Friday, January 25, 2013

Tembok Cinta bab 31



Setelah mendapat terapi percuma dari Doktor Taufiq. Sedikit sebanyak hati Fiera terubat walaupun tidak sepenuhnya. Gambar Taufiq yang menjadi penyeri skrin terlefon bimbit itu ditenung. Atas pujukan Taufiq pergi juga dia bekerja hari ini. Katanya jangan ingat Adam tapi ingat abah Adam yang mengharapkannya dalam menjayakan syarikat Tan Sri Fuad.
Fiera ada menyuarakan niatnya untuk berhenti kerja. Tapi Taufiq lebih bijak mengatur dan bertenang dalam menghadapi. Rancangnya jika Fiera hendak berhenti kerja, biarlah ada spare part. Cuba mohon dulu kerja jadi pensyarah. Lagipun apa pula Tan Sri Fuad cakap sekiranya dia berhenti secara tiba-tiba. Tambah pula macam mana dia hendak makan kalau tiada kerja. Ingat duit akan turun dari langit? Bukan senang hendak cari kerja tetap sekarang ni!
Hendak merancang, jangan guna hati nanti mati. Tapi sebagai manusia berakal silalah menggunakan akal yang diberi sebaik mungkin. Sarkastik. Tapi itulah kata-kata Taufiq yang paling berkesan buatnya selama ini.



Untuk sekian lamanya Fiera berpijak ke rumah Tan Sri Fuad. Terlalu sibuk dengan kerja dan tugasan. Ditambah pula dengan krisis dengan Adam. Memang sah-sah la dia tidak ingin terserempak dengan lelaki itu. Selama empat  hari di syarikat tanpa melihat langsung kelibatnya. Akhirnya malam ini Fiera memasuki rumah keluarga lelaki itu.
Niat asal hendak juga tunjuk protes. Tapi mengenangkan umi sendiri menelefonnya agar menghadiri kenduri arwah abang sulung Adam terpaksalah dia mengalah.
Fiera tidak dapat membayangkan yang dia akan bertentang mata dengan Adam malam ini. Sakit di pipi kena tampar sudah beransur pulih tapi sakit di dada? Susah hendak hilang. Takut pula semakin parah sakit itu bila terpaksa bertentang mata dengannya. Dikesiankan juga pada Lydia sebagai orang tengah Adam dan Fiera dalam urusan kerja. Tapi apa boleh buat? Adam juga yang mulakan dahulu. Memberi arahan pada Lydia sekiranya dia hendak memberitahu sesuatu pada Fiera biar Lydia menjadi mediumnya.
Dan keadaan ini juga menimbulkan satu persoalaan di pejabat. Siapa sebenarnya PA Adam? Lydia atau Fiera. Tapi tiada seorang pun berani mengeluarkan suara. Berangkali masih segar diingatan semua orang dengan amukan Adam pada Fiera di hadapan bilik mesyuarat. Oleh itu, semua pun kecut perut bila tengok Fiera ataupun Adam. Sebab Fiera pun boleh tahan menakutkan juga bila naik darah!
Fiera menaik nafas dalam. Dilihat wajah lembut Taufiq yang berbaju melayu berwarna merah jambu di sebelah. Mereka berjalan berseiringan memasuki perkarangan rumah. Taufiq terpaksa parking kereta di luar halaman kerana halaman rumah sudah dipenuhi dengan kereta tetamu yang hadir terlebih awal. Sebenarnya mereka yang terlambat!
Selepas salam mereka disambut. Taufiq mengambil tempat di kawasan lelaki. Kenduri baru sahaja bermula. Imam pun baru hendak start engine membaca doa yang sepatutnya. Fiera melangkah masuk ke dapur. Tangan umi dan opah disalam dengan penuh hormat.  
            “Umi rindukan Fiera, lama Fiera tak datang rumah.” Terasa hangat dakapan Puan Ariana membuatkan dia tersentuh.
            “Maafkan Fiera umi, Fiera sibuk dengan kerja sampai lupa nak datang sini...” Dengan nada perlahan Fiera berkata-kata. Takut melukakan hati yang mulia ini.
            “Tak apa. Umi faham. Tapi Fiera jangan stress sangat. Nanti jatuh sakit macam hari tu.”
            Fiera senyum mengangguk. Sudah tentu dia membuatkan hati tua Puan Ariana gusar ketika masuk hospital hari itu. Dia mengambil tempat disebelah Anis yang sedang menyusun kuih muih ke atas pinggan. Kecur liur tengok kuih beraneka jenis. Sepotong kuih bingka di ambil. “Siapa buat kuih Nis? Opah ke?” soalnya dengan nada perlahan.
“A’ah. Macam kau tak tahu opah tu. Sanggup buat kuih ni semua dari beli. Dari minggu lalu opah datang sini. Buat kuih dengan umi.” Jelasnya sambil tekun menyusun kuih.
Fiera turut membantu. Kekok pula sekadar menjadi tukang tengok. Sebuah pinggan dicapai. Dia turut buat kerja yang sama. “Kau macam mana? Dah ada isi ke?”
Anis memandang Fiera sekilas. Kemudian dia tersenyum kambing sambil menyambung  kerjanya semula.
“Tersenyum-senyum…” ejek Fiera. Lengan Anis disiku. Tidakkan mungkinlah tekaannya betul. Tadi tu sekadar gurau-gurau saja. Tapi kalau betul syukur alhamdulillah, dialah antara orang yang gembira...
