Bos besar panggil. El
keluh kecil. Pasal apa pula kali ni?
“Miss, Bos panggil...”
El yang sempat termenung
depan bilik bos angguk pada setiausaha bos. Pintu yang terbuka luas diketuk
perlahan.
“Masuk Heliza.” Suara
garau bos dibalas dengan anggukan. Tuan Haji yang sangat berkaliber baginya.
Malah sikap rendah diri dan peramah bos besar itu memudahkan perjalanan kerja
dia.
“Anything bos?”
Tuan Haji tersenyum
kecil. Kenal benar perangai pekerjanya satu ni. Susah betul nak bawa berbual
biasa. Yang ditahunya hanya kerja semata-mata. Sayang sungguh hidup muda
seorang Heliza dipersiakan sampai tu sekali.
“Saya nak kenalkan
pengarah urusan baru kita. Come and have
a seat.”
Saat itu mata El
memandang susuk tubuh yang masih membelakanginya. Entah kenapa tiba-tiba saja
hati resah melihat belakang lelaki itu.
El cuba untuk bertenang.
Tapi hati macam nak tercabut keluar. Tiba-tiba aje tak sedap hati ni.
Garang sangat ke pengarah
urusan baru ni?
“Haq. Ni Heliza. Our Chief of Finance. Heliza ni anak
saya. Eman Haq...”
Mulut El terngangga. Nama
tu! Walaupun belum tengok rupa tapi dia tidak pernah lupa sebaris nama unik
itu. Mata dikali pada lelaki yang duduk memandangnya. Tenang wajah itu tidak
mampu menghilangkan debar di hati.
Eman Haq?
Ya Allah! Terketar-ketar
tangannya. El tidak tahu lagi nak tunjuk reaksi apa pada dua lelaki itu. Mujur
dia sudah pun duduk di kerusi. Kalau tak confirm
terjelepok atas lantai!
“Hai El...”
“Oh! Haq kenal Heliza?” Tuan
Haji Baktiar saja bertanya. Siap panggil nama samaran lagi. Di pejabat ni tiada
seorang pun berani panggil gadis itu selain panggilan Cik atau Heliza. Haq
seorang saja mulakan perkenalan dengan nama samaran.
Haq tersenyum nipis.
Nyata El masih macam dulu. Asal terkejut aje mesti membesar mata bulat tu. Comel!
Pandangan dikalih ke arah
papanya.
“Cukup kenal ayah. Kawan
lama Haq ni.”
Kita jumpa lagi El.
Selepas ni jangan harap dia nak lepaskan Heliza semula. Tolaklah sejauh mana.
El tetap milik dia. Yakin Haq sejak nama ELHAQ terukir.
El alih pandangan pada
bosnya semula. Tapi fikiran memang kosong. Terkejut bila terlihat wajah itu
semula selepas beberapa tahun. Tidak mampu dia buang rasa takutnya.
Ya Allah! Patutlah
tiba-tiba tidak sedap hati.
“Are you alright Heliza? You looks so pale? Tak sihat ke?” tanya
Tuan Haji Baktiar. Risau juga tengok muka pekerjanya yang pucat semacam ni.
“Huh?! Uh... Ah... Aah. No! I mean I’m okay bos.”
Makin berkerut dahi Tuan
Haji. Tidak pernah-pernah si El pucat lesi sampai tergagap macam ni. Geleng
kepala dia tengok gadis itu. Teruk sangat terkejutnya tu Heliza.
“Okaylah kalau macam tu.
Tapi saya cadangkan awak ambil cuti rehat Heliza. Awak tu dah la payah nak
cuti. Kalau tak sihat tu cutilah. Badan kita ni kena pakai lama.”
“Insya-Allah bos. Kalau
tiada apa-apa saya minta diri dulu.”
Lembik kaki lepas keluar
dari bilik Tuan Haji. Risau saja dia tidak kuat tadi. Eman Haq. Lelaki itu
muncul semula.
Mata tunduk pandang
tangan yang mengeletar.
“Pembunuh bang! Pembunuh!
El takkan maafkan pembunuh tu.” Itu janji dia bila abang nya ungkit pasal pembunuh
tu beberapa bulan lepas.
Tapi sekarang pembunuh tu
depan mata dia. Senyum seperti tiada apa yang pernah berlaku. Dan dia tahu Haq
bukan saja-saja nak munculkan diri dia semula.
Apa lagi lelaki itu
mahukan dari dia?!
Lepas tu 3 hari El ambil
cuti. Papa kata dalam sejarah El bekerja ambil cuti lama sampai macam tu.
Selama ni kedekut cuti. Kalau dikumpul boleh buat cuti panjang selama setahun.
Nampak sangatlah nak
mengelak dari dia. Agaknya apa perasaan El bila tahu lepas ni mereka lebih
banyak bekerjasama. Haq tersengih sendiri. Tiba-tiba gadis yang berjubah moden
sedondon dengan warna kemejanya dipandang. Cantik dan ayu saja lalu pejabat dia
dan masuk pejabat sebelah.
Tangan Haq tahan dagu
memandang gerak geri El. Si gadis masih lagi tidak perasan. Tersenyum kecil dia
memerhati gelagat El. Angau!
Sampailah El duduk di
meja dan pandang depan. Oh! Syurga matanya pandang pemandangan terindah pagi
ni. Tidak sia-sia datang kerja awal dari papa.
Tangan melambai El yang
ternganga sejak tadi. Tangan lincah menekan interkom bilik sebelah. Haq jeling
interkom El. Memberi isyarat agar El sambut panggilannya.
“Hai sayang!”
“What you doing here Haq?” tanya El. Aduh berkerut muka sayangnya
pagi ni. Bingung ke tu atau tidak puas tatap mata Haq pagi ni.
“Lunch sama jom?”
“I tanya benda lain Haq.
You belum pekak lagi kan?” Auch! Sejak
bila El garang macam ni? Patutlah ramai gelar sayangnya ni singa andartu.
“Huh! Merepek.” Dengus El
kuat sebelum matikan talian. Nampak sangat stress El tatap muka dia seharian. Well! Lepas ni setiap hari El akan terus
tatap mukanya sambil buat kerja. Cermin bilik mereka yang agak lut sinar
membolehkan Haq cuci mata lepas rindu pada El setiap hari!
Argh! Haq suka buat hati
El liang libu. El bukannya kuat sangat nak tepis si kacak tu dari terus
mengodanya. Suka beli hatinya dengan semua barang kesukaan El. Setiap hari
pasti hidangan kopi dan kek tersedia atas meja. Awal lelaki itu datang ofis.
Nak pangkah pun pasti Haq akan pastikan dia datang terlebih awal dari El. Ni
dia curious siapa jadi mata-mata Haq
beritahu setiap masa temujanji dan jam masuk pejabatnya.
Bunga.
El pandang sekuntum ros
yang disertakan bersama nota atas mejanya.
Lunch
dengan I. –Haq.
Oh
please! Muak El dapat
bunga dan nota yang sama setiap hari. Ingat ni zaman mereka bercinta macam
dulu? Haq ni tidak faham bahasa langsung! Makin tua. Makin bebal pulak!
Interkom El berbunyi. Haq
yang dail. Mula memang tidak mahu angkat. Tapi takut juga benda penting.
Cumanya Haq ni memang susah nak jangka. Dalam nak buat kerja tu sempat lagi
kacau dia. “El here...”
“Salah sayang. Bukan El here... Tapi El...Haq.”
“Whatever Haq. Kalau tiada benda penting. I banyak lagi kerja.” Kan
dah agak. Haq ni bukan boleh percaya sangat. Talian diputuskan. Tangan El mula
ralit menekan papan kekunci.
Jangan pandang depan El.
Jangan pandang depan. Suara hati kuat mengarah diri sendiri.
“Do
you believe on happilly ever after miss”
El terdiam. Pekerja
bawahannya dipandang seketika sebelum kepala mengeleng perlahan.
“Maybe...” Jawapan El mengundang kerutan di wajah pekerja yang lain.
“Miss pernah ada bad
experience?” tanya seorang lagi budak bawah jagaannya. Berani. Yang lain
sudah menjeling tajam pada budak bernama Ain itu. El yakin memang bakal
gosiplah kalau dia buka cerita dia. Tapi jadi bos andartu macam dia memang
biasa menjadi umpatan pekerja bawahan. Lagipun dia bukanlah jenis bos peramah
walaupun tidak banyak kerenah.
“Bad one girl. But yea.. let the past passed.
Into relationship just not my priority anymore. But when good one comes to you
guys... accept on how the story goes and live your love happily.”
“Walaupun cerita
cinta I tidak seperti yang I harapkan. I cukup bahagia dan bersyukur dengan apa
yang I ada sekarang..” Jawab El tenang.
Pekerja yang mendengar
nasihat darinya hanya tersenyum senang hati. Iya cakap memanglah senang. Tapi
nak melalui semua tu, banyak air mata yang dia pernah bazirkan.
“Betul tu miss. Mesti parents miss bangga dengan miss
sekarang ni. Kalau miss berhenti
lepas tu buka company sendiri pun dah
boleh.”
El tersenyum kecil. “I’m not expecting on running my own company.
But there is a plan for my own future. Insya-Allah. Doakan rancangan saya
berjaya.”
“Amin...”
El tersenyum kecil. Hari
ni releks sikit sebab itulah dia boleh duduk lepak dengan pekerja bawahannya.
Dia sendiri pun payah ikut keluar makan dengan mereka ni. Kebetulan budak
praktikal bawah jagaannya bakal meninggalkan jabatan dan syarikat mereka. El
turutkan saja cadangan penolongnya untuk meraihkan hari terakhir budak
tersebut. Malah dia sendiri yang keluarkan duit belanja mereka semua.
Sekurang-kurangnya boleh
elak dari Haq yang asyik paksa dia keluar makan bersama!
Perbualan mereka terhenti
bila semua terdengar nama El menjadi perbualan hangat di meja berdekatan.
“Biarlah mereka tu miss. Yang penting kami tahu miss macam
mana orangnya.”
El tersenyum kelat.
Memang tidak sah kalau jadi bahan umpatan. Entahlah. Selama ni dia hanya buat
kerja sendiri. Tapi sejak dua tiga minggu ni memang cukup telinganya tadah
gosip pasal diri sendiri. Lebih-lebih lagi sejak Haq jejak syarikat ni.
“I dengar cerita El
keluar dengan semua staff dia. Betul ke?”
“Sajalah tu bodek
orang-orang dia. Andartu tu bukannya suka sangat ikut staff dia keluar. Ke dia
nak ambil budak praktikal dia tu jadi anak ikan tak? Ewww! Geli tekak I fikirkan andartu tu selera budak-budak.”
El ketap bibir dengar
mulut-mulut jahat itu umpat pasal dia. Makin rancaklah pula mengata pasal dia.
