Assalamulaikum & Salam Sejahtera...
PROJEK CPR
476 muka surat exc cover
10 Cerpen dan Mini Novel
FORMAT: PDF SECURED
PUBLISHER : Bookafei
- CPR [Ciuman Pertama Rania]
- Episod Cinta Baru
- Bukan Sekadar Inspirasi
- Masih Ada Cinta
- Qaersara
- Hanya Pada Dia
- Yang Tertulis
- Bunga Tiga Ahmad
- Setia Cintanya
- Mahligai Mahabbah
------------------CPR [Ciuman Pertama Rania]-----------------
“Muaz kau duduklah dulu. Aku nak pergi dapur ambil air. Kau
nak air apa tapi aku buat air kosong je ni.” pelawa Haidar.
“Dah nak bagi air
kosong, buat apa nak tanya lagi. Tak kisahlah. Janji sejuk.” Muaz menjawab. Dia
pusing-pusing ruang tamu rumah Haidar. Ada satu sofa panjang yang agak tersorok
menghadap dapur. Dahi Muaz berkerut. Ada benda bergerak disebalik gebar tebal dan
panjang yang menutupi hingga ke hujung sofa.
Kucing agaknya. Teka
hati Muaz. Tapi peliknya dari hujung ke hujung dia bergerak. Pencuri tengah
sembunyi dalam ni ke? Muaz meneka lagi. Dia tunduk lalu menekan-nekan isi dalam
gebar tersebut.
“Kau tengok tengok apa
tu?” tanya Haidar yang mendekati.
Jari Muaz terus tunjuk
selimut tebal yang bergerak-gerak atas sofa tiga. “Kau ada pelihara kucing ke
atau harimau dalam tu. Nak cakap kucing besar pula, nak cakap harimau tak
logik.”
Haidar geleng kepala.
Dia tahu siapa dalam gebar itu. “Dalam tu kucing peliharaan versi harimau
tengah membuta!” Digerak tubuh yang sedang enak diulit selimut tersebut. Tak
lemas ke orang dalam tu?
Digerakkan lagi badan
yang diselubungi selimut itu. Mungkin kerana rimas bila tidurnya dikacau,
selimut tebal itu terus dibuka kasar.
“Nak apa!”
“Oh mak kau!”
Muaz menjeling tajam.
Mereka masuk ke dalam bilik warna bercat hijau dan merah jambu milik Rania.
Warna kegemaran gadis itu sejak kecil. Perlahan-lahan Muaz letak Rania atas
katil. Takut tuan puteri ni sedar pula. Haidar pula berjalan ke dinding untuk
tarik langsir dan buka penghawa dingin.
Gebar tebal Rania
ditarik. Muaz tersenyum sambil membetulkan kepala Rania yang terjatuh dari
bantal. Badannya direndahkan sedikit. Pap! Kepala Rania sedikit terhantuk pula
pada kepala katil.
Sakit! Sampai
berkerut-kerut dahi Rania menahan sakit. Perlahan-lahan matanya dicelik.
Allahuakbar... Mata direct terpandang muka Muaz yang terlalu
dekat.
“Mak.... Perogol!” jerit
Rania kuat. Kaki pantas diangkat. Menendang perut Muaz. Tangan pula terus lagi
menumbuk muka putih lelaki itu hinggakan Muaz terundur. Tindakan refleks.
Segala aksi judo yang pernah dipelajari terkeluar.
“Hoi!!” Muaz terjerit
kuat.
“Rania... Ya Allah.
Kawan aku!” Haidar tercengang melihat aksi depan matanya. Huish! Garang
adik aku. Singa pun kalah. Cepat-cepat Haidar lari menyelamatkan Muaz yang
teruk kena tendang dan merasa penumbuk sulung adiknya.
“Rania. Kawan abang
bantu angkat Rania je tadi. Kau ni...” terang Haidar lagi.
Rania terpinga-pinga.
Kepala yang tidak gatal digaru. Blurr.. “Oh.. ye eh?”
‘Oh ye eh? Itu aje
respon dia.’
‘Tahu takut. Belasah
lagi aku! Ini tengah sapu ubat dekat mata. Jangan sampai termasuk biji mata
sudah. Tak pasal-pasal aku buta.’
“Rania sapu ubat tu
betul-betul. Karang termasuk ubat tu dalam biji mata orang pula. Tak faham mak
dengan perangai kau ni... orang nak tolong, kau pergi tumbuk...”
“Yiee... orang
tak sengajalah mak.”
“Mak...” suara Haidar
memanggil Puan Hani.
Puan Hani terus angkat
kening ala-ala Ziana Zain sambil tengok guna hujung mata saja sebagai tanda.
‘Kau pulak nak apa?’
“Mak nak tahu. Kawan
abang si Muaz ni anak uncle Bakri. Yang tinggal di kedutaan
England dulu tu.” terang Haidar sambil jeling adiknya.
Dahi Puan Hani berkerut
tengah berfikir.
“Ala... mak ni. Tak
ingat pula dia. Tu uncle Bakri dan aunty Rita
yang kerja di kedutaan tu. Dulu waktu kita tinggal sana Haidarkan selalu main
dengan Muaz...” buli adik. Dua perkatan itu disambung saja dalam hati. Takut
adiknya lempar pula botol ubat tu di kepalanya. Kan kes naya kali kedua...
Rania yang turut pasang
telinga dari tadi mula telan liur. Aduh! Cakaplah yang abang main-main. Dah la!
Aku dari tadi fikir mata lelaki ni sama dengan mata budak lelaki yang selalu
main dengan abang waktu kecil-kecil tu.
“Laa... anak
Rita?”
“Ya saya mak cik. Baru
terjumpa dengan Haidar dua minggu lepas. Cerita-cerita rupanya kawan lama.
Tangan Rania terus
terketar-ketar. Rasa geram tiba-tiba mengebu. Kini dia terus angkat kepala,
Muaz dipandang tajam. Kapas yang dipegang untuk sapu ubat pada mata Muaz terus
diangkat lalu yaarrkk!!! Ditekan-tekan kapas tepat kena
bahagian lebam tadi. Ikutkan hati dia mahu bagi penumbuk mata sebelah pula.
Biar puas!
“Arghhh!” jerit
Muaz kuat.
“Rania!!!”
Kapas tersebut dilempar
pada muka Muaz. “Huh! Orang tak nak tengok muka penyagak ni lagi!” Dia terus
saja berdiri lalu terus naik tingkat atas. Masuk bilik tidur lagi bagus!
