Thursday, March 26, 2015

Novel : Secebis Cinta Intan bab 7


“I lupa nak puji kereta you. Hot! Lain kali bagi colour merah. Baru cun.” puji Intan ketika mereka keluar dari kereta Aneff. Ingatkan Aneff ni selera orang tua sebab sebelum ni pakai BMW ketika bawa dia ke hospital tempoh hari.
Aneff tersenyum kecil.
This is my personal car. Untung you dapat naik.”
Intan mencebik. Berlagak! Macamlah dia seorang saja yang ada Porsche Carrera 4s di Malaysia ni.
Whatever… Bookafei?” tanya Intan sambil membaca signboard pada kedai depan mereka.
Angguk.
“Kedai kawan saya. Jom masuk.” ajak Aneff. Kereta dikunci. Intan dipapah masuk ke dalam kedai yang selalu dikunjunginya.
Terpegun Intan melihat dekorasi dalam kedai tersebut saat kaki mereka melangkah masuk Bookafei. Cantik dan lebih releks. “Cantik tak?” tanya Aneff.
Intan yang masih menghayati dekorasi kedai tersebut hanya mengangguk. “Jom duduk situ.” Tangan Intan dipapah hingga ke meja bahagian tepi. Seorang wanita cantik datang mendekati mereka berdua.
“Hai Aneff.” Aneff yang berdiri sebelah kerusi Intan berpaling. Satu senyuman dicalit.
“Hai Hannah. Kenalkan ni Intan. Intan ni Hannah pemilik kedai ni.” tutur lelaki itu memperkenalkan wanita cantik bernama Hannah itu kepadanya.
Intan menghadiahkan senyuman manis pada wanita cantik itu. Tangan membalas huluran salam tangan dari Hannah. Mata menjerling pada Aneff yang tersengih-sengih pada Hannah. Sengih gatal!
“Duduklah. You nak minum apa? Biar I tolong ambil order.”
Aneff duduk bersebelahan dengan Intan sebaik saja bantu gadis itu duduk di kerusi.
“Kek macam I mesej you tadi adakan?”
Hannah senyum mengangguk.
“Untuk buah hati you ni mestilah I ada sediakan. Minum?”
“Air I nak macam biasa, you?” tanya Aneff pada Intan yang senyap saja dari tadi memerhati.
“I nak coffee with no sugar.” beritahu Intan.
“You tak nak tidur ke?”
Senyum. Intan tak nak jawab soalan Aneff. Dia boleh saja tidur selepas minum kopi kalau dia nak. Kopi tu pun dah tunduk dengan Intan.
“Padan sangatlah dengan budak ni. Pesan minuman mesti kopi. Ada apa-apa you nak pesan lagi?” usik Hannah tersenyum-senyum.
Serentak Intan dan Aneff geleng kepala.
“Kalau macam tu I pergi dulu…”
Thanks Hannah.”
Hannah senyum mengangguk sebelum tinggalkan pasangan tersebut.
Badan Intan dikalih. Aneff dipandang penuh curiga. Kening lelaki itu diangkat menanti soalan dari Intan. Seolah memahami riak wajah Intan yang penuh persoalan tu. “Girlfriend? Crush? Ex girlfriend?” tembak Intan dengan persoalan yang menghantui kepalanya sejak beberapa minit yang lepas.
“Kenapa perlu saya beritahu awak?” tanya Aneff dengan tangan yang mula disilangkan. Badan disandarkan ke sofa. Dia sengaja dia pilih sofa berbanding kerusi lain. Sekurangnya dapat rehatkan badan.
“Sebab I nak tahu perempuan jenis apa pilihan you.”
Kening Aneff diangkat sambil memandang Intan dengan hujung matanya. “Simple. Penampilan cukup macam Hannah tadi. I tak perlukan gadis berjenama kalau kain tak cukup dan yang penting tak gedik.”
“Dia memang crush you kan?” Mata Intan mengecil memandang Aneff. Masih lagi dengan soalan asalnya.
Aneff tergelak kecil. “Hannah tu isteri Luqman. Kawan baik I.”
“Luqman bin Abdul Fattah? Wife Luq?” tanya Intan dengan menyebut nama penuh seorang ahli perniagaan itu.
“Yup. You kenal Luq?”
“Kawan I pernah berurusniaga dengan dia. Maksudnya you crush dengan isteri kawan baik you sendiri? Dari you crush dengan dia baik you crush dekat I.” cebik Intan. Tak sangka Aneff yang bajet alim ni sebenarnya minat isteri orang.
Aneff urut batang hidungnya. “You ni memang suka buat spekulasi sendiri kan? I cakap minat perempuan jenis macam tu. I tak minat pun Hannah tu.”
Intan angkat bahu. Tidak percaya langsung dengan kenyataan Aneff tu.
Badan Aneff pusing ke kiri. “You memang tak percayakan?” Tangan di silang sambil memandang Intan yang sedang menumpang dagu memandangnya. Aneff bergerak sedikit ke depan bagi merapatkan wajahnya dengan muka Intan.
Intan terkebil-kebil seketika memandang mata Aneff yang terlalu dekat dengannya.
 “Yang pasti jenis you I tak berminat.” beritahu Aneff.
Intan mencebik. Kerana terlalu geram Intan terus cium bibir lelaki itu. Membulat mata Aneff akibat terkejut dengan tindakan drastik Intan. Badan terus dijauhkan dari Intan. bahaya betul Intan ni!
Seraut wajah terkejut lelaki itu dipandang. Intan tahan senyuman yang nyaris lagi terukir. Lucu pula tengok muka terkejut Aneff tu. “Maksud you jenis macam tu?”
“Intan! hish you ni.” Aneff mendengus kuat.
“Kenapa? Nak lagi ke?” tanya Intan sepakej dengan senyuman sinisnya. Tadi nak kenakan aku sangat. Hah kan dah terdiam. Padan muka!
“You ni memang nakal.” tegur Aneff lantas bersandar semula pada sofa. Bahaya betul dengan perempuan ni. Tanpa sebarang signal dia terus main terjah aje bibir aku!
“Anggap aje aku tak nampak tadi.” teguran seseorang menghentikan perbualan mereka. Aneff mengeluh sementara senyuman Intan makin melebar. Luqman yang datang bersama dulang berisi kek dan minuman mereka dipandang.
“Tak tahu pula kau ada di sini?”
Luqman tersenyum kecil. “Macam mana nak sedar dunia kalau buah hati ada depan mata.” usiknya. Dulang diletak atas meja. satu persatu pesanan pasangan itu dialihkan ke meja.
“Rajin you tolong wife you buat kerja.” komen Intan.
Spend time with her is my luxurious time.”
Romantic rhapsody.” label Intan pada lelaki itu.
“Nak rasa cepat-cepatlah kahwin. Aneff ni dah lama sangat membujang.” cadang Luqman pada wanita seksi sebelah kawan baiknya. Dia tak pernah tahu pun hubungan antara Intan dan Aneff selama ni.
“Luq…” tegas suara Aneff member amaran.
Luqman tergelak kecil. “Tak pernah cakap pun kau dah ada awek. Bukan calang-calang orang pula tu.”
“Jangan nak merepek Luq.” pintas Aneff.
Luqman geleng kepala. “Apa-apa jelah Aneff. Aku nak tolong Hannah. Selamat menjamu selera.”
Thanks Luq.” ucap Aneff. Intan pula sekadar senyum pada lelaki itu.
Most welcome.”
“Nah. Cheese cake with strawberry jam meleleh you.” Pinggan berisi kek keju ditolak ke depan Intan. Merah menyala jem strawberry atas kek keju Intan. Dua biji strawberi tutut permukaan kek tersebut. Mata Intan bersinar-sinar memandang kek yang terhidang. Intan ambil sebiji strawberi lalu digigit perlahan.
Heaven.”
Aneff tersenyum kecil memandang telatah Intan yang sedang menghayati keenakan strawberi tersebut. Keadaan kembali senyap apabila masing-masing menikmati kek yang terhidang. Sesekali mereka buka cerita pasal perniagaan masing-masing. Intan tidak akan lepas peluang untuk kembangkan perniagaannya dan berkongsi cerita tentang kerja bersama lelaki itu.



