Sunday, March 20, 2011

Cintaku seHOT cili api..!



Hari ini usaha perlu diteruskan, jika ‘pencarian cili padi’ kelmarin tidak berhasil maka hari ini perlu termakbul.sudah tiga hari aqeel mencari cili api untuk kenduri hujung minggu ni.

“Pak samad, hari ni kita ke pasar lagi yaa. Pagi tadi mama saya ada telefon, katanya cili api dah habis, dia ada ke pasar pagi tadi tapi dah habis.” Arah aqeel kepada pemandu papanya. Hari ini dia tidak memandu kerana keretanya rosak. Peristiwa dulu menerpa di ingatannya…

“lin makan lah ni, nak tak…sedap…” fahmi menyeduk sambal cili api ke piring lin.

“tak nak..lin tak nak..!tak sedap…”

“makan lah..fahmi suap ya…” sejak peristiwa itu, lin enggan bertemu dengannya semula..akhirnya mereka tidak dapat bertemu kerana keluarga fahmi berpindah ke luar Negara.

“baik encik.”jawab Pak samad seraya membantutkan lamunannya..

Harapan aqeel hampa sekali lagi, makanan kegemarannya itu sudah habis di jual. Ada pun kebanyakannya dicampur dengan cili yang masih berwarna hijau atau sudah terlalu tua. Biasanya dia akan membeli dengan macik timah, salah seorang penjual di pasar tu.

“ermm..macik, macik tahu ka mana saya boleh dapat cili dari pemborong..?” Tanya Aqeel. Walaupun dia anak orang berada, dia tidak pernah malu untuk ke pasar demi membeli makanan kegemarannya itu.

“ada nak.tapi bukan pemborong,Penjual tu tinggal sebelah kampung macik. Kalau encik aqeel nak macik boleh bagi alamatnya.” Kata macik timah.

“ermm..boleh jugak.” Mak timah menulis di kertas kecil alamat tersebut kemudian menyerahkan kepada aqeel.




“hari ni aqeel tak kerja ka?” Tanya datin kaisarah.

“tak ma. Aqeel dah inform kat papa semalam hari ni aqeel cuti. Aqeel nak jalan dah ni.”

“eh nak ke mana lagi tu. Kata hari ni cuti tapi mama nampak kamu ni dah macam nak pergi bercuti dah.”

“semalam mak cik timah ada bagi alamat petani yang tinggal dekat rumahnya. Aqeel nak pergi beli cili kat sana. Takut pulak habis nanti, elok beli yang fresh ma..sedap..hehe..”aqeel tersengih.

“kamu tu qeel mana ada cili yang tak sedap..semua pun kamu cakap sedap..ermm elok-elok memandu tu.”

Aqeel kini sudah sampai ke kampung baru, kata mak cik timah tanah petani tersebut hanya mengusahakan tanaman cili sahaja berdekatan dengan rumah petani tersebut. Aqeel memberhentikan kereta BMWnya di halaman rumah petani itu,kelihatan sebuah kebun cili di sebelah rumah tersebut. Aqeel menuju ke kebun, kelihatan seorang sedang memetik cili membelakanginya.

“apalah sedapnya cili ni sampai orang gila-gilakan…menyusahkan adalah..baik-baik lidah tidak pedas..”omel wawa.

“assalamualaikum mak cik”

“oh macik mu tertelan biji lada masuk longkang…”bakul lada yang berada di tangan mak cik tersebut.

Aqeel menahan ketawa. ‘boleh tahan jugak latah makcik ni..hahaha…’

“alamak..matilah aku…” kata mak cik tersebut.

‘aik lain macam je sound suara mak cik ni…’ getus Aqeel.

“ermm..sorry. buat mak cik terkejut.” Kata aqeel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak tolong ka ni tak nak…

“apa sorry sorry..nak jadi super junior ka sini ahh…!! Sejak bila wawa jadi mak cik ahh….” marah wawa.

“huh..??” aqeel tercenggang.

‘Hish garangnya…malang la sapa jadi suami budak ni…’

“ehh maaf, mari saya bantu.” Aqeel membantu wawa memungut biji lada yang bertaburan di tanah.

