Untuk SE ni saya memang saja pasang lagu Kenny G. Nanti korang faham kenapa blog ni tetiba ada lagu.
Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok
kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit
hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia
mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini?
Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia
bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul
untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama
Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.
Cinta.
Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta
pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa
selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki
hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.
Coretan demi coretan di tulis ke dalam
novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini.
Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul
kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari.
Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan
pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh
perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan
kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang
lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan
keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke
kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu
hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun
telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set
nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu
tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut
kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan.
“Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama.
Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi
anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi
Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan
Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah
putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir
dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas
merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan
Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat
bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat
memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan
lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai
orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia
bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka
menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan
kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki
itu.
“Wardah…
Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Telefon Thia berbunyi. Dia terus sambut
talian tersebut. “Kau yakin?” tanpa salam Wardah terus menyoal kawan baiknya.
“Hrmm...”
“Thia... kau nangis lagi ke?” tanya
Wardah. Dia tidak sanggup melihat keadaan Thia sekarang ni.
“Aku pun tak tahulah Wardah. Kau tolong
bagitahu abang kau eh.”
“Baiklah. Nanti aku bagitahu Abang Fiy.
Kau tenangkan fikiran. Hargai masa kau bersama Raihan.” Nasihat Wardah bila
dapat mengangak Thia baru saja lepas menangis. Suara kawannya terlalu lemah dan
serak.
“Baiklah.”
“Kau nak keluar tak? Jalan-jalan? Aku
datang ambil kau.”
“Tak payahlah. Aku nak kemas sikit rumah
aku. Berhambur. Tongkang pecah pun kalah.” Ujarnya sambil memandang keadaan
bilik yang tidak terurus.
“Tau takpe. Housemate kesayangan kau tu dah hari-hari mengadu dekat aku. Kalau
dia membebel dekat kau, kau buat derk aje.”
Thia tergelak. Kesian Hana yang terpaksa
jadi ‘emak’ Thia dua tiga hari ni. membebel saja kerja ‘mak cik’ seorang tu.
“Thats
my Thia. Aku tahu spirit kau
dalam proses balik ke pangkal jalan. Jangan jatuh lagi Thia, jangan fikir pasal
dia lagi. Buat sesuatu yang memberi kebahagian untuk kau. Tidak guna kau terus
bersedih sedangkan dia bahagia dengan orang lain. Kau pun layak untuk bahagia.”
“Terima kasih Wardah. Aku tahu. Aku pun
sedar. Tak guna lagi fikir lelaki yang bukan jodoh aku. Aku pun dah malas nak
fikir pasal cinta semua ni. Kerana cinta kehidupan aku jadi tunggang terbalik.
Kalau dulu aku boleh bangkit selepas Zarul bagi amaran agar jangan stalk dia
lagi. Mustahil aku tidak boleh bangkit untuk kali kedua tanpa dia.”
“Alhamdulillah. Inilah Nurfathiah yang
aku kenal. Tapi jangan sesekali tutup hati kau untuk orang lain. Abang aku
masih ada untuk kau. Lagipun kalau kau tak nak terima Wafiy sekali pun. Aku
yakin kau boleh dapat yang lebih baik dari Zarul. Kau cantik Thia... pandai,
lemah lembut dan sayangkan budak-budak. Aku tahu suatu hari nanti kau pasti
dalam jumpa lelaki yang hebat untuk jadi pendamping kau seumur hidup.”
“Noted
that Wardah.”
“Aku dah nak kahwin. Kau pula nak
terbang tinggalkan kami. Abang aku nilah! Sakit hati betul. Yang dia purpose kau untuk kerja dengan member
dia apasal?! Dah la jauh.”
Thia tergelak kecil. Dia tahu Wardah
masih marahkan Wafiy kerana cadangkan agar Thia kerja bawah syarikat kawannya
yang bertapak di Sabah. Mengamuk Wardah bila tahu itu cadangan dari abangnya
sendiri.
