“Ku mohon kepadamu… Duhai dewiku. Maafkanlah…oh
maafkan aku… Ku tahu kau terluka. Ku tahu kau terseksa… tapi tak berdaya
memilih kau dan dia…” suara sumbang abang Ayman tidak pandai penat bernyanyi.
Aku sendiri pula yang naik bosan. Tahi telinga ni cukup cair dengar dia
bernyanyi tadi. Orang putus cintalah katakan. Karok habis! Hampir tiga jam
sudah aku menanti abang yang tidak habis-habis meluah perasaan melalui lagu.
Sudah tu dia seorang saja yang menyanyi. Aku
dibiarkan saja terconggok disini temankan dia. Tidak lupa juga si teman baik
abang yang tidak bosan-bosan menemani. Tidak bosan apanya? Sudahlah datang
lambat. Lepas tu selamba saja layan telefon mahal dia tu dari tadi sampai
sekarang. Layan awek dia la tu!
Tidak kerja
ke Farid ni? Kalau abang jangan cakaplah. Gara-gara putus tunang ambil cuti
seminggu! Parah betul!
Aku menguap lagi. Entah yang ke berapa kalinya aku
sendiri pun tidak pasti. Mengantuk aku dengar lagu-lagu jiwang ‘berlaukkan’
suara sumbang abang aku dari tadi. Kalau suara tu best macam suara Anuar Zain takpe juga. Ni tak ubah macam beruk
terlepas dari hutan saja bunyinya. Pitching
lari sana sini. Tempo entah dari mana nak ke mana. Ceh! Aku ni terlebih perasan
jadi pengkritik la pulak!
“Abang Farid…” panggilku.
“Abang Farid!!” jeritku. Pekak ke apa mamat ni?
Sudahlah suara abang aku melalak tahap terkeluar anak tekak.
“Hah? Ya. Ada apa?” soalnya. Earphone dicabut. Patutlah selamba saja dari tadi dengar suara
abang melalak. Rupanya dengar lagu dari telefonnya.
“Ainan nak tidur. Nanti bila beruk seorang ni habis
layan karok. Kejutkan Ainan tau.” Arahku. Nanti diorang tinggalkan pula aku di
sini. Kan kes naya pulak!
“Erm… tidurlah.” Jawab Farid.
Aku tunggu apa lagi. Terus ambil port cantik di sofa panjang. Farid
sambung pasang earphone. Rasanya dia
sendiri pun tidak sanggup layan suara sumbang abang aku tu! Ajak orang karaoke
tapi yang melalak dari tadi dia seorang saja. Tension aku! Ingatkan dapatlah
lepas gian bernyanyi sementelah ada orang sponsor tapi hampeh! Lagipun aku ni
pergi karaoke dengan abang aje baru dapat green
light dari mak. Kalau dengan kawan memang mak tak benarkan! Padahal aku dah
besar panjang pun. Sudah selamat bergelar guru pun. Huhu…
Aku tidak tahu macam mana aku boleh terlena tidur
dalam bilik karaoke yang bising dengan suara abang. Bila sedar diorang dah nak
berambus pun. Nasib baik aku tersedar bila keadaan tiba-tiba sunyi. Apa punya
manusialah mereka ni. Lupa aku yang terlelap menunggu dari tadi. Selamba saja
nak keluar lepas penat melalak.
Apa tunggu lagi? Mogoklah! Aku langsung enggan
senyum pada seorang pun. Tunjuk protes beb!
“Makan je Farid. Tak payah nak layan sangat adik aku
tu. Lapar nanti makanlah dia tu.” Selamba saja abang Ayman kata macam tu. Huhu…
terguris hati seketika.
“Aku tak kisah pun. Lapar tak lapar bukannya perut
aku pun.” Balas Farid dengan selambatnya makan char kueh tiaw yang masih
berasap. Aku telan air liur seketika. Sedapnya pulak!
“Bak sini… order yang lain. Ni Ainan nak makan!” aku
dengan selamba merembat makanan char kueh tiaw abang Farid..
Ceh! Tipu je… manalah aku berani. Mahunya tujuh
keturunan mak bapak aku malu. Aku rembat nasi goreng tom yam abang Ayman je
sebenarnya.
“Bertuah punya adik! Abang mandrem tersedak nasi tu
baru tahu. Belajar aje tinggi. Tiada kesopanan dan kesusilaan langsung!” Amboi
abang sampai mandrem adik comel mu ini. Huhu…
Mak aih! Agaknya berapa kilo lada si chef ni letak.
Pedas nak mampus! Aku sos cili pun dah berhingus…
Huk… huk… huk… tersedak! Ni mesti berkat ‘doa’ abang
Ayman.
Tanganku segera mencapai gelas yang dihulurkan.