Anis tersenyum lagi. Makin lebar senyumannya. “Doktor sahkan kandungan aku dah 3 minggu.”
“Betul!!” Fiera terjerit kecil. Segera Anis menerkup mulut kawanya. Mereka memandang sekeliling. Beberapa orang mak cik-mak cik memandang mereka tajam termasuklah opah dan umi.
Sysshh… kau ni! Aku dan Faizul rancang nak cakap malam ni. Kau dan Fiq tidur sini malam ni ya? Please…”
“Kami kerjalah esok Anis. Kau ni…”
“Hish! Esok kau cuti aje la.” cantas  Anis. Dia berharap sangat agar Fiera bersama dengan mereka malam ni. Dia sudah menganggap kawan baiknya itu sebagai ahli keluarga walaupun Fiera tidak memilih abangnya.
“Taufiq? Lagipun aku selalu sangat cuti kebelakangan ni.”  Soal Fiera ragu-ragu.
“Taufiq on. Itupun lepas puas aku pujuk dia tadi. Bolehlah… Kalau pasal abang aku tu. Kau buat tak nampak saja dia…” pujuk Anis. Dia sudah tahu isu tampar-menampar antara Adam dan Fiera. Tapi malas nak ambil port. Dia pun faham sangat dengan perangai abang kembarnya itu. Suka ikut akal kepala sendiri!
Erm… iya la. Tak sangka berisi dah kau eh. Aku pula tidak sabar. Mesti comel macam aku kan?”  Fiera mengerdip-gerdip matanya pada Anis.
“Eh! Anak aku. Cantik macam akulah. Kalau nak comel macam kau. Suruh aje si Taufiq tu pinang kau awal-awal. Cepat kahwin, cepat tutt… cepatlah kau dapat anak!” Tergelak kecil Anis dengan ayatnya sendiri.
“Amboi mak buyung ni… gatal tidak kena tempat!”  Lengan Anis dicubit lembut. Fiera turut tumpang gembira. Alhamdulillah! Pejam celik, pejam celik  tidak lama lagi Anis akan bergelar ibu.



Kekok! Rasa plastik pun ada. Fiera melemparkan senyuman pada Taufiq. Lelaki itu membalas senyumannya lembut. Sentiasa tenang! Lelaki itu tidak pernah gugup dalam apa juga keadaan. Terasa ingin minta sedikit ketenangan Taufiq itu untuk seketika.
Dikerling pula pada Adam. Ini seorang lagi plastik! Seperti tiada apa pula yang berlaku antara mereka berdua. Fiera pula sakit hati tengok! Rasa macam nak cekik-cekik saja si Adam ni. Boleh pula dia cakap ‘Dah sombong Fiera sekarang…bla…bla…bla… tahu sajalah dah berdua sekarang ni…’
Rasa ketika tu juga Fiera menjerit kegeraman. Boleh pula Adam cakap macam tu depan keluarga dia usai kenduri tadi. Menyampah!
“Fiera!” panggilan Anis mengambalikan Fiera ke alam nyata. Tercengang seketika Fiera. Terlupa dia menjadi isu pula sekarang.
“Bukan tak nak kahwin awal lagi uncle. Tapi kami nak rancang perlahan-lahan.” Jawab Taufiq bagi pihak Fiera. Sempat dia mengelengkan kepala pada Fiera. Mengkhayal saja tahu buah hatinya ni.
Fiera senyum mengangguk. Mengiyakan jawapan Taufiq pada soalan Tan Sri Fuad.
“Apa pula nak rancang dari awalnya Taufiq. Zaman opah dulu, umur Fiera ni dah tergolong anak dara tua dah! Kamu tu kategori Antulusia. Anak teruna lanjut usia!” ujar Opah.
Aduh opah ni… jatuh saham Taufiq. Hahaha!
“Mak ni pula… zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu lagi. Kalau nak kahwin main kahwin aje. Kena rancang betul-betul, ada kerjaya untuk sara anak bini.” Bantah Tan Sri Fuad pada kata-kata emaknya.
“Mak tahulah Fuad. Saja gurau. Melantun pula kamu ni.” Balas opah.
Satu ruang tamu dimeriahkan dengan gelak tawa mendengar jawapan opah. Haih! Sporting juga orang tua ni…
Fiera memandang pada Anis. kawannya itu menarik nafas. Mencari kekuatan untuk menyuarakan satu berita gembira.
“Opah, umi, abah, abang Adam dan semua… Anis dah Faizul ada sesuatu nak beritahu sebenarnya…” Anis memulakan mukadimah. Dia memandang pada suaminya. Faizul mengangguk. Kenapa lelaki itu mengangguk Fiera tidak dapat jawapan. Tapi rasanya sebagai kekuatan pada Anis untuk memberitakan tentang kandungannya.
“Hah! Kamu pula kenapa? Faizul nak bini baru?” ujar opah selamba.
“Hish opah ni! Kalau abang Faizul nak bini baru Anis cincang dia buat ulam bini baru tu! Bukan pasal itulah opah…” Balas Anis cepat.
“Ini lagi seorang. Sentap aje kerja dia. Dua kali lima aje dengan abah dia… jangan pula dapat anak nanti manja macam kau sudah. Pening si Faizul ni layan.” Tersenyum Faizul memandang muncung isterinya mendengar nasihat baik punya dari opah.
