Tuesday, August 15, 2017

[CERPEN] : MAYA (FULL)

“Dr. Maya...”
“What?”
“Cuba jangan buat muka.” Rimas Adam tengok muka tidak puas hati tu.
Makin Maya buat muka tidak puas hati. Pakej dengan cebikan. Dah kena paksa ikut, kena marah lagi. Huh! Memanglah tidak puas hati.
“Hadaplah.”
“Okay. Look! Tengok Adam.”
Adam alih badan menghadap kerusi sebelah. Bahu Maya ditarik menghadap dia. Kalau tak kena pujuk alamatnya sampai ke besoklah rajuk sayangnya seorang ni.
“Umur dah 28, kan? PHD tinggal tunggu konvo kan? Kerja sedang elok kan?”
“Okay. Enough with your ‘kan’. What are you planning to do?” Maya menyelit. Dah semua ‘kan’ terkeluar. Adalah tu! Tak payah nak ‘pantun’ sangatlah Adam!
Manis senyuman Adam terukir. Bagus! Otak berjalan dengan cerdas. Tak perlu dia nak karang ayat panjang-panjang.
“Adam. I want you to meet him. Jumpa Adam. Kenal-kenal. Dan Along janji Maya akan suka dia.”
“Jangan cakap nak jodohkan pulak.”
Angguk. “Pandai. Macam tulah pemikiran seorang pemegang Phd. Padu dan cergas!”
“Banyaklah padu! Padu otak kau.”
Haip. Lengkap sangat tu kalau dah kahwin. Ada pelajaran, pendidikan dan perkahwinan. 3P for My 3P Perfectly Priceless Princess
“Stop it Adam. I don’t need whoever he is.” Dua tapak tangan Maya angkat. Kalau tak faham lagi tidak tahulah nak cakap guna bahasa apa. Kahwin bukan dalam fasa rancangan hidup seorang Maya.
“Maya... please...”
“Hai Adam.” Lepas tu tidak sempat Adam karang ayat lebih. Seorang lelaki datang mendekat. Lengkap bersut putih. Macho dan rupa paras cukup perempuan toleh sampai patah leher.
“Oh! Hai bro.” Lebar senyuman Adam melihat si kawan. Macam beratus tahun tak pernah nampak orang. Malas Maya nak layan jadi dia pun tolak badan menghadap meja semula. Walaupun selera patah sejak tahu niat Adam bawak dia ke situ, dihirup juga air yang menjadi hidangan. Kopi hitam tanpa gula. Kegemaran seorang Maya.
 “Maya!” Ditekan sikit suara Adam. Geram pula tengok si adik yang tidak berminat dengan kawannya. Handsome kut si kawan ni. Alahai normal ke jugak Maya ni?
Maya buat tidak tahu.
“Adik aku.” Adam perkenalkan jugak adiknya walaupun sedar lelaki itu kenal siapa Maya padanya.
Tersenyum kecil dia. Tahu peel Maya. Tempat kosong sebelah gadis itu diambil. Terubat sikit tengok wajah adik Adam yang menjadi igauan sejak sekolah menengah.
Sedar diri diperhatikan. Maya angkat kepala. Mata bulat bila sedar ‘bro’ yang dimaksudkan. Segera kepala pandang pada si abang.
“Maya.”
“Ni Adam.”
“Adam, Ni Maya.”
Adam saja buat bodoh perkenalkan makhluk spesis nama sama dengan dia tu pada Maya. Tadi buat tidak tahu sangatkan? Bila depan mata sampai terteleng kepala kau dik.
Sebaik mungkin Maya kawal riak wajahnya. Beku dan keras seperti biasa. Kening diangkat.
“Kawan Along.”
Okay. Tahulah Adam kuasa dua ni kawan Alongnya.
“So?”
“Adam it is... you know. For my 3P.” Saja Adam buat kata tersirat. Yakin adiknya faham maksud disebalik.
Maya mengeluh. “Seriously Adam?”
“Serius as se-juta percent-rius.”
Mendecit Maya dengan jawapan Adam. Memain pulak!
“You want ‘Adam’. I give you Adam.”
“Along... I only need Adam as my Adam. Bukan Adam kawan Adam. Understood?” Memang mereka pernah bangkit isu jodoh ni. Maya dah tekankan berapa kali. Cukup Adam seorang dalam hidup dia. Dia tidak perlu ‘Adam’ lain. Dalam dunia dia hanya Adam Khair. Maksudnya. Adam+Papa Khair. Nothing more or less. Adam Khair sudah cukup kombo Adam untuk dia bahagia.
Adam kuasa dua tertawa kecil. Tajam mata Maya menjeling. Dari dulu lagi dia tidak berkenan dengan mamat seorang ni. Tapi itu tidak penting. Bila Alongnya turut ketawa bersama ‘Adam’ si kawan. Tambah sakit pula hati Maya.
“Adam yang ni tak dapat jaga Maya bila dah kahwin. You noted that juga kan? So i got one Adam for you.”
Satu lagi keluhan Maya. Isu ni lagi.
I don’t need him. I just want my Adam.” Tegang. Cukup untuk fullstop pada perbualan mereka.
“Woo... wooo. Berhenti. Yang kau orang cakap ni pasal aku. Cukuplah tu. Nanti tak pasal bergaduh pula.”
Maya mendengus. “Say it to yourself.” Geram dilemparkan pada Adam Zulkarnain. Bukan dia benci tapi entahlah. Cara lelaki itu buat dia tidak suka. Over protective!
Okay. Perangai tu dua kali lima macam Adam Khair si abang.
Tapi Adam Khair abang! Adam Zulkarnain? Minta simpang.
Lapan tahun hilang azab dari tengok muka mamat ni. Tak sangka hidup lagi rupanya.
“Maya. Maya. Keras hati. Macam biasa.” Geleng kepala dengan Maya ni. Luar nampak comel. Muka budak baik. Tapi keras kepalanya jugak paling juara!
Dilihat Adam yang bantu dia atur perjumpaan bersama Maya malam ni. Kalau Adam tidak paksa Maya datang, dunia si gadis hanya pejabat dan rumah. Payah betul nak cucuk jarum.
“Jaga dia. Aku nak cari Hawa.” Saja bagi peluang Maya dengan kawannya. Adam Zulkarnain. Bukan setahun dua dia kenal Adam Zulkarnain. Cukup lebih dari kenal. Berjarak universiti dan tempat kerja tidak pernah memutuskan hubungan mereka. Cukup Maya saja yang elak sedaya upaya dari Adam Zulkarnain. Lelaki itu mana pernah jauh pun!
“Maya nak balik!”
Aduh! Maya ni. Adam cepat-cepat signal pada si kawan.
Its either him or me. Jangan buang tebiat nak balik sendiri malam buta ni. Nak papa bunuh Along  ke apa? Dan satu hal lagi. Papa tahu pasal ni.” Saja ugut nama papa. Mujur juga papa sporting. Risau juga anak daranya seorang ni yang sangat anti-sosial. Yang seorang di rumah tu pula terlebih sosial. Haih! Pening kepala jaga adik-adiknya.
Monyok mulut Maya. Senyap.
Good girl. Ni abang sayang adik kesayangan Along ni.” Atas kepala Maya diusap perlahan sebelum Adam gerak mencari buah hati yang belum sempat ditemui. Kalau Maya diam protes macam tu tidak perlulah dia risau. Confirm dengar cakap sebab tidak berani melawan punya.
Adam Zulkarnain mengeluh lepas si kawan tinggalkan dia dan Maya. “Susah sangat nak terima Adam kan?”
“Apa susah sangat you tak nak terima kenyataan ni?” Soalan dijawab dengan soalan.
“Sebab Adam yakin Maya untuk Adam.”
Sinis Maya tersenyum. Yakin sangatlah!
“Selepas beberapa tahun kenapa sekarang? Kenapa tiba-tiba muncul?” Lapan tahun dia menghilang. Lesap tanpa sebarang berita. Langsung tiada tinggalkan sebarang pesanan padanya. Tiba-tiba muncul menagih kasih. Kasih tahi kucing!
“Jadi selama beberapa tahun sebelum ni Maya tunggu Adam? Rindukan Adam?” Lain interpretasi lelaki itu. Sengaja nak usik Maya yang tegang semacam. Bila bersama dengan Maya. Memang dia tidak akan buang gelaran nama Adam. Sebab dia tahu. Hanya ada ‘Adam’ dihati Maya. Dia dia mahu nama dia yang dimaksudkan.
“Rindu? You wish!” Sinis dan Maya bila bersama dia berpisah tiada. Faham sangat!
“In-sya-Allah. Memang Adam berharap pun. Tiap-tiap malam Adam doakan jodoh untuk kita.”
Makin berapi Maya dengar jawapan lelaki ni. Menyakitkan hati!
“Esok dating jom! Adam ada minta permission uncle.”
Tebalkan muka untuk Maya. Dia sanggup. Cukuplah lama menjauh dengan si gadis pujaan hati. Belajar dan bina kerjaya sebab dia nak senang bersama Maya.
Ingat senang tahan hati tanpa usik muka comel tu?
Susah tahu! Adam si kawan baik itulah tempat dia meluahkan perasaannya setiap kali rindukan Maya.
“Motif nak kena dating? Dan yang you sibuk guna papa I tu dah kenapa?” Memang tidak tahanlah api Maya. Tambah bengang bila mamat ni guna along dan papanya!
“Nak pikat hati anak kenalah pikat hati mertua dulu. Lagi-lagi bila anak degil keras kepala macam Maya.” Wajah bahagia Adam Zulkarnain bersuara tu hanya mampu menaikkan lagi suhu marah Maya. Sempat lagi nak sindir aku tu! Cis!
“I tak nak. Fullstop. Dan berhenti cakap dengan I. You annoying!” Terang, jelas dan menyakitkan hati. Auch! Maya sangat! Tapi dia memang cukup kebal hati untuk hadapi Maya.
Sebab dia Adam Zulkarnain. Tidak pedulikan kata-kata Maya adalah kelebihannya. Makin diusik gadis itu sampai nak meletup sepanjang majlis sebab dia tahu Maya sangat dengar cakap Adam dan Uncle Khair. Bila kata hanya boleh dia atau Adam saja hantar pulang maka tunggulah Maya pada si abang. Sanggup duduk berlama situ asalkan tidak satu kereta dengannya.
Tapi dia lagi suka. Dapat duduk sebelah dan usik Maya lama sikit.
Angau!



