Sunday, September 30, 2012

Mahligai Mahabbah



                        Adha mengesat peluh yang memercik. Penat tapi hidup perlu diteruskan. Sayur sayuran segar disusun lalu diletakkan di atas rak. “Mulakan hari anda dengan sayuran dan senyuman yang segar. Gambatte!” kata Adha bagi menguatkan semangatnya.
            “Bismillah…” dia menadah tangan berdoa agar dipermudahkan.
“Ceria nampaknya. Ada apa-apa ke Adha.” Tegur mak cik Piah.
“Adha tu hah… hari-hari aku tengok budak ni ceria. ” balas mak cik Wana pulak dari gerai sayur berhadapan dengan Adha.
Adha hanya tersenyum menampakkan barisan giginya
“Betul tu Wana. Untung bakal laki dia ni. Murah rezeki dapat bini yang murah dengan senyuman.”
“Hesy, mak cik ni… orang tak terfikir pasal benda tu lagi la.” Tukas Adha. Asal masuk bab suami isteri ni langsung tidak menarik minatnya. Tambahan lagi, bila masuk bab ni sudah tentu panjang lebarlah ceramah dan cerita mak cik-mak cik di pasar sayur ni.
“Eleh! Malu-malu kucing pulak. Abang peguam Azam kau tu hah! Mak cik tengok sejak kamu bantu dia hari tu. Hari-hari dia datang beli sayur kat kedai kamu. Dah melekat kat kamu kot.”
“Mak cik ni. Tak adalah. Eh! Ad dah nak pergi ambil sayur lagi ni. Pemborong dah sampai. Mak cik tolong tengokkan gerai Ad dulu ya. Terima kasih!” kata Adha tergesa-gesa apabila terlihat jam tangannya.
“Erm. Iya la.” Jawab mak cik Piah. Dia membalas pandangan pada Wana. Faham sangat dengan Adha yang sengaja nak mengelak.


“Ke tepi. Ke tepi!” jerit Adha. Takut berlangar dengan orang lain. Pandangannya terhalang dengan kotak sayur yang besar. Bukan sahaja besar malah berat, jalannnya tidak ubah seperti ketam berjalan.
“Aduh…” kedengaran seseorang mengaduh kesakitan. ‘Alamak! Aku ada terlanggar seseorang ke? Habis la…’ gumam Adha.
“Maaf!!” jerit Adha. Dia meneruskan sahaja berjalan hingga ke gerainya. Entah siapa yang dilanggarnya tadi. Sempat dia menoleh belakang. Lagak seperti seorang lelaki tapi langgar sikit dah mengaduh kesakitan. Apalah! Eh baju dia merah jambu. Mesti kategori sotong ni. Kutuknya.
“Argh! Beratnya…” kata Adha sambil meletakkan kotak besar tadi. Dia mengurut bahunya yang terasa lenguh. Adha mengeliat seketika. Lenguh badan. Hari ni kena tempek Salonpas lagi.
“Sampai pun kamu. Adha ni ada orang cari kamu. Cik ni cari Annur Adha. Katanya nak Tiada seorang lagi kat pasar ni yang nama Adha selain kamu. Mak cik rasa  kamu la yang dia cari tu.” Kata mak cik Wana.
Adha mengalihkan pandangannya kepada gerai mak cik Wana. Kelihatan seorang wanita bertudung sedang bercerita dengan mak cik Wana. Wanita muda itu meminta izin dari mak cik Wana untuk mendekati Adha. Dia mengerling seketika memandang wajah wanita itu kemudian sambung kerjanya. Kotak besar tadi di buka lalu dia mengeluarkan sayur untuk disusun. Malas nak layan!
“Assalamualaikum Annur.” Wanita itu memberi salam.
“Waalaikumsalam, baliklah cik. Sini tiada orang yang cik cari tu.” Kata Adha sambil membuat kerjanya.
