Thursday, August 18, 2011

cerpen sempena nak raya..hehe..



Nak promo sikit…hehe…cantik tak..??
pink..pink lagi my fevret colour..
cerita romantik komedi dari faz sempena raya..hehe..
nanti baca n komen tau..!
dah nak siap dan akan di post secepet yang mungkin…
kepada yang baca n komen n like cerpen "cintaku bukan milikku"
thanks a lot because it's do make me happy and motivated..




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Saturday, August 13, 2011

[CERPEN]: Cintamu Bukan Milikku

             
What?” tanyanya. Terkaku sebentar.

Terkejut! biar betul Madam ni! Aku tak salah dengar ke? desis Irdina.  Pelbagai persoalan sedang melingkar di kepalanya antara benar atau tidak. Sungguh aku tidak percaya hatinya masih bermadah kata.
“Irdina. i’m not joking okay. Can you?” soal Madam Lyna.
But madam. Why me? Kan saya dah kata tadi yang saya datang sini bukan nak bercintan cintun semua ni. I’m here for study...” jawab Irdina. Dia kini tidak peduli sama ada itu pensyarah BEL ka apa ka.
‘Rojak pun rojak aje la  Ada aku kesah? Adakah patut madam nak aku kahwin dengan anak dia. Umur anak dia tu 25 tau tak? aku ni baru saja genap 18 tahun beberapa bulan yang lalu!
I know that you are the one...” jawab Madam lyna.
“Haish madam. Tell me this is only a joke okay..”  Irdina mengingat semula peristiwa tadi. Tiba-tiba sahaja Madam lyna ingin berjumpa dengannya selepas kelas BEL120 tadi. Ingatkan apa. Rupa-rupaya pasal hendak lamar aku! lucu gila beb..
Tapi ini realiti. Madam nak aku jadi menantu dia sebab keyakinan aku menjawab soalan tadi. Iya la kenapa la tiba-tiba keluar tajuk ‘love’ tadi. Tanya soal apa maksud love yang terlalu subjektif bagiku. Kemudian keluar pula tajuk ‘couple’. Ini semua pasal Nazmi! tak patut dia tanya Madam pasal maksud couple pulak. Teruslah melalut pasal siapa tak pernah couple.
Dalam ramai-ramai di kelas tutorial tadi aku seorang je yang tak pernah bercinta. Menyesal aku angkat tangan. Huhuhu.. sebal!
Madam pun tanyalah dengan aku kenapa aku tak nak bercinta. Jawapan aku mudah sangat.. “My parents put a lot of their hopes for me to catch my dream.
Hello Irdina, are you still with me?” soal madam lyna membantutkan lamunan irdina.
Hah? Err.. sorry madam..”
Irdina I really hope that you will help me. Agree with this okay? Saya akan hantar pinangan dekat family awak.” pujuk madam Lyna.
“Hah?” Terkejut Irdina.
Madam. Do you know that I’m sabahan... saya bukan asal sini..”
I know Irdina… saya akan datang meminang sekali dengan tunang dan nikah pada cuti pertengahan nanti.”
What?! ” jerit irdina. Terkejut dengan penyataan pensyarah BEL tersebut. 
Makin pening aku… getus Irdina dalam hati.
Err.. sorry madam. Hehe..” Mohonnya setelah terlanjur bersuara dengan nada tinggi. Nasib baik madam ni tak lemah jantung. Kalau tak! Muncul muka aku di Metro esok. fikirnya.
“Tapi cuti pertengahan kan mula minggu hadapan?”
It’s not a big deal for me Irdina. ” jawab madam lyna. Dia tahu hanya Irdina sahaja yang layak buat Mohd. Izdihar, anak sulungnya tersebut tidak pernah terfikir hendak berkahwin mungkin sejarah cinta pertamanya terlalu mengikat anak terunanya itu.
But it’s big and way too big for me.. macam mana saya nak bagitahu parents saya? Mak dan ayah mesti terkejut. Saya langsung tak dapat bayangkan betapa kecewanya mereka dengan saya nanti. Orang kampung pula mesti fikir yang bukan-bukan pasal saya. Saya datang dari jauh tapi tak sampai setahun dah ada orang nak pinang. Tak ke pelik tu..” jelas irdina.
“Biar saya terangkan dengan keluarga awak nanti. Saya anggap awak setuju dengan lamaran saya.”
“Saya...” Tak nak! sambung Irdina dalam hati. Aku sedang bermimpi ka? Wahai mimpi kejutkan aku dari nightmare ini.
Thanks Irdina. I know you won’t disappoint me... nanti saya akan jumpakan awak dengan bakal suami awak ye. Izdihar tentu suka.” Kelihatan ceria wajah Madam Lyna yang berkacukan orang putih tersebut. Kacukan James Brooke kah? aku akan jadi sebahagian dari Sarawakian? Biar betul..
“Apa?! ” Irdina ingin membalas namun tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki dari pintu. Segera badannya menoleh. Erk? yang ni kenapa pula?
“Hai Izzat. Come here..” panggil Madam Lyna pada Izzat.
“Izzat. This is your future sister in law, Irdina..”
Irdina will be Izdihar’s wife?” soal Izzat.
Irdina kenal Izzat, Izzat merupakan seniornya dalam pengurusan perniagaan.
Owh! What a surprise. Do you know her?” soal Madam Lyna.
Irdina hanya memandang mereka berdua bercerita. Otaknya masih ligat proses kata-kata Madam Lyna  ‘Your future sister in law?’ 
Maksudnya Izzat adik Izdihar maksudnya anak Madam Lyna.
Habislah!! Hatinya menjerit terkejut dengan penyataan tersebut. Bukannya dia tidak tahu perasaan seniornya itu terhadap dia. Sehingga sangup menghantar pesanan ringkas dalam Facebooknya.
Izzat memandang tajam ke arah Irdina. “Junior Izzat” jawabnya ringkas.



