“Dr.
Maya...”
“What?”
“Cuba
jangan buat muka.” Rimas Adam tengok muka tidak puas hati tu.
Makin
Maya buat muka tidak puas hati. Pakej dengan cebikan. Dah kena paksa ikut, kena
marah lagi. Huh! Memanglah tidak puas hati.
“Hadaplah.”
“Okay. Look! Tengok Adam.”
Adam
alih badan menghadap kerusi sebelah. Bahu Maya ditarik menghadap dia. Kalau tak
kena pujuk alamatnya sampai ke besoklah rajuk sayangnya seorang ni.
“Umur
dah 28, kan? PHD tinggal tunggu konvo kan? Kerja sedang elok kan?”
“Okay.
Enough with your ‘kan’. What are you planning to do?” Maya
menyelit. Dah semua ‘kan’ terkeluar. Adalah tu! Tak payah nak ‘pantun’ sangatlah
Adam!
Manis
senyuman Adam terukir. Bagus! Otak berjalan dengan cerdas. Tak perlu dia nak
karang ayat panjang-panjang.
“Adam.
I want you to meet him. Jumpa Adam.
Kenal-kenal. Dan Along janji Maya akan suka dia.”
“Jangan
cakap nak jodohkan pulak.”
Angguk.
“Pandai. Macam tulah pemikiran seorang pemegang Phd. Padu dan cergas!”
“Banyaklah
padu! Padu otak kau.”
“Haip. Lengkap sangat tu kalau dah
kahwin. Ada pelajaran, pendidikan dan perkahwinan. 3P for My 3P Perfectly Priceless Princess ”
“Stop it Adam. I don’t
need whoever he is.” Dua tapak tangan Maya
angkat. Kalau tak faham lagi tidak tahulah nak cakap guna bahasa apa. Kahwin
bukan dalam fasa rancangan hidup seorang Maya.
“Maya... please...”
“Hai
Adam.” Lepas tu tidak sempat Adam karang ayat lebih. Seorang lelaki datang
mendekat. Lengkap bersut putih. Macho dan rupa paras cukup perempuan toleh
sampai patah leher.
“Oh!
Hai bro.” Lebar senyuman Adam melihat
si kawan. Macam beratus tahun tak pernah nampak orang. Malas Maya nak layan
jadi dia pun tolak badan menghadap meja semula. Walaupun selera patah sejak
tahu niat Adam bawak dia ke situ, dihirup juga air yang menjadi hidangan. Kopi
hitam tanpa gula. Kegemaran seorang Maya.
“Maya!” Ditekan sikit suara Adam. Geram pula
tengok si adik yang tidak berminat dengan kawannya. Handsome kut si kawan ni.
Alahai normal ke jugak Maya ni?
Maya
buat tidak tahu.
“Adik
aku.” Adam perkenalkan jugak adiknya walaupun sedar lelaki itu kenal siapa Maya
padanya.
Tersenyum
kecil dia. Tahu peel Maya. Tempat
kosong sebelah gadis itu diambil. Terubat sikit tengok wajah adik Adam yang
menjadi igauan sejak sekolah menengah.
Sedar
diri diperhatikan. Maya angkat kepala. Mata bulat bila sedar ‘bro’ yang
dimaksudkan. Segera kepala pandang pada si abang.
“Maya.”
“Ni
Adam.”
“Adam,
Ni Maya.”
Adam
saja buat bodoh perkenalkan makhluk spesis nama sama dengan dia tu pada Maya.
Tadi buat tidak tahu sangatkan? Bila depan mata sampai terteleng kepala kau
dik.
Sebaik
mungkin Maya kawal riak wajahnya. Beku dan keras seperti biasa. Kening
diangkat.
“Kawan
Along.”
Okay.
Tahulah Adam kuasa dua ni kawan Alongnya.
“So?”
“Adam it is... you know.
For my 3P.” Saja Adam buat kata tersirat. Yakin
adiknya faham maksud disebalik.
Maya
mengeluh. “Seriously Adam?”
“Serius as se-juta
percent-rius.”
Mendecit
Maya dengan jawapan Adam. Memain pulak!
“You want ‘Adam’. I give
you Adam.”
“Along...
I only need Adam as my Adam. Bukan
Adam kawan Adam. Understood?” Memang
mereka pernah bangkit isu jodoh ni. Maya dah tekankan berapa kali. Cukup Adam
seorang dalam hidup dia. Dia tidak perlu ‘Adam’ lain. Dalam dunia dia hanya
Adam Khair. Maksudnya. Adam+Papa Khair. Nothing more or less. Adam Khair sudah
cukup kombo Adam untuk dia bahagia.
Adam
kuasa dua tertawa kecil. Tajam mata Maya menjeling. Dari dulu lagi dia tidak
berkenan dengan mamat seorang ni. Tapi itu tidak penting. Bila Alongnya turut
ketawa bersama ‘Adam’ si kawan. Tambah sakit pula hati Maya.
“Adam
yang ni tak dapat jaga Maya bila dah kahwin.
You noted that juga kan? So i got one Adam for you.”
Satu
lagi keluhan Maya. Isu ni lagi.
“I don’t need him. I just want my Adam.” Tegang.
Cukup untuk fullstop pada perbualan
mereka.
“Woo...
wooo. Berhenti. Yang kau orang cakap ni pasal aku. Cukuplah tu. Nanti tak pasal
bergaduh pula.”
Maya
mendengus. “Say it to yourself.”
Geram dilemparkan pada Adam Zulkarnain. Bukan dia benci tapi entahlah. Cara
lelaki itu buat dia tidak suka. Over
protective!
Okay.
Perangai tu dua kali lima macam Adam Khair si abang.
Tapi
Adam Khair abang! Adam Zulkarnain? Minta simpang.
Lapan
tahun hilang azab dari tengok muka mamat ni. Tak sangka hidup lagi rupanya.
“Maya.
Maya. Keras hati. Macam biasa.” Geleng kepala dengan Maya ni. Luar nampak
comel. Muka budak baik. Tapi keras kepalanya jugak paling juara!
Dilihat
Adam yang bantu dia atur perjumpaan bersama Maya malam ni. Kalau Adam tidak
paksa Maya datang, dunia si gadis hanya pejabat dan rumah. Payah betul nak
cucuk jarum.
“Jaga
dia. Aku nak cari Hawa.” Saja bagi peluang Maya dengan kawannya. Adam
Zulkarnain. Bukan setahun dua dia kenal Adam Zulkarnain. Cukup lebih dari
kenal. Berjarak universiti dan tempat kerja tidak pernah memutuskan hubungan
mereka. Cukup Maya saja yang elak sedaya upaya dari Adam Zulkarnain. Lelaki itu
mana pernah jauh pun!
“Maya
nak balik!”
Aduh!
Maya ni. Adam cepat-cepat signal pada si kawan.
“Its either him or me. Jangan buang
tebiat nak balik sendiri malam buta ni. Nak papa bunuh Along ke apa? Dan satu hal lagi. Papa tahu pasal
ni.” Saja ugut nama papa. Mujur juga papa sporting.
Risau juga anak daranya seorang ni yang sangat anti-sosial. Yang seorang di
rumah tu pula terlebih sosial. Haih! Pening kepala jaga adik-adiknya.
Monyok
mulut Maya. Senyap.
“Good girl. Ni abang sayang adik
kesayangan Along ni.” Atas kepala Maya diusap perlahan sebelum Adam gerak
mencari buah hati yang belum sempat ditemui. Kalau Maya diam protes macam tu
tidak perlulah dia risau. Confirm
dengar cakap sebab tidak berani melawan punya.
Adam
Zulkarnain mengeluh lepas si kawan tinggalkan dia dan Maya. “Susah sangat nak
terima Adam kan?”
“Apa
susah sangat you tak nak terima kenyataan ni?” Soalan dijawab dengan soalan.
“Sebab
Adam yakin Maya untuk Adam.”
Sinis
Maya tersenyum. Yakin sangatlah!
“Selepas
beberapa tahun kenapa sekarang? Kenapa tiba-tiba muncul?” Lapan tahun dia
menghilang. Lesap tanpa sebarang berita. Langsung tiada tinggalkan sebarang
pesanan padanya. Tiba-tiba muncul menagih kasih. Kasih tahi kucing!
“Jadi
selama beberapa tahun sebelum ni Maya tunggu Adam? Rindukan Adam?” Lain
interpretasi lelaki itu. Sengaja nak usik Maya yang tegang semacam. Bila
bersama dengan Maya. Memang dia tidak akan buang gelaran nama Adam. Sebab dia
tahu. Hanya ada ‘Adam’ dihati Maya. Dia dia mahu nama dia yang dimaksudkan.
“Rindu?
You wish!” Sinis dan Maya bila
bersama dia berpisah tiada. Faham sangat!
“In-sya-Allah.
Memang Adam berharap pun. Tiap-tiap malam Adam doakan jodoh untuk kita.”
Makin
berapi Maya dengar jawapan lelaki ni. Menyakitkan hati!
“Esok
dating jom! Adam ada minta permission uncle.”
Tebalkan
muka untuk Maya. Dia sanggup. Cukuplah lama menjauh dengan si gadis pujaan
hati. Belajar dan bina kerjaya sebab dia nak senang bersama Maya.
Ingat
senang tahan hati tanpa usik muka comel tu?
Susah
tahu! Adam si kawan baik itulah tempat dia meluahkan perasaannya setiap kali
rindukan Maya.
“Motif
nak kena dating? Dan yang you sibuk
guna papa I tu dah kenapa?” Memang tidak tahanlah api Maya. Tambah bengang bila
mamat ni guna along dan papanya!
“Nak
pikat hati anak kenalah pikat hati mertua dulu. Lagi-lagi bila anak degil keras
kepala macam Maya.” Wajah bahagia Adam Zulkarnain bersuara tu hanya mampu
menaikkan lagi suhu marah Maya. Sempat lagi nak sindir aku tu! Cis!
“I
tak nak. Fullstop. Dan berhenti cakap
dengan I. You annoying!” Terang, jelas dan menyakitkan hati. Auch! Maya sangat! Tapi dia memang cukup kebal hati untuk hadapi
Maya.
Sebab
dia Adam Zulkarnain. Tidak pedulikan kata-kata Maya adalah kelebihannya. Makin
diusik gadis itu sampai nak meletup sepanjang majlis sebab dia tahu Maya sangat
dengar cakap Adam dan Uncle Khair. Bila kata hanya boleh dia atau Adam saja
hantar pulang maka tunggulah Maya pada si abang. Sanggup duduk berlama situ
asalkan tidak satu kereta dengannya.
Tapi
dia lagi suka. Dapat duduk sebelah dan usik Maya lama sikit.
Angau!
Kaki
Maya berhenti melangkah. Nafas dalam dihela. Mula fikir nak pusing balik bilik.
Aci tak kalau tidak turun sarapan?
Mamat
annoying tu awal pagi lagi datang
menyibuk.
“Pagi
anak papa.” Suara papa saja dikuatkan. Papa ni pun satu! Macam tahu aje dia nak
cabut masuk bilik.
Dipaksa
kaki melangkah masuk ke dapur.
“Morning sayang.”
Dijeling
Adam Zulkarnain. Apa sayang-sayang?!
Papa
dan abangnya pun hanya senyum aje. Mama sampai tergelak kecil dengan respon
Maya. Nampak sangat satu keluarga tahu yang Adam Zulkarnain tengah try dia. Dan dia memang dari dulu lagi
pangkah mamat ni besar-besar!
Kemudian
semua orang pandai pula pilih tempat duduk. Saja nak bagi dia duduk sebelah
lelaki tu. Along pun saja mengedik duduk sebelah mama. Biasanya sama ada dia
atau adik bongsu mereka saja yang duduk sebelah mama.