Kaki Maya berhenti melangkah. Nafas dalam dihela. Mula fikir nak pusing balik bilik. Aci tak kalau tidak turun sarapan?
Mamat annoying tu awal pagi lagi datang menyibuk.
“Pagi anak papa.” Suara papa saja dikuatkan. Papa ni pun satu! Macam tahu aje dia nak cabut masuk bilik.
Dipaksa kaki melangkah masuk ke dapur.
“Morning sayang.”
Dijeling Adam Zulkarnain. Apa sayang-sayang?!
Papa dan abangnya pun hanya senyum aje. Mama sampai tergelak kecil dengan respon Maya. Nampak sangat satu keluarga tahu yang Adam Zulkarnain tengah try dia. Dan dia memang dari dulu lagi pangkah mamat ni besar-besar!
Kemudian semua orang pandai pula pilih tempat duduk. Saja nak bagi dia duduk sebelah lelaki tu. Along pun saja mengedik duduk sebelah mama. Biasanya sama ada dia atau adik bongsu mereka saja yang duduk sebelah mama.
“Along dah beritahu Adam dan Maya pasal Johor?”
Maya pandang papa. Beritahu pasal apa? Adam di sebelah turut memandangnya pelik.
Okay...
Adam macam memang tak tahu apa-apa lagi.
“Belum pa. Cadang nak beritahu time discussion nanti.” Ala papa hancurlah. Baru nak balik kejutan baik punya untuk si adik dan bakal ipar harapannya.
“Beritahu pasal apa uncle?”
Terima kasih Adam. Kerana menyoal bagi pihak Maya. Dia pun ringan aje mulut menyoal papanya.
“Maya tahu pasal resort papa Hawa tu kan?.”
Angguk. Tahu sangat kalau pasal tu. Resort yang dibuat khas untuk arwah mama Kak Hawa. Datuk Affendi tidak sabar nak bangunkan projek tersebut. Teruja bila ingatkan perbualan dia dengan Datuk Affendi berkenaan projek yang bakal menjadi rebutan banyak kontraktor nanti.
“Datuk Affendi berminat nak bagi projek tu pada kita. Katanya lepas berbual dengan Maya. He know you can do it for him.
Wah! Kembang kejap Maya dengar satu pujian dari Datuk Affendi. Maknanya dia yang bakal terima projek yang sangat romantik baginya?
“Tapi...”
“Tapi apa?” Potong betullah alonggnya ni. Kenapa perlu ada tapi? Lagi dia tidak faham senyuman jahat alongya tengok dia dan Adam silih berganti.
He want both of you. Bukan Maya seorang saja yang menarik minat Datuk Affendi berkenaan projek tu. Kejayaan Adam pada projek anak istimewa Tan sri Ahmad sebenarnya tarikan utama Datuk Affendi tapi sebab Maya sangat berminat dengan kisah cinta Datuk Affendi. So he giving a chance to you to work with Adam Zulkarnain.”
Okayyyyy....” Jatuh merundum keterujaan Maya. Kenapa kena kerja dengan mamat sebelahnya ni pula?
Dijeling Adam Zulkarnain yang sudah senyum gembira. Cis!
“Jadi maknanya kita selalulah boleh dating selalu. Kan sayang?”
“Diamlah!” Sakit jiwa Maya dengar soalan Adam Zulkarnain. Lagi-lagi dengan tawa papa dan along dengar soalan bodoh mamat tu. Baru nak lompat bintang dah jatuh tergolek.
Tergolek pada Adam Zulkarnain pulak tu.



Adam Zulkarnain.
Bukan Maya membenci tapi untuk terima cara dan usaha lelaki itu memikatnya bukan senang. Tapi dalam usaha mengurat Maya ada juga benda yang Maya kagum dengan cara Adam.
Lelaki itu komited dalam kerja. Itu satu yang Maya kagum pada Adam Zulkarnain. Kalau lelaki itu tidak mengurat dia dari dulu pasti dia mampu bergaul macam lain. Tapi Adam memang Adam. Satu-satunya Adam yang menyakitkan hati dan merimaskan Maya!
“Sayang...”
Maya jeling mamat itu.
“Kalau nak teruskan macam tu. Nanti Datuk Affendi tak terimalah.” Pujuk mamat itu lembut. Maya berkeras juga nak taman bunga ros di tengah laman.
“You kena tahu Adam. Arwah isteri Datuk Affendi memang minat bunga. I sure he will like it. Lagipun you kena faham ni hadiah untuk arwah isteri dia.”
Adam geleng kepala. Tangan disilang ke dada. Mood serius bila orang tidak fikir secara mendalam. “Yes. He is. Dia suka. Tapi you kena faham Datuk seorang ahli perniagaan. Walau macam mana pun dia seorang peniaga. Dan idea you bukan menguntungkan pun.”
Terngadah Maya dengar penjelasan Adam. “Maksud you idea I tidak boleh pakai.” Ah! Jangan cari pasal dengan dia. Maya ikut silang tangan. Siap kerut dahi lagi tidak puas hati.
Emosional! Haih! Kalau perempuan tu perempuan jugalah. Adam turun tangannya. Kepala Maya diusap macam budak kecil. “Comel je muka tidak puas hati tu. Biar I terangkan...”
“Hish! Apa gosok kepala orang ni.” Rosak rambut depannya. Dijeling staff yang terlibat dengan perbincangan mereka. Senyum! Senyum! Koyak mulut tu baru tahu!
Mula-mula kerja tu terkejut juga staff dia dan Adam dengan cara Adam melayannya. Siap cuba korek rahsia pada Adam lagi tentang hubungan mereka. Tapi mujur juga Adam pilih jalan selamat. Kononnya kenalan dari kecil. Kalau dia cakap bukan-bukan memang dia tarik diri! Tak kiralah projek hebat atau tidak sekalipun!
“Maya sayang... I tak cakap idea you ni tak boleh pakai. Tapi you kena faham juga yang resort ni kena ada keuntungan barulah dapat bertahan. Taman ni terlalu besar dan ambil kos yang sangat tinggi untuk jangka masa panjang. Bila kita tanam bunga. Kena ada pekerja yang handle.”
“Tapi gardener...”
“Yes. Gardener memang kena ada. Tapi bunga tu tetap kena buat penanam semula. Kena jaga dan baja. Tapi tidak bertahan lama pun perlu buat penanam semula. Dan jangka hayat bunga-bunga tu semua tidak lama. Maintenance,  pembersihan, baja dan air semua tu kena selalu.”
Maya terdiam. Cuba mengaku dalam dia. Tapi dia nak juga taman bunga orkid dan mawar tu!
“Bunga ni sayang... cepat layu dan mudah rosak. Lainlah cinta I pada you. Sentiasa mekar! You tu you jangan risau takkan layu punya. You nak bunga-bunga cinta I tak?”
Buk! Satu pen tepat kena dahi Adam. Merepek lagi bukan-bukan!
Tengah serius pun masih nak mengayat!
Tajam matanya menjeling staff lain yang tahan senyum. Berani ketawa! Dia kerat seorang-seorang!
“Janganlah serius sangat. You ni garanglah.”
“Kerja Adam. You yang kena serius! Whatever it is! I tetap nak taman bunga tu!”
“Haih! Nasiblah I cinta. Kalau tak cinta dah lama cubit pipi tu.” Keluh Adam perlahan. Degil betul anak dara uncle Khair ni.
“Macam nilah...”
“I tak kata tak boleh. Tapi kira costing semula. Resize taman tu. Kebesaran taman tu tak penting sayang. Yang penting memori dan kenangan sentiasa ada. Itu yang penting dan i yakin Datuk setuju apa yang I cuba ketengahkan.”
“Kita bukan saja perlu memori Datuk sentiasa ada tapi kita sebagai peniaga kena fikirkan jangka masa panjang. Tiada kelangsungan, tiada untung maka tiadalah resort ni pada masa akan datang. You get what I mean?
Angguk. Ya. Mengaku juga Maya asalkan idea dia diguna pakai. Maya ingat lagi betapa gembiranya Datuk Affendi setiap kali bercerita tentang obses arwah isterinya pada bunga. Dia nak bunga menjadi lambang cinta yang terus bersemadi di resort tersebut.
Good girl. Hana, you teruskan dengan team Kits sebab yang tu tiada perubahan. Lim please work with the arcitect. I’ll discuss with my Maya regarding the cost. Okay peeps?
Serentak angguk. “If nothing else. Dismiss. You, my girl. Tinggal. Nak pujuk sikit rajuk tu. Nanti melarat I juga merana.”
Kits tergelak. Okay yang tu memang ayat tak boleh blah. Pedulilah jelingan maut lady boss mereka. Tuan Adam memang sporting bab-bab mengayat Cik Maya. Langsung tiada cover sejak mula-mula projek kerjasama syarikat mereka.
Adam tidak tunggu lama lepas semua keluar dari biliknya. Kerusi sebelah Maya diambil. “Marah lagi?”
“I tak marah.” Okay. Tiada marah tapi kenapa keras aje suara tu.
“You tahu I buat benda bukan fikir dari satu aspek ajekan.” Terang Adam. Dah la payah nak dekat. Kalau Maya marah dia tambah susahlah nak dapat cik adik seorang ni.
Badan Maya pusing hadap Adam disebelah. “I serius tak marah. Lagipun betul cakap you. I tak terfikir pada benda tu. I just nak...”
“Ya I tahu. You nak Datuk gembira tengok minat arwah menjadi lambang resort tu, kan?”
“Macam mana you tahu?”
“I kenal lama dengan Datuk Affendi. I pernah tolong beberapa projek datuk. Papa I pun kenalan datuk. Jadi I lagi biasa dengar kisah-kisah cinta Datuk dari kecil lagi. Telinga I ni dah cair dengar cerita datuk. You tu aje yang tak cair-cair dengar cerita cinta I.”
“Boleh tak sekali you cakap tak mengayat?”
“Cakap dengan you? Memang taklah sayang...” Selamba aje muka Adam tersenyum pada si gadis pujaan hati. Hailaaa Maya cepatlah jatuh cinta dengan dia. Sungguh muka ketat ni juga yang menjadi mimpi dia setiap masa.
Maya ketap bibir. Yiee! Menyakitkan hati betullah mamat ni.
“I nak balik!”
Lunch dulu. Nanti I hantar you balik ofis.”
“Kenyang.” Makan dengan Adam lagi? Oh cukuplah. Serik! Mulut tak pandai diam. Sok sek aje tahu. Mengayat tak habis-habis!
“Tak kenyang pun makan hati tu.” Balas Adam selamba. Tidak lut sangat pun. Dia dan uncle Khair dah kamceng. Senang aje kawtim kalau Maya tak nak keluar makan dengan dia. Report aje Maya berdegil tak nak makan tengah hari.
Cinta hatinya ni ada gastrik. Makan tak boleh skip dan sebab tu Adam suka habiskan perbincangan setiap kali waktu rehat. Nak jaga perut Maya sambil dating berdua. Pandai tak dia? Sambil menyelam minum air.
Pintu bilik diketuk. Serentak Maya dan Adam pandang. “Pa?”
“Hai. Papa kacau ke ni?” usik Datuk Mustapha. Kaki mendekati si anak dan gadis jelita yang bermain mata tadi. Bukan dia tidak tahu. Lama dia perhatikan Adam dan Maya yang berbual dengan nada perlahan tadi.
Adam geleng kepala. “Tak tahu pula papa nak datang. Kebetulan Adam nak keluar makan. Papa dah lunch?” Bagus jugalah papa datang menjenguk. Dapatkan rapatkan papa dengan gadis kesayangannya.
“Papa singgah ni ajak Adam keluar makan tengahari tapi kalau Adam ada plan lain dengan si gadis manis ni. I’m okay with it.”
No. Its okay datuk. I pun nak balik ofis I dah.”
Haip! No!. Lupa you kena makan dengan I? Kalau tak I report dengan uncle.”
Datuk Mustapha tergelak kecil. Dapat tengok betapa berubahnya wajah gadis tersebut ditegur oleh anaknya.
“Macam nilah. Apa kata kita makan bertiga. Are you okay with it young lady?
Err...” Ah! Sudah baru nak gembira dapat elak makan berdua dengan Adam. Sekarang dapat satu pakej kombo dengan papa dia sekali pulak!
“I take it as a yes.”
Kalau Maya dan siap gosok leher tu. Segan atau tak tahu nak cakap apalah tu.
Tapi muka Maya berubah dengar jawapan Adam. Amboi suka hati dia aje buat keputusan! Dia tak cakap pun setuju atau tak.
Comel! Puji Datuk Mustapha dalam hati. Patutlah anak dia terpikat. “Jom. Untung papa datang hari ni. Dapat juga kenal buah hati anak papa ni. Is she the one kan Adam?”
Adam senyum mengangguk. “One point to you pa. Pengarang jantung hati segala usus ni...”
“Merepek aje tahu.” Bebel Maya perlahan. Suka hati dia aje label Maya macam-macam. Tapi memandangkan papa Adam ada sekali. Kira okaylah dia ikut makan tengahari sekali. Tidaklah bernanah telinga dengar Adam mengayat kalau mereka makan berdua saja.
Harapnya janganlah Adam ni buka cerita bukan-bukan.