Abang Ayman bukan reti nak tolong ke apa. Sibuk pulak buat ‘ceramah’ ringkas
kat aku. “Padan muka! Itulah padahnya kurang ajar pada orang yang lebih
berusia…”
Cis! Ayat tu memang aku dah agak dah! Tagline dia tu memang tak lari punya.
Padahal dia tua dua tahun je dari aku. Sajalah tu… dengki.
Aku terpandang pada gelas Neslo yang selamat masuk
ke dalam anak tekak aku. Aik? Sejak bila Jus Oren bertukar warna… mak! Ini air
yang abang Farid order tadi. Aku terus pandang abang Farid. Dia selamba badak
aje pulun char kueh tiaw tu… jeles pulak aku dengan char kueh tiaw tu. Dulu aku
pernah juga syok dengan si tunggul seorang ni. Siapa lagi kalau bukan Encik
Farid bin Ahmad Haikal yang sedang enak makan char keuh tiaw dia tu…
Biasalah… zaman ‘jahiliah’ sekolah menengah. Ada
hati dengan ketua pengawas sekolah. Alah! Abang Farid la!… Abang Ayman aku geng
keras dengan Abang Farid. Seorang ketua pengawas sekolah, seorang pula bajet
Ketua Pengawas Perpustakaan. Okay tipu! Abang Ayman memang Ketua Pengawas
Perpustakaan. Dia ni hantu buku sikit. Sampai sekarang dia menjawat jawatan Cataloger di Perpustakaan Negara. Dia
kata biar sentiasa dekat dengan buku…
Eh… dah jauh melencong pulak! Aku kan nak cerita
pasal abang Farid tadi. Haiyoo~ nak dipendekkan cerita. Aku tidaklah cinta
tahap frust dengan abang Farid. Ala! Cinta gitu-gitu je… cinta monyet! Aku pun
sedar diri jugak. Tak kan nak tangkap cinta dengan budak famous. Lebih-lebih
lagi si tunggul ni. Lagipun aku tahu abang Farid dah ada awek. Meletops gitu!
Alah! Macam mana aku tak tahu. Adakah patut si Farid dan si Ayman ni rancang
nak nikah hari yang sama… geng keras betul! Tapi nampaknya tidak kesampaianlah
niat diorang. Sebab abang Ayman dah putus tunang.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi dengusan yang agak
kuat.
Kalah dengusan Bos javanicus a.k.a tembadau di
hutan. Kalau tak tahu tembadau ataupun dalam bahasa inggeris dikenali sebagai
Banteng silalah menggunakan sepenuhnya alat komunikasi yang semakin canggih
untuk google spesis tembadau ni ye…
Kita
sambung cerita balik…
Aku
mengalihkan pandangan pada si tuan punya badan. Abang Ayman juga turut tertarik
pada dengusan abang Farid.
“Kau
dah kenapa Farid?” laju je Abang Ayman menyoal. Iyalah… mesti orang rasa pelik!
Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba mendengus macam tak cukup nafas!
Abang
Farid tidak ambil peduli. Dia terus berdiri ke arah sebuah meja. Membulat mata
aku dan abang Ayman melihat satu adegan yang agak panas. Kak Aina (tunang abang Farid) dan mamat orang
putih celop sedang sakan berasmaradana…
Kami
adik beradik sibuk jugaklah tengok wayang percuma. Kemain Kak Yana menangis
bagai nak rak lagi. Siap melutut-lutut minta ampun. Mamat celop tu pulak blurr gila. Kesian juga
aku tengok. Mungkin memang orang putih, sebab tu tak faham… dah la percuma
dapat tumbukan lelaki melayu terakhir aku. Ceh! Perasanlah tu! Sejak bila abang
Farid tu aku punya lelaki melayu terakhir. Haha!
Nampaknya
bertambah lagi manusia yang mengalami tahap kesedihan melampau lepas ni. Elok
sangatlah! Kan rancang nak kahwin tarikh sama. Sekarang dua-dua tak jadi
kahwin. Padahal tarikh dah dekat…
Tunang
abang aku tiba-tiba tak dapat lupakan bekas ‘tupperware’ dia yang datang
menagih kasih. Lepas tu minta putus dengan abang aku. Kononnya cintanya pada si
bekas kekasih itu tidak pernah padam. Pigidahhh… abang aku sepuluh kali lagi
handsome dari mamat bekas ‘tupperware’ tu. Tunang si abang Farid ni pulak buat
onar! Sanggup mencemarkan cinta abang Farid. Tak sedar diri tu dah nak kena
sarung cincin nikah!
Aku
kaku di muka pintu. Patutlah banyak kereta tersadai depan rumah aku.