“Along
dah beritahu Adam dan Maya pasal Johor?”
Maya
pandang papa. Beritahu pasal apa? Adam di sebelah turut memandangnya pelik.
Okay...
Adam
macam memang tak tahu apa-apa lagi.
“Belum
pa. Cadang nak beritahu time discussion
nanti.” Ala papa hancurlah. Baru nak balik kejutan baik punya untuk si adik dan
bakal ipar harapannya.
“Beritahu
pasal apa uncle?”
Terima
kasih Adam. Kerana menyoal bagi pihak Maya. Dia pun ringan aje mulut menyoal
papanya.
“Maya
tahu pasal resort papa Hawa tu kan?.”
Angguk.
Tahu sangat kalau pasal tu. Resort yang dibuat khas untuk arwah mama Kak Hawa.
Datuk Affendi tidak sabar nak bangunkan projek tersebut. Teruja bila ingatkan
perbualan dia dengan Datuk Affendi berkenaan projek yang bakal menjadi rebutan
banyak kontraktor nanti.
“Datuk
Affendi berminat nak bagi projek tu pada kita. Katanya lepas berbual dengan
Maya. He know you can do it for him.”
Wah!
Kembang kejap Maya dengar satu pujian dari Datuk Affendi. Maknanya dia yang
bakal terima projek yang sangat romantik baginya?
“Tapi...”
“Tapi
apa?” Potong betullah alonggnya ni. Kenapa perlu ada tapi? Lagi dia tidak faham
senyuman jahat alongya tengok dia dan Adam silih berganti.
“He want both of you. Bukan Maya seorang
saja yang menarik minat Datuk Affendi berkenaan projek tu. Kejayaan Adam pada
projek anak istimewa Tan sri Ahmad sebenarnya tarikan utama Datuk Affendi tapi
sebab Maya sangat berminat dengan kisah cinta Datuk Affendi. So he giving a chance to you to work with
Adam Zulkarnain.”
“Okayyyyy....” Jatuh merundum keterujaan
Maya. Kenapa kena kerja dengan mamat sebelahnya ni pula?
Dijeling
Adam Zulkarnain yang sudah senyum gembira. Cis!
“Jadi
maknanya kita selalulah boleh dating
selalu. Kan sayang?”
“Diamlah!”
Sakit jiwa Maya dengar soalan Adam Zulkarnain. Lagi-lagi dengan tawa papa dan
along dengar soalan bodoh mamat tu. Baru nak lompat bintang dah jatuh tergolek.
Tergolek
pada Adam Zulkarnain pulak tu.
Adam
Zulkarnain.
Bukan
Maya membenci tapi untuk terima cara dan usaha lelaki itu memikatnya bukan
senang. Tapi dalam usaha mengurat Maya ada juga benda yang Maya kagum dengan
cara Adam.
Lelaki
itu komited dalam kerja. Itu satu yang Maya kagum pada Adam Zulkarnain. Kalau
lelaki itu tidak mengurat dia dari dulu pasti dia mampu bergaul macam lain.
Tapi Adam memang Adam. Satu-satunya Adam yang menyakitkan hati dan merimaskan
Maya!
“Sayang...”
Maya
jeling mamat itu.
“Kalau
nak teruskan macam tu. Nanti Datuk Affendi tak terimalah.” Pujuk mamat itu
lembut. Maya berkeras juga nak taman bunga ros di tengah laman.
“You
kena tahu Adam. Arwah isteri Datuk Affendi memang minat bunga. I sure he will like it. Lagipun you kena
faham ni hadiah untuk arwah isteri dia.”
Adam
geleng kepala. Tangan disilang ke dada. Mood serius bila orang tidak fikir
secara mendalam. “Yes. He is. Dia
suka. Tapi you kena faham Datuk seorang ahli perniagaan. Walau macam mana pun
dia seorang peniaga. Dan idea you bukan menguntungkan pun.”
Terngadah
Maya dengar penjelasan Adam. “Maksud you idea I tidak boleh pakai.” Ah! Jangan
cari pasal dengan dia. Maya ikut silang tangan. Siap kerut dahi lagi tidak puas
hati.
Emosional!
Haih! Kalau perempuan tu perempuan jugalah. Adam turun tangannya. Kepala Maya
diusap macam budak kecil. “Comel je muka tidak puas hati tu. Biar I
terangkan...”
“Hish!
Apa gosok kepala orang ni.” Rosak rambut depannya. Dijeling staff yang terlibat
dengan perbincangan mereka. Senyum! Senyum! Koyak mulut tu baru tahu!
Mula-mula
kerja tu terkejut juga staff dia dan Adam dengan cara Adam melayannya. Siap
cuba korek rahsia pada Adam lagi tentang hubungan mereka. Tapi mujur juga Adam
pilih jalan selamat. Kononnya kenalan dari kecil. Kalau dia cakap bukan-bukan
memang dia tarik diri! Tak kiralah projek hebat atau tidak sekalipun!
“Maya
sayang... I tak cakap idea you ni tak boleh pakai. Tapi you kena faham juga
yang resort ni kena ada keuntungan barulah dapat bertahan. Taman ni terlalu
besar dan ambil kos yang sangat tinggi untuk jangka masa panjang. Bila kita
tanam bunga. Kena ada pekerja yang handle.”
“Tapi
gardener...”
“Yes.
Gardener memang kena ada. Tapi bunga
tu tetap kena buat penanam semula. Kena jaga dan baja. Tapi tidak bertahan lama
pun perlu buat penanam semula. Dan jangka hayat bunga-bunga tu semua tidak
lama. Maintenance, pembersihan, baja dan air semua tu kena
selalu.”
Maya
terdiam. Cuba mengaku dalam dia. Tapi dia nak juga taman bunga orkid dan mawar
tu!
“Bunga
ni sayang... cepat layu dan mudah rosak. Lainlah cinta I pada you. Sentiasa
mekar! You tu you jangan risau takkan layu punya. You nak bunga-bunga cinta I
tak?”
Buk!
Satu pen tepat kena dahi Adam. Merepek lagi bukan-bukan!
Tengah
serius pun masih nak mengayat!
Tajam
matanya menjeling staff lain yang tahan senyum. Berani ketawa! Dia kerat
seorang-seorang!
“Janganlah
serius sangat. You ni garanglah.”
“Kerja
Adam. You yang kena serius! Whatever it
is! I tetap nak taman bunga tu!”
“Haih!
Nasiblah I cinta. Kalau tak cinta dah lama cubit pipi tu.” Keluh Adam perlahan.
Degil betul anak dara uncle Khair ni.
“Macam
nilah...”
“I
tak kata tak boleh. Tapi kira costing
semula. Resize taman tu. Kebesaran
taman tu tak penting sayang. Yang penting memori dan kenangan sentiasa ada. Itu
yang penting dan i yakin Datuk setuju apa yang I cuba ketengahkan.”
“Kita
bukan saja perlu memori Datuk sentiasa ada tapi kita sebagai peniaga kena
fikirkan jangka masa panjang. Tiada kelangsungan, tiada untung maka tiadalah resort ni pada masa akan datang. You get what I mean?”
Angguk.
Ya. Mengaku juga Maya asalkan idea dia diguna pakai. Maya ingat lagi betapa
gembiranya Datuk Affendi setiap kali bercerita tentang obses arwah isterinya
pada bunga. Dia nak bunga menjadi lambang cinta yang terus bersemadi di resort
tersebut.
“Good girl. Hana, you teruskan dengan
team Kits sebab yang tu tiada perubahan. Lim
please work with the arcitect. I’ll discuss with my Maya regarding the cost.
Okay peeps?”
Serentak
angguk. “If nothing else. Dismiss. You,
my girl. Tinggal. Nak pujuk sikit rajuk tu. Nanti melarat I juga merana.”
Kits
tergelak. Okay yang tu memang ayat tak boleh blah. Pedulilah jelingan maut lady boss mereka. Tuan Adam memang sporting bab-bab mengayat Cik Maya.
Langsung tiada cover sejak mula-mula
projek kerjasama syarikat mereka.
Adam
tidak tunggu lama lepas semua keluar dari biliknya. Kerusi sebelah Maya
diambil. “Marah lagi?”
“I
tak marah.” Okay. Tiada marah tapi kenapa keras aje suara tu.
“You
tahu I buat benda bukan fikir dari satu aspek ajekan.” Terang Adam. Dah la
payah nak dekat. Kalau Maya marah dia tambah susahlah nak dapat cik adik
seorang ni.
Badan
Maya pusing hadap Adam disebelah. “I serius tak marah. Lagipun betul cakap you.
I tak terfikir pada benda tu. I just
nak...”
“Ya
I tahu. You nak Datuk gembira tengok minat arwah menjadi lambang resort tu, kan?”
“Macam
mana you tahu?”
“I
kenal lama dengan Datuk Affendi. I pernah tolong beberapa projek datuk. Papa I
pun kenalan datuk. Jadi I lagi biasa dengar kisah-kisah cinta Datuk dari kecil
lagi. Telinga I ni dah cair dengar cerita datuk. You tu aje yang tak cair-cair
dengar cerita cinta I.”
“Boleh
tak sekali you cakap tak mengayat?”
“Cakap
dengan you? Memang taklah sayang...” Selamba aje muka Adam tersenyum pada si
gadis pujaan hati. Hailaaa Maya
cepatlah jatuh cinta dengan dia. Sungguh muka ketat ni juga yang menjadi mimpi
dia setiap masa.
Maya
ketap bibir. Yiee! Menyakitkan hati
betullah mamat ni.
“I
nak balik!”
“Lunch dulu. Nanti I hantar you balik
ofis.”
“Kenyang.”
Makan dengan Adam lagi? Oh cukuplah. Serik! Mulut tak pandai diam. Sok sek aje tahu. Mengayat tak
habis-habis!
“Tak
kenyang pun makan hati tu.” Balas Adam selamba. Tidak lut sangat pun. Dia dan
uncle Khair dah kamceng. Senang aje kawtim
kalau Maya tak nak keluar makan dengan dia. Report
aje Maya berdegil tak nak makan tengah hari.
Cinta
hatinya ni ada gastrik. Makan tak boleh skip dan sebab tu Adam suka habiskan
perbincangan setiap kali waktu rehat. Nak jaga perut Maya sambil dating berdua. Pandai tak dia? Sambil menyelam
minum air.
Pintu
bilik diketuk. Serentak Maya dan Adam pandang. “Pa?”
“Hai.
Papa kacau ke ni?” usik Datuk Mustapha. Kaki mendekati si anak dan gadis jelita
yang bermain mata tadi. Bukan dia tidak tahu. Lama dia perhatikan Adam dan Maya
yang berbual dengan nada perlahan tadi.
Adam
geleng kepala. “Tak tahu pula papa nak datang. Kebetulan Adam nak keluar makan.
Papa dah lunch?” Bagus jugalah papa
datang menjenguk. Dapatkan rapatkan papa dengan gadis kesayangannya.
“Papa
singgah ni ajak Adam keluar makan tengahari tapi kalau Adam ada plan lain
dengan si gadis manis ni. I’m okay with
it.”
“No. Its okay datuk. I pun nak balik ofis
I dah.”
“Haip! No!. Lupa you kena makan dengan I?
Kalau tak I report dengan uncle.”
Datuk
Mustapha tergelak kecil. Dapat tengok betapa berubahnya wajah gadis tersebut
ditegur oleh anaknya.
“Macam
nilah. Apa kata kita makan bertiga. Are
you okay with it young lady?”
