Sunday, May 3, 2015

PROJEK CPR

Assalamulaikum & Salam Sejahtera...



PROJEK CPR

476 muka surat exc cover
10 Cerpen dan Mini Novel
FORMAT: PDF SECURED
PUBLISHER : Bookafei 



  1.  CPR [Ciuman Pertama Rania]
  2. Episod Cinta Baru
  3. Bukan Sekadar Inspirasi
  4. Masih Ada Cinta
  5. Qaersara
  6. Hanya Pada Dia
  7. Yang Tertulis
  8. Bunga Tiga Ahmad
  9. Setia Cintanya
  10. Mahligai Mahabbah
Cara baca snippet by title : Ctrl + f = taip tajuk
------------------CPR [Ciuman Pertama Rania]-----------------
“Muaz kau duduklah dulu. Aku nak pergi dapur ambil air. Kau nak air apa tapi aku buat air kosong je ni.” pelawa Haidar.
“Dah nak bagi air kosong, buat apa nak tanya lagi. Tak kisahlah. Janji sejuk.” Muaz menjawab. Dia pusing-pusing ruang tamu rumah Haidar. Ada satu sofa panjang yang agak tersorok menghadap dapur. Dahi Muaz berkerut. Ada benda bergerak disebalik gebar tebal dan panjang yang menutupi hingga ke hujung sofa.
Kucing agaknya. Teka hati Muaz. Tapi peliknya dari hujung ke hujung dia bergerak. Pencuri tengah sembunyi dalam ni ke? Muaz meneka lagi. Dia tunduk lalu menekan-nekan isi dalam gebar tersebut.
“Kau tengok tengok apa tu?” tanya Haidar yang mendekati.
Jari Muaz terus tunjuk selimut tebal yang bergerak-gerak atas sofa tiga. “Kau ada pelihara kucing ke atau harimau dalam tu. Nak cakap kucing besar pula, nak cakap harimau tak logik.”
Haidar geleng kepala. Dia tahu siapa dalam gebar itu. “Dalam tu kucing peliharaan versi harimau tengah membuta!” Digerak tubuh yang sedang enak diulit selimut tersebut. Tak lemas ke orang dalam tu?
Digerakkan lagi badan yang diselubungi selimut itu. Mungkin kerana rimas bila tidurnya dikacau, selimut tebal itu terus dibuka kasar.
“Nak apa!”
“Oh mak kau!”


Muaz menjeling tajam. Mereka masuk ke dalam bilik warna bercat hijau dan merah jambu milik Rania. Warna kegemaran gadis itu sejak kecil. Perlahan-lahan Muaz letak Rania atas katil. Takut tuan puteri ni sedar pula. Haidar pula berjalan ke dinding untuk tarik langsir dan buka penghawa dingin.
Gebar tebal Rania ditarik. Muaz tersenyum sambil membetulkan kepala Rania yang terjatuh dari bantal. Badannya direndahkan sedikit. Pap! Kepala Rania sedikit terhantuk pula pada kepala katil.
Sakit! Sampai berkerut-kerut dahi Rania menahan sakit. Perlahan-lahan matanya dicelik. Allahuakbar... Mata direct terpandang muka Muaz yang terlalu dekat.
“Mak.... Perogol!” jerit Rania kuat. Kaki pantas diangkat. Menendang perut Muaz. Tangan pula terus lagi menumbuk muka putih lelaki itu hinggakan Muaz terundur. Tindakan refleks. Segala aksi judo yang pernah dipelajari terkeluar.
“Hoi!!” Muaz terjerit kuat.
“Rania... Ya Allah. Kawan aku!” Haidar tercengang melihat aksi depan matanya. Huish! Garang adik aku. Singa pun kalah. Cepat-cepat Haidar lari menyelamatkan Muaz yang teruk kena tendang dan merasa penumbuk sulung adiknya.
“Rania. Kawan abang bantu angkat Rania je tadi. Kau ni...” terang Haidar lagi.
Rania terpinga-pinga. Kepala yang tidak gatal digaru. Blurr.. “Oh.. ye eh?”



‘Oh ye eh? Itu aje respon dia.’ 
‘Tahu takut. Belasah lagi aku! Ini tengah sapu ubat dekat mata. Jangan sampai termasuk biji mata sudah. Tak pasal-pasal aku buta.’ 
“Rania sapu ubat tu betul-betul. Karang termasuk ubat tu dalam biji mata orang pula. Tak faham mak dengan perangai kau ni... orang nak tolong, kau pergi tumbuk...” 
Yiee... orang tak sengajalah mak.” 
“Mak...” suara Haidar memanggil Puan Hani.
Puan Hani terus angkat kening ala-ala Ziana Zain sambil tengok guna hujung mata saja sebagai tanda. ‘Kau pulak nak apa?’
“Mak nak tahu. Kawan abang si Muaz ni anak uncle Bakri. Yang tinggal di kedutaan England dulu tu.” terang Haidar sambil jeling adiknya.
Dahi Puan Hani berkerut tengah berfikir.
“Ala... mak ni. Tak ingat pula dia. Tu uncle Bakri dan aunty Rita yang kerja di kedutaan tu. Dulu waktu kita tinggal sana Haidarkan selalu main dengan Muaz...” buli adik. Dua perkatan itu disambung saja dalam hati. Takut adiknya lempar pula botol ubat tu di kepalanya. Kan kes naya kali kedua...
Rania yang turut pasang telinga dari tadi mula telan liur. Aduh! Cakaplah yang abang main-main. Dah la! Aku dari tadi fikir mata lelaki ni sama dengan mata budak lelaki yang selalu main dengan abang waktu kecil-kecil tu.
“Laa... anak Rita?” 
“Ya saya mak cik. Baru terjumpa dengan Haidar dua minggu lepas. Cerita-cerita rupanya kawan lama.
Tangan Rania terus terketar-ketar. Rasa geram tiba-tiba mengebu. Kini dia terus angkat kepala, Muaz dipandang tajam. Kapas yang dipegang untuk sapu ubat pada mata Muaz terus diangkat lalu yaarrkk!!! Ditekan-tekan kapas tepat kena bahagian lebam tadi. Ikutkan hati dia mahu bagi penumbuk mata sebelah pula. Biar puas!
Arghhh!” jerit Muaz kuat.
“Rania!!!”
Kapas tersebut dilempar pada muka Muaz. “Huh! Orang tak nak tengok muka penyagak ni lagi!” Dia terus saja berdiri lalu terus naik tingkat atas. Masuk bilik tidur lagi bagus!


