“Assalamualaikum… iya kak.. sekarang? Masih di sekolah..iya iris tak lupa..okay.nanti iris pergi ambil pika” aku mengemas barang atas meja ku. Agak berserabut kerana beberapa hari ni minggu peperiksaan.
Oh ya lupa nak memperkenalkan diri..aku ni guru sekolah menengah subjek prinsip perakaunan, dulu pernah jugak jadi akauntan tapi kejap jak lepas tu aku jadi cikgu je lah sebab releks sikit..
Nama? Ceh wah macam penting je.. nama aku Iris Eryza kononnya nak cantik macam bunga iris tu lah.
Hari ni aku kena ambil anak saudara ku di tadika, kak tasya kena outstation..suaminya pulak sedang khursus di singapura 3 bulan. nasib baik kak tinggalkan keretanya dengan aku pagi tadi supaya senang ambil Pika…kalau tak parah ku kena tunggu bas lagi untuk ambil Pika.
Kereta alza kak Tasya sudah 10 minit parkir di bangku jalan. Semakin ramai kanak-kanak tadika keluar ke pagar berlarian menuju ke tempat ibu atau bapa mereka yang sedang menunggu. Aku menunggu pika di tepi pagar.
“Assalamualaikum cikgu..” sapa salah seorang anak murid aku di sekolah.
“walaikumsalam, eh Maslan tunggu adik ke?” Tanyaku.
“iya cikgu pulak tunggu anak ka?” tersengih-sengih maslan mengutarakan soalan tersebut.
“kamu ni... Bila pula cikgu kamu tukar status. Cikgu tengah tunggu anak saudara cikgu parents dia ada hal. Hah kamu kenapa tak pergi sekolah tadi?” budak-budak zaman sekarang semakin lama semakin malas ke sekolah.
Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Hehe.. paper dah habis kelmarinkan cikgu. Hari ni mesti guru-guru tengah sibuk periksa kertas. Mesti tak mengajar punya.” Selorohnya.
“Pandailah kamu. 2 Minggu depan dah nak start cuti pertengahan semester pertama masih ada hati lagi nak cuti.”
“Hehe.. alah bukan selalu cikgu. Hah tu adik saya dah datang. Saya pergi dulu ya cikgu.” Aku sekadar mengganguk. Maslan menuju ke arah adiknya. beberapa minit kemudian aku terlihat kelibat pika.
“Pika sini..!” jerit ku. Huh.. nama je cikgu tapi perangai macam budak-budak.
“Mak usu. Mak mana?” Tanya pika. Budak ni petah sikit bercakap bolehnya penat kita dengar dia berceloteh.
“Mak outstation kat seremban so pika tinggal dengan mak usu hari ni. Jom naik kereta.” aku memimpin tangan Pika.
Sekali lagi aku disapa oleh Maslan yang sedang mengayuh basikalnya.
“cikgu kami balik dulu..”
“Eh! Lan tunggu dulu…” aku mengeluarkan sekeping not rm10 kepada Maslan.
“Nah ambil. Belanja adik makan ais yaa..” aku ni baik hati sikit..hehe..suka belanja murid makan. Bulan lalu aku belanja murid-murid ku makan kat KFC. Kelmarin 5 orang student aku belanja makan nasi lemak kat kantin.
“Tak nak lah cikgu.” Laa jual mahal pulak budak ni.hehe..
“Nah adik cikgu bagi duit..suruh bawak abang makan ais krim sedap-sedap yaa..”
“Makasih..” jawab adik maslan. Ermm comelnya..
“Terima kasih cikgu.”
“Takpa. ikhlas terus dari hati cikgu ni.hehe…” aku tersengih.
“Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lah lagi.kami balik dulu yaa cikgu. Assalamualaikum.” Aku membalas salam nya.
“Bye cikgu..!” jerit adik maslan sambil melambai tangannya.
Aku hendak berpaling menuju ke kereta. Pika sudah pun berada di dalam perut kereta. tiba-tiba aku di sergah..ni yang bikin panas ni..
Terpusing aku 180 darjah menghadap mamat ni… mak ai hensem..
“Hei begini kah kerja cikgu? Budak tadi melintas jalan awak tak nampak ka?” tengkingnya.
‘Apahal mamat sewel ni. tetiba je tengking aku.’ Marahku dalam hati.
“Huh?” aku binggung. Kening aku terangkat sedikit.
“Begini cara jadi cikgu tadika. Murid keluar melintas jalan tak perhati betul-betul. Kalau anak saudara saya kena langgar tadi sapa nak jawab.” Marahnya lagi.
“Awak lah jawab.” Seloroh aku menjawab. Hish mulut ni tak da insuran.
“Eh minah! Tunggu surat saman dari kami. Iris Eryza…” katanya kemudian berlalu.
Aik pelik dari mana dia tau nama ku ni? Sekali aku tunduk..laa patutlah name tag aku masih melekat lagi di tudung. Ermm lanta lah dia…bukan salah aku pun...
“Adik tolonglah..please…” pujuk abang ku.
“Tak nak lah bukannya ada upah pun…” sengaja aku main tarik tali..owh yaa.. si Ahmad Ikram ni pujuk aku supaya join dia main basketball hari sabtu ni sebab ada perlawanan persahabatan konon.