“Annur…”
“Aku kata orang tu tak ada kat sini. Kau salah tempat. Baliklah.” Kata Adha tegas.
“Annur maafkan Lin.” Rayu wanita itu. Lengan Adha dipegang agar menghalangnya meneruskan kerja.
“Eh! Aku dah cakap. Kau salah orang. Aku tak kenal kau. Carilah orang yang nak cari tu ditempat lain. Itupun kalau dia masih hidup. Aku rasa orang tu dah mampus kut.” Kata Adha keras tapi dengan nada perlahan.
“Annur… please maafkan Lin. Lin tak pernah hidup tenang selama ni. Ampunkan Lin.” Pintanya.
Adha tidak menghiraukan wanita itu. Dia masuk ke dalam gerainya mengambil baldi berisi air untuk menyiram sayurnya agar nampak lebih segar. Apabila dia kembali ke hadapan wanita itu masih lagi tidak berganjak. Kelihatan seorang lelaki berbaju merah jambu tadi bersamanya. Orang dia rupanya, kalau tahu bukan sahaja langgar dengan kotak. Kalau ada langgar dengan lori sampah lagi bagus.
Wanita itu sekali lagi mendekati Adha. Air  matanya merembes keluar.“Annur, Marahlah Lin, tengkinlah Lin. Lin sanggup tapi tolong maafkan Lin. Lin minta ampun sangat.” Rayunya.
“Baliklah. Aku tiada apa-apa nak cakap. Aku takut baju mahal kau tu kotor terkena kotoran kat pasar ni. Aku bukannya ada duit nak ganti. Baliklah.” Kata Adha dengan nada perlahan.
“Lin tak akan pergi selagi Annur tak maafkan Lin…” pintanya.
“Kau nak apa lagi! Nak buat drama kat sini!!” tengking Adha. Kesabarannya memuncak. Dia memandang sekeliling apabila nada suaranya yang tinggi menarik perhatian orang lain.
“Hei! Baik kau bawak balik perempuan ni sebelum aku bunuh dia.” Kata Adha pada lelaki yang turut terkejut dengan tengkingan Adha tadi.
Lelaki itu segera mendapatkan Lin yang sudah menangis teresak-esak. “Annur maafkan Lin…” lengan Adha ditarik.
“Maafkan kau? Tolonglah… aku tak akan lupa apa yang kau buat kat aku Lin. Baik kau pergi dari sini. Dua tahun lebih aku merempat kat penjara sebab kau. Dua tahun lebih Lin! Kau ingat sebab keluarga kau kaya, suka hati kau hancurkan hidup aku. Aku langsung tidak dapat pembelaan. Malah aku dibuang keluarga. Kau pun tahu waktu tu aku dah nak kahwin! Tunang aku buang aku, keluarga aku buang aku. Masa depan aku hancur sekelip mata!”
Thanks to you. Sebab kau sedarkan aku. Tidak semua kawan baik itu baik! Sekarang kau nak buat apa? Nak bagitahu semua orang kat sini yang aku ni bekas banduan? Gitu? Pergilah! Aku tidak mahu tengok muka kau lagi!” kata Adha panjang lebar dengan nada perlahan. Hanya mampu didengar oleh Lin dan lelaki itu sahaja. Riak wajah lelaki itu berubah. Rasanya lelaki itu tidak tahu apa-apa lagi. Atau juga lelaki itu terkejut mendengar bahawa Adha bekas banduan.
Adha menahan air matanya dari mengalir. Dia berpaling dari terus memandang pasangan itu. Adha kini tidak mudah tertipu dengan wanita yang bernama Shazlin anak dato’ Hamid.



Farhan terkejut. Segala yang diluahkan oleh Shazlin langsung tidak masuk akal. Biar betul! Dia langsung tidak percaya Shazlin sanggup berbuat demikian. Banyak sungguh perkara yang dia tertinggal.
