Sofea memandang ke arah luar tingkap ruang tamunya.
“Jom teman akak nak?” soal Sofea.
“Ke mana? hujanlah kak.” Bantah Suria.
“Alah… main hujanlah. Jom .” pujuk Sofea.
“Kamu tu dah besar panjang tapi tak fikir panjang. Kalau
cakap tak pandai,belajar sampai luar negara. Tak tahu lagi ka main hujan tu
boleh demam.” Tazkirah mak dah start!
“Tahu mak. Tapi kakak tu buat-buat tak tahu je.” Suria
pula menambah cili.
“Hai adik! Batu gosok ke batu nisan?” balas Sofea.
‘Dasar anak mak! Huh! batu api…’ omel Sofea dalam
hati.
Sofea mencapai payung di almari. Dia berlari keluar.
“Mak! Pia jalan-jalan kejap.” jeritnya.
Mak cik Imah hanya sekadar mengeleng kepalanya.
Faham benar penyakit anaknya yang suka main hujan padahal umur dah mencecah 25
tahun. Kerja tak dicari tapi penyakit yang di cari.
Faiz melihat ibu dan ayahnya yang duduk tepi kolam
sedang menjamu teh. Perlahan-lahan langkah mendekati mereka.
“Auchak! sayang ibu…” Faiz memaut leher ibu. Nak bermanjalah tu!
“Ya Allah! Bertuah punya budak..” Puan Hafizah menampar
lembut lengan Faiz. Faiz tersengih menampakkan barisan giginya. Encik Fauzan
hanya mampu mengeleng kepala sahaja melihat anak tunggalnya.
“Iz dah bagi salam tadi tapi takda sorang pun sahut.
Rupa-rupa duk dating kat sini… hehe..”
“Banyaklah dating.
Meh sini duduk minum dulu.” Puan Hafizah menepuk kerusi kosong disebelahnya.
“Bukan kita dating
ke tadi sayang? Faiz ni datang kacau daun…” usik Rncik Fauzan. Semakin galak Faiz
ketawa. Merona muka ibunya dengan usikan ayah.
“Tengokkan dah kantoi… hahaha..”
“Okeylah ibu ayah.. Iz nak naik. Tak nak jadi ulat
bulu kacau orang duk sedap-sedap berasmaradana...” Terhembur tawa Iz dengan
kata-katanya sendiri..
“Ssuuhhh..ssuuhhh…” Halau ayahnya pula. Puan Hafizah
mencebik.
“Bapak borek anak rintik.” cepat tangannya mencubit
lengan suaminya.
“Alamak! love
bite. Tutup mata, Iz masih under age.
Hahahaha…” tangannya menutup mukanya.
“Ermm. Okeylah
bu. Iz naik dulu.” Kata Faiz apabila tawanya berkurangan. Dia sebenarnya tidak
sabar untuk melepaskan niat dalam bilik.
Sesampai di bilik, Faiz terus menghemburkan tawanya
yang disimpan dari tadi. Tergolek-golek dia di lantai mengenangkan peristiwa
tadi.
Mata Faiz terlihat seorang gadis yang sedang leka
berjalan-jalan walaupun keadaan yang sedang hujan.seingatnya selama ni dia
tidak pernah nampak gadis itu di kawasan perumahan ni. Faiz memperlahankan
kereta Honda CRVnya untuk memerhatikan gaya perempuan itu.
Seketika badan itu berpusing-pusing seolah seorang
anak kecil yang sedang leka bermain hujan, payung ditangannya di huyung-hayangkan
agar berpusing dan airnya terpecik-pecik.
Tiba-tiba…
“Hahahaha… Adui! Tidak sangup aku ingat. Hahaha…” Faiz
berkata sendiri. Tangannya diletak ke pipi menahan ketawa.
Saat gadis itu melompat-lompat, terus terduduk ke
jalan terjelepok macam nangka busuk terjatuh. Justeru itu ketawa Faiz meledak,
kalau bukan kerana hon kereta di belakang mungkin dia sudah terbabas dalam longkang.
Huh! Nasib baik kalau tak. Awek tu jatuh di tanah, aku jatuh dalam kubur!
getusnya.
“Tapi apa-apa pun kelakar betul time dia jatuh tuh. Hahaha!” Faiz bermonolog dan tergelak lagi.
Sofea melangkah perlahan ke meja makan. “Arrrrrhhhhh…”
segera dia menerkup mulut. Takut terbersin depan makan. Karang dapat tazkirah
pagi dari Puan Salmiah.
“Arhhcummm!”
Bergema ruang makan dengan bersin Sofea. Alamak terbabas pulak. Sofea tersengih
menampakkan barisan giginya. Encik Saiful hanya mengeleng, tangannya jatuh ke
dahi Sofea.
“Pia demam masih ni. Comfirm ke nak kerja hari ni?” soal Saiful. Kepalanya ditunduk
sikit menghadap anak sulungnya. Surat khabar News Strait Times yang dibaca tadi
dilipat perlahan sebelum diletak ke atas meja.
“Ermm… Pia
mana boleh minta cuti. Hari ni first day
Pia kerja. Arhcummm!” katanya manja. Semenangnya Sofea manja dengan Encik
Saiful berbanding Suria yang rapat dengan emaknya.
“Tu lah anak awak. Dah tahu dah nak start kerja
sibuk main hujan dekat luar hari tu. Tak pasal-pasal demam. Abang tu pun
manjakan sangat si Pia ni.” Tegur mak cik Imah.
“Adik-adik mana mak? Belum habis bersiap lagi ka?”
sengaja Sofea tukar tajuk. Kalau tak alamatnya sampai ke petang belum tentu
habis ceramah mak.
