Thursday, October 31, 2013

Bukan sekadar Inspirasi -Cerpen-



“Assalamualaikum…” Salam seseorang dari belakang menarik perhatian Awa dan Hadi. Topi kaledar ditangan diserahkan kepada Hadi sebelum menoleh ke belakang. Bulat mata Ain memandang lelaki itu. Terkejut sebenarnya.
“Waalaikumsalam.” Hadi membalas salam tersebut dan terut memandang ke arah lelaki yang memberi salam tadi. Dia memandang Ain dan lelaki itu silih berganti.
“Siapa tu Awa? Student ke?” Tanyanya.
“Erm… abang pergilah kerja. Dah lewat ni.” Jawab Awa.
Hadi mengangguk. Mungkin saja itu saja pelajar Awa. Dia kemudiannya terus saja meluncur laju meninggalkan mereka.
Awa hanya berdiri memandangkan lelaki itu berjalan mendekatinya. Anak mata lelaki itu memandang sahaja Hadi hingga hilang dari penglihatan mereka berdua.
“Siapa lelaki tu?” tanya lelaki yang bernama Wafiy itu. Cermin mata setia sahaja menutup muka itu.
“Apa awak buat di sini?” balas Awa tanpa menjawab soalan Wafiy tadi.
“Kenapa? Awak terkejut? Kenapa awak tipu saya?”
Awa sekadar buat muka lalu menghembus nafas. Bila nak habis kalau kedua-duanya tidak berhenti soal menyoal antara satu sama lain.
“Buat apa nak terkejut. Saya rasa tak perlu pun awak datang sini. Tak takut kena kejar ke?” kata Awa.
“Awa… tak kan awak tak faham lagi.”
“Baliklah Wafiy. Saya nak masuk pejabat ni...” Awa memandang jam di tangan. Baru pukul 8, lambat lagi sebelum kelasnya bermula. Dia saja minta tolong abangnya hantar awal sebab hari ni pula kereta Myvinya buat perangai.
“Ambil EL hari ni. Saya nak jumpa awak.”
“Suka hati awak saja nak saya cancel kelas. Takde maknanya. Baliklah.” Naik angin pula Awa mendengarnya.
“Awa please… atau awak nak saya tunggu awak sampai habis kelas.”
Awa mengurut kepala. Pening dengan perangai Wafiy ni.
“Hari ni saya sibuk, kelas sampai pukul 5.” Jujur jawapan Awa. Memang hari ini dia cukup sibuk. Banyak kelas ganti lagipun tidak lama lagi peperiksaan akhir. Ingat pelajar saja sibuk waktu begini? Pensyarah pun sibuk nak periksa assignments, ujian, kuiz pelajar-pelajar. Lagipun mesti awal Study weeks mesti ada sudah pelajar yang bertanyakan tentang carry mark. Buat projek akhir atau kerja malas! Tapi sibuk nak tanya pasal markah. Lumrah pelajar. Dulu Awa pun begitu. Liat nak buat kerja. Sekarang baru dia rasa perasaan pensyarah yang mengejar kerja akhir pelajar.
How about tonight? Saya jemput awak.” Soal Wafiy dengan senyuman melebar. Harap sangat Awa tidak menolak.
“Eh… maksud saya malam ni? Kita makan malam sama. Saya jemput awak di rumah.” Ulang Wafiy dalam Bahasa Malaysia. Tahu sangat sensitiviti Awa yang enggan berkomunikasi dalam bahasa rojak. Tersenyum dia teringatkan pertemuan pertama mereka.
“Tahu ke alamat rumah saya?” Tanya Awa. Keningnya sedikit diangkat.
“Nah. Nanti saya telefon awak. Saya tahu awak takkan bagi nombor telefon awak tu.” Lengan tangan baju kurung Awa ditarik. Telefon Samsung SIII diletak atas tapak tangan Awa.
Belum sempat Awa memulangkan telefon tersebut. Wafiy sudah pun berlari meninggalkannya. Tergeleng kepala Wafiy. Macam budak-budak! Tahu alasan Wafiy kemukakan itu memang terlintas dikepalanya tapi dia lagi tahu Wafiy sengaja bagi telefon itu supaya mereka dapat bersua lagi.
Telefon milik Wafiy itu dimasukkan ke dalam tas tangan. Wafiy lain cerita. Sekarang mulakan tugas sebgai seorang tenaga pengajar!


                                                           …
Beberapa minggu lepas…
“Assalamualaikum awak!” Wafiy yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di bawah pokok redang itu menoleh.kiri dan kanan. Bahu dijongket. Mungkin mainan perasaan sahaja apabila dia memastikan tiada sesiapa pun memanggilknnya.
“Awak! Saya kat atas.” Mendengar suara itu lagi dia terus mendonggak. Terbeliak mata Wafiy. Terkejut!
“Hei buat apa dekat atas tu? Menghendap saya?” Wafiy segera berdiri tegak. Dia mendongak memandang wanita yang sedang duduk atas dahan pokok tersebut. Sama ada peminat ataupun wartawan. Itu saja yang terlintas dikepalanya kini.
“Ya Allah perasannya mamat ni! Saya tiada hati langsung nak hendap awak. Ni hah! Saya panjat pokok nak tolong turunkan kucing ni. Tapi saya sendiri tak reti turun.”
“Lah! Ye ke?” Wafiy mengaru-garu kepalanya.
“Tolonglah…”
“Nak tolong apa? awak ni pun sama macam kucing tu. Pandai panjat tapi tak reti nak turun.” Bebel Wafiy.
“Awak ni nak tolong ke tak?” soal Awa.
“Ermm… ya la. Awak lempar kucing tu bagi saya dulu.”
“Lempar?!!” Terjerit kecil Awa. Gila ke apa mamat ni!
“Yup… nanti saya sambutlah.”
“Sambut baik-baik tau. Nanti dia jatuh.” Pesan Awa. Dia melihat lelaki itu mengangguk. Langsung tidak menyakinkan betul muka mamat ni!
Awa mengangkat kucing itu memandangnya. “Miaw… saya bagi awak dengan lelaki tu ye. Hati-hati nanti awak jatuh.” Sempat lagi Awa  beri nasihat pada kucing tersebut.
“Macamlah kucing tu faham awak cakap dengan dia.” Getus Wafiy di bawah.
“Hati-hati tau. Sambut dia. Kesian kucing ni…” Pesan Awa pula pada lelaki di bawah.
“Iya lah…”
“Satu… dua… tiga…” Berhati-hati Awa menyerahkan kucing tadi pada Wafiy. Sejurus saja tangannya melepaskan kucing tersebut. Matanya terpejam rapat.
“Dah ke belum?” tanya Awa. Lama dia pejam mata tapi keadaan sunyi sepi. Perlahan-lahan matanya dibuka. Awa memandang bawah. Kelihatan lelaki itu senyum memandangnya sambil mengusap kucing tadi.
Awa mencebik.
“Awak, saya nak turun…”
Then?” Sebelah kening lelaki itu sengaja diangkat. Ingat macho ke? Langsung tak okay…
“Tolong saya.”
Wafiy meletakkan kucing itu atas tanah. Dia kembali memandang Awa di atas pokok.
“Sekarang ni awak pulak lompat. Saya sambung.” Ujar Wafiy selamba badak.
“Hah? Awak sedar tak ni? Saya ni berpuluh-puluh kilo berat dari kucing yang awak baru sambut tadi tu tau.”
“Lompat sajalah… Saya sambut.”
“Tak nak. Awak cuma tolong saya ambilkan tangga dekat stor belakang.” Elak Awa. Tidak pernah dibuatnya lompat pada lelaki yang langsung tidak dikenali. Tidak kenal ke? Tapi muka macam biasa nampak aje…
“Buat susah lagi saya nak pergi belakang. Awak lompat ajelah. Kan senang? Badan awak tu bukan besar mana pun.”
“Hah? Tak naklah saya.”
“Saya bagi dua pilihan. Nak lompat kemudian saya sambut atau awak terconggok sajalah sampai orang datang.”
Awa memandang lelaki itu dari terus meninggalkannya. Kucing itu dibawa bersama. Dibelai dan terus saja diusap. Eh! Kucing ni lupakan aku pulak.
“Awak!!” jerit Awa.
Dari situ bermulalah perkenalan Awa dan Wafiy. Di rumah anak yatim itulah tempat mereka bertemu.
“Awak boleh tak jangan rojakkan bahasa Malaysia dengan saya.” Tegur Awa pada suatu hari. Dia paling geram orang yang suka merojakkan bahasa ni. Dia tahulah kumpulan band Wafiy banyak mendendangkan lagu orang putih. Muzik pun ala-ala Green Day. Tapi kalau dah melayu tu buat cara melayu!
Wafiy cukup terkenal. Mungkin pada mulanya dia tidak dapat mengecam artis Pan Asia yang terkenal ini. Tapi bila dia dapat tahu kumpulan band Wafiylah yang bertanggungjawab dalam konsert amal itu barulah dia perasan. Pertemuan pertama mereka tu pun sebab Wafiy datang berurusan dengan tuan pemilik rumah anak yatim ni.
Wafiy mengunyah keropok Chachos milik Awa. “Why? Do you have any problem with that?
“Ada. Saya tak suka.” Ujar Awa.
So?” kening Wafiy diangkat sebelah dengan senyuman melebar.
Awa tidak layan lebih-lebih. Lantaklah… tapi selagi Wafiy tidak bertutur dengan betul tanpa sebarang rojak selagi itu dia enggan bercakap. Awa bangkit. Kerusi-kerusi kecil di angkat lalu diterbalikkan atas meja. Dia harus cepat kemas bilik belajar ni... Nak balik! Esok banyak kerja nak buat lagi.
“Bila saya dapat kenal awak lebih lanjut Awa? Bila awak nak beri nombor fon awak?” soal Wafiy. Dia turut membantu Awa mengemas. Kelihatan Kak Farah senyum memandang mereka berdua. Kak Farah ialah ketua pengurus di rumah anak yatim ini. Kira mem besar selain pemilik teratak ini.
“Sekarang ni awak tak kenal saya ke?” soal Awa balik.
“Selain tahu awak ni salah seorang petugas di sini. Benda yang saya tahu pasal awak ialah nama awak Awa. Itupun nama samaran saja. Nama betul saya langsung tak tahu.” Jujur Wafiy menjawab soalan Awa. Memang itu sajalah yang Wafiy tahu tentang gadis ini. Itupun lepas berjumpa beberapa kali saja setiap kali hujung minggu dia singgah ke teratak ini selepas konsert amal dulu.
“Cukuplah. Tak payah nak tahu lebih-lebih…”
Wafiy mengalah. Susah betul nak tahu pasal Awa ni dari mulutnya sendiri. Liat sangat nak buka mulut. Dia memandang Awa yang memakai buju kurung berserta selendang biru itu. Ayu sahaja pergerakannya. Susah nak ungkup dengan kata-kata berkaitan dengan perasaannya kini. Adakah dia sudah jatuh dengan gadis yang biasa itu?