“huh..tak payah..” wawa mendongak…dahinya berkerut.

“eh awak sapa?” setahunya mak uda takda anak lelaki tapi siapa mamat ni..hensem pulak tuh…!

“saya datang nak beli cili..” jawab aqeel sambil memungut cili yang terjatuh.

“cili?”

‘aik pelik, pakaian punyalah mahal pakai polo, minyak wangi harum semerbak CK, datang sini nak beli cili? Biar betul?’

“a’ah makcik timah kata sini ada kebun cili so saya datanglah.” Jawaab aqeel.

“ermmm ada tapi saya tanya mak saya dulu kalau dia nak jual dengan awak…”

“meh lah ikut saya, jom…” sambung wawa lagi.




                                         ......................................................




Setiba di rumah, selagi lagi wawa terkejut…

‘uik…? Naik BMW…biar betul orang ni..? kah pak supir? Kalau pak supir mustahil pakai CK? Jangan-jangan….hish tak baik buruk sangka’ fikir wawa

“awak tunggu sini, saya pergi panggil mak dulu..” mereka kini berada di serambi rumah.

“hah..sini?”

‘dah lah panas terik dia tak nak bagi aku masuk pulak..’ rungut aqeel.

“a’ah tunggu jap yaa..” wawa kemudiannya masuk kedalam rumah.

Beberapa minit kemudian, wawa  muncul semula bersama mak uda.

“eh kenapa duduk di luar, mari masuk rumah dalam, wawa pergi sediakan air…” wawa mencebik.

‘mak ni sedap-sedap jak bagi orang masuk karang dia orang rompak kan naya…’ omel wawa dalam hati.

Aqeel dan mak uda menepati kata sepakat, aqeel akan menjadi pembeli tetap mak uda dengan syarat mak uda hanya menjual kepadanya sahaja. Sebagai balasan, dia akan bayar dua kali ganda dari harga asal. Setiap tiga hari aqeel akan ke situ untuk mengambil cili tersebut.

“mak .. mamat tu nak buat apa dengan cili ? takkan nak makan kot? Kalau nak makan pun tak kan lah sampai tiga hari sekali datang nak ambik…” tanya wawa.

“entah wawa..dah dia nak beli. Mak jual je lah’

“owh yaa…pagi tadi..waktu kamu ke kebun, mama kamu ada telefon..dia tanya sampai bila kamu nak merajuk ni…?” sambung mak uda.

  Wawa mengeluh..peristiwa sebulan lalu tersingkap di ingatan wawa.

  “wawa, mama dan papa nak bagitahu sesuatu, wawa duduk sini dulu yaa nak” pelawa datin kamariah. Dia tahu anak mereka pasti terkejut dengan berita yang bakal mereka sampaikan.

Wawa yang baru pulang dari kerja menuju ke sofa melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya.

“wawa…papa dan mama kamu nak tahu kalau wawa dah ada teman lelaki?” Tanya dato amar. Datin kamariah menjeling suaminya tanda marah. Suaminya itu langsung tidak tahu nak bermain kata..semua benda straight away..

“teman lelaki?” wawa ketawa tapi dalam hatinya dapat merasa sesuatu yang tidak baik. Sejak kematian hafiz  4 tahun lalu mereka tidak pernah bertanya soal kekasih dengannya lagi.

“pa..ma.. tiap-tiap hari wawa pergi kerja, petang balik rehat tidur.. sabtu ahad 24 jam wawa di rumah, wawa mana ada teman lelaki.” Sambungnya apabila tawanya berkurangan.

“wawa..wawa masih tak dapat lupakan arwah ke?” Tanya datin kamariah lembut.

“ma..tipulah kalau wawa kata wawa lupakan arwah.. wawa kenal arwah sejak kecil  dan dialah cinta pertama wawa. Tapi percayalah ma..wawa redha dengan ketentuan ilahi..”

“ada apa yang nak bagitahu wawa ke ni? There’s something bothering both of you right?” datin kamariah tersenyum, dia tahu anak bongsunya ni seorang yang tabah.

