“Tidur sini malam ni?”
Tiara pandang tangan tua yang memegang lengannya. Mata kemudian beralilh pada
muka penuh berharap si ibu.
“Ara sibuk bu.”
“Esok kan cuti?”
Satu keluhan dihembus.
Serba salah nak mengelak. Nanti satu point lagi dosa menipu emak. Tapi untuk
tinggal di situ lagilah buat hati dia liang libu.
“Ibu tahukan...
Ghaz...” Tidak perlu cakap lebih-lebih. Ibunya tahu hubungan dia dan si Ghaz
bukan baik sangat.
“Tapi ibu rindu anak
ibu...”
Tiara mengeluh kecil.
Digengam tangan yang memegang lembut lengannya.
“Maaf...”
“Malam ni sahaja. Esok
Tiara nak balik rumah sewa pun tak apa... ”
Argh ni yang bikin dia
stress! Baru Tiara nak minta maaf sebab tidak dapat turutkan permintaan si ibu.
Ibu dah pangkah ayat dia. Kalau si Ghaz tu tidak balik Malaysia dengan senang
hati dia terima permintaan ibu kandungnya. Tapi masalah Yang Mulia Ghaz tu dah
balik buat selamanya. Adoi!
“Bolehlah. Dani, Nim,
Nil dan Hana semua ada. Ara je yang takde malam ni.” Sambung si ibu lagi.
Berharap sangat agar anak sulung perempuannya ni setuju untuk tinggal bersama
walaupun sekadar bermalam Lagi-lagi sejak Ghaz balik dua bulan lepas.
Tiara ketap bibir.
Argh! Rasa bersalah pula. Ibu ni pandai betul sentuh hati dia.
“Baiklah.” Jawabnya
perlahan.
Si ibu terus tersenyum
lebar. Suka anak-anaknya bakal berkumpul semula setelah sekian lama. Susah nak
pujuk Ara balik rumah.
Ketika berkumpul makan
malam sempena Ghaz balik dua bulan lepas pun Ara tiada. Alasan Ara ialah pergi
bercuti. Padahal entah berapa kali dia ingatkan pasal makan malam tu. Macamlah
dia tidak tahu si anak seorang ni mengelak dari Ghaz. Entah sampai bilalah nak
berbaik semula. Susah hati mereka suami isteri pasal anak-anak.
“Oh Kak Ara datang?”
tegur Dani yang sedang angkut barang dapur.
Ara pandang ke arah
pintu dapur. Satu senyuman dihadiahkan kepada Dani dan si kembar Nim dan Nil.
“Shopping?”
“Beli barang sikit
untuk malam ni. Dah lama tak berbeku? Kak Ara stay kan malam ni?” tanya Nim ramah.
Ara sekadar mengangguk.
Kalau dia geleng panjang lagi rayuan adik-adiknya agar dia bermalam. Lagipun
dia sudah setuju dengan ibu. “Hana mana?” tanya Ara pula bila sedar si bongsu
tidak bersama dengan yang lain.
“Tolong along apa tah
tadi.... Time kitorang keluar dia orang
masih dalam kereta lagi.” Nil pula bersuara sambil bantu ibu kemas barang yang
dibeli tadi. Ikut gaya macam dah mula sediakan bahan untuk berbeku malam ni.
“Oh! Hurm... Kak masuk bilik jap.” Sebab
along kesayangan kau orang semua tu dah ada. Malas Tiara nak bertembung dengan
Ghaz. Setelah beberapa tahun baru bersemuka semula. Pasti awkward kalau duduk setempat dengan lelaki tu.
“Nak mengelak dari
singalah tu.” Usik Dani disambut dengan sengihan yang lain. Faham sangat status
abang dan kakak mereka yang tidak pernah berbaik tu.
Ara sekadar buat tidak
tahu. “Ibu, Ara nak pergi solat jap. Nanti Ara turun bantu ibu.”
“Amboi alasan.” Gelak
Nim terkeluar mengusik kakaknya.
Ara jelir lidah. Macam
budak-budak. “Kalau singa tu masuk bilik atau keluar Whatsapp kakak.”
Makin galak si kembar
dan Dani ketawa. Kan betul tekaan mereka bertiga. Si ibu hanya mampu geleng
kepala. Boleh pula adik-adik ikut komplot Ara. Bukan nak membantu pulihkan
hubungan Ara dan Ghaz. Lagi kutuk along mereka tu.
Sampai ke ruang tamu
boleh pula bertembung dengan Hana dan Ghaz yang nak masuk dapur. Adoi!
“Kak Ara dah lama
sampai?” tanya Hana.
Tiara mengangguk.
Tangan diangkat bila Hana hendak salam.
“Kak naik atas dulu.” katanya
tanpa pedulikan mata tajam Ghaz memandangnya. Tiara sekadar buat tidak tahu dan
berlalu ke tangga.
“Telefon along tu Hana
letak mana?” suara Ghaz bergema satu ruang tamu. Menusuk masuk halwa telinga
Tiara tapi sekadar buat tidak tahu saja.
“Err... bilik along.”
Jawab Hana tersengih. Tertinggal gara-gara sibuk tengok gambar abangnya.
Ghaz geleng kepala.
Kepala adik yang beza beberapa tahun darinya itu diusap sebelum dia pusing
untuk naik. “Along nak mandi jap. Bagitahu yang lain get ready untuk jemaah. Papa pesan malam ni maghrib jemaah dulu
baru berbeku.”
“Okie dokie!” jawab
Hana riang ria macam tak cukup umur.
Sampai ke atas, kaki
Ghaz tidak jadi menghala ke pintu bilik. Gerangan Tiara yang termenung di
balkoni dipandang. Kaki menghala ke arah gadis itu. Lama tidak jumpa dengan
adiknya seorang ni. Dari dulu sampai sekarang memang akan cabut saja dari dia.
“Termenung...” tegur
Ghaz.
Bulat mata Tiara
memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dia terlangkah sikit menjarakkan
kedudukan mereka. Tadi sekadar pandang kosong sekelilling kawasan rumah.
Terkejut besar dia bila tiba-tiba saja Ghaz menegurnya.
“Hurmm...”
“How’s life?”
“Okay.”
“Okay je?”
Tiara tersenyum sinis.
Rasa lucu pula bila Ghaz tanya keadaannya. Padahal selama ni mana pernah ambil
peduli pasal dia.
“Okay je.” ajuk Tiara
lagi. Malas nak panjangkan cerita.
“Kenapa kau pindah
rumah?” tanya Ghaz lagi. Dia pun dah lama tidak balik Malaysia. Balik dua bulan
lepas baru tahu rupanya Tiara dah lama pindah rumah sewa. Sejak habis belajar
lagi. Dulu belajar tinggal asrama. Kira dah lamalah!
“Entahlah.” Acuh tidak
acuh Tiara menjawab. Perlukah dia bagitahu kerana lelaki itulah dia nekad habis
saja ijazah terus cari kerja untuk pindah rumah sewa.
“Sebab aku?”
Geleng. Tiara mengeluh
kecil. Diberanikan diri memandang Ghaz di sebelah. “Rumah tu dekat dengan ofis.
Senang sikit. Aku masuk bilik dulu.” Jawabnya sebelum berlalu pergi. Sejak tahu
Ghaz balik semula ke Malaysia. Tiara memang tawar hati nak balik rumah. Ni pun
sebab kenangkan ibu, kalau tak memang tiada hati nak datang.
Sebab aku. Sambung Ghaz
dalam hati sambil memandang si adik yang masuk ke dalam bilik. Dia keluh kecil.
Pandangan ditala ke hadapan. Entah macam mana dia nak betulkan keadaan mereka.
Gara-gara egonya, hubungan mereka tidak pernah pulih semula.
Ara duduk termenung
sendiri. Sejak kebelakangan ni banyak betul perkara menimpanya. Tidak
pasal-pasal hidup seorang Tiara jadi kucar-kacir. Malam sampai tidak dapat
tidur. Isomania sebab terlalu banyak berfikir.
Satu keluhan kecil
dihembus. Kepala yang berdenyut diurut perlahan. Tidak pernah-pernah dia buat
perangai macam ni. Ponteng sekolah! Nak pergi sekolah pun bukannya dapat fokus belajar. Hari ni
hari ketiga dia ponteng sekolah dan duduk termenung atas bukit ni sampai ke
petang. Badan direbah ke atas rumput. Tangan diletak atas dahi, bersedia untuk
tidur.
“Kenapa tidak pergi
sekolah?” Suara seseorang menganggunya yang baru saja hendak tidur. Dikelip
mata beberapa kali sebelum pandangannya jelas. Silau.
Tiara mendengus kecil.
Matanya ditutup rapat semula.
“Ara, aku tanya ni.”
“Mind your own business.”
Ghaz mendengus. “Masalah
sebab kes kau selalu lesap ni. Aku pun kena termpias sekali.” Semua tanya dia
mana Tiara menghilang dua tiga hari ni. Dia pun manalah tahu pasal Tiara. Duduk
serumah pun bukannya sekali ke sekolah tapi dia memang yakin sangat si Tiara
pergi sekolah. Cuma masalahnya kaki tu tidak sampai ke sekolah!
Ghaz duduk sebelah Tiara.
Tanpa tunggu lama dia ikut baring sebelah gadis itu. Tidak sampai beberapa
minit, Tiara bangkit duduk memandang Ghaz tajam. “Kau buat apa ni pergilah
sekolah!”
“Diamlah. Aku nak
tidur.”
“Ghaz!”
Ghaz buat tidak tahu.
Mata dipejam rapat. Wah patutlah Tiara sampai buat perangai tak nak pergi
sekolah. Best pula tidur bawah pokok
ni.
Tiara mendengus. Tapi
kali ni dia enggan mengalah. Bukan senang jumpa port ni. Boleh pula ada orang ikut sekaki. Kacau ketenangan dia
aje!
“Pergilah sekolah.
Tidak pasal-pasal nanti aku lagi yang kena.” Kena marah oleh ibu sebab kononnya
pengaruh si Ghaz ni buat benda tidak elok. Kena marah oleh cikgu-cikgu sekolah
sebab pengaruh ketua pengawas kesayangan semua ni ponteng sekolah. Cukuplah dia
disisihkan oleh rakan-rakan sekelas selepas mengetahui status dirinya.
“Ikut suka akulah nak
pergi ke tak. Lagipun memang aku nak pun kau kena marah.” Balas Ghaz ikut suka
hati dia saja. Iya dia memang tidak pernah rapat dengan Tiara. Lagi sejak
status mereka sebagai adik beradik tiri selepas sebulan arwah mamanya
meninggal. Dia jadi benci dengan mama dan Tiara yang tidak kenang budi arwah
mama!
Tiara mendengus kuat.
Beg sekolah ditarik untuk berdiri tinggalkan kawasan tersebut. Kalau Ghaz pun
tidak sukakan dia, dia lagi bencikan lelaki itu!
Sebab mulut Ghaz dia
disisihkan rakan.
Sebab lelaki itu tidak
pernah tahu kebenaran yang disembunyikan.
Sebab nak jaga hati
Ghaz, perhatian ibunya pun kini beralih kepada keluarga lelaki itu!
Malah sibuk fikirkan
diri tu mangsa keadaan.
Arggh! Serabut
betullah!
Tiara benci Ghaz yang
bencikan dia!
Tiba-tiba segala
monolog Tiara hilang apabila lengannya direntap kuat dari belakang. Tiara terpandang Ghaz yang tercunggap-cunggap.
“Kau dah gila ke? Nak
bunuh diri!” jerkah Ghaz kasar.
Saat itu barulah Tiara
tersedar. Dia cuba lintas jalan yang sesak. Satu keluhan kecil dihembus. Lengan
yang masih dipegangan Ghaz direntap.
“Thanks.” Jawabnya sepatah dan kemudian berjalan ikut deretan kedai
pula. Otaknya serius serabut. Kerja Tiara tidak lain hanya mengeluh dan
mengelamun.
Apa nak jadi dengan
diri?
Dulu walaupun orang pandang dia orang miskin, Tiara tidak
pernah kisah. Dia hidup macam orang biasa. Malah sibuk nak belajar agar
dapat kerja yang dapat dibanggakan.
Tapi sekarang... Semua
pandang serong dengannya.
Rakan sekelas.
Kawan-kawan team bola
tampar.
Guru-guru.
Sampai mak cik kantin
pun tahu kisahnya.
