoodie itu saja idea yang Raiyan dapat fikir.
“Abang ni potonglah.”
“Potong tak potong sebelum abang potong lidah Aifa. Baik diam dulu. Nanti baru sembang.” Amaran Raiyan pada adiknya yang kecoh saja dari tadi. Luth disebelah turut dijeling. Ni lagi seorang. Siap lepas ni siap aku leter lagi. Desis Raiyan. Marah dikenakan semalam tu tidak lagi hilang.
Luth senyap saja. Perasan jugak jelingan maut abangnya. Sebab tu tak berani angkat kepala. Tadi pun dah habis kena leter sampai dia yang masih mamai pun boleh duduk tegak dengar ‘ceramah’ pagi abangnya.
Chaya pula tidak tunggu lama. Memang terus berdesup ke dapur. “hish! Garangnya Raiyan ni…” gerutunya. Dalam kapal terbang tempoh hari elok saja seorang yang terlebih peramah.
“Beb… ceritalah.” Gasak Aifa.
Chaya mula cerita bagaimana dia ditipu oleh pemandu teksi yang kononnya nak bawa dia ke alamat rumah anak yatim dan perjumpaannya dengan Raiyan di kapal terbang dan kelab semalam.
Lepas dengar cerita Chaya. Aifa mengeluh. “Kau tahu tak. Rumah anak yatim tempat kau tinggal tu dah lama dirobohkan. Tahun lepas lagi aku dan Fadh pergi sana memang dah tak ada.”
“Fadh cari aku ke?” tanya Chaya. Hatinya masih lagi bergetar mendengar nama lelaki samara lelaki itu.
“Gila tak cari. Sekarang pun aku rasa Fadh masih lagi cari kau. Kau ingat dia boleh ke senang lenang hidup tanpa kau? Dia bagai nak rak masih cintakan kau tau tak.” sekarang ni dah mula sesi luahan perasaan pula.
Raiyan bangkit. Selesai sudah sesi cerita Chaya. Dia tidak mahu dengar pasal kisah cinta yang tiada kaitan dengannya pun. Hatinya tiba-tiba rasa sakit bila dengar Fadh cintakan Chaya. Ikut tekaannya mungkin Chaya bekas kekasih kawan karib adiknya itu.
“Luth ikut abang keluar.”
Luth yang sememangnya tidak pernah berani lawan cakap abang sulungnya menurut. Gila tak ikut! Dia tahu sangat abangnya ni bekas samseng kaki gaduh sekolah sebelum kena hantar ke kampung oleh arwah papa mereka.
“Nak ke mana tu?” tanya Balqis yang turut duduk di ruang tamu mendengar cerita Chaya. Sedikit sebanyak dia tahu juga macam mana anak sulungnya jumpa Chaya.
“Jumpa kawan kejap ma…” jawab Raiyan acuh tak acuh. Chaya ditinggalkan saja di rumah. Dia nak pergi jumpa Qaer kejap. Qaer tu salah seorang kawannya yang bekerja sebagai seorang doktor dan anak angkat along pemilik kelab malam semalam itu. Dia dapat info Luth selalu lepak di kelab itu pun berkat info dari Qaer juga.
Sekarang ni dia harap sangat Qaer dapat tolong dia agar meminta ayah angkat lelaki itu beri pelepasan kepada Chaya. Dia takut Chaya dikejar konco-konco along pula nanti. Raiyan tahu Qaer mesti dapat tolong punya sebab lelaki itu anak kesayangan ketua gangster di situ.
Alhamdulillah. Memang Qaer boleh diharap. “Luth tak tahu pun Qaer tu kawan abang. Bukan dia anak owner kelab tu ke? Abang ada link dengan mana-mana gangster ke?” tanya Luth ketika mereka sampai di rumah lepas berurusan dengan Qaer.
“Otak Luth yang tak link! Sekali lagi abang tahu Luth pergi mana-mana kelab. Siap! Elaun Luth tiga bulan abang tolak. Nak duit. Kerja!”
Terlopong mulut Luth dengar. Dia malas kerja!! Mahu saja Luth menjerit dalam Audi abangnya ni. Namun muka tiada perasaan juga Raiyan tunjuk sambil keluar dari kereta.