Puan Ariana sekadar tersenyum lucu. Memang tidak diakui lagi sikap manja Anis itu. Biasalah anak bongsu. Satu-satunya anak perempuan pula tu. Perangai pun tidak ubah macam abahnya.
“Cakap pasal anakkan opah. Err.. sebenarnya kelmarin Anis dan abang Faizul pergi check. Doktor cakap kandungan Anis dah masuk tiga minggu.”
“Betul?” tanya Puan Ariana meminta kepastian. Wajah menantunya dipandang. Faizul mengangguk mengiyakan.
“Syukur Alhamdulillah.” Ucapan syukur dari umi, opah dan abah Anis  kedengaran. Begitu juga Adam dan Taufiq. Fiera sekadar mengucap dalam hati. Semua tumpang gembira dengan berita yang disampaikan.
“Tak lama lagi opah dapatlah cicit. Alhamdulillah… hah lepas ni korang bertiga pula. Jangan nak tunggu lama-lama. Nanti dah beruban baru nak gendong anak.” Pesan Opah pada Fiera, Taufiq dan Adam.



“Indah malam dengan kerlipan bintang ditemani dengan bulan mengembang sedang memerhati satu ciptaan indah dari Allah.” Kata Adam sambil berjalan mendekati Fiera yang sedang merenung bintang di langit.
“Sedang memerhati satu ciptaan indah dari Allah?” soal Fiera sambil memandang wajah Adam. Lelaki itu sudah berdiri disebelahnya. Tidak mempedulikan pandangan Fiera pada wajahnya, dia terus sahaja memandang awan malam.
“Satu ciptaan indah yang sedang berdiri disebelah saya.” Katanya selamba. Tangan disilangkan. Terasa kedinginan malam.
Thanks…” jawab Fiera sepatah. Kelu! Keadaan agak kekok. Mereka senyap seribu suara. Masing-masing menghayati keindahan malam. Suara Fatin Nur Affifah mendendangkan lagu tema wayang Tentang Bulan seolah sedang bergema dihati masing-masing. Menjadi latar suara bagi suasana malam yang cantik dengan terang bulan.
“Sebenarnya… saya nak minta maaf. Pasal hari tu. Adam betul-betul ikutkan perasaan sampai terlepas tangan.” Ujar Adam perlahan.
It’s okay. Benda dah berlalu pun.”
“Saya serba salah. Nak jumpa awak pun tak tahu macam mana. Sebab tu Lydia jadi orang tengah. I’m not ready to meet you… Saya tahu awak marahkan saya. Saya sendiri terkejut sebab sangup jatuhkan tangan ke muka awak. Mesti sakitkan?” soalnya. Kini barulah dia menatap wajah disebelahnya.
“Marah tu memanglah ada. Bukan saja marah. Malu, geram, sakit hati pun ada. Tapi entahlah, malas! Malas hendak marah, malas hendak geram, malas hendak sakit hati semua tu.”
“Saya minta maaf…” ujar Adam. Kedengaran nada kesal pada suara itu.
“Saya maafkan awak. Kawan?” tanya Fiera sejurus meleraikan pergaduhan mereka. Fiera sendiri pun tidak sanggup lagi bertikam lidah, bergaduh tanpa sebab dengan lelaki ini.
Berterangkan cahaya bulan Fiera dapat melihat senyuman yang terlukir pada bibir Adam. “Kawan.” Katanya sepatah.
Fiera membalas senyuman itu. Hanya satu perasan sahaja yang dapat digambarkan tentang perasaannya kini. Tenang! Seolah keadaan seperti kali pertama dia berjumpa dengan Adam di sekolah dulu, kali pertama mereka berbual rapat dan kali pertama mereka menjadi kawan dahulu.
Keadaan senyap kembali. Hilang dari tajuk dan jalan cerita. Keadaan agak terkawal lagi. Kelu dari sebarang bicara, hilang semua kata-kata.
You make a great couple with Taufiq. Congrats.” Ujar Adam ikhlas.
Thanks.”
“Lepas ni tiada dah Fiera yang single but not available…” kata Adam lagi. Fiera tidak dapat menangkap maksud kata-kata Adam itu. Terlalu tersirat! Dia sekadar senyum sahaja.
“Taufiq akan jaga awak sebaiknya. He’s a great imam for you.” Puji Adam pada Taufiq.
“Kembung hidung Taufiq kalau dengar awak puji dia.”
“Saya puji dia ikhlas. Sebenarnya dia ada jumpa saya. Saya ingatkan waktu tu saya dah makan penumbuk Taufiq. Atau bagi warning pada saya sebab tampar kekasihnya. Tapi dia sekadar berjumpa saya sebagai kawan. Tenang dan langsung tidak tersentap pun. Dia hanya cakap ‘marah itu mudah tapi sabar itu indah’. Kemudian dia beritahu lagi pasal hadis Rasulullah tentang  marah iaitu ‘marah itu dari syaitan dan syaitan itu dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.’ Jadi Taufiq pun pesan pada saya agar ambil wudhuk setiap kali tidak terkawal. Alhamdulillah. Pesanannya satu peringatan buat saya.”
“Saya tahu sebenarnya disebalik niat dia hendak berjumpa dengan saya ialah pasal saya tampar awak hari tu…”
Ketika ayat Adam mencapai titik noktah. Fiera terasa hendak berlari masuk ke dalam rumah kemudian peluk Taufiq erat-erat. Wah! Tidak sangka Taufiq berkata sedemikian dan yang paling buat dia terharu ialah Taufiq sanggup berjumpa dengan Adam semata kerananya. Rasa macam hendak menjerit kuat-kuat “Taufiq my super duper hero! Superman, Batman, Spiderman, Cicakman dan yang paling penting My Man yang beriman!!”
