Friday, July 27, 2012

Tembok Cinta bab 18




“Ada manusia tukan Fiera? Mulut busuk sangat. I rasalahkan you patut buat proposal pasal satu promotion ni untuk sarankan semua orang dalam ofis ni pakai colgate plax. Busuk sangat sampai susah I nak bercakap.” Kata Lydia sebaik saja ternampak Shira berlalu melintasi mereka.
“Ye ke? Aku pun ada jugak terhidu bau longkang ni Lydia. Busuk kemain. Menusuk ke kalbu. Kan Shira?” soal Fiera tetiba pada Shira.
Jelingan Shira pada mereka berdua langsung tidak berkesan. Gadis itu terus berlalu pergi. Panas kot! Biasalah siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Mulut tak habis-habis canang cerita pasal Fiera dalam ofis ni.
“Terasalah tu. Padan muka. Sakit hati I dengan minah seorang tu.” Kata Lydia kegeraman. Anak matanya melirik pada lenggok badan Lydia yang persis itik nak tercabut bulu tu.
“Lantaklah dia Lydia. Lama-lama penat jugak minah tu dari cakap pasal aku.”
“Masalahnya Fiera. I rasakan selagi you masih dalam pejabat ni. Selagi tu dia tak pandai penat nak canang cerita longkang dia tu satu ofis. Yang terbaru sampai kat telinga I ni pasal you dan encik Adam.” Kata Lydia sambil menghirup teh panasnya. Duduk lepak dengan Fiera di pantri sudah menjadi hobi mereka berdua sejak Fiera tukar tugas.
Kening Fiera terangkat sedikit. Dia yang pada mulanya hendak membalas mesej dari Ammar terhenti. Fiera meletakkan telefonnya di atas meja. Muka Lydia yang putih kemerah-merahan itu dipandang. “Pasal aku dan Adam? Apasal pulak?”
“Sekarang ni rumors pasal kau dan Encik Adam tu yang paling hangat kat ofis ni. Hangatlah sangat! I rasa rumors hangit entah muncul dari mulut siapa saja.”
“Kau ni Lydia. Cakap pun lambat ke main point. Curious aku nak tau. Kurang asam betul! Siapa yang canang cerita pasal aku dengan Adam ni?”
“Yang I dengarlah. Satu, konon-kononnya Encik Adam ni ada skandal dengan PA. PA ni siapa lagi kalau bukan you. And then mereka buat cerita yang you ni pisau cukur. Tak cukup dengan jawatan yang Tan Sri bagi you sebelum ni, nak lagi harta keluarga enciik Adam. Kononya you ni seduce anak bos besar tu.”
What?! Angin betul. Bila masa aku goda Adam? Tak tercapai dek akal.”
“Tu la pasal. Ingat tak waktu you balik kampung encik Adam tu. Ada yang cerita kononnya korang berdua bergaduh. Sebab tu encik Adam sanggup kejar you sampai kat kampung.”
Muka Fiera membara mendengar gosip pasalnya. Tak sangka ada juga yang canang cerita pasal dia.
“Ada cerita pulak yang kata you nak you dan encik Adam bertunang tapi encik Adam tak nak lagi. Sebab tu la you merajuk sampai balik kampung. Semua heboh katakana you ni terhegeh-hegeh nak kahwin cepat dengan encik Adam.”
“Euwww…..” jerit Fiera dengan nada kegeraman. Geli pun ada. Terhegeh-hegeh nak kahwin dengan Adam?
“Siapalah yang bawa cerita pasar malam ni dalam ofis ni. Kalaulah aku tau. Aku cili-cilikan mulut tiada insurans tu. Paling baik pun aku terus jahit mulut tu. Tiadalah mulut busuk yang canang cerita pasal I.”
“Tapikan Fiera. In case la… in case sajalah…” tersengih-sengih Lydia memandang Fiera dengan senyuman memanjang.
“Ye Lydia. In case apanya?” tanya Fiera balik. Tahulah ada sesuatu yang gila-gila tengah berlegar-legar dalam kepala otak kawannya sekarang ni.
“Kalaulah you dengan encik Adam tu ada happy ending kan best? Mesti sweet gila. Alah! Macam cerita dalam novel-novel tu. Mula-mula, kahwin lepas tu ada anak. Anak korang mesti comelkan? Macam sweet dream aje.”
Terbeliak mata Fiera mendengar impian dan mimpi Lydia. “Sweet dream apa kejadahnya? Nightmare adalah.”
“You ni… Handsome apa? Lagipun I boleh tengok dari cara Encik Adam tengok kau dan how’s he treat you tau. You dengan dia pun dah lama kenal. Sepadan pula tu, bagai pinang dibelah dua. Macam ada jodoh aje.”
“Tiada maknanya. Minta simpang malaikat 44! Jangan doakan okay. Tak nak aku!” kata Fiera. Dia langsung tidak suka bila ada cerita pasal dia dan Adam. Inikan pula nak cop dia dan Adam tu pasangan dan ada jodoh! Tahukah engkau wahai Lydia. Kalau Adam dengar kau cakap macam tu entah berperasaan lagi mamat seorang tu.
Kedengaran Lydia berdehem beberapa kali.
“Betul apa. Jangan sesekali padankan aku dengan mamat pelik tu. Tak nak aku. Anginnya bukan boleh dijangka.” Sambung Fiera lagi. Teringat Fiera dengan sikap Adam yang mengalahkan angin monsun itu. Kalau nak pergi mana-mana mesyuarat atau jumpa klien tetiba aje arah orang sesuka hati.
Lydia hanya senyap kemudiannya hanya terus sambung menghirup airnya.
“Takkan I teruk sangat macam tu kan?” kedengaran satu suara yang Fiera cukup kenali dari belakangnya. Kelihatan Lydia memberi signal kepadanya agar menoleh belakang.
Fiera mengetap bibir. Matannya ditutup rapat sambil berpusing ke belakang.
Err…” Adam! Aduh! Fiera benar-benar buntu hendak buat apa sekarang ni. Sejak bila pula Adam ada di sini. Patutlah si burung tiung Lydia tu senyap saja secara tiba-tiba.
Err… I need to go now! Bye encik Adam.” Kata Lydia tergesa-gesa sambil membawa mug airnya. Larikan dirilahh tu.
Mata Fiera sengaja dibesarkan agar menyuruh Lydia duduk semula tapi gadis itu terus pergi saja.  ‘Sorry Fiera. I lagi takut Encik Adam dari mata you yang besar tu.’ Gumam Lydia dalam hati.
“Adam tanya ni. Teruk sangat ke Adam sampai tak padan dengan Fiera?”
“Bukan macam tu…”
It’s okay. Buatkan Adam kopi.” Arah Adam dengan nada keraas. Kemudian dia terus berlalu masuk ke dalam pejabat.
Satu keluhan panjang dihembuskan. Susah betul dengan mamat seorang ni. Semua kena berhati-hati. Tak kiralah dalam percakapan atau apapun kena penuh berhati-hati. Ini mesti merajuk lagi tu.
Fiera menghempas gelasnya ke dalam singki. Gelas pelastik saja pun. Kalau kaca takkan nak bagi pecahkan? Sakit kepala fikir pasal mamat ni.
“Kalau tak rela nak buatkan pun takpe.” Kata Adam tiba-tiba. Segera Fiera menoleh ke pintu pantri. Rupanya dia datang balik ke dalam pantri. Entah apa pula mamat tu fikirkan pasal dia sekarang ni.
Dan Fiera bertambah yakin sekarang mood Adam akan bertambah teruk. Harap-harap tidaklah lama anginnya kali ni. 

p/s : Adam tak akan layan Fiera lagi. kesian Fiera nanti... bila jauh dari mata. akan dekat di hati ke antara mereka berdua? Fiera tak rindu dngan adam ka bila Adam dah tak nak pedulikan n care pasal dia lagi?