Rupa-rupanya ada mesyuarat tergempar sedang berlaku di ruang tamu rumah. Usai
memberi salam aku pun melangkah masuk terus ke tangga tingkat atas. Malas nak
ambil port pasal cerita orang-orang tua ni. Aku tengok keluarga abang Farid
sedang kusyuk berbincang dengan abang Ayman dan mak bapak aku. Mesti pasal
pernikahan yang kena dibatalkan. Memang kena bincang dengan kedua pihak sebab
abang Farid dan abang Ayman ni gatal nak nikah serentak. Majlis pun kena diurus
oleh kedua pihak. Jadi kalau ada apa-apa perbincangan mesti dekat rumah kami
atau rumah abang Farid. Itulah rutin mereka sejak beberapa minggu lepas.
Pada
satu ketika aku tiba-tiba rasa seram sejuk. Seolah mereka sedang perhatikan
langkahku. Aku pun kemudiannya mengalihkan pandangan pada mereka yang sedang
sibuk berbincang.
“Ya
Allah!” nasib baik tidak terlatah. Apa ke jaddahnya semua tenung aku macam
setahun tak makan ayam goreng nih?
“Kenapa?”
tanyaku.
“Ainan…Mari
duduk sebelah mak cik kejap. ” panggil mak abang Farid sambil menepuk sofa
disebelahnya.
Seraya
itu aku memandang ibu. Ibu turut mengangguk. Ayah pula sekadar berdiam diri
buat muka ‘Dunno’. Abang Ayman dan abang Farid pula sedang mengurut kepala.
Aku? Bingung seketika. Tapi kaki masih gatal juga hendak duduk sebelah mak
abang Farid.
Dan
sekarang aku pun sudah terduduk dengan ayu sekali. Ceh!
“Mak
cik nak cakap sikit…” itu dia… mukadimah Mak Biah… Jiran sebelah rumah. Eh!
Macam kenal je iklan tu. Lantaklah… nama mak abang Farid ni sebenarnya Puan
Junaidah. Nama glamor Aunty June. Hah! Ambik kau…
“Mak
cik nak tanya sikit… Ainan dah ada kekasih tak?” soal Mak cik Junaidah.
“Mak…”
Abang Farid tiba-tiba bersuara. Seolah menghalang mak cik Junaidah bersuara.
“Sudahlah
tu…” sambung si teruna itu. Mak cik Junaidah tidak ambil peduli. Dia sekadar
memberi jelingan maut pada abang Farid.
Kemudian berpaling lagi pada aku untuk menanti sebarang jawapan.
Dengan
muka blurr aku mengangguk. Eh tidak!
Bila masa aku ada kekasih… aku mengeleng pula. Muka Mak cik Junaidah
sudah berkerut seribu.
“Ada
ke tak ni?” tanya mak cik Junaidah lagi tanda tidak faham.
“Tiada.”
Jawabku ringkas.
“Hah!
Kan sekarang senang. Ainan pun tiada kekasih... kita teruskan perkahwinan ni
jugak!” sambung mak cik Junaidah. Aku mula rasa cuak. Teruskan perkahwinan?
Macam mana nak teruskan kalau pengantin perempuan tiada? Kalau abang Ayman tu
perempuan boleh jugak kahwin dengan abang Farid. Masalahnya keduanya pun
lelaki!
Dan
kejap… apa pula kaitannya dengan aku?
Buat apa mak cik Junaidah tanya aku pulak! Jangan-jangan…
“Memang
jangan pun! Tak nak!” jeritku tiba-tiba.
“Tolonglah
Ainan. Mana aunty nak letak muka
lepas ni. Kad jemputan semua dah edar… kalau dibatalkan mana aunty nak letak
muka.”
“Tapi
aunty…” aku tahu kad jemputan sudah
pun diedarkan. Tapi kad jemputan abang Ayman pun dah diedarkan ibu dan ayah aku
okey je bila dibatalkan. Rasa kecewa dan terkilan tu memang adalah…
Ibu cuma kata “Dah tiada jodoh…”
Mak
cik Junaidah ni saja tidak dapat terima hakikat.
“Mak
sudahlah tu…” rayu abang Farid.
“Bila
Ayman dah tidak jadi langsungkan perkahwinan. Mak turut rasa kecewa sebab mak
anggap Ayman tu macam anak mak sendiri. Tapi Farid sedar tak? bila keduanya
batalkan perkahwinan nanti apa pula orang cakap pasal kamu berdua? Kamu tak
terfikir ke? Kamu dua tu rapat dari kecil. Mak tak nak orang cakap pasal anak
mak benda yang tidak baik. Perempuan batalkan perkahwinan sebab anak suka kaum
sejenis! Mana mak nak letak muka!”
Mak
aih! Jauh imaginasi Mak cik Junaidah… sampai ke situ pulak. Tidak terlintas
langsung di kepala aku.
“Mak…
takkan sampai ke situ pulak…” pujuk abang Farid. Yang lain sekadar berdiam
diri. Termasuklah ibu bapa dan abang aku serta ayah abang Farid.
