Muka Surat 515 : BAB 49
“Okay tak?” Thia keluar dari biliknya.
‘Pengasuh’ tidak berbayar untuk jaga
anak-anaknya malam ini dipandang. Lepas tahu Thia nak keluar dengan Ekmal malam
ni. Berbesar hati budak dua ni nak tolong tengokkan anaknya.
Hana dan Wardah terpegun. “Oh my... Thia you are so damn gorgeos. Hot!
Posing sikit.”
Tersenyum lebar Thia dengar. Sebelah
tangan dia diangkat sedikit. Dia pose ala-ala model sikit. Puas hati Thia
dengan pilihan dress dia malam ini. Dia dan Ekmal yang pilih baju ini untuknya.
Moden dan labuh!
“Mak aih! Mama hot kan sayang? Janda hot meletop you. Ni Ekmal pula pakai baju purple
or pink?” Hana tanya pendapat Mira. Mira laju mengangguk.
“Of
course pink!.” tergelak Thia memikirkannya. Dia sendiri tidak sabar hendak
tengok Ekmal pakai baju warna merah jambu. Dia yang suruh. Ekmal macam
biasalah. Tiada hal punya!
“Cantik tak?” tanya Thia lagi. Beberapa
gaya dibuat.
“Cantik sangat!” puji Hana dan Wardah
serentak.
Wardah bangun dari duduk. Baju Thia
dipegang. “Ni kalau kak Ton tengok. Menangis!”
“Bukan kak Ton. Tapi Zul brutal tu...”
balas Thia lalu tergelak besar. Tak sabar nak mulakan agenda hari ini. Mesti
Zulaikha terkejut nampak dia dan Ekmal datang majlis tu malam ni.
Hana tergelak kuat. Terbayang wajah Zulaikha
yang dapat mandat ‘Zul brutal’ dari Thia itu. “Zul brutal tu confirm automatik jadi Zul ayu... Menangis
tengok kau dan Ekmal. Tapikan Thia... Zarul ada tak malam ni? Zul brutal tu kan
sepupu kak Qila...”
Thia terus terdiam.
“Hah! Tu baru teringatlah tu...” cebik
Wardah.
“Tak apa-apa... tak apa. Dia datang lagi
bagus. Boleh aku cuci mata.” Kata Thia selamba. Beberapa keping gambarnya
diambil guna kamera telefon.
“Thia!!!” jerit Hana dan Wardah
serentak. Kalau nak lupakan bekas suaminya. Tapi ada hati juga nak cuci mata!
Apalah Thia ni. Nekad sekadar di mulut. Buatnya tidak!
“Syyhhh!
Raihan terbangun nanti! Apalah kau orang ni. Jangan risau. Kalau Zarul tu
datang sekali pun. Biar dia buka mata tu sikit... Aku memang dah boleh agak
benda tu. Biarlah dia... aku pun tak nak pedulikan dia lagi.”
“Hah! Yang tu aku sokong!”
Terangkat-angkat tangan Hana menyokong.
Mata Wardah mencerlung tengok Hana yang
sokong ayat Thia tu.
“What?!
Betul apa. Aku pun suka sangat tu. Biar Zarul tu buka mata sikit. Tak payahlah
nak over sangat bencikan Thia. Ingat teman wanita dia tu perfect sangat? Huh! Menyampah aku. Jodoh tu rahsia Allah...
bercinta bagai nak rak pun tak semestinya jodoh kita.”
Wardah sudah tergeleng. Malas nak
berdebat lebih-lebih. Tambah pula si Hana murai menyokong Thia. Buat penat air liur aje. “Tak faham aku
dengan minah ni... Janji aku tak sabar nak tengok Ekmal. Mesti dia handsomekan. Oh My!! Dia tu sporting
gila nak pakai warna pink. Boyfriend aku haram...”
“Betul tu. Danial tu lagi. Nasib baiklah
aku sayang dia...” sokong Hana.
Thia sekadar tersenyum. Bunyi hon kereta
menarik perhatian mereka. “Okay muggles...
Aku rasa Ekmal dah datang. Wish me
luck!” Thia tarik nafas dalam. Mereka berlaga pipi. Kemudian hidung Mira
dicium kasih, Asha awal lagi dah terlena atas katil.
Hana, Wardah dan Mira ikut dari
belakang. Sibuk nak tengok Ekmal la tu.
