Intan mengurut
kepala yang sedikit pening gara-gara tidak cukup tidur. Sudah dua gelas kopi
menjadi santapannya. “Cik Intan tak apa-apa?” tanya Suraya yang senyap saja
dari tadi. Risau tengok keadaan bosnya yang agak serabut. Selalunya Intan
selalu saja nampak tenang dan releks.
Badan
Intan disandarkan, matanya dipejam sambil jemari mengurut lembut pelipis
matanya. “Kepala I peninglah. Sebab tak cukup tidur kut.”
“Cik
nak terus balik atau nak ke syarikat lepas ni?” tanya Suraya. Dia memang sedia
maklum bahawa bosnnya selalu masuk pejabat walaupun hari ahad. Susah nak tengok
waktu rehat bos itu.
Intan
geleng kepala. “Balik kut. Thanks
again sebab you sudi tolong I. I dah cuba hubungi Damia dan Kimi. Tapi dua-dua
pun masih tutup telefon.”
Suraya
tersenyum kecil. Seawal 6 pagi lagi dia dapat panggilan dari bosnya untuk
datang ke hotel Oriental Mandarin. Ulang alik jadinya! Dari rumah ke hotel
untuk ambil kredit kad dari Intan, kemudian pergi cari baju untuk bosnya dan
kembali semula ke hotel. Mujur saja dekat dan semuanya ditanggung oleh Intan.
“Tak
apa cik. Saya pun kebetulan free hari
ni. Cik nak balik ke mana? Kunci?” tanya Suraya prihatin. Langsung tidak kisah
bantuan yang dihulurkan untuk bosnya. Dia tahu bosnya terdesak dan sangat
harapkan bantuannya. Selama ini bosnya hanya minta tolong dari kawan karibnya
dua orang tu saja jika bukan berkaitan dengan skop kerja Suraya.
Mata
Intan dicelik. “I naik teksi balik rumah mak angkat I kut. Isnin nanti you
cutilah. Ganti hari ni.”
Suraya
geleng kepala. Satu senyuman ikhlas terlakar. “Tak apalah cik. Saya ikhlas
tolong cik. Err… tu bukan Encik Aneff ke?”
Pertanyaan
Suraya buat Intan tertoleh pada figura yang berjalan ke arah mereka. Intan
mengeluh kecil. Lelaki inilah punca dia tidak dapat tidur nyenyak walaupun
baring atas katil empuk.
“Assalamualaikum.
Boleh I join sekali?” Soalan Aneff
dibalas dengan anggukan kecil dari Intan. Salam lelaki itu sekadar dibalas
dalam hati.
“You
okay?” soal Aneff yang kini duduk sebelah Suraya. Dipandang wajah pucat gadis
depannya ni. Aneff pun tak tahu apa yang rasuk dirinya untuk tegur Intan sebaik
saja nampak kelibat gadis itu. Semalam bukan main berangin sebab Intan cium dia
sampai dua kali. Hari ni boleh pula buat selamba datang menegur.
“Okay
je. You balik rumah pukul berapa?”
“I
balik lepas sarapan ni. You? Kunci rumah tu dah dapat.”
Intan
mengangguk. “I dah urus pasal tu.” jawabnya ringkas. Aneff tidak perlu tahu
kewujudan mak dan ayah angkatnya.
Sesekali
keadaan menjadi senyap saat masing-masing menikmati hidangan yang dipesan.
Seperti biasa topik perniagaan menjadi buat bicara mereka berdua. Suraya senyap
saja tanpa sebarang suara.
“Aneff.”
teguran seorang wanita menarik perhatian mereka bertiga. Intan perasan sesekali
wanita itu memandang sinis padanya. Dia
balas dengan senyuman sinis juga lalu tunduk semula memotong daging stik
miliknya. Dia tiada mood nak layan orang sangat sekarang ni. Datang tiba-tiba
sambil buat muka macam tu. memang silap langkahlah jawabnya!
“Aunty
Ria.” Aneff bangkit sambil menyalami tangan wanita itu.
“Aneff
busy ke?”
Aneff
tersenyum memandang mak ciknya. Kepala digeleng kepala. “Tak tahu pula Aunty
datang KL. Kenapa tak cakap dengan kami?”
“Aunty
temankan Uncle outstation seminggu.
