“Main apa sayang?”
tanya Ekmal. Lama tidak join Thia
main video games. Dia ambil tempat atas katil bersebelahan dengan kekasihnya.
Beg sandang diletak tepi.
Thia yang kusyuk tembak sana sini
menoleh seketika. “Dota.”
Butang pause ditekan, joystick diletak atas pahanya. Ekmal sebelah
dipandang. “Thanks Mal sebab
tinggalkan laptop dan joystick awak. Tak adalah bosan sangat duduk dalam ni.”
Thia tahu mesti Ekmal yang tinggalkan beg berisi komputer riba dan joystick
sebelah katilnya. Kalau dia tahu lebih awal tadi, tidaklah dia asyik mengelamun
saja. Sekurangnya ada juga benda dia buat. Ekmal pun satu! Tinggal komputer
tapi tidak beritahu... kalau hilangkan sendiri juga susah.
“Most
welcome. Sekurangnya dapat hilangkan stress awak sikit.”
Mereka berbalas senyuman, Thia kembali memegang joystick.
Satu lagi wayar joystick dicucuk
sebelum diserahkan kepada Ekmal. Main berdua! Ekmal selamba saja sambut dan
ikut serta permainan Thia.
Diam. Tekun mereka berdua main.
“Untuk
pengetahuan awak... This is the only one
legal place, where I can kill those annoying people. Terima kasih Mal sebab
tinggalkan komputer awak. Macam tahu saja saya rasa nak bunuh orang
sekarang ni.” Thia kembali bersuara tanpa menoleh memandang Ekmal.
Ekmal tersenyum kecil tapi turut sama
memandang komputer sambil bersuara. “Sekarang siapa yang awak dah bunuh?” dia
pun layan saja perangai Thia.
“Setakat ni beberapa juta bayangan
Zarul!”
Ekmal terus tergelak dengar ayat Thia
yang penuh kegeraman itu . Mesti ada seseuatu berlaku antara Zarul dan Thia. Lama
telinganya tidak dengar perkataan Zarul keluar dari mulut Thia. Sejak mereka
berdua sah sebagai kekasih.
“Tak nak cerita?” soalnya. Lembut suara
itu yang buatkan jemari Thia berhenti menekan joystick.
Ekmal sebelah dipandang sekilas. Buang pause ditekan lagi. Lelaki itu turut
buat benda yang sama. Mereka menghadap satu sama lain. “Mal... saya nak nangis
je. Tak nak cerita dulu. Boleh?”
Sebaik saja Ekmal mengangguk. Berjujuran
air mata Thia. Bersungguh-sungguh dia menangis. Seperti air takungan pecah, boleh
buat curah dalam empangan. Buat ekstra air setiap kali musim kemarau.
Atas kepada Thia
diusap lembut. Kusut sedikit tudung bawal yang Thia pakai. Ekmal senyum. Tapi
langsung tidak sinis sepeti Zarul. Senyuman Ekmal penuh kelembutan dan kasih
sayang.
Lama Ekmal biar
Thia menangis. Bila suara tangisan Thia semakin perlahan barulah dia bersuara. “Nasib
baik saya bawa ni.” Kotak coklat Pepero dikeluarkan dari beg sandang Ekmal. Kemudian
terus dikoyak. Plastik dalam kotak hijau itu dikeluarkan lalu dia buka dengan
berhati-hati. Ekmal lantas menyua plastik berisi biskut disalut kacang dan
coklat itu pada Thia.
Tiada ucapan dari
bibir Thia selain satu senyuman kecil terukir. Ekmal dipandang. Air mata masih
lagi mengalir. Tapi tidak lagi menangis sampai meraung seperti mula-mula tadi.
Sebatang biskut
ditarik. Ekmal terus saja menyuap masuk ke dalam mulut Thia. Antara mahu atau
tidak Thia kena juga makan sampai lumat. “Biar coklat cairkan kemarahan awak
sedikit demi sedikit.” Tak payah makan, dengar ayat Ekmal pun boleh buat
kemarahan Thia reda secara mendadak.
