Thursday, July 2, 2015

[CERPEN] Salam Ramadhani FULL




Sebab terlalu rindukan rumah, sebab nak berbuka puasa dengan keluarga, sebab sekarang masuknya bulan Ramadhan. Dan tidak lupa sebab segala assignment, test baru saja berlalu dalam minggu akhir sebelum study week bermula minggu depan. Minggu yang sangat dinanti oleh pelajar, padahal patutnya istilah study week tu tidak wujud. Entah dari macam mana pelajar universiti terlalu sinonim dengan istilah ‘study week’ tu.
“Comelnya budak tu…” suara Dihah mengejutkan Umi dari lamunan. Pandangan dihala pada dua orang beradik lingkungan lima dan enam tahun yang duduk di tepi sambil makan muffin.
Umi tersenyum. Dihah dipandang sekilas sebelum pandangan kembali beralih kepada dua adik itu tadi. “Aku rindu family aku la.”
“Sabarlah. Tinggal dua minggu lebih je lagi.” Dihah bersuara memujuk hati si kawan. Walaupun dia sedar, dua minggu tu umpama dua tahun bila homesick mula menyerang hati seorang perantau. Lebih-lebih lagi Umi yang tak pernah balik kampung lagi semester ni. Umi hanya balik sekali sahaja setiap hujung semester, jika cuti seminggu dua dia lebih suka habiskan masa belajar di kampus ataupun bercuti sendiri.
Umi angguk.
“Jomlah. Tikah Whatsapp aku tadi. Dia orang dah dekat khemah depan. Dah siap sediakan dua kerusi untuk kita.” beritahu Dian lagi.
“Hai segar mata malam ni…” usik Umi yang cuba ceriakan rasa sedih di hati.
Dihah tersenyum-senyum. Faham maksud si kawan. “Bergetar tak tulang rusuk kau?” usik Dihah.
“Tak… aura tak sampai lagi.”
Dihah tergelak kecil. “Tu lah kau. Aku suruh pindah duduk sebelah mak cik saf depan tadi kau tak nak. Mana tahu dia ada anak lelaki, boleh buat mertua. Tengok si Tikah bukan main lagi beramah mesra.”
Umi sekadar tersenyum. Tikah tu tidak hairanlah sebab peramah. Dia? senyum jelah lebih.
“Ramai orangkan…” tegur Dihah setiba di meja tempat kawan-kawannya sedang duduk.
“Kau orang buat apa tadi? Salin telekung ke atau jahit telekung.” perli Miza.
“Dihah ni hah…” keluh Umi sambil duduk sebelah Miza. Semua tahu Dihah kalau bersiap sempat orang tidur bangun balik. Lambat!
Dihah hanya mampu tersengih-sengih. Tidak mampu hendak melawan sebab dia sedar diri!
“Sedapnya moreh malam ni dapat muffin kan…”
“Kan! Nak datang lagilah sini… best! Meriah.” beritahu Miza.
“Tapi kau orang minggu depan je ada paper. Lepas tu tinggal aku seorang diri di rumah.” luah Umi. Sedih! Semester ni kertas peperiksaan dia jatuh pada hari terakhir peperiksaan. Yang lain awal lagi dah habis. Padahal kertas akhir yang dia ambil dua subjek saja. Jarak hari sampai seminggu lebih. Dalam rumah tu pula dia ambil course lain dari kawan-kawannya, kena pula tinggal dia seorang saja yang ‘tutup pagar’ semester ni.
“Alaa.. nanti minggu depan kita datang lagilah. Jangan sedih eh…” ceria saja suara Tikah memujuk. Mana tak cerianya, hari-hari countdown bila nak balik. Siap lekat tepi dinding countdown sebesar alam. Over betul! Rumah bukannya jauh mana pun, duduk Puchong saja pun. Sebab lain gembira ialah dia nak balik kampung belah mak Tikah beberapa hari lepas kertas akhir peperiksaan. Nak balik puasa di kampung katanya.
“Semester ni kita dah last puasa bersama. Baliklah lambat sikit. ” pujuk Athira yang baru saja bersuara. Hampir lima tahun puasa bersama setiap tahun sejak diploma hingga ijazah, sedikit sebanyak terkesan juga memori diingatan masing-masing.
“Aku cuba pujuk kakak aku ye. Dia tu yang tak sabar nak balik kampung.” pujuk Tikah. dia pun nak juga mencipta memori ramadhan yang istimewa memandangkan kali ini terakhir ramadhan bersama rakan susah senangnya sejak diploma hinggalah ijazah walaupun kini masing-masing mengambil khusus yang berbeza-beza.
Umi tersenyum lebar. Gembira dengar jawapan Tikah. Mata meliar memandang sekitar Masjid Tengku Ampuan Jemaah yang agak meriah.
‘Rindunya rumah…’ fikirnya. Sebelas hari bulan tujuh itu rasa lama lagi…
“Nek tu ada kerusi kosong…” suara budak lelaki sambil menunjuk sebuah kerusi kosong sebelah Umi. Dua beradik comel yang menjadi tatapan Umi. Dia tersenyum sambil melambai bagi memanggil kanak-kanak yang comel itu.
Tanpa tunggu lama si adik terus berlari ke arah Umi. “Dah… Umi start dah…” geleng Tikah. Faham sangat perangai Umi yang sukakan budak-budak tu. Maklumlah niat nak jadi guru tadika, tapi otak gila komputer maka hajat nak jadi guru tadika tu terkubur macam tu saja.
Memandangkan kerusi ada dua saja kosong sebelah Umi. Wanita yang agak berusia itu pada dua beradik itu mengarah anak-anak kecil itu duduk. “Umi, Farah duduklah.” 
Kawan-kawan Umi memandang Umi. Kebetulan nama si adik sama dengan nama rakan mereka.
“Mak cik duduk situlah. Biar saja pangku yang ni.” jemput Umi. Kebetulan si Umi junior duduk di kerusi sebelahnya.
“Tak apalah nak. Penat je nanti. Biar mereka duduk situ.”
“Tak apa mak cik. Duduk je. Kawan saya seorang ni memang pantang nampak budak kecil.” Dihah bersuara sambil menjemput mak cik tadi duduk. Umi tersengih sambil mengangguk. Dari tadi dia memang geram tengok si adik ni. Comel! rasa nak gomol je pipi tu. Comel si kecil ni dengan jubah merah jambunya ala-ala Anne dalam watak Frozen tu.
“Comelnya budak ni, nama dia umi ye mak cik?” tanya Miza.
Wanita itu senyum memgangguk.
“Sama macam kawan saya ni. Nama dia pun Umi juga.”
“Iya?” tanya wanita itu. Riak wajahnya berubah terkejut.
“Aah. Nama saya Umi Nadrah.”
“Oh. Cucu mak cik ni Umi Alissa. Arwah mama dia bagi nama tu.” beritahu wanita itu saya sambil mengusap pipi cucunya. Keadaan sayu seketika. Faham hati wanita itu sedang bersedih.
“Nek, Pak Ngah tak bagi sedih-sedih bila cakap pasal mama, nanti arwah mama papa sedih...” pujuk si kakak yang faham hati neneknya.
Umi tersenyum kecil. Si kakak ni pun tidak kurang comelnya, pipi tu berganda tembamnya dari si Umi junior ni. Petah pula tu berkata-kata.
“Doa untuk mama banyak-banyak ye. Jadi anak yang soleh, agar mama gembira di syurga nanti.” pesan Umi sambil mengusap pipi si kakak.
Laju kanak-kanak itu mengangguk. “Pak Ngah ajar kakak baca Al-fatihah. Baca untuk mama dan papa setiap malam.”
Tersenyum lima sekawan itu. Dalam hati masing-masing semua doakan agar anak-anak kecil ini terus diberkati Allah dan menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah. Doa banyak-banyak ya…” pesan Tikah pula pada si kecil.