“Err...” Ah! Sudah baru nak gembira dapat
elak makan berdua dengan Adam. Sekarang dapat satu pakej kombo dengan papa dia
sekali pulak!
“I take it as a yes.”
Kalau
Maya dan siap gosok leher tu. Segan atau tak tahu nak cakap apalah tu.
Tapi
muka Maya berubah dengar jawapan Adam. Amboi suka hati dia aje buat keputusan!
Dia tak cakap pun setuju atau tak.
Comel!
Puji Datuk Mustapha dalam hati. Patutlah anak dia terpikat. “Jom. Untung papa
datang hari ni. Dapat juga kenal buah hati anak papa ni. Is she the one kan Adam?”
Adam
senyum mengangguk. “One point to you pa.
Pengarang jantung hati segala usus ni...”
“Merepek
aje tahu.” Bebel Maya perlahan. Suka hati dia aje label Maya macam-macam. Tapi
memandangkan papa Adam ada sekali. Kira okaylah dia ikut makan tengahari
sekali. Tidaklah bernanah telinga dengar Adam mengayat kalau mereka makan
berdua saja.
Harapnya
janganlah Adam ni buka cerita bukan-bukan.
“Maya Bella.” Datuk Mustapha ajuk perlahan
nama Maya.
Maya Bella.
Sekali lagi nama itu diseru dalam hati.
Maya dipandang. Lama hingga dia perasan
satu perkara.
“Aah pa. Maya Bella. Cantikkan nama. Macam
orangnya.” Sungguh. Pertama kali dengar nama Maya dulu. Fikiran Adam hanya
satu. Nama yang secantik pemiliknya.
“Adik
Adam Khair? Seingat uncle. Adam pernah cerita dia suka dengan adik AK.”
Maya
angguk.
Dialah
tu.
“Jadi
JK sekarang ni sepenuhnya bawah pengurusan Maya? Khair dah tak kerja kan?”
Yang
ni tidak. Ikhlas Maya geleng kepalanya. Jujur. Walaupun papanya suda tarik diri
dari pengurusan syarikat. Maya tidak pernah anggap syarikat jagaannya itu
menjadi miliknya. “JK bukan milik Maya.
Maya cuma bantu mana yang patut sementara tunggu adik habis master.”
“Oh! So you not interested in business?”
Dengar khabar cara Maya kendali syarikat sangat memberansangkan. Rugilah kalau
bakat dan kelebihannya disia-siakan.
“Bukan
tak minat tapi saya ada perancangan lain.”
“Perancangan
masa depan antara kita kan sayang?” sampuk Adam. Tersengih-sengih mengusik
macamlah Maya suka sangat! Sah-sahlah Adam tidak tersenarai langsung pada
perancangan dia!
Merah
muka Maya. Kali ni depan papa Adam. Terpaksalah dia kawal jelingan sakit hati
dia pada mamat tu. Cakap tak pernah serius. Datuk Mustapha pun hanya ketawa
kecil. Walaupun air muka Maya tiada reaksi tapi dia tahu sangat si gadis sudah
terdiam malu.
Haih!
Anak lelaki siapalah tak tahu malu ni.
“Abaikan
anak uncle ni. Uncle bangga sangat dengan kejayaan Maya. Adam banyak cerita
pasal Maya. Apapun rancagan Maya pada masa hadapan. Uncle doakan yang terbaik.”
Kembang
lagi pipi Maya mengukir senyuman. Dia suka papa Adam. Coolest dad ever! Macam papa dia juga. Cuma part jodoh yang papa tengah ketengah tu aje yang tak best. Yang lain. Terbaik!
“Dengar
tu. Yang penting you tak termasuk dalam plan I. Kalau kacau jugak I report kat papa you.”
Amboi!
Berani nampak. Mentang-mentanglah ada papa dia. Adam sekadar ketawa membalas.
Tak terkesan pun amaran Maya. Suka dengan respon Maya dan papa antara satu sama
lain. Maya pun senang aje masuk cerita dengan papa. Satu-satunya harapan Adam
agar Maya dapat terima ‘hero’ terbaik dia dan adik beradik yang lain.
Dia
yakin jodoh dia dengan Maya kuat. Jodoh yang dia tetapkan dalam hati sejak
lapan tahun lepas. Jodoh yang sentiasa ada dalam doanya.
“I
suka papa you. ”
“Sayang
you jangan macam-macam.”
Kerutan
dahi Adam menjentik hati Maya. Satu tawa kecil terukir. Buruk muka orang
cemburu!
“Okay
apa. Kuota dia ada empat...”
Shuuutt!
Terus Adam brek mati. Terkejut punya pasal. Diikuti dengan kereta belakang yang
mula tekan hon. Marahkan pemilik range rover hitam ni! Tak pasal kena maki.
“Adammm!!”
Ya Allah! Bergema kereta dengan jeritan Maya.
“You
dah gila ke?” Kepala yang terhantuk pada dashboard
disentuh. Pedih! Cis.
Bila
Khair mula tersedar. Kereta dipandu ke tepi. Makian dan hon kereta belakang
tidak diendah. “Serius Maya sayang? You suka papa I?” Nyata Adam memang tidak
puas hati dengan kenyataan Maya tadi. Orang yang marahkan dia hanya diabaikan
hingga gerakkan kereta masing-masing tinggalkan kawasannya.
“Gila!
Tak sayang nyawa ke?” Debaran Maya masih tidak hilang lagi. Lelaki ni boleh
pula tanya soalan bodoh yang menaikkan darahnya.
“Maya...”
Terhenti pujukan Adam lepas dapat jelingan maut gadis di
sebelah. Okay kali ni salah dia. Cemburu buta! Dengan papa pulak tu.
“I
bukan gatal lagi nak gilakan bapak orang!”
Amek kau. Setempek kena muka Adam.
“I.. I cemburu je..”
“Otak you cemburu. Nak bunuh orang agaknya.
Lain kali kalau cemburu nak mati. Pergi mati sendiri!”
Okay! Tu marah sangat sampai menyumpah
dia. Adam gosok leher. Nak pujuk tapi dengan aura marah Maya sekarang ni. Baik
tunggu reda dulu.
“Sorry
sayang.”
“Drive!”
Sebelum mulut dia keluar macam-macam. Baik suruh Adam pandu semula. Badan toleh
tepi. Tadi mood dah elok sikit, dah mula ke laut semula! Suka betul naikkan
darah dia. Maya sentuh sikit dahi yang masih pedih. Benjol sedikit ke depan.
“Kita ke klinik.”
“Rumah.” Tak payah nak drama sangat kena
pergi klinik. Bukannnya parah sangat pun. Balik nanti pandailah dia tuam pakai
ais.
Adam mengeluh kecil. Dikerling Maya yang
toleh ke sisi membelakanginya. Panduan diteruskan ke rumah keluarga Maya. Harap
keluarga Maya ada di rumah. Boleh dia singgah masuk. Ada alasan sikit nak duduk
berlama agar pujuk buah hatinya.
Kalau halal pasti dia peluk bila Maya
angin macam ni. Ini jangan kata nak peluk. Sentuh sikit pun tempah machine gun! Sebelum uncle Khair atau
Adam tembak. Dia dulu kena terajang oleh Maya!
Sampai rumah saja Maya terus melolong masuk
rumah. Satu keluhan dihela. Dipandang Maya yang terus saja masuk tanpa toleh
belakang. Perlahan dia ikut keluar. Kereta Adam Khair ada. Maknanya kawan si
juruterbang tu ada di rumah.
Belum
sempat pun dia masuk memberi salam. Adam Khair macam tahu aje dia nak singgah.
Datang menjemput dia depan pintu.
“Perang?”
soalan menyambut selepas dia bagi salam.
Lemah
kepalanya mengangguk.
“Patutlah.
Mengamuk semacam.” Tertawa dengan telatah pasangan adiknya ni. Comel aje
gaduh-gaduh sampai hempas pintu.
“Mana?”
“Siapa? Buah hati kau?” tanya Adam Khair
sambil tergelak kecil.
Haih!
Nasib kawan. Bakal abang ipar pulak tu. Kalau bukan fikir status yang kedua tu.
Dah lama dia hempuk kepala Adam Khair.
“Maya
ada dalam bilik. Menonong aje masuk. Langsung tidak perasan aku di ruang tamu
tadi. Pintu bilik tu sampai nak tercabut dihempasnya.” Panjang lebar penjelasan
Adam Khair buat dia mengeluh kecil.
“Dah.
Kejap aje marahnya tu. Percayalah. Esok. Waktu kalau kau jumpa dia di
mesyuarat. Mood kejung dia mula balik. Masuklah.”
Harap-haraplah.
Lagi rela hadap muka kejung buah hatinya dari muka masam mencuka macam tu.
Bukan senang nak pikat. Belum dapat dah tempah masalah. Langkah turutkan juga
Adam Khair walaupun berat.
Oh!
Maya janganlah marah lama-lama sayang. Tak tenang hati saya.
Adam Zulkarnain buat muka puppy face sampai ke Whatsapp Maya.
Marah saya lagi. *muka
sedih*
Maya mencebik. Ingatkan dah mengalah
bila dia tidak keluar bilik sampai maghrib tadi. Sanggup dia bertapa dalam
bilik dari keluar bila lelaki tu tiada tanda-tanda nak balik. Along pula sibuk
aje ajak mamat tu borak sampai ke maghrib. Tak kesiankan adik dia langsung!
Kali
ni video melalui Whatsapp pula dihantar.
Maya fikir dua tiga kali nak buka.
Sampailah jari sendiri degil derhaka dengan tuan sendiri.
“Maya sayang... Adam minta maaf. I love you. Maafkan abang ek.”
Adam dilihat mula petik gitar. Lagu tema Adamaya
mula bergema. Suara merdu Adam mula melirik lagu kegemarannya. Ni rasuah dengan
lagu kegemarannya ke apa? Siapa bocor rahsia yang dia minat lagu tu dari mula
dikeluarkan.
Dan tanpa sedar sepanjang malam lagu Yang
Terindah bergema merdu dalam bilik Maya hingga dia tertidur. Nyenyak tidur
bertemankan suara Adam.
Olla
dear, tengah buat apa tu? Wink! Wink!
Maya kerut dah. Gediknya ayat. Buang
tabiat agaknya abangnya satu ni.
Telefon diangkat. Menangkap senario depan
mata sebagai balasan dan bukti kepada Along.
*Gambar komputer riba dan kopi dihantar.* Tanda
dia sedang menikmati minuman petang.
Oit!
Daddy hantar pergi kerja. Apa benda
buka FB tu?
Wait! Wait! You stalk Adam?
My goddd!!
Girl!
Mohon sedar tu bukan Adam Khair k! TU ADAM ZULKARNAIN. HASHTAG
#SujudSyukur1000x.
Mata Maya Terbeliak. Bertalu-talu pesanan
dari Adam. Mata cepat pandang Facebook yang terbuka. Betullah profil ADAM
ZULKARNAIN terbuka.
No worries dear. Tu adik dia.
Your #tall #dark #handsome Adam Zulkarnain tu so into
her sista.
Just like you and me.
Tak
yah jeles kalau gambar dia orang banyak kat FB tu.
Stalk la lagi banyak-banyak.
Along
sokong aktiviti tak bermoral adik abang
ni.
Cis Kantoi.
Mata beralih pada Iphone yang berdering.
Adam Khair. Eh! Pantang betul dapat point
along ni. Cepat-cepat tangan tekan merah.
Tak nak angkat oi! Confirm kena bash punya.
Adui!
Apa nak buat ni?
Oh!
Tak nak angkat eh!
Siaplah
balik dari Sabah nanti.
Dekat
airport bro jemput sis dengan putera Adam tu!
