Wednesday, October 26, 2016

[CERPEN] : #GHAZ



“Tidur sini malam ni?” Tiara pandang tangan tua yang memegang lengannya. Mata kemudian beralilh pada muka penuh berharap si ibu.
“Ara sibuk bu.”
“Esok kan cuti?”
Satu keluhan dihembus. Serba salah nak mengelak. Nanti satu point lagi dosa menipu emak. Tapi untuk tinggal di situ lagilah buat hati dia liang libu.
“Ibu tahukan... Ghaz...” Tidak perlu cakap lebih-lebih. Ibunya tahu hubungan dia dan si Ghaz bukan baik sangat.
“Tapi ibu rindu anak ibu...”
Tiara mengeluh kecil. Digengam tangan yang memegang lembut lengannya.
“Maaf...”
“Malam ni sahaja. Esok Tiara nak balik rumah sewa pun tak apa... ”
Argh ni yang bikin dia stress! Baru Tiara nak minta maaf sebab tidak dapat turutkan permintaan si ibu. Ibu dah pangkah ayat dia. Kalau si Ghaz tu tidak balik Malaysia dengan senang hati dia terima permintaan ibu kandungnya. Tapi masalah Yang Mulia Ghaz tu dah balik buat selamanya. Adoi!
“Bolehlah. Dani, Nim, Nil dan Hana semua ada. Ara je yang takde malam ni.” Sambung si ibu lagi. Berharap sangat agar anak sulung perempuannya ni setuju untuk tinggal bersama walaupun sekadar bermalam Lagi-lagi sejak Ghaz balik dua bulan lepas.
Tiara ketap bibir. Argh! Rasa bersalah pula. Ibu ni pandai betul sentuh hati dia.
“Baiklah.” Jawabnya perlahan.
Si ibu terus tersenyum lebar. Suka anak-anaknya bakal berkumpul semula setelah sekian lama. Susah nak pujuk Ara balik rumah.
Ketika berkumpul makan malam sempena Ghaz balik dua bulan lepas pun Ara tiada. Alasan Ara ialah pergi bercuti. Padahal entah berapa kali dia ingatkan pasal makan malam tu. Macamlah dia tidak tahu si anak seorang ni mengelak dari Ghaz. Entah sampai bilalah nak berbaik semula. Susah hati mereka suami isteri pasal anak-anak.
“Oh Kak Ara datang?” tegur Dani yang sedang angkut barang dapur.
Ara pandang ke arah pintu dapur. Satu senyuman dihadiahkan kepada Dani dan si kembar Nim dan Nil.
Shopping?”
“Beli barang sikit untuk malam ni. Dah lama tak berbeku? Kak Ara stay kan malam ni?” tanya Nim ramah.
Ara sekadar mengangguk. Kalau dia geleng panjang lagi rayuan adik-adiknya agar dia bermalam. Lagipun dia sudah setuju dengan ibu. “Hana mana?” tanya Ara pula bila sedar si bongsu tidak bersama dengan yang lain.
“Tolong along apa tah tadi.... Time kitorang keluar dia orang masih dalam kereta lagi.” Nil pula bersuara sambil bantu ibu kemas barang yang dibeli tadi. Ikut gaya macam dah mula sediakan bahan untuk berbeku malam ni.
“Oh! Hurm... Kak masuk bilik jap.” Sebab along kesayangan kau orang semua tu dah ada. Malas Tiara nak bertembung dengan Ghaz. Setelah beberapa tahun baru bersemuka semula. Pasti awkward kalau duduk setempat dengan lelaki tu.
“Nak mengelak dari singalah tu.” Usik Dani disambut dengan sengihan yang lain. Faham sangat status abang dan kakak mereka yang tidak pernah berbaik tu.
Ara sekadar buat tidak tahu. “Ibu, Ara nak pergi solat jap. Nanti Ara turun bantu ibu.”
“Amboi alasan.” Gelak Nim terkeluar mengusik kakaknya.
Ara jelir lidah. Macam budak-budak. “Kalau singa tu masuk bilik atau keluar Whatsapp kakak.”
Makin galak si kembar dan Dani ketawa. Kan betul tekaan mereka bertiga. Si ibu hanya mampu geleng kepala. Boleh pula adik-adik ikut komplot Ara. Bukan nak membantu pulihkan hubungan Ara dan Ghaz. Lagi kutuk along mereka tu.
Sampai ke ruang tamu boleh pula bertembung dengan Hana dan Ghaz yang nak masuk dapur. Adoi!
“Kak Ara dah lama sampai?” tanya Hana.
Tiara mengangguk. Tangan diangkat bila Hana hendak salam.
“Kak naik atas dulu.” katanya tanpa pedulikan mata tajam Ghaz memandangnya. Tiara sekadar buat tidak tahu dan berlalu ke tangga.
“Telefon along tu Hana letak mana?” suara Ghaz bergema satu ruang tamu. Menusuk masuk halwa telinga Tiara tapi sekadar buat tidak tahu saja.
Err... bilik along.” Jawab Hana tersengih. Tertinggal gara-gara sibuk tengok gambar abangnya.
Ghaz geleng kepala. Kepala adik yang beza beberapa tahun darinya itu diusap sebelum dia pusing untuk naik. “Along nak mandi jap. Bagitahu yang lain get ready untuk jemaah. Papa pesan malam ni maghrib jemaah dulu baru berbeku.”
“Okie dokie!” jawab Hana riang ria macam tak cukup umur.
Sampai ke atas, kaki Ghaz tidak jadi menghala ke pintu bilik. Gerangan Tiara yang termenung di balkoni dipandang. Kaki menghala ke arah gadis itu. Lama tidak jumpa dengan adiknya seorang ni. Dari dulu sampai sekarang memang akan cabut saja dari dia.
“Termenung...” tegur Ghaz.
Bulat mata Tiara memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dia terlangkah sikit menjarakkan kedudukan mereka. Tadi sekadar pandang kosong sekelilling kawasan rumah. Terkejut besar dia bila tiba-tiba saja Ghaz menegurnya.
Hurmm...
How’s life?
“Okay.”
“Okay je?”
Tiara tersenyum sinis. Rasa lucu pula bila Ghaz tanya keadaannya. Padahal selama ni mana pernah ambil peduli pasal dia.
“Okay je.” ajuk Tiara lagi. Malas nak panjangkan cerita.
“Kenapa kau pindah rumah?” tanya Ghaz lagi. Dia pun dah lama tidak balik Malaysia. Balik dua bulan lepas baru tahu rupanya Tiara dah lama pindah rumah sewa. Sejak habis belajar lagi. Dulu belajar tinggal asrama. Kira dah lamalah!
“Entahlah.” Acuh tidak acuh Tiara menjawab. Perlukah dia bagitahu kerana lelaki itulah dia nekad habis saja ijazah terus cari kerja untuk pindah rumah sewa.
“Sebab aku?”
Geleng. Tiara mengeluh kecil. Diberanikan diri memandang Ghaz di sebelah. “Rumah tu dekat dengan ofis. Senang sikit. Aku masuk bilik dulu.” Jawabnya sebelum berlalu pergi. Sejak tahu Ghaz balik semula ke Malaysia. Tiara memang tawar hati nak balik rumah. Ni pun sebab kenangkan ibu, kalau tak memang tiada hati nak datang.
Sebab aku. Sambung Ghaz dalam hati sambil memandang si adik yang masuk ke dalam bilik. Dia keluh kecil. Pandangan ditala ke hadapan. Entah macam mana dia nak betulkan keadaan mereka. Gara-gara egonya, hubungan mereka tidak pernah pulih semula.



Ara duduk termenung sendiri. Sejak kebelakangan ni banyak betul perkara menimpanya. Tidak pasal-pasal hidup seorang Tiara jadi kucar-kacir. Malam sampai tidak dapat tidur. Isomania sebab terlalu banyak berfikir.
Satu keluhan kecil dihembus. Kepala yang berdenyut diurut perlahan. Tidak pernah-pernah dia buat perangai macam ni. Ponteng sekolah! Nak pergi sekolah  pun bukannya dapat fokus belajar. Hari ni hari ketiga dia ponteng sekolah dan duduk termenung atas bukit ni sampai ke petang. Badan direbah ke atas rumput. Tangan diletak atas dahi, bersedia untuk tidur.
“Kenapa tidak pergi sekolah?” Suara seseorang menganggunya yang baru saja hendak tidur. Dikelip mata beberapa kali sebelum pandangannya jelas. Silau.
Tiara mendengus kecil. Matanya ditutup rapat semula.
“Ara, aku tanya ni.”
Mind your own business.
Ghaz mendengus. “Masalah sebab kes kau selalu lesap ni. Aku pun kena termpias sekali.” Semua tanya dia mana Tiara menghilang dua tiga hari ni. Dia pun manalah tahu pasal Tiara. Duduk serumah pun bukannya sekali ke sekolah tapi dia memang yakin sangat si Tiara pergi sekolah. Cuma masalahnya kaki tu tidak sampai ke sekolah!
Ghaz duduk sebelah Tiara. Tanpa tunggu lama dia ikut baring sebelah gadis itu. Tidak sampai beberapa minit, Tiara bangkit duduk memandang Ghaz tajam. “Kau buat apa ni pergilah sekolah!”
“Diamlah. Aku nak tidur.”
“Ghaz!”
Ghaz buat tidak tahu. Mata dipejam rapat. Wah patutlah Tiara sampai buat perangai tak nak pergi sekolah. Best pula tidur bawah pokok ni.
Tiara mendengus. Tapi kali ni dia enggan mengalah. Bukan senang jumpa port ni. Boleh pula ada orang ikut sekaki. Kacau ketenangan dia aje!
“Pergilah sekolah. Tidak pasal-pasal nanti aku lagi yang kena.” Kena marah oleh ibu sebab kononnya pengaruh si Ghaz ni buat benda tidak elok. Kena marah oleh cikgu-cikgu sekolah sebab pengaruh ketua pengawas kesayangan semua ni ponteng sekolah. Cukuplah dia disisihkan oleh rakan-rakan sekelas selepas mengetahui status dirinya.
“Ikut suka akulah nak pergi ke tak. Lagipun memang aku nak pun kau kena marah.” Balas Ghaz ikut suka hati dia saja. Iya dia memang tidak pernah rapat dengan Tiara. Lagi sejak status mereka sebagai adik beradik tiri selepas sebulan arwah mamanya meninggal. Dia jadi benci dengan mama dan Tiara yang tidak kenang budi arwah mama!
Tiara mendengus kuat. Beg sekolah ditarik untuk berdiri tinggalkan kawasan tersebut. Kalau Ghaz pun tidak sukakan dia, dia lagi bencikan lelaki itu!
Sebab mulut Ghaz dia disisihkan rakan.
Sebab lelaki itu tidak pernah tahu kebenaran yang disembunyikan.
Sebab nak jaga hati Ghaz, perhatian ibunya pun kini beralih kepada keluarga lelaki itu!
Malah sibuk fikirkan diri tu mangsa keadaan.
Arggh! Serabut betullah!
Tiara benci Ghaz yang bencikan dia!
Tiba-tiba segala monolog Tiara hilang apabila lengannya direntap kuat dari belakang. Tiara terpandang Ghaz yang tercunggap-cunggap.
“Kau dah gila ke? Nak bunuh diri!” jerkah Ghaz kasar.
Saat itu barulah Tiara tersedar. Dia cuba lintas jalan yang sesak. Satu keluhan kecil dihembus. Lengan yang masih dipegangan Ghaz direntap.
Thanks.” Jawabnya sepatah dan kemudian berjalan ikut deretan kedai pula. Otaknya serius serabut. Kerja Tiara tidak lain hanya mengeluh dan mengelamun.
Apa nak jadi dengan diri?
Dulu walaupun orang pandang dia orang miskin, Tiara tidak pernah kisah. Dia hidup macam orang biasa. Malah sibuk nak belajar agar dapat kerja yang dapat dibanggakan.
Tapi sekarang... Semua pandang serong dengannya.
Rakan sekelas.
Kawan-kawan team bola tampar.
Guru-guru.
Sampai mak cik kantin pun tahu kisahnya.
Tiara tidak minta semua ni. Dia tidak minta takdir mereka beranak berubah sekelip mata macam ni. Tiara mahu hidup macam biasa. Macam sebelum ni... tapi semuanya terlambat.
Apa guna pergi sekolah kalau cikgu pun pandang serong dengan dia. Ada yang cukup baik pun buat tidak tahu saja kisahnya. Buat perangai Itu-Hal-Tiara dan Kita-Tiada-Kena-mengena dengan meraka.