Senyuman manis Fiera tidak dapat dielekkan. Meleret saja sepanjangan Adam memuji kekasihnya. Tumpang bahagia! “Insyaallah, satu hari nanti awak akan jumpa seseorang yang tercipta untuk awak.”
Adam tersenyum. “Amin. Andaikan saya tidak cukup masa untuk semua itu, doakan saya dapat jumpa gadis yang tercipta di sana...” Walaupun Adam becakap dengan nada bergurau namun hati Fiera tidak sedap hati mendengar luahan Adam. Senyumannya mati. Tidak suka ayat disebalik kata-kata itu.
“Saya doakan awak  bahagia dunia dan akhirat Adam. Jangan cakap yang bukan-bukan. Sepatutnya awak berdoa umi awak sarungkan cincin pada isteri awak nanti… adakah patut cakap macam tu!”
“Awak ni kalau membebel, mengalahkan mulut Anis tu hah! Insyaallah, cinta yang abadi adalah cinta pada yang esa.” Aura ustaz Adam dulu kala kembali. Aura budak masjid waktu sekolah menengah dahulu…
‘Senyum sajalah labu…’ kata hati Fiera. Plastik pun plastiklah! Malas hendak bertikam lidah pasal benda ni. Nanti bagus-bagus sudah berbaik semula. Bergaduh lagi pula nanti.
Dating tak ajak-ajak orang ye. Sampai hati…” tegur Taufiq sambil berjalan mendekati Fiera dan Adam. Dia berdiri di sebelah Fiera.
Adam sekadar senyum manis. “Tidak kisahkan aku dating dengan dia kejap?”
“Eh! Lama pun tak apa. Dia ni selalu sangat menghilangkan diri sendiri. Kena ada orang jaga sebab tidak pandai jaga diri sendiri.” Jelas Taufiq selamba. Pinggangnya dicubit oleh Fiera. Sepakej dengan jelingan pula tu!
‘Suka sangat kutuk aku. Tidak sedar aku ni girlfriend dia.’ Berpuluh-puluh bebelan Fiera telan dalam hati. Baru saja sekejap tadi puji Taufiq. Taufia baiklah, Taufiq segala jenis hero tapi sayangnya satu saja masalah lelaki ini. Mulut dia Ya Allah! Mengucap saja yang Fiera mampu.
“Mana-mana kamu dualah. Aku malas nak masuk campur. Aku masuk dulu. Assalamualaikum. ” Kata Adam sama Taufiq dan Fiera sebelum masuk ke dalam rumah. Eh! Dengan lelaki beraku kau pula si Adam ni.  Bicara hati Fiera. Baru perasan sebenarnya! Agaknya macamlah pertemuan Adam dan Taufiq tempoh hari?   solusi tentang si gadis cantik. Siapa lagi si gadis itu kalau bukan dirinya. Angkat bakul pula si Fiera ni!
“Haih! Apalah nasib. Kita dah depan mata pun dia masih mengelamun. Entah-entah ingatkan orang yang baru masuk tadi tu. Kesiannya kita ni…” rungutan Taufiq nyata menyedarkan Fiera dari terus mengelamun jauh. Dia buat tidak tahu. Sebaliknya berjalan ke buaian. Taufiq mengekori dari belakang. Dia turut duduk bersebelahan dengan Fiera atas buaian berukiran kayu itu. Tangannya perlahan-lahan membuai buaian.
“Awak, awak…” panggil Taufiq.
“Mengada!” kata Fiera sepatah. Buang tabiat ka apa si Taufiq ni. Dia sendiri berdiri bulu roma dengar Taufiq cakap macam ni.
“Awak… marah ke?” tanyanya lagi.
“Berani sangat bagi girlfriend dia dengan orang lain jaga.  Kalau orang lain boleh lagi. Ni dengan si Adam tu pula. Macam tak tahu perasaan dia dengan aku.” Fiera buang pandang ke atas langit. Tengok bulan yang penuh jerawat itu lagi best dari tengok muka Taufiq walaupun muka Taufiq kacak. Kacak ke? Iyalah kacak. Jangan puji terang-terang, terbang nanti Encik Doktor ni. Puji dalam hati sudah cukup.
“Kita berani sebab kita tahu girlfriend kita setia dengan kita. Kita tahu girlfriend kita cintakan kita. Lagipun kita…”
“Chopp!!” potong Fiera.
“Kau boleh stop that kita-kita tak? Sakit telinga aku dengar . Mengada!” sambungnya.
“Boleh tapi kalau awak janji satu perkara dengan kita.”
Whatever asalkan aku tidak dengar ayat mengelikan cuping telinga aku tu. Terutamanya dari mulut kau. Tidak sesuai betul dengan Taufiq aku.” Rungut Fiera. Dia memang sudah agak ada benda lagi Taufiq nak. Memang dari universiti dulu lagi, Taufiq suka guna ayat mengada kita-awak dia tu bila nak sesuai yang kejam dengan keadaan paksa rela Fiera. Tidak pernah berubah.
Taufiq sudah tersenyum kambing!
“Samdol punya teman lelaki! Cakaplah cepat! Tersenyum-senyum. Senget!” marah Fiera.