“Mak
tak kira. Perkahwinan ini mesti diteruskan jugak!” kata putus sudah
dikeluarkan.
“Aku
tak nak cakap lebih June. Aku serahkan keputusan semuanya pada Ainan. Bagi aku
perkahwinan Ainan terletak ditangannya sendiri. Aku terima segala keputusan
dari Ainan. Kalau dia setuju aku pun setuju. Tapi kalau tidak setuju, tolong
jangan paksa anak aku.” Wah! Itu dia… suara yang lembut tapi agak tegas
kedengaran dari suara ibu tersayang! Muah! Sayang ibu. Tapi kejap…
Keputusan
apa yang aku nak bagi? Setuju teruskan perkahwinan ini atau tidak? Mampus aku…
“Tapi
Farid tak setuju! Ma… perkahwinan ini seumur hidup! Farid tak nak kahwin dengan
perempuan yang bukan pilihan hati Farid sendiri…” luah abang Farid. Agak
terguris hati aku mendengarnya. Huhuhu…
“Pilihan
hati? Habis si Aina tu pilihan hati yang
terbaik. Curang sedangkan waktu perkahwinan nak dekat? Memalukan! Aina, Ainan…
nama pun dekat je. Nanti kita hanya perlu jelaskan dengan tetamu kad jemputan
tu sebenarnya salah cetak…!” Mak cik Junaidah sudah naik hantu.
“Mak
cik… mak cik pun dengar kata abang Farid kan? Perkahwinan tu seumur hidup…
Sebuah perkahwinan tanpa perasaan cinta kedua pihak adalah sesuatu yang
mustahil… buat apa kami nak teruskan perkahwinan tanpa dasar cinta?” pujukku
pada mak cik Junaidah dan sebenarnya pada hati aku sendiri. Aku tidak faham?
Cinta aku pada abang Farid sekadar cinta monyet tapi kenapa hati terasa
tersangatlah sakit pada ketika ini. Cinta entahlah…
“Atas
dasar kepercayaan, dasar tanggungjawab. Cinta antara kamu berdua boleh dipupuk
selepas berkahwin. Tolonglah aunty… Aunty tak tahu nak letak muka kalau
perkahwinan ini dibatalkan.” Rayu Mak cik Junaidah.
Inilah
susahnya orang berada ni… aku pun tak tahu nak cakap apa sekarang ni.
“Ainan…
Ainan… Ainan tak tahu nak beri keputusan.” Jawabku jujur! Gila apa! aku tak
tahu nak cakap apa sekarang ni. Ya atau tidak. Pertaruhkan hidup dengan abang
Farid si tunggul kayu tu? Dia dah terang tang-tang tak nak kat aku.
“Ainan
jangan main-main… boleh tak?” tegur abang Ayman. Eh? Aku pulak yang kena. Kali
ni tiada maknanya aku nak bermain abang oi!
“Ainan
serahkan pada abang Farid… Kalau abang Farid setuju dengan rela hati barulah
Ainan setuju. Kalau tak Ainan pun tak setuju. Sekurangnya kita perlukan
keputusan kedua pihak. Anggaplah keputusan yang abang Farid buat adalah keputusan
yang sama Ainan buat.”
“Eloklah
tu. Mak cik anggap Ainan setuju...”
“Tak
mak cik. Selagi kita tak dengar setuju dari abang Farid. Ainan sesekali tidak
akan setuju. Itu jawapan Ainan yang sebenarnya. Yang hidup berdua selamanya
adalah antara kami berdua…” potongku.
Mak
cik Junaidah terdiam. Mungkin agak kurang ajar aku berkata sedemikian. Tapi
secara logiknya yang hidup berdua antara aku dan abang Farid. Tak ingin aku
bergelar janda selepas beberapa bulan berkahwin kerana kami berdua tiada dapat
hidup bersama lagi.
Selepas
itu kata putus diberi oleh abang Farid. Memandangkan keputusan terletak
ditangan dia. Abang Farid minta tempoh seminggu untuk kami mengenal dan
menyesuaikan diri bersama sebelum dia memberi jawapan. Pada mulanya kami semua
agak pelik sebab aku kenal abang Farid sejak kecil lagi dan apa lagi yang dia
nak tahu? Katanya selama ini dia anggap aku tidak lebih dari seorang adik.
Untuk tempoh seminggu ini, dia nak kenal lebih dari itu. anggaplah dalam tempoh
seminggu itu aku jadi kekasih dia.
Mak
cik Junaidah kata buat apa seminggu sedangkan boleh seumur hidup? Tapi Abang
Farid terus kata. Kalau nak dia bagi jawapan sekarang ialah tidak. Biar
dibatalkan saja perkahwinan terus… dan akhirnya Mak cik Junaidah pun terdiam
dan mengalah.