                                                            …
                                                           
“Kenapa awak tipu saya Awa?” tanya Wafiy selepas mereka usai menikmati makan malam.
Awa memandang sekeliling kemudian berhenti pada lelaki di hadapannya. Erm… bukan saja rupa Omputih. Selera pun Omputih mamat ni.
“Bila masa pula saya tipu awak?” Dahi Awa berkerut.
“Habis kenapa awak rahsiakan status awak sebagai isteri orang? Termasuklah pekerjaaan awak. Sampai sekarang pun saya masih tak tahu nama betul awak.” Ujar Wafiy. Fikirannya masih teringatkan lelaki yang menunggang motorsikal pagi tadi sedang berdiri di pintu rumah Awa ketika dia menjemput Awa tadi. Dilihat juga adegan salam menyalam kedua pasangan itu sebelum Awa melangkah keluar rumah tadi.
“Dah namanya rahsia. Buat apa nak beritahu orang. Lagi satu bila masa pula saya ni isteri orang?” soal Awa pelik.
“Habis lelaki pagi tu siapa? Saya nampak dia di pintu rumah awak tadi.” Jawab Wafiy.
Awa tersenyum kecil. Lucu pula tengok air muka Wafiy sekarang ni. “Kenapa dengan dia? Awak cemburu ke?” tekanya.
“Kalau saya kata cemburu awak nak buat apa?”
Awa menelan air liur. Kelat! Dia memandang ke arah lain. Sama ada mainan perasaannya sahaja atau memang Wafiy memandangnya dengan cara yang suakr ditafsirkan.
“Kalau awak nak tahu. Awak siasatlah seperti mana awak siapa pekerjaan saya. Ni telefon awak…” Ujar Awa selamba sambil menyerahkan semula telefon Wafiy. Perlahan dia meletakkan telefon tersebut di atas meja hadapan Wafiy.
“Saya hormat awak Awa bila awak enggan beritahu saya nama awak. Saya langsung tak siasat. Cuma semalam saya tergerak hati ni datang jumpa awak di rumah anak yatim tu. Kak Farah yang beritahu yang awak hanya sukarelawan sahaja.”
“Habis tu kak Farah yang beritahu saya kerja di mana?”
Wafiy mengangguk. Air mukanya serius sahaja. “Saya cintakan awak Awa. Mungkin terlambat sebab awak kini milik orang lain. Tapi sejujurnya biarlah saya ungkapkan sahaja biarpun terlewat. Sekurang-kurangnya saya telah berusaha.” Serius Wafiy berkata demikian.
Awa terketawa kecil. Sedikit sebanyak Wafiy berkecil hati dengan Awa yang langsung tidak menghargainya. Malah ditertawakan pula.
“Wafiy… lelaki yang awak jumpa pagi tadi tu abang saya. Abang kandung saya…”
“Ya Allah. Betul ni? Like seriously he’s your brother?” Tengok! Terkeluar lagi bahasa rojak dia ni.
“Iya kalau dia tu suami saya. Saya takkan keluar dengan awak sekarang ni tau.”
“Habis tu saya ada peluanglah ni?”
“Peluang apa?” soal Awa balik. Tak faham maksud Wafiy.
Senyuman nakal Wafiy melebar. “Peluang jadi your boyfriends. Saya cintakan awak Awa. Dari first time saya jumpa awak.”
“Owh… pasal yang tu…. Saya…” lambat-lambat Awa bertutur. Takut melukakan hati Wafiy.
Why?” Wafiy memandang Awa penuh berharap. Awa membalas pandang mata itu dengan keluhan. Dia tidak suka memberi harapan pada mana-mana lelaki. Tapi dia tidak juga suka menghampakan mereka terutamanya lelaki dihadapannya kini.
“Saya hanya berkawan dengan orang yang ikhlas untuk menerima saya sahaja Wafiy.” Awa sekadar berbasa basi.
“Tapi saya ikhlas nak jadikan awak teman wanita saya… ”
“Tak Wafiy. Ikhlas itu jika awak sudi berjumpa dengan kedua ibu ayah saya. Ikhlas itu jika haram itu awak halalkan.”
“Maksud awak?” Bukan Wafiy tidak faham maksud disebalik kata-kata Awa. Tapi dia ingin memastikan sama ada betul atau tidak.
“Insya Allah Wafiy. Jika diizinkan Allah saya hanya ingin berkasih kepada yang halal sahaja buat saya. Saya ingin menjadi kekasih buat suami saya sahaja. Harap awak faham.” Rasanya jawapan Awa cukup buat Wafiy faham. Dia tidak memaksa mungkin juga Wafiy tidak bersedia memikul tanggungjawab itu. Lebih-lebih lagi ketika kariernya sedang menlonjak ketika ini.
Maklumlah. Artis terkenal macam Wafiy ni selalunya masih enggan berumah tangga. Lebih-lebih lagi bajet macam Wafiy ni. Banyak peminat perempuan dengan paras rupanya yang boleh tahan. Boleh tahan saja? Hurmm…. Maksudnya tu kacaklah!

                                                          ….

            Selepas itu sudah hampir dua minggu mereka tidak bersemuka lagi. Entahlah Awa enggan mentafsir lebih-lebih. Dia mengaku hatinya turut terusik dengan perasaan halus pada lelaki bernama Wafiy itu. Tapi entahlah. Sejak malam itu Wafiy sepi tanpa berita. Mungkin cinta Wafiy tidak kuat untuk memikul tanggungjawab itu.
            Lebih dari lima kereta. Itu angkaan yang dapat dikira oleh Awa tatkala hendak memakirkan keretanya di halaman rumah.
“Banyaknya kereta. Ada apa pulak ni?” Nak cakap kenduri doa selamat. Ibu ayah dan abangnya lansung tiada memberitahunya pasal ni.
Sejurus saja memakirkan Myvi hitam miliknya di halaman rumah. Awa terus keluar lalu memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Ramai gila orang. Semua orang diruang tamu membalas salamnya. Dia bersalaman dengan berapa orang wanita sebelum terus melangkah ke dapur sempat mata Awa tertacap pada seorang gadis yang mengenakan baju kurung merah jambu.
Awa kenal gadis itu. Salah seorang pelakon terkenal tanah air. Dan yang pastinya itu adik Wafiy.  Matanya turut memandang dengan dua orang lelaki yang tersenyum memandangnya. Ahli kumpulan Wafiy. Seorang pemain drum dan seorang lagi pemain gitar. Adam dan Raihan.
“Wafiy mana?” mulut Awa terkumat kamit bertanyakan tentang Wafiy pada dua lelaki itu. Walaupun tidaklah serapat mana tapi Awa pernah juga berbual dengan mereka berdua.
Adam jongket bahu. Raihan sekadar tersengih.
Awa ketap bibir sambil melajukan langkah ke dapur. Tidak boleh harap betul mamat dua orang ni! Dia ketuk kepala. Menyesal pun ada sebab tidak menyimpan nombor Wafiy.
“Hah Awa. Tu ada orang datang nak pinang kamu…” lama Awa mengelamun di dapur rupanya ibu datang memberi khabar.
Awa sekadar tersenyum sumbing. Apa nak buat? Senyum sajalah. Sungguh dia belum bersedia lagi.
“Eh mengelamun pula anak ibu ni…”
“Hah? Apa bu?” terkial-kial Awa menyoal kembali.
“Ibu tanya ni kamu setuju ke tak? Kalau setuju minggu depan terus tunang. Mak budak tu kata kamu dah lama kenal dengan anaknya. Tak tahu pula ibu kamu ni sudah ada kekasih. Artis pula tu. Nasib baik Hadi cakap ada pernah sekali dua jumpa budak tu bersama kamu barulah ibu percaya.”
“Abang Hadi tak kerja ke bu?” Awa cuba tukar topik.
“Tak.”
“Kau nak ke tak nak ni? Orang dekat luar tu tengah tunggu.” Soal Hadi yang tiba-tiba menjengkah ke dapur.
“Ikut ibu dan ayahlah. Awa terima kalau ibu dan ayah terima.”
Mak dan abang Hadi melangkah masuk. Beberapa minit kemudian kedengaran riuh dan bacaan doa tanda syukur.
Kedengaran suara ibu menjemput tetamu yang hadir agar menjamu hidangannya.
“Assalamualaikum.” Satu suara ayu singgah ditelinga Awa.
Awa membalas salam gadis itu sambil melemparkan senyuman manis. “Adik Wafiy kan?”
“Ye sayalah.. Abang suruh bagi ni dengan akak. Dia kata nanti malam dia telefon.” Manis senyuman adik Wafiy ni. Puji Awa dalam hati.
“Owh… terima kasih.” Awa menyambut telefon itu. Telefon yang Wafiy pernah berikan padanya dulu.
“Tak sangka pandai abang pilih bakal kakak ipar Liya. Cantik orangnya.” Puji Aliya.
Awa tersenyum. “Apalah sangat Awa ni. Lebih lagi kalau nak dibandingkan dengan Liya. Berbeza. Panggil Awa ajelah. Kekok pula saya Liya panggil akak.” Bukan apa tak pernah orang panggil dia kakak lagi ni tau!