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Wednesday, July 11, 2012

[CERPEN] : Bisu Cinta Saffiyah


Saffiyah menundukkan pandangannya ke atas lantai. Lantai pondok bas itu di pandang walaupun kotor bukan kepalang. Hatinya berdegup laju walaupun dia cuba mengawalnya. Segala bait kata dari Tiffah langsung tidak singgah ke telinganya. Penat saja si kawan berceloteh di sebelah tapi langsung tidak berbekas di telinganya. Fikiran dan hati Saffiyah tengah berlawan antara satu sama lain. Perlawanan street fighter pun kalah.
Matanya menyorot pada seseorang jejeka yang sedang ralit bercerita dengan kawan-kawannya di sebelah hujung pondok. Kelihatan lesung pipi yang dalam pada wajah yang seakan-akan cina itu. Tatkala Saffiyah ralit memerhati wajahnya tiba-tiba mata mereka bertembung. Sedari dirinya kantoi oleh lelaki itu, Saffiyah segera mengalihkan pandangannya. Kebetulan pula bas sudah pun sampai. Tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam bas.
“Astaghfirullahalazim” tangannya diletak pada dadanya. Masih terasa debaran di dadanya. Kuat dan kencang. “Ya Allah lindungilah hatiku.” Matanya ditutup rapat. Sungguh itulah satu perasaan yang sukar digambarkan. ‘Civil engineering’ itu saja yang Saffiyah dapat tangkap di baju salah seorang kawan lelaki itu. Bermakna dia juga salah seorang pelajar di universiti ini.



Saffiyah menyandar belakangnya pada dinding tempat kegemarannya. Bahagian rujukan pada perpustakaan ini memang bahagian paling kurang orang singgah sebab ia hanya untuk rujukan dan tidak boleh di pinjam. Tempat yang tersisih inilah tempat yang paling best untuk dijadikan tempat lepak.
Niat utama untuk ke perpustakaan ni bukanlah belajar semata-mata. Sekali pandang, orang akan ingat Saffiyah memang ulat buku, ‘penjaga’ perpustakaan dan sebagainya. Tapi sebenarnya memang sukar untuk mencari gadis itu di dalam perpustakaan kerana tempat lepaknya yang agak terlindung dan merupakan bukan tempat popular di kalangan pelajar.
Sama ada duduk tidur sambil menikmati keenakaan penghawa dingin, berehat sambil baca buku ataupun menggunakan perkhidmatan percuma perpustakaan yang paling disukai setiap pelajar iaitu wi-fi percuma. Dia akan duduk tidur sambil cucuk telinga dengar lagu.
Mata Saffiyah dipejam. Lirik lagu Nirwana bertajuk cukup-cukup sudah dihayati dengan sepenuh hati. Ingatannya seraut wajah lelaki itu menjadi tatapannya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Sungguh perasaan itu tidak hilang. Perasaan rindu? Sayang? Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana perasaan cinta itu hendak diungkapkan. Bila matanya tertutup ingatannya pada wajah itu tidak hilang.
Hatinya cukup diperkuatkan untuk mengelak cinta dari kaum Adam. Walaupun ramai yang ingin mendekati tapi dengan berhati-hati dia menolak dengan cara lembut. Teringat kisah juruterbang ketika dia hendak pulang semula ke Sarawak beberapa hari yang lalu. Lucu pun ada geli hati pun ada. Bukan apa? Boleh pula juruterbang tu kirim salam kat dia sedangkan dia tidak tahu apa-apa.
Telefonnya yang bergetar mengejutkan Saffiyah dari lamunan. Sengaja di biarkan dalam mode bergetar agar tidak menganggu pelajar lain. Saffiyah segera menekan butang hijau pada telefonnya tanpa lihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum.” Ujar gadis ayu itu.
Habis sahaja Saffiyah memberi salam. Talian segera dimatikan. Saffiyah memandang nombor tersebut. Ah! Nombor ini lagi. Tekanan gadis itu dengan si pemanggil yang tidak pernah serik. Kalau banyak sangat kredit baik pergi buat kerja amal, derma pada anak yatim ke? Dapat juga pahala bersedekah.
Saffiyah berdengus. Menanti. Dalam beberapa saat satu nombor akan mendail lagi. Memang itulah kerja si pemanggil menggunakan dua nombor selepas tu, bila selasai saja Saffiyah mendail mesti orang itu akan memberhentikan talian secara tiba-tiba.
“Owh mak kau terkejut…” latah Saffiyah terpacul bila telefonnya kembali bergetar.
Tengok! Nombor lain lagi. Tapi kedua-dua nombor ini sudah melekat di kepalanya. Segera butang hijau di tekan. Jangan layan sangat manusia tiada kerja cari kerja ni!
Saffiyah mendengus.
“Sakit hati betul!” omelnya sendirian.
“Jangan marah-marah nanti kang berkedut muka tu baru tau.” tegur seseorang. Saffiyah yang duduk di atas lantai mendongakkan kepalanya. Tergamam seketika. Melihat jejaka berbaju melayu pink itu buatnya terkejut. Saffiyah kemudiannya memandang sekeliling. Dia ni cakap dengan aku ke?
Lelaki yang berada di perhentian bas hari tu! Alahai! Cukuplah muka awak tu yang jambu kenapalah hendak meng-jambu-kan diri anda lagi dengan baju melayu merah jambu itu. Sempat lagi hati Saffiyah merepek.
“Saya cakap dengan awak la.” katanya dengan Saffiyah.
Saffiyah memandang semula lelaki itu. Jari telunjuknya dihala ke muka. “Saya?” ajuknya dengan kening terangkat ala-ala kakak Ziana Zain kita. Kita? Perasaan la pulak!
Lelaki ‘jambu’ itu mengangguk lalu duduk mencangkung di hadapan Saffiyah.
Lelaki ‘jambu’? hahaha! Malanglah wahai lelaki itu. Memang geng Saffiyah yang suka usha mamat comel kemudian mengelarkan mereka dengan pelbagai jenis gelaran. Contohnya si hidung sebab hidungnya mancung, si bandung sebab waktu usha tu mamat tu, dia tengah beli bandung ataupun Domo untuk mamat Art and Design yang suka pakai beg domo dan baju domo. Bukan gatal ataupun ada hati nak ngorat anak teruna orang. Saja usha tengok muka. Pergi tegur? Haraplah! Tengok dari jauh saja mampu!
“Jauhnya awak mengelamun. Tahulah saya handsome.” Lelaki itu kejutkan Saffiyah dari lamunannya.
“Perasan!” cebik Saffiyah. Tapi awak memang handsome pun adoi! Sambungnya dalam hati.
Selamba saja lelaki itu senyum.
“Err… awak nak duduk sini?” soal Saffiyah sambil memandang lelaki itu.
Lelaki itu kemudiannya mengeleng. “Saya nak duduk dengan awak.”
“Apa awak cakap?” tanya Saffiyah kembali.
“Err… saya kata nak duduk dengan awak.” katanya kembali.
“Hah?” Dahi Saffiyah berkerut mendengar kata-kata lelaki itu. Sayang sungguh! Lelaki jambu ini psiko rupanya. Gila!
“Saya suka tengok kening awak berkerut macam tu. Comel! Saya selalu tengok awak study atau  tidur di sini.”
“Apa?!!” Saffiyah terjerit kecil. Belajar tu boleh terima. Tapi tidur tu… erm? Ada air liur meleleh tak? Malunya!
Sssyyhhh…” lelaki itu meletakkan jarinya ke bibir beri tanda senyap.
“Sebenarnya dah lama nak tegur awak tapi tak tahu macam mana nak tegur. Saya sebenarnya nak kenal dengan awak.” sambung lelaki itu.
“Tapi hari ni awak berani pulak tegur?”
“Erk? Sebab saya ada keberanian hari ni.”
“Tapi saya tak kenal awak?” tanya Saffiyah lagi.
“Saya pun. Sebab tu saya nak kenal dengan awak.”
“Tapi kenapa awak nak kenal dengan saya?”
“Sebab saya suka awak!”
“Apa?!!” sekali lagi Saffiyah terjerit. Tapi dengan nada yang masih dapat di kawal agar tidak didengar oleh pelajar lain.
Ssshh…” kata lelaki itu.
“Awak tu yang tak habis buat lawak. Kalau saya kena serang sakit jantung kat sini. Siapa susah? Saya jugakan.” rungut Saffiyah tenang tapi jantungnya seolah-olah hendak terkeluar atas kekuatan debaran dadanya.
“Saya serius saya cintakan awak. Saya nak tegur awak masa kat bus stop hari tu. Tapi awak pun macam tak sudi aje tengok saya.”
Saya tengok awaklah! Tapi curi-curi ajelah.
“Dah la. Tak payah lah nak buat lawak pula sini. Saya mana kenal awak.” celah Saffiyah sambil pandang mata lelaki itu. Mata mereka bertembung seketika. Kemudian Saffiyah segera menjatuhkan pandangannya.
“Saya tahu awak pun rasa apa yang saya rasa.”
“Mungkin. Tapi mungkin tidak. Sebab saya tak nak tengok muka awak ialah takut terjatuh cinta kat awak. Saya jaga hati saya hanya untuk bakal suami saya. Saya jenis yang suka direct to point. Kalau awak nak jual minyak urut ke atau what so ever bukan sini tempatnya.” Memang itulah jawapan Saffiyah setiap kali ada lelaki yang ingin menjadi teman lelakinya.
Setiap orang ada prinsip masing-masing. Prinsip Saffiyah dalam bercinta biarlah sekali dalam seumur hidup dan hatinya akan sentiasa di jaga untuk bakal suaminya sahaja. Walaupun dia juga gila-gila cuci mata usha muka mamat handsome tapi untuk berkasih belum tiba masanya lagi.
“Tapi untuk berkawan tidak salah kan?” tanya lelaki itu.
“Asal awak tidak ungkit pasal ni lagi barulah saya setuju. Deal?”
Deal!