Dia langsung tidak percaya bahawa adiknya memasukkan dadah ke dalam beg kawan baiknya semata-mata hendak menyelamatkan diri. Mujurlah Shazlin sudah bertaubat. Tapi masalahnya macam mana Shazlin hendak meminta ampun dari kawannya itu.
“Abang tak tahu nak cakap apa Lin…” ujarnya.
“Lin tahu Lin salah bang, masa tu Lin buta dengan hal dunia. Lin terlalu percayakan Rizal. Semua Rizal suruh Lin ikut. Sampaikan Lin sanggup fitnah Annur untuk selamatkan diri Lin.”
“Mak dan ayah waktu tu macam mana? Kenapa perempuan tu kata keluarga kita…”
“Mak tahu… bila Lin tahu ada polis kat airport. Waktu tu pulak Lin tak dapat hubungi Rizal. Lin terus telefon mak. Mak tanya kalau Lin balik Malaysia dengan Annur. Lepas tu mak suruh Lin letak benda tu dalam beg Annur. Lin tak fikir panjang waktu tu bang. Lin terus letak dalam beg Annur.”
“Astaghfirullah…” Farhan mengucap panjang mendengar luahan adiknya.
“Lepas tu?”
“Mak tolong Lin back up semua perkara. Tapi Lin tak sedap hati bang. Lin cari Annur kat penjara. Lin ceritakan semuanya pada dia. Annur kawan Lin bang… bila dia tahu Lin yang buat semua ni. Dia tak nak jumpa Lin lagi.”
“Mak halang Lin jumpa Annur lagi. Tapi sejak mak lumpuh, mak mula sedar. Mak suruh Lin cari Annur. Mak sendiri pun nak minta ampun dengan Annur…” Air mata Shazlin mengalir tanpa dipinta. Sungguh dia malu hendak membuka pekung di dada. Tapi Shazlin tidak sangup lagi menahan segalanya. Padanya, dia terlalu hina kerana khilaf semalam. Terlalu seronok dengan dunia, terlalu taksub pada cintanya terhadap Rizal. Tapi akhirnya sendiri yang merana. Sejak dia meninggalkan sikap teruknya. Rizal langsung tidak mempedulinya, Lin sangkanya Rizal menyintainya juga tapi sayang lelaki itu tidak lebih dari nafsu semata-mata.
“Menangislah Lin… menangislah andai air mata itu dapat mengurangkan beban Lin.” Pujuk Farhan. Dia tidak mahu memarahi Shazlin. Salahnya juga, sejak maknya membangkang cintanya dengan arwah Rania. Sehingga arwah Rania terseksa hanya kerana Farhan ingin mempertahannya cinta mereka. Farhan membawa diri ke Sarawak dan langsung tidak mengambil tahu pasal keluarganya lagi.
Kembalinya Farhan hanya kerana rayuan Shazlin agar dia mengampunkan maknya yang lumpuh sejak kemalangan. Ayahnya pula telah meninggal dunia ditempat kejadian. Hanya kerana rayuan adiknya sahaja yang melembutkan hatinya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung.
“Abang akan cuba tolong Shazlin. Tapi abang tak janji… abang sendiri pun sudah berputus asa sejak arwah meninggal.” Ujar Farhan pelahan. Bayangan arwah Rania muncul di fikirannya. Sehingga arwah  sakit tenat pun, maknya langsung tidak mengizinkan dia mendekati Rania hanya kerana Rania anak yatim.
“Abang masih tidak dapat lupakan kak Rania?” tanya Shazlin.
“Macam mana abang dapat lupakan arwah Lin. Kak Rania kamu bawa separuh hati abang pergi bersamanya… muka perempuan tadi tu…”
“Lin tahu bang. Muka Annur memang ada iras-iras muka kak Rania. Dulu Lin pernah sangka Annur tu bayangan kak Rania. Dulu mak tak benarkan Lin cerita pasal Annur dengan abang. Waktu tu mak tahu Annur anak orang kampung yang dapat biasiswa untuk sambung belajar.  Pada mulanya mak memang tak benarkan Lin berkawan dengan Annur sebab taraf. Tapi Lin ugut mak kalau mak halang kami berkawan. Lin akan lari macam abang juga.”