Maka
bermula hari ini aku ialah kekasih abang Farid. Rasa bermimpi pun ada. Roti
bakar dikunyah sedikit demi sedikit. Sarapan pagi dengan roti bakar aje biarpun
mi goreng dan nasi lemak kegemaran aku terhidang atas meja makan.
“Apa
nak jadi dengan anak dara seorang ni. Awal pagi dah mengelamun… dah terfikirkan
malam pertama ke?” usik abang Ayman.
Aku
menjeling tajam. Gatal betul abang aku ni… “Awal pagi otak dah tak betul!”
marahku.
“Eh…
angin pulak dia! Ahahaha…” Kuang ajaq! Abang Ayman bantai gelakkan aku.
“Auch…
auch… sakit bu. Sakit…” Abang Ayman tiba-tiba mengerang kesakitan. Kena ‘ketam’
ibulah tu. Padan muka! Cari pasal lagi dengan anak kesayangan ibu ni! Muahaha!
Gelak jahat dalam hati.
“Tak
baik gelakkan orang depan makanan! Hah! Farid dah sampai… duduklah.” Pesanan
penaja ibu terhenti ketika terlihat ayah dan abang Farid melangkah masuk ke
dalam dapur. Kemudian ibu menolak kerusi untuk mempelawa ayah duduk.
Awal
abang Farid menerjah rumah kami hari ini. Aku buat-buat pekak saja. Roti bakar
tetap ditelan walaupun payah. Entah apa perasaan aku sekarang ni. Aku pun tak
tahu. Yang pasti debaran itu ada. Harap-harap cepatlah masa seminggu ini
berlalu.
“Sikit
makan…” Tegur abang Farid yang duduk dihadapanku.
“Tiada
selera…” Aku menjawab perlahan.
“Eh
segan pulak cikgu Ainan kita ni. Bakal suami lambat laun kena selalu hadap
jugak.” Usik abang Ayman aku.
“Sudahlah!”
tekanku walaupun tidak bernada tinggi. Nak kena cepuk oleh ayah bergaduh depan
makanan?
“Korang
berdua ni dari tadi tak habis-habis bergaduh. Awal pagi dah bermasam muka.
Ayman sudahlah kacau adik tu... Dah PMS agaknya. Awal pagi angin dah tak
betul.” Aku pun kena sebiji oleh ibu.
Padahal abang Ayman yang mulakan dulu.
“Ainan
dah kenyang. Dah lambat ni. Ainan pergi kerja dulu bu.” Tangan kedua ibu dan ayah aku salam
seperti biasa. Begitu juga abang Ayman. Tapi setelah bersalaman dengannya.
Sempat lagi mamat tu mengusik aku.
“Farid
belum boleh salam lagi tau! Dia belum pegang tangan tok kadi lagi tu.” Siot
punya abang! Buat malu keturunan aje,
“Abang
Farid. Ainan pergi dulu…” Tegur aku pada abang Farid seperti biasa jika dia
datang bertandang untuk bersarapan di rumah aku.
Abang
Farid mengangguk.
“Er…
biar abang Farid hantar Ainan pergi kerja. Pak cik, mak cik bolehkan?” Dia
minta izin dengan ibu dan ayah aku? Pelik.
“Eh.
Takpe. Ainan naik bas saja…” Aku cuba menyangkal perkhidmatan yang dia berikan
sebelum ibu dan ayah aku bagi jawapan yang bercanggah dengan jawapan aku.
Tahulah aku ni penumpang bas tegar setiap pagi dan petang. Tiada maknanya aku
nak memandu kereta sendiri. Pegang stereng pun gabra setengah hati.
“Biar
abang Farid je hantar. Memang datang nak hantar Ainan pergi kerja saja pun.”
Aku sudah terdiam mendengar sebab abang Farid datang awal pagi ini.
“Orang
dah datang tu nak hantar awak tu. Ikut sajalah Farid.” Ibu sudah mengeluarkan
arahan berbaur kekejaman di situ. Berdua dengan abang Farid selepas kejadian
semalam. Naik segan anak dara ibu ni nak hadap muka abang Farid ni pasal
semalam!
“Iyalah.
Ainan naik atas ambil barang dulu. Abang Farid pun baru sampai. Minumlah dulu.”
Tidak baik juga Abang Farid terus hantar aku pergi kerja sedangkan dia sendiri
baru sampai.
“Abang
Farid harap Ainan tidak rasa kekok. Seperti yang abang Farid kata semalam.
Biarlah kita jadi kekasih buat seminggu ni sebelum buat keputusan untuk jadi
kekasih seumur hidup. Jika kita tidak dapat sesuaikan diri dalam seminggu ni
sebagai pasangan kekasih. Batalkan sajalah perkahwinan itu. Abang Farid tak nak
Ainan menyesal berkahwin dengan abang Farid nanti.”