“Janganlah salahkan abang Fiy. Aku tahu
dia buat yang terbaik dah untuk aku kembali kepada Thia yang dulu. Lagipun
eloklah aku berjauhan seketika. Muhasabah sikit atas perbuatan aku dulu.
Lagipun bukannya jauh mana pun. Dalam Malaysia juga. Kau janganlah risau.
Kahwin au tu nangti. Aku ambil cuti seminggu.”
“Janji tau. Kau tu dahlah kawan baik
aku. Kalau tak dapat cuti pun kau kena cuti jugak!”
Thia tergelak lagi. “Baiklah bos!”
Setelah tamatkan panggilan. Thia terus
kemaskan rumah sambil bersihkan dan beri susu kepada Raihan yang kelaparan.
Kesian anak kecil ni. terabai kerana sikapnya sendiri. Rasa bersalah mengebu.
Seorang Thia tidak menjalankan amanat kak Isya sebaiknya.
Thia cium pipi gebu Raihan berkali-kali.
Bayi kecil itu pun seolah merelakan kucupan dari mamanya. Air mata Thia tidak
dapat dibendung. Jatuh mencurah-curah mengingatkan ini kali terakhir dia bersua
bersama anak tersayangnya.
“Thia...” Wardah cuba ingatkan kawannya.
Dia sendiri pun tidak sampai hati tapi mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa
lagi. Tidak sanggup melihat keadaan Thia yang sudah banjir dengan air mata.
Satu kucupan agak lama dihadiahkan pada
dahi Raihan. Air mata Thia mengalir pada lengkungan muka si bayi. Waktu Thia
serahkan Raihan pada Aqila. anak kecil itu terus merengek seolah faham itu kali
terakhir dia kan bersama mamanya.
“Saya kembalikan Raihan pada keluarga
awak Zarul. Kak Qila... Saya harap akak akan jaga Raihan seperti anak akak
sendiri. Sayang dia kak. Belai anak Thia dengan penuh kasih sayang.” Mohon Thia
sambil memandang pasangan suami isteri depannya.
“Insya-Allah. Jangan lupa jaga diri Thia.”
Aqila memberi jawapan kerana tahu suaminya memang tidak hadap nak bercakap
dengan Thia.
Thia mengangguk. Dia sempat mengerling
lelaki yang langsung tidak sudi untuk melihat dirinya. Thia tersenyum kecil
bagi merawat hati yang seolah-olah ditoreh dengan sikat lelaki itu padannya.
Raihan dipandang.
Selamat tinggal sayang mama...
Tangan Thia digenggam kuat sambil mereka
melangkah meninggalkan kawasan tersebut. Dia tahu hati Thia tidak sekuat mana
pun jika melibatkan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi tangisan Raihan semakin kuat
kedengaran sebaik saja mereka melangkah pergi tinggalkan anak kecil itu bersama
pasangan Zarul dan Aqila.
“Keep
your strong mode on Thia. Aku tahu kau kuat.”
Thia senyum pada Wardah yang
menemaninya. “Insya-Allah.” Petang ini dia akan terbang ke Sabah. Terbang
meninggalkan semua ini. harap kehidupan barunya memberi kekuatan pada Thia
untuk teruskan kehidupan tanpa anak-anaknya.
Bahagialah Zarul dan Aqila.
Bergembiralah anak-anak mama.
Semoga anak-anak mama akan menjadi
seorang yang berguna suatu hari nanti.
8 bulan kemudian...
Expresso kegemaran Thia dihirup. Ada dua
jam lagi penerbangannya ke Sabah. Dia balik pun tidak lama. Seminggu seperti
yang dijanjikan kepada Wardah. Habis saja majlis resepsi kawannya semalam.
Lebih-lebih lagi bila terlihat pasangan Zarul dan Aqila yang turut serta
menghadiri majlis resepsi kawannya. Mujurlah mereka sekadar datang pada majlis
resepsi saja. Sekurangnya sekejap saja hati Thia berasa sakit. Bulat perut
Aqila membonjol ke depan. Pasti pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Thia pun sempat berjumpa dengan Ekmal.
