Laila membaca checklist pada planner yang terbuka. Enggan terlepas satu pun perkara walaupun
benda kecil.
Laila berpaling ketika
namanya diseru. Qais yang datang mendekatinya dipandang. Lelaki itu kacak
mengenakan sut serba putih sempena tema majlis malam ini.
“Semua okay?”
Laila mengangguk.
“Alhamdulillah. Semua ikut apa yang dirancang.”
“Good I tak nak ada sebarang cacat cela dalam majlis ni.” Qais
sebenarnya tiada masalah dengan cara kerja Laila. Dia kenal Laila lama dan dia
tahu Laila teliti dan terperinci dalam setiap kerjanya. Sekadar menyoal untuk
puaskan hati saja.
“Noted that.” balas Laila.
Qais menghemparkan
pandangan ke seluruh dewan. Putih krim dihiasi dengan berlian dan lilin
menampak elemen elegant untuk majlis makan malam ini. “Good. Malam ni you salah seorang tetamu. Jangan lupa.” Nanti tak
pasal mamanya bising pula biarkan anak angkat dia berkerja untuk majlis makan
malam ni.
Laila mengeluh kecil.
“Tapi…”
“Tiada tapi-tapi… Kita
dah bincang pasal benda ni. You bukan event
manager untuk malam ni. Cukup sekadar program
manager. You kena percaya orang lain macam mama percayakan you. Faham?”
tegas suara Qais bersuara. Kalau tidak ditegah pasti Laila berdegil nak jadi event manager untuk majlis ulang tahun
perkahwinan mama dan papa ni.
Laila mengangguk. Akur
dengan arahan yang diberi.
“Lepas ni I tak nak you
pegang buku planner tu. Simpan atau I buang.”
Bibir diketap menahan
geram. “I simpan kejap lagi. I nak buat final
check dulu.” akurnya. Laila tahu ketegasannya tidak dapat lawan ketegasan
yang dimiliki oleh Qais.
“Lepas tu jumpa I di
lobi kejap lagi. Kita tunggu mama dan papa datang.” Qais bersuara lagi.
Laila sekali lagi
mengangguk.
Qais beredar
meninggalkan Laila untuk bekerja dan untuk pastikan majlis malam ini berjalan
dengan lancar. Dia tidak boleh halang Laila buat kerja yang satu tu. Qais pun
bukanlah rapat sangat dengan Laila walaupun mereka serumah. Laila tu pekerja
kepercayaan mamanya. Mamanya dulu seorang usahawan yang buka syarikat event management.
Mama yang hantar Laila
sambung belajar ke luar negara dalam bidang ni memandangkan Laila juga
mempunyai minat yang sama. Balik dari belajar, Laila tinggal bersama mereka dan
kerja dengan mama.
Tapi sejak empat tahun
lepas, syarikat tersebut ditugaskan kepada Laila seratus peratus untuk jaga
syarikan memandangkan Laila pun sudah lama bekerja dengan mamanya. Sejak lepas
SPM lagi sebab tu mamanya percayakan Laila dan ambil Laila sebagai anak angkat
sejak bapa Laila meninggal dunia.
“Cik Laila panggil saya?” panggil Fin.
Sekali lagi Laila angkat
kepala dari terus membaca checklist
yang tertulis dalam planner miliknya. Kepala diangguk. Sebelum Qais datang
tadi. Dia memang ada memesang orang carikan Fin untuknya.
“Kejap lagi Datin dan
Datuk akan sampai. Pastikan tiada Sesuatu yang tinggal. Ingat tugas awak
sebagai EM. Kalau ada sesuatu yang awak tak pasti. Terus cari saya.” arah
Laila.
Fin mengangguk.
Berdebar sebenarnya. Takut sesuatu akan berlaku walaupun dia pernah juga diberi
kepercayaan mengendalikan program besar. Cuma kali ni dia kena jaga majlis
ulang tahun perkahwinan bos sendiri.
“All the best. Pastikan awak nampak semuanya.” pesan Laila lagi.
“Baik Cik.”
“I nak ke lobi. Kejap
lagi VIP kita akan sampai. Bagitahu semua all the best untuk malam ni. Planner ni awak pegang.” Planner miliknya diserahkan kepada Fin
yang akan bertugas sebagai event manager
pada malam ini.
“Terima kasih Cik.”
ucap Fin. Walaupun Cik Laila seorang yang tegas dan yang paling penting jarang
senyum! Gadis itu tidak pernah lokek beri kata semangat setiap kali sebelum
majlis bermula.
Laila mengangguk. Dia
harap dan percayakan team majlis
malam ini boleh buat sebaik mungkin agar majlis ulang tahun mama angkatnya
berjalan dengan lancar. Gadis yang cantik mengenakan gaun putih itu akhirnya
keluar dari dewan untuk menunggu Datuk Othman dan Datin Hajar yang bakal tiba
sebenar saja lagi.
Alhamdulillah. Semua
berjalan dengan lancar. Laila puas hati dengan majlis yang dikendalikan
walaupun tanpa penguasaannya. Cuma dia tidak suka apabila dia kena bersama
Qais, Datin dan Datuk naik atas pentas untuk upacara pemotongan kek. Rasa diri
tidak layak bersama keluarga itu sedangkan dia hanya anak angkat.
Tidak pasal-pasal dia
diperkenalkan kepada semua orang ketika majlis apabila orang lain tiba-tiba
tanyakan pasal dirinya. Selama ni Laila mana pernah tunjukkan diri sebagai anak
angkat datuk dan datin kecuali orang dalam syarikat Datin Hajar.
“Lai…” Laila pandang ke
arah pintu dapur. Qais yang datang mendekati dipandang. Jarang dia bersua
dengan Qai walaupun mereka satu rumah. Kalau bukan sebab dia dapat kerja luar,
pasti Qais yang pergi outstation.
“Tidak tidur lagi?”
“I tengah buat kerja
untuk event seterusnya..” beritahu
Laila. Atas meja makan tu penuh dengan kertas-kertasnya. Memang itulah tempat
kerjanya, selain meja dalam bilik. Tapi tengah mengantuk ni, meja luar sangat
berguna. Kuat godaan nak tidur kalau buat dalam bilik.
“Rehatlah. Sambung
esok. Kan baru habis event tadi. You
pun mesti penat.”
Laila geleng kepala. “I
dah terbiasa. You kenapa tak tidur lagi?” Rasa pelik bila tidur awal walaupun
diri penat.
“I tersedar tiba-tiba
rasa haus.”
“You nak I buatkan air
ke?”
Qais geleng kepala. “It’s okay. I ambil sendiri.”
Laila mengangguk. Mata
kembali beralih pada Ipad untuk melihat design kad jemputan yang telah dihantar
dari pekerja.
“Thanks for today Lai.” ucap Qais.
Kepala diangkat. Laila
pandang Qais yang sudah pun ambil tempat di kerusi depannya.
“Welcome.” ucapnya sebelum sambung hadap kerja lagi.
“Lai, kita kahwin?”
ajak Qais tiba-tiba.
Laila terus angkat
kepala.
“You mengigau ke? Apa
you cakap ni?”
“Kita kahwin jom. I nak
kahwin tapi I tiada pasangan… ”
“But why me?” tanya Laila. Kerjanya terus terhenti.
“Sebab you anak
kesayangan mama dan papa. Sebab I nak kahwin dan kita berdua tiada sesiapa
lagi. Sebab you sahaja yang selalu berada dekat dengan I walaupun kita tidak
rapat. I tak perlu susah-susah cari lain, you pun tak perlu pindah rumah. Cuma
pindah bilik je.” beritahu Qais. Dia sudah fikir benda ni masak-masak.
“Kenapa you tak cari
calon lain. Ramai yang kahwin dengan you Qais.”
“I dah cari dan tengah
cari tapi it’s always end up fikir
you je calon yang paling sesuai.”
“How about love?”
“Cinta boleh datang
selepas kahwinkan? Macam mama dan papa…” beritahu Qais. Laila pun tahu mama dan
papanya kahwin pun atas dasar jodoh dari keluarga. Lepas kahwin baru jatuh
cinta satu sama lain.
“Macam mana pula kalau
kita bukan macam mama dan papa? Macam mana kalau hati kita tidak akan cintakan
satu sama lain? Macam mana…”
“I bukan jenis yang
mudah jatuh cinta Lai. I boleh saja mainkan hati perempuan kalau I nak. Tak
payah tunggu lepas kahwin. I janji I akan jaga you lepas kita kahwin walaupun
sampai bila-bila cinta itu tidak hadir dalam hati kita. Kita jadi suami isteri
normal macam pasangan lain.” pangkah
Qais.
Laila senyap seketika.
Dalam hati mengakui kata-kata Qais. Dengan pakej yang Qais ada, dia boleh saja
pilih dan main-mainkan perempuan. Tapi selama dia kenal Qais. lelaki itu
bercinta pun tidak pernah apatah lagi nak mainkan hati perempuan.