“Angah bagi guna kereta angah seminggu nak? ”
“Ermmm…tak nak..” hehe..nak bawak kereta bmw z10 kau pergi sekolah? Alamatnya terkejut beruk orang-orang kat sekolah tu nanti..
‘Aik mimpi apa pulak si bunga ni tak nak guna kereta aku?’ getus ikram dalam hati.
“So adik nak apa? Cakap je..dinner seminggu dekat 5 star hotel nak?” Ikram mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ligat otaknya memikir cara untuk memujuk adiknya untuk join dia main hujung miggu ni.
Aku tersenyum meleret.
“Angah cuba angah fikir, kalau angah belanja adik makan seminggu dekat 5 star hotel, baik angah ajak kak Mia kan..”
“Iya tak ya juga daripada aku ajak kau baik aku ajak dinner dengan Mia. kau tu kuat makan. lagi pun…lagi best dinner dengan awek aku dari dinner dengan kau.” Sambung Ikram.
‘Aik lain macam sound ni. sudah putus asa kah angah ni. Tak boleh jadi ni…’ fikir ku.
“Ermm beginilah… adik setuju tapi adik nak upah..” hehe..
“Upah apa?” Tanya Ikram.
‘huh..! akhirnya adik ku setuju…yeah…’ soraknya dalam hati.
“adik nak ni…” aku mengeserkan jari ku tanda nak duit….
“berapa? Ishh adik ni bikin suspen jak..” aku menunjukkan tanda peace kemudian menaikkan lagi jari kesemua jari di tangan kanan ku menunjukkan hi5..
“lah 50 je ke..okay angah bagi tunai.” Ikram mengeluarkan dompet di poketnya.
“yarrkkk… 500 lah bukan 50 puluh..” jerit ku. Huh..lembab punya ceo..!
Terlonggo mulut abang ikram ku.
“woi cikgu.. ni kes korek duit angah lagi ni..”
“huh.. tangkai jering..haji bakhil..lokek.. chipskate..kedekut..cepat tawaran ni limited edition nak ke tak nak? Adik bagi 10 saat dari sekarang kalau tak jangan harap adik tolong nanti….” Hehe..ugut ku sambil melihat kearah jam tangan ku....
“lah kurang sikit lah…” pujuk tidak termakan lah angah…haha…!!
“5, 6,7….7 setengah…….8 , ”
“ye la ye lah pergi ambil buku cek kat atas..” haha.. aku menang.. segera aku berlari ke tingkat atas. Nasib baik ibu dan ayah takda kat rumah kalau aku tak comfirm kena ceramah free sebab berlari..huh..tak senonoh..!
“nah ambik.. jangan lupa ahad ni dekat tempat biasa.” Cek bernilai rm500 ada di tangan ku sekarang..hahaha…
“ai..yai..sir…hehe..”
“suka lah tu…” ikram mencebik.. ‘terbang duit ku..huhu..takpa..takpa…janji dapat pemain terror ni pun dah berbaloi..’
“angah jom…”
“pergi mana?”
“hehe.. adik tak masaklah kita bawa pika makan dekat luar jak la yaa…..” pujuk ku.
“bunga….!!! Pemalas…angah dah lapar,dia belum masak rupanya…” Jerit angah.
‘Adeh bingit deh telingga…haha..takpa kali ni aku menang lagi sebab ada pika..pika mesti laparkan sayang..’ adui jahat pulak aku ni..hahaha..takpa loaded jugak kau angah.
Aku berlari sambil melantun-lantun bola ke atas mengeliling taman reakreasi di kompleks sukan ni, panaskan badanlah katakan.. ada 30 minit lagi sebelum start game. Cukup lah ni.. aku nak ke gelangang dah.
“eh cikgu buat apa kat sini?” sapa maisarah yakni student merangkap jiran sebelah rumah ku.
“menari..la..la..la…” seloroh ku.
“hehe.. lupa..mestilah sukan kan..” tersengih mai..
“mai pergi sini dengan papa dan mama ka? ke dengan ehem ehem..”
“hish cikgu ni.. mai datang dengan abang mai sama alif lah cikgu..” alif ku kenal lah sebab satu umur and satu tadika dengan pika and satu malaysia juga dengan aku..haha jauhnya aku melalut..
“cikgu datang dengan sapa? Dengan ehem ehem ka? mana lah tau kan..dok syok dating kot kot mai datang kacau lovebird ka?” mai pulangkan paku sepih pulak daa..
“elllehh banyak lah mai punya lovebird. Cikgu ada game lah hari ni.. hehe…Cikgu tolong abang ikram lawan main bola keranjang hari ni..jom lah ikut cikgu masuk dewan.nak?” pelawa ku.
“eh jom lah cikgu, mai pun memang nak ke dewan pun sebab abang mai main bola keranjang jugak hari ni. Maybe cikgu kenal abang mai?. ” Tanya mai. Kami berjalan seiringan.
“cikgu tak kenal sapa-sapa lah. Cikgu ikut ni pun last minutes under upah angah..hehe..kalau tak harap lah cikgu datang.eh cepatlah karang mengamuk lagi orang tua tu.” Kami menyegerakan langkah menuju ke dewan.