Pejam celik… pejam celik aku dah jadi isteri sah Encik Mohd. Izdihar bin Idham. Tentunya ibu dan ayah terkejut dengan kedatangan rombongan Madam Lyna yang bertandang ke rumah. Ibu dan ayah juga mengagak aku telah melakukan sesuatu yang tidak baik lalu memarahi aku setelah pemergian rombongan perminangan Madam Lyna. Hati mereka hancur dengan harapan yang disandang pada anak sulung mereka.
Ayah tanpa berlenggah mewalikan aku. Namun selepas pernikahan baju-baju aku dihumban keluar rumah. Betapa sedihnya hati ini, ibu pula menangis kerana menanggung malu dengan caci maki orang kampung.
Ketika berjumpa dengan Izdihar beberapa hari selepas pertemuan aku dengan madam ataupun yang kini bergelar mak mertua aku. Aku bertanya dengan Izdihar kenapa dia tidak membantah dengan perkahwinan ini.
“Saya tidak mahu mengecewakan umi..”
“Takkan awak tiada sesiapa yang awak suka? Terlalu mustahil…”
“Umi kata awak pun single so is it possible. Tak kan?”
“Saya ada sebab saya tersendiri dan saya telah terangkan kepada Madam Lyna. Saya harap awak dapat menolak cadangan ini.”
“Kenapa awak tak tolak sahaja ketika umi bertanya kepada awak?” soal lelaki itu pula kepadanya.
“Saya dah cuba tapi tidak berkesan awak tau tak!” Irdina melepaskan geramnya dengan lelaki dihadapannya. Muka tempe sungguh! Macam nak tampar pun ada. Terlalu arrogant.
Love? It’s mean nothing for me anymore..” jawabnya ringkas lalu meninggalkan seribu satu pertanyaan kepada Irdina. Mulutnya ingin bertanya tapi takut dikata penyibuk pulak.
 Akhirnya tiada kata sepakat dalam penjumpaan Irdina dengan Izdihar. Irdina juga tidak ingin menghadap wajah lelaki tersebut.
Izzat pula kini tidak lagi menghantar pesanan ringkas di Facebook Irdina. Namun hati Irdina tersentuh setiap kali membaca butir kata-kata yang di post di dinding Facebook lelaki tersebut. Puisi, kata-kata malah lirik-lirk dan tajuk lagu yang diletak pada dinding laman sesawang lelaki tersebut seolah-olah ditujukan untuknya. Izzat juga tidak ikut dengan umi ketika majlis di rumah Irdina dengan alasan banyak assignment yang hendak dibuat.
Kehidupan Irdina dicabar dengan kemarahan anak perempuan Madam Lyna, Mastura. Mastura tidak mahu berkakak iparkan aku kerana muda setahun darinya. Mastura baru sahaja menghabiskan Matrikulasinya dan kini sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Ijazah.
Irdina hanya mampu duduk termenung. ‘Apa sudah jadi dengan kehidupan aku? Semua menjadi kucar kacir.’ fikir Irdina
Hanya tinggal tiga hari lagi untuk memulakan kuliah dan dia terlalu penat. Semalam baru sahaja balik dari Sabah, Maksudnya Irdina akan pulang ke rumah Madam Lyna. Dia akan sebilik dengan Izdihar? Macam mana ni? Selepas pernikahan mereka dua hari lalu Izdihar terus mengambil pernerbangan pulang semula ke Sarawak pada malamnya. Dia pun nasib baik ada kawan tumpangkan rumah. Kalau tak sah merempat!
Irdina hanya mampu bersabar, dia tahu mungkin Izdihar mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Izdihar juga seolah-olah merahsiakan sesuatu dengannya pasal perkahwinan ini, dia tidak langsung membantah setiap pemilihan tentang perkahwinan mereka. Persandingan pula akan diadakan di rumah pihak lelaki kerana mak dan ayah tidak ingin mendengar penjelasan Irdina atau keluarga Madam Lyna.
Irdina tahu betapa kecewanya kedua ibu bapanya dengan apa yang terjadi. Dia tidak mampu untuk merajuk atau berkecil hati dengan ibu bapanya yang tidak ingin menerima penjelasan dia dan Madam Lyna sekeluarga.



“Irdina…” panggil umi dari luar bilik Izdihar. Baru sahaja dia sampai di rumah mertuanya. Mewah! Terlalu cantik sekiranya dibandingkan dengan rumahnya di kampung.
“Ya?” Irdina mengesat air matanya.
Kelihatan wajah Madam Lyna memandang Irdina yang sedang duduk di bucu katil anak sulungnya. Wajah gadis itu tidak lagi seceria seperti selalu, jikalau dahulu Irdina selalu ceria, mukanya tidak lekang dari senyuman tapi kini wajah tersebut sentiasa sembab dan lemah.
My dear... I’m sorry. Umi minta maaf dengan Irdina. Sekiranya umi tidak memujuk Irdina ikut rancangan umi. Irdina mesti masih Irdina dahulu yang sentiasa gembira dan ceria. Maafkan umi… umi selfish!” Kelihatan butir-butir air mata Madam Lyna sedang gugur..
It’s okay madam. Eh! umi..” Irdina cuba untuk ceria.
 “Thanks Irdina..” Madam Lyna memeluk erat menantunya tersebut.
“Dah! come join us downstairs. Umi ada buatkan kek untuk minum petang. Ingat tak bila Irdina kata Irdina ni suka sangat makan kek lapis Sarawak perisa Cadbury dulu waktu umi tanya pengalaman pertama datang ke Sarawak?” kata mertuanya.
Irdina menganguk. Tersenyum dia mengingatkan peristiwa tersebut.
“Jom Irdina..” ajak umi.
Err… umi pergilah dulu. Irdina nak solat asar sekejap..”
Alright.” kata Madam Lyna sebelum berlalu keluar ke tingkat dua. Irdina menghembuskan nafasnya yang seolah tersekat-sekat.
‘Ya Allah kuatkanlah iman ku..’