Iman Raihan. Serius Saffiyah suka nama mamat jambu tu? Teringat pertama kali dia beritahu namanya. Satu perkara yang terlintas dikepala Saffiyah waktu tu ialah lagu kumpulan Raihan- Iman Mutiara. Alahai… lagu berbunyi begini…iman adalah mutiara, di dalam hati manusia… kalau nak tau lebih sila google lirik lagu tu dekat internet. Nanti Pak cik Google tolong carikan.
Punyalah Raihan gelak habis bila Saffiyah secara spontan cakap pasal lagu tu.
Lagi satu selama lebih dua bulan mereka berkawan. Saffiyah hanya berjumpa dengan Raihan di perpustakaan saja. Itupun Raihan yang pergi cari. Saffiyah mana ada cerita dekat member-membernya pasal mamat jambu a.k.a Iman Raihan ni. Raihan pula tidak tahulah kalau ada cerita dengan kawan-kawannya. Persahabatan mereka hanya antara mereka berdua sahaja.
Memandangkan Raihan budak ijazah manakala Saffiyah budak diploma. Waktu Saffiyah ada kuliah. Raihan pula sedap-sedap menyibukkan diri dalam universiti pada waktu cuti semester. Niatnya datang kampus hanya untuk jumpa Saffiyah saja.
“Owh Cik Nur Suffiyah.”
“Ya saya… Encik Iman Raihan. Ada apa yang boleh saya bantu?” tanya Saffiyah setelah dikejutkan dari lamunannya.
“Fikir pasal siapa? Pasal Raihan eh?”
“Perasan. Mana adalah!” celah gadis itu.
“Saffiyah… ” panggil Raihan.
Erm?
“Saffiyah…” panggil Raihan lagi.
Erm?” jawab Saffiyah sambil kuhsyuk hadap computer ribanya.
Yiee… Awak! Tengoklah dekat saya dulu.” panggil Raihan lalu menutup Komputer riba Saffiyah.
“Awak ni! Saya ada assignment nak buat la.”
“Kejap aje la…”
“Ya baiklah. Apa dia wahai encik Iman Raihan?”
“Hah! Kan bagus macam ni.”
Saffiyah mencebik.
“Tayang mulut mancung tu. Macamlah comel! Cium karang baru tau.” Raihan memberi amaran. Budak ni! Dia tau tak kita dah gila bayang kat dia. Boleh pula buat muka macam tu lagi. Sakit hati!
Segera Saffiyah menerkup mulutnya. Matanya dibesarkan tanda marah.
Tergelak kecil Raihan dengan aksi comel si kawan.
 “Awak ni! Sakit hati betul. Cepatlah cakap.” arah Saffiyah.
“Okay… okay saya cakap. Sebenarnya saya nak bawa awak jumpa seseorang.”
“Siapa? Awek awak ke?” tanya Saffiyah dengan muka bersinar-sinar.
“Kalau awek saya tu… awak la! Sebenarnya saya nak bawa awak jumpa adik saya la.” kata Raihan dengan nada serius.
“Adik awak?”
Raihan senyum lalu mengangguk.
“Tapi adik awak nak ke jumpa saya ni?” tanya Saffiyah lagi.
“Insya-Allah dia nak.”
“Tapi… jap saya fikir dulu.” Saffiyah berfikir sejenak. Berdua hati sebenarnya. Antara ya atau tidak. Manalah tahu adik Raihan tidak suka dengannya. Ceh! Buat apa aku fikir sakitkan kepala. Macamlah nak jadi kakak ipar sampai kena risau semua tu.
Alright!” Saffiyah mengangguk setuju.
Really? Kalau macam tu jom la!” ajak Raihan. Buku-buku dan nota Saffiyah yang bertaburan atas lantai dikemas.
“Eh… eh! Sekarang tak boleh la. Kerja saya dah berlambak.”
“Tapi lagi dua minggu lebih baru hantar kan?”
“Dari mana awak tahu?” soal Saffiyah.
“Saffiyah… Saffiyah. Dari tadi saya dok hadap tengok awak buat kerja tu. Saya nampaklah submission date tu hah! Tahulah awak tu anugerah dekan. Tapi awal gila kot.”
“Iya la tu. Tak macam awak. Tak payah study pun dean list. Kita ni kena study hard baru boleh dapat tau.” Balas Saffiyah enggan mengalah.
“Apa-apa je la. Jom! Mari saya bantu awak… habis berselerak tempat ni. Macamlah library ni dia yang punya. Berhambur!” Raihan membantu mengemas buku-buku dan nota Saffiyah.