“sebenarnya…papa terjumpa kawan lama papa. Kami bercerita kemudian…”

“kemudian pinang wawa untuk jadi menantu, lepas tu kahwin dengan anak dia. hahaha…papa cerita sekerat sekerat buat wawa suspen jak..kalah wayang triller…” seloroh wawa.

“ermmm ya…betul tu wawa..mereka lamar wawa untuk fahmi…wawa ingat tak uncle farish? Family dia dulukan rapat dengan kita time wawa kecil dulu..”

Wawa terdiam, bukannya dia tidak kenal dengan uncle farish  dan keluarganya. 

Walaupun ingatanya kurang terhadap orang tua tersebut kerana mereka telah berpindah ke switzeland ketika dia berumur 7 tahun namun dia tetap mengingati fahmi yang gila tu.

Wawa mengeleng tanda tidak setuju.

“biar tuhan jak yang tentukan jodoh wawa pa..wawa tak nak terburu-buru. Wawa bukannya terdesak nka kahwin. Lagipun wawa baru 27 tahun pa..”

“maafkan papa wawa..papa tahu wawa tidak terdesak nak kahwin tapi wawa tak pernah buka pintu hati wawa sejak kematian arwah. Papa dah setuju pinangan uncle farish.” Jelas dato.

“tak nak pa..! biar tinggal sorang jak lelaki di dunia ni…wawa takkan pilih fahmi sebagai suami wawa, papa dan mama tahukan betapa bencinya wawa terhadap budak tu.” Suara wawa sedikit meninggi.

“keputusan kami muktamad wawa..! bulan depan fahmi balik dari us..kamu tunang  sebulan selepas tu.”

Wawa bungkam..terkejut dengan keputusan papanya yang langsung tidak memerlukan pendapatnya. Tanpa berfikir panjang, wawa memohon cuti tanpa gaji lalu lari ke rumah mak uda,bekas pengasuhnya di kampung.


“wawa..wawa..! ya Allah..budak bertuah ni..kita panggil dia..dia mengkhayal pulak..” panggilan  mak uda membantutkkan lamunannya.

“entahlah mak..wawa tak nak kahwin dengan budak pelik tu..orang obsess dengan kek ke..coklat ke..ni tak yang dia pi obsess dengan cili api tu apasal…tak terpingin wawa nak berlakikan si fahmi tu.”

“mana-mana kamu lah wawa..mak tak nak masuk campur..”

Wawa mengeluh berat.

  


                                              ............................................




Pertemuan demi pertemuan merapatkan wawa dengan aqeel. Setiap detik membuatkan wawa semakin menyukai lelaki itu. begitu juga aqeel, tetapi memandangkan dia bakal menjadi suami orang. Dia harus mengambil tindakan…

Hari ini seperti biasa aqeel akan bertandang ke rumah wawa lagi, kelihatan kereta aqeel parkir di halaman rumah wawa. Aqeel bersama seorang lelaki menuju ke arah wawa dan mak uda yang sedang duduk berehat di serambi rumah.

“wawa..ni pemandu papa saya.pak samad..pak samad ni wawa..ermm wawa hari ni mungkin last saya ke sini..ermm esok saya dah nak bertunang so busy sikit sebab 2 atau 3 bulan lagi saya dah nak nikah..”

Terasa kelopak mata wawa semakin panas apabila mengingati bait-bait kata aqeel pagi tadi…

Saat dia menerima seseorang insan dalam hidupnya, saat itu jugalah insan tersebut bakal mendirikan masjid. Kehilangan seseorang yang dia sayang buat kali kedua merobek hatinya..malah lebih parah dari kematian arwah hafiz.

Wawa mencapai telefon di atas meja, dia nekad akan setuju permintaan mamanya, pagi tadi mamanya merayu agar dia pulang dan meneruskan majlis pertunangannya esok.


Terasa sembab mata wawa, hari ini dia akan bertunang dengan fahmi.lelaki yang paling dia benci kerana pernah memaksa dia makan cili semasa mereka kecil dahulu.

‘agaknya bagaimana rupa si fahmi tu sekarang yaa..?? macam nerd dengan kaca mata tebal ka? Atau bertambah pelik dengan rambut karat..?? hish apa aku melalut ni..’ fikir wawa lalu tersenyum..

