Thursday, March 6, 2014

Bukan Orang Ketiga bab 22 (Last Entry)

“Main apa sayang?” tanya Ekmal. Lama tidak join Thia main video  games. Dia ambil tempat atas katil bersebelahan dengan kekasihnya. Beg sandang diletak tepi.
Thia yang kusyuk tembak sana sini menoleh seketika.  “Dota.”
Butang pause ditekan, joystick diletak atas pahanya. Ekmal sebelah dipandang. “Thanks Mal sebab tinggalkan laptop dan joystick awak. Tak adalah bosan sangat duduk dalam ni.” Thia tahu mesti Ekmal yang tinggalkan beg berisi komputer riba dan joystick sebelah katilnya. Kalau dia tahu lebih awal tadi, tidaklah dia asyik mengelamun saja. Sekurangnya ada juga benda dia buat. Ekmal pun satu! Tinggal komputer tapi tidak beritahu... kalau hilangkan sendiri juga susah.
Most welcome. Sekurangnya dapat hilangkan stress awak sikit.”
Mereka berbalas senyuman, Thia kembali memegang  joystick. Satu lagi wayar joystick dicucuk sebelum diserahkan kepada Ekmal. Main berdua! Ekmal selamba saja sambut dan ikut serta permainan Thia.
Diam. Tekun mereka berdua main.
 “Untuk pengetahuan awak... This is the only one legal place, where I can kill those annoying people. Terima kasih Mal sebab tinggalkan komputer awak. Macam tahu saja saya rasa nak bunuh orang sekarang ni.” Thia kembali bersuara tanpa menoleh memandang Ekmal.
Ekmal tersenyum kecil tapi turut sama memandang komputer sambil bersuara. “Sekarang siapa yang awak dah bunuh?” dia pun layan saja perangai Thia.
“Setakat ni beberapa juta bayangan Zarul!”
Ekmal terus tergelak dengar ayat Thia yang penuh kegeraman itu . Mesti ada seseuatu berlaku antara Zarul dan Thia. Lama telinganya tidak dengar perkataan Zarul keluar dari mulut Thia. Sejak mereka berdua sah sebagai kekasih.
“Tak nak cerita?” soalnya. Lembut suara itu yang buatkan jemari Thia berhenti menekan joystick.
Ekmal sebelah dipandang sekilas. Buang pause ditekan lagi. Lelaki itu turut buat benda yang sama. Mereka menghadap satu sama lain. “Mal... saya nak nangis je. Tak nak cerita dulu. Boleh?”
Sebaik saja Ekmal mengangguk. Berjujuran air mata Thia. Bersungguh-sungguh dia menangis. Seperti air takungan pecah, boleh buat curah dalam empangan. Buat ekstra air setiap kali musim kemarau.
Atas kepada Thia diusap lembut. Kusut sedikit tudung bawal yang Thia pakai. Ekmal senyum. Tapi langsung tidak sinis sepeti Zarul. Senyuman Ekmal penuh kelembutan dan kasih sayang.
Lama Ekmal biar Thia menangis. Bila suara tangisan Thia semakin perlahan barulah dia bersuara. “Nasib baik saya bawa ni.” Kotak coklat Pepero dikeluarkan dari beg sandang Ekmal. Kemudian terus dikoyak. Plastik dalam kotak hijau itu dikeluarkan lalu dia buka dengan berhati-hati. Ekmal lantas menyua plastik berisi biskut disalut kacang dan coklat itu pada Thia.
Tiada ucapan dari bibir Thia selain satu senyuman kecil terukir. Ekmal dipandang. Air mata masih lagi mengalir. Tapi tidak lagi menangis sampai meraung seperti mula-mula tadi.
Sebatang biskut ditarik. Ekmal terus saja menyuap masuk ke dalam mulut Thia. Antara mahu atau tidak Thia kena juga makan sampai lumat. “Biar coklat cairkan kemarahan awak sedikit demi sedikit.” Tak payah makan, dengar ayat Ekmal pun boleh buat kemarahan Thia reda secara mendadak.