Tiara tidak minta semua
ni. Dia tidak minta takdir mereka beranak berubah sekelip mata macam ni. Tiara
mahu hidup macam biasa. Macam sebelum ni... tapi semuanya terlambat.
Apa guna pergi sekolah
kalau cikgu pun pandang serong dengan dia. Ada yang cukup baik pun buat tidak
tahu saja kisahnya. Buat perangai Itu-Hal-Tiara dan Kita-Tiada-Kena-mengena
dengan meraka.
Sedih betul hidup. Tapi
sebab dia tidak punya hak untuk luahkan semuanya. Tiara terpaksa telan pahit
benci orang padanya. Terutamanya Ghaz yang masih tidak dapat terima bahawa
hubungan mereka sudah berubah.
Pang!
Ingat lagi Tiara saat
pipinya ditampar oleh si abang tiri. Satu persatu wajah yang mengelilinginya
dipandang. Kemudian beralih pada Ghaz sambil memegang pipi yang pedih.
“Apa pula kali ni?”
tanya Tiara lemah. Sejak dua menjak ni banyak betul masalah timpa dirinya.
Sampai diri sendiri pun tidak terkira. Jadi lali dengan apa yang berlaku.
“Tidak cukup mak kau
tidak kenang budi? Sekarang kau pula nak jadi perampas?!” marah Ghaz depan
kawan yang lain.
Mata Tiara tertangkap
pada si cantik molek kacukan Belanda yang sedang menangis belakang Ghaz dan
yang lain.
Tiara hembus nafas
pelahan. Tahulah dia punca dia ditampar.
“Pasal Han?”
Senyap tiada berani
menjawab persoalan Tiara.
“Kau nak cakap aku
rampas Farhan dari Sha?” Tiara tersenyum sinis. Farhan dan Sha tu kawan setaraf
dengan Ghaz. Golongan orang berada lagi maha bijaksana!
“Habis tu? Ni apa?”
Video dari telefon bimbit warna pink milik Sha dihala.
“Ingat aku bodoh nak
dekat dengan golongan teragung macam kamu semua? Stupid questions! Suka hati kamulah nak fikir macam mana. Bodoh!
Lain kali siasat betul-betul sebelum fikir nak tampar orang!” jawab Tiara
kemudian berlalu tinggalkan kumpulan tersebut.
Argh! Bodoh! Baru saja
semalam kena tali pinggang dari ibu sebab Ghaz kantoikan dia ponteng sekolah
pada guru disiplin. Datang sekolah kena lagi tampar!
“Tiara!”
Makin kuat suara Ghaz
teriak panggil namanya. Tapi Tiara biasalah. Buat bodoh tu memang kepakarannya
sejak kebelakangan ni. Tiara tidak nafikan video itu salah. Tapi setakat gambar
rakaman dari jauh itu tidak kukuh untuk tuduh dia nak rampas Farhan tu dari
Sha.
Farhan pun satu. Waktu
ni jugak dia cuti sakit. Kalau bukan sebab yuran sekolah swasta ni mahal, Tiara
dengan rela hati nak pindah sekolah. Tapi nak cari duit bayar yuran sekolah
lain pun kena fikir masak-masak. Stress belajar di sekolah ni!
“Fail yang cik minta.”
“Thanks.” Ara cuba hela nafas. Neuralkan semula emosi yang bercelaru
seketika tadi. Termenung lagi dia kenangan pahit semasa sekolah menengah dulu.
“Cik okay?” tanya
pembantu Ara.
Satu anggukan Ara bagi.
Mata beralih pada pembantu yang masih enggan berganjak. “Kenapa?” tanya Ara
pelik. Selalunya selepas serahkan fail. Pembantunya pasti terus keluar sehingga
dia sendiri panggil selepas menelaah dokumen yang diberikan.
“Saya rasa ada baiknya
cik baca dulu.”
Dahi Ara berkerut. Tapi
dia turutkan saja permintaan pembantunya.
Mula baca nama projek,
wajah Ara mulai keruh. Bila baca nama yang tertera siap sepakej dengn kerutan
pada dahi bersama keluhan kecil.
“Siapa yang bagi
dokumen ni?” Amboi mentang-mentang dia tiba-tiba ambil cuti mengejut ketika
mesyuarat semalam. Suka hati balas dendam bagi dia projek ni. Cari pasal betul.
“Bos Lee.”
“Botak tu memang cari
pasal betullah!”
Pembantu Ara hanya
mampu tersengih saja. Kes orang atasan. Mana dia berani nak masuk campur.
“Dia ada di pejabat
sekarang?”
Angguk.
“Okay. Thank you. Saya nak pergi buat
perhintungan kejap dengan si botak tu.”
Tidak tahan tergelak
jugak pembantu si Ara dengan telatah bos-bosnya. “Saya minta diri dulu cik.”
Bos Lee tu pun satu. Sengaja cari pasal dengan bosnya. Macamlah tidak tahu
pantang larang Tiara!
Kaki dihayun laju tanpa
henti menuju bilik bosnya. “Si botak tu ada?” tanya Ara pada setiausaha Lee.
Angguk.
Tanpa tunggu lama. Ara
terus merempuh masuk. “Botak!!! Kau sengaja cari pasal dengan aku kan?
Dah tahu aku anti sangat klien seorang ni. Lagi kau nak bagi aku hadap muka
mamat tu!” bebel Ara ketika menuju ke meja Fadhlee.
Fail yang dibawa dari
tadi dihempas atas meja bosnya.
Lee yang tengah berbual
di telefon tersentak. Huish! Garangnya! Dia berdeham seketika.“Nanti i call you semula.” Tuturnya sebelum
meletak telefon.
“Suka hati I la. I
punya company. Dah! Balik pejabat you dan study projek tu baik-baik!” arah Lee
selamba.
“Dah buang tabiat ke
apa? Kau pun tahu aku payah betul nak hadap lelaki tu.”
Lee cuba tahan senyum
dengar runggutan Ara. “Dah tu? Dia nak you yang handle. Hadap ajelah. Lagi satu
anggap tu denda sebab ambil MC beli semalam.”
Mulut Ara ternganga!
Cis! Dah agak ni mesti kes balas dendam. “Semalam aku betul-betul sakitlah!”
“Sakit apanya kalau
malam tu dating dengan I okay je.
Sihat walafiat lagi. Tup-tup paginya ambil EL. Time meeting pulak tu!”
Ara ketap bibir. Yiee! Ada aje kalah dengan si botak ni!
“Argh! Aku tak peduli. Kalau kau nak jugak aku ambil projek tu! Aku
terus letak jawatan 24 jam.”
“Ugut bos nampak?!”
“Yes! Memang pun.”
“Ekeehhh. Minah ni! Buat malu depan tetamu I pulak main ugut bos
sendiri....”
“Arghh! Peduli apa aku
kau ada tetamu ke tak. Wait what?
tetamu?” Ara terus toleh tepi. Mukanya tetiba tukar merah. Arggh!! Malang tahap
apa agaknya ni?
Liur ditelan. Sambil
memandang Ghaz yang nyata terkejut dengan sikapnya tadi. Uwaa! Kenapa singa ni
ada di sini.
Sunyi seketika.
Ara pun tidak tahu nak
cakap apa lagi. Hanya pandangan saja masih membalas mata tajam Ghaz yang masih
jelas keliru dengan kelakuannya tadi.
“Ehem!” Kuat suara Lee
berdehem.
Ara yang baru tersedar
memalingkan wajahnya memandang Lee. Dada yang berdebar cuba dikawal. Liur
ditelan sedikit.
“Err.. Aku... Aku nak
balik bilik. Kita tak habis lagi. Meet me
after lunch!” katanya sebelum perlahan-lahan melangkah keluar dari pejabat
Lee. Hilang rasa geram pada Lee. Kini mula terpinga-pinga dengan kemunculan
Ghaz di syarikat tempat dia bekerja.
Tiara henyek
punggung pada kerusinya sebaik saja tiba di biliknya. Tangan yang
terketar-ketar dijeling seketika. Ya Allah! Takkanlah Lee pun kenalan Ghaz?
Punyalah cuba elak. Tapi benda berkaitan Ghaz juga melekat dengan dia.
“Kau kenal dia??” tanya
Lee.
“Huh?”
“Tiara tu. Kau kenal?
Nampak kau macam nampak hantu aje. Terus senyap.”
“Huh?! Aah. Eh tak.
Kenal.... satu sekolah dulu...”
Dahi Lee berkerut. “Maksud
kau sebelum dia pindah sekolah aku waktu form
5 dulu? Tak tahu pula dia bekas pelajar International
School.” Beriahu Lee. Sudah bertahun dia kenal Ghaz. Sejak kecil lagi. Tapi
tidak pernah tahu pula Ghaz dan Tiara satu sekolah.
“Dia pindah sekolah
berasrama penuh? Satu sekolah dengan kau?”
Perlahan-lahan Lee
mengangguk mengiyakan. Sekarang barulah Ghaz tahu ke mana Tiara menghilang dulu
dari rumah. Rupa-rupa pindah sekolah! Sejak Tiara pindah dulu, payah betul dia
nak bersemuka dari Tiara. Memang kaw-kaw Tiara mengelak dari dia.
“Bilik dia mana?”
“Huh?”
“Tiara dia kerja
sinikan? Bilik dia mana? Aku nak jumpa dia kejap.”
“Tingkat 3. Kau nak
buat apa dengan dia?” Ragu-ragu Lee dengan sikap kawannya. Tadi datang bukan
main kusut lagi. Sampai terpaksa dia tangguh temujanji tengahari ni semata-mata
nak layan Ghaz. Nampak Tiara terus semangat tahap super saiya la pulak.
Ghaz terus bangkit
untuk turun ke bawah. Kali ni dia memang perlu bersemuka dengan Tiara. Cukuplah
hampir 11 tahun mereka asyik nak mengelak dari bersemuka. Sampai bila nak terus
hidup begini?
“Lunch ni jadi keluar tak?” tanya Lee bila Ghaz mula melangkah dari
mejanya.
“Tak.”
“Pulak dah!”
Tadi kemain paksa dia lunch awal. Tahulah Lee punca kekusutan
Ghaz tu dari si Tiara tu. Pandai-pandailah Ghaz selesaikan. Nanti pasti kawan
baiknya tu ceritakan padanya juga.
“Tiara?” tanya Ghaz
pada gadis yang duduk depan pejabat yang tertera nama penuh Tiara.
“Tadi pergi ofis bos
Lee...”
“Dia dah keluar dari
ofis Lee. Ada datang semula?”
Geleng.
Seraya tu telefon si
gadis berbunyi. Nama Tiara yang diset sebagai ‘Bos Tiara’ tertera pada skrin.
Signal diberi agar Ghaz menanti sebentar.
“Hello bos.”
“I cuti half day. Ada emergency. Any appointment
batal dan suruh Lee call I.”
“Err... Noted. Bos nak
ke mana? Anything yang boleh saya
bantu?” tanya si gadis sambil mengerling sedikit pada Ghaz yang tidak lepas
memandangnya. Argh sudah! Gaya macam nak rampas aje telefon dia untuk bercakap
dengan bosnya.
“Nothing. Kalau ada apa-apa penting just text me.”
“Okay. By the way, Ada orang cari bos ni. Tengah berdiri depan meja
saya sekarang.” Akhirnya terluah juga pasal Ghaz yang tidak lepas dari
memandang telefonnya dari tadi. Serba salah kalau tak cakap macam kurang baik
juga sebab sah-sahlah lelaki tu nampak nama Tiara di skrin telefonnya tadi.
“Siapa?”
“Saya pun tak kenal. Sorry bos.” Terus terang ini kali
pertama dia nampak lelaki tu datang cari bosnya. Selama ni tidak pernah jugak
lelaki datang jumpa Tiara semata-mata hanya kerana perkara personal.
“Tiara?” tanya Ghaz
pada gadis tersebut.
Angguk. Ghaz hulur
tangan. Pinta telefon bertukar tangan. “Let
me talk to her.”
Walaupun was-was, gadis
tersebut tetap hulurkan telefonnya pada Ghaz. Takut pula tengok muka kacak Ghaz
yang serupa nak makan orang tu.
“Aku ni... Drive pergi rumah ibu. I wanna talk with you. Jangan nak
mengelak pula.”
“Err... Ghaz?”
“Ya. Balik rumah ibu...
Aku nak jumpa kau. Dengar tak?” arah Ghaz lagi.
“Aku ada hal ni. Kalau
ada benda penting cakap aje sekarang.”