“I dah curi first kiss you. Sekarang you tak nak ajak I kahwin ke?” tanya Intan. Aneff di sebelah dipandang. Kaki disilang dengan cara mengoda. Mood nak usik hati Aneff tiba-tiba menerpa.
“Dah sampai kawasan perumahan you. Turunlah.”
Intan mencebik. kenapalah Aneff bawa kereta sport malam ni? Rasa laju aje kereta lelaki itu tiba kawasan kondo miliknya. “You’re not answering my question Mr. Aneff.” Lengan Aneff dipaut manja.
Aneff kawal riak wajahnya. Tangan Intan dialihkan dari terus menyentuh lengannya. Gadis itu dipandang atas bawah. “Siapa cakap you orang pertama?” tanya Aneff sarkastik.
“Maksud?”
“Ada orang yang dah curi first kiss I dan orang tu bukan you.”
“Siapa?” tanya Intan kasar. Ingatkan dia orang pertama yang curi ciuman pertama lelaki kering ni.
“Mama I. Maksudnya you dah kongsi ciuman dengan mama I.”
Euww… Tak hingin I kongsi ciuman dengan mama you.” Badan Intan terus dijauhkan. Dia tak sudi langsung nak berkongsi dengan perempuan yang rampas kebahagiannya dulu! Riak wajahnya masih lagi dikawal agar kelihatan manis di hadapan Aneff. Dia tidak mahu Aneff berjaya mengesan dendam yang selama ini disimpan rapi sebelum waktunya.
Aneff tersenyum senget. “Dah lewat ni. You turunlah.” arah Aneff.
“Tak nak bagi I goodnight kiss?” tanya Intan semula dengan senyuman meleretnya. Mula nak buat perangai mengoda dia tu lagi.
“Intan.” tegas suara Aneff menyebut nama gadis itu.
Fine. You ni boringlah. Usik sikit pun dah sentap macam tu… I nak turunlah ni. Bye.” ucap Intan. Pintu kereta dibuka. Perlahan kakinya dikeluarkan dari kereta Aneff. Dia berdiri sebelah kereta Aneff lantas member signal tangan agar lelaki itu pergi dahulu.
Cermin kereta penumpang hadapan diturunkan. “Hati-hati. Kaki you tu…” pesan Aneff sekali lagi.
Intan senyum mengangguk. “Roger that. Jangan risau. You pergi dulu baru I naik.” arah Intan manja. Sempat main mata lagi pada lelaki itu.
“Hidup. Hidup. Fake sungguh hidup kau ye Intan.” gumamnya sendirian. Kepala digeleng beberapa kali. Clucth bag mewah miliknya dibuka. Tangan menggagau ke dalam mencari kunci rumah.
Intan tersentap.
Kepala terus tunduk mencari kunci rumahnya. Damn! Tak bawak! Keluhan kasar dihembus. Kena kacau orang tengah berasmaradana tu jugak.
Maaf Kimi. Ampun Damia.
Iphone 6 dikeluarkan. Niat nak mencari nombor kawan baiknya dua orang itu terbantut. Double D! Damn! Damn! Intan mula mencarut dalam hati. Telefon mahal tapi tak bateri habis tak guna jugak wei!
“Apa punya tahap malanglah malam ni!” keluh Intan sambil mendongak ke langit.
Dengan badan melekit kena simbah air tadi. Kunci rumah lupa bawa. telefon habis bateri.
“Mohon terjun bangunan Intan. Mohon terjun!” bebel Intan sendirian sambil kaki melangkah keluar pagar kawasan kondominium mewah tersebut. Mujurlah ada 7 Eleven yang beroperasi 24 jam berdekatan dengan kawasan tu. Sekurangnya perut yang masih lapar ni boleh diisi dengan Magie cup panas dengan harapan agar pekerja kedai tu sudi benarkan dia pinjamkan telefon sekejap.