Mama awak pun tahu pasal ni, petang ni pun aunty jalan-jalan dengan mama. Awak
tu je yang sibuk memanjang. Oh ni siapa? Tak nak kenalkan dekat aunty?”
Aneff
tersengih. Dia memang tengah sibuk dengan projek baru bersama syarikat Intan.
Itu pun setiap kali jumpa mesti tengah bincang. Intan pula jenis teliti dengan
kerja, silap sikit pun wanita itu pasti akan perasan. Memang sesuai sebagai
penaraju syarikat besar yang maju. “Kenalkan business partner Aneff. Cik Zara
Intan Tasneem binti...”
“Intan.
Panggil I Intan je cukup… ni setiausaha saya. Suraya.” pangkah Intan sambil
berdiri dan menghalakan tangan untuk salam wanita itu. Senyuman sinis saja
dilakar.
Wanita
yang agak berusia itu membalas salam Intan sambil meneliti cara pemakaiannya.
Intan tebalkan saja muka dengan pandangan wanita yang kini bersalam dan memberi
senyuman pada Suraya walaupun mata masih meniliknya.
“Datin
Suria. Adik mama Aneff. Isteri Dato Daud” umum wanita itu.
Berlagak.
Setakat dapat pangkat datin dari harta suami kau tak guna jugak! Bengang Intan
dengan nada suara yang berbangga dengan setakat pangkat datin tu. Sesuai
sangatlah dengan kakak dia Datin Husnina tu. Intan awal lagi tahu perihal Datin
Suria yang berlagak ni semasa menyiasat ahli keluarga Aneff. Yang ni paling
sombong! Berlagak tak ingat!
“Dato
Daud? Oh I tak kenal… lagipun I tak pernah ambil peduli dengan orang-orang yang
tak penting.”
Berubah
terus muka Datin Suria tu lepas dengar ayat selamba Intan.
“Intan
ni tinggal oversea sejak kecil. Sebab tu tak kenal uncle. Sebenarnya Dato’ Daud
ni seorang pengarah filem yang ada syarikat penerbitan sendiri.” terang Aneff
kepada dua wanita itu. Kena sangatlah mak ciknya yang berlagak ni jumpa dengan
Intan yang hanya pandang golongan taraf dia saja.
“Oh
okay… aunty pun nak pergi ni. Malam ni aunty dan uncle makan malam dekat rumah
Aneff. Jangan nak hilang pula. Aunty dah lama tak jumpa anak-anak saudara
aunty.” pesan Datin Suria.
“Insya-Allah.”
Lepas
aksi cium laga pipi tak berapa ikhlas bersama Datin Suria. Wanita tu akhirnya
pergi tinggalkan mereka bertiga. Aneff pun tidak tunggu lama. Badan pun masih
tidak penat lagi. Dalam fikiran cuma balik rumah tidur dan rehat sepanjang
hari.
“Anything berkenanan dengan projek you
boleh hubungi I terus. I harap tiada masalah dan I tak nak projek ni tergendala
atau tak ikut timeline yang dah
ditetapkan. Have a good rest and thanks
for last night.”
Terukir
senyuman lucu pada akhir ayat Intan ingatkan muka-muka terkejut Aneff selepas
dicium olehnya.
Wajah
Aneff sekarang pun bertukar kelat. Intan saja nak ingatkan dia pasal semalam!
lepas tu entah sedar atau tak dia buat ayat double meaning tu. Nanti tak pasal
Suraya fikir benda lain pula. “Insya-Allah I akan buat yang terbaik dan tidak
hampakan you berkaitan dengan projek... I minta diri dulu.”
Intan
senyum mengangguk sambil berdiri sebagai tanda menghormati lelaki yang hendak
tinggalkan mereka. Belakang lelaki yang berjalan tinggalkan mereka itu
dipandang lama.
“I
nak you tolong I satu perkara?”
Dari
memerhati langkah Aneff yang baru saja tinggalkan mereka. Intan duduk semula. Mata
kini beralih memandang setiausahanya. Dilihat Suraya mengangguk seperti biasa
selepas mendengar soalannya.
Wajah
yang cantik dihiasi senyuman lebar tadi bertukar garang. “Pastikan you dan I
sahaja yang tahu pasal ni. Kimi dan Damia pun tak boleh tahu. Faham?” Tegas
nada suara Intan walaupun perlahan.