-----------------------Episod
Cinta Baru-----------------
Hati
wanita mana yang tidak sakit. Diberi betis mahu paha, bila Nabella dah beri
kebenaran pada Fakhrul untuk kahwin lain dengan jaminan yang diberi oleh
suaminya akan bersifat adil. Fakhrul seolah lupa adil bukan saja pada harta
yang sama rata kepada kedua-dua isteri tapi juga kasih sayang.
Akhirnya
Nabella berterus terang pada Fakhrul pasal suaminya mula ‘terlalu’ dengan
kekasih barunya. Mereka matang walaupun keduanya baru 28 tahun. Perbincangan
antara mereka tidak melibatkan tengkingan dan marah antara satu sama lain
kerana keduanya sedar bergaduh bukan cara baik untuk selesaikan masalah.
Nabella kemudiannya meminta satu pengakuan dari Fakhrul jika suaminya masih ada
sisa cinta padanya.
Nabella
ingat lagi jawapan jujur dari Fakhrul waktu tu. “Abang sayangkan perkahwinan
kita. Abang tak nak kecewakan Bella. Terlalu banyak memori kita bersama. Tapi
abang cintakan Najla.”
“Maksud
abang… Abang cuma pertahankan perkahwinan kita selama Najla wujud antara kita
sebab hanya tak nak kecewakan Bella kan?
Memang tiada lagi rasa cinta tu pada Bella?” tanya Nabella.
Fakhrul
tidak terus menjawab. Dia hanya senyap saja kerana takut jawapannya pasti akan
melukakan isterinya.
“Abang…”
tangan suaminya yang duduk disebelah digengam.
“Dah
langsung tiadakan?” teka Nabella walaupun hati memang tengah sakit ketika dia
mula meneka. Cinta suaminya nampaknya memang telah beralih arah. Sikapnya
memang tenang tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu sakitnya bagai dirobek
hati kecilnya.
Perlahan-lahan
kepala Fakhrul mengangguk. “Abang… abang dah tiada perasaan cinta pada Bella.
Abang tak dapat…” luah Fakhrul.
Tertutup
mata Nabella bagi mengawal emosinya. Dia rasa nak pengsan jugak walaupun memang
tahu perasaan suamiya pada Najla semakin kuat setiap hari.
“Abang
lepaskan Bella ya…” Nabella akhirnya memberi keputusan. Tidak guna Fakhrul
simpan dia lagi sebagai isteri jika hanya sayangkan kenangan mereka bersama.
Cinta Fakhrul bukan untuknya lagi.
“Tapi
abang tak sanggup… abang tak nak tambahkan kelukaan dalam hati Bella lagi.”
Fakhrul memandang isterinya. Dia tahu Nabella terluka dengan apa yang dia buat.
Dia tabur janji-janji manis untuk bersama wanita itu selama-lamanya tapi dia
juga yang mungkirinya.
“Abang
sayangkan Bella, kan? Kalau abang tak nak Bella lagi terluka. Lepaskan Bella
bang. Bella hanya akan lebih terluka jika abang terus simpan Bella tapi cinta
abang langsung tiada buat Bella. Hati Bella pedih bang. Sakit sangat. Bella tak
sanggup.” rayu Nabella lagi. Tiada gunalah lagi Fakhrul simpan dia sebagai
isteri jika dia tidak mampu memberi kasih sayangnya pada Nabella.
Nabella
bukan menyerah kalah pada Fakhrul dan Najla. Dia dan suaminya telah berusaha
untuk kekalkan perkahwinan mereka. Mungkin memang tiada jodoh antara mereka
berdua.
Tubuh
Nabella dirangkul. Erat pelukan Fakhrul. “Maafkan abang sayang… maafkan abang.
Bella wanita terbaik yang abang pernah jumpa. Abang doakankan Bella akan jumpa
lelaki yang akan selalu melindungi Bella. Lelaki yang tidak pernah beralih
cinta seperti abang. Lelaki yang menyenangi Bella dan mencintai Bella hingga
akhirat.” ucap Fakhrul yang masih lagi memeluk isterinya.
Nabella
kemaskan pelukan suaminya. Kepalanya jatuh pada bahu lelaki itu. Dia tersentuh
dengan kata-kata Fakhrul walaupun diri masih tidak pasti tentang jodohnya.
Cintanya pada Fakhrul tidak pernah luak sedikit pun. “I love you abang… I love so
much. Terima kasih kerana pernah jadi sebahagian dalam hidup Bella.” Lama
kepala Nabella dilentokkan pada bahu suaminya. Itulah kali terakhir mereka
berbalas pelukan sebelum bercerai.
-----------------Bukan Sekadar Inspirasi-----------------
“Praktislah.
Nak kumpul duit pinang anak dara orang. Kena rajin.” seloroh Wafiy. Sempat juga
dia memandang pada Adam dan Raihan. Tersengih dua sekawan mendengar
perbualannya dengan Awa.
“Ada
saja jawapannya. Jangan kerja sampai lewat malam.”
“Baiklah.
Sayang jugak awak dengan sayakan? I’m off
sayang. Love you. Assalamualaikum.”
Awa
memandang skrin telefon. Cepat saja budak ni matikan talian sebelum sempat dia
membalas salam.
Wafiy.
Banyak yang dia tidak tahu pasal lelaki ni. Tiba-tiba hatinya tergerak membuka
komputer riba.
Nama
kumpulan band Wafiy ditaip pada ruang search
di Metacrawler. Ramai orang tidak
tahu kewujudan Metacrawler.
Sebenarnya lebih banyak info orang boleh cari di sini sebab ia mengeluarkan
keputusan dari tiga Search engine sekaligus.
Lincah
jari Awa menekan link laman sesawang
kumpulan Wafiy. Keluar biodata setiap ahli pada laman sesawang tersebut. Nama
Wafiy ditekan. Satu persatu info tentang lelaki itu dibaca hingga Awa terlelap
dengan komputer riba yang masih terpasang.
Teringat
ketika Wafiy update blog Awa tanpa
pengetahuannya.
Assalamualaikum semua…
Saya Wafiy, psst! Awa tak tahu pun
saya update entri blog kali ni. Dia ke ladies kejap. Saya saja nak try buat apa
Cik Tunang ni selalu buat. Sekarang kami tengah makan dekat Full House. Baru
siap ambil fitting baju untuk persandingan tadi. Awa sangat cantik! Hati saya
terpikat tahap beribu-ribu lemon. Tak sabar nak tunggu majlis kami nanti. Tadi
tengah makan pun sempat lagi dia baca blog. Alahai sayang saya… Sampai sini
saja tau! Takut Awa perasan. Saya nak post I LOVE YOU sayang! XOXO!