Kawannya seorang ni pun bakal berkahwin dengan Zulaikha. Ekmal siap bagi amaran
suruh balik semula untuk majlisnya pula. Thia sekadar mengangguk. Ekmal salah
seorang kawan baiknya. Mustahil dia tidak datang majlis lelaki itu, walaupun
sedar pandangan Zulaikha tidak seberapa berkenan dengan permintaan Ekmal tu.
Tergeleng kepala Thia tanpa dia sedari.
Semua orang bakal mendirikan rumah tangga. Akhirnya tinggal dia juga yang
keseorangan. Dia akui bukan mudah untuk dia lupakan Zarul. Namun Alhamdulillah.
Nekadnya membuahkan hasil.
Kenangan itu mungkin ada, bayangan
lelaki itu mungkin terlintas. Tapi tidak sekuat dulu, dia kini mampu tersenyum
dan melupakan lelaki itu dari hidupnya.
“May
I seat here?” pertanyaan seseorang mengejutkan Thia dari terus mengelamun.
“Boleh I duduk sini? Tempat lain penuh”
tanya lelaki beruniform itu.
Thia sempat memandang sekitar secret
recipe tersebut. “Duduklah.” Pelawanya memandangkan tempat lain memang penuh.
Waktu macam ni memang kebanyakan restoran dalam lapangan terbang agak penuh.
Thia menyelak helaian pada bacaannya
yang terakhir. Novel yang agak menarik minatnya.
“Minat baca novel?” tegur lelaki yang
duduk depannya. Terlihat segelas cappucino dan sekeping kek atas meja. Tak
perasan bila lelaki itu panggil pelangan untuk order minuman.
Thia angkat kepala lalu mengangguk.
“Minat baca tapi tidak semua mampu menarik minat saya untuk baca.”
“Maksud? Novel genre yang sama?”
“Tak semestinya. Ada je novel yang
menarik minat saya walaupun dari genre yang sama. Tapi saya lebih tengok cara
penulisan dan penyampaian seseorang tu. Contohnya novel ni, pasal bercinta
selepas kahwin juga. berlambak dekat pasaran. Tapi saya suka cara penulisan
penulis ni walaupun jalan cerita agak cliche.”
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum
mendengar pendapat Thia.
“Awak baca novel juga?” tanya Thia pada
lelaki depannya.
“Bacalah jugak. Bila ada kelapangan.
Novel dan kopi penawar buat saya...”
Thia senyum mengangguk. Setuju sangat!
“Lebih-lebih sambil pasang lagu-lagu instrumental..
purr... heaven!”
“Kenny G?” tanya lelaki itu pada Thia.
“The
moment.”
“Dan Alone...
dan Forever love.” Sambung lelaki
itu.
Thia tergelak kecil. “Kawan saya cakap
tu lagu orang nak kahwin.”
“Adik saya cakap lagu iklan dekat mall. Lagi dahsyat.” Beritahu lelaki
itu. tidak sangka dia dan Thia mengalami keadaan yang sama.
“Yang tu memang ayat kejam.” Ujar Thia
yang tergelak kecil.
Lelaki itu menyoal lagi memandangkan
minat mereka sama. “Selain lagu instrumental.
Lain?”
“Saya pilih Evergreen. Lagu-lagu Air
Supply...”
“Making
love out of nothing?”
“Saya lagi suka even the nights are better.”
“Deep
sangat lagu tu. Oh ya yang dekat-dekat, saya pilh Afgan... kena dengan jiwa.”
Lelaki itu beri komen tentang lagu yang Thia minat.
“Afgan. Boleh terumbang-ambing jiwa raga
saya dengar. Sangat minat.”
Lelaki itu tergelak mendengar Thia yang
bermadah kata. “Terumbang ambing jiwa raga. Kalau macam tu maksudnya kena
dengan batang hidung. Bukan sangat minat.”
Thia tersenyum kecil. “Lebih kuranglah.”