“Macam la dia berani nak lari. Padahal anak mak!” Farhan tersenyum mengenangkan adiknya yang manja.
Shazlin turut tersenyum kecil. “Lin rindukan Annur bang. Dulu Annur ayu sangat. Dia tak pernah membahasakan diri ‘aku’ macam tadi. Annur yang dulu seorang yang lemah lembut. Semuanya salah Lin. Lin punca Annur jadi macam ni.”
“Insya-Allah kita doakan kawan Lin tu bukakan hati untuk maafkan Lin.” Pujuk Farhan.
Shazlin tersenyum manis. Mujurlah abangnya sanggup kembali ke pangkuan keluarga. Jika tidak sudah tentu dia terkapai-kapai kini.




One cabbage  please.” Permintaan seorang pelangan mengejutkan Adha dari termenung jauh.
Hold on sir.” Jawabnya. Dia berdiri lalu mengambil beg plastik kemudian berpaling menghadap pembeli tadi untuk bertanya berapa banyak kubis bunganya pembeli itu nak. Apabila mereka berbalas pandangan barulah Adha sedar rupa-rupa Azam yang bertandang. Dia juga baru tersedar dia menjawab dalam bahasa inggeris.
Sometimes I do want to know who you really are.” Kata Azam sambil berpeluk tubuh. Dia pandang tepat pada anak mata Annur.
“Maksud kau?”
You know what the hell I’m talking about right?
“Aku tak faham apa yang kau cakap. Kalau kau tak nak beli apa-apa. Baliklah.” Balas Adha kasar.
You’re something Ad. Awak specia!
“Tiada yang menarik pasal aku. Kalau kau tak nak beli sudah. Aku banyak kerja nak buat.”
See… awak faham apa yang saya cakap.”
“Aku tak faham sepatah haram pun apa yang kau cakap. Blahlah!” marah Adha kasar. Anginnya sudah tidak cukup baik hari ni. Azam pula datang. Memang nak kena manusia tidak reti bahasa ini.
“Tadi mak cik wana kata ada orang cari Annur Adha. Ermm… Annur. Cantik! Tapi lepas tu ada orang termenung jauh. Kenapa ni?” tanya Azam.
“Orang tu salah orang… kau baliklah Azam. Aku pun dah nak tutup gerai ni. Kalau kau tak nak beli apa-apa baliklah.” Jawab Adha lemah. Malas hendak ingatkan kejadian pagi tadi. Entah macam mana Shazlin dapat kesan kedudukannya kini. Ah! Apa susah. Diakan orang kaya! Getus Adha. Sedangkan ujian air kencingnya pun boleh tiba-tiba positif dadah. Sekadar mengesannya mungkin hanya perkara kecil bagi Shazlin.
“Tengok tu. Orang tengah bercakap boleh pula dia mengelamun…” rungut Azam.
“Apa lagi?” marah Adha.
“Awak tu la. Kita bercakap dia termenung. Siapa orang yang cari awak tu Ad?” tanya Azam risau.
Adha sekadar mendiamkan diri. Malas hendak melayan hamba Allah seorang ni. Sepatah kita cakap, berbilion dia balas.
“Macam ni la ad. Esok awak tak buka geraikan? Rumah awak kat mana? Saya datang jemput awak. Saya tolong selesaikan kepala awak yang tengah serabut tu.”
“Tolonglah Azam. Kau jangan nak datang sini lagi boleh tak? Kau jangan datang dekat aku lagi.”
“Awak tahu saya sayangkan awak sejak kita bertemu dulukan. Saya tahu ini bukan masa yang sesuai untuk luahkan perasaan saya. Tapi saya ikhlas Ad. Saya jatuh hati pada awak sejak pertama kali saya bertemu dengan awak.”