Aku
mengeleng kepala beberapa kali. Mengelamunlah pulak. Nasib baik sekarang ni
budak tengah rehat. Aku tidak dapat fokus mengajar dan buat kerja. Abang Farid
kata biar dia yang hantar dan ambil aku dari sekolah sepanjang minggu ni. Lepas
tu siap suruh aku panggil dia abang je. Perkataan Farid tu buang jauh-jauh.
Abang je?
Nasib
baik hari ni hari khamis. Maknanya aku cuma jumpa dia esok saja. Sabtu ahad
cuti. Isnin, selasa, rabu kemudian hari penentuan sama ada dia setuju atau tak.
Dan aku yakin pada jawapan abang Farid ialah TIDAK. Sebab terang tang-tang dia
dah reject aku depan ahli keluarga kami. Kononnya aku ni bukan pilihan dia. Huhu… emo buat seketika. Agaknya dia
anggap aku ni sekadar teman penganti kak Aina buat sementara waktu sahaja.
Hari
kedua jadi kekasih abang Farid. Tidak banyak benda yang memeranjatkan kecuali
dua perkara. Yang pertama, awal pagi lagi dia sudah datang jemput aku pergi
kerja dengan bunga lily kegemaran aku. Kejutan kedua yang aku dapat pula ialah
dia ajak dating esok!!
Lemah
lutut aku bila dia kata nak ajak aku dating esok. Pada mulanya aku ingatkan
dapatlah elakkan diri dari dia sebab esok aku tak kerja. Aku nak bagi alas an
pun tak tahu nak ‘goreng’ apa dengan abang Farid sebab mana ada guru mengajar
di hari sabtu kecuali kelas tambahan, Nak buat kelas tambahan mengejut dekat
pelajar-pelajar aku pun tak sempat. Sebab Abang Farid ajak ketika dia ambil aku
balik dari kerja. Nak beritahu
pelajar-pelajar aku pun tak sempat!
Kalau
aku sebarkan malam ni suruh diorang datang sekolah mahunya sakit jantung
pelajar-pelajar aku. Selalunya cikgu buat ujian mengejut tapi aku buat kelas
tambahan mengejut. Pelik! Hahaha… lagipun malas aku nak jadi rajin pada hari
sabtu semata-mata kerana ingin mengelak dating dengan abang Farid.
Dan
sekarang aku tengah termenung depan almari sebab tak tahu nak pakai baju apa.
gedik juga aku ni. Mulut cakap tak nak tapi hati rasa tak sabar nak tunggu hari
esok. Selepas seterika baju aku kembali
termenung mengenang nasib. Termenunglah sangat bila layan Muka Buku!
Aku
tengok senarai nama orang yang sedang online Chat. Dalam beratus orang hanya
beberapa orang saja aku kenal. Bosan! Perkataan itu lebih sesuai untuk
mengambarkan perasaan dan situasi aku sekarang ni.
Pop!
Tiba-tiba Chat aku berbunyi.
Farid
: Tak tidur lagi?
Terkejut
aku baca. Selama abang Farid jadi kawan aku di muka buku. Inilah kali pertama
dia layan chat aku kat muka buku ni. Aku renung seketika mesej itu.
Ainan
: Tak mengantok lagi. Abang?
Ceh!
Gatal juga tangan aku taip perkataan abang itu. hehe…
Farid:
Sama. Tak dapat tidur. Ainan…
Ainan:
Ye saya. Kenapa?
Farid:
Kalau abang tak pilih Ainan jadi isteri. Abang harap Ainan terus jadi adik
abang. Boleh?
Aku
tiba-tiba rasa sepi membaca mesej itu. Adik? Ayat itu berkali-kali aku baca.
Dia memang tidak pernah anggap aku lebih dari seorang adik. Tiba-tiba air
mataku mengalir tanpa dipinta.
Farid:
Ainan…?
Ainan:
Ya tentulah boleh. Selama ni memang abang anggap Ainan tak lebih dari adik kan?
Hee~
Hipokrit!
Aku rasa terlalu hipokrit sekarang ini. Nampaknya aku patut menghargai waktu
seminggu bergelar kekasih abang Farid. Sebab aku yakin aku bukan pilihan dia.
Farid:
Maaf. =( Maafkan abang kalau Ainan rasa abang sekadar mengantikan Ainan dengan
kak Aina. Sebenarnya abang tak tahu nak bagi kata putus hari tu. This is the only things that I can do.
Takut kerana hal ni keluarga kita pula berpecah belah.
Ainan:
Ainan faham. Abang jangan risau. =)
Aku
sekadar menjawab secara ringkas saja. Akhirnya aku tahu sebab abang Farid buat
keputusan untuk menjadi kekasih aku seminggu. Pada mulanya, aku ingatkan dia
betul-betul berusaha nak kami mencapai persafahaman sebelum bernikah. Rupanya
semua itu hanya alas an semata-mata.