“Baik
cik.”
“Good… I nak…”
Intan
tarik nafas seketika sebelum mulakan arahannya pada Suraya. Sudah tiba masanya
untuk Intan bertindak, tiada lagi main-main seperti sebulan dua ini!
“Sayang
you masih nak merajuk dengan I ke?” tanya Kimi.
“You
janji nak jaga I Kimi!” Tangan disilang ke bahu.
“I
minta maaf. It’s won’t happen again.
I dan Damia perang besar malam tu. Please
sayang…”
“I
tak kira. I nak merajuk juga dengan you!” bentak Intan manja. Hakimi dijeling
tajam.
Hakimi
mengeluh. Tangan Intan atas meja digenggam kuat. “Maafkan I sayang… you tahu I
takkan tenang selagi you tak maafkan I.” pujuknya sambil tayang muka kesian.
“I
boleh maafkan tapi dengan syarat you mesti beritahu I apa jadi pada you dengan
Damia?”
Kimi
melepaskan genggamannya. badan disandarkan pada kerusi. Tangan muka mengurut
dahi. Berdenyut-denyut kepala fikirkan cara nak pujuk Damia dan Intan. Dua
wanita yang sangat bermakna dalam hidupna tengah lancar mogok merajuk. “Malam tu I lamar Damia… Something just happen.
Tak sempat Damia nak beritahu setuju atau tak. Jes datang tiba-tiba datang
tegar dan terus cium pipi I. Damia mengamuklah. Dia kata I tak
sungguh-sungguh.”
“I
tak faham apa lagi yang dia nak. Damia tahu I cintakan dia dari dulu lagi…”
Intan
mengeluh. Hakimi ni semua benda dia pakar. Tapi bab Damia saja mesti gagal! “You!
Mestilah dia mengamuk. Hish! Takde sense
of humor langsung.”
“I
dah terangkan dekat dia dah. I tak cintakan Jes tu. Perempuan tu yang
terkejar-kerjakan I. Lagipun masalah tambah besar bila I pulak tertinggi suara
dekat dia.”
“Pasal
apa pula?”
“Pasal
cikgu lelaki dekat sekolah dia tu…”
Intan
tepuk dahi. “Leave them…” ujarnya
tegas.
“Who?”
“Your girlfriends tu… dengan cara itu
saja Damia akan terima you. Cinta saja tak cukup Kimi, I yakin Damia memang
cintakan you. Tapi cinta you tak cukup kalau dia selalu saja makan hati dengan
perempuan keliling you.”
“Duh!
Macam mana ni? Ramai kut.”
Intan
angkat bahu. “Pandai buat pandailah selesaikan…”
“You pula macam mana?”
“Macam
mana apa?”
“Informer
I kata Adif selalu datang sini.”
Intan
tersenyum kecil. “I masih on track.
Jangan risau. You fikir pasal you dan Damia aje.”
“Jangan
lebih-lebih Intan. I tahu pasal girlfriend
Adif yang serang you malam tu. You tarik balik perlaburan tukan? You tahukan
datin tu boleh kerugian besar sebab you tarik balik pelaburan you.”
“Itu
tanda amaran sebab kacau line I. Lagipun anak datin tu yang cari pasal dengan
I. Dia malukan I depan semua orang. Tapi mujur malam tu berbaloi. I dapat
melekat dengan Aneff sepanjang malam. Dan yang pasti sesuatu yang menarik bakal
tiba.” ujar Intan tersirat. Tak sabar nak tunggu perkara yang mengembirakan
dirinya.
“You
ada rancang sesuatu dibelakang I?” tanya Kmi curiga. Dia kenal Intan lama.
Segala ekspresi dan air muka Intan tu dah khatam. Sekali tengok pun dia memang pasti
Intan ada merancang sesuatu dibelakangnya.