“Aku tahu kau tipu. I know you since your born day. Jangan
nak megelak. Face to face Ara. Meet me
there atau aku pergi rumah sewa kau.” Ugut Ghaz. Kalau suruh cara baik pun
bukannya Ara tu nak dengar cakap dia. Ada saja menyinis!
Kuat suara Ara
mendengus dari corong telefon sebelum dia membalas. “We have nothing to talk about Ghaz.”
“Pasal few years back dear Ara. You know it very
well. Atau kau nak aku cakap dengan ibu dan papa pasal tu? ”
“Jangan libatkan mereka
Ghaz! Tak cukup ke kau buat aku macam orang bodoh selama ni?!!” marah Ara yang
mula angin dengan ugutan Ghaz. Berani betul dia ugut nak beritahu ibunya. Silap
hari bulan papa Ghaz suruh mereka kahwin pula!
“Jadi jangan melawan.
Balik rumah ibu sekarang.”
Ara tertawa sinis.
“Sejak bila pula kau mengaku perempuan tu ibu kau? Bukan selama ni kau hina dia
ke? Kau caci maki dia Ghaz.... ”
“Jangan nak tukar
topik. Jumpa aku sana... Now!”
pangkah Ghaz lalu mematikan talian. Argh! Ara saja buat dia rasa bersalah sebab
hina wanita sebaik ibu. Dulu zaman rebel memang dia benci gila ibu tirinya.
Sekarang dia memang sudah terima wanita itu sebagai sebahagian dari keluarga.
Ibu memang cukup jaga mereka adik beradik. Malah adik-adiknya cukup rapat
dengan ibu!
Cuma satu salah Ghaz.
Dia yang buat Ara keluar dari rumah tu. Kalau dia minta maaf dari awal tidaklah
hubungan dia dan Ara teruk sampai sekarang.
Nombor Ara sempat
dihafal sebelum dia serahkan semula telefon tadi. Harap-harap Ara dengarlah
cakap dia kali ni. Susah betul nak jumpa perempuan tu sekarang ni. Ada saja
helah nak mengelak dari dia.
Ghaz tersenyum bila
terlihat kereta Ara yang parkir di halaman rumah. Senyuman makin terukir sebaik
saja melihat Ara yang berbual dengan Hana.
“Hana buat air untuk
along dengan kakak.”
“Eh? Along pun cuti ke
hari ni? Apa dah jadi sampai dua-dua cuti serentak ni?” soal Hana pelik.
Tiba-tiba dua abang dan kakaknya datang hari ni. Sudahlah serentak, dua-dua
tidak pergi kerja pula tu.
“Buatkan kopi sejuk.
Sebab ada orang tengah panas sekarang ni. Along nak cakap sikit dengan kakak.”
“Serius? Sejak bila
gencatan senjata ni?/” tanya Hana teruja. Ni kena bagitahu abang dan kakak
kembarnya tu. Gosip panas ni! Bukan senang nak nampak abang dan kakak sulungnya
ni duduk semeja. Nak berbual pula tu.
“Go. Pergi buat air. Along haus ni.”
Hana akur. Bila
alongnya buat suara tegas macam tu. Tiada yang berani melawan.
“Ara...”
“Apa lagi kau nak
sebagai balasan aku kawan dengan Lee?” tanya Ara yang menjeling Ghaz tajam.
“Aku...” Ghaz menunduk.
Patah ayatnya bila Ara sindir macam tu. Tak sempat dia nak buka ayat
panjang-panjang. Okay dia tahu Ara memang tidak dapat maafkan dia sebab kes
dulu.
“Aku dah tiada apa-apa
nak berikan pada kau Ghaz...” tutur Ara perlahan. Hatinya mula sakit bila
fikirkan perkara itu semula.
“Maaf Ara. Kemaafan.
Itu yang aku perlukan dari kau. Aku minta maaf. Sebab dulu...”
Ara tersenyum sinis.
Mata memandang Ghaz yang duduk di kerusi sebelahnya. “Maaf? Atas apa? Kita dah
seri Ghaz. Kau lupa? Aku dah bayar semuanya...”
“Its hunt me Ara. Perkara tu. Aku menyesal sebab buat benda tu pada
kau....”
Ara kesat air mata yang
mula mengalir. “Aku tak nak ingat lagi benda tu!” tegasnya. Bertahun dia tahan
hati untuk kuat. Benda itulah yang menghantui dirinya. Kerana peristiwa itu,
hampir setiap malam Ara meraung ketakutan.
“Aku minta maaf...
Aku...”
“Kenapa kau perlu
balik? Kenapa kau tidak menetap saja sana? Kenapa kau mesti muncul lagi? Kau
tak tahu betapa seksanya hidup aku cuba lupaan perkara tu!” marah Ara
tiba-tiba. Senang saja Ghaz minta maaf macam tu. Bertahun dia pendam semuanya
sendiri.
“Sebab aku rindukan
kau...”
Ara tercenggang.
Terdiam dengan sebaris ayat Ghaz.
“Aku rindukan kau. Aku
cuba lupakan kau. Aku...”
“Stop it! Kau jangan nak merepek!
I’m off!” Ara terus berdiri. Dari terus dengar ayat Ghaz. Ada baiknya dia
keluar dari situ dari terus sakit hati.
“I think I love you Tiara...”
Langkah Ara terhenti.
Seraut wajah Ghaz dipandang. Sayu. Ikhlaskah lelaki itu atau sekadar meraih
maafnya. Lama pandangan mereka bertaut. Cuba untuk mendalami hati
masing-masing. Tanpa dipinta setitik dua air mata Ara mula menitis.
“Aku cintakan kau Ara.
Sebab tu aku balik. Aku nak tebus balik kesilapan aku. Aku tahu susah. Tapi aku
tidak akan beralah sebab aku tidak boleh lupakan kau. I love you so much...”
“Along...”
Pandangan mereka
beralih pada Hana yang tercenggang. Sampai mana Hana dengar tadi? Tanpa tunggu
lama, Ara terus berjalan keluar dari situ. Biarlah Ghaz seorang saja yang
hadap. Dia masih lagi terkejut dengan pengakuan eklusif Ghaz tadi.
Kau okay tak ni?
Aku minta maaf.
Baliklah ofis. I need you here.
Please... Please... Please... dah seminggu kut.
Ara mengeluh. Berpuluh Whatapps dari Lee yang tidak berbalas.
Memang mamat ni tidak putus asa selagi dia tidak masuk kerja. Baru cuti
seminggu!
Nombor Lee didail.
“Ara!”
“Aku tak mati lagilah.
Tak payahlah gembira macam tu aku telefon kau.”
Lee tertawa. Tapi dalam
hati geram juga dengan si kawan. Lepas seminggu baru nak telefon dia. “Kau tu
la. Tiba-tiba ambil leave. Sakit jiwa
aku.”
“Banyaklah sakit jiwa.
Hari-hari aku tengok status kau dekat Facebook keluar dating.”
Sekali lagi Lee sambung
tawanya. Kantoilah pulak. “Tu pengubat jiwa sebab sakit kau tak datang kerja.
Berlambak kerja ni. Saja nak seksa aku.”
“Nanti aku datanglah.
Baru cuti seminggu kut. Cuti aku banyak.”
“Kalau kau nak cuti
lama-lama lain kali la eh! Sekarang kerja dekat ofis tu mengunung. Baik kau
datang.” Bebel Lee. Mentang-mentanglah kawan. Suka hati dia ambil short notice leave.
“Nantilah esok lusa aku
masuk ofis. Lepas tu aku ambil OT pagi petang siang malam untuk kau.”
“Awwh! So sweet. Tidak datang. Siap!”
“Lee...”
“Oi.”
“Err...”
“Ada... Dia ada cari
kau. Apa masalah kau dengan Ghaz ni. Hari-hari dia tanya aku kau dekat mana?!
Tension tahu tak.” Tahu sangat Lee soalan yang payah sangat nak keluar dari
mulut kawannya tu.
“Kau cakap aku aku dah
letak jawatan.”
“Gila! Tidak pasal satu
kerja lagi kalau dia nampak kau di ofis.”
Ara mengeluh.
“Apa masalah kau orang
ni?”
“Kau free tak? Dating jom?” pangkah Ara sebelum Lee mula buka sesi soal jawab.
“Aku kerjalah....”
“Jomlah. Bukan selalu.
Dah seminggu aku berkurung dalam rumah ni. Please...”
Lee ketap bibir. Saja
je budak seorang ni!
“Pavillion. 12pm.
Jangan lambat!
“Alaa.... lagi sejam mana sempat! Tak mandi lagi ni.”
“Ya Allah. Dah tengah
hari kut. Pergi mandi cepat!”
“12.30. okay. Bye!” Ara tergelak kecil sebelum matikan telefon. Berani nak ugut
dia. Tak nak datang kerja nanti baru tahu istilah merana.
“Movie apa?”
Ara angkat bahu. Mata
keduanya serentak memandang senarai wayang yang sedang berlansung. Lama tak
tengok wayang. Dia pun tidak tahu cerita yang tengah hit sekarang.
“Pilihlah. Mana-mana
aje.” Tawar Lee. Dia pun tidak tahu nak tengok cerita apa. Ikut sukat Ara la.
“Alaa... aku tak tahu
nak pilih mana.”
“Cerita hantu la.
Untung-untung ada orang peluk aku.” Cadang Lee sambil tersengih.
Ara menjeling tajam.
“Gatal.” Kalau lelaki tu. Lelaki jugaklah! Tengah pilih wayang pun sempat buat
wayang.
“Tadi suruh aku pilih.
Dah pilih cop orang gatal pula.” keluh Lee kononnya tidak puas hati. Ala pilih
ajelah yang mana satu. Dia layankan aje cerita mana Ara nak tengok. Lee bukannya
cerewet pilih wayang yang nak tengok. Semua dia sapu rata. Cerita melayu,
hindustan, hatta cerita kartun pun dia layan masuk panggung!
“Ara...”
Serentak Lee dan Ara
pandang sisi. Wajah Ara terus kelat. What
a day?!
“Ara, kan?” tanya gadis
itu lagi.
“Kau kenal Ara?” tanya
Lee pada gadis yang menegur mereka.
Sempat Ara menangkap
senyuman sinis si gadis selepas mendengar soalan Lee. Apa pula ni? Lee pun
kenal dia ke? Masalah betullah!
“Ara. Am i right? Gosh! Dah berapa tahun tak
jumpa you. Tak sangka...” Sinis ayat yang terkeluar dari bibir merah menyala
tu.
Ara hela nafas
perlahan. Argh sudah! Bala datang.
“Hai Sha...” tegur Ara.
Sha tersenyum sinis.
Ara dan Lee dipandang beberapa kali. “Tak sangka kau buat lagi kerja macam ni?
Dulu boyfriend orang... sekarang
tunang orang pun kau sapu. Boleh tahan!”
“Apa maksud kau ni
Sha?” tanya Lee kebingungan.
Sha pandang Lee. “Kau
ingat adik tiri Ghaz yang Han tergila-gilakan tu? Ni lah budak sial tu.”
Riak wajah Lee berubah.
Pandangannya terus beralih pada Ara. Dia tahu kisah Han dan Ghaz yang sampai
bertumbuk sebab Han asyik pertahankan adik tiri Ghaz. Tapi tak tahu pula adik
tiri Ghaz tu sebenarnya Ara.
“Watch your mouth Sha. Aku dan Han tiada kena mengena langsung.”
Sha tertawa. “Tiada
kena mengena? Sebab kau Han dan Ghaz bergaduh. Sebab kau aku dan Han berpisah.
Itu kau kata tiada kena mengena dengan kau? Gara-gara kau hubungan kami semua
retak. Sekarang dah jumpa mangsa baru? Hati-hati Lee. Cukup Han aje dia goda.
Jangan sampai kau pun tertipu.”
“Sudahlah tu Sha.”
Tegur Lee. Dia malas nak masuk campur hal Han, Ghaz dan Sha pada Ara. Dia kenal
Ara tanpa mengetahui kisah kawan-kawannya dengan Ara. Lee tidak suka dengan Ara
diperkecilkan oleh Sha.
“Dah habis cakap?”
tanya Ara selamba.
“Yes. Sekarang kau tahukan kenapa aku tak nak jumpa Ghaz. Sebab
makhluk-makhluk macam nilah. Memang aku punca hubungan duli-duli yang mulia
retak. Sekarang its up to you untuk
percaya atau tak. Sekian. I’m off.”