“I bagi you masa untuk
fikir...” Qais tahu Laila seorang yang teliti sebab itulah dia mampu jadi
perunding majlis dan kawal setiap majlis-majlis dengan baik. Sebab tu Laila menitik beratkan semua benda
termasuk lamarannya.
“Baiklah. I setuju...”
ucap Laila.
Datin Hajar dan Datuk
Othman bukan main gembira lagi dengar perkhabaran dari anak-anak mereka. Datin
Hajar memang nak Laila jadi menantunya tapi tidak mahu paksa kalau mereka tidak
mahu jadi dia pendam saja hasratnya.
Perkahwinan antara Qais
dan Laila meriah sekali. Team Laila
buat yang terbaik untuk perkahwinan bos mereka walaupun Laila nak majlis yang simple walaupun majlis resepsi di buat
di dewan. Laila pun sebenarnya tak nak dilabel sebagai pisau cukur. Dari anak angkat
sampai goda Qais, sebab dia ada juga dengar ayat-ayat tu dari keluarga sebenar
datuk dan datin.
Tapi Qais tidak mungkir
janji. Lelaki itu sentiasa bersama dengan dia sepanjang majlis berlangsung.
Bila Qais suruh dia buat-buat pekak sahaja kalau dengar nyamuk dalam buat
bising. Pasti lelaki itu pun dengar!
“Yang penting I
sekeluarga tahu you macam mana. Itu dah cukup.” pesan lelaki itu lagi. Terharu
dengan jagaan dan layanan Qais padanya. Dan waktu tu Laila tanam pada diri
untuk jaga hatinya khas untuk Qais seorang saja!
1
tahun 8 bulan kemudian…
Laila tarik telefon
yang terdampar atas katil tapi bantal yang diguna olehnya. Jam digital
menunjukkan pukul sembilan pagi. Automatik tubuh Laila menegak!
“Alamak! Macam mana
boleh tidur terlebih pula ni?” bebelnya.
Kalut Laila berdiri
dari katil. Beg kertas yang terletak atas lantai bersama tas tangannya ditarik.
Sempat dia betulkan tudung yang masih tersarung di kepalanya. Setelah pastikan
dirinya sedikit elok dari keadaan baru bangun tidur tadi. Laila terus pusing
tombol pintu. Suaminya pasti berada di pejabat sekarang ni. Lagipun Kak Zah
kata sehari dua ni Qais selalu saja berkampung di ofisnya sebab tengah sibuk
rebut tender baru.
Pap! Beg kertas
dipegangannya terlepas sebaik saja matanya terlebih dahulu mendapat kejutan
dari Qais.
“Lai?” tegur Qais
terkejut. Kepala terus dijauhkan dari terus meneruskan aksinya tadi.
Nafas Laila turun naik.
Dia cuba untuk kawal diri dari bertindak di luar jangkaan.
“Bukan you balik lusa
ke?” tanya Qais yang masih terkejut dengan kewujudan isterinya. Cantik Laila
yang berselendang menutup auratnya.
Laila tarik nafas
dalam. Gadis itu dipandangan seketika sebelum dia beralih pandangan pada
suaminya sendiri.
“I siapkan kerja awal
so iingatkan nak buat surprise untuk you semalam. Kak Zah kata you sibuk dua
tiga hari ni. So I ingatkan better I
terus buat surprise dekat ofis. Tapi
tak sangka I tertidur bila tunggu you semalam…”
“Lagi tak sangka pula
pagi ni I yang dapat surprise.”
sambung Laila perlahan. Beg kertas yang terjatuh tadi dikutip semula. Baru nak surprise kan Qais yang dia sudah mula
berhijab! Sudah lama dia rancang dan sanggup tebalkan muka pada mama untuk ajar
dia pakai tudung.
“Lai…”
“Err… ni hadiah you. I letak dalam ye. I ingat nak baliklah. Sorry ganggu.” Laila masuk semula ke
dalam bilik rehat Qais tanpa menunggu respon lelaki itu. Nafas ditarik dalam.
Hati sakit dengan kelakuan Qais yang menipunya.
Hadiah hari jadi Qais
diletak atas katil. Laila sempat kemaskan cadar katil bujang milik Qais.
“Lai…” seru Qais yang
ikut masuk ke dalam bilik tu.
Laila capai tas
tangannya. “Hurm…”
Badan ditoleh memandang
Qais. Muka tenang cuba ditunjuk walaupun hati tambah sakit tengok muka Qais.
Apatah lagi bibir yang menyoal tu. Rasa macam nak lumat dengan cili! Laila
tidak sangka selama ni dia berkongsi ciuman suaminya dengan orang lain!
Bagasi kecil miliknya
ditarik.
“You dari airport ke semalam?” tanya Qais sebaik
saja memandang bagasi milik Laila.
“Yup. I ambil flight tengah malam sebab takut tak
sempat sampai sini before twelve.
Lagipun malaslah nak kacau mama dan papa tidur dekat rumah untuk bukakan pintu.
sebab I lupa bawa kunci rumah” jawab Laila.
Qais mula rasa
bersalah. Satu sebab kantoi dengan Laila. Lagi satu sebab kesanggupan Laila
buat kejutan untuknya sampai sanggup tidak balik rumah. “Lai…”
“I penat Qai. I nak
balik sambung rehat.” Kalau tahu baik dia ambil flight esok atau lusa sahaja.
Rehat dulu dekat Sabah selepas majlis di sana selesai seperti rancangan asal.
Dia pun bukannya rugi kalau rehat ikut plan asal. Semuanya percuma!
Qais tarik nafas
perlahan. Dia tahu Laila tidak akan berkompromi dalam hal ni. Faham sangat
dengan perangai isterinya. “I hantar you balik.”
“Tak apalah. I call teksi. Youkan sibuk…”
“I hantar.” suara Qais
ditegaskan. Bagasi dan tas tangan isterinya dirampas. Tangan Laila turut
digengam erat.
Laila sakit hati betul
dengan sikap Qais. Tangannya direntap. “I ikut you balik. Tapi rasanya tak
perlulah pegang tangan I. I boleh jalan sendiri. Lagipun suka kongsi pegangan
tu dengan orang lain.” tuturnya lembut tapi cukup menyucuk hati Qais.
Padan muka. Biar Wais
tahu betapa sakitnya hati Laila sekarang ni. Geram sampai ikutkan hati nak
tumbuk sampai lunyai. Tapi Laila malas nak cari gaduh sekarang ni. Moodnya pun
sudah sampai ke laut. Rasa Patut balik tidur dan segarkan badan dulu. Penat
dari handle program di Sabah pun tidak hilang lagi. Tambah lagi penat otak fikirkan
perangai suami sendiri!
“Sejak bila you dengan
budak tu?” tanya Laila.
Qais yang sedang
bersiap sebelum ke kerja dipandang. Hari ni Laila tidak terasa hendak pergi
kerja. Badan rasa lemah secara tiba-tiba. Agaknya demam terkejut sebab suami
ada perempuan lain agaknya.
“Qai…”
Qais mengeluh kecil.
Laila yang duduk bersandar kepala katil didekati. Dia labuhkan punggung dibirai
katil. Pipi isterinya diusap lembut. “I tak nak cakap pasal ni dulu. You demam.
Rehatlah dulu...”
“Selagi you tak cakap
hal sebenar. Selagi tu I tak boleh rehat Qai. Siapa budak tu?” tanya Laila lagi
tegas.
“Setiausaha I.”
“Misha mana?” tanya
Laila pada setiausaha lama Qais.
“Cuti bersalin. Dia
pekerja sementara I.”
“Bila you kenal dia?
Macam mana you dan dia boleh bersama?”
“Lai…”
“Jawab soalan I Qai?!”
Sekali lagi Qais
mengeluh kecil. “Dua bulan lepas. Love at
the first sight. I tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan tu tiba-tiba
saja datang sejak pertama kali I jumpa dia. I tak boleh nak halang perasaan ni
Lai…”
“Dan perasaan tu tiada
ketika bersama I kan? You betul-betul cintakan budak tu Qai?” tanya Laila lagi.
Pandangannya terus saja menandang Qais tanpa perasaan.
“Stop it Lai! I tak nak you terluka.”
“I lagi sakit bila tahu
I ditipu Qai.” marah Laila. Tiba-tiba kepalanya berdenyut-denyut. Sakit kepala
datang sebab terlalu banyak berfikir sejak semalam.
Qais mengeluh kecil.
Tapak tangan hinggap didahi isterinya.
“Badan you makin panas
ni.”
“I boleh lagi hidup.
You pergilah kerja.”
Kepala digeleng. Degil!
Tali lehernya dilonggarkan. Dahi Laila dicium lembut sebelum dia keluar
tinggalkan Laila keseorangan. Wanita itu hanya tunjuk muka tiada perasaan
padanya. Tiada lagi sapaan lembut seperti biasa.