Intan
tidak menjawab. Hanya senyuman jahat yang masih terukir kerana yakin plannya
pasti berjaya. “Nak hidup kenalah pandai cari keseronokan…”
Jam
tangannya dipandang. “I dah lambat. Ada date
dengan buah hati I… maaf sebab tak dapat temankan you hari ni. You tu pikat
Damia tu elok-elok dan buang segala nyamuk keliling you tu kalau nak Damia
lekat dengan you.” beritahu Intan. Blazer hitam miliknya disarung kemas ke
baju. Dia bangkit dan berjalan mendekati cermin pada dinding biliknya. rambut
dikemaskan kemudian mencalit gincu merah kegemarannya.
“Hati-hati.
I sayang you. Ingat tu…” pesan Hakimi yang memusing kerusi menghadap Intan.
Intan
berpaling lalu mendekati Hakimi. “Will do. Thanks dear…” ucapnya sambil mencium
pipi kanan lelaki itu.
“Jangan
nak lebih-lebih dengan lelaki tu.” pesan Hakimi lagi. Risau betul dengan plan
yang Intan rahsiakan darinya tu. Suraya tiada pula cakap apa-apa dengannya.
Pasti Intan yang suruh tutup mulut ni!
“Ye…
you jangan risau.” Ceria saja muka kesayangannya tu tinggalkan dia seorang diri
di pejabat Intan.
Geleng
kepala Hakimi. Macam manalah dia tak risaukan Intan ni. Tengok muka ceria tu
tambah risau Hakimi dengan rancangan tersembunyi Intan tu.
“Apasal
muka muram je hari ni?” tanya Intan.
Aneff
geleng kepala. “Sibuk sikit.”
“Cara
kerja I beri tekanan dengan you ke pasal projek ni?”
“Tak
adalah. I tiada masalah pasal cara you berkerja. Hal peribadi sikit.”
“Okay.
Kalau tiada masalah kita sambung bincang balik. I tak nak buang masa.” Mudah
saja Intan balas sebab dia dah tahu apa masalah peribadi yang menimpa Aneff tu.
Rasa nak gelak guling-guling atas karpet pejabat ni tengok muka Aneff yang
serabut tu. Pasti rancangannya tengah berjalan dengan baik sekarang ni.
Tak
sia-sia duit keluar kalau plan berjalan seperti dirancang!
Sekali lagi perbincangan Intan dan Aneff
terhenti bila lelaki itu bagi signal sekejap menggunakan tangga. Interkom yang
berkelip terus ditekan. “Encik Aneff,
Dato Wahid dah sampai. Nak panggil dia masuk ke?” Kedengaran suara setiausaha
Aneff bertanya.
Aneff berfikir sejenak. Dia tengah
bincang perkara penting dengan Intan sekarang ini. Jam tangan dikerling. Boleh
pula mereka bincang sampai waktu temu janjinya dengan Dato Wahid. “Let him in... err... kejap. Suruh dia
tunggu sekejap...” Aneff jadi pelik dengan Intan yang tiba-tiba bagi signal
suruh tunggu. Interkom kembali dimatikan.
“Yes
Intan?”
“Yang tu Dato Wahid bin Shakir kan?”
tanya Intan ragu-ragu.
Aneff mengangguk. “Ada apa?”
“Kalau I nak minta tolong sesuatu boleh
tak?” pinta Intan lagi. Mukanya bertambah resah melihat anggukan Aneff. Fail
depannya terus ditutup. Blazer Intan dibuka. Selamat di campak ke atas sofa.
Terserlah dadanya yang putih melepak. Intan bangun lalu berjalan ke kerusi
empuk Aneff. Tanpa segan dia terus duduk atas riba lelaki itu.
Tercengang Aneff dengan gaya Intan. Kaku
sebentar.
“I minta tolong sangat sangat. You cakap
dengan orang tua gatal tu. I’m yours. I mean your girl. I takut dengan
orang tua tu selalu datang ofis I kebelakangan ni. Selalu kacau I... please...” Intan betul-betul merayu
dengan Aneff. Kedua tangannya disatukan seperti minta ampun.
Tanpa sedar lelaki itu hanya
menganggukkan kepala.
Yes!! Intan rasa hendak bersorak saja sekarang ini. Ada
guna juga orang tua gatal itu. Kakinya terus saja disilangkan. Intan peluk
leher Aneff dan terus saja rebah atas dada bidang Aneff. “I pura-pura tidur
tau. Sorry lagi... takut nak tengok
muka lelaki tu.”