Haih susah juga jadi bahan dengki orang ni. Bukan cara dia untuk jadi kaki
kipas bos atau staff lain. Dia jenis buat kerja sendiri pun kena umpat.
“Agak-agaklah. El tu nak
budak lelaki tu. Baru budak U aje kut.” Balas si geng mengutuk.
“Eh! Mana kau tau?
Sekarang ni perempuan tua terlajak macam El tu memang gila budak lelaki muda.
Tengoklah retis sekarang ni. Suami muda tapi bini hampir menopos macam si El
ni.”
Pap!
El berdiri sambil memukul
meja. Kuat hingga tiga orang minah meja depan tu terlatah. Staff lain yang
turut berada di kantin pun terkejut dengan meja dihentuk dan pinggan berlaga.
Badan ditoleh memang geng
keras mengutuknya itu. Satu nafas ditarik. Orang dari jabatan pentadbiran.
Memang muka kaki gosip syarikat.
El terus saja tinggalkan
meja tanpa peduli muka mereka yang pucat lesi terpandang dia tadi. Itulah umpat
tak tengok kiri kanan. Dah lah suara mengutuk sampai satu kantin boleh dengar.
Ikut angin dia memang nak saja bagi lempang satu persatu. Biar rasa sakit macam
hati dia. Tapi kreadibiliti dia kena jugak jaga sebagai salah seorang bos di
syarikat tu. El sendiri pun malas nak ambil port.
Sampai dalam pejabat
sendiri. El pejam mata sambil bersandar pada kerusinya. Cuba tenangkan hati
yang tengah sakit. Bukan kehendak dia untuk tidak berjodoh dan merasa kasih
sayang. Tapi cukuplah pengalaman bersama Haq dulu. Cukuplah rasa cinta yang mempertaruhkan
sebuah keluarganya
El serik!
Ya Allah! Kuatkanlah
hatiku.
Rindu kasih sayang ibu
dan ayah. Rindu usikan dan belaian manja dari abang. Dia rindukan semua tu.
Kerana cinta dia kehilangan semuanya. Akhirnya dia sendiri tarik diri. Tapi
sayang semua sudah terlambat. Semua tu tidak mungkin akan kembali.
Air mata yang mengalir
dibiarkan. Melepaskan rasa sakit yang masih bersisa. El rindu semua...
“Sayang...”
“Tinggalkan I Haq.” El
cam suara tu. Bertahun berpisah pun dia masih dapat cam suara milik lelaki itu.
Haruman Haq yang pernah menjadi igauannya pun masih digunakan oleh Haq.
“El...” Sayu suara Haq
memandang wajah mulus itu dicemari dengan air mata. Dia sendiri dapat rasakan
kesakitan yang El pendam selama ni.
“Syyyhhh....” Kalau Haq masih enggan beredar. Sekurangnya biar
keadaan sepi. El masih lagi dengan mata yang dipejam erat. Dia nak tenangkan
hati sebelum staff lain mula masuk pejabat.
Dan Haq masih setia
bersama El walaupun gadis itu enggan menerima pujukannya. Haq duduk
bersandarkan meja El. Mata tidak lepas dari terus memandang El yang masih cuba
untuk tenangkan fikiran. Dia nak El tahu, walaupun sepuluh kali ditolak. Haq
tidak akan sesekali tinggalkan El dalam keadaan macam ni.
“El...”
El angkat kepala. Satu
keluhan dilepaskan. Pandangan tidak alih dari Haq yang datang mendekat.
“Still no driving?”
“You follow I Haq. Noticed
that.” Sudah beberapa hari El perasan Haq ikut dia turun naik komuter dan
lrt balik dari kerja.
Haq tersenyum kecil.
El tukar pandang ke
laluan lrt hadapannya. Haq yang ikut duduk sebelah dibiarkan. “I hantar you
pulang.”
“I tak nak ada cerita
lagi Haq. You dengar tadikan.”
Angguk. Jelas telinga dia
dengar orang mengumpat pasal ‘Andartu’ yang menjadi topik hangat tadi. Ikutkan
nak aje dia bambu semuanya. Suka hati aje kutuk kekasih hatinya macam tu. Tapi
kalau dia masuk campur. Makin hangatlah bimbo semua tu bergosip.
“Sejak bila El yang I
kenal ni ambil port umpatan orang ni?”
“I penat semua ni. Just stay away from me Haq.” Pinta El.
Cukuplah kes di kafeteria tadi. Segala kesabaran El hampir musnah mendengar
umpatan tentang dirinya. Takut saja satu hari nanti dia meletup sebab tidak
tahan lagi.
“I can’t sayang.” Sedikit sebanyak Haq sedar dia penambah perisa
pada gosip tentang El. Tapi El yang dia kenal tidak pedulikan tentang orang
lain. Biasalah El cantik, pandai bergaya, bekerjaya dan pegang jawatan tinggi
di syarikat tu. Tidak hairanlah ramai dengki. Jadinya usia 35 tahun dan solo tu
jadi isu hentam El!
“You boleh Haq. You did that before. Lupa?” Saja El
ingatkan perpisahan mereka sebelum ni. Kalau sebelum ni boleh, kenapa sekarang
tidak boleh pula?
“Once is enough my dear. Itupun atas permintaan you dan atas rasa
cinta I. Now i’m not giving up. Plus i never giving up. Sebelum ni I follow keadaan you El. I bagi you masa
untuk tenangkan diri semula. Sikit bulan lagi genap tiga belas tahun I bagi
masa untuk you. Takkan itu tak cukup lagi?”
“Tiga belas tahun tidak
akan mengubah apa-apa Haq. You dan keluarga you tidak dapat kembalikan
kehidupan I yang dulu. Tiga belas tahun tidak pernah cukup untuk I tenang
Haq...” Tutur El tenang sambil membalas pandangan Haq sebelahnya. Tiada lagi
sisa cinta yang tinggal untuk Haq.
“Cukup tiga belas tahun
you buang masa follow I. Lepas ni tak
perlulah. Train dah sampai. I pergi
dulu... Assalamualaikum.”
Haq hela nafas. Langkah
El meninggalkannya dipandang. Tidak guna ikut kalau El dah cakap macam tu.
‘Tiga belas tahun akan
tamat El. I janji untuk kembalikan kekasih I yang dulu.’ Bisik hati Haq.
El duduk di kerusi yang
tersedia. Pandangan ditala permandangan kota raya yang sibut. “Tiga belas
tahun. Tidak pernah sedikit pun penderitaan I berkurang Haq...” Setitik dua air
mata El mula mengalir.
“El...”
“El rindu abang.” Potong
El sebelum Haris buka kuliah petang.
Haris tersenyum. Sajalah
tu nak mengelak. Terkejut dia dengar El datang nak jumpa.
“Nanti sayang abang ni
lambat sampai rumah. Dah maghrib ni.” El ni naik kemudahan awam. Kena tunggu
bas sana sini. Dia pula ada kelas lepas maghrib nanti. Tak dapat nak hantar.
Kalau ya pun El bukannya nak dia hantarkan. Degil!
Mulut El muncung ke
depan.
“Abang tak rindu El.”
Rajuknya.
Makin lebar senyuman
Haris. “Rindu. Siapa kata tak rindu.” Pujuk Haris lembut. Kalau tak pujuk.
Makin panjanglah rajuk El nanti.
“Dah tu. Suka sangat
halau El balik tu kenapa?”
“Sayang. El tu anak dara.
Tak elok balik lambat. Bahaya.” Terang Haris.
El mengeluh kecil. Haris
ni! Dia baru saja sampai. Dah sibuk suruh balik.
“El...”
“El tak mengeluh. Hela
nafas je.” Tahulah ayat yang bakal keluar di mulut Haris nanti. Pantang dengar
orang mengeluh!
“Apa masalah ni? Selalu
El tak buat macam ni?” Mesti ada sesuatu yang ganggu sayangnya seorang ni.
“Tiada apa-apa. Saja
lawat abang. Lama tak jumpa.” Tidak
bersedia lagi nak beritahu Haris pasal Haq. Tak sanggup nak tahu reaksi Haris
kalau tahu pasal lelaki yang pernah jadi sejarah hitam dalam hidup dia.
El tipu. Tapi Haris tak
naklah paksa kalau El masih belum bersedia untuk buka mulut. Pandangannya
beralih pada seorang kanak-kanak yang mengamit. “Budak abang dah panggil ni.
Nak masuk maghrib dah. El boleh solat?”
El geleng kepala. “Abang
masuklah. Get ready untuk azan dan
solat. Kejap lagi El balik. El duduk sini kejap.”
“Baiklah. El jangan susah
hati. Abang masuk dulu.” Pesan Haris.
El mengangguk perlahan.
Tangan Haris sempat disalam tanda hormat. Kepala diusap lembut oleh Haris
sebelum dahinya dikucup. “Abang sayang adik abang. Jangan buat abang susah hati
dik...” luah Haris lembut.
Air mata El terus
mengalir tanpa sebarang suara. Macam mana dia nak luahkan pada Haris.
Haq muncul semula abang.
Haq muncul semula...
Sejak kejadian di kafe
tempoh hari. El kembali menjadi El yang tegas, pendiam dan suka buat kerja
sendiri.
Kalendar atas meja kerja
dicapai. El menghitung hari. Ada dua bulan lagi. Sudah tiba masanya. Rasa
cukuplah tempoh dia berkhidmat di syarikat ni. Masa untuk dia bawa diri. Bukan
dia tidak pernah utarakan pada Tuan Haji Baktiar sebelum ni. Tapi tuan haji
senang dengan cara dia bekerja. Dinaikkan pangkat asalkan El berkhidmat lebih
lama di syarikat itu.
Cukuplah. Sejak menjalani
latihan industri hingga umur melebihi tiga puluh siri ni ada baiknya dia buka
langkah.
“El...”
Pandangan kalih pada Haq.
Si kacak bertenggek depan pintu. “Apa you nak?” Kalendar letak balik tempat
asal. Jemari disimpul satu sama lain atas meja. Menahan rasa tidak senang dalam
hati.
“Jangan hilang dari I
lagi.”
“Apa maksud you?” Dada El
tiba-tiba berdebar. Entah kenapa wajah gusar Haq mencorak rasa lama dalam hati.
Tiba-tiba ingin betulkan rambut yang agak serabut tu.
Tadi dia nampak Haq
keluar bilik. Pergi bilik Tuan Haji Baktiar agaknya.
“I dapat rasa you macam
nak lari dari I.”
El balas pandangan Haq
sebelum dia alihkan pada jemari sendiri. Dikuatkan simpulan sepuluh jarinya.
Menguatkan hati yang rapuh.
“I tidak lari Haq.” Dia
bukan lari. El memang dah lama rancang perjalanan hidupnya. Perletakkan jawatan
ni pun sudah lama dalam rancangannya. Sebelum Haq muncul semula lagi. Cuma
kehadiran Haq mempercepatkan tempohnya sahaja.