Lama Awa berbual kosong dengan Liya termasuklah ahli keluarga Wafiy yang lain. Nasib baik Liya tu peramah orangnya. Jenis yang senang rapat dengan orang! Yang peliknya boleh pula Liya mengecamnya selepas lama berborak.
“Awa blogger terkenal! Kan? Macam manalah Liya boleh tak perasan dari tadi!” Terjerit kecil Liya. Patutlah dia perasan macam kenal saja perempuan yang dapat mencuri hati abangnya ni.
“Lah! Liya tahu eh Awa blogger? Awa mana ada terkenal. Saja tulis-tulis blog je bila bosan.”
Awa sekadar tersenyum. Liya kata banyak lagi cerita dia nak kongsi dengan Awa. Malah menjemput Awa untuk singgah ke rumah mereka jika ada kelapangan. Nak korek rahsia cinta abangnya konon.
Suara Wafiy mendendangkan lagu You and Me berbunyi dari telefon Wafiy. Awa memandang skrin telefon tersebut. Tertera nama Wafiy & Awa sedang mendailn nbnnbnmnbn. Gambar pula gambar Wafiy pegang kertas putih yang bertulis I LOVE YOU.
Tersenyum kecil Awa membaca ayat tersebut sebelum mengangkat telefon. Macam-macam betul Wafiy ni. Ada saja yang mencuit hatinya.
“Terima kasih Awa sebab sudi terima saya.”girang suara Wafiy mengucap terima kasih selepas berbalas salam dengan Awa.
“Kasih diterima.”
“Cincin tanda tadi tu muat tak?” soal Wafiy.
Awa memandang cincin dijarinya. “Ada longgar sikit. Tapi taklah sampai melucut. Okay je.”
Tersenyum Wafiy disebalik corong telefon. Itulah Awa yang dia kenal. Cukup peramah. Tak cepat kekok bercerita walaupun sentiasa menjaga adabnya.
“Ye ke? Nanti cincin tunang kita cari sama-sama ya. Boleh ukur terus dekat jari awak. Cincin saya beli tu main teka aja saiznya. Saya guna saiz jari kelingking saya.”
Awa tersenyum sendiri mendengar penerangan Wafiy. Dia juga tahu tentang saiz jari kelingking itu. kononnya kalau cincin untuk si isteri sama dengan saiz jari kelingking si suami maknanya memang ada jodohlah. Macam tulah ceritanya. Tak pasti betul ke tak.
“Kenapa nak beli lagi? Tak nak guna cincin ni ke?  Nanti membazir.” Nasihat Awa.
“Takpe. Membazir pun buat bakal isteri saya. Lagipun saya memang dah niat nak beli.”
“Lagi seminggu tunang. Lepas tu dua bulan dari sekarang kita nikah. Awak tak menyesal ke?” duga Awa. Bukan sahaja sekadar menduga. Malah hatinya ingin tahu kenapa tiba-tiba sahaja keluarga Wafiy datang tanpa mengkhabarkan padanya terlebih dahulu. Puas juga telingnya dibebel oleh abang Hadi tadi. Ibu dan ayah pula tidak marah tapi sekadar mneasihat sahaja.
Ibu sekadar memberi nasihat. Mungkin jodoh Awa sudah tiba katanya..
“Saya tak pernah menyesal Awa. Malah bukan main lagi saya gembira bila awak beritahu saya malam tu. Sebenarnya saya pun tak yakin yang awak sudi rombongan keluarga saya petang tadi.”
“Tapi saya terimakan. Saya harap awak tak sia-sia peluang ni. Saya terima awak sebab diri awak Wafiy bukan sebab seorang artis yang terkenal.” jawab Awa sepatah. Iya dia terima. Syukur Alhamdulillah jika Wafiy tidak sia-siakan peluang yang dia beri.
“Insya Allah janji saya akan jaga amanah yang diberikan oleh ibu ayah awak.”
“Maksud?”
“Sebelum ni saya ada jumpa ibu ayah awak sendiri. Mula tu terkejut jugak dia orang tengok saya tercongok depan rumah awak. Tapi saya dah terangkan.”
“Eh! Ibu tiada pula beritahu saya. Abang Hadi tahu?” Tanya Awa lagi. Apa punya pakatan dia seorang saja yang tak tahu ni. Erm.. tidak mengapalah. Janji benda ni berjalan dengan lancar.
“Tahu. Sebab tu dia tak kerja hari ni. Okaylah. Saya ada praktis kejap lagi. Adam dan Raihan kirim salam dengan awak.”
“Waalaikumsalam. Malam pun ada praktis? Tak penat ke?” soal Awa. Dia menilik jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 9 malam.
“Praktislah. Nak kumpul duit pinang anak dara orang. Kena rajin.” Seloroh Wafiy. Sempat juga dia memandang pada Adam dan Raihan. Tersengih dua sekawan mendengar perbualannya dengan Awa.
“Ada saja jawapannya. Jangan kerja sampai lewat malam.”
“Baiklah. Sayang jugak awak dengan sayakan? I’m off sayang. Love you. Assalamualaikum.”
Awa memandang skrin telefon. Cepat saja budak ni matikan talian sebelum sempat dia membalas salam. Wafiy… banyak yang dia tidak tahu pasal lelaki ni. Tiba-tiba hatinya tergerak membuka komputer riba.
Nama kumpulan band Wafiy ditaip pada ruang search di Metacrawler. Ramai orang tidak tahu kewujudan Metacrawler. Sebenarnya lebih banyak info orang boleh cari di sini sebab ia mengeluarkan keputusan dari tiga Search engine iaitu Google, Yahoo dan Yandex
Lincah jari Awa menekan link laman sesawang kumpulan Wafiy. Keluar biodata setiap ahli pada laman sesawang tersebut. Nama Wafiy ditekan. Satu persatu info tentang lelaki itu dibaca. Baca punya baca terlelap Awa dengan Komputer riba yang masih terpasang. Banyak yang dia jumpa. Sempat jugak tu usha gambar-gambar Wafiy di internet. Berlambak juga kisah Wafiy di sana termasuklah al kisah bekas kekasih Wafiy. Seorang artis terkenal tapi kini sudah bergelar isteri orang.



Menjadi tunang Wafiy seolah masuk dalam dunia Wafiy. Tapi bukan Wafiy yang terkenal tapi diri Wafiy sendiri. Sudah dua minggu Awa sah menjadi sah tunangan Wafiy tapi seolah sudah mengenalinya berpuluh tahun. Malah Awa makin rapat dengan Liya. Liya siap suruh tidur rumah mereka lagi waktu pertama kali Awa menginjak kaki ke rumah keluarga Wafiy. Umi dan papa Wafiy pun peramah orangnya.
Apa yang Awa tahu umi tu cuma mak tiri Liya dan Wafiy tapi mereka sudah pun menganggap umi Aima sebagai mak kandung mereka sendiri begitu juga Amani. Adik tiri mereka yang bakal menghadapi peperiksaan besar STPM.
Tapi kini Awa mengalami masalah besar! Semalam Wafiy merajuk. Aduhai… tahu juga merajuk budak ni. Nasib baik cuti semester sudah bermula. Kerjanya memeriksa kertas-kertas peperiksaan juga sudah siap.
Awa melangkah masuk ke dalam A-Sound Studio. Studio tempat kumpulan Wafiy selalu berlatih. Studio milik mereka sebenarnya. Kini menjadi tempat pertemuan mereka jika ada kelapangan. Nak keluar jalan-jalan memang tak la. Tak pasal-pasal kena serbu peminat.
Awa melangkah masuk seperti biasa selepas memberi salam.
“Hai lovebirds… ada problem ke? Orang tu monyok je dari tadi.” Tegur Adam pada Awa.
Teguran Adam hanya dibalas dengan senyuman. “Merajuk!” bisik Awa sambil muncungkan mulut pada Wafiy yang membelakangi mereka. Khusyuk konon petik gitar tu.
Adam dan Raihan hanya tersenyum. Raihan hanya memukul drum dengan nada kecil manakala Adam bermain-main dengan gitar. Tidak mahu ambil port. Langkah diatur pada Wafiy.
“Tak baik marah lama-lama. Nanti cepat tua.” Intro diberi oleh Awa. Kerusi ditarik. Dia duduk berhadapan dengan Wafiy.
“Biarlah tua. Orang tu bukannya nak juga dengan kita.” Balas Wafiy. Amboi sinisnya. Cakap pun bukannya sudi tengok Awa. Matanya masih lagi pada gitar.
“Tak nak betul-betul baru tahu!” ugut Awa.
“Cik Iman Awatif binti Asri.” Amboi sampai nama ayah disebut. Mata Wafiy berkalih pada wajah Awa. Dipandang mata gadis itu.
“Awak janganlah marah lagi ye. Saya bawa puding karamel ni… saya buat sendiri ni tau.” Pujuk Awa lagi.
“Hai guys!!” jerit Liya yang masuk dalam studio. Adam dan Raihan bagi signal senyap pada Liya. Maklumlah. Diorang pun sibuk juga pasang mata dengan drama Wafiy ni!
Sempat juga anak mata Awa dan Wafiy memandang Liya.
“Tak naklah. Takde selera nak makan. Orang dah lama minta. Bila merajuk baru nak buatkan.” Dush!! Kena lagi Awa. Macamlah Wafiy tidak tahu dia sibuk dengan permakahan pelajar kebelakangan ni.
“Tak nak sudah!” Awa angkat bekas makanan tersebut lalu berjalan kea rah Liya dan lain-lain. Kemudian dengan rela hati dia bagi puding itu pada mereka.
“Wah sedapnya…” puji Raihan.
“Wafiy. Tak nak ke? Sedap. Its your favorite.” Panggil Adam pula pada Wafiy.
“Awa sebenarnya buatkan untuk orang tu. Biarlah Adam. Korang makan sajalah. Orang tu tiada selera katanya. Tak sudi nak rasa air tangan ni.” Ujar Awa dengan nada yang agak kuat. Sengaja kasi dengan Wafiy.
Ketiga-tiga mereka hanya tersenyum.
“Abang tu kalau merajuk memang macam tu. Auta saja lebih! Biarkan. Kejap lagi okay la tu.” Bisik Liya di telinga Awa.
Beberapa minit kemudian. Wafiy dengan selambanya datang duduk sebelah Awa lalu mengambil bekas Tupperware yang berisi puding tu lalu makan.
“Yiee.. abang ni. Orang pun nak makan!” tegur Liya. Orang lain ambil sikit-sikit lepas tu letak atas pinggan kertas. Dia main bantai belasah semua sekali.
It’s mine. Awa buat untuk abang.” Balas Awa.
“Takpelah. Ni ada lagi banyak.” Sememangnya Awa ada buat untuk yang lain juga. Alang-alang buat biar buat banyak sikit. Dia mengeluarkan bekas Tupperware lain lalu letak ditengah.
Awa sekadar memandang mereka menjamu selera. “Makan ni tanda dah maafkan ke?” bisik Awa pada telinga Wafiy.
“Eh! Benda tu belum settle lagi ye sayang. To be continue…” jeling Wafiy pada Awa disebelah.
“Alaa…”
No Alaa… alaa cik Iman Awatif binti Asri.” Sejak Wafiy tahu nama betul Awa suka betul dia sebut siap nama ayah lagi. Katanya akad nikah nanti senang sebut. Tidaklah tergagap macam Adam kahwin dulu. Dua tiga kali baru lepas sebab asyik salah sebut nama bini! Pandai saja dia kutuk kawan baiknya.



