Assalamualaikum and good day people,
Entri kali ni versi jalan-jalan cari makan kat Sarawak. Makan tradisioanl yang terkenal di Sarawak? semestinya dan wajib setiap kali korang datang Sarawak dan merasa keenakan Laksa Sarawak. Superb! percayalah... 2 tahun lebih stay kat sarawak ni. inilah makanan kegemeran Faz.
Tempat? nak cari... ermm. tak susah. cari je Madam Tang's cafe di Jalan Petanak, Kuching. Alaa~ zaman dah maju. confirm tak sesat punya. Gunalah software software yang terdapat dalam telefon canggih korang tu.
A Taste of Sarawak.
Suka tagline kafe Madam Tang's ni. Kedai ni bagi Faz macam Kopitiam, Ipoh Oldtown White Coffee tapi versi Sarawak. sedap! Kalau susah nak cari korang bolehlah pergi Food Court di Spring Mall atau Plaza Merdeka. dekat Food court sana pun ada gerai Madam Tang's.
Tadaa~~ tengoklah... Faz pun telan air liur jugak upload gambar-gambar ni.
Laksa Sarawak yang ni Laksa Sarawak Classic, RM5.80 saja tau! Murah, banyak dan sedap. Mangkuk dia besar gila. Kalau nak try lain pun ada Laksa Sarawak Special. Topping dia pelbagai, banyak pulak tu.
Hah yang ni pula Mee Kolok Seafood. Yummy. Sedap tau. Selain Seefod, Mee Kolok Chicken pun ada.
So tunggu apa lagi? Kalau datang Sarawak bolehlah cuba makan di Madam Tang's Cafe. Selain dua jenis makanan ni ada banyak lagi seperti Nasi Lemak, Mee Sup Wantan dan banyak lagi...
A Taste of Sarawak
0 tukang komen:
Post a Comment
hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.
Nurfazila Suhaide =)