Hari sudah semakin gelap namun kelibat Izdihar, Izzat pula balik ke hostel sejak semalam lagi. Mungkin tidak ingin menghadap muka Irdina.  Mastura pula sering mnjeling tajam wajah Irdina menyebabkan gadis tersebut rimas terutamanya apabila umi menambahkan lauk ke pinggan Irdina.
Selepas mengerjakan solat isya’, Irdina menghambarkan selimut dan cadar ke lantai bilik tersebut. Dia tahu bahawa dia tidak layak buat Izdihar, mungkin sebab itu Izdihar enggan pulang ke rumah lagi. Irdina pula risau kerana adakah Izdihar akan matikan lampu sekiranya hendak tidur kerana dia fobia terhadap gelap.
Dia meletakkan telefon bimbitnya di tepi bantal, takut kalau Izdihar akan mematikan lampu nanti.
Irdina tersedar apabila terdengar bunyi air bercucuran di bilik mandi. Matanya melirik ke arah jam dinding, pukul 1 malam. Nampaknya suaminya agak sibuk di pejabat.
Usai mandi, Izdihar keluar dari bilik mandi lengkap berbaju tidur. Matanya melirik Irdina yang tidur berselimut sehingga menutupi bahagian mukanya.
            “Tidur macam mayat..” bebelnya. Lalu menuju ke arah suis lampu. Pedih matanya dengan keadaan yang silau. Badannya dihempap ke atas katil yang empuk tersebut.
            ‘Alamak! Bi aku dah agak..’ kata Irdina dalam hati. Matanya terbuka seluas-luasnya, ingin sahaja mulutnya menjerit apabila keadaan gelap tadi tapi dia tahu bahawa ini bukan rumahnya di kampung mana dia boleh menjerit sekuat hati lalu ibu memeluknya erat bagi menenangkannya.
            Segera tangannya mencapai telefon bimbit di tepi lalu menghidupkan lampu suluh telefon bimbitnya. Telefonnya diletakkan bersebelahan dengan pipinya yang ditutupi oleh selimut tersebut agar dia tidak dimarahi oleh izdihar.
            Izdihar yang tersedar dengan cahaya tepi mengensot sedikit badannya ke tepi katil untuk melihat cahaya dari bawah katilnya. ‘Budak zaman sekarang, siang tidur malam jadi burung hantu bertelefon, ini ke calon isteri terbaik konon kata umi?’



            “Dina!” jerit Fatin iaitu rakan sebilik Irdina setiba sampai di bilik mereka. Fatinlah antara tempat Irdina meluahkan segala perasaannya. Hanya teman-teman sebilik Irdina sahaja yang mengetahui kisahnya yang sudah berkahwin malah semua kisah Irdina.
            “Fatin..” peluk Irdina.
            “Sabar ya Dina. Semua ni cubaan buat kau..” ujar teman sebiliknya itu.
            “Fatin, aku sedih nampak air mata ibu Tin. Aku tidak sengup lukakan hati mereka.” Air mata Irdina sudah mula jatuh.
            “Sabar ya…”
            “Tadi siapa hantar kitak p hostel tok?” soal Fatin.
            “Izdihar..” jawab Irdina yang menyambung lipatan kainnya ke almari.
            “Kitak duak orang jak ka?” soal Fatin lagi. Gadis ini sudah mula bercakap melayu Sarawak dengan Irdina.
“Iya. Kami dua sahaja.”
“Tiada cerita ke? About you and that guys during your way here?”
Zero story” jawab Irdina. Teringat dia panggilan Izdihar terhadap dirinya pagi tadi..
“Nurul.” panggil Izdihar.
“Awak panggil saya?” tanya Irdina. Belum pernah seorang pun yang pernah pangkal namanya tersebut. Langkahnya untuk membantu umi di dapur terbantut.
“ Yup awak. Nama awak bukan Nurul Irdina ke?” soal Izdihar.
“A’ah saya cuma pelik je awak panggil saya Nurul.”
“Apa yang peliknya? Nurul kan nama juga. Nurul… err…” balas Izdihar tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Nak cakap ke tak?
Irdina memandang wajah suaminya yang baru sahaja menegurnya sejak solat subuh tadi.
“Iya saya. Awak nak apa?” soal Irdina. Pelik dengan air muka Izdihar.
Err.. kamek mok kitak panggil nama kemek ‘abang’ boleh sik? Tapi mun di universiti kelak kitak boleh panggil mek ‘sir’ jak…” Lancar Izdihar mengeluar kata-kata yang dia sudah rangka sejak tadi lagi.
Err…buat apa nak panggil awak sir dekat kampus nanti? Awak buat apa sana?” Soal Irdina. Wajahnya yang dilitupi tudung itu bertambah kerut itu telah menyentuh sedetik ke hati Izdihar.
“Comel..” katanya spontan..
“Hah? Apa awak kata?” soal Irdina yang semakin pelik dengan perangai Izdihar.
“Eh? Ehermmbecause I’ll will be one of the lecturer starting next week for AP110..” jawab Izdihar.
“Oh. Okey..” jawabnya ringkas sebelum berlalu membantu umi di dapur. Senyumannya meleret namun segera disembunyi kerana dia yakin bahawa dia tidak salah dengar sepatah kata Izdihar tadi.