Maya ketap bibir. Rasa nak hantuk kepala
atas meja. Masalah betullah. Macamlah along tidak tahu yang dia saja nak elak diri dari
Adam Zulkarnain. Hish!
“Awak punya pasallah ni!”
Bebel dengan tuan punya Facebook yang
kantoikan dia.
Suka kacau hati Maya. Sejak kes dia
mengamuk tempoh hari seminggu Maya mengelak dari berjumpa. Mula-mula alasan
cuti sakit. Tiga hari dia bertapa di rumah. Kemudian masuk ofis buat kerja yang
tergendala dengan alasan tak nak orang kacau.
Tertangguh lagi mesyuarat mereka.
Tiba-tiba dapat arahan dari papa ikut conference
di Sabah. Dengan rela hati dia setuju. Macam tahu-tahu aje dia tengah mengelak
dari jumpa Adam Zulkarnain.
Satu. Sebab marah tempoh hari.
Kedua ialah sebab paling kukuh. Sebab dia
tidak tenang.
Malam tu memang dia tidur lena. Lena
bertemankan suara Adam yang menyanyikan lagu kegemarannya. Tapi tenang tidur
Maya menganggu paginya!
Tidur bukan sekadar bertemankan suara tapi
dengan muka kacak lelaki tu masuk sekali dalam mimpinya.
Sampai sekarang Maya sentiasa teringatkan
mimpi tersebut. Mimpi yang mampu buat seorang Maya goyah sampai demam satu
badan.
Memang mamat ni tidak reti putus asalah.
Direnung Adam Zulkarnain.
“Why
am I not suprise?” Sarkastik tapi realiti. Memang Maya tidak terkejut
langsung kewujudan mamat ni di Sabah. Hotel yang sama dia menginap. Lagi teruk
depan dia!
Berdenyut kepala dia. Maya urut perlahan.
Boleh migrain tengok mamat ni.
Adam Zulkarnain tersenyum kecil. “Abang
rindu Maya.”
Bluerk!
Nak termuntah Maya dengar berabang bagai. Cukuplah Adam Khair seorang jadi
abang dia. Tak nak tambah korum lagi.
“Rindu. Abang rindu Maya. Maya tak rindu abang?”
Huwaa!
Tadi rasa nak muntah. Tapi kalau sekarang ni sepakej dengan pengsan boleh tak?
Apa kena dengan mamat ni? Tadi abang sekarang dah pandai rindu bagai?
“Maya...”
Lembut suara Adam bukan saja menjentik
hati Maya tapi seram wei! Apa jadi dengan mamat ni? Tapi Maya macam biasalah.
Walaupun gugup muka tetap stone.
“You dari KL?” Tak tahu macam mana soalan
tu terkeluar tapi nyata Maya tak tahu nak cakap apa dengan Adam sekarang ni.
Binggung pula dia.
Angguk.
“Dari airport?”
Angguk lagi.
“Terus datang sini. Dan alhamdulillah
terserempak dengan buah hati abang dekat lobi tadi.”
“Okay. So?”
Kali ni Maya lebih bijak bersuara. Jadi dia bagi soalan paling senang untuk
Adam Zulkarnain jawab. Lepas datang, jumpa dan cakap. Sekarang ni nak buat apa?
Tapi gerun pula dia tengok “Maya dah habis conference kan?”
“Macam mana you tahu?”
Makin lebar senyuman Maya. Cis! Soalan dia
cukup buat Adam tahu yang Maya memang dah habis persidangan tu. Saja tak nak
balik awal.
“Uncle Khair risau anak dara dia jalan
seorang diri dekat Sabah.”
“Jadi...”
“Dia suruh penjaga terbang dari KL datang
sini temankan.”
“Shit!”
“Mulut...” tegur Adam Zulkarnain.
Dia shit-kan
papa sendiri? Alahai buat hatinya ni.
Maya ketap bibir. Papa bocor rahsia!! Papa
seorang saja tahu tarikh conference
habis dua hari lepas. Maya yang minta agar papa beritahu yang lain kononnya persidangan
tu seminggu padahal tiga hari aje.
Tak bestlah
papa sekarang ni. Nak mengadu dekat umilah lepas ni. Papa dah tak sayang dia.
Sanggup hantar mamat annoying ni
datang temankan dia.
“So esok
pulaukan? Your handsome tourist guide
ready to serve...”
Ah! Papa memang tak sayang dia. Menyesal
dia beritahu rancangannya di Sabah. Patutlah papa rela hati nak aturkan untuk
dia. Rupanya aturkan mamat ni jadi tourist
guide Maya.
“Apa senyum-senyum? I masih marah!” Geram
tengok muka Adam yang gedik tersenyum sejak pagi tadi. Tangan Adam yang masih
membantunya kemaskan tali. Degil nak buatkan dia. Kononnya tidak yakin dengan
pegawai bertugas. Tak tahu pula selama ni Adam memang part time buat kerja macam ni?
Sebelum mereka mulakan Coral flyer dari Pulau Gaya ke Pulau
Sapi, satu nafas dalam ditarik. Cuak sikit. Kalau dia sangkut tengah-tengah
tali tu macam mana? Gerun fikirkan dia tergantung atas laut macam tu. Sejuk
kaki Maya seketika.
“Okay?” Seolah memahami wajah cuak Maya.
Adam tunjuk wajah tenang menyoal si gadis.
“Okay.”
Dan okay Maya maksudnya tersangatlah tidak
okay. Cuak beb!
“Its
okay to show your fear darling.”
Dia darling-kan
pulak.
“I okaylah...” Degil Maya menjawab sebab enggan
nampak lemah. Lagi pandangan Adam yang jelas risaukan dia. Maya tidak suka! Dia
tidak mahu pandangan lemah orang lain padanya.
Adam pula suka kacau hati kejung dia.
“Careful
sayang. Love you.”
Dan Maya terkedu sehinggalah guide arahkan
mereka untuk bergerak ke pulau sebelah. Hilang segala gugup dengar sepotong
ayat Adam.
Yang Maya tahu dia dah sampai darat bila
Adam pegang lengan bajunya.
“Are
you okay darling?”
“Huh?”
“Sayang okay.”
“Hah. Okay. Okay. Jom pergi pantai.”
Ajaknya yang masih cuba stabilkan hati dan perasaan sendiri.
“Okay... Terima kasih bro.” Panjang harakat okay Adam sebab dia langsung tidak yakin
dengan jawapan Maya. Enggan panjangkan dia sekadar menurut. Adam mula bergerak
lepas berterima kasih pada pekerja yang membantu mereka tadi.
Kali kedua.
Percaya atau tidak. Kali kedua Adam ucap
kata cinta. Dan setiap kali itu juga hatinya tidak mampu mengepam nada biasa.
Apa dah jadi?
Spontan Adam memberi kata cinta
menghilangkan ketenangan Maya.
“Singgah solat kejap.” Kereta disewa Adam
masuk ke perkarangan masjid. Masjid yang selalu dia nampak di internet dan
televisyen. Cantik seperti dia bayangkan. Yang pasti sangat menyejukkan mata
memandang.
“Maya...”
Maya toleh sebelah.
“Wait
for me. Can’t you. Abang nak imamkan solat kita.”
“Okay.”
Tanpa banyak soal Maya menjawab. Sebab
perangai Adam sejak dari Kundasang tadi sangat pelik. Nak bawa berbual pun Maya
fikir dua tiga kali. Senyap dan lebih banyak termenung. Akhirnya mereka pulang
balik ke Kota Kinabalu hanya bertemankan suara radio.
Adam berpaling lepas mengaminkan doa. Maya
yang masih bertelekung dipandang. Mereka ambil sudut di tepi untuk menunaikan
solat. Cukup ruang untuk Adam mengimamkan
solat. Suasana masjid agak lenggang memandangkan waktu asar sudah satu
jam lebih berlalu.
“Maya...”
Tanpa sebarang tanda. Pergelangan tangan
Maya disebalik telekung ditarik. Adam hela nafas dalam. Sebuah cincin diletak
atas tapak tangan yang masih berlapik dengan suci putih kain telekung Maya.
“Bersaksikan nama Allah. Dengan rendah
hati Adam Zulakarnain ingin menaik darjat Maya Bella sebagai isteri dunia
akhirat...”
Maya terus tarik tangan tapi Adam pantas
mengengam kuat. Mengempal tangan Maya menutup cincin dalam gengaman gadis itu.
“Adam tidak akan paksa Maya terima. Adam beri Maya waktu. Andai Maya terima
Adam. Biar cincin ini tersarung di jari Maya. Tapi jika Maya tolak sekalipun. You’re free to tell me. InsyaAllah Adam
cuba terima tapi tolong jangan pulangkan cincin ni. ”
“Cincin ni milik Maya. Dari mula akan
terus jadi milik seorang Maya Bella.” Sambung Adam lalu melepaskan semula
gengaman tangan Maya disebalik telekung.
“Cik Maya...” panggilan dari salah seorang
pembantu asrama.
“Semalam ada seorang lelaki cari cik. ”
“Adam?”
“Bukan. Tapi umur lebih kurang umur cik
dan Encik Adam.” Dahi Maya berkerut. Siapa lagi lelaki selain Adam yang sibuk
nak dekat dengan dia?
“Kak kenal?”
Geleng. “Dia jumpa dan berbual dengan umi
Lin. Lama jugaklah. Rasanya Maya boleh tanya pada umi Lin.” Entah kenapa hati
Maya kurang senang bila ada orang cari dia. Umi Lin pun tiada cakap apa-apa
ketika mereka berbual tadi. Mustahil Umi Lin lupa? Atau pembantu uminya ni cuba
rahsiakan sesuatu dari dia?
“Baiklah kak. Terima kasih.”
Makin digaru hati Maya untuk tahu siapa
yang sanggup cari dia sampai di rumah anak yatim ni. Mustahil orang yang
berkaitan dengan kerja perjabat. Hanya Adam seorang saja yang tahu dia selalu
berada di situ selain ahli keluarga terdekat sahaja.
Cakap pasal Adam, lelaki tu masih lagi
tidak tunjuk bayang sampai sekarang. Sangat menepati janjinya ketika lamaran
tempoh hari. Dalam diam hati Maya turut terusik. Bersungguhkah Adam nak
memilikinya?
Atau sekadar mencuba nasib pada perempuan
macam dia?
Tapi kalau iyapun dia hendak terima Adam?
Layakkah dia untuk lelaki itu?
Buah fikiran Maya membawa satu keluhan
kecil dibibir sendiri.
“Motif?”
Jannah dapat agak reaksi Maya bila tahu
pasal perkara ni. Sebab tu dia minta pembantunya rahsiakan dari Maya. Tidak
sangka Maya boleh tahu sendiri. Tapi ada baiknya Lin minta Jannah sendiri yang
cerita perkara sebenar.
“Umi tak suka Maya macam ni nak... apa
pun...”
“Apa pun hakikatnya orang tua tetap buang
Maya. Maya dah ada papa. Nama papa Maya ialah Khair. Hanya Khair...”
Keras hati Maya. Satu-satunya perangai
Maya yang sukar dilentur. Jannah tarik jemari anaknya. Digengam lembut bagi
menyalurkan aura positif. Dia tidak pernah suka Maya berdendam dengan keluarga
kandung sendiri.
“Apalah bezanya papa ni dengan papa
kandung Maya...” Khair mula kendurkan suara. Sayu pandangannya pada si isteri.
Jannah pernah lalui perkara yang sama seperti Maya. Bezanya isteri yang
ditinggal dulu mampu berfikir. Beza dengan Maya yang ketika itu masih
terkapai-kapai mencari bahagia.