‘ka macam rupa aqeel..argghh..kenapa bayangan aqeel menjelma lagi…!!’ sambungnya lagi.



                                                       .......................................


Usai majlis menyarung cincin ke jari manis wawa..maka sah lah dia bergelar tunangan orang.. wawa menuju ke halaman banglo dua tingkat milik keluarganya itu.

Kemunculan aqeel membuatkan hati wawa  di buai rasa pelik berbaur pilu. Takkan aqeel sangup menipunya yang dia akan bertunang hari ni sedangkan dia kini berada di rumah wawa.Wawa menuju kearah aqeel yang sedang bercerita dengan seorang lelaki.

“aqeel apa awak buat sini?”

“hah..?” aqeel berpusing menghadap wawa. Lelaki tadi berlalu pergi mungkin ingin memberi kesempatan mereka untuk berbual.

“eh..wawa..apa awak buat sini..?”

“ermmm..saya tanya awak..awak tanya saya balik..great..! kenapa awak ada di sini..? majlis pertunangan awak dah selesai ka? awak buat apa di majlis pertunangan saya..?”

Aqeel terkejut..kemudian dia tersenyum semula…

“lin?” wawa terkejut..

“lin ialah wawa..?” tanyanya lagi..

Wawa menganguk.

“aqeel ni siapa? Cuma fahmi jak yang panggil wawa lin.. aqeel ni siapa?” soal wawa tegas.

“lin ni fahmi lah sayang. Nama betul fahmi ialah mohd aqeel fahmi.”

Wawa terkejut..! kemudian dia menangis. Sejak berita pertunangan aqeel kelmarin.. air matanya sering tumpah..

“fahmi jahat..fahmi selalu tipu wawa..!” marah wawa.

“demi Allah..aqeel tak pernah tipu wawa.. aqeel langsung tak tahu nama betul wawa.. aqeel jumpa wawa ni pun sebab kebetulan nak beli cili..” jelas aqeel.

“dah..dah jangan nangis..syukurlah termakbul juga doa aqeel littnak bersama lin yang merangkap wawa ni..hehe..” seloroh aqeel.

“wawa tak nak kahwin dengan orang yang paksa wawa makan cili dulu tu..!” muka wawa ternyata sedikit tegang.

“hah..?”

“terus terang wawa nak kata..wawa terima tunang ni pun sebab wawa sedih bila aqeel kata dah nak tunang..wawa sebenarnya benci dengan budak fahmi tu..” aqeel tersenyum.

“wawa sebenarnya keluar ni nak jumpa fahmi, kalau dia ikhlas nak jadi suami wawa, fahmi kena ikut syarat wawa. Wawa tak sangka yang aqeel ni fahmi so aqeel kenalah ikut syarat wawa..”

“okey..anything for you my dear..what is it..?” aqeel menarik kerusi lalu duduk sambil mendongak kepalanya menghadap wawa.

Wawa pun turut duduk berhadapan dengan aqeel.

“syaratnya..mohd aqeel fahmi ni kenalah…kurangkan makan cili dan cuba makan tomato ni..biar si fahmi budak pelik tu rasa macam mana wawa rasa dulu,  wawa tak makan cili sampai sos cili pun wawa tak makan tau..!” wawa menunjukkan tomato yang berada di tangannya kepada aqeel.

Aqeel tersenyum…geli hati dengan syarat wawa yang tidak logik itu..

“awak..saya serius ni..! awak boleh tersenyum pulak..” wawa mencebik.

“adlina najwa..cinta mohd aqeel fahmi terhadap awak dah seHOT cili api dah..tahu tak? Tak payah makan cili pun dah terasa Hot peri-peri dah..”jelas aqeel separuh gurau.

“insyaallah aqeel cuba kurangkan yaa..hehe..” sambungnya lagi.

“hehe..seHOT cili dan seMANIS tomato..”balas wawa.

Kerana cili mereka berpisah, kerana cili jugalah mereka bersatu….




p/s : cerita ni a little bit boring kan..hehe..sebenarnya idea pasal cili ni muncul time faz di suruh petik cili di tepi rumah nenek faz..huhu.. faz sebenarnya tidak SUKA CILI n benda pedas2 nii..! hehe..





Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

9 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)