“Nek, Pak Ngah mana? Adik mengantuk…” keluh si kecil yang duduk di pangkuan Umi. Jemari comelnya mula mengesat mata yang semakin kuyu. Kejap lagi boleh tertidur. Tangan Umi pula dari tadi mengusap kepala si kecil. Memang senang saja si kecil tu hendak terlelap.
“Kejap lagi Pak Ngah keluar tu…” beritahu si nenek.
“Umi tidurlah sayang…” beritahu Umi sambil mengusap dan betulkan cara duduk si kecil. mereka pun masih belum ada tanda-tanda nak balik kolej. Masjid pun memang tidak jauh dari Puncak Perdana. Memang niat malam ni nak berbuka, terawih sekali moreh di masjid Bukit Jelutong ni sebab nak lepas rindu pada keluarga masing-masing. Penangan nak merasa berbuka beramai-ramai. Memang menjadi aktiviti mereka sekawan suka berpuasa dan terawih di masjid setiap kali masuk ramadhan sekurang-kurangnya sekali dua sebelum balik ke kampung masing-masing. Selalunya terawih di surau dan masjid kampus saja.
Tidak sampai beberapa minit, si kecil lena tertidur dipangkuan Umi. Mereka sempat berbual dengan mak cik yang meminta dirinya digelar sebagai Mak cik Hajar dan jemaah masjid yang sedang menjamu selera ketika itu. Macam-macam cerita mereka bualkan.
“Mak…” suara seorang lelaki yang berjubah warna dusty pink menarik perhatian mereka.
“Hah Dhani dah habis…”
Umi memandang lelaki yang menegur Mak cik Hajar. Dahinya berkerut sikit.
“Umi… lelaki yang cari jodoh di bazaar tadi tulah. Aku rasa dia ada jumpa jodoh dia. Hehehe…” bisik Miza sambil tersengih-sengih ke telinga Umi.
Tersenyum-senyum kawan-kawan yang lain pada Umi kerana lelaki itu…
“Ni anak mak cik. Dhani.” Mak cik Hajar memperkenalkan anaknya pada lima sekawan tu.
“Hi…” kata Dhani sambil angkat tangan. Mak aih! Manisnya senyuman. Terpegun Umi lima minit. Dapat jumpa depan mata untuk kali kedua.
Rezeki bulan Ramadhan bak hang!
Mata Dhani jatuh pada gadis yang pakai jubah sedondon dengannya. “Jubah tu sesuai dengan awak.” pujinya.
Umi tersenyum kecil. “Taniah kepada perekanya.”
“Kenal?” tanya Mak cik Hajar tersenyum-senyum. Awal lagi dia perasan baju yang dipakai oleh Umi amat sesuai dengan gadis itu. Tapi anak lelakinya yang tegur dahulu. Dhani memang jenis cakap terus terang orangnya.
Umi angguk lagi. Gila tak kenal. Ikutkan hati sekarang juga nak histeria sebab berdepan dengan lelaki ini. Kena pula warna jubah sendondon. Tidur bermimpikan Dhani la malam ni!
“Lebih dari kenal…” ujar Dihah perlahan. Tapi masih mampu ditangkap oleh rakan-rakannya termasuklah Dhani dan Mak cik Hajar. Siapa tak kenal! Itu SR kut. Jubah yang Umi pakai sekarang ialah jenama SR.
Jenama Syed Ramadhani.
Jenama dan pereka baju muslimah kegilaan Umi. Hampir semua rekaan jubah jenama SR dimiliki oleh Umi. Tapi dia sekali pun tidak pernah tag jenama SR setiap kali muat naik gambarnya ke laman sosial setiap kali mengayakan baju tu. Padahal rakannya seorang yang cantik. Talent untuk studio abangnya pula tu. Mana tahu ada peluang menarik minat SR untuk jadi model seterusnya.
Mata Dhani tidak lepas dari terus memandang si cantik yang mengayakan rekaannya. Warna peach itu memang sesuai pada gadis itu, nampak dia lebih ayu dan feminin. Sebenarnya dia perasan lama lagi. Ketika baru melangkah masuk dalam masjid tadi, Dhani terlihat rekaannya digayakan oleh seorang gadis. Tapi nampak dari belakang sajalah.
Apabila terlihat wajah gadis itu ketika gadis itu menoleh… Masya-Allah. Terus tersentap segala jenis organ. Love in the first sight!
  Tambah gembira lagi bila keluar masjid cari maknya, Terlihat si gadis sedang berbual mesra dengan maknya. Tanpa tunggu lama, Dhani terus buka langkah ke tempat emaknya sedang berbual.
“Ehem!” Sharifah Hajar saja kuatkan dehemannya. Sengaja sedarkan anak terunanya yang terlalu leka meneliti wajah Umi. Wajah gadis itu pun kelihatan kekok direnung sedemikian. Bukan dia saja, kawan-kawan Umi yang lain pun perasan!
Dhani tersengih sambil garu kepalanya. Malu terkantoi. Tapi mata sempat lagi mengerling si gadis yang tersenyum pada maknya. Pasti si dia pun malu. Alahai cantiknya dia!
Lepas tu Dhani ambil port duduk lepak sekali bersama golongan hawa tu. Lebih kepada nak break the ice antara dia dan si gadis pilihan jantung, hati, limpa dan semua organ dalam badannya. Mata pun sesekali kerling Umi.
Umi Nadrah. Cantiknya nama. Sama dengan nama anak saudaranya pula tu. Mujur juga PR dia tiptop. Senang saja masuk dengan rakan-rakan Umi. Hanya si Umi ni saja kurang berbual dengannya dan menurut Tikah dan yang lain, Umi ni peminat setia rekaannya. Hampir ke semua jubah rekaan SR telah menjadi koleksi dalam almari Umi.
Bangga kejap!
Sungguhlah Dhani dipanah cinta pandang pertama. Bagi Umi pula perjumpaan dengan pereka fesyen kegemarannya satu keajaiban tapi asyik kena usik saja oleh rakan-rakannya tak pasal dia malu pula. Dari rancak berbual dengan mak cik Hajar, terus senyap saja. Hanya sesekali dia buka mulut bila disoal. Benda yang paling best pula bila Dhani ajak bergambar.
Mula ambil gambar beramai-ramai, lepas tu mak cik Hajar bagi cadangan baik punya cilok suruh dia bergambar berdua bersama Dhani. Disokong pula oleh kawan-kawannya Kononnya kenangan bersama peminat dan kebetulan pula dia dan Dhani sama-sama mengenakan baju warna peach pada malam tu.
“Umi Nadrah…” panggil Dhani. Dia tarik nafas seketika. Penat pula berlari kejar mengejar gadis itu.
“Ya?”
Mata Dhani beri signal pada rakan-rakan Umi untuk tinggalkan mereka buat seketika.
“Kami tunggu dalam kereta. Jangan lama-lama.” beritahu Tikah seraya itu rakan-rakan yang lain tinggalkan pasangan itu bersendirian.
Sekeping kad dihulurkan pada Umi. “Ini kad saya, bila nak beli jubah saya boleh hubungi saya terus secara personal.” Dhani rasa nak ketuk mulut sendiri. Lain yang nak dicakap, lain yang terkeluar!
“Oh okay. Thanks. Saya pergi dulu. ” ujar Umi sebelum tinggalkan Dhani.
“Umi Nadrah.”
Umi berpaling lagi.
“Kalau bukan sebab nak beli jubah pun boleh hubungi saya, kalau rasa bosan nak cari tukang teman berbual pun boleh hubungi saya, kalau tetiba ingatkan saya pun boleh hubungi saya. Sebab saya akan terus tunggu.  Sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak. Di sini. Di masjid ini… Assalamualaikum cinta.” ujar Dhani lantas mengerdip mata. Kaki laju berpusing dan tinggalkan gadis itu. Tapak tangan terus tutup muka sendiri. Dhani apa kau buat ni!
Dan Umi pun tercenggang lima saat!