Laila buang pandangan
ke luar tingkap hingga dia tersedar yang Qais masuk semula ke dalam bilik
dengan dulang ditangan.
“Breakfast.”
“I boleh turun breakfast nanti. You pergilah kerja.”
“You sakit Lai. I patut
jaga you.”
“Tapi…”
“Syusshhh! Makan ni. Nganga mulut tu. Lepas breakfast makan ubat.”
Laila mengangguk. Dia akui
Qais memang selalu jaga dia. Pantang tengok dia sakit atau dilukai sekalipun.
Usai makan ubat, Laila terus rebahkan badan sambil badannya dilap oleh Qais.
Hendak menegah tapi Qais tetap nak buat juga agar dia tidak rimas bila badan
melekit.
Rambut Laila diusap
lembut sebaik saja membersihkan tubuh isterinya. “You tidurlah… Rehat.”
Rasa macam nak nangis
dengan sikap Qais yang masih ambil berat tentangnya seperti biasa. Qais memang
jaga Laila sebaik mungkin tapi Qais lupa jaga hati sendiri!
Laila sedar dia perlu cuba
selamatkan rumah tangganya!
“Rajinnya anak mama
masak sekarang ni.” tegur Datin Hajar.
Laila berpaling. “Lama
tak masak ma. Rasa macam skill pun dah tumpul.”
Datin Hajar tergelak
kecil. Dulu ketika Laila mula-mula masuk rumah tu, dia yang tak nak susahkan
Laila memasak. “Laila masak apa ni?” Mata menjengguk sudip yang mengacau kuali.
Atas meja pula sempat diintai tadi, sayur baby kailan dan ikan kerapu steam
sudah pun terhidang.
“Butter crab.”
“Wah! favorite Qai! Ada apa-apa ke ni?” Datin
Hajar perasan perubahan Laila sejak berkahwin ni. Kalau dulu selalu balik lewat
malam, tapi sejak berkahwin Laila akan pastikan dia balik awal
sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk masak di rumah. Cuma kebelakangan ni
setiap hari Laila akan balik awal untuk masakkan mereka sekeluarga.
Laila tersenyum kecil.
Kepala digeleng. Malulah kalau nak mengaku dia nak pikat suaminya.Takkan nak
cakap dia masak sebab nak ikat suami yang sudah jatuh cinta dengan sekretari
sendiri.
“Saja ma.”
“Iyalah tu.” Datin
Hajar tertawa kecil.
Jam pada dinding
dikerling. Jarum menunjukkan pukul 12 tengah malam. Laila mengeluh kecil.
Suaminya masih belum balik rumah lagi. Rasa sia-sia tunggu Qais balik baru
makan malam bersama. Tadi dia cuba dail nombor lelaki itu tapi langsung tidak
berangkat.
Perutnya mula terasa
pedih. Akhirnya Laila masuk ke dapur untuk panaskan lauk. Baik lagi dia makan
dari tunggu Qais yang entah hilang ke mana tu.
Rasa macam loser saja
sambil tengok lauk yang diasingkan untuknya dan Qais. Apa dah jadi dengan kau
ni Laila? Macam tidak tahu malu saja terhegeh-hegeh dekat orang yang tengah
hangat bercinta macam Qais tu.
“Lai…” Qais yang baru
sampai datang menegur. Masih lagi berkemeja, balik tadi nampak lampu dapur
bercahaya. Rupa-rupanya isterinya tengah makan.
“Oh hai…”
“Lambat makan? Baru
balik ke?”
Laila geleng kepala.
Kenapalah Qais yang sebilik dengannya ni pun tidak perasan dalam dua minggu ni
setiap hari dia balik awal! Mama pun boleh perasan. Suami sendiri boleh pula
tanya macam tu. Tahulah dia selalu balik lewat sebab buat kerja.
“Tiba-tiba rasa lapar.
You nak makan?”
“It’s okay. I dah kenyang. Makanlah.” Qais hanya datang mendekat. Gelas isterinya
diguna untuk minum air. Haus!
“You keluar makan
dengan kekasih you?” tanya Laila tiba-tiba. Kepala didonggak memandang Qais
yang berdiri disebelahnya.
“I…”
“I tahu bau you macam
mana. Lagipun I terhidu bau perfume
wanita.” ujar Laila sambil tunduk semula menguis nasinya. Hilang terus selera
makan!
“I keluar makan malam.”
“Sampai tengah malam
Qai.”
“Lai…”
“Patutlah I call you
tadi tidak berjawab.”
Qais telan air liur.
Dia tukar mode telefon dalam mode senyap sebab selepas makan malam, mereka
pergi tengok wayang tadi. Qais memandang Laila yang berdiri dengan pinggang
yang masih ada sisa nasi. Matanya beralih pada meja makan.
Damn
Qais! Lailakan balik
awal dalam seminggu dua ni! Dia baru teringgat.
Baru pagi tadi Laila
tanya hari ni dia nak makan apa. Tanpa fikir panjang, Qais sendiri pinta nak
makan butter crab walaupun tahu Laila
tidak suka bau butter. Butter crab hasil tangan Laila memang superb! Pasti Laila tunggu dia tadi.
“Lai…” panggil Qais.
“I nak balik bilik.
Gelas tu lepas habis minum. Letak je dekat singki. Esok pagi nanti I tolong
basuhkan.” tukas Laila.
Thanks Qai sebab sedarlah I yang I memang dah
kalah sebelum berjuang. Laila tidak mahu mendengar penjelasan suaminya lagi.
Kalau dengar pun buat sakit hati saja.
“Jim cepatlah kita dah
lambat ni.” bebel Laila. Langkah dibesarkan, pantang dia lambat datang dari
klien.
“Alah Puan! Encik Mir
tiada masalahlah kalau kita terlewat. Diakan syok dekat puan. Mustahillah dia
marah.”
“Hish you ni! Jangan
nak merepeklah. Cepat sikit langkah tu. terhegeh-hegeh.”
Jim hanya mampu geleng
kepala. Sudah dua kali mereka berurusan dengan Encik Amir tu. Bukannya dia
tidak tahu perasaan klien mereka tu pada bosnya. LAgipun mereka bukanlah lewat
sangat pun. Ada lima minit lagi sebelum masa temujanji yang telah ditetapkan.
Encik Amir tu yang mengada nak datang awal. Sajalah tu tidak sabar nak tengok
muka cun bosnya.
Langkah Laila tiba-tiba
menjadi perlahan sebaik saja terlihat suaminya yang sedang berbual dengan Encik
Amir. Setiausaha suaminya pun turut bersama dua lelaki itu.
“Eh! Suami bos pun
adalah.”
“Tengah bincang pasal
kerja agaknya. Jomlah.” ajak Laila sambil mendekati kumpulan itu. Jim hanya
ikut langkah bosnya.
“Assalamualaikum.”
Salam Laila dijawab
serentak. Encik Amir terus berdiri menyambut kehadiran Laila. Rindu nak tatap
muka Laila, sebab itulah dia beralasan nak buat temujanji hari ni. Kononnya nak
tahu progress majlis hari jadi anak saudaranya. Kerusi kosong sebelahnya
ditolak ke sedikit untuk menjemput Laila duduk disebelahnya.
“Tak apa Encik. Jim you
duduk situ. I tarik kerusi lain.”
“Eh! Apa pula bos. You
la duduk. You tu perempuan. Biar I je cari kerusi lain.” ujar Jim dan terus
pergi tinggalkan kumpulan tu mencari kerusi kosong memandangkan tempat makan ni
agak penuh sekarang ni.
‘Aduh budak ni tidak
faham lagi maksud aku.’ bising Laila dalam hati. Dalam hati tidak sudi, dia
ambil juga tempat sebelah Encik Amir.
“Laila kenalkan ni rakan bisnes I untuk projek
Tapah yang I cerita tu. Ni pula Suraya, setiausaha dan kekasih Qais.”
“Cik Laila ni adik
angkat Abang Qais,kan? Maaflah hari tu… tak sempat nak tegur.” ramah Suraya
menegur Laila.
“Really?” tanya Amir tidak percaya.
Laila tersenyum sinis.
Pandangannya dan Qais bertaut. Adik angkat? “Betullah tu.” Maknanya orang ofis
masih ingatkan Encik bos ni bujanglah ye?
“You nak kahwin ke
Mir?” Qais cuba ubah topik. Mungkin Amir kenal Laila memandangkan isterinya tu
seorang perunding majlis.
Amir tergelak kecil.
“Kalau nak kahwin, I kenalah tunggu orang sebelah ni. I sanggup tunggu dia
sampai bila-bila.”
Air muka Qais terus
berubah. Laila yang tenang di sebelah Amir dipandang.
“Wah! Sweetnya Encik Amir.” puji Suraya.