Encik Tunang,
Wafiy
Tersenyum
Awa mengingatkan entri yang dibuat oleh Wafiy dulu. Berderet komen mengatakan
Wafiy seorang yang sangat sweet dan
mereka pasangan yang selamba dan comel! Tambah lagi Wafiy letak sekali gambar
wajahnya dari sisi. Memang ramailah puji ketampanan si dia.
-----------------Masih
Ada Cinta-----------------
Dayyan
tersengih. “Tangkap gambar jom.” Telefon atas meja dicapai. Dia menginjak
sedikit agar lebih dekat dengan Hannah.
Hannah
pandang Dayyan pelik. “Buat apa nak tangkap gambar?” tanyanya.
“Ambillah.
Lama tak tangkap gambar dengan kau. Tengok sampai kawan-kawan aku pun tak
percaya aku ada awek ke tak.”
Hannah
mencebik. Alasan Dayyan tak munasabah langsung. Mentang-mentanglah mereka
memang jarang bergambar bersama.
“Cepatlah
Nah…” ajak Dayyan yang telah bersedia untuk bergambar.
Hannah
ikut saja kemahuan Dayyan. Dia ikut sekali senyum pada kamera telefon.
Mula-mula hanya sekeping dua tapi tak sedar rupanya sampai lebih sepuluh keping
mereka ambil. Makin banyak pula pose
yang mereka diambil.
Gambar
paling menarik perhatian Dayyan dipilih untuk dimuat naik ke dalam Instagram.
“Aku upload ya…” tanyanya untuk meminta kebenaran dari Hannah.
“Dah
upload baru tanya.” Jeling Hannah.
Nak minta kebenaran konon. Apa punya alasanlah mamat ni bagi.
Dayyan
tergelak kecil. Gambar mereka dimuatnaik. Tidak sampai beberapa minit. Telefon
Hannah pula berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dilihat gambar yang ditag
padanya di Instagram. Caption gambar
yang diletak oleh Dayyan dibaca.
“Ayan!”
“Apa?”
“Malulah
caption tu.” Komen Hannah.
“Nak
malu apanya?” tanya Dayyan disebelah. Dibaca caption yang diletak olehnya tadi.
“Kau
ingat tulis novel ke dekat caption
tu. Seganlah.”
Dayyan
tersenyum. Sebab tu rupanya. “Okaylah. Takdelah sampai tahap ayat novel
sangat.” Dibaca komen-komen baru oleh kawan-kawannya pada gambar tadi. Kekadang
tergelak Dayyan ketika membalas komen kawan-kawannya.
“Hai awak. Rindu saya tak?” soal Luqman sambil ambil tempat sebelah
Hannah.
Hannah menjeling tajam. Tangan Liyana ditarik agar duduk antara dia dan
Luqman. Dia mengensot sedikit memberi jarak lebih jauh sedikit dari lelaki itu.
“Awak ke mana menghilang?”
“Kenapa? rindu ke? Bunga hari-hari dapatkan?” Makin lebar senyuman
Luqman mendengar soalan Hannah. Walaupun dia tidak dapat berjumpa dengan Hannah
beberapa hari ni. Bagi bunga sekuntum sehari itu tetap ada untuk Hannah.
“Saya kerja. Terpaksa outstation
beberapa hari ni. Tu yang menghilang. Nak hubungi awak. Tapi nombor telefon
awak pun saya tiada. Pekerja awak semua tak nak bagi… setia sangat pada bos dia
orang.”
Tapak tangan Hannah ditadah depan lelaki itu. “Bak sini telefon awak.”
arahnya.
Luqman yang tidak faham hanya menurut arahan Hannah. Iphone miliknya
dihulur. Sempat dia buka kekunci telefon sebelum memberikan pada Hannah.
Selesai meletakkan nombornya ke dalam telefon Luqman. Hannah dail nombor
tersebut agar dia tahu nombor lelaki itu. Hannah pulangkan telefon tadi pada
tuannya. Sentap juga sebenarnya. Wajah Hannah yang diambil curi-curi oleh
lelaki itu menjadi wallpaper telefon
tersebut.
“Jangan sia-siakan peluang yang ada Luqman. Saya tak suka dipersiakan.
Ingat tu.” ujarnya selepas huluran telefon diterima.
Lebar senyuman Luqman mendengar kata-kata Hannah.
-----------------QAERSARA-----------------
“Okay
dah ni. Kena dengan selera Qaer tu… pandai Sara masak. Lepas ni mesti Qaer
balik rumah makan tengah hari setiap hari di rumah lepas kahwin nanti.” puji
Tok Ma sekali mengusik anak dara yang comel pakai T-shirt dan kain batik
sebelahnya.
Merona
kemerahan mendengar usikan Tok Ma. Lepas kahwin? Tok Ma tak tahu betapa
geramnya Sara dengan cucu Tok Ma sekarang ni. Tiada maknanya wujud istilah
kahwin antara dia dengan Qaer. Terlintas pun dia tak nak!
“Sara
dengan Qaer kawan biasa aje Tok Ma. Apa pula sampai ke kahwinnya…” sangkal
Sara. Dia tidak mahu Tok Ma dan Tok Ayah Qaer salah faham status hubungan
mereka berdua.
“Haih
tak naik taraf lagi ke Qaer?” usik Tok Ma yang berpusing ke meja makan
belakangnya dan Sara. Automatik badan Sara berpusing. Qaer duduk sambil
menongkat dagu atas meja itu dipandang. Sejak bila mamat ni berada dalam
dapur?! Ah! Kantoi dia yang masakkan untuk lelaki tu.
Qaer
yang dari tadi menjadi penonton tingkah Tok Ma dan Sara masak tidak lekang
dengan senyuman. Dari tadi lagi dia pasang telinga perbualan dua wanita itu.
“Tok Ma tolong doakan eh. Tengah berusaha naik taraf status ni. Kesian cucu Tok
Ma ni… asyik kena reject je.” ujar
lelaki itu sambil bangkit.
Tok
Ma dan Sara didekati. Sudu pada tangan Tok Ma diminta lalu dia sendiri merasa
air tangan buah hati pengarang jantungnya ni. “Tok Ma ke belakang dulu. Nak
masukkan itik dan ayam dalam reban.” beritahu Tok Ma.
“Err… Sara ikut Tok Ma.” pinta Sara. Tak
nak dia berdua-duaan dengan lelaki ni. Malu! Dalam marah pada lelaki itu, masih
juga nak masakkan dia.