Dalam nafas
ditarik. Thia pejam mata seketika. Mata
dibuka lalu dia terus pandang anak mata Ekmal yang merenungnya. “Tadi Zarul
datang... dia nak ambil Asha, Mira dan Raihan dari saya... Macam mana ni Mal?
Dia nak rebut hak penjagaan tu. Malah dia lagi cepat bertindak dari saya?
Tolong saya Mal... tolong saya...”
Bukan sekadar
muka. Siap dengan muka Thia kusut fikirkan Zarul. Tiba-tiba buat perangai pula.
“Insya-Allah. Saya
sentiasa bantu awak. Sekarang awak perlu tenang dan jangan tunjuk yang awak
terlalu lemah depan Zarul. Show him... buktikan
dengan dia yang awak boleh hidup tanpa dia. Awakkan ibu susuan Raihan, pangkat
hampir sama dengan ibu kandung. Rasanya itu dapat bantu awak dalam perbicaraan
untuk perebutan tu. Bila awak betul-betul sihat kita akan usahakan perkara ini
sama-sama. ”
Thia mengangguk.
Kata-kata Ekmal itu sudah lama disemat dalam hati. Sebab itulah Thia tidak mahu
menangis depan Zarul. Dia tidak sanggup diperlekehkan lagi. “Terima kasih Mal. Lama saya tunggu awak
datang... rehat cukup tak di rumah tadi?”
“Cukup. Pengsan
saya. Sampai mama yang kejutkan tadi.” Tersengih-sengih Ekmal menjawab. Penat
dan mengantuk sampai tidur tak ingat siang dan malam. Berapa hari tidak cukup
tidur. Sekali terlelap terus lena.
Mama Ekmal pun
siap mengusik. ‘Mimpi berkahwin dengan Thia ke sampai tidur pun terlena habis.’
Thia ambil lagi satu
biskut Pepero masuk ke dalam mulutnya. Sedap! Rangup, lemak dan manis. “Eloklah tu. Tidur dan rehat secukupnya.”
“Awak pun sama.
Esok baru dapat keluar. Jadi ambil kesempatan ni rehat secukupnya.”
“Tak boleh balik
hari ni juga ke? Saya risaukan Raihan...”
“Jangan risau.
Hana telefon saya tadi siap pesan kejap lagi dia datang bawa sekali Raihan.”
Beritahu Ekmal.
“Mal... ingat lagi
lamaran awak?”
Ekmal menaganguk.
“Err... Saya
dah fikirkan lamaran awak. Kita kahwin. Awak janji akan gantikan perasaan
sayang saya pada awak kepada perasaan cintakan?” pinta Thia.
Ekmal
senyum mengangguk. “Saya janji Thia. Kita sama-sama ubah perasaan sayang antara
satu sama lain itu kepada perasaan cinta.”
“Saya
tak sanggup nak simpan perasaan ini. Saya nak buang. Buang buat selamanya.
Kalau saya kahwin. Saya mesti patuh pada suami saya... tidak lagi simpan
perasaan pada Zarul... lelaki itu selalu buat hati saya sakit. Menangis... Saya
janji Mal. Saya akan terus menerus berusaha untuk semai cinta saya pada awak. Saya
percaya, kita dapat jadi seperti ibu dan ayah...”
‘Sayang
tempah bahagia, cinta hanya derita.’ Luahan yang Thia tidak mampu suarakan.
Sayang saya pada awak sentiasa buat hati saya berbunga, bahagia seperti dalam
taman bahagia. Cinta saya? Derita tiada penghujung...
“Syssh... stop talking about him... Saya
sayang awak. Jangan risau...” pujuk Ekmal.