“Ini rumah ke atau istana?” soal Saffiyah sambil memandang rumah Raihan yang besar.
“Penjara.” jawab Raihan singkat.
“Apa?”
“Tiada apa-apalah. Jom!” ajak Raihan.
Saffiyah masih lagi tidak berganjak. Tali pinggang keledar masih lagi terpasang. Dia berdua hati. Mana boleh berdua-duaan. Kang kena tangkap basah siapa susah? Bukan mereka berdua saja. Kena fikir pasal maruah keluarga. Bila sebut maruah keluarga. Kepala kena terus ingat mak dan ayah. Ingat tu!
“Awak ni… awak ingat saya nak apa-apakan awak ke? Ada adik dan pengasuh saya la kat dalam.” ujar Raihan sambil bergeleng. Dia dapat mengesan riak risau pada gadis itu.
“Ye ke? Langkah berjaga-jaga…” jawab Saffiyah tersengih-sengih.
“Tapi lepas nikah boleh kan?” usik Raihan tersengih.
“Apa!”
“Awak ni… usik sikit dah keluar perkataan ‘apa’ dan muka berkerut awak tu. Dah la takde soalan lain lagi selain apa. Banyak tau MASD 2B selain apa.” Kata Raihan.
“MASD apa?” tanya Saffiyah lagi.
Automatik Raihan tersenyum. Saffiyah dan apanya memang sukar dipisahkan. “MASD 2B. MASD tu ialah mengapa, apa, siapa dimana. 2B tu pulak bagaimana dan bila.”
“Owh…. Hehehe…” Saffiyah mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Dah… jom masuk. Mak cik Lin dah tunggu kita dari tadi tu.” ajak Raihan.



Sekali lagi Saffiyah tergamam memandang ruang tamu rumah Raihan yang nampak sungguh mewah dengan perhiasan-perhiasan antik dan kristal.
“Mak cik Lin. Piya mana?” tanya Raihan pada pengasuhnya yang sedang menghidang minuman untuk mereka. Wanita itu memandang seketika pada Saffiyah. Satu senyuman manis dihadiahkan untuk wanita itu dari Saffiyah agar tidak dianggap hidung tinggi pada wanita yang agak berusia.
“Piya ada kat atas. Main gitar macam biasa. Nak mak cik panggilkan ke?” jawab Mak cik Lin.
“Takpelah mak cik. Nanti saya pergi panggil sendiri.”
“Baiklah. Kalau macam tu mak cik ke dapur dulu la. Saffiyah minum dulu yaa…” Mak cik Lin menjemput Saffiyah lalu tersenyum.
Satu anggukan sebagai balasan dari Saffiyah. “Terima kasih mak cik.”
“Awak tunggu sini kejap ye. Saya nak panggil Piya kejap.” ujar Raihan setelah pengasuhnya menghilangkan diri.
“Awak jangan lama sangat ye. Saya segan.”
“Buat apa nak segan. Kan ni bakal rumah awak juga.” usik Raihan sambil tersenyum. Saja niat nak mengusik Saffiyah.
“Hesy awak ni!”
“Tunggu saya tau. Kejap aje.” kata Raihan sebelum naik ke tingkat atas.



“Saffiyah kenalkan ni adik saya. Piya mari sini sayang…” Raihan membawa adik perempuannya yang berumur 12 tahun itu mendekati Saffiyah.
Saffiyah sekadar memberi senyuman pada adik Raihan. Tangannya dihulurkan pada gadis itu untuk mendekatinya. “Hai awak. Nama saya Saffiyah…” katanya mesra.
Piya langsung tidak senyum. Sebaliknya memandang pelik pada Raihan dengan muka masam seolah-olah meminta penjelasan.
“Nama korang sama…” kata Raihan ringkas pada adiknya.
Kini Saffiyah pula memandang pelik.
“Err… nama korang berdua sama. Saffiyah adik Raihan dan Saffiyah bakal isteri Raihan…” jelas Raihan sambil tersenyum. Tapi nada suara beberapa patah perkataan yang akhir itu sengaja diperlahannya tapi masih mampu didengar oleh ke dua gadis itu.
Tiba-tiba adik Raihan mengeleng kepalanya laju. Muka gadis itu merah lalu berlari menariki anak tangga semula.
“Piya… Piya…” Raihan menjerit memanggil adiknya.
“Saffiyah awak tunggu sini kejap ye.” Arah Raihan lalu berlari mengejar adiknya.
Err… saya nak ikut.” Kata Saffiyah yang tetiba terpinga-pinga melihat aksi adik Raihan secara tiba-tiba tadi.
Raihan tidak menghalang. Sebaliknya mereka berlari menaiki tingkat atas untuk mengejar adik Raihan.



Saffiyah memandang wajah kusut Raihan yang mengurut dahinya. Hatinya turut sayu mendengar kisah Raihan dan adiknya. Siapa sangka Raihan yang sentiasa senyum dengannya rupa-rupanya mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk menjaga adik perempuannya.
Adik Raihan bisu dan enggan bercakap setelah trauma dalam kemalangan di mana Piya menyaksikan kemalangan jalan raya kedua ibu bapanya. Dalam kemalangan itu hanya Piya seorang saja terselamat. Raihan pada ketika itu tidak mengikut keluarganya kerana ada kelas tambahan. Bila Piya puas menangis dalam kemalangan itu, dia tiba-tiba sahaja menjadi senyap dan sehingga tidak mahu bercakap sepatah pun.
Menurut doktor, gadis itu mungkin dalam keadaan trauma kerana tidak dapat terima kenyataan dan mungkin dia terlalu lama menangis dalam keadaan tragis itu sehingga tidak sanggup hendak bercakap. Sehingga kini, Piya masih lagi enggan bersuara sepatah kata pun.
 “Maafkan saya. Mesti awak rasa lainkan. Saya tak sangka Piya akan berkurung macam ni.”
“Takpa. Saya faham. Tapi tak apa ke Piya masih berkurung dalam bilik tu?” soal Saffiyah sambil memandang tangga atas. Adik Raihan masih lagi berkurung dalam bilik. Sudah puas mereka pujuk untuk keluar tapi adiknya masih lagi berkeras enggan memberi kerja sama.
“Selama ni Piya memang tidak mahu bergaul dengan orang luar selain saya dan mak cik Lin. Piya tak suka keluar rumah kecuali benda penting. Sebab dia akan bergegar ketakutan bila naik kenderaan.” Jjlas Raihan.
Err… awak. Apa kata saya pergi pujuk dia. Awak takde kunci spare?” Ulas Saffiyah tiba-tiba.
“Kunci tu ada. Tapi bila Piya berkurung dan tak nak diganggu. Dia akan baling barang pada pintu bila tak nak dikacau.” terang Raihan.
Saffiyah mengangguk. Patutlah Raihan hanya memujuk tanpa membuka pintu tadi.“Tak apa. It’s okay. Kalau dia baling pun saya sambut aje. Kalau kena pun paling teruk masuk wad aje kan. Hehehe…
Raihan memandang wajah Saffiyah yang buat lawak itu kegeraman. Orang risaukan keselamatannya boleh pula dia buat lawak macam tu.
“Tak apa. Insya-Allah tiada apa-apa. Saya janji…”
“Kalau saya kata tak boleh awak memang nak juga pergikan?” soal Raihan.
“Tahu takpe.”  Tersenyum-senyum Saffiyah dengan tekaan Raihan.
Memang betul pun! Saffiyah mana ada adik beradik memandangkan dia anak tunggal sebab tu dia sayangkan budak-budak. Saffiyah melarang Raihan untuk ikut dia pujuk Piya. Katanya dia hendak memujuk gadis itu dengan cara tersendiri. Pada mulanya memang Raihan membantah takut Saffiyah diapa-apakan tapi Saffiyah tetap dengan pendiriannya.