Sedih betul hidup. Tapi sebab dia tidak punya hak untuk luahkan semuanya. Tiara terpaksa telan pahit benci orang padanya. Terutamanya Ghaz yang masih tidak dapat terima bahawa hubungan mereka sudah berubah.
Pang!
Ingat lagi Tiara saat pipinya ditampar oleh si abang tiri. Satu persatu wajah yang mengelilinginya dipandang. Kemudian beralih pada Ghaz sambil memegang pipi yang pedih.
“Apa pula kali ni?” tanya Tiara lemah. Sejak dua menjak ni banyak betul masalah timpa dirinya. Sampai diri sendiri pun tidak terkira. Jadi lali dengan apa yang berlaku.
“Tidak cukup mak kau tidak kenang budi? Sekarang kau pula nak jadi perampas?!” marah Ghaz depan kawan yang lain.
Mata Tiara tertangkap pada si cantik molek kacukan Belanda yang sedang menangis belakang Ghaz dan yang lain.
Tiara hembus nafas pelahan. Tahulah dia punca dia ditampar.
“Pasal Han?”
Senyap tiada berani menjawab persoalan Tiara.
“Kau nak cakap aku rampas Farhan dari Sha?” Tiara tersenyum sinis. Farhan dan Sha tu kawan setaraf dengan Ghaz. Golongan orang berada lagi maha bijaksana!
“Habis tu? Ni apa?” Video dari telefon bimbit warna pink milik Sha dihala.
“Ingat aku bodoh nak dekat dengan golongan teragung macam kamu semua? Stupid questions! Suka hati kamulah nak fikir macam mana. Bodoh! Lain kali siasat betul-betul sebelum fikir nak tampar orang!” jawab Tiara kemudian berlalu tinggalkan kumpulan tersebut.
Argh! Bodoh! Baru saja semalam kena tali pinggang dari ibu sebab Ghaz kantoikan dia ponteng sekolah pada guru disiplin. Datang sekolah kena lagi tampar!
“Tiara!”
Makin kuat suara Ghaz teriak panggil namanya. Tapi Tiara biasalah. Buat bodoh tu memang kepakarannya sejak kebelakangan ni. Tiara tidak nafikan video itu salah. Tapi setakat gambar rakaman dari jauh itu tidak kukuh untuk tuduh dia nak rampas Farhan tu dari Sha.
Farhan pun satu. Waktu ni jugak dia cuti sakit. Kalau bukan sebab yuran sekolah swasta ni mahal, Tiara dengan rela hati nak pindah sekolah. Tapi nak cari duit bayar yuran sekolah lain pun kena fikir masak-masak. Stress belajar di sekolah ni!



“Fail yang cik minta.”
Thanks.” Ara cuba hela nafas. Neuralkan semula emosi yang bercelaru seketika tadi. Termenung lagi dia kenangan pahit semasa sekolah menengah dulu.
“Cik okay?” tanya pembantu Ara.
Satu anggukan Ara bagi. Mata beralih pada pembantu yang masih enggan berganjak. “Kenapa?” tanya Ara pelik. Selalunya selepas serahkan fail. Pembantunya pasti terus keluar sehingga dia sendiri panggil selepas menelaah dokumen yang diberikan.
“Saya rasa ada baiknya cik baca dulu.”
Dahi Ara berkerut. Tapi dia turutkan saja permintaan pembantunya.
Mula baca nama projek, wajah Ara mulai keruh. Bila baca nama yang tertera siap sepakej dengn kerutan pada dahi bersama keluhan kecil.
“Siapa yang bagi dokumen ni?” Amboi mentang-mentang dia tiba-tiba ambil cuti mengejut ketika mesyuarat semalam. Suka hati balas dendam bagi dia projek ni. Cari pasal betul.
“Bos Lee.”
“Botak tu memang cari pasal betullah!”
Pembantu Ara hanya mampu tersengih saja. Kes orang atasan. Mana dia berani nak masuk campur.
“Dia ada di pejabat sekarang?”
Angguk.
“Okay. Thank you. Saya nak pergi buat perhintungan kejap dengan si botak tu.”
Tidak tahan tergelak jugak pembantu si Ara dengan telatah bos-bosnya. “Saya minta diri dulu cik.” Bos Lee tu pun satu. Sengaja cari pasal dengan bosnya. Macamlah tidak tahu pantang larang Tiara!
Kaki dihayun laju tanpa henti menuju bilik bosnya. “Si botak tu ada?” tanya Ara pada setiausaha Lee.
Angguk.
Tanpa tunggu lama. Ara terus merempuh masuk. “Botak!!! Kau sengaja cari pasal dengan aku kan? Dah tahu aku anti sangat klien seorang ni. Lagi kau nak bagi aku hadap muka mamat tu!” bebel Ara ketika menuju ke meja Fadhlee.
Fail yang dibawa dari tadi dihempas atas meja bosnya.
Lee yang tengah berbual di telefon tersentak. Huish! Garangnya! Dia berdeham seketika.“Nanti i call you semula.” Tuturnya sebelum meletak telefon.
“Suka hati I la. I punya company. Dah! Balik pejabat you dan study projek tu baik-baik!” arah Lee selamba.
“Dah buang tabiat ke apa? Kau pun tahu aku payah betul nak hadap lelaki tu.”
Lee cuba tahan senyum dengar runggutan Ara. “Dah tu? Dia nak you yang handle. Hadap ajelah. Lagi satu anggap tu denda sebab ambil MC beli semalam.”
Mulut Ara ternganga! Cis! Dah agak ni mesti kes balas dendam. “Semalam aku betul-betul sakitlah!”
“Sakit apanya kalau malam tu dating dengan I okay je. Sihat walafiat lagi. Tup-tup paginya ambil EL. Time meeting pulak tu!”
Ara ketap bibir. Yiee! Ada aje kalah dengan si botak ni! “Argh! Aku tak peduli. Kalau kau nak jugak aku ambil projek tu! Aku terus letak jawatan 24 jam.”
“Ugut bos nampak?!”
Yes! Memang pun.”
Ekeehhh. Minah ni! Buat malu depan tetamu I pulak main ugut bos sendiri....”
Arghh! Peduli apa aku kau ada tetamu ke tak. Wait what? tetamu?” Ara terus toleh tepi. Mukanya tetiba tukar merah. Arggh!! Malang tahap apa agaknya ni?
Liur ditelan. Sambil memandang Ghaz yang nyata terkejut dengan sikapnya tadi. Uwaa! Kenapa singa ni ada di sini.
Sunyi seketika.
Ara pun tidak tahu nak cakap apa lagi. Hanya pandangan saja masih membalas mata tajam Ghaz yang masih jelas keliru dengan kelakuannya tadi.
“Ehem!” Kuat suara Lee berdehem.
Ara yang baru tersedar memalingkan wajahnya memandang Lee. Dada yang berdebar cuba dikawal. Liur ditelan sedikit.
Err.. Aku... Aku nak balik bilik. Kita tak habis lagi. Meet me after lunch!” katanya sebelum perlahan-lahan melangkah keluar dari pejabat Lee. Hilang rasa geram pada Lee. Kini mula terpinga-pinga dengan kemunculan Ghaz di syarikat tempat dia bekerja.
Tiara henyek punggung pada kerusinya sebaik saja tiba di biliknya. Tangan yang terketar-ketar dijeling seketika. Ya Allah! Takkanlah Lee pun kenalan Ghaz? Punyalah cuba elak. Tapi benda berkaitan Ghaz juga melekat dengan dia.




“Kau kenal dia??” tanya Lee.
“Huh?”
“Tiara tu. Kau kenal? Nampak kau macam nampak hantu aje. Terus senyap.”
“Huh?! Aah. Eh tak. Kenal.... satu sekolah dulu...”
Dahi Lee berkerut. “Maksud kau sebelum dia pindah sekolah aku waktu form 5 dulu? Tak tahu pula dia bekas pelajar International School.” Beriahu Lee. Sudah bertahun dia kenal Ghaz. Sejak kecil lagi. Tapi tidak pernah tahu pula Ghaz dan Tiara satu sekolah.
“Dia pindah sekolah berasrama penuh? Satu sekolah dengan kau?”
Perlahan-lahan Lee mengangguk mengiyakan. Sekarang barulah Ghaz tahu ke mana Tiara menghilang dulu dari rumah. Rupa-rupa pindah sekolah! Sejak Tiara pindah dulu, payah betul dia nak bersemuka dari Tiara. Memang kaw-kaw Tiara mengelak dari dia.
“Bilik dia mana?”
“Huh?”
“Tiara dia kerja sinikan? Bilik dia mana? Aku nak jumpa dia kejap.”
“Tingkat 3. Kau nak buat apa dengan dia?” Ragu-ragu Lee dengan sikap kawannya. Tadi datang bukan main kusut lagi. Sampai terpaksa dia tangguh temujanji tengahari ni semata-mata nak layan Ghaz. Nampak Tiara terus semangat tahap super saiya la pulak.
Ghaz terus bangkit untuk turun ke bawah. Kali ni dia memang perlu bersemuka dengan Tiara. Cukuplah hampir 11 tahun mereka asyik nak mengelak dari bersemuka. Sampai bila nak terus hidup begini?
Lunch ni jadi keluar tak?” tanya Lee bila Ghaz mula melangkah dari mejanya.
“Tak.”
“Pulak dah!”
Tadi kemain paksa dia lunch awal. Tahulah Lee punca kekusutan Ghaz tu dari si Tiara tu. Pandai-pandailah Ghaz selesaikan. Nanti pasti kawan baiknya tu ceritakan padanya juga.