Lembut
tangan Ekmal mengusap kepala Thia. “Dalam tiga bulan ni. kita buat persiapan
untuk jadi isteri dan suami. Saya nyaris lupa beritahu awak. Papa setuju awak
cuti tanpa gaji. Mulai esok. Saya akan cari pekerja sementara kontrak untuk
tiga bulan. Mungkin kak Raihanah yang akan carikan.
“Cepat
macam tu sekali?” bulat mata Thia pandang Ekmal.
“Kalau
ikutkan papa, dia nak awak berhenti kerja saja terus lepas kahwin pun tak payah
kerja. Tapi big sorry my love... saya
susah nak kerja dengan orang lain selain awak. Bolehkan kerja lepas kahwin?”
“Boleh
je... ” plastik Pepero diambil. Satu batang disuap ke mulutnya. Satu lagi Thia
suapkan Ekmal. Lelaki itu siap ngangga mulut lagi.
“Nak
sambung main.” Ekmal ambil joysticknya semula.
Plastik
Pepero di letak tengah mereka. Thia turut ambil joystick yang diguna olehnya
tadi. “Main lain pula. Bosan main yang ni.”
“Bola
nak?” cadang Ekmal.
Kepala
Thia mengangguk. “Tapi janganlah kalahkan saya. Awak pura-pura kalah pula kali
ni.” Puppy face ditayang. Kalau lawan
Need For Speed atau tu boleh lagi dia menang, tapi main bola ni
lembab sikit otak Thia. Epik betul Need
For Speed itu. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah boring main walaupun
zaman kegemilang berkurun lalu.
Ekmal tersenyum
sambil mencari permainan bola dalam komputer ribanya. “Mana boleh. Hidup
kenalah berusaha.” Banyaklah usaha awak dalam main permainan video ni Mal!
Loyar buruk pula dia. balas Thia dalam hati. Setiap kali lawan, Ekmal mana
pernah bagi peluang dia menang.
‘Part permainan video ni, failed sikit Ekmal nak jadi gentlemen.’ Kutuk Thia lagi.
“Banyak gambar
dalam tu. Saya godek-godek sikit. Awak ni rupa tengok macam bapa budak. Tapi
masih lagi tengok kartun. Ingatkan lepas study
dulu dah berhenti juga layan semua ni...” dulu tahap kartun Ekmal masuk tahap
parah. Suka tengok kartun-kartun jepun. Siap minta tolong Thia rekakan beberapa
kartun animasi menggunakan aplikasi Adobe Illustrator, kemudian dia buat video
kartun sendiri.
“Bosan-bosan tu
sekali sekala saya tengok juga. Tapi tak sekerap macam dululah...” butang start ditekan selepas memilih pasukan
masing-masing, Thia dan Ekmal terus mulakan permainan. Ekmal siap
memperbetulkan duduknya supaya selesa hendak bermain.
Terbaring Thia
lepas tamat permainan yang keempat. “Kalah lagi...”
Stress! Sikit lagi
dia boleh menang. Ekmal memangkan.. Tidak gentleman
langsung nak main. Malas Thia hendak sambung main lagi. Borak lagi bagus. Dia
duduk balik. Tak sopan langsung baring. Lebih-lebih lagi sebelah lelaki duduk
atas katilnya. Jari-jari disilangkan, kemudian Thia panjangkan tangan ke depan.
Merenggangkan urat-urat yang lenguh selepas puas tekan butang-butang pada joystick tadi. Ibu jari yang sakit
kemudiannya diurut perlahan.
Ekmal pula steady saja lepas main. Biasa main
setiap malam. Setakat empat permainan itu cukup untuk senaman jari. Biskut coklat
Pepero mereka pun sudah habis waktu permainan kedua. Khusyuk sangat main sambil
makan. Rasa seperti zaman belajar dulu. Terasa diri semakin tua pula.
Komputer riba
Ekmal sudah pun dimatikan. Tunggu sejuk sikit baru masukkan ke dalam beg. “Nak
makan tak? Saya pergi belikan makanan?”