                                                                                                                             
“Maya Bella.” Datuk Mustapha ajuk perlahan nama Maya.
Maya Bella.
Sekali lagi nama itu diseru dalam hati.
Maya dipandang. Lama hingga dia perasan satu perkara.
“Aah pa. Maya Bella. Cantikkan nama. Macam orangnya.” Sungguh. Pertama kali dengar nama Maya dulu. Fikiran Adam hanya satu. Nama yang secantik pemiliknya.
“Adik Adam Khair? Seingat uncle. Adam pernah cerita dia suka dengan adik AK.”
Maya angguk.
Dialah tu.
“Jadi JK sekarang ni sepenuhnya bawah pengurusan Maya? Khair dah tak kerja kan?”
Yang ni tidak. Ikhlas Maya geleng kepalanya. Jujur. Walaupun papanya suda tarik diri dari pengurusan syarikat. Maya tidak pernah anggap syarikat jagaannya itu menjadi miliknya.  “JK bukan milik Maya. Maya cuma bantu mana yang patut sementara tunggu adik habis master.”
Oh! So you not interested in business?” Dengar khabar cara Maya kendali syarikat sangat memberansangkan. Rugilah kalau bakat dan kelebihannya disia-siakan.
“Bukan tak minat tapi saya ada perancangan lain.”
“Perancangan masa depan antara kita kan sayang?” sampuk Adam. Tersengih-sengih mengusik macamlah Maya suka sangat! Sah-sahlah Adam tidak tersenarai langsung pada perancangan dia!
Merah muka Maya. Kali ni depan papa Adam. Terpaksalah dia kawal jelingan sakit hati dia pada mamat tu. Cakap tak pernah serius. Datuk Mustapha pun hanya ketawa kecil. Walaupun air muka Maya tiada reaksi tapi dia tahu sangat si gadis sudah terdiam malu.
Haih! Anak lelaki siapalah tak tahu malu ni.
“Abaikan anak uncle ni. Uncle bangga sangat dengan kejayaan Maya. Adam banyak cerita pasal Maya. Apapun rancagan Maya pada masa hadapan. Uncle doakan yang terbaik.”
Kembang lagi pipi Maya mengukir senyuman. Dia suka papa Adam. Coolest dad ever! Macam papa dia juga. Cuma part jodoh yang papa tengah ketengah tu aje yang tak best. Yang lain. Terbaik!
“Dengar tu. Yang penting you tak termasuk dalam plan I. Kalau kacau jugak I report kat papa you.”
Amboi! Berani nampak. Mentang-mentanglah ada papa dia. Adam sekadar ketawa membalas. Tak terkesan pun amaran Maya. Suka dengan respon Maya dan papa antara satu sama lain. Maya pun senang aje masuk cerita dengan papa. Satu-satunya harapan Adam agar Maya dapat terima ‘hero’ terbaik dia dan adik beradik yang lain.
Dia yakin jodoh dia dengan Maya kuat. Jodoh yang dia tetapkan dalam hati sejak lapan tahun lepas. Jodoh yang sentiasa ada dalam doanya.



“I suka papa you. ”
“Sayang you jangan macam-macam.”
Kerutan dahi Adam menjentik hati Maya. Satu tawa kecil terukir. Buruk muka orang cemburu!
“Okay apa. Kuota dia ada empat...”
Shuuutt! Terus Adam brek mati. Terkejut punya pasal. Diikuti dengan kereta belakang yang mula tekan hon. Marahkan pemilik range rover hitam ni! Tak pasal kena maki.
“Adammm!!” Ya Allah! Bergema kereta dengan jeritan Maya.
“You dah gila ke?” Kepala yang terhantuk pada dashboard disentuh. Pedih! Cis.
Bila Khair mula tersedar. Kereta dipandu ke tepi. Makian dan hon kereta belakang tidak diendah. “Serius Maya sayang? You suka papa I?” Nyata Adam memang tidak puas hati dengan kenyataan Maya tadi. Orang yang marahkan dia hanya diabaikan hingga gerakkan kereta masing-masing tinggalkan kawasannya.
“Gila! Tak sayang nyawa ke?” Debaran Maya masih tidak hilang lagi. Lelaki ni boleh pula tanya soalan bodoh yang menaikkan darahnya.
“Maya...”
Terhenti pujukan  Adam lepas dapat jelingan maut gadis di sebelah. Okay kali ni salah dia. Cemburu buta! Dengan papa pulak tu.
 “I bukan gatal lagi nak gilakan bapak orang!”
Amek kau. Setempek kena muka Adam.
“I.. I cemburu je..”
“Otak you cemburu. Nak bunuh orang agaknya. Lain kali kalau cemburu nak mati. Pergi mati sendiri!”
Okay! Tu marah sangat sampai menyumpah dia. Adam gosok leher. Nak pujuk tapi dengan aura marah Maya sekarang ni. Baik tunggu reda dulu.
Sorry sayang.”
Drive!” Sebelum mulut dia keluar macam-macam. Baik suruh Adam pandu semula. Badan toleh tepi. Tadi mood dah elok sikit, dah mula ke laut semula! Suka betul naikkan darah dia. Maya sentuh sikit dahi yang masih pedih. Benjol sedikit ke depan.
“Kita ke klinik.”
“Rumah.” Tak payah nak drama sangat kena pergi klinik. Bukannnya parah sangat pun. Balik nanti pandailah dia tuam pakai ais.
Adam mengeluh kecil. Dikerling Maya yang toleh ke sisi membelakanginya. Panduan diteruskan ke rumah keluarga Maya. Harap keluarga Maya ada di rumah. Boleh dia singgah masuk. Ada alasan sikit nak duduk berlama agar pujuk buah hatinya.
Kalau halal pasti dia peluk bila Maya angin macam ni. Ini jangan kata nak peluk. Sentuh sikit pun tempah machine gun! Sebelum uncle Khair atau Adam tembak. Dia dulu kena terajang oleh Maya!
  Sampai rumah saja Maya terus melolong masuk rumah. Satu keluhan dihela. Dipandang Maya yang terus saja masuk tanpa toleh belakang. Perlahan dia ikut keluar. Kereta Adam Khair ada. Maknanya kawan si juruterbang tu ada di rumah.
Belum sempat pun dia masuk memberi salam. Adam Khair macam tahu aje dia nak singgah. Datang menjemput dia depan pintu.
“Perang?” soalan menyambut selepas dia bagi salam.
Lemah kepalanya mengangguk.
“Patutlah. Mengamuk semacam.” Tertawa dengan telatah pasangan adiknya ni. Comel aje gaduh-gaduh sampai hempas pintu.
“Mana?”
“Siapa? Buah hati kau?” tanya Adam Khair sambil tergelak kecil.            
Haih! Nasib kawan. Bakal abang ipar pulak tu. Kalau bukan fikir status yang kedua tu. Dah lama dia hempuk kepala Adam Khair.
“Maya ada dalam bilik. Menonong aje masuk. Langsung tidak perasan aku di ruang tamu tadi. Pintu bilik tu sampai nak tercabut dihempasnya.” Panjang lebar penjelasan Adam Khair buat dia mengeluh kecil.
“Dah. Kejap aje marahnya tu. Percayalah. Esok. Waktu kalau kau jumpa dia di mesyuarat. Mood kejung dia mula balik. Masuklah.”
Harap-haraplah. Lagi rela hadap muka kejung buah hatinya dari muka masam mencuka macam tu. Bukan senang nak pikat. Belum dapat dah tempah masalah. Langkah turutkan juga Adam Khair walaupun berat.
Oh! Maya janganlah marah lama-lama sayang. Tak tenang hati saya.
                                                                                                                       


 Adam Zulkarnain buat muka puppy face sampai ke Whatsapp Maya.
Marah saya lagi. *muka sedih*
            Maya mencebik. Ingatkan dah mengalah bila dia tidak keluar bilik sampai maghrib tadi. Sanggup dia bertapa dalam bilik dari keluar bila lelaki tu tiada tanda-tanda nak balik. Along pula sibuk aje ajak mamat tu borak sampai ke maghrib. Tak kesiankan adik dia langsung!
Kali ni video melalui Whatsapp pula dihantar.
Maya fikir dua tiga kali nak buka. Sampailah jari sendiri degil derhaka dengan tuan sendiri.
“Maya sayang... Adam minta maaf. I love you. Maafkan abang ek.”
Adam dilihat mula petik gitar. Lagu tema Adamaya mula bergema. Suara merdu Adam mula melirik lagu kegemarannya. Ni rasuah dengan lagu kegemarannya ke apa? Siapa bocor rahsia yang dia minat lagu tu dari mula dikeluarkan.
Dan tanpa sedar sepanjang malam lagu Yang Terindah bergema merdu dalam bilik Maya hingga dia tertidur. Nyenyak tidur bertemankan suara Adam.



Olla dear, tengah buat apa tu? Wink! Wink!
Maya kerut dah. Gediknya ayat. Buang tabiat agaknya abangnya satu ni.
Telefon diangkat. Menangkap senario depan mata sebagai balasan dan bukti kepada Along.
*Gambar komputer riba dan kopi dihantar.* Tanda dia sedang menikmati minuman petang.
Oit! Daddy hantar pergi kerja. Apa benda buka FB tu?
Wait! Wait! You stalk Adam?
My goddd!!
Girl! Mohon sedar tu bukan Adam Khair k! TU ADAM ZULKARNAIN. HASHTAG #SujudSyukur1000x.

Mata Maya Terbeliak. Bertalu-talu pesanan dari Adam. Mata cepat pandang Facebook yang terbuka. Betullah profil ADAM ZULKARNAIN terbuka.

No worries dear. Tu adik dia.
Your #tall #dark #handsome Adam Zulkarnain tu so into her sista.
Just like you and me.
Tak yah jeles kalau gambar dia orang banyak kat FB tu.
Stalk la lagi banyak-banyak.
Along sokong aktiviti tak bermoral adik abang ni.

Cis Kantoi.
Mata beralih pada Iphone yang berdering. Adam Khair. Eh! Pantang betul dapat point along ni. Cepat-cepat tangan tekan merah.
Tak nak angkat oi! Confirm kena bash punya.
Adui!
Apa nak buat ni?                                                               

Oh! Tak nak angkat eh!
Siaplah balik dari Sabah nanti.
Dekat airport bro jemput sis dengan putera Adam tu!