“bunga sini…!” jerit angah. Ikram sedang bercerita dengan kawan-kawannya..
‘hish macam aku ni takda nama, sedap jak panggil bunga’marah ku.
“ni baby aku. Dia secret weapon kita.hehe.. iris ni kawan-kawan angah. Ijat, man,dan pian.” Sambung abang.
“bro kau bawak budak perempuan main ngan kita? Dah lah badannya kecil” tegur ijat.
‘adoi takda insuran ke mulut tu…!’ aku mencebik lalu membulatkan mata ku pada angah tanda protes.
“well don’t judge a book by its cover.” Tegur ku selamba sambil mengikat membetulkan tudungku yang agak senget.
“wuuuuu” sindir rakan yang lain…
“bro kau jangan bagi panas dia, bukan senang aku pujuk dia join kita…” sapa angah.
“hai am. Dah boleh start game ke?” tegur seseorang di belakangku. Aku dan angah berpaling.
Kami bertentang mata. Aku rasa macam kenal tapi mana yaa….tak ingat langsung…! Dahi ku berkerut dok tengah berfikir..
“hai mif, boleh..” sapa abang.
“who’s this, your lover…? Hai saya emir mifzal. Macam kenal lah..” Dia menghulurkan tangan hendak salam.
“iris eryza. I think so..you look familiar..” aku hanya menganguk.
“oh..! the teacher..”
alamak mamat sewel tu rupanya. Huh..! ni yang best ni..payback time..!!!!...hahaha…
“huh? Kau kenal bunga aku. Miracle..” Tanya ikram
“miracle? Why?” Tanya mifzal.
“Eyalah rupa-rupanya kenal juga si bunga dengan jiran sebelah rumah yaa.. ingatkan dah tak kenal.” Bisik angah denganku. ‘arrghhh nak sindir lah tu.’
“dah lah. Kata tadi nak start…” arghhh tukar topik…! Buat malu jak, memang aku tak kenal jiran aku..huhu..
“ermm okay..joew..! lets start..” panggil angah dengan yang lain. Angah berlari anak ke tempat rehat meninggalkan aku dengan dia. Dia? Ah baik aku blah…
“eya mestilah aku ingat, mamat sewel yang jerit aku tengah jalan..” kata ku separuh bisik ketika berpaling.
“what? Mamat sewel?” Tanyanya.
Aku berpaling.
“iya apa?mamat sewel? Siapa?” Tanya ku seperti tiada yang berlaku. Dahi ku berkerut..
“you just said it…”
“me?? Bila? Awak salah dengar kot..” aik iris main tarik tali..hahaha..ni yang aku suka..
“erhmm..erhmm..maybe” terus dia berlalu..hahaha..tahu pun malu..!
Aku hanya menahan ketawa je…hahahahaha….
Perlawanan persahabatan rakan-rakan angah dah semakin rancak… kami kini mata kami sama.. maknanya masa hanya tinggal 10 minit sahaja lagi…
Aku dan si sewel berada di tengah gelangang bola keranjang.
Bola kini berada di tangan si sewel…It the time iris…
Aku hendak merampas bola dengan si sewel..kami bertentangan agar mudah untuk aku merampas bola.
Aku senyum mesra dulu.
“hai..nak tahu? sebenarnya memang saya panggil awak sewel tadi.”
“hai..nak tahu? sebenarnya memang saya panggil awak sewel tadi.”
Walaupun dalam main pun sempat berborak lagi? Ermmm hebat kau iris…
“what?” bola masih di tangannya…
Aku segera merampas..“ermm ya.. and thanks for the ball..” aku berpusing lalu hendak membuat jaringan dari tengah……
“hey.. its not that easy…” segera dia berpaling semula.. mak..! hampir tercium…
“well see…” aku tersenyum.. lalu melompat hendak melontar bola ke jaring..and then….
Goallll…!! Three point for group Beatle…
Peeeeeeeeaaaaattttt…!!!! Time’s up…
“yeah menang….!!!” Jerit ku…terlupa pulak ada si sewel ni di hadapan ku…. Biar pekak dengar pekikan maut aku.
“bunga sini..jom..” panggil angah. ‘apahal angah dok ceta dengan mamat sewel ni dari tadi..’
“dah nak balik ke angah?” Tanyaku. Awal nya..baru nak rehat kejap…
“tak..angah nak ajak adik pergi makan ni..”
“makan..? ermm..okey..tapi kita dua je ka angah..?”
“tak. Kita semualah..”
“kita semua tu..berapa ramai angah..?”
“Entah bunga, bunga kira lah sendiri..group kita tambah group mif tambah lagi partner yang mereka yang datang..”
Aku terlopong..mak ai ramainya..!! biar betul..
“siapa yang sponsor? angah ka? banyak duit..hari tu adik mintak upah bukan main kedekut lagi..”
“kedekut pun angah bagi jugak kan…dah..dah jom..” angah sudah pun berdiri..
Tetiba telefon ku bordering.. sekali terlihat nama di paparan aku terus tersenyum..rindunya dengan kau darl..!