“Kau pergi panggil Suria dan Sinar turun..” hampir
tergelak Sofea apabila mendengar mak berkata ‘Suria dan Sinar..’. Memang pelik
nama adik-adiknya tu. Tak cukup tu. Nur Sofea, Nur Suria dan Nur Sinar. Tak
cukup Nur dah tambah Suria dan Sinar. Agaknya mak nak terang-berderang rumah
ni?
Sofea tersenyum..
“Apasal anak dara sorang ni termenung? Pia cepat
panggil adik-adik kau turun..” sergah mak. Terkocoh-kocoh Sofea berlari naik ke
tingkat atas. Dalam hati memarahi adik-adiknya yang pergi ke sekolah macam nak
buat fashion show. Hendak bermekaplah
tu, sedangkan aku yang besar panjang ni pakai bedak compact je.
“Alah sayang, masih awal lagi ni. Kalau tak pun
suruh si Pia tu pun kerja dengan saya. Senang cerita. Tak payah nak
terkocoh-kocoh awal pagi ni begini.” Bela Encik Saiful sambil menghirup
kopinya. Mak cik Imah hanya menahan geram. Lakinya ni tak habis-habis manjakan
anak.
“Biarlah si Pia tu cari pengalaman kerja luar dulu bang.
Dulu awak juga yang cakap. Suruh budak tu kerja syarikat lain dulu agar timba
pengalaman.” Balas mak cik Imah.
Hari ini, genap setahun Sofea bekerja dengan
syarikat ini. Jawatannya selaku Eksekutif Pemasaran cukup memenatkan.
Kadang-kadang dia terpaksa untuk berjumpa klien. Dia menuju ke dalam biliknya
dengan langkah longlai. Esok dia kena temankan maknya jumpa teman maknya semasa
umrah dulu. Tahulah niat emaknya yang ada hati nak berbesan dengan kawannya tu.
Mana taknnya, hampir jenuh telinganya mak sapu
dengan pujian melangit tentang kawannya tu. Kemudian dia pula kena marah kerana
sentiasa menolak perlawaan mak untuk bertandang ke rumah kawan maknya.
“Handsome
anak si Ijah tu, kerja bagus, hormat orang tua, baik sangatlah...” pujian mak
yang terlebih tu. Kot-kot dah ada makwe… Aadui alasan apa lagi aku nak bagi
malam ni?’ fikirnya. Sekali lagi dia mengeluh panjang.
“Cik Sofea hari ni you ada appointment dengan Syarikat IMEANT..” ujar Manisah a.k.a setiausaha
Sofea yang mengekori langkahnya yang menuju ke bilik. Sofea mengambill tempat
ke kerusi empuk miliknya. Sesekali kedengaran dia mengeluh berat. Matanya
memandang Manisah kosong.
“Cik… cik..” sapa Manisah. Hairan dengan perilaku
bos ang dikenalnya setahun yang lalu, Setahunya Sofea seorang yang ceria dan
bersemangat.
“Oh! Ya.. saya dengar. Pukul berapa start meeting tu?” Jawab Sofea yang
terpinga-pinga. Dahi Manisah berkerut. Sah bosnya ni ada masalah.
“Bukan meetinglah miss. Appointment tentang
kerjasama berkaitan hartanah tu. Kata ada masalah dengan penduduk tempatan pasal
isu alam sekitar.” Jelas Manisah.
“Oh! haish... Nyanyuk dah saya ni Icah…” Sofea
mengaru-garu kepalanya. Manisah hanya tersenyum melihat gelagat bosnya yang
serabut tu.
“Cik Fea ada problem ke?” soalnya lembut.
“Entahlah Icah. By
the way, kan saya dah kata just call
my name je. Tak pun panggil Pia saja. Umur kita pun beza tiga tahun..” Sofea
senyum nipis walaupun hati tengah gundah gulana bagai melawan ombak yang kuat.
Entah kenapa dia tidak suka tentang perjumpaan besok.
“Ermm... seganlah.
Cik kan bos saya.”
“Eh nak segan apa, saya kerja pun makan gaji. Just call me Pia or Kak Pia pun boleh.
tapi Kak Pia macam saya ni dah tua sangat pulak. Haha.. panggil Pia je lah. Okey.”
pujuk Pia. Manisah hanya mengangguk.
“Appointment tu pukul 2 kan? Lepas tu ada hal lain
tak..?”Tanya sofea.
“Yes. Pukul 2.30. Lepas tu cik dah takda apa-apa
agenda lain.”
“Ermm...
Okey lah. Lepas tu saya nak balik terus. Kerja yang lain ni saya bawa balik
rumah je. Entah kenapa kepala saya berdenyut-denyut je dari tadi.”
“Saya ada penadol kalau cik nak.” Soal manisah.
“Err... Thanks tapi tak payahlah.” Bukan dia tidak
tahu sebab sakit kepala adalah kerana mak yang sibuk dengan isu. Bila nak
kahwin? tu. Baginya umurnya 28 tahun masih belum sedia menuju ke alam
perkahwinan.
“Kalau dah tiada apa-apa saya dululah Sofea.” Ujar Manisah.
Sememangnya dia kurang senang dengan panggilan nama dengan bosnya, kerana
baginya bosnya itu seorang yang baik dan wajid dihormati tapi hampir setiap
hari Sofea menyarankan agar memanggil namanya sahaja.
Sofea hanya mengangguk. Dia menghantar Manisah keluar
dengan lirikan mata sahaja. Terasa berat matanya menanggung.
Selepas berbincang tentang projek tadi Sofea cuba
untuk mencari ketenangan. Kalau balik pun pasti dengar bebelan emak tentang
kahwin dan perjumpaan esok.
Sofea melihat kearah tasik yang luas itu. tenang dan
nyaman. Fikirnya. Sofea memasang lagu
mp3 dari telefon bimbitnya. Kedengaran lagu hujan bunga di kuala lumpur
nyanyian Ana Raffalli. Entah kenapa Sofea memang suka semua yang berkaitan
dengan hujan.