“Marah lagi ke? Fiy?” soal Awa. Nama Fiy lebih dikenali berbanding Wafiy oleh peminat lelaki itu. Tapi Wafiy lebih suka Awa memanggilnya Wafiy berbanding Fiy. Sebab Awa istimewa konon! istimewa tang mana Awa pun tak tahu.
“Wafiy… awak…” Panggil Awa lagi bila Wafiy masih senyap.
“Sampai hati awak tipu saya kan?” ujar Wafiy. Alolo… sayu pula kedengaran ditelinga Awa.
“Saya tiada niat pun nak tipu awak. Saya betul-betul lupa pasal hal tu. Awak pun tahu kebelakangan ni saya sibuk.” Pening Awa dengan Wafiy ni.
“Habis tu perkahwinan kita macam mana? Tak lama lagi tau. Ibu dan ayah awak macam mana? Izinkan tak?”
Kalau ibu dan ayah Awa izinkan Wafiy tidaklah dapat buat apa-apa. Lagipun dia baru saja tunang belum pun suami Awa. Cuma dia agak terkilan sebab Awa langsung tak beritahu dia tentang rancangan untuk sambung PHD ni. Kalau dalam negara tidak apa juga tapi jauh nun di German!
“Ibu ayah dan abang Hadi pun baru tahu semalam. Lepas tu awaklah orang yang saya terus hubungi. Ayah kata dia serahkan bulat-bulat untuk kita buat keputusan. Dah besar panjang katanya. Tapi kena minta kebenaran dari awak dulu. ”
Tersenyum lebar Wafiy bila Ayah Awa bagi dia mandate untuk benarkan Awa sambung belajar atau tak.
“Yiee… senyum jahat!” cemik Awa.
“Tapi still! Kenapa tak cakap awal-awal lepas tu mohon sambung belajar tak cakap pun dengan saya.”
“Kan saya dah beritahu semalam. Saya isi borang tu pun sebelum saya kenal awak lagi.” Puas sudah Awa terangkan. Tak pandai faham-faham pula Encik tunang ni!
“Habis tu nak pergi jugaklah ni…” Wafiy pandang anak mata Awa sedalam yang muka. Muka comel ditayang. Ceria saja muka itu mengangguk laju.
“Tak payahlah nak buat muka comel tu. Saya cium kang! Baru tahu…”
“Hailah nasib… men‘duda’ la saya dua tahun ni tanpa awak!” sambung Wafiy sekali gus membenarkan Awa pergi sambung belajar. Dia pun tidak mahu mengongkong Awa. Nanti apa pula ibu dan ayah Awa fikir. Belum jadi laki sudah ‘ikat’ anak dara mereka ni.
“Betul bagi pergi ni?!!” terjerit kecil Awa.
“Pergilah….”
 “Tapi dengan satu syarat!” sambung Wafiy lagi.

Alahai ada syarat pulak Encik tunang ni…
“Hujung minggu ni kita nikah.”
What?!”
“Ambil PJJ la sayang. Perkahwinan Jarak Jauh.” Kata Wafiy.
Awa terdiam seketika. Berfikir sejenak. Matanya memandang anak mata Wafiy.
“Tak naklah saya.” Jawabnya ringkas.
“Awa…”
“Wafiy. Dengar dulu cakap saya. Kalau ada jodoh tak ke mana juga kan? Saya sayang awak dan awak perlu yakin untuk tu. Saya tahu awak takut hati kita tergugat nantikan? Sebab tu awak nak kita nikah? Tapi sayang… Saya tak nak bergelar isteri tapi tidak mampu tunaikan tanggungjawab saya.”
“Saya ikhlaskan Awa.”
“Tapi saya takut saya tak mampu Wafiy. Saya takut lepas kita nikah. Saya pulak yang tak nak pergi tinggalkan awak. Nanti tambah berat hati nak tinggalkan awak di sini. Lagipun saya tak nak abaikan tanggungjawab saya bila dah sah jadi isteri awak... Please Wafiy…” terang Awa panjang lebar.
Wafiy berdiam diri seketika. Membalas pandangan Awa yang penuh mengharap itu. satu nafas ditarik.
“Nasib baik saya sayang awak tau. Asyik mengalah aje ni. Nak minta tips ni tau!”
Anything!”
“Saya nak awak minta cuti awal-awal. I want to spend my time with you…
“Tak payah cakap pun saya dah rancang nak buat. Awak takde show ke minggu ni?”
Lebar senyuman Wafiy. “Tahulah saya nak buat macam mana nanti… Yang penting sekarang ni Iman awatif kena luangkan masa untuk saya.”