“Kita nak dating dengan awak ahad ni. Lepas tu kita nak awak dengar aje apa kita cakap dalam satu hari tu. Tidak boleh membantah.” Taufiq berhenti bercakap sekejap.
‘Dengar aje apa kita cakap dalam satu hari tu. Tidak boleh membantah…’ ajuk Fiera dalam hati. Mintanya dia minta bukan-bukan habis aku… hish!
“Dan mengikut pengalam kita di hujung ayat kita tadi otak awak dah fikir benda kuning. Jangan risau. Kita janji tak buat benda tidak baik kat awak.” Sambungnya. Sempat lagi mengenakan Fiera.
“Senget betul otak kau ni! Mana ada aku fikir macam tu… By the way, tadi cakap minta satu perkara saja. Tapi dating satu perkara, masuk dengar cakap kau dah dua.”
“Sepakej! Kira satulah tu.” Selamba saja Taufiq cakap sepakej. Susah dijangka betul otak Taufiq ni.
Fiera mencebik bibir.  Keeadaan kembali sepi. Mereka mendongak ke langit. Menghayati keindahan malam. Kedengaran bunyi cengkerik sedang berbalas pantun bersama putera katak.
“Fiera…” panggil Taufiq.
“Ermm…”
“Tahu tak kenapa aku cakap tak kisah Adam jaga kau?” soal Taufiq. Sudah tahu pun balik dengan cara pertuturannya yang sebenar. Mereka masih lagi memandang awan. Seolah awan menjadi cermin mereka untuk menghadap antara satu sama lain.
“Sebab kau yakin dengan cinta aku pada kau.” Jawab Fiera.
“Itu salah satunya… sebab lain ialahnya sekurang-kurang aku tahu Adam sayangkan kau. Bila orang itu sayang kita, dia akan jaga kita sebaik mungkin. Sebab itulah…”
Dahi Fiera berkerut. Tidak faham!
“Maksud?” soalnya.
“Aku tahu kau tetap akan cintakan aku. Dan aku yakin cinta kau setia. Tapi bila Adam atau Ammar jaga kau, aku tahu kau berada dalam keadaan yang baik. Sebab kenapa? Sebab mereka sayangkan kau dan akan jaga kau lebih dari nyawa mereka. Berbanding orang lain yang aku tidak kenal lagi setia hati mereka pada kau, Adam dan Ammarlah orang yang paling aku percaya… ”
Fiera terdiam. Kelu sebenarnya. Tidak tahu hendak ungkap apa lagi. Dia memandang Taufiq disebelah. Lelaki itu masih lagi memandang awan sambil menyambung kata-katanya.
“Dulu aku pernah terfikir. Kalau aku tidak dapat memiliki kau, sekurang-kurangnya biarlah aku yakin orang yang berjaya miliki kau ialah orang yang ikhlas bahagiakan. Cinta itu tidak semestinya memiliki. Asalkan orang yang kita cintai itu bahagia, insyallah bahagialah kita. Menderita orang itu, menderitalah hati kita.”
I’m touched. Thanks Fiq.
“Aku tahu…” katanya tersenyum.
“Tahukan imam Ghazali pernah cakap kata-kata itu umpama pedang?” Taufiq meminta kepastian.
Fiera mengangguk. Dia pernah baca tentang kata-kata imam Ghazali.
“Ini insyaallah imam Taufiq nak cakap… kata-kata itu juga umpama penawar, peransang, motivasi dan banyak lagi. Tapi of course, kata-kata dari Allah itu indah. Penawar buat segalanya, zikirnya penenang jiwa dan raga…” Taufiq terdiam seketika. Dia menarik nafas dalam. Tersentuh sendiri. Tenang! Itulah perasaannya ketika mendengar laungan azan Allah, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan alunan zikir. Teringat pengalamannya memijak tanah suci Makkah dahulu. Mengalir air matanya di hadapan Kaabah apabila laungan azan di alunkan.
“Dengan izin Allah, aku nak kata-kata aku pada kau hanya kata-kata yang membahagiakan kau, mengembirakan kau dan sentiasa membuatkan kau tenang… Dan kata-kata yang boleh buatkan kau mendekati cinta Allah.”  
Hanya air mata saja mengalir mendengar luahan ikhlas dari Taufiq walaupun lelaki tidak memandangnya ketika menuturkan kata-kata itu. Taufiq masih lagi setia memandang awan.




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Friday, January 4, 2013

Tembok Cinta bab 30




Hon yang bertalu-talu mengejutkan Fiera dari tidur. Siapa pula yang buat  bising awal pagi ni? Kacau tidur betullah. Dia baru lelap berapa minit selepas solat subuh tadi. Rasa mengantuk pun masih lagi bersisa. Bantal peluknya dicari. Laju tangannya menutup telinga dengan bantal. Dipaksa matanya ditutup serapat yang boleh.
Argh! Bunyi hon itu lagi. Berdersing telinganya mendengar. Siapalah melaun yang suka sangat menyusahkan diri di awal pagi ni!!
Fiera bingkas bangun dan berjalan mendekati tingkapnya yang tepat menghala pagar rumah. Terbeliak mata Fiera. Segar bugar terus jadinya. Sesekali mata itu digosok beberapa kali untuk melihat dengan lebih jelas walaupun cahaya matahari semakin menerangi bumi.
“Taufiq!!!” jeritnya sekuat hati dalam bilik. Apa angin taufan apa yang masuk dalam kepala otaknya bila memandang Taufiq sedang berdiri di tepi pintu kereta yang terluak. Sebelah tangan lelaki itu melambai dan sebelah lagi tidak penat menekan hon.