Gelak tawa Chaya yang comel pakai baju kurung Aifa dipandang. Tidak berkelip mata Raiyan memandang. Berdegup jantungnya. Chaya dan Aifa masih lagi tidak perasaan kewujudan Raiyan di situ. Gembira sangat bercerita.
“Wow… cunnya.” Puji Luth yang berdiri belakang abangnya.
Terus saja mata Raiyan tajam tengok adiknya.
“Alaa… orang puji aje bang. Tahu lah awek abang.” Selamba saja Luth membalas. Nak dihati terukir nak balas dendam atas kekejaman abangnya tolak elaunnya selama tiga bulan. Patutnya abangnya bersyukur. Kalau Luth tak kenakan abangnya, mustahil Raiyan nak terjumpa dan selamatkan Chaya kan? Luth tersenyum sendiri. Perasan sebenarnya dia yang selamatkan Chaya. Abangnya tu watak sampingan saja.
Mereka berdua berjalan mendekati Aifa dan Chaya. “Mama mana?”
“Dapur. Tengah prepare untuk berbuka.” Jawab Aifa tanpa melihat abangnya. Sampai ke petang cik abang berdua ni keluar. masuk waktu berbuka baru nak masuk.
“Habis korang berdua yang sakan bercerita ni dah bayangkan diri tu tuan puteri? Kenapa tak pergi tolong mama? Ke dapur sekarang! Pemalas!” marah Raiyan. Pantang dia tengok adiknya liat bersenang lenang sedangkan mama mereka tengah buat kerja.
Chaya berdiri. Menurut cakap Raiyan. Dia pun segan juga bila duduk saja dari tadi tapi kenyataannya bukannya Chaya enggan tolong tapi…
“Chaya duduk sajalah… mama yang suruh Ayan. Dia tu tetamu.” Jawab Balqis yang dengar leteran anak sulungnya dari dapur. Aifa segera tarik tangan Chaya agar duduk semula. Dia tak habis lagi bercerita dengan kawan sekampusnya ni. Dulu dia boleh tahan rapat juga dengan Chaya. Chaya baik dan pandai budaknya.
“Hah! Lupa… beb. Kau nak aku bagitahu Fadh ke? Dia outstation sekarang dekat Ausie.”
Laju kepala Chaya digeleng. Mak Fadh tidak suka dia. Dia tidak mahu Fadh tahu kewujudannya di Malaysia. “Jangan bagitahu Fadh… jangan…” larang Chaya.
“Sebenarnya apa hubungan Chaya dengan Fadh?” soal Luth. Dari pagi tadi dia pasang telinga. Tapi tak habis lagi cerita Chaya-Fadh, abangnya sudah bawa keluar.
Aifa tersenyum. “Kekasih.” Jawabnya sepatah. Tapi Chaya lebih pantas menyambung ayat yang tergantung itu.
“Bekas… Bekas kekasih.” Lemah suara Chaya menjawab. Dia tidak suka status bekas itu. Tapi itulah hakikatnya. Dia bukan lagi kekasih Chaya.
Badan Chaya dirangkul. Aifa tahu kisah cinta Chaya dan Fadh yang ditentang oleh keluarga Megat Fadhil. Status! Tak sangka orang kaya seperti keluarga Fadh itu mempunyai pemikiran yang sempit. Mujurlah Fadh tu masih waras lagi.
“Dah la tu Chaya… Fadh masih cintakan kau. Kau jangan pedulikan yang lain.”
“Fadh dah ada isterikan?” tanya Chaya. Perit hatinya mengingkatkan hari konvokesyen mereka dulu. Fadh dah beritahu keluarganya hendak memperkenalkan Chaya kepada keluarga mereka, Keluarga Fadh pun tahu dia bercinta dengan anak mereka. Tapi mereka bawa tunang Fadh ke majlis tersebut hanya untuk menunjuk pada Chaya.