Maya ketap bibir. Rasa nak hantuk kepala atas meja. Masalah betullah. Macamlah along  tidak tahu yang dia saja nak elak diri dari Adam Zulkarnain. Hish!
“Awak punya pasallah ni!”
Bebel dengan tuan punya Facebook yang kantoikan dia.
Suka kacau hati Maya. Sejak kes dia mengamuk tempoh hari seminggu Maya mengelak dari berjumpa. Mula-mula alasan cuti sakit. Tiga hari dia bertapa di rumah. Kemudian masuk ofis buat kerja yang tergendala dengan alasan tak nak orang kacau.
Tertangguh lagi mesyuarat mereka. Tiba-tiba dapat arahan dari papa ikut conference di Sabah. Dengan rela hati dia setuju. Macam tahu-tahu aje dia tengah mengelak dari jumpa Adam Zulkarnain.
Satu. Sebab marah tempoh hari.
Kedua ialah sebab paling kukuh. Sebab dia tidak tenang.
Malam tu memang dia tidur lena. Lena bertemankan suara Adam yang menyanyikan lagu kegemarannya. Tapi tenang tidur Maya menganggu paginya!
Tidur bukan sekadar bertemankan suara tapi dengan muka kacak lelaki tu masuk sekali dalam mimpinya.
Sampai sekarang Maya sentiasa teringatkan mimpi tersebut. Mimpi yang mampu buat seorang Maya goyah sampai demam satu badan.

                                                                                          

Memang mamat ni tidak reti putus asalah. Direnung Adam Zulkarnain.
Why am I not suprise?” Sarkastik tapi realiti. Memang Maya tidak terkejut langsung kewujudan mamat ni di Sabah. Hotel yang sama dia menginap. Lagi teruk depan dia!
Berdenyut kepala dia. Maya urut perlahan. Boleh migrain tengok mamat ni.
Adam Zulkarnain tersenyum kecil. “Abang rindu Maya.”
Bluerk! Nak termuntah Maya dengar berabang bagai. Cukuplah Adam Khair seorang jadi abang dia. Tak nak tambah korum lagi.
“Rindu. Abang rindu Maya. Maya tak rindu abang?”
Huwaa! Tadi rasa nak muntah. Tapi kalau sekarang ni sepakej dengan pengsan boleh tak? Apa kena dengan mamat ni? Tadi abang sekarang dah pandai rindu bagai?
“Maya...”
Lembut suara Adam bukan saja menjentik hati Maya tapi seram wei! Apa jadi dengan mamat ni? Tapi Maya macam biasalah. Walaupun gugup muka tetap stone.
“You dari KL?” Tak tahu macam mana soalan tu terkeluar tapi nyata Maya tak tahu nak cakap apa dengan Adam sekarang ni. Binggung pula dia.
Angguk.
“Dari airport?”
Angguk lagi.
“Terus datang sini. Dan alhamdulillah terserempak dengan buah hati abang dekat lobi tadi.”
“Okay. So?” Kali ni Maya lebih bijak bersuara. Jadi dia bagi soalan paling senang untuk Adam Zulkarnain jawab. Lepas datang, jumpa dan cakap. Sekarang ni nak buat apa?
Tapi gerun pula dia tengok  “Maya dah habis conference kan?”
“Macam mana you tahu?”
Makin lebar senyuman Maya. Cis! Soalan dia cukup buat Adam tahu yang Maya memang dah habis persidangan tu. Saja tak nak balik awal.
“Uncle Khair risau anak dara dia jalan seorang diri dekat Sabah.”
“Jadi...”
“Dia suruh penjaga terbang dari KL datang sini temankan.”
“Shit!”
“Mulut...” tegur Adam Zulkarnain.
Dia shit-kan papa sendiri? Alahai buat hatinya ni.
Maya ketap bibir. Papa bocor rahsia!! Papa seorang saja tahu tarikh conference habis dua hari lepas. Maya yang minta agar papa beritahu yang lain kononnya persidangan tu seminggu padahal tiga hari aje.
Tak bestlah papa sekarang ni. Nak mengadu dekat umilah lepas ni. Papa dah tak sayang dia. Sanggup hantar mamat annoying ni datang temankan dia.
So esok pulaukan? Your handsome tourist guide ready to serve...
Ah! Papa memang tak sayang dia. Menyesal dia beritahu rancangannya di Sabah. Patutlah papa rela hati nak aturkan untuk dia. Rupanya aturkan mamat ni jadi tourist guide Maya.



“Apa senyum-senyum? I masih marah!” Geram tengok muka Adam yang gedik tersenyum sejak pagi tadi. Tangan Adam yang masih membantunya kemaskan tali. Degil nak buatkan dia. Kononnya tidak yakin dengan pegawai bertugas. Tak tahu pula selama ni Adam memang part time buat kerja macam ni?
Sebelum mereka mulakan Coral flyer dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi, satu nafas dalam ditarik. Cuak sikit. Kalau dia sangkut tengah-tengah tali tu macam mana? Gerun fikirkan dia tergantung atas laut macam tu. Sejuk kaki Maya seketika.
“Okay?” Seolah memahami wajah cuak Maya. Adam tunjuk wajah tenang menyoal si gadis.
“Okay.”
Dan okay Maya maksudnya tersangatlah tidak okay. Cuak beb!
“Its okay to show your fear darling.”
Dia darling-kan pulak.
“I okaylah...” Degil Maya menjawab sebab enggan nampak lemah. Lagi pandangan Adam yang jelas risaukan dia. Maya tidak suka! Dia tidak mahu pandangan lemah orang lain padanya.
Adam pula suka kacau hati kejung dia.
“Careful sayang. Love you.”
Dan Maya terkedu sehinggalah guide arahkan mereka untuk bergerak ke pulau sebelah. Hilang segala gugup dengar sepotong ayat Adam.
Yang Maya tahu dia dah sampai darat bila Adam pegang lengan bajunya.
“Are you okay darling?”
“Huh?”
“Sayang okay.”
“Hah. Okay. Okay. Jom pergi pantai.” Ajaknya yang masih cuba stabilkan hati dan perasaan sendiri.
“Okay... Terima kasih bro.” Panjang harakat okay Adam sebab dia langsung tidak yakin dengan jawapan Maya. Enggan panjangkan dia sekadar menurut. Adam mula bergerak lepas berterima kasih pada pekerja yang membantu mereka tadi.
Kali kedua.
Percaya atau tidak. Kali kedua Adam ucap kata cinta. Dan setiap kali itu juga hatinya tidak mampu mengepam nada biasa. Apa dah jadi?
Spontan Adam memberi kata cinta menghilangkan ketenangan Maya.



“Singgah solat kejap.” Kereta disewa Adam masuk ke perkarangan masjid. Masjid yang selalu dia nampak di internet dan televisyen. Cantik seperti dia bayangkan. Yang pasti sangat menyejukkan mata memandang.
“Maya...”
Maya toleh sebelah.
Wait for me. Can’t you. Abang nak imamkan solat kita.”
“Okay.”
Tanpa banyak soal Maya menjawab. Sebab perangai Adam sejak dari Kundasang tadi sangat pelik. Nak bawa berbual pun Maya fikir dua tiga kali. Senyap dan lebih banyak termenung. Akhirnya mereka pulang balik ke Kota Kinabalu hanya bertemankan suara radio.
Adam berpaling lepas mengaminkan doa. Maya yang masih bertelekung dipandang. Mereka ambil sudut di tepi untuk menunaikan solat. Cukup ruang untuk Adam mengimamkan  solat. Suasana masjid agak lenggang memandangkan waktu asar sudah satu jam lebih berlalu.
“Maya...”
Tanpa sebarang tanda. Pergelangan tangan Maya disebalik telekung ditarik. Adam hela nafas dalam. Sebuah cincin diletak atas tapak tangan yang masih berlapik dengan suci putih kain telekung Maya.
“Bersaksikan nama Allah. Dengan rendah hati Adam Zulakarnain ingin menaik darjat Maya Bella sebagai isteri dunia akhirat...”
Maya terus tarik tangan tapi Adam pantas mengengam kuat. Mengempal tangan Maya menutup cincin dalam gengaman gadis itu. “Adam tidak akan paksa Maya terima. Adam beri Maya waktu. Andai Maya terima Adam. Biar cincin ini tersarung di jari Maya. Tapi jika Maya tolak sekalipun. You’re free to tell me. InsyaAllah Adam cuba terima tapi tolong jangan pulangkan cincin ni. ”
“Cincin ni milik Maya. Dari mula akan terus jadi milik seorang Maya Bella.” Sambung Adam lalu melepaskan semula gengaman tangan Maya disebalik telekung.



“Cik Maya...” panggilan dari salah seorang pembantu asrama.
“Semalam ada seorang lelaki cari cik. ”
“Adam?”
“Bukan. Tapi umur lebih kurang umur cik dan Encik Adam.” Dahi Maya berkerut. Siapa lagi lelaki selain Adam yang sibuk nak dekat dengan dia?
“Kak kenal?”
Geleng. “Dia jumpa dan berbual dengan umi Lin. Lama jugaklah. Rasanya Maya boleh tanya pada umi Lin.” Entah kenapa hati Maya kurang senang bila ada orang cari dia. Umi Lin pun tiada cakap apa-apa ketika mereka berbual tadi. Mustahil Umi Lin lupa? Atau pembantu uminya ni cuba rahsiakan sesuatu dari dia?
“Baiklah kak. Terima kasih.”
Makin digaru hati Maya untuk tahu siapa yang sanggup cari dia sampai di rumah anak yatim ni. Mustahil orang yang berkaitan dengan kerja perjabat. Hanya Adam seorang saja yang tahu dia selalu berada di situ selain ahli keluarga terdekat sahaja.
Cakap pasal Adam, lelaki tu masih lagi tidak tunjuk bayang sampai sekarang. Sangat menepati janjinya ketika lamaran tempoh hari. Dalam diam hati Maya turut terusik. Bersungguhkah Adam nak memilikinya?
Atau sekadar mencuba nasib pada perempuan macam dia?
Tapi kalau iyapun dia hendak terima Adam?
Layakkah dia untuk lelaki itu?
Buah fikiran Maya membawa satu keluhan kecil dibibir sendiri.