Geleng kepala.
“Tak perlu. Kenyang makan coklat.”
Jeda. Senyap
seketika. Tidak tahu hendak bual apa lagi. “Mal bosan tak?”
Ekmal pandang
Thia. “Jawapan sedapkan hati. Okay je. Jawapan jujur. Bosan.” Jawapnya
tersengih. Sengal Ekmal! Sempat lagi main-main.
“Okayyy.... nampak
tahap kebosanannya tu.” Panjang okay Thia, dalam maksudnya.
Dia bersuara lagi.
“Bila kaki pulih nanti. Jalan-jalan nak? tapi tak tahu bila lagi pulihnya.”
“Nak ke mana?”
“Legoland okay tak?”
“Bawa budak-budak?”
Thia angguk.
Mestilah bawa budaklah. Boleh kata syurga bagi kanak-kanak sana. Thia sudah
mulai terbayangkan pintu gerbang Legoland. Bergambar bersama Ekmal dan
budak-budak. Mira dan Asha dengan gaun merah jambu yang baru dibelinya beberapa
hari lepas.
“Boleh. Bawa
Humaira sakali.” Ajak Ekmal. Tidak akan dilupakan juga ‘anak sulung’ kesayangan
Ekmal tu. Humaira pun jumpa sejak mula sekolah ni. Intan yang jemput Mira dan
Humaira balik sekolah jadi hendak bertemu pun tidak sempat, Mira pula
disinggahkan ke rumah ibu Thia saja.
Sekali lagi Thia mengangguk dengan senyuman
melebar. Tak sabar! Nak berjoli puas-puas dalam air.
“Ni bukan
budak-budak yang excited. Mama budak pula terlebih lebar senyuman.” Ejek Ekmal
melihat keterujaan Thia untuk pergi Legoland.
“Eh mestilah. Dulu
kecil-kecil tiada tau... bila dah besar panjang ni pula la baru wujudnya tempat
tu. Ada pun longgokan lego adik Thia tu je di rumah. Itupun Thia siap berebut
nak main.”
“Dulu kecil mesti
nakalkan?”
“Mula-mula tu tak
juga. Depressed sikit lepas arwah mak
meninggal. Adik beradik kandung pula tiada, semua adik beradik tiri. Mula
kepala imagine yang bukan-bukan.
Takut ibu bertukar jadi ibu tiri Cinderella lepas arwah mak meninggal.”
“Kuat sangat
pengaruh Fairytale awak tu...” Adakah patut bayangkan ibu tirinya sampai macam
tu sekali?
“Budak perempuan.
Normallah sayang...” selamba saja Thia membalas. Kisah dongeng memang sudah
terbiasa, hampir setiap malam arwah maknya bagi bedtime stories. Thia simpan lagi buku-buku ceritanya dulu.
“Lepas tu apa
jadi?”
“Memberontak.
Hampir tiga tahun zaman kejahilan, pemberontakkan sampai pernah sekali ibu
pengsan tengok rupa saya. Rambut pendek siap warna merah menyala. Ayah siap
kena tekanan darah tinggi. Sikit-sikit marah. Bila ayah marah mulalah saya
keluar malam tak balik-balik.”
Berkerut seribu
dahi Ekmal dengar. “Tak balik? Habis tu awak tinggal mana?”
“Mana-mana surau
atau masjid. Tapi ayah ingatkan saya tinggal rumah kawan atau ikut mana-mana
lelaki.”
“Sampai macam tu
sekali?” Riak Ekmal makin teruja ingin tahu kisah Thia. Fikirnya Thia memang
jenis taat pada ibu bapa. Budak baik sepanjang masa. Kalau Thia tidak
ceritakan, sampai sekarang difikir lain.
“Terukkan?
Sampailah satu hari, saya sedar... Epik sikit waktu tu. Sampai sekarang saya
tak lupa...”