“Penat!” keluh Awa. Penat betul dating dengan Wafiy. Awa pandang Wafiy disebelah. Kemudian beralih ke belakang pula. Kesiannya manusia yang kena heret oleh Wafiy ni. Adam, Raihan, Liya serta Amani turut serta mendaki Bukit Broga.
“Sabarlah… berbaloi tau datang sini.” Pujuk Wafiy.
“Berbaloilah sangat. Awal pagi dah merayap macam ni.” Keluh Adam pula. Apa punya member la si Wafiy ni. Nak dating banyak punya adventure macam ni ajak orang! awal pagi dah kena kerah panjat Bukit Broga.
“Betul tu. Entah abang ni. Nasib baik Amani tiada kelas hari ni.” Sokong Amani pula.
“Alaa… relekslah korang ni! Bisinglah. Aku yang berat-berat bawa makan. Korang pula yang membebel.”
Matahari semakin bersinar. Cantik. Mereka terpegun seketika. Mengaku tentang kecantikan ciptaan tuhan yang tiada bandingan. Permandangkan pagi yang cukup indah, nyaman dan tenang.
Awa menutup mata. Tangan didepa seluas yang boleh. Cuba menghayati keindahaan alam dengan caranya. Tenang. Itulah perasaannya sekarang.
Klik. Awa membuka mata setelah mendengar bunyi kamera tersebut. Pandangan dikalihkan pada Wafiy. Satu lagi gambar kandid Awa berjaya diambil. Awa tidak lagi tersentap. Memang itulah hobi Wafiy sejak dua tiga hari ni. Ambil gambar banyak-banyak konon. Rindu nanti boleh tengok.
“Ambil gambar ramai-ramai jom!” ajak Awa.
Bukan main lagi bergambar. Macam shooting music video. Yang tidak boleh blahnya. Tiga orang lelaki ni! Sampai mengeluh Liya dan Amani kena jadi jurugambar tidak berbayar. Bukan main banyak lagi posing mereka bertiga.
Giliran Awa dan Wafiy pula tangkap gambar berdua. Untuk simpanan peribadi saja pun. Mereka belum bersedia untuk umumkan hubungan mereka pada umum. Kata Wafiy. Tunggu Kahwin nanti biar satu dunia tahu! Sekarang baru tunang saja. Ikutkan hati memang dia nak juga orang tahu tapi biarlah keluarga saja tahu buat masa ini.
Sedar tidak sedar lagi dua hari Awa akan bertolak. Pintu bilik diketuk. Awa yang baru saja selesai menunaikan solat isyak segera mengemaskan tudung dikepala. “Movie time jom!” ajak Liya. Sudah dua hari Awa tinggal di rumah keluarga Wafiy. Esok barulah dia balik rumah.
“Kejap. Awa ambil telefon jap.” Awa masuk semula ke dalam bilik. Telefon bimbit di atas katil dicapai sementara Liya setia menanti pintu bilik.
“Abang awak mana?” tanya Awa sambil berjalan ke pintu. Mereka beriringan turun ke tingkat bawah.
“Dapur. Tengah potong buah. Malam ni nak tengok movie apa?” Soal Liya.
“Faham sajalah abang awak tu. Running man lagi.” Wafiy bukannya minat KPOP sangat. Tapi terjangkit tengok Running man dari Amani.
“Ajak awek tengok wayang tapi tengok Running man. Tak romantik langsung abang ni.” Komen Liya.
“Apa yang awak duk membebel ni Liya.” Komen Wafiy yang masuk bersama dua botol 100 plus. Buah-buahan dan keropok sudah tersedia di ruang tamu manakala Amani menyediakan selimut dan comforter.
Wafiy mengambil tempat di atas sofa. Dia baring menyiring sambil memakai selimut dan berbantalkan hujung sofa. Amani, Liya dan Awa duduk di atas comforter yang tersedia atas lantai. Mereka bersandarkan sofa Wafiy tadi.
Sorry sayang. Tak dapat pergi panggung wayang. Takut awak kena serbu.” Bisik Wafiy pada telinga Awa. Kebetulan Awa duduk di bahagian kepala Wafiy.
“Takpe. Macam ni pun dah okey.” Awa menoleh sedikit untuk berhadapan dengan Wafiy. Running man episode 170 menjadi tatapan mereka. Tergelak-gelak Wafiy yang sudah menjadi penonton setia Running man. Amani jangan cakaplah. Memang ketagih habis. Cuma Liya saja yang sekadar ‘Bila ada aku tengok. Kalau takde pun tak kisah.’
“Rasa macam tak nak pergi pulak. Hurmm…” luah Awa perlahan. Cukup sekadar dia dan Wafiy saja dengar.
“Cubit pipi tu nak? Barang awak nak pergi sana semua dah ready tau. Persiapan kahwin pun dah cancel.” Ugut Wafiy.
“Sedih nak tinggalkan awak. Dua tahun setengah bukan dua jam setengah. Awak tu dah la peminat keliling pinggang.” Running man dikaca tv sudah tidak menarik perhatian mereka kini. Amani dan Liya tidak ambil pusing. Lebih suka layan Running man dari drama abang mereka ni.
Awa manarik selimat sampai menutupi badannya. Sejuk. “Macamlah awak tu ramai tak minat. Masih tulis blog?”
“Masih. Tapi kebelakangan ni tak update sangat.”
“Ramai tau peminat blog awak tu.”
 “Tak naklah cakap topik ni. Nanti jadi gaduh pulak.” Pujuk Awa. Tidak suka topik yang boleh mendatangkan isu buat mereka. Lebih-lebih lagi dekat nak pergi jauh ni.
“Nanti sampai sana jaga diri tau. Jangan lupa makan minum bila study. Kalau rasa nak sakit tu terus makan ubat.” Pesanan Wafiy diulang lagi untuk hari ini. Setiap hari Awa dengar pesanan penaja itu. Dah hafal pun.
“Insya Allah.” Itu saja jawapan dari Awa setiap kali mendengar pesanan wafiy. Dia tahu Wafiy risau sebab sayangkan dia. Oleh itu dia layan sajalah. Tak nak kecilkan hati orang tersayang.



“Awa, jom buat kek nak?” ajak Wafiy. Awa memendang Wafiy sekilas. Kemudian sambung tekan butang-butang pada joystick. Main dota! Hebat tak pasangan macam ni. Dating indoor biasalah. Mereka pun dah kekeringan idea nak buat apa sebenarnya. Nasib baiklah Awa ni pun layan dota walaupun tidak sekerap Wafiy.
Joystick Wafiy diletak atas lantai. Kemudian dia mengambil Joystick Awa pula. “Awa jomlah. Malam ni awak dah nak balik rumah. Esok dah tinggalkan saya.” Sudah! Ayat Wafiy ‘esok dah tinggalkan saya’ tu memang kedengaran sayu.
Awa pandang Wafiy. “Kejap. Awa pergi tanya umi dulu. Bahan buat kek lengkap ke tak.” dilayan juga perangai Wafiy. Awa menuju ke dapur. Mencari umi Wafiy. Setelah siap menyenaraikan bahan yang kurang. Mereka bergerak ke Giant yang berdekatan untuk beli barang.
“Hahaha… comotnya muka.” Komen umi Wafiy yang baru saja menapak ke dalam dapur. Awa tegelak pandang wajah Wafiy. Itulah. Orang dah pesan jangan kacau waktu dia nak buat kek. Ni sibuk juga nak membantu.
“Apa kamu buat ni Fiy? Comot betul umi tengok.”
“Nak bantu Awa buat kek.” Jawab Wafiy ringkas. Dijeling Awa yang sudah tergelak disebelah.
“Nak umi bantu ke?” pelawa umi. Risau juga tengok dapurnya yang tunggang langgang. Berapa kali Awa masak dirumah tersebut tiadalah jadi begini tapi bila anak terunanya masuk. Tongkang pecah pun tak seteruk macam ni.
“Takpe la umi. Tinggal sikit aje ni. Lepas tu dah boleh bakar.”  Tolak Awa dengan cara lembut.
“Ermm... baiklah. Umi masuk dalam dulu. Kalau ada apa-apa korang panggil umi saja tau.” Awa dan Wafiy mengangguk mendengar perlawaan umi.
“Dah. Awak masukkan ni dalam oven. Saya kemas yang lain. Berterabur.” Dulang berisi aduan kek diberikan pada Wafiy.
“Hati-hati. Benda tu panas.” Sambung Awa lagi.



“Comel.” Puji Awa pada atas kek yang dihiaskan oleh Wafiy. Mereka duduk atas meja makan. Ada sepasang cincin silver pada atas kek tersebut. Mesti Wafiy yang letak. Patutlah tadi beria hendak menawarkan diri hias kek ni.
Awa mengambil gambar kek mengunakan telefonnya. Lalu gambar Wafiy bersama kek. Tersenyum Awa memandang.
“Minta telefon tu. ” Awa menyerahkan telefonnya pada Wafiy. Lelaki itu meletakkan kek ditengah mereka.
“Sayang tengok kamera.” Arah Wafiy. Klik! Sekeping gambar mereka berdua bersama kek itu cukup cantik.
Nice one. Okay sayang. Awak ambil cincin yang ni. Saya ambil yang ni.” Wafiy tahu Awa sangat menjaga batasan antara mereka. Kalau dia sarungkan cincin tu takut mereka bersentuhan pula nanti.
Awa hanya sekadar senyum sambil menbawa ukiran pada cincin. Wafiy love Awa.
“Saya punya ukiran sebaliknya.” Wafiy menunjuk ukiran pada cincin miliknya. Awa love Wafiy.
“Bila awak buat ni. Tak tahu pun. Apapun terima kasih Wafiy.” Ucap Awa ikhlas.
“Secret. Jangan hilangkan tau. Kalau ada orang ngorat awak terus saja tunjuk cincin ni. Cakap sorry, I’m taken.”
“Baiklah Encik Wafiy… Insya Allah.”



