“Adam
behave okay. Balik kerja nanti papa belikan kek.” Adam senyum mengangguk.
“Promise. But I want chocolate cake. And… and
Ice cream too. Can I?” jari kelingking Adam dihala pada papanya.
Khair
senyum memangguk. Pandai aje Adam pujuk dia. “Janji.” Jari kelingking sendiri
membalas jari si anak kecil. Badan Khair tegak semula.
“Bila
jamuan tu ye cikgu? Maaflah. Adam dah hilangkan surat pemberitahuan tu. Tapi
dia ada beritahu saya pasal jamuan. Ada apa-apa yang saya perlu bawa?”
“Jumaat
minggu depan. Encik tak payah bawa apa-apa. Jamuan tu sebenarnya kenduri doa
selamat sebab tiga anak kami dapat tawaran sambung belajar. Umi sendiri yang
akan hulurkan tajaan seluruhnya untuk mereka.”
Khair
mengangguk. Tahu Umi ialah pengasas rumah anak yatim dan tadika tempat anak dia
belajar. Dia sendiri tidak pernah terserempak dengan Umi yang dimaksudkan.
“Waktu?”
“In-sya-Allah
doa selamat selepas solat Maghrib berjemaah. Lepas tu boleh makan-makan
sekali.”
“Baiklah.
Kalau tiada halangan. Saya cuba datang dengan Adam.”
Khair
berlalu tinggalkan Adam dengan guru tadika anaknya. Lepas lambaian dihadiahkan
pada si kecil, satu keluhan dihela. Walaupun wajah Adam sebiji macam dia tapi
mata dan renungan Adam tidak ubah seperti bekas isterinya.
Kerap
sangat wajah Jannah singgah ke mimpinya kebelakangan ini. Hari Khair pun jadi
liang libu. Tidak sedap hati. Rasa macam sesuatu bakal terjadi pada Jannah.
Agak lama dia tidak cari bekas isterinya. Hanya duit saja tidak pernah lupa
untuk dimasukkan ke dalam akaun Jannah
Saat
kereta Khair berhenti di simpang jalan. Matanya cantik memandang tepat pada
wanita yang berjalan di bahu jalan. Dahi Khair berkerut.
“Takkan
lah!”
Baru
aje fikir. Dah muncul depan mata. Ayu berbaju kurung berjalan keluar simpang
perumahan tersebut.
Pin!!
Bunyi
kereta dari belakang menarik minat wanita tersebut menoleh keretanya. Ya Allah!
Tambah berdetak jantung Khair memandang Jannah yang memandang keretanya
seketika sebelum buka langkah semula. Jannah takkan nampak dia sebab cermin
kereta tinted. Tapi dia jelas nampak
bekas isterinya!
Khair
mulakan pemanduan bila kereta belakang tidak henti tekan hon. Tapi dia tetap
menoleh arah Jannah yang menuju ke perhentian bas.
Empat
hari.
Empat
hari Khair buat kerja bodoh.
Empat
hari yang memakan diri sendiri.
“Okay?”
Angguk.
“Macam
tak okay je…” Fad meneka.
“Aku
jumpa Jannah.”
Muka
Fad terus berubah. “Maksud kau? Jannah? Mana?”
Khair
diam seketika. Soalan Fad dibiar sepi. Kepala masih menerawang ingatkan bekas
isterinya. Sungguh! Dia masih terkejut dengan hasil intipannya pada Jannah
beberapa hari ni.
“Khair
kau jangan takutkan aku. Jannah dia okay ajekan?” tanya Fad lagi. Dia kenal
Jannah. Rakan sekelasnya ketika zaman universiti dulu. Terkejut juga bila Khair
buka kisah Jannah semula. Mereka dah berbaik ke?
“Aku…
aku tak expect kehidupan dia macam
tu. Aku entahlah. Aku tak nampak pun lelaki tu…”
Fad
mengeluh kecil. “Kau dah ikut dia berapa hari ni?” Tengok gaya macam Khair buat
kerja gila intip Jannah. Haih! Apa nak kenang lagi bekas isteri tu? Dah namanya
bekas. Dulu dia pernah mengamuk juga pada Khair pasal Jannah. Bercinta bagai
nak rak. Dua tahun lebih kahwin dah cerai. Ni lepas lima tahun cerai. Sekarang
baru tunjuk muka menyesal.
Eh!
Tak faham sungguh dia!
Khair
tidak juga menjawab. Iya dia tahu tindakannya salah. Tapi tidak salah kalau dia
nak tahu perkembangan Jannah selepas dia ceraikan. Lagipun dia tetap hulurkan
duit pada Jannah walaupun bukan tanggungjawabnya lagi. Entahlah! Khair memang
tidak pernah lupa hal satu itu. Baginya Jannah berhak dapat duit tersebut.
Sekurangnya dia tahu Jannah mampu hidup senang dengan duit pemberiannya.
Tapi
bila tengok keadaan Jannah. Langsung tidak sama seperti yang dia harapkan.
Ingatkan Jannah masih tinggal di rumah lama mereka. Tapi lagi teruk dari itu.
Kehidupan yang langsung dia tidak harapkan pada seorang Jannah!
“Aku
nak jumpa dia. Face to face!” Nekad
Khair bersuara. Iya! Dengan cara itu saja dia mampu tenangkan hatinya.
Selepas
lima tahun…
Agaknya
apa ekpresi Jannah berjumpa dengannya semula?
Jannah
tercenggang.
Kaku.
Tidak
jadi nak naik bas bila Khair berdiri di hadapannya.
“Abang
nak jumpa Jannah.” Sengaja Khair pilih waktu Jannah habis kerja. Dia tahu
Jannah pasti akan tunggu bas balik ke rumah. Sampai rumah Jannah hanya duk diam
dan rutin wanita itu sama saja setiap hari sepanjangan dia ikut Jannah.
Jannah
hela nafas. Lepas bertahun-tahun tidak sangka dia jumpa lagi mamat ni.
Akhirnya! Khair tunjuk diri depannya. Dan dia harap kali ni biarlah segala
persoalan dia selama lima tahun ini terungkai!
Selera
Khair memang tinggi. Jannah sempat mengerling hiasan dalaman restoran pilihan
Khair ketika masuk tadi. Orang kaya macam dia boleh la nak makan ikut suka.
“Mana
lelaki tu?”
“Kenapa
hidup macam ni?”
“Why?”
“Kenapa
Jannah seorang diri?”
“Ini
bukan yang abang harapkan lepas…”
“Lepas
apa? Lepas buang I? Lepas tinggalkan I terkontang-kanting. I bangun dari sedar
dan suami I tinggalkan sepucuk surat cerai dan anak yang langsung I tak pernah
nampak?!” Jannah tersenyum sinis. Astaghfirullahalzaim! Tidak sangka Khair akan
tembak dengan soalan macam tu selepas beberapa tahun.
“So that is the reason? Buang I sebab
lelaki lain? You fikir I curang? God!
After years… ” Tertawa sinis Jannah lepas tahu sebab dia dia diceraikan.
Wajah
bekas suaminya dipandang. Jelas muka tidak puas hati Khair yang masih penuh
dengan persoalan. Dan Jannah tidak perlu tunggu lama… Dia tegakkan badan.
“I
tak sangka semurah itu kepercayaan you… Thank
god you ceraikan I sebab I tak perlukan cinta suami tanpa kepercayaan. Stop sending all those money. I don’t need
that! I bukan kahwin dengan you sebab duit. But that stupid damn love! Ugh! Stupid me.”
Jannah
terus berdiri dan tinggalkan meja. Lepas bertahun akhirnya dia jumpa
jawapannya. Jawapan yang tambah sakitkan hatinya.
Khair
terkedu.
Tiada
lagi abang-Jannah.
Tiada
lagi kata-kata baik dari Jannah.
Tiada
lagi lentok manja isterinya.
Dilihat
bekas isteri yang telah lama hilang dari memori.
Tegas
dan langsung tidak berpaling.
Sekarang
hati mula terdetik.
Salah
diakah?
“Thank god you ceraikan I sebab I tak
perlukan cinta suami tanpa kepercayaan.”
Ulangan kata-kata Jannah tadi buat dia raup muka kasar.
What have you done Khair?!
Jannah
ketuk tingkap kereta Khair. Dia belum buta lagi untuk tipu diri sendiri. Khair
memang rajin ‘ikut’ dia dua tiga hari ni. Ugh! Rasanya firasat ada orang ikut
dia dari minggu lepas memang benar.
Mata
Khair celik. Tersedar dari tidur. Muka cemberut Jannah dipandang sebelum
tingkap diturunkan.
“I
tak tahu pula you pindah rumah area sini.”
Amboi
sinisnya ayat keluar dari mulut Jannah. Khair telan liur. Argh! Macam mana
boleh kantoi ni. Tak sangka boleh pula terlelap!
“Jannah…
abang…”
Jannah
geleng kepala. “Baliklah.” Tuturnya perlahan. Niat nak turun bawah pergi gerai
hujung beli makanan untuk malam ni. Tak sangka lain pula yang dia ternampak.
“Abang…”
Argh! Khair kelu lagi. Nak cakap tapi ayat dalam kepala berterabur.
“I
tak rasa you ada urusan penting di kawasan ni. Baliklah Khair. Macam mana I
ikut cakap you selama ni agar jangan jumpa you. Macam tu juga I minta. Jangan
cari I lagi.”
“Sayang…”
Satu
nafas berat dihela. Khair. Dia baru sedar. Dia baru rasa sakitnya hati menahan
rindu selama ni. Salahkan pada yang tidak bersalah. Dia yakin dia yang silap
kerana tidak percayakan Jannah suatu masa dulu. Sedar sukar diterima semula.
Dia hanya mampu tengok Jannah dari jauh untuk mengubat rindu yang selama ini
ditanggung.