‘Sedondon di masjid semasa terawih tadi. Si Tulang rusuk’
#DiariSalamRamadhani #tulangrusukyanghilang #terawih #cintaramadhan #SRmencaricinta #cintadikesan?
Ternganga mulut Umi tengok gambarnya  yang diambil dari belakang yang dimuatnaik oleh Dhani. Lagi ternganga tengok caption yang diletak. Hashtag pun entah apa-apa lelaki itu letak.
“Umi!!!”
Tercampak Iphone Umi atas katil sebab terkejut dengan jeritan Miza dari bilik sebelah. Dengar derapan kaki si kawan sedang berlari ke biliknya. Umi terus baring dan tarik selimut. Nasib baik Dihah merangkap rakan sebiliknya  tengah mandi.
“Alaaa… dah tidur budak ni.” Terdengar suara Miza mengeluh di pintu biliknya.
Perlahan-lahan Umi celik mata apabila pintu biliknya tertutup. Tangan merayap mencari Iphone yang terjatuh tadi. Nasib jatuh atas katil. Kalau tercampak ke lantai sah malam ni mimpi dia ngeri. Kena pula katil dua tingkat. Jatuh bawah confirm retak!
“Eee… lelaki ni! Tulis caption entah apa-apa. ”
Umi skodeng lagi akaun Instagram Dhani. “Mama… matilah aku…” keluhnya bila tengok caption pada gambar yang dimuatnaik beberapa minit lepas.

Dalam kereta semasa balik dari masjid tadi mak nyanyi ‘jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang.’ I hanya mampu tergelak! Miss her already.
#DiariSalamRamadhani #tulangrusukyanghilang #terawih #cintaramadhan #SRmencaricinta #cintadikesan?
Gambar mereka berdua pula dimuatnaik oleh Dhani. Umi rasa automatik kepala diserang migraine. Tiba-tiba notification pada Instagram timbul.
Argh! Nak nangis Umi. Miza tag nama dia pada ruang komen kedua-dua gambar yang dimuat naik oleh Dhani.

Si Tulang Rusuk dah tidur. @UmiNadrah Tak sempat nak baca. Agaknya dia mimpikan awak kut.

Tidak lama kemudian. Dhani pula balas komen Miza.

@Miza Tidur bermimpikan I? Hahaha.. Awalnya si tulang rusuk tidur. #bahagiarasahati

Kali ni Umi urut pelipis mata selepas baca komen yang dibalas oleh Dhani. Suara kawan-kawannya kecoh di ruang tamu.
Tidak lama lepas tu semua rakannya serang komen gambar tersebut. Macam-macam komen antara mereka dan Dhani pada gambar yang dimuatnaik oleh lelaki itu. Ikutkan hati ingin saja dia mencelah tapi nanti tak pasal-pasal dia kantoikan diri sendiri.
Makan dalam sebab tak mampu nak balas komen punya pasal. Umi terus tutup telefon bimbit dan tidur. Esok pagi dia basuh semua kawan-kawannya satu persatu. Takut. Dia takut kalau abang-abangnya nampak gambar tu. Aduhai! Tidak sanggup dia hendak bayangkan.
@SR_Dhani requested to follow you on Instagram
Tak sempat Umi baca notification menyatakan bahawa Dhani mohon untuk follow dia dalam laman sosial tersebut sebab tuan punya badan dah masuk dalam mimpi.



Approve tak… approve tak… tak payahlah… Hei!” jerit Umi apabila Dihah tekan tanda setuju. Muka masam ditunjuk pada rakannya.
“Menambah ukhuwah.” jawab Dihah selamba.
Makin masam muka Umi tengah kawannya yang sedang pegang telefon miliknya.
 “Approved!” balas Dihah selamba kemudian sambung skodeng akaun instagram milik SR. Langsung tidak terkesan dengan muka garang kawan sebiliknya.
“Bangunlah! Sahur. Ingatkan tadi tidur balik ke apa. Rupanya duk skodeng anak teruna orang ni.” bebel Dihah. Dua kali dia masuk bilik mereka. Ingatkan si teman belum bangun lagi. Rupa-rupanya sibuk baca komen-komen dalam pada gambarnya bersama SR yang muat naik oleh lelaki tu.
“Kau orang punya pasallah ni. Apalah abang-abang aku kata nanti bila nampak komen-komen tu.”
Bulat mata Dihah pandang kawannya yang sudah duduk di katil tingkat atas itu. Dia tahu perangai tiga orang abang-abang Umi yang overprotective tu! Sampai sekarang Umi serik nak pasang angan-angan nak bercinta.
“Korang punya pasal ni. Hish! Takut aku…”
“Janganlah macam ni. Aku yakin abang-abang kau tiada masa nak buat spotchek. Kau juga yang kata abang-abang kau semua dah balik sampai tiada masa nak jemput kau di airport nanti.” Menurut Umi, Along dan achiknya sudah balik kem tentera masing-masing.
“Iyalah. Tapi angah? Mustahil angah tu tak tengok telefon. Kalau angah report dengan babah macam mana? Dihah!!” Makin cuak Umi fikirkan kesudahannya nanti.
“Hish kau ni. Aku pula ikut takut sekali. Tak apalah. Yang penting dua orang tu dah balik kem. Kau cuba kawtim dengan angah kau. Cakaplah kawan je. Saja gurau-gurau. Itupun kalau dia buka cerita soal kau macam-macam. Selagi dia tak soal, selagi tu kau senyap je.”
Laju kepala Umi mengangguk. Dia pun sedar juga tu. Kira bunuh diri kalau buka cerita pasal SR pada angah. selagi dia tak tahu, senyap saja. Langkah terbaik!
Tapi bila fikir peguam yang bernama Uzair tu selalu bagi soalan putar belit, Umi kembali cuak! Abangnya seorang ni jenit ular sawa. Suka putar belit soalan, payah nak ‘goreng’!
“Dah… Dah… Kau tak payah nak fikir bukan-bukan. Turun sekarang. Nanti tak pasal dah subuh. Melepas sahur kita.” gesa Dihah. Layan Umi ni tak pasal sampai ke esok takkan habis.
Waktu sahur tu Umi rasa nak sembur saja semua rakannya, tapi kenangkan tengah depan rezeki. Disabarkan hati. Habis saja sahur seorang demi seorang dia sembur. Ee… buat malu dia saja tak pasal-pasal bangun tadi. Beratus orang mohon nak follow dia termasuklah Syed Ramadhani tu! Mesti peminat-peminat Dhani nak tahu dia tu siapa pada Dhani. Malunya Ya Rabbi.
Usai solat subuh berjemaah. Umi duduk atas Dihah. Malas nak naik katilnya di tingkat atas. telefon dibelek lagi. Umi mengucap panjang tengok notification yang ‘cantik’ dihiasi dengan nama SR_Dhani.