“anyeongsageyo..?” aku memberi isyarat tunggu kepada angah geng-geng nya..
Aku ke tepi dewan..
“yarkk..!! ” alamak tone terkuat pulak..
sekali aku pusing berlakang perlahan-lahan semua orang sedang pandang aku..alamak malunyerr..! segera aku tunduk tanda minta maaf..
“jinjja? when? napa tak ajak aku..!!” marah ku namun masih dalam keadaan terkawal.
“bunga cepat..kami dah nak blah ni.” Jerit angah.
“okay..okay.. coming..wak saya kol malam nak nanti..” aku mematikan telefon.
nasib baik mamat sewel tu tak jadi join kami makan kaau tak haru aku..hehe..
“bunga awat hang dok senyap jak dari tadi?”
“aik da buang tabiat ka abangku sorang ni? sejak bila pulak jadi orang penang ni?” sindirku.
“elleh baik kita jadi penang tetap Malaysian okay, tidak macam dia tu..mimpi mahu jadi minah korea..” balas ikram.
“elleh kita jadi minah korea sebab duk sana dah 3 tahun okay, angah tu pernah tinggal kat penang? tau lah kak Mia tu anak mami. Belum kahwin belum sah okay..!” Ikram hanya berdiam. Kalau lawan kata-kata dengan adik nya ni sah-sah dia kalah..
“angah kita nak ke mana lagi ni..?”
“dekat tandas..” seloroh ikram.
“orang tanya bagus bagus dia bawak main-main pulak.” Aku pura-pura merajuk..
“alalala..merajuk pulak bunga..buruknya rupa.. dah dah sudah..kita nak balik dah ni..owh ya pa ceta adik ngan mif yaa.. tadi angah tengok dia macam mau makan adik je..”
“ehem..ehemm..kaa..? dia belum tau lagi angah ni abang iris lagi tau..nanti dia ingat abang main double pulak dengan mia. Adik ni pun dah gatal panggil nama angah jak dari tadi kan..” sambung ikram.
“huh..? takda maknanya maw ehem ehem dengan mamat sewel tu.. ntah pa silap adik. Dia pergi tengking adik time adik ambik piqa hari tu.. dia ingatkan adik ni guru tadika. ”
“ellehh..takda maknanya konon…nanti betul-betul padan muka. Lagipun mifzal tu hansem, kaya pulak tu.” Usik ikram
“jangan mimpilah angah, adik takkan suka mamat sewel tu. NOKTAH…!” iris menunjuk tanda titik di hadapannya.
Iris terlihat kelibat maisarah di sebelah tembok yang memisahkan pagar rumah mereka sedang menyiram bunga. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu..
“mai sini jap…” jerit ku..
“Eh mak ku terlantun buah pinang…” latah maisarah..
Aku ketawa berdekah-dekah…
“cikgu jahat! kan mai dah latah..buat malu jak..” marah mai sambil menuju ke arah ku.
Aku semakin galak ketawa sambil menahan perut..
“ah gelak gelak… Mai siram cikgu pakai air ni..dapat shower free cikgu nanti..” sambung mai.
“okay..okay! mak ai ada bakat jadi joyah… hahaha…” gelak ku lagi.
“cikguuu….!”
“okay..okay.. cikgu stop… mai free ka hari ni…kita shopping nak..cikgu boringlah duduk rumah. Abang cikgu tu cuti tapi mata pun nak cuti..matahari dah tinggi masih tidur..” Tanya ku apabila sudah puas ketawa.
“ermmm..okay…mai pun boring juak ni. Duduk dengan abang mai yang sibuk memanjang dekat dalam tu…cikgu tunggu dulu yaa..mai naik tukar baju..”
Aku menganguk. ‘aku pun belum tukar baju lagi ni…’
“abang minta duit..mai nak shoping dengan cikgu ryza.. boleh lahh…” pujuk mai..
“bukan ayah dah bagi duit poket dengan mai ka minggu lalu..? ” Tanya mifzal.
“alah tu duit tuk kegunaan sekolah lah bang…please…”
“ermmm yala pi ambik seratus dalam dompet abang..”
“alah seratus jak..mana cukup..”
“boleh lah tu..bukan borong kedai pun…”
“huh..! lokek…” mai menuju ke bilik abangnya lalu mengeluarkan not rm50 3 keping tersengih-sengih kemudian ia lari sekuatnya menuju ke pintu depan ..
“abang…!! Adik ambil 150 ya…!! Makasihhh….” Jerit mai.
“so cikgu kita nak naik apa? ”Aku menunjuk kereta angah.
“ssshhhh… jom ikut cikgu..senyap-senyap abang cikgu masih tidur…jom” aku segera meluncur apabila angah jerit….
“adik…!!!! Kereta angah….!!!!!”
Aku dan mai window shopping… tangan kami sudah penuh dengan beg plastik. Dari satu butik ke satu butik kami singgah. Akhirnya kami singgah makan di kfc..
“cikgu lepas ni nak ke mana lagi..?” Tanya maisarah yng sudah kekeyangan.
“kita pergi kedai buku jap, cikgu mahu beli novel.. mai pilihlah buku rujukan.. cikgu sponsor…”
“well rezeki jangan di tolak..bala jangan di cari..” mai senyum sumbing..