“Motif?”
Jannah dapat agak reaksi Maya bila tahu pasal perkara ni. Sebab tu dia minta pembantunya rahsiakan dari Maya. Tidak sangka Maya boleh tahu sendiri. Tapi ada baiknya Lin minta Jannah sendiri yang cerita perkara sebenar.
“Umi tak suka Maya macam ni nak... apa pun...”
“Apa pun hakikatnya orang tua tetap buang Maya. Maya dah ada papa. Nama papa Maya ialah Khair. Hanya Khair...”
Keras hati Maya. Satu-satunya perangai Maya yang sukar dilentur. Jannah tarik jemari anaknya. Digengam lembut bagi menyalurkan aura positif. Dia tidak pernah suka Maya berdendam dengan keluarga kandung sendiri.
“Apalah bezanya papa ni dengan papa kandung Maya...” Khair mula kendurkan suara. Sayu pandangannya pada si isteri. Jannah pernah lalui perkara yang sama seperti Maya. Bezanya isteri yang ditinggal dulu mampu berfikir. Beza dengan Maya yang ketika itu masih terkapai-kapai mencari bahagia.
“Paa....” Maya mula merengek. Tidak sukalah bila papanya buat ayat macam tu. Nanti papa sedih lagi. Haih! Papa tahu aje kelemahan dia.
“Maya pergi jumpa papa kandung Maya tu ya..”
No! Apa pun papa cakap. Maya tak nak jumpa orang tua tu.”
Haih! Anak dara dia ni. Degil! Dijeling isterinya yang cuba sembunyikan senyuman. Memang Jannah selalu tegur dia sebab suka manjakan Maya berbanding Adam dan Luth. Mentang-mentanglah Maya satu-satunya anak perempuan dia. Maya pula suka ikut cakap dia dari A sampai Z. Lagilah Khair makin suka.
Khair keluh kecil. Susah sikit nak tegas dengan Maya. Dia sayang Maya macam anak kandung sendiri. Sejak dia ambil keputusan untuk ambil Maya sebab anak angkat, Khair tidak pernah bezakan anak-anaknya.
Fine! Ikut suka Mayalah. Papa tak nak masuk campur.”
“Yes! Terima kasih pa!” Lebar senyuman Maya. Tahu papanya memang tidak akan paksa benda yang dia tidak suka.
“Abang...” Jannah pula tidak puas hati. Diajar pula anak dara dia ni berdendam dengan papa kandung sendiri.
Khair bagi signal. Biarlah Maya dengan degilnya. Tapi dalam diam Khair sendiri ada rancangan lain. Itu yang dia akan bincangkan dengan Jannah nanti.
Mencebik isterinya walaupun tidak bising lagi. Khair tahu Jannah geram sebab dia menangkan Maya. Jannah bukan tidak tahu sebab dia selalu mengalah dengan Maya. Maya umpama Jannah di matanya. Kejadian yang menimpa Maya sama seperti isterinya. Dibuang keluarga. Sebab itu dia ingin berikan kasih sayang secukupnya pada Maya.
Now papa nak tanya pasal Adam. Macam mana? Tak baik buat anak orang tertunggu-tunggu macam tu.”
Topik baru Khair menarik muncung Maya ke depan. “Apa pula? Maya mana ada suruh mamat tu tunggu.” Tiba-tiba pula papanya buka cerita pasal Adam.
“Maya ada jumpa Adam?” Kini Jannah pula menyoal.
“Ada. Kan kami masih dalam projek Datuk Affendi tu.” Tapi reaksi Adam sangat menyakitkan hati. Serius dan macam buat tidak pernah terjadi apa pun sebelum ni antara mereka berdua.
“Dah tu?”
“Macam tu ajelah pa... Alaa tak naklah cakap pasal dia.” Buat sakit hati aje. Sambung hatinya. Tidak suka dengan cara Adam sekarang ni. Umpama mereka hanya kenal berdasarkan kerja semata-mata.
Jannah geleng kepala lagi. “Itulah anak abang.. haaaa manjakan lagi. Malaslah umi nak layan. Abang layankan ajelah. Nanti sampai berjanggut anak teruna orang tu tunggu anak abang ni.”
Tidak terjawab Maya dengan keluhan uminya. Dia hanya sengih pandang Khair ketika Jannah berdiri tinggalkan mereka.
“Merajuk dah umi kamu tu.”
Alaaa. Papa kan ada. Nanti papa pujuklah umi ek.”
Khair geleng kepala. Bertuah punya anak. Dia yang cari pasal, Khair yang disuruh pujuk.
“Apa pun papa nak Adam Zulkarnain tu aje jadi menantu lelaki papa. Papa ada perasaan kuat hanya Adam seorang tu saja yang mampu kawal anak dara papa ni. Papa pun surrender tau. Degilnya... ni apa pun Maya kena bagi jawapan dengan Adam. Tak baik biar dia tunggu macam tu aje.”
Huish! Panjang lebar pesanan papanya. Maya memang kalah bab ni. Tapi adakah patut nak Adam Zulkarnain tu aje jadi menantu dia? Papa ni tak patut sungguh. Kalaulah hati dia tergerak sukakan orang lain macam mana?
“Mamat tu entah serius entah tidak. Dah sekarang menyombong semacam.” Perlahan Maya meluahkan rasa tidak puas hatinya. Kalau dengan Adam Zulkarnain tu, status anak manja papa pun tak makan dengan Khair!
“Oh jadi selama ni anak papa tunggu Adam tanya semula la ni?” usik Khair sambil langgar bahunya dengan bahu Maya. Habis merah muka Maya.
Eleh! Malu tapi mahu rupanya.
“Okay. Nanti pa bagi hint dekat buah hati awak tu...”
Maya keluh kecil. “Tak payahlah pa. Tak naklah kahwin.”
Tegak badan Khair dengar. Tak nak kahwin?! “Hish! Apa pula cakap macam tu. Papa ni sejak Adam tu cakap dia suka kat Maya dah mula berangan. Siap plan nak tema apa untuk majlis Maya.”
Adakah patut tak nak kahwin! Nasib juga bini dia dah masuk dapur. Kalau Jannah dengar sakit jantung bininya dengan jawapan anak dara mereka ni.
“Masalah nikah nanti.”
Khair terdiam. Ya Rabbi! Inikah anak dia yang bijak sampai PHD tu?
“Maknanya sebab nilah selama ni Maya tolak lelaki yang datang merisik anak papa ni?”
Jujur kepala Maya angguk. “Part of it...Auch! paa!!!” Dan dan waktu tu juga Khair ketuk kepala anaknya. Berkerut kening Maya tidak puas hati. Tengok! Adam memang mampu melucutkan takhta anak manja papa. Sampai sanggup ketuk kepala dia.
“Papa tak nak dengar alasan tu. Lepas ni papa nak Maya sarung semula cincin Adam bagi tu. Lepas tu pergi jumpa Adam ajak dating or whatever. Faham?!”
“Faham tak ni?” Sekali lagi Khair menyoal. Alahai anak dara dia ni. Belajar tinggi-tinggi sampai dapat doktor tapi fikiran ke situ jugak! Tak kisahlah bukan dia yang walikan Maya sekali pun. Khair tidak pernah kecil hati. Yang penting anaknya kahwin.
Dan sekarang bagus juga papa kandung Maya muncul semula walaupun guna orang tengah cari Maya. Sekurangnya dia tahu nak cari dekat mana!



Maya gosok lehernya. Tidak gatal tapi tabiat semula jadi bila dia kekok. Ingat tadi nak buat grand entrance bagi kejutan ke ofis Adam. Tup-tup mamat tu tengah mesyuarat pula.
Lain yang dicari, lain yang dia jumpa. Tak sangka papa Adam pun tengah tunggu mamat tu. Tidak pasal-pasal Datuk Mustapha ajak dia tunggu sekali. Nak tolak segan pula, tapi ni kalau Adam tahu cemburu lagi mamat tu. Ingat lagi air muka cemburu Adam sampai nyaris kemalangan dulu tu. Cukuplah sekali tak nak dia hadap lagi.
“Adam bagi?”
“Hah?”
“Cincin tu dari Adam?”
Oh! Maya terus tunduk pandang jarinya. Rupanya dari tadi jarinya suda mula main pusingkan cincin dari Adam tu. Perlahan Maya angguk. Malu. Tak pasal papa Adam kesan dulu.
Dilihat Datuk Mustapha tersenyum. Namun seketika saja dan Maya dapat kesan air muka papa Adam yang menahan keruh. Kenapa ni? Datuk tidak suka dia dan Adam ke?
Err... Datuk tidak suka saya dengan Adam?” Maya menyoal tanpa sebarang tapisan. Kalau papa Adam tidak suka, dia dengan rela hati buka semula cincin tu. Adam pun belum tahu keputusannya. Maya cukup fobia dibuang dan tidak disukai dari kecil. Jadi sebelum Adam buang dia sebab Datuk Mustapha. Baik dia yang buang dulu!
“InsyaAllah. Uncle restu Adam dan Maya... Ni nak bagi jawapan dengan Adamlah ni?” usik Datuk Mustapha pada gadis itu. Lama dia tatap Maya. Cantik. Sesuai dengan Adam.
Maya tersenyum senang. Alhamdulillah.
“Uncle rasa uncle kacau rancangan Maya la ni? Kalau macam tu uncle baliklah. Bagi peluang Maya dan Adam berbual.”
“Eh... tak apa uncle. Kita makan sekalilah. Lagipun ada benda Maya perlu terus terang dengan Adam dan keluarga Datuk pasal Maya...”
Datuk Mustapha terus terdiam. Hati tuanya tiba-tiba tidak sedap hati.



“Wali hakim?”
Maya angguk. Sebelum dia terima Adam. Dia perlu tahu penerimaan Adam dulu pada dirinya yang sebenarnya. “Jujurnya. I bukan anak papa. I anak angkat papa dan umi. I bukan berbintikan Khair. Sebab tu I tanya kalau you sanggup kahwin dengan I yang hanya berwalikan hakim.”
“Papa kandung you? You pernah cari?”
“Tidak dan tidak akan.”
Berubah wajah Adam dan Datuk Mustapha. Adam kerling papanya di sebelah. Meminta pendapat dalam diam.
“Sebab? I tahu buah hati I takkan buat sesuatu tanpa sebab.”
“I takkan cari orang yang tidak pernah terima I. Dia bukan sekadar tidak terima malah I dibuang oleh orang tu. Jadi kenapa I perlu cari?”
Soalan Adam dijawab sepakej dengan soalan maut dari Maya. Satu keluhan kecil yang terhela di bibir lelaki itu meresap ke dalam naluri dia. “Sebab tu I nak you tahu sebelum you ambil keputusan untuk teruskan niat you. Kalau you terima I. Meaning you akan hormat pendirian I. I takkan cari orang yang pernah buang I. Ada baiknya Datuk pun ada sini. Sekurangnya keluarga you tahu siapa I.”
Panjang lebar Maya bersuara buat dua beranak itu turut berdiam. Adam tahu Maya degil. Tapi dia tidak sangka sampai tahap macam ni? “Maya Bella. Sekali hati ni pilih nama tu. Maksudnya hanya Maya Bella jadi isteri Adam Zulkarnain. Ada faham? Jadi Maya datang ni beri jawapan pasti pada Adam kan?”
Sempat Adam mengusik dalam situasi tegang sekarang ni. Jujur dalam sedih dengan keadaan dan degil Maya. Terselit rasa bahagia pada penerimaan Maya. Mereka kongsi rasa yang sama. Rasa cinta!
Maya geleng kepala.
Hancur berderai hati Adam. Eh! Ek! Main-main pula Maya ni. Apa maksud kepala comel tu digeleng.
“I datang untuk beritahu you yang I bukan saja nak penerimaan you semata-mata. Tapi termasuk keluarga you. Kalau keluarga you terima I dengan hati terbuka. I akan terima. Kalau tak maksudnya jawapan I pun tidak.”
Maya sempat tarik nafas. Cuba kawal perasaan sendiri. Bersuara dan berterus terang macam ni bukan cara dia.
“Jujur I sayang you. Tapi I lagi sayang hati sendiri...”
“I dah cukup sekali dibuang. I tak sanggup terima untuk kali kedua. Jadi kalau keluarga you tidak terima I dan pendirian I. Sila berterus terang sementara hati I masih kuat untuk terima hakikat. Bukan senang untuk teruskan hidup lepas dibuang keluarga sendiri. I tak nak kejadian berulang semula.”