Cantik, lemah lembut dan pastinya orang berada. Itu tunang Fadh. Fadh pun terkejut dengan kewujudan wanita yang tidak disangka itu. Dia tidak pernah tahu dia ditunangnya. Rupany sejak dia beritahu status kekasihnya. Emaknya sudah buat rancangan untuk tunangkan Fadh tanpa pengetahuannya.
Pahit. Tapi Aifa terpaksa juga mengaku. Fadh memang sudah beristeri. Tapi isunya sekarang ini. Fadh itu pernah cintakan isternya!
“Tak payah beritahu aku ada di Malaysia. Aku nak balik sana. Aku tak kan lama sini.”
“Chaya…” keluh Aifa. Dia tidak sanggup lagi pasangan ini untuk terus menyimpan perasaan. Dua-dua terseksa!
“Tak payahlah…” paksa Chaya lagi. Dia tidak mahu rosakkan perkahwinan Fadh dan isterinya. Dia tidak mahu dituduh perempuan perampas. Dia tidak mahukan satu percintaan atas kemarahan keluarga Fadh juga.
“Chaya akan tinggal. Tinggal sini.” Raiyan bersuara sambil berdiri ke dapur meninggalkan semua orang dengan persoalan.
Diam. Hanya Balqis saja mampu tersenyum. Anaknya sudah jatuh cinta sekali lagi. Syukurlah. Bukan senang Raiyan cuba untuk lupakan kisah cintanya sebelum ini. Hanya Balqis saja tahu, Raiyan pernah cintakan bekas guru sekolahnya dulu.
“Mama nak tahu… Chaya ni pandai! Konvo dulu first class honour tau. Lepas tu dapat pula kerja company besar dekat sana.” Rancak Aifa bercerita pasal Chaya kepada mamanya. Dia dulu pun selalu minta tunjuk ajar Chaya.
“Iya?” terkejut Balqis dengar. Nampaknya bukan calang-calang orang pembantu tukang buat kuih raya yang dibawa oleh Raiyan ni. Qualification bukan untuk jadi pembantunya tapi pembantu Raiyan di syarikat.
Chaya hanya tersenyum kecil mengangguk.
Mereka bertiga sibuk buat kuih raya, raya pun tinggal seminggu saja lagi. Chaya bersyukur walaupun tidak berjumpa dengan keluarganya lagi. Keluarga Raiyan sudah buat hatinya merasa kehidupan berkeluarga selama seminggu lebih duduk di rumah ini.
“First class honour pun tidak berguna kalau balik Malaysia kena tipu oleh pak cik teksi.” Sindir Raiyan yang masuk ke dapur mamanya. Dia duduk sebelah Chaya. Jelingan tajam dari gadis itu langsung tidak dipedulikan. Pukul sepuluh baru mula adun kuih. Entah bila la siapnya ni. Rungutnya dalam hati.
“Ayan… apa cakap macam tu.” Tegur Balqis. Raiyan ni nak mengurat tapi balik-balik sakitkan hati Chaya saja.
Bahu Raiyan dijongket. Kuih suji kegemarannya diambil sebiji dari susunan dalam Tupperware. “Realiti.” Jawabnya sepatah.
Panjang rengusan Chaya. Angin! Dia suka keluarga Raiyan kecuali Raiyan! Dan mulut lelaki itu secara spesifiknya.
“Abang….” Lunak suara Aifa menyebut nama abangnya. Lengan Raiyan dipaut manja. Adalah dia nak tu.
“Hurm…” itu saja yang mampu Raiyan jawab. Mulut tengah penuh dengan makanan. Iphonenya dibelek. Sedang membaca dokumen untuk mesyuarat esok.
“Abang…”
“Hurmm… cakap ajalah.” dahinya berkerut. Sakit telinganya dengan suara mengada Aifa tu.
“Nak duit.”
“Berapa?” tanya Raiyan pada jumlahnya. Kalau dah buat suara gedik tu memang sah la Aifa minta duit.
“Tiga…”
“Tiga ratus? nanti ingatkan abang bagi.” Pintas Raiyan. Tengah kuhsyuk membaca ni. Enggan konsentrasinya terganggu.
“Tak! Dua ribu.”
Zap!! Tajam mata sepet Raiyan pandang adik bongsunya. Pantang telinganya pasal pembaziran duit ni. “Nak buat apa?”