Bila Haq bersikap macam
ni. Lebih menguatkan hati untuk teruskan rancangannya.
“El...” Haq tidak pernah
jemu panggil El macam tu. Dileret harakat nama El yang singkat tu jadi panjang.
“I pernah hilang you
sekali. I tak sanggup untuk kehilangan kali kedua El. I’ll die...”
“Jangan cakap macam tu
Haq. Orang dengar nanti.” El tidak kisah Haq nak cakap macam tu. Bukannya Haq
tu buta agama nak mati kalau dia tiada. Dan bukannya dia tidak faham bahasa
‘bunga-bunga’ Haq tu.
El lagi kisah kalau
pekerja lain dengar. Lagi teruk lagi terkena. Cukuplah dia bawa diri sendiri.
Waktu rehat macam ni pun dia lagi rela makan dalam pejabat sendiri dari ke
kafe.
“I tak peduli apa orang
cakap El.”
“Suka hati you la. Kalau
tak ada apa-apa lagi tolong tinggalkan I sendirian. I nak rehat.” Waktu sunyi
macam sekaranglah kegemaran El. Lagi suka bila keadaan tenang macam sekarang.
El senang macam tu.
Kerusi dipusing berpaling
dari Haq. Sudi lagi hadap dinding dari lelaki itu. Haq kenangan dan dia tidak
sanggup ulang kenangan lama.
“Abang Haris kena
tangkap. Kalah dalam perbicaraan. Kenapa Haq?! Kenapa mereka buat abang macam
tu?” Tangisan El waktu tu tidak berhenti. Menangis kenangkan nasib abang
kesayangannya hancur macam tu sahaja.
“Sayang...” Haq tidak
tahu lagi macam mana nak tenangkan El. Maka dibiarkan saja El terus menangis
meluahkan rasa. Sekurangnya El tidak pendam sendiri. Itu lebih menakutkan.
“Ibu ayah menangis merayu
tapi orang tu cuma senyum aje. El benci orang tua tu! El takkan maafkan dia!
Abang tidak bersalah. Mereka jadikan abang Haris kambing hitam...” Mendengar
cerita El. Haq tahu Haris memang tidak bersalah. Abang El tu memang jujur dan sangat
baik. Tapi itulah. Kuasa duit mampu menghancurkan hidup orang.
El ingat lagi muka orarng
tu. El titip dalam ingatan. Senyuman, kegembiraan orang tu menghancurkan karier
dan kehidupan abangnya. Abang yang menjadi harapan keluarga pun menangis.
“Ibu ayah... ampunkan
abang bu. Ampunkan abang buat ibu dan ayah menangis. Ampunkan abang bu...”
Melutut Haris mencium kasut ibu dan ayah. Dituduh songlap duit syarikat memang
penjaralah jawabnya. Tapi dia kambing hitam. Ibu dan ayah tahu tapi mereka
tiada keupayaan walaupun berada di pihak benar.
“Allah nak... jangan
macam ni bang.” Ayah ikut melutut depan Haris. Hati tua mana sanggup tengok
kehidupan anak yang selama ni menjadi harapan keluarga hancur macam tu saja.
“Abang tidak dapat jaga
ibu dan ayah lagi... maafkan abang. Ampunkan bang... Jaga ibu dan ayah dik.
Jangan jadi macam abang. Janji dengan abang. Jaga ibu dan ayah.” Itu suara
terakhir Haris sebelum diseret masuk dalam penjara.
“Adik janji...”
Dan janji tu yang
‘membunuh’ El sampai sekarang.
Habis belajar. El bawa
Haq untuk berkenalan dengan ibu dan ayah. Muda lagi waktu tu. Jiwa masih
kebudak-budakkan walaupun kejadian yang berlaku Haris mengajar El untuk belajar
bersungguh-sungguh demi ibu dan ayah.
“El fikir masak-masak ya.
Haq tu bukan ibu tidak suka. Tapi ibu dan terbaik untuk anak ibu.”
Kata kias dari ibu
membawa maksud ibu tidak mahu El dengan Haq lagi.
El tahu tapi waktu tu
jiwa dah sepenuh hati pada Haq.
Haq yang kacak.
Haq yang penyayang.
Haq yang bekerjaya.
Haq yang romantik.
Semua pasal Haq indah
buat El.
“El tak mampu bu. El
sayang Haq. El tidak faham kenapa ibu dan ayah tidak sukakan Haq... El cintakan
Haq bu...” pujuk rayu El bila ibu mula berkeras.
“Minta berpisah El. Ibu
carikan yang lain ya...”
Tiada sebab waktu tu El
nak tinggalkan Haq. Haq pun sedaya upaya untuk ambil hati ibu dan ayah. Waktu
tu segala kebaikan Haq depan mata El. Haq tu alim pun ya. Tapi El tidak pernah
faham kenapa ibu berkeras tidak mahu El bersama Haq.
Bukan El tidak pernah suarakan.
Tapi ibu sekali pun tidak pernah buka mulut. Ayah apa lagi.
Jiwa tengah muda. Janji
untuk senang dan bahagiakan ibu ayah dilupakan. Lupa janji pada Haris untuk
senangkan hati ibu dan ayah.
“Sebab Haq anak orang tu!
Haq anak orang yang aniaya abang. Haq tahu semua pasal abang! Haq tutup mulut
sendiri bila abang dianiaya. El nak sangat orang macam tu! Orang yang aniaya
anak ibu. Orang yang seret abang El masuk penjara? El nak?!”
Jeritan ibu bergema satu
rumah. Tahulah El punca sebenar. Bergegar tangannya dengan kebenaran yang dia
baru tahu.
“Selama ni...”
“Selama ni...”
“Haq tipu El...” Bertahun
dia bersama Haq. Bukan sekali dua El menangis depan Haq atas nasib abangnya.
Haq macam tidak tahu apa-apa. Kena lagi waktu tu Haq kerja di Kedah dan dia pun
belajar sana. Jauh dari KL. Jauh dari keluarga. Sekali pun dia tidak pernah
nampak Haq berada dalam mahkamah perbicaraan abangnya dan orang tu.
“El... El nak dengar dari
mulut Haq.” Kunci kereta dicapai. Bila El nak keluar rumah. Ayah jerit panggil
namanya. Ayah tarik kunci dari tangan El bila El hilang dengan dunia sendiri.
El yang lost macam tu.
Mustahil ayah nak biarkan El memandu. “Biar ayah bawa El jumpa orang tu dan Haq
sekali. Ibu kunci rumah sekarang!” suara tegas ayah tidak mampu El tepis.
El hanya ikut bila ayah
seret dia masuk kereta.
Ibu pegang El sepanjang
perjalanan. Kuat. Dan El seperti hilang dengan dunia sendiri. Yang dia nampak
ibu sebelah memang sudah mengalirkan air mata. Ibu menangis sebab dia. “Kenapa
Haq buat El macam ni bu? Bodohnya El...” sempat El meluah.
“Ibu tidak tahu nak. Apa
dosa keluarga kita ditindas macam ni? Apa salah anak-anak ibu?” Ibu merintih.
Yang abang dihancur kerjaya dan kehidupannya. Yang adik disiat-siat hati
selepas segala kasih sayang dicurahkan. Yang menyedihkan kenapa dari keluarga
yang sama.
El pandang rumah besar.
Ayah parking saja depan rumah. Kebetulan waktu tu pintu pagar rumah jelas
terbuka. Dari depan pagar lagi El nampak. Haq dan orang tua tu bergelak ketawa.
Entah sebab apa. Sebab tertawakan mereka agaknya.
Ya Allah. Bodohnya El.
Maafkan El abang... El
lupa janji El.
“El!” Jatuh kerusi bila
Haq berdiri. Terkejut dengan kewujudan El di situ. Di rumahnya dengan ibu dan
ayah kekasihnya. Haq kalih pada papa sendiri.
“Sayang... Haq boleh
terangkan...”
El masih lagi kaku depan
pagar.
“Sayang...” Laju Haq
berlari dekat dengan El. Rahsia yang dia simpan bertahun-tahun akhirnya
terbentang.
“Dia papa Haq?” Mata El
tidak lari dari Haq. Tajam walaupun air mata tidak berhenti mengalir.
“El...”
“Jawab soalan El!”
“Ya... papa Haq. Tapi
sayang...” Lemah Haq memberi kebenaran. Inilah ketakutan dalam diri Haq.
Kebenaran yang dia simpan dari El. Kerana cinta dan rasa tanggungjawab Haq
simpan rahsia itu sendiri. Dia tidak mahu El terluka lagi. Dia mahu jaga
keluarga yang dianiaya oleh papanya. Yang penting dia sayang El sebelum dia
tahu papanya menjadi punya kemusnahkan keluarga El.
“Haq tahu siapa yang
aniaya abang?”
“Haq tahu apa dia buat
pada abang?”
“Haq tahu dan Haq tidak
pernah beritahu El?”
Ya Allah. Sukarnya Haq
hendak menjawab segala persoalan El. Ya Dia tahu tapi dia tidak sanggup mengaku
kebenarannya itu dari dulu.
“Maafkan Haq sayang...”
Dan kata maaf itu jawapan
bagi segalannya. El undur selangkah. “El jadi anak derhaka sebab pertahankan
Haq. El lupa janji El pada abang. El buat ibu dan ayah menangis. El tinggi
suara pada ibu sebab Haq... Terima kasih Haq. Terima kasih sebab bagi El title anak derhaka.”
“El minta sekali sahaja.
Jangan dekat dengan keluarga kami lagi. Jangan pernah muncul depan El lagi.
Sekali El benci. Selamanya El akan benci...”
El rendahkan diri merayu.
Melutut El depan Haq dan lelaki itu. Merayu cukuplah ibu dan ayah terseksa. Dia
tidak mahu lagi berdosa.
“El minta ampun dengan
ibu dan ayah. El bersalah tapi El janji. El tidak akan lagi buat ibu dan ayah
menangis. El janji tiada lagi ElHaq selepas
ni.” Rantai leher pemberian Haq ditarik kasar. Pedih tapi sakit lagi
hati El ditipu hidup-hidup.
Bila El berdiri. El
campak seutas rantai dengan loket nama ElHaq pada lelaki itu.
“Kita balik ayah...” El
pimpin tangan ibu dan ayah.
Saat mereka melangkah
keluar. El abaikan jeritan Haq. Tangisan lelaki itu tiada nilai berbanding
tangisan ibu dan ayahnya sebelum ni.
El bulatkan hati.
Hidupnya hanya untuk ibu dan ayah.
Tapi sayang. Niatnya
tidak pernah kesampaian.
Masih terasa panas darah
ibu mengalir keluarga. Masih tersisa erangan ayah menahan sakit.
El tutup mata. Tragedi
keluarganya dilanggar lori selepas balik dari rumah Haq sentiasa dalam ingatan.