“Pendapat papa?”
“Papa tak kisah. Yang penting anak papa bahagia.” Datuk Mustapha menyuarakan keputusannya. Masih lagi terkejut dengan cerita Maya tadi. Kerasnya hati seorang Maya.
“Paa...”
Datuk Mustapha memandang anak lelakinya. Jelas riak wajah gusar Adam. Entah sukar dia menembak hati si anak. Waktu minum bersama Maya petang tadi nampak sangat tahap confident melampau. Malam ni baru mula serabut. Mengelamun aje lepas makan malam tadi. Itu yang buat dia tergerak hati datang mendekat.
“Papa tak nak tanya kenapa Adam bagi cincin tu pada Maya?”
Dahi Datuk Mustapha berkerut. “Pa ingatkan Adam buat design yang sama?”
Adam geleng kepala menjawab.
“Cincin yang sama pa. Adam langsung tidak ubah ikut saiz jari arwah mama. Suprisingly its fit her. Papa tak tergerak ke nak buka mulut? Maya dah dewasa pa. Adam yakin dia boleh terima perkara sebenar.”
“Sejak bila Adam tahu?”
“Sejak Adam mula kenal Maya. Muka Maya sebiji macam arwah mama. Lepas tu Adam dapat tahu Maya anak angkat uncle Khair. Lama dah pa... sejak Adam sekolah menengah.” Dia membesar dengan gambar-gambar arwah mama dan cerita cinta papa tirinya.
Adam tidak pernah salah meneka. Maya memang anak papa.
Datuk Mustapha mengeluh kecil. “Papa tak rasa Maya terima lepas apa yang papa dah buat... Papa tak kuat Adam. Papa tak kuat nak berterus terang.” Dia pernah cuba cari Maya. Lepas beberapa tahun akhirnya dia buka mulut mencari satu-satunya anak dia. Anak yang dia buang sendiri ke rumah anak yatim.
Itupun lepas pertemuan dia dengan Maya di pejabat Adam tempoh hari. Mengenali nama yang dia sendiri dan arwah isteri memilih. Datuk Mustapha cukup yakin Maya anak kandung dia. Lebih lagi tengok wajah Maya yang seiras arwah isterinya.
Telefon Adam berdering menghentikan perbualan mereka.
Uncle Khair.
Cepat tangan Adam menyambut. Pelik juga bila dapat panggilan tengah malam macam ni.
“Helo. Assalamualaikum...”
Riak Adam berubah. Papanya dipandang sekilas sambil mendengar cerita dari uncle Khair. “Astaghfirullah. Habis tu Maya mana sekarang ni?”
“Adam datang sekarang!” Telefon terus dimatikan.
“Apa jadi dengan Maya?” Datuk Mustapha terus menerpa dengan soalan. Hairan dengan sikap anaknya yang terburu-buru. Apa jadi dengan Maya?
“Maya dah tahu pa. Maya dah tahu siapa papa kandung dia... Sekarang ni Maya tengah berkurung mengamuk dalam bilik. Adam nak pergi jumpa Maya...”
Berdebar-debar jantung Datuk Mustapha. Maya dah tahu. Maya mengamuk. Ya Allah! Sungguh ini yang dia takut. Takut penerimaan Maya lepas tahu hakikat orang yang pernah buang dia.
“Kita pergi. Mama, papa dan Adam. Dah tiba masanya abang jumpa Maya. Apapun Maya tetap anak abang...”
“Mama tahu?”
Datin Marina angguk. Sejak suaminya berjumpa dengan Maya semula lagi. Memang tiada rahsia antara mereka berdua. Dia juga yang usulkan siasat latar belakang Maya dan cari semula Maya Bella anak kandung suaminya.
Dia mahu anak beranak itu bersatu semula. Payah macam mana sekali pun, pasti Allah akan gerakkan hati Maya terima papa kandungnya semula. Yang penting kesungguhan suaminya ‘menarik’ anaknya semula ke pangkuan papa sendiri.



Sampai rumah keluarga Maya. Adam terus melulu menuju pintu bilik si buah hati. Alahai berdentum bilik dengan barang-barang. Ni dari tadi tak habis lagi baling barang? Banyak juga barang dalam bilik Maya sampai sekarang tak habis-habis lagi.
“Aunty risau. Dari tadi tak dengar pun suara Maya. Barang aje bunyi kena baling. Tu baling bola dia tu sekarang ni?”
“Bola?”
“Adik pernah hadiahkan bola keranjang dekat Maya. Dalam tu ada bola. Rasanya barang dah habis berkecai. Tu yang bola aje yang mampu dibalingnya dari tadi.”
Dalam risau tu Adam rasa nak tergelak juga dengar cerita dari Aunty Jannah. Alahai buah hati dia ni... Dalam bilik pun boleh jadi gelangang bola keranjang.
“Macam mana Maya boleh tahu?”
“Terdengar perbualan aunty dengan uncle tadi.. Aunty harap Adam dapat pujuk Maya. Along takde ni... Kerja. Risau aunty. Selalunya Along atau uncle je yang mampu pujuk Maya. Ni sekarang sah-sah tengah marah dengan uncle.”
“In-sya Allah. Adam cuba...”
“Uncle mana?” Baru tersedar yang anak teruna tu naik sendiri tanpa suaminya. Tadi kata nak turun bukakan pintu untuk Adam. Tengok sampai sekarang tak naik-naik lagi.
“Bawah dengan papa dan mama.”
“Kalau macam tu. Aunty turun bawah dulu. Tak baik biar tamu macam tu. Adam tengok-tengokkan kejap Maya. Aunty risau dia buat bukan-bukan. Dah la dari tadi bunyi barang aje keluar. Tak keluar pun suara dia dari tadi...”
Jannah turun tinggalkan Adam depan pintu Maya. Risau dengan anak gadisnya seorang ni. Maya sukar dijangka. Lagi bila perkara ni jadi macam ni.
“Maya sayang... Adam ni..” Kuat suara Adam melawan bunyi bola yang dibaling ke dinding.
Adam sempat tangkap bunyi senyap seketika sebelum dentuman bola kembali. Maya tahu dia di luar!
“Maya sayang... keluar please... Adam tahu Maya dengar. Jangan macam ni sayang...” Masih lagi setia di luar. Harapan sangat Maya buka pintu keluar.
Lepas beberapa minit masih tiada tanya hendak keluar. Adam kembali membebel. Kali ni siap dengan ugutan. Kalau tak makan saman lagi tak tahulah tahap degil Maya ni.
“Walaupun apa pun. Adam tetap nak Maya jadi isteri Adam. No is not the answer. Adam nak Maya. Kalau Maya tak nak keluar. Adam cari tok kadi sekarang jugak. Papa ada sekali dekat bawah tu. Kejap je kalau nak akad. Uncle Khair boleh panggil jiran sebelah buat saksi sekali.”
Pap!
Pintu terus terbuka. “I nak tahu satu je. I nak you jujur. You tahu dari dulu atau baru je?”
Terkedu Adam dengan soalan Maya. Mata laju melirik air muka Maya. Merah tapi bukan sebab bengkak lepas menangis. Maya tidak sedih tapi Maya marah.
“Adam!” kuat suara Maya menjerit. Sempat lagi mengelamun. Tadi bukan main lagi membebel macam tak cukup tanah.
Err... sejak sekolah...”
“Ambil balik cincin ni. You and I. We’re even. I don’t need your pity. Mulai hari ni. I tak kenal siapa Adam Zulkarnain. Get off my life.”
Dup!!
Berdentum pintu bilik Maya. Sekali lagi Adam terkedu sambil memandang pintu bilik. Mata dijatuhkan ke cincin atas tapak tangannya. Masih mencerna kata-kata Maya tadi.
Nada sekata saja tapi sakitnya menyucuk. Eh! Maya ni...
“Maya...”
Go!!” Berdentum pintu bilik dengan bola yang dibaling dari dalam.
I hate you. Liar! Penipu! Aku benci kau. Benci!!! Pergi!!” jerit Maya sambil membaling bola keranjang ke pintu bilik. Sikit lagi boleh pecah kalau Adam terus berkeras untuk berada depan pintu buah hatinya.
“Apa pun keputusan Maya... Adam tidak akan sesekali tinggalkan Maya. Adam akan setia tunggu... I love you sayang...
I’m not! I’m not!! and i’m not going to love a liar! Go!!” Emosi Maya makin tidak menentu. Meraung-raung sambil mengamuk baling bola ke pintu. Marah! Dia paling benci orang tidak berlaku jujur dengan dia!
Maya benci Adam!



Empat hari Maya tidak kerja. Keluar bilik pun hanya sekali. Sekadar memberi sepatah dua kata pada umi. Cukup untuk tahu yang dia nak tenangkan diri. Abaikan dia buat sementara waktu. Bilik yang tunggang langgang sebab dia sendiri pun sudah dikemas.
Mujur papa dan umi faham dengan emosinya. Papa dah beritahu. Adam tidak akan dibenarkan datang dekat dengan Maya. Untuk itu dia sangat sayangkan papa. Papa tahu dia tidak boleh tengok muka lelaki tu sekarang ni.
Makan pun umi sekadar hantar makanan ke dalam biliknya. Dia dah janji dengan papa dan umi. Untuk seminggu sahaja. Beri masa dia seminggu tenangkan diri.
Papa cadangkan dia pergi bercuti. Tapi Maya bukan jenis suka melancong. Kehidupannya selama ni pun hanya rumah, kelas dan pejabat. Meluangkan masa dengan umi dan papa jauh lebih bermakna dari melancong tinggalkan rumah.
Cukuplah along dan adiknya jarang ada di rumah. Dia nak sentiasa bersama dengan orang yang lebih menghargai dirinya.
“Dah kenapa buat perangai ni?”
Terjatuh buku atas tangan Maya. Terkejut dengan sergahan si abang. “Along?” senyuman lebar. Yeay! Abang dia dah balik.
Muka ceria Maya berubah. “Kenapa buat perangai ni? Maya dah besar? What is wrong with you?”
“Kenapa along ni?” Tidak fahamlah along ni. Datang aje bilik dia terus soal macam-macam.
You know how messed I am because of you? Along kerja pun tak tenang. Terkejar-kejar cari orang ganti Along sebab Maya buat perangai!”
Maya tak percaya langsung abang kesayangannya cakap begitu. Kenapa letak salah pada dia? “Kaitan? Ada Maya suruh? Tak ada kan? Yang along bising ni kenapa?” Walaupun hati tengah bergelegak, dia masih lagi mampu berkompromi.
“Maya Bella!! Sebab Maya buat perangai macam ni umi dan papa tidak senang hati, jadual abang berterabur gara-gara nak balik sini, Adam pun tak dapat masuk kerja Serabai macam bukan orang. Now your own dad masuk hospital? Itu yang Maya kata tiada kaitan?!!” Makin naik darah Maya ditengking oleh along.
Kaki melangkah ke depan. Sinis Maya senyum pada abangnya. “Mati pun orang tua tu Maya tidak hairanlah along. Lagi bagi dia bawa anak lelaki dia tu mampus sekali....”
Pang!!
“Maya Bella binti Mustapha!! Ingat sikit darah daging sendiri!”
Bergegar badan Adam Khair. Adiknya makin melampau!
Sinis terukir. Buat pertama kalinya pipinya menerima habuan dari si abang. Air mata Maya mula mengalir.
“Along tampar Maya... Along tampar Maya...” luah Maya perlahan. Lebih kepada beritahu diri sendiri. Ingatkan diri sendiri yang abang kesayangannya sanggup tampar dia.
Adam tercenggang. Mata terus jatuh pada tapak tangan sendiri. “Maya....” Argh! Baru sedar salah sendiri. Hati mula rasa serba salah tengok air mata adiknya.
“Maya...”
Tangan yang cuba mengelap air mata Maya ditepis.
Mata tajam Maya merenung si abang. “Memang Maya ingat darah daging sendiri. Darah daging sendiri yang pernah buang Maya. Darah daging Maya sendiri yang hantar Maya ke rumah anak yatim. Orang tua tu... Maya takkan pernah lupa muka dia seret Maya ke rumah anak yatim. Maya takkan pernah lupa...”
“Maya tahu Maya bukan adik kandung along... Tapi Maya ingat along faham perasaan Maya... Tapi along... Along ingatkan Maya bukan darah daging along. Along ingatkan yang Maya ni bukan adik along. Along pun nak buang Maya? Buang Maya ke tempat orang tua tu?”
“Tak apalah. Kalau Along pun tak nak Maya. Maya boleh angkat kaki. Tapi jangan paksa Maya terima orang yang pernah buang Maya... Maya takkan sesekali pandang semula...” luah Maya perlahan.
Tubuh Adam Khair dipeluk. “Maya sayang along. Maaf sebab Maya susahkan along. Maaf sebab buat along huru hara... Apa pun Maya tetap sayang satu-satunya abang Maya.” Maya terus berlari keluar rumah. Tidak mampu tengok muka marah abangnya lagi.
Tercenggang.
Adam masih mencerna ayat-ayat adiknya. Kaku tengok air mata Maya tadi. Terkejut dengar luahan Maya.
 Ya Allah! Apa aku dah buat?