“Tak
apalah Sara. Senang aje tu. Sara tolong Tok Ma siapkan sambal belacan tadi tu
ya…”
Sara
rasa macam nak menangis mendengar permintaan wanita itu. Bukan sebab dia tak
nak tolong tapi Sara tidak mahu berdua-duaan dengan cucu Tok Ma ni lagi!
Perlahan-lahan
Sara mengangguk pada Tok Ma. Sara langsung tidk pedulikan Qaer yang menjadi
pemerhati sejak Tok Ma tinggalkan mereka berdua.
“Sayang…”
panggil Qaer.
“Sara…”
Panggilan
dan air muka kesian yang kini duduk berdepan dengannya langsung tidak peduli.
Sara kusyuk mengasingkan batang cili padi itu untuk buat sambal.
“Sara,
I’m soryy. Maafkan saya…” pohon Qaer
lagi meminta maaf. Dia tukar tempat sebelah Sara. Kepala mendongak memandang
gadis yang sedang berdiri sambil buat kerja itu. Tidak tenang hati Qaer selagi
Sara tidak maafkannya.
Sara
beralih untuk membilas cili tersebut. Lesung batu diambil lalu dia kembali ke
tempat asal tadi tanpa pedulikan lelaki itu. Biar bagi pengajaran sikit dengan
Qaer ni. Tangan ligat menumbuk cili-cili padi tersebut sampai lumat.
Geram!
Kepala tengah bayangkan muka Qaer dalam lesung tu.
“Sayang…
Sara maafkan saya. Saya janji kali ni last.
Lepas ni saya bawa bincang dengan awak dulu. Please…”
Tumbukan
pada lesung makin dikuatkan. Hati dan otak Sara pula yang berlawan sendiri.
Hatinya sudah lembut dengan pujuk rayu lelaki itu tapi otak memang berdegil tak
nak maafkan Qaer bila kenangkan entah kali ke berapa lelaki itu buat perangai!
Badan
Qaer yang duduk bersebelahan dengan tubuh Sara yang masih berdiri itu didekati.
“Sara…”
“Auch! sayang!” Qaer menutup matanya.
Badan terus dijarakkan dari Sara. Tangan sebelah terus memegang mata bahagian
kanan yang pedih terkena cili yang ditumbuk oleh Sara.
Kalut
Sara melepaskan lesung di tangannya. Sara melutut depan lelaki itu. Kepalanya
didongak memandang Qaer yang menutup matanya yang pedih terkena cili tadi.
“Qaer…
Qaer awak okay tak ni?” gugup Sara memandang keadaan lelaki itu. Tangan dilap
pada kain batik sebelum beralih pada wajah lelaki itu.
“Tengok.”
arah Sara sambil mengalihkan tangan Qaer yang menekan mata lelaki itu.
Qaer
geleng kepala. Tak sanggup nak bersuara. Pedih! Buka mata pun tak rela. Hai
Sara! Ganas sungguh cara dia nak balas dendam. Habis pedih mata Qaer terkena
cili dari lesung tu.
Tidak
keruan Sara memandang Qaer yang masih menahan pedih. Dia pula tidak tahu nak
buat apa sekarang ni. Tok Ma! Cepatlah naik… kesian Qaer.
“Qaer,
maafkan saya. Saya tak sangaja.” Semakin serak suara Sara memohon maaf. Terkena
cili agaknya boleh buta tak lelaki ni?! Sungguh dia bingung tak tahu nak buat
apa sekarang ni. Tapi Sara tak sanggup nak biarkan Qaer menahan sakit.
Air
mata Sara merembes keluar melihat keadaan lelaki itu. “Awak tunggu kejap. Saya
panggil Tok Ma…”
Lengan
Sara dipegang ketika dia baru saja nak berdiri. “It’s okay sayang… tak apa.” halang Qaer.
Sara
kembali melutut. Kepala didongak memandang lelaki itu. Perlahan lelaki itu
membalas pandangan mata Sara. Pedih pada mata kanannya terus hilang melihat air
mata Sara mengalir kerananya. Dia tersenyum kecil. Air mata Sara dikesat penuh kasih.
“Dah.
Jangan nangis…” pujuk Qaer. Hatinya lagi sakit tengok air mata dari pipi Sara
itu mengalir.
Sara
yang baru tersedar tangan Qaer pada wajahnya menepis pelahan. Dia tidak suka
disentuh sedemikian. “Saya boleh lap sendiri. Mata awak macam mana? Alihkan
tangan tu. saya nak tengok?” Lembut suara itu memujuk Qaer.
Qaer
sekadar senyum. “It’s okay. Tak sakit
sangat.” pujuknya walaupun matanya masih pedih.
Kepala
Sara digeleng laju. “Awak bagi saya tengok atau saya takkan maafkan awak.”
Qaer
mengeluh mendengar ugutan Sara. “Saya tak apa-apa.” Tidak mahu Sara tengok
matanya sekarang ni. Nanti berjujuran lagi air mata kekasih hatinya ni.
“Biar
saya tengok. Please…” pujuk Sara
lagi.
Lemah
jantung Qaer kalau selalu dengar suara lembut Sara tu. Tahu saja gadis itu
tentang kelemahannya. “Janji jangan nangis kalau teruk.”
Laju
kepala Sara mengangguk. “Tengok.”
Mulut
Sara ditutup dengan tapak tangannya. Air mata terus mengalir melihat mata Qaer
yang sudah merah. Cacat dah muka kacak Qaer! “Qaer kita ke klinik sekarang.
Mata awak merah ni… Maaf! Saya tak sengaja tadi. Saya…” rayu Sara. Mesti mata
tu masih lagi sakit. Dia sendiri tengok pun dah rasa pedih apatah lagi Qaer.
“Jangan
risau. Nanti reda. Kalau melarat malam nanti saya janji kita ke klinik. Sara
maafkan saya?”
Sara
mengeluh sebelum mengangguk. Mata kanan lelaki itu masih lagi menjadi sasaran
sepasang mata Sara. Mereka berbalas pandangan buat seketika. “Saya tak marahkan
awak dah. Tapi tolonglah lain kali bincang dulu dengan saya…” pintanya dengan
lelaki itu.
Lebar
senyuman Qaer mendengar suara Sara memberi kemaafan padanya. “Thanks. Saya betul-betul takut tengok
muka marah awak dalam kereta tadi tu. Tak sanggup dah kena marah oleh awak!”
Sara
tersenyum. “Mata awak ni okay tak?”
“Jangan
risau. Sakit berbaloi ni. Sekurangnya dapat maaf dari awak.”