Dalam nafas ditarik. Thia pejam mata seketika.  Mata dibuka lalu dia terus pandang anak mata Ekmal yang merenungnya. “Tadi Zarul datang... dia nak ambil Asha, Mira dan Raihan dari saya... Macam mana ni Mal? Dia nak rebut hak penjagaan tu. Malah dia lagi cepat bertindak dari saya? Tolong saya Mal... tolong saya...”
Bukan sekadar muka. Siap dengan muka Thia kusut fikirkan Zarul. Tiba-tiba buat perangai pula.
“Insya-Allah. Saya sentiasa bantu awak. Sekarang awak perlu tenang dan jangan tunjuk yang awak terlalu lemah depan Zarul. Show him... buktikan dengan dia yang awak boleh hidup tanpa dia. Awakkan ibu susuan Raihan, pangkat hampir sama dengan ibu kandung. Rasanya itu dapat bantu awak dalam perbicaraan untuk perebutan tu. Bila awak betul-betul sihat kita akan usahakan perkara ini sama-sama. ”
Thia mengangguk. Kata-kata Ekmal itu sudah lama disemat dalam hati. Sebab itulah Thia tidak mahu menangis depan Zarul. Dia tidak sanggup diperlekehkan lagi.  “Terima kasih Mal. Lama saya tunggu awak datang... rehat cukup tak di rumah tadi?”
“Cukup. Pengsan saya. Sampai mama yang kejutkan tadi.” Tersengih-sengih Ekmal menjawab. Penat dan mengantuk sampai tidur tak ingat siang dan malam. Berapa hari tidak cukup tidur. Sekali terlelap terus lena.
Mama Ekmal pun siap mengusik. ‘Mimpi berkahwin dengan Thia ke sampai tidur pun terlena habis.’
Thia ambil lagi satu biskut Pepero masuk ke dalam mulutnya. Sedap! Rangup, lemak dan manis.  “Eloklah tu. Tidur dan rehat secukupnya.”
“Awak pun sama. Esok baru dapat keluar. Jadi ambil kesempatan ni rehat secukupnya.”
“Tak boleh balik hari ni juga ke? Saya risaukan Raihan...”
“Jangan risau. Hana telefon saya tadi siap pesan kejap lagi dia datang bawa sekali Raihan.” Beritahu Ekmal.
“Mal... ingat lagi lamaran awak?”
Ekmal menaganguk.
“Err... Saya dah fikirkan lamaran awak. Kita kahwin. Awak janji akan gantikan perasaan sayang saya pada awak kepada perasaan cintakan?” pinta Thia.
Ekmal senyum mengangguk. “Saya janji Thia. Kita sama-sama ubah perasaan sayang antara satu sama lain itu kepada perasaan cinta.”
“Saya tak sanggup nak simpan perasaan ini. Saya nak buang. Buang buat selamanya. Kalau saya kahwin. Saya mesti patuh pada suami saya... tidak lagi simpan perasaan pada Zarul... lelaki itu selalu buat hati saya sakit. Menangis... Saya janji Mal. Saya akan terus menerus berusaha untuk semai cinta saya pada awak. Saya percaya, kita dapat jadi seperti ibu dan ayah...”
‘Sayang tempah bahagia, cinta hanya derita.’ Luahan yang Thia tidak mampu suarakan. Sayang saya pada awak sentiasa buat hati saya berbunga, bahagia seperti dalam taman bahagia. Cinta saya? Derita tiada penghujung...
Syssh... stop talking about him... Saya sayang awak. Jangan risau...” pujuk Ekmal.
Lembut tangan Ekmal mengusap kepala Thia. “Dalam tiga bulan ni. kita buat persiapan untuk jadi isteri dan suami. Saya nyaris lupa beritahu awak. Papa setuju awak cuti tanpa gaji. Mulai esok. Saya akan cari pekerja sementara kontrak untuk tiga bulan. Mungkin kak Raihanah yang akan carikan.