Sakit telinga pula
Laila dengan sikap manja kebudak-budakkan Suraya tu. Nampak sangat mudanya dari
mereka bertiga. “Jangan nak mengarut Encik Amir. You tahu I dah kahwin.”
Suraya terus terdiam.
Qais dipandangnya. Terkejut! Ingatkan Laila masih bujang lagi.
“You tak happy Lai. I boleh nampak air muka you.
Lagipun kalau you jadi isteri I, I takkan abaikan you buat kerja siang malam. I
tak sangka ada suami yang abaikan isteri sampaikan you sakit pun dia tak
peduli.” bebel Amir. Dia masih tidak dapat lupakan keadaan Laila malam tu.
Agaknya kalau dia terlewat, entah apa jadi pada Laila waktu tu.
“Cukuplah buat lawak
Encik Amir. Jangan main-main. I berterima kasih dekat you malam tu. Tapi I ke
sini untuk kerja.” dengus Laila. Amir lupa agaknya sekarang ni bukan mereka
berdua sahaja berada di situ.
Qais dan Suraya pula
hanya senyap saja mendengar.
“I tak main-main Lai.
You tahu I cintakan you.”
“Please Encik Amir. I’m married! Tak elok you cakap macam tu!” Laila
mula bersuara tegas. Suaminya yang hanya senyap saja dari tadi dijeling tajam.
Hati makin sakit bila Qais tidak ingin mengaku diri sebagai suaminya sekarang
ni. Sekurang-kurangnya biarlah senyapkan mamat tidak sedar diri ni!
“Laila, I sayang you…”
“Stop it Encik Amir! Sorry but our deal is off!” tukas Laila tegas.
“Lai…” panggil Amir
yang cuba bangun untuk kejar Laila.
“Mir. Jangan kejar
dia…”
Laila terus saja
tinggalkan mereka. Dia dengar suara Qais halang Amir dari terus kejar tapi
malas nak toleh belakang semula.
“ . I tahu dia tak happy
dengan suaminya.”
‘Aku laki dialah
bodoh!’ Qais ingin menjerit depan Amir yang suka hati label Laila tidak gembira
kehidupannya. Geram pula dengan Amir
yang tidak faham bahasa ni. Sebelum dia mengaku diri sebagai suami Laila depan
Suraya baik dia hantar Suraya balik dulu sebelum cari Laila.
“Suraya jom balik.”
arah Qais.
Qais terus masuk bilik
sebaik saja sampai ke rumah. Laila yang sedang sapu losyen dibadan didekati.
Sejak kes butter crab hari tu, setiap hari Laila balik lewat. Kalau dulu Laila
boleh lagi sambung kerja di rumah. Tapi sekarang ni Laila buat kerja di ofis
saja dan balik lewat malam. Makin susah nak jumpa dan Laila sekarang ni. Dah
jadi macam keadaan mereka berdua sebelum kahwin dulu. Duduk serumah tapi payah
nak jumpa.
“Oh! Hai Qai.” tegur
Laila dengan senyuman manis yang saja diukir.
“Laila, I…”
“Tak nak cakap pasal
tadi.” pintas Laila.
“I tahu you marah.”
“Orang gila je yang tak
marah Qai! I isteri you. Tapi orang lagi tahu kekasih you dari isteri sendiri.
Wow! I nak tahu satu benda je… Memang satu ofis tahu you tak kahwin lagi ke?”
“Dia seorang saja yang
tak tahu.”
Laila tersenyum sinis.
Iyalah. Lupa juga waktu kahwin dulu memang mereka ada jemput orang ofis Qai
datang ke majlis mereka. Waktu tu cik sekretari tu belum kerja dengan Qai lagi.
Bos punya skandal. Mana
orang berani nak buka mulutkan? Laila geleng kepala. Tidak tahu nak cakap macam
mana lagi. Masih Speechless bila tahu
klien sendiri lagi kenal kekasih Qai berbanding isteri lelaki itu sendiri.
Lepas tu boleh pula klien tu syok dengan si isteri bagai nak rak dan suami
hanya tengok macam tu saja. Ikutkan mahu saja dia mengaku depan semua orang
tadi. Biar si sekretari sendiri buka mata dia sebenarnya skandal dengan suami
orang!
“Kalau bukan sebab I
jaga maruah you Qai. I mengaku depan Encik Amir dan budak tu I ni sebenarnya
isteri you. Tapi I fikir maruah you Qai. Kreadibiliti you boleh jatuh sebab you
sendiri…”
“I cintakan dia Lai.”
Ya Allah! Remuk hati
Laila dengar ucapan cinta yang dinantikan untuknya sebenarnya untuk perempuan
lain.
Mana pergi janji you
Qai?
Lepas kejadian hari tu,
Laila kembali pada Laila yang asal sebab dia tahu sekarang ni dia perlu
persiapkan diri untuk hidup bersendirian sekali lagi.
“Lai…”
Laila angkat kepala
saaat namanya diseru. Senyuman kecil dihadiahkan pada mertuanya.
“Sibuk?” tanya wanita
itu.
Laila geleng kepala.
Bukan sibuk ma tapi saja menyibuk diri. “Tiadalah ma. Boson pula. Tu yang belek
dokumen.”
“Laila nangis?”
“Ma…”
“Sebab Qai? Laila dah
lama tak nangis. Qai buat hal kan?”
“Tiadalah ma. Mana
ada…”
“Tak payah nak backup
suami kamu tu. Mama nampak dengan mata kepala sendiri dia dating tidak ingat dunia..” balas Datin Hajar. Sakit hatinya tengok
sikap anaknya, selidik punya selidik. Rupa-rupanya anaknya ada affair dengan sekretari sendiri. Budak
mentah pula tu!
“Kita kahwinkan Qai
mana?” cadang Laila tiba-tiba.
“Lai! Mana ada isteri
yang tahan hati bermadu sayang…”
Laila menunduk. “Err…
Lai sanggup tarik diri ma.”
“Astaghfirullah. Kenapa
jadi macam ni Lai?” rintih Datin Hajar. Tidak sangka perkahwinanan anak dan
menantunya sampai nak bercerai berai macam ni.
“Mungkin perkahwinan
kami dah sampai titik noktah ma.” tenang Laila menjawab. Sedih? Siapa tidak
sedih tapi dia tiada kuasa hendak paksa Qais untuk cintakan dia sedangkan
lelaki itu pun memang pasang niat nak kahwin budak tu. Gaya bercinta pun macam love till Jannah sangat. Dari pada terus
makan hati baik dia tarik diri.
“Kan Qais dan Laila
boleh usaha lagi?”
“Lai dah cuba berjalan
ma. Tapi berjalan dengan sebelah kaki tidak semudah ma. Sampai satu tahap Lai
rasa Lai memang dah jatuh teruk sebab penat berjalan sendiri. Ma… Lai sayang
Qai. Jujur Lai terima Qai sebab suami sejak kami bernikah dulu ma.”
“Tapi apa Lai dapat ma?
Lai mengaku mungkin silap Lai juga… Lai tak pandai nak ambil hati suami. Qai
kata dia memang jatuh cinta pada budak tu. Laila tengok budak tu manja, innocent, comel-comel macam tu… Mesti
Qai tak sedar selama ni rupanya macam tu taste
Qai. Jauh berbeza dengan Lai ni.” Laila tergelak kecil sambil terangkan pasal
Suraya si bakal penganti dirinya tu. Rasa diri failed betul jadi isteri Qais.
“Lai ni ma… Lai ni independent. Lai tak pandai nak
manja-manja macam tu. Lai hidup macam ni sejak kecil. Lai kena kuat untuk jaga
arwah abah dulu. Lai kena kuat untuk teruskan hidup Lai. Lai tak biasa jadi
macam yang Qai nak ma…” luah Laila panjang lebar.
Laila kemudiannya cuba
untuk lakar senyuman. Air mata macam nak pecah dah. Tapi ditahan supaya tidak
nampak lemah depan mertuanya. Nanti bagus-bagus nak bercerai, mama paksa pula
Qais berpisah dengan budak tu.
Tak naklah macam tu!
Qais tu bukan main ego lagi, silap hari bulan mama dan papa pula bergaduh
dengan Qais sebab mereka. Laila tidak
mahu keluarga ni pula bergaduh, sebab baginya keluarga tu penting. Terutamanya
kasih sayang ibu bapa memandangkan dirinya yang tinggal seorang diri ni.
Datin Hajar ketap
bibir. Walaupun Laila tersenyum tapi dia dapat baca luka dihati Laila. “Tak
salah menangis Lai. Tak salah luahkan perasaan tu. Laila tak nampak lemah pun
kalau menangis sebab ma tahu Laila seorang yang kuat.” ucapnya sambil mengusap
pipi Laila lembut. Orang kata gadis sekuat ni perlukan lelaki yang berkarisma
dan macam Qais, rupa-rupanya tidak semua macam tu. Contohnya pasangan anak dan
menantunya ni.