Ibu sempat tolak El keluar kereta. Hanya dia terselamat. Berlari El dekat
dengan kereta mereka yang sudah remuk.
“Ibu ampunkan El...
sayang...”
Itu saja kata-kata ibu
yang sempat dia dengar. Perlahan tapi jelas pada telinga El. Lepas tu ibu
tercunggap-cunggap sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ibu meninggal atas
riba dia.
“El...” Bila sedar suara
ayah masih ada. El lari dekat ayah.
“Yah... jangan tinggal El
yah... jangan tinggalkan El...” rayu El menangs tidak henti. Dia tidak tahu
lagi nak buat apa.
“Ayah sayang El...
sayang... abang... ibu...”
“Ayah... ayah...”
Waktu tu ayah hanya
bertahan sampai dalam ambulans. Tidak sempat pun sampai hospital. Ayah
meninggal sambil pegang tangan mayat ibu dalam ambulas.
Sekelip mata. Sekelip
mata saja El hilang semuanya.
Hilang cinta.
Dan hilang syurganya.
Sayang
sakit? – Haq
El mengeluh ketika baca
Whatsapp dari Haq. Seminggu dia cuti. Kali ni lebih lama dalam sejarah dia
bekerja.
Haq
pun sakit.
Sakit
rindu.
Cepat
balik kerja semula ya. I miss you.
Tiga pesanan dari Haq
buat hati El tambah liang libu. Diletak telefon atas meja semula. Mata dipejam.
Berat sikit kepala sekarang ni. Banyak sangat fikir. Tidur malam pun tidak
pernah tenang.
Sejak Haq muncul semula.
Kenangan yang dia cuba ‘redha’ mula menghimpit El lagi.
“Ibu...” Menitis air mata
di kelopak yang masih tertutup. El rindu. Tengah serabut macam ni, rasa sunyi
sangat menyeksakan.
Macam mana dia nak
maafkan Haq?
Macam mana dia nak terima
lelaki itu lagi?
El rasa kalau dia terima
Haq, umpama dia belakangkan arwah ibu dan ayah. Bukan dia tidak cinta.
Demi Allah! El masih
cintakan Haq.
Tapi untuk bersama dengan
Haq. Umpama dia khianat arwah ibu dan ayah.
Bunyi loceng rumah
menyedarkan El. Sekali dengan telefon yang mula berdering.
Abang Haris.
Suara dibetulkan sebelum
mengangkat panggilan si abang. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam? El tak
sihat? Ada di rumah?”
“Hurm...”
“Abang dekat luar ni.”
“Luar mana? Rumah kita?
Tapi El dekat rumah sewa ni.”
“Abang tahu. Abang depan
rumah sewa El la ni... Abang lupa bawa kunci rumah El.”
“Eh kejap.” Talian
dimatikan. Laju El ke pintu. Muka jangan cakaplah. Memang terkejut gila. Tanpa
tunggu lama dia buka grill untuk
pelawa abangnya masuk.
“Abang ada instinct adik abang ada masalah. ”
Mengalir air mata El.
Terharu. Badan Haq terus dipeluk. Dia tahu Haq tidak suka. Tidak sopan sebab El
dah besar. Tapi El nak juga peluk.
“Kenapa ni dik?” Kepala
El diusap lembut. Teruk sangat rupannya ni.
“El rindu ibu.”
Haris ketap bibir. Dapat
agak dah. Tapi dia biarkan dulu. Bagi El tenang kejap. Kalau El yang tua bangka
ni ‘lari rumah’ tahulah dia si adik rindu dan rasa bersalah dengan kematian
arwah.
“Berapa lama cuti?” Suara
Haris dari dapur mula menyoal. Terbalik. Tetamu yang buatkan neslo panas untuk
diri sendiri dan tuan rumah.
“Dua minggu.”
“Berapa?” Haris yang
keluar dengan dua muk kembali menyoal.
“Thanks. Dua minggu.” Ulang El lagi sambil sambut muk dari abangnya.
Haris angkat kening. Whoa! ‘Pencapaian’ sangat ni kalau dah
cuti sampai dua minggu. “Lama.”
“Abang ni janganlah buat
muka macam tu.”
“Teruk sangat sakit tu
dik. Sakit hati ni dik, hanya Allah dan diri sendiri aje boleh buat. Bawa
beristifar Heliza.” Tidak lain tidak bukan pasti kes dulu lagi ni.
Haris geleng kepala.
Adiknya yang periang dan adiknya yang sekarang ni jauh berbeza.
“Bang...”
Haris terus pandang
adiknya. Menanti ayat seterusnya dari Heliza. Adiknya tu masih lagi termenung
pandang luar balkoni. Bersandar malas pada sofa satu tu. Teruk sangat keadaan
Heliza ni. Fikirnya.
“Apa perasaan abang
ketika dalam tu?” Soal El yang masih pandang luar.
“Maksud adik dalam penjara?”
El kalih pada si abang.
Kepala diangguk perlahan.
“Abang bersyukur.”
Kerut kening El
bertambah. Tidak faham.
“Sebab Allah lindungi
abang dari hasutan dunia. Boleh jadi abang terhasut dengan hasutan mereka.
Boleh jadi abang tergolong dari orang-orang yang tidak amanah. Boleh jadi abang
alpa dengan lupa dengan ajaran ibu dan ayah. Lupa dengan saluran agama yang
diberikan.”
Haq mahu El tahu bahawa
dia redha dengan apa yang jadi. Harap diam El masih mampu mencerna luahannya.
“Masuk dalam tu. Allah
dekatkan lagi abang dengan tuhan. Dalam tu ajaran dan tunjuk ajar ustaz selalu
buat abang terfikir bahawa inilah hikmahnya. Allah nak abang lebih dekat
dengan-Nya. Allah nak lindungi abang dari benda-benda yang melalaikan.”
“El punca abang tak dapat
jumpa ibu dan ayah lagi...” luah El bila kenangkan abangnya berada di penjara
ketika majlis pengkebumian. Dapat pun ziarah ketika kubur arwah sudah kering.
Itu selepas banyak rayuan dan prosedur yang El lalui demi abangnnya.
“Siapa kata?”
El terdiam.
“Allah tu Maha Adil.
Darah ibu dan ayah mengalir dalam diri abang dan El. Tidak dapat bertemu di
dunia lagi. Abang tidak berhenti berdoa syurga buat kita sekeluarga. Abang
berdoa suatu hari nanti Allah temukan abang dengan arwah di syurga. Jangan
berhenti berdoa Heliza. Jangan pernah sombong dengan kekuasaan Allah.”
“Dengar cakap
abang ni?”
El angguk. Iya dia tidak
pernah lupa pesanan abangnya.
Jangan berhenti berdoa.
Doa tu kuasa terbesar
orang-orang mukmin.
“Bang...”
Ada lagi El hendak
beritahu. Tadi tu cuma ‘pantun’ pembuka sahaja. Haris dapat rasakan yang El
ingin buka cerita hati sendiri pula lepas ni.
“Anak datuk tu... Haq...
Haq dia ada. Dia muncul balik dalam hidup El.”
Nah! Kan dia memang dah
agak. Dari El datang jenguk dia tempoh hari lagi. Kekusutan El hanya disebabkan
kejadian menimpa arwah ibu dan ayah serta penipuan Haq sahaja.
“El rindu dia?”
“Tak sempat nak rindu dah
depan mata bang...”
Tertawa kecil Haris. Kuat
sangat keluhan El tu. Mesti Haq nak bersama semula dengan El.
“Bang....” rengek El.
Bencilah dengar ketawa abangnya tu. Tidak faham langsung perasaannya. Ke lelaki
memang macam ni? Semua buat mudah.
“Tapi serius El masih
cintakan dia? Haq pun mesti cintakan adikkan? Sebab tu sibuk kejar adik cantik
abang ni.”
El mendengus kecil.
Abangnya ni agak-agaklah nak soal. Soalan sensitif kut.
“Cintalah kalau macam tu.
Lama jugak kan? Dah lebih sepuluh tahun. Setianya lahai mamat tu...”
“Tiga belas tahun.” El
pun dah terikut macam Haq. Bercinta dari dia mula masuk universiti sampai dah
habis. Ingat nak kahwin tapi itulah. Takat tu aje hubungan mereka.
“Kahwinlah El. Dah
dua-dua cinta satu sama lain. Takkan nak biar lagi. El pun dan Haq pun bukan
lagi muda.”
“Haq tu bang... Takkan
abang lupa apa keluarga dia buat pada kita.”
Haris geleng kepala. Yang
dianiayanya dia. Mungkin El terkesan sikit sebab Haq tutup mulut sebab papanya.
Tapi El dah hukum Haq bertahun-tahun. Takkan tidak cukup lagi?
“Haq tu... Bertahun jadi
penunggu setia El. Bertahun telan rasa bersalah sebab setia seorang anak dan
cinta hati sendiri. Tak cukup lagi El hukum macam tu?”
“Bertahun tu tidak mampu
kembalikan arwah ibu dan ayah. Bertahun tu tidak mampu beri kepercayaan El pada
dia lagi. Bertahun tu...”
“Bertahun tu cinta El
pada dia kan masih ada?” Haq memintas. Mengucap dia dalam hati. Kerasnya hati
Heliza ni.
“Maafkan dia dik.” Harris
kembali bersuara bila El masih lagi berdiam.
“El tak mampu.”
“Ya Allah dik.”
El letak muk atas meja.
Badan disandar malas dan dia cuba untuk tidur. Jalan selamat untuk tutup cerita
mereka. Dia tidak mahu lagi cakap pasal benda ni.
“Suka sangat larikan
diri. Haq gari tangan tu supaya lekat selalu baru padan muka.” Bebel Haris.
Anugerah manusia keras kepala bagilah dekat adik dia. Boleh menang tanpa
bertanding!
“El ingat abang dah
balik?” Konon tadi nak pura-pura tidur di sofa. Berakhir pula dengan lena atas
sofa tu.
“Abang pergi beli barang
basah. Tidak tahan abang tengok dapur El tu. Semua makanan ringan. Sayur dan
bahan basah langsung tiada.”
Haris yang siap pakai
apron depan dapur gas dipandang. Kaki El mendekat. Diintai makanan dalam periuk
tapi mulut laju jugak menyoal. “Abang masak apa?”
“Asam pedas.”
“Wah! Yummy! Bertuahlah
budak Kaseh tu dapat kasih sayang abang. Pandai masak!” Tersengih-sengih El
mengusik. Tahu abang dia kena usha oleh seorang gadis. Muda daari dia pula tu.
“Entahlah budak tu.
Kadang rimas juga abang.”
Heliza tersengih.
“Alaa... Rimas pun itu juga yang abang berkenan. Kan? Kan? Dalam hati tetap ada
cinta.”