Tambah lagi sesi berkurung Maya. Sakit hati dengan Adam Zulkarnain tidak hilang. Sekarang Adam Khair pula tambah perencah. Lagi teruk sampai menangis jugak beberapa malam.
“Sudahlah dicabut rumput tu. Botak dah tanah halaman ni.” Pembantu uminya mula menegur. Maya saja buat tidak endah. Sekurangnya dapat lepas geram.
“Maya sayang...”
Jari Maya berhenti mencabut rumput. Kepala angkat memandang awan. Laju dia berdiri memandang lelaki hadapannya.
Air mata Maya mula mengalir. Rindu... tapi ego menambah tembok degil dia. “Maya tak rindu papa dan umi?” Soalan ringkas yang menarik air mata Maya keluar.
Maya terus rangkul tubuh tegap papanya. “Rindu...” rengek Maya. Dia mana pernah jauh dari papa dan umi. Tipulah kalau Maya kata tidak rindu.
Khair senyum kecil. Rambut anaknya ditepuk perlahan. “Papa pun rindu anak manja papa...”
“Umi...” Maya rangkul pula tubuh Jannah erat.
“Rindu...” Rengek Maya manja.
“Umi lagi rindu Maya sayang... Jangan jauh dari umi lagi. Umi tak nak hilang satu-satunya anak perempuan umi.”
Makin kuat suara tangisan Maya. Rasa bersalah sebab buat umi sedih. “Maafkan Maya... Maya janji tak jauh dari umi lagi...”
“Maya ikut papa dan umi balik rumah ya...” pujuk Khair sambil peluk dua wanita kesayangannya.
“Along...”
“Papa dah ketuk kepala Along tu. Berani buat macam tu dekat Maya. Papa yang halau along keluar pulak lepas tu.”
Maya ternganga. “Eh janganlah. Kesian along... Sampai hati papa...”
Khair tersenyum kecil. “Tahu juga nak bela Along dia. Hari tu bukan main bergaduh sampai lari rumah...”
“Pa...” rengek Maya. Papa ni suka main-main waktu macam ni.
“Ada... tu...”
Patung maskot beruang datang bawak belon besar bertulis ‘Sorry!’ datang mendekat. Maya cuba tayang muka selamba. Hati mula teruja tapi ditahan. Comel!
Maya silang tangan di dada. Mata tidak lari dari memandang maskot yang berhenti betul-betul depat dia.
Tanpa amaran tubuh Maya dipeluk. Lama.
Air mata Maya mula meleleh lagi. Mula terkenang pergaduhan pertama dia dan along. Dari tangisan biasa hingga kuat sampai terhinjut-hinjut bahunya.
Pelukan dileraikan. Tangan kiri Maya ditarik. Belon diserahkan hingga Maya pegang sendiri.
Air mata yang mengalir dikesat oleh tangan besar patung tersebut.
Merah muka Adam lepas buka kepala patung yang dipakai. Rambut yang serabai dibiarkan. Tidak tahan tengok si adik yang menangis bagai nak rak depannya.
“Maafkan along... Along sayang Maya. Along salah buat adik along menangis. Along minta maaf... Jangan menangis sayang... Along minta maaf tampar pipi Maya... Along minta maaf...” luahan Adam diselit dengan air mata sendiri. Tidak pernah sekali pun rasa bersalah hilang lepas apa yang dia buat pada Maya.
“Maya...”
“Maya sayang along. Maya minta maaf. Maya rindu along...”
Adam tersenyum. “Along pun rindu Maya...”
Dia janji. Dia tidak akan buat satu-satunya adik perempuan dia menangis kesedihan lagi. Cukup pertama dan terakhir. Dia tidak sanggup bergaduh dengan Maya lagi.
Khair senyum pandang isterinya. “Alhamdulillah.” Keluarga mereka bersatu semula. Kalau Luth ada sekali pasti si bongsu melengkapkan pertemuan kali ini. Diam dari pengetahuan Maya. Luth turut mengikut perkembangan pertemuan kali ini melalui panggilan video yang disambungkan oleh pembantu Khair.
Si adik turut risaukan keadaan kakaknya. Khair bersyukur sangat dia dikurniakan anak-anak yang saling sayang satu sama lain.



Maya kalih kepala ke pintu. Hilang tumpuan kerja sejak beberapa minit tadi. Tiba-tiba saja dia seram semacam.
“Eh?” Mata hala pada kucing kuning putih yang berjalan masuk. Kucing siapa yang terlepas dalam pejabat dia ni?
“Sara!” Maya jerit memanggil setiausahanya. Senyap. Bila tiada respon dari luar. Dia cuba interkom pula. Sama. Panggilan langsung tidak berjawab membawa dia keluar bilik.
Sunyi luar ofis buat dia tambah pelik.
Mata dijatuhkan pada kucing yang sudah naik atas sofa pejabatnya. Amboi! Pandai pula cari port cantik.
Scottish Fold yang mencemar duli masuk biliknya mula didekati. Comelnya kucing ni. Maya mula tarik ke atas riba. Mata jatuh pada leher si kucing. Ada pendrive!
Nota kecil yang digulung bersama pendrive tadi dibaca.
Dear Maya, please open. Love you.
Maya hela nafas dalam. Dapat diagak siapa tuan si penghantar comel.
“Apa Maya nak buat pada dia tu?” tanyanya pada kucing yang hanya tunjuk muka comel dia.
Maya angkut sekali kucing tadi ke meja kerja. Pendrive dicucuk ke port komputer riba miliknya. Hanya mengandungi sebuah video.
Mula-mula beberapa gambar seorang wanita yang dia tidak kenal. Kemudian beralih pada gambar dia masa sekolah menengah hingga kini. Diteruskan gambar dia dan wanita tersebut diletak sebelah menyebelah.
Wajah Adam mula terpampang.
“Maya sayang... Mula-mula Adam tengok Maya dulu. Adam terkejut. Samakan wajah Maya dan wanita tu? Untuk pengetahuan Maya. Itu arwah mama. Arwah mama Maya. Papa tidak pernah rahsiakan cerita cinta Papa dan arwah mama. Dari kecil Adam biasa dengar dan tengok gambar arwah...”
“Mula Adam ingat hanya pelanduk dua serupa hinggalah Adam tahu nama sebenar Maya. Maya... Adam faham perasaan sayang. Tapi tidak salah kita sebagai anak mengalah. Papa pun menyesal dengan apa yang papa pernah lakukan. Papa sebenarnya tidak pernah lupakan Maya. Gambar-gambar dan video Maya masih kecil masih tersimpan rapi. Papa tidak pernah biarkan sesiapa masuk bilik Maya sampai sekarang. Hanya Papa seorang saja masuk setiap kali rindukan Maya.”
“Maya... Papa dah tua sayang. Adam harap Maya maafkan salah papa. Maya yang Adam kenal lembut pada hati walaupun keras pada luaran...”
Adam diam seketika. Menarik nafas mengawal perasaan sendiri.
“Adam tahu Maya tak nak jumpa Adam lagi. Adam sedia tarik diri tapi jangan pernah berhenti pujuk diri untuk jumpa papa. Papa di hospital sekarang ni. Kena minor strok lepas jatuh di tandas rumah. Kalau Maya ada masa jenguklah papa. Papa hari-hari tanya pasal Maya...”
“Simpan cincin Maya, cincin tu memang dari awal milik Maya. Itu cincin arwah mama. Adam pulangkan pada pemiliknya. Lagi satu Belle ni kucing kesayangan Adam. Setiap kali Adam rindukan Maya, Adam akan peluk cium dia. Jaga dia untuk Adam... Adam sayang Maya. Sentiasa cintakan Maya...”
Maya cuba kawal perasaan sendiri. Ayat terakhir Adam seolah bagi signal yang dia akan tinggalkan Maya. Air mata Maya mula menitik.
Dia yang halau Adam pergi dari hidupnya. Tapi kenapa hati sendiri yang rasa sakit bila Adam mula menjauh. “I really hate him.” Luah pada si kucing yang hampir sama nama dengannya.