“Tiara?” tanya Ghaz pada gadis yang duduk depan pejabat yang tertera nama penuh Tiara.
“Tadi pergi ofis bos Lee...”
“Dia dah keluar dari ofis Lee. Ada datang semula?”
Geleng.
Seraya tu telefon si gadis berbunyi. Nama Tiara yang diset sebagai ‘Bos Tiara’ tertera pada skrin. Signal diberi agar Ghaz menanti sebentar.
Hello bos.”
“I cuti half day. Ada emergency. Any appointment batal dan suruh Lee call I.”
Err... Noted. Bos nak ke mana? Anything yang boleh saya bantu?” tanya si gadis sambil mengerling sedikit pada Ghaz yang tidak lepas memandangnya. Argh sudah! Gaya macam nak rampas aje telefon dia untuk bercakap dengan bosnya.
Nothing. Kalau ada apa-apa penting just text me.”
Okay. By the way, Ada orang cari bos ni. Tengah berdiri depan meja saya sekarang.” Akhirnya terluah juga pasal Ghaz yang tidak lepas dari memandang telefonnya dari tadi. Serba salah kalau tak cakap macam kurang baik juga sebab sah-sahlah lelaki tu nampak nama Tiara di skrin telefonnya tadi.
“Siapa?”
“Saya pun tak kenal. Sorry bos.” Terus terang ini kali pertama dia nampak lelaki tu datang cari bosnya. Selama ni tidak pernah jugak lelaki datang jumpa Tiara semata-mata hanya kerana perkara personal.
“Tiara?” tanya Ghaz pada gadis tersebut.
Angguk. Ghaz hulur tangan. Pinta telefon bertukar tangan. “Let me talk to her.”
Walaupun was-was, gadis tersebut tetap hulurkan telefonnya pada Ghaz. Takut pula tengok muka kacak Ghaz yang serupa nak makan orang tu.
“Aku ni... Drive pergi rumah ibu. I wanna talk with you. Jangan nak mengelak pula.”
Err... Ghaz?”
“Ya. Balik rumah ibu... Aku nak jumpa kau. Dengar tak?” arah Ghaz lagi.
“Aku ada hal ni. Kalau ada benda penting cakap aje sekarang.”
“Aku tahu kau tipu. I know you since your born day. Jangan nak megelak. Face to face Ara. Meet me there atau aku pergi rumah sewa kau.” Ugut Ghaz. Kalau suruh cara baik pun bukannya Ara tu nak dengar cakap dia. Ada saja menyinis!
Kuat suara Ara mendengus dari corong telefon sebelum dia membalas. “We have nothing to talk about Ghaz.”
“Pasal few years back dear Ara. You know it very well. Atau kau nak aku cakap dengan ibu dan papa pasal tu? ”
“Jangan libatkan mereka Ghaz! Tak cukup ke kau buat aku macam orang bodoh selama ni?!!” marah Ara yang mula angin dengan ugutan Ghaz. Berani betul dia ugut nak beritahu ibunya. Silap hari bulan papa Ghaz suruh mereka kahwin pula!
“Jadi jangan melawan. Balik rumah ibu sekarang.”
Ara tertawa sinis. “Sejak bila pula kau mengaku perempuan tu ibu kau? Bukan selama ni kau hina dia ke? Kau caci maki dia Ghaz.... ”
“Jangan nak tukar topik. Jumpa aku sana... Now!” pangkah Ghaz lalu mematikan talian. Argh! Ara saja buat dia rasa bersalah sebab hina wanita sebaik ibu. Dulu zaman rebel memang dia benci gila ibu tirinya. Sekarang dia memang sudah terima wanita itu sebagai sebahagian dari keluarga. Ibu memang cukup jaga mereka adik beradik. Malah adik-adiknya cukup rapat dengan ibu!
Cuma satu salah Ghaz. Dia yang buat Ara keluar dari rumah tu. Kalau dia minta maaf dari awal tidaklah hubungan dia dan Ara teruk sampai sekarang.
Nombor Ara sempat dihafal sebelum dia serahkan semula telefon tadi. Harap-harap Ara dengarlah cakap dia kali ni. Susah betul nak jumpa perempuan tu sekarang ni. Ada saja helah nak mengelak dari dia.



Ghaz tersenyum bila terlihat kereta Ara yang parkir di halaman rumah. Senyuman makin terukir sebaik saja melihat Ara yang berbual dengan Hana.
“Hana buat air untuk along dengan kakak.”
Eh? Along pun cuti ke hari ni? Apa dah jadi sampai dua-dua cuti serentak ni?” soal Hana pelik. Tiba-tiba dua abang dan kakaknya datang hari ni. Sudahlah serentak, dua-dua tidak pergi kerja pula tu.
“Buatkan kopi sejuk. Sebab ada orang tengah panas sekarang ni. Along nak cakap sikit dengan kakak.”
“Serius? Sejak bila gencatan senjata ni?/” tanya Hana teruja. Ni kena bagitahu abang dan kakak kembarnya tu. Gosip panas ni! Bukan senang nak nampak abang dan kakak sulungnya ni duduk semeja. Nak berbual pula tu.
Go. Pergi buat air. Along haus ni.”
Hana akur. Bila alongnya buat suara tegas macam tu. Tiada yang berani melawan.
“Ara...”
“Apa lagi kau nak sebagai balasan aku kawan dengan Lee?” tanya Ara yang menjeling Ghaz tajam.
“Aku...” Ghaz menunduk. Patah ayatnya bila Ara sindir macam tu. Tak sempat dia nak buka ayat panjang-panjang. Okay dia tahu Ara memang tidak dapat maafkan dia sebab kes dulu.
“Aku dah tiada apa-apa nak berikan pada kau Ghaz...” tutur Ara perlahan. Hatinya mula sakit bila fikirkan perkara itu semula.
“Maaf Ara. Kemaafan. Itu yang aku perlukan dari kau. Aku minta maaf. Sebab dulu...”
Ara tersenyum sinis. Mata memandang Ghaz yang duduk di kerusi sebelahnya. “Maaf? Atas apa? Kita dah seri Ghaz. Kau lupa? Aku dah bayar semuanya...”
Its hunt me Ara. Perkara tu. Aku menyesal sebab buat benda tu pada kau....”
Ara kesat air mata yang mula mengalir. “Aku tak nak ingat lagi benda tu!” tegasnya. Bertahun dia tahan hati untuk kuat. Benda itulah yang menghantui dirinya. Kerana peristiwa itu, hampir setiap malam Ara meraung ketakutan.
“Aku minta maaf... Aku...”
“Kenapa kau perlu balik? Kenapa kau tidak menetap saja sana? Kenapa kau mesti muncul lagi? Kau tak tahu betapa seksanya hidup aku cuba lupaan perkara tu!” marah Ara tiba-tiba. Senang saja Ghaz minta maaf macam tu. Bertahun dia pendam semuanya sendiri.
“Sebab aku rindukan kau...”
Ara tercenggang. Terdiam dengan sebaris ayat Ghaz.
“Aku rindukan kau. Aku cuba lupakan kau. Aku...”
Stop it! Kau jangan nak merepek! I’m off!” Ara terus berdiri. Dari terus dengar ayat Ghaz. Ada baiknya dia keluar dari situ dari terus sakit hati.
I think I love you Tiara...
Langkah Ara terhenti. Seraut wajah Ghaz dipandang. Sayu. Ikhlaskah lelaki itu atau sekadar meraih maafnya. Lama pandangan mereka bertaut. Cuba untuk mendalami hati masing-masing. Tanpa dipinta setitik dua air mata Ara mula menitis.
“Aku cintakan kau Ara. Sebab tu aku balik. Aku nak tebus balik kesilapan aku. Aku tahu susah. Tapi aku tidak akan beralah sebab aku tidak boleh lupakan kau. I love you so much...
“Along...”
Pandangan mereka beralih pada Hana yang tercenggang. Sampai mana Hana dengar tadi? Tanpa tunggu lama, Ara terus berjalan keluar dari situ. Biarlah Ghaz seorang saja yang hadap. Dia masih lagi terkejut dengan pengakuan eklusif Ghaz tadi.




Kau okay tak ni?
Aku minta maaf.
Baliklah ofis. I need you here.
Please... Please... Please... dah seminggu kut.
Ara mengeluh. Berpuluh Whatapps dari Lee yang tidak berbalas. Memang mamat ni tidak putus asa selagi dia tidak masuk kerja. Baru cuti seminggu!
Nombor Lee didail.
“Ara!”
“Aku tak mati lagilah. Tak payahlah gembira macam tu aku telefon kau.”
Lee tertawa. Tapi dalam hati geram juga dengan si kawan. Lepas seminggu baru nak telefon dia. “Kau tu la. Tiba-tiba ambil leave. Sakit jiwa aku.”
“Banyaklah sakit jiwa. Hari-hari aku tengok status kau dekat Facebook keluar dating.”
Sekali lagi Lee sambung tawanya. Kantoilah pulak. “Tu pengubat jiwa sebab sakit kau tak datang kerja. Berlambak kerja ni. Saja nak seksa aku.”
“Nanti aku datanglah. Baru cuti seminggu kut. Cuti aku banyak.”
“Kalau kau nak cuti lama-lama lain kali la eh! Sekarang kerja dekat ofis tu mengunung. Baik kau datang.” Bebel Lee. Mentang-mentanglah kawan. Suka hati dia ambil short notice leave.
“Nantilah esok lusa aku masuk ofis. Lepas tu aku ambil OT pagi petang siang malam untuk kau.”
Awwh! So sweet. Tidak datang. Siap!”
“Lee...”
“Oi.”
Err...
“Ada... Dia ada cari kau. Apa masalah kau dengan Ghaz ni. Hari-hari dia tanya aku kau dekat mana?! Tension tahu tak.” Tahu sangat Lee soalan yang payah sangat nak keluar dari mulut kawannya tu.
“Kau cakap aku aku dah letak jawatan.”
“Gila! Tidak pasal satu kerja lagi kalau dia nampak kau di ofis.”
Ara mengeluh.
“Apa masalah kau orang ni?”
“Kau free tak? Dating jom?” pangkah Ara sebelum Lee mula buka sesi soal jawab.
“Aku kerjalah....”
“Jomlah. Bukan selalu. Dah seminggu aku berkurung dalam rumah ni. Please...
Lee ketap bibir. Saja je budak seorang ni!
“Pavillion. 12pm. Jangan lambat!
Alaa.... lagi sejam mana sempat! Tak mandi lagi ni.”
“Ya Allah. Dah tengah hari kut. Pergi mandi cepat!”
 “12.30. okay. Bye!” Ara tergelak kecil sebelum matikan telefon. Berani nak ugut dia. Tak nak datang kerja nanti baru tahu istilah merana.