Sha tersenyum sinis
mendengar pengakuan Ara. Puas hati dia. “Goods.
Just get off from us. Kau tak
layak langsung nak dekat dengan kami. Dan jangan berangan nak kacau Lee pula!”
“So what?! Apa masalah kau perempuan?! Kau yang tak payah nak kacau
hubungan Lee dan Ara. Tengok kudis kaki kau tu dulu sebelum selak kaki orang!
Penyibuk!”
“Liana...” Terkejut Ara
dan Lee kemunculan gadis itu tiba-tiba. Ganas betul sampai berani tolak bahu
Sha. Mengamuk sungguh Liana pada Sha.
“You tak tahu lagi
siapa perempuan ni. Jangan sampai tunang you kena kebas Liana. Perempuan
pelacur ni sama aje dengan ibu dia! Suka goda lelaki kaya.”
Pang!
“Jaga mulut kau sebelum
aku tampar lagi sebelah. Back off!”
Marah Liana. Dia tidak suka betul dengan Sha yang berlagak ni. Mulut cabul
betul!
Sha pegang pipi yang
pedih. “You! Berani kau tampar aku?”
“Yes I am. Dah mulut kau busuk sangat! Now get off my sight.”
“Huh! You’ll regret it Liana. Bila perempuan
ni rampas Lee dari kau baru putih mata.”
“Aku tak hairanlah!
Sekarang aku syukur sangat si Han tu tinggalkan kau awal-awal.
Sekurang-kurangnya ada kesedaran sikit. Muka aje lawa tapi hati busuk!” marah
Liana.
Sha hentak kaki. Dengan
dengusan kasar dia angkat kaki sebelum Liana hadiahkan dia satu lagi tamparan.
Tidak apa! Dia bagitahu Ghaz. Biar lelaki tu ajar sikit Ara baru puas hati dia.
“Wah! Sayang. Garang. I like!” puji Lee selepas Sha tinggalkan
mereka bertiga.
“Dah you senyap. Biar I
aje bahan singa betina tu.” Cebik Liana. Dia dari dulu lagi tidak suka sindrom
golongan anak orang kaya yang melekat pada Ghaz, Liana dan Han tu. Mujurlah si
Han tu dapat hidayah awal dari dua orang tu lagi. Walaupun tidak kenal rapat
dengan kawan baik tunangnya tu. Liana memang cukup sarat dengan perangai anak
kenalan mama dan papanya tu.
“Kita nak tengok wayang
apa? Dah beli tiket?” sambung gadis itu lagi.
Ara mengeluh kecil.
“Aku nak balik.” Mood dia nak tengok wayang dengan Lee dan Liana pun dah punah
oleh Sha tadi.
“Dah jangan nak buat
wayang pula sini. Cukuplah singa tadi tu buat drama swasta sini. Kita datang
nak tengok wayang bukan buat wayang.” Bebel Lee. Rosak mood la Ara ni. Tadi
kemain semangat nak ajak dia dan Liana tengok wayang. Sekarang boleh pula dia
tak nak tengok pulak dah.
“Tapi...” Haih! Ara
memang tiada hati nak tengok wayang sekarang ni.
“Tak payahlah nak layan
sangat mood tu. Kami dah korban kerja setengah hari tau nak enjoy dengan kau. Dari pada kau layan
mood yang spoil gara-gara si Sha tu. Baik lagi kau buat donno.”
“Kau tak takut amaran
Sha tadi?” tanya Ara ragu-ragu. Dia sebenarnya takut. Takut hilang kawan kerana
luahan tidak puas hati Sha tadi.
Liana tergelak kecil.
“Sejak bila kau ambil port pasal
orang cakap tentang kau ni? Alaa Ara releks sudahlah. Itu hal kau dengan
mereka. Bukan kami berdua. Yang aku tahu. Tanpa kau, kami berdua tidak mungkin
bersama. Banyak kau tolong satukan aku dan Lee...”
“Betul tu Sha. Memang
Ghaz, Sha dan Han tu kawan aku. Tapi kau pun kawan aku juga. Hal kau dengan
mereka tiada kaitan dengan aku. Lagipun betullah kata Liana. Tanpa kau sampai
sekarang aku tidak dapat awek tomboi ni jadi tunang aku.” Kata Lee yang sempat
lagi kutuk tunangnya. Dia dan Liana banyak terhutang budi pada Ara.
Apa yang berlaku antara
Ara dan kawannya yang lain biarlah berlaku tanpa pembabitannya. Dua belah pihak
kawan, Lee lebih suka tidak ambil port dalam perseketaan kawan-kawannnya.
Air mata Ara mula
menitik membasahi pipi. Terharu. Tubuh Liana dipeluk erat.
“Thanks sebab percayakan aku...”
Liana tersenyum kecil.
“Emo pula dia... No hal la Ara. Kau
kan bestfriend aku. Mestilah aku
percayakan kau... daripada kau layan perasaan. Baik lagi kau enjoy hari ni sebelum Lee kerah tenaga
kau masuk ofis nanti.”
Lee jengil mata pada
kekasih hatinya. Tapi Liana mana takut. Lagi dia jelir lidah pada Lee. Sempat
lagi kutuk dia depan-depan. Mentang-mentanglah dia sibuk mengeluh kerja banyak
minggu ni sebab cuti Ara secara tiba-tiba tu.
Ghaz termenung lagi.
Ara...
Entah ke mana Ara
sekarang ni. Puas dia cari. Sampai ke pejabat. Lee kata Ara ambil cuti
mendadak. Nak lari dari dialah tu.
Tadi Sha telefon dia.
Marah sungguh Sha pada Ara. Banyak cerita dari Sha pasal Ara tapi Ghaz hanya
senyap mendengar. Bila tengok situasi Sha, rasa diri ni teruk sangat layan Ara.
Baru sedar diri. Dia dulu pun macam Sha. Kuat melenting, sikit-sikit salahkan
Ara. Padahal Ara tiada kaitan pun pada semua yang berlaku ni.
Satu keluhan kecil
dihembus. Ibu kahwin dengan papa, dia lepas geram pada Ara. Padahal dia sendiri
sedar Ara memang tidak mahu perkahwinan antara ibunya dan papa Ghaz. Tapi Ghaz
saja butakan mata. Salah ibu, salahlah juga Ara.
Kes Han pula, lepas
berapa bulan baru dia menyesal. Bukan salah Ara kalau hati Han sangkut pada Ara.
Lagipun hubungan Han dan Sha memang tengah angin taufan waktu tu. Tinggal
tunggu nak tengelam aje. Sha tu aje tak nak terima hakikat Han sememangnya
sudah lama tawar hati dengan perangai kuat mendesak Sha.
Tapi sebab kawan dan
marahnya pada ibu Ara. Gadis tu jadi mangsanya. Sekarang hadaplah rasa bersalah
tu seumur hidup. Lagi sepakej dengan perasaan cinta yang tiba-tiba hadir dalam
hidupnya. Pada orang yang sama pula tu.
Bodoh betul! Dah buat
macam-macam pada Ara. Sekarang baru nakkan gadis tu lagi. Ingat Ara boleh
lupakan perbuatannya macam tu aje? Memang taklah!
Ghaz turun ke bawah.
Minum air. Haus pula tekak lepas termenung panjang fikirkan macam mana nak
pujuk hati Ara.
“Mia rindu Ara...”
“Maafkan abang...”
Kaki Ghaz terhenti
depan pintu dapur. Tidak jadi dia nak masuk dapur bila terdengar tangisan ibu.
Bau rumah pun harum semerbak hasil kek ibu. Mesti ibu tengah buat kek ni.
“Dah lama Ara tak makan
kek Mia. Dulu setiap kali hari jadi Ara. Dia mesti nak Mia buatkan kek untuk
dia.” Luah ibu lagi.
Ghaz nampak dari celah
pintu papanya sedang peluk ibu dari belakang. Memujuk ibu yang sedang menangis
sambil hias kek di atas meja.
“Ulang perkahwinan kita
sama dengan hari jadi dia. Sebab tu Ara tak nak sambut. Maafkan abang. Kalau
bukan sebab amanah...”
Ibu geleng kepala.
“Maafkan Mia. Mia tak patut buat abang rasa bersalah. Mia yang sanggup terima
amanah arwah. Ara tahu pasal tu. Dia yang tak nak terima hakikat. Mia cuma...
Mia cuma rindukan Ara yang dulu.”
Dulu Ara manja
dengannya. Walaupun hidup mereka susah. Dia selalu nampak Ara gembira dan puas
hati dengan kehidupan mereka. Ara tidak pernah minta lebih-lebih. Cukup hanya
ada mereka berdua.
Kaki Ghaz melangkah
sendikit agar lebih dekat. Tadi dia dengan ibu dan papa sebut pasal amanah
arwah. Dan Ara tahu pasal tu? Kenapa dia tidak tahu apa-apa?
“Tapi sebab amanah
arwah. Mia hilang kasih sayang Ara. Demi kami anak beranak. Mia sanggup
pekakkan telinga diumpat orang sekeliling. Malah Mia jaga anak-anak abang
sebaik mungkin. Abang pun sedih bila Ara ambil keputusan untuk jauh dari
kita...” luah papa Ghaz. Dia bukan tidak tahu punca Ara rebel dulu. Anaknya si
Ghaz pun macam tu. Dia tahu Ara sendiri tidak mahukan perkahwinan itu terjadi.
Tapi kerana amanah dan wasiat arwah isterinya. Ara akur walaupun tidak inginkan
perkara itu terjadi.
“Arwah baik dengan Mia
dan Ara. Mia sanggup bekorban untuk arwah. Mia Cuma harapkan Ara dapat terima
kita semua dan berbaik dengan Ghaz. Dia tahu kita buat semua ni untuk Ghaz dan
adik-adik. Kenapa Ara tidak boleh terima? Ghaz sendiri dah boleh terima semua
ni terjadi.”
“Syyshh... janganlah sedih. Abang tidak akan berhenti berdoa agar
Ara dapat terima keluarga ni macam Ghaz... Abang serba salah. Kerana keluarga
abang. Ara semakin jauh dengan ibu kandung sendiri.”
“Mia harap Ara datang
majlis esok.”
“Insya-Allah. Dani
bagitahu abang dia akan buat sebaik mungkin untuk pujuk Ara datang.”
“Harap-harap. Abang
sendiri tahu Ara tidak pernah datang majlis ulang tahun perkahwinan kita.”
Keluh Mia lagi. Selama bertahun dia berkahwin dengan suami keduanya. Ara tidak
pernah sekali pun datang setiap kali jamuan ataupun makan keluarga sempena
perkahwinan mereka. Secara tidak langsung Ara tidak pernah lagi sambut hari
jadinya bersama keluarga barunya.
“Kita doakan yang
terbaik. Doa seorang ibu sangat mujarab. Mia jangan risau sangat. Nanti
kesihatan terjejas.”
Dan waktu tu Ghaz rasa
macam nak hantuk kepala ke dinding. Rasanya dia mula faham maksud amanah dari
arwah mamanya. Sekarang ni Ghaz pasti Ara dah mula terima keluarga ni seperti
dia. Tapi yang Ara tidak boleh terima ialah Ghaz!
Sekarang Ghaz tidak
tahu nak mula dari mana. Salah dia!
“Ibu...” panggil Ghaz.
“Ya?”
“Err...” Ghaz mati
kata. Dari tadi dia nampak ibu Mia tertoleh-toleh ke pintu pagar.
“Ibu tunggu Ara.”
Ibu senyum sedikit.
“Tak adalah. Lagipun Ara kata dia outstation minggu ni. Ada kerja katanya.”
Tipu. Apa pula
outstation. Dia dah kaji selidik dengan Lee. Mamat tu cakap Ara masih cuti.
“Ibu...” panggil Ghaz
lagi.
“Ya nak?”
Tersentuh hati Ghaz
dengar suara lunak ibu Mia. Ya Allah! Dia banyak buat salah dengan ibu tirinya
ni. Tapi wanita ini selalu saja sabar karenahnya. Agaknya kalau ibu tahu apa
yang dia buat pada Ara. Ibu masih sudikah layan dia sebaik ini?
“Ghaz nak minta maaf.”
Pandangan lembut ibu
Mia ditala tepat wajah Ghaz. “Ghaz tiada salah pun dengan ibu... Apa pula nak
minta maaf ni?” tutur ibu yang tersenyum kecil.