Geram
pula Sara tengok muka bahagia Qaer tu. Tak sedar diri tengah sakit. Lengan Qaer
ditampar lembut. “Awak tu lain kali jangan duduk dekat waktu saya tengah tumbuk
cili. Kan dah kena. Habis merah mata. Saya memang dah tak marahkan awak, nak
bagi pengajaran aje pada awak. Sebab tu tak nak layan… “
Tak
padan dengan mata merah. Lelaki itu masih lagi tersengih dengar bebelan Sara.
“Sayang juga awak dengan saya eh… Thanks
saya pun sayang awak.”
“Dah
la! Saya nak sambung buat kerja. Awak duduk jauh sikit. Nanti tak pasal kena
lagi sebelah mata tu pulak!” Sara terus bangun untuk sambung kerjanya. Sebenar
nak cover malu dengar luahan hati
Qaer walaupun kedengaran bersahaja.
Qaer
yang masih duduk di kerusi tadi hanya memandang Sara yang sedang kusyuk
sediakan sambal belacan untuk hidangan malam ini.
“Sara.”
“Urhmm…”
“Err…”
Sara
angkat kening sambil memandang Qaer dengan hujung matanya. Adalah dia nak minta
tu! “Awak nak apa?”
“Kalau
kita tinggal sini seminggu ni boleh?” tanya Qaer.
Tangan
Sara berhenti bergerak.
Sara
mengangguk. Sebenarnya dia segan tapi kenangkan tiada teman tinggal di kolej
dan kata-kata Tok Ma bahawa Qaer suka makanan kampung Tok Ma buat dia setuju.
“Tapi awak…”
“Sara
tak nak ke?” tanya Qaer.
Segan
Sara nak beritahu tapi dia terpaksa juga. Sebab takkan seminggu ni nak pakai
pakaian dalam yang sama aje! “Sara tiada baju…” dalam. Sambung gadis itu dalam
hati. Dia tidak kisah pakai kain batik dan t-shirt adik Qaer yang ditinggalkan
di kampung tapi takkan la sampai baju dalam pun nak kena pinjaml. Melampaulah!
Qaer
tergelak bila terkesan riak muka malu Sara tu. “Baju adik kakak ye?” usiknya.
“Qaer
Redza! Eee…” rengek Sara. Tak padan dengan sakit masih lagi nak usik dia.
Makin
galak Qaer gelakkan Sara. Merah wajahnya ketawa geli hati. Bila Sara sebut nama
penuhnya maknanya gadis itu memang tengah geram atau marah dengannya.
“Lepas
dinner nanti kita keluar sekejap
pergi beli baju. Kesian awak.”
“Awak
tu. Lain kali jangan buat kerja gila datang sini sehelai sepinggang lagi.”
“Maksud
awak lain kali boleh datang sini lagilah?” Soal Qaer tersenyum lebar. Tatkala
itu barulah Sara tersedar kenyataannya tadi menjerat diri sendiri.
“Sudahlah
awak. Makin dilayan makin kuat mengusik orang. Malaslah nak layan.” Sara berlalu
ke singki untuk basuh tangan demi mengelak dari bertentang mata dengan Qaer.
Qaer
tergelak kecil. “Thanks sayang.
Biarpun awak tak cakap. Tapi saya dapat rasa awak pun ada perasaan tu pada
saya.”
“Jangan
nak merepek. Masuklah. Kacau orang je kerja dia.” bebel Sara yang masih berada
di singki. Tak sanggup nak pusing belakang hadap Qaer sekarang ni. Mukanya
semakin hangat menahan rasa malu!
“Lain
kali jangan tenung mata anak teruna macam tadi. Bahaya! Berdebar jantung saya
tengok awak tenung mata saya tadi. Orang kata dari mata turun ke hati. Ni bukan
hati saya saja terkena tapi satu badan dah rasa panahan mata awak tu. Saya
masuk dulu. Bye sayang. Love you.” Kaku badan Sara mendengar
bisikan suara Qaer ke telinganya.
“Ya
Allah! Apa aku dah buat tadi! Malunya…” Sara baru tersedar dia tenung mata Qaer
tadi. Niatnya cuma nak tengok mata lelaki yang merah itu sahaja.
-----------------Hanya Pada Dia-----------------
“Kau
pergi!” jerit Ana sebaik saja melihat Adam dari pintu bilik. Dia benci melihat
lelaki yang tidak tahu menerima hakikat tentang kematian Juliana hingga sanggup
menganggap Ana sebagai Juliana. Mereka penting diri sendiri.
“Pergi
aku benci kau!!! Pergi!” jerit Ana sekuat hati.
Adam
terus saja menapak masuk tanpa pedulikan jeritan isterinya. Puas dia mencari
Ana dari tadi. Rupanya wanita ini sedang berkurung dalam bilik arwah Juliana.
“Pergi!!
Aku benci kau! Aku benci Juliana!!” jerit Ana lagi.
“Tenang
Ana. Nanti ayah dengar.” pujuk Adam walaupun dia semakin buntu untuk memujuk
wanita ini lagi. Seraut wajah Ana semakin tertekan.
“Aku
tidak peduli. Kau pergi dari sini! Pergi!!” jerit Ana lagi. Diari milik arwah
kembarnya diguna untuk memukul dada lelaki itu.
Tanpa
menghiraukan Ana. Adam terus memeluk wanita itu. Tahu tindakannya pasti akan
menambahkan lagi kebencian wanita itu padanya tapi hanya itu saja yang dia
mampu lakukan. Ana makin membenci dirinya sejak Adam perangkap gadis itu. Dia
tahu silapnya. Tapi Adam tidak tahu hendak fikirkan cara lain untuk biarkan Ana
terus berada depannya. Dia hendak melihat wajah ‘Jue’ lagi. Tapi Ana nekad
untuk letak jawatan juga hinggalah Adam ambil keputusan untuk perangkap Ana
agar dia dapat melihat wajah itu selamanya.
“Lelaki
tak guna! Aku benci kau! Pergi dari sini!!” jerit Ana lagi. Dia tidak rela. Dia
tidak mahu berada dalam pelukan Adam tapi tenaganya tidak setanding kekuatan
lelaki gagah seperti Adam. Badannya terlalu lemah kerana tekanan yang dialami.
“Ana!”
suara garau Borhan bergema buat Ana terdiam.
“Ayah
tak pernah ajar anak-anak ayah kurang ajar!” marah Borhan pada anaknya.
“It’s okay ayah. Adam boleh handle.”
pujuk Adam. Dia tidak mahu ayah mertuanya masuk campur dengan masalahnya
dengan Ana.
“Bodoh!
Lepaskan aku…” Ana kembali menganas dan menjerit tanpa pedulikan kewujudan
ayahnya di situ. Dia tidak rela dipeluk oleh Adam.