Movie apa?”
Ara angkat bahu. Mata keduanya serentak memandang senarai wayang yang sedang berlansung. Lama tak tengok wayang. Dia pun tidak tahu cerita yang tengah hit sekarang.
“Pilihlah. Mana-mana aje.” Tawar Lee. Dia pun tidak tahu nak tengok cerita apa. Ikut sukat Ara la.
“Alaa... aku tak tahu nak pilih mana.”
“Cerita hantu la. Untung-untung ada orang peluk aku.” Cadang Lee sambil tersengih.
Ara menjeling tajam. “Gatal.” Kalau lelaki tu. Lelaki jugaklah! Tengah pilih wayang pun sempat buat wayang.
“Tadi suruh aku pilih. Dah pilih cop orang gatal pula.” keluh Lee kononnya tidak puas hati. Ala pilih ajelah yang mana satu. Dia layankan aje cerita mana Ara nak tengok. Lee bukannya cerewet pilih wayang yang nak tengok. Semua dia sapu rata. Cerita melayu, hindustan, hatta cerita kartun pun dia layan masuk panggung!
“Ara...”
Serentak Lee dan Ara pandang sisi. Wajah Ara terus kelat. What a day?!
“Ara, kan?” tanya gadis itu lagi.
“Kau kenal Ara?” tanya Lee pada gadis yang menegur mereka.
Sempat Ara menangkap senyuman sinis si gadis selepas mendengar soalan Lee. Apa pula ni? Lee pun kenal dia ke? Masalah betullah!
“Ara. Am i right? Gosh! Dah berapa tahun tak jumpa you. Tak sangka...” Sinis ayat yang terkeluar dari bibir merah menyala tu.
Ara hela nafas perlahan. Argh sudah! Bala datang.
“Hai Sha...” tegur Ara.
Sha tersenyum sinis. Ara dan Lee dipandang beberapa kali. “Tak sangka kau buat lagi kerja macam ni? Dulu boyfriend orang... sekarang tunang orang pun kau sapu. Boleh tahan!”
“Apa maksud kau ni Sha?” tanya Lee kebingungan.
Sha pandang Lee. “Kau ingat adik tiri Ghaz yang Han tergila-gilakan tu? Ni lah budak sial tu.”
Riak wajah Lee berubah. Pandangannya terus beralih pada Ara. Dia tahu kisah Han dan Ghaz yang sampai bertumbuk sebab Han asyik pertahankan adik tiri Ghaz. Tapi tak tahu pula adik tiri Ghaz tu sebenarnya Ara.
Watch your mouth Sha. Aku dan Han tiada kena mengena langsung.”
Sha tertawa. “Tiada kena mengena? Sebab kau Han dan Ghaz bergaduh. Sebab kau aku dan Han berpisah. Itu kau kata tiada kena mengena dengan kau? Gara-gara kau hubungan kami semua retak. Sekarang dah jumpa mangsa baru? Hati-hati Lee. Cukup Han aje dia goda. Jangan sampai kau pun tertipu.”
“Sudahlah tu Sha.” Tegur Lee. Dia malas nak masuk campur hal Han, Ghaz dan Sha pada Ara. Dia kenal Ara tanpa mengetahui kisah kawan-kawannya dengan Ara. Lee tidak suka dengan Ara diperkecilkan oleh Sha.
“Dah habis cakap?” tanya Ara selamba.
Yes. Sekarang kau tahukan kenapa aku tak nak jumpa Ghaz. Sebab makhluk-makhluk macam nilah. Memang aku punca hubungan duli-duli yang mulia retak. Sekarang its up to you untuk percaya atau tak. Sekian. I’m off.”
Sha tersenyum sinis mendengar pengakuan Ara. Puas hati dia. “Goods. Just get off from us. Kau tak layak langsung nak dekat dengan kami. Dan jangan berangan nak kacau Lee pula!”
So what?! Apa masalah kau perempuan?! Kau yang tak payah nak kacau hubungan Lee dan Ara. Tengok kudis kaki kau tu dulu sebelum selak kaki orang! Penyibuk!”
“Liana...” Terkejut Ara dan Lee kemunculan gadis itu tiba-tiba. Ganas betul sampai berani tolak bahu Sha. Mengamuk sungguh Liana pada Sha.
“You tak tahu lagi siapa perempuan ni. Jangan sampai tunang you kena kebas Liana. Perempuan pelacur ni sama aje dengan ibu dia! Suka goda lelaki kaya.”
Pang!
“Jaga mulut kau sebelum aku tampar lagi sebelah. Back off!” Marah Liana. Dia tidak suka betul dengan Sha yang berlagak ni. Mulut cabul betul!
Sha pegang pipi yang pedih. “You! Berani kau tampar aku?”
Yes I am. Dah mulut kau busuk sangat! Now get off my sight.”
“Huh! You’ll regret it Liana. Bila perempuan ni rampas Lee dari kau baru putih mata.”
“Aku tak hairanlah! Sekarang aku syukur sangat si Han tu tinggalkan kau awal-awal. Sekurang-kurangnya ada kesedaran sikit. Muka aje lawa tapi hati busuk!” marah Liana.
Sha hentak kaki. Dengan dengusan kasar dia angkat kaki sebelum Liana hadiahkan dia satu lagi tamparan. Tidak apa! Dia bagitahu Ghaz. Biar lelaki tu ajar sikit Ara baru puas hati dia.
“Wah! Sayang. Garang. I like!” puji Lee selepas Sha tinggalkan mereka bertiga.
“Dah you senyap. Biar I aje bahan singa betina tu.” Cebik Liana. Dia dari dulu lagi tidak suka sindrom golongan anak orang kaya yang melekat pada Ghaz, Liana dan Han tu. Mujurlah si Han tu dapat hidayah awal dari dua orang tu lagi. Walaupun tidak kenal rapat dengan kawan baik tunangnya tu. Liana memang cukup sarat dengan perangai anak kenalan mama dan papanya tu.
“Kita nak tengok wayang apa? Dah beli tiket?” sambung gadis itu lagi.
Ara mengeluh kecil. “Aku nak balik.” Mood dia nak tengok wayang dengan Lee dan Liana pun dah punah oleh Sha tadi.
“Dah jangan nak buat wayang pula sini. Cukuplah singa tadi tu buat drama swasta sini. Kita datang nak tengok wayang bukan buat wayang.” Bebel Lee. Rosak mood la Ara ni. Tadi kemain semangat nak ajak dia dan Liana tengok wayang. Sekarang boleh pula dia tak nak tengok pulak dah.
“Tapi...” Haih! Ara memang tiada hati nak tengok wayang sekarang ni.
“Tak payahlah nak layan sangat mood tu. Kami dah korban kerja setengah hari tau nak enjoy dengan kau. Dari pada kau layan mood yang spoil gara-gara si Sha tu. Baik lagi kau buat donno.”
“Kau tak takut amaran Sha tadi?” tanya Ara ragu-ragu. Dia sebenarnya takut. Takut hilang kawan kerana luahan tidak puas hati Sha tadi.
Liana tergelak kecil. “Sejak bila kau ambil port pasal orang cakap tentang kau ni? Alaa Ara releks sudahlah. Itu hal kau dengan mereka. Bukan kami berdua. Yang aku tahu. Tanpa kau, kami berdua tidak mungkin bersama. Banyak kau tolong satukan aku dan Lee...”
“Betul tu Sha. Memang Ghaz, Sha dan Han tu kawan aku. Tapi kau pun kawan aku juga. Hal kau dengan mereka tiada kaitan dengan aku. Lagipun betullah kata Liana. Tanpa kau sampai sekarang aku tidak dapat awek tomboi ni jadi tunang aku.” Kata Lee yang sempat lagi kutuk tunangnya. Dia dan Liana banyak terhutang budi pada Ara.
Apa yang berlaku antara Ara dan kawannya yang lain biarlah berlaku tanpa pembabitannya. Dua belah pihak kawan, Lee lebih suka tidak ambil port dalam perseketaan kawan-kawannnya.
Air mata Ara mula menitik membasahi pipi. Terharu. Tubuh Liana dipeluk erat.
Thanks sebab percayakan aku...”
Liana tersenyum kecil. “Emo pula dia... No hal la Ara. Kau kan bestfriend aku. Mestilah aku percayakan kau... daripada kau layan perasaan. Baik lagi kau enjoy hari ni sebelum Lee kerah tenaga kau masuk ofis nanti.”
Lee jengil mata pada kekasih hatinya. Tapi Liana mana takut. Lagi dia jelir lidah pada Lee. Sempat lagi kutuk dia depan-depan. Mentang-mentanglah dia sibuk mengeluh kerja banyak minggu ni sebab cuti Ara secara tiba-tiba tu.


 Ghaz termenung lagi. Ara...
Entah ke mana Ara sekarang ni. Puas dia cari. Sampai ke pejabat. Lee kata Ara ambil cuti mendadak. Nak lari dari dialah tu.
Tadi Sha telefon dia. Marah sungguh Sha pada Ara. Banyak cerita dari Sha pasal Ara tapi Ghaz hanya senyap mendengar. Bila tengok situasi Sha, rasa diri ni teruk sangat layan Ara. Baru sedar diri. Dia dulu pun macam Sha. Kuat melenting, sikit-sikit salahkan Ara. Padahal Ara tiada kaitan pun pada semua yang berlaku ni.
Satu keluhan kecil dihembus. Ibu kahwin dengan papa, dia lepas geram pada Ara. Padahal dia sendiri sedar Ara memang tidak mahu perkahwinan antara ibunya dan papa Ghaz. Tapi Ghaz saja butakan mata. Salah ibu, salahlah juga Ara.
Kes Han pula, lepas berapa bulan baru dia menyesal. Bukan salah Ara kalau hati Han sangkut pada Ara. Lagipun hubungan Han dan Sha memang tengah angin taufan waktu tu. Tinggal tunggu nak tengelam aje. Sha tu aje tak nak terima hakikat Han sememangnya sudah lama tawar hati dengan perangai kuat mendesak Sha.
Tapi sebab kawan dan marahnya pada ibu Ara. Gadis tu jadi mangsanya. Sekarang hadaplah rasa bersalah tu seumur hidup. Lagi sepakej dengan perasaan cinta yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Pada orang yang sama pula tu.
Bodoh betul! Dah buat macam-macam pada Ara. Sekarang baru nakkan gadis tu lagi. Ingat Ara boleh lupakan perbuatannya macam tu aje? Memang taklah!
Ghaz turun ke bawah. Minum air. Haus pula tekak lepas termenung panjang fikirkan macam mana nak pujuk hati Ara.
“Mia rindu Ara...”
“Maafkan abang...”
Kaki Ghaz terhenti depan pintu dapur. Tidak jadi dia nak masuk dapur bila terdengar tangisan ibu. Bau rumah pun harum semerbak hasil kek ibu. Mesti ibu tengah buat kek ni.
“Dah lama Ara tak makan kek Mia. Dulu setiap kali hari jadi Ara. Dia mesti nak Mia buatkan kek untuk dia.” Luah ibu lagi.
Ghaz nampak dari celah pintu papanya sedang peluk ibu dari belakang. Memujuk ibu yang sedang menangis sambil hias kek di atas meja.
“Ulang perkahwinan kita sama dengan hari jadi dia. Sebab tu Ara tak nak sambut. Maafkan abang. Kalau bukan sebab amanah...”
Ibu geleng kepala. “Maafkan Mia. Mia tak patut buat abang rasa bersalah. Mia yang sanggup terima amanah arwah. Ara tahu pasal tu. Dia yang tak nak terima hakikat. Mia cuma... Mia cuma rindukan Ara yang dulu.”
Dulu Ara manja dengannya. Walaupun hidup mereka susah. Dia selalu nampak Ara gembira dan puas hati dengan kehidupan mereka. Ara tidak pernah minta lebih-lebih. Cukup hanya ada mereka berdua.
Kaki Ghaz melangkah sendikit agar lebih dekat. Tadi dia dengan ibu dan papa sebut pasal amanah arwah. Dan Ara tahu pasal tu? Kenapa dia tidak tahu apa-apa?
“Tapi sebab amanah arwah. Mia hilang kasih sayang Ara. Demi kami anak beranak. Mia sanggup pekakkan telinga diumpat orang sekeliling. Malah Mia jaga anak-anak abang sebaik mungkin. Abang pun sedih bila Ara ambil keputusan untuk jauh dari kita...” luah papa Ghaz. Dia bukan tidak tahu punca Ara rebel dulu. Anaknya si Ghaz pun macam tu. Dia tahu Ara sendiri tidak mahukan perkahwinan itu terjadi. Tapi kerana amanah dan wasiat arwah isterinya. Ara akur walaupun tidak inginkan perkara itu terjadi.
“Arwah baik dengan Mia dan Ara. Mia sanggup bekorban untuk arwah. Mia Cuma harapkan Ara dapat terima kita semua dan berbaik dengan Ghaz. Dia tahu kita buat semua ni untuk Ghaz dan adik-adik. Kenapa Ara tidak boleh terima? Ghaz sendiri dah boleh terima semua ni terjadi.”
Syyshh... janganlah sedih. Abang tidak akan berhenti berdoa agar Ara dapat terima keluarga ni macam Ghaz... Abang serba salah. Kerana keluarga abang. Ara semakin jauh dengan ibu kandung sendiri.”
“Mia harap Ara datang majlis esok.”
“Insya-Allah. Dani bagitahu abang dia akan buat sebaik mungkin untuk pujuk Ara datang.”
“Harap-harap. Abang sendiri tahu Ara tidak pernah datang majlis ulang tahun perkahwinan kita.” Keluh Mia lagi. Selama bertahun dia berkahwin dengan suami keduanya. Ara tidak pernah sekali pun datang setiap kali jamuan ataupun makan keluarga sempena perkahwinan mereka. Secara tidak langsung Ara tidak pernah lagi sambut hari jadinya bersama keluarga barunya.
“Kita doakan yang terbaik. Doa seorang ibu sangat mujarab. Mia jangan risau sangat. Nanti kesihatan terjejas.”
Dan waktu tu Ghaz rasa macam nak hantuk kepala ke dinding. Rasanya dia mula faham maksud amanah dari arwah mamanya. Sekarang ni Ghaz pasti Ara dah mula terima keluarga ni seperti dia. Tapi yang Ara tidak boleh terima ialah Ghaz!
Sekarang Ghaz tidak tahu nak mula dari mana. Salah dia!



