Wednesday, September 21, 2011

Cerpen : Biskut Raya & Cinta



“Rina! ada tempahan baru! nak terima tak?”soal Amanda riang. Gembira dia melayari laman sesawang www. RQcakes_bakery.com.
Refuse je manda semua tu, tolong aku bagitahu semua tempahan ditutup. Aku dah tak larat nak buat lagi. Skru tulang-tulang aku rasa nak tercabut sudah ni…” Rina masuk ke pejabatnya sambil mengurut bahunya yang terasa sangat pedih. Penat buat tempahan biskut raya semalam pun masih lagi terasa.
Rina menghempaskan badannya ke sofa pejabatnya ‘Wah… nikmat!’ desisnya. Matanya memandang Amanda yang sedang mengunakan laptop VAIO pink kesayangannya untuk melayari internet.
What? Refuse? Bayangkan betapa untungnya kalau kau ambil tempahan ni semua?!” Jerit Amanda a.k.a kawan baik Rina.
“Woi minah! Yang kau terjerit-jerit ni apasal? Aku lempang karang, bisu mengalahkan Mr.Bean baru tau.” marah Rina.
“Eh mak cik! Cuba fikir dari sudut  perniagaan betapa untungnya pendapatan kau bulan ni? Inilah yang dikatakan bulan penuh kenikmatan dan kesyukuran.”  Balasnya.
‘Dah!  Amanda dan pendapat tidak boleh pakainya dah mula dah.’ rungut Rina dalam hati.
“Yiee… ni semua kau punya pasal la! kalau kau tak memandai nak promote dengan papa pasal plan  biskut raya ni comfirm tak jadi tau. Aku gurau je awaktu tu. Tapi kau pergi bagitahu papa. Yiee.. mulut tu gatal sangat nak cakap.” Rungutnya. Rina kini duduk di sofa bilik  berhadapan dengan Amanda yang sedang leka melayari internet.
“Eh! tak baik tolak rezeki tau” Amanda cuba memujuk.
“Dah dah! ni kedai aku. Kau janganlah terima cik adik oi. Aku yang nak terputus tulang buat biskut tu”
Last…..” Amanda mengangkat jari terlunjuknya menandakan satu.
‘Putri Amanda binti Dato Ibrahim aku tak nak. Tak nak. Tak nak!” jerit  rina.
“Oi mak kau makan ketupat cecah tempoyak.” Latah Amanda.
What? Gila siot lawak kau. Hahaha…!!” gelak Rina.
“Wei Rina Qistina. Kau nak ke aku sakit jantung? Cakap tak pernah baik-baik, ni balik-balik terjerit macam nenek kebayan.” Marah Amanda.
“Selamba badak saja kau latah. Hahaha…” Rina bantai gelak lagi.
Makin kuat Rina ketawa melihat rakannya membebel. Rina sebenarnya seorang chef tapi telah meletakkan jawatannya kerana impiannya untuk membuka kedai kek yang mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan, ulang tahun, serta majlis- majlis mewah. Dia juga membuat kek untuk kedai keknya yang terkenal dengan hasil ciptaannya. Amanda pula seorang pegawai di hotel terkemuka dan sentiasa menjenguk ke kedainya  setiap petang untuk menikmati kek tiramisu kegemarannya secara percuma.
Rina juga menyediakan pelbagai jenis makanan sepeti muffin, cupcakes dan donuts yang bersalut coklat, strawberi dan cheese donut.
“Dah habis gelak?” soal Amanda yang geram dengan Rina yang tak habis-habis gelakkan dia.
“Okey. Okey… aku berhenti gelak.” Rina cuba berhenti ketawa.
“Hahahah! Aku tak tahanlah beb. Mak aku makan ketupat cecah tempoyak? Gila lawak! Aku tak dapat bayang mak aku makan ketupat cecah dengan tempoyak.” Sambung Rina lagi. Ketawanya masih lagi bebekas. Mak Rina sebenarnya pembantu rumah dan pengasuh Amanda sejak kecil.
“Betul jugakan? Awal-awal lagi anak dia dah pengsan terhidu bau durian..” giliran Amanda pula gelakkan Rina. Dia tahu bahawa Rina tidak suka makan durian kerana konon-kononnya bau durian terlalu kuat sehingga kepalanya sakit.
Sejak kecil lagi mereka berdua bersahabat  baik. 24 jam sejak tadika suka berkepit macam belangkas. Tapi Rina dapat bantuan bapa Amanda untuk melanjutkan pelajarannya ke Australia dalam bidang kulinari sebab keputusan peperiksaannya merupakan 3 terbaik di sekolahnya dahulu.
“Aik! Perli nampak! ” giliran Rina pula memuncungkan mulutnya sedepa.
“Assalamualaikum.”
“Amanda kau dengar tak ada orang bagi salam.” Soal rina.
“Rina kau jangan nak memandai okey, dah tau aku ni lemah semangat.”
“Hoi mak cik siang-siang macam ni mana ada hantu lagipun sekarang bulan puasalah.”
“Assalamualaikum.” kedengaran sekali lagi suara seseorang sedang beri salam.
“Eh! Betul laa… Hantu mana reti bagi salam” Amanda memalingkan kepalanya menghadap Rina.
“Pelik? Aku belum buka kedai lagilah, macam mana ada orang boleh beri salam tu?” soal Rina,
“Hehe… aku malaslah setiap petang kau pergi suruh aku tukar signboard open and Close tu jadi aku tukarlah awal-awal tadi.” Sengih Amanda.
“Amanda! Kau keluar pergi tengok siapa datang.”
“Yiee… Malaslah.”
“Kau nampak tak betapa comotnya keadaan ku sekarang, dah la baju kotor penuh dengan tepung pulak tu..” rungut rina sambil menunjukkan T-shirtnya yang kotor.
“Malasnya aku!” rungut Amanda sambil menuju ke keluar pejabat Rina.
Alangkah terkejutnya Amanda apabila terlihat belakang lelaki yang sedang membelakanginya merupakan bosnya. Matanya segera melirik jam ditangan, pukul 5.30…. fuh selamat aku… hehe…getusnya.
“Waalaikumsalam bos.” Amanda menyambut salamnya menyebabkan lelaki itu berpaling menghadapnya.
“Eh Amanda! What are you doing here?” soal lelaki itu.
“Err… ini kedai besties saya bos…hehe..”jawab Amanda.
By the way. Saya nak ambil tempahan hari. Ini resitnya..” Lelaki itu menyerahkan sekeping kertas kepada Amanda.
Alright, just a minute okay! Saya nak jumpa tauke kedai dulu. Hehehe.. duduklah dulu bos.” Amanda berpaling semula meuju ke pejabat Rina.
“Rina… Rina… hish! Tidur pulak minah seorang ni!” Amanda mengoyangkan tubuh badan Rina yang terbaring di atas sofa tersebut.
“Ada klien nak ambil tempahan. Banyak gila tempahan dia ni. Boleh buat kenduri kahwin aku dengan dia dah… ” Amanda sudah mula pasang angan-angan dengan bosnya.
“Puan Aida Marissa kah?” soal Rina sambil menguap bak singga lapar.
‘Tak senonoh betul anak dara sorang ni.’ kutuk  hati Amanda.
“Tak. Anak dia agaknya. Bos aku weiyh! Nyaris-nyaris aku kantoi balik awal.” Amanda mengurut dadanya.
“Padan muka…” ejek Rina.
“Nah resitnya. Aku bukan tahu menahu pasal nak cari kuih-kuih ni dekat dapur. Pelik je aku nampak nama-nama biskut kau ni. Summer Rise la Love Forest la. Entah ape-ape je..”
“Pekerja aku belum sampailah! Sapa nak punggah barang-barang ni semua?”
“Apasal kau tanya aku pulak? Manalah aku tau! Dia yang tauke kedai aku pulak yang ditanya.”
“Tak apalah. kau pergi jumpa bos kau tu suruh parking kereta dekat pintu belakang. Nanti aku angkat masuk kereta dia.”
“Kau larat ke?” soal Amanda.
“Laratlah cik adik oi! Aku ni black belt. Setakat benda ni boleh je dengan aku.”
“Mana-mana kau saja la. Jangan je nanti sampai rumah ada nenek kebayan cakap sakit pinggang…” Amanda kembali semula untuk berjumpa semula dengan bosnya.