“Tak sangka. Ada yang minat sebiji macam
saya. I mean coffee, instrumental songs
plus novel. Saya Nurfathiah. Panggil Thia.” Thia memperkenalkan diri pada
lelaki yang baru saja beberapa minit duduk dan berbual padanya. Rasa seperti
mudah sangat masuk dan dekat dengan lelaki ni. Mungkin saja sebab minat mereka
sama.
“Iskandar Mikael Shah. Panggil Mika.”
Lelaki itu pula memperkenalkan diri sebagai Mikael Iskandar.
“Eh nama awak hampir sama dengan penulis
novel ni. Is Mika.” Ujar Thia sambil tunjuk muka surat hadapan novel tersebut.
Lelaki itu sekadar tersenyum sebagai
respon.
Thia seolah faham maksud senyuman lelaki
itu. “Awak ke yang tulis novel ni?” tanyanya bagi memastikan jika tekaannya
betul. Dia buka muka surat belakang. Membaca biodata penulis novel lelaki itu.
Tiada gambar mahupun nama penuh lelaki itu diletak dalam biodata miliknya.
Hanya beberapa kerat kata-kata yang berkaitan dengan penulis.
“Sebab tu saya rasa menyesal letak nama
tu Is Mika. Patut letak Mika je. Takdelah orang perasan sangat.” Kata Mikael.
Mujurlah kawan-kawannnya langsung tidak minat baca novel.
“Tak sangka saya jumpa penulis novel ni.
Saya suka novel awak yang sebelum novel yang ni. Yang tu sentap sikit kena
dengan jiwa. Sampai tangkap leleh.”
“Thanks.
Saya pun suka novel awak.”
“Maksud awak...”
“Saya suka Nurfa... Setiap kali baca.
Rasa dia sampai ke sini.” puji Mikael lantas menjawab persoalan dalam minda
Thia. Tapak tangan lelaki itu dilekap pada dadanya.
Merona wajahnya Thia. Malu dipuji
sedemikian. Dia bukanlah tahap penulis hebat yang penulisannya sampai terasa
masuk ke dalam jiwa. “Terima kasih.”
“So...
awak prefer saya panggil apa? Thia
atau Nurfa?”
“Ikut senang bibir awak memanggil saya.
Saya tak kisah.” Thia tak kisahlah nak dipanggil yang mana satu. Keduanya pun
nama samarannya.
“Kalau bibir saya nak panggil sayang?”
Terdiam Thia mendengar pertanyaan
Mikael.
Tiba-tiba Mikael tergelak. “Saya gurau
je. Comel je respon air muka awak dengar soalan saya.”
“Saya panggil awak Nurfa. Sebab saya
suka maksud disebalik nama pena awak tu. Nur ialah cahaya, Fa pula bunga dalam
bahasa cina. Dengan harapan bunga-bunga cinta akan terus memberi cahaya kepada
setiap yang gagal dalam percintaan, dan cahaya kegembiraan akan terus bersinar
kepada sesiapa yang sedang mengalami rasa itu.”
“Awak tahu banyak sangat pasal Nurfa
kan?” tanya Thia. Sampaikan maksud disebalik nama itu pun dia tahu.
Mikael tersenyum kecil. Pasti Thia fikir
benda yang pelik dan negatif pasalnya. “Awakkan pernah ditemubual dulu.
Kebetulan saya baca newspaper
tersebut.”
Tergelak Thia fikirkan kesilapannya
kerana fikir benda yang negatif terhadap Mikael. “Maaf.”
Telefon bimbit Mikael tiba-tiba
berdering. Rakan sejawatnya telefon. Mereka senyap seketika memberi ruang
kepada Mikael untuk menjawab talian. “Give
me five minutes.” Ujar lelaki itu sebelum menamatkan panggilan.
“Duty
calls...” kata Mikael sambil meletakkan telefon dalam poket. Kemudian topi
uniform dipakai atas kepala.
“Got to go now. Nice to meet you Nurfa. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam dan selamat bertugas.”
Balas Thia.
“Roger
that. Semoga jodoh izinkan kita berjumpa lagi. Enjoy your flight.”