Lenggang. Keadaan lapangan terbang agak sunyi awal pagi ni. Keluarga Awa, umi dan papa Wafiy, Liya, Amani serta Adam dan Raihan turut bersama Awa. Sedih! Hati Awa masih mengharapkan kehadiran Wafiy ketika ini.
“Liya dapat call abang tak?” tanya Awa. Umi sudah mula membebel. Katanya tadi ada ajak Wafiy ikut mereka sekali ke lapangan terbang tapi Wafiy menolak kerana ingin pergi sendiri. Tapi sampai sekarang belum muncul-muncul lagi!
Jam ditangan dipandang beberapa kali. Kejap lagi dia kena masuk ke dalam balai berlepas. Teringat pesanan Wafiy semalam. Panjang lebar dia memberi pesanan dalam talian. Wafiy kata takut tak sempat nak bagi ‘ceramah’ hari ni. Hati Awa semakin gusar. Takut apa-apa terjadi pada Wafiy.
“Tu Wafiy dah sampai.” Suara Abang Hadi menarik perhatian semua. Mereka memandang ke arah jari yang menunjukkan kedudukan Wafiy. Tenang saja lagak Wafiy berjalan ke arah mereka sambil menolak sebuah bagasi bersaiz kecil. Bagasi?
Awa terpinga-pinga seketika. Nak ke mana mamat ni? Soal hatinya.
Setelah tiba, Wafiy tunduk bersalam pada kedua ibu bapanya dan ahli keluarga bAwa.
“Nak ke mana ni?” soal Liya sekali gus mewakili soalan di setiap akal fikiran di situ.
“Hantar Awa.” Mudah betul jawapan Wafiy.
Awa terus pandang ayahnya. “Ayah benarkan.” Wah! Patutnya Wafiy yakin sangat! Ada penyokong kuat rupanya. Awa tidak banyak bunyi. Tunggu atas kapal terbang nanti! Siaplah… bertubi-tubi soalan dia nak tanya ni.
Selepas bersalam dan mendengar ‘tazkirah’ kecil dari keluarga ke dua pihak serta kawan-kawan Wafiy mereka beriringan masuk ke dalam balai berlepas.
Wafiy mengambil termpat di tengah manakala Awa duduk di tepi tingkap. Awa masih belum puas hati lagi selagi soalan dibenaknya tidak diluahkan.
 “Shoot.” Arah Wafiy selamba setelah selesai memakai tali pinggang keledar.
“Tak tahu nak mula dari mana. Banyak sangat soalan ni.” Lurus Awa menjawab.
“Satu persatulah. Kita ada beberapa jam sebelum sampai Jerman.”
“Kenapa ikut sekali?” soalan pertama dari Awa.
“Sebab nak bagi surprise.”
Surprise la sangat awak. Terkejut tau saya. Macam mana ayah boleh benarkan pula?” Keluarganya cukup ketat tentang pergaulan tapi senang pula si Wafiy ni dapat green light!
Mendengar soalan itu Wafiy terus tersengih pandang muka Awa. Tahu sangat Awa takut kena marah oleh ayahnya tadi. “Nak hantar anak dara orang. Kenalah minta izin ibu bapa dia dulu.”
“Bila awak pergi minta izin ayah? Macam mana boleh senang-senang pula ayah setuju? Awak cakap apa kat diorang?”
“Huish! One by one please… saya minta izin hantar awak lepas awak jumpa saya kat studio hari tu. Hari awak pujuk saya sebab tak bagitahu. Waktu hantar awak balik rumah Saya ada bercerita dengan ayah kan? Waktu tu la saya minta izin.” Wafiy terhenti seketika sebelum sambung bersuara lagi.
“Saya cakap elok-eloklah dengan ayah. Cakap saya risau kalau awak pergi tempat jauh sorang-sorang. Saya minta izin hantar awak sampai universiti nanti. Lagipun saya dah biasa datang Jerman. Saya dah janji nak hantar dan jaga awak sampai sana nanti dan jaga pergaulan dan batas kita. Niat saya cuma nak awak selamat sampai je.”
“Terima kasih.” Satu ucapan ikhlas dari Awa. Terharu dengan niat dan kesungguhan Wafiy.
“Tapi sebelum tu. Kita buat pre honeymoon dulu dekat Jerman. Nak?”
Pre honeymoon. Suka hati dia aje kan nak buat apa!” baru puji dah mula balik perangai dia tu! Cebik Awa.
“Alaa… Nanti lepas kahwin barulah honeymoon betul-betul! Awak jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak ye. Saya tak terfikir pun sampai ke situ. Kita jalan-jalan sajalah!”
Awa tersengih.
“Tadi fikir lain la tu.” Jeling Wafiy sambil betulkan tempat duduknya.
“Zaman jahiliah tu dah lepaslah sayang…”  sambung Wafiy. Benar dulu dia seorang yang bebas pergaulan tapi sejak mengenali Awa. Dia cuba untuk berubah. Awa  banyak mengajarnya erti dan keindahan islam.


Selepas usai sesi pendafataran, Awa dan Wafiy keluar untuk membeli barang keperluan Awa. Senang kerja mereka sebab Awa tidaklah cerewet sangat. Tapi sebaliknya Wafiy pula yang lebih-lebih. Tidak sesuailah. Kurang memuaskanlah. Banyak lagi komennya!
Awa perasan seperti diekori. Dia memandang sekeliling. Tiada yang mencurigakan. Pandangannya dikalih pada Wafiy yang kusyuk memilih baju sejuk untuknya. “Awak…” panggil Awa.
“Ermm…” jawab Wafiy endah tak endah.
“Wafiy!” panggil Awa lagi. Baju sejuk yang sedang dibelek oleh lelaki terus saja ditarik.
“Apa ni Wa?” berkerut dahi Wafiy menahan geram.
“Awak tak perasan macam ada orang perhatikan kita ke dari tadi?” bisik Awa.
Wafiy memandang sekeliling. “Perasaan awak je kut. Mungkin sebab first time kita keluar public.”
“Agak jugaklah. Tapi saya rasa tak sedap hati.”
“Dah. Bagi balik baju tu. Saya nak pergi bayar.” Wafiy sudah pun ke kaunter untuk membuat pembayaran. Pandangan Awa masih lagi sekitar pusat membeli belah tersebut. Perasaannya kuat mengatakan ada orang sedang memerhati mereka dari tadi.
Gotcha!” Akhirnya matanya bertaut pada seorang wanita yang agak berusia. Wanita itu agak kalut ingin melarikan diri. Tapi keadaannya yang berkerusi roda itu memudahkan kerja Awa untuk mendekatinya.
Hello. Are you staring at me and my friend just now?” tanya Awa.
“Assalamulaikum. Iya saya.” Jawab wanita itu.
Terkejut beruk Awa. Eh! Omputih ni reti berbahasa melayu!
“Waalaikumsalam. Kenapa?” tanya Awa terus.
Wanita yang agak berusia itu tidak menjawab soalan Awa sebaliknya menyoal kembali. “Boleh mak cik tahu itu Wafiy kan?”
Awa mengangguk perlahan.
“Apa hubungan cik dengan Wafiy?” soal wanita itu lagi.
Awa berdiam diri seketika. Takut hendak mengaku bahawa Wafiy itu tunanganya.
“Err… saya…”
“Awa!!” jerit Wafiy.
Awa melambai tangan setelah berbalas pandangan dengan Wafiy. Dia memberi isyarat supaya lelaki itu mendekati mereka.
Where have you been sayang?” soal Wafiy. Dia terus terdiam tatkala memandang wanita tua dihadapannya.
“Ma…” panggil Wafiy dengan nada perlahan.
Awa yang tidak tahu apa-apa hanya terpinga-pinga.
“Assalamualaikum anak mama. Wafiy sihat?” tanya wanita itu.
Pada mulanya Wafiy agak terperanjat. Tapi kemudian dia terus bersalaman lalu memeluk wanita itu. “I miss you mom.” Ujarnya lembut.
Mama kandung Wafiy. Setelah bercerita itu ini barulah Awa tahu mama kandung Wafiy masih hidup. Selepas bercerai dengan papa Wafiy. Mama Wafiy terus kembali ke United Kingdom. Negara asalnya. Tak sangka, mama Wafiy masih lagi fasih berbahasa melayu walaupun sudah lama tinggalkan bumi Malaysia.
“Kak Aisyah mana? Dah dua tahun tak balik Malaysia?”
Aisyah ialah kakak kandung Wafiy dan Liya. Aisyah ikut mamanya pulang ke United Kingdom manakala Wafiy dan Liya sahaja yang tinggal bersama papa mereka di Malaysia. Awa bangga walaupun sudah bercerai dengan papa Wafiy. Mamanya masih lagi teguh memeluk islam biarpun dia seorang mualaf.
“Kak Aisyah baru pindah kerja sini. Mama pun ikut dia tinggal sini. Wafiy? Ni belum kenalkan dengan mama siapa.” Ujar wanita itu sambil memegang lengan Awa.
Wafiy tersenyum. “My future wife, Iman Awatif. Sepatutnya dah nak nikah. Tapi Awa sambung belajar sini lagi jadi kami tangguhkan sampai Awa habis phd nanti.”
“Alhamdulillah. Mama tak tahu pun Wafiy dah nak kahwin.” Ujarnya dengan nada sayu. Awa dapat merasakan kesedihan wanita itu kerana dibelakangkan dalam soal perkahwinan anak sendiri. Dia memandang Wafiy sebentar kemudian memaut kuat lengan mama Wafiy.
“Insya Allah. Ada rezeki kami kahwin nanti. Aunty jangan lupa datang ye.” Ujar Awa lembut. Memujuk hati tua itu.
Wanita itu tersenyum lantas mengangguk. “Tak payah panggil aunty. Lepas ni panggil mama je. Tak lama lagi Awa dah nak jadi keluarga Wafiy. Kalau ada masa nanti Awa jangan lupa datang rumah mama ye. Nanti mama bagi alamat.”
Awa mengangguk senang. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada juga yang dia kenal selama tinggal di Jerman nanti.
Mama Wafiy minta diri untuk beredar. Penat katanya. Jururawat peribadi yang setia menemani dari tadi menolak kerusi rodanya hingga masuk ke dalam kereta.
“Alhamdulillah. Senang hati saya nampak mama. Sebenarnya dah bertahun saya tak jumpa mama. Dulu jumpa pun saya nak tak nak saja hadap muka dia Wa. Saya marah sebab dia tinggalkan kami dulu. Tapi tadi saya teringatkan kata-kata awak pasal keluarga dulu. Sebab tu saya terus lupakan dendam dan marah saya pada mama.” Luah Wafiy.
Awa senyum. Bersyukur dengan perubahan dan luahan Wafiy tadi. Dia tidak mahu ambil tahu kenapa mama Wafiy tinggalkan mereka dulu. Tapi yang penting biarlah semua orang lupakan dendam dan marah sebab ia boleh menyebabkan hati orang lain bertambah terluka.
“Lepas ni. Senang hati saya tinggalkan awak sini. Sekurangnya kak Aisyah dan mama da menetap kat sini. Boleh tolong tengokkan awak.” Sambung Wafiy lagi dengan senyuman melebar.