-----------------------Episod Cinta Baru-----------------
Hati wanita mana yang tidak sakit. Diberi betis mahu paha, bila Nabella dah beri kebenaran pada Fakhrul untuk kahwin lain dengan jaminan yang diberi oleh suaminya akan bersifat adil. Fakhrul seolah lupa adil bukan saja pada harta yang sama rata kepada kedua-dua isteri tapi juga kasih sayang.
Akhirnya Nabella berterus terang pada Fakhrul pasal suaminya mula ‘terlalu’ dengan kekasih barunya. Mereka matang walaupun keduanya baru 28 tahun. Perbincangan antara mereka tidak melibatkan tengkingan dan marah antara satu sama lain kerana keduanya sedar bergaduh bukan cara baik untuk selesaikan masalah. Nabella kemudiannya meminta satu pengakuan dari Fakhrul jika suaminya masih ada sisa cinta padanya.
Nabella ingat lagi jawapan jujur dari Fakhrul waktu tu. “Abang sayangkan perkahwinan kita. Abang tak nak kecewakan Bella. Terlalu banyak memori kita bersama. Tapi abang cintakan Najla.”
“Maksud abang… Abang cuma pertahankan perkahwinan kita selama Najla wujud antara kita sebab hanya tak nak kecewakan Bella kan?  Memang tiada lagi rasa cinta tu pada Bella?” tanya Nabella.
Fakhrul tidak terus menjawab. Dia hanya senyap saja kerana takut jawapannya pasti akan melukakan isterinya.
“Abang…” tangan suaminya yang duduk disebelah digengam.
“Dah langsung tiadakan?” teka Nabella walaupun hati memang tengah sakit ketika dia mula meneka. Cinta suaminya nampaknya memang telah beralih arah. Sikapnya memang tenang tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu sakitnya bagai dirobek hati kecilnya.
Perlahan-lahan kepala Fakhrul mengangguk. “Abang… abang dah tiada perasaan cinta pada Bella. Abang tak dapat…” luah Fakhrul.
Tertutup mata Nabella bagi mengawal emosinya. Dia rasa nak pengsan jugak walaupun memang tahu perasaan suamiya pada Najla semakin kuat setiap hari.
“Abang lepaskan Bella ya…” Nabella akhirnya memberi keputusan. Tidak guna Fakhrul simpan dia lagi sebagai isteri jika hanya sayangkan kenangan mereka bersama. Cinta Fakhrul bukan untuknya lagi.
“Tapi abang tak sanggup… abang tak nak tambahkan kelukaan dalam hati Bella lagi.” Fakhrul memandang isterinya. Dia tahu Nabella terluka dengan apa yang dia buat. Dia tabur janji-janji manis untuk bersama wanita itu selama-lamanya tapi dia juga yang mungkirinya.
“Abang sayangkan Bella, kan? Kalau abang tak nak Bella lagi terluka. Lepaskan Bella bang. Bella hanya akan lebih terluka jika abang terus simpan Bella tapi cinta abang langsung tiada buat Bella. Hati Bella pedih bang. Sakit sangat. Bella tak sanggup.” rayu Nabella lagi. Tiada gunalah lagi Fakhrul simpan dia sebagai isteri jika dia tidak mampu memberi kasih sayangnya pada Nabella.
Nabella bukan menyerah kalah pada Fakhrul dan Najla. Dia dan suaminya telah berusaha untuk kekalkan perkahwinan mereka. Mungkin memang tiada jodoh antara mereka berdua.
Tubuh Nabella dirangkul. Erat pelukan Fakhrul. “Maafkan abang sayang… maafkan abang. Bella wanita terbaik yang abang pernah jumpa. Abang doakankan Bella akan jumpa lelaki yang akan selalu melindungi Bella. Lelaki yang tidak pernah beralih cinta seperti abang. Lelaki yang menyenangi Bella dan mencintai Bella hingga akhirat.” ucap Fakhrul yang masih lagi memeluk isterinya.
Nabella kemaskan pelukan suaminya. Kepalanya jatuh pada bahu lelaki itu. Dia tersentuh dengan kata-kata Fakhrul walaupun diri masih tidak pasti tentang jodohnya. Cintanya pada Fakhrul tidak pernah luak sedikit pun. “I love you abang… I love so much. Terima kasih kerana pernah jadi sebahagian dalam hidup Bella.” Lama kepala Nabella dilentokkan pada bahu suaminya. Itulah kali terakhir mereka berbalas pelukan sebelum bercerai.



-----------------Bukan Sekadar Inspirasi-----------------
“Praktislah. Nak kumpul duit pinang anak dara orang. Kena rajin.” seloroh Wafiy. Sempat juga dia memandang pada Adam dan Raihan. Tersengih dua sekawan mendengar perbualannya dengan Awa.
“Ada saja jawapannya. Jangan kerja sampai lewat malam.”
“Baiklah. Sayang jugak awak dengan sayakan? I’m off sayang. Love you. Assalamualaikum.”
Awa memandang skrin telefon. Cepat saja budak ni matikan talian sebelum sempat dia membalas salam.
Wafiy. Banyak yang dia tidak tahu pasal lelaki ni. Tiba-tiba hatinya tergerak membuka komputer riba.
Nama kumpulan band Wafiy ditaip pada ruang search di Metacrawler. Ramai orang tidak tahu kewujudan Metacrawler. Sebenarnya lebih banyak info orang boleh cari di sini sebab ia mengeluarkan keputusan dari tiga Search engine sekaligus.
Lincah jari Awa menekan link laman sesawang kumpulan Wafiy. Keluar biodata setiap ahli pada laman sesawang tersebut. Nama Wafiy ditekan. Satu persatu info tentang lelaki itu dibaca hingga Awa terlelap dengan komputer riba yang masih terpasang.



Teringat ketika Wafiy update blog Awa tanpa pengetahuannya.

Assalamualaikum semua…
Saya Wafiy, psst! Awa tak tahu pun saya update entri blog kali ni. Dia ke ladies kejap. Saya saja nak try buat apa Cik Tunang ni selalu buat. Sekarang kami tengah makan dekat Full House. Baru siap ambil fitting baju untuk persandingan tadi. Awa sangat cantik! Hati saya terpikat tahap beribu-ribu lemon. Tak sabar nak tunggu majlis kami nanti. Tadi tengah makan pun sempat lagi dia baca blog. Alahai sayang saya… Sampai sini saja tau! Takut Awa perasan. Saya nak post I LOVE YOU sayang! XOXO!
Encik Tunang,
Wafiy

Tersenyum Awa mengingatkan entri yang dibuat oleh Wafiy dulu. Berderet komen mengatakan Wafiy seorang yang sangat sweet dan mereka pasangan yang selamba dan comel! Tambah lagi Wafiy letak sekali gambar wajahnya dari sisi. Memang ramailah puji ketampanan si dia.