@SR_Dhani takde kerja ke sibuk spam instagram orang ni. #TengahBenggangNi!
@UmiNadrah tengah kerjalah ni sayang. Kerja skodeng buah hati. #TengahRinduAwakni.
@SR_Dhani Hish! awak ni memain jelah.
@UmiNadrah Eh... Eh… bila pula saya main-main. #BilaNakTextNiSayang ? #OpenSangatlah
@SR_Dhani  Taknak text! #PadanMuka
@UmiNadrah Eh! Muka saya memang padan dengan awak sayang. Hahaha! love you.
@UmiNadrah sayang! senyap pula dia?

Muka Umi terus bertukar merah.
“Hah! Tu padan buku bertemu dengan ruas.”
Umi pandang Dihah yang baru bersuara. Rupanya si kawan yang sibuk pandang telefon tu tengah baca komen antara dia dan Dhani. “Dia ni nekad ke?” tanya pada Dihah pula.
Dihah angkat bahu.
“Tapi aku  dapat rasa Dhani tu memang jatuh cinta dekat kau…”
“Dia ada minta aku hubungi dia.”
“Kejap lagi dia akan hubungi kau.” balas Dihah selamba. mata masih tertacap pada telefonnya.
Umi terdiam seketika. Setahunya dia tidak ada beri nombornya pada Dhani.
“Miza bagi nombor kau pada dia semalam. Dia PM Miza semalam. Merayu-rayu minta nombor kau!”
What?” Umi terjerit kecil.
Waktu tu juga telefon Umi berdering minta diangkat. Nombor yang tidak dikenali tertera. Umi pandang saja. Tak nak jawab. Takut si pemanggil tu ialah Dhani.
“Umi bingit. Angkat sajalah.”
“Tak naklah.” Umi matikan talian. Ketika nak tukar ke mood senyap. Telefonnya berbunyi lagi.
“Hish! Kau ni.” Telefon Umi dirampas dan dia tolong jawabkan bagi pihak si kawan.
“Asssalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, Umi ada.”
“Ada. Dia tak nak jawab telefon. Dhani kan?”
Kedengaran suara Dhani tergelak kecil. “Yup. Saya. Kenapa tak nak cakap dengan saya? Dia marahkan saya ke?”
“Lebih kuranglah. Selebihnya dia malu dan terkejut.” Dihah tergelak kerana muka kawannya berubah bila mendengar ayatnya. Disebalik talian, Dhani pun tergelak kecil.
She’s so cute. I just can’t help myself. Semalaman angau tengokkan gambar dia aje.” Luah lelaki itu.
“Dah… Dah.. you go and talk to her. I malas nak layan.”
Dihah sua telefon pada pemiliknya. Laju Umi geleng kepala. Dia tak naklah cakap dengan Dhani. Tangan Umi ditarik. Telefon diletak atas tapak tangan gadis itu.
“Cakap ajelah. Tak mati pun.” arah Dihah lalu keluar bilik tinggalkan kawannya. Bagi privasi sikit pada Umi yang takut sangat nak terima cinta orang dari dulu hingga sekarang.
“Assalamualaikum…”
Dhani tersenyum dengar suara Umi memberi salam. Alhamdulillah.



Hari ni mula dia tinggal bersendirian. Tadi lepas hantar Tikah ke lapangan terbang. Dia terus membawa diri berjalan-jalan sekitar pusat komersial seksyen 7. Kalau balik rumah awal pun bosan, yang lain dah balik rumah masing-masing. Dia pula lagi dua minggu baru ada kertas seterusnya.
Sayang, you dekat mana sekarang?
Pesanan ringkas dari Dhani diabaikan. Mesti Dhani baru saja nampak gambar yang dia muat naik di Instagram tadi. Gambarnya menghantar Tikah ke lapangan terbang tadi.
Rancangan nakal terlintas difikiran Umi. Rasa nak kenakan Dhani pula. laju jemari membalas pesanan lelaki itu.

Umi       :          Awak busy tak?
Dhani    :          Untuk awak. Sentiasa free.
Umi       :          Kita main hide & seek nak?
Dhani    :           Tak faham la yang?
Umi       :           Find me. Gambar klu saya post dekat IG
Dhani    :           Ada hadiah tak?
Umi       :           Eleh! tak jumpa lagi dah nak hadiah. :P
Dhani    :           Tak kira! jumpa nanti. Nak tuntut hadiah jugak.
Umi       :           Kalau jumpa sebelum berbuka…
Mana aci! Tinggal kurang sejam berbuka…

Umi tergelak kecil. Dia kemudiannya muat naik gambar kedudukannya sekarang. Sekadar gambar sisi dari bangunan. Kemudian dia sambung bersiar-siar lagi .
Dia terlihat sepasang kasut tinggi warna peach. Kepala terus ingatkan pertemuanya bersama Dhani. Tanpa tunggu lama telefon bimbitnya dikeluarkan bagi menangkap gambar kasut tinggi yang dihiasi dengan lace warna peach tersebut.
Peach! The colour reminds me of someone…
Usai meletak caption diletak pada gambar. Umi sempat membelek notification. Mulutnya tenganga sendiri. Main culas! Dhani repost semula gambar yang dimuat naik tadi.

Repost from @Uminadrah with @repostapp … Hide and seek with her. Help me to find this place. Dia kejam! letak gambar bagi klu tapi bangunan mana tah sayang I gambar.

Umi baca komen-komen pada gambar tersebut. Ramai peminatnya beritahu kedudukan bangunan tersebut. Eee… main tipu!

Umi       :          Awak main culas… grr~! Tak aci…
Dhani   :           Aci minaci. Dekat je rupanya dari butik I. Tapi nak grr jugak! I tengah berpeluh lari keluar dari butik cari sayang. Dah sampai sini tup-tup orangnya takde. Gambar lain pula dia post.