Saffiyah menarik nafas panjang sambil memasukkan kunci ke lubang. Perlahan-lahan tombol pintu bilik Piya dipulas. Dia menolak daun pintu sedikit. Tangan kanannya yang memegang satu patung ‘Smiling Pasta’ yang kecil memasuki pintu. Hanya tangannya yang memegang patung tu saja nampak. Saffiyah memang suka bawa patung kecil itu ke mana saja. Sebenarnya patung tu bekas handphone chainnya yang rosak.
“Assalamualaikum awak! ” ujar Saffiyah sambil mengerakkan patung itu sedikit.
“Awak… awak! Nama kita samalah… nama saya Piya juga. Awak nampak tak huruf P besar pada baju saya?” ujar Saffiyah sambil mengerakkan patung tersebut.
Piya yang pada mulanya hendak membaling barang membekukan dirinya sambil memandang patung tersebut.
Err… awak? Awak tengah buat apa tu? Saya datang nak jumpa awak… boleh?” tanya Saffiyah.
Caya Cebenainya nak tatang dekat. Tapi caya malu… err… kalau awak benaikan. Awak keyuwaikan ya bunyi. Ketuk kat meja ke? Dinding ke. Eh! Ketuk kat cimen tak bunyi apa-apa. Cowie… erm… awak ketuk kat apa-apa ajelah. Janji ada bunyi. Kalau ada… nanti caya macuk. Boyeh ya… caya nak cangat jumpa awak!” pujuk Saffiyah dengan seolah-olah budak kecil yang pelat berkata-kata.
Senyap. Saffiyah menelan air liur. Takut adik Raihan enggan memberi kerjasama. Beberapa minit kemudian. Terdengar seolah-olah seseorang mengetuk sesuatu pada kayu. Saffiyah tersenyum lalu perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik.
“Assalamualaikum…” katanya sambil melangkah masuk.



Pandangan Piya tanpa riak membuatkan hati Saffiyah berdentam dentum bagai nak rak. Air liur basi ditelan. Dia buntu untuk memulakan sesuatu langkah.
Err… Piya.” Panggil Saffiya sambil mendekati gadis itu.
Suasana bilk hening seketika. Saffiyah buntu untuk memulakan bicara sedangkan adik Raihan masih lagi menyepi dan berpaling daripadanya.
“Cantik bilik ni kan? Comel! Er… Piya suka benda comel tak? Akak pun suka benda-benda comel macam ni.” kata Saffiyah sambil memandang sekitar dalam bilik gadis itu.
Senyap.
“Piya… nak yang ni tak?”  pujuk Saffiyah. Patung tadi dihulurkan pada gadis itu. Piya sekadar memandang kosong patung tersebut. Lama-kelamaan dia memandang tajam anak mata Saffiyah dan kemudian barulah menyambut huluran patung tersebut.
Satu hembusan nafas lega dikeluarkan. Lega! Itu tanda permulaan yang baik antara Saffiyah dan Saffiyah kecil.
Saffiyah tersenyum bila terpandang Piya bermain dengan anak patung itu. Comel!



Hampir setiap minggu Saffiyah meluangkan masa bersama Piya kecil. Raihan menyatakan bahawa Piya telah menunjukkan beberapa reaksi positif pada kehidupannya. Gadis itu sudah mula berani keluar rumah bersiar-siar di halaman. Dan yang paling menakjubkan ialah Piya sedang berusaha untuk bercakap semula.
Syukur Alhamdulillah. Satu keajaiban bila gadis yang setelah sekian lama enggan bercakap nekad untuk berubah semula. Tiada lagi Piya yang suka menyendiri atau terperuk dalam bilik.
Tapi Saffiyah dan Raihan kena mengikut syarat Piya yakni Saffiyah kena berjanji untuk berjumpa dengan Piya setiap minggu sekiranya ada kelapangan. Saffiyah tidak menolak malah dengan senang hati menurut kata gadis itu. Dia sendiri pun anak tunggal dan tidak pernah rasa kehidupan adik beradik.
“Ada orang tu makin lama makin selalu menghilangkan diri." sindir Yani berkias. Air bandungnya dihirup perlahan.
Saffiyah hanya tersenyum. Perasaan sangatlah dia orang yang dimaksudkan. Aktiviti ‘cuci mata, tilik dan komen’ mereka di kafe pun semakin berkurang. Pasal Raihan pun mereka masih lagi tidak tahu. Saffiyah dan Raihan pun jarang bertelefon atau bersms. Sebaliknya hanya chatting di Facebook saja.
Saffiyah tersenyum sedikit apabila teringkatkan Raihan. Bukan apa! Memang hobi mamat tu jadi pengeLIKE tegarnya di facebook. Semua status dan gambar-gambar Saffiyah lelaki itu like. Bila Saffiyah tegur, jawapan Raihan sama saja. “Sebab saya nak awak tahu yang saya LIKE awak selalu. Jadi bila awak tengok notification awak, awak akan sentiasa ingat yang saya LIKE dan suka awak.”
“A’ah. No life langsung.” Sokong Tiffah.
“Saffiyah!!!” jerit Damia tiba-tiba.  Bergema satu kafe dengan suara si kawan. Padahal duduk pun sebelah Saffiyah saja pun.
“Hoi! Damia!” tegur mereka bertiga serentak. Merah padam muka mereka yang lain bila ada pandangan-pandangan pelik yang memandang mereka.
“Apasal dengan kau ni Mia?” tanya Saffiyah.
“Cuba baca ni.” Damia menghulurkan telefonnya pada Saffiyah.
Terbeliak mata Saffiyah membaca status yang diletakkan pada dinding Facebooknya. Mahu tercekik cucur udang yang baru saja ditelan tadi.
“Status ni status semalam kan? Apasal kita rajin sangat buat assignment semalam? Perghh!! Beratus-ratus orang LIKE status ni.” Kata Damia. Peraturan mereka jika waktu buat assignment atau kerja. Seorang pun tidak dibenarkan bermesej atau melayari laman sosial tidak kiralah Facebook, skype, twitter, blog, tumblr dan sebagainya.
“Status apa?” tanya Tiffah kecoh. Yani pula sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Wah! Sweetnya…” kata Yani tiba-tiba. Tiffah segera mendekati Yani lalu membaca status yang dimaksudkan oleh Damia tadi.
Assalamualaikum awak,
Syukur Alhamdulillah, tak sangka awak boleh approve friends request saya. Selama ni sayalah orang yang selalu telefon awak. Mungkin nombor saya tu awak dah block sebab tu saya tak boleh telefon awak lagi. Mungkin awak marahkan saya atau benggang ke apa kan? Saya jadi bisu bila terdengar suara awak. Saya tak tahu nak mulakan sebarang bicara, sebab tu saya hanya tunggu awak cakap aje.
Saya CINTAKAN Awak. Saya nak semua orang tahu yang saya cinta dan sayangkan awak. Setelah berbulan-bulan akhirnya barulah saya dapat track awak latar belakang awak dan di mana awak sekarang. Syukur Alhamdulillah. Sejak saya nampak awak di kapal hari tu. Hati saya tidak pernah lupakan awak. Betul! Saya tak tipu. Saya jatuh cinta pada awak. Mungkin inilah perasaan cinta pandang pertama. Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya. <3
Yang ikhlas mencintai awak,
Encik Pilot.