“Paa....” Maya mula merengek. Tidak
sukalah bila papanya buat ayat macam tu. Nanti papa sedih lagi. Haih! Papa tahu
aje kelemahan dia.
“Maya pergi jumpa papa kandung Maya tu
ya..”
“No!
Apa pun papa cakap. Maya tak nak jumpa orang tua tu.”
Haih! Anak dara dia ni. Degil! Dijeling
isterinya yang cuba sembunyikan senyuman. Memang Jannah selalu tegur dia sebab
suka manjakan Maya berbanding Adam dan Luth. Mentang-mentanglah Maya
satu-satunya anak perempuan dia. Maya pula suka ikut cakap dia dari A sampai Z.
Lagilah Khair makin suka.
Khair keluh kecil. Susah sikit nak tegas
dengan Maya. Dia sayang Maya macam anak kandung sendiri. Sejak dia ambil
keputusan untuk ambil Maya sebab anak angkat, Khair tidak pernah bezakan
anak-anaknya.
“Fine!
Ikut suka Mayalah. Papa tak nak masuk campur.”
“Yes! Terima kasih pa!” Lebar senyuman
Maya. Tahu papanya memang tidak akan paksa benda yang dia tidak suka.
“Abang...” Jannah pula tidak puas hati.
Diajar pula anak dara dia ni berdendam dengan papa kandung sendiri.
Khair bagi signal. Biarlah Maya dengan
degilnya. Tapi dalam diam Khair sendiri ada rancangan lain. Itu yang dia akan
bincangkan dengan Jannah nanti.
Mencebik isterinya walaupun tidak bising
lagi. Khair tahu Jannah geram sebab dia menangkan Maya. Jannah bukan tidak tahu
sebab dia selalu mengalah dengan Maya. Maya umpama Jannah di matanya. Kejadian
yang menimpa Maya sama seperti isterinya. Dibuang keluarga. Sebab itu dia ingin
berikan kasih sayang secukupnya pada Maya.
“Now
papa nak tanya pasal Adam. Macam mana? Tak baik buat anak orang
tertunggu-tunggu macam tu.”
Topik baru Khair menarik muncung Maya ke
depan. “Apa pula? Maya mana ada suruh mamat tu tunggu.” Tiba-tiba pula papanya
buka cerita pasal Adam.
“Maya ada jumpa Adam?” Kini Jannah pula
menyoal.
“Ada. Kan kami masih dalam projek Datuk
Affendi tu.” Tapi reaksi Adam sangat menyakitkan hati. Serius dan macam buat
tidak pernah terjadi apa pun sebelum ni antara mereka berdua.
“Dah tu?”
“Macam tu ajelah pa... Alaa tak naklah cakap pasal dia.” Buat
sakit hati aje. Sambung hatinya. Tidak suka dengan cara Adam sekarang ni.
Umpama mereka hanya kenal berdasarkan kerja semata-mata.
Jannah geleng kepala lagi. “Itulah anak
abang.. haaaa manjakan lagi. Malaslah
umi nak layan. Abang layankan ajelah. Nanti sampai berjanggut anak teruna orang
tu tunggu anak abang ni.”
Tidak terjawab Maya dengan keluhan uminya.
Dia hanya sengih pandang Khair ketika Jannah berdiri tinggalkan mereka.
“Merajuk dah umi kamu tu.”
“Alaaa.
Papa kan ada. Nanti papa pujuklah umi ek.”
Khair geleng kepala. Bertuah punya anak.
Dia yang cari pasal, Khair yang disuruh pujuk.
“Apa pun papa nak Adam Zulkarnain tu aje
jadi menantu lelaki papa. Papa ada perasaan kuat hanya Adam seorang tu saja
yang mampu kawal anak dara papa ni. Papa pun surrender tau. Degilnya... ni apa pun Maya kena bagi jawapan dengan
Adam. Tak baik biar dia tunggu macam tu aje.”
Huish! Panjang lebar pesanan papanya. Maya
memang kalah bab ni. Tapi adakah patut nak Adam Zulkarnain tu aje jadi menantu
dia? Papa ni tak patut sungguh. Kalaulah hati dia tergerak sukakan orang lain
macam mana?
“Mamat tu entah serius entah tidak. Dah
sekarang menyombong semacam.” Perlahan Maya meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Kalau dengan Adam Zulkarnain tu, status anak manja papa pun tak makan dengan
Khair!
“Oh jadi selama ni anak papa tunggu Adam
tanya semula la ni?” usik Khair sambil langgar bahunya dengan bahu Maya. Habis
merah muka Maya.
Eleh! Malu tapi mahu rupanya.
“Okay. Nanti pa bagi hint dekat buah hati awak tu...”
Maya keluh kecil. “Tak payahlah pa. Tak
naklah kahwin.”
Tegak badan Khair dengar. Tak nak kahwin?!
“Hish! Apa pula cakap macam tu. Papa ni sejak Adam tu cakap dia suka kat Maya
dah mula berangan. Siap plan nak tema apa untuk majlis Maya.”
Adakah patut tak nak kahwin! Nasib juga
bini dia dah masuk dapur. Kalau Jannah dengar sakit jantung bininya dengan
jawapan anak dara mereka ni.
“Masalah nikah nanti.”
Khair terdiam. Ya Rabbi! Inikah anak dia
yang bijak sampai PHD tu?
“Maknanya sebab nilah selama ni Maya tolak
lelaki yang datang merisik anak papa ni?”
Jujur kepala Maya angguk. “Part of it...Auch! paa!!!” Dan dan waktu
tu juga Khair ketuk kepala anaknya. Berkerut kening Maya tidak puas hati.
Tengok! Adam memang mampu melucutkan takhta anak manja papa. Sampai sanggup
ketuk kepala dia.
“Papa tak nak dengar alasan tu. Lepas ni
papa nak Maya sarung semula cincin Adam bagi tu. Lepas tu pergi jumpa Adam ajak
dating or whatever. Faham?!”
“Faham tak ni?” Sekali lagi Khair menyoal.
Alahai anak dara dia ni. Belajar tinggi-tinggi sampai dapat doktor tapi fikiran
ke situ jugak! Tak kisahlah bukan dia yang walikan Maya sekali pun. Khair tidak
pernah kecil hati. Yang penting anaknya kahwin.
Dan sekarang bagus juga papa kandung Maya
muncul semula walaupun guna orang tengah cari Maya. Sekurangnya dia tahu nak
cari dekat mana!
Maya gosok lehernya. Tidak gatal tapi
tabiat semula jadi bila dia kekok. Ingat tadi nak buat grand entrance bagi kejutan ke ofis Adam. Tup-tup mamat tu tengah mesyuarat
pula.
Lain yang dicari, lain yang dia jumpa. Tak
sangka papa Adam pun tengah tunggu mamat tu. Tidak pasal-pasal Datuk Mustapha
ajak dia tunggu sekali. Nak tolak segan pula, tapi ni kalau Adam tahu cemburu
lagi mamat tu. Ingat lagi air muka cemburu Adam sampai nyaris kemalangan dulu
tu. Cukuplah sekali tak nak dia hadap lagi.
“Adam bagi?”
“Hah?”
“Cincin tu dari Adam?”
Oh! Maya terus tunduk pandang jarinya.
Rupanya dari tadi jarinya suda mula main pusingkan cincin dari Adam tu.
Perlahan Maya angguk. Malu. Tak pasal papa Adam kesan dulu.
Dilihat Datuk Mustapha tersenyum. Namun
seketika saja dan Maya dapat kesan air muka papa Adam yang menahan keruh.
Kenapa ni? Datuk tidak suka dia dan Adam ke?
“Err...
Datuk tidak suka saya dengan Adam?” Maya menyoal tanpa sebarang tapisan. Kalau
papa Adam tidak suka, dia dengan rela hati buka semula cincin tu. Adam pun
belum tahu keputusannya. Maya cukup fobia dibuang dan tidak disukai dari kecil.
Jadi sebelum Adam buang dia sebab Datuk Mustapha. Baik dia yang buang dulu!
“InsyaAllah. Uncle restu Adam dan Maya...
Ni nak bagi jawapan dengan Adamlah ni?” usik Datuk Mustapha pada gadis itu.
Lama dia tatap Maya. Cantik. Sesuai dengan Adam.
Maya tersenyum senang. Alhamdulillah.
“Uncle rasa uncle kacau rancangan Maya la
ni? Kalau macam tu uncle baliklah. Bagi peluang Maya dan Adam berbual.”
“Eh... tak apa uncle. Kita makan
sekalilah. Lagipun ada benda Maya perlu terus terang dengan Adam dan keluarga
Datuk pasal Maya...”
Datuk Mustapha terus terdiam. Hati tuanya
tiba-tiba tidak sedap hati.
“Wali hakim?”
Maya angguk. Sebelum dia terima Adam. Dia
perlu tahu penerimaan Adam dulu pada dirinya yang sebenarnya. “Jujurnya. I
bukan anak papa. I anak angkat papa dan umi. I bukan berbintikan Khair. Sebab
tu I tanya kalau you sanggup kahwin dengan I yang hanya berwalikan hakim.”
“Papa kandung you? You pernah cari?”
“Tidak dan tidak akan.”
Berubah wajah Adam dan Datuk Mustapha. Adam
kerling papanya di sebelah. Meminta pendapat dalam diam.
“Sebab? I tahu buah hati I takkan buat
sesuatu tanpa sebab.”
“I takkan cari orang yang tidak pernah
terima I. Dia bukan sekadar tidak terima malah I dibuang oleh orang tu. Jadi
kenapa I perlu cari?”
Soalan Adam dijawab sepakej dengan soalan
maut dari Maya. Satu keluhan kecil yang terhela di bibir lelaki itu meresap ke
dalam naluri dia. “Sebab tu I nak you tahu sebelum you ambil keputusan untuk
teruskan niat you. Kalau you terima I. Meaning
you akan hormat pendirian I. I takkan cari orang yang pernah buang I. Ada
baiknya Datuk pun ada sini. Sekurangnya keluarga you tahu siapa I.”
Panjang lebar Maya bersuara buat dua
beranak itu turut berdiam. Adam tahu Maya degil. Tapi dia tidak sangka sampai
tahap macam ni? “Maya Bella. Sekali hati ni pilih nama tu. Maksudnya hanya Maya
Bella jadi isteri Adam Zulkarnain. Ada faham? Jadi Maya datang ni beri jawapan
pasti pada Adam kan?”
Sempat Adam mengusik dalam situasi tegang
sekarang ni. Jujur dalam sedih dengan keadaan dan degil Maya. Terselit rasa
bahagia pada penerimaan Maya. Mereka kongsi rasa yang sama. Rasa cinta!
Maya geleng kepala.
Hancur berderai hati Adam. Eh! Ek!
Main-main pula Maya ni. Apa maksud kepala comel tu digeleng.
“I datang untuk beritahu you yang I bukan
saja nak penerimaan you semata-mata. Tapi termasuk keluarga you. Kalau keluarga
you terima I dengan hati terbuka. I akan terima. Kalau tak maksudnya jawapan I
pun tidak.”
Maya sempat tarik nafas. Cuba kawal
perasaan sendiri. Bersuara dan berterus terang macam ni bukan cara dia.
“Jujur I sayang you. Tapi I lagi sayang
hati sendiri...”
“I dah cukup sekali dibuang. I tak sanggup
terima untuk kali kedua. Jadi kalau keluarga you tidak terima I dan pendirian
I. Sila berterus terang sementara hati I masih kuat untuk terima hakikat. Bukan
senang untuk teruskan hidup lepas dibuang keluarga sendiri. I tak nak kejadian
berulang semula.”
“Pendapat papa?”