Jannah
tidak sanggup lagi dengar. Takut hati sakit selama ini tambah perit tengok muka
Khair. Ada baiknya dia pergi dari situ. Silap juga patutnya dia biarkan saja
Khair dengan tidurnya tadi tu!
Kaki
digerakkan semula. Membiarkan Khair terpingga buat ayat sendiri. Jangan dilayan
sangat hati tu. Nanti baiklah sendiri. Pesan buat diri sendiri.
Bergegas
Khair keluar dari kereta. Langkah Jannah dikejar. “Jannah nak ke mana? Biar
abang hantar.” Pelawanya. Nak ke mana maghrib macam ni? Bahaya!
“Baliklah
Khair.”
“Jannah
please…” Lengan Jannah ditahan.
Menghalang wanita itu dari terus melangkah. Waktu tu Khair sedar suhu badan
Jannah yang panas. Laju telapak tangan naik ke dahi.
“Jannah
demam.”
Sinis
senyuman Jannah terukir. Tangan Khair ditolak kasar. “Kaitan?”
“Abang
hantar Jannah ke klinik. Jannah mana boleh demam. Nanti susah baik.” Kenyataan.
Bertahun kenal Jannah yang susah sakit. Tapi bila sakit susah nak baik.
“Tak
perlulah Khair. I sakit atau sihat. Tiada langsung kaitan dengan you.” Menyesal
pula malas masak hari ni.
Waktu
tu Khair sedar wajah Jannah memang sangat pucat. Tapi haih degil betullah
Jannah ni. “Abang hantar ya.”
Jannah
mengeluh. “Balik.” Sepatah dan tegas. Lepas tu hilang selera Jannah nak beli
lauk untuk makan malam ni. Biarlah dia berlapar. Tengok gaya dan muka Khair
tambah demam badannya!
Waktu
tu Khair memang tidak mampu buat apa selain senyap mengatur langkah ikut Jannah
sampai ke depan pintu rumah. Jannah pun senyap. Masuk saja tanpa pelawa Khair
masuk sekali.
Nak
halau Khair pun dia tidak mampu. Dia tahu sikap keras kepala Khair tu. Bila dia
kata putih maka putihlah. Sebab tu Jannah kena cerai pun tanpa sebarang
penjelasan. Sinis lagi pada diri bila ingatkan perkara tu.
Habis
solat isyak. Jannah yang mampu termenung depan televisyen. Pintu rumah diketuk
dari luar. Mula intai dari tingkap. Lepas tengok Khair yang masih setia
mengetuk. Dia ambil keputusan duduk semula di kerusi. Tiada sebab untuk dia
buka!
“Abang
tahu Jannah dengar. Buka atau abang terus buat bising.” Jerit Khair dari luar.
Bukan susah. Rumah flat ni dia jerit depan rumah Jannah, rumah hujung pun masih
boleh dengar. Ketukan pada pintu rumah Jannah makin dikuatkan. Bukan dia tidak
perasan langsir tingkap tepi pintu diselak. Jelas saja langsir terselak
walaupun tak nampak muka bekas isterinya.
“Jannah!!”
jerit Khair lagi. Kuat dan semakin kuat.
Jannah
mendengus. Pintu rumah dikuak kasar. “You nak apa?!”
Khair
tersenyum kecil. “Abang bawa ni.” Termos dan Tupperware bertingkat dihala depan
pintu grill yang masih berkunci.
“Balik
Khair. Cukuplah tuduhan dari you. I tak sanggup lagi terima tuduhan dari
jiran-jiran I pula.”
Dush!
Kena setepek muka kacak Khair. Berubah kelat dengar ayat ‘manis’ dari Jannah.
“Abang
cuma nak bagi ni.” Ayatnya diutarakan perlahan.
Tadi
dia dapat agak mata Jannah pada gerai tepi jalan. Mesti Jannah tidak larat nak
masak tapi bila nak beli makanan terbantut pula sebab dia. Bergegas Khair balik
rumah sediakan makanan untuk Jannah. Pengasuh dan orang gajinya pun naik pelik
bila dia tiba-tiba rajin masuk dapur.
Hanya
pesanan saja ditinggalkan untuk jaga Adam malam ni.
“I
takde order delivery. You baliklah
Khair. Tak perlu tunjuk belas kasihan tu sangat. I tak perlukan. Entahlah. I
tak tahu apa yang you dengar dan apa yang you siasat. You dah buang I. Itu I
yakin. I minta satu je kali ni. Jangan toleh semula pada benda yang you dah
buang.”
Lepas
panjang lebar Jannah luah isi hatinya. Pintu terus ditutup rapat. Siap dengan
lampu ruang tamu. Dia hanya terus masuk bilik dan baring atas katil single tu dalam keadaan bergelap.
Segelap hatinya lepas dibuang oleh Khair.
Bangun
pagi tu Jannah kembali datang ke kerja. Hari ni dia sekadar datang kerja
setengah hari. Lepas tu ada urusan yang dia perlu selesaikan. Badan tambah
panas tapi tidak boleh ikut sangat demam tu. Bukannya tambah baik makin melarat
adalah!
“Umi!!”
jerit anak-anak kecilnya.
Jannah
tersenyum kecil. Terubat sikit hati yang terusik beberapa hari ni.
“Jannah
dah sihat?” soal pembantunya.
Anggukan
diberi. “Maaflah. Jannah janji nak tolong. Tapi tak sangka boleh demam.” Kononnya
nak datang tolong tapi hanya mampu hulur duit saja minta pekerja yang lain beli
apa dan buat apa yang patut.
Haslin
geleng kepala. Tahu juga sikap degil Jannah tu.
“Kendurinya
malam nanti ada yang perlu diselesaikan ke lagi?” tanya Jannah. Takut ada yang
kurang. Kalau dia tidak perlu bergegas ke pejabat tadi mungkin dapat tolong
lebih awal. Dapat bos hitler macam Puan Kartini tu cuti macam mana pun terpaksa
datang kerja bila bos datang menyeru.
“Benda
banyak dah selesai Jannah. Bawalah berehat. Nanti malam kena layan tetamu
lagi.” Bebelan Haslin hanya dibalas dengan sengihan Jannah.
“Jannah ke dapurlah dulu. Tengok apa yang
boleh buat lagi.” Duduk dan berehat sangatlah tidak sesuai tika hati masih
bercelaru. Buat sakit kepala dia aje bila termenung teringatkan kisah lama.
“Astaghfirullah.”
Mengucap panjang Jannah. Macam mana boleh jumpa lagi ni? Sakit hati tidak
hilang lagi ni. Ingat lepas dia sembur malam tu, Khair senyap juga akhir tapi
boleh pula muncul malam ni.
“Jannah
ni Khair, papa Adam.”
Mata
Jannah jatuh pada Adam. Anak dia?
“Jannah
ni…”
“Umi.”
Sambung Haslin pada ayat Khair yang tergantung.
Jannah
genggam tangan menahan rasa. Bibir dipaksa memberi senyuman. Payah tapi dia
paksa diri untuk tenang. “Jemput masuk Encik Khair.”
Khair
angguk perlahan. Masih lagi terkejut dengan status Jannah. Umi. Maksudnya
Jannah pengasas rumah anak yatim dan taska sekolah Adam.
Serba
tak kena jadinya. Walaupun semuanya berjalan dengan lancar. Hati Jannah tidak
pernah berhenti berdetak kencang. Matanya sesekali lari pada telatah Adam.
Adam
anak dia?
Ya
Allah! Selama ni bukan dia tidak pernah berbual dengan Adam. Malah hatinya
jatuh sayang pada telatah comel Adam. Sinis senyuman terukir untuk diri
sendiri. Anak sendiri yang dikandung pun langsung dia tidak kenal.
“Adam…
anak kita.”
Jannah
tidak menoleh. Tahu itu suara Khair tapi entah. Hati tambah sakit dengan
kenyataan yang dia baru tahu hari ni.
“Jannah…”
Sepi.
Jannah sedikit pun tidak terkesan dengan Khair disebelah. Mata masih lagi jatuh
pada Adam yang bergelak ketawa dengan budak lain.
“Abang
minta maaf…”
“Its okay Khair. Benda dah lepas. I tak
nak ingat benda lama.”
“Abang
tahu abang salah.”
“Salah?”
Jannah tersenyum sinis.
“I
nak you ambil balik rumah lama tu. I dah lama tinggalkan rumah tu. Dari awal
pun bukan milik I. Lagi satu rumah ni dan taska tu I buka guna duit yang you
bagi setiap bulan tu. Jadi wajarlah kalau I pulangkan semula.”
Khair
geleng kepala. Dia tidak sekejam itu untuk tarik segala hasil titik peluh
Jannah. Lagipun duit yang dia hulur setiap bulan tu memang ikhlas.
“I
tak nak apa-apa lagi yang berkaitan dengan you.”
“Tapi
rumah tu memang nama you dari awal…” Itu hadiah perkahwinannya untuk Jannah
ketika baru kahwin dulu.
“Apa
guna rumah besar kalau isinya kosong?”
Khair
terdiam.
“Hormat
permintaan I. Macam mana I hormat permintaan you selama ni. Macam tu juga I
minta. Hormat permintaan I. I akan pulangkan segalanya atas nama you. You cuma
perlu tandatangan. Selebihnya apa you nak buat terserah.”
Khair
hendak menegah Jannah dari berdiri tapi dia sendiri kelu. Kelu dengan
permintaan Jannah. Apa dia dah buat?
Menghancurkan
hidup seorang Jannah tidak pernah terlintas dalam hatinya.
Dia
cintakan Jannah.
Tapi
kenapa begini pengakhiran mereka?
“Khair
okay?”