“Ana
jangan kurang ajar!” marah Borhan lagi. Tidak faham dia dengan sikap anak
perempuannya seorang ni. Dia yang salah tapi dia sendiri yang menidakkannya.
Dari dulu lagi dia melarang Jue agar jangan terlalu manjakan Ana. Tengok apa
jadi sekarang ni. Degil!
Adam
kuatkan pelukan bila Ana semakin kuat meronta. Wanita itu akhirnya mengalah. “Sysshh... sayang maafkan abang. Maafkan
abang.”
“Aku
benci kau. Aku benci Jue…” Ana yang tidak mampu lagi meronta hanya mampu
menangis hingga pengsan tidak sedarkan diri. Penat. Dia penat melalui semua
ini. Dia tidak mahu menghadap Adam seumur hidupnya. Dia tidak sanggup menjadi
Juliana pada lelaki ini. Dia Raihana.
Bukan Juliana arwah kembarnya.
-----------------Yang
Tertulis-----------------
Niat untuk tersebut masuk ke
dalam ofis Ash terhenti sebaik saja terdengar namanya menjadi topik perbalahan
dari dua beradik tersebut.
“Abang tak patut buat Aie
macam tu. Ingat dia tu barang ke nak pass
dengan orang lain sesuka hati?” bentak Kamelia.
“Aie akan dengar cakap
abang. Full stop.”
“Abang! Aie tu manusia. Ada
hati dan perasan! Suruh Aie kahwin dengan Shah? Nonsense tahu tak? Abang bukan tak tahu perangai Shah tu macam
mana. Diktator. Kuat mengarah macam abang.” Sekurangnya carilah lelaki yang
boleh harap sikit! Sambung Kamelia dalam hati.
“Shah akan jaga Aie.”
Kamelia geleng kepala.
“Kenapa perlu tentukan hidup Aie. Dia dah 27 tahun bang. Biarlah dia tentukan
hidup dia sendiri. ”
“Abang buat ni untuk dia.”
“No! Abang buat ni untuk kebaikan diri sendiri. Sebab nak jaga hati
ma atas apa yang abang buat. Abang kekalkan Aie duduk dengan kita. Aie tu bukan
alat untuk abang pujuk ma, Aie tu bekas tunang abang. Tolonglah jaga hati dia.
Sekarang abang nak guna kawan baik abang sendiri? Tolong guna akal tu sikit
boleh tak!”
“Ini idea Shah sendiri. Shah
yang setuju dan nak kahwin dengan Aie. Puas?!” marah Ash pada Kamelia atas
tuduhan adiknya itu.
Kamelia terdiam. Pandangan
mereka beralih pada bunyi bekas yang jatuh ke lantai. Aie turut pusing
belakang. Dia sendiri tidak perasan rupanya ada orang lain yang turut pasang
telinga pada perbualan Ash dan Lia. Matanya memandang bekas makanan yang jatuh
dari tangan Husna. Dilihat air muka Husna yang kini banjir dengan air mata.
“Maafkan Husna… maafkan
Husna, Cik Aisya. Husna tak tahu…” tangis gadis itu lalu pergi tinggalkan
kawasan pejabat Ash.
“Husna…” Ash bangkit dan
keluar dari pejabat untuk mengejar Husna.
Sempat dia berhenti seketika
memandang wajah Aisya dan Lia silih berganti sebelum tinggalkan Aisya untuk
mengejar buah hatinya.
“Maafkan abang…” Telinga
Aisya sempat terdengar suara Ash bersuara perlahan padanya. Dia memandang
kawannya yang turut tercengang selepas menyedari kewujudan Aisya di situ.
“Aie…” panggil Lia.
“Aku nak bersendirian Lia.”
kata Aisya lalu meninggalkan Kamelia. Idea Shah? Lelaki itu ingat Aisya ni
kemaruk sangat nak bersuami? Tangan Aisya digengam menahan marah. Pejabat Shah
menjadi hala tujunya seterusnya!
-----------------Bunga Tiga Ahmad-----------------
[Tuan
Ahmad Akil ]
“Bunga!” suara putera bongsu Tan sri menerjah telinganya.
Tuan Ahmad Akil. Si Romeo tak cukup umur ni salah seorang yang cukup
menyeksa jiwanya. “Kejap Tuan Akil.” balasnya.
[Tuan Ahmad Yusof]
“Morning darling!” ucapan dari
Tuan Ahmad Yusof, anak kedua Tan sri Ferhad itu langsung tidak mengetarkan
jiwanya. Kalau muka kacak tapi kasanova tak guna jugak. Perangai dua kali lima
saja dengan adiknya yang kuat bermulut manis dengannya tu.
[Tuan Ahmad Qusyairi]
Nak cakap keturunan Tan sri
Ferhad ada genetik gula terlebih tidak jugak! Si sulung tu masam aje memanjang.
Agaknya waktu mengidam Tuan Ahmad Qusyairi tu, arwah isteri Tan sri Ferhad tu
terlebih makan mempelam sampai tersangkut melekat dekat anak sulung mereka ni.
[Orked]
“Angah nak tahu tak? Dalam banyak-banyak bunga. Bunga apa paling masam.”
tanya Akil pada abangnya.
Tuan Yusof tersenyum memandang adik bongsunya. Anak Mak Yah yang baru
tiga hari bekerja dalam vila itu dipandang dengan hujung mata. “Biar Angah
teka… bunga tu pandai bergerak ke dik?” tanyanya balik dengan senyuman yang
makin melebar.
Kuat gelak Akil sambil mengangguk. “Bunga dah cun abang. Tapi sayang
masam aje rupanya… kena simbah air garam agaknya.”
“Kena badi Along kut.” balas Tuan Yusof lagi selamba saja mengutuk abang
sulung mereka yang kelat aja memanjang tu.
Orked langsung tidak mengendahkan dua beradik itu walaupun hati tengah
membahang kerana menjadi bahan usikan budak dua ni. Makin dilayan makin menjadi
perangai mereka tu nanti. Tangannya ligat meletak gelas-gelas untuk tiga
beradik itu atas meja rehat mereka.
“Air tuan-tuan dah sedia..” Muka selamba ditayang sebelum dia bersedia
untuk pusing dan pergi dari situ. Sabar Orked! Sabar. Kekalkan momentum tahap
kesabaran hakiki! Awek cun tak cepat melatah… seperti biasa Orked akan tanam
kata-kata motivasi dalam diri. Cuma dalam tiga hari ni banyak sungguh ayat yang
diselit perkataan sabar dalam diri dek kerana tuan-tuan yang tak seberapa nak
tuan sangat ni!
