Sunday, September 28, 2014

Photography : Bagaikan puteri


seni bina Pullman dekat Putrajaya macam istana beb.. Perasaan princess kejap time pergi jemput orang dkt sini. sempat lagi klik-klik kamera kejap. hahaha. kbye

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Saturday, September 20, 2014

Review : BLOG Mak Wafa Awesome!!

Assalamualaikum peeps!



Atas ketiadaan kerja dengan perut yang terlebih kenyang lepas belasah pizza domino, Faz n Wafa pun dengan malasnya pergi blogging dan usha  Aunty Ruby (mak wafa). Sampai kecur liur tengok blog aunty tau! semua nampak sedap. memang sedap pun. aunty masak memang awesome! *tabik spring* hee~

So Faz nak promote blog aunty ruby ni dengan korang. Sesiapa rasa nak makan sedap-sedap boleh la godek-godek blog aunty ya.

Dalam tu bukan sekadar lauk-lauk, nasi atau resepi mi saja ada... pelbagai resepi kek, cupcake, puding, agar-agar, masakan tradisional sampai ke western pun ada. Aunty Ruby selalu share resepi-resepi terbaru dia dalam blog.

Korang tengok gambar-gambar resepi dekat bawah ni... ni yang faz randomly ambil dari blog sebab cantik. Kalau nak tengok jenguk la blog aunty Ruby  KLIK ni -> [ KayuManisKorner563 ]






Dah tengok?! mesti kecur liur kan? hahaha... wafa sampai nak balik rumah tengok gambar-gambar masakan mak dia. Boleh lapar balik tengok pelbagai jenis makanan dalam tu. So korang rajin-rajin la tengok dalam tu ye.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Thursday, September 18, 2014

Diari : Ke Merbok ke Kita -[ Le Tour De IMSA UiTM Merbok]


Assalamualaikum peeps!


last week faz ke UiTM Merbok dengan member club buat projek dekat sana. buat collaboration dengan budak BLIBS [Bachelor of Library Science]. best! pengalaman. 1st time pergi Kedah actually. hahaha~ sebelum ni area utara cuma pergi Perak sajalah. Baru tau gak dapat nampak view Gunung Jerai dari UiTM merbok. lawa! serious lawa...



Tengok gambar budak kuruih tu breakfast somewhere dekat RNR last week. kemain kuhsyuk lagi tak sedar member tangkap gambar. hahaha... tak ingat RNR mana tapi time ni otw ke kedah tu la. Faz letak kamera atas meja time tu rasanya. Dia duk ambil gambar orang. Faz biro multimedia. so kamera and buat2 poster tu tak boleh lepas la. tapi ni pun biar kandid okay dah for me. godek-godek folder gambar le tour ni untuk update gambar tapi gambar selfie cuma ada empat je. hahaha.. sian faz.




Gambar ramai2 dengan member BLIBS.


gambar ahli-ahli IMSA bersama penasihat yang ke UiTM Merbok... =)




Gambar yang ni paling comel! le girls... =) yang ni faz edit sikit bagi terang dan nampak awan biru.. aceceh~ sebab time tu mendung. malam sampai ke subuh tu hujan lebat. so awan agak gelap sikit pagi tu.


Gambar last ni paling tak boleh blah... budak-budak ni minta faz ambil kan gambar area sini... Faz pun sibuk-sibuklah lepas tangkap gambar diorang nak jugak minta gambarkan sebab view tempat tu cantik. kena pula tengah sunset... lepas tu faz tanya la kenapa ambil gambar sini. rupanya sebab belakang tu Gunung Jerai. lol me.. tak tahu!! hahaha.. tapi cantiklah. kena lagi tengah sunset kan..


Dan biasalah. setiap kali dalam perjalanan jauh. novel tak boleh tinggal. waktu ke Merbok Faz khatam baca Aa+Bb biarpun dah berkali-kali baca. kebetulan tu je novel yang faz bawa balik kolej hari tu. nasib on the way balik Puncak Perdana. kami ada singgah kejap. dapatlah tangkap baca Temu Janji Cinta. kemain baca kau hahhh~ tapi sebab balik tu dah malam terpaksa la tahan hati nak sambung sebab gelap. sampai rumah tengah malam buta bukannya tidur! sambung lagi baca. hahaha.. =P
okaylah bubbbuuuuyyyeeee ~





Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Saturday, September 6, 2014

Sneak Peak : Bukan Orang Ketiga (3 parts : Thia)