Thia tersenyum dengar kata-kata lelaki
itu. Padanlah Mikael ni penulis novel. Mulut tu ! manis saja ayat yang
dikeluarkan. Thia pun kemaskan barangannya tidak lama kemudian. Penerbangannya
pun tidak lama lagi.
Ketika Thia sedang kusyuk membaca novel
hasil karya Is Mika itu. dia disapa oleh seorangg pramugari yang anggun. “Cik
Nurfa?”
“Iya saya?” tanya Thia pelik.
“Pilot
kami kirim salam. Dia berikan pesanan ni pada cik. Dan harap cik tak tolak
untuk kali ni pula.”
Thia tersenyum lucu. Malu pun ada kerana
mak cik sebelahnya turut tersenyum mendengar kiriman salam dari pramugari
tersebut. Thia membaca kiriman nota kecil itu.
Ingat
lagi kejadian ni? Tapi kali ini bukan sekadar salam untuk awak. Tapi diiringi
lamaran isteri untuk selamanya. I love you. –Is Mika
Thia tutup mulutnya. Ya Allah. Is Mika
rupanya? Dia ingat lagi beberapa tahun lepas. Kejadian seperti tadi berlaku,
seorang pramugari dalam kapal tersebut menyampaikan salam dari juruterbang.
Tapi blurr punya pasal Thia sekadar mengangguk dan biarkan salam tanpa balasan.
Dia ingat lagi kejadian tu. Memang agak romantik.
Bila kapal terbang mendarat. Alunan The Moment sedang dipasang dalam kapal terbang tersebut. Alunan yang berjaya
meresap ke dalam hatinya kerana lagu tersebut seolah diutarakan kepadanya.
Is Mika. Tidak sangka dia orangnya.
Takut dan gugup punya pasal. Bila sampai
keluar saja dari perut kapal. Thia besarkan langkah meninggalkan kawasan
lapangan terbang tersebut.
“Encik Mikael pesan. Dia harap cik Nurfa
jangan lari lagi macam dulu...”
Membahang muka Thia. malu kerana pesanan
pramugari itu bukan saja mampu didengar olehnya seorang. Malah penumpang yang
duduk berdekatan padannya.
Demi tidak menjatuhkan maruah Mikael.
Thia hanya sekadar senyum dan mengangguk saja walaupun fikiran masih susah
hendak terima kenyataan bahawa Is Mika adalah juruterbang yang sama beberapa
tahun lepas.
Thia memang dah ambil keputusan untuk
terus keluar dari lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA) sebaik saja beg dari
kargo diambil. Dia tidak betah lama di situ. Takut terjumpa dengan Mikael. Thia
tidak bersedia hendak bertentang mata dengan lelaki itu.
Jam pada pergelangan tangan ditilik.
Thia tekan keypad pada skrin telefon miliknya. Nombor telefon rakan serumahnya
didail.
“Mana pula budak ni?” keluh Thia. peluh resah semakin
merembes. Cuaca petang itu tidaklah panas mana pun. Thia saja yang berdebar
kerana kawannya belum tiba lagi. Takut terserempak dengan Mikael.
Kepala tergerak ke tepi sedikit bila
terasa sesuatu yang sejuk menyapa pipinya. “Awak!” bulat matanya memandang Mika
di sebelah. Lelaki itu kenyit mata pada Thia.
“Awak mungkir janji.” Ujar Mika.
Dahi Thia bertambah berkerut. “Janji?
Janji apa?”
“Janji takkan lari lagi.” Kata lelaki
itu selamba.
Mata Thia membesar. Kedua garisan kening
bercantum. “Saya tak berjanji dan saya tak lari.” Ujarnya dengan nada yang
dikawal. Dia berdiri tegak semula. Cuba mengawal debaran berdiri di sebelah
lelaki ini.
“Awak dah la
mungkir janji. Menipu pula tu. Tak baik.”
Thia garu
bahagian belakang tepi telinganya. Sabar wahai hati. Dia saja nak provok kau. “Bila
masa pula saya janji dekat awak? Jangan nak memandai Mika.”