Dia menyanyi kecil mengikut rentak lagu tersebut.
Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.
Dia tersenyum. Alahai kalau betullah hari ini dia
terus jatuh cinta kan bagus. Tak payah sibuk-sibuk dengar mak membebel setiap
hari. Mata Sofea meliar ke arah sepasang kekasih yang sedang bermadu asmara.
Seolah-olah dunia ini milik mereka sahaja, pandangan matanya mengagak pasangan
kekasih itu masih pelajar sekolah menengah.
Apa sudah nak jadi dengan dunia ini? getus sofea.
Sofea berpaling menghadap tasik yang terbentang di
hadapannya, memikirkan apa yang akan berlaku terhadap dirinya. Sofea tidak
pernah bergelar kekasih orang, apatah lagi tunang atau isteri. Baginya hidup
berseorang tenang dan tanpa sekatan.
Sofea menuju ke arah keretanya yang terpakir sejak
tadi. Tiba-tiba telefonnya berdering, lagu janji nyanyian Akim kedengaran
nyaring minta diangkat.
“Hello. Assalammualaikum.” kata Sofea.
“Waalaikumsalam. Kak Sofea, you need to come back to the office right now! urgent miss. ” suara
Manisah bagaikan peluru berpandu masuk ke telingga sofea.
“Kenapa Icah..?”soalnya pelik.
“Bos dari headquarters datang. Katanya ada pecah
amanah dari department kita.
Cik kena datang sekarang.” Jelas Manisah.
Cik kena datang sekarang.” Jelas Manisah.
“What?!” jerit Sofea.
“Okay. Give me ten minutes.”sambung Sofea.
“Okey. Miss careful. Bos betul-betul naik angin satu
badan ni.” Pesan Manisah sebelum mematikan talian.
Ni mesti kes berat sampai bos yang aku tidak pernah
jumpa pun datang mengamuk kat department aku..desis sofea. Dia menekan pedal
minyak. Kereta mini coopernya meluncur laju di jalan.
Setiba di syarikat MFH Holdings. Langkahnya laju
memasuki lobi syarikat, terdapat mata-mata sumbing yang tajam melihat ke
arahnya yang seakan-akan persalah yang dikehendaki. Wajah ayu Fina, gadis
penyambut tetamu itu juga merenungnya tajam. Selalunya Fina sentiasa senyum
mesra padanya.
“Mungkin semua kena bom atom dari bos kut.” Sofea
bermonolog.
“manisah.. apahal…?” soal sofea apabila tiba
dihadapan meja setiausahanya.
“Kak Sofea. Err…”
“Sofea masuk cepat!” lancang suara Encik Amar
menjerit memanggil nama Sofea dari biliknya.
“Aik? Apasal orang tua tu masuk bilik aku?” soal Sofea
sambil masuk ke dalam biliknya.
“Ya Encik Amar. Whats happen? Manisah ke…err…”
langkah Sofea terhenti apabila terlihat sekujur tubuh yang sedang duduk di sofa
yang terletak di sudut biliknya.
“Siapa ni..?” soalnya.
“Awak Sofea..?” soal lelaki yang mengenakan kemeja
biru muda. Gayanya seolah baru habis pulang dari pejabat sahaja.
Sofea menganguk lalu duduk di sofa satu berhadapan
dengan pemuda di hadapannya dan Encik Amar.
“Encik siapa..?” Tanya Sofea lembut. Ah lelaki ni
macam nak baham dia saja. Seeloknya dia berhemah dengan lelaki tersebut dulu.
“Awak pekerja
syarikat NS?” soalnya keras.
“Kenapa? Apa masalahnya?” balas Sofea.
“Awak bagi customer kita dengan mereka!!” suara yang
tegang dan keras kini semakin kuat. Aik berani dia kata aku belot?
“Encik. Whatever your name is… apa bukti awak tuduh
saya macam ni?” Sofea cuba mengawal perasaannya. Hatinya berkocak kuat
seolah-olah ombak tsunami hendak menghentak kepala lelaki dihadapannya. Encik Aamar
hanya membatukan dirinya.
“For your
information I’m the bos here. And this is the proof and I got my own witness.”
selonggok kertas di lemparkan diatas meja kaca di hadapan mereka. Mata sofea
tajam melihat dokumen di hadapanya.
“Amar panggil Adlea sekarang!” tegas suara lelaki
itu menyuruh Encik Amar memanggil penolong
ketua pemasaran itu masuk ke dalam. Terkocoh-kocoh orang tua botak itu berjalan
meninggalkan mereka. Keadaan semakin tegang, Mata lelaki itu masih lagi tajam
melihat wajah Sofea.
Setelah beberapa minit. Encik Amar dan Adlea muncul
di pejabat Sofea. Wajah Adlea yang terserlah dengan mekapnya yang tebal itu di
pandang pemuda tersebut.
“Adlea tolong beritahu apa yang awak nampak?” soal
lelaki itu lembut dengan Adlea. Mentang-mentanglah awek seksi tahap kritikal,
cairlah pulak amarah lelaki itu.
“Saya nampak…. Err…”
gagap pula minah ni…. Sofea merenung tajam wajah Adlea. Adlea segera menunduk
wajahnya. Takut kena panahan mata Sofea yang tajam menusuk jiwa dan raga.
“Err… saya
nampak Sofea beri dokumen projek kita dengan ayah dia minggu lalu dan dengar Sofea
pujuk klien kita agar pilih syarikat keluarga dia.” Lancar mulut Adlea mengeluarkan
kata-kata tersebut.
“What?!”
Jerit Sofea.
“Did you hear
that missy?” sindir lelaki itu.