“Jawab soalan along, Ked?!” jerkah Tuan Que apabila Orked kembali
senyap. Membahang hatinya tengok gambar Ked dan lelaki itu berdua di Singapura.
“Jawab Ked. Ked lari dengan lelaki yang bukan mahram. Ked tahu tak tu
berdosa?” tanya Tuan Yusof pula. Tuan Yusof sedikit berlembut dengan adik
perempuannya ni.
“Kalau Ked bercuti dengan dia pun, kami bukannya buat benda
bukan-bukan!” bentak Orked apabila dituduh bukan-bukan oleh abang-abangnya.
“Orked!” keras nama Orked disebut oleh Tuan Que. Dia merengus kuat.
“Kahwin. Kahwin dengan budak tu.” arah Tuan Que.
Laju Orked memandang abang sulungnya. Kepala digeleng laju. “Ked tak
nak! Haris tu laki orang…” Tidak sanggup
Orked nak jadi isteri kedua Haris. Cukup sekadar teman baik saja. Tiada isu
soal hati dan cinta antara dia dan Haris.
“What?!” jerit tiga Ahmad itu
mendengar jawapan Orked. Tuan Que beristighfar panjang. Cukuplah papa mereka
masuk hospital bila tahu Orked bercuti dengan lelaki lain setelah tahu
statusnya sebagai anak perempuan Tuan Ferhad. Jangan sampai dia sekali masuk
hospital pulak lepas ni.
“Ya Allah Ked! Ked sedar tak Ked berdosa keluar dengan suami orang?”
tanya Tuan Yusof. Dahinya diurut perlahan. Pening dengan perangai Orked ni.
Padan sangatlah mereka bertiga belasah budak bernama Haris tu. Gatal berskandal
dengan adik mereka! Rupanya suami orang… Aduhai adik perempuan aku ni.
“Ked buat macam ni sebab nak balas dendam dengan abah? Ked masih marah
dengan abah sebab tinggalkan Ked dengan orang lain sejak bayi? Macam tu?”
Orked diam lagi. Soalan bertalu-talu dari abang-abangnya dibiar sepi.
Perlahan-lahan air matanya mengalir laju.
“Ked jawablah!” bentak Tuan Que. Geram dengan sikap Orked yang berdiam
diri sejak tadi. Merah padam mukanya menahan marah pada adiknya. Ikutkan hati
mahu saja Tuan Que lempang muka Orked ni.
“Ked… Ked buat macam tu sebab Ked cintakan Abang Que. Ked cintakan abang
kandung Ked sendiri! Puas?!” Laju air mata Ked mengalir ketika meluahkan
perasannya pada mereka bertiga.
Sekali lagi mereka bertiga beristigfar panjang mendengar jawapan Ked.
Tuan Que menarik nafas panjang. Cuba meredakan perasaannya marahnya. Badan
Orked didekati lantas tubuh gadis itu dipeluk erat. Basah baju kemejanya dengan
air mata Orked yang semakin deras itu.
“Along pun sayang Ked… sysshh…
dah. Jangan nangis.” pujuknya sambil mengusap lembut kepala adiknya.
Ked geleng kepala. Sama laju dengan air mata yang tidak henti-henti
mengalir.
“Along tak faham! Ked cintakan along. I love you…. I love you so much.” ucapnya dengan tangisan yang
masih tidak berhenti.
-----------------Setia
Cintanya-----------------
Aiman memerhati gelagat Mia dari jauh. Dahi berkerut dengan
perubahan sikap gadis itu. Pelik. Sejak bila Mia Murai tu jadi pendiam. Mata
Aiman masih lagi tidak dialihkan. Ligat memandang anak dara Pak cik Affendi,
jiran rumah sebelahnya.
“Cantik
juga si Murai ni.” fikir Aiman. Dari kecil hingga ke besar agaknya itulah kali
pertama Aiman memuji gadis bernama Mia Maisarah tu. Selama ni dia cukup rimas
dengan gaya gedik Mia tu.
“Oi!
Kau tenung si Mia tu apasal?” tanya Amran pada abangnya.
Aiman
geleng kepala.
“Tu
dah kenapa? Senyap je aku tengok dua tiga hari ni.”
“Oh…
yang tu. Aku tak tahu… abah panggil. Aku pergi dulu.” jawab Amran serba salah.
Menyesal pula dia usik abangnya yang merenung Mia tadi. Mujurlah abah yang
melambai memanggilnya waktu tu. Fuh! Selamat…
Tangan
Aiman dimasukkan ke dalam poket baju melayunya.
Langkah mendekati Mia yang masih keseorangan di gazebo rumahnya tu.
Aiman
ambil tempat sebelah Mia. Gadis yang berbaju kurung asli itu nyata terkejut
dengan kehadiran Aiman di sisi. Dia mengensot sedikit menjarakkan diri dari
Aiman.
‘Ini
sudah pelik. Sejak bila si Mia ni reti jarakkan diri dari aku. Selalunya makin
melekat tu adalah.’ fikir Aiman.
“Kau
dah kenapa? Senyap je aku tengok.” Tak rindu aku ke? Sambung Aiman dalam hati.
Mia
geleng kepala lalu menunduk. Dia tiada hati nak berbual dengan Aiman sekarang
ni.
“SPM
macam mana? Okay tak?” tanya Aiman lagi. Masih tidak berpuas hati dengan
kebisuan Mia.
Mata
Aiman masih lagi memandang Mia disebelah. Bunyi esakan kecil dari gadis itu
menambah rasa pelik yang kian menebal.
“Hei?
Kenapa menangis ni? Susah sangat ke SPM kau orang?” tanya Aiman.
Mia
geleng kepala lagi. Tangan mengesat air mata yang kian laju mengalir. Kenapa
Aiman baru mendekati saat keadaannya jadi begini? Mahu saja diluah tapi
kesedihan yang menyelubungi diri menghalang sebutir suara dari bibir kecilnya.
“Mia
masuk dalam dulu.” beritahu Mia lantas pergi tinggalkan Aiman tanpa menanti
kata-kata seterusnya dari Aiman.
Aiman
garu kepala yang tidak gatal. Pelik dengan sikap Mia yang langsung tidak
tercapai dek akalnya.
“Told you abang. Jangan sesekali tipu
Mia.” rintih Mia perlahan.
“Maafkan
abang sayang.”
“Just… just give me some times okay? Mia
minta izin abang. Leave me alone.”