“Hoi minah…” jerit Fatin.
“Jauhnya melalut mak cik  seorang ni. Ini mesti something happen ni. Cerita sikit, eh tak. Cerita banyak! Tersengih macam kerang busuk.”
Hurmmm nothing special. Cuma… he will be one of your lecturer here and he told me that I should call him ‘sir’ at campus and ‘abang’ at home. Alahai. Serabut otak aku..”
One of my lecturer? What you mean by that?” Terkejut Fatin.
‘Alahai Fatin ni. Kalau ada sakit jantung agaknya sudah tersembul keluar tercabut jantung aku.’rungut Irdina.
“Iya. Nanti dia jadi pensyarah dekat sini. Ingat tak kau ada cakap sama aku yang mula minggu depan ada pensyarah baru.”
“Dia ?” soal Fatin.
“Ya dia sayangku Mohd. Izdihar akan jadi pensyarah dekat sini.” jelas Irdina.
Can’t wait for the next chapter of this story, I’m sure that it will be more fun, with his little brother who crazy with you..” usik fatin.
“Izzat dah tiada mesej aku lah…” balas Irdina.
“Mestilah dia dah tak berani sebab kau dah jadi kakak ipar dia.”
“Dah la Fatin. Tutup cerita pasal Izzat  nanti Abang Izdihar tahu. Entah apa yang jadi.” Tegas kata-kata Irdina membuatkan Fatin terdiam. Dia tahu bahawa rakannya itu tengah runsing tentang masalah yang dihadapinya.



 “Irdina… Kau tau tak. Aku dengar ada gossip tentang student bergatal dengan pensyarah baru. Aku risaulah kalau diorang umpat kau. Nanti Sir Iz marah kau macam mana?” kata Fatin yang baru sahaja menghabiskan milo panasnya.
Sysshhh…” Irdina memberi isyarat agar Fatin memperlahankan suaranya.
“Aku tahu pasal tu. Riuh classmate aku cakap pasal ni. Apa boleh buat? Aku cuma boleh senyap je la.”
“Orang serius dia main-main pulak.” Geram Fatin.
Okay… okay… Sir takkan marah punya. Sebab kami takkan berjumpa juga nanti. Aku nak stuggle study. Kau pun tahu apa cita-cita ku kan? Aku rasa mereka nampak aku waktu pergi beli persiapan persandingan tu. Waktu tu aku jalan dengan sir kan? Mesti ramai yang pergi mall tu sebab hari sabtu.”
Herrmm… kesian aku tengok roommate aku ni. Jalan dengan suami sendiri pun kena sorok-sorok...” gelak Fatin.
“Agak-agaknya siapalah yang bawa mulut tu ye..” fikir Fatin. Matanya tiba-tiba terpandang beberapa pasang mata yang sedang memandang kawannya itu.
“Irdina. Kau dah habis minum ke? Jom masuk bilik panaslah dekat sini..” ajak Fatin. Sungguh dia tidak suka rakannya diperlakukan sedemikan.
“Oh! Okay. Jom.”



Setahun 2 bulan tempoh perkahwinan antara Irdina dan Izdihar namun tiada sebarang pun berlaku antara mereka. Hanya bersama dua minggu sekali untuk  balik rumah mertuanya.
Irdina hanya mengikut kehendak Izdihar dalam semua perkara. Bukan dia lemah atau apa, Cuma dia malas hendak berlawan dengan keegoan Izdihar yang tinggi melangit itu. Izdihar juga menambah beberapa peraturan selain panggilan abang dan sir. Dia menetapkan agar Irdina berpura-pura tidak mengenalinya di kampus dan hendak menunggunya di depan pagar utama sekiranya hendak pulang bersamanya malah merahsiakan perkara ini dengan umi. Irdina juga masih lagi tidur di lantai setiap kali pulang ke rumah mertuanya.
“Irdina kenapa muka kau pucat?” soal Fatin. Mujurlah semester ini Fatin masih lagi menjadi teman sebiliknya.
“Tiadalah. Gastrik agaknya.” jawab Irdina. Sejak pulang dari kuliah pagi tadi perutnya memulas kesakitan. Nafasnya turun naik.
“Eh! Kau okey tak ni?” soal Fatin. Fatin risau kerana dia tahu bahawa temannya ini mempunyai rekod kesihatan yang teruk. Gastrik dan asmanya sangat teruk.
“Aku okay lagi kut.”
“Baiklah. Rehat dulu. Telefon aku kalau makin teruk. Jangan lupa makan ubat kalau sakit. Aku nak pergi kelas ni..” nasihat Fatin.
“Baiklah.” jawabnya ringkas sebelum menutup mata. Terasa pedih perutnya seolah-olah ditusuk benda yang sangat tajam.



Irdina membuka matanya perlahan. Tangannya cuba mengurut dahinya. Terasa pening kepalanya, pandanganya masih kabur.
“Irdina are you okay?” soal Fatin.
“Fatin aku dekat mana ni?” soal Irdina balik.
“Dekat hospital. Tadi kau kenapa tak telefon aku? Dah tahu sakit! Nasib baik Anita dah habis kelas tadi, nampak kau terjatuh pengsan depan almari kau.” bebel Fatin. Anita merupakan salah seorang teman sebilik mereka.
“Siapa bising dekat luar tu?” soalnya lemah. Kedengaran suara orang sedang berbalah dia hadapan wadnya..
“Tiada apa-apa. Rehat dulu. Kau masih lemah tu..” ujar Fatin.