Mikael tersenyum
nipis. Thia sebelahnya dipandang. “Tadi awak dah angguk yang tak nak lari lagi
bila pramugari tu tanya. Ingat lagi?”
Mulut Thia dah
buat bentuk O. Hati mula rasa geram. Tahu pula mamat ni! “Lain kali tu bawa
kapal terbang tu. Bawa betul-betul. Jangan kacau penumpang.” Tegur Thia secara
terus.
Mika tergelak.
Langsung tidak ambil hati dengan teguran Thia. “Awak tak nak tahu macam mana
saya kenal awak beberapa tahun lepas?” Nada suara Mikael buat Thia terfikir
sejenak.
“Sebab?”
“Nanti saya
beritahu puncanya. Tapi awak ambil dulu ni. Saya beli untuk awak.” Segelas kopi
Old Town dihulurkan kepada Thia.
Was-was Thia
hendak terima.
“Jangan risau.
Saya tak letak apa pun dalam ni. Ambillah.”
Antara mahu atau
tidak Thia menyambut juga gelas berisi kopi itu. Gelas yang dikenakan pada
pipinya tadi.
“Saya dah
terima. Awak dah boleh cerita sekarang?” tanya Thia. Harap Mika sempat
bercerita sebelum kawannya sampai.
Mika senyum
lagi. Manis dan menawan khas ditujukan pada Thia. “I miss you. Rindu awak Nurfa. Hanya Allah saja tahu perasaan saya
bila ternampak awak dalam secret recipe tadi.” Luah lelaki itu romantis.
Tersentuh hati Thia mendengarnya. Keadaan Mika seolah refleksi pada dirinya.
Seperti dia yang mencintai Zarul dari jauh, begitu juga lelaki ini.
Ya Allah! Apa
sebenarnya yang kau cuba tunjuk padaku. Rintih hatinya.
Thia menunduk.
“Saya tahu awak
mungkin tak percaya. Tapi itulah luahan hati saya. Pasal bagaimana saya
mengenali awak. Saya akan beritahu kemudian. Sebelum tu...” Mikael berhenti
bercakap. Thia sebelahnya dipandang. Telefon wanita itu terus saja dirampas.
“Heyy..!!.” Thia terjerit kecil. Terkejut
dengan tindakan berani lelaki ini.
Mujur telefon
Thia tidak berkunci. Mikael menyimpan nombor telefonnya pada telefon gadis itu.
kemudian dia tekan butang dail pula. Setelah nombor Thia terpacul pada
telefonnya pula. Lelaki itu pulangkan telefon Thia pada pemiliknya. “Saya akan
beritahu awak perlahan-lahan pasal bagaimana saya kenal awak beberapa tahun
lepas.”
“Saya pergi
dulu. Yang ni saya nak awak simpan. Saya akan tuntut suatu hari nanti. Tapi
awak dialu-alukan untuk baca.” Sambung Mikael lagi lalu meninggalkannya
terkebil-kebil bila sebuah beg kecil disangkut pada pemegang beg bagasinya.
Thia hanya memandang saja lelaki itu masuk ke dalam perut kereta yang kebetulan
berhenti depan mereka.
Terlihat lelaki
itu sempat lagi kenyit mata padannya.. Cepat-cepat Thia toleh tempat lain
sambil menghirup air kopi dari Mikael. Rasa nak melayang melihat lelaki kacak
itu main mata dengannya.
Telefon Thia
mengeluarkan bunyi. Oh my! Terbeliak
matanya baca pesanan yang baru sampai tadi. Mika apa awak buat ni. Terkejut
baca nama yang lelaki itu set sebagai husband
satu hal. Lagi satu bertambah skala terkejut Thia baca pesanan yang dihantar.
Lupa nak bagitahu tadi. Kopi tu saya minum sikit
tadi. Haus. Penat bawa bakal isteri terbang tadi.- Is Mika.