“Duh! Dating tak ingat dunia ke budak berdua ni!” bebel Intan. Nombor Hakimi sekali lagi didail. Budak pekerja 7Eleven tu dah hampir sepuluh kali jeling Intan yang menekan-nekan telefon milik budak tu.
Intan mengeluh. “Nah dik.” dia serah semula telefon budak itu pada tuannya. Fed up Intan nak dail nombor Kimi dan Damia lagi. Dia beralih ke meja panjang menghadap cermin ke luar kedai. Dia ambil tempat tepat depan maggi cup yang dibiarkan sementara mendail nombor dua teman karibnya tadi.
Maggi cup yang sudah berisi air dibuka semula. Berasap-asap! cukup menaikkan  selera perut yang memang sedia ada kebulur. Slurppp… Sekali masuk dalam mulut Intan.
“Sedapnya…”
Kaki disilang atas kerusi tinggi tu. Intan menunduk sambil menikmati mi segera yang masih panas tu. Kepala mula fikir cara untuk lelapkan mata malam ni. Sedar tak sedar kini Intan makan maggi cup yang ketiga sambil membuang masa mengenangkan nasib nak tidur malam ni.
Dua gelas kopi segera dan air mineral pun dia dah bantai masuk dalam perut supaya tak mengantuk. Dengan pakaian tak cukup kain macam ni silap hari bulan kalau tertidur tak pasal dia bangun tempat lain pula! Sebagai langkah berjaga-jaga baik dia jangan tidur malam ni.
“Oh mak! Bertahanlah engkau mata.” kepala disebab atas meja. Mengantuk! Kepala tengah high. Sikit masa lagi confirm sampai ke bulan.
“Intan.”
Intan pandang tepi. Mata yang sedia kuyu dipaksa untuk memandang lelaki menyebut namanya.
“You buat apa dekat sini?”
Intan geleng kepala. “I pun tak tahu macam mana I boleh berada di sini.” Kepala direbah atas meja.
“You okay tak ni?” Aneff tarik kerusi dan duduk sebelah Intan.
“You bukan dah balik ke tadi?” tanya Intan dengan mata yang mula terpejam.
“I singgah rumah member tadi. You okay tak ni?” Mata menjeling atas makanan-makanan segera atas meja.
“I lupa bawa kunci rumah. Telefon pula habis bateri.”
“Rumah family you dekat mana? Biar I hantar you pulang.”
Mendengar ayat itu buat hati Intan terasa sakit. Badan ditegak kemudian dia mengeluh seketika. “I anak yatim. I have no family.” jawab Intan sambil tersenyum lebar memandang lelaki sebelahnya.
Oh sorry. I tak tahu.”
It’s okay.” Intan tersenyum lebar. Mengawal segala rasa yang menjalar dalam hatinya.
“You nak I hantar you ke mana? Kesian tengok you…”
“Macam GRO terlepas?” Intan tergelak kecil selepas menyambung ayat lelaki itu.
“Intan.”
“I gurau ajelah. Hantar I dekat mana-mana hotel.”
“Mari I bantu you.” Beg Intan diambil. Lengan gadis itu dipaut bagi membantu Intan yang berdiri. Niat nak singgah sekejap ke 7 Eleven untuk beli minuman tin tadi terbengkalai. Rasa diri memang patut tolong Intan sekarang ni. Tengok keadaan Intan sekarang ni pun cukup buat hatinya gusar. Kalau dibiarkan tak pasal sesuatu buruk berlaku pada gadis seksi terlebih ni.
“I selalu gembira sebab hidup tanpa ibu bapa yang kawal hidup I. For once, I really want to hear my mom nagging at me. Membebel tengok keadaan anak dia yang tak serupa orang sekarang ni.” ucap Intan perlahan. Air mata tiba-tiba mengalir rindukan arwah mama yang telah lama meninggalkan dirinya.
“Intan…”
Langkah mereka berdua terhenti depan pintu kedai itu.
Pelukan pada lengan Aneff dieratkan. “Sssshh… just listen…” ucapnya. sambil merapatkan mukanya ke dada Aneff.
I miss her…” ucap Intan perlahan.
Kepala Intan diusap. Buat pertama kalinya dia biar perempuan mahram peluk dirinya.  Dup dap jadinya. Dada Aneff bagai nak terkeluar dari kedudukan asalnya. Laju saja mengepam! Dia nak tolak tapi rasa kesian pada Intan yang tengah bersedih tu.
Intan angkat kepala. Kimi dipandang seketika. Dia tiba-tiba tersenyum lucu. “You berdebar ke I peluk you?” Sisa air mata ditubir mata dikesat. Tubuhnya dijarak sedikit dari Aneff walaupun pautan pada lengan lelaki itu masih lagi kemas.
Malu! Tapi Aneff tetap tayang muka kejung dia tu. Mana boleh  kalah! “Dah habis menangis?”
“Dah habis berdebar?”
“You nak I tinggalkan you dekat sini?” Hah! Tu dia… balasan sedas dari Aneff. Geram pula bila dipermainkan oleh Intan.
“Mulut tu nak I cium lagi?” Intan pun masih tak nak mengaku kalah. Kening diangkat tanda kemenangan.
Berubah rona wajah Aneff. Dia mendengus bila kalah berkata-kata. “Jom masuk kereta.” Lengan Intan diheret masuk dalam kereta. Laju tanpa pedulikan kaki gadis itu yang masih sakit. Intan yang menjerit-jerit suruh Aneff kecilkan langkah langsung tidak dipeduli!
Its going to be a long night Aneff! Keluh hatinya sambil mengerling si gedik yang sudah terlentok dibahunya. Kenapalah kau rela hati nak tolong dia ni! Jemari tangan kanan mula mengurut kepala yang pening dengan sikap diri sendiri.