Muka Surat 515 : BAB 49

“Okay tak?” Thia keluar dari biliknya.
‘Pengasuh’ tidak berbayar untuk jaga anak-anaknya malam ini dipandang. Lepas tahu Thia nak keluar dengan Ekmal malam ni. Berbesar hati budak dua ni nak tolong tengokkan anaknya.
Hana dan Wardah terpegun. “Oh my... Thia you are so damn gorgeos. Hot! Posing sikit.”
Tersenyum lebar Thia dengar. Sebelah tangan dia diangkat sedikit.  Dia pose ala-ala model sikit. Puas hati Thia dengan pilihan dress dia malam ini. Dia dan Ekmal yang pilih baju ini untuknya. Moden dan labuh!
“Mak aih! Mama hot kan sayang? Janda hot meletop you. Ni Ekmal pula pakai baju purple or pink?” Hana tanya pendapat Mira. Mira laju mengangguk.
Of course pink!.” tergelak Thia memikirkannya. Dia sendiri tidak sabar hendak tengok Ekmal pakai baju warna merah jambu. Dia yang suruh. Ekmal macam biasalah. Tiada hal punya!
“Cantik tak?” tanya Thia lagi. Beberapa gaya dibuat.
“Cantik sangat!” puji Hana dan Wardah serentak.
Wardah bangun dari duduk. Baju Thia dipegang. “Ni kalau kak Ton tengok. Menangis!”
“Bukan kak Ton. Tapi Zul brutal tu...” balas Thia lalu tergelak besar. Tak sabar nak mulakan agenda hari ini. Mesti Zulaikha terkejut nampak dia dan Ekmal datang majlis tu malam ni.
Hana tergelak kuat. Terbayang wajah Zulaikha yang dapat mandat ‘Zul brutal’ dari Thia itu. “Zul brutal tu confirm automatik jadi Zul ayu... Menangis tengok kau dan Ekmal. Tapikan Thia... Zarul ada tak malam ni? Zul brutal tu kan sepupu kak Qila...”
Thia terus terdiam.
“Hah! Tu baru teringatlah tu...” cebik Wardah.
“Tak apa-apa... tak apa. Dia datang lagi bagus. Boleh aku cuci mata.” Kata Thia selamba. Beberapa keping gambarnya diambil guna kamera telefon.
“Thia!!!” jerit Hana dan Wardah serentak. Kalau nak lupakan bekas suaminya. Tapi ada hati juga nak cuci mata! Apalah Thia ni. Nekad sekadar di mulut. Buatnya tidak!
Syyhhh! Raihan terbangun nanti! Apalah kau orang ni. Jangan risau. Kalau Zarul tu datang sekali pun. Biar dia buka mata tu sikit... Aku memang dah boleh agak benda tu. Biarlah dia... aku pun tak nak pedulikan dia lagi.”
“Hah! Yang tu aku sokong!” Terangkat-angkat tangan Hana menyokong.
Mata Wardah mencerlung tengok Hana yang sokong ayat Thia tu.
What?! Betul apa. Aku pun suka sangat tu. Biar Zarul tu buka mata sikit. Tak payahlah nak over sangat bencikan Thia. Ingat teman wanita dia tu perfect sangat? Huh! Menyampah aku. Jodoh tu rahsia Allah... bercinta bagai nak rak pun tak semestinya jodoh kita.”
Wardah sudah tergeleng. Malas nak berdebat lebih-lebih. Tambah pula si Hana murai menyokong Thia.  Buat penat air liur aje. “Tak faham aku dengan minah ni... Janji aku tak sabar nak tengok Ekmal. Mesti dia handsomekan. Oh My!! Dia tu sporting gila nak pakai warna pink. Boyfriend aku haram...”
“Betul tu. Danial tu lagi. Nasib baiklah aku sayang dia...” sokong Hana.
Thia sekadar tersenyum. Bunyi hon kereta menarik perhatian mereka. “Okay muggles... Aku rasa Ekmal dah datang. Wish me luck!” Thia tarik nafas dalam. Mereka berlaga pipi. Kemudian hidung Mira dicium kasih, Asha awal lagi dah terlena atas katil.
Hana, Wardah dan Mira ikut dari belakang. Sibuk nak tengok Ekmal la tu.
“Jaga Raihan tau...” pesan Thia sebelum keluar rumah.