Khair
toleh Lisahani disebelah. Satu anggukkan diberi. Gadis yang masih memegang baju
untuk Adam angkat kening. Tahu mood Khair tidak okay. “Kalau ada sesuatu tu.
Baik luahkan. Makin dipendam buat tambah susah hati aje.”
Tenang
Lisahani meluahkan. Baju untuk Adam disua pada badan si kecil. Meneliti
kesesuaian baju dengan si kecil.
Khair
geleng kepala. “Saya okay je.”
Bukan
sebulan dua dia kenal Khair. Masuk tahun ni tiga tahun mereka berkenalan. Mula
dia kerja sebagai setiauasaha Khair. Dan kini tunang lelaki itu. Walaupun dia
tahu permintaan tunang itu kerana Adam yang rapat dengannya. Lisahani sangat
memahami setiap ekspresi tunangnya tu. Adalah yang tidak kena dengan Khair tu. Dari
awal pagi tadi lagi dia perasan!
“Umi!”
jeritan Adam menarik perhatian mereka berdua. Si kecil dengan senang hati
melambai pada Jannah yang sedang belek baju kanak-kanak.
Jannah
angkat kepala. Mata hala pada Khair. Kemudian beralih pada wanita yang cantik
bertudung sebelah lelaki itu.
Senyuman
paksa diukir. Dan bila Adam berlari padanya. Jannah hanya mampu angkat tangan saat
Adam sua tangan untuk salam. Rutin setiap kali anak-anak tadika sekiranya
berjumpa dengan Umi mereka.
Muka
Khair berubah. Tambah keruh bila Lisahani turut tersenyum berjalan mendekati
Jannah.
“Umi
ni mama Adam.” Ceria si kecil mengenalkan dia pada ‘mama’ yang dimaksudkan.
Kelat
Jannah menerima huluran salam wanita tersebut. “Lisahani. Kak ni Umi tempat
tadika Adam?” ramah Lisahani bertanya.
Jannah
angguk. Mata kerling pada Khair yang baru datang mendekati.
“Jannah.”
Jannah
hanya angguk sebagai tanda salam. Lisahani angkat kening pada tunang disebelah.
Lain macam aje bunyinya.
“Jannah
free? Rasanya ada benda abang nak
cakap.”
“Errr…”
“I take it as yes. Jom ada benda yang
abang nak cakap. Lisa bawa Adam. Kita ke restoran depan ni aje.”
Tidak
sempat Lisahani bersuara. Dia faham nada suara tegas itu. “Jom Adam ikut mama.”
Dibawa Adam bersamanya walaupun hati rasa lain. Terutamanya bila perasan cara
tunangnya pandang ‘umi’ Adam.
Jannah
mengeluh. Apa lagi kali ni?
“Are you coming?” Khair masih setia
menunggu Jannah. Lisahani dan Adam sudah pun masuk ke dalam.
“Apa
lagi ni?”
“Masuk
sendiri atau nak abang bawakan.”
Jannah
mendengus. Suara tegas Khair tu. Dia tidak takut tapi dia tahu Khair akan buat
benda yang dia maksudkan. Kaki dibawa masuk ke dalam. Dia duduk bertentangan
dengan wanita tadi.
Adam
duduk ditengah antara dia yang berhadapan dengan Khair dan Lisahani.
“Adam.
Ni mama… Umi sebenarnya mama sebenar Adam.”
“Hah?”
Serentak Lisahani dan Adam bersuara.
“Umi
ni. Mama kandung Adam. Selama ni Adam tanya papa mana mana, kan? Umi sebenarnya
mama Adam.” Beritahu Khair lagi. Tegas tanpa pedulikan wajah terkejut tunang
dan anaknya.
Jannah
pula hela nafas berat. Apa pula rancangan Khair kali ni.
“No! Umi bukan mama Adam! Papa tipu!! ”
marah si kecil tiba-tiba. Tidak puas hati dengan kenyataan papanya.
“Adam
kenapa tinggikan suara macam tu?”
“Tipu.
Papa kata mama dah mati! Papa tipu. Umi bukan mama Adam!” bentak Adam. Lima
tahun. Lima tahun dia disogok dengan kematian mama kandungnya. Kenapa papa
boleh tiba-tiba suarakan benda ni lagi.
Riak
muka Jannah makin keruh. Mati?
“Adam!”
tegas Khair bersuara. Terkejut dengan bentakan anaknya. Argh! Salah dia juga
sogok Adam pasal kononnya mama kandungnya dah mati.
Mata
Adam mula berair. “Papa tipu! Papa jahat! Papa marah Adam!!” tangisan Adam mula
bersuara. Laju tangan Lisahani mengambil Adam ke dalam pelukannya.
Tambah
keruh wajah Jannah. Melihat situasi tersebut. Jantungnya macam nak berhenti
berdetak.
“Mama… papa jahat. Papa marah Adam…”
“Syuuhhh…
jangan nangis. Papa tak marah. Nanti mama belikan mainan untuk Adam.” Pujuk
Lisahani sambil mengusap belakang si kecil. Pandangannya dikerling pada Khair
dan Jannah silih berganti. Dia turut hela nafas kecil.
“I
tak tahu apa motif you beritahu Adam. Supaya dia jauh dari I? You memang dah
bawa dia jauh dari I lima tahun lepas Khair. Sekarang kenapa you perlu ungkit
perkara ni lagi? Kenapa tak biarkan Adam terus anggap I dah mati?”
“You
memang nak sangat I jauh dari Adamkan?” soal Jannah lagi. Kecewa, sakit hati,
marah. Dia tidak tahu lagi nak ungkap macam mana perasaannya kali ni.
Jannah
berdiri. Duduk situ tambahkan lagi sakit hatinya. Takut air mata yang ditahan
akan mengalir tanpa dipinta.
“Jaga
Adam untuk I.” tuturnya pada wanita yang sedang memeluk anaknya.
“Bukan
itu maksud abang. Abang nak…”
“Sudahlah
Khair. Macam I cakap sebelum ni. I hormat permintaan you sebelum ni. Sekarang
rasanya sudah tiba masa untuk you hormat permintaan I pula.”
Lega
bila segalanya terluah.
Lisahani
senyap seketika. Masih mencerna luahan dari tunangnya. Dipandang. “Awak masih
cintakan dia.”
Khair
pandang tunangnya. Serba salah. Tidak pernah sekalipun cintanya hilang. Cerai
tidak bermakna dia lupa cintanya pada Jannah. Buanglah segala gambarnya bersama
Jannah. Wajah bekas isterinya tidak pernah sekalipun luput dari ingatan.
Walaupun marah pada ‘curang’ yang disangkakan sebelum ini. Ingatan dan rindu
tidak pernah padam.
Dari
pandangan Khair, Lisahani cukup memahami betapa cinta dan rindunya Khair pada
bekas isterinya.
“I’m sorry.”
Lisahani
geleng kepala. Tiada yang salah. Khair awal lagi pernah cakap dengannya. Tunang
kerana Adam perlukan mama. Dan cintanya pada Lisahani tidak pernah ada. Macam
tu juga dia. Tipu kalau rasa sayang dan suka itu tidak pernah ada tapi
selebihnya dia setuju memang kerana Adam.
“Saya
cuma minta satu. Awak minta cara baik. Dan awak pulangkan saya cara baik.”
Mungkin itulah sebaiknya. Rasa sedih itu ada. Tipulah jika dia terusik tapi
untuk kebahagian mereka semua. Dia rela tarik diri. Lagipun baginya Jannah
perlukan Adam dan Khair lebih darinya. Jannah juga perlu bahagia lepas apa yang
terjadi.
“Saya
minta maaf.”
Lisahani
tersenyum. “Tiada kata maaf yang perlu awak ungkapkan pada saya. Tapi Jannah.
Dia berhak dapat kebahagian dia Khair. Dia layak untuk bahagia. Saya yakin
hanya awak dan Adam yang mampu berikan dia kebahagiaan semula. Jangan risau
saya tak apa-apa.” Mujur juga pertunangan mereka tidak dihebahkan atas
permintaannya sendiri. Ada hikmah ikut syariah islam. Tidaklah dia malu bila
pertunangan putus ditengah jalan.
“Sekarang
Adam pula. Saya tak sangka macam tu sekali marahnya bila tahu Jannah sebenarnya
mama kandung dia.”
“Pasal
Adam. Awak janganlah risau. Marah dia tu tak lama. Lagipun satu hari nanti dia
mesti akan terima Jannah. Air yang dicincang tidak akan putus Khair. Lagi
talian seorang ibu dan anak.”
“Terima
kasih Lisa. Saya minta maaf sebab kecewakan awak.”
Lisahani
geleng kepala. “Jangan risau pasal saya. Jangan sesekali menyerah kalah dari
terus pujuk hati Jannah. Hadaplah marah dia. Tapi jangan biarkan awak menyerah
dengan amarah dia. Dia pun berhak untuk marah. Tapi biarlah dia lebih berhak
untuk bahagia.”
Bibirnya
tersenyum.
Jannah
tidak pernah berubah. Suka letak kunci bawah pasu yang sama. Dia buka pintu
guna kunci tersebut.
Khair melangkah masuk. Mata melilau ruangan
yang ditinggalkan sejak bertahun dulu. Masih lagi seperti dulu. Langsung tiada
yang berubah seperti dia tinggalkan.
Rasa
sayu dan sepi sungguh terasa.
“Apa
guna rumah besar kalau isinya kosong?” Teringat kembali kata-kata bekas
isterinya.
Langkah
dihala ke arah setiap tempat yang mengimbau memori dia bersama Jannah.
Dia
dekati meja solek. Tidak silap lagi. Cincin kahwin Jannah elok terletak bersama
hiasan-hiasan yang pernah dihadiahkan untuk wanita itu. Malah telefon dan kad
bank turut tersusun cantik.