“Ibu...” panggil Ghaz.
“Ya?”
“Err...” Ghaz mati kata. Dari tadi dia nampak ibu Mia tertoleh-toleh ke pintu pagar.
“Ibu tunggu Ara.”
Ibu senyum sedikit. “Tak adalah. Lagipun Ara kata dia outstation minggu ni. Ada kerja katanya.”
Tipu. Apa pula outstation. Dia dah kaji selidik dengan Lee. Mamat tu cakap Ara masih cuti.
“Ibu...” panggil Ghaz lagi.
“Ya nak?”
Tersentuh hati Ghaz dengar suara lunak ibu Mia. Ya Allah! Dia banyak buat salah dengan ibu tirinya ni. Tapi wanita ini selalu saja sabar karenahnya. Agaknya kalau ibu tahu apa yang dia buat pada Ara. Ibu masih sudikah layan dia sebaik ini?
“Ghaz nak minta maaf.”
Pandangan lembut ibu Mia ditala tepat wajah Ghaz. “Ghaz tiada salah pun dengan ibu... Apa pula nak minta maaf ni?” tutur ibu yang tersenyum kecil.
“Ghaz... Ghaz dah banyak susahkan ibu.”
“Ibu tak pernah pun rasa susah. Alhamdulillah. Ghaz memang anak yang baik.” Tutur suara lembut ibu.
Lepas tu Ghaz rasa macam nak tampar diri sendiri. Menyesal tak sudah. Tipulah dia tidak pernah susahkan ibu. Memang dia tidak tunjuk secara terang benderang macam Ara tapi dia tidak pernah pedulikan ibu tirinya. Ghaz lebih suka pencilkan diri dulu. Lagi parah dia pernah tidak hadap masakan wanita itu. Sanggup makan luar sampai papa pun perasan.
“Ibu... Ara... dia sebenarnya...”
“Assalamualaikum.”
“Eh! Waalaikumsalam...”
Ghaz pandang Ara yang beri salam. Terbantut ayat dia tadi. Matanya memandang Ara yang menapak masuk ke dalam kawasan rumah. Pandangan mereka bertembung seketika sebelum Ara tunduk salam tangan ibu.
“Ara kata outstation. Sempat balik.”
“Baru aje sampai bu. Alang-alang teruslah datang sini.” Tipu Ara. Mana ada khursus. Khursus atas katil terbongkang adalah.
Sorry bu. Raya nanti Ara minta maaf.
“Ara mesti penat. Masuklah. Makan. Ibu sediakan makanan Ara ya...”
Err... tak perlulah bu. Ara dah kenyang. ” Tipu lagi. Dia lapar. Tapi awal lagi dah hadap muka Ghaz. Selera makan terus ke laut.
“Kalau macam tu. Ara rehat dulu. Ibu sediakan minuman. Ara nak minum apa?” tanya ibunya lagi. Serba salah Ara nak tolak lagi. Jelas terpancar riak gembira di wajah ibunya.
“Apa-apa ajelah.”
“Kalau tak nak makan. Ara duduk aje rehat. Ara datang ni pun dah syukur alhamdulillah. Baru balik ni mesti penat. Ibu pergi ambil air untuk Ara dulu.”
Ara angguk. Argh! Maaf bu. Ara memang tak nak datang pun malam ni. Tapi sebab mesej ugutan Ghaz. Dia gagahkan juga diri untuk menapak tunjuk muka.
Mamat ni kalau tidak ugut dia memang tak sah.
Thanks sebab datang.” Suara Ghaz akhirnya terkeluar selepas ibu menjauhi mereka berdua.
“Puas hati?”
Ghaz tersenyum. Angguk.
“Puas sangat. Dapat ubat rindu.”
Ara mencebik. Tapi hati rasa sesuatu dengar suara Ghaz. Kedengaran terlalu ikhlas dan sangat bukan Ghaz yang dia kenal.
Sorry. Didnt mean any to blackmail you. Aku sebenarnya kesiankan ibu. Ibu rindu sangat dekat kau.” Dan aku juga... Tapi tak sangguplah nak sambung ayat belakang tu. Mahunya Ara terus balik rumah serta merta.
Whatever.”
Ara pandang tepi. Malas dia nak tengok muka Ghaz. Tidak reti nak pergi dari situ pula mamat ni. Ara nak menjauh tapi dia tidak tahu nak menapak ke mana lagi. Ramai tetamu malam ni. Dia haram seorang pun tak kenal. Batang hidung adik-adik yang lain pun langsung tak nampak.
“Ara...” panggil Ghaz.
“Look at me.” Sambung lelaki itu bila Ara langsung tidak toleh.
Saat Ara toleh. Ghaz dekatkan bibirnya ke telinga gadis itu. “I miss you and i love you.”
Jantung Ara macam nak terhenti mendengar luahan romantis Ghaz. Lelaki itu sudah kembali pada posisi asal. Anak mata mereka bertembung. Jantung masih lagi rancak berdebar... tidak keruan mendengar suara Ghaz tadi.
Pap! Lampu kawasan mereka tiba-tiba tertutup.
Lampu spotlight dihala ke arah mereka berdua.  Serentak Ghaz dan Ara pandang lampu yang terang menghala pada mereka.
“Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Tiara... Happy birthday to you...” Nyanyi adik beradiknya bersama ibu dan papa Ghaz diikuti oleh tetamu yang hadir.. Ara terdiam. Dipandang ibu yang memegang kek hari jadi untuknya.
Selamat ulang tahun Tiara.
Baca Ara pada hiasan kek. Air mata setitik dua menitis. Walaupun simple tapi Ara tahu itu kek yang ibunya buat sendiri untuknya.
Ara tahu pasti ibu sendiri yang buatkan kek tersebut untuknya.
“Tiuplah kak. Ibu buat khas untuk kakak tau. Jeles Hanim tau.” Luah Hanim yang disambut dengan angguk kembarnya.
Ara tersenyum kecil. Lilin yang terpacak ditiup perlahan.
“Papa doakan kakak panjang umur dan murah rezeki.” Ucap papa Ghaz.
Thank you.” Ucap Ara tersenyum kecil. Dia tidak rapat dengan papa Ghaz. Dan selama ni pun dia tidak pernah bahasakan papa Ghaz sebagai papa.
“Dani harap kakak cepat jumpa jodoh. Bahaya ni kak. Tiga dara ni gatal sangat nak kahwin. Nanti langkah bendul.” Usik Dani. Antara ramai-ramai adik tirinya. Ara paling rapat dengan Dani. Sebelum ada Nil dan Nim, memang dia banyak luangkan masa menjaga Dani sebelum arwah mama mereka meninggal dunia.
Ara hanya tergelak kecil. Lagi-lagi bila muncung Hana dan si kembar Nil dan Nim mula memanjang diusik oleh abang mereka.
This is for you. Dari kami bertiga. Kami masih budak baru belajar. Dapat bagi hadiah bajet aje.” Tutur si bongsu Hana sambil menyerahkan patung beruang yang besar untuk Ara.
Thanks dear.”
Ni ikhlas dari mama dan papa. Harap Ara suka.” Papa Ghaz berikan sebuah kotak empat segi leper yang berbalut untuk Ara. Set barang kemas.
“Terima kasih.”
Err... Dani punya KIV dulu tau. Dani ingatkan kakak tak jadi datang malam ni.” Beritahu Dani. Puas dia pujuk Ara datang. Banyak alasan dari kakaknya kata tak nak datang malam ni. Dia pun tidaklah ambil hadiah kakaknya yang diorder sempena hadiah hari jadi Ara.
Its okay. Kak tak kisah.”
“Along? Along sediakan apa untuk kakak?” tanya Hana tersenyum-senyum.
Okay... dari senyuman tu. Ara dapat pastikan Hana mesti sudah pun mengetahui sesuatu.
Ghaz hanya tersenyum. Pandangannya membalas pandangan Ara yang jatuh ke mukanya selepas mendengar soalan Hana.
“Along dah bagi.” Beritahu Ghaz selamba.
“Apa? Mesti mahal.”
“Rahsia. And yup. The one and only. ” suaranya lagi. Selamba.
“Okay la. Kalau along tak nak beritahu. Kita ni macam lupa masih ada tetamu. Papa dan ibu nak pergi layan dulu. Ara tidur sini malam ni ya...” pelawa Papa Ghaz.
Ara senyum kelat. Nak geleng tapi nampak sangat ibunya memandangnya dengan penuh harapan agar dia tidur situ. Haih! Ini yang lemah ni.
“Baiklah.
“Ara...” panggil Ghaz sebaik saja yang lain bersurai tinggalkan mereka berdua.
Happy birthday sayang. I love you. I gave you my heart. Jaga baik-baik sayang...”
Ara terkedu.
Ghaz yang terus tinggalkan dia selepas mengungkap kata-kata tadi dipandang. Tangan naik ke dada.
Kuat debaran.
Oh hati! Jangan main-main.




Dan itu kali terakhir dia nampak wajah Ara di rumah tersebut.
Bertahun. Bertahun dia menahan rasa bersalah. Nak tanya ibu tapi hubungan dia dan ibu tirinya tidaklah baik sangat waktu tu. Yang dia tahu Ara pindah sekolah berasrama penuh. Itu saja. Tapi setiap kali cuti sekolah dia tidak pernah nampak wajah Ara di rumah itu. Entah ke mana tapi dia juga berani tanya.
“Kau ni tak kerja ke? Hari-hari menapak di pejabat aku. Rimas aku tengok.”
Ghaz buat selamba. Skrin telefon yang tertera gambar Ara ditenung. Rindunya.
“Angau!” perli Lee. Geli pula dia tengok Ghaz yang tersenyum-senyum pandang telefon. Dia yang bercinta pun tidaklah sampai macam tu.
“Ghaz!” panggil Lee lagi. Dia nak buat kerja pun tidak tenang.
Ghaz tegak badan. Jam ditangan dipandang. “Kau ni prihatin la sikit. Lama betul tempoh kerja. Lain kali bagilah waktu rehat lebih untuk staff.”
Lee terlopong. Adakah patut cakap macam tu. Dia dah cukup baik bagi sejam setengah masa rehat. Selalunya orang rehat sejam sahaja. Dia aje bagi sejam setengah waktu rehat pejabat.
“Kau nak ke mana pula tu?”
“Ofis Ara. Jemput dia makan. Aku lapar.”
Lee ternganga lagi. Siot! Mamat ni buat Ara macam staff sendiri pula.
“Sudah-sudahlah tu. Stress budak tu sebab kau. Lagi satu. Ofis aku ni syarikat kontraktor. Bukan kedai bunga.” Penuh pejabat Ara dengan bunga hadiah dari Ghaz. Mamat ni dah jadi dermawan bunga ros pula.
“Aku tahulah.”
Then? Jangan buat-buat tidak faham pula.”
“Pikat dia. Tolong aku pikat hati dia.”
“Gila. Nak ke lagi dia dekat lepas lepas apa yang terjadi?” tanya Lee. Dia sudah tahu sejarah Ghaz-Ara. Ghaz sendiri buka cerita. Mula-mula marah juga tapi Lee tidak mahulah babitkan diri dalam kes dua-dua kawannya ni.
Semangat Ghaz jatuh merundum seketika. Lee ni memanglah! Bab-bab jatuhkan semangat dia yang tengah berkobar tu memang pakar sangat.
“Sebab itulah. Tolong aku pikat hati Ara. Aku yakin dia ada perasaan tu. Cuma sejarah lama kami yang jadi penghalang dia.”
“Perasaan apa?” tanya Lee pelik. Sejak jatuh cinta ni. Ayat Ghaz selalu saja berbunga-bunga. Pening dia.
“Cinta Lee... Perasaan cinta.”



Han!
Kenapa Ara jumpa mamat tu?
Argh! Ara ni saja aje uji hati dia.
Tengah sesi pikat-hati-Ara, boleh pula awek tu buat sesi lari-dari-Ghaz. Lepas tu boleh pula keluar dengan Han. Ghaz cemburu!
Si Lee pun bagi info sekerat-sekerat. Setakat beritahu Ara naik kereta Han waktu rehat tadi mana cukup. Cubalah beri maklumat lengkap.
Pergi mana?
Buat apa?
Berdua ke atau ramai orang?
Heh! Sakit pula jiwa Ghaz. Mood kerja jangan cakaplah. Memang ke laut!
Nombor Ara didail. Jelas dia tidak puas hati selagi Ara tidak angkat panggilannya.
“Helo.”
“Dekat mana?” tanya Ghaz sebaik saja Ara angkat.
“Jumpa klien. Why?
Heck?! Sejak bila pula si Han tu jadi klien Ara? Ni saja mengundang curiousity melampau. “Hurmm... sampai jam berapa? Jumpa lepas tu jum.”
Err... Aku ada hal lepas tu.. err... lain kalilah.”
Gagap. Okay menipulah tu. Teka Ghaz. Ni yang sikit lagi naik angin. Ara ni. Hish! Keluar dengan dia payah. Si Han tu boleh pula dia suka hati ikut keluar.
“Penting.”
“Apa lagi penting dari benda-benda merapuh kau tu? One thing. Stop hantar barang-barang tu ke ofis. Aku dah penat buat amal jariah bunga dan coklat setiap hati.”
Dush! Sekali kena sembur oleh Ara. Wrong timing pulak! Ghaz garu kepala. “Okay. Dengan syarat keluar dengan aku malam ni.”
“Busy. Bye.”
Tut. Tut. Tut.
Ghaz pandang skrin telefonnya.
Dia off ?! Dia off ?!