Adam Mukhriz hanya memandang wanita yang sedang memunggah kotak-kotak ke dalam Toyota Camrinya. Otaknya ligat memikir gerangan wanita  yang wanita bertudung tersebut. Segala neurone-neurone otaknya suba untuk disambungkan demi mengingatkan wanita itu.
‘Alahai otak! Kenapalah kau ni lembab betul!’ Rungutnya dalam hati.
Rina hanya tersenyum sumbing melihat kedutan di dahi Adam.
“Mesti dia tak ingat aku dah. Tu yang muka berkerut macam beruk nak membuang sahaja.” Fkir Rina. Dia cukup terkejut melihat kelibat Adam tadi, mustahil untuk dia melupakan lelaki yang dia betul-betul benci.
Setelah siap memunggah barang. Rina berdiri tegak lalu menepuk membersihkan tangannya. Kereta saja mewah tapi berhabuk!
Lapuk macam tuannya. Dia berpaling untuk masuk semula ke dalam kedainya tetapi langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik.
“Qis wait!” Tajam matanya melihat wajah Adam yang memandangnya.
“Awak Qistina kan?” soal Adam. Setelah penat berfikir akhirnya Dia teringat semula dengan Qistina apabila terpandang nama gadis di baju pekerja bakery tersebut.
“Lepaskan saya!” marah Rina.
“Opss! Sorry… err…” tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Err… awak Qis kan? Hampir saya tak kenal awak bertudung. Nice!” ujar Adam.
Sorry saya tak kenal encik. Maaf saya ada banyak benda nak buat.”
Qis I know it’s you. Okay I’m sorry. What past is past okay?” Adam cuba berkompromi. Tangannya memegang erat semula lengan Rina. Nasib baik dia memakai lengan panjang.
“Eh! Saya tak kenal awak la. Saya ada banyak kerja nak buat, bukannya anak orang kaya macam awak yang hanya tahu menyusahkan hidup orang lain.” Marah Rina.
Sah Qistina! Adam ingat betul  dengan wajah Qistina apabila marah. Mudah sungguh wajahnya bertukar warna apabila naik angin.
“Qistina. Saya nak jumpa bos awak!”
“Hah?” terkejut Rina dengan soalan tersebut. Apa mamat siot ni nak buat? Cukuplah dulu lelaki itu pernah mempermainkan perasaannya.
Cinta konon! Rupa-rupanya hanya ingin membantu teman wanitanya Anie untuk menghancurkan hatinya agar tidak dapat tumpukan perhatian  dalam pertandingan akhir perlantikan ketua chef. Pada malam sebelum pertandingan Adam tiba-tiba minta putus tanpa sebab ketika dia sedang demam panas, Apabila hari pertandingan dia terlihat Adam berkepit bersama Anie. Dan dia tahu apabila Anie memberitahunya hal sebenar.
Sejak hari itu, Qistina berhenti kerja lalu pulang semula ke Malaysia untuk membuka kedainya sendiri agar melupakan sejarah tersebut.
“Bos aku tak ada. Dia keluar!” tipu Rina.
“Rina! Ada Klien nak cakap dengan kau on call. Sekarang.” jerit Amanda yang menuju ke pintu utama. Terbeliak matanya memandang Adam yang sedang memegang lengan Rina.
You're the boss? ” soal Adam.
“Bukan! Adam lepaskan saya!”marah Rina.
“Tak nak! Tell me the truth first! You’re the boss? Patutlah nama bakery ni RQ stands for Rina Qistina right? ”
None of your business!” marah Qistina. Kakinya memijak kaki Adam hingga menyebabkan Adam meraung kesakitan.
Dia melangkah masuk ke kedai dengan hati yang membara.
“Rina Qistina! Listen…”Adam mengejar Qistina masuk ke dalam kedai. Amanda yang tidak tahu menahu apa-apa hanya mengikut langkah mereka berdua untuk masuk semula ke dalam kedai Rina.
Amanda malas nak masuk campur, selagi tiada kena mengena dengannya.
“Amanda!” panggil Adam
Yes boss?” soal Amanda.
Function untuk iftar pihak atasan dan pekerja nanti saya nak awak  guna tempahan kek dan biskut dari RQ cakes, saya akan hantar senarai menu dengan awak nanti. Otherwise, awak di pecat! ” arah Adam.
What?” terkejut Amanda dengan perintah mandatori diktator Adam Mukhriz.
“Hei Adam! Kenapa babitkan Amanda pula?” marah Rina.
None of your business…” Adam memulangkan paku besi.
“Adam jangan suka sangat menyusahkan hidup orang lain boleh tak!” marah Rina.
“Rina…” rengek Amanda.
“Ini senarai menu tempahan right? Saya pinjam bawa balik. I’ll give the list tomorrow.” Kata lelaki tersebut sebelum berlalu pergi dengan senyuman. Gembiranya dia apabila dapat  bertemu semula dengan Qistina.
“Rina apa juga masalah kau dengan bos aku tu?” soal Amanda.
“Arhhhh! Tension aku dengan beruk tu. Manda jom balik! Hilang mood aku nak kerja. Nanti malam aku call kau.”