“Nak shopping raya.” liur Aifa ditelan berkali-kali. Tak suka mata penuh tahap kedekut abangnya tu. Dia pandang mama. Minta ‘talian hayat’.
“Awal bulan puasa tu abang dah bagi lebih untuk shopping raya kan?!” soal Raiyan. Takkan secepat tu dah habis. Ni makan duit namanya! Dah la tak nak kerja lagi. Si Luth tu pun terpaksa saja kerja sebab dah kering. Tapi elok juga. Sebab balik kerja mesti Luth kepenatan sampai tiada masa nak pergi berjoli. Ni seorang lagi nak kena.
“Aifa nak bawa Chaya keluar beli-beli barang juga Ayan. Chaya pun dah seminggu lebih dekat sini. Asyik terperap saja di rumah. Bagilah duit. Biar mereka pergi belikan barang-barang untuk Chaya juga.” Balqis mula bersuara. Kalau tak memang sah Raiyan tak bagi punya.
“Err… Rasanya kalau sebab saya tak perlulah mak cik.” Chaya mencelah. Banyak dah Raiyan bantu dia. Tak nak dah. Dia ingat memang nak keluarkan simpanannya dalam akaun. Sebab itu jugalah dia setuju nak keluar esok dengan Aifa. Dia pun nak pergi dari Malaysia
Sebenarnya beg sandang yang dia bawa ketika lari dari kelab itu sebenarnya dokumen-dokumen penting miliknya. Tambah pula Raiyan dah serahkan beg bagasinya serta dompetnya. Raiyan kata kawannya yang bagi. Entah macam mana urusan lelaki itu dapat kembali Chaya pun tidak pasti. Chaya pun tak berani nak tanya lebih. Raiyan ni ada aura gangster!
“Iyalah. Dengan syarat.” Raiyan akhirnya bersetuju tapi dia masih lagi pandang telefonnya.
“Alaa… nak syarat apa lagi.” Rungut Aifa. Tak suka bila ada perkataan ‘syarat’ dari abangnya.
“Abang ikut.”
“Ke mana?” Luth yang baru turun mula ikut serta. Raiyan angkat kening. Ingatkan habis terawih tadi terus pergi tidur.
“Budak dua ni nak keluar shopping esok.” Balqis jawab bagi pihak yang lain.
Tanpa fikir panjang Luth pun nak ikut serta. Geleng kepala Raiyan. Bangkrap aku esok!
Surrender Raiyan dan Luth.
Menyesal ikut dua perempuan ni keluar shopping. Nak patah kakinya ikut ke hulu hilir. Dari jalan TAR, Masjid India, segala pusat membeli belah dalam KL ni semua mereka redah! Dengan puasa lagi. Tekak memang tengah kering sekarang ni.
“Bang… Letih…” keluh Luth.
“Nak tercabut kaki abang ni.” Raiyan pun tak henti-henti urut kakinya. Bergetar dah lutut ni sekarang.
“Dah la tu weiii…” jerit Luth bila dia dan abangnya ketinggalan di belakang.
Chaya dan Aifa yang masih bertenaga pusing belakang. Mereka senyum kemenangan tengok Luth dan Raiyan yang sudah kepenatan. “Dah la tu… jom Aifa. Kita rehat kejap.” Mereka duduk di kerusi yang tersedia dalam pusat membeli belah itu. Aifa dan Luth yang memang telah dipesan terlebih awal agar beri ruang kepada Chaya dan Raiyan saja bagi pasangan itu duduk di tengah.
“Chaya??! Chaya awak ke tu?!” Fadh yang sedang cari barang bersama isterinya berlari dapatkan Chaya.
“Aifa awak ke bagitahu Fadh?” gugup Chaya bila Fadh berlari ke tempatnya. Seorang wanita ditinggalkan di belakang.
Laju kepala Aifa digeleng. Walaupun dia kawan karib Fadh tapi dia hormat keputusan Chaya. “Tiada.. Tiada…” dia pun ikut gugup sekali. Habislah kali ni.