“Irdina..” sayu suara Madam Lyna memanggil mengejutkan Irdina.
“Umi..” Irdina memperbetulkan pembaringannya.
“Maafkan umi..” tangis wanita tesebut sambil memeluknya erat. Tadi ketika dia masuk, dia terdengar tangisan Irdina mengigau memanggil ibunya sambil meminta maaf sehinggakan Mastura yang bersama dengannya pun turut mengeluarkan air mata.
“Takpa umi. Jangan nangis. Irdina dah sihat.” Irdina cuba senyum menghadap wanita tersebut.
“Mesti Irdina rindukan ibu?” sambung wanita itu lagi.
Irdina terdiam. Memang dia sangat merindui ibunya, seminggu yang lepas ketika hari jadi ibunya dia cuba menelefon wanita tersebut. Namun ibu meletakkan ganggang apabila Irdina memanggil namanya.
“Umi ada bawakan bubur nasi untuk Irdina. Tadi doktor kata Irdina masih perlu ditahan untuk tambah air.”
Irdina hanya mengangguk lemah.
          Setelah kepulangan mertuanya. Hanya tinggal Irdina dan Izdihar sahaja di bilik tersebut.
          Irdina cuba berpura-pura tidur kerana malas hendak berbalah dengan suaminya. Tadi Fatin kata bahawa Izdihar yang mendukung dia dari bilik tidurnya sehingga ke bilik kecemasan. Maknanya ramai pelajar perempuan yang nampak kejadian tersebut berlaku.
            Hatinya seolah-olah tidak ingin balik ke hostel kerana dia pasti hostel mereka sekarang penuh dengan isu ‘pensyarah lelaki masuk bilik pelajar a.k.a isterinya’.
“Kenapa tak cakap yang Nurul fobia gelap?” soal Izdihar. Dia yakin bahawa Irdina belum tidur lagi.
Irdina masih lagi berdiam diri.
“Kalau Fatin tak pesan dengan saya tadi agar jangan matikan lampu wad ni sampai bila-bila pun abang takkan tahu yang Nurul fobia gelap.” tegas kata-kata Izdihar masuk ke telinga Nurul Irdina binti Ameer. Patutlah selama ini dia melihat Irdina tidur di lantai berbungkus selimut lalu lampu telefon bimbitnya terpasang. Dia ingatkan bahawa Irdina sibuk sms dengan orang lain sehingga pagi.
“Benda kecil saja tu.” jawab Irdina ringkas namun badannya masih lagi memaling daripada menghadap Izdihar.
“Umi suruh Nurul makan bubur ni. Nurul belum makan dari tadi lagi. Nanti sakit lagi. Pusinglah...” arah Izdihar.
Terkejut Izdihar memandang wajah isterinya yang pucat dan lesu tersebut. Tangan Irdina bergegar hendak menyambut bubur dari tangan Izdihar.
“Tak payah. Biar abang suap.”
Selepas lima suap, Irdina sudah mengelengkan kepalanya tanda enggan menerima sebarang makanan lagi. Mulutnya terasa muak hendak terima.
“Nah..” Perlahan-lahan Izdihar meletakkan gelas di mulut Irdina. Jarak mereka terlalu dekat sehingga Irdina mampu terasa hembusan nafas suaminya.
Ermm.. Dah. Err.. thanks..”
“Umi kata. Nurul dapat cuti 3 hari jadi umi nak Nurul balik rumah rehat dekat rumah.”
“Ta..”
“Esok abang hantar Nurul balik. Tinggal rumah dulu.”’ arah Izdihar. Kerana dia tahu, sudah tentu isterinya itu enggan pulnag ke rumah jika dibagi pilihan.
“Iya la..”
“Tidurlah. Rehat.” Izdihar memperbetulkan bantal Irdina agar selesa.



Baru sehari di rumah, Irdina sudah mula bosan. Dia tidak dibenarkan berbuat apa-apa selain baring di atas katil empuk Izdihar.  Izdihar pula mengambil cuti emergency leave untuk menjaganya di rumah kerana tiada sesiapa yang menjaga isterinya di rumah ketika pagi.
Kelihatan susuk tubuh Izdihar masuk ke dalam bilik, tiba-tiba sahaja Irdina gugup dan berdebar-debar mungkin hanya mereka berdua sahaja di rumah tersebut.
“Nurul… err… nak..” Izdihar mengaru kepalanya.
“Nak apa?” soal Irdina.
“Larat mandi tak? Atau nak saya tolong..”
“Tak apa saya larat..” segera Irdina memotong kata-kata Izdihar kerana dia tahu sambungan  kata-kata tersebut. Bahaya! Bahaya!
“Oh. Okay..”
“Saya dah sedia makanan tengah hari. Dah habis mandi nanti kita lunch sama-sama..” ajak Izdihar.
Alright. Erhmm.. Abang. Thanks..” Terharu Irdina dengan layanan baik Izdihar dengannya walaupun dia tidak pasti ia hanya rasa bertanggungjawab atau keihlasan seorang suami terhadapnya. Selama ini Izdihar tidak pernah mengambil berat tentangnya.
Usai makan malam bersama keluarga mertuanya, Irdina masuk ke dalam bilik mereka. Kelihatan Izdihar yang sedang tekun memeriksa kertas ujian pelajarnya.
Irdina mengambil tempat di bucu katil.
“Nurul tidur atas katil malam ni..” Tiba-tiba Izdihar bersuara.
“Hah. Takpa..”
“Tidur atas katil malam ni. Jangan risau sebab abang tidur di sofa je. Rehatlah awal. Nurul tu sakit.” Arah Izdihar.
Irdina hanya menurut kata Izdihar, badannya yang lemah tersebut tidak larat hendak membantah kata-kata Encik Suami.
Lena Irdina tidur tiba-tiba lampu bilik terpadam mengejutkannnya. Bergegar satu badan dengan keadaan yang gelap gelita tersebut. Tangannya segera meraba-raba sekeliling untuk mencari telefonnya dengan mata yang dipejam rapat.
Terasa seseorang sedang memeluknya erat. Tangannya mengosok-gosok kepala Irdina agar gadis itu tenang.
Sssyyyhhh… dah. Jangan takut. I’m here.” Kedengaran suara Izdihar yang sayu.
“Agaknya blackout..” Dia masih bersuara. Apabila keadaan gelap tadi segera dia memeluk isterinya. Dia teringat kata-kata Fatin bahawa Irdina fobia gelap akibat peristiwa dia terkurung di dalam bilik pada waktu malam sehingga dia menjadi takut berada di tempat gelap sendirian.
 “Dah. Nurul tidurlah. I’m here..” pujuk Izdihar.
Don’t leave me alone..” kata Irdina.
“Baiklah. Jangan risau” Izdihar mmembaringkan Irdina semula namun Irdina masih memegang kuat lengan suaminya.
Izdihar yang kepenatan tertidur di sisi isterinya.
Kejadian malam tadi membuatkan mereka terdiam. Sepanjang perjalanan pulang ke kampus Irdina hanya memasang earphonenya. Dia tidak ingin menghadap wajah Izdihar. Tidak sangka semalam mereka berdua boleh terbabas!
‘Lelaki! Tahu saja ambil kesempatan dalam kesempitan!’ marahnya dalam hati. Malunya menebal untuk menghadap Izdihar. Ingin sahaja dia cekik lelaki itu pagi tadi.