What! AM ialah Adam Mukhriz” jerit Amanda. Amanda hanya tahu bekas kekasih dua bulan setengah Rina bernama AM tapi sungguh tak sangka dia ialah Adam Mukhriz yang merupakan bosnya selama ini.
Huissshhh…kau nak eardrum aku pecah ke?” sempat lagi Qistina dengan lawak tak jadinya.
So, sekarang macam mana ni? Susah payah aku kerja keras untuk dapat pangkat ni. Akhirnya kena pecat.” risau Amanda sekiranya bosnya betul maksudkan kata-katanya tadi petang.
“Apa boleh buat. Pecat. Pecat je lah. Hahaha…” gurau Rina.
“Eh minah. Sesedap mi segera je mulut kau cakap erk!” marah Amanda pula.
Hahaha…rileks beb! Tidak baik untuk penuaan. Bagitahu bos kerek kau tu aku ambil tempahan dia. Ingat senang-senang je nak buli kita dua orang. Huh!” rungut Rina.
Okay bos roger and out! Eh balak aku mana?” soal Amanda.
“Entah. Dari sampai rumah tadi aku tak jumpa dia. Kenapa muka dia macam kena tampar malaikat je tu? Pagi tadi ketat semacam je.” Sambung Rina.
“Kami gaduhlah. Aku dah basi tahu tak. Dia tak tau nak macam mana nak declare yang kami ni couple depan abah aku . Abang kau tu macam nak tak nak je dengan aku.”
“Kau macam tak kenal abang aku tu. Dulu waktu kau orang nak bersama pun, kau yang buka langkah. Harapkan dia basi berkulat-kulatlah korang berdua takkan sampai sekarang.”
“Tu lain ceritalah sayang. Nak terus terang untuk jadi kekasih senang tapi nak jadi suami aku ni yang payah. Mana ada perempuan nak melamar kahwin. Tu dah gatal nak bernikah namanya…”
“Aku rasa la kan. Abang aku tu segan dengan keluarga kau. Ye la mana ada cerita anak maid kahwin dengan anak perempuan bos dia.”
“Tapi dia tu dah jadi pensyarah sekarang kan? Dah berjaya pun. Abah aku mana kisah semua ni.”
“Kau yakin seratus peratus?”
Errr… mestilah aku kan one and only daughter that they have! Jadi mereka mestilah setuju punya.”
“Tu la pasal abang aku masih was-was. Sebab kau tu satu-satunya anak mereka la, dia takut ibu dan abah kau tak nak anak mereka hidup susah.”
“So?”
“Kau bagi klu dahulu dengan mak dan abah kau. Nanti senang sikit. Kau puji-puji sikit si raihan tu depan mak bapak kau.”
“Ehehehe…ye tak ye juga kan…thanks girl and don’t forget about Adam Mukhriz yang handsome giller tu. Assalam aku nak tidur dah nie…”
“Wassalam. Hoi! Tak nak aku ingat pasal mamat kerek tu. Mimpi ngeri aku nanti.”