“Jaga Raihan tau...” pesan Thia sebelum keluar
rumah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muka Surat 527 : BAB 51
Thia mengintai Ekmal
yang sedang bercakap dengan Zulaikha. Serba salah dia nak panggil Ekmal
sekarang ni. Takut kacau daun. Nampak macam tengah bincang benda penting sahaja.
Nampaknya majlis malam ni bukan sekadar majlis biasa. Ia perjumpaan beberapa
pasangan yang tengah bincangkan masalah bersama bekas ‘tupperware’ masing-masing.
Thia tengok jam ditangannya. Nampak gayanya
macam dia kena balik seorang saja ni. dah lewat sangat. Ekmal dan Zulaikha pun
seperti tiada tanda nak habis berbincang lagi. Thia panjangkan lehernya
disebalik dinding itu. oh mak! Kantoi bila Ekmal perasaan dia tengah mengintai.
Nakal Thia kerdip mata pada lelaki itu. Ekmal
tersenyum sedikit. Padahal tengah ‘serious conversation’ dengan Zulaikha. Thia
ni saja nak kacau diakan!
Jemari runcing tangan kanan Thia diletakkan
berdekatan telinga sambil buat bentuk telefon. Sebelah tangan pula tunjuk pada
telefon Ekmal. Tanda suruh lelaki itu angkat telefonnya kejap. Bila Ekmal
keluarkan telefon selepas bagi signal sekejap pada Zulaikha. Laju Thia dail
nombor itu.
“Awak!”
“Ermm...”
“Saya balik dulu.” Beritahu Thia.
“Tunggu kejap. Nanti saya hantar balik. Dah
nak habis.”
“It’s
okay. Tadi saya terserempak kawan dekat majlis ni. Rumah pun dekat dengan
rumah saya. Saya ikut dia baliknya. Tau banyak lagi awak nak bincang dengan cik
Zulaikha awak tu.” Tipu Thia. Banyaklah kawan kau Thia oi!
Ekmal memandang kawannya yang turut
pegang telefon memandangnya dari tepi dinding itu. “Tapi...”
“Jangan risau. Dia datang seorang tadi.”
Pintas Thia.
Ekmal mengalah. “Sampai rumah nanti call saya.” Arah Ekmal. Serba salah pula
sebab dia yang bawa Thia tapi Thia balik dulu seorang diri. Tapi dia tak habis lagi sesi curhat (curahan hati) dengan Zulaikha
sekarang ni. Ekmal nak habiskan semuanya sekali malam ni. Mungkin ini kali
terakhir dia akan berjumpa dengan Zulaikha. Lepas ni tutup buku cerita pasal
mereka.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Thia yang berbaring membalas pandangan
Zarul yang memandangnya tepat pada anak mata. Dia baru saja ditenangkan oleh
ibu tirinya. Mata Thia ditutup rapat. Dia berpaling dari terus berbalas
pandangan dengan Zarul. Bagai dicarik hatinya memandang lelaki itu.
terngiang-ngiang suara Zarul menghina emaknya. Mata Thia rapatkan sekuat hati.
Hampir gila dia bila teringatkan penderitaannya. Cukuplah. Cukuplah dia
dianggap kotor oleh lelaki itu. Bila Zarul menghina keturunannya. Itu sudah
melampau!
“Suruh dia pergi. Nur tak nak tengok dia.”
Lemah suara Thia yang berpaling dari memandang pintu wad. Dia tidak mahu lagi
melihat lelaki itu.
“Apa Nur cakap? tu Zarul sayang. Suami
Nur...” pujuk Shahirah yang pelik bila Nur suruh suami keluar dari bilik itu.
“Tidak bu.. tidak... dia dah ceraikan
Nur. Dia bukan lagi suami Nur. Nur tak nak tengok dia bu. Nur tak nak...” Thia
geleng kepala berkali-kali. Wajah ibu tirinya dipandang. Ingatan Thia kembali
pada arwah emaknya. Air mta Thia yang ditahan mengalir lagi.
“Astaghfirullah.” Mengucap Shahirah
dengar. Anaknya sekarang bergelar janda. Dilihat suaminya juga seolah terkejut
dengan pengakuan Thia. Mama Ekmal pula sudah teresak-esak menangis
mendengarnya.
“Sayang... ampunkan abang... maafkan
abang...” Zarul geleng kepala berkali-kali. Dia tidak mahu penceraian ini.