Ketika pipi Laila
diusap lembut dengan kata semangat dari mertuanya. Air mata terus tumpah
setitik dua. Lama-kelamaan laju mengalir! Ya Allah! Laila sedar agak lama dia
tidak tumpahkan air mata seteruk macam ni. Dulu ketika arwah ayah meninggal pun
Laila tidaklah menangis seteruk ni sebab dia tahu dia sudah pun buat yang
terbaik untuk jaga ayahnya, jika Allah ambil ayahnya semula pun dia redha.
Rindunya pada arwah ibu
dan ayah! Dulu walaupun ibu meninggalkan ketika dia sekolah menengah, ayahlah
tempat dia bermanja. Tapi sejak hidup sendiri, Laila kena jadi seorang yang
kuat untuk terus hidup sampai dia tidak pandai nak bermanja dengan orang lain.
“Ma, Lai rindu arwah
ibu ayah…” luah Laila dalam sendu.
Datin Hajar terus tarik
Laila dalam pelukkan. Kesiannya anak ni! “Ingat Lai. Walaupun Laila dan Qais
tiada jodoh panjang. Laila tetap anak ma.”
“Jujur dengan I Qai.
You pernah terbabas dengan budak tu?”
“I tak pernah.”
“Tapi yang I
nampak di ofis masa hari jadi you tu.”
Qais menunduk. “Hari tu
I mengaku I nyaris cium budak tu. I nyaris lost waktu tu…”
“Dia bertudung Qai.
Jangan buat macam tu lagi. Unless you kahwin dengan dia…”
“Lai…” pintas Qais.
“Kahwinlah Qai. Kahwin
dengan budak tu sebelum you lost
lagi. Dia budak baik. I tak nak you kecewakan dia pula.”
“You tahu mama papa tidakkan
benarkan.”
Laila tersenyum kecil.
“I dah cakap dengan mama. Mama pun dah setuju. Tinggal tunggu papa saja lagi.
Tapi I nak you kahwin dengan syarat…”
“I nak you ceraikan I.”
sambung Laila lagi.
“Laila!” tegas suara
Qais terkeluar. Mustahil dia ceraikan Laila!
“I tak nak hidup macam
ni Qais. I sendiri tak betul. I tak nak you tambah dosa bila you tak berlaku
adil. I boleh tolong you uruskan perkahwinan you dan budak tu…”
“What do you think about our marriage Lai? Betul ke you nak
bercerai?” tukas Qais. Air muka isterinya yang tenang itu dipandang seketika.
Laila angkat bahu. “I
tiada masalah. Ikut suka you… tapi itulah. You kahwin dengan dia, you lepaskan
I.”
Qais berdiam diri
seketika. Susah hendak ‘masuk’ dengan Laila ni. Dari dulu sampai sekarang air
muka tu payah hendak berubah. “Discuss
Laila. I ajak you jumpa untuk berbincang bukan suka-suka. Itupun bukan senang
nak jumpa you.”
Sejak kes hari tu,
Laila semakin sibuk dengan kerja. Nak jumpa pun makin payah.
“You nak apa Qais?
Serius I tiada masalah. Kalau sebab nak orang umpat I jadi janda. I tak kisah.
Kalau pasal keluarga…”
Laila senyap seketika.
“I tiada keluarga…” sambungnya perlahan.
“So I tiada masalah untuk ni. Lepas beberapa tahun, senyaplah
suara-suara yang cakap pasal ni.”
“Siapa kata you tiada
ibu bapa Lai? Habis tu mama dan papa sangat dengan you selama ni bukan anggap
sebagai anak sendiri ke?” potong Qais. Sejak arwah ayah Laila hidup lagi, mama
dia dah ambil Laila sebagai anak angkat. Takkan Laila tidak sedar lagi betapa
sayangnya mama pada Laila.
Laila hembus nafas
perlahan. “Sebab tu I tanya you. You nak ke tak nak? I dah cakap dekat mama, I
setuju you kahwin lain sebab I sayang mama dan papa Qai. I tak nak mama dan
papa yang paksa you berpisah dengan budak tu dan you pun bergaduh dengan
mereka. Jadi baik you lepaskan I dan kahwin dengan kekasih you tu.”
Hati batu! Label Qais.
Tapi rasa diri pun mengaku sama juga dengan perangai Laila tu dua kali lima
saja dengannya. Bercerai dengan Laila? Tapi jujur dia mengaku pengakuan Laila.
Memang papa dan mama tidak akan benarkan dia duakan Laila. Dia tidak sanggup
hendak berpisah dengan Suraya. Dan sekarang ni hanya Laila saja yang dapat
tolong dia.
Sekarang ni Laila pula
hanya nak dia kahwin lain selepas menceraikan isterinya ni. Tapi berpisah
dengan Laila bukan dalam rancangannya. Rancangnya hanya bermadu, sebab Qais
yakin dia mampu.
“Apa jadi dengan you
lepas kita bercerai?”
“Duh Qais. Soalan budak tadika tu you boleh
fikir sebenarnya. Mestilah I akan terus hidup. You juga pernah cakap I patut
hargai pengorbanan mama pada I. Syarikat siapa nak jaga kalau bukan I?” Anak mata
Qais dibalas. Dengan penuh keyakinan Laila menjawab.
Qais berdiam diri
seketika. Ketenangan Laila sedikit sebanyak menganggu dirinya. Susahnya nak
masuk kepala hati Laila ni.
“Do you love me Laila?”
Soalan Qais menyentak
hati Laila. Dia tersenyum seketika.
“Pada mulanya I
ingatkan ending kisah kita tidak sama
dengan kisah Qais dan Laila dulu. Saling jatuh cinta satu sama lain walaupun
tidak dapat bersama. Tapi tak sangka I jatuh cinta pada you lepas kita kahwin. Cuma
itulah… cinta tu perlukan dua orang bukan saya seorang sahaja…”
“Mungkin ini versi
kisah kita Qai. Jodoh Qai. Jodoh tu rahsia Allah. Nampaknya Qais dan Laila
versi kita hanya berakhir sebagai adik beradik angkat sahaja.” luah Laila
panjang lebar.
“Maafkan I Lai. I yang
ajak you kahwin. Tapi…” Akhirnya Qais merendahkan egonya meminta maaf atas
silap sendiri. Dulu bukan main lagi kata dia tidak mudah jatuh cinta dnegan
orang lain. Tapi lepas kahwin Allah uji hati dia sampai tergolek-golek jatuh
cinta dengan orang lain.
“You tak perlu minta
maaf Qai. Macam yang I cakap tadi. Jodoh tu rahsia Allah. Kita sendiri tidak
tahu jodoh kita tidak panjang. Kita sendiri tidak tahu hati tu jatuh dekat
budak tu.”
“Thanks Laila…” ucap Qais.
“Qai…” panggil Laila.
Mereka berbalas pandangan seketika.
“Boleh I peluk you
sekejap? Mungkin ini kali terakhir Qai. Lepas ni adik beradik angkat tak boleh
peluk.” pinta Laila.
Qais mengangguk.
Tubuh lelaki itu
dirangkul. “I love you Qai….” ucap
Laila. Setitik dua air matanya mengalir.
I sebenarnya tidak
sekuat seperti yang you fikir I selama ni Qai. Kalau I kuat, kenapa suami
sendiri pun I tidak mampu pertahankan…
Pintu rumah dibuka.
Tangan meraba mencari suis lampu. Bila lampu terpasang, Laila pandang
sekeliling. Sunyi. Kosong tanpa peralatan seperti hatinya yang kosong tanpa
suami.
“Kenapa you pindah
rumah Lai?”
Laila toleh belakang
sebaik saja dengan suara Qai. Matanya membulat melihat lelaki itu dekat
dengannya.
“Macam mana you boleh
tahu I di sini? Bukan you pergi outstation
ke?” tanya Laila yang masih lagi terkejut.
Qais mendengus. Nampak
sangat Laila cuba lari darinya. Ini bukan dalam rancangan mereka. Patutnya dia
yang keluar dari rumah selepas kahwin seperti arahan mama. Bukan Laila!
“Kenapa you pindah
rumah?!” Bukan main terkejut lagi bila tahu Laila pindah rumah semasa
ketiadaannya. Mama dan papa pun boleh juga komplot sekali! Patutlah dia pelik
kenapa tidak jumpa Laila, ingatkan wanita itu ke luar negeri atas urusan kerja.
“I rasa I tak patut
tinggal situ lagi… I bukan isteri you lagi.” Lagipun tidak mahulah terserempak
keakraban suami sendiri dengan bakal isteri baru bila satu rumah nanti.
Mata Qais menyorot ke
dalam rumah ketika Laila tengah bersuara. Bila tersedar satu perkara, tubuh
Laila depannya ditolak tepi. Kaki melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Qais
pejam mata seketika sebelum bersuara. “Kenapa rumah ni kosoong?” tanya.