“Uhh! Its not
true.”
“Habis yang awak goyang kaki lepas sain kontrak tu
apasal?” tengking lelaki tersebut.
“Saya tidak pernah sentuh dan nampak dokumen ni wahai
Encik yang syok perasan pandai. Saya tidak tahu apa-apa pasal ni!” marah Sofea.
Dia berdiri menghadap pemuda tersebut.
Pemuda tersebut melempar dokumen dan kertas-kertas
kerja ke muka Sofea. “Hey missy...
Tidak pernah sentuh! Habis sign ni bukan sign awak ke? hah!” jerkahnya.
Amarah Sofea mencapai tahap maksimun. Gunung
berapinya hanya tidak beberapa saat lagi menghamburkan larvanya. Bagaikan
thermometer yang mencapai tahap kepanasan melampau. Maruahnya telah
dicarik-carik dek penipuan dan fitnah Adlea.
Dia tahu yang Adlea memang memasang angan-angan
untuk meyandang jawatan yang disandangnya. Sejak mula lagi gadis gedik kekasih
gelap Encik Amar itu telah member amaran padanya bahawa jawatan tersebut
sepatutnya hanya miliknya.
“Awak akan menyesal encik!”kata Sofea yang sedang
mengawal amarahnya.
“Benda tu
tidak akan sesekali berlaku. Saya tidak akan sesekali menyesal pecat awak. And one more thing. Awak boleh berambus
dari sini dan tunggu surat saman dari saya.!” jawabnya.
“Hahahha…” Ketawa
besar Sofea dengar ayat angkuh itu.
“Encik… encik… don’t
you worry about that. Saya dah nak pergi dari neraka dunia ni..!” Sofea
berpaling menuju ke pintu.
Namun langkahnya tiba-tiba terhenti di depan pintu.
“By the way,
saya tidak guna pen colour biru sign dokumen or something so you better check on it. Goodbye and good luck with
you’re the best actor and actress. Kan Adlea dan Encik Amar?” sindir Sofea. Air
mata yang di tahan dari tadi tumpah apabila dia berada di hadapan meja Manisah.
Seumur hidupnya, dia langsung tidak pernah dihina.
“Kak Sofea okey..?” Tanya Manisah. Dia memeluk Sofea
memberi kekuatan untuk Sofea bersabar menghadapi cabaran yang datang.
“Sabarlah kak. Nanti bos tu tahu juga yang Adlea
komplot dengan Encik Amar gatal tu..” sambung manisah lagi. Sofea meleraikan
pelukan manisah. Tangannya menyeka air mata yang tumpah yang seakan-akan tidak
ingin berhenti.
“Thanks Icah. Tapi akak nak cakap selamat tinggal
dengan Manisah. Akak dah resign atau maybe kena pecat. Don’t know la…” ujar Sofea
perlahan.
“Good luck okey…” Nasihat Manisah.
Sofea mengganguk lalu berlalu mengurus perihal gaji
terakhirnya. Dia bersumpah tidak akan jejak di syarikat ini.
Sudah jatuh di timpah tangga. Kereta yang di pandu Sofea
tiba-tiba pancit di tengah jalan. Jam di dashboard menunjukkan 10 minit lagi
pukul 4 petang. Cuaca di langit pula seperti hendak hujan. Sofea mengeluh.
Sakit kepalanya pagi tadi masih belum hilang ditambah pula masalah kena tuduh
kini cuaca dan kereta betul-betul menambah sakit dikepalanya.
Sofea tangkas keluar dari perut kereta. dia mengeluarkan
peralatan kereta. Tiba-tiba hujan merembes dari langit semakin kuat sehingga
baju Sofea basah lencun.
“Hujan yang turun bagaikan air mata!!” jerit Sofea
tika air hujan semakin kuat jatuh ke tanah.
Dengan air mata bercampur air hujan Sofea cuba untuk
membuka tayar keretanya yang pancit. Namun kudratnya semakin berkurangan.
Akhirnya dia duduk bersila menghadap tayar keretanya, hilang segala perasaan
malunya duduk di situ. Hanya tinggal perasaan marah, geram dan sakit hati
terhadap tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.
Bunyi kereta yang berhenti berdekatannya menarik
perhatian Sofea.
‘Bala apa lagi yang datang ni?’ getusnya apabila
terlihat sekujur tubuh yang sedang berpayung menuju kearahnya.
Sofea memalingkan kepalanya, tidak ingin melihat
wajah pemuda yang memalukan dia tadi.
“Nak saya tolong?” Tanya pemuda tersebut.
“Tak perlu.” Jawab sofea yang masih memalingkan
kepalanya.
“Betul ke?” soalnya lagi.
“Eh! orang kata tak perlu maksudnya tak perlulah!”
jerit Sofea yang sedang berhadapan dengan pemuda itu. Berkerut wajah pemuda
tersebut yang sedang memandang kearahnya.
“Oh! awak rupanya..” kata jejaka berkemeja biru laut
itu.
Sofea mengangkat peralatan keretanya lalu menuju ke
bonet keretanya meninggalkan pemuda tersebut. Setelah selesai, dia mencapai tas
tangan di kerusi penumpang hadapan lalu mengunci keretanya. Pemuda tadi masih
lagi tercegat memerhati tindak tanduknya.
Tanpa berlengah Sofea berjalan meninggalkan pemuda
tersebut. Keadaannya basah kuyup akibat hujan yang turun semakin lebat.
Sesungguhnya dia memang suka suasana hujan, sememangnya hobinya bermain hujan
dari kecil.
Tiba-tiba Sofea merasakan seseorang sedang menarik
lengannya. Kakinya terundur sedikit kebelakang akibat sentakan yang kuat.
Berderau darahnya melihat pemuda tadi sedang memegang lengannya. Perit dan
sakit gengaman tersebut.