-----------------Masih Ada Cinta-----------------
Dayyan tersengih. “Tangkap gambar jom.” Telefon atas meja dicapai. Dia menginjak sedikit agar lebih dekat dengan Hannah.
Hannah pandang Dayyan pelik. “Buat apa nak tangkap gambar?” tanyanya.
“Ambillah. Lama tak tangkap gambar dengan kau. Tengok sampai kawan-kawan aku pun tak percaya aku ada awek ke tak.”
Hannah mencebik. Alasan Dayyan tak munasabah langsung. Mentang-mentanglah mereka memang jarang bergambar bersama.
“Cepatlah Nah…” ajak Dayyan yang telah bersedia untuk bergambar.
Hannah ikut saja kemahuan Dayyan. Dia ikut sekali senyum pada kamera telefon. Mula-mula hanya sekeping dua tapi tak sedar rupanya sampai lebih sepuluh keping mereka ambil. Makin banyak pula pose yang mereka diambil.
Gambar paling menarik perhatian Dayyan dipilih untuk dimuat naik ke dalam Instagram. “Aku upload ya…”  tanyanya untuk meminta kebenaran dari Hannah.
“Dah upload baru tanya.” Jeling Hannah. Nak minta kebenaran konon. Apa punya alasanlah mamat ni bagi.
Dayyan tergelak kecil. Gambar mereka dimuatnaik. Tidak sampai beberapa minit. Telefon Hannah pula berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dilihat gambar yang ditag padanya di Instagram. Caption gambar yang diletak oleh Dayyan dibaca.
“Ayan!”
“Apa?”
“Malulah caption tu.” Komen Hannah.
“Nak malu apanya?” tanya Dayyan disebelah. Dibaca caption yang diletak olehnya tadi.
“Kau ingat tulis novel ke dekat caption tu. Seganlah.”
Dayyan tersenyum. Sebab tu rupanya. “Okaylah. Takdelah sampai tahap ayat novel sangat.” Dibaca komen-komen baru oleh kawan-kawannya pada gambar tadi. Kekadang tergelak Dayyan ketika membalas komen kawan-kawannya.



“Hai awak. Rindu saya tak?” soal Luqman sambil ambil tempat sebelah Hannah.
Hannah menjeling tajam. Tangan Liyana ditarik agar duduk antara dia dan Luqman. Dia mengensot sedikit memberi jarak lebih jauh sedikit dari lelaki itu.
“Awak ke mana menghilang?”
“Kenapa? rindu ke? Bunga hari-hari dapatkan?” Makin lebar senyuman Luqman mendengar soalan Hannah. Walaupun dia tidak dapat berjumpa dengan Hannah beberapa hari ni. Bagi bunga sekuntum sehari itu tetap ada untuk Hannah.
“Saya kerja. Terpaksa outstation beberapa hari ni. Tu yang menghilang. Nak hubungi awak. Tapi nombor telefon awak pun saya tiada. Pekerja awak semua tak nak bagi… setia sangat pada bos dia orang.”
Tapak tangan Hannah ditadah depan lelaki itu. “Bak sini telefon awak.” arahnya.
Luqman yang tidak faham hanya menurut arahan Hannah. Iphone miliknya dihulur. Sempat dia buka kekunci telefon sebelum memberikan pada Hannah.
Selesai meletakkan nombornya ke dalam telefon Luqman. Hannah dail nombor tersebut agar dia tahu nombor lelaki itu. Hannah pulangkan telefon tadi pada tuannya. Sentap juga sebenarnya. Wajah Hannah yang diambil curi-curi oleh lelaki itu menjadi wallpaper telefon tersebut.
“Jangan sia-siakan peluang yang ada Luqman. Saya tak suka dipersiakan. Ingat tu.” ujarnya selepas huluran telefon diterima.
Lebar senyuman Luqman mendengar kata-kata Hannah.