Umi tergelak kecil. “Padan muka!” Jam di tangannya dipandang. Tapi tak naklah seksa anak orang waktu puasa ni. Dia gerak keluar dari butik tersebut lalu menuju ke Paparich un
You’re like a coffee. Keep my heart warm like a warm coffee on a cold day, refreshing just like iced coffee on a hot day when I’m not in my mood. Plus the most important thing is you such addictive. Can’t keep myself far away from you.

“Hai sayang!”
Umi pangguk kepala. Belum sempat dia tekan butang post pada gambar kopi yang terhidang atas meja sebagai klu terakhir, Dhani sudah pun berada depan mata. Tersenyum bangga kerana berjaya menjumpai si kekasih hati.
Skrin telefon kembali dipandang. Tertekan butang post la pulak! Dia pandang Dhani lagi. Lelaki itu pandangnya tidak berkelip.
“Sayang nak hadiah.”
Errr… nah. Hadiah. Saya belanja.” Salah satu cawan atas meja itu ditolak ke depan lelaki itu.
“Saya tak nak ni. Nak hadiah lain.” Muka comel ditayang pada gadis itu. Saja nak mengusik. Dapat lihat wajah Umi untuk hari ni pun merupakan hadiah terindah untuk hilangkan lelahnya seharian bekerja.
Err… hmm.. Hah makanan kita sampai kejap lagi. Duduklah. saya belanja berbuka hari ni.”
Dhani tersenyum. Lucu pula tengok muka kalut Umi. Dia ambil juga tempat depan gadis itu. Takkan nak buka drama tengah orang ramai ni.  Dekat waktu nak berbuka pula tu. Dia membalas pandangan Umi yang ralit memandangnya. Mulanya rasa gembira diteliti oleh Umi tapi bila gadis itu senyap saja, Dhani terus jadi segan dan malu sendiri.
“Umi sayang behave. Puasa. Saya malu awak tenung macam tu.”
Umi yang menompang dagu memerhati Dhani akhirnya tergelak kecil. Dia sengaja buat macam tu. Tiada niat pun nak tenung Dhani.
“Awak pura-pura ya! sayang…”
Semakin ralat Umi gelakkannya. Merah wajah gadis itu kerana tidak henti gelakkan Dhani. Rasakan! Selalunya dia saja ditenung macam nak terkeluar biji mata oleh Dhani.
“Awak nakal ye hari ni. Jaga… hutang hadiah hari ni saya tuntut nanti.”
“Eh! Mana ada orang demand hadiah kemenangan. Saya dah belanja ni sebagai hadiah.” Berubah riak wajah Umi dengar amaran lelaki itu.
Giliran Dhani pula tersenyum kemenangan. Suka usik buah hatinya. “By the way dear, you look so beautiful with that abaya. Thanks for wearing my design.
Thanks to you too. Love it so much. ” Hari ni Umi mengenakan jubah hijau mint dipadankan dengan tudung warna krim lembut. Semestinya rekaan dari jenama SR milik Dhani.
“Saya baru perasan. Umi suka warna pastel ya?”
Umi senyum menangguk.
 “Peach, cream, bubblegum, baby blue, lilac, green mint and dusty pink. Betulkan sayang?” Dhani senaraikan hampir kesemua warna pastel pada jubah yang telah dimiliki oleh Umi. Dia suka warna pastel. Nampak lebih  lembut dan feminin.
“Saya pakai je jubah awak warna yang lebih terang dan gelap. Tapi selalunya saya memang akan pilih warna pastel..”
“Dan dusty pink warna kegemaran Umi kan?” teka Dhani. Tak kisahlah Umi panggil dia pervert kerana skodeng gambar-gambar Umi di Instagram. Memang realiti pun! Dia suka segalanya tentang Umi.
Umi senyum mengangguk.
“Majlis tunang kita nanti. Saya nak warna dusty pink sebagai tema. Hiasan lain warna-warna pastel…”
Err… apa maksud awak tunang?”
Dhani tidak menjawab soalan kekasih hatinya. Sekadar tersenyum kecil. “Dah azan.” tuturnya. Dia tadah tangan untuk membaca doa, Umi turut buat benda yang sama. Menadah tangan dan mengaminkan doa berbuaka dan doa sebelum makan yang di baca oleh Dhani. Tapi hati masih lagi digaru atas soalan yang masih belum berjawab.