Khair
keluh kecil. Sampai macam tu sekali benci Jannah padanya.
Cincin
kahwin isterinya diambil.
JannahtulKhair
Ukiran
nama dia dan Jannah dibaca. Ukiran yang ditempah khas untuk cincin perkahwinan
mereka. Tapi… Argh! Sesal tiada kesudahan yang tinggal. Semua salah dia
sendiri.
“Auch!”
jeritan kecil dari bilik sebelah mengejutkan Khair.
Laju
kaki melangkah ke bilik sebelah.
Jannah
yang kutip kaca dengan tangan berdarah didekati.
“Sayang
okay?” tanya Khair gugup. Tangan Jannah ditarik. Berdarah kena kaca!
Jannah
tarik tangannya kasar. Terkejut dan geram bila Khair tiba-tiba muncul.
“I
okay…”
“Tapi
tu darah…”
“Its okay. You buat apa sini?”
“I
errr…”
“Oh
okay. You nak ambil balik kunci?” Dia dah cakap dia tak nakkan rumah ni. Tapi
cepat sangat pula Khair datang nak ambil. Tak sabar-sabar nak halau dia
agaknya.
“Bukan
tu…”
“It’s okay. I kemas ni dulu. Nanti I
bagi…” Sisa kaca pecah kembali dikutip.
Khair
tarik kembali tangan Jannah. Tidak suka tengok darah dari tangan tersebut terus
mengalir.
“Don’t!”
“Don’t simply touch me!” tegas Jannah
bersuara. Tidak lagi bersama menegaskan mereka tiada lagi tiket halal untuk
mereka berdua. Khair harus tahu soal itu.
Khair
telan liur. Angguk. “Tapi biar abang kutip. Balut luka sayang tu dulu.” Laju
dia gerakkan tangan mengutip sebelum Jannah berdegil.
Satu
hela nafas diluah. Jannah hanya pandang Khair yang ikut melutut mengutip sisa
kaca. Dia ambil kepingan gambar yang terdampar. Gambar dia yang sedang
mengandung bersama Khair.
Jannah abang. Syurga Jannah.
In-sya-Allah syurga kita.
#JannatulKhair
“Buang
sekali ni…” tuturnya lepas baca bait kata yang tertulis pada belakang gambar.
“Jannah…”
“Benda
ni. Tiada makna lagi selain menyakitkan…”
Dada
Khair sesak. Kenapa sekarang dia rasa sesal dengan perpisahan yang dia pinta?
Lebih-lebih lagi lihat air mata Jannah yang menitik pada gambar tersebut.
“Adam
pun tak kenal I. Jadi lebih baik you buang gambar ni sebelum dia nampak.” Tutur
Jannah sebak. Lagi sakit ingatkan anak yang tidak mengaku dia ibu. Sedangkan
dia yang kandungkan Adam sembilan bulan.
“Maafkan
abang…” Argh! Sah silap dia ceraikan Jannah. Bukan dia saja berpisah. Malah
perpisahan terbesar ialah pisahkan anak yang baru lahir dari ibu.
Air
mata Jannah makin laju menitik. “You bakar semua ni. Buang. It’s okay Adam tak nak I. I boleh
terima. I harap mama tiri dia akan sayang dia. She look fine to me. Harap-harap perempuan tu akan jaga anak I.”
tuturnya sambil kesat air mata. Biarlah asalkan Adam bahagia. Dia tidak mahu
paksa Adam terima dia.
“Lisa
bukan isteri I. Adam anak sayang. Adam anak kita Jannah…”
Jannah
geleng kepala. Apa guna ada anak kalau anak pun tidak mengaku ibu. Siap panggil
orang lain mama lagi. Sakit hati bila panggilan yang diimpikan dari anak
sendiri hanya tinggal kenangan pahit buatnya. “Lepas you ambil semua ni semula.
I takkan ada di sini.”
“Sayang
nak ke mana?”
Jannah
tersenyum. Sayang. Bibir Khair masih lagi dengan pangilan tersebut. Sedangkan
dia sendiri kekok dengan panggilan yang dah lama ditinggalkan.
“Cari
syurga yang you buang Khair. Cari Jannah I…” tuturnya sambil memegang tapak
tangan yang masih berdarah. Ditekan kuat. Sakit tapi sakit lagi hati menutur
kata yang tidak diingini.
“Jannah.”
Air
mata Jannah dikesat. Terduduk di halaman rumah mengenangkan hari terakhir dia
pijak rumah itu. Khair yang duduk sebelahnya dibiarkan.
“Abang
minta maaf.”
“Abang
nak kita bersama semula.” Khair menutur lagi bila Jannah hanya langkah berdiam
diri. Perit tengok Jannah menangis. Sanggup biarkan tangan tu terus
berdarah.Sampai macam tu benci Jannah padanya. Sakit hati hingga abaikan
kecederaan sendiri.
Kejamnya dia Ya Allah. Dia yang buat Jannah jadi
macam ni.
“Hati
ni Khair. Sekali you hancurkan. Tiada pengantinya. Cukup sekali Khair. I tak
nak lagi.” Hendak bersama semula? Nak tergelak dalam tangis Jannah
mendengarnya. Entah apa yang ada dalam kepala Khair.
“Kenapa
perlu pandang kisah lama?”
“Lima
tahun Khair. Tempoh yang terlalu lama. Cukup buang sisa perasaan I pada you.
Berjumpa dengan you bukan satu kehendak I lepas apa yang terjadi. Apatah lagi
bersama dengan you…”
“I can’t live without you…”
“You can and you did.”
“Tapi…”
“Sudahlah
Khair. You nak makan? I order delivery.”
Tukar topik. Jangan layan sangat perasan tu. Sambil tunggu makanan sampai boleh
kemas mana yang tinggal.
Khair
mengeluh kecil. “Boleh abang minta Jannah masakkan. Abang keluar belikan
barang. Please…”
“Tapi…”
rancangan memang nak berlama di hari terakhir dia di rumah ni. Tapi kemunculan
Khair ke situ membantutkan segala niatnya. Balik secepat yang mungkin. Itu saja
yang dia harapkan sekarang ni.
“Abang
tak tahu bila lagi dapat merasa masakan Jannah.” Rindu. Rindu Jannah. Rindu
pada masakan Jannah. Rindu segalanya pasal Jannah.
“Baiklah.
Tapi kena beli perencah semua tu sekali. Rumah ni tiada langsung bahan
masakan.”
Lebar
senyuman Khair. “Can you list it for me?”
“Nak
masak apa?”
“Asam
pedas, kari kepala ikan, kangkung belacan…”
“Macam
setahun tak makan.” Dalam terkumat kamit mulut membebel. Senarai bahan yang
perlu dibeli tetap disediakan. Tidak masak kempunan pulak nanti. Haih! Ada juga
manusia macam Khair ni.
Masak.
Sendiri.
Bila
Khair tawar diri nak bantu, dia awal lagi menegah. Kalau berkeras juga masaklah
sendiri. Dia balik!
“Done. Makanlah.” Tangan dilap dengan
kain.
Khair
angkat kepala. Jannah tegak hadapannya dipandang. “Tak makan sekali?” Walaupun
teringin nak makan masakan Jannah. Dia mana mampu habiskan semua ni.
“Temankan.”
“I
nak balik. Dah petang ni. Tak elok. Kita bukannya…”
“Please… Temankan abang makan. Lepas tu
abang janji hantar Jannah balik.”
“Tapi…”
“Abang
tak minta lebih Jannah. Makan ni je…”
Anak
mata Jannah dipandang. Dalam meresap ke hati sendiri. Ya Allah. Lembutkanlah
hatinya untuk sebuah kemaafan dan kebahagiaan.
Akur.
Alhamdullah. Tersenyum lebar Khair mengaut nasi untuk Jannah. Walaupun tanpa
sebarang patah perkataan.
“Apa
rancangan Jannah lepas ni?”
Kepala
diangkat. Kekok sebenarnya. Hairan macam mana Khair boleh setenang itu
sedangkan hatinya masih lagi sakit dan janggal dengan keadaan mereka.
Bahu
diangkat. Sebenarnya ada tapi tiada sebab untuk Khair tahu.
Keaadaan
kembali senyap. Hinggalah habis makan. Sampai kawasan perumahan flat Jannah.
Satu pesanan dititipkan oleh Khair yang buat dia ingat sampai sekarang.
“Abang
tahu. Tiada ampun untuk suami kejam macam abang ni. Abang minta satu je dari
Jannah. Jangan buang cinta. Benci abang, marah abang tapi jangan buang cinta
abang. Sebab abang tidak pernah sekalipun buang cinta abang pada Jannah.”
Jangan
buang cinta.
Marah.
Benci.
Sakit
hati.
Iya
cinta itu memang sukar dibuang Khair. Tapi entahlah. Untuk kembali kepada
keadaan itu sangat sukar baginya. Lima tahun. Banyak yang dia lalui. Tempias
yang dilemparkan. Kata hina, kutukan dan macam-macam lagi yang terpaksa dia dan
keluarganya terima.
Sejak
malam tu, tiada lagi bayang Khair ikut dia. Mengalahkah lelaki itu?
Jannah
tersenyum. Sinis pada diri.
Apa
lagi yang kau harapkan Jannah?
“Jannah
pulang ni. Pusat jagaan tu macam mana?” Ibu menyoal. Pelik bila anaknya kembali
tinggal bersama.
“Khair
jaga bu.”
“Khair…”
Ibu
belum tahu. Hampir dua bulan dia pulang ke kampung. Sekalipun tidak pernah dia
luahkan pasal Khair dan Adam. Wajarlah ibu tayang muka pelik bila dia sebut
nama bekas suaminya.