-----------------QAERSARA-----------------
“Okay dah ni. Kena dengan selera Qaer tu… pandai Sara masak. Lepas ni mesti Qaer balik rumah makan tengah hari setiap hari di rumah lepas kahwin nanti.” puji Tok Ma sekali mengusik anak dara yang comel pakai T-shirt dan kain batik sebelahnya.
Merona kemerahan mendengar usikan Tok Ma. Lepas kahwin? Tok Ma tak tahu betapa geramnya Sara dengan cucu Tok Ma sekarang ni. Tiada maknanya wujud istilah kahwin antara dia dengan Qaer. Terlintas pun dia tak nak!
“Sara dengan Qaer kawan biasa aje Tok Ma. Apa pula sampai ke kahwinnya…” sangkal Sara. Dia tidak mahu Tok Ma dan Tok Ayah Qaer salah faham status hubungan mereka berdua.
“Haih tak naik taraf lagi ke Qaer?” usik Tok Ma yang berpusing ke meja makan belakangnya dan Sara. Automatik badan Sara berpusing. Qaer duduk sambil menongkat dagu atas meja itu dipandang. Sejak bila mamat ni berada dalam dapur?! Ah! Kantoi dia yang masakkan untuk lelaki tu.
Qaer yang dari tadi menjadi penonton tingkah Tok Ma dan Sara masak tidak lekang dengan senyuman. Dari tadi lagi dia pasang telinga perbualan dua wanita itu. “Tok Ma tolong doakan eh. Tengah berusaha naik taraf status ni. Kesian cucu Tok Ma ni… asyik kena reject je.” ujar lelaki itu sambil bangkit.
Tok Ma dan Sara didekati. Sudu pada tangan Tok Ma diminta lalu dia sendiri merasa air tangan buah hati pengarang jantungnya ni. “Tok Ma ke belakang dulu. Nak masukkan itik dan ayam dalam reban.” beritahu Tok Ma.
Err… Sara ikut Tok Ma.” pinta Sara. Tak nak dia berdua-duaan dengan lelaki ni. Malu! Dalam marah pada lelaki itu, masih juga nak masakkan dia.
“Tak apalah Sara. Senang aje tu. Sara tolong Tok Ma siapkan sambal belacan tadi tu ya…”
Sara rasa macam nak menangis mendengar permintaan wanita itu. Bukan sebab dia tak nak tolong tapi Sara tidak mahu berdua-duaan dengan cucu Tok Ma ni lagi!
Perlahan-lahan Sara mengangguk pada Tok Ma. Sara langsung tidk pedulikan Qaer yang menjadi pemerhati sejak Tok Ma tinggalkan mereka berdua.
“Sayang…” panggil Qaer.
“Sara…”
Panggilan dan air muka kesian yang kini duduk berdepan dengannya langsung tidak peduli. Sara kusyuk mengasingkan batang cili padi itu untuk buat sambal.
“Sara, I’m soryy. Maafkan saya…” pohon Qaer lagi meminta maaf. Dia tukar tempat sebelah Sara. Kepala mendongak memandang gadis yang sedang berdiri sambil buat kerja itu. Tidak tenang hati Qaer selagi Sara tidak maafkannya.
Sara beralih untuk membilas cili tersebut. Lesung batu diambil lalu dia kembali ke tempat asal tadi tanpa pedulikan lelaki itu. Biar bagi pengajaran sikit dengan Qaer ni. Tangan ligat menumbuk cili-cili padi tersebut sampai lumat.
Geram! Kepala tengah bayangkan muka Qaer dalam lesung tu.
“Sayang… Sara maafkan saya. Saya janji kali ni last. Lepas ni saya bawa bincang dengan awak dulu. Please…”
Tumbukan pada lesung makin dikuatkan. Hati dan otak Sara pula yang berlawan sendiri. Hatinya sudah lembut dengan pujuk rayu lelaki itu tapi otak memang berdegil tak nak maafkan Qaer bila kenangkan entah kali ke berapa lelaki itu buat perangai!
Badan Qaer yang duduk bersebelahan dengan tubuh Sara yang masih berdiri itu didekati. “Sara…”
Auch! sayang!” Qaer menutup matanya. Badan terus dijarakkan dari Sara. Tangan sebelah terus memegang mata bahagian kanan yang pedih terkena cili yang ditumbuk oleh Sara.
Kalut Sara melepaskan lesung di tangannya. Sara melutut depan lelaki itu. Kepalanya didongak memandang Qaer yang menutup matanya yang pedih terkena cili tadi.
“Qaer… Qaer awak okay tak ni?” gugup Sara memandang keadaan lelaki itu. Tangan dilap pada kain batik sebelum beralih pada wajah lelaki itu.
“Tengok.” arah Sara sambil mengalihkan tangan Qaer yang menekan mata lelaki itu.
Qaer geleng kepala. Tak sanggup nak bersuara. Pedih! Buka mata pun tak rela. Hai Sara! Ganas sungguh cara dia nak balas dendam. Habis pedih mata Qaer terkena cili dari lesung tu.
Tidak keruan Sara memandang Qaer yang masih menahan pedih. Dia pula tidak tahu nak buat apa sekarang ni. Tok Ma! Cepatlah naik… kesian Qaer.
“Qaer, maafkan saya. Saya tak sangaja.” Semakin serak suara Sara memohon maaf. Terkena cili agaknya boleh buta tak lelaki ni?! Sungguh dia bingung tak tahu nak buat apa sekarang ni. Tapi Sara tak sanggup nak biarkan Qaer menahan sakit.
Air mata Sara merembes keluar melihat keadaan lelaki itu. “Awak tunggu kejap. Saya panggil Tok Ma…”
Lengan Sara dipegang ketika dia baru saja nak berdiri. “It’s okay sayang… tak apa.” halang Qaer.
Sara kembali melutut. Kepala didongak memandang lelaki itu. Perlahan lelaki itu membalas pandangan mata Sara. Pedih pada mata kanannya terus hilang melihat air mata Sara mengalir kerananya. Dia tersenyum kecil. Air mata Sara dikesat penuh kasih.
“Dah. Jangan nangis…” pujuk Qaer. Hatinya lagi sakit tengok air mata dari pipi Sara itu mengalir.
Sara yang baru tersedar tangan Qaer pada wajahnya menepis pelahan. Dia tidak suka disentuh sedemikian. “Saya boleh lap sendiri. Mata awak macam mana? Alihkan tangan tu. saya nak tengok?” Lembut suara itu memujuk Qaer.
Qaer sekadar senyum. “It’s okay. Tak sakit sangat.” pujuknya walaupun matanya masih pedih.
Kepala Sara digeleng laju. “Awak bagi saya tengok atau saya takkan maafkan awak.”
Qaer mengeluh mendengar ugutan Sara. “Saya tak apa-apa.” Tidak mahu Sara tengok matanya sekarang ni. Nanti berjujuran lagi air mata kekasih hatinya ni.
“Biar saya tengok. Please…” pujuk Sara lagi.
Lemah jantung Qaer kalau selalu dengar suara lembut Sara tu. Tahu saja gadis itu tentang kelemahannya. “Janji jangan nangis kalau teruk.”
Laju kepala Sara mengangguk. “Tengok.”
Mulut Sara ditutup dengan tapak tangannya. Air mata terus mengalir melihat mata Qaer yang sudah merah. Cacat dah muka kacak Qaer! “Qaer kita ke klinik sekarang. Mata awak merah ni… Maaf! Saya tak sengaja tadi. Saya…” rayu Sara. Mesti mata tu masih lagi sakit. Dia sendiri tengok pun dah rasa pedih apatah lagi Qaer.
“Jangan risau. Nanti reda. Kalau melarat malam nanti saya janji kita ke klinik. Sara maafkan saya?”
Sara mengeluh sebelum mengangguk. Mata kanan lelaki itu masih lagi menjadi sasaran sepasang mata Sara. Mereka berbalas pandangan buat seketika. “Saya tak marahkan awak dah. Tapi tolonglah lain kali bincang dulu dengan saya…” pintanya dengan lelaki itu.
Lebar senyuman Qaer mendengar suara Sara memberi kemaafan padanya. “Thanks. Saya betul-betul takut tengok muka marah awak dalam kereta tadi tu. Tak sanggup dah kena marah oleh awak!”
Sara tersenyum. “Mata awak ni okay tak?”
“Jangan risau. Sakit berbaloi ni. Sekurangnya dapat maaf dari awak.”
Geram pula Sara tengok muka bahagia Qaer tu. Tak sedar diri tengah sakit. Lengan Qaer ditampar lembut. “Awak tu lain kali jangan duduk dekat waktu saya tengah tumbuk cili. Kan dah kena. Habis merah mata. Saya memang dah tak marahkan awak, nak bagi pengajaran aje pada awak. Sebab tu tak nak layan… “
Tak padan dengan mata merah. Lelaki itu masih lagi tersengih dengar bebelan Sara. “Sayang juga awak dengan saya eh… Thanks saya pun sayang awak.”
“Dah la! Saya nak sambung buat kerja. Awak duduk jauh sikit. Nanti tak pasal kena lagi sebelah mata tu pulak!” Sara terus bangun untuk sambung kerjanya. Sebenar nak cover malu dengar luahan hati Qaer walaupun kedengaran bersahaja.
Qaer yang masih duduk di kerusi tadi hanya memandang Sara yang sedang kusyuk sediakan sambal belacan untuk hidangan malam ini.
“Sara.”
Urhmm…
Err…
Sara angkat kening sambil memandang Qaer dengan hujung matanya. Adalah dia nak minta tu! “Awak nak apa?”
“Kalau kita tinggal sini seminggu ni boleh?” tanya Qaer.
Tangan Sara berhenti bergerak.
Sara mengangguk. Sebenarnya dia segan tapi kenangkan tiada teman tinggal di kolej dan kata-kata Tok Ma bahawa Qaer suka makanan kampung Tok Ma buat dia setuju. “Tapi awak…”
“Sara tak nak ke?” tanya Qaer.
Segan Sara nak beritahu tapi dia terpaksa juga. Sebab takkan seminggu ni nak pakai pakaian dalam yang sama aje! “Sara tiada baju…” dalam. Sambung gadis itu dalam hati. Dia tidak kisah pakai kain batik dan t-shirt adik Qaer yang ditinggalkan di kampung tapi takkan la sampai baju dalam pun nak kena pinjaml. Melampaulah!
Qaer tergelak bila terkesan riak muka malu Sara tu. “Baju adik kakak ye?” usiknya.
“Qaer Redza! Eee…” rengek Sara. Tak padan dengan sakit masih lagi nak usik dia.
Makin galak Qaer gelakkan Sara. Merah wajahnya ketawa geli hati. Bila Sara sebut nama penuhnya maknanya gadis itu memang tengah geram atau marah dengannya.
“Lepas dinner nanti kita keluar sekejap pergi beli baju. Kesian awak.”
“Awak tu. Lain kali jangan buat kerja gila datang sini sehelai sepinggang lagi.”
“Maksud awak lain kali boleh datang sini lagilah?” Soal Qaer tersenyum lebar. Tatkala itu barulah Sara tersedar kenyataannya tadi menjerat diri sendiri.
“Sudahlah awak. Makin dilayan makin kuat mengusik orang. Malaslah nak layan.” Sara berlalu ke singki untuk basuh tangan demi mengelak dari bertentang mata dengan Qaer.
Qaer tergelak kecil. “Thanks sayang. Biarpun awak tak cakap. Tapi saya dapat rasa awak pun ada perasaan tu pada saya.”
“Jangan nak merepek. Masuklah. Kacau orang je kerja dia.” bebel Sara yang masih berada di singki. Tak sanggup nak pusing belakang hadap Qaer sekarang ni. Mukanya semakin hangat menahan rasa malu!
“Lain kali jangan tenung mata anak teruna macam tadi. Bahaya! Berdebar jantung saya tengok awak tenung mata saya tadi. Orang kata dari mata turun ke hati. Ni bukan hati saya saja terkena tapi satu badan dah rasa panahan mata awak tu. Saya masuk dulu. Bye sayang. Love you.” Kaku badan Sara mendengar bisikan suara Qaer ke telinganya.
“Ya Allah! Apa aku dah buat tadi! Malunya…” Sara baru tersedar dia tenung mata Qaer tadi. Niatnya cuma nak tengok mata lelaki yang merah itu sahaja.