“Tolonglah Zam… aku tidak layak untuk kau. Kau carilah perempuan lain.”
“Apa yang tidak layaknya Ad. Awak terlalu sempurna di mata saya.”
“Aku tak sempurna Zam. Aku hina. Aku…”
“Hina pada pandangan manusia tidak semestinya hina disisi Allah. Kongsi masalah awak pada saya. Berikan separuh beban awak untuk saya tanggung. Salah ke saya cuba mendekati dan memahami awak Adha?” Kata Azam perlahan.
“Kau tak faham Azam. Kau tak akan faham. Sudahlah! Aku dah nak balik. Assalamualaikum!” kata lantas meninggalkan Azam.
“Esok Adha. Esok! Saya akan cari awak esok!” jerit Azam. Dia tekad akan mencari rumah Adha sampai dapat. 
“Lantak kau la! Carilah rumah aku sampai lubang tandas!”


“Assalamualaikum  Adha. Boleh umi masuk? ” Ketukan di pintu bilik Adha menarik perhatiannya. Kelibat ustazah Zarina tersenyum memandangkannya.
“Waalaikumsalam umi. Masuklah.” Adha senyum sambil memandang wanita tua itu melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Adha menangis? ada masalah dengan boyfriend eh?” tanya wanita itu sambil mengesat wajah Adha yang masih sembab.
“Adha mana ada boyfriend umi. Siapalah Adha ni umi. Hidup pun terkapai-kapai. Kalau bukan umi yang kutip Adha beberapa bulan lepas. Mungkin Adha masih hilang hala tuju.”
Hesy… mana boleh cakap macam tu. Sudah jodoh tuhan pertemukan kita. Adha tak pergi berjualan ke hari ni?”
“Tiada mood umi. Malas pulak nak keluar bilik.” Adha memang tidak membuka gerai sayurnya setiap hujung minggu sebaliknya dia akan menjual barang cenderahati yang dibuat sendiri di pasar minggu. Kata Adha ia lebih menguntungkan berbanding menjual sayuran di pasar.
“Ni mesti masalah dengan buah hati la ni.”
“Adha takde buah hatilah umi!” rajuk Adha. Muncung mulutnya disakat sedemikian. Siapa lagi yang buka cerita nih! Nak jugak rasa pelekung Adha.
“Habis tu yang nama Peguam Zaiful Azham tu pulak siapa?” sakat Uminya.
Dahi Adha berkerut. “Zaiful Azham? Siapa tu umi. Serius Ad tak kenal.”
Ustazah Zarina tersenyum melihat muka Adha yang berkerut. “Azam Ad kenal?”
“Lah! Jumpa jugak mamat tu.” Keluh Adha. Tidak sangka pulak dalam tempoh semalaman sahaja Azam dapat cari rumahnya. Bahaya betul manusia seorang ni!
“Tengok tu. Mengaku juga dia.”
Adha mencebik. “Tiada maknanya umi. Azam tu tak tahu lagi siapa Adha ni. Bila dah tahu… toleh pun tak sudi.”
“Adha… Mungkin Azam tidak akan pandang masa silam Adha.”
“Entahlah umi… Adha tiada hati nak fikir pasal semua ni.” Balas Adha. Dia senang dengan kehidupannya sekarang. Baginya selagi dapat mengelak dari masalah selagi tu dia akan cuba terus menjauhkan diri.
 “Tak payahlah nak beratkan kepala tu Adha. Umi nak sekarang ni Adha tukar baju kemudian keluar jumpa Azam sekarang. Bersungguh-sungguh dia pujuk umi agar benarkan kamu keluar dengan dia hari ni. Kalau tak selagi tu dia tak nak balik.”
“Hish menyusahkan orang betul!” bebel Adha sendirian. Geram betul dengan perangai Azam yang tidak henti-henti mengejarnya.
“Apa yang dibebelkan kamu tu Ad. Bersiaplah cepat. Kesian budak tu tunggu kamu dari tadi.”