“I nak view Twin Tower.”
Make it two.”
Intan yang sedang bercakap dengan reception menoleh lelaki sebelahnya.

“Bagi dua bilik. Hadap Twin Tower.” beritahu Aneff pada budak perempuan yang berpakaian kemas dengan tag nama Jessica. Hotel Mandarin Oriental menjadi tempat mereka berdua untuk lelapkan mata malam ni.
“You tak nak balik rumah?” tanya Intan.
“I tak larat nak drive balik.”
“You duduk dulu. Biar I tolong register.” Sebagai balasan Aneff bantu dia hari ni. Biar dia tolong sesi pendaftaran untuk Aneff pula. Bukannya susah mana pun.
Aneff mengangguk. Rambut dikuak ke belakang. “Thanks.”
Badan Intan dikalih semula untuk buat pendaftaran untuk mereka berdua semula sementara Aneff berehat di sofa berdekatan. Usai pendaftaran, Intan mendekati Aneff yang sedang mengurut kepala tu.
“You okay tak?”
“Sakit kepala sikit.”
Stay. Biar I urut kejap.”
Intan duduk tepi sofa bersebelahan dengan Aneff. Kepala lelaki itu diurut perlahan-lahan sambil cuci mata memandang figura kacak depannya. Sebenarnya Intan sedikit segar sebab puas tidur dalam kereta Aneff tadi. Mata terus terlelap sebaik saja kepala landing di bahu lelaki itu.
Kacak.Intan teliti satu persatu. Iras wajah perempuan itu terbias pada wajah Aneff. Dia mengeluh sedikit. “Kalaulah…” ucapnya perlahan. Tangan masih lincah mengurut kepala Aneff yang sedang lelapkan mata tu.
“Kalau apa?” tanya Aneff tiba-tiba dengan mata yang terbuka.
Langkah Intan terhenti. Aneff dipandang lama. “Nothing. You dah okay sikitkan? I nak masuk bilik dah.” Dia berdiri semula.
“Kalau apa Intan?”
Intan hembus nafas. Lelaki yang sedang menanti jawapan darinya dipandang dengan muka tiada perasaan. Dia melangkah semula mendekati Aneff. Badan dibongkok menghadap lelaki itu dengan tangan menahan belakang sofa. Intan dekatkan lagi mukanya dengan wajah Aneff yang sedang memandangnya. “I sure you akan menyesal kalau nak dengar juga so yeah… better not. Goodnight mommy’s big boy…” bisiknya manja ke telinga lelaki itu.
Cupp. Satu ciuman selamat malam singgah dipipi Aneff.
“You!”
My goodnight kiss.” ucap Intan. Dia tersenyum memandang lelaki itu semula. Manja gaya Intan mengerdip mata sebelum tinggalkan Aneff untuk masuk ke biliknya.
“Kalaulah you bukan anak perempuan tu Aneff. Kalaulah…” gumam Intan sendirian sambil melangkah penuh yakin ke arah lift. Satu senyuman sinis terlakar.

Welcome back Intan! Selamat datang ke realiti hidup kau semula. Taniah kerana mampu sedar semula.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Sunday, March 22, 2015

DIARI : novel over textbooks



Assalamualaikkum & greetings,

Its weekEND babes, masa untuk releks walaupun kerja banyak. daa~ kerja tak pernah nak siap katenye..  Chill out. Novel over segala buku teks yang ada atas meja.

Memandangkan Home Alone sangat dihujung minggu ni. Buka lappy. Pasang lagu kuat2 makan mi sedap goreng kruk kruk walaupun pagi tadi dah belasah char kuey teow dekat pasar minggu belakang giant stadium shah alam tu.

Novel Cinta Si Gadis Dobi dah habis waktu dalam bas tadi. Balik sampai kolej dengan azam nak buat kerja. lepas tu krik krik kejap depan laptop sambil tenung buku tu. Lepas tu buka almari. sambar novel Dia...Random Guy.

Psst~~ Tadi dekat giant tengah usha blanket sebab mak kirim lepas tu nampak dua orang mamat handsome tengah pilih jugak. bajet body mcm cover novel Dia... Random guy tu. lol. tapi time tu tak pakai spec la so tahap kehandsomeman nya tu tak berapa nak jelas sangat. Plus sebab jalan sorang dalam giant tadi so tak berani nak angkat kepala sangat tengok orang. Faz pun tengok sipi-sipi ajelah. Member nak cuci mata pun tiada sebab faz jalan seorang2 aje tadi.


Sebenarnya pelik jugaklah. Faz ramai cousin lelaki. Tak pernah pula budak2 tu nak pergi beli blanket sendiri, selalunya mesti mak yang pergi belikan. Yang ni kira rare la sebab jarang nampak lelaki gi beli blanket tanpa mak walaupun nampak macam lelaki2 tadi tu dua kali lima jugak. Lost nak pilih blanket.

 Then masa tunggu bas tu tetiba terfikir cerita nak buat pasal lelaki tadi tu. Nanti rajin faz taip cerita tu kay... heee~


layan novel jap. malam baru berjaga buat kerja. lalala~



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Wednesday, March 4, 2015

Novel : Secebis Cinta Intan bab 6



Walaupun tanpa Hakimi, Intan cekalkan hati untuk menghadiri majlis perasmian butik Datin Manisah. Satu keluhan kecil dihembus, walaupun bertahun menceburi bidang perniagaan. Intan masih belum mampu berinteraksi dengan orang-orang kenamaan seperti Hakimi. Lagipun dia tidak banyak kenalan di Malaysia. Syarikat Intan terkenal tapi tuan punya syarikat sampai sekarang tidak ramai yang tahu.
Mata Intan melilau, mencari sesiapa yang mengenali dirinya. Sekurangnya boleh juga bertukar cerita. Senyuman gatal dan pandangan miang padanya langsung tidak dipedulikan. Mood pun dah immune dengan pandangan bernafsu padanya. Sejak kali mula melangkah masuk dewan lagi Intan sudah menarik perhatian semua orang yang lalu dengannya.
Bagi Intan dia terlalu mahal untuk melayan semua orang. Dia sekadar menyapa Datin Manisah dan mengucap taniah pada wanita itu selepas itu dia sekadar berdiam diri di tepi dewan sambil memerhati keliling mencari targetnya.