Sebab terlampau berangin satu badan. Ghaz ambil keputusan jalan-jalan. Duduk di rumah tambah sakit hati aje ingatkan panggilannya yang dimatikan oleh Ara secara tiba-tiba tadi.
Dari satu kedai ke satu kedai. Tadi ajak juga Lee keluar. Belum sempat masuk ‘pantun’ dah kena reject. Sibuk nak dating dengan tunang tomboinya tu. Dengan Liana tu malaslah dia nak rebut si Lee walaupun hati tengah perlukan nasihat si kawan untuk rawat hatinya ni. Si Liana tu terang-terang dari dulu tidak sukakan dia. Sekarang baru tahu Liana dan Ara kawan baik. Hah! Ngam sangatlah. Memang sah-sah Liana tu tambah meluat dengan dia. Jalan terbaik. Jangan tambah masalah dengan minah seorang tu pula.
Kaki Ghaz terhenti depan sebuat restoren. Mata tepat pandang Ara yang tengah bergelak ketawa dengan Han. Okay. Hati yang baru nak reda mula berangin semula.
Laju kakinya melangkah masuk. Kerusi kosong antara Ara dan Han ditarik. Tanpa segan silu Ghaz terus duduk situ.
“Eh?” Terkejut Han bila nampak Ghaz situ. Mata pandang Ara mencari jawapan.
Ara pun nampak sangat terkejut. Tidak sangka boleh juga mamat ni jumpa dia.
“Hai!” tegur Ghaz sepakej dengan senyuman tidak tahu malu.
What are you doing?” tanya Ara tidak puas hati. Lagi-lagi lepas nampak senyuman Ghaz tu. Menyakitkan hati betullah mamat ni!
“Jemput kaulah. Dah habis?” tanya Ghaz selamba.
“Ghaz...”
“Kau orang ni dah okay? Ara tak cakap pun.” soal Han bagi meminta kepastian. Selama ni dia jumpa Ara pun tidak pernah langsung beritahu Ghaz. Ingatkan masih kutub utara, kutub selatan. Ni dah duduk semeja. Kira okay la agaknya tu.
Hurmm.. kau orang buat apa sini?” Ghaz tukar cerita. Tak naklah cakap dia dah okay dengan Ara sedangkan dia seorang saja yang terhegeh-hegeh selama ni.
Cant you stop it Ghaz?! Kau tidak puas hati apa lagi ni?” Cukuplah beberapa minggu ni Ghaz ikut dia ke mana saja dia pergi. Lepas tu sibuk menapak di ofis macamlah syarikat tu dia punya. Setiap kali lunch paksa Ara makan sekali. Ni sekarang boleh pula tiba-tiba muncul depan dia dan Han.
“Saja nak luangkan masa sikit dengan kau... aku...”
“Atau kau nak tahu pasal aku dan Han?” pintas Ara.
Ghaz terdiam. Argh! Kantoi.
Kuat Ara mendengus. “I knew it. Aku ingatkan kau dah berubah Ghaz. Tapi aku silap. You never change! Tu Fina masuk restoren. Thats your answer. Puas hati? ” mulut Ara memuncung pada kekasih Han yang baru masuk ke dalam restoren.
Kepala Ghaz berpusing. Fina dengan senang hati melambai pada mereka bertiga.
“Kirim salam dengan Fina. Aku balik dulu.” Tanpa tunggu jawapan yang lain. Ara angkat beg dan blah. Sempat dia beritahu Fina ada hal urgent kena balik.
Ghaz mengeluh. Salah dia lagi...
“Dah... kes apa pula baru ni?” Han bersandar dan silang tangan ke dada menyoal si kawan.
Tubuh Ghaz dijatuh. Lemahnya semangat kalau terus begini.
“Hai sayang... Hai Ghaz. Kena Ara tiba-tiba ada hal urgent?”
“Apa lagi. Ni mamat seorang nilah cari pasal lagi. Ghaz... Ghaz... Kau nak cakap aku ada affair dengan Ara tu ke? Aduh! Kau ni tidak pernah berubah. Suka main teka sembarang.” Bebel Han tanpa pedulikan soalan kekasih. Dari dulu lagi Ghaz ni memang ada masalah betullah nak fikir benda baik pasal orang. Lagi-lagi kalau orang tu Tiara.
Seriously?” Tergelak Fina dengar bebelan teman lelakinya.
Gosh! Benda apa yang you fikir Ara ada affair dengan Han. Ghaz. Ghaz. You cuba fikir positif sikit boleh tak? I yang ajak Ara keluar dan suruh Han jemput. I tak sempat nak jemput Ara. Ara tu kakak angkat I tau. You ni buat lawak bodoh pula.”
Ghaz pandang Fina tidak puas hati. Huwargh! Kalau bukan kenangkan silap dia tadi. Memang dia cilikan mulut Fina ni. Kalau bab-bab sarkastik memang nombor satu. Manalah dia tahu Ara tu kakak angkat Fina.
What? Betul apa I cakap. I tahu air muka you nak cakap yang  I tak tahu Han pernah suka Ara. Oh please! I knew it so well.
“Sayang. Dah la tu.” Melebih-lebih pula kekasihnya ni. Tahulah dia sayang betul dengan kakak angkatnya tu.
“I pissed off betullah. Padanlah Tiara tak nak dekat dia walaupun pernah...” Fina ketap bibir. Oh my.... nyaris-nyaris lagi terkeluar.
“Pernah? Pernah apa Fina?” tanya Ghaz. Tersedar Fina terberhenti dari terus membebel. Gadis itu pasti tahu sesuatu pasal Ara.
Han turut memandang kekasihnya. Dia pun tiba-tiba curious bila Fina terdiam macam tu saja.
Err... Tiada apa-apa. Dah jom sayang balik. I tiada mood la nak dinner.”
Han sembunyikan senyuman. Nak larilah tu.
No you’re not going anyware....
Dah agak. Silap Fina. Jangan nak buat ayat tergantung pada kawannya seorang ni. Han yakin Ghaz akan buat Fina habiskan ayatnya tu. Aduh!
Err...err... pernah... pernah... Hish! Pernah sukakan kau la bodoh.” Nah terkeluar juga dari mulut Fina kebenaran sebenar.
Ghaz dan Han tercengang.
Masing-masing bisu.
Fina keluh kecil. “She loves you before. Sebelum Han luahkan perasaan sukakan dia lagi. Sebelum ibu dia dan papa kau kahwin lagi. Sebelum arwah mama kau meninggal lagi. Tapi sayang. You killed her love Ghaz. Kau yang bunuh cinta dia sebab kes dulu tu. Aku tahu. Aku tahu apa yang kau buat pada dia. She told me everything. Aku kenal dia sebelum kenal kau dan Han...”
Fina berhenti. Dia hela nafas seketika. Maaf Kak Ara! Alang-alang terbongkar. Biarlah dia luahkan segala yang Ara pendam selama ni.
“Aku tak tahu sama ada kau sudah tahu atau tak. Arwah mama kau yang minta ibu Ara kahwin dengan papa kau waktu dia terlantar di hospital. Ara tak nak. Sebab apa? Sebab dia nak jadi seorang yang berjaya. She want to prove you that she can do it. Jadi kau akan pandang dia suatu hari nanti.”
“Tapi apa dia dapat? Kasih sayang yang selama ni ibunya beri hanya pada dia seorang kini beralih pada adik-beradik kau. Arwah mama kau tak nak Nim dan Nil yang baru berumur berapa bulan tu tidak pernah merasa kehidupan tanpa kasih sayang seorang mak. That’s the reason. Ibu Ara pula terlalu baik. Sanggup kahwin dengan papa kau hanya untuk jaga adik-beradik kau.”
“Apa dia dapat Ghaz? Anak dia rebel. Ara yang selama ni dengar kata mula memberontak sebab dia selalu dihina di sekolah. Lagi teruk lepas apa kau buat pada dia. Tapi aku syukur sangat dia pindah rumah aku setiap kali cuti sekolah asrama. Sekurang-kurangnya mama papa aku boleh beri kasih sayang yang dia gadaikan untuk kau. Aku syukur sangat dia kerja sambilan di rumah aku waktu tu.”



“Kenapa kau tamak sangat? Kau yang nak semua ni. Tapi sekarang kau nak kasih sayang dia pula? Bodoh! She wont give it to you. Sebab itu yang dia korbankan untuk sebuah keluarga.”
Argh! Padan muka sendiri. Itulah dulu perangai macam syaiton nurajim!
Sekarang dah tahu semua Ghaz pula buntu. Tidak tahu macam mana nak pulihkan hubungan dia dan Ara. Menyesal tak sudah...
Pagar rumah sewa Ara dipandang. Kata orang tak nampak orang, bumbung rumah pun jadilah. Tapi Ghaz lain. Tak dapat tengok orang pagar pun jadilah. Sepakej dengan pintu rumah tu. Mana tau ada keajaiban Ara akan buka pagar tu jumpa dia.
Bila Ara keluar pakai kain batik bawa plastik sampai. Ghaz terus melulu keluar kereta.
Tak tahu nak cakap apa pula. Pada Ara dah besar mata tengok dia disebalik pagar. Kelu pula tengok muka comel Ara yang berkain batik.
“Kau buat apa sini?”  tanya Ara kasar.
“Nak jumpa kau.”
“Buat? Baliklah. Kalau jiran aku nampak nanti aku yang susah.” Keluh Ara perlahan. Malaslah dia nak cari gaduh depan pagar ni. Banyak lagi benda dia boleh buat selain buat drama swasta. Dah la tinggal sendiri.
“Apa susah? Abang jumpa adik.”
Ara mendengus. Nak aje cepuk kepala mamat ni. “Tiri Ghaz. Adik tiri...Kalau kena tangkap boleh...”
“Kahwin.” Sambung Ghaz tersengih.
“Kahwin jom.” Ulangnya lagi.
“Gila! Baliklah.” Marah Ara dan terus masuk ke dalam rumah semula. Tak jadi nak buang sampah. Ada sampah lagi besar nak minta DBKL angkut depan pagar dia tu.



“Ara...”
Ara toleh belakang. Satu keluhan dihembus. Langkah dilaju masuk dalam pintu lobi.
“Ara...” panggil Ghaz lagi.
“Kau nak apa?!”
“Ku katakan ku merasa bersalah, namun kau menganggapkkanya benar, ku berdoa agar aku mendapat jawapan, kerna engkau ku kenali cinta...” nyanyi Ghaz lagu Estranged-Seperti yang dinanti.
Ara terkedu seketika.
“Gila! Baliklah.” Marahnya sebelum pusing semula. Dada jangan cakaplah berdebar gila. Tapi malu lagi banyak dari debarannya.
“Betapa ku ingin memilikimu!!!” jerit Ghaz makin kuat bila masuk korus.
“Sebab kau lengkapkan aku, Semoga engkau akan mengerti, agar ku dapat engkau sepenuhnya...”
Suara Ghaz mula perlahan Ara terus melangkah tinggalkan dia. Bahunya ditepuk perlahan.
“Aku ingatkan orang gila mana yang terlepas.” Usik Lee.
Ghaz jatuh bahu. Haih! “Aku rasa aku pun dah gila... Macam-macam aku buat setiap hari. Bukan makin dekat, tapi makin jauh dia lari.”
Lee tertawa kecil. Nasib engkaulah Ghaz. “Dah kau ikut dia macam pervert. Takutlah budak tu.”
“Aku tak tuduh pun dia bukan-bukan sebab jumpa Han. Aku cemburu aje... Dia salah faham tapi tak nak pun aku terangkan.”
“Dah hubungan korang sebelum ni bukannya betul sangat. Salah fahamlah budak tu.”
“Macam mana ni Lee...”
Lee angkat bahu. Sorry bro. Dua-dua kawan. Tidak mahulah dia masuk campur. Lagipun tunangnya memang dah warning awal-awal. Jangan tolong Ghaz kalau tak nak dia merajuk! Tak nak Lee, mereka berdua pula yang bergaduh dekat nak tarikh nikah ni.
“Kau dah berapa lama tak tidur, makan ni? Pergilah kerja.”
“Aku tak dapat nak fokus pun. Pergi kerja pun tak guna aje.”
Lee geleng kepala. Nasib Kompeni bapak sendiri. Kalau tak dah lama kena pecat.
“Lee...”
Lee pandang lagi muka pucat kawannya tu.
“Kepala aku peninglah.”
Macam mana nak pening. Makan pun ala kadar. Tidur pun tak cukup. Makin teruk dah Ghaz ni. Nak bebel panjang pun Lee dah lelah. Bukannya mamat ni nak dengar!
“Lee...”
Tiba-tiba Ghaz tumbang. Pengsan jatuh ke lantai.
“Ghaz! Ghaz! Adoi pengsan pulak dia...” garu Lee pada kepala botaknya. Kalau macam ni perangai si kawan, sampai ke sudah tidak tumbuh-tumbuh rambutlah dia. Risau aje fikirkan keadaan kawannya.