“Assalamualaikum!!!”
pintu bilik tiba-tiba terkuak. Hana, Intan, Ara, Wardah bukan main lagi main
redah. Empat suara bergabung memberi salam.
Intan yang
mengendong Raihan terus bagi bayi tersebut pada Thia. “Pergi dengan mama. Rindu
sangat dengan kau tu. Nasib budak ni tak cerewet.” Sempat lagi Intan membebel
waktu serahkan Raihan. Yang lain turut mengerumuni katil Thia.
“Nanti saya
sambung...” bisik Thia di telinga Ekmal.
Ekmal senyum dan mengangguk.
Faham jika itu rahsia Thia. Kepala Raihan diusapnya seperti biasa.
“Amboi kau orang
berdua. Transparent agaknya kami
nikan...” Perli Ara dengan cara berseloroh tapi cukup pedas dan tajam. Yang
lain mula mengekek dan senyum kambing gurun dengar sesi ‘lecture’ percuma dari Ara. Ara ni versi wanita melayu terakhir
sikit.
‘Adat dan adab
ialah buku manual harian. Handbook
untuk jadi manusia yang bertamadun. Islam pula petunjuk kepada kehidupan yang
lebih baik, manusia yang diredhai, manusia yang dekat dengan Allah.’ Sampai
sekarang, Thia tanam dalam kepala motto yang Ara pegang itu.
“Saya balik dulu.
Hana dan yang lain pun dah sampai. Kalau ada apa-apa. Just call me.” Pesan Ekmal. Dia pun hendak sambung berehat. Datang
pun sebab risaukan dan ingin temankan Thia yang keseorangan dalam wad sementara
menanti Hana datang.
“Laptop awak terus
bawalah. Thanks bagi guna. Kirim salam
dengan mak cik dan pak cik.” Kalau lama sikit komputer Ekmal yang penuh dengan permainan video itu dengan Thia. Tergugat imannya
hendak buat kerja. Kerja menghadap permainan video saja sepanjang malam ni
nanti.
Ekmal berdiri.
Dahi Raihan sempat dikucup. “Baiklah...”
“Mal. Thia keluar
esok pagi jam 8 kan?” sempat Hana menyoal.
Ekmal mengangguk.
Hana yang menyoal dipandang sekilas sambil pakai beg sandang ke belakangnya.
“Aku terus hantar
dia la esok pagi. Kau balik rumah ibu kau kan?” mata Hana meleret pada Thia
pula.
“A’ah.” Ringkas
jawapan Thia. Ibu memang siap pesan suruh balik rumah sementara kaki Thia
berbalut. Nak jalan pun payah macam mana nak jaga budak-budak tu. Harapkan
Hana, Hana pun kena kerja juga.
“Kalau kau nak
jumpa Thia esok terus pergi rumah ibu Thia la esok eh... tak payah ulang alik
hospital.”
Pesanan Hana
disambut dengan anggukan. “Bye semua.
Assalamualaikum.” Salam Ekmal sebelum keluar.
“Darah panas Thia,
syaitan sana sini. Jangan lupa. Susah-susah ikut langkah aku. Kahwin aje
terus... Bukan sekadar bisik di telinga Ekmal. Gigit telinga dia pun boleh.”
Hana, Ara dan Thia terus tutup telinga. Geli!
Thia tergelak saja
tengok tiga kawannya yang sudah tutup telinga. Mak dara seorang ni. Mulut tiada
tapis. Gangguan seksual sungguh.
“Kau jangan nak
mula al-kisah selepas kahwin dengan kami. Kami ni anak-anak dara pingitan tau.
Suci telinga dan jiwa.” Thia siap buat ayat novel lagi. Melankolik.
“Eloklah tu. Ambil
ikhtibar dari aku” yang awal menimba pengalaman ni.” tidak habis dengan
pengalaman Intan tu. Masih lagi mempertahankan teorinya.