Fiera bingkas mencapai tudung ekspress yang diguna semalam. Masih lagi elok terletak di atas meja solek dari semalam. Gara-gara terlalu malas hendak letak di tempat yang sepatutnya maka di atas meja solek itulah tempat letaknya tudung ekspress yang telah diguna beberapa kali dalam minggu ini. Tudung yang ditegur Lydia pagi tadi! Alah bukannya busuk sangat pun. Sembur minyak wangi, wangilah dia...
Pintu dikuak. Laju kaki Fiera berjalan ke arah pagar rumah. Langsung tiada hati hendak membalas senyuman lelaki itu. “Kau nak apa awal pagi ni? Dah takde kerja sangat ka? Tak tahu istilah ‘Orang pun nak tidur’ ke hah?” Soal Fiera disebalik pagar.
“Eh. Kau seorang sahaja yang sambung tidur. Aku tengok rumah jiran-jiran kau dah terang benderang. Tengok tu siap buka tingkap dah…” kata Taufiq. Pintu jiran sebelah rumah Fiera ditunjuk. Tertoleh juga gadis itu pada arah yang disebut.
“Ah! Tak kisahlah. Kau nak apa? Tidak tahu istilah ‘Siang’ baru datang sini?” Fiera mempertahankan diri. Mana boleh kalah!
“Cik Nurul Zaffiera sebab sudah sianglah saya datang sini. Kalau saya datang malam nanti tidak pasal-pasal kita kena kahwin ekspress pula. Hehe…” Taufiq mengerdip mata. Ingat aku tergoda ke? Huh! Langsung tidak. Marah Fiera dalam hati.
“Alah chill la beb. Awal pagi sudah monyok. Senyumlah sikit. Senyumkan sunnah. Aku datang ni nak ajak jogging… cepatlah bersiap. Kita joging di taman sebelah sana tu.”
Rupa Fiera yang marah tadi semakin kendur. Dia mengeluh berat sebelum bercakap. “Taufiq… aku penatlah.”
“Tiada objection Fiera. Senaman boleh segarkan badan kau tu. Lemah semacam saja aku tengok. Kalau tak nak keluar joging aku terus menerus tekan hon sampai kau keluar. Bukan tak pernah berlakukan?”  ugut Taufiq. Teringat kisah dahulu dia mengajak Fiera pergi bersenam dengan ugutan yang sama. Tapi gadis itu buat endah tidak endah sahaja. Malah cabar balik. Taufiq pun dengan tanpa sebarang perasaan pun menekan hon sampai Fiera mengalah. Hehehe
Fiera mendengus kasar. Dia terus berpaling meninggalkan Taufiq. “Give me ten.”
Okay five. ” balas Taufiq. Gila apa nak bersiap sampai sepuluh minit. Ingat nak pergi shoping ke?
Fiera terus berpusing menghadap Taufiq. “Yieee….” Mukanya diraup kasar. Sudahlah kacau pagi aku.
By the way Fiera, cantik kaki…” ujar Taufiq sambil meleretkan senyuman. Cepat-cepat Fiera memandang kakinya.
Oh My kaki… aku pakai seluar pendek paras lutut aje!!  lintang pukang Fiera berlari masih ke dalam rumah. Apa punya fesyen pakai tudung dengan seluar pendek. Terdengar gelak tawa Taufiq di luar rumah.
“Hantu kau Taufiq. Agh! Lanun punya budak! Doktor gila...”  Fiera menjerit kegeraman.



“Puas?” jeling Fiera. Dia sekadar memakai tudung ekspres, T-shirt lengan panjang, seluar track dan kasut sukan.
“Puas. Lagipun pandai kau matching baju kita.” Tersenyum lebar Taufiq melihat baju Fiera yang sedondon dengannya.
“Eh… nak ke mana pula tu?” Tanya Taufiq bila Fiera masuk ke dalam pagar rumah sekali lagi.
“Tukar bajulah. Tak perasan pula aku warna baju kita sama. Sakit mata aku tengok.” Ujarnya selamba. Geli gelaman cuping telinga Fiera bila perasan baju mereka sedondon. Macam mana pula dia tidak perasan Taufiq pakai baju berjalur warna turquoise dan putih. Sesedap hati nurani sahaja dia pakai baju turquoise polos dengan lengan warna putih.
Lengan tangan Fiera segera ditarik. “Eh! Jangan nak mengada. Kalau tunggu kau tukar baju lagi sempat matahari naik. Pakai ni pun dah cukup. Jom…’
Fiera mengalah. Dia kemudiannya berjalan ke pintu penumpang hadapan. Kereta Toyota Rush siapa pula si Taufiq kebas ni? Soalnya dalam hati.
“Kau nak ke mana pula?” Tanya Taufiq.
“Masuk dalam keretalah. Kau jangan cakap dengan aku kena jalan kaki pergi taman sebelah sana tu. Gila! Patah kaki aku.”
“Siap cakap kita jalan kaki?” Taufiq tersenyum lebar.
Kening Fiera diangkat. Dia berpeluk tubuh. “Habis tu? Naik jet?” tanyanya sarkastik.