“Lee mana?” tanya Ara pada setiausaha bosnya seorang ni. Bukan main lagi lesap time meeting tadi. Terkulat-kulat dia layan karenah klien tadi. Naik berangin juga Ara nak layan. Dah la angin dari pagi tadi pasal Ghaz tu tak hilang lagi. Klien pula cari pasal dengan dia.
“Bos Lee EL.”
Reason? Dia tahukan meeting hari ni penting?”
Angguk. Serba salah setiausaha Lee nak buka mulut. “Just tell me. Saya makan dia kalau dia marah awak.” Ara beri tawaran baik punya. Lee tu tegas dengan pekerja tapi bukan pada dia. Sebelum Lee buka mulut dia dah laser siap-siap.
 “Encik Ghaz pengsan di lobi pagi tadi. Bos Lee bawa Encik Ghaz ke hospital dan masih tak sedarkan diri. Sebab tu dia harap Cik Tiara dapat handle meeting tadi.”
“Ghaz pengsan?” Ara cuba memastikan ayat tadi.
Angguk.
And he didn’t tell me...
Kaki Ara mula melangkah masuk ke dalam biliknya semula.
I hate you Ghaz!




“Kau sure okay ni?”
Ghaz angguk. Ditahan semalaman aje kut. Lee ni melebih la pulak risaunya.
“Pinjam baju kau esok. Bawa lebih untuk aku.”
Sure tak nak cakap dekat family kau.” Bukan apa kalau ada apa-apa terjadi nanti kan susah. Ghaz ni degillah! Seorang pun dia tak nak orang tahu dia sakit. Lagi-lagi orang pejabat dia tu. Lepas tu tak nak pula Lee temankan dia di hospital malam ni.
Ghaz hanya angguk perlahan. Dia tidak mahulah kecoh-kecoh nanti. Tak pasal kantoi dia sakit sebab hidup tidak tentu ara ikut Ara macam pervert seminggu dua ni. Argh! Mengaku juga dia diri pervert. Lee punya pasallah ni.
“Baiklah. Ada apa-apa jangan lupa call aku.” Beralah juga Lee dengan kawan baiknya seorang ni. Nak cakap lebih-lebih pun tak guna. Ghaz tu tahap kedegilannya sama aje dengan Ara. Nauzubillah. Mencabar keimanan!



“Ara...” air mata Ghaz mengalir walaupun matanya terpejam rapat. Kisah beberapa tahun lepas tidak pernah hilang dari igauannya. Ya Allah ampunkan aku. Ampunkan aku!
Terimbau-imbau tangisan Ara. Pukulannya pada badan budak perempuan sebaya itu tidak pernah berhenti. Marah pada ibu tiri yang rampas tempat arwah mamanya dilempias pada Ara.
“Yang lain mana?” tanya Ghaz garang.
Tiara angkat bahu. Tangan masih lagi melipat baju-baju tuan putera Ghaz ni!
“Aku tanya mana yang lain? Yang kau bisu ni kenapa?” jerkah Ghaz. Penat-penat balik sekolah main bola. Kena hadap lagi buka tempe Tiara.
“Aku tak tahulah!”
Ghaz berdengus kuat. Marah pada Tiara dari sekolah tadi tidak hilang lagi. Tambah berangin dia bila Tiara berani tinggikan suara. Sekarang dah pandai nak rebel budak seorang ni!
“Lepas tu aku nak kau cuci tandas bilik aku. Kotor! Macam kau!”
Tiara tidak peduli. Mukanya tetap beku macam biasa.
“Dengar tak ni?”
“Dengar! Nanti aku cuci biar suci. Macam kau!”
Ghaz ketap bibir masuk ke biliknya. Sungguhlah! Tiara memang makin kuat melawan. Dulu tidak pernah pun dia dengar Tiara tinggikan suara. Di kelas pun senyap semacam aje. Sejak seminggu dua makin kuat pula dia melawan.
Habis Ghaz mandi. Pintu biliknya diketuk dari luar. Tanpa segan silu dia buka pintu. Bibir mencemik bila Tiara alihkan kepala darinya yang hanya bertuala.
“Kalau kau dah pakai baju baru panggil aku.”
“Jangan nak mengelat. Pergi cuci tandas aku. Ke kau takut? Kau pun aku tidak selera nak tengoklah. Perasan entah apa je yang Farhan tengok kau ni? Tidak faham aku. Masuk!”
Tiara sabarkan saja hati dengan hinaan dari Ghaz. Disedapkan hati bahawa Ghaz tidak tahu cerita sebenar. Sebab tu perangai rebel macam sheton nurajim!
Kaki melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu. Walaupun takut dia tetap beranikan diri masuk ke dalam bilik Ghaz.
Ghaz pula tersenyum sinis. “Agaknya macam nilah mak kau goda papa aku eh? Suka hati masuk bilik lelaki. Lepas tu goda papa aku? Perempuan murahan!”
Tiara yang baru mendekati tandas bilik Ghaz berpaling. Dia cukup hilang sabar dengan mulut puaka Ghaz tu. Suka hati dia lebel orang tanpa mengetahui hal sebenar.
“Apa masalah kau ni?”
 “Masalah aku ialah kamu anak beranak. Kalau bukan mak kau sundal tu goda papa aku! Dia takkan kahwin lain. Mama aku baru aku baru dua bulan meninggal dunia papa dah gatal kahwin dengan pelacur macam mak kau!”
Pang!!
Bergetar mulut Tiara menahan marah dengan luahan Ghaz.
Cukuplah dia sabar selama ni.
Cukuplah dia telan hinaan dari Ghaz.
Cukuplah! Tiara memang tidak tahan lagi.
“Jaga mulut kau Ghaz!”
“Berani kau tampar aku?!” Ghaz naik berang! Badan kecil Tiara ditolak ke kuat ke tepi dinding. Pipi Ara ditampar kuat.
“Biar kau rasa sakit hati aku!” Baju Tiara direntap kuat. Badan Ara dipukul sekuat hati tanpa belas. Melempiaskan amarahnya pada ibu tirinya pada Ara. Biar anak perempuan tu rasa apa yang dia rasa. Biar Ara rasa sakit hatinya yang tidak dapat dibuang buat selama-lamanya.
“Kau buat apa ni sial!!” Tolak Tiara sekuat hati. Tapi Ghaz makin kuatkan pegangannya. Ghaz mula kerasukan. Pipi Tiara ditumbuk hingga darah pekat keluar dari bibir gadis itu. Baju Tiara sedikit terkoyak mengugat imannya mudanya. Mata Ghaz tertala pada susuk tubuh Tiara yang terdedah. Dadanya berkocak kuat melihat dada Tiara yang semput mencari nafas.
Tanpa sedar Ghaz dekatkan bibirnya ke tubuh Tiara yang terdedah. Mula hilang pedoman dengan nafsu mudanya.
“Ghaz!!” tolak Tiara lagi.
“Ghazi Ya Allah!!!” jerit Tiara sambil terkial-kial untuk lepaskan diri. Tapi masih tidak dapat lawan kekuatan tangan Ghaz. Argh! Manusia gila.
Ghaz terhenti ketika Tiara menjerit nama tuhan yang satu. “Tiara aku....”
“Syaitan!!!!” jerit Tiara teresak-esak. Merah padam mukanya menahan marah. Tanpa tunggu lama Tiara terus berlari keluar bilik Ghaz.
Ghaz terkelu dengan perbuatannya sendiri. Dia hampir rogol Tiara! Astaghfirullah! “Apa aku dah buat ni?” tanyanya pada diri sendiri.
“Tiara!!!”
“Tiara ampunkan aku... Tiara...”
“Tiara maafkan aku.” Air mata Ghaz sendiri mula jatuh. Sedar silapnya pada Ara. Dia nyaris rogol adik tirinya. Kalau mama masih hidup mesti sedih dengan kelakuannya.
“Ara...”
“Ara maafkan aku...” tangis Ghaz lagi. Menyesali perbuatannya.
Ghaz... Syssh! Ghaz its okay...
“Ghaz aku ni... hei.. aku ni aku maafkan kau.” Ara yang dari pegun dengan tangisan Ghaz yang masih tidur meminta maafnya mula kalut. Ghaz meracau-racau sampai berpeluh-peluh. Suhu badan lelaki itupun semakin panas.
“Ghaz...” Tubuh Ghaz digoyang lagi. Cuba menyedarkan lelaki itu.
“Ara?”
“Ya. Ya. Aku ni...”
“Ara maafkan aku... maafkan aku.” Lelaki itu cuba duduk tapi badannya yang masih lemah nyaris buat dia jatuh katil.




Okay...
Kaku jap.
Hanya bunyi penghawa dingin saja yang kedengaran.
Err... lupa nak tanya macam mana kau ada sini?”
“Huh?! Haa... er...” gagap seketika. Ara cuba nak cari jawapan.
“Lee beritahu.”
Ara angguk. Okay sebenarnya dia paksa Lee beritahu dia keadaan Ghaz. Bila Lee kata Ghaz deman teruk tapi tak nak sesiapa pun tahu. Hati Ara mula liang libu sampailah dia berdiri sebelah Ghaz yang menangis dalam tidur meminta maafnya.
“Ara aku... aku tadi.” Ghaz masih malu sebenarnya. Menangis bagai nak rak depan Ara tadi. Lagi malu bila Ara dodoi dia macam budak kecil tadi. Aduh jatuh saham!
“Sejak bila kau jadi macam ni?”
Ghaz yang baring mula terpinga-pinga dengar soalan Ara.
“Meracau macam tu. Since when?” Tanya Ara sekali lagi.
Ghaz keluh kecil. “Sejak kejadian tu.” Kadang tu dia sanggup ambil pil tidur agar dapat tidur. Tidak pun dia berjaga belajar dan buat kerja sampai terlampu penat.
Senyap seketika. “Aku pun... Tapi beberapa bulan ni aku dapat kurangkan. Dan sekarang dah fully recovered. You have to let it go Ghaz. Selagi kau tak dapat lepaskan semua tu. Kau akan terus macam ni.” Beritahu Ara berdasarkan pengalamannya. Bila hati mula redha dengan ujian Allah barulah hati akan tenang.
“Tapi aku yang berdosa Ara. Aku buat kau macam tu. Aku tak dapat lupa... Aku...”
“Aku maafkan aku. Taubat Ghaz. Sungguh-sungguh kau taubat. Insya-Allah Dia terima taubat kau.” Tutur Ara tenang. Dia rasa lebih tenang lepas meluahkan pada Ghaz. Tenang bila maaf yang dituntut akhirnya diberi kepada lelaki itu.
Ghaz berdiam diri. Iya sejak malam itu dia sering kali menunaikan solat taubat. Cuba untuk meminta ampun dari Allah yang satu. Tapi beban rasa bersalah itu tidak pernah dia lupakan dan sentiasa tergalas dibahunya.
“Tapi...”
“Macam mana nak kahwin kalau banyak sangat tapi ni?” potong Ara.
Dahi Ghaz berkerut. Tidak faham sepatah pun ayat Ara.
“Jari aku ni dah lama kosong. Kau tak nak sarung?” tanya Ara tersenyum-senyum. Malu. Tapi sampai bila dia nak mengelak. Ghaz baru demam sikit pun dah risau.
Senyuman mula terukir di bibir pucat Ghaz. “Kalau aku sarung. Aku tak nak kau lepaskan selama-lamanya. Sesaat pun tidak boleh. Can’t you do it for me Ara?
Ara senyum. “Sihat dulu baru fikir macam mana nak sarung!”
“Eh?! Rasa macam dah sihat pula.” Gelak Ghaz besar. Bahagia! Akhirnya berjaya juga dia pikat hati Ara semula walaupun makan masa berbulan-bulan. Ingat senang? Sekarang rasa macam nak loncat katil sekeping di hospital ni. Tapi takut bocor pula olehnya.