Maknanya
dia hanya berlakon dalam seminggu ni? Berlakon untuk bersama dengan aku.
Sedihnya…
Farid:
Esok pagi kita buat seperti yang dirancang ya?
Rancang?
Seperti yang dirancang? Rancangan apa? rancangan dating esok? Hati aku kosong.
Kenapalah aku tidak sedar-sedar lagi… si tunggul kayu ni mana mungkin
betul-betul nak dating dengan aku. Entah apa yang akan berlaku esok. Cepatlah
masa seminggu ini berlalu dari terus menyakiti hati aku.
Ainan:
baiklah. Abang, Ainan dah mengantuk. Nak
tidur dulu…Assalamualaikum.
Farid:
Alright. Have a sweet dream.
Waalaikumsalam.
Aku
terus matikan komputer setelah membaca salamnya. Tidur nyenyak-nyenyak. Aku nak
lupakan hal ini buat seketika biarpun hanya dalam tidur.
Aku
tak nak cakap lebih pasal ‘dating’ semalam. Takut cerpen ni jadi novel pula.
Jika disuruh buat kesimpulan. Satu perkataan saja aku dapat bayangkan. Teruk!
Aku
dan abang Farid memang tiada kimia. Alah! Orang putih selalu cakap chemistry
tu… Bagi aku dan abang Farid. Memang Zero Chemistry. Pada mulanya, memang agak
berjalan dengan lancar. Bila pergi makan. Dia makan pedas-pedas, aku pula mana
makan pedas. Cili sos pun dah berair. Lepas tu kami jalan-jalan. Dia bawa pergi
shopping complex. Tapi aku ni bukannya kaki window shopping jauh sekali
shopaholic. Aku lebih suka masuk keluar hutan. Pergi tengok pantai ke… Tak pun
bergila dalam muzium 3D atau jalan-jalan kat i-city pada waktu malam.
Bila
berbual pula. Dia lebih suka cerita pasal wayang. Aku pula lagi suka cerita
pasal buku. Okay! Yang ni nampak sangat aku nerd. Bila masuk bab minat. Dia
kata dia lagi suka benda-benda pergi bersukan. Aku? Aku lagi suka membuta di
rumah. Buat tahi mata.
Aku
terus terang saja dengan dia. Biarpun minat kami berlainan tapi
sekurang-kurangnya aku jujur dengan diri sendiri. Lagipun buat apa nak jadi
hipokrit nak tipu konon-kononnya minat kami sama sedangkan sah-sah aku kena reject.
Haih
la hati… tak nak aku ingat balik kejadian semalam. Biarlah menjadi sejarah…
“Esok
mak abang ajak Ainan makan malam kat rumah…”
Setuju
sajalah… bukan aku tak kenal mak cik Junaidah punya perangai tu. Hari ni aku
terlebih rajin buat puding karamel. Alah! Sebenarnya abang Ayman nak makan.
Sebab tu aku buat. Ibu suruh bawa bagi mak cik Junaidah sebagai pencuci mulut
malam ni. Dah alang-alang ibu suruh bagi, jadi aku buatlah lebih sikit…
“Sedap
puding mak buat. Jarang mak buat puding.” puji abang Farid.
“Tiada
maknya mak nak buatkan puding kegemaran kamu tu. Ainan yang bawa tadi.” Marah
mak cik Junaidah. Eh! Abang Farid sukalah puding aku. Hehe…
Tapi
apa punya tunggul la abang Farid ni. Tak kan dia tak nampak kontena yang aku
bawa tadi. Dia yang jemput aku. Alah… dia mana ada tanya apa isi kandungan
plastik aku yang besar gedabak tu. Tunggul betul!
“Oh…
sedap. Lain kali buatkan lagi untuk abang ye.” Kata si tunggul Farid.
Sedap-sedap je aku gelar dia tunggulkan?
Lain
kali tu entah bila lagi. Tunggulah abang ada bini baru minta bini abang
buatkan. Tak nak aku…
Aku
mengangguk saja. Tak nak cakap lebih. Kang hati sendiri juga merana.
Hari
penentuan. Dua hari dia hantar dan ambil aku pergi kerja. Itu saja masa yang
kami ada. Biasalah… isnin, selasa bila waktu kerja kenalah kerja. Tak mungkin
dia nak cuti semata-mata nak date dengan aku kan? Ada jugalah dia ajak keluar
makan malam. Tapi tak larat sangat. Penat! Tambah lagi bila aku tahu dia ini
sekadar alasan. Baik aku jauhkan diri buat seketika.