“Kita naik tu…” Taufiq tunjuk dua buah basikal yang terparking elok di belakang kereta Toyota Rush itu. Fiera cuba menyembunyikan rasa terlebih excitednya memandang basikal tersebut. Basikal tua! Mak oi… warna merun pula tu. Cantik! Nama sahaja ‘basikal tua’ tapi sebenarnya masih nampak baru. Basikal ala-ala zaman dulu kala tu… Fiera terasa seperti hendak nyanyi lagi Basikal Tua nyanyian arwah Sudirman pula melihat basikal tersebut.
Dengan selamba dia berjalan mendekati basikal tersebut. Senyuman yang ditahan akhirnya terlakar sebaik sahaja pegang basikal idamannya. Ah! Taufiq. Tahu-tahu saja hatinya dalam skala yang tidak baik. Pandai ambil hati aku eh!
Setelah memastikan kereta Toyota Rush selamat berkunci, mereka mengayuh basikal ke taman sebelah perumahan Fiera.



“Dari mana kau cilok basikal ni.” Tanya Fiera. Mereka terduduk di atas rumput. Penat! Sudah beberapa pusingan dibuat. Itupun merayu-rayu Fiera hendak berhenti. Kalau tidak Taufiq hendak teruskan sekurang-kurangnya dua pusingan lagi.
“Aku cilok dari kilang basikal. Semalam aku telefon kau balik-balik. Kenapa tak angkat?”
“Tidur awal Fiq. Balik rumah pun sudah magrib. Mandi, solat magrib lepas tu aku mengaji sampai tunggu Isyak. Habis saja solat isyak terus pengsan sampai pagi tadi. Makan malam pun tak sempat. Penat sangat.”
“Penat badan ke? Penat otak? Atau penat hati? ” Tanya Taufiq bertalu-talu. Penuh dengan isi tersirat dan tersurat pula tu. Sarkastik betul!
Fiera memandang Taufiq yang duduk di sebelahnya lama. “Semua! Penat badan, penat otak dan penat hati. Terus terang Fiq… kenapa ni? Sarkastik aje aku dengar kata-kata kau.”
“Kalau dah namanya ada campuran cili, sos cili pun boleh terasa pedasnya biarpun sekadar sos.” Kata lelaki itu.
Fiera mengeluh. “Please direct to the point Fiq. Terus terang boleh tak?  Jangan jadi ular sawa terbelit sana, terbelit sini. Tidak faham aku.”
“Semalam aku telefon kau. Tapi kau tak angkat. Aku dah suspek ada something fishy. Lepas tu aku tanyalah Lydia. Dan dia pun cerita keseluruhan cerita menarik pada aku. Waktu kau telefon aku tu, time kau lari keluar dari pejabatkan?” Tanya Taufiq.
Terangguk kepala Fiera mengiyakan.
“Fiera, kenapa kau tak cerita dengan aku? Apalah guna aku sebagai teman lelaki kalau biarkan kau tanggung semua ni seorang?” kedengaran suara Taufiq semakin mengendur. Dia baring di atas langit memandang awan biru. Tangannya disilang jadi bantal. Taufiq tutup mata. Menghayati keindahan alam semula jadi.
“Bukan aku tak nak Fiq. Tapi semalam kau kan tengah kerja. Aku tak nak ganggu konsentrasi kau buat kerja. Jadi aku ingat nak cakap dengan kau hari ni saja. Lagipun aku mana ada rahsiakan apa-apa dengan kau selama ni kan? Pasal mak kandung aku pun kau dah tahu.”
Don’t do that again. Please Fiera… lain kali jangan buat lagi. Aku lagilah tidak dapat concentrate.  Sekurang-kurangnya kalau kau tertidur pun. Sebelum tidur tu pastikan kau bagitahu aku dulu apa masalah kau. Ataupun bagitahu aku yang kau akan cakap esok lusa ka? Sekurang-kurangnya aku tahu. Semalaman aku tidak tidur nyenyak sebab risaukan kau. Janji?” Taufiq sudah pun duduk di hadapan Fiera. Jari kelingking lelaki itu dibalut dengan hujung tudung Fiera.
“Sekarang tak boleh sentuh lagi. Batal air sembayang aku. Kena lapik-lapik. Cepat! Janji dengan aku.”
Fiera menahan senyuman walaupun tercalit juga. Hujung tudungnya dijatuhkan dari jari Taufiq. Kemudian hujung baju lengan panjang ditarik sampai menutupi ke seluruh jarinya. Jari kelingking yang sudah berbalut di angkat.  “Insyaallah. Aku janji.” Dia membalas jari Taufiq. Satu perjanjian lisan termeterai.
“Nak buat sesuatu yang best tak?” Tanya Taufiq tiba-tiba. Jari mereka masih lagi bersatu.
“Hah?” Tanya Fiera terkebil-kebil. Blurr la pulak!
Jari dilepaskan. Lengan tangan baju Fiera terus ditarik. Sedikit terdorong berdiri mengikut Taufiq berlari. Entah ke mana dia pun tidak tahu. Macam kuch-kuch Hota Hai pula tapi lagi versi melayu  ‘Berlari berkejaran, seindah bunga di taman, bak gunung nan megah, kanda ku puja…’ Nyanyi Fiera dalam hati walaupun lirik tunggang langgang.
‘Dinda… kanda… burung pun turut menyanyi.’  Alamak! Tidak mahu berhenti pula otaknya dari terus menyanyi. Hahaha!!
‘Tawa… riang… dan cinta mula bersemi.’ Okay stop!!! Tidak lama lagi cuaca indah pagi bertukar mendung pula. Hahaha… fikir Fiera.