Dua tahun setengah. Lama dia menunggu tarikh itu berakhir. Tidak lama lagi Awa akan menghabiskan perlajarannya. Rindunya pada Wafiy dan ahli keluarganya tidak pernah padam. Setahun dua kali saja dia dapat pulang. Itupun waktu cuti.
“Assalamualaikum awak!” jawab Awa riang setelah melihat gambar Wafiy pada skrin telefon menandakan lelaki itu sedang menelefonnya.
“Waalaikumsalam sayang.”
“Selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan murah rezeki.” Ucap Awa pada lelaki itu.
Birthday tahun ni pun awak takde.”  Ujar Wafiy seolah berjauh hati.
Awa hanya tersenyum sendiri. Waktu di Malaysia sekarang 12 tengah malam. Hurmm… belum tidur lagi sayangnya. “Alaa awak… kurang dari sebulan aje lagi. Lepas tu Insya Allah saya akan sambut hari jadi awak setiap tahun.” Pujuknya.
Wafiy masih lagi berdiam diri. Layan perasaanlah tu.
“Saya ada nyanyi lagu untuk awak. Buka skype sekarang.” Arah Awa.
“Kejap.” Wafiy membuka Komputer ribanya lalu terus saja Awa menghubunginya melalui skype.
Tersenyum riang Awa memandang Wafiy pada skrin komputer. “Wafiy. Saya nak awak download video yang saya shared dekat dropbox tu sekarang. Baru je saya hantar. Nak nyanyi depan awak saya malu. Jadi saya dah rakamlah.”
“Seganlah sangat awak. Saya selalu nyanyi untuk awak takpe pulak.” Usik Wafiy tapi tangannya masih lagi ligat menekan tetikus untuk muat turun video yang hantar oleh Awa. Comel saja suara Awa menyanyikan lagu Happy Birthday nyanyian Click five. Siap guna keyboard pulak tu. Skrin video saja dikecilkan supaya dia dapat tengok wajah Awa dari skype.
“Sejak bila pandai main keyboard ni? Tak tahu pulak.” Tanya Wafiy.
Awa tersenyum puas. “Lagu tu saja tau. Sebab nak bagi hadiah nyanyi kat awak. Sebab tu saya minta ajar dengan kawan.”
“Nak buat ringtone la. Boleh selalu dengar suara awak. Lagi sebulan awak balik. Huagh!! Tak sabarnya…” luah Wafiy.
I guess you wanna know
Why I’m on the phone
Its been a day or so
I know its kinda late
But happy birthday…
Nyanyi Awa serangkap langsung dari skype untuk Wafiy.
Wish you were here love.” Luah Wafiy.
“Tutup mata. Pegang hati awak. Ingat saya selalu kat situ…”



“Apa ni Liya? Orang sibuk tau.” Rungut Wafiy. Tengah-tengah malam macam ni jugak si adik buat hal!
“Tolonglah abang. Benda tu penting. Liya tertinggal dalam studio abang tengah hari tadi.” Pujuk Liya dalam talian.
Wafiy merungut sambil pusing stereng kereta. Dia yang baru saja hendak pulak ke rumah terpaksa patah balik ke studio. Tadi tengah hari Liya ada singgah ke studionya sambut hari jadi Wafiy. Siap bawa kek lagi.
Nasib baiklah niat Liya ke studio tadi hendak sambut hari jadinya. Terpaksalah Wafiy patah balik sebab Liya tertinggal skripnya di studi.
“Abang pergi ambil ke tak ni?” tanya Liya.
“Iya… abang pergilah ni. Awak letak kat mana?” soal Wafiy dengan nada tidak puas hati.
Liya berfikir seketika. Gerun juga dengan suara Wafiy tu tapi nasib baiklah mood birthday boy tengah baik. Skrip tu penting! Tapi Liya mana ada kunci studio Wafiy.
“Atas sofa kut. Tadi Liya letak atas tu.”
“Erm.. ya la. Nanti abang call balik.” Wafiy mencabut earphone. Telefon dimatikan. Dia terus tekan pedal minyak. Pecut terus ke studio miliknya.
Wafiy dapat mendengar derapan bunyi tapak kakinya. Keadaan sunyi betul malam ni. Perlahan dia mengeluarkan kunci studio. Ketika memasukkan kunci, Wafiy memegang tombol pintu. Dahiya berkerut. Pintu tak kunci? Fikirnya.
Dengan langkah perlahan Wafiy melangkah masuk ke dalam studio.
Pap! Lampu terus menyala. Kesemua ahli keluarganya dan Awa berada di dalam studio termasuklah Adam, isteri dan anak-anaknya serta Raihan sedang menyanyikan lagi selamat hari jadi untuk Wafiy.  Dia sekadar tersenyum malu sambil menutup muka. Segan! Dah tua pun kena sambut hari jadi lagi.
“Selamat hari jadi Wafiy. Semoga panjang umur...” ucap Hadi.
Thanks bro! How I wish Awa will be here right now.” Kata Wafiy. Tapi dia sedar Awa sekarang beribu batu jauh darinya. Nun jauh di Jerman.
Hadi tersenyum. Lampu kembali malap.
“Selamat hari jadi… selamat hari jadi… selamat hari jadi Wafiy… selamat hari jadi….” Muncul Awa bersama kek yang dibuat olehnya. Tertulis atas kek ‘Selamat hari jadi Wafiy’.
Wafiy yang terkejut hanya mampu berdiam diri mendengar Awa menyanyikan lagi selamat hari jadi sambil melangkah mendekatinya. Kini gadis itu terlalu hampir di hadapannya.
“Selamat hari jadi sayang! Tiup lilin sekarang.” ucap Awa.
Lebar senyuman Wafiy. “Macam mana awak boleh ada di sini? Sekarang? Di Malaysia? Bila balik?” tanya Wafiy bertubi-tubi walaupun senyuman tidak lekang di bibir.
Semua yang berada di studio tersebut terus saja tergelak dengan gelagat Wafiy.
“Gelojoh betul abang ni!” sempat Liya beri komen baik punya!
Surprise! Sekarang sila tiup lilin. Naik lenguh tangan saya pegang kek ni!” ujar Awa ceria.
“Awa buat kek tu pagi tadi. Sedap tak?” tanya Awa. Mereka mengambil tempat agak jauh dari yang lain.
“Semalam waktu awak skype dengan saya tu awak di mana sebenarnya?” tanya Wafiy.
Awa tersenyum nakal. “Rumah!”
“Iyalah. Rumah di Malaysia ke atau Jerman?”
“Malaysia la… mana lagi.”
Besar mata Wafiy pandang Awa. “Habis tu sejak bila balik Malaysia. Nakal tau! Tak beritahu orang awal-awal! Suka dera hati orang.” Rajuk Wafiy. Bukan main lagi dia layan perasaan dari pagi tadi. Kena tipu hidup-hidup oleh tunang tersayang.
Awa sekadar tersengih.
“Baru dua hari balik. Dah habis ni. Tak balik-balik sana lagi… tak gembira ke? Orang balik pun kena marah.” Awa saja muncungkan mulut.
“Bagi muncungkan lagi mulut tu. Orang cium kang baru tau.”
Awa kembali senyum. Senyum sajalah! Tengah happy kan…



Awa setia menanti dalam kereta. Jam tangan dipandang sekilas. Rasanya Wafiy sudah pun mendarat. Dia tersenyum tatkala Wafiy, Raihan dan Adam keluar dari pintu KLIA tatkala dia keluar dari perut kereta.
Sempat Adam dan Raihan melambaikan tangan padanya sebelum berpisah dengan Wafiy. Mereka berdua mengikut kereta lain. Lagipun Awa dan Wafiy sudah rancang nak keluar.
Wafiy bagi signal suruh buka bonet belakang. Bagasinya dimasukkan. Lelaki itu mengarah Awa untuk bertukar tempat ketika dia dan Awa berdiri di hadapan pintu pemandu. Biar Wafiy saja pandu kereta.
 “Tak penat ke?” tanya Awa sambil menarik tali pinggang keledar.
It’s okay love.”
“Jadi konsert dekat Sarawak macam mana?” tanya Awa. Sudah tiga hari Wafiy ke sana untuk konsert jelajah band mereka.
Awesome! Tapi tak jumpa awak tiga hari. I miss you so much!” Ikhlas Wafiy luahkan perasaannya.
“Saya pun rindu dengan awak. Sekurangnya awak tu ada lagi benda nak buat. Saya ni duk saja dekat rumah tak buat apa. termenung sajalah ingatkan awak. Sekarang nak pergi mana dulu?” Awa belum lagi dapat tawaran kerja di mana-mana. Mungkin dia terus saja sambung jadi pensyarah sekiranya ada rezeki. Buat masa ini dia hanya fokus untuk persiapan perkahwinan mereka saja.
Wafiy mengeliat seketika sambil berfikir. Jalan jammed! Nasib badanlah! Sudah jam 10 pun jalan masih lagi sesak. “Kita makan dulu. Saya lapar. Lepas tu kita pergi ukur baju. Saya dah senaraikan tempat yang kita nak pergi jadi tidaklah lost nanti. Tak tahu nak ke mana.”
Awa mengangguk. Menyokong rancangan Wafiy sambil membaca senarai yang telah disediakan oleh Wafiy. Lelaki itu tidak mahu mengupah wedding planner. Lebih suka urus sendiri perihal perkahwinan mereka.



Telefon Awa bordering. Dia yang baru sahaja habis baca artikel tadi memandang skrin telefon. Awa menghembus nafas seketika sebelum mengangkat panggilan Wafiy.
“Awak dah tengok?” soal Wafiy sebaik saja mereka berbalas salam.
“Dah.” Singkat saja jawapan Awa.
“Sekarang saya nak awak tutup lap top atau tab awak tu. Basuh muka lepas tu tidur. Saya tak nak awak stress…” arah Wafiy. Tahu minat Awa yang suka blogwalking sebelum tidur.
“Saya dah agak benda ni. Tapi tak sangka secepat ni.” Gambar dia menjemput Wafiy di lapangan terbang tadi sudah pun tersebar di laman sosial. Ramai yang komen pada gambar yang dimuat turun tersebut. Ramai juga perminat Wafiy yang tidak puas hati. Terutamanya peminat wanita.
“Dan saya tak nak awak fikir lain. Esok saya settlekan benda ni. Tadi saya dah bincang dengan Adam dan Raihan. Tapi saya nak tanya awak kalau awak sudah pun sedia untuk diketahui umum tentang hubungan kita.”
“Awak buatlah apa saja Fiy. Saya yakin pada awak. Saya sedia. Lol sayang. Saya rasa macam nak pergi berperang saja dengar saya sendiri cakap macam tu. Hahaha…” Awa tergelak lucu.
“Dah. Pergi tidur. Nanti kita bincang elok-elok lagi. Sweet dream love.”