“Baiklah umi ku sayang...” kata Adha. Satu-satunya manusia yang Adha hormati kini ialah ustazah Zarina. Biarpun ustazah Zarina tahu dia bekas banduan. Wanita itu tetap menjaga dengan baik. Malah ustazah Zarina menyuruh Adha memanggilnya dengan panggilan umi, kerana rindunya pada arwah anaknya.

“Haiyaa… dari tadi saya ni cakap dengan bayang-bayang awak je. Kesian sungguh!” usik Azam. Sekali sekala dia menjeling Adha yang jalan beriringan dengannya. Monyok wajah gadis itu kerana terpaksa keluar dengannya.
Adha buat-buat pekak. Suka hati aku lah! Sekurang-kurangnya aku keluar! Jawabnya dalam hati. Kakinya terus melangkah mengikut langkah Azam walaupun tak sudi. Tiba-tiba Azam berlari meninggalkannya terkebil-kebil keseorangan.
“Kurang asam punya Azam!” rungut Adha. Puas berpusing-pusing mencari Azam. Dia terus duduk dikerusi yang disediakan.
Adha mengibas-gibas pipinya dengan tangan. Penat dan panas! Kalau dia dapat jumpa Azam. ‘Akan ku lenyek sampai jadi lempeng!’ jeritnya dalam hati.
“Adha!!” tiba-tiba jeritan Azam memanggil namanya menarik perhatian Adha. Lelaki itu berlari anak mendekatinya. Kelihatan dua kon ais yang mulai cair berada di tangan lelaki itu.
“Awak! Lain kali jangan hilang macam tu lagi tau!” marah Azam.
“Siapa yang hilang! Aku ke kau?” tanya Adha pula.
“Kan saya dah kata awak tunggu saya kat sana tadi. Saya nak pergi beli sesuatu. Ni mesti mengelamun lagi.” Bebel Azam. Dia kemudianya berjalan meninggalkan Adha.
Adha terdiam. Salah aku ke?
“Azam! Nak ke mana pulak tu?” tanya Adha.
“Buang ais ni la. Dah cair.” Jawab Azam sambil menunjukkan ais yang mulai cair.
“Datang sini…!” arah Adha.
“Kejap. Saya nak buang ais ni dulu.” Kata Azam lalu ingin meneruskan langkahnya.
“Datang sini sekarang atau aku balik sekarang!” ugut Adha. Langkah Azam terhenti. Dia berpaling semula ke tempat Adha berdiri.
Adha cuba menahan senyumannya. Tahu takut! “Sini cepat!” dia mengambil sapu tangan dari dalam begnya lalu diberikan kepada Azam.
“Nah lap tangan tu. Comot!” arah Adha. Dia mengambil salah satu ais pula diambil dari tangan Azam.
“Eh! Ais tu dah cair la.”
“Belum cair habis la. Masih dapat di makan lagi!” jawab Adha sambil menjilat ais krim tadi.
Azam tersenyum mendengar jawapan Adha sambil mengelap tangannya. “Hati awak pulak dah cair ke?” Mereka mengambil tempat dikerusi yang berdekatan.
“Tiada maknanya Azam. Aku tetap dengan jawapan aku. Kau carilah orang lain.”
“Saya tak tahu macam mana nak buatkan awak percayakan saya Ad. Awak anak yatim ke? Itu tak jadi masalah pada saya…” tanya Azam.
Adha hanya berdiam diri sambil menjilat ais krim. Sudah tentu Azam berfikir sedemikian sebab dia tinggal di rumah anak yatim ustazah Zarina. “Aku lebih dari tu Zam…” luahnya perlahan.
Azam memandang wajah Adha yang duduk disebelahnya. Seolah gadis itu memendam duka yang langsung tidak mahu dikongsi oleh semua orang. “Tolonglah Adha… kongsi masalah awak dengan saya.” Katanya sambil memandang tepat pada anak mata Adha.