“Banyaklah! Cakap abang
pandai. Dia dua kali lima juga.” El mencebik. Mulalah tu nak ungkit pasal mamat
tu. Baru aje dia nak gembira sekejap. Kaki dipusing ke island table. Tunggu
abangnya siap masak. Malas pula dia nak bantu.
“Cantik budak Kaseh tu
bang.”
“Abang ni setahun lagi
40. Kerja pun ustaz aje dekat rumah anak yatim. Bekas banduan pula tu. Manalah
anak orang kaya macam Kaseh tu dapat bertahan.” Haris yang membelakang adiknya
bersuara.
“Tapi mak bapa dia pun
okay kan?”
“Kaseh muda lagi. Boleh
cari lain.” Mak bapa Kaseh memang tiada masalah dengan kisah silam Haris. Tapi
baginya Kaseh tu lebih berhak untuk dapat jodoh yang lebih baik.
“Abang kena tahu
perempuan ni sekali dia cinta. Maknanya selamalah dia jatuh cinta.”
“Macam El dan Haq?”
“Bang apa pula tukar
topik ni. Kita tengah cakap pasal abangkan...”
“Abang dan Kaseh baru
lagi. Tidak sampai cerita dua tiga tahun. El dan Haq lagi lama. Bertahun sampai
sekarang tiada penamat.”
El letak muka atas meja.
Urgh! Stress! Sejak bila abangnya masuk pakatan Haq ni?
“Teruk sangatkah jadi
andartu ni? Abang pun sibuk nak jodohkan El.”
“Mana ada. Kalau nak
abang terima Kaseh tu dengan tenang. Terimalah Haq tu. Sekurangnya ada orang
jaga adik abang ni.”
El terus angkat kepala.
Kening dah hampir nak bercantum. “Apa pula ugut macam tu!” Ni saja nak anginkan
dia.
“Dah keluar dari dapur
ni. Abang nak masak dengan tenang. Pergi balkoni tu ambil angin ke apa. Jangan
nak panas aje memanjang.”
“Nak elak dari oranglah
tu. Dah buat salah tahu pula macam tu.” Cebik El. Lepas tu dia ikut juga cakap
abangnya. Haris memang macam tu. Tidak suka diganggu bila tengah masak.
El berlalu ke balkoni
rumah. Antara banyak rumah yang dia bagi sewa. Rumah satu ni memang dia susah
nak sewa untuk orang. Sanggup dia beli dua buah. Rumah sebelah ni pun dia
punya. Lepas tu dia bagi sewa.
Cantik permandangan
menara Petronas dari sini. Lebih lagi waktu malam. Mahal sikit berbanding rumah
lain tapi sangat memuaskan.
El kalih ke sebelah.
Balkoni rumah yang dia beli tu sentiasa bertutup. Tidak pernah lagi jumpa
penyewa di sebelah. Urusan sewa memang dia guna ejen. Senang sikit. Tidak pening
kepala nak fikir. Yang dia tahu semua urusan selesai. Duit kena masuk setiap
bulan dan rumah yang dia sewakan sentiasa dalam keadaan baik.
“El confirm nak berhenti?”
Itu soalan pertama dari
abangnya lepas makan tengah hari.
Angguk. “Malaslah nak kerja.”
Kening Haris terangkat
sedikit. Macam tidak ngam aje ayat tu pada El yang gila kerja tu. “Kata nak dua
tiga tahun lagi.”
“Saja awalkan. El nak
rehat awal bang. Tinggal tunggu duit sewa ajelah sampai tua. Cuti El banyak
terkumpul. Bolehlah juga pakai untuk cuti tapi gaji masuk.”
COF macam El bolehlah
cuti tapi gaji mahsyuk. Cuti El pun agaknya dah lebih tiga bulan. Memang
adiknya atur masa depan dengan baik. Tapi nak atur masalah hati. Total failed!
“Bukan sebab nak lari?”
“Nak lari ke mana? Memang
El sini ajelah.” Antara sebab dia tidak sewakan rumah ni pun. Memang El nak
tinggal sini lepas abangnya dah kahwin. Takkan nak tinggal dengan Kaseh tu di
rumah anak yatim. Bujang macam sekarang bolehlah abangnya tinggal sana. Bila
dah berkeluarga nanti kena juga tinggal di rumah sendiri.
“Mana-manalah. Abang
doakan aje El jumpa jodoh baik. Tidak dengan Haq mungkin dengan jiran sebelah
ke... Bagus juga tu. Tinggal pecahkan aje dinding ni macam cerita P Ramlee.”
Tertawa Haris dengan
cerita sendiri. Dia pun dah sedia nak balik memandangkan hari semakin senja.
“Dah nak balik?”
“Baliklah. Fikir sikit
apa abang cakap ni hari. Tadi makanan lebih tu abang dah simpan dalam peti
sejuk. Cukup untuk makan malam ni. Jangan malas nak panaskan pula.”
Lama juga dia luangkan masa
dengan si adik. Selalu buat kaunseling selalu dengan budak-budak di rumah anak
yatim tu. Hari ni buat kaunseling dengan si adik seorang ni.
Harap dapatlah cerrna dan
apply dalam kehidupan tu. Janganlah
bawa keras kepala sangat bila dah tua ni.
“Abang. El sakit...”
Menangis-nangis ketika menjawab panggilan Haris. Selimut ditarik kuat.
“Tunggu abang datang.”
Ya Allah!
Berdenyut-denyut kepala dia. Migrain!
Dah la suhu badan tidak
reti nak berkurang. Penadol dah berapa banyak dia telan tapi keadaan macam
lebih teruk aje.
Waktu sakit ni semualah
dia rindu. Ibu, ayah, abang... Haq pun boleh rindu sama. Air mata El mengalir.
Terkesan lagi dengan rindu dan rasa bersalah yang melampau. Dia tidak mampu
tapi sungguh dia rindu. Rindu Haq!
“Maafkan El bu...” Rasa
bersalah bila dia terlalu rindukan Haq.
“Abang... El rindu
ibu...” El bersuara lagi bila panggilan Haris masih tidak dimatikan. Entah
abangnya dengar atau tidak dengan tangisan dia lagi.
Ringan sikit kepala
berbanding tadi. El kerling drip yang bersambung dengan lengannya. Si abang
tidur terduduk sambil terkup muka pada katil. Tabiat Haris suka tidur bertiarap
dari kecil.
El gerak sikit bagi rasa
selesa. Lenguh badan sikit.
“Dah sedar?” Suara dari
hujung buat El kalih pandangan.
Si abang bangun dari sofa
hujung katilnya. Eh?
Mata automatik beralih
pada lelaki yang tidur kerusi sebelahnya.
“Haq.” Haris menjawab
muka adiknya yang penuh persoalan.
Laju badan El menjarakkan
badan dan Haq yang tidur. Haris geleng kepala. Alergik sangat tu dik oi!
Tangan kiri El pegang
kepala. Nasib bertudung. “Macam mana dia ada sini?” suara perlahan. Tidak mahu
mengejutkan Haq.
“Jodoh.”
“Bodoh!”
“Apa pula cakap macam tu?”
Percuma dia dapat bodoh dari si adik. Suka lagi buat jawapan macam tu waktu El
tengah tak betul. Kenalah dia.
“Abang main-main.” Cebik
El. Ketika itu Haris letak tapak tangan atas dahi El. Kurang sikit panas
berbanding subuh tadi.
Kalau Haris bagitahu Haq
yang hantar El ke hospital tadi. Mahu sebulan tidak tegur Haris. Waktu tu hanya
Haq yang dia terfikir. Nak bekejar ke rumah El bukan dekat. Yang paling dekat
rumah Haq. Jadi dia beritahu bakal adik
ipar tidak jadi tu suruh tengokkan El. Tadi nazak sangat.
Lagi buat Haris macam nak
jatuh jantung bila suara El langsung tidak kedengaran. Rupanya pengsan. Bila doktor
periksa rupannya demam panas. Badan pun tidak cukup zat. Agaknya hanya hari tu
aje makan nasi. Selebihnya El pesan aje makanan segera.
Bila la adiknya ni nak
matang?
“Risau abang El pengsan
tadi. Jangan buat perangai macam tu lagi dik. Abang tak sedap hati dari
semalam. Sekali telefon rupannya El sakit. Kalau abang tak telefon agaknya
tiada tahu adik sakit sampai pengsan dalam rumah tu.”
“Jangan seksa perasaan
sendiri tu Heliza. Bawa sikit istighfar. Dendam tu tidak baik. Allah tidak suka
dik.”
El hanya diam. Langsung
tidak menjawab melainkan satu keluhan kecil. Iya mengeluh itu untuk orang yang
kalah. Dan dia kalah dengan diri sendiri.
Bila Haq mula tersedar.
Laju El tutup mata. Pura-pura tidur. Haris pun tidak sempat buat apa.
“Sayang...” Seru Haq bila
mata El masih tertutup.
“Dah la tu Haq. El dah
sedar. Jomlah balik. El rehatlah...” Haris mengajak Haq balik dari terus jadi
tunggul di situ. Dia pula naik geram.
Haq hela nafas lega.
Risau juga tadi kalau El masih tidak sedar diri. “It’s okay kalau tak nak
tengok Haq. Asalkan El sihat. Haq balik dulu. Sayang rehatlah...” Selimut El
dikemaskan. Jauh sangat jarak El baring tu. Hampir jatuh dari katil. Benci
betul pada dia.
“Assalamualaikum Heliza.”
El letak majalah atas
riba. Salam dari bos dibalas dalam hati. Dipandang Tuan Haji Bakhtiar bersama
dengan isterinya datang mendekati katil.
“Tuan...”
“Heliza sihat?” Isteri
tuan haji menyoal.
El angguk sikit. Kekok
sikit. Tidak sangka dapat kunjungan dari bosnya pula. “Alhamdulillah.”
“Saya minta maaf sebab
Haq. Awak sakit mesti disebabkan Haq kan?”
“Tidaklah tuan. Saya
demam sikit aje.”
Tuan Haji Bakhtiar
tersenyum nipis. “Sebenarnya saya tahu sejarah El, Haq dan papa kandung Haq.”
Kelat air liur El
terpaksa telan. Dia kerling isteri tuan haji yang menangguk.
“Mak cik tak sanggup
tengok Haq ikut El ke mana saja dari dulu. Mak cik yang pujuk Haq pikat El
semula. Maafkan mak cik.”
“Eh... err... tidaklah puan.”
“Haq tu kami yang jaga
dari kecil. Dia memang tidak rapat dengan papa dia. Bila papa dia terima Haq semula.
Haq jadi serba salah bila tahu Haris dianiaya oleh papanya. Semua Haq cerita
pada saya dan isteri. Saya yang nasihatkan agar Haq simpan dan jangan beritahu
El apa-apa...”