-----------------Hanya Pada Dia-----------------
“Kau pergi!” jerit Ana sebaik saja melihat Adam dari pintu bilik. Dia benci melihat lelaki yang tidak tahu menerima hakikat tentang kematian Juliana hingga sanggup menganggap Ana sebagai Juliana. Mereka penting diri sendiri.
“Pergi aku benci kau!!! Pergi!” jerit Ana sekuat hati.
Adam terus saja menapak masuk tanpa pedulikan jeritan isterinya. Puas dia mencari Ana dari tadi. Rupanya wanita ini sedang berkurung dalam bilik arwah Juliana.
“Pergi!! Aku benci kau! Aku benci Juliana!!” jerit Ana lagi.
“Tenang Ana. Nanti ayah dengar.” pujuk Adam walaupun dia semakin buntu untuk memujuk wanita ini lagi. Seraut wajah Ana semakin tertekan.
“Aku tidak peduli. Kau pergi dari sini! Pergi!!” jerit Ana lagi. Diari milik arwah kembarnya diguna untuk memukul dada lelaki itu.
Tanpa menghiraukan Ana. Adam terus memeluk wanita itu. Tahu tindakannya pasti akan menambahkan lagi kebencian wanita itu padanya tapi hanya itu saja yang dia mampu lakukan. Ana makin membenci dirinya sejak Adam perangkap gadis itu. Dia tahu silapnya. Tapi Adam tidak tahu hendak fikirkan cara lain untuk biarkan Ana terus berada depannya. Dia hendak melihat wajah ‘Jue’ lagi. Tapi Ana nekad untuk letak jawatan juga hinggalah Adam ambil keputusan untuk perangkap Ana agar dia dapat melihat wajah itu selamanya.
“Lelaki tak guna! Aku benci kau! Pergi dari sini!!” jerit Ana lagi. Dia tidak rela. Dia tidak mahu berada dalam pelukan Adam tapi tenaganya tidak setanding kekuatan lelaki gagah seperti Adam. Badannya terlalu lemah kerana tekanan yang dialami.
“Ana!” suara garau Borhan bergema buat Ana terdiam.
“Ayah tak pernah ajar anak-anak ayah kurang ajar!” marah Borhan pada anaknya.
It’s okay ayah. Adam boleh handle.”  pujuk Adam. Dia tidak mahu ayah mertuanya masuk campur dengan masalahnya dengan Ana.
“Bodoh! Lepaskan aku…” Ana kembali menganas dan menjerit tanpa pedulikan kewujudan ayahnya di situ. Dia tidak rela dipeluk oleh Adam.
“Ana jangan kurang ajar!” marah Borhan lagi. Tidak faham dia dengan sikap anak perempuannya seorang ni. Dia yang salah tapi dia sendiri yang menidakkannya. Dari dulu lagi dia melarang Jue agar jangan terlalu manjakan Ana. Tengok apa jadi sekarang ni. Degil!
Adam kuatkan pelukan bila Ana semakin kuat meronta. Wanita itu akhirnya mengalah. “Sysshh... sayang maafkan abang. Maafkan abang.”
“Aku benci kau. Aku benci Jue…” Ana yang tidak mampu lagi meronta hanya mampu menangis hingga pengsan tidak sedarkan diri. Penat. Dia penat melalui semua ini. Dia tidak mahu menghadap Adam seumur hidupnya. Dia tidak sanggup menjadi Juliana pada  lelaki ini. Dia Raihana. Bukan Juliana arwah kembarnya.