"Lecturer tu husband kau? Biar betik? umur kau baru 18 dia tu dah 25 tau tak?" soal Hamira.
"Dari mana lagi gosip ni Ira? Kau percayalah bulat-bulat. Biar aku tambah pahala, korang tambah dosa.." dolaknya.
"Eleehh... macam mana pokok nak bergerak kalau tiada angin cik Irdina oi..." sindir gadis itu.
'Peribahasa pun salah. Ada hati nak sibuk hal aku. Weiyh..kain sendiri kau koyak tak sedar. Ada hati nak sibuk. Huh!" rungut Irdina dalam hati..'
“Tiada maknanya..” Irdina mengemas buku-bukunya. Inilah bukan study group tapi story group tentang aku.
“Eh! Kau nak ke mana?” soal Hamira.
“Nak ke mana lagi? Baik aku balik bilik belajar lagi bagus…” ujar Irdina.
Bye...”
Irdina keluar dari perpustakaan dengan geram. Tiap-tiap hari ada sahaja cerita tentangnya. Mukanya tebal setebalnya terpaksa berdepan dengan pelbagai andaian dari pelajar malah beberapa orang pensyarah.
“Dina..” jerit Izzat.
Langkah Irdina terhenti. Kepalanya memaling menghadap Izzat.
“Boleh saya jumpa awak?” tanya lelaki itu.
“Ada apa?” Dia sebenarnya cukup mengelak dari berhadapan dengan izzat.
“Err.. Fatin kata awak free hari ni. Boleh saya bercakap dengan awak.”
“Tapi..”
Please Irdina. Just for a while.”
“Okey dekat mana?”
“Dekat pondok 1. Petang ni pukul 4.30”
“Baiklah..”



“Sudahlah Izzat..” pujuk Irdina.
“Tapi saya tahu awak tak bahagia dengan along. Along tak pernah anggap awak sebagai isterinya. Please dina… I love you so much. Saya tak boleh fokus belajar pasal ni...” pujuk Izzat. Tangannya mencapai tangan Irdina lalu mengengamnya erat.
Izzat! behave yourself! Respect me as your sister in law.” marah Irdina.
I’m sorry dina. I just can’t focus on my study. Umi tidak adil. Izzat yang kenal Irdina dari dulu. Izzat yang sukakan Irdina dari dulu tapi kenapa umi masih lagi nak kahwinkan Irdina dengan along yang masih lagi tunggu kepulangan Sarah...” ujar Izzat.
“Siapa Sarah?” pintas Irdina.  Dia tidak pernah langsung mendengar tentang nama tersebut.
“Maafkan saya..” Izzat yang sedar dia terlepas cakap segera berlalu pergi meninggalkan Irdina yang penuh dengan persoalan.



Hati Irdina seolah-olah digaru-garu untuk menyoal Izdihar sejak di kereta lagi tentang Sarah namun lelaki itu seolah-olah tiada mood. Mungkin penat setelah habis kerja tadi. Sudahlah seminggu yang lalu Irdina menunggu sehingga pukul 7 di pagar utama untuk pulang ke rumah mertuanya namun kelibat Izdihar langsung tidak kelihatan. Lelaki itu hanya menghantar masej setelah pukul 7.15 malam setelah dia jenuh menanti sepanjang petang sabtu itu.
“Siapa Sarah?” soal Irdina. Akhirnya keluar juga persoalan tersebut dari mulutnya.
“Dari mana Nurul tahu tentang Sarah?” Tanya Izdihar.
“Itu tak penting.. Nurul Cuma nak tahu siapa Sarah sahaja.” Soal Irdina lagi.
“Kawan..”
“Kawan yang sekadar kawan atau kawan yang dinanti selama ini?” soal Irdina.
“Abang penat. Tidurlah. Dah lewat.”
“Siapa Sarah bagi abang. Betul ka abang masih tunggu kepulangannya.?” Irdina rasa tercabar dengan sikap Izdihar yang mengendahkannya.
“Awak nak apa?!” marah Izdihar membuatkan Irdina bungkam. Terkejut dengan jeritan Izdihar yang agak kuat itu.
“Maafkan saya..” kata lelaki itu.
“Takpa silap saya kerana menyibuk hal abang. Maaf… Irdina turun ke bawah kejap..” hati Irdina terguris dengan tindakan Izdihar. Dia juga tidak tahu kenapa dia menjadi lebih sensitif sejak akhir-akhir ini.