View profile dia wei. Cepat…” arah Yani pada Tiffah.
Profile dia private la. Tak boleh nak view. Profile picture dia ni ke? Handsomenya. Nama dia Nazeem Haiy la. ” kata Tiffah.
“Wah! Nekad pilot tu nak dekat kau Saf.” kata Damia. Damia la orang yang cadangkan agar Saffiyah block nombor yang suka kacau dia tu. Malah menyuruh Saffiyah berhati-hati.
“Nasib kaulah Saf. Untungnya jadi muka cantik macam kau ni. Tak payah cari lelaki tapi lelaki yang terkejar-kerjarkan kau.”
“Mengarutlah. Tahu tak? Cantik atau hodoh itu lama-lama akan jadi tua juga. Yang penting hati kita kena cantik. Kalau muka cantik tapi perangai tuuttt… apa guna.” tegur Saffiyah. Tidak suka dengan rungutan si kawan.
“Tapi kau tu dah la cantik, alim pula tu. Mana lelaki tak terpikat.”
“Dah la. Aku tak suka dengar semua tu… semua ciptaan Allah cantik dan sempurna.” Tukas Saffiyah.
“Habis tu Saf. Kau nak buat apa dengan mamat Pilot ni?” tanya Yani pula.
“Entahlah Yani. Aku pun tak tahu. Kawan-kawan aku dan sepupu-sepupu aku yang kepochi-kepochi tu pun dah like. Maknanya dah tersebar dah ke mulut mereka tu. Tu yang aku tak suka!” dan seorang lagi. Raihan dah baca ke? Sambung Saffiyah dalam hati. Tadi Saffiyah sempat melihat senarai nama orang yang like status tersebut. Tiada pun nama Raihan tersenarai dalam senarai nama orang yang tekan butang like pada status itu.
Damia memandang Tiffah yang tetiba menjadi senyap. Dia menoleh ke belakang. Tepat pada pandangan Tiffah kemudian berpaling semula memandang si kawan. “Tiffah kau ni apasal? dah kena rasuk jin gatal ke?”
“Tengok mamat tu. Comel kot!” jawab Tiffah. Mulutnya dimuncungkan ke hadapan sedikit pada jejaka yang dimaksudkan.
Perlahan-lahan Damia dan Saffiyah menoleh ke belakang. Yani pula membetulkan cermin matanya agar jelas memandang orang yang dimaksudkan.
Mata Saffiyah terbeliak. Segera dia berpaling menutup mukanya. Raihan! Macam mana lelaki itu boleh ada sekarang ni. Harap-haraplah Raihan tidak nampak dia.
“Eh! Mamat tu ke sini la…” kata Damia.
Jantung Saffiyah rasa hendak tersembul keluar mendengar kata-kata Damia. Ikutkan hati, mahu saja dia bersembunyi bawah meja kafe ni asalkan Raihan tidak nampak kewujudannya di situ. Saffiyah hanya tunduk menguis nasi gorengnya.
Raihan berhenti tepat di sebelah Saffiyah. Air liur pahit ditelan. Perlahan-lahan Saffiyah mengangkat muka. Kecut jantung Saffiyah memandang muka Raihan yang merah mengalahkan buah tomato kegemarannya.
“Maafkan saya. Boleh saya pinjam kawan awak sekejap.” tanya Raihan sambil memaksa senyumannya kepada kawan-kawan Saffiyah. Damia, Yani dan Tiffah yang masih terpinga-pinga dan terkejut hanya mampu mengangguk setuju.
Tanpa menunggu lama, Raihan terus menarik tangan Saffiyah pergi dari kafe.  Saffiyah hanya mampu mengejar langkah Raihan yang laju. Terasa sakit pergelangan tangannya yang digengam erat oleh lelaki itu.



“Kenapa awak tak cakap dengan saya pasal lelaki tu?” jerkah Raihan bila mereka berada di tempat letak kereta.
“Awak ni kenapa?” tanya Saffiyah dengan nada yang sama. Bahunya sedikit terangkat mendengar jerkahan dari lelaki itu. Angin betul!
“Awak nak anggap saya ni tunggul ke Saffiyah? Suka sangat mempermainkan hati orang! Awak tak nak orang tahu pasal saya. Tapi lelaki tu…”
“Raihan!! Saya tak tahu apa yang awak fikirkan pasal saya sekarang ni. Saya tak kenal pun siapa lelaki tu. Saya tak pernah halang awak nak cakap dengan sesiapa pun pasal kita. Itu hak awak. Saya bukannya jenis nak kecoh dengan semua orang dengan siapa saya berkawan atau apa. Lagipun awak dah janji yang tak akan cakap pasal semua ni. Awak lupa ke? Kita hanya kawan…” jelas Saffiyah panjang lebar.
“Saya tak pernah pun pasang harapan pada awak Raihan. Saya dah cakap dari mula kita kenal lagi.” sambung Saffiyah.
Raihan meraup mukanya. Rambut yang sedikit kusut diselak ke belakang. “Maafkan Raihan. Saya tak bermaksud pun nak tuduh awak bukan-bukan…” katanya dengan nada perlahan.
Saffiyah menarik nafas untuk bertenang. Dia bersandar pada kereta Raihan sambil memandang lelaki itu. “It’s okay.”
Err… Piya nak jumpa awak. Kelas awak hari ni dah habis kan? Sekejap aje tak apa kan? Kelmarin dia tanya pasal awak lagi.” kata Raihan.
“Baiklah… Saya pun dah dua minggu tak jumpa dia. Asyik sibuk dengan test dan assignment aje.”