-----------------Yang Tertulis-----------------
Niat untuk tersebut masuk ke dalam ofis Ash terhenti sebaik saja terdengar namanya menjadi topik perbalahan dari dua beradik tersebut.
“Abang tak patut buat Aie macam tu. Ingat dia tu barang ke nak pass dengan orang lain sesuka hati?” bentak Kamelia.
“Aie akan dengar cakap abang. Full stop.”
“Abang! Aie tu manusia. Ada hati dan perasan! Suruh Aie kahwin dengan Shah? Nonsense tahu tak? Abang bukan tak tahu perangai Shah tu macam mana. Diktator. Kuat mengarah macam abang.” Sekurangnya carilah lelaki yang boleh harap sikit! Sambung Kamelia dalam hati.
“Shah akan jaga Aie.”
Kamelia geleng kepala. “Kenapa perlu tentukan hidup Aie. Dia dah 27 tahun bang. Biarlah dia tentukan hidup dia sendiri. ”
“Abang buat ni untuk dia.”
No! Abang buat ni untuk kebaikan diri sendiri. Sebab nak jaga hati ma atas apa yang abang buat. Abang kekalkan Aie duduk dengan kita. Aie tu bukan alat untuk abang pujuk ma, Aie tu bekas tunang abang. Tolonglah jaga hati dia. Sekarang abang nak guna kawan baik abang sendiri? Tolong guna akal tu sikit boleh tak!”
“Ini idea Shah sendiri. Shah yang setuju dan nak kahwin dengan Aie. Puas?!” marah Ash pada Kamelia atas tuduhan adiknya itu.
Kamelia terdiam. Pandangan mereka beralih pada bunyi bekas yang jatuh ke lantai. Aie turut pusing belakang. Dia sendiri tidak perasan rupanya ada orang lain yang turut pasang telinga pada perbualan Ash dan Lia. Matanya memandang bekas makanan yang jatuh dari tangan Husna. Dilihat air muka Husna yang kini banjir dengan air mata.
“Maafkan Husna… maafkan Husna, Cik Aisya. Husna tak tahu…” tangis gadis itu lalu pergi tinggalkan kawasan pejabat Ash.
“Husna…” Ash bangkit dan keluar dari pejabat untuk mengejar Husna.
Sempat dia berhenti seketika memandang wajah Aisya dan Lia silih berganti sebelum tinggalkan Aisya untuk mengejar buah hatinya.
“Maafkan abang…” Telinga Aisya sempat terdengar suara Ash bersuara perlahan padanya. Dia memandang kawannya yang turut tercengang selepas menyedari kewujudan Aisya di situ.
“Aie…” panggil Lia.
“Aku nak bersendirian Lia.” kata Aisya lalu meninggalkan Kamelia. Idea Shah? Lelaki itu ingat Aisya ni kemaruk sangat nak bersuami? Tangan Aisya digengam menahan marah. Pejabat Shah menjadi hala tujunya seterusnya!


-----------------Bunga Tiga Ahmad-----------------
[Tuan Ahmad Akil ]
“Bunga!” suara putera bongsu Tan sri menerjah telinganya.
Tuan Ahmad Akil. Si Romeo tak cukup umur ni salah seorang yang cukup menyeksa jiwanya. “Kejap Tuan Akil.” balasnya.

 [Tuan Ahmad Yusof]
Morning darling!” ucapan dari Tuan Ahmad Yusof, anak kedua Tan sri Ferhad itu langsung tidak mengetarkan jiwanya. Kalau muka kacak tapi kasanova tak guna jugak. Perangai dua kali lima saja dengan adiknya yang kuat bermulut manis dengannya tu.

[Tuan Ahmad Qusyairi]
 Nak cakap keturunan Tan sri Ferhad ada genetik gula terlebih tidak jugak! Si sulung tu masam aje memanjang. Agaknya waktu mengidam Tuan Ahmad Qusyairi tu, arwah isteri Tan sri Ferhad tu terlebih makan mempelam sampai tersangkut melekat dekat anak sulung mereka ni.

[Orked]
“Angah nak tahu tak? Dalam banyak-banyak bunga. Bunga apa paling masam.” tanya Akil pada abangnya.
Tuan Yusof tersenyum memandang adik bongsunya. Anak Mak Yah yang baru tiga hari bekerja dalam vila itu dipandang dengan hujung mata. “Biar Angah teka… bunga tu pandai bergerak ke dik?” tanyanya balik dengan senyuman yang makin melebar.
Kuat gelak Akil sambil mengangguk. “Bunga dah cun abang. Tapi sayang masam aje rupanya… kena simbah air garam agaknya.”
“Kena badi Along kut.” balas Tuan Yusof lagi selamba saja mengutuk abang sulung mereka yang kelat aja memanjang tu.
Orked langsung tidak mengendahkan dua beradik itu walaupun hati tengah membahang kerana menjadi bahan usikan budak dua ni. Makin dilayan makin menjadi perangai mereka tu nanti. Tangannya ligat meletak gelas-gelas untuk tiga beradik itu atas meja rehat mereka.
“Air tuan-tuan dah sedia..” Muka selamba ditayang sebelum dia bersedia untuk pusing dan pergi dari situ. Sabar Orked! Sabar. Kekalkan momentum tahap kesabaran hakiki! Awek cun tak cepat melatah… seperti biasa Orked akan tanam kata-kata motivasi dalam diri. Cuma dalam tiga hari ni banyak sungguh ayat yang diselit perkataan sabar dalam diri dek kerana tuan-tuan yang tak seberapa nak tuan sangat ni!