                        …                     …                     …                     …



            Adam memberhentikan keretanya kereta Camri kesayangannya apabila lampu merah menandakan berhenti. Hatinya riang apabila terjumpa dengan rina semula.
            Tiba-tiba matanya terlihat sekujur tubuh Rina sedang membonceng dengan motor TMZ yang berhenti di sebelahnya. buntang matanya apabila betul-betul pasti bahawa Rina yang berbaju biru laut itu memandang matanya dengan riak terkejut. Segera gadis itu memaling menghadap tempat lain selain wajah kacaknya. Kacakkah?
            Motor itu segera memecut laju apabila lampu bertukar hijau. Hanya bunyi hon sahaja yang mengejutkan Adam. Berderau darahnya melihat Rina tadi.
            “Siapakah lelaki itu? teman lelaki ? tunang? Eh Rina kan sangat jaga tingkah lakunya so tak kanlah husband dia…? Arrhhhh tidak..! tidak! Bukan..! no..! mesti bapak dia.! Eh gile ka ape! Pening lalat aku kalau bapa dia pakai TMZ…ahhh jiwa kacau..!” omel Adam sendiri sambil memandu keretanya.
            Kakinya menekan pedal minyak dengan laju menuju ke syarikatnya dengan hati yang penuh tanda tanya, “siapa dia tu? Berani Rina peluk pinggang budak tu! Eh perempuan ni dah hilang akal ka? peluk-peluk lelaki lain…” omel Adam.
    Tiba-tiba tangannya memusing stereng keretanya, niatnya ke kerja sudah luntur akibat babak yang menyakitkan matanya. Dia perlukan penjelasan agar dapat tenangkan jiwanya.
 Kakinya memasuki kedai kek Rina tanpa walaupun notis menyatakan kedai tersebut masih belum beroperasi. Matanya terlihat wajah Amanda di yang hendak menuju ke sebuah pejabat di kedai tersebut.
 “Amanda…!” jeritnya.
 “Eh bos nak apa? Tak kerja ke sekarang?” Tanya Amanda kepada bosnya yang workaholic itu.
   “Tanya saya. saya bos. Awak yang belum masuk kerja lagi apasal?” soalnya. Tiba-tiba geram pula dia dengan pekerjanya yang menyoalnya sedangkan dia ialah tuan punya hotel.
    “Saya nak ambil fail dekat dalam la bos, semalam tertinggal dekat pejabat Rina.” Jawab Amanda.
  “Rina mana?”
 “Dalam pejabat… nak jumpa ka?”soal Amanda yang sedang memeluk fail yang tebal itu,
 “Takpe saya pergi jumpa dia sekali.” Laju langkah Adam membuka pintu tersebut. Terkejut Rina dengan tetamu tidak diundang tersebut melulu masuk kedalam biliknya ketika dia tunduk hendak memberi salam dengan raihan sebelum abangnya bertolak ke kerja.
   Rina hanya meneruskan niatnya untuk menyalam abangnya tanpa mempedulikan Adam.
“Abang pergi kerja dulu, Assalamualaikum.” ujar Raihan sambil memandang Adam yang terkaku di depan pintu.
“Err…alright. Waalaikumsalam. Hati-hati tau.” Ingatnya.
“Baiklah.” Kata Raihan. Sempat matanya melirik kearah Adam ketika melintasi lelaki itu semasa melalui pintu pejabat.
“Err….saya hantar abang raihan kejap.” Kata Amanda yang berdiri di belakang Adam.
“Apa awak nak?” soal Rina sambil menuju ke kerusinya. Fail urus niaga dibelek beberapa kali untuk berlagak sibuk dihadapan Adam.
“Siapa lelaki tu?” soal Adam melulu.
“Bukan hal awak.”
“Suami awak ke? Ke tunang? Belum kahwin mana boleh sentuh-sentuh. Bukankah itu kata-kata awak ketika kita bersama dulu? Dah tak ingat halal haram ke? Sia-sia je awak ni dah bertudung” Kata-kata Adam bagaikan peluru yang menerpa ke hati Rina. Terguris hatinya mendengar andaian Adam yang langsung tak kena.
“Eh… yang kau sibuk sangat hal aku ni apasal?” marah Rina.
“Suka hati aku lah. Apasal awak tak beli kereta. dah ada kerja stabil pun lokek nak beli kereta ke? Naik motor lepas tu peluk pinggang. Tak senonoh langsung.” Ejeknya lagi. 
“Rina aku masuk office dulu. Abang kirim salam dengan kau. Err saya jalan dulu bos..” Kata Amanda sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Amanda wait ! abang? Abang siapa? Abang awak ke Amanda?” soal Adam.
“Hey Adam yang kau busy sangat nak tahu ni apasal hah?” marah Rina. Tangannya di silang ke dada menghadap Adam.