“Ghaz... Ghaz dah
banyak susahkan ibu.”
“Ibu tak pernah pun
rasa susah. Alhamdulillah. Ghaz memang anak yang baik.” Tutur suara lembut ibu.
Lepas tu Ghaz rasa
macam nak tampar diri sendiri. Menyesal tak sudah. Tipulah dia tidak pernah
susahkan ibu. Memang dia tidak tunjuk secara terang benderang macam Ara tapi
dia tidak pernah pedulikan ibu tirinya. Ghaz lebih suka pencilkan diri dulu.
Lagi parah dia pernah tidak hadap masakan wanita itu. Sanggup makan luar sampai
papa pun perasan.
“Ibu... Ara... dia
sebenarnya...”
“Assalamualaikum.”
“Eh! Waalaikumsalam...”
Ghaz pandang Ara yang
beri salam. Terbantut ayat dia tadi. Matanya memandang Ara yang menapak masuk
ke dalam kawasan rumah. Pandangan mereka bertembung seketika sebelum Ara tunduk
salam tangan ibu.
“Ara kata outstation. Sempat balik.”
“Baru aje sampai bu.
Alang-alang teruslah datang sini.” Tipu Ara. Mana ada khursus. Khursus atas
katil terbongkang adalah.
Sorry
bu. Raya nanti Ara minta maaf.
“Ara mesti penat.
Masuklah. Makan. Ibu sediakan makanan Ara ya...”
“Err... tak perlulah bu. Ara dah kenyang. ” Tipu lagi. Dia lapar.
Tapi awal lagi dah hadap muka Ghaz. Selera makan terus ke laut.
“Kalau macam tu. Ara
rehat dulu. Ibu sediakan minuman. Ara nak minum apa?” tanya ibunya lagi. Serba
salah Ara nak tolak lagi. Jelas terpancar riak gembira di wajah ibunya.
“Apa-apa ajelah.”
“Kalau tak nak makan.
Ara duduk aje rehat. Ara datang ni pun dah syukur alhamdulillah. Baru balik ni
mesti penat. Ibu pergi ambil air untuk Ara dulu.”
Ara angguk. Argh! Maaf
bu. Ara memang tak nak datang pun malam ni. Tapi sebab mesej ugutan Ghaz. Dia
gagahkan juga diri untuk menapak tunjuk muka.
Mamat ni kalau tidak
ugut dia memang tak sah.
“Thanks sebab datang.” Suara Ghaz akhirnya terkeluar selepas ibu
menjauhi mereka berdua.
“Puas hati?”
Ghaz tersenyum. Angguk.
“Puas sangat. Dapat
ubat rindu.”
Ara mencebik. Tapi hati
rasa sesuatu dengar suara Ghaz. Kedengaran terlalu ikhlas dan sangat bukan Ghaz
yang dia kenal.
“Sorry. Didnt mean any to
blackmail you. Aku sebenarnya kesiankan ibu. Ibu rindu sangat dekat kau.”
Dan aku juga... Tapi tak sangguplah nak sambung ayat belakang tu. Mahunya Ara
terus balik rumah serta merta.
“Whatever.”
Ara pandang tepi. Malas
dia nak tengok muka Ghaz. Tidak reti nak pergi dari situ pula mamat ni. Ara nak
menjauh tapi dia tidak tahu nak menapak ke mana lagi. Ramai tetamu malam ni.
Dia haram seorang pun tak kenal. Batang hidung adik-adik yang lain pun langsung
tak nampak.
“Ara...” panggil Ghaz.
“Look at me.”
Sambung lelaki itu bila Ara langsung tidak toleh.
Saat Ara toleh. Ghaz
dekatkan bibirnya ke telinga gadis itu. “I
miss you and i love you.”
Jantung Ara macam nak
terhenti mendengar luahan romantis Ghaz. Lelaki itu sudah kembali pada posisi
asal. Anak mata mereka bertembung. Jantung masih lagi rancak berdebar... tidak
keruan mendengar suara Ghaz tadi.
Pap! Lampu kawasan
mereka tiba-tiba tertutup.
Lampu spotlight dihala ke arah mereka
berdua. Serentak Ghaz dan Ara pandang
lampu yang terang menghala pada mereka.
“Happy birthday to you.
Happy birthday to you. Happy birthday to Tiara... Happy birthday to you...”
Nyanyi adik beradiknya bersama ibu dan papa Ghaz diikuti oleh tetamu yang
hadir.. Ara terdiam. Dipandang ibu yang memegang kek hari jadi untuknya.
Selamat ulang tahun Tiara.
Baca Ara pada hiasan
kek. Air mata setitik dua menitis. Walaupun simple tapi Ara tahu itu kek yang
ibunya buat sendiri untuknya.
Ara tahu pasti ibu
sendiri yang buatkan kek tersebut untuknya.
“Tiuplah kak. Ibu buat
khas untuk kakak tau. Jeles Hanim tau.” Luah Hanim yang disambut dengan angguk
kembarnya.
Ara tersenyum kecil.
Lilin yang terpacak ditiup perlahan.
“Papa doakan kakak
panjang umur dan murah rezeki.” Ucap papa Ghaz.
“Thank you.” Ucap Ara tersenyum kecil. Dia tidak rapat dengan papa
Ghaz. Dan selama ni pun dia tidak pernah bahasakan papa Ghaz sebagai papa.
“Dani harap kakak cepat
jumpa jodoh. Bahaya ni kak. Tiga dara ni gatal sangat nak kahwin. Nanti langkah
bendul.” Usik Dani. Antara ramai-ramai adik tirinya. Ara paling rapat dengan
Dani. Sebelum ada Nil dan Nim, memang dia banyak luangkan masa menjaga Dani
sebelum arwah mama mereka meninggal dunia.
Ara hanya tergelak
kecil. Lagi-lagi bila muncung Hana dan si kembar Nil dan Nim mula memanjang
diusik oleh abang mereka.
“This is for you. Dari kami bertiga. Kami masih budak baru belajar.
Dapat bagi hadiah bajet aje.” Tutur si bongsu Hana sambil menyerahkan patung
beruang yang besar untuk Ara.
“Thanks dear.”
Ni ikhlas dari mama dan
papa. Harap Ara suka.” Papa Ghaz berikan sebuah kotak empat segi leper yang
berbalut untuk Ara. Set barang kemas.
“Terima kasih.”
“Err... Dani punya KIV dulu tau. Dani ingatkan kakak tak jadi datang
malam ni.” Beritahu Dani. Puas dia pujuk Ara datang. Banyak alasan dari
kakaknya kata tak nak datang malam ni. Dia pun tidaklah ambil hadiah kakaknya
yang diorder sempena hadiah hari jadi Ara.
“Its okay. Kak tak kisah.”
“Along? Along sediakan
apa untuk kakak?” tanya Hana tersenyum-senyum.
Okay... dari senyuman
tu. Ara dapat pastikan Hana mesti sudah pun mengetahui sesuatu.
Ghaz hanya tersenyum.
Pandangannya membalas pandangan Ara yang jatuh ke mukanya selepas mendengar
soalan Hana.
“Along dah bagi.”
Beritahu Ghaz selamba.
“Apa? Mesti mahal.”
“Rahsia. And yup. The one and only. ” suaranya
lagi. Selamba.
“Okay la. Kalau along
tak nak beritahu. Kita ni macam lupa masih ada tetamu. Papa dan ibu nak pergi
layan dulu. Ara tidur sini malam ni ya...” pelawa Papa Ghaz.
Ara senyum kelat. Nak
geleng tapi nampak sangat ibunya memandangnya dengan penuh harapan agar dia
tidur situ. Haih! Ini yang lemah ni.
“Baiklah.
“Ara...” panggil Ghaz
sebaik saja yang lain bersurai tinggalkan mereka berdua.
“Happy birthday sayang. I love you. I gave you my heart. Jaga
baik-baik sayang...”
Ara terkedu.
Ghaz yang terus
tinggalkan dia selepas mengungkap kata-kata tadi dipandang. Tangan naik ke
dada.
Kuat debaran.
Oh hati! Jangan
main-main.
Dan itu kali terakhir
dia nampak wajah Ara di rumah tersebut.
Bertahun. Bertahun dia
menahan rasa bersalah. Nak tanya ibu tapi hubungan dia dan ibu tirinya tidaklah
baik sangat waktu tu. Yang dia tahu Ara pindah sekolah berasrama penuh. Itu
saja. Tapi setiap kali cuti sekolah dia tidak pernah nampak wajah Ara di rumah
itu. Entah ke mana tapi dia juga berani tanya.
“Kau ni tak kerja ke?
Hari-hari menapak di pejabat aku. Rimas aku tengok.”
Ghaz buat selamba.
Skrin telefon yang tertera gambar Ara ditenung. Rindunya.
“Angau!” perli Lee. Geli
pula dia tengok Ghaz yang tersenyum-senyum pandang telefon. Dia yang bercinta
pun tidaklah sampai macam tu.
“Ghaz!” panggil Lee
lagi. Dia nak buat kerja pun tidak tenang.
Ghaz tegak badan. Jam
ditangan dipandang. “Kau ni prihatin la sikit. Lama betul tempoh kerja. Lain
kali bagilah waktu rehat lebih untuk staff.”
Lee terlopong. Adakah
patut cakap macam tu. Dia dah cukup baik bagi sejam setengah masa rehat.
Selalunya orang rehat sejam sahaja. Dia aje bagi sejam setengah waktu rehat
pejabat.
“Kau nak ke mana pula
tu?”
“Ofis Ara. Jemput dia
makan. Aku lapar.”
Lee ternganga lagi.
Siot! Mamat ni buat Ara macam staff sendiri pula.
“Sudah-sudahlah tu.
Stress budak tu sebab kau. Lagi satu. Ofis aku ni syarikat kontraktor. Bukan
kedai bunga.” Penuh pejabat Ara dengan bunga hadiah dari Ghaz. Mamat ni dah
jadi dermawan bunga ros pula.
“Aku tahulah.”
“Then? Jangan buat-buat tidak faham pula.”
“Pikat dia. Tolong aku
pikat hati dia.”
“Gila. Nak ke lagi dia
dekat lepas lepas apa yang terjadi?” tanya Lee. Dia sudah tahu sejarah
Ghaz-Ara. Ghaz sendiri buka cerita. Mula-mula marah juga tapi Lee tidak mahulah
babitkan diri dalam kes dua-dua kawannya ni.
Semangat Ghaz jatuh
merundum seketika. Lee ni memanglah! Bab-bab jatuhkan semangat dia yang tengah
berkobar tu memang pakar sangat.
“Sebab itulah. Tolong
aku pikat hati Ara. Aku yakin dia ada perasaan tu. Cuma sejarah lama kami yang
jadi penghalang dia.”
“Perasaan apa?” tanya
Lee pelik. Sejak jatuh cinta ni. Ayat Ghaz selalu saja berbunga-bunga. Pening
dia.
“Cinta Lee... Perasaan
cinta.”
Han!
Kenapa Ara jumpa mamat
tu?
Argh!
Ara ni saja aje uji hati dia.
Tengah sesi
pikat-hati-Ara, boleh pula awek tu buat sesi lari-dari-Ghaz. Lepas tu boleh
pula keluar dengan Han. Ghaz cemburu!
Si Lee pun bagi info
sekerat-sekerat. Setakat beritahu Ara naik kereta Han waktu rehat tadi mana
cukup. Cubalah beri maklumat lengkap.
Pergi mana?
Buat apa?
Berdua ke atau ramai
orang?
Heh! Sakit pula jiwa
Ghaz. Mood kerja jangan cakaplah. Memang ke laut!
Nombor Ara didail.
Jelas dia tidak puas hati selagi Ara tidak angkat panggilannya.
“Helo.”
“Dekat mana?” tanya Ghaz
sebaik saja Ara angkat.
“Jumpa klien. Why?”
Heck?! Sejak bila pula
si Han tu jadi klien Ara? Ni saja mengundang curiousity melampau. “Hurmm... sampai jam berapa? Jumpa lepas
tu jum.”
“Err... Aku ada hal lepas tu.. err...
lain kalilah.”
Gagap. Okay menipulah
tu. Teka Ghaz. Ni yang sikit lagi naik angin. Ara ni. Hish! Keluar dengan dia
payah. Si Han tu boleh pula dia suka hati ikut keluar.
“Penting.”
“Apa lagi penting dari
benda-benda merapuh kau tu? One thing.
