lagu tema : harapan ramadhan by man bai n raihan
ramadhan di perantauan...
mengajar daku erti perpisahan..
betapa pentingnya hubungan persahabatan..
menepis hati mengingatkan keluarga tersayang,
daku bersendirian di tempat orang..
mencari ilmu d pelayaran..
betapa hati ingin pulang..
namun ku terpaksa bersendirian..
aku bersabar..
itulah erti ramadhan kali ini..
sabar dari onak dan duri..
sabar untuk memelihara maruah diri..
sabar dari kepahitan yang tidak terperi..
sabar menahan hati yang rindukan mereka..
keluarga, rakan serta mereka yang tercinta.
Si ibu dan ayah pengubat hati yang lara..
Demi mereka aku jauh dari mereka..
Ya Allah ..
Ramadhan kali ni lebih istimewa bagi ku..
Terlalu istimewa..
Ia mendidik hatiku agar lebih bersabar..
Tabahkanlah hati ku..
kuatkanlah keimanan ku..
teguhkan kesabaranku..
agar aku mendekati mu..
tuhan sekalian alam..
ramadhan sebulan ingin ku julang,
betapa besarnya keagungan tuhan..
mengajar manusia mendekati tuhan..
tanda kebesaran tuhan seluruh alam…
mengajar manusia mengelak perkara yang dilarang..
yang mampu merosakkan minda dan hati setiap insan..
salam ramadhan dari ku diperantauan..
buat keluarga serta rakan taulan,
tak lupa kepada pembaca sekalian,
mari kita sama-sama menyambut bulan ramadhan..
sambutlah dengan penuh kesyukuran..
kerana ia hanya sebulan..
salam ramadhan dari seorang insan..
yang menuntut di perantauan..
created by:nurfazila serenity
p/s penglipurlara : salam ramadhan buat bloggers semua..puasa jangan tak puasa..hehe..kepada sesiapa yang puasa dekat perantauan..kita serupa..hehe..
xpe2....sama je...di mana-mana kita berada, 'promosi-promosi' Allah sepanjang bulan ramadhan ini, sama sahaja...kita berada di perantauan juga^___^ SELAMAT BERAMAL
ReplyDelete-fir-
@Anonymous salam perantau juga...hehe..moga2 kita dpt keberkatanNya..
ReplyDelete