“Abang siapa manda?” soal
“Abang saya bos. Hehe…abang sayang.” jawab Amanda.
“hah? Abang sayang  ke abang kandung? Awak ni kata separuh-separuh.”
“Okay! Fine ! Adam Mukhriz.  Itu abang kandung aku merangkap abang sayang Amanda. Puas…!” jelas Rina.
“Ohhh….good…good…” Balasnya dengan senyuman meleret. Kakinya melangkah ke sofa di pejabat Rina.
“Okay Manda. Bye… pergilah kerja.” tindakan Adam yang pelik itu membuatkan Rina bosan. Akhirnya dia terus duduk dan menghadap buku-buku resepi di atas mejanya daripada melayan perangai Adam yang tidak sudah-sudah menyusahkannya.
“Bos tak nak pergi kerja kah?” soal Amanda.
“Err… kejap lagi saya masuk…tengah hari kot. Saya nak bincang pasal function nanti dengan Rina sekarang.”
“Saya sibuk.”balas Rina segera.
“Ada aku care?” sindir Adam.
"Yiiee…” marah Rina sambil melempar pen di tangannya ke arah Adam namun lelakki tu Berjaya menyambutnya.
“Terima kasih sayang. Nak kertas pula.” Kata Adam.
“Sweetnya…” kata-kata Amanda membuatkan Rina memandangnya tajam.
“Okay ! I get it… sorry Rina tapi bos memang sweet… okey bye…”  Amanda memperlajukan langkah bukan takutkan Bosnya kerana lewat sampai tapi takut dia pula jadi mangsa kena baling pen oleh rina.
“Ada kereta tak?”soal Adam yang kini duduk berhadapan dengannya.
Rina hanya membaca buku di hadapannya tanpa memperdulikan kata-kata adam.
“Qis…”panggil Adam.
“Qis…”panggilnya lagi.
“Nak apa?” soal Rina. Tangannya menutup kuat buku tersebut.
“Nak awak jawab. Ada kereta tak?” soalnya lagi.
“Ada !”
“Mana?”
“Hospital bahagia.”
“Okay I’m serious. Kat mana?”
“Bengkel la…annoying betul. Dah balik la Adam. Tak larat dah mata aku tengok muka kau ni. Nightmare.!” Ujar Rina yang berkira-kira hendak menuju ke dapur.
“Nak ke mana?” soal Adam sambil memgekori langkah Rina.
“Lubang cacing. Nape nak ikut kah?” marah Rina.
“Lubang tandas pun aku sangup.” Jawab Adam.
“Please lah sikit. Tak sanggup aku nak masuk…”
“Jadi bila kereta sihat?” dah Adam dah start nak soal… soal dan soal semula. Apasal mamat ni tak nak jadi polis sahaja. Desis Rina.
“Tak tahu… sekarang masuk wad emergency…” balas Rina. Nak sangat loyar buruk…? Nah ambik kau! Marahnya dalam hati.
“Jadi pergi kerja naik apa? Kenapa kereta parah sangat? Kemalangan ke?” 
“Naik motor. Ye parah sangat. Kemalangan. Puas ? Wahai encik Adam Mukhriz sejak bila tukar pekerjaan ni? Dah…yieee…..sakit hati aku… baliklah.” Rina memandang tajam wajah khairul.
“Puas! Nah ni paper senarai kek dan muffin yang perlu ada untuk function ahad ni. Jangan buat-buat lupa pulak…! and esok saya jemput Qis di rumah. Sharp pukul 8 okey…” Adam memegang lengan Rina lalu meletakkan kertas tersebut di tapak tangannya.
“Bye sayang…”sambung Adam.
Rina yang masih lagi terkaku menghadap kertas di tapak tangannya cuba untuk meyambung segala saraf-saraf d otaknya.  
“Jemput di rumah???? What…!!!”
“Adam apa maksud kau jemput di rumah?” soal Rina.
“Sayang. Permahaman hunny ni lemah sangat ke? Kalau tak silap AM sayang ni dulu best student tapi apasal lemah sangat ni? Maksud abang nanti esok pagi abang jemput sayang di rumah. Okay..” katanya.
“Sayang and abang? Hunny? Yuckss…nyaris-nyaris aku muntah darah dengar kau cakap. By the way, awak tak tahu rumah saya do tak payah nak memandai.” Tegur Rina.
“Rina…Rina… Rina sayang, awak dah lupa saya siapa? Ini AM la sayang. Adam Mukhriz. jangan lupa esok pukul lapan okay.” Angkuh kata-kata Adam membuatkan Rina tambah meluat melihat lelaki tersebut.
“Huh!”
“sayang jalan dulu. Jangan lupa order saya untuk function Ahad ni tau.!”
“Mana sempat. Banyak gile awak nak…! Muffin 300, kek 6 jenis, WHAT? Cupcake 400…!!! Awak nak saya mampuskah?” terkejut Rina melihat senarai makanan yang dberi oleh Adam.
Gelagat Adam yang hanya mengenyit matanya dan mengangkat bahunya sebelum pergi meninggalkan pejabat tersebut menaikkan darah Rina.
“Dia nak aku mampus dengan semua ni kah? Adam! I hate you!” jerit Rina.