“Dhani, Apa maksud awak tunang? Awak tahukan saya dan awak tiada hubungan  apa-apa lagi…” tanyanya pada Dhani yang sedang memandu kereta sewa Umi. Lelaki itu nak dia yang pandu kereta sekali ke masjid menunaikan solat maghrib. Dhani kata keretanya rosak pagi tadi, dia ke kerja pun tak memandu.
“Hubungan apa?” tanya Dhani kembali. Dia tersenyum memandang Umi yang kelihatan gelisah dari tadi.
“Bercinta.” tutur Umi menunduk.
“Memanglah. Kita bercinta lepas kahwinkan lebih manis… Please sayang. Awak pun dah nak habis belajar.”
Umi gosok belakang leher yang ditutup dengan selendangnya. Rasa kekok pula berceritakan pasal topik kahwin padahal usia perkenalan mereka tidak sampai sebulan. “Dhani… saya.”
Kereta yang diparkir dalam tepi jalan kawasan masjid Bukit Jelutong itu. “Tengok masjid tu Umi, indah kan? Saya tahu masjid sentiasa nampak indah. Sebab itu rumah Allah. Tapi bulan mulia ni nampak lebih indah atas kerelaan umat untuk datang beribadah pada masjid. Saya nak masjid kita macam ni Umi. Kerelaan awak dan saya untuk teruskan kemeriahan masjid yang terbina. Saya tak nak paksa awak tapi saya nak awak jujur pada diri saya, pada diri awak sendiri…”
Dhani senyap seketika sebelum bertentang mata memandang Umi. “Awak cintakan sayakan?”
Umi tunduk bermain dengan jari runcingnya. Jantung berdetak kuat dengar kata-kata ikhlas dari lelaki itu Cuma dia susah hendak mengaku cintanya pada Dhani. Tambah pula usia perkenalan mereka yang terlalu awal. “Dhani… saya…”
“Jujur pada hati. Sebab saya nampak perasaan tu pada awak. Tapi saya nampak awak cuba halang cinta itu dari terus dekat. Kenapa sayang?”
“Dhani kita solat maghrib dulu. Kita sambung bincang lepas terawih nanti.” pelawa Umi.
Dhani hembus nafas perlahan. “Baiklah.”
Mereka bersama-sama melangkah masuk ke kawasan perkarangan masjid. Umi besarkan langkah ke kawasan muslimah. Takut habis waktu solat maghrib. Dan selebihnya dia ingin mengelak dari Dhani. Jujur cinta pada Dhani mula bercambah tapi dia takut. Takut untuk bercinta lagi!
“Umi…”
Umi menoleh mendengar suara yang dia cukup kenali. Bibir menguntum senyuman. tangan dihulur untuk bersalaman dengan wanita itu. Pipi kedua anak kecil bersamanya dicubit sedikti. Comel! “Assalamulaikum mak cik.”
“Waalaikumsalam, lama tak nampak Umi dan yang lain.”
“Yang lain dah balik minggu lepas mak cik. Tadi pun Umi tolong hantar Dihah ke airport tadi.” beritahu Umi takut wanita itu salah faham. Mula-mula Ramadhan memang mereka rajin ke situ, masuk minggu kedua majoriti kawannya dah beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Selalu ke masjid tu pun naik kereta Athira. Bila Athira balik Melaka, tiada lagi kenderaan mereka. Mereka pun hanya solat terawih di surau asrama sahaja.
“Jadi datang sini seoranglah ni?”
Umi tersenyum kecil. Nak jawab datang sendiri tapi sah-sah menipu. Dalam rumah Allah pula tu. “Err… Umi datang dengan Dhani.” jawabnya perlahan.
“Syed Ramadhani?” tanya mak cik Hajar bagi memastikan Dhani yang dimaksudkan oleh gadis itu.
Umi tersenyum kecil memangguk. Iya mak cik. Syed Ramadhani anak mak cik tu! Syed Ramadhani yang baru saja lamar saya.
Laa… bertuah punya budak. Padanlah mak cik suruh belikan barang dapur. Dia kata nak pergi beli malam karang. Rupanya dating tak ajak.” usik Mak cik Hajar. Suka tengok wajah Umi yang berubah merah bila malu.
Eh! bukan dating…” Umi cuba menidakkan. Keluar makan tu kira dating ke? Dating tu untuk officially couple saja kan. Dia dan Dhani belum bercinta lagi!
“Bila paper Umi lagi?” tanyanya. Setahu Sharifah Hajar, peperiksaan kertas terakhir Umi lama lagi ketika berborak dengan anak-anak gadis itu tempoh hari.
“Lama lagi mak cik. Minggu depan hari khamis.”
“Maksudnya tinggal beberapa hari saja dari raya?”
Umi menangguk. Itulah. Dia pun tak tahu nak buat apa seminggu lebih ni keseorangan di asrama.
Selalunya bila semua balik macam ni. Dia akan pergi melancong dalam negara seorang diri. Tapi bulan puasa ni macam tak logik saja dia nak pergi melancong, baik buat amal jariah tambah pahala lagi elok.
“Tidur di rumah mak cik nak? Lagipun Umi seorang diri saja di rumahkan.”
Terkejut Umi dengan permintaan wanita itu. Segan mak cik Hajar oi! Kalaulah wanita itu tahu bahawa Umi baru saja dilamar oleh anak terunanya. “Err… segan.” beritahu Umi naïf.
“Allah apa nak disegannya. Bukannya mak cik makan orang. Bolehlah ya? Esok kita jalan-jalan. Mak cik nak minta tolong sekali, nak shopping beli baju raya untuk budak dua ni esok.” pujuk Sharifah Hajar lagi. Dia suka sangat dengan penampilan anak gadis dihadapannya.
Umi tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Dia nak temankan mak cik Hajar pergi beli belah untuk baju raya anak-anak saudara Dhani ni. Tapi dia tak nak duduk serumah dengan Dhani. Tambah lagi lepas kes lamaran tadi tu.
Dua orang kanak-kanak yang sedang mendongak memandangnya itu dipandang sekilas. Ikhlaskan hati Umi. Untuk Umi Alissa dan Farah Aima. “Baiklah.” ujar Umi lantas menangguk setuju. Kepala Farah diusap perlahan. Dilihat dua beradik itu tersenyum girang dengan persetujuannya.
“Tapi saya kena balik hantar kereta sewa dulu. Tak apakan mak cik?”
Sharifah Hajar senyum menangguk. “Baiklah. Dhani kata lepas terawih dia nak keluar. Keluar dengan Umi ya? Kereta diakan rosak?” tanyanya. Dia ke masjid tadi pun bersama pemandu dan orang gajinya bersama. Dhani tu setia orangnya, kalau anak muda lain suka kumpul kereta banyak. Anak lelakinya cukup setia dengan  keretanya yang satu tu. Dhani pula tidak suka pandu kereta Toyota Estima Aeras sebab terlalu besar jika sekadar nak jalan seorang diri.
“Aah. Sekali naik kereta sewa.”
“Okaylah. Hati-hati. Nanti mak cik suruh Pak Hamid jemput Dhani dan Umi di kolej Umi lepas hantar kereta.”
Kebetulan telefon Umi berdering.
“Dhani?” tanya Sharifah Hajar.
Angguk. Nak jawab telefon tapi malu. Mesti Dhani tengah tunggu dirinya sekarang ni.
“Jawablah. Dia dah habis solat tu. Kirim salam dengan anak mak cik tu. Pesan dekat dia kata jangan bawa keluar malam lama-lama.”
Umi tersenyum kecil. “Baiklah. Umi pergi dulu ya mak cik.” Sekali lagi tangan wanita itu disalam sebelum Umi keluar dari perkarangan masjid.




“Kenapa kau tak nak SR?” gesa Dihah.
“Sebab dia metroseksual.”
“Okay apa. Sekurangnya dia bukan homo. Bagi sebab lain.”
“Dihah, he bring manbag. Kadang pakai scarf, mudah berbual dengan perempuan  pula tu. Bukan perempuan je, entah-entah yang satu spesis pun minat dekat dia. Penampilan 24 jam sentiasa stylish.  Aku tak nak macam tu.”
“Hish! Tak nak aku. Aku nak real guy. Macam abang-abang aku.”
“Duh! Ingat boleh suka hati nak tukar? Dia pereka fesyen la Umi. Lagi pelik kalau dia tu real guy. Logiklah kau ni… demand lebih!” Dihah menyuarakan pendapatnya.
Dihah hembus nafas. Dia pula cuba buka minda si kawan. “Umi, Along kau askar, angah kau peguam, achik kau pula juruterbang TUDM. Memanglah sah-sah bagai langit dengan bumi dengan SR tu.”
Umi mengeluh. Dia faham semua tu. Tapi dia takut.
“Kau takut jadi macam Fiz?”
Umi terdiam disebalik talian. Tahulah Dihah punca kawannya menolak lamaran Dhani. “Umi… ” panggilnya. Terbanglah kredit telefon si kawan ni kalau terus senyap saja macam tu.
“Aku tak nak Dhani lari macam Fiz lepas jumpa abang-abang aku. Aku takut dia lari tanpa sebab lagi.” luah Umi. Dulu dia pernah bercinta dengan lelaki bernama Fiz Hamdan. Seorang yang tua bebeberapa tahun darinya, sebaya dengan alongnya. Berkerjaya, tampan dan sangat penyayang tapi entah apa yang terjadi. Fiz tiba-tiba menghilangkan diri selepas pertemuan bersama keluarganya. Tiga hari selepas itu Fiz menghilangkan diri dan hanya hantar pesanan ringkas mengatakan mereka berdua berpisah dengan alasan tidak sepadan.
Umi tahu selepas perjumpaan keluarga itu, Fiz ada berjumpa dengan abang-abangnya tapi dia tidak tahu apa yang abang-abangnya buat dan cakap pada Fiz sehingga lelaki itu tinggalkannya tanpa sebab kukuh.
Bila ditanya pada abang-abangnya. Mereka kata lupakan saja lelaki itu! Lelaki seperti Fiz tak layak bergandingan dengan adik perempuan mereka. Umi pun tak faham! Sejak itu dia malas hendak bercinta lagi. Bercinta bagai nak rak tapi jika tidak diredhai oleh adik beradiknya tidak guna jugak!
“Aku yakin Dhani tu jodoh kau. Fiz tu kalau serius dah lama cari kau balik bukan tu je. Kalau dia betul-betul nakkan kau. Dia takkan hilangkan diri macam tu je…”
“Entahlah Dihah. Aku malas nak fikir benda-benda ni dah. Aku ikut babah, biar babah yang carikan jodoh untuk aku. Kalau babah yang pilih, abang-abang aku tak dapat buat apa-apa lagi. Kita pun masih muda lagi. Cukuplah apa yang aku rasa sebelum ni.”
Giliran Dihah pula senyap. Dia tahu perasaan Umi. Apa yang terjadi dua tahun lepas bukan mudah untuk Umi bangkit dan tersenyum semula. “Aku masih doakan kau dan Dhani. Dia lelaki yang baik. Kesian dia kena reject! Benci kau.”
Umi tergelak kecil. Iya. Umi tolak lelaki itu ketika mereka berbincang selepas terawih tadi. Lagi teruk dia tinggal di rumah keluarga Dhani malam ni. Kesian lelaki itu, tapi apakan daya Umi tidak mahu kecewa buat kali kedua.
Adik tengah bercinta.
Pesanan dari abangnya dibaca selepas berbual dengan Dihah ditalian tadi. Umi tarik nafas panjang. Angah dah tahu! Itu ayat penyata bukan soalan. Dia beritahu dalam kumpulan whatsapp mereka adik beradik pula tu. Adoi! lepas tu kecoh angah dan achik berbual dalam tu macamlah Umi tidak wujud dalam group tersebut. Along tak balas apa-apa lagi. Alongnya tidak suka diganggu tengah malam. Dia jenis yang akan matikan laluan internet pada pukul 11 hingga 4 pagi. Tidak suka privasinya terganggu oleh pesanan yang hadir dari aplikasi tersebut.
Umi sekadar membaca perbualan dua abangnya itu. Satu gambar screenshot dari telefon angah menarik perhatiannya. Berkerut-kerut dahi Umi membaca perbualan dua lelaki itu.