“Haq tu bahagia sangat
bila dapat jumpa semula dengan papa dia. Lagi bila dia nak kenalkan Heliza pada
kami dulu. Dia rasa hidupnya terlalu sempurna lepas bertahun berpisah dengan
papanya. Dia jadi serba salah bila tahu perkara sebenarnya.”
Terdiam seketika tuan
haji sebelum sambung bercerita.
“Bila awak beritahu kes
Haris dan nama orang yang aniaya tu. Haq terkejut. Itu nama bapa yang dia baru
saja jumpa selepas bertahun. Baru saja mula nak rasa kasih sayang papa
kandungnya. Tapi Haq tiada kekuatan untuk mengaku. Saya yang suruh Haq diam
walaupun dia sentiasa rasa bersalah pada El.”
“Haq janji dengan kami.
Dia nak jaga El. Dia nak ganti tempat Haris. Haq nak tebus dosa papanya pada El
sekeluarga. Setiap rasa bersalah tu Haq cuba sedaya upaya pujuk ibu bapa El
agar terima dia sebab dia cintakan El. Ibu bapa El kenal Haq dan tahu Haq dari
mula. Sebab tu dia merayu supaya terima dia.” Sambung isteri tuan haji lagi.
Menangis-nangis dia ingatkan anak angkatnya tu.
“Dia tetap tipu saya. Dia
tetap pilih untuk simpan rahsia papanya. Dia terus berdiam hingga abang saya di
penjara. Ibu dan ayah saya... mereka... mereka dah tiada puan... mereka tak
sempat pun jenguk abang saya. Tak sempat pun...” Menangis-nangis El dengar
cerita sebenar. Mereka diuji dengan kasih sayang keluarga.
“Haq dapat kasih sayang
dari papa dia. Saya? Saya dan abang saya tidak sempat lagi bahagiakan ibu dan
ayah kami. Dia dapat papa dia. Tapi saya? Saya hilang selamanya... ibu dan ayah
saya... mereka meninggal di riba saya puan. Masih terasa lagi darah arwah di
tangan saya. Masih teringat lagi macam mana arwah meninggal depan mata saya!”
“Saya minta maaf. Demi
Allah! Saya masih cintakan Haq tapi untuk bersama... saya tidak mampu. Saya
tidak sanggup telan air mata darah arwah ibu bapa saya dan terus bersama
arwah!!” raung El sekuatnya. Dia tidak peduli lagi pandangan bosnya pada dia.
Mereka nak dia terima Haq tapi mereka tidak faham betapa terseksanya El untuk
telan semua dosa dia pada arwah dan penipuan Haq!
“Saya... saya hilang ibu
dan ayah saya... saya rindu ibu...” Menangis-nangis El merintih. Lemah hingga
dia tidak sanggup tolak pelukan isteri tuan haji.
“Ya Allah nak... bawak
mengucap...” Lembut usapan isteri bosnya pada belakang El. Usapan yang buat El
tambah rindukan ibunya.
Cerita dari tuan haji
buat El sedar. Banyak yang dia tidak tahu pasal Haq. Lelaki tu terlalu berahsia
dengan dia.
Satu keluhan kecil
dihela. Kerap sangat mengeluh dua tiga hari ni.
“Berat sangat keluhan
tu.” Tegur seorang wanita yang duduk sebaris dengannya.
Satu senyuman dibalas
pada wanita tersebut. Manisnya senyuman dia. Sempat juga El meniliti.
“Dulu... saya pun macam
tu. Kuat mengeluh dengan nasib sendiri. Serba tidak kena jadinya.” Wanita itu
masih lagi ramah bersuara.
“Susah bila berdendam
dengan orang yang kita sayang...” Tanpa disuruh El sendiri meluah. Entah rasa
nak juga cakap denga wanita yang dia tidak kenal tu.
Wanita tersebut
mengangguk kecil. “Saya faham... sangat faham perasaan tu. Lagi susah nak bagi
kemaafan tapi makin kita pendam. Hati kita sendiri pula sakit.”
El terkedu. Sama macam
dia. “Kadang saya nak maafkan dia. Tapi cerita lama susah saya nak lupa.”
Tergelak wanita
sebelahnya tu. Berkali-kali dia mengangguk. Terasa agaknya.
“Dulu saya berdendam
dengan papa kandung sendiri. Saya dibuang di rumah anak yatim waktu kecil.
Diheret guna tangan dia sendiri. Bila saya dah ada bahagia sendiri. Keluarga
angkat sendiri. Dia muncul semula. Lagi sakit hati saya waktu tu... bakal suami
saya rupanya anak tiri dia...”
El terdiam. Cerita mereka
tidak sama. Tapi situasinya lebih kurang saja dengannya.
“Just imagine. Saya baru berapa tahun aje waktu tu. Dia benci saya
sejak saya lahir sebab punca arwah mama meninggal. Kekasih dan cinta hatinya.
Lepas tu boleh pula kahwin lain dah bahagia dengan anak-anak tiri dia. Saya
terkontang-kanting di rumah anak yatim.”
“Tapi end up awak maafkan?”
“Mula-mula tu payah
jugak. Iyalah dah kita bahagiakan? Lepas tu boleh pula berjodoh dengan anak
tiri dia tu. Dua-dua saya benci. Sakit hati kena tipu oleh bakal suami saya tu.
Tapi bila bakal suami saya jauhkan diri. Saya jadi rindu... Padan muka sendirilah. Saya sendiri halau.”
“Dia hantar pesanan.
Tengok papa saya di hospital. Sakit. Jangan sampai saya menyesal sebab tak
dapat jumpa lagi. Saya pergi. Saya tengok... tambah sakit hati sendiri bila
papa merayu minta maaf. I tak dapat nak bagi...”
Mulult El ternganga
sedikit.
“Sampai terjatuh dari
katil papa merayu barulah saya sedar. Saya hampir jadi kejam macam dia dulu.
Sekurangnya dia dah bertaubat. Saya? Tempah dosa aje buat papa macam tu. Kejam
macam mana dia pun, saya tak dapat ubah hakikat. Saya anak dia. Dan bakal suami
saya tu... rahsia yang dia simpan untuk bahagia saya. Dalam diam dia nak
satukan isteri dan papa tiri dia. Waktu saya tahu kadang rahsia disimpan untuk
kebahagian orang yang kita sayang.”
El angguk. Mula mengaku
kata-kata wanita tersebut. Mesti itu yang Haq rasa waktu tu. Tahu papanya
bersalah. Tapi iyalah dia dah bertahun tak jumpa papa kandung sendiri. Bila
tahu papa sendiri kejam dengan keluarga kekasih sendiri pula.
“Sayang...”
El dan wanita tersebut
kalih pada seorang lelaki yang berlari mendekati mereka.
“Hi darling...” Wanita tadi menyahut.
“Dont’t you darling me.
Telefon tak angkat. Risau abang. Pergi tengok papa tapi sayang tak ada dengan
papa. Call tak dapat-dapat. Risau
tahu.”
Bebelan lelaki itu buat
El tersenyum kecil.
“Maya tadi nak beli milo
dekat kantin. Tapi rehat kejap penatlah usung anak abang ni. Itu pun nak bebel.
Oh by the way. Lupa nak kenalkan diri
tadi kan? Saya Maya Bella. Panggil Maya aje.” Cebik wanita sebelah El.
El tersenyum kecil. Dia
pun baru teringat. Sibuk berbual. Lupa perkenalkan nama masig-masing. “Heliza.
El aje.”
“Ringkas. But sound so strong and bold. Nak
panggil soon to be ni El jugaklah. Bolehkan bang?”
“Boleh aje. Asal jangan
jadi bold dan keras kepala macam
sayang dulu tu dah la...”
El tergelak kecil tengok
cebikan si isteri tu. Comel aje merajuk bila tahu suaminya sindir perangai
isterinya tu.
“Okaylah. Saya nak
sambung ke kantin. Dah ada Knight
tolong bawa ke sana. By the way dear. Redha
tu bahagia.... Kalau kita redha dan maafkan. Insya-Allah ada bahagia untuk
kita. Kan bang?” Sempat wanita tersebut meminta pendapat suaminya yang tidak
tahu apa-apa.
Walaupun pelik tapi
suaminya tetap angguk.
“Redha dengan apa yang
terjadi. Susah tapi insya-Allah ada pelangi lepas hujan. Cantik. Cantik macam
awak. Assalamualaikum Heliza.”
“Waalaikumsalam Maya
Bella.”
El hantar pasangan
tersebut dengan pandangan dan senyuman. Terima kasih Maya Bella. Terima kasih
sebab sedarkan dia.
Redha.
Mata dipejam. Dan El
bersandar untuk tenangkan fikiran. Mula menyusun semula puzzle dalam kepala.
Cuba meletak maaf sekali
dengan baris nama Haq.
“Abang bagitahu Haq. El
nak jumpa.” Dia tiada telefon. Tinggal di rumah waktu pengsan tu. Jadi pada
Haris dia tinggalkan pesanan. Tahu Haris mesti ada nombor telefon lelaki tu.
Haris dah balik. Siap
tinggalkan pesanan dan pencerahan sedikit untuk adiknya.
“Haq pernah beri
kehidupan untuk abang lepas keluar dari penjara. Rumah anak yatim tu. Dia
pernah menetap sana dan salah seorang penyumbang terbesar rumah tu sekarang ni.
Arwah papa kandung Haq tu... dia tinggalkan surat.”
Haris hela nafas lega.
Sekarang sudah tiba masa untuk dia beritahu salah satu rahsia yang Haq suruh
dia simpan. Tidak sanggup lagi tengok El buat Haq macam tu.
“Surat pengakuan yang
arwah bersalah. Arwah minta maaf dengan abang sekeluarga. Dalam surat tu ada
permintaan maaf pada Haq juga, sebab dia Haq terpaksa telan dosa-dosa lama dia.
Sebab dia, El tinggalkan Haq. Sebab dia, Haq pernah kena culik waktu kecil.
Orang dengki dengan dia sampai anak diculik dan dibuang.”
“Kalau El rasa terseksa.
Bayangkan juga apa yang Haq terima selama ni... Abang harap ada maaf lagi dalam
diri kau dik... abang minta diri dulu. Haq ada balas Whatsapp abang. Dia datang
lepas balik dari ofis. Sejak El cuti ni. Kerja El pun Haq terpaksa cover... Busy betul budak tu. Kena lagi
terlebih risau lagi keadaan El sekarang.”
El pandang muka Haq lama.
Tadi dia suruh Haq duduk hujung katil dia. Bersila macam dia juga di hujung
kepala katil.
“I nak you beritahu every single thing yang you rahsia dari
I.”
Haq tersenyum kecil.
Alahai Heliza dia ni. Comel aje silang tangan denga baju hospital tu. Penat
kerja pun hilang lepas tengok muka buah hatinya.
“Kalau Haq cerita. El nak
maaf dan terima Haq?”