“Apa kau nak?” jerkah sofea.
“Mari sini aku hantar kau balik.”
“Tak nak.” Sofea menarik lengannya semula. Geram
diperlakukan sedemikian.
“Tak payah nak degil. Jom ikut aku.” Arah pemuda
tersebut.
Sofea meninggalkan pemuda itu sekali lagi. Tangannya
mengurut-urut kepalanya yang berpinar-pinar.
“Jangan degil boleh tak!” sekali lagi tangannya
ditarik kuat. Sofea memandang wajah tegang lelaki tersebut dengan tajam.
Tangannya ditarik semula namun belum sempat dia melangkah pandangannya kabur
dan gelap, terasa ada sebuah tapak tangan hingap di atas dahinya..
“Iz tolong
ibu tukar air ni” arah Puan Hafizah.
“Dia okey ke juga bu? Kalau demam lagi Iz bawa pergi
klinik je lah..”
“Tak payah Iz. Dah kebah ni. Iz tukar air ni dengan
air suam.”
Faiz mengambil mangkuk yang berisi air tersebut lalu
berlalu meninggalkan ibunya. Setelah beberapa minit, Faiz terdengar suara
seorang perempuan dengan ibunya sedang bercerita. Dia melangkah perlahan masuk
kedalam bilik tersebut.
“Sofea. Betul nak balik rumah hari ni?” soal Puan Hafizah.
Sofea mengangguk lemah. Susuk tubuh Faiz yang
mendekati dirinya yang sedang berbaring di atas katil tersebut tidak diendah.
“Nah bu… Iz dah tukar air ni.” Ujar Faiz. Anak
matanya melirik ke arah Sofea yang sedang menyandar di dinding.
“Kalau Sofea nak balik juga. Mak cik suruh Iz hantar
Sofea pulang ya.” Ujar Puan Hafizah lembut.
Segera Sofea mengeleng kepalanya. Naik kereta dengan
lelaki tu. Dia rela jalan kaki pulang walaupun cuaca gelap gelita di luar
tingkap.
“Tak perlulah mak cik. Saya rasa masih mampu lagi.
Terima kasih sebab bantu saya mak cik.”
“Badan Sofea lemah lagi ni...” risau Hafizah jikalau
sesuatu berlaku dengan gadis tersebut. Menurut Faiz, dia tertembung dengan Sofea
yang basah kuyup di bangku jalan, setelah beberapa minit, budak tersebut
pengsan.
“Tak apalah bu. Biar Faiz hantar dia. Iz pergi ambil
kunci kereta jap, orang dah nak balik sangat tu biarlah kita hantar dia saja.” Sindir
Faiz. Sofea mengurut dahinya yang pedih, malas hendak bertekak dengan lelaki
yang bergelar Iz tu.
“Ermm..
tak perlulah. Ibu rasa baik Sofea stay satu malam rumah makcik, try call emak Sofea. Tak manis nanti
kalau Faiz hantar tengah malam macam ni..”
‘Iya tak ya pulak. Karang ibu membebel aku bawa
balik lelaki malam buta macam ni. Tapi satu bumbung dengan lelaki ni? marah
tadi petang pun belum hilang..’ getus Sofea.
Kepala Sofea menganguk-angguk perlahan walaupun hati
menjerit ‘TIDAK..! TIDAK..!’
“Sofea telefon keluarga Sofea dulu, lepas tu rehat. Mak
cik nak sediakan bubur. Sekarang ni dah pukul 9 lebih. Nanti gastrik perut
tu..” kata Puan Hafizah sambil membetulkan selimut Sofea.
“Iz jom keluar. Biar Sofea rehat.” Sambungnya.
“Nanti Iz keluar bu. Iz nak cakap dengan Sofea
sekejap.” Jelas Faiz sambil memandang wajah Sofea.
“Jangan lama-lama tau. Tak elok..” tegur Puan Hafizah.
Hati kecilnya menyatakan sesuatu berlaku antara Faiz dan Sofea. Kalau tak,
kenapa Sofea langsung tidak ingin melihat wajah anak terunanya.
“Kenapa tak call
parents lagi?” soal Faiz setelah beberapa minit Puan Hafizah meninggalkan
mereka.
Diam.
“Sofea...” panggilnya.
Sofea hanya menarik selimut hingga ke kepalanya.
“Answer me.”
“Apa lagi kau nak?” kedengaran tegas kata-kata sofea
walaupun dengan nada perlahan.
“Kanapa tak call parents you..?” soalnya lagi.
“Tiada kaitan dengan awak.”
“Tapi saya yang bawa awak balik rumah saya.” Kata Faiz
semakin kendur. Sofea mengambil keputusan hanya mendiamkan diri.
“I’m sorry…”
ujar Faiz. Tadi dia sempat mengurus dan menyiasat perihal syarikat. Benar
kata-kata Sofea yang dia tidak bersalah.
“I’m sorry
again..”
“Saya nak tidur..” balas Sofea lemah. Sebenarnya
tadi dia sudah menghantar pesanan ringkas kepada ibunya yang dia bermalam di
rumah kawannya. Lagipun dia hendak mengelak dari janji temu esok.
“Tidurlah..” kata Faiz lemah.
Ketukan di pintu mengejutkan Sofea dari lena, dia
cuba untuk duduk bersandarkan dinding. Kelihatan kelibat Puan Hafizah
menghampiri katil.
“Sofea dah okey?” soal Puan Hafizah. Tangannya
melekat di atas dahi Sofea.
“Dah kurang dah ni. Mak cik dah sediakan sarapan.
Sofea turun sarapan ye. Tu baju kurung mak cik yang muat dengan saiz Sofea. Mak
cik tiada anak perempuan so tiada
baju elok sikit.”