“Cepat macam tu sekali?” bulat mata Thia pandang Ekmal.
“Kalau ikutkan papa, dia nak awak berhenti kerja saja terus lepas kahwin pun tak payah kerja. Tapi big sorry my love... saya susah nak kerja dengan orang lain selain awak. Bolehkan kerja lepas kahwin?”
“Boleh je... ” plastik Pepero diambil. Satu batang disuap ke mulutnya. Satu lagi Thia suapkan Ekmal. Lelaki itu siap ngangga mulut lagi.
“Nak sambung main.” Ekmal ambil joysticknya semula.
Plastik Pepero di letak tengah mereka. Thia turut ambil joystick yang diguna olehnya tadi. “Main lain pula. Bosan main yang ni.”
“Bola nak?” cadang Ekmal.
Kepala Thia mengangguk. “Tapi janganlah kalahkan saya. Awak pura-pura kalah pula kali ni.” Puppy face ditayang. Kalau lawan Need For Speed atau  tu boleh lagi dia menang, tapi main bola ni lembab sikit otak Thia. Epik betul Need For Speed itu. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah boring main walaupun zaman kegemilang berkurun lalu.
Ekmal tersenyum sambil mencari permainan bola dalam komputer ribanya. “Mana boleh. Hidup kenalah berusaha.” Banyaklah usaha awak dalam main permainan video ni Mal! Loyar buruk pula dia. balas Thia dalam hati. Setiap kali lawan, Ekmal mana pernah bagi peluang dia menang.
Part permainan video ni, failed sikit Ekmal nak jadi gentlemen.’ Kutuk Thia lagi.
“Banyak gambar dalam tu. Saya godek-godek sikit. Awak ni rupa tengok macam bapa budak. Tapi masih lagi tengok kartun. Ingatkan lepas study dulu dah berhenti juga layan semua ni...” dulu tahap kartun Ekmal masuk tahap parah. Suka tengok kartun-kartun jepun. Siap minta tolong Thia rekakan beberapa kartun animasi menggunakan aplikasi Adobe Illustrator, kemudian dia buat video kartun sendiri.
“Bosan-bosan tu sekali sekala saya tengok juga. Tapi tak sekerap macam dululah...” butang start ditekan selepas memilih pasukan masing-masing, Thia dan Ekmal terus mulakan permainan. Ekmal siap memperbetulkan duduknya supaya selesa hendak bermain.
Terbaring Thia lepas tamat permainan yang keempat. “Kalah lagi...”
Stress! Sikit lagi dia boleh menang. Ekmal memangkan.. Tidak gentleman langsung nak main. Malas Thia hendak sambung main lagi. Borak lagi bagus. Dia duduk balik. Tak sopan langsung baring. Lebih-lebih lagi sebelah lelaki duduk atas katilnya. Jari-jari disilangkan, kemudian Thia panjangkan tangan ke depan. Merenggangkan urat-urat yang lenguh selepas puas tekan butang-butang pada joystick tadi. Ibu jari yang sakit kemudiannya diurut perlahan.
Ekmal pula steady saja lepas main. Biasa main setiap malam. Setakat empat permainan itu cukup untuk senaman jari. Biskut coklat Pepero mereka pun sudah habis waktu permainan kedua. Khusyuk sangat main sambil makan. Rasa seperti zaman belajar dulu. Terasa diri semakin tua pula.
Komputer riba Ekmal sudah pun dimatikan. Tunggu sejuk sikit baru masukkan ke dalam beg. “Nak makan tak? Saya pergi belikan makanan?”
Geleng kepala. “Tak perlu. Kenyang makan coklat.”
Jeda. Senyap seketika. Tidak tahu hendak bual apa lagi. “Mal bosan tak?”
Ekmal pandang Thia. “Jawapan sedapkan hati. Okay je. Jawapan jujur. Bosan.” Jawapnya tersengih. Sengal Ekmal! Sempat lagi main-main.