Mia sedar silap dia tinggalkan rumah. Dia cuma nak jauh sedikit dari suaminya
buat sementara waktu. Sudah beberapa hari Aiman memujuknya sejak kes
terserempak dengan Amira tempoh hari. Tapi melihat wajah Aiman buat hatinya
tambah sakit kenangkan kata-kata Amira.
Aiman
mengeluh.
“Baiklah
Mia boleh tinggal sini. Dengan syarat. Abang stay dekat hotel ni jugak. Abang nak tengok Mia. Jangan risau.
Abang tinggal bilik lain. Sekurangnya abang nak pastikan keselamatan Mia depan
mata abang.”
“Protecting me as usual huh abang?”
“As usual sayang.”
Satu
keluhan dihembus. “Seperti abang kahwin Mia untuk lindungi Mia.”
“Seperti
abang kahwin Mia untuk lindungi Mia.” ajuk Aiman.
“Reality hurts, abang.”
Air
mata isterinya yang mengalir dikesat penuh kasih sayang. “Tapi abang tak nak
tipu sayang lagi.”
-----------------Mahligai Mahabbah-----------------
“Ke
tepi. Ke tepi!” jerit Adha. Takut berlangar dengan orang lain. Pandangannya
terhalang dengan kotak sayur yang besar. Bukan sahaja besar malah berat, jalan
pun tidak ubah seperti ketam berjalan.
“Aduh…”
kedengaran seseorang mengaduh kesakitan.
‘Alamak!
Aku ada terlanggar seseorang ke? Habislah!’ gumam Adha.
“Maaf!!”
jerit Adha. Dia meneruskan sahaja berjalan hingga ke gerainya. Entah siapa yang
dilanggarnya tadi. Sempat dia menoleh belakang. Lagak seperti seorang lelaki
tapi langgar sikit dah mengaduh kesakitan. Eh! Baju dia merah jambu. Mesti
kategori sotong ni. Kutuknya.
“Argh! Beratnya…” kata Adha sambil
meletakkan kotak besar tadi. Dia mengurut bahunya yang terasa lenguh. Adha mengeliat
seketika. Lenguh badan. Hari ni kena tempek Salonpas lagi nampaknya.
“Sampai
pun kamu. Adha ni ada orang cari kamu. Cik ni cari Annur Adha. Katanya nak
Tiada seorang lagi kat pasar ni yang nama Adha selain kamu. Mak cik rasa kamulah
yang dia cari tu.” panggil Mak cik Wana.
Adha
mengalihkan pandangannya kepada gerai Mak cik Wana. Kelihatan seorang wanita
bertudung sedang bercerita dengan Mak cik Wana. Wanita muda itu meminta izin
dari Mak cik Wana untuk mendekati Adha. Dia mengerling seketika memandang wajah
wanita itu kemudian sambung kerjanya. Kotak besar tadi di buka lalu dia
mengeluarkan sayur untuk disusun. Malas nak layan!
“Assalamualaikum
Annur.”
“Waalaikumsalam,
baliklah cik. Sini tiada orang yang cik cari tu.” ujar Adha sambil membuat
kerjanya.
“Annur…”
“Aku
kata orang tu tak ada kat sini. Kau salah tempat. Baliklah.” kata Adha tegas.
“Annur
maafkan Lin.” rayu wanita itu. Lengan Adha dipegang agar menghalangnya
meneruskan kerja.
“Eh! Aku dah cakap. Kau salah orang. Aku
tak kenal kau. Carilah orang yang nak cari tu di tempat lain. Itupun kalau dia
masih hidup. Aku rasa orang tu dah mampus agaknya.” kata Adha keras tapi dengan
nada perlahan.
“Annur…
please maafkan Lin. Lin tak pernah
hidup tenang selama ni. Ampunkan Lin.” pintanya yang mula teresak-esak dilayan
kasar oleh Adha.
Adha
tidak menghiraukan wanita itu. Dia masuk ke dalam gerainya mengambil baldi
berisi air untuk menyiram sayurnya agar nampak lebih segar. Apabila dia kembali
ke hadapan wanita itu masih lagi tidak berganjak. Kelihatan seorang lelaki
berbaju merah jambu tadi bersamanya. Orang dia rupanya. Kalau tahu bukan
setakat kotak, dengan lori sampah lagi Adha langgar.
Wanita
itu sekali lagi mendekati Adha. Air mata sudah mula merembes keluar. “Annur…
Marahlah Lin, tengkinglah Lin. Lin sanggup tapi tolong maafkan Lin. Lin minta
ampun sangat.” rayunya lagi.
“Baliklah.
Aku tiada apa-apa nak cakap. Aku takut baju mahal kau tu kotor terkena kotoran
kat pasar ni. Aku bukannya ada duit nak ganti. Baliklah.” kata Adha dengan nada
perlahan.
“Lin
tak akan pergi selagi Annur tak maafkan Lin…”
“Kau
nak apa lagi? Nak buat drama dekat sini!” tengking Adha. Kesabarannya memuncak.
Dia memandang sekeliling apabila nada suaranya yang tinggi menarik perhatian
orang lain.
“Hei!
Baik kau bawak balik perempuan ni sebelum aku bunuh dia.” ugut Adha pada lelaki
yang turut terkejut dengan tengkingannya tadi.
Lelaki
itu segera mendapatkan Lin yang sudah menangis teresak-esak. “Annur maafkan
Lin…” Lengan Adha ditarik agar gadis itu memandangnya.
“Maafkan
kau? Tolonglah… aku tak akan lupa apa yang kau buat kat aku Lin. Baik kau pergi
dari sini. Bertahun aku merempat kat penjara sebab kau. Bertahun! Sebab
keluarga kau kaya, suka hati kau nak hancurkan hidup aku! Aku langsung tidak
dapat pembelaan. Malah aku dibuang keluarga. Kau pun tahu waktu tu aku dah nak
kahwin! Tunang aku buang aku, keluarga aku buang aku. Masa depan aku hancur
sekelip mata!”
“Thanks to you. Sebab kau sedarkan aku.
Tidak semua kawan baik itu baik! Sekarang kau nak buat apa? Nak bagitahu semua orang
kat sini yang aku ni bekas banduan? Macam tu? Pergilah! Aku tidak mahu tengok
muka kau lagi!” kata Adha panjang lebar dengan nada perlahan. Hanya mampu
didengar oleh Lin dan lelaki itu sahaja. Riak wajah lelaki itu berubah. Rasanya
lelaki itu tidak tahu apa-apa lagi. Atau juga lelaki itu terkejut mendengar
bahawa Adha bekas banduan.
wow... menarik! :) nak beli...
ReplyDeleteNak², lama dah tunggu...:)
ReplyDelete