“Hold me. Yang lain senyap. Biar abang urus.” Arah Raiyan. Mereka berempat berdiri. Chaya segera berlindung belakang lengan Raiyan. Dia tidak mahu menangis, bukan senang dia berusaha lupakan Fadh.
“Chaya?” panggil Fadh. Dahinya berkerut bila Chaya rapatkan badan pada Raiyan. Dia pandang Aifa pula.
“Beb aku ingat kau kawan baik aku. Sampai hati kau tak bagitahu aku…” luah Fadh. Kecewa dengan Aifa yang pinggirkan dirinya. Seraut wajah Chaya dipandang. Dia rindu wanita itu. Terlalu rindukan… hampir menitis air mata Fad. Ya Allah. Tak sangka doanya untuk bertemu dengan Chaya akhirnya termakbul juga.
“Sayang…” lemah suara Fadh menyebut nama itu.
Chaya ingin saja menyahut. Pilu hatinya mendengar suara itu. Dia rindu. Terlalu rindukan Fadh. Namun seorang wanita yang mendekati Fadh menghalang langkahnya. Dia ingat lagi wajah itu. Isteri Fadh memaut lengan suaminya namun Fadh tidak pedulikan isterinya. Dia lagi pentingkan Chaya sekarang ni.
“Fadh… she’s mine.” Raiyan menegah agar Fadh terus mendekati Chaya. Luth dan Aifa tercenggang. Tapi mereka tahu Fadh pasti tidak berani dengan Raiyan.
Dahi Fadh berkerut. Tidak! Tidak percaya. Cinta Chaya tidak mungkin akan berpaling kepada orang lain. Dia tahu Chaya seorang yang setia.
“Is it true? Sayang… do you love him?” pujuk Fadh.
Chaya pandang Raiyan. Untuk seketika mereka berbalas pandangan sebelum Chaya tersenyum pandang Fadh semula. Dia mengangguk. “I love him. Sepenuh hati saya… Tiada lagi cerita kita Fadh. Awak pun dah ada isteri. Dia perlukan awak sepertimana saya perlukan Raiyan.” Luah Chaya.
Fadh mengeluh. “Sayang…” macam mana dia nak lupakan Chaya sedangkan hatinya hanya untuk gadis itu.
“Fadh.” Raiyan tolak Chaya ke belakangnya bila Fadh cuba untuk pegang tangan Chaya. Dia memang mula berkeras bila Fadh berdegil. Tak boleh jadi! Bukan senang hatinya dimiliki selepas cikgu Mawar berkahwin dulu. Sekarang dia akan berkeras untuk mendapatkan cinta hatinya.
“Fadh… tolonglah faham saya. Saya nak dah nak jadi isteri orang Fadh.” Rayu Chaya. Air matanya mengalir-galir tanpa dipinta. Fadh! Jangan buat hati saja lagi pedih sekarang ni.
Fadh tidak berganjak. Keluhan panjang dihembus. Pilu hati tengok air mata yang mengalir pada pipi Chaya namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Sekali lagi. Kerana dia Chaya terluka. Dulu pun suara itu juga memohon untuk berpisah untuk kebaikan mereka berdua.
“Saya cintakan awak Chaya. Tapi mungkin tiada jodoh untuk kita. Saya doakan kebahagian untuk awak…” Fadh menangis menuturkannya. Dia terluka dalam setiap bait katanya. Namun dia tidak boleh tamak jika Chaya sudah pilih orang lain sebagai peneman hidupnya.
Akhirnya Fadh dan isterinya minta diri. Meninggalkan mereka berempat. Tapi Aifa ada janji nak jumpa dengan Fadh lepas ni. Dia pun nak minta maaf pada kawan baiknya seorang ni. Dia turut mengalir air mata. Dia rasa apa yang Fadh rasa selama ini. Sakit, perit hati Fadh terpaksa menikahi orang yang tidak dicintai semuanya dia tahu.
Lepas saja Fadh tinggalkan mereka. Teresak-esak Chaya menangis di situ juga. Dia sudah nekad lupakan lelaki itu. Hanya air mata saja berdegil untuk terus mengalir. Lemah lututnya sampai terduduk ditengah tiga beradik itu. Waktu tu Raiyan bagi kunci kereta kepada Luth suruh bawa Aifa balik. Tinggalkan saja mereka berdua di situ. Dia nak bersama Chaya.