“Tak apa mak cik. Pia ucap terima kasih
sangat-sangat dengan mak cik sebab bantu saya.”
“Takpa la. Pia siap lepas tu turun bawah sarapan ye
sayang..” ujar Puan Hafizah ramah.
Sofea mengangguk.setelah bersiap, Sofea
perlahan-lahan turun anak tangga rumah banglo mewah tersebut ringan kakinya
melangkah ke ruang makan rumah tersebut. Kelihatan seorang lelaki lingkungan 50
an sedang duduk bersarapan dengan Puan Hafizah dan Faiz.
“Sofea. Mari duduk sini sebelah mak cik.” Panggil
Puan Hafizah.
“Iz tolong tuangkan Sofea air tu.” Arahnya lagi.
“Takpa mak cik. Sofea tuang sendiri sahaja.” segera
Sofea menuang teh ke cawan yang di tujukan oleh Faiz.
“Sofea dah sihat?” soal lelaki yang seusia bapanya
itu.
“Syukur dah sihat pak cik.”
“Pak cik ni bapa Faiz, Fauzan. Panggil je pak cik Ijan.
Kalo susah panggil ayah Ijan atau ayah mertua pun boleh. Hehehe..” gurau ayah Faiz.
Tersedak Faiz yang sedap menghirup teh. Dia
mengurut-urut dadanya.
“ayah tak lawak lah..” tegur faiz.
“Aik? sejak bila Faiz serius ni. Hahahaha…” usik Encik
Fauzan.
“Dah lah tu bang. Depan rezeki pun nak bergurau.”
“Ye la. Tapi awak tegur dulu anak awak ni. Dari tadi
duk tenung muka Sofea. Karang panahan asmara menusuk jiwa raga, tembus pergi
hati Sofea. Hahahaha..”gurau ayah Faiz.
Buntang mata Sofea mendengar gurauan tersebut, Faiz
sudah pun terbatuk-batuk kerana dek terkejut dengan gurauan ayahnya. ‘kalaulah
ayah tahu pasal dia dan Sofea, entah ada tak gurauan macam sekarang ni..
harap-harap sajalah Sofea tidak mengamuk sekarang.’
“Abang dah lah tu. Malu budak-budak tu dengan
gurauan awak tu.”
Usai sarapan pagi, Sofea membantu Puan
Hafizah yang sedang mengurus bunga-bunganya. Niatnya dihalang oleh Puan Hafizah,
namun dia ikhlas membantu kerana budi perkerti wanita itu menjaganya semalam.
“Sofea balik nanti ikut apa?” soal
wanita itu tiba-tiba.
“Panggil pia sak mak cik. Pia jalan kaki balik rumah
je. Pia baru perasan rumah Pia selang beberapa baris je dari sini sebenarnya.”
Terang sofea.
“Tak pun mak cik suruh Iz hantar Pia pulang, entah
apa mimpi budak tu tak nak kerja hari ni. Kata nak rehat elok benarlah tu. Mak
cik nanti ada tetamu tidak boleh hantar Pia balik.” Terang ibu Faiz.
“Tak perlulah mak cik, elok juga Pia jalan kaki.
Boleh keluarkan peluh.” Nak balik ikut dia? Biar betul! sambungnya dalam hati.
“Nak ke mana bu?” soal Faiz tiba-tiba. Lagaknya
macam nak pergi bersenam.
“Ni hah. Bu suruh iz hantar dia pulang. Tapi dia tak
nak, katanya nak jalan kaki je.”
“Hurrmmm…
orang dah sihat bu..” Faiz bersedia
hendak menyalam ibunya.
“Kamu ni nak ke mana?”
“Jogging.”
“Eloklah kamu hantar Sofea ni. Karang risau pulak
keluarga dia nanti.”
‘Mana boleh! nanti pecah tembelang aku kalau mak
tahu. Aku dah bohong sunat semalam kononnya nak tidur rumah Anis semalam. Nasib
baik Anis sudi kompromi dengan aku.’
“Eerrr…” Sofea
hendak menolak namun tiba-tiba sejak dia tergagap.
“Jom la saya hantar awak..” arah Faiz.
Salam dipagar rumah menghalang Pia mengelak
perlawaan Faiz. Suara wanita itu cukup dikenalinya! kantoi aku…
“Nur Sofea….”
Sapa seseorang dari belakang. Sofea yang terkocoh-kocoh menuju ke bilik
mesyuarat terhenti ketika namanya dipanggil dari belakang.
Sofea kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke
bilik mesyuarat. Malas! geram dan tidak langsung ingin bertemu dengan lelaki
itu.
“Sofea please...”
pujuknya. Tangan Sofea ditarik kuat.
“Jangan sampai saya panggil pengawal angkat awak
keluar.” Marah Sofea.
“Try la kalau awak sangup. Hehe..” lagak Faiz. Sudah
sebulan dia mencari Sofea. Sofea menghilangkan diri sejak kes ‘kantoi’oleh mak
cik Imah. Rupa-rupanya dia kerja di NS.
“Saya tiada masa untuk semua ni encik. Sila keluar…”
tangan Sofea menunjuk arah lift syarikat tersebut.
“Tak nak..” tangkas Faiz. Kakinya ringan dihayunkan
ke bilik mesyuarat. Nak merajuk konon. Emak dia di rumah tengah risau.
“Mana-mana je lah..” lawan Sofea. Cepat langkahnya
memasuki bilik mesyuarat.
Sofea melangkah keluar bilik mesyuarat dengan
pelbagai perasaan. Marah, sakit hati geram… suka? gila aku suka? Sofea terpaksa
bekerjasama dengan Faiz atas cadangan ayah dan Encik Fauzan dalam projek
kerjasama.
“Arghhhh…!!” jerit Sofea dalam pejabatnya.