Ghaz pandang ibu dan papanya yang saling padang satu sama lain. Alaaa... baru lepas satu ujian nak pikat hati Ara. Sekarang ujian perlepasan ibu dan papa pula ke? Adik-adiknya lagilah. Terdiam terus kecuali Hana. Hana aje yang advance sikit sebab curi dengar perbualan dia dan Ara hari tu.
“Ghaz dan Ara betul ke ni?” tanya ibu mereka.
Angguk serentak. Okay Ara mula cuak. Tak sangat begini pula ke respon ibu pada hubungan baru yang mereka nak jalin.
“Ara serius? Ghaz ugut Ara ke suruh kahwin? Ghaz ada buat sesuatu ke pada kamu?”
Laju kepala Ara geleng.
“Pa... Ke situ pula papa fikir.” Keluh Ghaz. Debaran yang ditahan dari semalam mula menghilang. Semangat yang berkobar-kobar pun kian lesap.
“Mana papa tak fikir lain. Tengoklah hubungan kau orang berdua sebelum ni. Seorang kutub seorang lagi tinggal di selatan!”
“Sebab perasaan tulah hubungan kamu menjauh pa. Sudah bertahun pa. Bertahun-tahun lamanya kami pendam tapi perasaan tu memang tidak hilang.” Beritahu Ghaz. Selama dia duduk menjauh sebab rasa bersalah. Rasa cinta dan rindu pula makin mendalam hingga mendorong dia balik semula ke rumah itu.
“Pa bukan apa tapi...” ayat papa mereka tergantung saat lengannya dipegang oleh si ibu.
“Ghaz yakin dapat bahagiakan anak ibu?” tanyanya lembut. Biarlah dia tidak kisah asalkan Ara bahagia. Dia pun cukup bertahun rasa bersalah kerana perhatian yang selama ni hanya untuk si anak kini terpaksa dibahagikan pada anak-anak tirinya dan Hana.
“Insya-Allah bu. Bahagia Ara bahagia along juga. Ara sebab along pulang semula ke Malaysia bu. Along tak nak pendam lagi perasaan ni. Along harap ibu dan papa sudi beri restu buat kami.” Panjang lebar ayat Ghaz. Ikhlas dia ungkapkannya. Kalau papa dan ibu tidak setuju akan dipujuk sampai dapat.
“Bu... uncle.... err pa. Ara. Ara nak minta maaf. Ara tahu Ara banyak menyusahkan ibu dan papa. Tapi Ara mohon sangat untuk dapatkan restu keluarga ni. Ara hanya ada keluarga ni bu. Sejauh mana Ara lari, Ara tetap tak dapat nak buang rasa sayang pada adik-adik Ara. Pada ibu dan insya-Allah Ara terima papa sebagai suami ibu. Cuma pada Ghaz memang Ara nak lebih dari abang tiri pa... ”
“Papa faham. Papa pun sayang Ara tapi Ara tidak risau orang kata benda tidak baik lagi pasal Ara? Papa seboleh tak nak dengar lagi orang mengata Ara. Cukuplah selama ni...” luah papa lagi. Cukuplah bertahun dia tadah telinga orang mengata macam-macam pasal Ara dan isteri barunya.
Ara tersenyum kecil. “Ara tidak akan dapat bertahan sampai sekarang kalau Ara terus menerus dengar orang mengata yang bukan-bukan pasal Ara pa.”
“Dan lepas ni papa harap Ara dan  Ghaz terus bertahan. Terima kasih sebab sudi terima anak papa.”
Ara senyum menangguk. Pandangannya hanya pada si ibu yang agak berat hati untuk memberi restu. “Bu?”
Si ibu mengukir sendikit senyuman. “Ibu nak anak-anak ibu bahagia. Ghaz bahagia, Ara bahagia. Insya-Allah ibu dan papa pun bahagia. Ibu restu perkahwinan anak-anak ibu. Betul kata Ara. Kalau kita dengar orang lain mengata pasti sampai sekarang kita takkan dapat kebahagian kita.”
Ghaz tersenyum puas hati. Lega. Alhamdulillah. Adik-adik yang lain pun mula tersenyum bahagia memandang mereka berdua. Mata membalas padangan si bongsu. Satu kenyitan dihadiahkan. Thanks juga untuk Hana sebab sudi bagi idea pikat hati Ara selama ni.



“Takkanlah?”
“Ya abang. Apa pulak alasan kali ni?” Ara mula fed up. Sikap cerewet Ghaz ni satu hal betullah! Dah tu nak ikut sangat kepala batu tu. Sekarang ni mungkir janji pula dah!
Err... alaa... its too soon la sayang.” Rengek Ghaz mula menagih simpati dari si isteri. Sebab Ghaz malas nak tadah telinga keluarga sebelah arwah mamanya asyik kutuk Ara sebelum mereka kahwin dulu. Dia ambil keputusan agar tinggal berasingan dengan keluarga buat seketika.
We’re going to have baby papa Ghaz.” Dulu kata beberapa bulan saja sampai isu perkahwinan mereka reda dari sebelah keluarga Ghaz. Sebab arahan suami, dia turutkan saja. Tapi dari beberapa bulan sampailah setahun lebih usia perkahwinan mereka. Sekarang dah nak ada anak pun masih nak tinggal asing.
“Dulu sebelum kahwin kata janji nak tebus balik masa tidak bersama keluarga...” Ara mula buat ayat sedih. Tapi dari air muka pura-pura sedih bertukar realiti. Ara kesat air mata yang sudah mula berair. Rindu ibu!
Argh! Si isteri dah buat ayat sedih pula dah. Ghaz rebah bahu. Lemahlah macam ni. Kalau di rumah keluarga sana susah nak berkepit dengan Ara. Ada saja projek dari adik-adik mereka nak bawa si isteri terbabit sama.
“Please....”
“Macam nilah. Bagi abang masa honeymoon dengan sayang sampai bersaling. Lepas tu kita pindah balik. Please... please... please... sayang tahulah sana nak rapat sikit dengan sayang pun payah. Ada je plan budak-budak tu dengan sayang.”
Ara cuba sembunyikan tersenyum. Iya dia mengaku tu. Ghaz pula sejak kahwin berkepit aje dua puluh empat jam! Si adik-adik pun bising dengan dia. Ingat dah makin rapat dengan keluarga senanglah lepak sama-sama tapi makin payah adalah.
“Kalau alasan lain pula timbul macam mana? Abang tu bukan boleh percaya sangat.” Cebik Ara. Saja nak uji kesabaran suaminya.
Ghaz angkat tangan ikrar. “Abang janji. Lagipun memang abang perlukan ibu assist abang jaga sayang dan baby bila sayang dalam pantang nanti.”
Ara angguk. “Fine. Janji tau. Kali ni dengan baby sekali dengar janji abang.”
Air liur ditelan. Amboi ugut nampak. Ghaz anggukkan saja sambil tertawa kecil. Tak payah Ara nak ugut bagai pun semua ni memang dalam perancangannya. Kalau bukan mereka berdua siapa lagi yang boleh diharap seratus peratus jaga ibu dan papa selepas semua adik-adiknya berkahwin nanti? Memang mereka berdualah calon paling sesuai.
“Lagipun sayang....” ayat Ghaz tergantung. Kepala dijatuhkan ke riba Ara. Saja nak bermanja lebih sikit petang ni.
“Lepas sayang dah habis pantang. Ada ramai babysitter jaga baby kita nanti. Dapatlah sambung honeymoon kita lagi.” Sambungnya sambil tersenyum jahat.
Tanpa tunggu lama hidung mancung Ghaz diketip. Geram pula Ara dengar ayat suaminya. “Licik!”
Ghaz langsung tidak terkesan. Makin kuat dia ketawa. Haruslah licik!
“Abang...”
Hurm...” jawab Ghaz dengan mata tertutup.
“Dulu Ara ingatkan Ara takkan dapat rasa semua ni. Ara pernah impikan untuk kahwin dengan abang. Belajar rajin-rajin. Dapat jadi arkitek lepas tu Ara nak abang pandang Ara waktu tu sebagai seorang wanita yang berjaya. Bukan lagi seorang anak orang gaji abang.”
Mata yang baru saja dipejam terbuka semula. Rasa bersalah itu mula menjengah semula.
“Lepas apa yang terjadi dengan keluarga kita. Dan kejadian tu... Ara terus buang impian tu jauh-jauh. Sampailah abang datang semula. Impian yang Ara yakin hanya tinggal impian mula dikumpul semula. Abang bantu jadikan impian seorang Tiara jadi kenyataan.”
Ghaz peluk perut isterinya yang mula membesar. “I knew that. Fina cakap dekat abang di restoren waktu abang tegur sayang dan Han. Actually waktu tu abang tak tuduh sayang pun. Abang kebetulan aje terserempak sayang dan Han sebab tengah bengang bila tahu sayang keluar dengan Han.”
“Abang jeles tau! Tu belum sempat hilang angin cemburu kita, dah terserempak pula sampai abang buat muka poyo ikut duduk sekali. Sayang pula salah faham.”
Ara tersengih-sengih dengar luahan suaminya. Dia pun sebab tengah serabut pasal Han boleh juga naik angin dan fikir bukan-bukan bila Ghaz tetiba muncul watu tu.
“Yang penting semua dah settle kan?”
Ghaz senyum mengangguk. “Jangan nak mimpi larikan diri dari abang lagi.”
Angguk. “Jangan nak cemburu buta.” Pesan Ara pula. Baran Ghaz ni boleh tahan juga.
“Jangan nak sembunyikan apa-apa lagi dengan abang.” Ghaz menambah selepas angguk. Suka pula sesi saling mengingati antara satu sama lain ni.
“Dan jangan nak baran lagi. Kawal sikit sebab kita dah nak ada baby ni. Its not good for our happiness...” tambah Ara membalas pesanan si suami.
“Insya-Allah. Dan jangan lupa saling pesan, tegur dan terima nasihat satu sama lagi untuk kebahagiaan kita.”
Kali ni Ara setuju sangat. Kalau kita sebagai peneman tidak saling mengingati dan menegur silap masing-masing. Semua ingatkan betul. Malah kena memberi dan menerima nasihat juga. Baru adil.



“Sayang nak tahu...”
“Yup?”
“Tak kisahlah Lee atau Han. Mereka yang rapat dengan sayang. Tapi abang yang kahwin dengan sayang. Mereka yang sibuk cintan cintun bagai nak rak. Tapi abang yang bakal jadi papa. Hebat tak suami sayang ni.”
Ara tertawa. Ghaz! Ghaz! Tak pernah nak berubah. Poyo aje lebih!
                                                           Tamat.


BLOG : Still the same old blog. Tapi nama url aje lain. 
FBGroup :  Dah buat baru. Yang lama hilang!!! Huwaa macam kena del je. ( klik link : NURFAZ)
FBPage : Kena spam!
Group and page banyak yang bukan friends FB. tak dapat nak add pergi group tu. sorry.
THANK YOU. SEBAB SUDI BACA (even cerita ni boring).
SORRY. LAMA KUT TAK UPDATE.
GREETINGS & SALAM ALAIK.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!