                        …                     …                     …                     …



“Rina kawan kau sampai ni .” jerit Puan Raihana dari tingkat bawah rumah mini banglo tersebut menusuk ke telingga Rina yang sedang memperbetulkan selendangnya.
“Eh! awal gila minah seorang ni sampai? Selalunya pukul 7.30 aku suruh pukul 8 lebih baru sampai.. ni masih 7.40. Mimpi abang ku jadi laki dia kot semalam… haha…”omel Rina sendirian dalam bilik.
“Mak ! suruh je dia masuk. Awal lagi ni.” Jerit Rina pula.
“Eh masuklah dulu. Lambat lagi Rina tu. ” Jemput puan Raihanah.
“Takpa mak cik saya tunggu kat luar je.” Kata Adam. Matanya terlihat motor TMZ yang dinaiki Rina Semalam parkir di halaman rumah tersebut.
“Baiklah mak cik panggil rina kejap.” Kata wanita separuh umur tersebut. Adam hanya mengangguk tanda faham.  Hatinya cukup riang mengingatkan kata-kata mak Rina tadi.
“Anak ni betul kawan Rina?”
“Ya saya mak cik.” Jawab Adam.
“Tiada apa-apa. Sebenarnya selama ini Rina tak pernah ajak kawan-kawannya yang lain selain Amanda datang apatah lagi lelaki. Mak cik pun pelik dengan budak seorang tu. Di kepalanya hanya kerja saja.” Omel mak cik Rina.
“Oh. Saya kenal Rina waktu dia belajar dekat Australia dahulu. Kebetulan pula terjumpa.” Balas Adam.
“Apa kau buat sini?” Soal Rina sejurus menghentikan lamunan Adam.
“Jemput awaklah. Cantik awak pakai selendang macam tu. Comel!” puji Adam.
“Mengada-ngada.” Omel Rina.
“Jom.”
“bye.” Kata Rina.
“Why?”
“Saya pergi ikut Amanda. So awak boleh blah.”
Adam hanya tersenyum geli hati melihat wajah Rina yang kelat mencuka. Tangannya mencapai telefon bimbitnya di poket lalu mendail nombor Amanda.
“Amanda. Ni Adam…saya jemput Rina pagi ni, esok, lusa dan selamanya so awak tak perlu datang jemput dia sebab dia dah dihadapan saya sekarang…okey, jumpa awak di pejabat.” Pesan Adam kepada Amanda di hadapan Rina.
“Apa awak buat?” marah Amanda.
“Beritahu Rina yang awak akan ikut saya. Jom… atau awak nak sayang gendong awak naik kereta.” cabar Adam.
“Aarrrgghhhh…” geram Rina sambil melangkah masuk ke dalam kereta Camri hitam Adam.
“Good girl.”
    

                    …                     …                     …                     …



“Bos sempat siap ke semua ni sebelum esok?” soal Faiz a.k.a pekerja Rina.
“Rasa-rasanya siap kot. Tinggal kek sahaja belum siap kan. Takpe saya akan buat malam ni. Awak semua baliklah dahulu. Jam pun dah lewat ni.” Kata Rina.
“Tapi bos larat tak buat semua ni?” soal lin pula.
“Takpe saya dah biasa buat semua ni. Awak semua ni dah penat sangat buat kerja. Balik rehatlah. Esok kita hanya perlu hantar tempahan-tempahan semua ni sahaja so kerja pun tak banyak. Tempahan kuih lain pun dah settlekan so kerja kita dah siap. Awak semua boleh cuti sebab raya pun tinggal seminggu je lagikan.”
“Betulkah bos? Terima kasih sebab bagi cuti awal seminggu. Ni tak termasuk cuti raya kan?” soal Lin.
“Ya Lin. Saya yang patut berterima kasih dengan korang semua sebab banyak berusaha untuk raya tahun ni. So kita cuti awal la…”
“Terima kasih bos… ermm… boyfriend bos ke yang jemput hari ni?”
“Saya mana ada boyfriend la Lin sayang.”
“Elleh bos. Jadi encik Adam yang selalu datang kedai kita berbuka puasa dengan bos tu bukan boyfriend bos kah?”
“Minta simpang 44 Lin. Tak nak saya.”
“Kesian mamat tu. Tak baik bos cakap macam tu. Nanti betul-betul jadi baru bos tau.” Omel Lin.
“Pandai la awak…” cebik Rina.
“Assalamualaikum.” Terjengul kepala Adam dari pintu dapur memberi salam.
“Waalaikumsalam…panjang umur.” Jawab Ariana, pembantu chef Rina,
“Hehe… umpat saya kah?” soal Adam.
“Tiadalah. Baru je kena puji.” Sindir Rina.
“Bos kami balik dulu…” kata Lin, Faiz dan Ariana.
“Okey. Encik Adam kami balik dulu. Jaga-jaga nanti kena tangkap khalwat berdua-duaan malam-malam macam ni.”
“Apasal kau datang?kedai aku tak buka hari ni.”
“Saja je. Datang jumpa awak. Tak balik lagi ke?” soal Adam.
“Saya nak siapkan dulu ni baru balik.” Kata Rina sambil mengadun Doh untuk buat kek.
“Banyak gila. Mana siap.” Omel Adam.
“Tahupun banyak tapi awak juga yang menyusahkan saya dengan senarai menu awak yang banyak gila ni.”
“Tak payah la buat. Jom balik.” Ajak Adam.
“Maaf encik Adam Mukhriz saya nak buat ni sampai siap. Saya harap awak tahu yang saya bukan jenis suka buat kerja separuh jalan macam awak.” Kata Rina.
Adam membuka kotnya lalu melipat pergelangan tangan baju kemajanya sambil mendekati Rina.
“Awak nak buat apa?” soal Rina kepada Adam yang kini berdiri di sebelahnya.
“Bantu awaklah. So nak start dari mana?” soal Adam.
“Nak bantu konon. Entah-entah mangkuk dan pinggan pun awak tak tahu nak beza.”
“Awak ajarlah… cepatlah. So cepat siap Qistina sayang oi.” Adam.
“Mana-mana awaklah. Dah ambilkan saya sudu teh dekat rak sana.” Rina menunjuk Sebuah rak kecil di sebelah peti sejuk.