“Jawab soalan along, Ked?!” jerkah Tuan Que apabila Orked kembali senyap. Membahang hatinya tengok gambar Ked dan lelaki itu berdua di Singapura.
“Jawab Ked. Ked lari dengan lelaki yang bukan mahram. Ked tahu tak tu berdosa?” tanya Tuan Yusof pula. Tuan Yusof sedikit berlembut dengan adik perempuannya ni.
“Kalau Ked bercuti dengan dia pun, kami bukannya buat benda bukan-bukan!” bentak Orked apabila dituduh bukan-bukan oleh abang-abangnya.
“Orked!” keras nama Orked disebut oleh Tuan Que. Dia merengus kuat.
“Kahwin. Kahwin dengan budak tu.” arah Tuan Que.
Laju Orked memandang abang sulungnya. Kepala digeleng laju. “Ked tak nak! Haris tu laki orang…”  Tidak sanggup Orked nak jadi isteri kedua Haris. Cukup sekadar teman baik saja. Tiada isu soal hati dan cinta antara dia dan Haris.
What?!” jerit tiga Ahmad itu mendengar jawapan Orked. Tuan Que beristighfar panjang. Cukuplah papa mereka masuk hospital bila tahu Orked bercuti dengan lelaki lain setelah tahu statusnya sebagai anak perempuan Tuan Ferhad. Jangan sampai dia sekali masuk hospital pulak lepas ni.
“Ya Allah Ked! Ked sedar tak Ked berdosa keluar dengan suami orang?” tanya Tuan Yusof. Dahinya diurut perlahan. Pening dengan perangai Orked ni. Padan sangatlah mereka bertiga belasah budak bernama Haris tu. Gatal berskandal dengan adik mereka! Rupanya suami orang… Aduhai adik perempuan aku ni.
“Ked buat macam ni sebab nak balas dendam dengan abah? Ked masih marah dengan abah sebab tinggalkan Ked dengan orang lain sejak bayi? Macam tu?”
Orked diam lagi. Soalan bertalu-talu dari abang-abangnya dibiar sepi. Perlahan-lahan air matanya mengalir laju.
“Ked jawablah!” bentak Tuan Que. Geram dengan sikap Orked yang berdiam diri sejak tadi. Merah padam mukanya menahan marah pada adiknya. Ikutkan hati mahu saja Tuan Que lempang muka Orked ni.
“Ked… Ked buat macam tu sebab Ked cintakan Abang Que. Ked cintakan abang kandung Ked sendiri! Puas?!” Laju air mata Ked mengalir ketika meluahkan perasannya pada mereka bertiga.
Sekali lagi mereka bertiga beristigfar panjang mendengar jawapan Ked. Tuan Que menarik nafas panjang. Cuba meredakan perasaannya marahnya. Badan Orked didekati lantas tubuh gadis itu dipeluk erat. Basah baju kemejanya dengan air mata Orked yang semakin deras itu.
“Along pun sayang Ked… sysshh… dah. Jangan nangis.” pujuknya sambil mengusap lembut kepala adiknya.
Ked geleng kepala. Sama laju dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir.
“Along tak faham! Ked cintakan along. I love you…. I love you so much.” ucapnya dengan tangisan yang masih tidak berhenti.



-----------------Setia Cintanya-----------------
Aiman memerhati gelagat Mia dari jauh. Dahi berkerut dengan perubahan sikap gadis itu. Pelik. Sejak bila Mia Murai tu jadi pendiam. Mata Aiman masih lagi tidak dialihkan. Ligat memandang anak dara Pak cik Affendi, jiran rumah sebelahnya.
“Cantik juga si Murai ni.” fikir Aiman. Dari kecil hingga ke besar agaknya itulah kali pertama Aiman memuji gadis bernama Mia Maisarah tu. Selama ni dia cukup rimas dengan gaya gedik Mia tu.
“Oi! Kau tenung si Mia tu apasal?” tanya Amran pada abangnya.
Aiman geleng kepala.
“Tu dah kenapa? Senyap je aku tengok dua tiga hari ni.”
“Oh… yang tu. Aku tak tahu… abah panggil. Aku pergi dulu.” jawab Amran serba salah. Menyesal pula dia usik abangnya yang merenung Mia tadi. Mujurlah abah yang melambai memanggilnya waktu tu. Fuh! Selamat…
Tangan Aiman dimasukkan ke dalam poket baju melayunya.  Langkah mendekati Mia yang masih keseorangan di gazebo rumahnya tu.
Aiman ambil tempat sebelah Mia. Gadis yang berbaju kurung asli itu nyata terkejut dengan kehadiran Aiman di sisi. Dia mengensot sedikit menjarakkan diri dari Aiman.
‘Ini sudah pelik. Sejak bila si Mia ni reti jarakkan diri dari aku. Selalunya makin melekat tu adalah.’ fikir Aiman.
“Kau dah kenapa? Senyap je aku tengok.” Tak rindu aku ke? Sambung Aiman dalam hati.
Mia geleng kepala lalu menunduk. Dia tiada hati nak berbual dengan Aiman sekarang ni.
“SPM macam mana? Okay tak?” tanya Aiman lagi. Masih tidak berpuas hati dengan kebisuan Mia.
Mata Aiman masih lagi memandang Mia disebelah. Bunyi esakan kecil dari gadis itu menambah rasa pelik yang kian menebal.
“Hei? Kenapa menangis ni? Susah sangat ke SPM kau orang?” tanya Aiman.
Mia geleng kepala lagi. Tangan mengesat air mata yang kian laju mengalir. Kenapa Aiman baru mendekati saat keadaannya jadi begini? Mahu saja diluah tapi kesedihan yang menyelubungi diri menghalang sebutir suara dari bibir kecilnya.
“Mia masuk dalam dulu.” beritahu Mia lantas pergi tinggalkan Aiman tanpa menanti kata-kata seterusnya dari Aiman.
Aiman garu kepala yang tidak gatal. Pelik dengan sikap Mia yang langsung tidak tercapai dek akalnya.