“Okayyy.... nampak tahap kebosanannya tu.” Panjang okay Thia, dalam maksudnya.
Dia bersuara lagi. “Bila kaki pulih nanti. Jalan-jalan nak? tapi tak tahu bila lagi pulihnya.”
“Nak ke mana?”
“Legoland okay tak?”
“Bawa budak-budak?”
Thia angguk. Mestilah bawa budaklah. Boleh kata syurga bagi kanak-kanak sana. Thia sudah mulai terbayangkan pintu gerbang Legoland. Bergambar bersama Ekmal dan budak-budak. Mira dan Asha dengan gaun merah jambu yang baru dibelinya beberapa hari lepas.
“Boleh. Bawa Humaira sakali.” Ajak Ekmal. Tidak akan dilupakan juga ‘anak sulung’ kesayangan Ekmal tu. Humaira pun jumpa sejak mula sekolah ni. Intan yang jemput Mira dan Humaira balik sekolah jadi hendak bertemu pun tidak sempat, Mira pula disinggahkan ke rumah ibu Thia saja.
 Sekali lagi Thia mengangguk dengan senyuman melebar. Tak sabar! Nak berjoli puas-puas dalam air.
“Ni bukan budak-budak yang excited. Mama budak pula terlebih lebar senyuman.” Ejek Ekmal melihat keterujaan Thia untuk pergi Legoland.
“Eh mestilah. Dulu kecil-kecil tiada tau... bila dah besar panjang ni pula la baru wujudnya tempat tu. Ada pun longgokan lego adik Thia tu je di rumah. Itupun Thia siap berebut nak main.”
“Dulu kecil mesti nakalkan?”
“Mula-mula tu tak juga. Depressed sikit lepas arwah mak meninggal. Adik beradik kandung pula tiada, semua adik beradik tiri. Mula kepala imagine yang bukan-bukan. Takut ibu bertukar jadi ibu tiri Cinderella lepas arwah mak meninggal.”
“Kuat sangat pengaruh Fairytale awak tu...” Adakah patut bayangkan ibu tirinya sampai macam tu sekali?
“Budak perempuan. Normallah sayang...” selamba saja Thia membalas. Kisah dongeng memang sudah terbiasa, hampir setiap malam arwah maknya bagi bedtime stories. Thia simpan lagi buku-buku ceritanya dulu.
“Lepas tu apa jadi?”
“Memberontak. Hampir tiga tahun zaman kejahilan, pemberontakkan sampai pernah sekali ibu pengsan tengok rupa saya. Rambut pendek siap warna merah menyala. Ayah siap kena tekanan darah tinggi. Sikit-sikit marah. Bila ayah marah mulalah saya keluar malam tak balik-balik.”
Berkerut seribu dahi Ekmal dengar. “Tak balik? Habis tu awak tinggal mana?”
“Mana-mana surau atau masjid. Tapi ayah ingatkan saya tinggal rumah kawan atau ikut mana-mana lelaki.”
“Sampai macam tu sekali?” Riak Ekmal makin teruja ingin tahu kisah Thia. Fikirnya Thia memang jenis taat pada ibu bapa. Budak baik sepanjang masa. Kalau Thia tidak ceritakan, sampai sekarang difikir lain.
“Terukkan? Sampailah satu hari, saya sedar... Epik sikit waktu tu. Sampai sekarang saya tak lupa...”
“Assalamualaikum!!!” pintu bilik tiba-tiba terkuak. Hana, Intan, Ara, Wardah bukan main lagi main redah. Empat suara bergabung memberi salam.
Intan yang mengendong Raihan terus bagi bayi tersebut pada Thia. “Pergi dengan mama. Rindu sangat dengan kau tu. Nasib budak ni tak cerewet.” Sempat lagi Intan membebel waktu serahkan Raihan. Yang lain turut mengerumuni katil Thia.