Dhani: Ayah kau dah setuju. Tapi masalah sekarang ni adik kau tu yang tak nak kat aku. Aku peliklah. Gaya dan cara adik kau macam sukakan aku tapi entahlah! Dia reject lamaran aku tadi sebab aku ni metroseksual bro! Alasan dia tak kukuh langsung. Aku dah tanya kawan dia. Dihah kata mungkin sebab Fiz, bekas teman lelaki Umi. Sama ada Umi masih cintakan lelaki tu atau dia takut nak terima aku lepas apa yang jadi sebelum ni.

Ternganga mulut Umi baca luahan panjang dari lelaki itu. Dia tidak tahu dari mana abangnya kenal Dhani. Tapi perbualan itu seperti mereka berdua telah kenal lama.
Angah tahu adik tengah baca.
Kenapa adik reject Dhani?
Sebab adik masih sukakan Fiz?
Lepas tu bertubi-tubi soalan dari angah masuk dalam group menyeru adik perempuannya balas.
Umi tak tahu nak balas apa. Dia takut jawapannya hanya akan melukakan diri sendiri.
Fiz?
Lelaki dulu tu?
Adik masih cintakan dia?
Giliran achik pula menyerbu soalan demi soalan dalam group tersebut. Kemudian satu lagi gambar screenshot dihantar oleh angah.

Dhani : I love her. I love her so much. Kau pun tahu aku macam mana. I never fall in love before. Bila aku kata aku cintakan dia. I really meant it! Nampak aje gambar kau dan dia dalam instagram Umi. Aku terus hubungi kau. I need her to be with me, as my wife, as mother of my kids, as DIL of my mom. Aku nak halalkan hubungan kami. Tapi as I said before. Masjid yang terbina takkan meriah tanpa kerelaan hati seseorang itu memeriahkannya. Aku hanya mampu terus berdoa agar Allah buka hati dia untuk terima aku seadaanya. I love her Uzair. Aku tak nak paksa dia walaupun abah kau setuju.
She with me now. Mak yang pujuk dia tinggal di sini. Sebenarnya aku yang minta mak pujuk sebab kesiankan dia tinggal seorang diri di hostel. Aku tak nyenyak tidur fikirkan dia kena tinggal di rumah bersendirian. Beritahu abah kau. She safe with me.

Uzair : Thanks bro tapi kau macam mana? Kau bagi dia tinggal dengan kau. Hati kau macam mana?Is it okay?

Dhani :I’m okay. As long aku dapat jaga dia pun dah cukup. Aku rasa jadi tanggungjawab untuk jaga dan tengokkan dia. Tapi I will never stop loving her. Dan berusaha nak kejar cinta adik kau…


Belum habis baca lagi, air mata Umi berderai jatuh membasahi pipi. Terharu. Ya dia terharu dengan tindakan dan usaha. Tanpa tunggu lama, nombor lelaki itu didail.
“Assalamualaikum.”
Dengar suara Dhani memberi salam buat hati Umi bertambah sakit menyalah diri sendiri kerana tidak memiliki cinta sekuat Dhani. Tangisannya semakin kuat kenangkan betapa sedihnya lelaki itu sekarang ni.
“Sayang…” panggil Dhani lagi.
“Umi awak nangis?” suara Dhani semakin cuak dengar tangisan Umi yang semakin kuat.
“Kenapa awak baik sangat? Kenapa awak buat semua ni? Kenapa awak…”
Sysshh… dah sayang jangan nangis. Saya buat semua ni sebab saya ikhlas cintakan awak.”
“Saya… saya cintakan awak Dhani. Tapi saya takut. Takut awak tinggalkan saya seperti dia tinggalkan saya sebelum ni. Saya tak kuat. Saya tak nak kecewa untuk kali ke dua.”
Tersenyum Dhani disebalik talian mendengar luahan berani Umi. Dia baru saja tahu tentang  itu. Sebaik saja habis berbual dengan Umi tadi, Dihah terus hubunginya. Beritahu sesiapa saja pilihan abah Umi, gadis itu akan terima! Dan yang paling bestnya, abah Umi memang awal lagi dah terima dia sebelum gadis itu lagi.
“Saya takkan tinggalkan awak melainkan awak seorang isteri kepada lelaki lain. Saya akan jaga awak dan cuba untuk pikat hati awak untuk terima saya seadaanya…” kata-kata itu lahir dari hati ikhlas Dhani.
“Tapi saya dengar orang tu akan terima pilihan babah dia, tapi setakat ni saya dah jadi pilihan babah awak.” usik Dhani.
Terdengar Umi tergelak kecil dengar kata-kata lelaki itu. Mesti Dihah yang beritahu Dhani ni! “Banyak betul orang belakang awakkan? Macam mana awak kenal abah dan angah saya?”
“Saya satu universiti dengan Uzair. He used to be my housemate waktu belajar di England dulu. Tak pernah tahu pula Uzair ada adik secantik awak. Kalau tahu lama lagi, dah tentu saya pinang awak awal lagi.”
“Jadi dah tahu sekarang awak buat apa pula?” tanya Umi kembali. Dia kesat sisa air mata.
“Dah tahu sekarang, saya terus hubungi Uzair. Kemudian jumpa babah awak. Alhamdulillah. Babah awak terima saya seadaanya.”
“Awak ke Sarawak? Bila?”
“Aah sayang. Minggu lepas. Saya pergi jumpa Uzair dan terus ke rumah awak. Tinggal tunggu tuan punya badan saja lagi setuju…”
Errr…” Umi tak tahu nak cakap apa lagi. Semua perasan bercampur baur! Nak tapi takut! Ah apa lagi yang kau takutkan Umi? Babah dan angah kau dah setuju. Mesti along dan achik tiada masalah nanti.
“Diam tanda setuju sayang. Awak setuju kan?”
“Saya setuju kalau babah setuju.”
“Alhamdulillah! Esok dapatlah saya shopping raya dengan tenangnya! Thanks sayang. Love you…
“Eh? Bukan awak kerja ke esok?”
“Nak keluar dengan mak, anak-anak saudara dan bakal isteri saya. Kerja boleh tolak tepi! Tak sabar nak tunggu hari esok… dah. You go to sleep now sayang. Esok nak bangun sahur pula.” arah Dhani. Syukur alhamdillah. Dia bangun untuk solat sunat, tapi tak sangka jawapan dari Umi diterima! tanpa tunggu lama Dhani yang masih lagi berwuduk terus sujud syukur pada tikar sejadah yang terbentang atas lantai.
Terima kasih Ya Allah. Syukur alhamdulillah.