Satu senyuman mengoda dihadiahkan untuk lelaki yang sedang berjalan sambil memeluk pinggang pasangannya. Lelaki itu nyata tersentak dengan kehadiran Intan. Pandangan mereka bertaut, gadis yang masih dalam pelukan itu kini tidak menarik perhatiannya. Intan tidak habis-habis memainkan peranan sebagai seorang gadis cantik dan seksi, satu kenyitan mata sepakej dengan senyuman manisnya ditujukan khas buat Adif.
Kalau tak tergoda lagi sahlah si Adif ni buta!
Laju Adif meminta ruang seketika dengan alasan hendak ke tandas pada teman wanitanya. Lagipun Erni sedang sibuk mempromosikan baju yang sedang diperaganya pada klien mamanya.
“Cik Intan?”
Intan senyum mengangguk. “Long time no see...
I miss you.” Ucap Adif tiba-tiba. Pinggang ramping Intan terus dipaut merapatkan tubuh mereka berdua tanpa meminta kebenaran si tuan punya badan.
Sebelah kening Intan naik. Senyuman gembira ditahan. Jual mahal dulu! Tapak tangan diletak atas dada Adif bagi menolak lembut tubuh sasa lelaki itu. “Jangan nak bergurau Encik Adif. I tunggu you contact I. Tapi sekali pun takde...” rajuk Intan dengan wajah menunduk.
Serba salah Adif memandang si cantik yang sedang berkecil hati dengannya. “Oh my dear, kad you tercicir. I dah puas cari tapi tak jumpa jugak. Nak hubungi you pulak tak dapat sebab you selalu saja sibuk memanjang. Kena lalu banyak fasa nak tembus you. Padahal I dah angau you setiap malam...”
Dada Adif dipukul manja. “Sweet talker. Setiap malam ye?” tutur Intan dengan lirikan manja.
Adif tergelak kecil. “You maafkan I?” tanya Adif romantis. Sekali lagi dia kalah dengan wajah cantik Intan. Memang setiap malam dia sukar melupakan Intan, sudahlah dia payah nak buat temu janji dengan Intan. Nak cari gadis itu pun susah! Orang ternamalah katakan. Bukan senang nak dekat.
Intan senyum dan angguk sekali. Mata membalas pandangan Adif. Tanpa sedar keduanya hanyut dengan ciuman dari bibir ke bibir. Terlupa majlis yang sedang berlangsung, terleka dengan pasangan Adif tadi. Seperti pertama kali mereka bertemu dulu, dunia pasti hanya menjadi milik mereka. Adif pandai mengoda dan Inta yang sangat suka mengoda.
“I dah puji yang you sangat cantik malam ni?” soal Adif romantis.
Intan tersenyum mengeleng kepala. Ah! Adif. Walaupun tidak mengetarkan jiwanya namun lelaki itu pandai mengocak hati wanita Intan. Kacak, kaya, romantis dan yang penting lelaki itu sangat memahami rentaknya.
You look so beautiful. I tadi terpesona tengok you and this sexy lips. Can’t take it.” Puji Adif melambung dan sekali lagi bibir Intan menjadi sasarannya. Hati mana tidak riang dapat berjumpa dengan Intan yang berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama bertembung. Wajah Intan memang sangat memikat hatinya walaupun baru sekali bersua. Melekat sampai susah nak singkirkan dari ingatannya.
Intan tersenyum riang. Dia keluarkan kad dari clucth miliknya selepas berdrama seketika. “Make sure you won’t lose it again...” kad dihulurkan pada Adif.
Noted!” Adif siap-siap letak kad masuk ke dalam dompetnya.
Enjoy tak malam ni?” pinggang Intan dipaut. Gadis itu kini duduk atas ribanya.
At first sangat boring. Tapi jumpa you. Sekali lagi I tak sia-sia datang sini.”
“Tak nak bida baju you?” tanya Adib memandangkan sekejap lagi sesi bidaan baju akan bermula.
“Atas pentas?”
Adib mengangguk. Pasti ramai yang akan membeli baju yang diperagakan oleh Intan. Tapi yang Adib pasti ramai akan membelikan kerana terpesona dengan tuan punya baju berbanding baju yang dibida!
Tersenyum sinis Intan dengan pelawaan lelaki itu. Belum sempat mulut menjawab bahunya tiba ditolak kuat dan muka Intan habis basah disimbah air oren. “What the...” Intan mengesat muka yang mula melekit dengan air oren. Pedih matanya apabila terkena air tadi. Sungguhlah siapa yang cari maut dengan Intan sekarang.
“Erni!” tengking Adif pada teman wanitanya.
“You diam Adif! Siapa perempuan ni? berani dia duduk atas riba you!” tengking Erni. Model yang menjadi tumpuan atas pentas tadi kini bertukar serigala jadian. Berang bila terlihat Adif bercumbuan dengan perempuan lain!
Intan berdiri tegak. Gadis yang simbah air ke mukanya cuba dikecam. Gigi Intan berlaga menahan marah. Malu pun ada apabila tiba-tiba saja apabila keadaan menjadi senyap dan mereka bertiga menjadi tumpuan.
“You siapa?” tanya Intan kegeraman. Mata pandang ke bawah sedikit memandangkan gadis itu rendah darinya.
“Hei perempuan sial! Kau tu yang siapa?” bahu Intan ditolak hingga gadis itu terundur dibelakang.
“Erni! Stop it. You tak malu ke?” marah Adif. Dia pun ikut berdiri memegang belakang Intan yang nyaris terjatuh.
Intan mendengus. Adif dipandang tajam. “Your girl?” tanyanya pada lelaki itu.
I’m sorry Intan.” Pinta Adif tanpa menghiraukan muka berang model depannya. Yang penting ialah Intan sekarang ni. Bukan senang nak dapat wanita sehebat Intan. Tangan gadis itu diraih bagi memujuk Intan.
“Adif!” jerkah gadis itu kuat bila Adif langsung tidak ambil peduli tentangnya. Angin bila Intan menjadi perhatian lelaki itu darinya.
Tangan Intan direntap dari terus dipegang oleh Adif. “No Mr. Adif. You settle perempuan ni sebelum I ambil tindakan. I nak balik. And you girl... lain kali pastikan akal dan perangai tu selaras. You tak tahu lagi apa yang I boleh buat.” tutur Intan. Tegas dan jelas.
Ketika Adif cuba menarik tangan Intan. Sekali lagi Intan mencerlung pada lelaki itu. Nafas dihela. “Lepaskan I kalau you masih nak tengok I.” arah Intan lagi bernada tegas. Bila pegangan ditangannya dilepaskan. Intan terus buka langkah meninggalkan pasangan itu. Buat malu betul! Dia mendengus kuat.