“Papa tak kisah. Yang penting anak papa
bahagia.” Datuk Mustapha menyuarakan keputusannya. Masih lagi terkejut dengan
cerita Maya tadi. Kerasnya hati seorang Maya.
“Paa...”
Datuk Mustapha memandang anak lelakinya.
Jelas riak wajah gusar Adam. Entah sukar dia menembak hati si anak. Waktu minum
bersama Maya petang tadi nampak sangat tahap confident melampau. Malam ni baru mula serabut. Mengelamun aje
lepas makan malam tadi. Itu yang buat dia tergerak hati datang mendekat.
“Papa tak nak tanya kenapa Adam bagi
cincin tu pada Maya?”
Dahi Datuk Mustapha berkerut. “Pa ingatkan
Adam buat design yang sama?”
Adam geleng kepala menjawab.
“Cincin yang sama pa. Adam langsung tidak
ubah ikut saiz jari arwah mama. Suprisingly
its fit her. Papa tak tergerak ke nak buka mulut? Maya dah dewasa pa. Adam
yakin dia boleh terima perkara sebenar.”
“Sejak bila Adam tahu?”
“Sejak Adam mula kenal Maya. Muka Maya
sebiji macam arwah mama. Lepas tu Adam dapat tahu Maya anak angkat uncle Khair.
Lama dah pa... sejak Adam sekolah menengah.” Dia membesar dengan gambar-gambar
arwah mama dan cerita cinta papa tirinya.
Adam tidak pernah salah meneka. Maya
memang anak papa.
Datuk Mustapha mengeluh kecil. “Papa tak
rasa Maya terima lepas apa yang papa dah buat... Papa tak kuat Adam. Papa tak
kuat nak berterus terang.” Dia pernah cuba cari Maya. Lepas beberapa tahun
akhirnya dia buka mulut mencari satu-satunya anak dia. Anak yang dia buang
sendiri ke rumah anak yatim.
Itupun lepas pertemuan dia dengan Maya di
pejabat Adam tempoh hari. Mengenali nama yang dia sendiri dan arwah isteri
memilih. Datuk Mustapha cukup yakin Maya anak kandung dia. Lebih lagi tengok
wajah Maya yang seiras arwah isterinya.
Telefon Adam berdering menghentikan
perbualan mereka.
Uncle Khair.
Cepat tangan Adam menyambut. Pelik juga
bila dapat panggilan tengah malam macam ni.
“Helo. Assalamualaikum...”
Riak Adam berubah. Papanya dipandang
sekilas sambil mendengar cerita dari uncle Khair. “Astaghfirullah. Habis tu
Maya mana sekarang ni?”
“Adam datang sekarang!” Telefon terus
dimatikan.
“Apa jadi dengan Maya?” Datuk Mustapha
terus menerpa dengan soalan. Hairan dengan sikap anaknya yang terburu-buru. Apa
jadi dengan Maya?
“Maya dah tahu pa. Maya dah tahu siapa
papa kandung dia... Sekarang ni Maya tengah berkurung mengamuk dalam bilik.
Adam nak pergi jumpa Maya...”
Berdebar-debar jantung Datuk Mustapha.
Maya dah tahu. Maya mengamuk. Ya Allah! Sungguh ini yang dia takut. Takut
penerimaan Maya lepas tahu hakikat orang yang pernah buang dia.
“Kita pergi. Mama, papa dan Adam. Dah tiba
masanya abang jumpa Maya. Apapun Maya tetap anak abang...”
“Mama tahu?”
Datin Marina angguk. Sejak suaminya
berjumpa dengan Maya semula lagi. Memang tiada rahsia antara mereka berdua. Dia
juga yang usulkan siasat latar belakang Maya dan cari semula Maya Bella anak
kandung suaminya.
Dia mahu anak beranak itu bersatu semula.
Payah macam mana sekali pun, pasti Allah akan gerakkan hati Maya terima papa
kandungnya semula. Yang penting kesungguhan suaminya ‘menarik’ anaknya semula
ke pangkuan papa sendiri.
Sampai rumah keluarga Maya. Adam terus
melulu menuju pintu bilik si buah hati. Alahai berdentum bilik dengan
barang-barang. Ni dari tadi tak habis lagi baling barang? Banyak juga barang
dalam bilik Maya sampai sekarang tak habis-habis lagi.
“Aunty risau. Dari tadi tak dengar pun
suara Maya. Barang aje bunyi kena baling. Tu baling bola dia tu sekarang ni?”
“Bola?”
“Adik pernah hadiahkan bola keranjang
dekat Maya. Dalam tu ada bola. Rasanya barang dah habis berkecai. Tu yang bola
aje yang mampu dibalingnya dari tadi.”
Dalam risau tu Adam rasa nak tergelak juga
dengar cerita dari Aunty Jannah. Alahai buah hati dia ni... Dalam bilik pun
boleh jadi gelangang bola keranjang.
“Macam mana Maya boleh tahu?”
“Terdengar perbualan aunty dengan uncle
tadi.. Aunty harap Adam dapat pujuk Maya. Along takde ni... Kerja. Risau aunty.
Selalunya Along atau uncle je yang mampu pujuk Maya. Ni sekarang sah-sah tengah
marah dengan uncle.”
“In-sya Allah. Adam cuba...”
“Uncle mana?” Baru tersedar yang anak
teruna tu naik sendiri tanpa suaminya. Tadi kata nak turun bukakan pintu untuk
Adam. Tengok sampai sekarang tak naik-naik lagi.
“Bawah dengan papa dan mama.”
“Kalau macam tu. Aunty turun bawah dulu.
Tak baik biar tamu macam tu. Adam tengok-tengokkan kejap Maya. Aunty risau dia
buat bukan-bukan. Dah la dari tadi bunyi barang aje keluar. Tak keluar pun
suara dia dari tadi...”
Jannah turun tinggalkan Adam depan pintu
Maya. Risau dengan anak gadisnya seorang ni. Maya sukar dijangka. Lagi bila
perkara ni jadi macam ni.
“Maya sayang... Adam ni..” Kuat suara Adam
melawan bunyi bola yang dibaling ke dinding.
Adam sempat tangkap bunyi senyap seketika
sebelum dentuman bola kembali. Maya tahu dia di luar!
“Maya sayang... keluar please... Adam tahu Maya dengar. Jangan
macam ni sayang...” Masih lagi setia di luar. Harapan sangat Maya buka pintu
keluar.
Lepas beberapa minit masih tiada tanya
hendak keluar. Adam kembali membebel. Kali ni siap dengan ugutan. Kalau tak
makan saman lagi tak tahulah tahap degil Maya ni.
“Walaupun apa pun. Adam tetap nak Maya
jadi isteri Adam. No is not the answer.
Adam nak Maya. Kalau Maya tak nak keluar. Adam cari tok kadi sekarang jugak.
Papa ada sekali dekat bawah tu. Kejap je kalau nak akad. Uncle Khair boleh
panggil jiran sebelah buat saksi sekali.”
Pap!
Pintu terus terbuka. “I nak tahu satu je.
I nak you jujur. You tahu dari dulu atau baru je?”
Terkedu Adam dengan soalan Maya. Mata laju
melirik air muka Maya. Merah tapi bukan sebab bengkak lepas menangis. Maya
tidak sedih tapi Maya marah.
“Adam!” kuat suara Maya menjerit. Sempat
lagi mengelamun. Tadi bukan main lagi membebel macam tak cukup tanah.
“Err...
sejak sekolah...”
“Ambil balik cincin ni. You and I. We’re even. I don’t need your
pity. Mulai hari ni. I tak kenal siapa Adam Zulkarnain. Get off my life.”
Dup!!
Berdentum pintu bilik Maya. Sekali lagi
Adam terkedu sambil memandang pintu bilik. Mata dijatuhkan ke cincin atas tapak
tangannya. Masih mencerna kata-kata Maya tadi.
Nada sekata saja tapi sakitnya menyucuk. Eh! Maya ni...
“Maya...”
“Go!!”
Berdentum pintu bilik dengan bola yang dibaling dari dalam.
“I
hate you. Liar! Penipu! Aku benci
kau. Benci!!! Pergi!!” jerit Maya sambil membaling bola keranjang ke pintu
bilik. Sikit lagi boleh pecah kalau Adam terus berkeras untuk berada depan
pintu buah hatinya.
“Apa pun keputusan Maya... Adam tidak akan
sesekali tinggalkan Maya. Adam akan setia tunggu... I love you sayang...”
“I’m
not! I’m not!! and i’m not going to love a liar! Go!!” Emosi Maya makin
tidak menentu. Meraung-raung sambil mengamuk baling bola ke pintu. Marah! Dia
paling benci orang tidak berlaku jujur dengan dia!
Maya benci Adam!
Empat hari Maya tidak kerja. Keluar bilik
pun hanya sekali. Sekadar memberi sepatah dua kata pada umi. Cukup untuk tahu yang
dia nak tenangkan diri. Abaikan dia buat sementara waktu. Bilik yang tunggang langgang
sebab dia sendiri pun sudah dikemas.
Mujur papa dan umi faham dengan emosinya.
Papa dah beritahu. Adam tidak akan dibenarkan datang dekat dengan Maya. Untuk
itu dia sangat sayangkan papa. Papa tahu dia tidak boleh tengok muka lelaki tu
sekarang ni.
Makan pun umi sekadar hantar makanan ke
dalam biliknya. Dia dah janji dengan papa dan umi. Untuk seminggu sahaja. Beri
masa dia seminggu tenangkan diri.
Papa cadangkan dia pergi bercuti. Tapi
Maya bukan jenis suka melancong. Kehidupannya selama ni pun hanya rumah, kelas
dan pejabat. Meluangkan masa dengan umi dan papa jauh lebih bermakna dari
melancong tinggalkan rumah.
Cukuplah along dan adiknya jarang ada di
rumah. Dia nak sentiasa bersama dengan orang yang lebih menghargai dirinya.
“Dah kenapa buat perangai ni?”
Terjatuh buku atas tangan Maya. Terkejut
dengan sergahan si abang. “Along?” senyuman lebar. Yeay! Abang dia dah balik.
Muka ceria Maya berubah. “Kenapa buat
perangai ni? Maya dah besar? What is
wrong with you?”
“Kenapa along ni?” Tidak fahamlah along
ni. Datang aje bilik dia terus soal macam-macam.
“You
know how messed I am because of you? Along kerja pun tak tenang.
Terkejar-kejar cari orang ganti Along sebab Maya buat perangai!”
Maya tak percaya langsung abang
kesayangannya cakap begitu. Kenapa letak salah pada dia? “Kaitan? Ada Maya
suruh? Tak ada kan? Yang along bising ni kenapa?” Walaupun hati tengah
bergelegak, dia masih lagi mampu berkompromi.
“Maya Bella!! Sebab Maya buat perangai
macam ni umi dan papa tidak senang hati, jadual abang berterabur gara-gara nak
balik sini, Adam pun tak dapat masuk kerja Serabai macam bukan orang. Now your
own dad masuk hospital? Itu yang Maya kata tiada kaitan?!!” Makin naik darah
Maya ditengking oleh along.
Kaki melangkah ke depan. Sinis Maya senyum
pada abangnya. “Mati pun orang tua tu Maya tidak hairanlah along. Lagi bagi dia
bawa anak lelaki dia tu mampus sekali....”
Pang!!
“Maya Bella binti Mustapha!! Ingat sikit
darah daging sendiri!”
Bergegar badan Adam Khair. Adiknya makin
melampau!
Sinis terukir. Buat pertama kalinya
pipinya menerima habuan dari si abang. Air mata Maya mula mengalir.