“Jannah
buat tu semua pakai duit Khair. Sekarang Jannah pulangkan semuanya semula.”
“Bila
Jannah jumpa Khair?” Tidak pernah keluar persoalan pasal Khair. Tiba-tiba saja
muncul nama itu semula di bibir anaknya.
“Adalah
dalam dua bulan lepas.”
Pelik
si ibu tengok Jannah. Rileks macam tiada apa yang berlaku. Khair tu! Bekas
suami yang diceraikan dia tanpa sebab. Telatah Jannah dipandang. Buat selamba
saja sejak pulang tempoh hari. Kalau Jannah tidak buka mulut, agaknya sampai ke
sudah dia tidak tahu Jannah sudah bertemu semula dengan Khair.
“Khair
ada rancang nak bersatu semula?”
Tergelak
kecil Jannah dengar soalan nada selamat ibunya. “Ibu, kalau Jannah nak bersatu
semula dengan Khair. Buat apalah Jannah balik kampung tinggal dengan ibu?”
“Ibu
tanya je. Muka kau ni buat ibu risau. Selamba aje macam tiada apa yang berlaku.
Betul ke Khair tak nak sambung semula?”
“Niat
tu ada bu. Siap suarakan lagi. Tapi dah lima
tahun. Buat apa lagi Jannah nak masuk cerita lama? Adam pun tak nak mengaku
langsung Jannah ni mama. Biarlah. Sekarang pun Jannah bahagia jaga ibu…”
“Bahagia
ke kalau asyik dengar kutukan orang kampung?” provok si ibu. Walaupun dia suka
si anak ambil keputusan tinggal dengannya. Kata-kata busuk orang kampung selalu
mengusarkan hati tuanya. Ada saja cerita busuk pasal anaknya yang berstatus
janda. Takut sangat laki kena kebas.
“Kalau
Jannah fikir pasal orang kampung. Dari dulu lagi Jannah dah kecundang bu. Baik
buat bodoh aje. Tak luak pun setakat kena kutuk.”
“Hati
tu pula macam mana? Dah tak kecundang dari Khair. Jangan luaran saja nampak pulih
sedangkan dalam tu merana.”
Faham
kata perli si ibu. Jannah hanya meneruskan kerja yang berbaki. Pura-pura sibuk.
Senyap mengatur lipatan daun pisang untuk nasi lemak. Balik kampung bantu ibu
jual nasi lemak di sekolah bukanlah cita-cita dia. Lagi-lagi keluaran luar
negara macam dia.
Balik
belajar kerja dengan syarikat Khair. Kenal dari zaman belajar buat dia terima
lamaran lelaki itu ketika mereka bekerja bersama. Kahwin terus berhenti kerja,
layan Khair macam raja di rumah. Lagipun waktu tu dia memang dilimpahi dengan
kemewahan. Khair memang tidak lokek soal duit. Tapi entah macam mana. Hidup
jadi terumbang ambing lepas tu.
Kena
cerai tanpa sebab yang dia sendiri tidak tahu.
Lima
tahun.
Waktu
yang cukup lama untuk dia hidup berdikari. Bukan satu dua kutukan dia terima.
Lagi lepas beranak. Balik kampung tinggal dengan ibu dan arwah ayah waktu tu.
Hati dia turut luluh bila ibu dan arwah ayah terpaksa terima cemuhan orang
kampung padanya.
Sampai
sekarang dia tidak akan lupa.
Lagi
bila arwah ayah meninggal dunia. Waktu tu kelam lagi hidup seorang Jannah.
Hilang kasih seorang ayah yang tidak pernah luntur untuk dia. Tanpa suami,
tanpa anak. Dia teruskan hidup, urusan jenazah hinggalah kenduri arwah. Semua
dia bimbing guna bahu sendiri. Ibu bukannya kuat jadi waktu tu dia sedar
kuatnya seorang Jannah harus dilipat ganda.
Sekarang
Khair senang-senang minta maaf.
Melupakan
kisah dulu. Tidak.
Melupakan
cinta lama. Pun tidak.
Sebab
cinta yang dibuang itu buat dia sedar. Dia mampu teruskan hidup walaupun tanpa
hadirnya cinta Khair.
Bila
hati terpaut. Bukan senang untuk Jannah lupa. Tapi untuk terima semula. Dia
tidak mampu untuk kembali.
Jannah
hela nafas kecil.
“Jangan
dikelu pada keputusan sendiri.” Ibu bersuara bila dengan dia mengeluh.
“Kadang
rasa hidup ni tidak adil bu. Bila kita dihukum tanpa salah yang kita tahu.
Perit. Bila kebenaran depan mata. Situasi memaksa kita untuk terima maaf orang.
Jannah bukan baik untuk terima bulat-bulat kata maaf tu bu… lima tahun bukan
tempoh yang singkat. Anak yang dalam kandungan pun mampu berlari dan barcakap.
Dan cukup mampu terima atau tidak seorang ibu yang tidak pernah dodoi dia…” Air
mata terus gugur. Soal anak, tidak pernah sekali pun dia gagal untuk rasa
tewas.
“Jannah…”
“Jannah
tidak mahu ulang benda yang sama bu. Adam bukan alasan untuk Jannah bersama
Khair semula. Adam sudah terima orang lain sebagai mama. Cukup untuk Jannah berpuas
hati asalkan anak Jannah gembira bu.”
Kasih
seorang ibu. Faham bila Jannah begitu. Tapi sampai bila Jannah nak terus hidup
dalam keadaan begini. Dia sendiri tidak mahu tengok Jannah terus berkeras macam
ni. Jannah juga layak bahagia. Dan andai maaf Khair diterima.
Dia
yakin.
Jannah
pasti bahagia.
Sebab
kemaafan itu bahagia.
“Jannah…”
“Huh?”
“I…
I minta maaf…”
Pandangan
Jannah kosong. Sekarang mula tanya diri sendiri. Betulkah keputusan dia datang
ke sini?
“Jannah…”
Nama
dia diseru lagi. Mata pejam serapat yang boleh.
“Kenapa
Fir? Kenapa mesti kau?”
Giliran
Fir pula menunduk. Sesal dengan perbuatan dia dulu. Tahu pasti Jannah sukar
terima hakikatnya.
Lepas
Jannah dan Khair bercerai. Dia memang tidak lepas peluang depan mata. Tapi
nyata cinta Khair memang untuk Jannah. Bercerai bukan bermaksud Khair lupakan
cintanya.
Mengalah.
Dan rahsia disimpan sampai sekarang. Dah kahwin pun dia. Alhamdulillah suami
dia pilih dia yang berdosa ni sebagai isteri. Dia bahagia. Tapi lepas terjumpa
dengan Khair semula. Perasaan dosa lama mula mengejar. Memaksa dia untuk cari
Jannah bagi membetulkan keadaan.
“Kau
tahu selama ni aku sayang kau macam adik beradik aku sendiri. Walaupun kau
kawan dengan Khair dari kecil. Sayang aku pada kau tidak pernah berubah.
Percaya aku… kepercayaan aku pada kau tidak pernah sikit pun luak Fir…”
Ketenangan
Jannah melumatkan lagi hati Fir. Tenang tapi dia tahu hati Jannah pasti
berombak. Lagi rahsia yang dia simpan bertahun akhirnya terluah pada si kawan.
“Maafkan
aku Jannah… maafkan aku…”
“Bukan
salah kau seratus peratus Fir. Kalau pun cerita tu dari kau. Khair tiada hak
untuk hukum aku tanpa sebarang siasatan. Dia hukum aku tanpa sebarang
penjelasan Fir…” Betul Fir mulakan fitnah. Tapi selaku suaminya, kenapa Fir
percaya tuduhan itu sebulatnya.
Fir
geleng kepala. “Dia tidak percaya Jannah. Langsung tidak percaya. Dia minta
bantuan aku siasat…”
Terpana
Jannah dengar kenyaataan baru dari Fir.
Fir
siasat?
Dia
tertawa kecil.
Ya
Allah!
Benda
tu sejak dia awal mengandungkan Adam. Pandai sungguh Khair simpan rahsia.
Siasat dibelakang tanpa pengetahuannya. Langsung Jannah tidak terdetik rasa
curiga.
Fir
dah kembali untuk terima rawatan. Suami dia sendiri tolong pimpinkan. Kacak
suami Fir. Nampak sangat penyayang. Bahagia walaupun tengah bertarung dengan
nyawa. Kanser rahim. Ujian untuk Fir. Katanya ini hukuman dunia sebab pisahkan
anak dan ibu. Sampai sekarang seorang zuriat pun dia tidak mampu kurnia untuk
suaminya.
Bertahanlah
Fir. In sya Allah. Jannah doakan kebahagian Fir. Minta ampun dari Allah. Sebab
dia akan ampunkan dosa fitnah Fir padanya.
“Kak
Jannah…”
Jannah
angkat kepala.
Lisahani.
Seorang
lagi wanita. Bakal suri Khair. Tadi bakal tidak jadi datang meminta satu
pertemuan. Sekarang bakal isteri Khair mewujudkan satu pertemuan.
Jannah
paksa diri senyum. Tapi diri tidak mampu untuk berdiri dan menyambut Lisahani.
Rasa
lembik kaki dengan kebenaran yang baru dia terima tadi.
“Kak
Jannah datang nak tengok Khair dan Adam?”
Persoalan
Lisahani hanya disambut dengan kerutan dahi. Lisahani turut tayang muka pelik.
“Bukan?” soalnya lagi tidak puas hati.
Kepala
geleng perlahan. “Kenapa? What happened?”
Mohon janganlah ada sesuatu yang buruk terjadi.
“Accident. Khair masih dalam bilik
perbedahan. Adam pula kekurangan darah. Both
on their way to your kampung awal tadi. Baru je… Lisa pun baru datang…”
Tercenggang.