Jam melirik pukul 5.30 pagi, Irdina hendak bangun mengejutkan suaminya namun hatinya pelik apabila tiada kellibat Izdihar di atas katil. Hanya sekeping sampul surat yang berwarna putih sahaja. Irdina tidak mengambil peduli tentang surat tersebut kerana dia ingin sembahyang subuh.
“Assalamualaikum umi.” Panggil Irdina. Puan Lyna yang sedang sibuk menyediakan sarapan membalas salam tersebut.
“Along mana? Tak bangun-bangun lagi ke?” soal umi.
“Eh... Dina ingatkan abang dah bangun. Tadi Dina bangun abang dah tiada. Dina ingatkan abang dah habis solat.”
“Takda pun. Umi dekat bawah je dari tadi. Tiada pun bayang along dekat sini, selalunya along tu habis subuh datang menyibuk dekat dapur mengacau umi.” Jelas Puan Lyna.
Tiba-tiba Irdina teringat sampul surat di atas katil Izdihar.
 “Irdina naik atas jap..”
Setiba di bilik Irdina segera mencapai sampul tersebut lalu membukanya.

Assalamualaikum Nurul Irdina..
Saya Mohd.Izdihar bin Idham menceraikan isteri saya Nurul Irdina binti Ameer dengan talak satu.
Cintamu bukan milikku..
Semoga bahagia…

Yang benar,
Izdihar

Terkejut Irdina membaca surat tersebut. Kini sah jatuh talak Ozdihar terhadapnya tanpa sebab. Kepalanya tiba-tiba berpinar…



Sembilan tahun kemudian,
Irdina segera ke pejabat pusat membeli belah tersebut. Hatinya gusar akibat kehilangan Aina. Kanak-kanak berumur 6 tahun itu hilang dari pandangannya, mujurlah tadi dia dengar nama Aina tadi dalam pengumuman kanak-kanak yang sesat.
“Aina!” jerit Irdina. Kanak-kanak tersebut belari memeluknya
“Aina. Syukur alhamdulillah. Jangan tinggalkan mama lagi tau!” Dia tidak lagi ingin kehilangan sesiapa lagi.
Sorry ma. Tadi ada uncle tolong Aina cari mama. Tu! Uncle bagi Aina lollipop. Sedap…”  Aina menujukkan lelaki yang membantunya tadi. Irdina memandang lelaki tersebut. Terkejut dengan kemunculannya setelah beberapa tahun. Nafasnya seolah-olah tersekat.
“Nurul..” panggil Izdihar.
Err… assalamualaikum.” Irdina cuba berlagak tenang. Dia tidak ingin lagi dianggap lemah dan diperlakukan seperti dahulu. Irdina kini lebih kuat dan tabah.
“Waalaikumsalam. Err.. ni anak Izzat? comel macam ayahnya.” puji Izdihar.
Err... ya..”
“Nurul Aina Fatihah binti Izzat. Cantik nama..”
“Mestilah. Opah kata mama yang bagi nama Aina. Kan ma?” Lancar kanak-kanak tersebut menjawab. Irdina hanya memandang Izdihar yang duduk mencangkung menghadap Aina.
“Aina kata datang sini nak melancong sebab ayahnya ada kerja.”
“Hah! ya…nak beli sikit baju untuk raya nanti.” kata Irdina.
Errmm.. Lambat beli baju raya. Rayakan minggu depan? Abang datang sini pun ada meeting.. so jalan-jalan kejap.”
“Sibuk… err.. maafkan saya  sebab nak pergi dah. Kami dah lewat. Assalamualaikum. Aina salam uncle..” Irdina memandang Aina yang menyalam Izdihar. Air matanya ingin sahaja jatuh mengenangkan arwah anaknya dengan Izdihar.
Bye uncle…”
“Mama. Aunty Mas mana? Kata nak pergi tandas tapi dah sesat.” soal Aina. Irdina tersenyum dengan soalan Aina. Dia yang sesat kata orang pulak!
“Aunty Mas tak sesat la sayang oi.. Aunty Mas pergi tandas sekejap.”
“Ayah dan ibu dah habis kerja ke ma?” soal Aina lagi.
“Aik? Bosan ke jalan-jalan dengan mama dan Aunty Mas?” duga Irdina. Sebenarnya Aina ialah anak Fatin dan Izzat. Tak sangka Fatin yang sentiasa menyokong dan memberi nasihat kepada Izzat rupa-rupanya jodohnya.
“Tak la.. tapi ibu dan ayah tu asyik kerja... kerja… Aina nak juga shopping dengan ibu.” rungut Aina.
“Okay. Nanti malam kita ajak aunty mas, ayah dan ibu makan malam. Nanti lusa Aina dah balik Sarawak. Tinggal Aunty Mas dan mama je dekat KL ni..”  Irdina pura-pura merajuk.
“Nanti raya mama dan Aunty Mas jangan lupa balik rumah opah tau!” arah Aina.
“Insya-Allah. Kalau mama cuti nanti kita orang balik ya. tu Aunty Mas dah datang.” Tunjuk Irdina. Irdina sebenarnya tengah bekerja sebagai pensyarah di UM manakala Mastura menjadi akauntan di syarikat antarabangsa.
“Aunty Mas ni… lambat betul la..” rungut anak kecil tersebut.