“Along tampar Maya... Along tampar Maya...”
luah Maya perlahan. Lebih kepada beritahu diri sendiri. Ingatkan diri sendiri
yang abang kesayangannya sanggup tampar dia.
Adam tercenggang. Mata terus jatuh pada
tapak tangan sendiri. “Maya....” Argh! Baru sedar salah sendiri. Hati mula rasa
serba salah tengok air mata adiknya.
“Maya...”
Tangan yang cuba mengelap air mata Maya
ditepis.
Mata tajam Maya merenung si abang. “Memang
Maya ingat darah daging sendiri. Darah daging sendiri yang pernah buang Maya.
Darah daging Maya sendiri yang hantar Maya ke rumah anak yatim. Orang tua tu...
Maya takkan pernah lupa muka dia seret Maya ke rumah anak yatim. Maya takkan
pernah lupa...”
“Maya tahu Maya bukan adik kandung
along... Tapi Maya ingat along faham perasaan Maya... Tapi along... Along
ingatkan Maya bukan darah daging along. Along ingatkan yang Maya ni bukan adik
along. Along pun nak buang Maya? Buang Maya ke tempat orang tua tu?”
“Tak apalah. Kalau Along pun tak nak Maya.
Maya boleh angkat kaki. Tapi jangan paksa Maya terima orang yang pernah buang
Maya... Maya takkan sesekali pandang semula...” luah Maya perlahan.
Tubuh Adam Khair dipeluk. “Maya sayang
along. Maaf sebab Maya susahkan along. Maaf sebab buat along huru hara... Apa
pun Maya tetap sayang satu-satunya abang Maya.” Maya terus berlari keluar
rumah. Tidak mampu tengok muka marah abangnya lagi.
Tercenggang.
Adam masih mencerna ayat-ayat adiknya.
Kaku tengok air mata Maya tadi. Terkejut dengar luahan Maya.
Ya
Allah! Apa aku dah buat?
Tambah lagi sesi berkurung Maya. Sakit
hati dengan Adam Zulkarnain tidak hilang. Sekarang Adam Khair pula tambah
perencah. Lagi teruk sampai menangis jugak beberapa malam.
“Sudahlah dicabut rumput tu. Botak dah
tanah halaman ni.” Pembantu uminya mula menegur. Maya saja buat tidak endah.
Sekurangnya dapat lepas geram.
“Maya sayang...”
Jari Maya berhenti mencabut rumput. Kepala
angkat memandang awan. Laju dia berdiri memandang lelaki hadapannya.
Air mata Maya mula mengalir. Rindu... tapi
ego menambah tembok degil dia. “Maya tak rindu papa dan umi?” Soalan ringkas
yang menarik air mata Maya keluar.
Maya terus rangkul tubuh tegap papanya.
“Rindu...” rengek Maya. Dia mana pernah jauh dari papa dan umi. Tipulah kalau
Maya kata tidak rindu.
Khair senyum kecil. Rambut anaknya ditepuk
perlahan. “Papa pun rindu anak manja papa...”
“Umi...” Maya rangkul pula tubuh Jannah
erat.
“Rindu...” Rengek Maya manja.
“Umi lagi rindu Maya sayang... Jangan jauh
dari umi lagi. Umi tak nak hilang satu-satunya anak perempuan umi.”
Makin kuat suara tangisan Maya. Rasa
bersalah sebab buat umi sedih. “Maafkan Maya... Maya janji tak jauh dari umi
lagi...”
“Maya ikut papa dan umi balik rumah ya...”
pujuk Khair sambil peluk dua wanita kesayangannya.
“Along...”
“Papa dah ketuk kepala Along tu. Berani
buat macam tu dekat Maya. Papa yang halau along keluar pulak lepas tu.”
Maya ternganga. “Eh janganlah. Kesian
along... Sampai hati papa...”
Khair tersenyum kecil. “Tahu juga nak bela
Along dia. Hari tu bukan main bergaduh sampai lari rumah...”
“Pa...” rengek Maya. Papa ni suka
main-main waktu macam ni.
“Ada... tu...”
Patung maskot beruang datang bawak belon
besar bertulis ‘Sorry!’ datang
mendekat. Maya cuba tayang muka selamba. Hati mula teruja tapi ditahan. Comel!
Maya silang tangan di dada. Mata tidak
lari dari memandang maskot yang berhenti betul-betul depat dia.
Tanpa amaran tubuh Maya dipeluk. Lama.
Air mata Maya mula meleleh lagi. Mula
terkenang pergaduhan pertama dia dan along. Dari tangisan biasa hingga kuat
sampai terhinjut-hinjut bahunya.
Pelukan dileraikan. Tangan kiri Maya
ditarik. Belon diserahkan hingga Maya pegang sendiri.
Air mata yang mengalir dikesat oleh tangan
besar patung tersebut.
Merah muka Adam lepas buka kepala patung
yang dipakai. Rambut yang serabai dibiarkan. Tidak tahan tengok si adik yang
menangis bagai nak rak depannya.
“Maafkan along... Along sayang Maya. Along
salah buat adik along menangis. Along minta maaf... Jangan menangis sayang...
Along minta maaf tampar pipi Maya... Along minta maaf...” luahan Adam diselit
dengan air mata sendiri. Tidak pernah sekali pun rasa bersalah hilang lepas apa
yang dia buat pada Maya.
“Maya...”
“Maya sayang along. Maya minta maaf. Maya
rindu along...”
Adam tersenyum. “Along pun rindu Maya...”
Dia janji. Dia tidak akan buat
satu-satunya adik perempuan dia menangis kesedihan lagi. Cukup pertama dan
terakhir. Dia tidak sanggup bergaduh dengan Maya lagi.
Khair senyum pandang isterinya.
“Alhamdulillah.” Keluarga mereka bersatu semula. Kalau Luth ada sekali pasti si
bongsu melengkapkan pertemuan kali ini. Diam dari pengetahuan Maya. Luth turut
mengikut perkembangan pertemuan kali ini melalui panggilan video yang
disambungkan oleh pembantu Khair.
Si adik turut risaukan keadaan kakaknya.
Khair bersyukur sangat dia dikurniakan anak-anak yang saling sayang satu sama
lain.
Maya kalih kepala ke pintu. Hilang tumpuan
kerja sejak beberapa minit tadi. Tiba-tiba saja dia seram semacam.
“Eh?” Mata hala pada kucing kuning putih yang
berjalan masuk. Kucing siapa yang terlepas dalam pejabat dia ni?
“Sara!” Maya jerit memanggil
setiausahanya. Senyap. Bila tiada respon dari luar. Dia cuba interkom pula.
Sama. Panggilan langsung tidak berjawab membawa dia keluar bilik.
Sunyi luar ofis buat dia tambah pelik.
Mata dijatuhkan pada kucing yang sudah
naik atas sofa pejabatnya. Amboi! Pandai pula cari port cantik.
Scottish Fold yang mencemar duli masuk
biliknya mula didekati. Comelnya kucing ni. Maya mula tarik ke atas riba. Mata
jatuh pada leher si kucing. Ada pendrive!
Nota kecil yang digulung bersama pendrive
tadi dibaca.
Dear
Maya, please open. Love you.
Maya hela nafas dalam. Dapat diagak siapa
tuan si penghantar comel.
“Apa Maya nak buat pada dia tu?” tanyanya
pada kucing yang hanya tunjuk muka comel dia.
Maya angkut sekali kucing tadi ke meja
kerja. Pendrive dicucuk ke port komputer riba miliknya. Hanya
mengandungi sebuah video.
Mula-mula beberapa gambar seorang wanita
yang dia tidak kenal. Kemudian beralih pada gambar dia masa sekolah menengah
hingga kini. Diteruskan gambar dia dan wanita tersebut diletak sebelah
menyebelah.
Wajah Adam mula terpampang.
“Maya sayang... Mula-mula Adam tengok Maya
dulu. Adam terkejut. Samakan wajah Maya dan wanita tu? Untuk pengetahuan Maya.
Itu arwah mama. Arwah mama Maya. Papa tidak pernah rahsiakan cerita cinta Papa
dan arwah mama. Dari kecil Adam biasa dengar dan tengok gambar arwah...”
“Mula Adam ingat hanya pelanduk dua serupa
hinggalah Adam tahu nama sebenar Maya. Maya... Adam faham perasaan sayang. Tapi
tidak salah kita sebagai anak mengalah. Papa pun menyesal dengan apa yang papa
pernah lakukan. Papa sebenarnya tidak pernah lupakan Maya. Gambar-gambar dan
video Maya masih kecil masih tersimpan rapi. Papa tidak pernah biarkan sesiapa
masuk bilik Maya sampai sekarang. Hanya Papa seorang saja masuk setiap kali
rindukan Maya.”
“Maya... Papa dah tua sayang. Adam harap
Maya maafkan salah papa. Maya yang Adam kenal lembut pada hati walaupun keras
pada luaran...”
Adam diam seketika. Menarik nafas mengawal
perasaan sendiri.
“Adam tahu Maya tak nak jumpa Adam lagi.
Adam sedia tarik diri tapi jangan pernah berhenti pujuk diri untuk jumpa papa.
Papa di hospital sekarang ni. Kena minor strok lepas jatuh di tandas rumah.
Kalau Maya ada masa jenguklah papa. Papa hari-hari tanya pasal Maya...”
“Simpan cincin Maya, cincin tu memang dari
awal milik Maya. Itu cincin arwah mama. Adam pulangkan pada pemiliknya. Lagi
satu Belle ni kucing kesayangan Adam. Setiap kali Adam rindukan Maya, Adam akan
peluk cium dia. Jaga dia untuk Adam... Adam sayang Maya. Sentiasa cintakan
Maya...”
Maya cuba kawal perasaan sendiri. Ayat
terakhir Adam seolah bagi signal yang dia akan tinggalkan Maya. Air mata Maya
mula menitik.
Dia yang halau Adam pergi dari hidupnya.
Tapi kenapa hati sendiri yang rasa sakit bila Adam mula menjauh. “I really hate him.” Luah pada si kucing
yang hampir sama nama dengannya.
Sedar tiada sesiapa menjaga. Maya terus
masuk ke dalam wad yang menempatkan Datuk Mustapha. Dilihat lelaki yang nyenyak
tidur tanpa menyedari kehadirannya. Lelaki yang dulu gah menyanjung cinta arwah
mama hingga sanggup pertikaikan bahagia anak sendiri. Lelaki yang pernah tegas
dengan pendiriannya.
Dulu lelaki ini yang pernah seret dia
keluar rumah. Bawa dia keluar dari rumah ibu bapa kandung sendiri ke rumah anak
yatim.
Maya biar air mata yang mula mengalir.
Terkesan dengan memori zaman kecilnya. Trauma dengan apa yang pernah dilalui.
Hanya kerana arwah mama berkeras melahirkan dia walaupun kesihatan tidak
mengizinkan.
Pernah Maya terfikir alangkah bahagia jika
arwah mama setuju doktor tarik nyawa dia sebelum sempat dia melihat dunia. Apa
guna dilahirkan ke dunia jika papa sendiri tidak pernah pandang dia dengan
kasih sayang?
Hati Maya sentiasa sakit setiap kali
kenangkan betapa seksanya dia cuba menagih kasih papa. Lagi lepas arwah
meninggal. Dia terkapai-kapai mencari arah dan bahagia sendiri. Tapi bila papa
tidak tahan tengok wajahnya. Papa sendiri hantar dia ke rumah anak yatim umi
Jannah.
Bukan senang Maya cuba berdiri semula.
Bila dia sudah bahagia dengan apa yang dia ada.
Kenapa mereka perlu muncul semula?