Mencebik El dengar.
Soalan saja nak perangkap tu bukan cara dia.
“Pagi tadi papa
telefon... Bagitahu yang mereka dah cakap semuanya pada El. Haris pun dah bocor
rahsia kami. Jujur Haq tiada apa lagi nak beritahu sayang...”
“Kenapa tipu? Kenapa
simpan rahsia sendiri? Suka sangat tanggung sendiri? Dah tu kenapa nak El
bersama-sama dengan Haq? Suka sangatkan pendam semuanya sendiri?”
Soalan demi soalan dari
El hanya dibalas dengan senyuman.
“Haq nak muka ni senyum
aje. Haq tidak mahu tengok muka ni menangis. Lagi-lagi sebab Haq. Dan El lupa
satu perkara... Satu perkara yang Haq tidak pernah tipu, tidak pernah rahsia,
dan tidak suka pendamkan sendiri. Haq cintakan El dari dulu dan tidak pernah
berubah.”
El mengeluh kecil. Salah
fahaman Haq tu.
“Untuk hidup bersama,
kena tanggung bersama... Tiada rahsia Haq... Tak kira bertapa susah atau sedih
pun perkara tu.”
“Maksudnya sayang nak
bersama dengan Haq semula.” Lebar senyuman Haq. Tiba-tiba bahu rasa sedikit
ringan. Macam dapat aura yang dia bakal terima maaf El.
“If... Haq janji untuk tiada rahsia lagi lepas ni.”
“Alhamdulillah!
Alhamdulillah! Terima kasih sayang.” Atas katil tu jugak Haq buat sujud syukur
menghadap kiblat. El pula yang terlompat turun katil.
“Eh! Dia ni...” cebik El
sekejap. Lepas tu dia balas senyuman kecil pada lelaki itu.
Haq. Haq. Macam-macamlah!
“Eh! Tapikan sayang...”
Haq yang kembali bersila mula teringatkan sesuatu.
El dah cekak pinggang.
“Apa lagi?”
“Haq lupa satu perkara
lagi... Rahsia...”
“Sebenarnya. Haq dah lama
tahu rancangan El nak letak jawatan dan jadi tauke rumah sewa tu...”
Kening El diangkat. Why am I not suprise?! “Abang Haris?”
Haq sengih mengangguk.
“Lagi satu kan...”
“Tadi kata satu aje!”
“Satu je... lagi. Eh!
Hah! Ya. Ya. Satu je lagi... ”
El ketap bibir. Haq yang
bersila sambil mendongak memandang direnung tajam. Pantang dia orang main-main
macam ni.
“Bye sayang...”
El jeling jiran sebelah.
Senyuman lebar Haq tu menyakitkan hati betul.
“Jeling dik. Juling nanti
baru tahu.” Haris mengusik si adik yang masih tidak puas hati. Tergelak kecil
dia sambil buka pintu rumah. Masih tidak percaya agaknya si Haris ni jiran
sejak beberapa tahun lepas.
“Tak apalah bang. Juling
pun tetap comel.” Sahut Haq. Walaupun sedikit pucat tapi El tetap cantik dengan
jaket merah tu. Macam rudolph pun ada. Alololo... comel!
Lepas tidak perlulah
curi-curi keluar rumah lagi. Cik puan sebelah dah tahu Haris penyewa rumah
sebelah.
“Tapi terror jugak kau
kan Haq. Bertahun El tak perasan kau duduk rumah sebelah.”
“Macam mana nak
perasannya bang. Macam pencuri jugaklah saya setiap kali keluar masuk rumah.
Nasib jadual El ni dah dalam kepala saya. Senang sikit atur.” Beritahu Haq
pasal kehidupannya beberapa tahun ni.
El mencebik. “Ceritalah
situ sampai besok. El nak masuk.”
“Huish! Marah.” Gelak Haris. Eleh! El marah tapi mahu.
“Jumpa esok darling!” Haq usik lagi. Merah muka El
yang tadinya pucat tu. Entah malu atau marah.
“Terima bang.” Tangan
dihulur memberi salam pada Haris sebelum lelaki itu masuk. Banyak hutangnya
pada Haris. Selama ni dia dapat informasi pasal El pun dari Haris.
“Sama-sama.”
“Abang memang tidak mahu
masuk pejabat lagi?” Tawaran yang tidak pernah dia lupa untuk diutarakan setiap
kali berbual dengan Haris.
Geleng. Jawapan biasa
yang dia berikan pada Haq. Haris cukup senang dengan kehidupannya sebagai ustaz
dan penjaga rumah anak yatim tu. Jiwanya memang sudah jatuh pada kanak-kanak di
sana.
“Tapi abang kan nak
kahwin?” Haq tahu perihal Haris yang hendak melamar Kaseh buat isteri. Banyak
yang mereka kongsi selama ni tanpa pengetahun El.
Haris angguk dengan
senyuman kecil. Bahagia yang dia juga bakal tamatkan zaman bujang. Hanya El
saja belum tahu apa-apa lagi. Cukuplah El serabut dengan masalah cinta tidak
kesampai adiknya tu. Tidak mahu El tambah serabut lagi dengan isu Haris.
“Abang dah ada
perancangan sendiri. Insya-Allah.”
Akur kalau Haris sudah ada
perancangan sendiri. Dia tidak boleh buat apa-apa. “Kalau perlukan saya
bagitahu aje.”
“Kau selesaikan dulu hal
dengan singa dalam tu baru abang bagitahu.” Pesan Haris sambil tergelak kecil.
Sebelum berniat nak bantu dia, ada baiknya Haq bantu diri sendiri untuk hadapi
adiknya tu.
Haq senyum mengangguk. Ya
tahu urusan dia dengan cik singa tu adalah cabaran terbesar dia.
“Esok saya nak bawa dia
keluar dating ya bang.”
“Pergilah. Itupun kalau
kau berjaya heret dia keluar. Aku masuk dululah. Kau betul tak nak singgah?”
Sementara ni biarlah Haris temankan El tidur situ. Langsung tidak harapkan
adiknya seorang diri lagi. Nanti elok dah sihat kena masuk hospital lagi.
“Tidaklah. Kirim salam saya
dekat adik abang tu.”
Haris tawa kecil
mengangguk. “Iya. Adik aku. Buah hati pengarang jantung kau. Malam ni boleh la
buat solat hajat. Mana tau terbuka hati buah hati kau tu nak keluar rumah esok.
Assalamualaikum.” Bebel Haris sambil melangkah masuk.
“Waalaikumsalam.”
Haq pandang kekasih
sebelahnya. Alahai monyoknya. Merajuk sangat ni.
“Sayang.”
“Sayang oh sayang...”
usik Haq lagi. Senyap lagi. Entah marah atau malu ni.
“Apaa.....” Nak tak nak
aje El menjawab. Badan masih lagi lemah dah paksa keluar dating macam ni. Tak
cantik lagi tu. Dah siap pakai lawa-lawa. Haq sarung sweater lelaki itu ke
badannya.
“Merajuk?”
“Laa... kesayangan saya
sakit. Takkan nak biarkan El kesejukan.”
El jeling tajam. Geram
tapi makin Haq suka. Angau!
“Nak ke mana ni?”
“Rahsia?” Haq terkekek
kecil. Lagi bila dapat jelingan ke dua. Alahai garang sangat buah hati dia ni.
Telefon yang berbunyi menarik perhatian mereka berdua.
“Tolong angkatkan please... Sayangkan tak suka Haq angkat
telefon time drivng.” Haq tersengih.
Pesanan El ketika mereka bercinta saja diulang.
El mencebik. Tapi dia
tolong jugak angkatkan telefon Haq. Beberapa kali dah berbunyi. Mesti hal
penting.
“Encik Haq!”
Erk! Rasa macam kenal aje
suara tu. El jeling Haq disebelah. Alamak nak cakap apa ni? “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Eh ni
bukan nombor Encik Haq?” Soalan si pemanggil buat El gabra. Telefon lelaki itu
dihulur.
“Siapa yang?”
“Err... Orang ofis.”
Kening Haq terangkat.
Risau semalam ni. Takut kantoi ke apa ni?
“Cakap kalau tak urgent suruh call I semula. Tengah cuti takkan nak kacau jugak.” Perlahan suara
Haq memberitahu. Sebenarnya boleh aje dia jawab walaupun El tak bagi. Tapi saja
nak tengok respon El. Oh! Ada hati nak rahsiakan hubungan mereka ek.
“Nombor Encik Haq kan?”
Si pemanggil menyoal lagi.
“Aah. Haq tengah driving.
Ada penting ke ek?” tanya El. Kemudian dia terus besarkan suara agar Haq dengar
perbualan mereka.
“Err... puan... saya ada benda penting. Kalau boleh Encik Haq kena
datang pejabat sekarang.”
Haq mula mendengus. Tidak
puas hati. Ingat senang dia nak cuti?
“Puan sayang. Tanyakan
benda apa yang penting sangat tu.” Dalam tidak puas hati tu sempat jugak Haq
mengusik. El dah jeling tajam. Saja nak kenakan dia.
“Err... Encik Haq
dengar?”
“Ya saya dengar. Apa yang
penting sangat tu?”
“Benda yang encik siasat
tu. Saya dah jumpa dalangnya.”
Haq genggam kuat stereng
kereta. “Siapa? Dapat total spesifik?”
“Dapat Encik. Jumlah
semuanya 2.2 juta. Semua tu disyaki masuk ke dalam akaun Cik Heliza secara
ansuran dalam akaun peribadi setiap bulan.” Pandangan terus beralih pada El
disebelah. Membalas pandangan El yang nyata terkejut. Kening mula berkerut.
El telan liur. Dada ikut
berombak. Tidak faham tapi. Tapi dia turut resah bila nama dia menjadi sebutan.
“Heliza? Siapa maksud
awak?”
“Cik Heliza. Bekas COF
kita yang baru saja letak jawatan...”
Haq brek mati. Hon kereta
belakang diabaikan. Pandangan beralih pada El yang tengah gosok dahi akibat
hantukan pada dashboard.
El songlap duit syarikat?
Haq genggam tangan El
masuk ke dalam syarikat. Laju kaki melangkah masuk ke dalam pejabat. Amaran El
diabaikan. Pandangan pelik pekerja lain langsung tidak dipeduli.
“Panggil Ran masuk
sekarang.” Lantang suara Haq bersuara memberi arahan. Berlarian pekerja dekat
dengan kubikel mencari Wan.
“Haq...” El cuba bersuara
perlahan. Gerun bila Haq naik angin macam ni. Tapi hati sedikit terusik dengan
kelantangan Haq.
Haq tidak percayakan dia?
Sebelah tangan Haq meraup
muka kasar. Tangan kanan masih lagi genggam tangan El. Dia tidak terasa hendak
lepaskan. Takut El lari agaknya.
El tolak genggaman Haq.