Stop hantar barang-barang tu ke ofis.
Aku dah penat buat amal jariah bunga dan coklat setiap hati.”
Dush! Sekali kena
sembur oleh Ara. Wrong timing pulak!
Ghaz garu kepala. “Okay. Dengan syarat keluar dengan aku malam ni.”
“Busy. Bye.”
Tut. Tut. Tut.
Ghaz pandang skrin
telefonnya.
Dia off ?! Dia off ?!
Sebab terlampau
berangin satu badan. Ghaz ambil keputusan jalan-jalan. Duduk di rumah tambah
sakit hati aje ingatkan panggilannya yang dimatikan oleh Ara secara tiba-tiba
tadi.
Dari satu kedai ke satu
kedai. Tadi ajak juga Lee keluar. Belum sempat masuk ‘pantun’ dah kena reject. Sibuk nak dating dengan tunang tomboinya tu. Dengan Liana tu malaslah dia nak
rebut si Lee walaupun hati tengah perlukan nasihat si kawan untuk rawat hatinya
ni. Si Liana tu terang-terang dari dulu tidak sukakan dia. Sekarang baru tahu
Liana dan Ara kawan baik. Hah! Ngam sangatlah. Memang sah-sah Liana tu tambah
meluat dengan dia. Jalan terbaik. Jangan tambah masalah dengan minah seorang tu
pula.
Kaki Ghaz terhenti
depan sebuat restoren. Mata tepat pandang Ara yang tengah bergelak ketawa
dengan Han. Okay. Hati yang baru nak reda mula berangin semula.
Laju kakinya melangkah
masuk. Kerusi kosong antara Ara dan Han ditarik. Tanpa segan silu Ghaz terus
duduk situ.
“Eh?” Terkejut Han bila
nampak Ghaz situ. Mata pandang Ara mencari jawapan.
Ara pun nampak sangat
terkejut. Tidak sangka boleh juga mamat ni jumpa dia.
“Hai!” tegur Ghaz
sepakej dengan senyuman tidak tahu malu.
“What are you doing?” tanya Ara tidak puas hati. Lagi-lagi lepas
nampak senyuman Ghaz tu. Menyakitkan hati betullah mamat ni!
“Jemput kaulah. Dah
habis?” tanya Ghaz selamba.
“Ghaz...”
“Kau orang ni dah okay?
Ara tak cakap pun.” soal Han bagi meminta kepastian. Selama ni dia jumpa Ara
pun tidak pernah langsung beritahu Ghaz. Ingatkan masih kutub utara, kutub
selatan. Ni dah duduk semeja. Kira okay la agaknya tu.
“Hurmm.. kau orang buat apa sini?” Ghaz tukar cerita. Tak naklah
cakap dia dah okay dengan Ara sedangkan dia seorang saja yang terhegeh-hegeh
selama ni.
“Cant you stop it Ghaz?! Kau tidak puas hati apa lagi ni?” Cukuplah
beberapa minggu ni Ghaz ikut dia ke mana saja dia pergi. Lepas tu sibuk menapak
di ofis macamlah syarikat tu dia punya. Setiap kali lunch paksa Ara makan sekali. Ni sekarang boleh pula tiba-tiba muncul
depan dia dan Han.
“Saja nak luangkan masa
sikit dengan kau... aku...”
“Atau kau nak tahu
pasal aku dan Han?” pintas Ara.
Ghaz terdiam. Argh!
Kantoi.
Kuat Ara mendengus. “I knew it. Aku ingatkan kau dah berubah
Ghaz. Tapi aku silap. You never change! Tu
Fina masuk restoren. Thats your answer.
Puas hati? ” mulut Ara memuncung pada kekasih Han yang baru masuk ke dalam
restoren.
Kepala Ghaz berpusing.
Fina dengan senang hati melambai pada mereka bertiga.
“Kirim salam dengan
Fina. Aku balik dulu.” Tanpa tunggu jawapan yang lain. Ara angkat beg dan blah.
Sempat dia beritahu Fina ada hal urgent kena balik.
Ghaz mengeluh. Salah
dia lagi...
“Dah... kes apa pula
baru ni?” Han bersandar dan silang tangan ke dada menyoal si kawan.
Tubuh Ghaz dijatuh.
Lemahnya semangat kalau terus begini.
“Hai sayang... Hai
Ghaz. Kena Ara tiba-tiba ada hal urgent?”
“Apa lagi. Ni mamat
seorang nilah cari pasal lagi. Ghaz... Ghaz... Kau nak cakap aku ada affair dengan Ara tu ke? Aduh! Kau ni
tidak pernah berubah. Suka main teka sembarang.” Bebel Han tanpa pedulikan
soalan kekasih. Dari dulu lagi Ghaz ni memang ada masalah betullah nak fikir
benda baik pasal orang. Lagi-lagi kalau orang tu Tiara.
“Seriously?” Tergelak Fina dengar bebelan teman lelakinya.
“Gosh! Benda apa yang you fikir Ara ada affair dengan Han. Ghaz. Ghaz. You cuba fikir positif sikit boleh
tak? I yang ajak Ara keluar dan suruh Han jemput. I tak sempat nak jemput Ara.
Ara tu kakak angkat I tau. You ni buat lawak bodoh pula.”
Ghaz pandang Fina tidak
puas hati. Huwargh! Kalau bukan
kenangkan silap dia tadi. Memang dia cilikan mulut Fina ni. Kalau bab-bab
sarkastik memang nombor satu. Manalah dia tahu Ara tu kakak angkat Fina.
“What? Betul apa I cakap. I tahu air muka you nak cakap yang I tak tahu Han pernah suka Ara. Oh please! I knew it so well.”
“Sayang. Dah la tu.”
Melebih-lebih pula kekasihnya ni. Tahulah dia sayang betul dengan kakak
angkatnya tu.
“I pissed off betullah. Padanlah Tiara tak nak dekat dia walaupun pernah...”
Fina ketap bibir. Oh my....
nyaris-nyaris lagi terkeluar.
“Pernah? Pernah apa
Fina?” tanya Ghaz. Tersedar Fina terberhenti dari terus membebel. Gadis itu
pasti tahu sesuatu pasal Ara.
Han turut memandang
kekasihnya. Dia pun tiba-tiba curious
bila Fina terdiam macam tu saja.
“Err... Tiada apa-apa. Dah jom sayang balik. I tiada mood la nak dinner.”
Han sembunyikan
senyuman. Nak larilah tu.
“No you’re not going anyware....”
Dah agak. Silap Fina.
Jangan nak buat ayat tergantung pada kawannya seorang ni. Han yakin Ghaz akan
buat Fina habiskan ayatnya tu. Aduh!
“Err...err... pernah... pernah... Hish! Pernah sukakan kau la bodoh.” Nah terkeluar juga dari mulut
Fina kebenaran sebenar.
Ghaz dan Han
tercengang.
Masing-masing bisu.
Fina keluh kecil. “She loves you before. Sebelum Han luahkan
perasaan sukakan dia lagi. Sebelum ibu dia dan papa kau kahwin lagi. Sebelum
arwah mama kau meninggal lagi. Tapi sayang. You
killed her love Ghaz. Kau yang bunuh cinta dia sebab kes dulu tu. Aku tahu.
Aku tahu apa yang kau buat pada dia. She
told me everything. Aku kenal dia sebelum kenal kau dan Han...”
Fina berhenti. Dia hela
nafas seketika. Maaf Kak Ara! Alang-alang terbongkar. Biarlah dia luahkan
segala yang Ara pendam selama ni.
“Aku tak tahu sama ada
kau sudah tahu atau tak. Arwah mama kau yang minta ibu Ara kahwin dengan papa
kau waktu dia terlantar di hospital. Ara tak nak. Sebab apa? Sebab dia nak jadi
seorang yang berjaya. She want to prove
you that she can do it. Jadi kau akan pandang dia suatu hari nanti.”
“Tapi apa dia dapat?
Kasih sayang yang selama ni ibunya beri hanya pada dia seorang kini beralih
pada adik-beradik kau. Arwah mama kau tak nak Nim dan Nil yang baru berumur
berapa bulan tu tidak pernah merasa kehidupan tanpa kasih sayang seorang mak. That’s the reason. Ibu Ara pula terlalu
baik. Sanggup kahwin dengan papa kau hanya untuk jaga adik-beradik kau.”
“Apa dia dapat Ghaz?
Anak dia rebel. Ara yang selama ni dengar kata mula memberontak sebab dia
selalu dihina di sekolah. Lagi teruk lepas apa kau buat pada dia. Tapi aku
syukur sangat dia pindah rumah aku setiap kali cuti sekolah asrama.
Sekurang-kurangnya mama papa aku boleh beri kasih sayang yang dia gadaikan
untuk kau. Aku syukur sangat dia kerja sambilan di rumah aku waktu tu.”
“Kenapa kau tamak
sangat? Kau yang nak semua ni. Tapi sekarang kau nak kasih sayang dia pula?
Bodoh! She wont give it to you. Sebab
itu yang dia korbankan untuk sebuah keluarga.”
Argh! Padan muka
sendiri. Itulah dulu perangai macam syaiton
nurajim!
Sekarang dah tahu semua
Ghaz pula buntu. Tidak tahu macam mana nak pulihkan hubungan dia dan Ara. Menyesal
tak sudah...
Pagar rumah sewa Ara
dipandang. Kata orang tak nampak orang, bumbung rumah pun jadilah. Tapi Ghaz
lain. Tak dapat tengok orang pagar pun jadilah. Sepakej dengan pintu rumah tu.
Mana tau ada keajaiban Ara akan buka pagar tu jumpa dia.
Bila Ara keluar pakai
kain batik bawa plastik sampai. Ghaz terus melulu keluar kereta.
Tak tahu nak cakap apa
pula. Pada Ara dah besar mata tengok dia disebalik pagar. Kelu pula tengok muka
comel Ara yang berkain batik.
“Kau buat apa
sini?” tanya Ara kasar.
“Nak jumpa kau.”
“Buat? Baliklah. Kalau
jiran aku nampak nanti aku yang susah.” Keluh Ara perlahan. Malaslah dia nak
cari gaduh depan pagar ni. Banyak lagi benda dia boleh buat selain buat drama
swasta. Dah la tinggal sendiri.
“Apa susah? Abang jumpa
adik.”
Ara mendengus. Nak aje
cepuk kepala mamat ni. “Tiri Ghaz. Adik tiri...Kalau kena tangkap boleh...”
“Kahwin.” Sambung Ghaz
tersengih.
“Kahwin jom.” Ulangnya
lagi.
“Gila! Baliklah.” Marah
Ara dan terus masuk ke dalam rumah semula. Tak jadi nak buang sampah. Ada
sampah lagi besar nak minta DBKL angkut depan pagar dia tu.
“Ara...”
Ara toleh belakang.
Satu keluhan dihembus. Langkah dilaju masuk dalam pintu lobi.
“Ara...” panggil Ghaz
lagi.
“Kau nak apa?!”
“Ku katakan ku merasa
bersalah, namun kau menganggapkkanya benar, ku berdoa agar aku mendapat
jawapan, kerna engkau ku kenali cinta...” nyanyi Ghaz lagu Estranged-Seperti
yang dinanti.
Ara terkedu seketika.
“Gila! Baliklah.”
Marahnya sebelum pusing semula. Dada jangan cakaplah berdebar gila. Tapi malu
lagi banyak dari debarannya.
“Betapa ku ingin
memilikimu!!!” jerit Ghaz makin kuat bila masuk korus.
“Sebab kau lengkapkan
aku, Semoga engkau akan mengerti, agar ku dapat engkau sepenuhnya...”
Suara Ghaz mula
perlahan Ara terus melangkah tinggalkan dia. Bahunya ditepuk perlahan.
“Aku ingatkan orang
gila mana yang terlepas.” Usik Lee.
Ghaz jatuh bahu. Haih!
“Aku rasa aku pun dah gila... Macam-macam aku buat setiap hari. Bukan makin
dekat, tapi makin jauh dia lari.”
Lee tertawa kecil.
Nasib engkaulah Ghaz. “Dah kau ikut dia macam pervert. Takutlah budak tu.”
“Aku tak tuduh pun dia
bukan-bukan sebab jumpa Han. Aku cemburu aje... Dia salah faham tapi tak nak
pun aku terangkan.”
“Dah hubungan korang
sebelum ni bukannya betul sangat. Salah fahamlah budak tu.”
“Macam mana ni Lee...”