…                     …                     …


“Nah…pagi ni kita sahur dengan kek je la.” Rina memberi sepotong kek coklat dan segelas Nescafe panas kepada Adam.
“Thanks.” Sambut Adam.
“Penatkah kerja semalaman?” soal Rina sambil menyedut milo panas.
Adam mengeleng.
“Tak lah…thanks.  Tak sangka Rina masih ingat minuman dan kek kegemaran Adam.”
“Cerita lama Adam. Tak payah la nak buka cerita lepas.” Kata Rina sambil meniup milo panas tersebut.
“Tapi Am tak pernah lupakan Qis. Am cari Qis selepas kejadian tersebut tapi Qis dah berhenti kerja. Am menyesal. akhirnya, Am tahu yang sebenarnya Am cinta Qis. Am dan Anie dah tiada apa-apa hubungan. Anie dah kahwin pun, dah ada keluarga. Am sayangkan Qis… berikan Am peluang kedua.” Pujuk Adam.
“Dah la Adam. Benda yang lepas biarlah lepas. Hati ini tambah sakit bila kenangkannya. Saya dah kenyang. Awak minumlah. Saya nak kemas dapur sekejap.” Ujar rina.
“Qis… fikir-fikirkanlah. Am setia tunggu Qis sampai bila-bila…malam ni Am ajak Qis untuk jadi pasangan Am pada malam ni. Harap Qis sudi, nanti Am jemput Qis di rumah. Am pergi dahulu., jangan kerja penat sangat. Jaga kesihatan. Assalamualaikum.”
Rina hanya memandang Adam yang berlalu pergi meninggalkannya.


              …                     …                     …                     …



“Terima kasih kerana sudi temankan Adam malam ni.” Adam membuka pintu keretanya menjemput Rina masuk.
“Kejap. Qis terlupa sesuatu.” Rina kembali ke ruang tamu rumahnya.
“Abang Raihan. Fikir-fikirlah apa yang adik kata tadi. Amanda sayangkan abang sepenuh hatinya. Abang ambil telefon ini dan cubalah telefon papa Amanda, Sekali sekala kita perlu hilangkan keegoan kita untuk mengecapi kebahagian.” Rina memberi telefon blackberry ungunya kepada abang Raihan.
“Terima kasih kerana sedarkan abang. Adam seperti seorang lelaki yang baik. Abang tak kenal dia. Tapi abang dapat agak yang dia ada kaitan kenapa adik pulang ke Malaysia. Apapun kesalahan dia, maafkanlah dia sekiranya dia ikhlas.” Nasihat Raihan pula.
“Insyaallah abang. Adik Cuma manusia lemah…bukan mudah untuk memaafkan orang yang pernah hancurkan hati kita yang telah berkecai. Adik pergi dulu. Assalamualaikum.” Rina menyalam tangan abangnya.
“Waalaikumsalam.”


              …                                 …                                 …                     …