It’s heart to heart session.
“Dah lega sikit?”
Chaya mengangguk. Terawih pun dah. Tapi mereka berdua tak balik rumah lagi.
“Okay tu maksudnya… dah boleh kahwin dah.” Raihan bersuara lagi.
Chaya pusing tengok lelaki sebelahnya. Kadang dia rasa Raihan ni ada split personality. Kejap peramah, kejap tegas.
“Tak nak kahwin.”
“Eh… lepas luah perasaan kat saya tadi awak dah tak boleh tarik balik. Awak dah lamar saya. I’m taken. So awak kenalah bertanggungjawab. ”Raiyan mengungkit. Eh! Boleh jadi ke ayat tu. Lantaklah! Janji kali ni dia tidak mahu kalah lagi.
“Mana boleh. Tiada perempuan lamar lelaki. Yang tu tak jadi…” merah muka Chaya. Raiyan ni tak reti nak cover pula. Tak romantik langsung. Dah la aku yang luahkan dulu, depan adik-adik dia pula tu!
“Kalau yang ni?” Raiyan keluarkan white board bersaiz A3 dari dalam plastik barang yang dia baru beli tadi ketika mereka berempat keluar. sebatang maker pen turut dikeluarkan. Sempat juga dia koyak plastik yang pada penutup maker pen tersebut. Baru belikan. Standard la. tanda harga pun masih ada lagi.
Raiyan mula melukis.
Orang yang tak rupa seperti orang dilakar. Dia bukanlah pandai melukis sangat. Ingat nak lamar esok lusa. Jadi dia sempat minta tolong Qaer yang terror melukis tu lukiskan doodle perempuan dan lelaki atas whiteboard ni. Tapi dah alang-alang nak luahkan ni. Biarlah dia lukis sendiri walaupun buruk.
Doodle perempuan pakai tudung dan lelaki disebelahlahnya siap dilakar. Tangan kartun lelaki itu dihalakan pada si kartun perempuan. Raiyan letak lukisan itu atas lantai memandangkan mereka berdua sekadar duduk atas tangga. Tersenyum Chaya melihat pasangan kartun yang dilukis oleh Raiyan. Comel ada, buruk pun ada! Ada kapal terbang pada belakang pasangan tersebut.
Cincin dikeluarkan dari poket seluar Raiyan. Dia letak pada tangan kartun lelaki tersebut. Lalu Raiyan keluarkan salotep dari plastik barangnya. Disalotep cincin atas tangan kartun tersebut. “Dengar satu cerita… just listen…”
“Ada satu kisah… seorang putera yang pernah terlepas untuk memiliki seorang puteri kerana ada putera telah memiliki puteri tersebut. Kebetulan, ayahanda pada puteri tersebut meninggal dan putera itu terpaksa memegang takhta raja tersabut. Dia juga tanggungjawab untuk menjaga isteri raja itu serta seorang putera dan seorang puteri. ”
Raihan tarik nafas sebelum sambung bercerita semula.
“Selama memegang amanat yang diberi. Putera itu cuba untuk melupakan puteri yang tidak kesampaian untuk dia miliki itu. Dia sedih. Dia punya segalanya kecuali cinta hinggalah pada satu hari…”
“Satu hari tu, putera itu terduduk cermin mata seorang hamba hingga pecah…”
Terbeliak mata Chaya. “You called me Hamba?!!”
Raiyan tergelak. Comel Chaya buat muka terkejut macam tu. “Dengar aja dulu…”
“Hamba tu buat hati putera itu kalut bila air matanya berderai tak henti-henti… cengeng sungguh hamba tukan sayang…” terrgelak Raiyan mengutuk Chaya. Lengannya dipukul oleh gadis yang sudah monyok itu.
“Okay… okay… sambung cerita…”
Raiyan berdehem beberapa kali sebelum sambung cerita. “Putera itu kalut. Dia ada seorang adinda. Lebih kurang sebaya dengan hamba itu. Tapi sayangnya dia tidak reti nak pujuk perempuan selain adinda atau bondanya… pujuk punya pujuk. Akhirnya hamba itu pun berhenti menangis.”