“dah jom.. nanti jalan jem pulak nanti kalau kita lewat balik.”
Aku membuat pembayaran sementara mai menunggu depan kedai buku.
Usai memilih novel aku mengambil beberapa buku rujukan jenama pelangi untuk disedekahkan kepada pelajar-pelajarku. Kami sampai di rumah ku kira-kira pukul 4 petang… sebelum mai menuju ke keluar pagar rumah ku aku menyerahkan sebuah beg plastik yang berisi buku rujukan.
“nah mai..bagi ni dengan kawan-kawan kat sekolah.”
“banyaknya ” mai membulatkan matanya memandang buku-buku rujukan yang aku beli.
“dah dah..rezeki jangan di tolak bala jangan dicari..”
“makasih daun keladi…kalo boleh bagi lah lagi..” seloroh mai.
“dah balik nanti aunty cari mai pulak..”
“okay lah assalammualaikum cikgu.”
Aku hanya menjawab salamnya dalam hati.
“banyak barang mai borong” seloroh mif.
“ermm cikgu sponsor.. yang ni dia suruh bagi dengan kawan yang lain kat sekolah.” Mai menunjukkan 1 plastik yang berisi tudung dan 1 plastik yang berisi buku rujukan.
“wahh baiknya cikgu mai..” terkejut mif melihat barang-barang yang adiknya bawa.
“iyalah cikgu baik, tidak macam orang tu… dengan adik sendiri pun lokek tahap gaban.” Sindir mai.
“ellehh piieee laaaa… owh yaa start minggu ni abang yang ambik adik balik sekolah. Jangan lupa.”
“okay. Mai naik atas dulu.”
Mifzal risau tentang adiknya apabila maisarah menceritakan tentang budak motor yang selalu mengacau adik kesayangannya, waktu itu cikgu yang selalu pulang bersamanya kena khursus seminggu. Sebelum ni maisarah pulang mengikut bas tambang sahaja bersama guru tersebut.
Maisarah terlihat kelibat guru akaunnya sedang menunggu bas seperti biasa. Dia melirik kearah jam tangannya, abangnya terlewat lagi.
“cikgu start hari ni, mai balik ikut abang mai.. cikgu tak nak ikut sekali ka..?” tanya mai.
“hah..? taknak lah cikgu. Buat susah abang kamu je”
“alah bukannya susah pun.. rumah kita sebelah jak..jom lah cikgu…yayaaa..” pujuk maisarah..
“tu abang dah sampai.. jom cikgu..” maisarah menarik tangan iris menuju ke kereta abangnya.
“okay..okay..tapi mai pergi tanya abang mai dulu, manalah tau dia nak ajak mai jalan-jalan ka..?” kata ku.
“well alright. Tunggu jap ya..mai pergi sana dulu.” Maisarah berlari menuju ke kereta bmw hitam tersebut.
“cikgu jom lah, abang dah bagi green light ni..” jerit maisarah. Aku kemudiannya menuju kearah mereka..
Alangkah terkejutnya apabila abang maisarah ialah mamat sewel yang bernama mifzal tu…! Aku cuba berlagak tenang mengambil tempat duduk di belakang. Aku hanya diam sambil memandang di tepi tingkap, sampai sahaja di rumah aku segera mengucap terima kasih kepada mereka. Comfirm ni yang pertama dan terakhir aku tumpang kereta mamat sewel tu.
“mai sini dulu.. duduk dulu sini.. abang ada nak cakap dengan kamu nii..” mifzal ingin memastikan sesuatu dengan adiknya. Maisarah menuju kearah mifzal yang sedang duduk di balkoni rumah mereka.
“yes my bro..what’s up..?” mai kini duduk bersebelahan dengan abangnya.
“abang nak Tanya mai ni.. iris tu cikgu sekolah menengah ka atau cikgu tadika..?”
“menengah..”
“iris tu adik am ka atau couple am.. atau..”
“atau bini abang am..ahahahha…abang ni pelik lah… asal tanya pasal cikgu ryza pulak ni..?” seloroh maisarah.
“hish…jawab jak lah..” marah mif..
“okay..okay..mai bagi tau apa yang mai tau pasal cikgu ryza kesayangan abang tu.. first dia adik abang am.. U kat korea.. bekas akauntan dekat johor..sekarang tinggal di sebelah rumah kita..puas..” panjang lebar ulasan mai membuatkan mifzal terkejut beruk..
“astaghfirullah…!” mifzal menerkup mulutnya..
“aik abang ni makin pelik.. apasal pulak ni..” maisarah mengerut dahinya..binggung dia perangai abangnya sorang ni..!
“abang dah salah faham..hari tu abang tengking dia. Bang ingatkan dia cikgu tadika si alif.. hari tu alif lintas jalan sorang-sorang kebetulan ada budak panggil dia cikgu so abang ingatkan dia tu cikgu si alif..”
“ermm abang padan muka.. lain kali fikir dulu sebelum buat, si alif tu mak su memang ajar dia lintas jalan dulu so dia pandai lah. Pandai-pandai lah abang minta maaf dengan cikgu ryza, mai tak nak masuk campur..” maisarah berdiri lalu menuju ke biliknya meninggalkan mifzal yang terpingga-pingga.