Kenapa perlu letak dia ditempat yang salah?
“Maya...” Suara Datuk Mustapha menyedarkan
Maya. Air mata yang dibiar sejak tadi dikesat kasar. Masih enggan nampak lemah
pada mata lelaki itu.
“Maafkan papa...”
“Kenapa sekarang Datuk? Kenapa lepas Maya
jumpa bahagia Maya? Kenapa perlu muncul semula dalam hidup Maya...” Pandangan
Maya tepat pada mata redup Datuk Mustapha.
Sakit hatinya kembali berdarah bila Datuk
Mustapha nampak lemah depannya. Dia pernah berdendam untuk nampak hebat bila
berjumpa semula dengan orang yang pernah buang dia. Ingin berlawan dan berdiri
sama hebat dengan papanya.
Bukan macam sekarang. Bukan ketika Datuk
Mustapha terlantar atas katil.
“Papa rindu Maya...”
Nafas dalam dihembus. Hati bagai dicarik
dengar luahan yang dia pernah impikan satu masa dulu. “Jangan macam ni Datuk. Be bold and strong as what you were before.
I’m nothing to you...”
“Maya Bella anak papa...”
Mata dipejam kuat. Tidak sanggup dengar
kenyataan dari mulut Datuk Mustapha. Kenyataan yang pernah dipertikaikan suatu
masa dulu. Bila Maya cuba terima hakikat itu kenapa Datuk Mustapha perlu
kembali menyatakan sesuatu yang dia cuba lupakan?
Maya geleng kepala perlahan. “Jangan
Datuk. Jangan pernah jilat ludah sendiri. Papa
dan umi Maya hanya Khair dan Jannah. Well...
Maya datang sini pun sebab semua sibuk suruh tengok lelaki yang kononnya
terlantar sakit. I’ve done my part.
Balik dulu datuk...”
Badan Maya dikalih ke belakang. Jeritan
Datuk Mustapha memanggil namanya hanya dibiarkan. Saja hati biar keras walaupun
sedih kerana bertindak kejam.
Tiada. Dia tidak kejam. Dia cuma mahu
bahagia sendiri. Bahagia dia tanpa Datuk Mustapha. Berkali-kali dia bersuara menetapkan
hati sendiri.
“Maya!! Mayaa..... Maya....”
Buk!!
Maya kalih belakang. Terkejut dengan Datuk
Mustapha yang jatuh dari katil. Masih lagi mengensot untuk dengan dengannya.
Kaki kaku melihat keadaan lelaki itu.
Air mata Maya mengalir semula. Geram dengan
diri sendiri yang mula mendekati Datuk Mustapha. Benci bila dia tidak mampu
bertindak kejam.
“Ampunkan papa nak... ampunkan papa...”
Datuk Mustapha menarik tangan Maya ketika anaknya cuba bantu dia berdiri.
“Kenapa? Kenapa papa buang Maya? Kenapa
papa tak pernah sayang Maya... Maya tidak pernah rasa kasih sayang Maya? Kenapa
salahkan Maya sebab takdir arwah mama sakit? Kenapa pa?? Kenapa??”
“Maafkan papa... maafkan papa...” Sedaya
upaya Datuk Mustapha menarik Maya ke dalam pelukannya. Ya Allah! Inilah anak
yang pernah dia buang.
“Apa salah Maya pa? Maya pun sedih arwah
tinggalkan Maya. Hanya arwah tempat Maya tagih kasih sayang waktu tu? Kenapa
papa salahkan Maya? Kenapa papa buang Maya? Maya baru empat tahun waktu tu
pa... Maya tiada sesiapa...”
Tangisan Maya bergema dalam wad. Meluahkan
segala yang dia tahan bertahun-tahun. Melontar segala soalan yang selama ini
disimpan rapi.
“Jangan tinggal papa nak... papa minta
ampun... maafkan papa. Papa sayang Maya. Maya jantung hati papa.... Maya
satu-satunya kenangan mama yang papa ada...”
Hampir dua minggu Maya tinggal di rumah
Datuk Mustapha. Mulanya memang dia segan. Tapi tidak sampai hati bila Datuk
Mustapha enggan berjauh. Papa Khair dan umi Jannah pun pujuk dia suruh
tinggalkan dengan papa kandungnya sementara. Ingin Maya meluangkan masa lebih
dengan papanya.
Dari tidak tahu sampaikan dia kenal mama
kandung dan adik beradik Adam yang lain.
Rupanya hanya Adam seorang anak tiri Datuk
Mustapha. Yang lain tu kira adik tiri dia. Satu bapa lain emak dengan dia.
“Maya...”
“Ya ma?”
“Sudahlah siram bunga tu. Mari minum
petang dengan mama.”
Maya tutup paip dan ikut mama Adam ke
meja. Mulanya dia panggil puan tapi mama berkeras suruh panggil mama. Eh!
Sudahlah bakal mertua tidak jadi. Buat dia serba salah dari mula.
Sejak dia berpindah situ. Kelibat Adam
Zulkarnain tidak pernah kelihatan. Seorang pun tidak pernah timbulkan isu dia
dan Adam.
Rindu. Siapa kata dia tidak pernah rindu.
Kalau tidak rindu, tiada maknanya dia angkut sekali kucing telinga jatuh tu
tinggalkan bersama di rumah Datuk Mustapha. Siap bawa masuk ‘rumah’ Belle si
kucing lagi ke dalam biliknya. Mula dia terkejut juga tengok rumah kucing tu.
Tak sangka sampai macam tu sekali tahap diva kucing tu.
“Ma...”
“Ya sayang...” Maya tabik springlah dengan
mama Adam ni. Suaranya tidak pernah sekali pun high note. Lembut semacam sampai dia rasa diri terlalu kasar.
“Ma tak rindu Adam?”
“Maya rindu Adam?” Soalan Maya dibalas
dengan soalan. Siap dengan senyuman manis lagi. Aduh! Salah soalan ke ni?
“Jangan risau. Adam lelaki. Dia patut
pandai jaga diri sendiri.” Selamba betul mama Adam ni. Maya hanya senyum pahit.
Mana Adam sekarang ni? Soalan yang ingin
diluah tapi takut terima jawapan yang dia tidak inginkan. Lagi dia penyebab
lelaki itu semakin menjauh.
Belle yang datang dengan lengoknya sempat
ditangkap letak atas riba. Maya usap bulu lembut si kucing.
“Ma... Maya minta maaf...” Luah Maya
memecah kesunyi.
Mama Adam angkat kening. Letak semula
cawan yang hampir ke mulut. “Maaf? Sebab?” Pelik bila Maya tiba-tiba minta
maaf.
“Sebab Maya, Adam ambil keputusan jauh
dari mama...”
Dahi wanita itu berkerut sebelum ketawa
kecil. “Bertuah punya budak?”
Giliran Maya pula pandang mama Adam pelik.
“Adam tiada beritahu Maya dia ke mana?”
Geleng.
Mama Adam tergelak kecil lagi. Lembut dan
langsung tidak sinis pada telinga Maya. “Adam pergi Perth ambil adik dia habis
belajar sana. Adam memang suka manjakan Hani. Sampaikan balik Malaysia pun nak
abangnya pergi ambil... Tapi sampai dekat dua minggu nak ambil Hani. Mesti
pergi makan angin dulu tu...”
Mulut Maya ternganga. Kurang asam!
Punyalah dia risau dan rindu bagai nak rak. Boleh pula dia pergi bercuti! Siap
bagi kucing ni lagi suruh Maya jaga.
Dari serba salah. Sampai berangin badan
Maya.
“Maya ingat...”
“Maya ingat Adam nak jauh dari Maya? Nak
tinggalkan macam mana. Duduk jauh sikit pun dah rindu. Ni pula nak tinggalkan
sayang Adam ni... ” potong Adam sambil berjalan mendekati wanita-wanita
kesayangannya.
“Eh! Tak cakap dengan mama pun balik hari
ni?” Mama Adam sendiri terkejut dengan kemunculan anaknya apatah lagi Maya.
Tapi bila tengok muka nakal Adam. Geram
pula hati Maya. Yang dia buat ayat sedih macam nak tinggalkan Maya tu dah
kenapa? Mestilah dia salah faham! Siap suruh jaga kucing ni lagi!
“Jangan nak usik sangat anak dara orang tu
Adam. Bincang elok-elok. Mama masuk dalam ambilkan cawan.” Tahu pasti banyak
yang Adam dan Maya hendak luahkan satu sama lain. Saja dia beralasan untuk beri
ruang pada pasangan itu.
“So... miss me?” Adam melutut depan kerusi
Maya.
Gadis itu mencebik. Balik lagi tunjuk muka
kayu dia.
Tersenyum dia melihat wajah yang tidak
pernah hilang dari hatinya. Ada saja gaya Maya yang mencuit hatinya. “Dengar
ada orang merajuk sampai lari rumah?” Terkejut bila kawannya meluahkan perasaan
yang Adam tertampar Maya. Nak datang pujuk takut dia tambah kerukan lagi
keadaan. Ditahan saja hati mengikut nasihat uncle Khair agar dia bersabar.
“Adam!”
Adam tertawa. Dengar pun suara mahal tu.
“Thanks
for coming back to us...” ucap Adam ikhlas. Sujud syukur bila usahanya
selama ini menjadi kenyataan. Akhirnya Maya sudi terima papa kandungnya
sendiri.
“Thanks
to you... Adam sedarkan Maya...” Kerana video rakaman Adam yang turut
diselitkan rakaman papa yang nyenyak tidur terlantar di wad. Hati Maya tidak pernah
tenang. Mulut kata lain tapi hati meronta-ronta ingin mengetahui kesihatan
papanya.
“Kasih diterima. Jadi bila nak Adam tangan
tok kadi ni? Lama sangat tangguh! Tak naklah bila Adam ke luar negara lagi.
Orang tu ingatkan kita tinggalkan dia...” Tawa Adam mengusik. Saja dia buat
ayat macam tu pada video tempoh hari. Berkesan juga idea bernas uncle Khair ni.
Bagi sikit Maya rasa tidak selamat. Itu saja jalan supaya Maya sedar dari
egonya.
“Yiee!
Benci! Siapa entah nak kahwin dengan dia. Kahwin dengan kucing ni! Ambil balik!”
Belle diserah kepada tuannya semula. Benci betullah! Suka sangat usik dia!
“Betul ek
benci. Alololo... nak lah...”
“Adam
stop it!” Merah muka Maya diusik lelaki tu. Menyesal
dia buat drama air mata setiap malam. Kononnya rindu Adam yang tinggalkan dia.
Kena tipu rupanya! Cis!
Adam tertawa. Comel muka malu Maya tu.
“Malaslah nak layan. Masuk dalam lagi
bagus.” Makin lama dia di situ. Makin giat Adam usik dia. Buat malu aje
berdrama petang-petang macam ni. Pergi bantu mama Adam lagi bagus.
“Maya!” jerit Adam memanggil wanita itu.
Maya berhenti melangkah. Adam yang masih
melutut atas lantai dipandang.
“Terima kasih sebab pakai cincin tu.
Minggu depan kita kahwin ye sayang... Adam pun rindu Maya. Love you sayang...” Luah lelaki itu. Jelas riak bahagia pada raut
wajah Adam.
Bahagia kerana berjaya satukan keluarga
Maya.
Bahagia kerana bakal menjadikan Maya
keluarganya.
Terharu Maya dengar luahan Adam walaupun
berbaur usikan. Alhamdulillah! Tidak sangka akhirnya dia dapat capai bahagia
yang dia pernah impikan dahulu. Terima kasih Adam. Terima kasih hadiahkan
kebahagian yang dia cari.
TAMAT.