Told you abang. Jangan sesekali tipu Mia.” rintih Mia perlahan.
“Maafkan abang sayang.”
Just… just give me some times okay? Mia minta izin abang. Leave me alone.” Mia sedar silap dia tinggalkan rumah. Dia cuma nak jauh sedikit dari suaminya buat sementara waktu. Sudah beberapa hari Aiman memujuknya sejak kes terserempak dengan Amira tempoh hari. Tapi melihat wajah Aiman buat hatinya tambah sakit kenangkan kata-kata Amira.
Aiman mengeluh.
“Baiklah Mia boleh tinggal sini. Dengan syarat. Abang stay dekat hotel ni jugak. Abang nak tengok Mia. Jangan risau. Abang tinggal bilik lain. Sekurangnya abang nak pastikan keselamatan Mia depan mata abang.”
Protecting me as usual huh abang?”
As usual sayang.”
Satu keluhan dihembus. “Seperti abang kahwin Mia untuk lindungi Mia.”
“Seperti abang kahwin Mia untuk lindungi Mia.” ajuk Aiman.
Reality hurts, abang.
Air mata isterinya yang mengalir dikesat penuh kasih sayang. “Tapi abang tak nak tipu sayang lagi.”



-----------------Mahligai Mahabbah-----------------
“Ke tepi. Ke tepi!” jerit Adha. Takut berlangar dengan orang lain. Pandangannya terhalang dengan kotak sayur yang besar. Bukan sahaja besar malah berat, jalan pun tidak ubah seperti ketam berjalan.
“Aduh…” kedengaran seseorang mengaduh kesakitan.
‘Alamak! Aku ada terlanggar seseorang ke? Habislah!’ gumam Adha.
“Maaf!!” jerit Adha. Dia meneruskan sahaja berjalan hingga ke gerainya. Entah siapa yang dilanggarnya tadi. Sempat dia menoleh belakang. Lagak seperti seorang lelaki tapi langgar sikit dah mengaduh kesakitan. Eh! Baju dia merah jambu. Mesti kategori sotong ni. Kutuknya.
Argh! Beratnya…” kata Adha sambil meletakkan kotak besar tadi. Dia mengurut bahunya yang terasa lenguh. Adha mengeliat seketika. Lenguh badan. Hari ni kena tempek Salonpas lagi nampaknya.
“Sampai pun kamu. Adha ni ada orang cari kamu. Cik ni cari Annur Adha. Katanya nak Tiada seorang lagi kat pasar ni yang nama Adha selain kamu. Mak cik rasa kamulah yang dia cari tu.” panggil Mak cik Wana.
Adha mengalihkan pandangannya kepada gerai Mak cik Wana. Kelihatan seorang wanita bertudung sedang bercerita dengan Mak cik Wana. Wanita muda itu meminta izin dari Mak cik Wana untuk mendekati Adha. Dia mengerling seketika memandang wajah wanita itu kemudian sambung kerjanya. Kotak besar tadi di buka lalu dia mengeluarkan sayur untuk disusun. Malas nak layan!
“Assalamualaikum Annur.”
“Waalaikumsalam, baliklah cik. Sini tiada orang yang cik cari tu.” ujar Adha sambil membuat kerjanya.
“Annur…”
“Aku kata orang tu tak ada kat sini. Kau salah tempat. Baliklah.” kata Adha tegas.
“Annur maafkan Lin.” rayu wanita itu. Lengan Adha dipegang agar menghalangnya meneruskan kerja.
Eh! Aku dah cakap. Kau salah orang. Aku tak kenal kau. Carilah orang yang nak cari tu di tempat lain. Itupun kalau dia masih hidup. Aku rasa orang tu dah mampus agaknya.” kata Adha keras tapi dengan nada perlahan.
“Annur… please maafkan Lin. Lin tak pernah hidup tenang selama ni. Ampunkan Lin.” pintanya yang mula teresak-esak dilayan kasar oleh Adha.
Adha tidak menghiraukan wanita itu. Dia masuk ke dalam gerainya mengambil baldi berisi air untuk menyiram sayurnya agar nampak lebih segar. Apabila dia kembali ke hadapan wanita itu masih lagi tidak berganjak. Kelihatan seorang lelaki berbaju merah jambu tadi bersamanya. Orang dia rupanya. Kalau tahu bukan setakat kotak, dengan lori sampah lagi Adha langgar.
Wanita itu sekali lagi mendekati Adha. Air mata sudah mula merembes keluar. “Annur… Marahlah Lin, tengkinglah Lin. Lin sanggup tapi tolong maafkan Lin. Lin minta ampun sangat.” rayunya lagi.
“Baliklah. Aku tiada apa-apa nak cakap. Aku takut baju mahal kau tu kotor terkena kotoran kat pasar ni. Aku bukannya ada duit nak ganti. Baliklah.” kata Adha dengan nada perlahan.
“Lin tak akan pergi selagi Annur tak maafkan Lin…”
“Kau nak apa lagi? Nak buat drama dekat sini!” tengking Adha. Kesabarannya memuncak. Dia memandang sekeliling apabila nada suaranya yang tinggi menarik perhatian orang lain.
“Hei! Baik kau bawak balik perempuan ni sebelum aku bunuh dia.” ugut Adha pada lelaki yang turut terkejut dengan tengkingannya tadi.
Lelaki itu segera mendapatkan Lin yang sudah menangis teresak-esak. “Annur maafkan Lin…” Lengan Adha ditarik agar gadis itu memandangnya.
“Maafkan kau? Tolonglah… aku tak akan lupa apa yang kau buat kat aku Lin. Baik kau pergi dari sini. Bertahun aku merempat kat penjara sebab kau. Bertahun! Sebab keluarga kau kaya, suka hati kau nak hancurkan hidup aku! Aku langsung tidak dapat pembelaan. Malah aku dibuang keluarga. Kau pun tahu waktu tu aku dah nak kahwin! Tunang aku buang aku, keluarga aku buang aku. Masa depan aku hancur sekelip mata!”
Thanks to you. Sebab kau sedarkan aku. Tidak semua kawan baik itu baik! Sekarang kau nak buat apa? Nak bagitahu semua orang kat sini yang aku ni bekas banduan? Macam tu? Pergilah! Aku tidak mahu tengok muka kau lagi!” kata Adha panjang lebar dengan nada perlahan. Hanya mampu didengar oleh Lin dan lelaki itu sahaja. Riak wajah lelaki itu berubah. Rasanya lelaki itu tidak tahu apa-apa lagi. Atau juga lelaki itu terkejut mendengar bahawa Adha bekas banduan.

more inquiry please contact me : Nurfaz 
or

Bookafei Solution
 | Insta | Twitter | FB |
bookafeipublication@gmail.com
#Bookafei #ProjekCPR



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!