Laila toleh memandang
ruang tamu rumahnya. Sebab terlalu sibuk, dia tiada masa nak beli peralatan dan
kemas rumah.
“Ruang tamu je kosong.”
beritahunya.
Qais tidak percaya. Dia
terus melangkah masuk membuat pemeriksaan.
“Qais baliklah. You
mana boleh masuk rumah I.” bising mulut Laila membebel. Badan masih lagi penat
tapi lelaki ni bukannya faham bahasa.
Dua bilik yang dibukan
oleh oleh Qais kosong. Pintu bilik terakhir dibuka. Sebuah katil, satu almari
dan meja yang dipenuhi dengan kertas-kertas kerja Laila. Bilik pun tidak
bercat. Simple!
“Balik rumah mama!
Pindah lepas rumah ni lengkap dengan peralatan” Cukuplah dia tengok dari pintu
bilik saja.
“You lagi tinggal tiga
hari nak kahwin Qai… Tiada bezanya. Baliklah Qai. I nak rehat. Tolonglah faham.”
Laila tidak larat nak bergaduh sekarang ni. Fikirannya hanya mandi lepas tu
tidur. Lagipun sakit telingnya asyik
kena sindir oleh keluarga datuk dan datin yang mula berkampung di rumah banglo
keluarga itu untuk perkahwinan Qais. Kononnya sebab dia tidak pandai jaga
suami, ada pula yang padankan mukanya kononnya balasan orang yang tamak macam
dia. Astaghfirullah!
Sebab tu bila dia
suarakan niatnya nak pindah rumah, papa dan mama langsung tidak bangkang. Papa
dan mama pun sakit telinga dengar sindiran keluarga pada Laila. Malah papa yang
bagi rumah ni untuk dia tinggal.
“Kita balik rumah jom.”
ajak Qais lagi. Kini dia berlembut sikit.
“You baliklah. Boleh
tak?!” tengking Laila. Dia mula hilang sabar. Kepalanya berdenyut sejak pagi
tadi. Penat melayan kerenah orang kebelakanga ni tambah pula dia kena uruskan
perkahwinan Qais lagi. Emosi semakin susah hendak kawal!
Qais akur. Wajah penat
bekas isterinya dipandang. “Baiklah. You rehatlah.”
Usai mandi, Laila
rebahkan badan pada katil. Telefonnya dicapai. Beberapa pesanan ringkas dibaca.
Terdapat beberapa nombor yang turut menelefonnya, salah seorangnya ialah Qais
sendiri. Sampai lima panggilan tidak berjawab dari lelaki itu.
Salam
kak, Suraya ni. Esok free tak? Saya nak jumpa boleh? –Suraya.
Laila kerut dahi. Apa
lagi Suraya nak jumpa. Setahunya persiapan perkahwinan Suraya dan Qais tiada
masalah. Kalau Suraya ada pasti Qais pun ada. Malasnya! Lagi satu panas hati
tengok sikap manja kebudak-budakkan Suraya tu!
“Saya nak minta maaf
dekat Kak Laila. Saya baru tahu rupa-rupanya akak ni isteri abang Qais.” tutur
Suraya sambil menunduk. Tidak sanggup nak pandang muka Laila sekarang ni.
Laila mengeluh kecil.
Siapa pula buka cerita ni? Patutlah muka Suraya sembab saja hari ni. “Bekas
isteri.”
Suraya menunduk lagi.
Rasa diri teruk sangat. Ingatkan selama ni Qais bujang. Patutlah selama ni
pekerja syarikat macam tidak suka dirinya. Ingatkan sebab dia kekasih Qais,
rupa-rupanya sebab dia punca Qais bercerai dengan isterinya!
Patutlah bakal
mertuanya macam tidak suka pada dia selama dia berkunjung ke rumah keluarga
Qais. Waktu makan malam bersalam keluarga itu pun, hanya Laila saja selalu
mendapat perhatian dari mama Qais. Waktu tu dia ingatkan Laila memang sayangkan
Laila sebab anak angkat mama Qais. Rupanya sebab Laila bekas isteri Qais!
“Anggap je I dan Qais
tiada jodoh. Lagipun you dan Qais pun dah nak kahwin. Itu yang penting. Tak
payah fikir benda lain lagi.”
Lepas tu Laila terus
tinggalkan Suraya. Malas dia nak pujuk hati budak tu. Hati sendiri pun tidak
terpujuk apa lagi nak pujuk hati bakal isteri bekas suami sendiri!
Pandai-pandailah Qais pujuk budak tu nanti.
Laila memandu balik ke
rumah. Hari ni dia nak rehat secukupnya. Dia perlu kumpul kekuatan untuk
menghadiri majlis pernikahan Qais dua hari lagi. Dia pusing stereng untuk masuk
ke simpang kawasan perumahannya. Tapi entah macam mana silapnya Laila tidak perasan
ada sebuah Mazda 4WD laju ke arahnya
Myvi milik Laila
terseret hingga ke tembok. Laila langsung tidak sedar diri selepas tu.
“Kenapa ma?” tanya
Qais. Dari tadi lagi dia perhatikan mamanya yang tidak senang duduk.
Datin Hajar geleng
kepala. Tapi mukanya masih lagi berkerut kerisauannya. Setiba suaminya ke
beranda rumah. Datin Hajar terus mendapatkan suaminya.
“Macam mana bang? Jumpa
tak?” tanyanya.
“Kenapa ni ma?” tanya
Qais lagi. Tidak puas hati lagi dengan mama yang masih tidak menjawab
soalannya.
“Tiada apa-apa. Kalau
kamu dah bersiap. Panggil papa dan mama. Kita gerak terus ke rumah keluarga
Suraya untuk majlis akad kamu.” arah Datuk Othman.
Qais mengangguk. Tapi
entah kenapa hatinya dapat mengangguk sesuatu buruk berlaku.
Telefon Datuk Othman
berbunyi. “Dapat apa-apa maklumat tak?” tanya Datuk Othman.
Qais hentikan langkah.
Mungkin dia dapat jawapan pada persoalannya melalui panggilan tersebut.
Dipandang pasangan mama dan papanya semula.
“Astaghfirullah. Dekat
hospital mana?” tanya Datuk Othman.
“Macam mana bang? Jumpa
Laila tak?”
“Awak pergi bersiap
sekarang! Kita ke hospital. Laila kemalangan dua hari lepas. ”
“Ya Allah bang!” Laju
air mata Datin Hajar mengalir.
Qais tergamam. Patutlah
Laila tiba-tiba hilang. Setiap kali dia tanya pasal Laila, semua orang kata
Laila sibuk. Dia pun tidak mahu tanya lebih-lebih, takut lukakan hati Laila dan
Suraya lagi.
Laila terkejut dengan
kehadiran keluarga Qais yang masuk ke dalam wadnya. Dilihat bekas suami yang
segak berbaju melayu putih. Sisa dari air mata yang mengalir tadi dikesat. Rasa
diri bertambah loser apatah lagi dengan keadaan dirinya sekarang ni.
“Kenapa tak bagitahu
kami Laila kemalangan.” ujar Datin Hajar. Wajah pucat Laila diusap lembut.
Kemudian tangan itu beralih mengusap tapak tangan kirinya. Anak mata Laila
hanya menyorot pergerakan tangan Datin Hajar saja.
“Mama papa mesti
sibukkan uruskan perkahwinan Qai. Laila tak nak kacaulah.”
Datin Hajar menangis
lagi. Raut wajah bekas menantunya diusap lembut. Terdapat beberapa kesan calar
diwajah cantik Laila. “Pasti sakitkan? Maafkan mama sebab tak jaga anak mama ni
baik-baik.”
Terharu hati Laila
mendengar rintihan wanita itu. Tangan kanannya terus merangkul tubuh Datin
Hajar. “Maafkan Laila sebab buat mama susah hati.” pohonnya dengan air mata yang
jatuh lagi membasahi pipi. Laila akui emosinya selalu saja kalah pada Datin
Hajar. Dia mahu saja meraung sekuat hati meluahkan rasa sedihnya sekarang ni
tapi kelibat Qais seolah menghalangnya dari terus nampak lemah.
“Lepas ni Laila balik
tinggal dengan mama papa ya. Biar kami jaga kamu sampai sihat.” pujuk Datuk
Othman.
Pelukan Datin Hajar
dilepaskan. Laila menunduk semula. “Laila tak nak menyusahkan papa dan mama.”
“Laila tak pernah
menyusahkan mama dan papa. Laila anak baik…” ucap Datin Hajar sambil mengenggam
kedua tapak tangan Laila.
Mata ditutup seketika.
Cuba merasa gengaman tangan wanita tersebut. Tiada.
Apabila matanya dibuka.
Bulat mata Laila memandang Qais yang begitu dekat dengannya. Tangan kiri Laila
diangkat tinggi.