“Cik Intan...” Halang Datin Manisah yang datang dari ceruk mana mendekati Intan, Erni dan Adif. Riak wajahnya nyata terkejut dengan muka Intan yang sudah basah. Cukup tadi dia dikejutkan anaknya buat hal di majlis. Tidak cukup tanah dia melangkah untuk meredakan keadaan. Sekarang salah seorang pelaburnya habis basah disimbah air.
“Datin. Jumlah yang I laburkan pada jenama you bukan sedikit. Lain kali tolong cari model yang professional dan reti nak guna otak. I balik dulu. Jangan harap muka saja lawa!” marah Intan lalu berjalan tinggalkan ruangan dewan. Intan boleh saja buat kerja gila nak malukan gadis itu depan-depan tapi itu bukan caranya. Dan yang pastinya Intan akan buat gadis itu menyesal memalukan pengerusi Permata Holdings!
Kepala Intan menoleh belakang. Bila pastikan tiada yang mengikut dirinya, dia perlahankan langkah. “Perempuan gila!” cemuhnya. Muka yang tenang tadi kini bertukar keruh. Gila sakit kaki yang baru saja beransur pulih. Nasib tidak jatuh terjelepok bila ditolak kuat oleh model tadi.
Intan mendengus kuat. Dia duduk atas tembok kecil pada air pancutan tepi lobi. Mujur lobi agak lenggang sebab bidaan baju akan bermula sekejap saja lagi. Kasut tumit tinggi dibuka kasar. Dia tunduk mengurut kaki yang sakit. terseliuh sedikit bila gadis tadi menolaknya.
“Tak padan dengan pendek, kuat pula dia tolak aku.” Bebel Intan lagi sambil mengurut lembut kakinya. Dengan muka melekit macam ni. buat malu aje! Panas hati Intan kenangkan perempuan tidak cukup neurone di kepala tu. Bengang!
“Hai.”
Intan pangguk kepala. Bibir diketap. Beberapa saat dia menunduk semula mengurut kaknya semula. Lelaki yang sudah melutut depannya dibiarkan. Panas dalam hati belum surut sekarang seorang lagi penyangak datang menganggu.
“Sakit?” tanya Adif padannya.
“Tak sedap.” Jawab Intan sarkastik. Tadi si adik, sekarang abang lagi muncul secara tiba-tiba kemudian tanya soalan terlebih pintar. Dah nampak dia tengah urut kaki tu mestilah sakit takkan dia buat tebiat buat rawatan mengurut dalam lobi ni. Apa kelas!
Ketika Aneff hendak menyentuh kaki Intan. gadis itu cepat saja menjauhkan dari Aneff. Nak bagi Aneff urutkan kakinya pun tak guna. Bukannya boleh terus baik pun. Tambah pula  memang sikap Intan tidak suka nampak lemah depan orang. Bukan main beriya lagi berjalan keluar seperti tidak rasa apa-apa tadi, tup-tup si Aneff ni jugak yang nampak dia dalam keadaan lemah. Musuh pula tu!
 “Tak apalah. Tak sakit mana pun. You datang majlis tadi?” tanya Intan pada Aneff.
Angguk.
Intan mengeluh. Jatuh merundum sahamnya depan Aneff. “Nampak apa yang jadi tadi?” tanya Intan lagi bagi memastikan tekaannya.
Angguk.
“Cukup dari you main mata dengan lelaki tu, kena tolak dan maki oleh anak datin tu sampai duduk di sini mengurut kaki. ”
Intan jeling tajam. Maksudnya dari awal lagi tingkahnya sudah diperhati. “Perempuan tu anak mak datin tu ke?”
Lelaki itu mengangguk. “Dan juga girlfriend Adif.”
Cheese cake!” marah Intan. Dia pun baru teringat kata Hakimi bahawa Adif datang ke majlis itu sebagai pasangan anak datin Manisah. Huh! Dia tersilap langkah. Langkah ke arah memalukan diri sendiri pula tu.
“I belanja. Jom!”
“Belanja apa?” tanya Intan terpinga-pinga. Lupa pula dengan mamat depannya sekarang ni. Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba belanja orang. Bagi ayat sekerat-sekerat!
“Belanja cheese cake la.” ujar Aneff dengan senyuman mengejek. Saja nak usik Intan yang tengah berangin tu. Dia berdiri. Penat melutut kononnya nak tengok kaki gadis itu. Tapi haraplah Intan nak nampak lemah dari orang lain. Perangai Intan yang satu tu dia sudah faham walaupun hanya dua kali berjumpa dengan Intan.
Fine. Cheese cake pun jadilah. I tengah lapar. Buat lawak pulak dia. Papah I. Tak larat nak jalan.” Pinta Intan.
Ego memang kena jaga, tapi sekarang kiranya lelaki ni savior dia jugaklah. Harus minta tolong Aneff kali ni memandangkan Intan tidak mahu kacau date Hakimi dan Damia malam ni. Cukuplah Hakimi singgah menghantarnya tadi. Konon balik nanti Kimi akan jemput, tapi gayanya macam ada pemamdu tidak bertauliah malam ni. Biarlah dia ambil peluang dekat dengan yang seorang ni pulak.
“Dukung you pun pernah. Setakat papah jangan risau. I masih boleh tolong. Ke nak kena dukung lagi? ” tanyanya sambil tayang muka poyo.
Intan menjeling tajam. Tangan mula pakai kasut tumit tingginya semula.
“Tak payahlah sampai dukung bagai. Tak pasal I yang heret you check in kejap lagi.” Perli Intan dengan mata mengoda. Mood nak cucuk hati lelaki ini tidak pernah padam!
Aneff tersenyum sinis. “I takkan tergoda punya. No worries. Jom makan malam. I lapar. Tengok drama tadi tapi popcorn tiada dihidang pulak. Buat rugi perut je.” Balasnya sedas juga.
Tajam lirikan mata Intan. Berlagak!
Kalau bukan kenangkan perut pun tengah lapar merangkap tiada pemandu untuk hantar dia pulang, Intan memang tiada mood nak hadap sesiapa sekarang ni. Makan kek keju sekadar alasan nak ambil kesempatan pada lelaki tu. Lagipun makan kek saja mana kenyang. Tapi nak kena jaga air muka dia yang cantik lagi bergaya. Selebihnya perut boleh isi dengan stok makanan di rumah.
Pasal perempuan yang serang dia tadi. Patutlah dengki semacam. Satu sebab Intan curi perhatian semua tetamu, tapi perempuan tadi model utama peragaan tadi. Harus cemburu! Kedua, bukan sekadar tumpuan tetamu. Malah Intan berjaya curi partner gadis tadi untuk buat drama babak sekejap sebelum kena serang. Yang tu wajib naik angin.
Tapi ini Intan. Tenang itu haru ada. Tapi tunggu esok. Surat saman malu sampai!
“You nak makan kek cheese yang macam mana? Ke bawa pergi makan mana-mana je.” tanya  Aneff sambil berjalan sambil memapah Intan jalan ke keretanya.