Jannah ukir senyum sinis. “You’re kidding
right?”
Lagi
tidak puas hati Jannah bila Lisahani geleng kepala. Kali ni betullah lutut dia
rasa betul-betul lembik. Teruknya dia! Ya Allah! Khair dan Adam sedang
bertarung nyawa pun dia masih tidak tahu apa-apa yang berlaku.
Air
mata Jannah mula jatuh lagi.
O negative.
Itu
jenis darah dia. “Tolong akak Lisa. Tolong bawa akak jumpa mereka…”
Laju
Lisa paut lengan Jannah masuk ke dalam hospital. Hati turut tertanya kemunculan
Jannah di situ tapi siapa dia untuk meneka percaturan Allah. Dipermudahkan
Jannah bertemu saat Khair dan Adam sedang bertarung nyawa.
‘Ambil
buah pinggang saya doktor.’
Itu
ayat terakhir selepas mengesahkan pinggang Jannah sesuai dengan buah pinggang
Khair. Keputusan pun keluar selepas Jannah selesai derma darah untuk Adam.
Besarnya hati wanita itu. Dan sekarang Jannah tengah bertarung untuk
permindahan tersebut.
Dicerai
tanpa sebab kuku.
Dipisahkan
tanpa mengetahui status anak.
Jannah
masih sudi membantu Khair. Organ penting diberikan kepada lelaki yang
meletakkan kebahagiannya ditempat paling hina. Luhurnya cinta Jannah tidak
dapat Lisahani bayangkan.
Ingat
lagi pesanan dan kata tegas Jannah tadi. ‘Kalau sesuatu terjadi. Janji dengan
akak. Jaga Khair dan Adam.’
‘Tapi.’
Khair
cintakan Jannah. Itu Lisahani pasti.
‘Tidak
ada yang kedua jika cinta dia pasti.’
Seolah
faham isi hati Lisahani. Tenang Jannah memintas dan terus mengarah doktor tolak
dia ke bilik rawatan.
Ada
perkara lain Jannah tidak tahu.
Keputusan
Khair untuk bertunang dan ingin mengahwini Lisahani bukan sebab cinta.
Tapi
kerana Adam.
“Terima
kasih.”
Ucapan
Khair menyesakkan hati Lisahani. Tapi kebenaran masih juga disimpan rapi.
Pesanan dari Jannah tetap dipegang.
Satu
anggukan dibalas.
Bukan
dia yang patut Khair berterima kasih.
Bukan
dia yang patut terima ‘kasih’ Khair.
“Kenapa
ni?” Sedikit timbul rasa ragu bila air muka Lisahani nyata tidak setenang
asalnya.
Berat
mulut Lisahani nak meluahkan kisah sebenar.
Dari
perbedahan hingga Khair dan Adam sihat sepenuh. Dia masih utuh dengan janji
Jannah. Simpan rahsia. Jangan biar Khair tahu kemunculannya tempoh hari.
“Lisa…”
Tahu ada benda Lisahani cuba sembunyikan. Ataupun salahnya dia pernah tolak
Lisahani kerana mengejar Jannah menjadi sebabnya?
“Lisa
masih marahkan saya?”
Lisahani
laju mengeleng kepala. Mana mungkin dia marahkan Khair. Malah tidak terkesan
pun bila Khair minta putus tunang kerana ingin mengejar semula cintanya pada
Jannah. Kecewa itu mungkin ada tapi tidaklah meninggalkan kesan.
“Kak
Jannah…”
Air
muka Khair berubah. Terkesan dengan sebaris nama bekas isterinya. Sedikit
berkecil hati kerana Jannah langsung tidak menjengguknya dan Adam semasa mereka
di hospital.
“Tak
payahlah sebut pasal dia…”
Nada
suara berjauh hati Khair tiba-tiba membangkitkan rasa geram Lisahani. “Takkan
awak dah menyerah kalah? Lupa niat awak cari dia?” Ditahan-tahan kancing gigi
yang sedang menahan marah.
“Apa
guna cari dia kalau dia sendiri menolak?” Bukan Khair tidak cuba. Lepas dia
sihat tu. Memang ada dia cuba dail dan cari Jannah. Sekurangnya jika Jannah tak
nak jumpa dia pergilah jenguk Adam. Jangankan sambut telefon, nak bertemu
dengan Fad yang diwakilkan ke kampung Jannah pun ditolak mentah-mentah.
Geleng
kepala Lisahani dengan usaha Khair. Patutlah Jannah pun berkeras tak nak. Kalau
macam ni jangan kata Jannah. Dia pun tidak sudi! Cepat sangat menyerah walaupun
pada dasarnya dia tidak tahu soal Fad yang diwakilkan jumpa Jannah tu.
“Saya
tak sangka sekecil ini usaha awak cuba pikat Kak Jannah… ”
“Jangan
pernah persoalkan cinta saya Lisahani. Awak tidak tahu usaha yang saya cuba
selama ni untuk pujuk dia…”
Lagi
Lisahani tambah kesiankan Jannah berbanding Khair. “Tidak Khair. Awak kalah
jika dibandingkan dengan cinta Jannah.”
“Berbulan
saya cari dia semula Lisa. Lepas apa yang terjadi dengan saya dan Adam. Saya
masih lagi merayu. Dia masih abaikan saya walaupun tahu keadaan saya. Lagi saya
marah bila Adam ikut terpalit. Dia langsung tak nak tengok anak sendiri…”
“Apa
hak awak untuk judge?!” marah
Lisahani.
“Awak
tidak tahu apa yang dia lalui. Rajuk dia berbulan ni tidak sama jika
dibandingkan marah awak bertahun-tahun hingga menceraikan dia tanpa sebab. Dia
ada hak untuk marahkan awak Khair. Beberapa bulan itu tidak cukup untuk ubat
hati dia yang parah ditinggalkan bertahun-tahun…”
“Lagipun…”
Lisahani mula sebak. Sebak kenangkan keadaan Jannah selepas perbedahakan
tersebut.
“Kak
Jannah dia tidak sihat…”
Leher
Khair terus tegak. Dahi berkerut dengar ayat terakhir Lisahani sebelum dia
menangis. “Apa maksud awak?”
“Dia…
kesihatan dia tidak seberapa baik selepas perbedahan buah pinggang untuk awak.
Dia nekad keluar hospital selepas pebedahan tu sebab tak nak awak tahu dia
penderma. Dia… dia baru je lepas derma darah untuk Adam. Lepas tu derma buah
pinggang walaupun doktor menegah agar dia pulih sepenuhnya dulu.”
“Jannah
dia… langsung tidak fikir dua kali lepas tahu keputusan buah pinggang dia
sesuai untuk awak. Dia langsung tidak fikirkan kesihatan sendiri... Jangan
berhenti mencintai dia Khair. Jangan berhenti berusaha… sebab saya yakin cinta
dia tetap ada untuk awak…”
Khair
terdiam. Lama hingga tangisan Lisahani senyap pun dia masih berdiam diri.
“Leave me alone…”
“Tapi…”
“Tinggalkan
saya sendiri.”
Bersendiri.
Lama Khair diam diri sampailah dia ambil keputusan memandu terus ke kampung
bekas isterinya. Termenung jauh dalam kereta memandang rumah separuh batu dan
kayu depan mata.
Situ
ada kenangan. Kenangan dia pegang tangan tok kadi. Mengangkat status Jannah
menjadi syurga cintanya. Tapi dia ceraikan Jannah tanpa pulangkan dengan cara
baik.
Cermin
bahagian kereta diketuk. Menyedarkan Khair dari terus termenung jauh. Kalut dia
mengatur langkah laju keluar dari kereta. “Assalamualaikum ibu…” Tangan bekas
mak mertuanya disalam hormat.
“Waalaikumsalam.
Cari Jannah?” Persoalan terus timbul seolah faham niat Khair.
Angguk.
“Naiklah.
Dia ada dekat atas.” Dari pagi tadi tengok anaknya macam tidak betul. Jannah
tahu ke Khair memang nak datang? Tapi tidak dilayan perasaan si anak. Biarlah.
Jannah cukup dewasa untuk kawal dan tanggani perasaan sendiri.
“Adam
tidur. Saya angkat dia naik dulu.”
Angguk.
Sempat si ibu mengerling pada budak lelaki yang sedang nyenyak tidur di kerusi
penumpang hadapan. Dapat terasa getaran Khair ketika bersalaman dengannya tadi.
Soal Khair dan Jannah, memang dia tidak mahu masuk campur walaupun hati ibu
agak berkecil hati dengan layanan Khair pada Jannah sebelum ni.
“Eh?”
Berkerut
kening Jannah pandang Khair yang naik dengan ibunya. Siap gendong Adam bawa
masuk ke ruang tamu lagi. “Ibu yang jemput naik. Lama dia dalam kereta tadi.”
“Oh
er… err… Jannah masuk pakai tudung dulu.” Dalam rumah sendiri. Mana mungkin dia
bertudung. Jadi bila Khair main terjah macam ni. Bingung seketika tak tahu nak
buat apa. Untung baju sopan. Kain batik dan baju T. Kalau tak pasal-pasal
tunjuk body percuma. Kain pun dia
tarik dari lipatan baju yang tersedia. Kain-kain lain pun masih berselerak atas
lantai ruang tamu. Sangat tidak bersedia untuk terima tetamu!
“Bawalah
Adam tu tidur dalam bilik Jannah. Selesa sikit.” Kening Jannah terangkat dengar
pelawaan ibunya.
“Pergilah.”
Gesa si ibu lagi.
Dalam
keterpaksaan Jannah terpaksa kembali berjalan ke bilik bersama Khair. Usai
letak Adam atas katil Jannah. Khair keluar tanpa sebarang pamitan. Sedar
kehadirannya mengundang ketidakselesaan pada Jannah.