Aneff tergeleng kepala. Dia tersenyum
sedikit melihat Intan yang sudah tutup mata dan merebahkan badan atas dadanya.
Macam manalah Dato itu tidak kacau Intan kalau pakaian Intan selalu saja seksi.
Tadi dia sendiri terkejut dengan penampilan Intan mula-mula sampai tadi. Skirt
mini sendat terlebih mini sebab sekadar paras atas paha. Cukup tutup mana yang
patut saja. Lepas tu singlet singkat dipadankan dengan blazer hitam.
Tangan Aneff menekan semula Interkom.
“Sarah. Suruh Dato Wahid masuk...”
Pintu pejabat Aneff terkuak sedikit. Dia
menggangguk dan beri signal mata agar Dato Wahid duduk di kerusi depannya. Jelas
kelihatan riak terkejut di wajah orang tua itu. Bukan Dato Wahid saja, Sarah
yang mengekori masuk ke dalam pejabatnya terut berkerut seribu melihat Intan
yang sedang tidur atas pangkuan Aneff.
“Maaf Dato, my girl tengah sakit kepala sebab tu I suruh dia tidur.” tipu
Aneff. Dia cuba beriak biasa. Walaupun Intan sendiri dapat rasakan dengupan
jantung Aneff yang berdegup kencang.
“Sarah, you tolong I sediakan kopi untuk
Dato...” arahnya pada Sarah yang turut tercengang. Wanita itu terus saja
mengangguk dan keluar dari pejabat bosnya. Nyata dia sendiri terkejut dengan
kelakuan Aneff. Kalau adik lelaki itu memang Sarah tidak hairanlah. Adif memang
terlebih buaya orangnya. Tidak tahu pula bosnya dua kali lima juga. Seribu satu
persoalan menyelubungi fikiran Sarah ketika melangkah keluar dari pejabat
Aneff.
“Yang tu Cik Intan kan?” soal Dato Wahid
sambil duduk atas kerusi.
Aneff senyum lebar. Dia sempat tunduk
memandang Intan sebelum menjawab. “Tak sangka Dato boleh kenal girl saya.”
“Siapa tak kenal orang sehebat Cik
Intan. Pengerusi syarikat yang paling seksi dan muda yang pernah I lihat.
Beruntung siapa dapat rasa...”
Sakit hati Intan dengar pujian dari Dato
Wahid. Meluat! Mendidih telinga Intan dengar. Kurang ajar punya orang tua
gatal!! Tunggu aku report dekat Kimi! Aku suruh dia belasah syarikat kau sampai
jatuh bangkrap. Sudah terang lagi jelas Aneff cakap aku ni girl dia masih lagi nak mengatal. Yiee..!!
Digenggam tangan Intan sekuat hati.
Tanpa sedar tangan yang digenggam sebenarnya
lengan tangan Aneff. Lelaki itu sekadar tergelak kecil. Bukan kerana
ayat pujian Dato Wahid tapi dengan respon Intan. Muka bukan main tenang lagi
kononnya tidur lena. Padahal mesti tengah angin satu badan. Sampai tidak sedar
tangan Aneff digengam sekuat hati.
“Kiranya I beruntunglah ni Dato... sebab
dapat Intan jadi girl I. Memang I
tahu ramai yang minat Intan. Cuma tak tahu pula sampai orang tua pun minatkan
dia.” sindir Aneff secara halus. Dia sendiri tahu tahap gatal Dato Wahid itu.
Sampaikan Sarah pun pernah diushanya. Sarah sendiri yang mengadu dengan Aneff
tentang perangai gatal salah seorang kliennya.
Senang hati Intan dengar. Senyumannya
cuba ditahan sebaik mungkin. Takut kantoi pula dengan orang tua itu. Dalam
senang hati itu, tangan Intan mula merayap dekat badan Aneff. Sempat
lagi hendak kenakan si sepet tu. Siapa suruh poyo betul! Aku goda terang-terang
langsung tidak makan saman! Aku nak tengok kau dapat bertahan ke tidak sekarang
ni?
Dato Wahid berdehem lalu tersenyum
sumbing. Terasalah tu. Padan muka!
“So,
nak mulakan perbincangan?” tanya Aneff bila Dato Wahid sekadar berdiam diri.