“Sayang please no.”
El geleng kepala. Hati
tambah terusik. Tengah badan pun tidak pulih sepenuhnya. Emosi memang mudah
melatah.
“I
won’t run...” Tapi percayalah.
Tindak tanduk Haq sedikit mengoyahkan kepercayaan El. Walaupun tidak bersuara.
El dapat rasakan Haq sedikit sebanyak tidak percayakan dia.
“Sayang. Haq percayakan
El.”
“No
you not!” El tersenyum
sinis. Rasa bodoh percayakan Haq. Tak sangka Haq siasat pasal dia.
El tahu syarikat ni ada
masalah dari isu kewangan tapi dia antara suspek utama?
Kenapa?
Sebab abangnya pernah
penjenayah yang songlap duit syarikat papa Haq?
Air mata El mula
mengalir. Rasa bodoh dan sinis pada diri sendiri.
“Sayang...” Haq hendak
memujuk. Tangan El cuba dicapai tapi El cepat mengelak. Kaki mula melangkah ke
belakang.
Pintu diketuk.
Serentak El pandang bekas
setiausaha. Ran tunduk. Gerun dengan pandangan bos lamanya. Kadang dia rasa
kerja dengan Haq lagi santai berbanding El yang sangat tegas.
“Come
and shoot!” Haq tegas memberi
arahan. Kaki mula melangkah duduk di sofa. El dan Ran yang berdiri dipandang
satu persatu.
“Err.... ni buku akaun
atas nama Cik Heliza.” Ran tunjuk satu buku akaun. Haq sambut laju. Helaian
nama El dibuka. Beralih pada jumlah terakhir akaun. Nafas dalam ditarik.
Dilempar buku akaun atas
meja. “What say you Heliza?” Tajam renungan Haq pada El.
“Saya tak pernah nampak
buku akaun ni. Its not mine!” Tidak
pernah sekali pun El miliki akaun tersebut. Dia belek setiap helaian. Dari muka
sampai ke isi dalam pun dia tidak pernah nampak.
Ya Allah! Tarikh mula
duit masuk pun sejak dia mula bekerja di syarikat itu. Dah bertahun. Siapa lagi
nak jahanamkan dia ni? Air mata mula mengalir. Tengah sakit dapat tekanan macam
ni secara tiba-tiba. Rasa nak pengsan semula. Harap sedar nanti benda pulih
sedia kala.
“El!” Tinggi suara Haq
mengejutkan El.
“Saya tak tahu!!!”
Haq ketap bibir. Tapi El
nampak jelas muka Haq yang berubah warna. Merah. Tahan marah pada dia agaknya.
“Ran. Any document?”
Ran angguk. Sebuah fail
dibuka. Diselak muka surat yang penting. Diberi pada Haq sebagai bahan bukti.
Tersenyum kecil Haq baca
setiap patah perkataan. “El... You memang nak penjarakan diri sendiri?” Lemah
suara Haq meluahkan. Tak tahu nak cakap apa lagi.
El geleng kepala. Air
mata tidak lagi dikesat. Ya Allah! Dugaan apa pula kali ni?
Bergetar tangan El kutip
dokumen yang dilempar atas meja. Helaian yang terbuka dibaca satu persatu.
Bibir diketap menahan
tangis. Akhirnya dia kalah. Kalah dengan air mata sendiri. Dari esakan kecil
kini makin kuat. Sampai duduk mencangkung El menangis. Langsung tidak pedulikan
pintu pejabat Haq yang terbuka. Diabaikan pandangan pekerja yang cuba
mengintai.
“Haq!!!!”
Tarikh: 02. 2. 2018
Rujukan : ELHAQ/FAIL/CINTA/LAMARAN 1
U/P Heliza Karim
Lot 22, Jalan Cinta,
Wisma Hati, Lorong Rindu,
Jalan ke Syurga Kita.
LAMARAN CINTA ELHAQ
Sayang/darling/cinta,
Merujuk
perkara di atas, adalah Cik Heliza Karim telah memiliki cinta hati jiwa raga
seorang lelaki bernama Encik Eman Haq didapati bersalah. Adalah beliau kini
menanggung kerugian hati yang telah dicuri oleh Cik Heliza.
Berikut syarat yang perlu dipatuhi oleh
Cik Heliza :
1. HARUS
Dating setiap masa dan penuhi permintaan Eman Haq.
2. WAJIB
terima lamaran Haq:
3. TIADA
tunang please.... (I dah bertahun tunggu ni.)
Tarikh sebutan suara :
Tempat
: Syurga ELHAQ.
Tarikh
: 22. 2. 2018
Masa
: 22.22 pm
Kerjasama
Cik Heliza amatlah dihargai dengan penuh kasih sayang. Sebarang pertanyaan bolehlah
hubungi kekasih hati awak Encik Eman Haq dalam talian hati ke hati.
Sekian
penuh cinta.
Eman Haq.
“Hah! Apa senyum-senyum?”
“Aik? Senyum pun salah?”
Makin lebar senyuman Haq. Lucu. Teringatkan lamaran dia dulu. Ingatkan dah
habis comel dia buat macam tu.
Bergegar aje tidak
bangunan pejabat dengan suara El. Dekat tiga jam jugaklah nyawanya terseksa
bila El kembali ‘bisu’.
“Abang...” Rengek El
menyedarkan Haq. Isteri sebelah dipandang. Sengih kejap sebelum dia peluk bahu
El. Nak pujuk.
“Tak suka abang senyum
macam tu.”
“Laaa.... abang senyum
sebab gembira tengok lamaran abang Haris diterima.”
El mencebik. “Iyalah tu.
Entah-entah ingat lamaran dia dulu. Jangan ingat!”
Tawa suaminya meletus.
Sah dia ingatlah tu. Sakit hati El bila ingatkan lamaran tidak romantik
langsung tu!
“Laa... Habis romantik
dah ni. Kalau tak dalam ni tak ada tau.” Perut El yang besar diusap lembut.
Anak babah!
“Ini bukan romantik. Ni
gelojoh namanya.” Anak belum sampai setahun dah mengandung lagi. Malu gila dia
bila Haris tertawa besar tahu dia mengandung lagi.
Haq sengih. Dalam umur dia
yang dah lanjut ni. Eloklah buat anak cepat. Kawan-kawan dia anak semua dah
masuk sekolah, anak dia baru nak keluar tengok dunia.
“Keluarga kita ni kecil
aje. Eloklah ada anak ramai. Dah tua nanti tidaklah bosan yang... At least empat ya...”
El jeling. Tapi bibir
ikut senyum kecil. Kalau itu sudah perancangan suaminya. Dia ikut saja. Lagipun
dah bertahun hidup sendirian. Dia sendiri faham maksud Haq.
“Yang...”
“Urhmm...”
“I
love you.”
El tersenyum kecil. “Love you too...” Dilayankan jugak feel
suami dia ni.
“Yang...”
“Hurm...”
“I
got this for you...”
Sampul putih ditarik dan diserahkan kepada isteri.
“Surat apa lagi ni.”
Serius El tak fahamlah perangai suaminya yang satu ni. Tak boleh nak cakap ek?
Asyik bagi surat aje. Dia ni dah tahap fobia bila Haq bagi surat. Mesti
ingatkan lamaran menyakitkan hati tu.
Walaupun dapat 2.2 juta
dari Haq. Dia tak sanggup lagi hadapi prank
macam tu. Kerja gila namanya. Terharu jugaklah sebab Haq simpankan dia duit
setiap bulan dari dulu.
“Jangan buat lawak lagi bang. Karang ada jugak
El terberanak dekat sini.”
Tertawa kecil Haq. Baru
empat bulan. Mustahillah boleh terberanak. “Bukalah.”
El cebik tapi diturutkan
jugak kehendak Haq. Sampul putih dibuka.
“Ingatkan dapat 2.2 juta
lagi.” Tawa El lagi lepas baca is kandungan surat Haq.
“Suka?”
Angguk. Gila tak suka. Dapat
pergi bercuti ke Maldives kut! Brochure
percutian tersebut dia dibaca. Tak sabarnya nak pergi!
“Bila beli ni?”
“Semalam.” Haq sengih
tunjuk muka tidak bersalah.
“Hah?!” El teleng kepala
pandang Haq. Seriuslah! Kenapalah dia suka mamat ni! Patutlah semalam tiba-tiba
sibuk hadap kerja. Rupanya kerja ni!
“Dah lama tak bercuti. Dengan
sayang pun tak sempat. Tapi El yang risau. Mama pun bagi selagi perut ni tak
besar sangat. Lagipun dah lepas trimister pertama.”
“Bila pergi ni?” El belek
lagi surat. Tiada tarikh.
Senyum lebar Haq. Soalan tu
tanda persetujuan tau! “Esok!”
“Hah?! Ya Allah. Nak kemas
barang lagi. Nak sedia barang anak lagi. Abang ni tak menyempat tau.”
“Its okay. Nanti abang kemas aje. Sayang rehat.. Thanks yang... tak sabar pula nak pergi babymoon. Waktu Anna dulu. Tak sempat
kita nak nak bercuti selalu.”
Memanglah tidak sempat
kalau balik dari honeymoon dua
minggu. El dah disahkan mengandung. Lepas tu Haq jaga dia macam baby. Nak berdiri kejap pun Haq dah
tanya nak ke mana.
El rapat ke badan Haq. Bersandarkan
badan suaminya buat dia rasa selamat. Suka dimanjakan oleh lelaki ni. Dua kali
dia mengandung. Dua kali juga dia terlebih manja. Dah suami pun suka layan dia
macam baby. Tambahlah perangai dia menjadi.
“Sukanya abang kalau El
mengandung. Manja dia mengalah baby
dalam perut. Dah tak garang-garang macam dulu. Abang tidak berkenan sangat El
yang garang tu. Abang suka yang macam ni. Geli-geli. Manja aje memanjang.”
“Eee... gatal!” Dada Haq dipukul lembut. El sendiri yang malu dengar
ayat suaminya.
“Eh! Gatal dengan isteri
sendiri tak salah. Lagi yang jenis payah nak dapat ni. Tiga belas tahun tau
sayang...” Mulalah tu nak buat ayat kesian. Heh! Macam El tak tahu ayat
suaminya tu.
“Iye... sayang abang
jugak. Kesian dia tiga belas tahun tunggu orang.... muah!” Pipi Haq dicium. Makin lebarlah senyuman suaminya.
“Sebelah lagi yang...”
Haq sua muka sebelah lagi.
“Gatal!” Tapi El kucup
juga pipi suaminya. Lama. Menyalurkan rasa cinta pada lelaki yang setia jaga
dia dalam diam.
Inilah lelaki yang dia
cinta. Dari dulu sampai sekarang.
Hati mereka hanya ELHAQ.
‘I
love you Haq. Always love you...’
bisik hati El.
TAMAT.