   Izdihar terlihat wajah Izzat dan seorang wanita. Kalau dia tidak silap itu Fatin, bekas pelajarnnya serta kawan baik Nurul dahulu. Hatinya tertanya-tanya kenapa Fatin yang memegang Aina.
Uncle!” jerit Aina.
“Ayah. Itu la uncle yang bantu Aina cari mama dulu..” kata anak kecil itu. Fatin dan Izzat memandang satu sama lain.
Izdihar terpaksa menuju ke arah anak kecil tersebut. Aina memegang tangan Izdihar seolah ayah dan anak yang sedang berjalan-jalan bersama.
“Hai Izzat. Dah nak balik Sarawakkah?” soal Izdihar.
“Apa along buat di sini?”
“Along ada meeting. Nurul mana?”soal Izdihar.
“Buat apa along cari Dina lagi. Biarlah dia dengan kehidupannya. Tak cukup ke along lukakan hati Dina.” marah Izzat. Dia tidak sanggup melihat betapa teruknya keadaan Irdina dahulu.
 Selepas perceraian dengan abangnya, Irdina disahkan mengandung. Irdina mengalami tekanan perasaan, sampai terpaksa belajar dengan perut yang semakin membesar malah dengan caci maki pelajar lain terhadapnya, dia hanya hidup berbekalkan sisa-sia semangat demi anak yang bakal dilahirnya tapi malangnya Irdina  kemalangan jalan raya. Doktor hanya mampu mengugurkan bayi yang sudah cukup sifat itu demi menyelamatkan nyawa Irdina. Berapa bulan Irdina mengalami kemurungan sebelum pulih semula. Mujurlah setiap semester dia menjadi pelajar cemerlang, dia dapat mengulang semula untuk menamatkan pelajarannya.
“Kenapa dengan Nurul?”soal Izdihar.
“Izzat kenapa dengan Nurul? Fatin?” soalnya lagi.
“Irdina keguguran anak kau! Kerana kau dia dicaci. Kerana kau Dina tidak diterima oleh ibu bapanya. Kerana kau dia mengalami kemurungan! Kalau bukan kerana umi melutut minta maaf depan ibu bapa Irdina mungkin sampai sekarang Irdina menjadi anak derhaka. Kau tahu tak!” marah Izzat. Fatin cuba menenangkan suaminya.
“Ya Allah..” Izdihar menutup mulutnya..
“Nurul mana sekarang?” soal Izdihar.
“Janganlah cari Dina lagi. Bukan senang untuk Dina bina hidupnya semula..” ujar Fatin.
“Sudah la Fatin. Jangan peduli manusia yang tidak tahu bersyukur ni. Aina jom..” Terkebil-kebil Aina mengikut ayahnya.



Irdina memandang sayu kubur anaknya, sudah dua kali dia membaca yasin di hadapan arwah. Setiap 1 syawal sudah menjadi satu kewajiban baginya untuk melawat kubur anaknya.
“Adam. Mama sayang adam. Mama terjumpa ayah Adam. Hati mama sakit. Mama tak sanggup. Mama sering teringatkan Adam apabila terpandang ayah Adam. ” tangis Irdina. Tiba-tiba terasa bahunya di sentuh oleh seseorang.
“Nurul. Maafkan abang Nurul. Ampunkan abang..” Izdihar duduk bersebelahan Irdina.
“Maaf saya tak kenal awak..” Irdina berkira-kira hendak pergi.
“Maafkan abang Nurul. Abang tak sangka perkara akan jadi macam ni..” Akhirnya runtuh keegoan Izdihar. Tadi dia pulang ke rumah untuk meminta ampun dengan keluarga. Mujurlah Mastura yang beritahu di mana Irdina berada.
“Pujuklah Dina abang. Dia masih sayangkan abang. Setiap hari Mas nampak Dina pegang gambar perkahwinan abang…’ ujarnya.
“Ampunkan abang Nurul. Abang sayang Nurul. Ego abang tinggi. Abang marah melihat Nurul dan Izzat dulu. Abang marah bila terbaca kata-kata Izzat untuk Nurul dulu. Abang sangka Nurul curang dengan abang..’
“Hahaha. Sangka? Banyaknya sangkaan abang. Tapi abang pernah tak sangka yang anak kita akan mati! Pernah tak sangka yang Dina akan keguguran? Anak kita abang. Anak kita! Dina tatang abang dengan semua kemahuan abang. Apa abang suruh Dina buat tanpa bantahan. Tapi apa Dina dapat? ” marah Irdina. Air matanya semakin lebat bercucuran.
“Ampunkan abang. Maafkan abang…” Izdihar memeluk erat isterinya.
“Abang sayangkan Nurul. Berikan abang peluang Nurul.”
“Susah untuk terima abang semula. Maafkan Nurul..” Irdina menolak pelukan bekas suaminya. Dia hendak pergi dari tempat tersebut.
Please Nurul. Abang cintakan nurul..”
“Ada apa dengan cinta kalau ia hanya menyakitkan? Cinta saya untuk abang sudah lama terkubur sejak kematian arwah..”
Please Nurul. Ampunkan abang. Abang tak sangup kehilangan Nurul lagi. Abang sangup buat apa saja demi Nurul.” Izdihar melutut dihadapan isterinya.
“Jangan tinggalkan Nurul lagi. Jangan lukakan hati Nurul lagi…” akhirnya Irdina mampu memaafkan Izdihar. Segera Izdihar berdiri memeluk irdina.
“Terima kasih Nurul…”
“Nurul tak janji lagi. Abang minta maaf dulu dengan ibu dan ayah nurul sebab tidak mungkin mereka akan maafkan abang..”
“Abang cuba. Terima kasih sayang…”
TAMAT.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!