“Qai kenapa ni?” tanya
Datin Hajar yang terkejut dengan tingkah anaknya.
Laila hanya mampu
berdiam diri. Tidak mampu tarik tangannya semula.
“Apa jadi dengan tangan
you?” tanya Qai tegas. Dari tadi dia perasan tangan kiri itu langsung tidak
bergerak walaupun berkali-kali ditarik oleh mamanya.
Laila menunduk. “Tangan
kiri Laila dah tak berfungsi ma. Lai dah cacat.” tuturnya lemah. Air matanya
mengalir lagi. Sedar dengan kekurangan diri! Hendak lap air mata pun tidak
mampu! Sekarang ni dia hanya mampu bergantung seratus peratus pada tangan kanan
yang masih berfungsi.
Nasib baik tidak cedera
teruk sebab dia tarik tangan kirinya yang tersepit agar semapt keluar dari
kereta yang sudah remuk. Habuannya, tangan kiri tidak berfungsi kini!
Tak apalah. Patut bersyukur Allah masih bagi nyawa untuk
dia terus hidup.
Datin Hajar yang baru
perasan menerkup mulutnya! Datuk Othman terus bergegas keluar mencari doktor yang merawat Laila.
Qais terdiam. Buat
pertama kalinya dia melihat Laila selemah ni. Laila yang tidak pernah menangis
depannya. Laila yang kini terlalu rapuh!
Lepas pujuk rayu Datin
Hajar, Laila setuju kembali ke rumah tu. Itupun selepas beberapa jam punya sesi
pujuk rayu! Sampai Qais pun naik bengang dan angkut dia macam angkat guni masuk
dalam kereta.
“Lai…” teguran Qais
menghilangkan segala lamunannya.
Qais dipandang hingga
lelaki itu duduk sebelahnya. “Buat apa hari ni?”
Kepala digeleng. Hari
ni dia hanya duduk termenung seperti hari-hari sebelum ni. Nak pegang barang
pun asyik terjatuh. Mujur dia bukan kidal jadi nak menangis pun rasa tidak
patut. Air mata pun dah tak sanggup keluar lagi.
“Esok rawatankan? Pergi
dengan I. Rawatan you pukul 10.30. Pagi tu kita sarapan di luar dulu nak?”
tanya Qais lagi bagi memancing minat Laila.
“Tak apalah. I boleh
pergi sendiri.”
“Degil! I temankan. Full stop.”
“Tak elok orang
pandangan Qai. Nanti apa pula orang kata, isteri you kata…” tak sanggup nak
sambung ayat tu. Sedar dengan diri yang bukan lagi isteri sah Qai.
Sebenarnya Laila tiada
hati hendak teruskan rawatan biarpun dia tahu ada harapan untuk dia sembuh
semula. Doktor kata dia bukanlah lumpuh sepenuhnya. Tapi kenangkan Datuk Othman
yang susah payah carikan pakar fiosioterapi untuk merawatnya. Laila ikut saja.
Qais mengeluh. “Kita
rujuk semula Lai?”
Lamaran spontan Qais
buat Laila berpaling. Lelaki itu dipandang lama. “Jangan buat hati saya luka
lagi Qai. Tahu tak lamaran tu buatkan hati saya ni tambah sakit?”
Jujur Laila mengaku dia
gembira bila Qais sanggup tarik sofa tepi biliknya semata-mata nak jaga dia
setiap malam. Dia suka bila Qais huru hara dapatkan dia bila nampak Laila
pegang barang. Dia suka bila Qais datang tegur dia setiap kali lelaki itu balik
rumah. Argh! Losernya kau Laila! Dia label diri sendiri. Syok sendiri dengan
layanan Qais padahal sekarang ni dia yang berdosa besar sebab masih simpan
perasaan dengan suami orang.
“I tahu you masih
cintakan I. Kita rujuk semula…”
“I tetap dengan
keputusan I. You jaga hati you untuk untuk isteri you. I ni hanya mampu jadi
adik angkat you sahaja.”
“I tak jadi kahwin. I
masih Qais, bekas suami you. I bukan suami orang.”
Dahi Laila berkerut.
Qais dipandang lama menanti sebarang jawapan dari lelaki itu. Macam mana pula
boleh tidak jadi kahwin?
“Abang sulung Suraya
bantah I kahwin dengan adiknya lepas tahu I ni duda yang baru saja bercerai
sebab nak kahwin dengan Suraya. Dia kata tak nak adik dia jadi macam you. Maksud
dia kalau I boleh buat macam ni dekat you, tidak mustahil I akan buat benda
yang sama pada adik dia.” ujar Qais panjang lebar.
Nafas dalam ditarik.
Terimbau situasi beberapa hari lepas. Selepas saja mendapat panggilan dari
pembantu papanya berkaitan tentang Laila yang kemalangan. Kebetulan waktu tu
jugak abang sulung Suraya datang menjengah rumah Qais. Bukan main mengamuk lagi
lelaki tu bila tahu adiknya dan Qais punca rumah tangga Qais dan Laila retak.
Walaupun waktu tu Qais sedar itu bukan salah Suraya tapi salahnya seorang.
Tapi sebab kepala Qais
hanya fikirkan keadaan Laila yang berada di hospital. Dia redha dimarahi oleh
abang Suraya tanpa fikir panjang. Senak juga perutnya kena tumbuk. Tapi dia
tidak kisah, baginya dia hanya hendak ke hospital menjenguk keadaan Laila.
Waktu tu barulah dia sedar betapa pentingnya Laila untuknya.
Macam-macam berada
dalam kepala Qais waktu tu. Takut Laila cedera parah, takut Laila tinggalkannnya
selama-lamanya!
Bila Datuk Othman tanya sendiri pada Suraya.
Suraya pun sebenarnya tidak sanggup hendak teruskan perkahwinan sebab itulah
dia bagitahu abangnya tentang penceraian Qais dan Laila sebab Qais nak kahwin
lain. Dia tidak mahu berbahagia atas perpisahan Qais dan Laila.
“I terukkan Lai?” tanya
Qais.
“You teruk. Teruk
gila!”
“You janji nak jaga I,
tapi you lupa nak jaga hati you sendiri!” sambung Laila lagi. Air matanya
mengalir lagi.
Laila tidak pasti sama
ada dia menangis sebab gembira sama ada sebab Qais tidak jadi kahwin ataupun
sebab kenangkan keadaan dia sendiri.
“You yang ajak I kahwin tapi you biar I
berjalan sendirian dalam perkahwinan kita.” luah Laila lagi.
Qais terdiam seketika.
Dia memang terlupa perkara tu. Nafsu buat dia terlupa bahawa ada hati yang
perlu dijaga dalam sebuah perkahwinan. Dia terleka dengan nafsu sendiri hingga
abaikan Laila dalam perkahwinan. Terlalu ego untuk bersama Laila dalam menanam
rasa cinta dalam hati masing-masing. Dia ingatkan jaga Laila saja sudah
memandai rupa-rupanya dia silap! Silap besar hingga menghancurkan hati
isterinya.
“Maafkan I. I lambat sedar perasaan I pada
you…. I cintakan you Laila. I tak sanggup kehilangan you.”
“You salah Qais. Itu
bukan cinta tapi kesian. You kesiankan I yang cacat ni. You…”
“Salah Laila. I sedar
sebelum tu lagi. Bila I tahu you kemalangan. Waktu tu I takut kehilangan you. I
takut you tinggalkan I selama-lamanya Lai. I bersalah pada keluarga Suraya tapi
I tak dapat lari dari kenyataan I bersyukur sebab tak jadi kahwin. I takut
kata-kata abangnya jadi kenyataan. I takut I sedar sebenarnya I cintakan you
lepas kahwin dengan Suraya… Lembabnya I kan?”
Air mata Qais turut
tumpah seperti Laila. Dia tidak peduli dengan dirinya. Yang penting dia nak
bersama Laila semula. Dia nak Laila jadi isterinya semula. Tidak sanggup lagi
berpisah dengan Laila.
“You memang lembab Qai!
Lepas I jadi macam ni baru you nak cintakan I. I dah tiada apa nak bagi dekat
you Qai. I dah cacat. I bukan lagi Laila yang dulu. Laila yang dulu dah tiada.
I hilang diri I… Hanya tinggal diri I yang tidak bermaya, I yang lemah!”
Qais melutut depan
Laila. Kedua belah tangan Laila digengam kuat.
“Dulu tangan ni yang
jaga I. Tangan ni yang belai I. Tangan ni yang sediakan keperluan I, makanan
kegemaran I, yang selalu setia untuk I….”
Air mata Laila tumpah
menyentuh tangan yang digengam oleh Qais. Dia tidak dapat mengawal tangisannya.
Qais tersenyum kecil.