“Kalau boleh request I nak  dengan jem strawberry merah menyala meleleh. Yummy!” beritahu Intan tersengih. Dah alang-alang disoal, dia jawablah. Kalau tak jawab kan niaya kempunan sendiri.
“Strawberry merah menyala huh? Hah padan sangatlah dengan you.”
“Maksud?”
“You kan suka pakai lipstik merah menyala. Macam yang you pakai sekarang ni. Padanlah lelaki-lelaki dekat majlis tadi tu tak tengok you dua tiga kali tak cukup... mengoda. Sesuai sangat dengan jem strawberi yang selalu mengoda mata orang untuk tarik perhatian agar makan cheese cake yang tak sedap mana pun tu.”
Merah muka Intan. “Suka hati dia saja perli orang.”
“Muka you pun dah terlebih merah macam jem strawberi. Yum..” sindir Aneff lagi tersenyum pada gadis sebelahnya. Semakin galak pula nak usik Intan. Rasa diri seperti kenal bertahun dengan gadis itu. Walaupun baru beberapa kali bertemu.
“Diamlah!” jeling Intan tajam.
Cheese cake punya lelaki. Adakah patut samakan aku dengan jem strawberi?!
“I nak pergi basuh muka kejap. You tunggu sini?”
“Larat ke jalan?” tanya Aneff prihatin.
Intan pandang kakinya sendiri. “Larat kut.” Jawabnya tidak yakin.
“Tak apa. biar I papah you sampai luar tandas.”
Intan angguk. Mengalah. Dia patut letak rasional di hadapan sekarang ni, ego dan marah letak tepi dulu. Lengan Intang dipapah sambil berjalan ke arah tandas yang tersedia di kawasan lobi hotel.
“Kenapa you tak balas balik tadi? I rasa you boleh balas lagi teruk.”
“Depan orang ramai macam tu? Please…bukan cara I nak dapatkan publisiti murahan macam tu.”
“Baik juga you nak biarkan macam tu? Dah teruk basah melekit macam ni pun you boleh sabar lagi.”
Intan tersenyum sinis. Wajah Aneff yang dekat dengannya dipandang. “Setakat benda ni, perkara kecil aje bagi I. Lagipun kalau I nak balas balik. I guna cara I sendiri dan cara tu pasti budak perempuan tadi menyesal tak sudah.”
Kening Aneff saja diangkat. “You jenis berdendam?”
“I lebih suka dengar kalau you label I ni seorang yang tak mahu nampak lemah di mata orang lain... You jangan fikir lain pulak. Setakat kena simbah air tu, takdenya I nak bunuh dia dan buang dalam lombong walaupun terfikir juga nak buat macam tu tadi.”
Aneff tergelak kecil. Dapat bayangkan Intan dengan muka menakutkan buang model tadi ke dalam lombong.
Dada bidang Aneff dipukul kuat. “Hei you ni. Ingat I kejam sangat ke? I rogol you dekat sini baru you tahu I ni kejam ke tak. I ni dahla tengah lapar. Silap hari bulan I telan you hidup-hidup.” Berangin pula bila Aneff tidak habis-habis pancing rasa marahnya.
 “You berani ke rogol I?” tanya Aneff balik dengan nada mengejek. Ugutan Intan langsung tidak menjentik rasa takut Aneff. Silap hari bulan dia yang rogol Intan pulak nanti. Sungguhlah malam ni dia rasa terhibur dengan telatah Intan. Hurm… tidaklah rugi sangat datang majlis hari ni.
“Hish! Malas nak layan orang tak betul ni. Tunggu I situ.” Bebel Intan. Pegangan tangan lelaki itu dilepaskan, perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam tandas tinggalkan Aneff di luar.
“You hati-hati sikit jalan tu. You kata lapar. Cukup cuci muka tu, tak payah nak touch up.” Pesan Aneff. Ikut penilaiannya, Intan tu spesis pantang masuk tandas pasti setengah jam melekat depan cermin betulkan mekap. Habis kebulur dia menunggu nanti.
“Iyelah. I tahu. You ni kuat membebel macam mak nenek.” Bising suara Intan bergema dalam tandas. Dia pun jugak pasal tu. Tapak tangan menadah pili air yang dibuka, beberapa kali Intan cuci muka yang sudah melekit, solekan yang masih melekat dibersihkan guna makeup remover. Esok memang kena suruh setiausahanya aturkan temujanji di spa untuk dapatkan rawatan pencegahan, muka Intan aset penting. Sebiji jerawat pun tidak boleh timbul dengan gahnya!