“Nanti saya sambung...” bisik Thia di telinga Ekmal.
Ekmal senyum dan mengangguk. Faham jika itu rahsia Thia. Kepala Raihan diusapnya seperti biasa.
“Amboi kau orang berdua. Transparent agaknya kami nikan...” Perli Ara dengan cara berseloroh tapi cukup pedas dan tajam. Yang lain mula mengekek dan senyum kambing gurun dengar sesi ‘lecture’ percuma dari Ara. Ara ni versi wanita melayu terakhir sikit.
‘Adat dan adab ialah buku manual harian. Handbook untuk jadi manusia yang bertamadun. Islam pula petunjuk kepada kehidupan yang lebih baik, manusia yang diredhai, manusia yang dekat dengan Allah.’ Sampai sekarang, Thia tanam dalam kepala motto yang Ara pegang itu.
“Saya balik dulu. Hana dan yang lain pun dah sampai. Kalau ada apa-apa. Just call me.” Pesan Ekmal. Dia pun hendak sambung berehat. Datang pun sebab risaukan dan ingin temankan Thia yang keseorangan dalam wad sementara menanti Hana datang.
“Laptop awak terus bawalah. Thanks bagi guna. Kirim salam dengan mak cik dan pak cik.” Kalau lama sikit komputer Ekmal yang penuh dengan permainan video itu dengan Thia. Tergugat imannya hendak buat kerja. Kerja menghadap permainan video saja sepanjang malam ni nanti.
Ekmal berdiri. Dahi Raihan sempat dikucup. “Baiklah...”
“Mal. Thia keluar esok pagi jam 8 kan?” sempat Hana menyoal.
Ekmal mengangguk. Hana yang menyoal dipandang sekilas sambil pakai beg sandang ke belakangnya.
“Aku terus hantar dia la esok pagi. Kau balik rumah ibu kau kan?” mata Hana meleret pada Thia pula.
“A’ah.” Ringkas jawapan Thia. Ibu memang siap pesan suruh balik rumah sementara kaki Thia berbalut. Nak jalan pun payah macam mana nak jaga budak-budak tu. Harapkan Hana, Hana pun kena kerja juga.
“Kalau kau nak jumpa Thia esok terus pergi rumah ibu Thia la esok eh... tak payah ulang alik hospital.”
Pesanan Hana disambut dengan anggukan. “Bye semua. Assalamualaikum.” Salam Ekmal sebelum keluar.
“Darah panas Thia, syaitan sana sini. Jangan lupa. Susah-susah ikut langkah aku. Kahwin aje terus... Bukan sekadar bisik di telinga Ekmal. Gigit telinga dia pun boleh.” Hana, Ara dan Thia terus tutup telinga. Geli!
Thia tergelak saja tengok tiga kawannya yang sudah tutup telinga. Mak dara seorang ni. Mulut tiada tapis. Gangguan seksual sungguh.
“Kau jangan nak mula al-kisah selepas kahwin dengan kami. Kami ni anak-anak dara pingitan tau. Suci telinga dan jiwa.” Thia siap buat ayat novel lagi. Melankolik.
“Eloklah tu. Ambil ikhtibar dari aku” yang awal menimba pengalaman ni.” tidak habis dengan pengalaman Intan tu. Masih lagi mempertahankan teorinya.
Raihan mula merengek. Mungkin menarik perhatian bila mamanya terleka berbual. Bibir sekecil bergerak sedikit. “Dia lapar tu. Bagi susu dulu. Ibu kau pesan sejak balik tadi dia Cuma minum susu tepung dan susu perah kau aje. Tak elok bayi kecil minum susu tepung Thia.” bebel Intan.
“Aku tahu. Darurat. Terpaksalah. Takkan aku nak dia tinggal sekali dengan aku dalam wad ni. Lupa nak tanya. Kenapa Asha dan Mira tak ikut sekali? Ibu aku tak bagi ke?”