Tidak! Zarul tidak impikan begini perpisahan mereka. Dia berjalan mendekati
katil Thia. Terluka hati Zarul bila Thia berpaling dari memandangnya. Tapi
itulah yang dia patut hadapi atas penderitaan yang dialami oleh Thia selama
ini.
“Pergi... pergi... bu tolong Nur bu...
Nur tak nak tengok muka dia. Mal! Tolong saya halau dia Mal. Saya tak nak...
saya tak nak... Abang Fiy tolong Thia..” teresak-esak Thia merayu agar bawa
Zarul pergi dari situ. Jiwanya terseksa. Thia meramas rambut yang ditutupi oleh
selendangnya. Emosinya kembali terganggu bila semua tidak berganjak untuk
menghalau Zarul pergi.
“Sayang... sayang ibu. Mengucap nak...
mengucap...” pujuk Shahirah.
“Halau dia bu... halau dia. Dia hina
arwah mak bu. Nur tak boleh terima dia. Dia kata mak perampas... Arwah mak
bukan perampas... Nur yang perampas... Nur yang hina. Bukan arwah mak. Menangis
arwah dalam kubur bu...” Thia merintih lagi. Badannya mencengkung. Dia memeluk
diri kerana tidak tahan dengan penderitaan yang dia alami.
Makin kuat tangisan Shahirah. Tak sangka
menantunya menuduh arwah madunya sebagai perampas. Besar pengorbanan arwah pada
dia terutamanya.
“Pergilah Zarul... aku tak nak Thia
terluka lagi. Kau pergilah.” Wardah yang tidak tahan menahan sebak menghalau
Zarul pergi dari situ. Tambah terseksa kawannya jika Zarul terus berada di
situ.
“Sayang.” Baru terluah panggilan sayang
dari mulut Zarul. Selama ini tiada langsung dari panggilan mesra buat isteri
yang dianggap orang ketiga dalam hubungannya bersama Aqila. Melutut Zarul
meminta maaf. Tapi kata maaf tersekat dari tekaknya. Terseksa jiwanya melihat
keadaan Thia sekarang ini.
Thia terkup telingannya. Dia tidak mahu
dengar suara Zarul. “Pergi... pergi...” rayu Thia lagi. Dia tidak larat untuk
menjerit. Hanya suara kecil saja yang tidak henti-henti merayu agar Zarul pergi
dari situ.
“Bawa dia pergi... Nur tak nak tengok
dia... halau dia...” rayu Thia. Shahirah terus memeluk Thia. Tidak tahan lagi
dia melihat Thia yang tidak henti-henti merayu. Tolonglah... sesiapa bawa Zarul
pergi. Dia tidak sanggup lagi lihat keadaan Thia begini.
Sayu hati Ekmal melihat kawan baiknya
terseksa sedemikian. Zarul harus keluar dari bilik itu agar Thia tidak
mengalami tekanan perasaan. Dia mendekati Zarul yang yang melutut depan katil
Thia. tidak guna lagi Zarul merayu dan melutut. Thia tidak akan mungkin
berpaling semula memandangnya selepas apa yang dia alami sekarang ni.
“Zarul... tinggalkan dia. Jangan paksa
Thia lagi. Hati Thia cukup terluka. Emosi dia terganggu sekarang ni.” Thia baru
saja kehilangan anaknya, suami pula telah ceraikan dia. Ekmal harap sangat
Zarul beri kerja sama sekarang ini. Dia tidak teragak-agak heret Zarul keluar
jika lelaki itu tetap berkeras.
Zarul memandang Ekmal yang tenang saja
menyuruh dia pergi. Badan Thia yang baring membelakangnya dipandang. Zarul
kesat air mata. Dia akur. Thia tidak mungkin akan maafkan dia sekarang ini.
perlahan langkahnya keluar dari wad Thia.
“Bu... dia hina anak Nur bu. Dia tak
terima anak Nur bu. Dia kata ini bukan anak dia. Kesian anak Nur bu. Dia tidak
berdosa. Papa dia tak terima dia bu... Apa salah dia bu..."
memang sedih la kalau zarul wat nur macam tu....good luck siapkan editan mss ni dear..
ReplyDeleteCepat2 siapkan cite ni yer...xsabar nk baca
ReplyDeleteomg y dia kawin jugak dgn zarul.. benci nyerrrr what happen to ekmal? bff? uwaaaa mcm xbley nk terima
ReplyDelete