Intan menyentuh pipi yang sudah bersih tanpa sebarang make up. “Agaknya apa si sepet tu nak cakap tengok muka aku tanpa makeup. Menyesal pula tak bawa foundation atau compact powder tadi.” Bebelnya sambil menilik wajah depan cermin.
“Intan! you dah ke?” jerit Aneff dari luar tandas.
“Dah. Dah. Hish dia ni. Tak menyempat.”
Intan keluar dengan wajah yang segar tanpa sebarang solekan. Bibir terlakar senyuman, niat nak kejutkan Aneff yang sedang membelakangkan dirinya. berjengket-jengket kaki Intan melangkah.
“Auuucha…Arghhh!!” jerit Intan kuat. Kakinya terundur ke belakang. Terkejut dengan sergahan tiba-tiba dari Aneff. Baru saja dia nak sentuh bahu Aneff kejutkan lelaki itu. Tapi Aneff terlebih dahulu berpaling menjerit kuat mengejutnya. Kurang asam!
Aneff tertawa bila Intan sendiri yang terkejut.
“You!” bentak Intan kuat. Hish! Tangan disilang tanda protes.
Aneff yang baru perasan muka Intan tanpa sebarang mekap itu tiba-tiba terdiam. “You dah cantik tanpa mekap. Kenapa suka sangat mekap macam badut tu?” pujinya sambil menilik wajah Intan tanpa sebarang solekan dan bibir merah menyala seperti biasa.
Intan mencebik. Langsung tidak terkesan dengan pujian Aneff yang berbaur sindiran itu.
“You jangan nak buat lawak. Dahlah! I tengah lapar ni. Jom pergi makan.” Lengan Aneff diraih. Tanpa kebenaran Aneff Intan terus paut dan peluk lengan lelaki itu.
Aneff geleng kepala. Nak elak tangannya dari Intan tapi tengah sakit kaki. “Pandai betul you ambil kesempatan dengan I.” katanya sambil berjalan beriringan dengan gadis itu.
Tergelak kecil Intan dengan rungutan Aneff. Kepala hinggap dibahu lelaki itu. “Hidup kena pandai cari kesempatan yang ada.” Jawabnya manja.
Kepala Intan yang mendarat dibahu Aneff ditolak guna jari telunjuknya. “I tak lut setakat macam perempuan macam you. Tak payah nak goda sangat.”
“You nikan. Tak reti nak menghargai betul.”
Aneff tayang muka smirk lelaki itu. “Setakat macam tu. Tak payah nak hargai sangat pun tak rugi pun.” balasnya. Intan dibawa ke pintu penumpang hadapan untuk masukkan gadis itu ke dalam keretanya. Setelah pasti kedudukan gadis itu selesa barulah dia beralih di kerusi pemandu.
“Kita nak makan kek dekat mana? Sedap tak?” tanya Intan pada Aneff yang sedang pakai tali pinggang keledar sebelahnya.
“Kafe kawan I. Kafe biasa aje. You jangan risau. Kek dia memang tip top walaupun bukan tempat makan high class…”
Intan mencebik dengan sindiran Aneff. Dia tanya lain, Aneff jawab lain! Saja cari pasal dengan Intan. Warung mak kesayangannya pun menjadi tempat makan paling sedap. Setakat kafe tu ingat Intan teruk sangat ke tak nak jejak ke kafe. “Perlukah nak sindir macam tu sekali?”
Aneff jongket bahu. Tidak perlu nak jawab soalan Intan. sendiri mahu tahulah. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya! Kereta mula meluncur menyelusuri jalan raya menghala ke kafe kegemarannya.
Tangan di silang ke bahu. Intan turut senyap sekali. Kalau dia buka mulut pasti Aneff bagi ayat pedas tak ingat dunia dia tu. Huh! Hati masih geram dengan kejadian di hotel tadi, sekarang Aneff pula asyik pancing rasa marahnya dengan kata-kata penuh maksud tersirat yang selalu buat Intan rasa terkena batang hidung mancungnya sendiri!
Mata Intan sempat melilau ke luar kereta. Kalau Aneff bawa dia lari ke ceruk mana pun senang nak terangkan keadaan sekelilingnya pada Kimi nanti. Dia dah sedia nak tekan nombor Kimi jika Aneff buat benda tidak betul dengannya. Huh! Jauh Intan fikir. Siap tengah refresh otak nak ingatkan teknik mempertahankan diri yang dia pernah belajar dulu.

Rasa berdebar pula dada Intan fikirkan hala tuju kereta yang dipandu oleh Aneff.

cari gambar strawberry cheesecake tu tak pasal terliur faz.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!