“Lepas ni izinkan I ganti tugas tangan ni. Biar I jaga tangan ni sampai dia
mampu bergerak semula. Biar I urut dan belai tangan ni. Biar I ganti untuk
sediakan keperluan you, makanan kegemaran you… Biar I kesat air mata di pipi ni
untuk you.” Air mata di wajah pucat Laila dikesat lembut. Dulu muka ni mahal
hendak tunjukkan sebarang ekspresi. Kerananya muka ni selalu saja menangis dan
nampak tidak bermaya.
Laila masih lagi
senyap. Hanya air matanya saja tidak henti mengalir dari terus menangis
kenangkan dirinya.
“Please Laila… tolonglah terima I semula. I cintakan you… Izinkan I
jaga you semula.” rayu Qais lagi. Dia tidak akan pernah putus asa untuk terus
pujuk Laila semula.
Laila tarik nafas
dalam.
“Kalau… Kalau I terima
you semula. I tak nak you janji macam dulu. Janji you akan jaga I… I nak you
janji you akan jaga hati you juga. Jaga hati you untuk I.”
“I janji Laila. I janji
untuk jaga hati kita. Hati you supaya tidak terluka lagi, hati I supaya tidak
beralih lagi. I janji I takkan abaikan you lagi. Pengalaman buat I tersedar
betapa pentingnya you dalam hidup I…” tutur Qais sambil menunduk cium tangan Laila.
Basah tangan tersebut dengan air matnaya yang tidak henti-henti mengalir. Kesal
dengan apa yang jadi dalam perkahwinan kerana salahnya sendiri.
‘Bodohnya kau sebab
sia-siakan wanita sebaik dia, kau hancurkan dia sampai tidak dapat bangun
semula Qais!’ Dirinya tidak pernah henti menyalahkan diri sendiri. Kerana dia
Laila yang kuat dulu jadi rapuh sebegini.
“I nak you sentiasa
bersama I. I nak you selalu jaga I, cintakan I dan hidup dengan I. Yang penting
I nak you jaga hati you dan I. I nak you jadi kuat untuk bimbing I, jadi imam I
dan setia dengan I yang cacat ni. Sebab I pun nak sentiasa bersama dengan
you, sebab I nak sembuh semula supaya
dapat jaga dan hidup dengan you… Bolehkan Qais? ” ucap Laila tenang.
Laju kepala Qais
mengangguk. “Alhamdulillah! Alhamdulillah! Terima kasih sayang… terima kasih!”
ucapnya gembira.
Wajah pucat Laila
tersenyum kecil. Ya Allah! Semoga keputusanku kali ini tepat untuk terima
dirinya. Laila sedar tidak dapat jamin janji Qais tapi dia boleh nampak betapa
kesalnya Qais atas perbuatan lelaki itu dulu.
“Dah tangan ni dah
boleh lepas kut...” Laila tarik semula tangan kanannya. Hanya tangan kiri saja
yang tidak boleh bergerak dan masih dalam gengaman Qais.
Qais tersenyum kecil. “Abang
akan pastikan abang pegang tak bagi lepas.”
Air muka Laila berubah.
“Err… Abang?”
“Ya. Abang nak ajak
sayang bercinta. Dulu sebelum dan selepas kahwin, kita tidak bercinta pun. Jadi
panggil abang as your abang sayang.
Langkah pertama dalam bercinta semula. Bolehkan?”
Perlahan Laila
mengangguk. Malu! Iyalah. Dulu selamba saja panggil I dan you lepas kahwin.
Sekarang nak berabang sayang pula.
“Langkah kedua. Tak
sabar nak rasa your touch semula.”
Pap!
Bahu Qais ditepuk guna
tangan kanannya. “Benda lain tak boleh fikir ke?”
Qais tergelak kecil.
Suka tengok muka merah Laila menahan malu.
“Aik? Abang maksudkan
tangan nilah. Sayang tu yang fikir lain.”
Makin merah muka Laila.
Eee! Dah pandai nak usik eh! Tadi bukan main lagi menangis bagai nak rak. Tak
jadi nak rujuk balik baru tahu! “Malas nak layan. Masuk dalam lagi bagus.”
Laila berdiri
tinggalkan Qais yang tersenyum-senyum macam orang gila. Dahlah muka serabut!
Qais kejar langkah
Laila dari belakang hingga masuk ke dalam rumah semula. “Sayang…” panggilnya.
Laila toleh belakang.
“Love you!” ujarnya sambil kenyit mata.
Merah muka Laila. Tidak
biasa lagi dengan ungkapan tu. Janggal pula rasanya.
“Apa kacau Laila macam
tu Qais?!” tegur Datin Hajar. Pura-pura tidak tahu. Padahal bukan main
lagi dia dan Datuk Othman intai Laila
dan Qais tadi. Seronok hati tuanya tengok Laila yang sanggup terima Qais
semula. Lagipun Qais dah bincang semula dengan mereka berdua pasal nak pujuk
Laila semula.
Mulanya Datin Hajar
tidak mahu juga sebab tapi kenangkan dua hati yang saling cinta satu sama lain
tu. Biarlah mereka rasa semula keindahan berumahtangga asalkan Qais tidak buat
perangai lagi.
Qais tersengih-sengih.
“Esok nak pergi uruskan proses daftar rujuk semula dekat pejabat agama ma…”
“Jaga elok-elok. Buat
perangai lagi. Siap!” ugut Datin Hajar.
Laju kepala Qais
menanggguk. Taubat dah! Tidak sanggup kehilangan Laila lagi. Dikerling Laila
yang menunduk tu. Kenapalah baru sekarang dia perasan muka cun isterinya tu.
Patutlah si Amir tu tangkap cinta dekat Laila walaupun tahu Laila tu isteri
orang. Ingat pasal Amir.
Dua hari lepas, Qais
ada jumpa lelaki itu untuk mesyuarat pasal projek. Waktu tu jugak dia bagitahu
lelaki itu tentang hubungannya dengan Laila. Sekali lagi dia kena penumbuk
Amir. Qais pun dengan rela hati biarkan diri kena tumbuk. Tapi mujur juga
lelaki itu berjanji tidak akan kacau Laila lagi. Dia turut doakan agar Qais
berjaya pujuk Laila semula.
“Pergilah dapur tu
minum petang. Tadi mama dan papa dah minum. Lapar perut kami tunggu kau orang bercengkerama tak
habis-habis...”
Laila angguk dan
bergerak ke dapur. Usai basuh tangan, dia ambil tempat di meja makan. Wanginya
cucur udang mama!
Qais pun ikut langkah
Laila dari tadi. Dia ambil tempat sebelah Laila. “Haip!” Tangan kanan Laila
yang nak capai cucur udang atas meja ditepuk perlahan.
Berkerut muka Laila
pandang Qais tidak puas hati.
Qais tersengih. “Meh!
Abang suap.”
“Macam budak-budaklah.
Tangan kanan ni boleh pakai lagi.”
“Kan nak bercinta? Dah
simpan je tangan tu senyap-senyap. Guna tangan abang selagi larat ni. Nganga
mulut tu. Cepat…”
Laila akur. Dia gigit
cucur udang yang disua oleh Qais. Lepas tu dengan selamba Qais makan lebihan
cucur yang telah digigit oleh Laila.
“Baru tambah rasa
sedap.” tutur lelaki itu.
Laila tersenyum kecil.
Suka tengok sisi Qais yang dia tidak pernah nampak ni.
“Lepas ni kita kongsi
semuanya bersama ya?” tanya Qais romantis.
Laila angguk. Air
matanya mengalir lagi. Tidak sangka dia diberi kesempatan untuk merasa cinta
Qais.
“Sayang jangan nangis
lagi. It’s hurt me a lot.” Air mata
Laila dikesat.
“I love you abang. I love you so much. Laila tak sangka akan dapat
rasa semua ni lagi… Laila tak kisah kalau tak dapat rasa deria tangan ni lagi
asalkan Laila dapat rasa cinta abang…” luah Laila lagi. Rasa macam mimpi
sahaja. Dia tidak pernah sangka akan merasa cinta Qais!
“Abang pun cintakan
Laila… Insya-Allah. Kita jangan berhenti berdoa dan usaha agar kekal dunia
akhirat. Abang tak sanggup kehilangan sayang lagi.”
Laila mengaminkan dalam
hati.
“Ini kisah Qais dan
Laila versi kita sayang. Abang tidak akan berhenti berdoa agar dipanjang jodoh
kita. Laila sanggupkan nak berjuang untuk kita? Kita kembalikan tangan Laila.
Kita kembalikan diri Laila dan kita kembalikan cinta dan perkahwinan kan kita
agar terus kekal dengan redha Allah. Sebab hanya Laila saja penguat untuk
Qais.”
“Dan hanya Laila ini
saja milik Qais.” sambung Qais lagi.
Sekali lagi
Laila mengangguk. “Insya-Allah. Demi perkahwinan dan cinta kita.” ucapnya
tulus.
Qais tersenyum.
“Alhamdulilah. Terima kasih Laila abang…”