Tangannya menahan Intan dari gadis itu terus memegang pinggangnya. Kuat
genggamannya mengengam tangan gadis itu dari terus merayap.
“Okay...” singkat jawapan dari orang tua
itu.
Kedengaran bunyi ketukan pintu sebelum
Sarah masuk membawa air untuk Dato Wahid. Intan mengeliat sedikit. Kononnya
baru tersedar. Tangan memicit kepala yang langsung tidak sakit. “Lama ke I
tidur darling? Sorry. Kaki you mesti
lengguh.” tanya Intan. Anak matanya memandang tepat mata Aneff.
“Tak adalah... You dah sihat ke?”
jawabnya sambil membalas pandangan itu. Sebenarnya signal mata itu menyuruh
Intan pergi dari situ.
“Dah elok sikit. Thanks.” Tersenyum mengoda Intan memandang Aneff. Sebenarnya faham
maksud disebalik pandangan itu. Sengaja pura-pura tidak faham. Dia menoleh ke
hadapan. Riak terkejut dipamerkan.
“Eh! Dato. Sorrylah. Tak tahu pulak you ada appointment lain darling...
Kalau macam tu nanti kita sambung lagi. I minta diri dulu.” katanya seperti
kelam kabut saja hendak keluar bilik.
Aneff perasaan mata Dato Wahid yang
sempat menjeling pada Intan yang baru saja bangun dari pangkuannya. Orang tua
ni... biar betul. Aku sendiri rasa seram saja pandangan tu. “Take care...” pesannya pada Intan.
“I
will...” Fail-fail Intan atas meja Aneff dikemas. Tapi dalam jarak yang
jauh sedikit dari Dato Wahid. Meluat dia tengok pandangan orang tua itu.
Setelah mengemas fail dan beg miliknya.
Intan berjalan semula ke tempat Aneff dan tunduk sedikit. Terlopong mulut Sarah dan Dato Wahid bila Intan selamba saja
mencium mulut Aneff. Lama pula tu! Aduh Intan memang suka cari kesempatan!
“Thanks.
Belai I tidur tadi. See you tonight.”
Sempat lagi Intan tambah ‘rencah’ sedikit dalam ayatnya. Tonight la sangat Intan...
Dia kenyit mata pada Aneff sebelum
melangkah keluar dari pejabat lelaki itu. Tersenyum lucu Aneff dengan gaya
Intan tadi. Dia geleng kepala. Dua manusia yang nyata tercengang dipandang.
Aneff berdehem sedikit. “Sorry.
Dato... sayang I memang macam tu. Sarah. Awak boleh keluar sekarang. Kalau ada
apa-apa nanti I panggil.” arahnya tenang seperti tiada yang berlaku.
Tersenyum lagi Aneff dengan tindakan
berani Intan tadi. Alah sebenarnya bukannya Intan cium dia pun. Yang sebenarnya
berlaku tadi sebenarnya lain.
Intan tunduk memandang tepat mata Aneff.
Kepalanya disengetkan sedikit. Kononnya dia yang sedang membelakangi dua
makhluk itu sedang mencium Aneff. Padahal dia sempat bersuara. “Thanks a lot Aneff. Mucas grasias.
Tunggu kejap... you jangan bergerak.” bisik Intan. Dia berbalas pandangan
dengan lelaki itu sekejap.
“You
owe me this Intan. Hutang yang sangat besar untuk jadi girl I. Pekerja I nampak kita sekarang ni.”
“You jangan risau. Nanti I’ll treat you. I spesis anti hutang. I
pergi dulu. Bye...” jawab Intan. Padahal
dalam hati lain dijawabnya. Sebab spesis anti hutanglah aku nak kau bayar
Aneff. Hutang dendam aku!
Ketika
berada di lobi syarikat Aneff. Senyuman Intan makin melebar melihat nama yang
tertera pada skrin telefon bimbitnya. “I nak dengar good news dari you...”
“Semua
dah selamat sampai ke tangan dia tu. Saya yakin…” Lelaki bersuara garau itu memulakan
laporan untuk tugas yang diberikan oleh Intan.
“Good. Sekarang I nak you buat benda lain
pula.” arah Intan sambil berjalan penuh yakin keluar dari syarikat itu. Dia
akan pastikan tiada yang berjaya gagalkan rancangannya yang tersusun rapi!