Tiba-tiba adegan aksi antara Yassin dan seorang gadis India bernama Komala dalam cerita Senario Lagi berlayar di kepalanya. Taufiq sebagaiYassin aku pula Komala. Eh kejap! Bukan watak Yassin tu ke yang minum air kencing anak Azlee dalam botol air tu? Tak jadilah nak bagi watak tu dengan Taufiq. Hahaha! Lagipun Taufiq aku lagi handsome! Haha… Sempat Fiera membanding.
Rindu pula dia hendak menonton wayang Senario Lagi. Balik lagi nak download la! Rindu dengan cerita lawak slapstick yang masih lagi terkawal oleh  pelawak kumpulan Senario itu. Membesar dengan pelawak seperti mereka buatkan minat Fiera tidak pernah padam. Senario memang terbaik dari ladang! Mereka lagenda pelawak Malaysia yang pernah mengegarkan industri lakonan tanah air suatu masa lalu. Andai zaman mak, nenek mereka dulu ialah Bujang Lapok, zamannya pula ialah Senario. Dan zaman sekarang pula Jozan, Sepah, Jambu dan banyak lagi pelawak-pelawak yang baru dipersada seni.
“Fiera..!! Fiera!!!” jeritan suara garau Taufiq mengejutkan Fiera dari lamunannya. Ya Allah! Jauh dia mengelamun. Dari aksi Hindustan hinggalah ke cerita Senario. Hahaha!
Fiera yang baru tersedar di alam nyata memandang keadaan sekeliling. Beberapa orang tua dari berbilang kaum sedang melakukan sesuatu. Tai Chi! Fiera memandang belakang. Tidak jauh dari tempat mereka duduk tadi tu saja. Basikal mereka pun masih lagi elok di tempat tadi. Jelas dan dekat. Dekat? Nampaknya jauh lagi lamunannya berlayar dari kaki mereka melangkah.
“Kita nak buat apa Fiq?” tanyanya.
“Kau tengok mereka tengah buat apa?”
“Tai chi?”
“Clever girl. Dah jom…” tangan Fiera ditarik. Mereka mendekati seorang lelaki cina yang agak berusia.
“Hish. Tak naklah aku. Kau tak nampak ke semua di sini orang tua?”
“Kalau tua kenapalah? Macam kau tak pandai tua-tua. Eh! Si Edward Cullen kesayangan kau tu aje yang tidak pandai tua-tua. Sebab vampire! Itupun dalam movie. Luar movie. 10 tahun akan datang kerepot juga muka dia tu.” Amboi Taufiq. Kalau mengebom mengalahkan peluru berpandu!
“Pandai je kau kutuk vampire kesayangan aku kan? Dengki la tu.” Ejek Fiera.
Taufiq menjuling ke atas sambil buat muka toya. Vampire aku konon! cebiknya.
Tanpa mempedulikan Fiera. Taufiq terus bertanyakan salah seorang di situ untuk mengajar mereka tentang seni Tai Chi. Beberapa gerakan ditunjukkan kepada Taufiq dan Fiera. Tersenyum-senyum Taufiq memandang badan Fiera yang keras belajar Tai Chi berbanding dirinya.
“Fiera. Smart tak aku? Ada gaya-gaya Jet Li macam dalam wayang Tai Master tak?” Beberapa gerakan mudah yang dia sudah mahir ditunjukkan pada Fiera.
“Jet Li? Huh! Jauh panggang dari api!” Ejek Fiera. Dia juga cuba beberapa gerakan yang diajar. Apasal susah sangat ni? Gumamnya dari hati. Gayanya tidak ubah seperti kayu yang cuba digeraknya. Keras!
“Dengkilah tu. Aku tengok gaya kau tidak ubah macam…”
“Macam apa!” cantas Fiera. Nak kritik aku lagilah tu! Siapa punya boyfriend la ni. Kesian sungguh perempuan itu… sambungnya dalam hati.
“Kesian aku tengok aunty ajar kau. Keras semacam!”
“Tak apa. Aunty ajar perlahan-lahan. Fiera cuba tenangkan fikiran. Kata kunci Tai Chi ialah kosong.” Sampuk mak cik cina yang mengajar Fiera Tai Chi. Sempat juga mereka berkenalan seketika. Mak cik Lee kata setiap hari mereka akan ke taman untuk berTai Chi sebab Tai Chi ialah satu pergerakan yang tenang, setenang air di sungai.
Kata kunci Tai Chi ialah kosong. Fikiran dan hati kita kenalah kosong dan tenang. Seperti air di sungai. Gaya pergerakan halus Tai Chi umpama mengikut aliran arus air di sungai tapi sekiranya ada rintangan. Gaya pergerakan akan cepat dibalas tapi masih mengekalkan arus aliran yang lembut dan tenang.
Keegoan diri juga mesti ditepis dan direndahkan. Tai Chi mengamalkan gaya diri yang rendah. Tidak boleh riak dan ego pada diri untuk menuntut dan mempelajarinya.
Satu pengalaman  pelajaran baru yang dia dapat hari ini iaitu belajar Tai chi dapat mengurangkan tekanan. Lain kali kalau angin kus-kus Fiera datang bolehlah dia belajar Tai Chi untuk keluarkan peluh dan bertenang. Tapi kena ada doktor Taufiq juga temankan baru best! Hehe…


blog akan start lambat update cuz assignment stuff sudah pun bermula...tapi fazcuba at least seminggu satu kali update. =)  jangan lupa tinggalkan komen.!



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!