------------------------------------------------------------------------------------------------------


Muka Surat 527 : BAB 51
Thia mengintai Ekmal yang sedang bercakap dengan Zulaikha. Serba salah dia nak panggil Ekmal sekarang ni. Takut kacau daun. Nampak macam tengah bincang benda penting sahaja. Nampaknya majlis malam ni bukan sekadar majlis biasa. Ia perjumpaan beberapa pasangan yang tengah bincangkan masalah bersama bekas ‘tupperware’ masing-masing.
Thia tengok jam ditangannya. Nampak gayanya macam dia kena balik seorang saja ni. dah lewat sangat. Ekmal dan Zulaikha pun seperti tiada tanda nak habis berbincang lagi. Thia panjangkan lehernya disebalik dinding itu. oh mak! Kantoi bila Ekmal perasaan dia tengah mengintai.
Nakal Thia kerdip mata pada lelaki itu. Ekmal tersenyum sedikit. Padahal tengah ‘serious conversation’ dengan Zulaikha. Thia ni saja nak kacau diakan!
Jemari runcing tangan kanan Thia diletakkan berdekatan telinga sambil buat bentuk telefon. Sebelah tangan pula tunjuk pada telefon Ekmal. Tanda suruh lelaki itu angkat telefonnya kejap. Bila Ekmal keluarkan telefon selepas bagi signal sekejap pada Zulaikha. Laju Thia dail nombor itu.
“Awak!”
Ermm...
“Saya balik dulu.” Beritahu Thia.
“Tunggu kejap. Nanti saya hantar balik. Dah nak habis.”
It’s okay. Tadi saya terserempak kawan dekat majlis ni. Rumah pun dekat dengan rumah saya. Saya ikut dia baliknya. Tau banyak lagi awak nak bincang dengan cik Zulaikha awak tu.” Tipu Thia. Banyaklah kawan kau Thia oi!
Ekmal memandang kawannya yang turut pegang telefon memandangnya dari tepi dinding itu. “Tapi...”
“Jangan risau. Dia datang seorang tadi.” Pintas Thia.
Ekmal mengalah. “Sampai rumah nanti call saya.” Arah Ekmal. Serba salah pula sebab dia yang bawa Thia tapi Thia balik dulu seorang diri. Tapi dia tak habis lagi sesi curhat (curahan hati) dengan Zulaikha sekarang ni. Ekmal nak habiskan semuanya sekali malam ni. Mungkin ini kali terakhir dia akan berjumpa dengan Zulaikha. Lepas ni tutup buku cerita pasal mereka.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Thia yang berbaring membalas pandangan Zarul yang memandangnya tepat pada anak mata. Dia baru saja ditenangkan oleh ibu tirinya. Mata Thia ditutup rapat. Dia berpaling dari terus berbalas pandangan dengan Zarul. Bagai dicarik hatinya memandang lelaki itu. terngiang-ngiang suara Zarul menghina emaknya. Mata Thia rapatkan sekuat hati. Hampir gila dia bila teringatkan penderitaannya. Cukuplah. Cukuplah dia dianggap kotor oleh lelaki itu. Bila Zarul menghina keturunannya. Itu sudah melampau!
“Suruh dia pergi. Nur tak nak tengok dia.” Lemah suara Thia yang berpaling dari memandang pintu wad. Dia tidak mahu lagi melihat lelaki itu.
“Apa Nur cakap? tu Zarul sayang. Suami Nur...” pujuk Shahirah yang pelik bila Nur suruh suami keluar dari bilik itu.
“Tidak bu.. tidak... dia dah ceraikan Nur. Dia bukan lagi suami Nur. Nur tak nak tengok dia bu. Nur tak nak...” Thia geleng kepala berkali-kali. Wajah ibu tirinya dipandang. Ingatan Thia kembali pada arwah emaknya. Air mta Thia yang ditahan mengalir lagi.
“Astaghfirullah.” Mengucap Shahirah dengar. Anaknya sekarang bergelar janda. Dilihat suaminya juga seolah terkejut dengan pengakuan Thia. Mama Ekmal pula sudah teresak-esak menangis mendengarnya.
“Sayang... ampunkan abang... maafkan abang...” Zarul geleng kepala berkali-kali. Dia tidak mahu penceraian ini. Tidak! Zarul tidak impikan begini perpisahan mereka. Dia berjalan mendekati katil Thia. Terluka hati Zarul bila Thia berpaling dari memandangnya. Tapi itulah yang dia patut hadapi atas penderitaan yang dialami oleh Thia selama ini.
“Pergi... pergi... bu tolong Nur bu... Nur tak nak tengok muka dia. Mal! Tolong saya halau dia Mal. Saya tak nak... saya tak nak... Abang Fiy tolong Thia..” teresak-esak Thia merayu agar bawa Zarul pergi dari situ. Jiwanya terseksa. Thia meramas rambut yang ditutupi oleh selendangnya. Emosinya kembali terganggu bila semua tidak berganjak untuk menghalau Zarul pergi.
“Sayang... sayang ibu. Mengucap nak... mengucap...” pujuk Shahirah.
“Halau dia bu... halau dia. Dia hina arwah mak bu. Nur tak boleh terima dia. Dia kata mak perampas... Arwah mak bukan perampas... Nur yang perampas... Nur yang hina. Bukan arwah mak. Menangis arwah dalam kubur bu...” Thia merintih lagi. Badannya mencengkung. Dia memeluk diri kerana tidak tahan dengan penderitaan yang dia alami.
Makin kuat tangisan Shahirah. Tak sangka menantunya menuduh arwah madunya sebagai perampas. Besar pengorbanan arwah pada dia terutamanya.
“Pergilah Zarul... aku tak nak Thia terluka lagi. Kau pergilah.” Wardah yang tidak tahan menahan sebak menghalau Zarul pergi dari situ. Tambah terseksa kawannya jika Zarul terus berada di situ.
“Sayang.” Baru terluah panggilan sayang dari mulut Zarul. Selama ini tiada langsung dari panggilan mesra buat isteri yang dianggap orang ketiga dalam hubungannya bersama Aqila. Melutut Zarul meminta maaf. Tapi kata maaf tersekat dari tekaknya. Terseksa jiwanya melihat keadaan Thia sekarang ini.
Thia terkup telingannya. Dia tidak mahu dengar suara Zarul. “Pergi... pergi...” rayu Thia lagi. Dia tidak larat untuk menjerit. Hanya suara kecil saja yang tidak henti-henti merayu agar Zarul pergi dari situ.
“Bawa dia pergi... Nur tak nak tengok dia... halau dia...” rayu Thia. Shahirah terus memeluk Thia. Tidak tahan lagi dia melihat Thia yang tidak henti-henti merayu. Tolonglah... sesiapa bawa Zarul pergi. Dia tidak sanggup lagi lihat keadaan Thia begini.
Sayu hati Ekmal melihat kawan baiknya terseksa sedemikian. Zarul harus keluar dari bilik itu agar Thia tidak mengalami tekanan perasaan. Dia mendekati Zarul yang yang melutut depan katil Thia. tidak guna lagi Zarul merayu dan melutut. Thia tidak akan mungkin berpaling semula memandangnya selepas apa yang dia alami sekarang ni.
“Zarul... tinggalkan dia. Jangan paksa Thia lagi. Hati Thia cukup terluka. Emosi dia terganggu sekarang ni.” Thia baru saja kehilangan anaknya, suami pula telah ceraikan dia. Ekmal harap sangat Zarul beri kerja sama sekarang ini. Dia tidak teragak-agak heret Zarul keluar jika lelaki itu tetap berkeras.
Zarul memandang Ekmal yang tenang saja menyuruh dia pergi. Badan Thia yang baring membelakangnya dipandang. Zarul kesat air mata. Dia akur. Thia tidak mungkin akan maafkan dia sekarang ini. perlahan langkahnya keluar dari wad Thia.
“Bu... dia hina anak Nur bu. Dia tak terima anak Nur bu. Dia kata ini bukan anak dia. Kesian anak Nur bu. Dia tidak berdosa. Papa dia tak terima dia bu... Apa salah dia bu..."