“Kenyang tak?” tanya Wafiy. Ibu Awa sempat telefon Wafiy agar bawa Awa keluar makan sebab anak gadisnya menegah untuk makan tengah hari sedangkan pagi tadi belum lagi sarapan.
Awa mengangguk. Bukan main lagi Wafiy paksa dia makan. Banyak gila lauk! Padahal yang makan mereka berdua saja. “Jangan sampat tak makan sayang. Nanti sakit risau saya.” Pesan Wafiy.
Tab di tepi meja di ambil. Baru saja Awa hendak membuka, tab tersebut terus dirampas oleh Wafiy. “Raihan dah tolong sediakan untuk siding akhbar petang ni. Jam 2. Kita cakap crystal clear pada semua orang. Adam dan Raihan puna ada sekali nanti.” Pujuk Wafiy.
“Tapi…”
“Awa kita bukan buat salah pun… tak perlu takut okay. Saya ada. Adam dan Raihan pun ada. Liya dan Amani tunggu kita backstages.” Pujuk Wafiy.
Memandang pada pandangan Wafiy yang penuh keyakinan itu memberi semangat pada Awa. Betul cakap Wafiy mereka bukannya buat salah. Lagipun Wafiy tidak terikat dengan mana-mana kontrak sebab mereka membangun dengan usaha syarikat mereka sendiri.



“Assalamualaikum semua. Saya Wafiy ingin menjawab segala spekulasi anda semua. Dengan ini saya ingin memperkenalkan tunang kesayangan saya Iman Awatif pada semua. Saya dan Awa sudah pun bertunang hampir 3 tahun. Saya berharap saya dapat menjawab persoalan siapa gadis bersama saya dalam gambar tersebut.” Panjang lebar penerangan Wafiy.
“Kenapa awak tak sebarkan benda ni sebelum ni?” Tanya seorang wartawan hiburan
“Boleh saya tahu Iman Awatif  ni seorang blogger yang dikenali sebagai Iman ke?” tanya seorang lagi wartawan sebelum sempat mereka menjawab.
“Pada kami bercinta dan bertunang bukan untuk disebarkan. Untuk perkahwinan pula. Kami tengah sibuk buat persiapan untuk majlis hujung bulan ni. Insya Allah kami memang tengah rancang hendak umumkan pada semua. Yang blogger tu betullah kekasih saya ni seorang blogger yang dikenali sebagai Iman tu.” Jawab Wafiy pada soalan pertama dan kedua.
“Saya ingin tujukan soalan untuk cik Iman Awatif. Pernah tak sekali pun awak menceritakan pasal Fiy dalam blog awak. Macam mana perkenalan awak berdua bermula. Adakah awak salah seorang peminat Wafiy.”
Awa senyum sebelum menjawab soalan tersebut. Sempat dia pandang pada Wafiy sekilas. “Tak pernah. Sebelum mengenali Wafiy sebagai tunang. Saya hanya tahu Wafiy seorang penyanyi tapi sejujurnya waktu tu saya tidaklah minat pada dia. Saya kenal Wafiy kerana diri dia sendiri. Saya terima dia kerana kesungguhan dan keikhlasannya dalam hubungan kami.”
“Adakah Awa merupakan inspirasi buat lagu-lagu yang dibuat oleh kumpulan Wafiy?” soal seorang wartawan. Memandangkan Wafiy seorang komposer bagi lagu-lagu kumpulan mereka.
“Awa bukan sekadar inspirasi buat saya. Dia seorang guru dan keluarga islam saya yang banyak mengajar tentang islam. Seorang rakan yang mengajar saya betapa pentingnya nilai kekeluargaan dan seorang kekasih dan tunang yang sentiasa mencintai dan memahami diri saya juga menerima saya seadaanya.” Luah Wafiy.
“Kalau korang nak tahu. Awa pencetus idea untuk idea dalam album kami dalam versi Augmanted Reality. Cool tak?” terang Adam.
“Yup. Awa pun chef kitorang yang paling awesome! Betul tak Fiy?” sokong Raihan sambil tersengih. Dua ibu jari dinaikkan.
Wafiy mengangguk. “Awa separuh dari kami. Tanpa dia kami tak kan keluar idea untuk mengeluarkan album dalam versi Augmented Reality. Thanks sayang. Akhirnya kami dapat beritahu umum siapa pencetus idea album kami.”  Ketika album itu dikeluarkan memang ramai yang komen pada iklan video mereka bertanyakan dari mana mereka dapat idea dalam menjadikan album mereka dalam versi augmented reality.
Awa hanya senyum. Augmented Reality. Kebetulan Awa memang buat kajian tentang Augmented Reality untuk Phdnya jadi idea untuk menjadikan album kumpulan Wafiy tu hanya biasa saja baginya. Cuma Augmented Reality belum lagi dikenali ramai di Malaysia.



Semua persiapan sudah pun siap. Kad sudah diedarkan. Awa turut menjemput rakan blogger untuk hadir ke majlisnya. Sekarang Awa tidak lagi menyembunyikan tentang hubungannya dengan Wafiy diblog. Dia sering kali berkongsikan cerita tentang persiapan mereka di blog miliknya.
Teringat ketika Wafiy update blog Awa tanpa pengetahuannya.
Assalamualaikum semua…
Saya Wafiy, psst! Awa tak tahu pun saya update entri blog kali ni. Dia ke ladies kejap. Saya saja nak try buat apa cik tunang ni selalu buat. Sekarang kami tengah makan dekat Full House. Baru siap ambil fitting baju untuk persandingan tadi. Awa sangat cantik! True beauty! Tak sabar nak tunggu majlis kami nanti. Tadi tengah makan pun sempat lagi dia baca blog. Alahai sayang saya… Sampai sini saja tau! Takut Awa perasan. Saya nak post I LOVE YOU sayang! XOXO!
Encik Tunang,
Wafiy


Tersenyum Awa mengingatkan entri yang dibuat oleh Wafiy dulu. Berderet komen mengatakan Wafiy seorang yang sangat sweet dan mereka pasangan yang selamba dan comel! Tambah lagi Wafiy post gambar wajahnya dari sisi. Memang ramailah post ketampanan si dia.
Awa memandang inai di tangan. Esok mereka akan bernikah. Sah sebagai suami isteri seperti pasangan yang lain. Dia memandang ke arah Wafiy. Encik Tunang ni walaupun ditegah oleh umi untuk datang masih juga berdegil. Nak pakai inai sekali dengan Awa katanya. Nak kongsi inai yang telah dibuat itu bersama.
Mama dan kak Aisyah juga turut bersama. Mereka tinggal di rumah Awa saja sehinggalah selesai majlis persandingan nanti. Wafiy kata tak sangka walaupun jodoh mama dan papanya tidak kesampaian tapi mamanya masih lagi mencintai papa sampai sekarang. Wafiy juga baru tahu mama dan papanya bercerai cara baik. Cuma dia dan Liya saja tahu. Kak Aisyah sudah lama pun tahu perihal ni malah Kak Aisyah juga yang ceritakan semuanya pada mereka.
“Cantik tak sayang!” Wafiy menunjukkan tiga jarinya yang sudah siap berinai sementara tapak tangan Awa masih lagi dilukir dengan perbagai corak inai.
Awa senyum mengangguk.
“Kertas apa ni?” Raihan menarik sekeping kertas. Kemudian dia terus ketawa terbahak-bahak!
“Hoi Wafiy takut esok tergagap ke?” usiknya.
Tangkas tangan Wafiy merampas kertas tersebut. Entah macam mana pula boleh terkeluar dari poket seluarnya. “Diamlah! Sibuk je…”
“Hahaha… dah berapa lama kau praktis masih takut tergagap lagi ke bro?” usik Raihan lagi. Tidak puas mengusik kawan baiknya. Raihan merampas kembali kertas tersebut lalu membacanya dengan nada yang kuat.
“Aku terima nikahnya Iman Awatif binti Asri dengan mas…” belum habis Raihan baca kertas tersebut terus ditarik kasar.  Merah muka Wafiy menahan malu. Orang disekeliling turut gelakkan dia.
“Alolo… kesian Wafiy saya ni kena gelak.” Usik Awa juga. Bahagia situasi kini. Harap bahagia menemani mereka untuk selamanya.

Nota Kaki Ayam : terima kasih baca! Sorry kalau tak memuaskan. Btw, Faz memang minat gila-gila dgn Sam bunkface! sebab tu letak gambar dia. haha. & yg Augmented Reality tu tengok Album Bunk not Dead AR version dkt youtube. nanti korang taulah maksud faz. Faz pernah buat final project pasal AR ni. sebab tu tahu pasal benda alah ni. Jepun paling galak dalam AR ni tau! Awesome... Louvre Museum pun ada guna AR. kerjasama dgn company jepun. Kalau rajin pandai-pandailah korang google pasal AR. 

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

7 comments:

  1. wallaaa...comeback yang best...
    cepat2 sambung

    ReplyDelete
  2. sweet nya!! rasa mcm nak menangis sebab sweet sgt.haha suka entry yg wafiy post tu. "alahai sayang saya.." alahaiiiiiiiiiiiiiii....................

    ReplyDelete
  3. Macam kisah yuyu zulaikha.. isn't?

    ReplyDelete
    Replies
    1. me not sure. Actually, it's just random thought of mine... hee~

      Delete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)