“Jannah
dah masak ni. Khair makan lah dulu. Jannah tolong sediakan makanan untuk Khair.
Makanlah sekali temankan Khair.” Keluar bilik bekas ibu mertua pula baik
mempelawa. Terkesan juga riak Jannah yang berubah setelah diarah.
“Tak
apalah bu.”
Ibu
geleng kepala. “Pergi makan. Tak elok biar perut tu kosog. Khair pun mesti
belum makan tengahari.”
Serba
salah Khair hendak menolak. Lagi bertambah bila Jannah yang sama-sama keluar
dengannya mengeluh kecil di sebelah.
“Jom
la.” Jannah melintasi Khair dan bersuara kecil. Hati yang masih terkejut
mengumpul geram. Tapi perintah ibu dan adat melayan tetamu tidak diketepikan.
Menurut
saja dari belakang. Baru cuci tangan dan berniat nak tolong Jannah. Awal lagi
bekas isterinya memangkah. “Duduk je. Biar Jannah sediakan.”
Akur.
Kaki dibawa ke meja makan. Mata tidak lari dari memandang tingkah Jannah yang
menyediakan makan untuknya.
“Jannah.
Abang sebenarnya…”
“Makan
dulu. Nanti lepas makan baru cakap.” Dari makan hati sambil isi perut. Baik
mereka makan nasi dulu.
Akur
bila Jannah potong ayatnya. Dia capai pinggan berisi nasi putih. Terharu juga
bila Jannah kekalkan tradisi isikan nasi ke pinggannya. Seolah mereka masih
lagi suami isteri. Khair senyum sendiri walaupun hati masih berdebar. Berdebar
dengan penerimaan Jannah selepas dia utarakan hajatnya.
Ya
Allah permudahkan urusan kami untuk bahagia bersama semula.
“Jannah
sihat?” Bagi intro dulu sebab Khair masih tiada idea hendak mulakan ayatnya.
Huh! Skill mengayat Jannah dulu memang sudah ke laut. Karat sampai dia tidak
tahu hendak mula macam mana.
“Terus
terang ajelah. Apa niat datang sini?”
“Abang
tak tahu macam mana nak kembalikan cinta Jannah. Tahu abang tidak layak. Tapi…
abang tetap ingin merayu… Merayu cinta Jannah. Izinkan abang kembali menjadi
syurga Jannah semula. Izinkan abang kembalikan kebahagian sayang…”
Jannah
hanya hela nafas. Segar angin kampung tidak mampu menghilangkan sesak dadanya.
“Abang
minta maaf. Abang pernah ragui cinta Jannah. Tapi jujur. Abang tidak pernah
tuduh melulu. Abang siasat sebelum…”
“Sebelum
ceraikan saya? Siasatan awak ada masukkan sekali penjelasan saya? Tiada satu
pun peluang untuk saya jelaskan. Saya dibuang macam tu je tanpa tahu sebab saya
diceraikan. Lucukan?” Tawa Jannah dihujung ayatnya. Lucu dengan diri sendiri.
Tiada
satu pun jawapan Jannah yang mampu dijawab. Sempit dadanya menahan rasa
bersalah. Kepala Khair menunduk. “Ya Allah. Maafkan abang sayang. Maafkan
abang….”
Tangisan
Khair menolak wajah Jannah ke sisi. Tuduhlah dia kejam tapi hatinya cukup sakit
dengan perbuatan Khair sebelum ini. Maafkan Khair sudah hilang saat matanya
terpandang bekas kekasih hati yang terkulai atas katil tidak sedarkan diri
tempoh hari.
Lama
tangisan Jannah bergema di bilik rawatan yang menempatkan Khair pada waktu itu.
Sempat dia memandang Khair sebelum tidak sedarkan diri untuk permindahan buah
pinggang tersebut.
“Jannah…”
“Kenapa
Khair? Kenapa saya? Kenapa awak tak kahwin je dengan Lisahani? Dia tunang
awak…”
Kepala
toleh membalas pandangan Jannah.
Khair
geleng kepala. Sedar dia tidak boleh kesat air mata Jannah. Dibiar air mata
mereka berdua terus mengalir. Tidak perlu malu dengan tangisan sendiri. Sebab
itu air mata kesilapan yang pernah dia buat pada Jannah. “Abang tak pernah
cintakan Lisa. Lisa PA abang. Lisa selalu jaga Adam ketika abang outstation. Kebetulan abang perlukan
mama untuk Adam. Abang lamar Lisa agar Adam merasa kasih sayang ibu. Percayalah
sayang… abang tidak pernah berhenti cintakan sayang… I love you so much.”
“Awak
tipu!!” Ingat lagi bila Adam gelar Lisahani mama. Tersiat-siat hati Jannah. Dia
yang mengandungkan Adam. Tapi kenapa kehadirannya tidak pernah diiktiraf oleh
anak sendiri.
“Awak
jahat Khair… Saya benci awak!” marah Jannah lagi. Melepaskan geram yang terkumpul
selama ini.
“Jannah…”
“Awak
tak tahu apa yang saya alami selama ni. Lima tahun! Lima tahun saya terseksa
kerana awak. Sekarang awak muncul semula dan pinta sesuatu yang tidak mungkin
saya terima. Baliklah… Antara Jannah dan Khair sudah lama berakhir sejak awak
ceraikan saya.” Jannah terus berdiri.
Bila
Khair ajak berbincang di titi sungai belakang rumah. Hati Jannah mula
mengelegak. Sejak dia bercerai memang dia elak untuk duduk lepak di titi
tersebut. Kenangan dia dan Khair ada di situ. Tapi ibu terdengar permintaan
Khair, terus saja ibu setuju tanpa fikirkan perasaannya.
“Jannah…”
Ah!
Pedulikan mamat tidak sedar diri tu. Dah tiga hari tidur rumah mereka. Siap
guna Adam lagi kononnya nak jumpa Jannah. Banyak cantik! Ikut suka dia saja
tinggal di situ. Tak sedar lagi yang Jannah sakit hati setiap kali terpandang
wajah Khair.
“Biar
betul Ti? Mahu juga si Jannah tu dengan bekas laki dia?”
“Tak
tahulah. Soal rumah tangga Jannah memang saya biarkan mereka sendiri yang
atur.” Itu jawapan ibu Jannah. Tenang dan ringkas. Malas nak layan sangat
kerenah orang kampung yang suka sangat bercerita pasal anak perempuannya.
Kaki
Jannah terhenti depan pintu belakang rumah. Dia mengeluh kecil. Khair pun
terdengar sekali. Perlahan Jannah melangkah pusing pintu depan. Ingat nak masuk
aje pintu belakang sebab dekat. Tapi tak sangka ada pula geng jiran datang
rumah korek rahsia.
“Jannah.”
Serba salah Khair. Malah bertambah bersalah dengar kata-kata jiran yang datang
bercerita dengan bekas ibu mertuanya.
“Eh
takkan sebab duit kut Ti? Jannah tak ingat ke lagi bekas laki dia tu ceraikan
dia lepas beranak. Tak kesiankan arwah bapa dia dulu ke? Merana orang tua tua
jaga Jannah dan kamu. Sampai arwah meninggal pun tidak sekali bekas laki dia
datang. Semuanya Jannah buat sendiri… Ish! Kalau anak akulah. Dah lama aku
halau laki dia tu keluar. Ke kau pun sama macam Jannah? Duit tu bukan boleh
bawak masuk kubur pun Ti oi!”
Dan
lepas dengar ayat tu. Kaki Khair laju juga ikut ayat Jannah. Tidak sanggup lagi
nak dengar ayat seterusnya. Dia sendiri dengar pun sakit hati, apatah lagi
Jannah dan keluarganya yang terpaksa tadah telinga bertahun-tahun. Semua kerana
silap dia!
Tiada
lagi selok belok. Jannah terus masuk dalam bilik sendiri. Tahu itu saja tempat
yang Khair tidak boleh masuk selama tinggal di situ. Lama Khair berdiri depan
pintu Jannah. Nak panggil tapi takut suaranya sampai ke dapur. Nanti lain lagi
cerita yang keluar.
“Dah
balik?” tegur si bekas ibu mertua.
Khair
angguk.
“Jannah
marah?”
Kali
ni serba salah Khair hendak buka mulut. Bukan setakat marah bu…
Dengar
si bekas ibu mertua mengeluh kecil. “Kamu dua dengar ke tadi?” agaknya sebab
mustahil juga Jannah tidak masuk ikut pintu depan sedangkan pintu belakang
lebih dekat.
Berat
kepala Khair mengangguk.
“Abaikan
aje…”
“Salah
Khair bu. Maafkan Khair. Khair rosakkan kehidupan anak ibu. Tapi jujur Khair
tidak pernah lupakan Jannah. Khair sayang Jannah bu. Khair cintakan Jannah.”
Lembut
hati ibu Jannah dengar luahan hati bekas menantunya. Dia nampak. Hati tuanya
turut nampak betapa seksanya Khair menanggung silap lama dan rasa cinta pada
Jannah.
“Pada
ibu dan arwah ayah, ini ujian Allah untuk Jannah. Kami tidak salahkan Khair
atas apa yang terjadi. Semua ni ujian nak. Tipulah kalau kami tidak pernah
kecil hati. Tapi selebihnya kami risau dengan masa depan Jannah. Sejak apa yang
terjadi. Kami hilang keceriaan dan wajah gembira Jannah. Sebagai ibu bapa, kami
hanya harapkan kebahagian anak kami aje.”
“Hati
Jannah tu terluka. Pesan ibu, sungguh-sungguhlah ubat hati Jannah tu semula.