Raya ke lima meyaksikan pertunangan pasangan itu. Dusty pink menjadi tema mereka. Warna cinta mereka. Cantik sungguh Umi mempergayakan baju jubah labuh yang direka khas oleh tunangnya sendiri. Sentuhan rekaan Dhani cukup menyerikan si gadis yang bakal dimiliki dalam jangka masa sebulan lagi. Dari segi rekaan hinggalah jahitan semua dilakukan sendiri oleh lelaki itu.
You look so lovely. I love you sayang.” ucap Dhani.
Thanks to you for this lovely dress. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Dhani. Terima kasih atas segalanya. Saya cintakan awak.”
“Alhamdulillah. Glad you love it.
Umi tersenyum kecil pada lelaki yang mengenakan baju melayu yang sedondon dengannya. Hanya hari ini rekaan khas untuk dia seorang sahaja.
Sebenarnya sudah lima hari beraya. Lima pasang baju juga sedondon dengan lelaki itu. Baju rekaan khas dari dari sempena raya 2015. Keluaran terhad untuk tahun ini sahaja.
Jubah Umi.
Jubah yang diberi nama atas inspirasi yang diperolehi dari si gadis. Ada enam warna pastel kesemuanya. Jubah pasangan untuk perempuan dan lelaki. Keenam-enamnya dimiliki oleh Umi. Hadiah dari Dhani kerana menjadi muse untuk rekaan tersebut. Tapi yang mengejutkan dirinya. Setiap hari Dhani akan pastikan mereka pakai baju warna yang sama walaupun ketika itu Dhani beraya di Johor manakala Umi di Sarawak bersama abah dan abang-abangnya.
“Jom ambil gambar dengan yang lain.” ajak Dhani.
Umi senyum mengangguk. Mereka berjalan beriringan masuk ke perkarangan rumah semula. Doanya agar mereka terus bersama beriringan di dunia dan juga akhirat.
“Awak nak tahu seseuatu tak?”
“Tahu apa?”
“Sebelum kita jumpa di masjid tu. Petang tu saya ternampak awak berbual dengan kawan awak di bazar stadium.”
Dhani tersenyum memandang tunangnya.
“Sebenarnya saya pun nampak sayang.”
Mata Umi membulat. “Serius?”
“Kan waktu tu Umi pakai jubah rekaan saya. Mestilah saya perasan. Tapi nampak sekilas lalu sajalah sebab sayang saya ni jalan laju sangat. Waktu tu saya cakap dengan kawan saya datang situ seorang sebab nak cari jodoh.”
Umi tergelak kecil sambil mengangguk sebab dia terdengar Dhani cakap macam tu waktu tu. “Saya dan Miza terdengar awak cakap macam tu.”
“Tak sangka rupa-rupanya memang terjumpa jodoh dekat situ. Tambah pula jodoh tu sendiri dengar. Padahal saya gurau je.” Dhani turut tergelak kenangkan gurauannya yang menjadi realiti. Tapi dia tak kisah! Sebab jodoh dah jumpa dan gadis itu sebaik dan seayu Umi Nadrah si kekasih hati!




Umi pernah bertanyakan kenapa abang-abangnya tolak Fiz tapi senang saja terima Dhani pada angahnya.
“Kami nak terbaik untuk untuk Umi. Suami terbaik bukan pada rupa paras, kerjaya ataupun kedudukannya. Suami terbaik ialah bila agama didahulukan. Senang sahaja. lelaki itu ikhlas dan taat pada agama bila bercinta ingin ke syurga. Dia datang terus hubungi keluarga kita untuk halalkan cintanya pada Umi.”
“Tapi Fiz dulu kenapa abang tolak?”
Uzair tersenyum kecil. “Nak jadi imam seseorang kenalah berani berimamkan orang lain. Senang saja nak tahu dik, bila sekali kita tanya siapa nak imam. Dia rela hati imamkan orang dalam solat. Tapi bila kita tanya boleh ke tak, dia tolak ke orang lain pula. Yang tu automatik failed untuk berimankan adik abang ni lagi.”
“Kami tak minta dia jauh dari adik. Kami minta dia bersedia imamkan solat dulu baru berimamkan adik. Kami tolak cara baik, tak sangka dia hilang dan hanya putuskan hubungan dengan adik hanya dari pesanan ringkas. Along marah sebenarnya tengok adik bersedih kerana lelaki tu. Along kata lelaki yang berani, ialah lelaki yang berterus terang.” beritahu Uzair lagi pada adik bongsunya.
“Alhamdulillah. Dhani sudi imamkan solat malah berjumpa sendiri dengan abah untuk minta kebenaran dari abah. Abang pun kenal Dhani lama, dia memang jaga solat dari dulu… Sebab tu kami tak halang bila dia nak halalkan hubungan kau orang. Insya-Allah, Dia lelaki terbaik untuk adik angah ni...”
Ketika itu barulah Umi tahu sebab Fiz ditolak secara baik oleh abang-abangnya. Dan yang penting kenapa Dhani diterima oleh abang-abanngya. Semoga Allah berkati hubungan mereka dunia dan akhirat. Amin!
Tamat.


Alhamdulillah dah habis. Salam Ramadhan semua!!! Harap its worth to wait la kan.. macam dah lama tak post cerita dalam blog ni. lol bukan macam tapi memang. Jangan lupa komen kay & sesiapa nak beli ebook #ProjekCPR boleh klik gambar cover bawah. TQ Muah!

 Pembelian Ebook #ProjekCPR


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!