Sedar tiada sesiapa menjaga. Maya terus masuk ke dalam wad yang menempatkan Datuk Mustapha. Dilihat lelaki yang nyenyak tidur tanpa menyedari kehadirannya. Lelaki yang dulu gah menyanjung cinta arwah mama hingga sanggup pertikaikan bahagia anak sendiri. Lelaki yang pernah tegas dengan pendiriannya.
Dulu lelaki ini yang pernah seret dia keluar rumah. Bawa dia keluar dari rumah ibu bapa kandung sendiri ke rumah anak yatim.
Maya biar air mata yang mula mengalir. Terkesan dengan memori zaman kecilnya. Trauma dengan apa yang pernah dilalui. Hanya kerana arwah mama berkeras melahirkan dia walaupun kesihatan tidak mengizinkan.
Pernah Maya terfikir alangkah bahagia jika arwah mama setuju doktor tarik nyawa dia sebelum sempat dia melihat dunia. Apa guna dilahirkan ke dunia jika papa sendiri tidak pernah pandang dia dengan kasih sayang?
Hati Maya sentiasa sakit setiap kali kenangkan betapa seksanya dia cuba menagih kasih papa. Lagi lepas arwah meninggal. Dia terkapai-kapai mencari arah dan bahagia sendiri. Tapi bila papa tidak tahan tengok wajahnya. Papa sendiri hantar dia ke rumah anak yatim umi Jannah.
Bukan senang Maya cuba berdiri semula. Bila dia sudah bahagia dengan apa yang dia ada.
Kenapa mereka perlu muncul semula?
 Kenapa perlu letak dia ditempat yang salah?
“Maya...” Suara Datuk Mustapha menyedarkan Maya. Air mata yang dibiar sejak tadi dikesat kasar. Masih enggan nampak lemah pada mata lelaki itu.
“Maafkan papa...”
“Kenapa sekarang Datuk? Kenapa lepas Maya jumpa bahagia Maya? Kenapa perlu muncul semula dalam hidup Maya...” Pandangan Maya tepat pada mata redup Datuk Mustapha.
Sakit hatinya kembali berdarah bila Datuk Mustapha nampak lemah depannya. Dia pernah berdendam untuk nampak hebat bila berjumpa semula dengan orang yang pernah buang dia. Ingin berlawan dan berdiri sama hebat dengan papanya.
Bukan macam sekarang. Bukan ketika Datuk Mustapha terlantar atas katil.
“Papa rindu Maya...”
Nafas dalam dihembus. Hati bagai dicarik dengar luahan yang dia pernah impikan satu masa dulu. “Jangan macam ni Datuk. Be bold and strong as what you were before. I’m nothing to you...
“Maya Bella anak papa...”
Mata dipejam kuat. Tidak sanggup dengar kenyataan dari mulut Datuk Mustapha. Kenyataan yang pernah dipertikaikan suatu masa dulu. Bila Maya cuba terima hakikat itu kenapa Datuk Mustapha perlu kembali menyatakan sesuatu yang dia cuba lupakan?
Maya geleng kepala perlahan. “Jangan Datuk. Jangan pernah jilat ludah sendiri. Papa  dan umi Maya hanya Khair dan Jannah. Well... Maya datang sini pun sebab semua sibuk suruh tengok lelaki yang kononnya terlantar sakit. I’ve done my part. Balik dulu datuk...”
Badan Maya dikalih ke belakang. Jeritan Datuk Mustapha memanggil namanya hanya dibiarkan. Saja hati biar keras walaupun sedih kerana bertindak kejam.
Tiada. Dia tidak kejam. Dia cuma mahu bahagia sendiri. Bahagia dia tanpa Datuk Mustapha. Berkali-kali dia bersuara menetapkan hati sendiri.
“Maya!! Mayaa..... Maya....”
Buk!!
Maya kalih belakang. Terkejut dengan Datuk Mustapha yang jatuh dari katil. Masih lagi mengensot untuk dengan dengannya. Kaki kaku melihat keadaan lelaki itu.
Air mata Maya mengalir semula. Geram dengan diri sendiri yang mula mendekati Datuk Mustapha. Benci bila dia tidak mampu bertindak kejam.
“Ampunkan papa nak... ampunkan papa...” Datuk Mustapha menarik tangan Maya ketika anaknya cuba bantu dia berdiri.
“Kenapa? Kenapa papa buang Maya? Kenapa papa tak pernah sayang Maya... Maya tidak pernah rasa kasih sayang Maya? Kenapa salahkan Maya sebab takdir arwah mama sakit? Kenapa pa?? Kenapa??”
“Maafkan papa... maafkan papa...” Sedaya upaya Datuk Mustapha menarik Maya ke dalam pelukannya. Ya Allah! Inilah anak yang pernah dia buang.
“Apa salah Maya pa? Maya pun sedih arwah tinggalkan Maya. Hanya arwah tempat Maya tagih kasih sayang waktu tu? Kenapa papa salahkan Maya? Kenapa papa buang Maya? Maya baru empat tahun waktu tu pa... Maya tiada sesiapa...”
Tangisan Maya bergema dalam wad. Meluahkan segala yang dia tahan bertahun-tahun. Melontar segala soalan yang selama ini disimpan rapi.
“Jangan tinggal papa nak... papa minta ampun... maafkan papa. Papa sayang Maya. Maya jantung hati papa.... Maya satu-satunya kenangan mama yang papa ada...”



Hampir dua minggu Maya tinggal di rumah Datuk Mustapha. Mulanya memang dia segan. Tapi tidak sampai hati bila Datuk Mustapha enggan berjauh. Papa Khair dan umi Jannah pun pujuk dia suruh tinggalkan dengan papa kandungnya sementara. Ingin Maya meluangkan masa lebih dengan papanya.
Dari tidak tahu sampaikan dia kenal mama kandung dan adik beradik Adam yang lain.
Rupanya hanya Adam seorang anak tiri Datuk Mustapha. Yang lain tu kira adik tiri dia. Satu bapa lain emak dengan dia.
“Maya...”
“Ya ma?”
“Sudahlah siram bunga tu. Mari minum petang dengan mama.”
Maya tutup paip dan ikut mama Adam ke meja. Mulanya dia panggil puan tapi mama berkeras suruh panggil mama. Eh! Sudahlah bakal mertua tidak jadi. Buat dia serba salah dari mula.
Sejak dia berpindah situ. Kelibat Adam Zulkarnain tidak pernah kelihatan. Seorang pun tidak pernah timbulkan isu dia dan Adam.
Rindu. Siapa kata dia tidak pernah rindu. Kalau tidak rindu, tiada maknanya dia angkut sekali kucing telinga jatuh tu tinggalkan bersama di rumah Datuk Mustapha. Siap bawa masuk ‘rumah’ Belle si kucing lagi ke dalam biliknya. Mula dia terkejut juga tengok rumah kucing tu. Tak sangka sampai macam tu sekali tahap diva kucing tu.
“Ma...”
“Ya sayang...” Maya tabik springlah dengan mama Adam ni. Suaranya tidak pernah sekali pun high note. Lembut semacam sampai dia rasa diri terlalu kasar.
“Ma tak rindu Adam?”
“Maya rindu Adam?” Soalan Maya dibalas dengan soalan. Siap dengan senyuman manis lagi. Aduh! Salah soalan ke ni?
“Jangan risau. Adam lelaki. Dia patut pandai jaga diri sendiri.” Selamba betul mama Adam ni. Maya hanya senyum pahit.
Mana Adam sekarang ni? Soalan yang ingin diluah tapi takut terima jawapan yang dia tidak inginkan. Lagi dia penyebab lelaki itu semakin menjauh.
Belle yang datang dengan lengoknya sempat ditangkap letak atas riba. Maya usap bulu lembut si kucing.
“Ma... Maya minta maaf...” Luah Maya memecah kesunyi.
Mama Adam angkat kening. Letak semula cawan yang hampir ke mulut. “Maaf? Sebab?” Pelik bila Maya tiba-tiba minta maaf.
“Sebab Maya, Adam ambil keputusan jauh dari mama...”
Dahi wanita itu berkerut sebelum ketawa kecil. “Bertuah punya budak?”
Giliran Maya pula pandang mama Adam pelik.
“Adam tiada beritahu Maya dia ke mana?”
Geleng.
Mama Adam tergelak kecil lagi. Lembut dan langsung tidak sinis pada telinga Maya. “Adam pergi Perth ambil adik dia habis belajar sana. Adam memang suka manjakan Hani. Sampaikan balik Malaysia pun nak abangnya pergi ambil... Tapi sampai dekat dua minggu nak ambil Hani. Mesti pergi makan angin dulu tu...”
Mulut Maya ternganga. Kurang asam! Punyalah dia risau dan rindu bagai nak rak. Boleh pula dia pergi bercuti! Siap bagi kucing ni lagi suruh Maya jaga.
Dari serba salah. Sampai berangin badan Maya.
“Maya ingat...”
“Maya ingat Adam nak jauh dari Maya? Nak tinggalkan macam mana. Duduk jauh sikit pun dah rindu. Ni pula nak tinggalkan sayang Adam ni... ” potong Adam sambil berjalan mendekati wanita-wanita kesayangannya.
“Eh! Tak cakap dengan mama pun balik hari ni?” Mama Adam sendiri terkejut dengan kemunculan anaknya apatah lagi Maya.
Tapi bila tengok muka nakal Adam. Geram pula hati Maya. Yang dia buat ayat sedih macam nak tinggalkan Maya tu dah kenapa? Mestilah dia salah faham! Siap suruh jaga kucing ni lagi!
“Jangan nak usik sangat anak dara orang tu Adam. Bincang elok-elok. Mama masuk dalam ambilkan cawan.” Tahu pasti banyak yang Adam dan Maya hendak luahkan satu sama lain. Saja dia beralasan untuk beri ruang pada pasangan itu.
“So... miss me?” Adam melutut depan kerusi Maya.
Gadis itu mencebik. Balik lagi tunjuk muka kayu dia.
Tersenyum dia melihat wajah yang tidak pernah hilang dari hatinya. Ada saja gaya Maya yang mencuit hatinya. “Dengar ada orang merajuk sampai lari rumah?” Terkejut bila kawannya meluahkan perasaan yang Adam tertampar Maya. Nak datang pujuk takut dia tambah kerukan lagi keadaan. Ditahan saja hati mengikut nasihat uncle Khair agar dia bersabar.
“Adam!”
Adam tertawa. Dengar pun suara mahal tu.
Thanks for coming back to us...” ucap Adam ikhlas. Sujud syukur bila usahanya selama ini menjadi kenyataan. Akhirnya Maya sudi terima papa kandungnya sendiri.
Thanks to you... Adam sedarkan Maya...” Kerana video rakaman Adam yang turut diselitkan rakaman papa yang nyenyak tidur terlantar di wad. Hati Maya tidak pernah tenang. Mulut kata lain tapi hati meronta-ronta ingin mengetahui kesihatan papanya.
“Kasih diterima. Jadi bila nak Adam tangan tok kadi ni? Lama sangat tangguh! Tak naklah bila Adam ke luar negara lagi. Orang tu ingatkan kita tinggalkan dia...” Tawa Adam mengusik. Saja dia buat ayat macam tu pada video tempoh hari. Berkesan juga idea bernas uncle Khair ni. Bagi sikit Maya rasa tidak selamat. Itu saja jalan supaya Maya sedar dari egonya.
Yiee! Benci! Siapa entah nak kahwin dengan dia. Kahwin dengan kucing ni! Ambil balik!” Belle diserah kepada tuannya semula. Benci betullah! Suka sangat usik dia!
“Betul ek benci. Alololo... nak lah...”
“Adam stop it!” Merah muka Maya diusik lelaki tu. Menyesal dia buat drama air mata setiap malam. Kononnya rindu Adam yang tinggalkan dia. Kena tipu rupanya! Cis!
Adam tertawa. Comel muka malu Maya tu.
“Malaslah nak layan. Masuk dalam lagi bagus.” Makin lama dia di situ. Makin giat Adam usik dia. Buat malu aje berdrama petang-petang macam ni. Pergi bantu mama Adam lagi bagus.
“Maya!” jerit Adam memanggil wanita itu.
Maya berhenti melangkah. Adam yang masih melutut atas lantai dipandang.
“Terima kasih sebab pakai cincin tu. Minggu depan kita kahwin ye sayang... Adam pun rindu Maya. Love you sayang...” Luah lelaki itu. Jelas riak bahagia pada raut wajah Adam.
Bahagia kerana berjaya satukan keluarga Maya.
Bahagia kerana bakal menjadikan Maya keluarganya.
Terharu Maya dengar luahan Adam walaupun berbaur usikan. Alhamdulillah! Tidak sangka akhirnya dia dapat capai bahagia yang dia pernah impikan dahulu. Terima kasih Adam. Terima kasih hadiahkan kebahagian yang dia cari.
TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)