Raihan mula
merengek. Mungkin menarik perhatian bila mamanya terleka berbual. Bibir sekecil
bergerak sedikit. “Dia lapar tu. Bagi susu dulu. Ibu kau pesan sejak balik tadi
dia Cuma minum susu tepung dan susu perah kau aje. Tak elok bayi kecil minum
susu tepung Thia.” bebel Intan.
“Aku tahu.
Darurat. Terpaksalah. Takkan aku nak dia tinggal sekali dengan aku dalam wad
ni. Lupa nak tanya. Kenapa Asha dan Mira tak ikut sekali? Ibu aku tak bagi ke?”
Wardah pandang
Hana pelik. Soalan Thia disambut dengan soalan. “Bukan kau bagi budak dua tu
ikut Zarul ke?” tanya Wardah.
“Zarul?”
Wardah mengangguk.
“Tadi lelaki tu datang rumah, kata nak ambil Asha dan Mira tinggal dengannya
seminggu dua ni sementara kau masih sakit. Tapi aku kata budak dua tu ada di
rumah mak kau. Jadi kami terus pergi rumah ibu kau, lagipun nak ambil Raihan.
Dia pun follow kami dari belakang.”
Hana menerangkan serba sedikit situasi bila Zarul datang ke rumah ambil Asha
dan Mira.
“Habis tu kau bagi
budak dua tu?” berdebar-debar Thia menanti jawapan dari Hana. Bila kawannya
mengangguk. Jantung Thia seolah berhenti berdenyut seketika. Ya Allah Zarul...
kenapa awak sanggup buat saya macam ni? rintih hatinya.
Wardah yang
terlebih awal mengesan riak wajah Thia menyoal. “Kau okay ke beb?”
“Hah? Ah... ya...
okay. Jadi barang keperluan budak dua tu. Kau bagi ke?” tanya Thia lagi. Air
mata cuba ditahan walaupun dia tidak mampu mengawal riak kecewanya. Nanti
banyak pula soal kawan-kawannya terutama Wardah. Baju sekolah dan pakaian Mira,
baju Asha, susu mereka. Lengkap ke? Tahukah Zarul menjaga dua orang puteri itu?
“Bagi. Intan siap
bagi alamat tadika Mira lagi sebab Zarul tanya mana sekolah Mira.” Pedih hati
Thia dengar. Sebal dan sakit hati dengan tindakan Zarul. Seolah lelaki itu
ingin membuang Thia dari hidup Asha dan Mira. Raihan mungkin dapat diterima
lagi sebab bayi itu masih menyusu badan dengan Thia.
Ara dan yang lain
pandang satu sama lain. Tahu Thia seolah menyimpan satu rahia, dapat mengesan
riak wajah Thia yang berubah.
“Kau ada masalah
dengan pak cik budak-budak tu ke?” soal Ara lembut.
Keluhan kecil
dihembus. “Takde... aku risau aje. Takut dia susah nak layan budak dua tu.
Kerja dia pun tak menentu. Ikut shift.
Nanti tak terjaga pula budak dua tu.” Antara perkara yang merunsingkan Thia
menjadi alasannya. Pekerjaan Zarul tidak menentu. Dia pasti tentang jadual
kerja Zarul yang ikut shift itu.
Kalau lelaki itu kerja malam, siapa yang akan jaga Asha dan Mira? Hatinya terus
tidak tenang fikirkan dua beradik itu.
“Kau jangan
risaulah. Aku yakin dia dah arrange
waktu kerja dia tu...” sekurangnya ayat Ara itu menyedapkan hati Thia yang
serabut.
Hujung bibir
ditarik. Mempamerkan senyuman paksa. Entah kenapa hati Thia tiba-tiba dibisik
untuk ‘mengajar’ Zarul.
Last entry, terima kasih sebab rajin baca n komen. =)
Assalamualaikum n bye2.
Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!