“Mak cik kata awak belum balik rumah lagi. Masih
merajuk lagi?” Kata Faiz sambil duduk berhadapan dengan Sofea. Bila dia masuk?
Sofea sengaja
menyelak fail-fail dihadapan. Buat-buat sibuk..!
“Pia..”
“Apa awak nak lagi? tak cukup ke saya malu hari tu
hah!” bentak Sofea.
“Sorry..”
“Sorry… sorry…
awak sangka sorry awak tu boleh tutup
malu saya? emak menjerit melalak di depan rumah awak marah saya sampai
jiran-jiran awak nampak tahu tak?” marah sofea.
“Tapikan time
tu emak awak tak tahu.” pujuk Faiz.
“Kanapa awak tak hantar je saya ke hospital time tu? dah hebat sangat bawa orang
pengsan pulang ke rumah.” Marah Sofea. Entah dimana dia hendak meletakkan
malunya apabila Emak memarahinya tanpa usul periksa waktu itu sampai hampir
semua jiran melihat drama samarinda yang sedang berlaku.
“Yang awak tipu mak cik tu padan muka.” Sindir Faiz.
“Awak ingat emak saya percaya ke kalau saya kata
lelaki bawa saya pulang rumah dia kerana pengsan. Hei.. saya ni perempuan tahu
tak!”
“Saya tahu saya salah sebab tak bawa awak ke
hospital.” Faiz akhirnya mengaku kalah. Malas hendak bertikam lidah dengan
emosi Sofea yang sedang turun naik macam putting beliung.
Sofea mendengus. Sebenarnya marahnya terhadap emak
sudah hilang. Lagipun yang membuatkan dia sedih, emak lebih percayakan mak cik
Hafizah berbandingnya. Mungkin sekiranya mak cik Hafizah tidak menerangkan hal
sebenar, emak langsung membuangnya.
“Baliklah rumah. Kesian Iz tengok mak cik.”
“Bukan hal awak...”
“Aik? Tak tahu lagi ke sayang..?” usik Faiz.
“Apa?” soal Sofea. Keningnya terangkat. Sayang? gila
ka apa mamat ni.
“Ermm. Nothing... okeylah Iz nak balik. Tadaa
sayang. Hahaha.. Kalau nak tahu
balikla rumah..” faiz menolak kerusi hendak beredar.
“Nonsense!”
Bunyi hon di luar rumah menganggu konsentrasi Sofea.
Entah apa lagi rancangan Faiz kali ni.
“Apa awak nak?” marah Sofea.
“Ingatkan dah tak nak keluar..” sindir Faiz.
Sofea mendengus geram.
“Kenapa awak degil sangat ni? kunci pintu tu. Saya
bawa awak pulang. Mak cik tangah sakit awak tahu tak!” marah Faiz.
“Awak jangan nak cari pasal.”
“kenapa off
handpone. Huh! menyusahkan betul.” marah faiz.
“Eh suka hatilah..” lawan Sofea. Padahal
handphonenya tiada cas.
“Mak cik Imah tengah sakit. Buka pagar ni.” Arah Faiz.
“Awak biar betul?”
“Awak ingat saya main-main ke?” geram Faiz.
“Kejap.” Sofea mengunci pintu dan tingkap. Risau
pulak dia jikalau kata-kata Faiz benar.
Hanya hujan yang turun sahaja menemani perjalanan
mereka ke rumah Sofea. Sesekali Sofea terdengar Faiz terbersin. Mungkin terkena
hujan tadi.
Setiba di perkarangan rumah keluarga Sofea. dia terus
melompat keluar dari kereta Faiz. Tahap kerisauan terhadap tahap kesihatan emak
semakin melambung tinggi.
“Sofea hati-hati sikit!” kedengaran jeritan Faiz
dari dalam kereta namun langkahnya semakin cepat menuju ke pintu rumah.
“Suria emak mana.?” Soal sofea.
“Hah..” Suria yang sedang leka menonton televisyen
terpingga-pingga dengan kewujudan kakak sulungnya.
“Emak mana..?” soalnya lagi.
“Dekat atas. Mungkin...” Jarinya menunjuk arah
tingkat atas. Sofea melangkah laju, kemudian berlari mendapatkan kamar tidur
emak dan ayah. Tiba-tiba sahaja air matanya bercucuran bagai air terjun yang
tidak pernah kering.
Tiada? kelibat kedua ibu bapanya langsung tidak
kelihatan. Hatinya semakin gusar namun dia segera membuang anasir-anasir tidak
baik.
“Emak! Emak..!” jerit Sofea. dia turun ke bawah
semula. Puan Fatimah yang sedang menyediakan minuman keluar apabila suara Sofea
kedengaran di setiap pelosok rumahnya.
“Emak.” Sofea memeluk emaknya seerat yang mungkin.
Kemudian mencium pipi gebu emaknya.
“Mak sakit apa? Dah sihat? Kenapa tak rehat?” soal Sofea
bertubi-tubi.
“Mak ke kamu yang sakit ni Sofea?” soal emak Sofea. Tangannya
melekat di dahi anaknya.
“Hah?” Sofea terpingga-pingga seketika.
“Bukan mak sakit tenat ke?” soalnya.
“Bila masa pulak mak sakit ni? dah buang tabiat ke
kamu ni Nur Sofea.”
“Tapi..?”
“Dah buat malu je. Tak nampak ke ada tetamu tu?”
tegur mak cik Imah. Mata Sofea melirik ke arah 5 pasang mata yang sedang
memandangnya. Malu! sekali lagi dia dipermalukan oleh Faiz. Siap kau nanti.
Matanya tajam menatap wajah Faiz yang tersenyum melihat kearahnya.
Kelihatan mak cik Hafizah dan pak cik Fauzan juga
berada di situ bersama ayah dan kedua adiknya.