Rasa bersalahnya makin hari makin tebal terhadap eryza. Hari ni hari ahad, dia tahu bahawa eryza tidak akan bekerja hari ni.. mifzal mengambil angin di taman belakang rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi benda terjatuh di sebelah rumahnya..
“ai cik kak..makan mangga sampai pisau terjatuh..?” iris yang sedang mencuci pisaunya di paip hampir terlompat apabila di sergah oleh mamat sewel sebelah rumahnya. Dia buat-buat tidak dengar kata-kata lelaki itu.
“aik muda-muda lagi dah pekak..? kesian..” mifzal cuba menarik perhatian ryza namun masih tidak Berjaya. Ryza seolah-olah tidak perasan kehadirannya di situ.
“awak..awak..” panggil mifzal..
“awak…!” dia meninggikan suaranya.
“eya saya…!!!kenapa…???” benggang iris dengan perangai mifzal..
“eh tau pun cakap..hehe..awak…” panggilnya lagi..
“apa…?”
“awak…saya minta maaf…” tergagap-gagap dia minta maaf..
“pasal apa..?”
“pasal saya tengking awak hari tu.”
“bila..? saya tak kenal awak..” ‘aik biar betul..aku salah orangkah..? atau minah hilang ingatan’getus mifzal dalam hati.
“awak..jangan pura-pura tak ingat.. saya betul-betul minta maaf ni..”
Iris pura-pura tak tahu menuju ke pintu dapurnya..
“hish budak kecik ni memang nak kena..” marah mifzal..kemudian dia tersenyum…sesuatu terlintas di kepalanya.
“mama…”jerit mifzal..
“iris dah siap ka..kita dah lambat ni”
“nak ke mana..?” Tanya iris yang sedang leka menonton wayang dream high.
“pergi rumah sebelah, pergi mana lagi..kan mama dah bagitahu iris kelmarin hari ni dia orang nak buat kenduri..”
“iris penatlah mama..mama jak lah pergi yaa..”
“penat apa kalau dok melekat depan tv tu..dah.dah jom..papa dan angah dah pergi tadi lepas magrib, kita dah lewat dah ni.. kenduri start sebelum isya..nanti iris makan macam na..mama takda masak”
“takpalah mama, iris puasa.” Seloroh iris walaupun matanya masih lagi melekat depan tv.
“budak bertuah ni..adakah puasa tengah malam.. ermm ya la..jangan jak nanti ada tikus kepala hitam masuk dapur korek makanan tengah malam nanti sudah. Mama jalan dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikummussalam..jaga-jaga mama..kot-kot ada benda putih temankan mama jalan-jalan.” Usik iris.
“banyaklah benda putih kamu.”
Aku turun semula ke tingkat bawah selepas solat isya,Jam kini melirik pukul 9 malam, kelibat mama,papa dan angah belum ada pulang rumah.
“biar betul dia orang ni tak tau balik rumah ka..?” tiba-tiba terdengar bunyi barang terjatuh.
Gulp..aku menelan air liur..hantu kah..? aku perlahan-lahan menuju ke dapur.
“arrhhhhhhhhh…” segera mulut ku diterkup.
“eh awak saya lah..” dia perlahan-lahan meleraikan tangannya.
“apa kau buat di rumah ku..!!” bentakku.
“saja jalan-jalan..hehe..jangan la marah…tadi saya ketuk pintu takda orang sambut tapi pintu rumah tidak berkunci so saya masuk jak ar..tu mama saya suruh hantar.”
“Takut tuan puteri yang merajuk sampai tak nak pergi rumah saya tu kebuluran. ” sindir mifzal.
Memang rancangannya mahu buat kenduri sekali meminta maaf dengan Iris, tapi rancangannya terbatal apabila iris enggan datang. Nasib baik mamanya menyuruh maisarah menghantar lauk ke rumah iris, dia terus mencelah.
“tak payah lah mama, biar abang yang hantar,bahaya kalau mai jalan malam-malam begini. Biar sebelah rumah bahaya tetap ada, mai tu anak gadis.” Maisarah yang agak keletihan tu hanya menganguk.
“papa ngan mama n angah mana..? kenduri tu kan sepatutnya dah habis..” Tanya iris.
“dia orang tengah bercerita dekat taman. Takkan lah mahu tunggu kenduri habis terus balik. Dia orang tu kan kawan so story mori lah agaknya tu.” Lega mifzal, budak kecik ni sudah menunjukkan kerjasama.
“errmm dah..dah..makasih jak lah awak boleh balik. Sini takda sapa-sapa nanti tidak pasal-pasal kena tangkap basah..” sememangnya iris gusar berdua-duaan di rumah tersebut dengan mifzal. Dia tidak pasti perasaan yang tersinkap di dadanya.
“kena tangkap basah pun bukannya apa..?” seloroh mifzal.
“nak sangat basahkan nah ambik ni..” iris mengambil jag di atas meja makan lalu menyiram ke muka mifzal. Buntang mata mifzal dengan tindak tanduk iris.
“dah dah keluar…” marah iris.