“Azam!” jeritan seseorang menarik perhatian mereka berdua. Lelaki yang berlari anak mendekati mereka menghentikan langkahnya sejurus sahaja terlihat wajah Adha. Wajahnya bertukar warna sambil berjalan ke arah mereka berdua.
Adha juga turut terkejut melihat kelibat seseorang berjalan mendekati mereka. Lelaki itu berjalan sambil memandang tepat pada anak mata Adha. Hatinya berdebar-debar setiap kali langkah lelaki itu mendekati mereka.
“Fauzan.” Balas Azam sambil tersenyum memanggil nama sepupunya.
“Zam. Semalam kau kata nak dating dengan awek Adha kau tu? Perempuan ni ke?” tanya lelaki itu pada Azam dengan nada sarkastik sambil memandang mata Adha.
“Yup. Kenalkan Adha ni sepupu saya. Fauzan. Fauzan, inilah Adha.”
Long time no see Annur Adha. Have a good days in prison? Tak sangka banyak jugak nama panggilan kau ye? Adha? Huh!” Fauzan tersenyum kecil.
Prison? Apa maksud kau Fauzan?”
“Annur Adha ni bekas tunang aku yang kena tangkap sebab dadah tu… betul tak Annur? Or should I call you Adha?” jawab Fauzan.
“Mustahil. Kau salah orang kot.”
Fauzan tersenyum mengejek. “Don’t be stupid Azam. Aku PERNAH jadi tunangnya tiga tahun Zam. Mustahil aku tak kenal perempuan ni. Waktu tu kau masih lagi kat Malbourne belajar… Kenapa senyap Adha? Rahsia kau terbongkar?”
Adha yang dari tadi senyap sahaja mula membalas pandangan Fauzan. “Dah habis cakap? Sekarang puas? Memang aku bekas banduan. Tak layak berdiri dengan kamu semua yang terlalu suci!”
“Tolonglah Adha cakap yang awak tipukan?” rayu Azam.
Adha melihat wajah Fauzan yang memandangnya sinis. “Betul cakap Fauzan. Aku bekas banduan. Aku pernah meringkuk dalam penjara bertahun. Sekarang kau dah tahu kenapa aku tidak pernah menerima orang macam kau. Aku bukan anak yatim yang seperti kau cakap. Tapi aku anak yang di anak yatimkan Azam. Keluarga aku buang aku sebab aku disahkan positif dadah.”
“Puas hati kau Fauzan?” tanya Adha pada Fauzan pula.
Bravo! Muka macam kau memang muka tembok! Oh ya, Aku pernah jumpa bakal isteri Azam.  Kau nak tahu siapa?  Nurul Shazlin Dato’ Hamid.  Bekas kawan baik kau. Aku ingat lagi dulu kau pernah kata Shazlin yang fitnah kau… Menyesal aku back up Azam suruh kejar cintanya. Kalau tahu dari awal. Baik lagi Azam kahwin dengan Shazlin dari bekas banduan macam kau!”
“Baguslah… aku doakan kau pilih Shazlin dari aku Zam. Korangkan terlalu tinggi untuk aku… aku tak sangka orang yang bijak pandai macam kamu semua ni boleh jatuh cinta dengan aku. Stupid guys!” balas Adha.
“Sudah!!!” jerit Azam. Dia berlari meninggalkan Fauzan dan Adha.
Tersenyum sinis Fauzan meninggalkan Adha keseorangan. “Orang macam kau tak layak untuk berjalan disebelah sepupu aku tu. Umpama dia terpijak tahi saja! Jijik!” katanya sebelum pergi.
“Pergilah Azam… aku doakan kau dengan Shazlin.” Ujar Adha sambil mengesat air matanya. Akhirnya dia kalah juga. Fauzan! Lelaki itu terlalu membencinya sekarang. Tidak sangka lelaki yang selama ini mencintainya dengan sepenuh hati boleh berubah begitu sahaja.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!