“Mak Pia naik dulu.” kata Sofea. hatinya bagai di
siat-siat dek perangai Faiz yang melampau.
“Tak nak minum sama ke?” soal emak.
“Tak mak dah kenyang. Lagipun Sofea sakit.” Kenyang
makan hati! Sakit hati dengan perangai Faiz! sambungnya lagi.
“Tolong sampaikan salam Pia dengan mak cik dan pak
cik. Pia nak masuk bilik.” Air matanya jatuh berguguran melewati anak tangga ke
biliknya. Sikap lelaki itu menyedihkan!
Faiz terlihat sekujur tubuh sedang berjalan-jalan
pada cuaca yang tidak sesuai kini. Gadis itu sedang memisat-misat matanya.
Menangis berangkali! keretanya di berhenti di bahu jalan. Faiz segera berlari
anak kea rah gadis tersebut. Payung di tangan digengam kuat.
“Sofea please…
tolong dengar penjelasan Iz dulu.” Faiz cuba menerangkan sebab sebenar dia
berbuat demikian.
“Sofea walking
in the rain that is not a good solution okey.. you just keep running away from
reality..” jerit Faiz. Sofea hanya meneruskan berjalan dengan keadaan
lencun. Hatinya menangis lagu pilu seraya air hujan yang jatuh berguguran.
“Nur Sofea.” lengan Sofea di sambar kuat oleh Faiz.
Cukup dia bersabar dengan perangai Sofea yang degil dan keras kepala.
“Sofea. Iz minta maaf. Iz buat begini untuk Sofea. Syurga
di tapak kaki ibu. Sofea tidak boleh marah dekat ibu. Sofea harus memahami
betapa payahnya pengorbanan seorang emak semasa melahirkan anaknya sayang...”
pujuk faiz.
“Siapa..?” soal Sofea. Kepalanya mendongak ke arah Faiz
yang berhadapan dengannya.
“Huh?”
“Siapa sayang kau? Please sikit erk. Not me! and by the way bila aku menangis?”
muka Sofea berkerut memandang lelaki tu.
“Awak bukan menangis ke..?”
“Dalam mimpi awak..” bila masa pulak aku menangis?
sambung Sofea dalam hati.
“Saya ingatkan awak menangis tadi. Awak dah maaf kan
mak awak?”
“Ya..”
“Awak suka main hujan begini ke?” soalnya lagi.
“Ya..”
“Awak suka
and rindu saya..” soal Faiz cepat.
“Ya..ya..ya…” marah Sofea. Seolah dia penjenayah di
kehendaki di soal siasat sedemikian. Tiba-tiba, dia terkedu. Alamak..!
“Errr..
apa awak tanya tadi..?” soal Sofea.
“Hahahaha… nothing..”
ketawa Faiz. Perangkap dah kena!
“Betul ke? Awak suka and rindu dekat saya.” soal Faiz
lagi. Kali ini jelas dan terang menerusi lorong-lorong di cuping telinga Sofea.
“Perasan!” Sofea meninggalkan Faiz bersama
soalannya. Hati Sofea berdebar-debar seakan-akan bom masa hendak meletup pada
bila-bila masa sahaja.
“Sofea I love
you!” jerit faiz.
“Sofea I love
you!” jeritan kali kedua tersebut membuatkan langkah Sofea terhenti.
Badannya dipusing ke belakang perlahan-lahan. Kelihatan Faiz perlahan-lahan
menuju ke arahnya.
“Sofea I love
you..” lembut suara Faiz menuturkan kata-kata tersebut. Dia kini melutut di
hadapan Sofea, sebuah kotak baldu bewarna merah di tujukan ke arah gadis itu.
Air mata Sofea kini semakin deras jatuh di pipinya. “I love you too..” kepalanya di angguk
perlahan. Senyuman manis meniti di bibirnya.
“Thanks kerana terima Iz seadanya. Nak dengar lagi.
Iz ucap tadi tiga kali so kena bayar tiga kali juga la...” usik Faiz.
“Please...”
“I love you..”
ujar Sofea perlahan.
“Apa tak dengarlah..” sfaiz mendekatkan telinganya
di bibir sofea..
“I said I
love… Rain..!” jerit Sofea geram. Faiz mengosok-gosok telinganya, gegendang
telinganya seolah-olah rabak dek kerana kena jeritan maut dari Sofea.
“Padan muka. Dah la. Sofea nak balik..”
“Pia..”
“Ermm..”
“Pia..”
“Ermm…”
langkah mereka seiring menuju ke rumah Sofea bersama kebahagian bersama.
“Kenapa Pia suka hujan.. Iz cemburu tau. Manalah
tahu kut-kut pasal cinta dulu kala ke...”
“People say
you can pray for sunny weather, but that won’t stop the rain. So kita
kenalah menghargai detik-detik waktu hujan tersebut.lagipun hujan ni simbolik.
Memaparkan keadaan seseorang sama ada suka atau duka, gembira atau sepi.” Jelas
sofea.
“Wah. Fakta Pia tu panjang lebar tau. Fakta Iz lagi
simple. Hujan menemukan kita berdua buat pertama kalinya...” faiz menceritakan
tentang kemalangan Sofea terjelepok semasa bermain hujan suatu masa dahulu.
Perjalanan menuju ke rumah Sofea sungguh bahagia, ketawa dan gurau senda
mengiringi langkah mereka.
TAMAT.
best..comel je faiz ni..hahaha like like like!~ ^^
ReplyDeleteeii..faiz ni nakal! hehe
ReplyDeletesuka hujan juga~ ^_^b
suke bc cerpen awk..best..thniah
ReplyDeletesweet...:)
ReplyDeleteSweet nya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D
ReplyDeletebest siott.. (^_^v)
ReplyDeleteWa cerita yang sweet.
ReplyDelete