‘nasib baik aku hutang dengan kau kalo tak..dah kena dah budak kecik ni’ getus mifzal.
“okey..okey saya keluar.. sebelum tu saya nak….” Mifzal tersenyum memandang iris, perlahan-lahan dia mendekati gadis tu..ternyata iris dalam keadaan kalut.
“hei awak nak buat apa..?” iris perlahan-lahan mengundur lalu memejam matanya apabila tersandar di dinding.
“saya nak minta maaf jak pasal hari tu..haha…awak fikir saya ni apa..?” selamba mifzal bisik di telingga iris.
“ermm okey lah saya nak balik..bye..” mifzal menunju ke pintu dengan riak selamba.
Sejak peristiwa malam tu, dia tidak lagi sanggup menatap muka mifzal walaupun dia terpaksa menumpang lelaki itu untuk pergi dan balik kerja. Dia tidak tahu apa yang papa dan mamanya berbincang di rumah mifzal hari tu sampai papanya surruh dia menumpang mifzal.
‘alang-alang si mifzal tu hantar mai pergi sekolah elok lah kamu tumpang, papa rasa lagi selamat. Kata mai hari tu dia perasan ada orang ekori dia balik sekolah dulu.’ Kata papa.
Hari ni genap dua bulan aku tumpang mifzal,seperti biasa aku menuju ke pintu penumpang belakang.
“tak payah, Mai sakit hari ni so dia tak pergi sekolah, awak duduk depan nanti tak pasal-pasal orang panggil saya driver pulak. ” kata mifzal dengan riak selambanya yang paling aku benci.
Dengan langkah longlai aku menuju ke pintu penumpang depan..bak kata orang moody Monday dah start…hehe..
Mifzal memandu sambil memukul-mukul stereng keretanya..kepalanya tergeleng-geleng sambil mengikut alunan lagu taylor swift you belong to me.
“saya tahu lah saya ni hensem janganlah tenung macam tu.. nanti tidak pasal-pasal kita masuk hospital sebab hilang konsentrasi..hehe..”
“perasan..” iris segera memandang ke tingkap.
‘aik pelik ni bukan jalan ke sekolah..?? syarikat dia..? lagi lah bukan..’ dia kemudiannya menegakkan badannya.
“hah..! baru perasan kita dah jauh melencong kah..” sindir mifzal.
“kita nak ke mana ni..?” ternyata jauh budak kecik ni mengelamun aku tadi..haha.. mifzal tersenyum.
“awak..kita pergi kahwin..??” tanya mifzal.
“mwo? (apa?)” terkejut iris sampai tidak sedar dia sudah menggunakan bahasa korea.
“uli gyeolhonsig (kita kahwin)” mifzal tersenyum. Nasib baik dulu dia pernah ambil bahasa korea walaupun hanya untuk dua semester.
“pordon..?”
‘iris ni blurr pulak..’ mifzal tersenyum sumbing.
“awak ni mahu saya guna bahasa pa? saya kata kita kahwin.ehmm..saya cinta iris.” dia kini memakir keretanya di bahu jalan.
Iris memandang mata mifzal mencari keikhlasan.“huh.. gila..!” dia mendengus.
“ya saya gilakan awak..saya suka awak, saya cinta awak…jom kita kahwin.”
“tak nak..”
Tanpa berkata apa-apa mifzal memecut keretanya. Kecut perut iris dengan keadaan drastic tersebut.
“awak dah gila ka..? nak mampus ka..” marah iris.
“a’ah.. boleh jugak tu kalau mampus dengan awak saya tak kisah..” seloroh mifzal.kini dia memandu dalam keadaan tenang.
“selagi awak tak setuju kita terus jak dalam kereta ni..saya takkan berhenti.” Sambungnya lagi.
“gila…saya nak pergi kerja lah..pusing balik..”
“awak MC hari ni jangan risau. Saya dah kol sekolah awak tu..” nasib baik puan maria, pengetua sekolah tu mak su mifzal. Senang sikit berurusan..hehe..
“awak ni….!!” Geram iris.
“awak…kenapa buat kerja gila ni..?” suara iris yang agak kendur menarik perhatian mifzal.keningnya sedikit terangkat, dia memandang iris yang sedang menahan nangis..NANGIS..?? dia berpaling ke arah iris.
Ternyata gadis itu sedang nangis..alamak naya aku..ni dah out of plan. Dia segera berhenti ke bahu jalan.
“awak..awak…” iris tidak memandangnya..gadis itu hanya tunduk menangis.
“awak saya minta maaf..awak..?”
“awak..saya suka awak jugak tapi kenapa awak buat kerja gila ..?” mifzal terkejut. Benarkah apa yang aku dengar ni…dia tersenyum..
“ada orang tu jual mahal, saya gunalah plan b..hehe..” mifzal tersengih.
“plan B” dahi iris berkerut.
“a’ah plan B, orang tu fobia kalau kereta laju.. jadi saya gunalah..lagipun saya tengok wayang, plan ni berjaya. Bawak kereta sampai awek tu setuju..hehe”
“banyaklah wayang awak..” jeling iris.
“hehe..merajuk lah pulak..okey..okey..jom kita pergi kahwin sekarang..dah lewat dah ni..”