“Awak masuk ke dalam dulu. Saya nak ambil barang dalam bonet belakang. Piya ada dalam bilik bacaan. Awak jumpa dia kat sanalah.” kata Raihan.
Saffiyah sekadar mengangguk lalu keluar dari perut kereta tanpa sepatah kata. Dia pun manusia biasa juga. Hati Saffiyah masih lagi terasa dan tersentap dengan jerkahan Raihan tadi. Terkejut dengan tindak-tanduk lelaki itu.
Pintu kereta ditutup. Saffiyah terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik bacaan. Tempat di mana Piya kecil suka menghabiskan masanya dengan membaca buku.
Saffiyah mencari-cari kelibat Piya kecil di dalam bilik bacaan namun sahutannya langsung tidak dibalas. Tiba-tiba Saffiyah terdengar pintu bilik bacaan di tutup rapat. Saffiyah memandang Raihan yang melangkah masuk.
“Piya mana?” tanya Saffiyah tapi Raihan langsung tidak menjawab. Sebaliknya, pintu bilik dikunci.
Hati Saffiyah tiba-tiba tidak senang hati. Dia memandang Raihan yang senyap sambil memandangnya tajam. Kaki Saffiyah berundur ke belakang sedikit. Dia betul-betul takut dengan Raihan sekarang ini.
“Raihan… apa awak nak buat ni? Piya mana?” tanya Saffiyah lagi.
“Raihan….” panggil Saffiyah lagi.
“Raihan please… apa awak nak buat ni… jangan dekat dengan saya..” rayu Saffiyah.
“Saffiyah… awak tahu yang saya cintakan awak… bila saya nak dekat dengan awak. Awak tolak... bila lelaki tu dekat dengan awak. Awak boleh buat bodoh aje.” kata Raihan.
“Saya cintakan awak Saffiyah. Tapi lelaki tu nekad nak dapatkan awak. Saya yang dah depan mata pun awak boleh tolak mentah-mentah…” sambungnya lagi.
“Raihan tolonglah sedar… ” kata Saffiyah sambil berundur ke belakang.
“Saya tak akan biarkan sesiapa lagi merampas orang kesayangan saya lagi. Sebelum dia dapatkan awak. Awak mesti jadi milik saya dahulu.” kata lelaki itu lagi.
“Raihan… tolonglah sedar.” Air mata Saffiyah mula bercucuran. Rayuannya langsung tidak dipedulikan.
Raihan tidak pedulikan tangisan Saffiyah. Dia semakin melangkah mendekati gadis itu. Tudung dan bajunya Saffiyah ditarik kasar. Raihan tidak lagi dalam keadaan sedar. Segara rayuan Saffiyah ditolak.
“Iman Raihan!!” jerit Saffiyah.
“Raihan bawa mengucap Raihan. Ya Allah!” jerit gadis itu lagi. Tiba-tiba Raihan kaku. Dia memandang Saffiyah dengan riak terkejut.
“Saffiyah… ma…afkan sa…ya.” Kata lelaki itu.
Pang!
 Satu tamparan diberi oleh Saffiyah. Tangannya bergetar lalu segera berlari membuka pintu bilik tersebut sementara Raihan masih lagi kaku terkejut.
Saffiyah masih lagi bergegar ketakutan. Tangannya bergetar tapi dia kuatkan juga langkahnya berlari dari rumah Raihan. Sungguh! Dia langsung tidak dapat terima reaksi Raihan tadi.  Nasib baik Saffiyah sempat menjaga dirinya sebelum maruahnya sebagai wanita tercemar. Dia tidak rela jika dirogol oleh lelaki itu.
Dia terus melangkah dan melangkah walaupun hilang arah. Saffiyah tidak tahu hendak ke mana. Fikirannya buntu. Satu sahaja yang berlegar dikepalanya kini. Lari dari seseorang bernama Iman Raihan!
Langkah Saffiyah terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta yang kuat. Kakinya terhenti dari terus melangkah. Sebuah kereta Honda civic dipandang sedang laju mendekatinya tapi kaki Saffiyah seolah-olah melekat di jalan tersebut.
Gedebukk!
Badan gadis itu terus tersungkur sebelum pemandu sempat menekan brek kereta. Pandangan Saffiyah menjadi kabur sebelum sempat dia menutup mata.



Raihan berlari masuk ke dalam pintu hospital. Berita tadi betul-betul mengejutkan. Semuanya salahnya. Dia terus berlari ke bilik yang dimaksudkan oleh Damia tadi. Mujurlah Raihan tergerak hati untuk mencari Saffiyah setelah tiga hari kejadian hari itu berlaku.
Kaki Raihan terhenti pada pintu wad Saffiyah. Perlahan tombol pintu gadis itu dibuka.
“Assalamualaikum.” Raihan memberi salam.
“Waalaikumsalam.” jawab semua orang yang berada di bilik tersebut. Ada seorang doktor dan sepasang suami isteri serta rakan-rakan karib Saffiyah.
Sekujur tubuh Saffiyah yang hanya baring di atas katil dipandang. Kepala dan tangan gadis itu berbalut. Saffiyah memandang Raihan tanpa sebarang riak.
Err… doktor boleh saya tahu keadaan Saffiyah?” tanya Raihan setelah bersalaman dengan ibu bapa Saffiyah.
Kedengaran doktor itu mengeluh berat. “Saffiyah mengalami trauma. Keadaannya masih belum stabil. Malah sejak dia sedar semalam. Saffiyah masih lagi enggan bersuara. Menurut orang yang melanggarnya. Keadaan Saffiyah kusut masai dan tidak terurus. Kami syak sesuatu telah berlaku sebelum dia kemalangan.” jelas doktor itu.
“Kami telah membuat ujian. Mujurlah tiada sebarang kesan menandakan dia telah kena rogol. Cuma tiada yang tahu keadaan sebelum dia kena langgar.”
Raihan menukar pandangannya pada Saffiyah semula. Gadis itu sekadar memandang wajahnya sahaja. Akhirnya dia hanya senyap tanpa mendedahkan segala yang berlaku pada hari itu.



Tujuh tahun kemudian…
Sejak peristiwa itu, Saffiyah terus berhenti belajar. Hampir dua tahun juga diambil untuk mengembalikan Saffiyah yang ceria semula. Bezanya Saffiyah sehingga kini masih enggan mengeluarkan suaranya. Kini SAffiyah telah berjaya membuka kedai patung dan barang-barang D.I.Y.  Kedainya menjual barang-barang yang comel dan kebanyakannya ialah Kawaii.
Saffiyah tidak lagi mempedulikan dunia luar. Baginya tiada lagi benda yang menarik perhatiannya. Dia hanya buat benda-benda yang dia suka sahaja. Berniaga dan melancong. Dua bulan sekali Saffiyah akan melancong sama ada dalam atau luar negara.
“Kak Saffiyah ni comellah…” kata Raina. Salah seorang kanak-kanak di rumah asuhan kanak-kanak yang selalu Saffiyah lawat. Selalunya Saffiyah akan ke rumah asuhan tersebut untuk membantu mak ciknya membuat kerja-kerja. Dia juga selalu memberi hadiah-hadiah comel pada kanak-kanak di tempat tersebut.
Satu senyuman diberikan kanak-kanak itu. Kanak-kanak berumur tiga tahun lebih itu memang petah berkata-kata. “Kak Saffiyah… esok hari terakhir Raina di sini. Mama dan papa kata kami dah nak pindah.” Sayu kanak-kanak itu bercerita.
Dahi Saffiyah berkerut. Maknanya Raina tidak lagi berada disitu. Hatinya turut merasa sayu. Raina ialah satu-satunya budak yang paling rapat dengannya.
 “Mama dan Papa Rainakan nak kerja. Raina kenalah ikut mereka.” kata Mak Cik Wawa tiba-tiba. Saffiyah memandang mak ciknya untuk meminta penjelasan.
“Mak dan ayah budak ni kena transfer ke Penang. Esok hari terakhir Raina bersama kita.” kata Mak cik Wawa lagi.
Saffiyah mengangguk faham. Dia senyum untuk memujuk Raina agar jangan bersedih.