Lee angkat bahu. Sorry
bro. Dua-dua kawan. Tidak mahulah dia masuk campur. Lagipun tunangnya memang
dah warning awal-awal. Jangan tolong Ghaz kalau tak nak dia merajuk! Tak nak
Lee, mereka berdua pula yang bergaduh dekat nak tarikh nikah ni.
“Kau dah berapa lama
tak tidur, makan ni? Pergilah kerja.”
“Aku tak dapat nak
fokus pun. Pergi kerja pun tak guna aje.”
Lee geleng kepala.
Nasib Kompeni bapak sendiri. Kalau
tak dah lama kena pecat.
“Lee...”
Lee pandang lagi muka
pucat kawannya tu.
“Kepala aku peninglah.”
Macam mana nak pening.
Makan pun ala kadar. Tidur pun tak cukup. Makin teruk dah Ghaz ni. Nak bebel
panjang pun Lee dah lelah. Bukannya mamat ni nak dengar!
“Lee...”
Tiba-tiba Ghaz tumbang.
Pengsan jatuh ke lantai.
“Ghaz! Ghaz! Adoi
pengsan pulak dia...” garu Lee pada kepala botaknya. Kalau macam ni perangai si
kawan, sampai ke sudah tidak tumbuh-tumbuh rambutlah dia. Risau aje fikirkan keadaan
kawannya.
“Lee mana?” tanya Ara
pada setiausaha bosnya seorang ni. Bukan main lagi lesap time meeting tadi.
Terkulat-kulat dia layan karenah klien tadi. Naik berangin juga Ara nak layan.
Dah la angin dari pagi tadi pasal Ghaz tu tak hilang lagi. Klien pula cari
pasal dengan dia.
“Bos Lee EL.”
“Reason? Dia tahukan meeting hari ni penting?”
Angguk. Serba salah
setiausaha Lee nak buka mulut. “Just tell
me. Saya makan dia kalau dia marah awak.” Ara beri tawaran baik punya. Lee
tu tegas dengan pekerja tapi bukan pada dia. Sebelum Lee buka mulut dia dah
laser siap-siap.
“Encik Ghaz pengsan di lobi pagi tadi. Bos Lee
bawa Encik Ghaz ke hospital dan masih tak sedarkan diri. Sebab tu dia harap Cik
Tiara dapat handle meeting tadi.”
“Ghaz pengsan?” Ara
cuba memastikan ayat tadi.
Angguk.
And he didn’t tell me...
Kaki Ara mula melangkah
masuk ke dalam biliknya semula.
I hate you Ghaz!
“Kau sure okay ni?”
Ghaz angguk. Ditahan
semalaman aje kut. Lee ni melebih la pulak risaunya.
“Pinjam baju kau esok.
Bawa lebih untuk aku.”
“Sure tak nak cakap dekat family
kau.” Bukan apa kalau ada apa-apa terjadi nanti kan susah. Ghaz ni degillah!
Seorang pun dia tak nak orang tahu dia sakit. Lagi-lagi orang pejabat dia tu.
Lepas tu tak nak pula Lee temankan dia di hospital malam ni.
Ghaz hanya angguk
perlahan. Dia tidak mahulah kecoh-kecoh nanti. Tak pasal kantoi dia sakit sebab
hidup tidak tentu ara ikut Ara macam pervert seminggu dua ni. Argh! Mengaku
juga dia diri pervert. Lee punya
pasallah ni.
“Baiklah. Ada apa-apa
jangan lupa call aku.” Beralah juga Lee dengan kawan baiknya seorang ni. Nak
cakap lebih-lebih pun tak guna. Ghaz tu tahap kedegilannya sama aje dengan Ara.
Nauzubillah. Mencabar keimanan!
“Ara...” air mata Ghaz
mengalir walaupun matanya terpejam rapat. Kisah beberapa tahun lepas tidak
pernah hilang dari igauannya. Ya Allah ampunkan aku. Ampunkan aku!
Terimbau-imbau tangisan
Ara. Pukulannya pada badan budak perempuan sebaya itu tidak pernah berhenti.
Marah pada ibu tiri yang rampas tempat arwah mamanya dilempias pada Ara.
“Yang lain mana?” tanya
Ghaz garang.
Tiara angkat bahu.
Tangan masih lagi melipat baju-baju tuan putera Ghaz ni!
“Aku tanya mana yang
lain? Yang kau bisu ni kenapa?” jerkah Ghaz. Penat-penat balik sekolah main
bola. Kena hadap lagi buka tempe Tiara.
“Aku tak tahulah!”
Ghaz berdengus kuat.
Marah pada Tiara dari sekolah tadi tidak hilang lagi. Tambah berangin dia bila
Tiara berani tinggikan suara. Sekarang dah pandai nak rebel budak seorang ni!
“Lepas tu aku nak kau
cuci tandas bilik aku. Kotor! Macam kau!”
Tiara tidak peduli.
Mukanya tetap beku macam biasa.
“Dengar tak ni?”
“Dengar! Nanti aku cuci
biar suci. Macam kau!”
Ghaz ketap bibir masuk
ke biliknya. Sungguhlah! Tiara memang makin kuat melawan. Dulu tidak pernah pun
dia dengar Tiara tinggikan suara. Di kelas pun senyap semacam aje. Sejak
seminggu dua makin kuat pula dia melawan.
Habis Ghaz mandi. Pintu
biliknya diketuk dari luar. Tanpa segan silu dia buka pintu. Bibir mencemik
bila Tiara alihkan kepala darinya yang hanya bertuala.
“Kalau kau dah pakai
baju baru panggil aku.”
“Jangan nak mengelat.
Pergi cuci tandas aku. Ke kau takut? Kau pun aku tidak selera nak tengoklah.
Perasan entah apa je yang Farhan tengok kau ni? Tidak faham aku. Masuk!”
Tiara sabarkan saja
hati dengan hinaan dari Ghaz. Disedapkan hati bahawa Ghaz tidak tahu cerita
sebenar. Sebab tu perangai rebel macam sheton
nurajim!
Kaki melangkah masuk ke
dalam bilik lelaki itu. Walaupun takut dia tetap beranikan diri masuk ke dalam
bilik Ghaz.
Ghaz pula tersenyum
sinis. “Agaknya macam nilah mak kau goda papa aku eh? Suka hati masuk bilik
lelaki. Lepas tu goda papa aku? Perempuan murahan!”
Tiara yang baru
mendekati tandas bilik Ghaz berpaling. Dia cukup hilang sabar dengan mulut
puaka Ghaz tu. Suka hati dia lebel orang tanpa mengetahui hal sebenar.
“Apa masalah kau
ni?”
“Masalah aku ialah kamu anak beranak. Kalau
bukan mak kau sundal tu goda papa aku! Dia takkan kahwin lain. Mama aku baru
aku baru dua bulan meninggal dunia papa dah gatal kahwin dengan pelacur macam
mak kau!”
Pang!!
Bergetar mulut
Tiara menahan marah dengan luahan Ghaz.
Cukuplah dia
sabar selama ni.
Cukuplah dia
telan hinaan dari Ghaz.
Cukuplah! Tiara
memang tidak tahan lagi.
“Jaga mulut kau
Ghaz!”
“Berani kau
tampar aku?!” Ghaz naik berang! Badan kecil Tiara ditolak ke kuat ke tepi
dinding. Pipi Ara ditampar kuat.
“Biar kau rasa
sakit hati aku!” Baju Tiara direntap kuat. Badan Ara dipukul sekuat hati tanpa
belas. Melempiaskan amarahnya pada ibu tirinya pada Ara. Biar anak perempuan tu
rasa apa yang dia rasa. Biar Ara rasa sakit hatinya yang tidak dapat dibuang
buat selama-lamanya.
“Kau buat apa ni
sial!!” Tolak Tiara sekuat hati. Tapi Ghaz makin kuatkan pegangannya. Ghaz mula
kerasukan. Pipi Tiara ditumbuk hingga darah pekat keluar dari bibir gadis itu.
Baju Tiara sedikit terkoyak mengugat imannya mudanya. Mata Ghaz tertala pada
susuk tubuh Tiara yang terdedah. Dadanya berkocak kuat melihat dada Tiara yang
semput mencari nafas.
Tanpa sedar Ghaz
dekatkan bibirnya ke tubuh Tiara yang terdedah. Mula hilang pedoman dengan
nafsu mudanya.
“Ghaz!!” tolak
Tiara lagi.
“Ghazi Ya
Allah!!!” jerit Tiara sambil terkial-kial untuk lepaskan diri. Tapi masih tidak
dapat lawan kekuatan tangan Ghaz. Argh! Manusia gila.
Ghaz terhenti
ketika Tiara menjerit nama tuhan yang satu. “Tiara aku....”
“Syaitan!!!!”
jerit Tiara teresak-esak. Merah padam mukanya menahan marah. Tanpa tunggu lama
Tiara terus berlari keluar bilik Ghaz.
Ghaz terkelu
dengan perbuatannya sendiri. Dia hampir rogol Tiara! Astaghfirullah! “Apa aku
dah buat ni?” tanyanya pada diri sendiri.
“Tiara!!!”
“Tiara ampunkan
aku... Tiara...”
“Tiara maafkan
aku.” Air mata Ghaz sendiri mula jatuh. Sedar silapnya pada Ara. Dia nyaris
rogol adik tirinya. Kalau mama masih hidup mesti sedih dengan kelakuannya.
“Ara...”
“Ara maafkan
aku...” tangis Ghaz lagi. Menyesali perbuatannya.
“Ghaz... Syssh! Ghaz its okay...”
“Ghaz aku ni...
hei.. aku ni aku maafkan kau.” Ara yang dari pegun dengan tangisan Ghaz yang
masih tidur meminta maafnya mula kalut. Ghaz meracau-racau sampai berpeluh-peluh.
Suhu badan lelaki itupun semakin panas.
“Ghaz...” Tubuh
Ghaz digoyang lagi. Cuba menyedarkan lelaki itu.
“Ara?”
“Ya. Ya. Aku
ni...”
“Ara maafkan
aku... maafkan aku.” Lelaki itu cuba duduk tapi badannya yang masih lemah
nyaris buat dia jatuh katil.
Okay...
Kaku jap.
Hanya bunyi penghawa
dingin saja yang kedengaran.
“Err... lupa nak tanya macam mana kau ada sini?”
“Huh?! Haa... er...”
gagap seketika. Ara cuba nak cari jawapan.
“Lee beritahu.”
Ara angguk. Okay sebenarnya
dia paksa Lee beritahu dia keadaan Ghaz. Bila Lee kata Ghaz deman teruk tapi
tak nak sesiapa pun tahu. Hati Ara mula liang libu sampailah dia berdiri
sebelah Ghaz yang menangis dalam tidur meminta maafnya.
“Ara aku... aku tadi.”
Ghaz masih malu sebenarnya. Menangis bagai nak rak depan Ara tadi. Lagi malu
bila Ara dodoi dia macam budak kecil tadi. Aduh jatuh saham!
“Sejak bila kau jadi
macam ni?”
Ghaz yang baring mula
terpinga-pinga dengar soalan Ara.
“Meracau macam tu. Since when?” Tanya Ara sekali lagi.
Ghaz keluh kecil.
“Sejak kejadian tu.” Kadang tu dia sanggup ambil pil tidur agar dapat tidur.
Tidak pun dia berjaga belajar dan buat kerja sampai terlampu penat.
Senyap seketika. “Aku
pun... Tapi beberapa bulan ni aku dapat kurangkan. Dan sekarang dah fully recovered. You have to let it go Ghaz. Selagi kau tak dapat lepaskan
semua tu. Kau akan terus macam ni.” Beritahu Ara berdasarkan pengalamannya.
Bila hati mula redha dengan ujian Allah barulah hati akan tenang.
“Tapi aku yang berdosa
Ara. Aku buat kau macam tu. Aku tak dapat lupa... Aku...”
“Aku maafkan aku.
Taubat Ghaz. Sungguh-sungguh kau taubat. Insya-Allah Dia terima taubat kau.”
Tutur Ara tenang. Dia rasa lebih tenang lepas meluahkan pada Ghaz. Tenang bila
maaf yang dituntut akhirnya diberi kepada lelaki itu.
Ghaz berdiam diri. Iya
sejak malam itu dia sering kali menunaikan solat taubat. Cuba untuk meminta
ampun dari Allah yang satu. Tapi beban rasa bersalah itu tidak pernah dia
lupakan dan sentiasa tergalas dibahunya.