“hah..?? sekarang..? biar betul…!”
“a’ah betul..dah..dah jangan kerut dahi tu..nanti tak manis pengantin perempuan menangis..”
“mereka semua dah tunggu tu..” mifzal mamandu dengan girang.mereka menuju ke salun auntie susan,seorang mak andam kenalan rapat mamanya. Iris masih keadaan samar-samar tentang apa yang berlaku tapi takpa hari ni tetap akan berlangsung.
Setiba di masjid an-nur, kelihatan kaum keluarga iris, dan mifzal serta kawan-kawan mereka. Iris langsung tidak sangka bahawa hari ni merupakan hari pernikahannya dengan mifzal. Rupa-rupanya seluruh ahli keluarganya sudah merancang pernikahan mereka.
“abang, ris rasa semua ni macam mimpi.” Kata ris yang sedang berdiri di tepi tingkap. setelah usai akad nikah tadi mereka menuju ke hotel astana untuk persiapan persandingan. Esok merupakan hari persandingan mereka berdua.
Mifzal tersenyum, panggilan ‘abang’ tadi membuatkan hatinya bersorak girang.
“abang..siapa rancang semua ni..? macam comfirm jak ris terima abang hari ni.? Confident betul..?” seloroh ris.
Mifzal senyum.
“abang, ris serius ni..! kepala ris macam tak betul dah fikir semua ni..” inilah ris seorang yang kadang-kadang blurr,kadang-kadang kelakar dengar watak gila-gilanya, tapi selalu berlagak tenang dan serius.
“meh duduk sini, abang nak cerita satu cerita ngan ris.” Mifzal menepuk tilam menyuruh iris duduk di sebelahnya.
“okey dengarnya..al kisah..tayibbb..maka tersebutlah kisah..tayib…” lawak mifzal. Satu cubitan singgah di lengan mifzal.
“aduh..! okey..okey..abang serius ni.. dulu abang pernah tengking sorang awek ni..fullamak cun..tapi abang ingatkan dia tu cikgu yang tak bertanggungjawab sebab sepupu abang melintas jalan sedangkan guru dia ralit bercerita. Lepas tu abang jumpa lagi awek tu, tapi abang ingatkan dia tu awek kawan abang, time tu dia kata abang ni mamat sewel..dah lah dia kalahkan jaguh bola keranjang dia terpekik terlolong dekat telinga abang” mif melihat isterinya sedang khusyuk mendengar.
Iris tersenyum mengingatkan situasi waktu itu, waktu itu jugalah cintanya berputik buat mifzal ketika mereka bertentang mata.
“dah tu, berhari-hari bang tak jumpa dia..tup..tup..mai kata awek tu jiran bang. Abang pun terkejut, ingatkan isteri kawan abang tu..rupa-rupanya adik dia..bang ni pun frust menonggenglah sebab salah faham abang dengan dia so abang minta maaf lah. Dah tu sombong pulak ngan abang. Apa lagi bang minta tolonglah dengan abang dia. Abang dia bagi laman web blog adiknya, adiknya tu tak tahu yang abang dia tahu laman webnya, so abang bacalah luahan hati adiknya..kononnya mahu cari maklumat tau tau terjumpa pulak post ni..” mifzal berdiri mengambil sekeping kertas di atas meja solek.
“bacalah..” kertas itu bertukar tangan.
Dari mata turun ke hati..hari ni sekali lagi aku bertentang mata dengannya. Terasa kuat dengupan jantungku. Adakah ini di katakan cinta.? Aku tertanya-tanya.. adakah dia rasa apa yang aku rasa ketika mata kami bertaup..? ya Allah bantulah hamba Mu ini..
M-mimpi-mimpi ku diisi dengan bayanganmu.
I-IE sangat mengahsihi hati mu.
F-fitrah kasih..? bilakah akan bertemu.
Z-zaman bersilih zaman tetap hati ni kepada mu.
A-adakah cinta di hati mu..?
L-luluh hati ini, sekiranya terpandang mata mu.
Mifzal merangkul pinggang isterinya yang sedang menahan nangis.
“ermm..air mata kasih dah nak lebat dah..hehe..” seloroh mifzal.
“semoga cinta kita berkekalan selamanya..” sambung mifzal lalu mencium ubun-ubun isterinya.
thanks 4 reading my 1st short story..
plez leave ur komen yaa..
heee...best...
ReplyDeletesweeet tpi ntah knape perlu usaha kuat utk mbaca....
ReplyDeletemaybe sebab layout kecik,faz sendiri pun payah maw baca.
ReplyDeletefaz dah tukar layout ni..
kasi besar..
ermmm..
ReplyDeleteciter dh ok..
tp ayat ade sikit2 cm pelik..
faz org utara ka?
eh..tidak ar..faz orang sabah..
ReplyDeletehehe..faz lupa tukar balik ayat tu..
pi n wat tu..
sebenarnya keyboard rosak so guna singkatan..
terlupa pulak tukar balik..
hehe..t faz tukar ayat tu balik yaa..sory..
hehe..faz dah tukar balik ayatnya..
ReplyDeletefaz.. sila baiki tanda baca ya... : )
ReplyDelete