Telefon Thia
berbunyi lagi. Pesanan lain dari lelaki itu. Gambar lelaki itu dihantar
kepadanya. Gambar Mika bersama bersamanya.
Gambar pertama untuk pertemuan ketiga bersama awak.
p/s : Jangan marah. Kalau marah tambah comel.
Thia dapat
menganggak gambar tersebut diambil dari sudut tepi. Mungkin dari kereta yang
menjemput Mikael tadi.
Sekeping gambar
lagi dihantar kepada Thia. Gambar lelaki itu sedang buat muka comel. Geram pula
Thia dengan mamat seorang ni. Thia menaip pada papan kekunci pada skrin
telefonnya.
Comel la SANGAT buat muka macam tu!
Yeah! Pesanan ringkas pertama dari awak!
Thia tidak lagi
membalas. Makin dilayan makin menjadi perangai Mika ni.
Jangan lupa buka kotak tu dalam beg kertas tu.
Thia melihat isi
dalam plastik tersebut. Terdapat sebuah kotak dan sekeping nota kecil. Lelaki
bernama Iskandar Mikael Shah ni memang suka main dengan nota agaknya. Thia
membaca nota tersebut.
Buka blog ni : nurfaismika.blogpot.com.my
pasworrd : BungaNurIsForMika
emel : nurfaismika@gmail.com
Dear diary,
Hari ni... buat pertama kalinya. Dia tidak lari bila
saya kirim salam dalam kapal terbang seperti dulu.
Buat pertama kalinya, dia dan saya duduk semeja,
bercerita. Lama. Oh bahagia rasa hati.
Buat pertama kalinya, dia dan saya berbalas
pandangan, berkongsi minat dan bertegur sapa.
Alhamdulillah Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
p/s Bunga... saya bagi awak password dan gmail ini.
seperti diari untuk awak dan saya. Tulislah sesuka hati awak. Luahkan agar saya
turut merasakan apa yang ada dalam hati awak.
Terkedu Thia
membaca blog lelaki tersebut. Mikael bagi password
dan emel blog sebab ianya private dan
khas untuk bacaan pemilik saja.
Thia membaca
lagi setiap entri yang diletak oleh Mikael. Dari situ juga dia tahu bagaimana
Mikael mengenali darinya. Ya Allah! Hebatnya cinta lelaki ini... air mata Thia
menitis. Rasa diri tidak layak untuk lelaki sebaik Mikael walaupun lelaki
seperti dialah mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Thia. Bukan seperti Zarul yang
langsung bercanggah dengan setiap ciri-ciri idaman Thia.
Tangan Thia
dilekap ke dada. Mikael bahasakan diri Thia sebagai Bunga dalam tu. Thia dapat
menganggak gelaran bunga itu dari nama NurFa yang membawa maksud cahaya bunga.
Dia mula menaip
sesuatu pada keyboard. Ingin memberi
luahan pada blog yang dibuat khusus untuknya.
Bunga menaip,
Wahai encik kapal terbang...
...TAMAT...
P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. dalam manuskrip tu tiada Mika, hanya Zarul watak utama.
SE. Andai bukan Dia. andai bukan Zarul, maka Mika dan Salam Kapal Terbangnya.
P/S : kepada encik kapal terbang , pengalaman dalam kapal terbang tu berikan idea kpd saya untuk berkongsi pada semua. cerita cinta dalam 'novel' memang wujud. luahan romantik seperti dalam novel bukan angan semata malah wujud sekeliling kita. TAPI real story isn't that romantic at all bila benda tu berlaku secara tiba-tiba... i mean Mika dan salam kapal terbangnya. The real feeling towards that situation is creepy dan segan dan blurr bukan romantic. jangan tiru aksi ini lagi. tapi... yeah... terima kasih kerana beri pengalaman tu, dapat saya kongsi taip dalam cerita ni. lol. thanks again. cc: Is Mika 'tak tahu nama sebenar awak encik salam kapal terbang'.
Cover tu hasil kerja saya sendiri~! kali ni jangan nak plagiarise cover tu. nak patah tangan kita buat satu persatu.