“Tapi...”
“Macam mana nak kahwin
kalau banyak sangat tapi ni?” potong Ara.
Dahi Ghaz berkerut.
Tidak faham sepatah pun ayat Ara.
“Jari aku ni dah lama
kosong. Kau tak nak sarung?” tanya Ara tersenyum-senyum. Malu. Tapi sampai bila
dia nak mengelak. Ghaz baru demam sikit pun dah risau.
Senyuman mula terukir
di bibir pucat Ghaz. “Kalau aku sarung. Aku tak nak kau lepaskan
selama-lamanya. Sesaat pun tidak boleh. Can’t
you do it for me Ara?”
Ara senyum. “Sihat dulu
baru fikir macam mana nak sarung!”
“Eh?! Rasa macam dah
sihat pula.” Gelak Ghaz besar. Bahagia! Akhirnya berjaya juga dia pikat hati
Ara semula walaupun makan masa berbulan-bulan. Ingat senang? Sekarang rasa
macam nak loncat katil sekeping di hospital ni. Tapi takut bocor pula olehnya.
Ghaz pandang ibu dan
papanya yang saling padang satu sama lain. Alaaa... baru lepas satu ujian nak
pikat hati Ara. Sekarang ujian perlepasan ibu dan papa pula ke? Adik-adiknya
lagilah. Terdiam terus kecuali Hana. Hana aje yang advance sikit sebab curi dengar perbualan dia dan Ara hari tu.
“Ghaz dan Ara betul ke
ni?” tanya ibu mereka.
Angguk serentak. Okay
Ara mula cuak. Tak sangat begini pula ke respon ibu pada hubungan baru yang
mereka nak jalin.
“Ara serius? Ghaz ugut
Ara ke suruh kahwin? Ghaz ada buat sesuatu ke pada kamu?”
Laju kepala Ara geleng.
“Pa... Ke situ pula
papa fikir.” Keluh Ghaz. Debaran yang ditahan dari semalam mula menghilang.
Semangat yang berkobar-kobar pun kian lesap.
“Mana papa tak fikir
lain. Tengoklah hubungan kau orang berdua sebelum ni. Seorang kutub seorang
lagi tinggal di selatan!”
“Sebab perasaan tulah
hubungan kamu menjauh pa. Sudah bertahun pa. Bertahun-tahun lamanya kami pendam
tapi perasaan tu memang tidak hilang.” Beritahu Ghaz. Selama dia duduk menjauh
sebab rasa bersalah. Rasa cinta dan rindu pula makin mendalam hingga mendorong dia
balik semula ke rumah itu.
“Pa bukan apa tapi...”
ayat papa mereka tergantung saat lengannya dipegang oleh si ibu.
“Ghaz yakin dapat
bahagiakan anak ibu?” tanyanya lembut. Biarlah dia tidak kisah asalkan Ara
bahagia. Dia pun cukup bertahun rasa bersalah kerana perhatian yang selama ni
hanya untuk si anak kini terpaksa dibahagikan pada anak-anak tirinya dan Hana.
“Insya-Allah bu.
Bahagia Ara bahagia along juga. Ara sebab along pulang semula ke Malaysia bu.
Along tak nak pendam lagi perasaan ni. Along harap ibu dan papa sudi beri restu
buat kami.” Panjang lebar ayat Ghaz. Ikhlas dia ungkapkannya. Kalau papa dan
ibu tidak setuju akan dipujuk sampai dapat.
“Bu... uncle.... err pa. Ara. Ara nak minta
maaf. Ara tahu Ara banyak menyusahkan ibu dan papa. Tapi Ara mohon sangat untuk
dapatkan restu keluarga ni. Ara hanya ada keluarga ni bu. Sejauh mana Ara lari,
Ara tetap tak dapat nak buang rasa sayang pada adik-adik Ara. Pada ibu dan
insya-Allah Ara terima papa sebagai suami ibu. Cuma pada Ghaz memang Ara nak
lebih dari abang tiri pa... ”
“Papa faham. Papa pun
sayang Ara tapi Ara tidak risau orang kata benda tidak baik lagi pasal Ara?
Papa seboleh tak nak dengar lagi orang mengata Ara. Cukuplah selama ni...” luah
papa lagi. Cukuplah bertahun dia tadah telinga orang mengata macam-macam pasal
Ara dan isteri barunya.
Ara tersenyum kecil.
“Ara tidak akan dapat bertahan sampai sekarang kalau Ara terus menerus dengar
orang mengata yang bukan-bukan pasal Ara pa.”
“Dan lepas ni papa
harap Ara dan Ghaz terus bertahan.
Terima kasih sebab sudi terima anak papa.”
Ara senyum menangguk.
Pandangannya hanya pada si ibu yang agak berat hati untuk memberi restu. “Bu?”
Si ibu mengukir
sendikit senyuman. “Ibu nak anak-anak ibu bahagia. Ghaz bahagia, Ara bahagia.
Insya-Allah ibu dan papa pun bahagia. Ibu restu perkahwinan anak-anak ibu.
Betul kata Ara. Kalau kita dengar orang lain mengata pasti sampai sekarang kita
takkan dapat kebahagian kita.”
Ghaz tersenyum puas
hati. Lega. Alhamdulillah. Adik-adik yang lain pun mula tersenyum bahagia memandang
mereka berdua. Mata membalas padangan si bongsu. Satu kenyitan dihadiahkan.
Thanks juga untuk Hana sebab sudi bagi idea pikat hati Ara selama ni.
“Takkanlah?”
“Ya abang. Apa pulak
alasan kali ni?” Ara mula fed up. Sikap cerewet Ghaz ni satu hal betullah! Dah
tu nak ikut sangat kepala batu tu. Sekarang ni mungkir janji pula dah!
“Err... alaa... its too soon la sayang.” Rengek Ghaz mula menagih
simpati dari si isteri. Sebab Ghaz malas nak tadah telinga keluarga sebelah
arwah mamanya asyik kutuk Ara sebelum mereka kahwin dulu. Dia ambil keputusan
agar tinggal berasingan dengan keluarga buat seketika.
“We’re going to have baby papa Ghaz.” Dulu kata beberapa bulan saja
sampai isu perkahwinan mereka reda dari sebelah keluarga Ghaz. Sebab arahan
suami, dia turutkan saja. Tapi dari beberapa bulan sampailah setahun lebih usia
perkahwinan mereka. Sekarang dah nak ada anak pun masih nak tinggal asing.
“Dulu sebelum kahwin
kata janji nak tebus balik masa tidak bersama keluarga...” Ara mula buat ayat
sedih. Tapi dari air muka pura-pura sedih bertukar realiti. Ara kesat air mata
yang sudah mula berair. Rindu ibu!
Argh! Si isteri dah
buat ayat sedih pula dah. Ghaz rebah bahu. Lemahlah macam ni. Kalau di rumah
keluarga sana susah nak berkepit dengan Ara. Ada saja projek dari adik-adik
mereka nak bawa si isteri terbabit sama.
“Please....”
“Macam nilah. Bagi
abang masa honeymoon dengan sayang sampai bersaling. Lepas tu kita pindah
balik. Please... please... please... sayang tahulah sana nak rapat sikit dengan
sayang pun payah. Ada je plan budak-budak tu dengan sayang.”
Ara cuba sembunyikan
tersenyum. Iya dia mengaku tu. Ghaz pula sejak kahwin berkepit aje dua puluh
empat jam! Si adik-adik pun bising dengan dia. Ingat dah makin rapat dengan
keluarga senanglah lepak sama-sama tapi makin payah adalah.
“Kalau alasan lain pula
timbul macam mana? Abang tu bukan boleh percaya sangat.” Cebik Ara. Saja nak
uji kesabaran suaminya.
Ghaz angkat tangan
ikrar. “Abang janji. Lagipun memang abang perlukan ibu assist abang jaga sayang dan baby bila sayang dalam pantang nanti.”
Ara angguk. “Fine. Janji tau. Kali ni dengan baby
sekali dengar janji abang.”
Air liur ditelan. Amboi
ugut nampak. Ghaz anggukkan saja sambil tertawa kecil. Tak payah Ara nak ugut
bagai pun semua ni memang dalam perancangannya. Kalau bukan mereka berdua siapa
lagi yang boleh diharap seratus peratus jaga ibu dan papa selepas semua
adik-adiknya berkahwin nanti? Memang mereka berdualah calon paling sesuai.
“Lagipun sayang....” ayat
Ghaz tergantung. Kepala dijatuhkan ke riba Ara. Saja nak bermanja lebih sikit
petang ni.
“Lepas sayang dah habis
pantang. Ada ramai babysitter jaga baby kita nanti. Dapatlah sambung honeymoon
kita lagi.” Sambungnya sambil tersenyum jahat.
Tanpa tunggu lama
hidung mancung Ghaz diketip. Geram pula Ara dengar ayat suaminya. “Licik!”
Ghaz langsung tidak
terkesan. Makin kuat dia ketawa. Haruslah licik!
“Abang...”
“Hurm...” jawab Ghaz dengan mata tertutup.
“Dulu Ara ingatkan Ara
takkan dapat rasa semua ni. Ara pernah impikan untuk kahwin dengan abang.
Belajar rajin-rajin. Dapat jadi arkitek lepas tu Ara nak abang pandang Ara
waktu tu sebagai seorang wanita yang berjaya. Bukan lagi seorang anak orang
gaji abang.”
Mata yang baru saja
dipejam terbuka semula. Rasa bersalah itu mula menjengah semula.
“Lepas apa yang terjadi
dengan keluarga kita. Dan kejadian tu... Ara terus buang impian tu jauh-jauh.
Sampailah abang datang semula. Impian yang Ara yakin hanya tinggal impian mula
dikumpul semula. Abang bantu jadikan impian seorang Tiara jadi kenyataan.”
Ghaz peluk perut
isterinya yang mula membesar. “I knew
that. Fina cakap dekat abang di restoren waktu abang tegur sayang dan Han.
Actually waktu tu abang tak tuduh sayang pun. Abang kebetulan aje terserempak
sayang dan Han sebab tengah bengang bila tahu sayang keluar dengan Han.”
“Abang jeles tau! Tu
belum sempat hilang angin cemburu kita, dah terserempak pula sampai abang buat
muka poyo ikut duduk sekali. Sayang pula salah faham.”
Ara tersengih-sengih
dengar luahan suaminya. Dia pun sebab tengah serabut pasal Han boleh juga naik
angin dan fikir bukan-bukan bila Ghaz tetiba muncul watu tu.
“Yang penting semua dah
settle kan?”
Ghaz senyum mengangguk.
“Jangan nak mimpi larikan diri dari abang lagi.”
Angguk. “Jangan nak
cemburu buta.” Pesan Ara pula. Baran Ghaz ni boleh tahan juga.
“Jangan nak sembunyikan
apa-apa lagi dengan abang.” Ghaz menambah selepas angguk. Suka pula sesi saling
mengingati antara satu sama lain ni.
“Dan jangan nak baran
lagi. Kawal sikit sebab kita dah nak ada baby ni. Its not good for our
happiness...” tambah Ara membalas pesanan si suami.
“Insya-Allah. Dan
jangan lupa saling pesan, tegur dan terima nasihat satu sama lagi untuk
kebahagiaan kita.”
Kali ni Ara setuju
sangat. Kalau kita sebagai peneman tidak saling mengingati dan menegur silap
masing-masing. Semua ingatkan betul. Malah kena memberi dan menerima nasihat
juga. Baru adil.
“Sayang nak tahu...”
“Yup?”
“Tak kisahlah Lee atau
Han. Mereka yang rapat dengan sayang. Tapi abang yang kahwin dengan sayang.
Mereka yang sibuk cintan cintun bagai nak rak. Tapi abang yang bakal jadi papa.
Hebat tak suami sayang ni.”
Ara tertawa. Ghaz!
Ghaz! Tak pernah nak berubah. Poyo aje lebih!
Tamat.
BLOG : Still the same old blog. Tapi nama url aje lain.
FBGroup : Dah buat baru. Yang lama hilang!!! Huwaa macam kena del je. ( klik link : NURFAZ)
FBPage : Kena spam!
Group and page banyak yang bukan friends FB. tak dapat nak add pergi group tu. sorry.
THANK YOU. SEBAB SUDI BACA (even cerita ni boring).
SORRY. LAMA KUT TAK UPDATE.
GREETINGS & SALAM ALAIK.