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Thursday, September 4, 2014

Diari : Kerja tak pandai habis



Assalamualaikum peeps...

cuti tinggal dua hari (Lebih kurang) sebab sabtu dah fly balik LD-KK, KK-KL. Duh~ Goin to have a very longgg day dekat airport sebelum sampai puncak perdana. And yet lots of my worksss taraaaa pandai siap-siap. banyak sangat! kinda busy mood dah datang menyerang. all because of you! no you but you hah haa...  i mean procrastination la! its killin' me okay.

sekarang tengah hadap sony vegas. dengan semangatnya lepas tu bumi Lahad Datu disimbah hujan yang kuat seperti memahami kehendak mata aku yang semakin kuyu menghadap manuskrip dari pagi tadi sampai petang. ikut plan malam nak buat video la. mak aii... nasib banner, poster, cover semua yg perlukan bantuan ADOBE PHOTOSHOP daku dah siapkan dua/ tiga minggu lepas. so tak ku hadap photoshop itu untuk minggu ini. 

time nak siapkan video malam ni 100%. hujan la pulak. -,-''
so yahh.. goin to sleep now. bye2 komputer. daku nak rehat sebentar. midnight baru bangun hadap kau (itupun kalau terbangun la... haha..) Again!! procrastination~ hahaha.. kbye.

doakan saya mimpi prince charming malam ni. hahaha.. sweet dream.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Monday, September 1, 2014

Review






BLOG :

  1.  KayuManisKorner563





BUKU/ NOVEL : 




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!