Patung teddy besar di keluarkan dari dalam keretanya. Memandangkan hari ini hari terakhir Raina di rumah asuhan kanak-kanak itu. Saffiyah telah mencadangkan agar membuat satu jamuan kecil-kecilan. Dia juga menyuruh mak ciknya menjemput ibu bapa kanak-kanak tersebut. Saffiyah bercadang untuk sponsor semua makanan untuk jamuan tersebut.
Langkah Saffiyah tiba-tiba terhenti sebaik sahaja berada di pintu rumah asuhan tersebut. Melihat wajah yang sedang memetik gitar di tengah-tengah kanak-kanak itu membuatkan seluruh badannya bergetar. Anak patung yang dipeluk tadi terlepas dari tangannya.
Semua pandangan melekat pada Saffiyah yang kaku. Tiba-tiba matanya berlaga pada jejaka itu. Raihan terus berdiri apabila terpandang sekujur tubuh yang sangat dirinduinya sedang berdiri di hadapan. Terkejut! Tidak sangka hari ini mereka akan bertemu semula. Sungguh Raihan merindui seraut wajah itu. Sejak Saffiyah tiba-tiba berhenti belajar tanpa dikesan. Mereka tidak lagi bertemu.
“Kak Saffiyah?” kedengaran suara seseorang sedang menyebut nama Saffiyah. Piya yang baru sahaja hendak melangkah masuk dari dapur bersama dengan Mak cik Wawa benar-benar terkejut dengan kemunculan Saffiyah di situ.



“Piya tak sangka dapat berjumpa dengan kakak lagi.” kata Piya ketika dia dan Saffiyah duduk di taman.
“Piya dah tahu keadaan kakak. Kak… dulu kakak pernah kembalikan suara Piya. Piya harap kakak juga akak cuba mengembalikan suara kakak. Piya tak tahu apa yang jadi pada abang Raihan dan kakak. Tapi kak… semua orang melakukan kesilapan. Piya tahu, akak juga cintakan abang sebagaimana abang cintakan kakak…” Kata Piya lagi.
Saffiyah sekadar tersenyum nipis. Dia memegang pipi Piya. Kadang-kadang Saffiyah juga merindui telatah Piya yang dulu. Cuma dia tidak boleh berjanji apa-apa pada Piya.
Piya kecil juga ada menceritakan tentang cinta pertama Raihan. Katanya Raihan pernah dipermainkan oleh bekas kekasihnya dan terus menutup pintu hatinya sehinggalah Raihan bertemu dengan Saffiyah. Sebab itulah Piya marah bila Raihan memperkenalkan Saffiyah dahulu. Piya tidak mahu Raihan dikecewakan sekali lagi.


Satu lagi jambangan bunga yang diterima. Bunga tanpa nama pengirim itu menyesakkan fikiran Saffiyah. Setiap hari dia akan menerima jambangan bunga yang diletakkan di hadapan kedainya. Saffiyah membelek jambangan bunga tersebut. Pandangannya meliar ke sekeliling kedai. Ah hah! Akhirnya Saffiyah perasaan satu mata yang memandangnya dari sebalik tiang. Siaplah kau!
Tanpa menunggu lama, Saffiyah terus berjalan ke arah manusia itu. Entah malang apa yang menimpa ketika dia hendak mendekati orang tersebut, Saffiyah terpijak kain baju kurungnya. Matanya terus terpejam. Satu sahaja difikirannya kini. Sama ada ter‘cium’ lantai atau terbaring atas lantai simen itu.
Tiba-tiba Saffiyah terasa tangannya sempat ditarik sebelum terjatuh. Perlahan-lahan Saffiyah membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila jarak muka Saffiyah terlalu dekat dengan muka Raihan. Dia segera menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Saffiyah masih belum ada keberanian untuk bertemu dengan lelaki itu. Saffiyah memberi semula jambangan bunga tersebut. Kemudian dia terus berlari meninggalkan Raihan. Dia memegang dadanya yang berdegup kencang.



“Saffiyah…  tunggu saya…” jerit Raihan.
Saffiyah menutup telinganya dan terus berjalan. Lelaki ini tidak pandai serik-serik. Setiap hari Raihan akan pergi mencarinya. Setiap hari juga la Saffiyah terpaksa melarikan diri dari Raihan. Teringkat pesanan ringkas yang dibacanya semalam.

Saya akan cuba mengembalikan suara awak semula… -Raihan

“Saffiyah…” jerit Raihan lagi.
Langkah Saffiyah terhenti. Dia memandang tepat pada anak mata Raihan.
 “Awak…” kata Saffiyah.
Raihan tersenyum mendengar suara Saffiyah yang tiba-tiba mengeluarkan suara.
“Awak cuba tengok kanak-kanak yang sedang makan keropok Mamee tu. Nampak tak mereka hancurkan keropok tu sebelum makan?” kata Saffiyah. Raihan mengalihkan pandangannya pada kanak-kanak yang dimaksudkan.
“Mungkin awak mampu membuatkan saya bersuara semula. Tapi awak tengok keropok yang budak-budak tu hancurkan. Begitulah hati saya... sekali awak hancurkan. Tidak mungkin akan bercantum semula.”
“Awak… tidak pernah bercinta tidak bermakna saya tidak pernah jatuh cinta. Awaklah orang pertama yang berjaya ketuk hati saya. Tapi awak juga yang hancurkan hati saya. Awak… sekali hati saya hancur. Tidak mungkin saya akan terima awak semula.”
“Awak tahu tak? Pada hari awak lawat saya di hospital tu. Saya menanti kata maaf dari awak. Awak tunggu awak jelaskan pada ibu bapa saya. Tapi awak mengambil keputusan untuk senyap saja. Awak tahu tak? Saya simpan secebis harapan pada awak. Saya ingatkan kalau awak cintakan saya, awak akan bertanggungjawab dengan apa yang awak lakukan tapi sebaliknya.”
Saffiyah cuba menahan air matanya yang gugur. Tapi akhirnya setitik demi setitik jatuh.
“Pasal pilot tu saya memang tidak kenal. Ada satu hari, pilot tu datang merisik dan meminang saya ke rumah. Walaupun ibu bapa saya telah menerangkan status saya. Dia sanggup untuk bertanggungjawab ke atas saya….
Awak nak tahu? Saya tulis surat bagi dekat dia yang cinta tidak semestinya memiliki. Saya tak nak rasa cinta atas belas kasihan atau tanggungjawab tapi cinta yang ikhlas. Dan saya tahu lelaki tu sepatutnya mendapat wanita yang jauh lebih baik dari saya… ” sambung Saffiyah. Dia mengesat air matanya.
Raihan hendak mencelah tapi Saffiyah menaikkan tanganya sebagai isyarat biarkan dia habiskan kata-katanya.
“Awak… cukuplah! Awak dah berjaya mengembalikan suara saya. Tolonglah jangan cari saya lagi… saya merayu pada awak. Tolonglah jauhkan diri dari saya sekiranya awak masih cintakan saya… Assalamualaikum.” kata Saffiyah kemudian terus melangkah meninggalkan Raihan.
Raihan terdiam. Perlahan-lahan air matanya gugur. Dia hanya mampu memandang Saffiyah yang terus melangkah meninggalkan dirinya.

Maafkan Raihan…
TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!