Malam
ini semua sekali lagi berkumpul. Berkumpul untuk menanti jawapan dari abang
Faris. Teruskan atau tidak. Kami mencari timing
yang betul. Bila semua sudah habis makan, tengah rehat-rehat sambil makan buah
barulah bawa berbincang.
Mak
cik Junaidah mula bertanya. Aku sudah dapat agak jawapan yang diberikan oleh
abang Farid. “Maaf Ainan, awak bukan pilihan saya…” aku mengeluh berat. Entah apa
yang akan terjadi sekiranya abang Farid berkata demikian. Sama ada mak cik
Junaidah pengsan atau mengamuk?
“Farid
setuju mak…”
Pap!
Aku rasa macam kena tampar dengan malaikat!
Aku
terus tegakkan badan. Manusia sekeliling dipandang. Semua tengah memanjat
syukur. Termasuklah abang Ayman. Anak mata abang Farid kupandang tajam.
Macam
mana dia boleh bertukar fikiran pula ni?
“Ainan
nak cakap dengan abang Farid kejap… Personally!
” Aku tiba-tiba bersuara. Bersorak gembira sebab dia terima aku? TIDAK sama
sekali! Aku tahu aku cintakan dia tapi untuk menjadi isteri dia adalah sesuatu
yang mustahil. Kenapa? Sebab cinta sebelah tangan tiada guna. Buat apa jika aku
seorang saja yang cintakan dia sedangkan hati dia langsung tiada perasaan cinta
pada aku.
“Kenapa
tiba-tiba ubah fikiran? Kenapa abang setuju? Abang nak gadaikan cinta abang
untuk berkahwin dengan orang yang bukan pilihan hati abang? Terus bersama
sedangkan abang tak cintakan Ainan? Seumur hidup bang. Seumur hidup…” soalku
bertubi-tubi.
Abang
Farid sekadar tersenyum. “Habis Ainan? Waktu Ainan serahkan keputusan pada
abang ada tak Ainan terfikir semua ini?”
“Ainan
setuju sebab Ainan cintakan abangn…!!” aku mula menyirap. Naik angin seketika. Alamak!!
Baru aku perasan. Aku luahkan perasaan aku… aku terus tunduk terdiam. Air mata
cengeng mula mengalir.
Abang
Farid menaikkan daguku ke atas agar aku memandang wajahnya. Wajahnya yang
sekadar tersenyum membuatkan hatiku lebih terluka. “Abang tahu jawapan abang
mungkin tidak logik. Abang cintakan Ainan… sejak bila abang pun tak pasti. Tapi
bila Ainan cuba kembali beku dan mengelak dengan abang dalam dua hari ini,
abang mulai risau…Mana Ainan yang selama ini abang kenal? Yang selalu ceria dan
suka bercerita walaupun abang bersikap dingin dengan Ainan. Bila abang bawa
bercerita sepatah je Ainan jawab.”
Aku
terdiam. Terus menanti dia menyambung…
“Mulanya
abang fikir Ainan sekadar tiada mood. Tapi bila Ayman datang jumpa abang. Dia ada
beritahu abang pasal perasaan Ainan pada abang. Perasaan abang jadi lain. Abang
gembira sangat. Dan abang tahu mungkin Ainan mula jauhkan diri dari abang sebab
Ainan tak nak terluka kerana abang mesej abang kat facebook hari tukan? Yang
abang hanya anggap Ainan macam adik abang sendiri?”
Aku
mengangguk perlahan.
“Maafkan
abang… maafkan abang sebab tu dan maafkan abang sebab lambat perasan akan
perasaan abang pada Ainan… Abang cintakan Ainan.”
“Cinta
tidak perlukan bertahun untuk bersama. Cinta datang tanpa diundang. Dalam sekelip
mata juga cinta boleh datang untuk mencintai.” Itu kata suamiku. Abang Faridku…
hehe…
Aku
bahagia. Bahagia yang sukar aku ungkapkan. Aku ada bertanyakan dua soalan pada
suamiku. Satu… dari mana abang Ayman tahu perasan aku pada suamiku. Suamiku
kata abang Ayman tak cakap lebih. Dia sekadar cakap…“Adik aku. Aku tahu la.
Dari air muka dia aku dah tahu dia suka kat kau dari dulu.”
Poyo
punya abang Ayman! Jawapan tak boleh blah…
Soalan
kedua ialah aku tanya pada suamiku kenapa dia dingin pada perempuan termasuk
aku sebelum aku jadi isterinya. Tapi jawapan suamiku pula. “Abang dingin pada
perempuan lain sebab abang nak isteri abang rasa istimewa.” Betul! Aku rasa
sangat istimewa. Sejak dia berkahwin dengan aku. Dia hanya layan aku seorang
saja. Langsung berbeza dengan abang Farid yang tunggul dahulu.
Alhamdulillah…
akhirnya aku pilihan dia.