Ibu tidak larang. Jodoh Khair. Ibu percayakan jodoh dan aturan Allah. Kalau ada
jodoh takkan ke mana…”
Nasihat
dan dorangan dari bekas mertuanya buat Khair bertahan. Ditebalkan saja muka
untuk terus tinggal di situ walaupun telah beberapa kali dihalau balik oleh
bekas isterinya.
“Rumah
siapa tu?” Soalan dari Jannah mengalih perhatian Khair. Rumah kayu dulu kini
mula dirobohkan sejak dua minggu lepas. Bertukar kepada rumah kayu tapi
dipadankan dengan elemen tradisional kotemporary hingga nampak elegan. Cantik
walaupun belum siap sepenuhnya.
“Ibu
dengar ada orang beli tanah tu. Qistina hari tu ada juga singgah rumah tanya
ibu kalau ada orang nak beli tanah.”
Jannah
angguk beberapa kali. Qistina kawan dan juga jirannya sejak kecil. Lepas kedua
arwah ibu bapanya meninggal. Qistina sudah jarang pulang ke kampung. Langsung
berbeza ketika arwah masih ada. Qistina sanggup berhenti kerja semata-mata jaga
arwah ibunya.
Secara
tidak langsung Qistina pendorong Jannah untuk terus tinggal di kampung dan jaga
ibunya. Pengorbanan Qistina menjadi contoh untuk Jannah membalas budi ibu
bapanya.
“Qistina
dah tak tinggal sini?”
Ibu
geleng kepala. “Dah tiada siapa yang tinggal di sini Jannah. Lagipun biarlah
Qistina tu cari bahagianya. Selama ni dia cukup jaga arwah.”
“Qistina
tu… antara sebab Jannah terus tinggal di sini dengan ibu. Jannah banyak belajar
dari dia. Jannah ni… tidak cukup lagi berbakti dengan ibu dan ayah. Banyak
menyusahkan lagi adalah…” ucapnya perlahan. Bila kenangkan ibu dan ayah yang
terpaksa menghadap sedihnya dan kutukan orang kampung ketika dia balik lepas
bersalin, hati Jannah jadi sakit. Marah pada diri sendiri!
“Apa
pula cakap macam tu. Ibu dan arwah ayah tidak pernah sekali pun rasa susah jaga
anak kami. Dah la. Ibu tak suka dengar ayat macam tu.” Hati ibu macam yang
tidak sayu dengar rintihan anak sendiri. Sedih Jannah, sedihlah juga dia.
Badan
tuanya diangkat. Meninggalkan Jannah dan Khair di pangkin. Tidak sanggup hendak
dengar ayat Jannah seterusnya. Takut dia sendiri mengalirkan air mata.
“Bila
awak nak balik?”
“Huh?”
“Bila
awak nak balik KL? Adam tu kena jugak pergi sekolah.”
Khair
hanya senyum. Suka bila tengok Jannah dan Adam yang semakin erat. Rapat tapi
tanpa dia bersama.Tidak mengapalah. In-Sya-Allah. Satu hari nanti.
“Nanti.”
Nasib baik Adam kira bersekolah di tadika papa sendiri memandangkan Khair sudah
mengambil alih taska dan tadika Jannah. Senang sikit buat pelepasan dan
In-Sya-Allah dia ada rancangan baik untuk Adam dan Jannah.
“Kesian
dekat Adam. Dia pun rindu nak jumpa kawan dan pergi sekolah.”
“Abang?
Jannah tak rindukan abang?”
“Jangan
pentingkan diri Khair. Hidup ni bukan untuk awak semata-mata.”
Urgh
tajamnya ayat. Setajam jelingan Jannah padannya. “Hidup abang tidak bermakna
tanpa sayang dan Adam. Jannah dan Adamlah kehidupan seorang Khair. Selagi abang
tak betulkan silap abang pada Adam dan sayang. Selagi tu abang tidak akan
berputus asa.”
Degil!
Geleng kepala Jannah dengan kerenah bekas suaminya ni. Banyak alasan!
“Apa
ada pada saya ni sedangkan awak boleh cari beratus-ratus perempuan yang sesuai
dengan awak.”
“Ada
cinta. Ada kasih. Ada hati. Ada memori. Ada Adam. Dan yang penting ada hubungan
yang terpisah sebab silap abang. Banyak Jannah. Terlalu banyak.” Nada suara
Khair semakin perlahan. Ya Allah! Kuatkanlah hatiku untuk hadapi sakitnya.
“Khair…”
“Satu
saja Jannah. Berikan abang satu lagi peluang. Peluang untuk abang bahagiakan
Jannah.”
Jannah
diam. Hati mula tersentuh. Mula beralih arah pada kata-kata Khair sejak
kebelakangan ni. Tapi kenangan lama selalu saja jadi peringatan.
“Umi!!”
jeritan Adam dari pintu menarik perhatian mereka berdua.
“Nenek
panggil naik. Minum petang. Nenek buat pisang goring sedap!” jerit si kecil
riang. Suka dengan suasana kampung yang baru padanya.
“Baiklah.
Nanti umi dan papa datang.”
Usai
Jannah sahut, Adam terus lari masuk ke dapur semula. Gembira pisang goreng kegemarannya
menjadi menu.
Jannah
berdiri. Masih lagi posisi yang sama. “Baiklah. Tapi dengan syarat.”
“Huh?”
“Satu
peluang dengan beberapa syarat. Kalau awak sanggup saya akan ikut. Tapi sekali
awak langgar syarat tu sampai hari nikah. Saya tak nak awak pijak rumah ni
lagi.”
“Huh?”
Khair jadi blur tiba-tiba. Lepas beberapa saat baru otak dia berfungsi. Laju
kepala angguk.
Sempat
Jannah buat muka sebelum berjalan tinggalkan bekas suaminya. Annoying pula dengan Khair yang
buat-buat blur. Dia dah la berdebar gila tadi. Buat malu aje.
“Abang
nak! Apa syarat sayang…”
“Sayang…”
Laju
jugak Khair angkat kaki mengejar langkah Jannah.
“Stop it Khair… mengada-ngada.” Geli pula
telinga dia dengar Khair panggil manja macam tu.
“I love you.”
“Urgh!”
Dah tua-tua masih lagi nak bermanja macam tu. Geli telinga dia dengar. Ingat
macam zaman muda-muda dulu ke? Buat malu aje kalau ingat balik.
“Syarat?”
Si bekas suami ni pun tak reti sabar.
“I’ll
tell you later. Sabar sikit boleh tak?”
Tiada
syarat pun sebenarnya. Cuma Jannah malu nak terima bulat-bulat. Dia terima
kerana Allah. Kerana Adam dan kerana hati sendiri. Ibu nasihat. Buat istikharah
sebab itu jawapan dari Allah. Dan bila hati dia menolak kuat jawapan tersebut.
Jannah tidak tenang. Dan dia tidak jahil. Tidak terima maksudnya dia tidak
redha dengan ketentuan Allah.
“Tak
habis lagi Adam dan Maya tu?”
“Macam
abang dan sayangkan?”
Kening
Jannah terangkat.
“Sweet macam abang dan sayanglah.” Tutur Khair
sambi labuh tangan ke bahu Jannah. Sebelah lagi bermain dengan cincin di jari
Jannah. Faham sangat air muka tidak faham isterinya tu.
“Khair
ni sweet ke?”
“Eh!
Haruslah. Kalau tak tak adanya adik Adam dalam ni tau.”
“Eleh!
Tiada kaitan pun la abang. Merepek aje.” Malu pula dengar ayat Khair. Nasib tiada
yang dengar.
“Nak
tahu sweet ke tak?”
Laju
Jannah cubit peha suaminya. “Hish!”
“Tapi
serius abang pun suka cara Adam pujuk Maya mula Maya dihantar ke sini. Maya dah
mula bergaul dengan orang lain sekarang ni.”
Bila
ingat kisah Maya. Hati Khair pun rasa terkilan. Sejak bantu isterinya di situ,
banyak kisah yang dia tahu pasal anak-anak yatim di situ.
“Jannah
harap satu hari nanti Maya dapat terima dengan hati terbukakan bang?”
Khair
mengangguk. Tahu isterinya sayang Maya. Kisah Maya memang cukup meruntum hati
mereka. Apatah lagi hati seorang ibu seperti isterinya. Tengah mengandung pula
tu. Mudah tersentuh dengan hal yang berkaitan dengan budak-budak.
“Jannah…”
“Hurm…”
“Abang
minta maaf.”
Kening
Jannah ternaik sedikit. Tidak faham.
“Walaupun
tidak sama. Tapi abang pun pernah buat benda yang hampir sama macam Maya. I left you… abang letak syarat jangan
jumpa Adam… abang…”
“Syuhhh… tak sukalah. Jangan ungkit please...” Kadang bukan dia seorang
terlebih sensitive dengan keadaan sekeliling. Tapi Khair pun dua kali lima.
Memang kadang Jannah takut benda berulang semula.
Waktu
mula tahu dia mengandung, Jannah menangis semahunya. Takut. Takut kejadian yang
sama berulang. Takut kalau Khair tinggalkan dia sekali lagi lepas bersalin.
Sampai Khair naik pelik dia menangis depan pintu tandas bilik. Merayu-rayu dia
waktu tu minta jangan tinggalkan dia lagi sampailah Khair nampak alat uji
kehamilan ditangan Jannah.
Trauma
yang Jannah alami memang susah hilang. Khair tahu sebab itulah sampai perut
membesar Khair takut emosi isterinya terganggu sebab benda tu. Kata maaf memang
tidak lari dari bibir suaminya setiap kali ingatkan benda tersebut.
“I love you Jannah.”
“Abang
tidak pernah berhenti berdoa untuk terus jadi jannah kepada seorang Jannah.
Amin.
Lebar senyuman Jannah. Suka dengar kata cinta suaminya.
TAMAT.