“Putera itu mula bercerita dengan hamba tersebut. Tapi hanya untuk seketika… selepas tu, mereka berpisah. Ikut haluan masing-masing tapi Putera itu tidak pernah lupakan wajah cantik hamba tersebut. Satu pertemuan tidak disangka, Putera itu terjumpa lalu menyelamatkan hamba tu. Saat itu dia yakin… dia mahu hamba tersebut. Bukan sebagai hamba tapi permaisuri hatinya… dan hari ini Putera itu sedang berhadapan dengan hamba tersebut. Tanpa disangka… rupanya hamba itu seorang puteri yang ditinggalkan oleh kekasihnya si putera kodok yang hodoh lagi bodoh kerana pasangan raja yang jahat. Hahahaha….” Tergelak lagi raiyan. Tak boleh blah dia kutuk Fadh putera kodok hodoh dan bodoh.
“Raiyan!!” geram pula Chaya dengan Raiyan yang mengutuk Fadh.
“Dan kini… dia tahu si hamba yang merupakan seorang puteri ditinggalkan oleh kekasihnya itu juga memiliki perasaan yang sama sepertinya. Cinta. Mereka cinta satu sama lain.” Raiyan senyap seketika. Chaya dipandang dengan penuh kasih. Dia tersenyum memandang seraut wajah itu.
“Chaya… Dulu putera ini pernah terluka hingga tutup hatinya, tapi awak telah berikan satu cahaya untuk putera ini untuk cuba berusaha kejar cinta barunya. Putera ini cintakan awak. I love you… cinta sangat… dan awak sanggup terima cinta saya?” Raiyan angkat whiteboard itu dengan berhati-hati. Dia tunjuk pada Chaya.
Tersenyum Chaya lalu mengangguk. “Terima kasih kerana pilih puteri yang serba serbi kekurangan ni.” Cincin yang disalotep dari whiteboard dikeluarkan.
“Bukan tak nak sarung. Tapi tak halal lagi. So, sekarang awak sarunglah sendiri ye…” Raihan tersengih. Sebelah tangannya garu kepala. Bulan puasa ni tak nak dia buat dosa.
Tergelak kecil Chaya dengar. Dia sarung cincin sendiri pada jarinya. “Awak…” panggil Chaya ketika mereka jalan kaki ke restoran sementara tunggu Luth datang jemput mereka. Kesian Luth! Jadi driver tak bergaji pula…
“Ya?” Raiyan pandang Chaya disebelahnya.
“Sebenarnya cermin mata yang putera tu pecahkan bukanlah milik puteri yang disangkakan hamba tu.”
“Really? Habis tu siapa punya?” berkerut dahi Raiyan pandang kekasih hatinya. Chaya tersenyum kecil membalas…
“Tu milik putera kodok…” tak sanggup Chaya nak sambung ‘hodoh dan bodoh’ Raiyan tu. Apapun Fadh tetap kawannya walaupun tiada jodoh antara mereka.
“What… hah! Elok sangatlah pecah. Waktu tu sah pecah berkecai hati puteri tu. Dan ganti kepada putera lagi kacak ni.” Kuat suara Raiyan ketawa. Syukur juga dia pecahkan cermin mata tu. Tidaklah buat ‘kenangan’ Fadh dan Chaya. Dah selamat pun dekat tempat pembuangan sampah agaknya.
“Awak! Tak baik tau… dah la perasan!” tegur Chaya.
Raiyan hanya gelak. Dia kemudiannya memandang seraut wajah Chaya. Bahagia… dia bahagia sangat sekarang ni. dulu rasa cintanya pada Cikgu Mawar terpaksa dibuang sejauh mungkin, sebab cikgunya sudah dimiliki. Bukan senang untuk Raiyan jatuh cinta lagi. Dan Chaya mampu memberi rasa cinta itu kembali menyerap dalam hatinya.
Insya-Allah. Inilah jodoh Raiyan. Chaya Syawal, bakal isteri Raiyan.