Wardah pandang Hana pelik. Soalan Thia disambut dengan soalan. “Bukan kau bagi budak dua tu ikut Zarul ke?” tanya Wardah.
“Zarul?”
Wardah mengangguk. “Tadi lelaki tu datang rumah, kata nak ambil Asha dan Mira tinggal dengannya seminggu dua ni sementara kau masih sakit. Tapi aku kata budak dua tu ada di rumah mak kau. Jadi kami terus pergi rumah ibu kau, lagipun nak ambil Raihan. Dia pun follow kami dari belakang.” Hana menerangkan serba sedikit situasi bila Zarul datang ke rumah ambil Asha dan Mira.
“Habis tu kau bagi budak dua tu?” berdebar-debar Thia menanti jawapan dari Hana. Bila kawannya mengangguk. Jantung Thia seolah berhenti berdenyut seketika. Ya Allah Zarul... kenapa awak sanggup buat saya macam ni? rintih hatinya.
Wardah yang terlebih awal mengesan riak wajah Thia menyoal. “Kau okay ke beb?”
“Hah? Ah... ya... okay. Jadi barang keperluan budak dua tu. Kau bagi ke?” tanya Thia lagi. Air mata cuba ditahan walaupun dia tidak mampu mengawal riak kecewanya. Nanti banyak pula soal kawan-kawannya terutama Wardah. Baju sekolah dan pakaian Mira, baju Asha, susu mereka. Lengkap ke? Tahukah Zarul menjaga dua orang puteri itu?
“Bagi. Intan siap bagi alamat tadika Mira lagi sebab Zarul tanya mana sekolah Mira.” Pedih hati Thia dengar. Sebal dan sakit hati dengan tindakan Zarul. Seolah lelaki itu ingin membuang Thia dari hidup Asha dan Mira. Raihan mungkin dapat diterima lagi sebab bayi itu masih menyusu badan dengan Thia.
Ara dan yang lain pandang satu sama lain. Tahu Thia seolah menyimpan satu rahia, dapat mengesan riak wajah Thia yang berubah.
“Kau ada masalah dengan pak cik budak-budak tu ke?” soal Ara lembut.
Keluhan kecil dihembus. “Takde... aku risau aje. Takut dia susah nak layan budak dua tu. Kerja dia pun tak menentu. Ikut shift. Nanti tak terjaga pula budak dua tu.” Antara perkara yang merunsingkan Thia menjadi alasannya. Pekerjaan Zarul tidak menentu. Dia pasti tentang jadual kerja Zarul yang ikut shift itu. Kalau lelaki itu kerja malam, siapa yang akan jaga Asha dan Mira? Hatinya terus tidak tenang fikirkan dua beradik itu.
“Kau jangan risaulah. Aku yakin dia dah arrange waktu kerja dia tu...” sekurangnya ayat Ara itu menyedapkan hati Thia yang serabut.
Hujung bibir ditarik. Mempamerkan senyuman paksa. Entah kenapa hati Thia tiba-tiba dibisik untuk ‘mengajar’ Zarul.

Last entry, terima kasih sebab rajin baca n komen. =)
Assalamualaikum n bye2.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

6 comments:

  1. x mahu lah ikmal dengan org lain nak dengan thia juga biar kan zarul tu poyo aje.

    ReplyDelete
  2. ala sedihnya dah last entry kat blog...all the best siapkan mss. kjadikan thia wanita yang kuat. biar zarul yang terhegeh2 balik kat thia...biar padan muka zarul yang kerek tu. ala ekmal akan jumpa ratu hatinya sedihnya....nanti ekmal yg charming ngan thia jd milik orang lain

    ReplyDelete
  3. Wuuu sedihnya dh stop cni . Cepat2 ye siapkan. lepas ni tunggu cerpen la pulak hehe -c

    ReplyDelete
  4. mal dgn pekerja kontrak tu......jatuh cinta

    ReplyDelete
  5. memang terbaekkk...(^^,)

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)