“Am tak sangka Qis sudi temankan Am malam ni.” Kata Adam dengan senyuman lebar.
“Kalau tahu jadi bahan perhatian macam ni. Baik tak payah datang. Dah la duduk di meja VIP” Omel Qis.
“Alah mereka cuma pelik sebab Am tak pernah ajak sesiapa jadi pasangan Am untuk apa-apa majlis selama ni. Mungkin mereka Cuma terkejut sebab Am bawa bidadari syurga temankan Am malam ni.” Bisik Am di telingga Qis,
“Banyaklah bidadari syurga. Kalau kasanova ayat tetap tak hilang.” Rungut Rina.
Tersenyum Am melihat rupa Rina yang bertukar merah jambu apabila marah. “Mana-mana Qis je la. Janji Qis sudi keluar dengan Am malam ni.” Balas Adam.
“Setuju keluar bukan maksud setuju bersama. Okey. Sila betulkan pemahaman anda.”  Rina memulangkan paku besi kepada sindiran Adam dahulu.
“Qis…Qis… sebab ni Am sayang Qis. Sebab Qis sentiasa ingat tentang Am. Emm… sedap kek ni…kek buatan kita berdua,” puji Adam sambil makan kek buah kegemarannya.
“Perasan. Dah lah. Saya nak jalan-jalan.” Cebik Rina. Nasib baik jamuan tersebut di buat di taman hotel tersebut. Kalau dalam dewan, Rina yakin dia akan 100% rimas dengan pelbagai jenis pandangan terhadapnya.
“Kejap! tunggulah Am. Okey jom.” Adam berdiri tegak menghulurkan tangannya kearah Rina.
“Encik Adam oi! bukan mahram.” Kata Rina.
Adam hanya mengaru kepalanya sambil tersengih-sengih berjalan dengan seiringan dengan Rina.
“Sorry sayang. Lupa! Tu la pasal baik kita cepat-cepat kahwin.” Ujar Adam.
Rina meneruskan sahaja berjalan tanpa memperdulikan kata-kata Adam. Malas nak layan.
“Hah… patutlah Ibu dengar something pelik je dari pekerja-pekerja Am. Rupa-rupanya ada puteri cantik dari kayangan disebelah Am.” Sergah Puan Aida.
“Ehh…mom…!” terkejut Adam dengan kehadiran ibunya tanpa dijangka.
“Assalamualaikum Rina.” Kata puan Aida.
“Waalaikumsalam Puan.  Puan sihat?” Rina menyalam tangan wanita anggun tersebut.
“Sihat Alhamdulillah. Mak cik dah pesan panggil mak cik je… tak payah berpuan puan.” Katanya.
“Panggil ibu je pun boleh…” sampuk Adam perlahan tapi mampu  didengari oleh dua wanita tersebut. Tajam mata Rina memandang Adam sebagai jaga perbualan.
“Anak ibu ni ada kekasih tak nak declare dengan ibu pun. Tak sangka pula ibu dan ayah tergerak hati nak datang hari ni. Rupa-rupanya ada hikmah.” Ujar puan Aida.
“Errmmm… belum kena approve pun oleh dia bu.” Rengek Adam.
“Alalala… ciannya…Rina. Patutlah ada orang tu dah asyik-asyik makan biskut raya dari RQ bakery. Rupa-rupanya dah terpikat dengan chefnya. Setiap malam tengok tv comfirm sepinggan kuih di tangan.”
Rina hanya senyum melihat gelagat Adam dan ibunya.
“Ibu ni. Buat malu Am je…” rajuk Adam.
“Alalala…tau juga anak ibu sorang ni malu ye. Okaylah, ibu nak pergi dekat ayah dulu. Assalamualaikum. Rina raya nanti jangan lupa datang rumah tau…!” kata puan Aida sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.
“Insyaallah. Waalaikumsalam.”
“Qis… jom.” Ajak Adam.
“Pergi mana?” soal Rina.
"Ikut je la.”
Rina hanya mengekori Adam hingga ke suatu tempat di kawasan taman hotel yang agak gelap.
“Am… nak buat apa datang sini? Gelap sangat la…” kata Rina sambil memandang Adam yang berjalan di sebelahnya.
“Takut kE? Bulan puasa Syaitan di kurung la sayang.” soal Adam.
“Siapa sayang awak? Perasan. Gelap la Am.” Omel Rina.
“Dekat je lagi…terus je…”
“Okay… sini.” Adam dan Rina berhenti berjalan.
Adam menepuk tangannya tiga kali…
Tiba-tiba lampu berwarna kuning seolah kunang-kunang di sekeliling taman bunga ros seolah-olah benar. Setiap tempat dihiasi dengan kelopak bunga ros merah jambu yang bertaburan dan lampu yang cantik.
“Wah… cantiknya…” ujar Rina sambil menerkup mulutnya kerana terkejut dengan kejutan Adam. Dia kemudian berpaling untuk menghadap Adam.
“Will you marry me?” Adam kini melutut sambil menunjukkan sebaldu kotak cincin yang bertatah permata putih ke arah Rina.
Rina tersenyum melihat telatah Adam namun air matanya gugur kerana dilamar di taman kunang-kunang yang dihiasi bunga ros ialah impiannya sekiranya dia hendak dilamar.
Adam mengetahuinya kerana ingatannya tentang soalan tentang impian Rina sekiranya dia hendak dilamar tidak pernah pudar.. Rina pernah memberitahunya dia hendak dilamar di taman kunang-kunang dan dihiasi bunga ros merah jambu semasa mereka bersama dahulu .
“Tak sangka Am masih ingat impian Qis…” ujar Rina. Tangannya menyeka air mata yang gugur di pipi.
“Am tidak pernah lupa kenangan kita Qis. Cinta Am tak pernah pudar untuk Qis.  Am menyesal kerana mempermainkan cinta Qis dahulu. Am harap Qis terima cinta Am.” Ujar Adam Mukhriz.
“Qis harap Am tak hancurkan hati Qis lagi…Qis setuju.” Ujar Rina sambil menerima cincin tersebut.
“Terima kasih Qis.” Adam berdiri tegak dihadapan Rina.
“lepas ni buat biskut raya banyak-banyak untuk Am yaa…sebab biskut itu yang menemukan kita semula. Nak yang warna pink bentuk love tu.” gurau Adam.
“Kek dah tak nak ka?” soal Rina.
“Mestilah nak…! Nak makan tiap-tiap hari dengan tukang buat kek…” kata Adam .
“love you Qis…I love you Rina Qistina”sambungnya lagi.
“I love you too and you know about that right? Adam Mukhriz?”balas Rina.
“Ya sayang. Am tahu sejak pertama kali kita bertemu dahulu.”

***hai semua...selamat hari raya!!




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Friday, September 9, 2011

Saya Cuti Sebulan !! bye !


hye n selamat Hari RAya Semua !!

saya ada Final Exam so x dapat taip cerita..
nak concentrate study yawr..!
huhu...
nanti start 3/10 saya post something here cuz 1/10 LAST PAPER !

3/10 saya balik Sabah...! hehe...ada banyak free time cuti sem nanti..hehe..
okey...gud bye suma...
dOakan saya dapat Result baik2 okei...
aMin...moga2 dapat 3 pointer n above !! amin....


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!